MODUL KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU (PUISI MODEN) TINGKATAN 5 CIKGU SAZALI BIN IBRAHIM M.A (Bahasa Melayu)

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK LALOH, KUALA KRAI, KELANTAN.

“ULI SAPA LET IT” CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku Puisi Moden

1

PUISI MODEN DIRGAHAYU BAHASAKU Ahmad Sarju TELAH KELUAR DALAM SPM NOV 2013 Tempatmu di singgahsana Hati nurani bangsaku Warga yang berbudi Setia dan amanah 

Bahasa Melayu tetap bersemadi di sanubari orang-orang Melayu. Bangsa Melayu sememangnya terkenal sebagai bangsa yang berbudi bahasa, setia dan amanah.

Bahasa itu maruah bangsa Yang mesti dipelihara martabatnya Agar tetap kukuh dan ampuh Melayari lautan bijaksana Salam ikatan mesra dan teguh 

Bahasa dilihat sebagai simbol maruah bangsa yang perlu dipertahankan agar terus kukuh dan menjadi keutamaan dalam banyak hal. Bahasa hendaklah digunakan dengan sebaik mungkin terutama dalam usaha mengeratkan hubungan silaturahim.

Cekal dan waja semangat pejuangku Hak bangsaku memilikimu Hak bangsaku mendaulatkanmu Di bumi bertuah ini Merentas dunia tak bertepi 

Para cendekiawan dan penggiat bahasa terus berjuang demi mendaulatkan bahasa. Sebenarnya setiap orang perlu memainkan peranan ini tidak kira di mana-mana sahaja mereka berada.

Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan Ke barat dan ke timur menjalin persaudaraan Gagah pelautku membelah lautan Ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam Dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam 

Suatu ketika dahulu, bangsa Melayu pernah mencatat sejarah sebagai pelayar hebat. Mereka begitu berani menjelajah dari sebuah pulau ke sebuah pulau dan dari sebuah benua ke benua yang lain. Dari situ bahasa Melayu mula tersebar.

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku Puisi Moden

2

Dirgahayu bahasaku Di arena antarabangsa suaramu tumbuh Menusuk kalbu lagu bahasamu Bahasamu bahasa minda Mudah akrab dan bertatasusila Daripada bangsa yang bernama Melayu Menempa kejayaan di alaf baru. 

Bahasa Melayu tetap di hati. Dalam masa yang sama, bahasa Melayu mula diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Bahasa Melayu turut dikenali. Kini bangsa Melayu menempa kejayaan demi kejayaan.

Tema 

Semangat cinta akan bahasa Melayu. Contoh: Bahasa melayu perlu dimartabatkan supaya mampu bersaing dengan bahasa-bahasa yang lain. Peranan ini perlu dimainkan oleh semua pihak.

Persoalan • • • •

Bahasa Melayu perlu dimartabatkan di negara ini. Perjuangan memartabatkan bahasa Melayu dipertanggungjawabkan kepada semua orang Melayu. Bahasa Melayu mempunyai sejarah kegemilangannya yang tersendiri. Bahasa Melayu berperanan sebagai alat komunikasi yang penting.

Nada Patriotik Gaya Bahasa 1.

Ayatnya pendek-pendek Contohnya : setia dan amanah

2.

Diksi – mudah difahami dan puitis Contohnya; warga yang berbudi

3.

Aliterasi – perulangan konsonan’m’ Contohnya : hak bangsaku memilikimu

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku Puisi Moden

3

4.

Asonansi – perulangan vokal ’a’ Contohnya : Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan

5.

Sinkope . Contohnya: mu, ku, tak

6.

Metafora Contohnya : lautan bijaksana, mutiara silam, lagu bahasamu

7.

Perlambangan Contohnya ; pejuangku, pelautku, pulau

8.

Personifikasi Contohnya : bahasaku mencengkam, suaramu tumbuh.

9.

anafora Contohnya ; hak bangsaku memilikimu hak bangsaku mendaulatkanmu

10.

Epifora Contohnya ; hak bangsaku memilikimu hak bangsaku mendaulatkanmu

Nilai      

Nilai bersopan santun dalam komunikasi dengan menggunakan bahasa yang betul. Nilai setia pada bangsa dengan memartabatkan bahasa. Nilai amanah dalam meneruskan warisan bangsa. Nilai mencintai bahasa bangsa sendiri. Nilai bersatu padu semasa menggunakan bahasa yang sama. Nilai kegigihan dalam memastikan bahasa Melayu terus digunakan.

Pengajaran • Kita hendaklah mencintai bahasa Melayu sepenuh jiwa. • Kita hendaklah bertanggungjawab mempertahankan dan memartabatkan bahasa Melayu. • Kita perlu berusaha gigih untuk mendaulatkan bahasa Melayu. • Kita mestilah memartabatkan bahasa Melayu supaya berkembang dan mendapat perhatian masyarakat dunia.

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku Puisi Moden

4

PUISI MODEN KECEK – (V) Awang Abdullah 1 seorang pengarah membuka akaun semasanya di sebuah bank ternama tetapi dalam diam dia mencantumkan kemiskinan orang lain ke dalam amanahnya yang telah lama pecah 

Seorang yang berjawatan pengarah membuka akaun di sebuah bank yang ternama namun secara licik dia pecah amanah dan menggelapkan wang orang lain. Perbuatan ini telah dilakukan sekian lama.

2 di kampung seorang petani membuka akaun kemiskinannya di ruang kedaifan dan mengunci sedozen anak-anaknya di dalam pagar sengsara tetapi tidak pernah mencantum kekayaan orang lain ke dalam getirnya yang sudah lama berumbi 

Di kampung pula, seorang petani hidup dalam serba daif dan kekurangan. Dia tabah dalam membesarkan anak-anak dan menyara keluarga. Namun dia tidak pernah mengambil hak orang lain dalam usaha untuk keluar daripada belenggu kemiskinan.

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku Puisi Moden

5

3 di pantai seorang nelayan membuka akaun sengsaranya di rahang laut ternganga dan mengurung sederet anak-anaknya di bawah pusaran nasib tapi dia tidak pernah mengumpul kesenangan orang lain ke dalam kegusarannya yang telah sekian musim berlumut di papan hidupnya. 

Di kawasan pantai, seorang nelayan juga terus dibelenggu kemiskinan. Anak-anaknya turut dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan. Namun dia juga tidak pernah menggunakan hasil titik peluh orang lain sepanjang meniti kehidupan yang semakin lama semakin menghimpit.

4 Tuhan tidak pernah mungkir mencatatkan setiap angka dan nilai hitungan paling kecil ke dalam akaun-Nya di rumah keadilan. 

Setiap dosa dan pahala, kebaikan dan kejahatan setiap individu itu akan dicatatkan. Mereka akan mendapat pembalasan daripada Tuhan seperti yang telah dijanjikan seadiladilnya.

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku Puisi Moden

6

Tema 

Sikap amanah. Dalam mencari rezeki kita perlu amanah kerana wang yang diperoleh digunakan untuk menyara keluarga. Golongan yang berjawatan tinggi didapati seringkali pecah amanah untuk hidup mewah berbanding golongan yang berpendapatan rendah.

Persoalan   

Sikap pecah amanah oleh golongan berjawatan tinggi Golongan miskin terus dibelenggu kemiskinan dan hidup susah. Setiap perbuatan pasti mendapat balasan seperti yang telah dijanjikan oleh Tuhan.

Nada Sinis. Gaya Bahasa 1. Ayatnya pendek-pendek Contohnya ; di kampung 2. Diksi – mudah difahami Contohnya: seorang nelayan 3. Aliterasi – perulangan konsonan’n’ Contohnya : dan mengunci sedozen anak-anaknya 4. Asonansi – perulangan vokal ’a’ Contohnya :di dalam pagar sengsara 5. Perulangan perkataan ’di’ Contohnya :di sebuah, di pantai 6. Metafora Contohnya : akaun kemiskinan, ruang kedaifan, pagar sengsara, akaun sengsara, pusaran nasib, papan hidupnya, rumah keadilan 7. Perlambangan Contohnya ; akaun, musim berlumut.

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku Puisi Moden

7

Nilai     

Nilai amanah dalam menjalankan tugas. Nilai bertanggungjawab dalam mencari rezeki yang halal. Nilai kegigihan berusaha walaupun mengalami kesusahan. Nilai simpati terhadap nasib golongan kurang berada. Nilai rasional dalam menetukan sebarang bentuk tindakan yang diambil.

Pengajaran   

Kita mestilah amanah semasa menjalankan tugas. Kita bertanggungjawab untuk mencari rezeki yang halal Kita tidak boleh mencari kekayaan dengan menindas orang lain.

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku Puisi Moden

8

PUISI MODEN BANGKITLAH Rejab F.I TELAH KELUAR DALAM SPM NOV 2012 Anak-anak yang sedang lena bangkitlah matahari sudah tinggi di puncak gunung. 

Penyajak menyeru anak bangsanya agar sedar daripada terlena dibuai kelalaian. Negara sudah lama merdeka dan semakin maju.

Lihat jernihnya pagi ini burung-burung berterbangan di udara dan pepohon hijau merendang daunnya apa kau masih belum bangkit? 

Negara kita semakin makmur dan bangsa-bangsa asing sibuk merebut kekayaan tanah air. Penyajak tertanya-tanya mengapa anak bangsanya masih leka.

Bangkitlah jangan sesal nanti madu bumi yang kekeringan isi laut kekosongan dan perut belantara menjadi ladang. 

Penyajak menyeru anak bangsanya supaya bangkit daripada lena agar mereka tidak menyesal. Kekayaan hasil bumi negara semakin berkurangan dek pembangunan.

Anak-anak esok apa yang akan kaumakan? tanah atau batu atau debu? kau mahu terus nangis tanpa air mata? 

Penyajak berasa risau akan masa depan bangsanya yang mungkin terus ketinggalan dan hidup dalam kesusahan. Beliau tidak mahu bangsanya berputih mata.

Kalau tidak bangkitlah matahari belum lagi rembang dan burung-burung belum lagi menjamah awan! 

Jikalau bangsanya tidak mahu perkara ini berlaku, mereka perlu bangkit dan berusaha. Masih ada waktu dan kesempatan mereka untuk maju dan mengejar arus pembangunan.

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku Puisi Moden

9

Tema 

Kesedaran anak bangsa perlu untuk bangkit daripada leka dalam mengejar arus pembangunan selepas kemerdekaan. Mereka harus berusaha memakmurkan negara.

Persoalan    

Kepentingan mengejar arus pembangunan agar tidak ketinggalan. Kemajuan dan pembangunan negara tidak akan menunggu sesiapa yang leka. Sumber bumi dan khazanah negara semakin berkurangan. Masa depan anak bangsa yang masih leka.

Nada Patriotik Gaya Bahasa 1.

Ayatnya pendek-pendek Contohnya : bangkitlah

2.

Diksi – mudah difahami dan puitis Contohnya : Anak-anak yang sedang lena

3.

Aliterasi – perulangan konsonan’n’ Contohnya : burung-burung berterbangan di udara

4.

Asonansi – perulangan vokal ’a’ Contohnya: : Anak-anak yang sedang lena

5.

Sinkope Contohnya; kau

6.

Perlambangan Contohnya ; anak-anak, matahari, puncak gunung, madu bumi, perut belantara

7.

Personifikasi Contohnya : burung-burung belum menjamah awan.

Nilai   

Nilai kegigihan yang diperlukan untuk mengejar kekayaan. Nilai kerjasama untuk merebut peluang yang ada. Nilai kerajinan untuk memajukan diri.

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku Puisi Moden

10

Pengajaran    

Kita tidak boleh leka walaupun telah merdeka. Kita perlulah merebut peluang yang ada. Kita perlulah bersaing dengan bangsa lain untuk maju. Kita janganlah leka kerana kelekaan menyebabkan kita menderita danterus dihimpit kemiskinan.

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku Puisi Moden

11

PUISI MODEN PASAR PERASAAN T. Alias Talib ini pasar perasaan pada gerainya duduk penjual sentimental yang sering dikunjungi pembeli emosional. 

Penulis mendapati warung dan kedai kopi menjadi gelanggang untuk pengunjung melontarkan pendapat dan berdebat. Perdebatan yang berlaku pula dikuasai oleh emosi.

ini pasar perasaan mereka memperdagangkan kata-kata yang terbit daripada kalbu bukan terbit daripada akal. 

Semasa berdebat, kata-kata yang dilontarkan lebih luahan perasaan dan bukannya hasil daripada pertimbangan akal fikiran.

mereka memperdagangkan hujah yang rapuh dan lapuk bagai kayu buruk; yang mudah dipatahkan bagai ranting kering. 

Mereka juga melontarkan pelbagai hujah sesuka hati tanpa sebarang makna dan fakta kukuh. Hujah-hujah yang sebegitu rapuh dan mudah disangkal.

ini pasar perasaan di dalamnya mengalir sungai manusia yang menghilirkan suara kosong. 

Di warung jugalah para pengunjung silih berganti dan kerap menjadi tumpuan. Di sinilah mereka kerap berbual-bual dan berdebat kosong tanpa kesudahan.

ini pasar perasaan yang memperdagangkan akal cetek dan tawar-menawar yang dangkal. 

Di warung jugalah para pengunjung nya memperlihatkan kelemahan mereka yang kurang ilmu pengetahuan. Perdebatan kosong terus menjadi agenda walaupun tidak membawa kebaikan.

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku Puisi Moden

12

kumasuki pasar ini kususuri sungai sibuk ini ditengah-tengah penjual dan pembeli yang kaya dengan perasaan tetapi miskin dengan kebijaksanaan. 

Penyajak cuba terlibat dan menyelami intipati perdebatan tersebut. Beliau mendapati para pendebat itu lebih dikuasai emosi ketika berbicara berbanding fakta dan ilmu.

ini pasar tidak berakal yang diriuhkan kekosongan. 

Bagi penyajak, perdebatan di warung atau kedai kopi hanya sesuai untuk mereka yang bercakap tanpa berfikir dahulu. Perdebatan nampak menarik tetapi tidak membawa makna.

Tema 

Perbincangan kosong di kedai kopi. Seringkali dikatakan kedai kopi sebagai tempat perdebatan pengunjungnya. Hujah mereka kosong tanpa fakta dan ilmu. Hanya sekadar meluahkan perasaan. Seringkali juga berlaku perdebatan yang sia-sia kerana dikuasai emosi.

Persoalan 

Perbincangan kosong dan tidak ilmiah hanya sekadar menghamburkan kata-kata dan meluahkan perasaan. Luahan pendapat akan menjadi sia-sia kerana kurangnya kebijaksanaan. Pendapat tanpa ilmu dan fakta mudah dipatahkan dan ditepis. Kepentingan ilmu pengetahuan dalam menyampaikan hujahan.

   Nada: Sinis

Gaya Bahasa 1.

Ayatnya pendek-pendek Contohnya ; ini pasar perasaan

2.

Diksi – mudah difahami dan puitis. Contohnya :bagai ranting kering

3.

Aliterasi – perulangan konsonan’n’ Contohnya : di tengah-tengah penjual dan pembeli

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku Puisi Moden

13

4.

Asonansi – perulangan vokal ’i’ Contohnya : kususuri sungai sibuk ini

5.

Personifikasi Contohnya : ini pasar tidak berakal

6.

Metafora Contohnya : pasar perasaan , sungai manusia

7.

Simile Contohnya : bagai kayu buruk.

8.

Epifora Contohnya ; kumasuki pasar ini kususuri sungai sibuk ini

Nilai     

Nilai rasional yang diperlukan dalam menyampaikan maklumat. Nilai kerajinan yang diperlukan untuk mencari ilmu bagi menguasai kemahiran. Nilai kebijaksanaan diperlukan untuk mengemukakan pendapat. Nilai kesabaran diperlukan dalam menghadapi cabaran hidup. Nilai keprihatinan terhadap persekitaran amat diperlukan.

Pengajaran   

Kita hendaklah mendengar dengan teliti sebelum memberi pendapat. Kita mestilah mengemukakan pendapat yang bernas dan berfakta. Kita janganlah beremosi ketika berdebat kerana ini akan mendedahkan kelemahan diri sendiri.

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku Puisi Moden

14

PUISI MODEN DI BAWAH LANGIT YANG SAMA Lim Swee Tin Di bawah langit yang sama Kita hirupi udara Tanpa mengira Beirutmu Ataupun Kuala Lumpurku Kita menghirup udara Di bawah langit yang sama. 

Penyajak menggambarkan walau di manapun kita berada, kita menghirup udara yang sama dan berada di bumi ciptaan Tuhan. Taraf manusia pun sama.

Aku suka gerimis di Kota London Pernah terpesona angin dingin-tajam di Washington Pohon-pohon hijau atau aneka warna tiada bezanya. Siapa pun menghuni Australia penghuni Afrika Kerana di bawah langit ini Kita sama 

Penyajak kagum akan gerimis di kota London dan terpesona dengan tiupan bayu dingin di Washington. Namun aneka warna tumbuh-tumbuhan tetap serupa. Tempat-tempat lain yang mempunyai keistimewaan tersendiri juga didiami oleh manusia.

Aku ingin menyeberangi Laut China Selatan Layari Lautan Teduh rentasi Laluan Sutera Berkongsi siang miliki malam Anyam cinta pelangikan zaman Tiupkan harapan senada Sesama kita – warga dunia Di bawah langitnya Yang sama. 

Penyajak ingin menjelajah ke seluruh pelosok dunia untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan berkongsi impian yang sama iaitu melihat keamanan dan keharmonian dunia. Beliau ingin melihat dunia bersama-sama bagi memperjuangkan keamanan.

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku Puisi Moden

15

Peta-peta itu yang memisahkan Jangan tutup pos sempadan Visa hanya keperluan rasmi seketika Pasport dokumen pengenalan titik mula Kita dakapi mimpi tak berbeza gapai hasrat Lebur kebencian kuburkan sejarah hitam Di bawah langit ini yang Sama. 

Penyajak mendapati manusia sering dipisahkan oleh sempadan negara dan untuk memasuki negara tersebut perlu ada dokumen rasmi seperti pasport dan visa. Penyajak merayu rakyat di dunia agar sama-sama berjuang mencapai keamanan dunia serta mengikis rasa benci dan dendam.

Tema 

Kesamatarafan manusia walau di mana-mana mereka berada. Walaupun manusia itu berada dan dipisahkan oleh sempadan, mereka setaraf dan mengimpikan kehidupan yang aman dan harmoni.

Persoalan • • • •

Setiap tempat mempunyai keindahan alam semulajadi yang tersendiri. Setiap orang mempunyai impian dan harapan untuk kehidupan yang aman dan harmoni. Garis sempadan seringkali memisahkan dan membezakan manusia. Kepentingan nilai hormat-menghormati sesama manusia.

Nada Sinis Gaya Bahasa 1.

Ayatnya pendek-pendek Contohnya : Di bawah langitnya

2.

Diksi – mudah difahami dan puitis Contohnya: Aku suka gerimis di Kota London.

3.

Kata pinjaman bahasa Inggeris Contohnya :i visa, pasport,

4.

Aliterasi – perulangan konsonan’n’

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku Puisi Moden

16

Contohnya : pohon-pohon hijau atau aneka warna 5.

Asonansi – perulangan vokal ’i’ Contohnya : berkongsi siang miliki malam

6.

Sinkope Contohnya : mu, ku

7.

Perulangan . Contohnya: Di bawah langit ini.

8.

kata ganda . Contohnya : pohon-pohon, peta-peta

Nilai    

Nilai menghargai keindahan alam sekitar. Nilai hormat-menghormati sesama manusia. Nilai bertoleransi antara masyarakat. Nilai bekerjasama dalam menjayakan sesuatu.

Pengajaran: • • • • •

Kita mestilah menganggap manusia sebenarnya sama taraf walau di manapun mereka berada. Kita mestilah menganggap setiap tempat mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Kita hendaklah sedar bahawa manusia seringkali dipisahkan dan dibezakan oleh sempadan waktu dan tempat. Kita mestilah mewujudkan hubungan harmoni sesama negara dan rakyatnya. Kita hendaklah mengimpikan kehidupan yang lebih baik dan harmoni.

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku Puisi Moden

17

PUISI MODEN ARKITEK KOTA SN Muhammad Haji Salleh Hanya seniman peka yang faham akan jiwa laut, kenal lambung gelombangnya, alur sungai serta diam batu, perasaan semusim, fiil langit dan sabar bumi berhak membina kota. 

Kawasan kota sepatutnya dibangunkan oleh golongan yang benar-benar bertanggungjawab. Mereka merupakan golongan yang arif dan banyak pengetahuan tentang selok belok dan keadaan serta keperluan semasa kota yang hendak dibangunkan.

kerana arkitek matang itu anak di taman, perenung di perpustakaan, orang muda pulang bertandang di lorong malam, pemunggah barang pasar di subuh hari, pengadil di bangku bijaksana, dan datuk bandar yang bangga. 

Hal ini demikian kerana mereka merupakan penghuni yang mendiaminya. Banyak kajian dibuat dan mengambil kira pandangan dan kepentingan pelbagai pihak yang menghuni kota tersebut.

Dia harus sayangkan lagu burung, pemancing di teduh pohon, pemerhati tasik, pengawas bintang, dan bunga menjalar di beranda. 

Perancang kota juga seharusnya seorang yang mencintai alam sekitar. Kehidupan flora dan fauna perlu dipelihara. Keindahan alam semula jadi perlu dipertahankan malah perlu diperindah dengan landskap yang mempesona.

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku Puisi Moden

18

Pencipta kota ialah pendekar muda dengan langkah berbagai-bagai, kelakar tua yang mengampungkan cerita orang bercinta yang perlukan bulan. dia pengukir ruang hidup, penghias suasana sempurna, membenarkan penemuan, memungkinkan kemungkinan. 

Orang yang membina kota merupakan generasi muda yang bukan sahaja luas ilmu pengetahuannya malah sarat dengan idea yang bernas.

Tema 

Keperluan pengetahuan dan pengalaman dalam melaksanakan pembangunan di kota.

Persoalan    

Keprihatinan penting dalam memahami sesuatu keadaan. Pembangunan kota perlu dilihat daripada pelbagai aspek. Kepentingan menjaga alam sekitar. Generasi muda memiliki pelbagai idea bernas.

Nada Sinis Gaya Bahasa 1.

Ayatnya pendek-pendek Contohnya : perasaan musim

2.

Diksi – mudah difahami Contohnya : pemerhati tasik

3.

Aliterasi – perulangan konsonan’p’ Contohnya : perenung di perpustakaan

4.

Asonansi – perulangan vokal ’i’ Contohnya : fiil langit dan sabar bumi

5.

Kata ganda Contohnya : berbagai-bagai

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku Puisi Moden

19

6.

Metafora Contohnya : jiwa laut,diam batu, perasaan musim

7.

Perlambangan Contohnya ; pengadil, pemancing, pengawas, pendekar

Nilai     

Nilai cinta akan alam sekitar. Nilai bertoleransi dalam menjalani kehidupan seharian. Nilai bertanggungjawab menjaga keindahan alam sekitar. Nilai kebijaksanaan dalam membuat keputusan. Nilai rasional dalam semua aspek.

Pengajaran     

Kita hendaklah mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas semasa merancang pembangunan. Kita hendaklah mengambil kira kepentingan rakyat ketika membangunkan negara. Kita perlulah membuat pertimbangan yang bijaksana sebelum membuat keputusan. Kita hendaklah memikirkan bencana alam yang mungkin timbul akibat pembangunan kota. Kita hendaklah menjadi perancang yang baik yang mempunyai pelbagai idea bernas dan alternatif.

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku Puisi Moden

20

Antologi Dirgahayu Bahasaku Puisi Moden.pdf

Page 3 of 20. Page 3 of 20. Antologi Dirgahayu Bahasaku Puisi Moden.pdf. Antologi Dirgahayu Bahasaku Puisi Moden.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In.

430KB Sizes 7 Downloads 151 Views

Recommend Documents

Puisi G-MARS.pdf
Page 1 of 3. ISAKAN GADIS GURUN. Dhiendy N. Komvecta. Jilbabnya berkibar. Dibelai angin dengan gemulai. Kakinya tak henti berlari. Tangannya tak kunjung melepas. Sebuah kitab yang ia pegangi. Lalu ia terhenti,. Menatap hamparan lautan darah menghiasi

Ebook Antologi Masuk Sana Sini.pdf
seperti itu yang kau cari, bukankah lebih tepat jika kau membaca kitab suci? Sebaliknya, melalui apa yang kau baca ini aku telah memenuhi harapanku. sendiri.

jakarta-antologi-30-cerpen-indonesia-by-satyagraha.pdf ...
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item.