UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 35900 TANJONG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN TEL : 05-4506000 FAX : 05-4595488

PINTAR CERDAS BERBAKAT DAN KREATIF KBC3013

TAJUK TUGASAN : KAJIAN KES

OLEH : AIN HAZWANI BINTI ABU KASIM D20101037219

PROGRAM : AT-10 PENDIDIKAN KHAS SEMESTER 2 SESI 2010/2011

NAMA PENSYARAH : DR. MD. NASIR BIN MASRAN

ISI KANDUNGAN

BIL. TAJUK 1.0

PENGENALAN

2.0

DEFINISI PINTAR CERDAS, BERBAKAT DAN KREATIF

3.0

CIRI-CIRI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS, BERBAKAT DAN KREATIF

4.0

PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS, BERBAKAT DAN KREATIF

4.1

Perkembangan fizikal

4.2

Perkembangan emosi

4.3

Perkembangan sosial

5.0

OBJEKTIF KAJIAN

6.0

KAEDAH KAJIAN

a. Temu bual b. Pemerhatian c. Senarai semak 7.0

KAJIAN KES

7.1

Biodata responden

7.2

Biodata ibu bapa responden

8.0

DAPATAN KAJIAN

8.1

Perkembangan fizikal

8.2

Perkembangan emosi

8.3

Perkembangan sosial

8.4

Perkembangan kognitif

8.5

Perkembangan bahasa dan komunikasi

9.0

ANALISIS DATA

10.0

STRATEGI

10.1

Kaedah pengajaran yang sesuai

10.2

Kaedah pengajaran Matematik kepada murid Pintar Cerdas

11.0

KESIMPULAN

12.0

RUJUKAN

13.0

LAMPIRAN

PENGHARGAAN SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

DAN SALAM SEJAHTERA

Segala puji bagi Tuhan Semesta Alam yang berkuasa ke atas segala sesuatu dengan kehendak-Nya. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan keluarga serta para sahabat. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, dapat juga saya menyiapkan tugasan ini pada masa yang ditetapkan. Jutaan terima kasih ditujukan khas kepada Doktor Md. Nasir bin Masran merangkap pensyarah bagi pengkhususan Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (KBC3013) di atas bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Tanpa bantuan dan tunjuk ajar daripada Doktor , mungkin saya tidak dapat menyiapkan kajian kes ini pada masa yang telah ditetapkan. Melalui kajian kes ini, banyak ilmu dan pengalaman baru yang dapat saya pelajari. Kepada individu-individu lain yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung, ribuan terima kasih juga saya ucapkan. Teristimewa buat ibu dan 2 orang adik perempuan yang saya sayangi, terima kasih tidak terhingga di atas bantuan dan sokongan tidak berbelah bahagi daripada kalian.Di samping itu, jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada ibu dan bapa responden yang telah banyak memberikan kerjasama yang sungguh baik kepada saya sepanjang saya melakukan temu bual dan menyiapkan laporan kajian kes ini. Akhir kata, ucapan terima kasih sekali lagi ditujukan kepada Doktor Md. Nasir bin Masran

kerana memberi komitmen penuh kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.

Segala budi dan jasa baik kalian amat saya hargai dan Allah S.W.T sahaja yang dapat membalasnya. Sebelum mengundur diri, segala yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada diri saya sendiri. WASSALAM......

1.0

PENGENALAN

Kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat merupakan golongan yang di kategorikan mempunyai keperluan pembelajaran yang khusus, juga mempunyai kelebihan intelek yang luar biasa berbanding rakan sebaya mereka. Oleh yang demikian, kelebihan yang dikurniakan kepada golongan ini perlu dimanfaatkan agar mereka dapat memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat dan negara.

Mereka merupakan salah satu aset negara yang berharga dan perlu diberi perhatian sewajarnya kerana mereka merupakan individu yang akan menerajui ilmu sedia ada ke tahap yang lebih tinggi. Tambahan pula, Kanak-kanak yang mempunyai bakat dan potensi yang luar biasa serta melebihi kebolehan rakan seusianya lebih dikenali sebagai kanakkanakpintar cerdas (gifted). Murid pintar cerdas, berbakat dan kreatif merupakan individu yang mempunyai potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan.

Kursus KBC 3013 Pintar Cerdas, Berbakat Dan Kreatif adalah salah satu daripada subjek khusus bagi Program Pendidikan Khas. Pada semester 2 ini, para pelajar yang mengikuti kursus ini ditugaskan untuk menjalankan dan menyiapkan tugasan yang berkaitan dengan kajian kes terhadap seseorang yang mempunyai kaitan dengan pintar cerdas, kreatif dan berbakat. Saya AIN HAZWANI BINTI ABU KASIM,

no matrik

D20101037219 telah mengambil langkah dengan menjalankan kajian kes ke atas responden yang mempunyai bakat dalam subjek matematik

bagi menjalankan dan

menyiapkan kajian kes yang telah diberikan kepada pelajar yang mengikuti Kursus KBC 3013 Pintar Cerdas, Berbakat Dan Kreatif. Oleh hal yang demikian, saya telah mengambil pelbagai langkah alternatif bagi menjayakan kajian kes yang telah saya lakukan ini.

2.0

DEFINISI

Pintar Cerdas

Gifted (pintar cerdas) ditakrifkan sebagai memiliki kebolehan yang umum melebihi dari populasi individu tersebut. Kamus Dewan mengistilahkan pintar cerdas sebagai cekap dan pandai manakala cerdas di definisikan sebagai sempurna akal. Stanford Binet (1916) merupakan orang pertama yang telah menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali sebagai The Stanford- Binet Test telah mendefinisikan pintar cerdas sebagai keupayaan individu memahami, membuat pertimbangan dan penaakulan dengan baik. Lewis Terman (1916) memberi definisi pintar cerdas sebagai seseorang yang berkebolehan berfikir secara abstrak. Marland (1972) mendefinisikan kanak-kanak berbakat itu seperti berikut:

"Gifted and talented children are those identified by professionally qualified persons who by virtue of outstanding abilities are capable of high performance. These are children who require differentiated educational programs and/or services beyond those normally provided by the regular school program in order to realize their contribution to self and society".

Dari istilah persekutuan Amerika Syarikat, maksud pintar cerdas yang ditujukan kepada kanak-kanak, murid atau golongan muda adalah mereka yang mempunyai potensi dan pencapaian yang tinggi dari segi bidang seperti intelektual, kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan dan juga mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik yang mengagumkan, serta mereka ini memerlukan aktiviti atau perkhidmatan yang lain dari yang lain atau istimewa yang tidak dapat diperolehi di sekolah biasa demi meningkatkan tahap kebolehan mereka.

Menurut Susan K. Golant di dalam bukunya The Joys and Challenges of Raising a Gifted Childs berpendapat kanak-kanak yang pintar cerdas menunjukkan minat yang tinggi bagi belajar, curiga dan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi kepada persekitaran serta berupaya menggabungkan beberapa maklumat dalam menghasilkannya. Umum pula mentakrifkan pintar cerdas sebagai kepandaian luar biasa yang dimiliki oleh individu. Individu yang dikatakan pintar cerdas ini mempunyai kebolehan yang luar biasa memahami dan mengadaptasi segala cabaran persekitaran kepada hidup dan mindanya. Terdapat pelbagai pandangan dan pendapat mengenai konsep pelajar pintar cerdas ini.

Berbakat

Bakat adalah kedudukan seseorang yang dengan suatu pendidikan dan latihan memungkinkannya mencapai kecakapan, pengetahuan dan keterampilan khusus. Dalam hal ini bakat merupakan interseksi dari faktor bawaan dan pengaruh lingkungan. Jadi apabila seseorang terlahir dengan suatu bakat khusus, jika dididik dan dilatih, bakat tersebut dapat berkembang dan dimanfaatkan secara optimal. Sebaliknya jika dibiarkan saja tanpa pengarahan dan penguatan, bakat itu akan mati dan tak berguna.

Bakat adalah tingkat kemampuan yang tinggi yang berhasil dicapai seseorang dalam keterampilan tertentu, demikian menurut Tedjasaputra, MS, 2003. Menampilkan bakat diperlukan motivasi yang kuat disebut minat, iaitu kebebasan seseorang memilih segala sesuatu yang disukai, disenangi dan ingin dilakukan. Gardner, 1993, mengganti istilah bakat dengan kecerdasan, saat mengusung teori kecerdasan jamak atau multiple intelligence yang cukup banyak dipakai.

Manakala, Talent (berbakat) adalah kecenderungan atau kebolehan semulajadi yang unggul. Joseph Renzulli (1986) mengemukakan bahawa berbakat merupakan satu interaksi di antara tiga kelompok dasar sifat manusia iaitu kemampuan umum atau kemampuan spesifik melebihi aras biasa, komitmen tugas yang tinggi (motivasi) dan kreativiti yang tinggi. Menurut Renzulli, kanak-kanak berbakat adalah mereka yang memiliki atau berkemampuan mengembangkan gabungan ketiga kelompok sifat tersebut dan mengaplikasikannya pada bidang kemanusiaan yang bernilai.

Kreatif

Kreatif bermaksud seseorang yang mempunyai kebolehan dalam mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Dalam masa yang sama, sebagai satu komponen penting dalam semua kegiatan intelektual dan ia merupakan suatu kebolehan untuk melahirkan idea-idea atau kebolehan untuk melahirkan banyak idea berkaitan dengan penyelesaian atau penyelesaian sesuatu masalah (Guilford).

Kreativiti merupakan teori-teori peribadi dan persekitaran yang relatif dengan amalan pengasuhan kanak-kanak (Gowen 1972). Individu yang kreatif adalah mereka yang mampu menjana pemikiran untuk mencipta barang atau perkhidmatan baru atau melaksanakan idea baru yang masih belum dicuba oleh orang lain.

3.0

CIRI-CIRI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS, BERBAKAT DAN KREATIF

Kanak-kanak dikatakan pintar cerdas sekiranya mempamerkan ciri kebolehan intelek umum yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan rakan sebaya mereka. Kanak-kanak ini di dapati sangat suka membaca bahan bacaan yang lebih tinggi dari tahap usianya, mempunyai minat yang mendalam dalam sains dan kesusasteraan, mempunyai emosi yang stabil serta peramah dan mesra.

Ciri-ciri yang dapat dilihat daripada kanak-kanak pintar cerdas ialah dari segi personaliti, kreativiti, gaya belajar, kognitif, emosi dan juga bahasa. Dari segi personaliti, mereka peramah dan suka bertanya kepada guru tentang sesuatu perkara yang tidak difahami. Selain itu, kanak- kanak tersebut kreatif dalam menguasai kemahiran dan mereka dapat mengaplikasikan sesuatu barang atau peralatan secara kreatif.

Dari segi gaya belajar, mereka mempunyai daya imaginasi yang tinggi, gemar belajar secara sistematik serta memberi tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar di dalam bilik darjah dan membuat semua tugasan yang diberikan. Kanak-kanak pintar cerdas mudah memahami pelajaran yang diajar dan berupaya menyelesaikan masalah atau tugasan yang diberikan serta mempunyai kawalan emosi yang baik.

Teori kecerdasan pelbagai yang telah diasaskan oleh Howard Gardner pada tahun 1983.Beliau cuba memahami kecerdasan dari sudut bagaimana seseorang individu memproses maklumat dan menyelesaikan masalah serta strategi yang digunakan. Menurut Gardner, kecerdasan bukan hanya diwarisi, tetapi kecerdasan juga dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti budaya, persekitaran, peluang pendidikan makanan, suasana pembelajaran dan sebagainya.

Menurut Gardner, kecerdasan pelbagai mengandungi lapan jenis kecerdasan iaitu kecerdasan logik-matematik, kecerdasan verbal-linguistik, kecerdasan kinestatik badan, kecerdasan muzik, kecerdasan ruang visual, kecerdasan interpersonal, kecerdasan intrapersonal dan kecerdasan naturalis.

4.0

PERKEMBANGAN FIZIKAL, SOSIAL, DAN EMOSI KANAK-KANAK PINTAR CEDAS, BERBAKAT DAN KREATIF

4.1

Perkembangan Fizikal

Bagi kanak-kanak pintar cerdas, perkembangan fizikal mereka lebih pesat jika dibandingkan dengan kanak-kanak sebaya mereka yang lain. Kanak-kanak pintar cerdas kelihatan lebih matang dari segi usia mereka. Mereka lebih cepat berjalan dan kebanyakkan mereka juga lebih cepat dalam kemahiran komunikasi. Perkembangan awal fizikal kanak-kanak bermula dari usia dua tahun hingga tujuh tahun. Pada peringkat ini, perkembangan fizikal dan motor begitu pesat. Dari segi kognitif ia berada di peringkat pra operasi. Pada peringkat ini kanakkanak berfikir secara tidak logik tetapi mereka boleh dan berupaya untuk berfikir berdasarkan imej mental. Fikiran mereka adalah bersifat egosentrik iaitu tertumpu kepada diri sendiri. Pada peringkat ini juga kanak-kanak mula membuat imaginasi secara aktif.

Kadar pertumbuhan kanak-kanak adalah lebih perlahan berbanding dengan kadar pertumbuhan bayi. Kadar pertumbuhan bayi yang pesat kian berkurangan selepas bayi berusia satu tahun. Selain peningkatan dari segi ketinggian dan berat badan, kanak-kanak juga mengalami perubahan dari segi bentuk badan. Kanak-kanak yang berusia enam tahun akan kelihatan lebih dewasa berbanding dengan kanak-kanak berusia 2 tahun dari segi bentuk badannya. Perkembangan fizikal dan motor kanak-kanak boleh dibahagikan berdasar dua peringkat perkembangan iaitu peringkat awal kanak-kanak iaitu dari usia dua

hingga tiga tahun, kanak-kanak prasekolah dari usia tiga hingga enam tahun dan peringkat pertengahan kanak- kanak iaitu dari usia enam hingga 14 tahun.

Pertumbuhan dan perkembangan fizikal seperti tinggi, berat, dan kekuatan adalah berbeza mengikut individu. Perbezaan ini adalah kesan daripada pengaruh faktor perwarisan dan persekitaran seperti nutrisi, status sosio-ekonomi, dan penjagaan. Menurut Meredith (1978), dua faktor penyumbang yang penting kepada ketinggian ialah etnik dan nutrisi. Masalah seperi kekurangan nutrisi dan jangkitan penyakit yang kronik boleh membantutkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Pertumbuhan yang lambat boleh mendatangkan masalah kepada kanak-kanak dari segi sosial dan psikologi seperti rendah diri, kecewa dan sebagainya. Apabila kanak-kanak mencapai usia dua tahun, mereka bukan hanya boleh berjalan, tetapi juga boleh melakukan pelbagai aktiviti motor seperti mengutip benda, menyusun blok, membuka tali kasut dan sebagainya. Kemahiran motor ini boleh dibahagikan kepada kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus.

Perkembangan motor kanak-kanak pada peringkat ini memperlihatkan koordinasi yang baik antara otot dengan mata. Kanak-kanak juga mempunyai keupayaan untuk berdikari seperti boleh melakukan sendiri pelbagai tugasan harian seperti makan dan memakai baju. Kanak-kanak terlalu egosentrik dari segi pemikiran. Mereka melihat persekitaran mereka melalui perspektif diri mereka dan belum berupaya melihat melalui perspektif orang lain. Menurut Piaget, kanak-kanak akan menggunakan konsep yang sedia ada untuk mentafsir idea atau pengalaman baru melalui proses asimilasi dan proses akomodasi iaitu apabila kanak-kanak mengubah suai konsep sedia ada kepada idea atau pengalaman baru untuk menjadi lebih bermakna. Perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku kerana proses adaptasi iaitu interaksi antara asimilasi dan akomodasi. Konsep ini menjadi lebih luas melalui asimilasi dan diubahsuai melalui akomodasi.

4.2

Perkembangan Sosial

Perkembangan sosial merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanakkanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Hal ini kerana perkembangan sosial melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial mereka. Mereka juga mempelajari peraturan-peraturan sosial yang diamalkan oleh sesuatu kumpulan sosial. Sebagai contoh, mereka mempelajari cara mempamerkan emosi yang sesuai dan cara mentafsir tingkah laku dan pernyataan emosi orang lain dengan tepat.

Perkembangan sosial ini dapat dikaitkan dengan teori yang dikemukakan oleh Erik Erikson yang dikenali dengan

Teori Perkembangan Psikososial Erikson. Erikson

menerangkan perkembangan sosial manusia sebagai satu siri perkembangan yang terdiri daripada lapan peringkat dan setiap peringkat mengandungi kecenderungan atau keinginan yang berkonflik. Persahabatan yang sangat rapat antara dua pelajar pintar cerdas adalah biasa, mereka tidak berminat atau tidak boleh menjadi popular. Ini mungkin sebab sifat intensiti yang ada pada mereka dan sukarnya mencari yang sejenis dengan mereka. Secara biasanya, kanak-kanak pintar cerdas menyedari perbezaan mereka semasa kecil lagi. Mereka cenderung memilih rakan yang mempunyai minat dan tahap yang sama dan tidak memilih rakan disebabkan usia.

Ibu bapa dan guru mungkin sukar mengenal pasti siapakah yang pintar cerdas, tetapi kanak-kanak pintar cerdas sendiri akan mengesan kanak-kanak lain yang pintar cerdas seperti mereka. Guru perlu mendapatkan individu yang sama kebolehan dan minat dengan mereka sama ada orang dewasa ataupun pelajar yang lain. Oleh itu, ramai yang salah anggap terhadapkanak-kanak pintar cerdas dan mereka sering dikatakan tidak memiliki kemahiran sosial,bersikap sombong atau tidak peramah.

4.3

Perkembangan Emosi

Emosi merupakan sifat dalaman setiap individu. Setiap individu mempunyai kawalan emosi yang berbeza antara satu sama lain. Emosi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kanak-kanak. Emosi juga mempengaruhi persepsi dan tingkah laku seseorang terhadap alam sekelilingnya dan seterusnya menentukan corak penyesuaian yang akan diambil. Kebolehan untuk menunjukan emosi telah sedia ada pada bayi yang baru dilahirkan. Keupayaan ini merupakan satu daripada proses perkembangan yang tidak perlu diajar atau dipelajari. Emosi yang ditunjukan oleh bayi yang baru dilahirkan hanya merupakan tindak balas kepada sesuatu keadaan. Emosi ini diluahkan secara menyeluruh dan belum mempunyai pengelasan emosi yang nyata.

Apabila umur kanak-kanak meningkat, mereka semakin matang dalam cara meluahkan emosinya. Kebolehan ini secara tidak langsung dipengaruhi oleh keupayaan menggunakan bahasa untuk menyatakan emosi berbanding penggunaan pergerakan badan. Emosi diskrit adalah emosi asas yang dapat dikesan melalui ekspresi wajah seperti suka, takut, marah, sedih dan sebagainya. Nada persaan emosi dipercayai timbul pada peringkat awal semasa bayi. Ketika lahir, emosi seorang bayi merupakan kebangkitan yang berhubung denganperasaan yang menyenangkan dan yang tidak menyenangkan seperti yang digambarkan melalui tindakan menagis apabila berasa lapar.

Kanak-kanak pada peringkat pra sekolah kerap mengalami emosi kesedaran diri dan menjadi semakin sensetif pada pujian dan kritikan orang lain. (Lewis,1995; Alessandri & Sullivan, 1992). Sekiranya kanak-kanak selalu dipuji, mereka akan merasa bangga dan yakin terhadap kebolehan mereka sendiri. Sebaliknya sekirannya mereka dimarah kerana salah laku, mereka akan merasa bersalah walaupun perkara itu satu kemalangan atau dilakukan secara tidak sengaja. Bandura (1989) menyatakan bahawa perkembangan emosi kanak-kanak juga diperoleh dengan cara peniruan. Mereka meniru tingkahlaku emosi yang

diperhatikan pada orang lain danmelakukan gerak balas yang tidak pernah dibuatnya dahulu.

Cara kanak-kanak menyatakan emosinya bergantung kepada apa yang telah di pelajarinya mengenai penerimaan masyarakat cara yang paling mendatangkan apa yang paling mendatangkan kepuasan dan yang telah di pelajarinya untuk mendapatkan sesuatu dengan paling mudah dan cepat. Satu lagi emosi yang berkembang pada peringkat kanakkanak adalah empati. Kanak- kanak yang bertindak dengan empati lebih suka berkongsi dan menolong apabila mereka melihat seseorang sedih (Eisenberg & Fabes 1998). Perkembangan

empati

bergantung

pada

perkembangan

intelektual

dan

bahasa.

Perkembangan ini juga disokong oleh personaliti dan pengalaman sosial mereka. Kanakkanak pada peringkat pra sekolah yang lebih suka bersosial dan mahir dalam mengawal emosi lebih cenderung bersifat empati.

5.0

OBJEKTIF KAJIAN

Dapat mendefinisikan maksud pintar cerdas, berbakat dan kreatif.

Dapat menyenaraikan ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas, berbakat dan kreatif.

Dapat menghuraikan perkembangan kanak-kanak pintar cerdas, berbakat dan kreatif.

Dapat mengenal pasti strategi bagi kaedah pengajaran Matematik kepada kanakkanak Pintar Cerdas.

6.0

KAEDAH KAJIAN

a. Kaedah Temu Bual Saya telah melakukan kaedah menemu bual dengan ibu dan bapa responden bagi mendapatkan segala maklumat berkaitan dengan responden. Ibu responden iaitu yang bernama Nor Azlin binti Musa telah memberitahu segala aspek yang saya kehendaki tentang responden yang saya kaji. Segala maklumat yang diberikan telah saya catatkan dalam buku. Di samping itu, ibu dan bapa responden turut memberikan kerjasama yang baik terhadap saya sepanjang saya menjalankan temu bual ini. Ibu responden turut menerangkan latar belakang responden beserta dengan mereka dengan lebih terperinci lagi.

Melalui

kaedah temu bual yang dijalankan ini, saya telah dapat klasifikasikan kelebihan dan minat yang telah responden berikan. Saya mendapati responden lebih cenderung minat ke arah subjek Matematik dan mendapat skor 90 dan ke atas dan 100% pun tidak kurangnya. Hal ini demikian kerana responden amat cemerlang dan bagus dalam bidang tersebut. Dalam masa yang sama, responden turut mendapat keputusan terbaik bagi keseluruhan kelas dan darjah. Hai ini amat membanggakan pihak ibu dan bapa responden. Oleh hal yang demikian, saya telah mendapat pelbagai info mengenai responden secara dekat dan lebih lanjut lagi. Saya amat berterima kasih kepada ibu dan bapa responden kerana mereka sudi luangkan masa untuk ditemu bual oleh saya bagi menjayakan laporan kajian kes yang saya lakukan ini. Saya berharap agar responden terus berjaya hingga ke menara gading bagi memenuhi cita-citanya dan terus berfikiran pintar cerdas, berbakat dan kreatif bidang juga.

dalam bidang Matematik dan lain-lain

b. Kaedah Pemerhatian

Melalui kaedah ini, saya telah membuat pemerhatian secara jarak dekat iaitu responden berhadapan dengan saya sendiri ketika saya menemu bual ibunya. Dalam masa yang sama, responden lebih petah bercakap ketika saya ajukan soalan kepada ibunya dan responden sendiri. Saya tidak kekok untuk bertanyakan lebih banyak soalan yang peribadi kepada responden.

Di samping itu, saya mendapat tindak balas yang positif bagi mendapatkan segala maklumat mengenai responden melalui dirinya sendiri bukan melalui ibunya. Ibu dan bapa responden amat baik dan bersikap sporting terhadap saya. Hal ini demikian kerana, melalui cara layanan mereka terhadap saya yang tidak putus-putus memberikan jawapan yang positif dan baik.

Selain itu, saya turut membuat pemerhatian ke atas responden secara jarak jauh. Saya mendapati responden amat rajin dan sering mendengar kata ibunya dengan melakukan apa yang disuruh oleh ibunya. Dalam masa yang sama, responden turut bijak melayari internet dan mempunyai facebook sendiri. Di samping itu, responden turut pekat dalam loghat Negeri Sembilan dan saya turut rasa teruja kerana responden yang baru sekolah rendah tidak segan untuk menggunakan bahasa kenegerian sendiri.

Seterusnya, responden turut bertanya balik kepada saya atas sebab apa saya menemu ramahnya. Saya telah menceritakan secara ringkas dan padat , dan responden dengan mudah telah memahaminya dengan baik. Oleh hal yang demikian, saya berharap agar responden terus berjaya dengan cemerlang dalam semua bidang yang diceburinya termasuklah dalam bidang seni kerana responden turut meminati nyanyian.

c. Senarai semak

Saya telah menggunakan senarai semak School-age Social & Emotional Adaptive Skills Checklist yang saya peroleh daripada http://www.centraliowachildcare.org. Dalam senarai semak tersebut, terdapat lima bahagian yang perlu ditanda seperti kemahiran sosial (Social Behavioral Skills), sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah (Social and General Problem-Solving Skills), kemampuan mengawal kemarahan (Ability to Cope with Anger), kemampuan dalam mengawal pembelajaran (Ability to Engage in Self-Directed Academic Behaviors) dan emosi dan estim diri (Emotional Well-Being and Leval of Self-Esteem).

7.0

KAJIAN KES

7.1

Biodata Responden

Nama

: MUHAMMAD NUR IMAN BIN YUSERE

Umur

: 10 Tahun

Jantina

: Lelaki

Agama

: Islam

Tarikh Lahir

: 1 Februari 2001

Tempat Lahir

: Hospital Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus

Alamat Kediaman

: No. 65 Felda Pasoh 3, 72200 Batu Kikir, Negeri Sembilan

Bilangan Adik- Beradik

: Merupakan anak yang ketiga dalam 3 orang adik- beradik

Kemahiran / Bakat

: Subjek Matematik

Makanan Kegemaran

: Nasi paprik

Minuman Kegemaran

: Air laici

Cita-cita

: Jurutera

Nama Sekolah

: Sekolah Kebangsaan (F) Pasoh 3, 72200 Batu Kikir, Negeri Sembilan

7.2

Biodata Ibu Bapa Responden

Nama Ibu

: Nor Azlina binti Musa

Umur ibu semasa

: 38 Tahun

Responden dilahirkan Nama Bapa

: Yusere bin Ishak

Pekerjaan Ibu

: Suri Rumah

Pekerjaan Bapa

: Kerja Sendiri

Pendapatan Keluarga

: RM 1000

8.0

DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian yang boleh saya buat ialah, saya telah dapat mengetahui latar belakang responden melalui kaedah temu bual terhadap responden dan ibu bapanya sendiri. Dalam masa yang sama, saya turut dapat mengetahui bakat dan kemahiran yang telah ditonjolkan oleh responden sendiri. Saya mendapati responden tidak kekok ketika saya bertanyakan soalan setelah saya memberitahu tujuan saya datang ke rumahnya.

Responden ini bernama Muhammad Nur Iman bin Yusere. Berumur 10 tahun. Responden bersekolah di Sekolah Kebangsaan (F) Pasoh 3, Batu Kikir. Merupakan anak terakhir dalam 3 orang adik-beradiknya. Abangnya yang pertama berada di Tingkatan 4, bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Mansor, Bahau. Bagi abang yang kedua pula ialah, berada di Tingkatan 2 sekarang dan bersekolah di SMK ST. John.

Di samping itu, responden dilahirkan cukup bulan menurut kata ibunya. Responden juga mudah mendengar kata dan rajin membuat kerja rumah dan sekolah apabila disuruh oleh ibu atau gurunya di sekolah. Selain itu, responden amat berminat dalam membaca buku sejak dari kecil lagi. Oleh hal yang demikian, saya dapat mengetahui perkembangan responden melaui ibu dan bapanya sejak kecil hinggalah sekarang. Perkembangan yang telah saya dapat kenal pasti melalui perkembangan fizikal, emosi, sosial, kognitif , bahasa dan komunikasi.

8.1

Perkembangan fizikal

Perkembangan fizikal yang dapat saya lihat menerusi responden ialah mempunyai fizikal yang sempurna. Hal ini demikian kerana, menurut ibu responden, Iman dilahirkan cukup bulan. Tambahan pula, Iman mula berjalan semasa berumur 1 tahun. Perkembangan Iman berjalan amat awal berbanding dengan abang-abangnya menurut apa yang telah dikatakan oleh ibunya.

Di samping itu, Iman turut mempunyai badan yang sihat berbanding dengan adikberadiknya yang lain. Hal ini demikian kerana, Iman mempunyai selera makan yang amat baik dan berselera menurut ibunya. Iman turut suka akan masakan yang dimasak oleh ibunya. Tambahan pula, Iman turut aktif dalam sekolah kerana Iman rajin menolong gurunya di sekolah.

Seterusnya ialah, Iman turut berfikiran kreatif dan sentiasa berimaginasi dengan baik dan mendalam. Dalam masa yang sama, pertumbuhan pergerakan Iman lebih cepat berbanding dengan abang-abangnya. Ibu Iman amat senang dengan sikap yang Iman tonjolkan. Oleh hal yang demikian, saya turut berbangga dan cukup senang dengan sikap yang Iman tonjolkan kepada saya ketika saya menemu bualnya.

8.2

Perkembangan emosi

Bagi perkembangan emosi pula, Iman tidak mudah merajuk. Hal ini demikian kerana Iman bijak mengawal emosi dan sentiasa berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara. Dalam masa yang sama, Iman turut menghormati keputusan ibu dan bapanya. Tambahan pula, apabila bapanya marah atau meninggikan suara terhadapnya, Iman akan menangis. Ibu Iman yang berkata sedemikian kepada saya.

Selain itu,

emosi Iman juga akan berubah mengikut keadaan. Hal ini demikian

kerana apabila di sekolah, berhadapan dengan guru, Iman tidak mudah menangis jikalau guru menegurnya. Ini bermakna Iman dapat berfikir dengan lebih matang berbanding dengan rakan sekelas yang lain. Oleh hal yang demikian, saya berharap Iman akan lebih bersikap matang dan bijak mengawal emosi dalam apa jua keadaan supaya tidak akan menghadapi apa-apa tekanan dalam belajar dan kehidupan peribadi.

8.3

Perkembangan sosial

Seterusnya pula ialah, bagi perkembangan sosial pula Iman menonjolkan sikap yang peramah dengan orang-orang di sekelilingnya. Hal ini demikian kerana, Iman lebih suka berkawan dan mempunyai kerja berkumpulan dengan rakan-rakannya. Tambahan pula, kerja berkumpulan yang Iman wujudkan itu adalah daripada golongan rakan-rakan yang sama pintar dengannya.

Di samping itu, Iman turut dikatakan oleh jiran-jiran kampung bahawa Iman hanya ingin berkawan dengan budak yang pandai sahaja. Ibu Iman turut menafikan kenyataan tersebut. Dalam masa yang sama, Iman

turut dikatakan hanya ingin bersosial dengan

rakan-rakan yang pandai sahaja. Hal ini demikian kerana, ibunya amat menjaga segala

perbuatan dan tujuan Iman pergi ke suatu tempat itu. Ibu dan bapanya begitu mengambil berat akan hal anaknya itu, lebih-lebih lagi dalam hal pelajaran anaknya itu.

Selain itu, Iman turut dikatakan mendengar cakap dan patuh pada arahan yang telah ditetapkan. Hal ini demikian kerana, Iman merupakan anak yang mendengar kata dan tidak melawan kata-kata ibu dan bapanya. Oleh hal yang demikian, Iman haruslah lebih pandai bersosial dan tidak memilih bulu untuk mendapat pelbagai ilmu.

8.4

Perkembangan kognitif

Melalui kajian kes yang telah saya jalankan ini, saya, mendapati responden mempunyai pemikiran yang tajam terhadap minat yang telah diceburi. Hal ini demikian kerana, melaui kertas peperiksaan atau ujian yang telah Iman duduki, dalam bidan Matematik khususnya, sering mendapat markah 90 ke atas. Saya turut rasa berbangga kerana,jarang sekali anak Melayu kita menguasai bidang kira-kira ini.

Di samping itu, saya mendapati responden turut mempunyai kemahiran dalam dunia teknologi dan maklumat iaitu (ICT). Hal ini demikian kerana, Iman turut mengikuti perkembangan dunia dalam dan luar menerusi internet. Dalam masa yang sama, Iman turut memiliki facebook sendiri dan turut mengajar ibu dan bapanya melayari internet. Hal ini turut dapat dilihat menerusi kepandaian abang-abangnya dari segi bidang akademik dan sukan. Oleh hal yang demikian, saya berharap agar ibu dan bapa Iman sentiasa mengasah bakat anaknya itu secara berterusan dan sentiasa memberikan sokongan yang padu dan saksama.

8.5

Perkembangan bahasa dan komunikasi

Saya mendapati responden amat fasih dalm berbahasa Melayu, bahasa Inggeris, Jawi dan Arab juga boleh untuk menyebutnya. Hal ini demikian kerana, Iman juga boleh menghafaz Al-Quran dan boleh menulis tulisan Jawi dengan baik dan cantik. Dalam masa yang sama, responden turut berkomunikasi dengan baik dan tidak pelat. Tambahan pula, responden mula bercakap pada umur 2 tahun, dan tidak pelat atau gagap langsung menurut ibu responden.

Selain itu, reponden turut pekat dalam loghat Negeri Sembilan dan saya amat berbangga akan bahasa atau dialek yang telah dituturkan oleh responden. Tambahan pula, responden boleh memperkenalkan dan mempopularkan bahasa negeri kami ini kepada kanak-kanak yang lain yang telah lama mereka tinggalka dan lupakan. Bak kata pepatah, tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Oleh hal yang demikian, perkembangan bahasa dan komunikasi responden menunjukkan tindak balas yang positif sejak dari kecil hinggalah sekarang.

9.0

ANALISIS DATA

Senarai semak yang digunakan mempunyai 20 soalan terbuka (YES/NO). Melalui senarai semak didapati jumlah jawapan yang ditanda YES lebih banyak daripada NO. Responden memiliki sebahagian besar ciri-ciri yang terdapat dalam senarai semak yang telah saya gunakan iaitu kira-kira 90% .Oleh itu, responden tidak mengalami masalah dalam sosial dan emosi yang teruk. Namun, intervensi perlu dijalankan bagi mengatasi masalah daripada menjadi lebih serius.

BIL.

CIRI-CIRI

1

Pelajar

YES

16

NO

4

JUMLAH

20

CARA/ TEKNIK dapat

kekecewaan

menangani Temu

kecil tanpa bantuan

bual

senarai semak.

orang dewasa.

PENERANGAN dan Responden mengalami kekecewaan jika dia tidak dapat melakukan sesuatu perkara walaupun perkara tersebut tidak penting.

2

Pelajar melahirkan perasaan dengan

Senarai semak.

cara yang sesuai.

Responden

merajuk

dengan

cara

mengurungkan diri di dalam bilik dan tidak meluahkan perasaannya. 3

Pelajar berkongsi masalah dengan orang lain.

Senarai semak.

Responden lebih gemar memendam masalah yang dihadapi

sendirian

berbanding

berkongsi

dengan orang lain.

10.0

STRATEGI

Walaupun Iman merupakan seorang kanak-kanak pintar cerdas, namun beliau juga menghadapimasalah seperti murid lain iaitu masalah sosio-emosi. Iman bahawa

berpendapat

apa yang dipelajari disekolah kadang kala membosankan kerana beliau telah

memahami apa yang diajar. Dalam masa yang sama, Iman turut liat untuk melakukan kerja sekolah dan harus dipaksa oleh ibunya dan harus dipantau ketika Iman membuat kerja sekolah dan Iman turut memilih kawan untuk membuat rakan berkumpulan yang sama pintar dengannya.

Biasanya, semakin tinggi tahap kecerdasan seseorang maka semakin tinggilah keperluan kaunseling yang patut diberikan kepadanya (Davis & Rimm 1998). Mereka yang lebih tinggi tahap kecerdasannya berbanding kanak-kanak lain menghadapi masalah penyesuaian diri berbanding kanak-kanak lain. Keadaan ini hanya akan dapat difahami apabila kita lebih kerap mendampingi mereka.

BIL.

CADANGAN

1

Melibatkan dalam sekolah, bengkel

responden

perkhemahan seminar

TINDAKAN

RASIONAL

Perkhemahan cuti sekolah

Mendaftarkan responden

cuti dapat memberikan manfaat atau

yang

besar

responden. mengisi

Selain masa

kepada

berkenalan

kursus yang berkaitan

dapat dengan responden supaya terluang

selepas peperiksaan, beliau dapat

dalam bengkel, seminar atau

responden lebih mengetahui dengan mendalam bidang

dan yang Iman minati sebagai

bersosial dengan pelajar lain.

persedian datang.

pada

masa

akan

2

Bengkel pengurusan stress

Responden tertekan

mudah jika

rasa

Menyertai kursus motivasi

mengalami pengurusan stress yang

sesuatu masalah. Oleh itu, dijalankan oleh pakar motivasi Iman memerlukan pengurusan berkesan.

stress

terkenal tanah air seperti Dato' yang

Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah membeli bahan bacaan motivasi kepada beliau.

10.1

Kaedah Pengajaran yang Sesuai

Kebiasaannya sekolah gagal memberi perhatian yang wajar kepada murid pintar cerdas kerana menganggap mereka tidak perlu diberi program pendidikan dan bimbingan yang khusus (Gallagher & Gallagher, 1994). Kebanyakan masalah emosi kanak-kanak pintar cerdas sarna ada dalam bidang akademik mahupun persekolahan adalah disebabkan kegagalan pendekatan pendidikan sedia ada dan juga kurangnya kesedaran guru. Oleh itu, jika kanak-kanak pintar cerdas tidak diberi pendedahan yang sepatutnya bermakna potensi yang ada pada mereka sukar untuk dikembangkan.

Guru-guru mungkin memberi golongan murid ini maklumat-maklumat yang tidak berkaitan dan tidak memberangsangkan, selain tugasan yang diberi menjadikan golongan murid ini lebih bosan seperti kerja menyalin, menghafal fakta yang tidak dapat dikaitkan dengan pengalaman murid. Kadang-kadang, tugasan yang diberi guru tidak sesuai dengan keperluan (motivasi intrinsik) mereka yang sentiasa ingin tahu atau mengkaji sesuatu topik dengan lebih mendalam. Faktor tersebut menjadikan murid pintar cerdas tidak suka kepada sekolah. Kadang- kadang, guru menambah jumlah tugasan murid lebih daripada biasa. benarnya, cara ini tidak sesuai dilakukan terhadap golongan murid ini kerana mereka memerlukan cabaran kualiti (antaranya, sesuatu konsep yang lebih mencabar) dan

bukannya cabaran kuantiti. Dalam soal menyiapkan tugasan, selain memberi mereka galakan supaya menyiapkan tugasan mereka dengan sebaik mungkin, golongan murid ini perlu diberi kebebasan dalam menentukan had masa menyiapkan tugasan.

Antara kaedah pengajaran yang sesuai adalah kaedah pengayaan, pengelompokan dan pecutan. Kaedah pengayaan merujuk kepada penyediaan pengalaman belajar yang berbeza oleh guru dalam kelas. Kaedah ini dapat meningkatkan kecekapan kefahaman murid pintar cerdas. Penekanan bukan sahaja diberikan kepada penguasaan konsep dan pemahaman tetapi juga kepada penyediaan pengalaman belajar yang berbeza dalam kelas biasa tanpa bantuan daripada sumber luar. Muridan yang berbeza dalam bentuk aktiviti yang menyeronokan mereka. Istilah pengelompokan merujuk kepada penempatan muridmurid yang mempunyai kebolehan yang hampir sama dalam satu kelas yang khusus.

Namun begitu, program ini tidak dapat meningkatkan mutu pencapaian akademik secara automatik. Pengelompokan mesti disusulidengan murid yang berkualiti dan aktiviti pengayaan. Kaedah pecutan atau dikenali sebagai acceleration merupakan kaedah yang memendekkan masa belajar. Perubahan dalam sukatan murid dan membolehkan murid pintar cerdas ini menyiapkan program pendidikan biasa dalam masa yang singkat.

10.2

Kaedah Pengajaran Matematik Kepada Murid Pintar Cerdas

Matematik murid pintar cerdas mempunyai keperluan yang berbeza daripada murid lain. Mereka memerlukan beberapa arahan atau pendekatan yang berbeza. Tomlinson (1995) menyatakan "konsisten dengan menggunakan pelbagai pendekatan instruksional untuk mengubahsuai kandungan, proses atau produk dalam menanggapi kesediaan dan minat belajar daripada pelbagai akademik murid." Murid pintar cerdas berbeza daripada temanteman

sekelas

mereka

sepert

pembentukan

spontan

masalah,

fleksibiliti

dalam

mengendalikan data, kelincahan mental kelancaran idea, kemampuan organisasi data, ketulenan penafsiran, kemampuan untuk memindahkan idea-idea, dan kemampuan untuk membuat kesimpulan.

Keperluan kurikulum mereka lebih dalam, lebih luas, dan lebih cepat daripada apa yang diberikan kepada murid lain. Berikut ini adalah saranan untuk membezakan murid pintar cerdas matematik dengan menggunakan penilaian, bahan kurikulum, teknik instruksional dan pemprosesan model. Peluang ini harus dibuat secara meluas untuk setiap murid. Beri pra penilaian supaya murid yang telah memahami sesuatu pembelajaran tidak perlu mengulanginya tetapi boleh diberikan dengan arahan dan kegiatan yang bermakna. Dalam nilai-nilai asas, murid berbakat masih perlu untuk mengetahui fakta-fakta asas. Membuat penilaian yang membolehkan perbezaan dalam pemahaman, kreativiti, dan prestasi.

Memberikan murid kesempatan untuk menunjukkan apa yang telah mereka pelajari. Meminta murid untuk menerangkan apa yang mereka fahami secara lisan atau bertulis. Guru juga perlu memilih buku yang memberikan lebih pengayaan kepada murid. Buku matematik sering mengulang topik dari tahun ke tahun di kelas sebelum algebra kerana sebahagian besar buku teks ditulis untuk peringkat umum tidak selalu sesuai dengan golongan pintar cerdas. Selain itu, guru perlu menggunakan beberapa sumber dalam aktiviti mengajar.Satu jenis bahan mengajar tidak akan memenuhi keperluan mereka untuk belajar. Gunakan banyak soalan peringkat tinggi dalam perbincangan masalah.

11.0

KESIMPULAN

Berdasarkan pemerhatian dan kajian yang telah saya lakukan terhadap responden saya, ternyata bahawa beliau seorang yang berjiwa Matematik. Beliau merupakan seorang yang berbakat dan kreatif dalam bidang mengira. Ini terbukti yang seseorang pintar cerdas adalah satu aset yang bernilai bagi sesebuah negara. Kegagalan membantu seseorang pintar cerdas bagi memperkembangkan potensi dan bakat mereka adalah satu kerugian yang besar kepada negara dan masyarakat keseluruhannya. Sekiranya penekanan sebegini tidak diberi perhatian, dikhuatiri potensi dan bakat seseorang pintar cerdas ini akan terbantut dan lambat berkembang. Pengajaran guru yang tidak mencabar pemikiran mereka akan menyebabkan mereka cepat berasa jemu dan bosan, seterusnya akan menghilangkan minat belajar.

Di negara kita, konsep pendidikan pintar cerdas belum mendapat pengiktirafan yang secukupnya. Walaupun terdapat perkembangan yang pesat dalam bidang pendidikan pintar cerdas dalam abad ini, namun di negara kita masih jauh ketinggalan berbanding negaranegara maju yang lain. Program pintar cerdas di Malaysia sukar mendapat tempat kerana budaya kita yang mementingkan keseragaman, kepentingan kelompok dan membantu yang lemah. Ramai guru yang sebenarnya prihatin dan komited tidak menyedari bakat dan potensi pelajarnya kerana mereka tidak memahami ciri-ciri pelajar pintar cerdas. Oleh itu, motivasi adalah sangat penting bagi pelajar pintar cerdas, seorang pelajar pintar cerdas yang benci kepada subjek tertentu boleh jadi pakar dalam subjek itu jika pelajar itu bermotivasi dan mendapat makna dalam mempelajari subjek itu.

Murid pintar cerdas merupakan satu aset yang amat bernilai bagi sesebuah negara. Kegagalan membantu murid pintar cerdas bagi memeperkembangkan potensi dan bakat mereka adalah satu kerugian kepada negara. Pengajaran guru di sekolah yang tidak bersesuaian menyebabkan potensi mereka tidak dapat dicungkil dan lambat berkembang. Pembelajaran yang membosankan akan menyebabkan mereka cepat bosan dan hilang minat untuk belajar. Personaliti terutama watak, perangai, tingkah laku dan cara gaya pembelajaran mereka perlu difahami oleh guru bagi merancang strategi pengajaran yang sesuai. Jika dipupuk bakat yang ada tentu dapat memperkemas dan memantapkan keistimewaan yang dikurniakan kepada mereka.

Selain guru, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam usaha melahirkan dan mendidik anak pintar cerdas. Ibu bapa perlu mempunyai kemahiran serta keyakinan yang membolehkan mereka mempraktikkan amalan-amalan mendidik anak pintar cerdas. Salah satu kemahiran yang perlu diterapkan oleh ibu bapa adalah mengisi ruang kasih sayang sekeluarga. Oleh hal yang demikian, hubungan yang erat, suasana keluarga yang harmoni adalah antara perkara dan keperluan yang perlu wujud dalam memberi sokongan kepada anak-anak pintar cerdas.

12.0

RUJUKAN

Dabrowski, K. (1967). The theory of positive disintegration. Mensa Research Journal. 327. New York: Brooklyn. Gardner, H. (1993). Creating Minds: An anatomy of creativity seen through the lives of Freud, Einstein, Picasso, Stravinsky, Eliot, Graham, and Gandhi. New York: Basic Books. Gagne, F. (1995). From giftedness to talent: a developmental model and its impact on the language of the field. Roeper Review, 18, 103-111. Golant, Susan K. (1991). The joys and challenges of raising a gifted child. New York: Prentice Hall. BERLIN WTRBRY WTRFRD.

Terman, Lewis and M. Oden (1925) Studies of Genius: Mental and physical traits of a thousand gifted children. Stanford, CA: Stanford University Press.

Piirto, J. (1999). Talented adults and children: Their development and education (3rd ed.). Waco, TX,: Prufrock Press.

Binet, A. (1916). The development of intelligence in children. Baltimore, MD: Williams and Wilkins.

13.0

LAMPIRAN

52674109-kajian-kes.pdf

Kaedah pengajaran Matematik kepada murid Pintar Cerdas. 11.0 KESIMPULAN. 12.0 RUJUKAN. 13.0 LAMPIRAN. Page 3 of 42. 52674109-kajian-kes.pdf.

913KB Sizes 3 Downloads 141 Views

Recommend Documents

No documents