Refleksi 4: Overall Blog Development

Penghasilan keseluruhan blog pendidikan ini memberikan saya banyak pengalaman yang menyeronokkan. Selain itu juga banyak juga cabaran yang saya hadapi untuk penghasilan blog pendidikan ini. Melalui penghasilan blog ini, pengalaman yang sangat bererti erti yang saya dapat adalah saya berjaya mengembangkan lagi pengetahuan saya didalam bidang IT atau Information Technology ini. Sebelum ini saya hanya melihat rakan – rakan yang mempunyai blog dan mereka menggunakan dengan pelbagai cara samada dalam aspek komunikasi dan pencarian maklumat dan ia memerlukan beberapa kemahiran untuk menjadikan blog mereka satu blog yang penuh berinformasi dan menarik untuk dikunjungi. Dalam menyiapkan blog saya ini banyak perkara baru yang saya pelajari dan dari pengalaman ini juga saya dapat mengenali perkara yang saya tidak terfikir untuk diterokai. Dengan terhasilnya blog pendidikan ini saya bertambah kagum dengan kemampuan diri yang memiliki blog pendidikan yang penuh berinformasi. Saya juga akan meneruskan usaha saya untuk memastikan blog ini akan terus berfungsi sebagai alat kepada pelajar yang ingin mencari maklumat tambahan kepada pembelajaran mereka. Perkara lain yang menarik apabila sedikit sebanyak saya juga mampu untuk membantu memba rakan – rakan saya yang lemah dalam membina blog walaupun saya juga hanyalah ‘orang baru’ didalam membina blog ini. Dalam penghasilan blog ini banyak perkara yang saya perlu terokai sendiri contohnya apabila saya mahu menambahkan sebarang aplikasi didalam didalam blog, saya perlu membaca dulu ciri – ciri atau arahan yang perlu diikuti untuk menggunakan widget atau menambahkan gadget yang diperlukan untuk blog saya. Adakalanya juga, saya terpaksa trial and error untuk memastikan perkara yang saya buat dapat berfungsi berfungsi dengan baik dilaman blog saya. Sehubungan dengan itu juga, banyak maklumat dan video pendidikan yang boleh dikongsikan bersama dengan rakan – rakan dengan menaik turun dan memuat turun bahan – bahan yang ingin digunakan atau diperlukan. Oleh sebab itu, boleh saya katakan penghasilan blog pendidikan ini adalah satu perkara yang penting bagi pendidik untuk masa akan datang kerana pendidik perlu berperanan sebagai guru yang celik IT iaitu berkemahiran didalam teknologi maklumat ini bagi memastikan agarr pengajaran yang guru berikan kepada pelajar adalah up to date dan tidak hanya berlandaskan Curriculum Specification dan kemudahan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan untuk sekolah sahaja.

4.Overall Blog Developmet.pdf

gadget yang diperlukan untuk blog saya. Adakalanya juga, saya terpaksa. untuk memastikan perkara yang saya buat dapat berf. Sehubungan dengan itu juga, ...

2MB Sizes 3 Downloads 308 Views

Recommend Documents

No documents