Prosiding Bicara Dakwah kali ke 15: Pengurusan Dakwah Kontemporari Disunting oleh: Muhamad Faisal Ashaari, Abu Dardaa Mohamad, Ahmad Irdha Mokhtar. © Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi, Selangor.

Cabaran Pengurusan Dakwah Di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM): Satu Tinjauan Awal Masitah binti Esa* & Amini Amir Abdullah** & Nur A’thiroh Masyaa’il Tan Binti Abdullah @ Tan Ai Pao*** *Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana, 50480 Kuala Lumpur. **Jabatan Pengajian Falsafah dan Kenegaraan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor ***Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor.

ABSTRAK: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) merupakan sebuah Badan Amanah yang didaftarkan di bawah “Trust Incorporation Ordinance 1952” yang bertanggungjawab secara langsung kepada Y.A.B Perdana Menteri Malaysia. Tujuan kerajaan menubuhkan YADIM adalah untuk memesatkan gerakan dakwah di negara ini bagi mempertahankan kesucian agama Islam. Ini membuktikan bahawa agensi ini mempunyai peranannya yang amat penting dalam kegiatankegiatan dakwah. Pengurusan yang cekap dan berkesan dapat melicinkan lagi segala kegiatan dakwah yang dilaksanakan oleh pihak YADIM dalam usaha dan gerakan dakwah kepada masyarakat. Aspek pengurusan ini dilihat secara holistik dalam mencapai objektif organisasi. Namun demikian, terdapat beberapa cabaran yang timbul dalam pelbagai aspek yang dilihat secara menyeluruh sama ada di peringkat dalaman dan luaran. Isu-isu pengurusan seperti cabaran kewangan dan pengurusan keseluruhan dalam organisasi YADIM sering dipertikaikan oleh masyarakat tentang kekuatannya dalam gerakan dakwah di Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti permasalahan dan cabaran yang ada pada masa kini. Keseluruhan kajian ini menggunakan kaedah kualitatif daripada analisis dokumentasi bagi mendapatkan data-data yang berkaitan. Hasil kajian ini mendapati bahawa dalam usaha gerakan dakwah kepada masyarakat terdapat beberapa permasalahan dan cabaran yang dihadapi oleh pihak YADIM.

PENDAHULUAN Awal abad ke-14, Islam telah menapak di Tanah Melayu secara tidak langsung telah membawa kepada perkembangan dakwah Islamiah. Menurut Mahayudin Hj.Yahya (2001:15) dalam buku karangannya bertajuk Islam di Alam Melayu menyatakan perkembangan dakwah di Tanah Melayu berlaku melalui aktiviti pedagang Islam dari Arab dirantau Asia Tenggara. Kedudukan geografi Tanah Melayu yang terletak di tengahtengah rantau Asia Tenggara dikenali sebagai “emporium perdagangan” atau “Semenanjung Emas” di kalangan para pedagang Arab. Sehubungan itu, senario ini telah membawa kepada dakwah Islamiah di Tanah Melayu. Kegiatan dan perkembangan dakwah selepas kemerdekaan Tanah Melayu 31 Ogos 1957 menjadi lebih jelas dan tersusun khususnya dalam kalangan golongan muda dalam period awal

tahun 1970-an (Ab. Aziz Mohd Zin 1999: 180). Menurut Ab. Aziz Mohd Zin (2006:46-48) lagi, usaha dakwah selepas kemerdekaan Malaysia adalah melalui pendekatan-pendekatan seperti dakwah melalui landasan politik kepartian, dakwah melalui jentera kerajaan, dakwah melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan Jemaah Tabligh. Dakwah secara individu turut dijalankan pada ketika itu Rentetan dari itu, perkembangan dakwah melalui organisasi-organisasi ini maka lahirlah antaranya ialah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang bertujuan untuk menyelaras aktiviti-aktiviti dakwah yang dijalankan oleh pelbagai badan dan agensi dakwah yang tumbuh dengan banyaknya pada tahun 1970-an. Badan-badan dakwah yang mula

PROSIDING BICARA DAKWAH KALI KE 15, 6 MEI 2014.

iii. Kelemahan dari sudut pengawalan. iv. Kelemahan dari sudut penyelarasan. Permasalahan ini juga mempunyai kaitan dengan cabaran pengurusan institusi dakwah sama ada cabaran berbentuk dalaman ataupun luaran. Menurut Ahmad Azam (2000: 17) antara cabaran yang dikemukakannya ialah kemalasan berfikir di kalangan pihak pengurusan institusi dakwah selain cabaran untuk membina dan membangunkan khaira ummah seperti mana yang dituntut dalam Islam. Cabaran luaran pula antaranya adalah peranan musuh-musuh Islam dalam menghancur dan memecahbelahkan umat Islam (Yuseri Ahmad, 2005: 52). Beberapa masalah yang timbul dalam menjalankan gerak kerja dakwah pada masa kini, antaranya permasalahan dakwah meliputi; i. Kewangan ii. Tenaga pendakwah iii. Saudara Islam (golongan Muallaf) iv. Dakwah dalam negara yang mempunyai pelbagai kaum dan agama (Abdul Manaf, 1998: 169).

berkembang ini dirasakan perlu dikawal dan diberi panduan hala tuju yang betul agar ia tidak menimbulkan kecelaruan di kalangan masyarakat serta tidak bercanggah dengan kepentingan dan kemajuan negara. Semua aktiviti yang dilaksanakan oleh badan-badan dakwah ini diharapkan dapat memberi kesan yang baik kepada masyarakat. Pelbagai bantuan disediakan untuk membantu bagi tujuan dakwah dan salah satu bantuan yang diberikan ialah menyediakan peruntukan perbelanjaan bagi keperluan majlismajlis keagamaan. PERMASALAHAN KAJIAN. Peranan agensi-agensi dakwah di negara ini amat penting dalam menyemarakkan kegiatan dan peranannya dalam usaha dakwah kepada masyarakat. Namun, peranan tersebut tidak menunjukkan kejayaannya. Banyak permasalahan yang berlaku antaranya menurut Fariza (2000) permasalahan dakwah Islamiah dalam era globalisasi bukan lagi setakat masalah kepimpinan dan organisasi tetapi berkaitan permasalahan perancangan, strategi dan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh organisasi-organisasi Islam dalam menangani dan mengharungi arus perkembangan teknologi yang pesat. Umat Islam perlu menghadapi arus transformasi pembangunan dengan bijaksana. Jika tidak proses dakwah akan ketinggalan dan terpinggir di celahcelah proses pemodenan. Dalam menghadapi arus perkembangan ini, organisasi Islam memerlukan persiapan rapi, perancangan dan strategi yang mantap. Segala perkembangan dan kecanggihan teknologi maklumat dan kemajuan ekonomi akibat proses globalisasi perlu dimanfaatkan dan direalisasikan untuk perkembangan dakwah Islamiah. Teknologi canggih diiktiraf dunia sebagai global village atau desa sejagat yang tidak mengenal sempadan sama ada politik atau ekonomi. Dalam proses memanfaatkan peluang inilah dakwah Islamiah menghadapi pelbagai masalah dalaman dan luaran bagi sesebuah organisasi Islam. Kelemahan ini juga sememangnya sudah lama wujud di sesebuah organisasi Islam yang semakin kompleks dan rumit. Begitu juga permasalahan yang berlaku di bidang pengurusan dakwah. Menurut Rozhan Othman (1990: 55-65) mengemukakan beberapa masalah yang timbul dalam pengurusan dakwah secara umumnya iaitu: i. Kelemahan dari sudut perancangannya. ii. Kelemahan dari sudut pelaksanaan.

Menurut Ab. Aziz Mohd Zin (1997: 234) beliau telah mengenal pasti beberapa permasalahan dakwah yang bersandarkan kepada institusi atau agensi dakwah, iaitu: i. Tidak mempunyai rancangan yang baik ii. Kurang menggunakan media atau saluran media masa kini iii. Masalah kewangan iv. Pertubuhan atau organisasi dakwah berusaha dengan cara mereka sendiri dengan penekanan yang berbeza daripada pertubuhan lain. Masalah kewangan juga antara faktor kelemahan dalam Institusi dakwah. Ini sebagaimana kajian Abdul Ghafar Don (2003: 73) yang membuat kajian tentang peranan Institusi dakwah di Britain. Institusi ini juga masih memerlukan bantuan dan sumbangan daripada pihak luar untuk melaksanakan program yang dirancang. Hal demikian memberi gambaran bahawa masalah kewangan dilihat masih membelenggu Institusi-Institusi Islam sama ada di dalam negara ataupun di luar negara dengan merujuk contoh negara Britain. Kajian Ab. Aziz Mohd Zin (2006: 277-301) mengemukakan permasalahan dalam pelaksanaan aktiviti dakwah secara keseluruhannya di Malaysia, antarnya ialah:

277

PROSIDING BICARA DAKWAH KALI KE 15, 6 MEI 2014.

i.

Penganjur yang merangkumi isi kandungan, metode penyampaian, perancangan, kakitangan dan kewangan ii. Masalah peserta yang melibatkan penyertaan, keterlibatan, disiplin dan komunikasi iii. Masalah pelaksanaan aktiviti dakwah masjid yang merangkumi masalah penganjur, kewangan, promosi, metode dakwah, pengurusan dan birokrasi. Hasil dari kajian di atas mendapati bahawa organisasi dakwah di Malaysia telah berusaha memainkan peranan serta menjalankan tanggungjawab yang diberikan selaras dengan objektif penyebaran dakwah kepada masyarakat. Oleh yang demikian, setiap permasalahan yang dihadapi oleh setiap organisasi terbabit tidak seharusnya dianggap sebagai batu penghalang kepada usaha dakwah bahkan ia perlu di anggap sebagai satu cabaran kepada organisasi dakwah berkenaan (Mohamad Nazli Omar, 2013: 16). Sehubungan dengan itu, artikel ini bertujuan untuk membincangkan tinjauan awal berkaitan dengan cabaran pengurusan dakwah di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia atau singkatan namanya YADIM.

bahawa manusia mempunyai kecekapan dan kebolehan untuk mentadbir dan mengurus kehidupan mereka. Sejarah perkembangan pentadbiran dan pengurusan sebenarnya telah bermula bertapak sejak zaman Rasulullah SAW yang menjurus kepada perancangan dan penyusunan semula sistem yang berteraskan fahaman kearaban kepada fahaman keislaman. Hal ini diteruskan oleh para khalifah al-Rasyidin, para tokoh pemikir Islam dan seterusnya sehingga kini. Asas terbinanya pentadbiran dan pengurusan adalah berdasarkan daripada nilai-nilai Quran. Banyak ayat-ayat yang terkandung di dalam al-Quran agar manusia merenung hakikat bahawa Allah adalah pengurus dan pentadbir yang sebaik-baiknya. Selain itu juga, terdapat ayat-ayat lain yang memberi gambaran dan panduan tentang pengurusan secara berorganisasi yang baik dan tersusun rapi. Penulisan berkaitan dengan pentadbiran politik, pengurusan, kemanusiaan dan kemasyarakatan telah mula berkembang sejak dari zaman dahulu seperti para tokoh-tokoh Islam antaranya Ibn Sina, al-Ghazali, Ibn Taimiyah dan Ibn Khaldun. Penulisan ini terus berkembang kepada gerakan Islam seperti Jamaludin alAfghani, Sheikh Muhammad Abduh, Rasid Redha dan lain-lain. Pendekatan dan penumpuan oleh para ilmuan pada ketika itu adalah menyingkap ketinggian pemikiran Islam di samping memberi kesedaran kepada masyarakat Islam dari sifat-sifat mazmumah atau keburukan. Masyarakat diajak berfikir secara keseluruhan untuk memperbaiki kedudukan manusia dalam semua bidang kehidupan kemasyarakatan (Sheikh Ghazali Sheikh Abod, 2002:35). Pentadbiran dan pengurusan dalam bentuk moden telah mula terbentuk apabila lahirnya masyarakat industri pada akhir abad ke-19. Ini kerana mereka merasakan perlu wujudnya suatu sistem pengurusan yang menjalinkan hubungan antara anggota masyarakat dalam konteks pengorganisasian. Menurut Kamus Dewan (2002:1529) definisi pengurusan merupakan perihal kerja mengurus sesuatu pentadbiran. Definisi pengurusan daripada para tokoh Barat seperti R.G Anderson (1983: 70) menyatakan bahawa pengurusan adalah perancangan untuk jangka masa panjang yang dibangunkan oleh pengurus bagi menggariskan hala tuju sesebuah organisasi, menyusun atur, mengagih, mengawal, merangsang motivasi untuk para pekerjanya bagi mencapai matlamat organisasi. Dilihat dari sudut

KONSEP PENGURUSAN DAKWAH Sistem pengurusan dalam sesebuah organisasi amat penting dalam masyarakat yang semakin berkembang luas dalam pelbagai aspek kehidupan. Bidang pengurusan ini adalah seusia dengan masyarakat itu sendiri. Hal ini kerana pengurusan sebenarnya dilihat sebagai aktiviti seharian dalam kehidupan manusia dan berkembang menjadi lebih cekap serta tertumpu kepada keperlukan dari masa ke semasa. Sesungguhnya sistem pengurusan yang terbaik semestinya disertai dengan panduan dan perancangan yang sempurna Sistem pengurusan dikatakan telah bertapak sejak zaman kelahiran Nabi Adam dan Hawa yang terus berkembang sehingga ke hari ini. Bukti sejarah antaranya ialah ketamadunan Sumeria, Mesir dan lain-lain yang merupakan bukti kukuh menunjukkan bahawa masyarakat telah mempunyai satu sistem pengurusan yang cekap dan teratur. Pengiktirafan ini sebagai salah satu benda yang ajaib di dunia seperti piramid, dan spink merupakan kesan-kesan sejarah yang kekal sehingga kini bagi memberi gambaran 278

PROSIDING BICARA DAKWAH KALI KE 15, 6 MEI 2014.

Islam, pengurusan dakwah juga sering diertikan sebagai pengurusan Islam kerana terdapat unsur persamaan di anatar konsep dakwah dengan ajaran Islam itu sendiri (Roslan Mohamad, 2003: 107). Ini berdasarkan pemahaman kita bahawa Islam tersebar menerusi pengurusan dakwah yang sempurna. Teori mengenai pengurusan semakin berkembang setelah mengalami proses perubahan dari teori saintifik kepada teori humanistik, pengurusan Jepun, pengurusan Islam dan sebagainya. Perubahan yang berlaku ini mempunyai pelbagai perubahan dan penekanan seperti organisasi kepada manusia, projek dan nilai-nilai kemanusiaan. Namun begitu, perkara asas dalam pengurusan adalah sama. Sejarah perkembangan pengurusan sebenarnya telah bermula dengan kewujudan Nabi Adam sehingga ke zaman Rasulullah SAW yang telah menjurus kepada perancangan dan penyusunan semula sistem yang berteraskan kepada ajaran Islam. Pengurusan Islam telah diaplikasikan serta diamalkan oleh Rasulullah SAW dan juga para sahabat yang mengalami beberapa proses perkembangan mengikut zaman. Ianya dirancang dengan teliti dan telah menghasilkan kejayaan. Ini kerana pengurusan Islam merupakan satu sistem berasaskan Tauhid yang mempunyai hubungan antara wahyu Allah dengan kehidupan manusia. Sistem pengurusan Islam lebih bersifat holistik dan syumul jika di bandingkan dengan lain-lain sistem pengurusan. Sistem pengurusan Islam amat lengkap yang meliputi aspek jasmani, rohani dan akal serta keseluruhan kehidupan. Ia dilihat dan dibangunkan menurut kerangka berfikir, nilai dan prinsip-prinsip Islam yang perlu digali, diteladani sepertimana terkandung di dalam al-Quran. Pengurusan yang teratur dan lengkap adalah salah satu sifat Allah SWT yang mengurus, mentadbir dan mengatur urusan alam semesta ini sehingga kekal ke hari ini dengan penuh ketelitian dan kebijaksanaan-Nya. Ini sebagaimana firman Allah:

Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian ia bersemayam di atas Arasy; dan ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhluk-Nya) tiaptiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa Yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; ia menerangkan tanda-tanda kekuasaannya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan) (Ar-Ra’d: 2).                   Maksudnya: Allah mentadbirkan makhluk-makhluk-Nya (bagi melaksanakan tadbir-Nya itu ia menurunkan segala sebab dan peraturan) dari langit ke bumi kemudian diangkat naik kepada pengetahuannya (segala yang berlaku dari perlaksanaan tadbir-Nya itu untuk dihakimi-Nya) pada suatu masa yang (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) banyak bilangan tahunnya menurut hitungan masa kamu yang biasa (As-Sajadah:5). Ayat di atas berkaitan dengan pengurusan Allah terhadap langit dan bumi yang menentukan bulan dan tahun. Ini memberi makna setiap pengurusan mempunyai kaitan dengan masa. Soalan pengurusan memberi gambaran tentang perintah dalam melaksanakan tanggungjawab yang perlu memiliki kepintaran atau kepakaran. Menurut Rasid Muhammad, Mohd Yadman Sarwan dan S.Salahudin Suyurno (2012: 31) menyatakan bahawa pengurusan Islam berkait rapat tentang persoalan manusia, amal dan organisasi. Keinsanan merujuk kepada hakikat kejadian insan yang merupakan makhluk Allah yang perlu melaksanakan fungsi utama iaitu sebagai hamba dan khalifah. Pengurusan sebenarnya dilihat sebagai suatu aktiviti seharian dalam kehidupan manusia dan berkembang menjadi lebih cekap serta diperlukan dari masa ke semasa. Satu proses yang telah disusun dan diatur bagi mencapai matlamat atau objektif yang memerlukan perkara asas seperti perancangan, pengorganisasian bagi menempatkan individu yang pakar sebagai pegawai atau seumpamanya. Kemahiran individu juga dilihat sebagai suatu pendekatan pengurusan yang kompleks atau menyeluruh dan satu aktiviti yang khusus.

                               Maksudnya; 279

PROSIDING BICARA DAKWAH KALI KE 15, 6 MEI 2014.

Nilai pengurusan Islam bersumber daripada ajaran al-Quran dan al-Hadith yang mengambil kira nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan dalam satu ikatan yang kukuh. Objektif pengurusan Islam tidak semata-mata mencari keuntungan tetapi mempunyai matlamat dalam kehidupan di dunia dan akhirat yang mengutamakan keikhlasan, kejujuran dan keadilan. Menurut Abu Sin (1991:310) objektif teori pengurusan adalah untuk mengenal pasti contoh tertentu bagi seseorang dalam segala tindakannya yang akan menguasai orang lain. Kejayaan teori pengurusan ini bergantung pada kemampuan dalam menilai etika pengurusan tersebut. Abu Sin (1991: 310) dan Razaleight Muhamat @ Kawangit (2010: 75) mempunyai pandangan yang sama menyatakan bahawa pengurusan dalam Islam tidak mempunyai satu kerangka yang tetap kerana teori yang dipilih ini menjadi suatu pegangan pengurusan mengikut kepada keperluan semasa, kesesuaian keadaan dan persekitaran setempat. Teori pengurusan Islam mempunyai ciri-ciri tertentu antaranya: i. Falsafah kemasyarakatan yang mempunyai hubungan erat dengan akhlak dan nilai kemasyarakatan. ii. Berkhidmat memberi kepuasan fisiologi kepada setiap individu dari aspek ekonomi dan material. iii. Menitikberatkan undang-undang dan peraturan serta menentukan bidang tugas serta tanggungjawab secara kolektif iv. Menitikberatkan ciri-ciri kemanusiaan dan kerohanian di samping menghormati manusia sebagai insan yang secara bersama terlibat dalam pengurusan (Abu Sin, 1991: 311). Aspek pengurusan tidak hanya memberi penekanan kepada persoalan pangkat tetapi juga dalam hal metodologi memimpin serta berupaya untuk manipulasi kuasa yang diberikan agar dapat mengarah kejayaan sesebuah organisasi. Perkara ini amat berkait rapat aspek kepimpinan dan hubungan antara pemimpin dan kumpulan yang dipimpin. Pelantikan ketua merupakan perkara asas dalam pengurusan Islam kerana ketua mempunyai kuasa untuk membuat keputusan yang dikehendaki oleh sesebuah organisasi. Empat perkara variabel khusus dan umum yang dikemukakan oleh Mustafa Haji Daud (1994:18) di gunakan dalam melaksanakan sesuatu pengurusan Islam. Ciri-ciri umum teori pengurusan Islam iaitu:

i. Mempunyai keterkaitan dengan falsafah sosial Islam yang selari dengan etika Islam ii. Mengambil kira kepelbagaian kegiatan ekonomi untuk memenuhi keperluan individu dan masyarakat iii. Memenuhi tuntutan aspek kerohanian dan psikologi individu dalam masyarakat. iv. Memberi fokus kepada kecemerlangan organisasi melalui pengurusan yang baik dari segi struktur, hubungan dan kepatuhan. Ciri-ciri khusus pengurusan Islam adalah merupakan sebahagian daripada sistem masyarakat kerana Islam telah menetapkan matlamat hidup. Hubungan antara manusia dengan Allah, manusia dengan manusia, manusia dengan masyarakat, hubungan manusia dengan alam adalah termasuk dalam kitaran amalan ibadah yang menjadi tuntutan dalam kehidupan. Hal ini sebagaimana Firman Allah:           Maksudnya : Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam (Al-An’am:162) Islam juga telah menerangkan bahawa pekerjaan dan jawatan khususnya dalam pengurusan adalah satu tanggungjawab dan amanah yang telah di jelaskan di dalam al-Quran. Firman Allah:                              Maksudnya :

280

PROSIDING BICARA DAKWAH KALI KE 15, 6 MEI 2014.

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan Segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat (Al-Nisa’ 58).

Madinah, kerajaan Umaiyah di Damsyik dan kerajaan Abbasiah di Baghdad telah melaksanakan prinsip-prinsip Islam dalam menyebarkan dan melaksanakan ajaran agama Islam (al-Shabani, 1979). Akhir-akhir ini, pengurusan yang popular dalam pengendalian organisasi industri yang semakin menonjol terutama organisasi sosial adalah seperti institusi pendidikan, kesatuan sekerja, agama, dakwah dan seumpamanya (Ahmad Mohd Said, 1998: 68-70). Pengurusan merupakan satu konsep yang berkembang sangat luas dalam masyarakat. Hal ini kerana keterikatan antara falsafah dan nilai yang melatari perkembangan organisasi yang berkenaan. Menurut Rasid Muhamad (2008: 31) menjelaskan bahawa agama Islam mempunyai falsafah dan nilai yang tertentu untuk mempengaruhi dan membentuk seluruh kehidupan yang murni termasuklah soal organisasi dan pengurusan. Pengurusan dalam sesebuah organisasi mempunyai hubungan dan keterikatan antara satu sama lain. Apabila bangunnya organisasi maka pengurusan diperlukan dan tidak boleh dipisahkan daripada organisasi. Tanpa pengurusan yang sempurna organisasi akan menjadi lemah dan kucar kacir. Keprihatinan Islam yang holistik dalam semua bidang termasuklah pengurusan Islam. Membincangkan hal pengurusan Islam ini Azman Che Omar (2001:5) menyatakan terdapat dua perkara asas yang perlu di ketahui iaitu:

Menurut Abd. Rahman Ibrahim al-Dhohayan (1990:61-62) menyatakan bahawa matlamat pengurusan Islam merupakan matlamat yang telah ditentukan oleh syariat seperti mana berikut: i. Menjaga agama Matlamat menjaga dan menegakkan syariat Islam adalah dasar dan asas utama pengurusan Islam yang mempunyai fungsi dalam melaksanakan segala suruhan dan menjauhi segala larangan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. ii. Menjaga akal Kerajaan atau pemerintah Islam bertanggungjawab untuk menjaga akal agar kesejahteraan dapat dijaga daripada sebab akibat yang boleh merosakkan sama ada secara akal fizikal atau akal rohani. iii. Menjaga jiwa Menjaga jiwa atau diri merupakan salah satu daripada matlamat pengurusan Islam yang penting. Setiap diri dan jiwa manusia terjamin dalam syariat Islam mengikut hukum-hukum yang telah di tentukan dalam syariat Islam iv. Menjaga kehormatan Kehormatan dan kemuliaan insan perlu dijaga bagi menjamin setiap individu bersifat mahmudah dan menjauhi sifat-sifat mazmumah yang boleh merosakkan status insan. v. Menjaga harta benda Menjaga harta benda kekayaan masyarakat dan negara merupakan matlamat pengurusan Islam dalam bentuk pengurusan harta kekayaan yang di uruskan dengan baik, adil dan sempurna serta menjauhi daripada sebarang pengurusan harta yang haram di sisi Islam. Perkhidmatan dalam pengurusan harta kekayaan ini melibatkan pengurusan yang berasaskan kepada muamalat yang di akui oleh Islam. Matlamat pengurusan Islam berteraskan kepada maqasid shariah yang merupakan panduan dasar pelbagai perancangan pengurusan yang bersumberkan amalan dari al-Quran dan Hadith. Rasulullah SAW dan para sahabat di

i. Kumpulan yang menduduki sesuatu kedudukan di peringkat pengurusan di sebut sebagai pihak pengurusan. ii.Kuasa yang dimiliki untuk memberi arahan kepada orang bawahan dalam melaksanakan sesuatu kerja. Teori dan ciri-ciri yang dikemukakan seperti mana di atas memperlihatkan bahawa tugas dan amanah dari Allah SWT kepada manusia merupakan sebahagian daripada Tamadun Islam di samping politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Keunggulan dan kesempurnaan teori pengurusan Islam bersumberkan dari al-Quran dan Al-Sunah yang berasaskan kepada akidah, syariah dan akhlak. Nilai dari kedua-dua sumber itu mengambil kira nilai kemanusiaan dan kemsayarakatan yang mempunyai hubungkait dan integrasi dalam satu ikatan yang erat. Teras asas pengurusan Islam adalah secara terperinci dan menyeluruh yang meliputi Keesaan Allah, 281

PROSIDING BICARA DAKWAH KALI KE 15, 6 MEI 2014.

Keagungan, Kebesaran dan Kekuasaan-Nya yang memberi kesedaran dan keinsafan kepada manusia yang diakhirat kelak akan dipersoalkan terhadap segala perbuatan manusia di dunia ini. Oleh yang demikian, konsep tauhid merupakan teras kepada pengurusan Islam yang mencerminkan al-Falah atau kecemerlangan dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.

Kewangan Muslim" oleh Tuan Haji Nik Mohd Mohyideen Musa. Turut sama dalam penyusunan kertas kerja ini adalah En. Nakhaie Bin Ahmad, yang pada ketika itu merupakan setiausaha bagi kertas kerja “Penubuhan Perbadanan Kewangan Muslim” (Nik Mohd Mohyideen Musa, 1972: 11). Pada 18 Mei 1972, Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, En. Abdul Ghafar Baba telah mengadakan mesyuarat dengan ketua-ketua Majlis Ugama Islam Negeri untuk membincangkan rumusan Kongres Ekonomi Islam Kedua itu. Turut dijemput dalam mesyuarat ialah Setiausaha Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam, Dato' Haji Ismail Panjang Aris, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Tan Sri Ismail Hussein dan penulis-penulis kertas kerja kongres tersebut. Mesyuarat mengkaji dua perkara penting iaitu Penubuhan Kompleks Kewangan dengan sebahagian dari modalnya adalah daripada Tabong Pembangunan Ekonomi Islam dan Penubuhan Yayasan Sebaran Islam. Dalam mesyuarat ini juga, membincangkan penubuhan jawatankuasa penaja bagi Yayasan Sebaran Islam uyang ditugaskan ntuk menguruskan pendaftarannya dan menggubal Undang-undang (Utusan Melayu, 8 Mei 1972). Pada masa yang sama juga, Setiausaha Biro Agama UMNO Malaysia, Dusuki Ahmad telah menyediakan satu kertas kerja untuk penubuhan sebuah Badan Penyelaras Dakwah. Kertas kerja ini telah disiapkan dan dibincang dalam mesyuarat Biro Agama UMNO yang diketuai Pengerusi Biro UMNO iaitu Dato’ Wan Kadir Ismail. Turut hadir dalam perbincangan kertas kerja itu ialah Tan Sri Syed Jaafar Albar, Tan Sri Abdul Jalil Hasan, Ustaz Nik Muhyiddin Musa, Dr Mohd Zain Othman, Haji Ghazali Abdullah, Dato’ Haji Ismail Panjang Aris dan Ustaz Omar Othman. Hasil daripada perbincangan tersebut, Setiausaha Agong UMNO iaitu Dato’ Senu Abdul Rahman telah menyampaikan kertas cadangan mengenai penubuhan Badan Penyelaras Dakwah yang diberi nama Sekretariat Dakwah kepada YAB Tun Abdul Razak.

SEJARAH PENUBUHAN YADIM YADIM telah ditubuhkan pada tahun 1974 oleh kerajaan Malaysia. Penubuhannya berasaskan kepada keperlukan masyarakat pada awal tahun 1970an. Penubuhannya sebagai satu badan amanah yang didaftarkan di bawah “Trust Incorporation Ordinance 1952 yang bertanggungjawab secara langsung kepada YAB Perdana Menteri Malaysia. Akta ini sebenarnya diberi nama Trustees (Incorporation) Act 1952 atau Ordinan Pemegang Amanah (Perbadanan) 1952 (No.73 Tahun 1952) yang telah diluluskan oleh Ketua Peguam Negara, Tan Sri Abdul Kadir Yusof pada 30 Mei 1974. Akta ini kemudiannya telah dipinda pada 1 Januari 2006. Sejarah penubuhan YADIM bermula apabila Kongres Ekonomi Islam Ke-2 yang bersidang pada 7-9 April 1972 di Petaling Jaya anjuran Kementerian Pembangunan Negara Dan Luar Bandar yang telah merumuskan untuk menubuhkan sebuah Yayasan yang dinamakan Yayasan Sebaran Islam (Islamic Machinery Trust) dengan tujuan menjalankan dakwah Islamiah dan menjalankan usaha-usaha kebajikan di seluruh Malaysia. Dalam resolusi ini terkandung tentang cadangan penubuhan Yayasan Sebaran Islam iaitu: i. Kerajaan perlu melantik sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada bijak pandai dan orang-orang Islam untuk merangka perlembagaan yang lengkap. ii. Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri hendaklah memberikan sokongan penuh dengan menghulurkan sumbangansumbangan kewangan dan lain-lain. iii. Yayasan ini boleh menerima sumbangan kewangan daripada apa jua punca lain yang halal (Nik Mohyideen Musa, 1972: 15).

Pada 13 April 1972 Tun Abdul Razak telah mengarahkan melalui suratnya kepada Dato’ Haji Ismail Panjang Aris, Setiausaha Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) agar menubuhkan sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Tan Sri Aziz Zain yang pada ketika itu adalah pengerusi

Penubuhan Yayasan Sebaran Islam adalah hasil pembentangan kertas kerja di Kongres Ekonomi yang bertajuk "Penubuhan Perbadanan 282

PROSIDING BICARA DAKWAH KALI KE 15, 6 MEI 2014.

…saya suka hendak menegaskan bahawa tujuan kerajaan menubuhkan Yayasan Dakwah Islamiah, Malaysia adalah untuk menggiatkan dan memesatkan lagi gerakan dakwah Islamiah di negara ini yang merupakan sebuah negara Islam yang telah memainkan peranan penting di dalam mempertahankan kesucian agama Islam dan mempertinggikan syairnya di dalam dan di luar negeri. Saya suka menyatakan bahawa kerajaan berharap dengan melalui Yayasan Dakwah Islamiah ini akan dapat di selaras dan dikemaskan aktiviti-aktiviti dakwah di semua peringkat, sama ada diperingkat yang dijalankan oleh Majlis-majlis Agama Negeri di tiap-tiap negeri ataupun peringkat badan-badan ataupun pertubuhan sukarela yang tertentu di seluruh negara (Siri Penyiaran Dakwah (1), t.th.:8).

Lembaga Lektrik Negara (LLN). Tugas jawatankuasa ini ialah “to make a preliminary study of the proposal to establish a foundation for da’wah Islam”. Anggota jawatankuasa ini terdiri daripada Prof Ahmad Ibrahim, Dr Mohd zain Othman, Dato’ Wan Kadir Ismail dan Dato’ Ismail Panjang Aris sendiri sebagai setiausaha. Penyediaan draf Deed of Trust telah diuruskan oleh Prof. Ahmad Ibrahim yang telah menyerahkannya kepada Tan Sri Ghazali Shafie, Menteri Penerangan dengan Tugas-tugas Khas untuk disampaikan kepada Peguam Negara. Perkara ini bertujuan untuk mendapatkan penjelasan mengenai penubuhan Perbadanan kewangan Muslimin. Maklum balas yang diterima daripada Peguman Negara menyatakan bahawa tiada halangan di atas penubuhan perbadanan dengan menjelaskan “The establishment of this Muslim Financial Corporation will not be objectionable because it is clearly allowed by the constitution. Article 11(3)”. Dalam mesyuarat ke-8, Majlis kebangsaan Hal-Ehwal Bagi Agama Islam Malaysia telah bersetuju supaya sebuah yayasan ditubuhkan melalui undang-undang persekutuan. Pada 26 September 1972, Y.A.B Tun Razak telah mengarahkan supaya undang-undang yayasan ini digubal dan dibawa ke dalam Persidangan Menteri-menteri Besar. Pada 6 Oktober 1972 pula, Dato’ Ismail Panjang Aris telah menerima surat dari Peguam Negara yang menyatakan bahawa Parlimen tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang yayasan ini. Beliau telah mencadangkan supaya yayasan yang ditubuhkan ini mengikut cara Trust Incorporation Ordinance dan tidak di bawah Undang-undang Persekutuan. “The method of establishment this financial corporation should not be by way of legislation in parliament but could be by means of trust corporation or a limited liability company”. Pada 22 Disember 1972, Peguam Negara telah meluluskan Trust Deed yang telah disediakan oleh jawatankuasa sebelum ini dan seterusnya MKI bersetuju dengan Trust Deed berkenaan dengan nama Yayasan Dakwah Malaysia.

Ucapan Y.A.B Perdana Menteri sepertimana di atas menunjukkan pentingnya peranan YADIM dalam memperkuat tenaga dan memesatkan kegiatan badan-badan dakwah di dalam dan di luar negara. Fungsi YADIM sebagaimana yang terkandung dalam Akta Fungsi-fungsi Menteri 1969 adalah sepertimana berikut: a. Menyelaraskan kegiatan dakwah Islam b. Menjalankan kegiatan dakwah termasuklah menganjur programprogram seperti seminar, forum, ceramah, bengkel dan sebagainya bagi meningkatkan kefahaman mengenai Islam c. Menerbitkan bahan-bahan penerangan mengenai Islam dan menangani dengan kebijaksanaan dakyah-dakyah memburukkan Islam dan penyebaran ajaranajaran Islam yang diselewengkan d. Memanfaatkan kaedah-kaedah baru dan teknologi terkini di dalam dakwah e. Melahirkan pendakwahpendakwah Islam yang berpengetahuan dan berkemahiran (Warta Kerajaan, 2013:1451).

Perdana Menteri, Tun Haji Abdul Razak dalam ucapannya ketika merasmikan perjumpaan badan-badan dakwah anjuran YADIM buat pertama kalinya telah mengadakan perjumpaan semenjak ditubuhkan mempunyai harapan yang tinggi terhadap YADIM. Menurutnya:

283

PROSIDING BICARA DAKWAH KALI KE 15, 6 MEI 2014.

Di samping itu juga, rangkian kerjasama YADIM dengan agensi-agensi yang lain dalam gerakan dakwah kepada masyarakat juga amat penting. Ini kerana kerjasama antara pertubuhanpertubuhan dan badan-badan dakwah Islamiah merupakan satu tugas dan amanah dari Allah SWT untuk membangun satu umat atau bangsa yang kuat dan mulia serta dipandang tinggi oleh bangsa-bangsa lain di dunia ini.

melibatkan diri dalam perniagaan, perindustrian, dan lain-lain perniagaan. Kuasa tersebut adalah melalui pemegang-Pemegang Amanah yang dilantik oleh Perdana Menteri. Hal ini sebagaimana yang terdapat dalam perlembagaan Yayasan Dakwah: (c) Kuasa bagi melantik seseorang Pemegang Amanah memecat selain daripada pemegang-pemegang amanah yang pertama) atau memecat seseorang Pemegang Amanah adalah tertakluk kepada Perdana Menteri Malaysia. 1.2 Kakitangan

CABARAN YADIM DALAM USAHA GERAKAN DAKWAH KEPADA MASYARAKAT

Kakitangan merupakan asset yang amat penting dalam melaksanakan aktiviti dakwah bagi sesebuah organisasi. Melihat kepada perkembangan YADIM pada masa kini, bilangan pekerja pada tahun 2014 ini adalah seramai 204 orang yang terdiri daripada kakitangan yang berkhidmat di ibu pejabat dan di peringkat zonzon. YADIM cawangan di zon meliputi Zon Utara, Zon Selatan, Zon Sabah, Zon Sarawak, Zon Pantai Timur. Diperingkat cawangan pula, YADIM cawangan Kelantan, Jalan Travers dan Jalan Rahmat Kuala Lumpur. Tidak semua kakitangan di YADIM mempunyai latar belakang pengajian agama Islam. Mereka terdiri daripada pelbagai bidang seperti pendidikan, bidang sukan dan lain-lain. Hal yang demikian dilihat sebagai keterbatasan untuk melahirkan ramai para penceramah di kalangan kakitangan YADIM itu sendiri. Disamping itu, seringkali juga masalah disiplin kakitangan menjadi cabaran kepada pihak pengurusan. Masalah disiplin antaranya lewat hadir ke pejabat, kakitangan yang tidak komited dalam menjalankan tanggungjawab mereka, ketidaksefahaman atau tiada kerjasama dan sebagainya dalam kakitangan masih wujud. Akibatnya kepincangan dalam melaksanakan gerakan dakwah dilihat dengan jelas menjadi hambatan dalam pelaksanaan dakwah kepada masyarakat.

Melihat kepada perkembangan YADIM ketika ini dalam gerakan dakwah kepada masyarakat, penulis akan menyentuh dengan lebih lanjut berkaitan dengan cabaran YADIM. Cabaran ini telah dikenapasti beberapa faktor yang menjadi hambatan dalam gerakan dakwah YADIM. Faktor-faktor tersebut di bahagikan kepada 2 iaitu dalaman dan luaran. 1. Faktor Dalaman Faktor dalaman merupakan antara aspek yang penting dalam menentukan kelicinan perjalanan pengurusan dakwah yang dilaksanakan oleh pihak YADIM. Pengurusan yang baik dan berkesan akan menghasilkan sebuah organisasi yang dinamik dan berdaya saing. Sesungguhnya sistem pengurusan yang terbaik sudah semestinya disertai dengan panduan dan perancangan yang sempurna. Namun, cabaran pada masa kini YADIM di peringkat dalaman antaranya ialah : 1.1

Kewangan

Masalah kewangan merupakan antara cabaran bagi pihak YADIM dalam menjalankan aktiviti dakwahnya kepada masyarakat. Peruntukkan dana yang diterima daripada kerajaan tidak mencukupi bagi menampung kos-kos pengurusan dan aktiviti kemasyarakatan secara keseluruhannya. Namun, untuk menampung kewangan yayasan ini boleh menumpukan perhatian dan penambahan dana kewangan melalui kempen-kempen, derma, subsidi dari negeri-negeri dan bantuan-bantuan dari Negaranegara Islam yang lain. Disamping itu, pelaburan-pelaburan ke tempat-tempat atau punca-punca yang menjamin keuntungan seperti membeli saham, membeli harta benda tetap,

2.1 Faktor Luaran Faktor luaran juga menjadi hambatan kepada pihak YADIM dalam usaha gerakan dakwah kepada masyarakat. Antara faktor-faktornya ialah: 2.1.1 Masyarakat

284

PROSIDING BICARA DAKWAH KALI KE 15, 6 MEI 2014.

Usaha dakwah yang dilaksanakan oleh YADIM memerlukan masyarakat sebagai pemangkin dan perangsang untuk lebih maju dan berdaya saing serta berusaha dalam melaksanakan aktivitiaktiviti yang terbaik. Namun, adakalanya kehadiran peserta yang tidak konsisten dalam sesebuah aktiviti atau program yang dijalankan. Ini kerana kehadiran peserta juga dapat memberi gambaran awal berkaitan dengan keberkesanan dan penerimaan masyarakat terhadap aktivitiaktiviti dakwah yang dijalankan oleh pihak YADIM.

maklumat dan keperluan untuk penyampaian dakwah. KESIMPULAN Hal-hal yang ditonjolkan di atas antaranya adalah yang menjadi cabaran kepada pihak YADIM dalam usaha gerakan dakwah kepada masyarakat. Antara cabaran yang diterima adalah daripada faktor dalaman dan luaran. yang perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan YADIM. Lantaran itu, masalah-masalah yang dihadapi tidak seharusnya dianggap sebagai batu penghalang bahkan ianya sebagai satu cabaran untuk YADIM bergerak lebih maju. Kemajuan ini akan menyebabkan masyarakat menerima perubahan ciri-ciri keislaman yang lebih baik dalam kehidupan mereka serta mencapai objektif yang dikehendaki. Pengurusan dakwah yang disusun dengan lengkap secara tidak langsung telah dapat memberikan manfaat kepada semua lapisan masyarakat, terutamanya bagi masyarakat yang beragama Islam.

2.1.2 Penggunaan Teknologi maklumat Teknologi maklumat merujuk kepada unsur teknologi yang mempunyai proses mengendali informasi yang mengandungi maklumat dalam bentuk teks, imej, video dan audio (Zulkiplie Abd Ghani (2003: 84). Bidang teknologi maklumat ini semakin berkembang dengan pantas mengikut kepada peredaran zaman. Dalam hal ini, terdapat juga antaranya sistem teknologi maklumat di YADIM yang perlahan dalam mengakses segala

et.al. Dakwah Gerakan Islam Alaf Baru. Bangi: Jabatan Pengajian dakwah Dan Kepimpinan UKM Al-Dhohayan, Abd. Rahman Ibrahim. 1990. Al-Idarah wa al-Hukm fi al-Islam. Saudi Arabia: al-Fikr wa al-Tatbiq Azman Che Omar. 2001. Pengurusan di Malaysia Dari Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

RUJUKAN al-Shabani, Muhammad Abdullah. 1979. Nizam al-hukm wa al-Idarah fi alDaulah al-Islamiah (mundh Sadr alIslam ilasuqut al-iaulah al-Abbasiah). Al-Qahirah:’Alam al-Kutub. Abdul Ghafar Don. 2003. Peranan Instiusi Dakwah Di Britain: kajian di The Islamic Foundation. Tesis Doktor Falsafah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Abdul Manaf Haji Ahmad. 1998. Masalah dakwah Di Malaysia Dan Cara Mengatasinya dalam Abdullah Muhammad Zin. Et.al Prinsip Dan Kaedah Dakwah Dalam Arus Pembangunan Malaysia. Bangi: Penerbit UKM Ab. Aziz Aziz Mohd Zin. 1997. Pengantar Dakwah Islamiah. Kuala Lumpur:Penerbit Universiti Malaya. Ab. Aziz Aziz Mohd Zin. 2006. Dakwah Islam Di Malaysia. Kuala Lumpur:Penerbit Universiti Malaya. Ahmad Azam Abdul Rahman. 2000. Dakwah Dalam Gerakan Islam Di Malaysia dalam Ahmad Redzuwan Mohd Yunus,

Ibrahim Abu Sin (pent). Abd Rashid Ngah, Jusoh Kadir. 2002. Pengurusan Dalam Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kamus Dewan. 2002. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Rasid Muhammad, Mohd Yadman Sarwan dan S.Salahudin Suyurno. 2012. Pengurusan Islam Teori dan Praktis. Shah Alam: Penerbit Press Universiti Teknologi Mara. Roslan Mohamad. 2003. Pengurusan Dakwah: Sorotan Mengenai Konsep. Jurnal YADIM Bil.5 Disember 2003. H.107 R.G Anderson. 1983. A Dictionarry Of Management Terms. Plymouth: Mac Donald and Evans 285

PROSIDING BICARA DAKWAH KALI KE 15, 6 MEI 2014.

Mahayudin Hj.Yahya. 2001. Islam di Alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Mohamad Nazli Omar. 2013. Pengurusan Dakwah Di Negeri Maju: kajian Tentang Cabaran Dan Masalahnya Di Melaka. Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Dakwah Dan Pembangunan Insan Universiti Malaya. Mohd Shahar Sidek. 1996. Pengurusan Organisasi Dari Perspektif Islam dalam Abd Halim el-Muhammady (ed). Bangi: Persatuan Bekas Mahasiswa Timur Tengah Mustafa Haji Daud. Pengurusan Islam. 1994. Kuala Lumpur:Utusan Publcations & Distributors Sd. Bhd. Nik Mohyideen Musa. 1972. Kertas kerja Penubuhan Perbadanan Kewangan Muslim (Baitul Mal Pusat) dalam Kongres Ekonomi Islam Kedua 9-7 April 1972 Razaleight Muhamat @ Kawangit. 2010. Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Sejarah, Teori Dan Perlaksanaan. Bangi: Jabatan Pengajian Dakwah Dan Kepimpinan. Rozhan Othman. 1990. Pengurusan Dakwah. Shah Alam: Ummah Media Sdn. Bhd. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Qur’an. (t.thn.). Kuala Lumpur: Darul Fikir. Y.A.B Tun Haji Abul Razak. T.thn. Siri Penyiaran 1: Penubuhan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Warta Kerajaan, 2013. Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969. Wan Liz Ozman Wan Omar.1996. Pengurusan Islam Abad Ke-21. Revolusi Pengurusan Untuk Keunggulan Sektor Awam dan Korporat. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Utusan Melayu, 8 Mei 1972 Yuseri Ahmad. 2005. Dakwah Masa kini: isu dan Cabaran dalam Syamsul Bahri Andi Galigo, et.al Membangun Masyarakat Yang Berilmu Dan Berakhlak. Kuala Lumpur: Kolej Universiti Islam Malaysia. Zulkiplie Abd Ghani. 2003. Islam, Komunikasi Dan Teknologi Maklumat.

Utusan Publication and Distributor : Kuala Lumpur.

286

32 276-286 masitah yadim.pdf

Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM),. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM),. Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM). dan Jemaah Tabligh.

581KB Sizes 6 Downloads 81 Views

Recommend Documents

of 32 - Drive
There was a problem loading this page. Important_Monthly_GK_Current_Affairs_Quizzes_-_A ... CQs)_without_explanation_-_www.ibpsguide.com.PDF.

Accounting (9706/32)
Choose the one you consider correct and record your choice in soft pencil on ... The company proposes a capital reconstruction scheme with the following terms.

of 32
199. Page 3 of 32. Mullen_More_Playful_Interfaces_329899_1_En_9_Chapter_OnlinePDF.pdf. Mullen_More_Playful_Interfaces_329899_1_En_9_Chapter_OnlinePDF.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu. Displaying Mullen_More_Playful_Interfaces_329899_

Accounting (9706/32)
Write your name, Centre number and candidate number on the Answer Sheet in the spaces ... C Ordinary shareholders in a company are members with voting rights. .... $1800 favourable and the materials usage variance is $1000 adverse.

32.pdf
Services such as information retrieval, business planning, basic record keeping, management. assistance, and marketing assistance would greatly benefit the ...

Accounting (9706/32)
Choose the one you consider correct and record your choice in soft pencil on the ... 7 A company is to purchase an unincorporated business by the issue of 120 ...

Accounting (9706/32)
Which entry is shown in the income statement for the year ended 30 September 2014 for the ... A Debenture holders always hold security on the assets of the company. .... 25 A company has a policy of holding inventory equal to next month's ...

1200-08-32
May 1, 2017 - 1200-08-32-.10 Infectious and Hazardous Waste. 1200-08-32-.03 ..... The process of treating water used for dialysis purposes in order to maintain a ..... There shall be evidence of monthly assessment for new and recurrent ...

Accounting (9706/32)
12 In a set of limited company accounts, which item would be included in the statement of changes in equity .... 27 A company sells its products at $2.10 per unit.

1200-08-32
May 1, 2017 - Techniques and systems for identifying, reporting, investigating and controlling infections ..... assessed through quality management activities; ...

32.PDF
... to represent the. University and Australia in a global business planning competition. Evan J. Douglas, Professor and Head. Brisbane Graduate School of Business. Queensland University of Technology. 2 George Street, Brisbane, Australia 4000. Tel:

32.pdf
John James Cater III. The University ... and these trends are expected to continue (Astrachan, Allen, & Spinelli, 2002). However .... Displaying 32.pdf. Page 1 of ...

32-Obligasi_Syariah.pdf
menghalalkan yang haram; dan kaum muslimin terikat. dengan syarat-syarat mereka kecuali syarat yang. mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang.

of 32
Page 3 of 32. Page 3 of 32. Primaria_Cuarto_Grado_Formacion_Civica_y_Etica_Libro_de_textodiarioeducacion.pdf. Primaria_Cuarto_Grado_Formacion_Civica_y_Etica_Libro_de_textodiarioeducacion.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu. Displaying .

1200-08-32
May 1, 2017 - and delivery for any period of time. ..... Periotoneal dialysis delivery systems;. 2. Symptoms ...... available to survey staff as proof of participation.

29-32
I will ignore this case for the purposes of this argument, since a repair ... [4] Ebbinghaus, H. D., J. Flum, and W. Thomas, Mathematical Logic, Springer-Verlag, ...

32.pdf
AppExp: 0. For, VIVEK PHARMA. Authorized Signatory. 04-11-2017 10:19AM 1. Powered By: PROMPT +91-281-2230181. Whoops! There was a problem loading this page. Retrying... Whoops! There was a problem loading this page. Retrying... 32.pdf. 32.pdf. Open.

32.pdf
... a device with a hydro-pneumatic chamber having at least two. openings, one in communication with the atmosphere and one in communication with the sea.

32.pdf
(d) Wuchereria bancrofti. 4. Manas Wildlife Sanctuary is located in. (a) Meghalaya. (b) Assam. (c) West Bengal. (d) Rajasthan. ( 3 ). HS/XII/Sc/Bio-Zoo/13/32.

32.pdf
Page 1 of 20. THE OWNER-MANAGER AND THE GROWTH OF THE SMALL FIRM: AN EMPIRICAL. ANALYSIS OF THE IRISH EXPERIENCE. James S. Walsh, University College Cork, Cork, Ireland. Philip H. Anderson, University of St. Thomas, St. Paul MN, U.S.A.. Abstract. Thi

Accounting (9706/32)
Choose the one you consider correct and record your choice in soft pencil on the ... 2 During the year a company issued one million ordinary shares at $1.20 per ...

32.pdf
entrepreneurship and small business studies (Church, 1984; Stevenson, et al. ... Monk, 2000; Montgomery and Sinclair, 2000; Naphtali, 2000; Scarborough, ...

Bai 32 RFA.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Bai 32 RFA.pdf.Missing:

M-32.pdf
Page. 1. /. 5. Loading… Page 1 of 5. Page 1 of 5. Page 2 of 5. Page 2 of 5. Page 3 of 5. Page 3 of 5. Main menu. Displaying M-32.pdf. Page 1 of 5.