KAEDAH DALAMAN (House Rules)

Untuk kegunaan dalaman: Pangsapuri Taman Subang Perdana , Sek U3, Shah Alam, Selangor.

PERBADANAN PENGURUSAN (MANAGEMENT CORPORATION, MC) PANGSAPURI TAMAN SUBANG PERDANA, SEK U3, SHAH ALAM SELANGOR, MALAYSIA TEL: 03-7859 0666 FAX: 03-7843 0747

Maklumat Ubahsuai Dokumen Bil

Versi

Tarikh

Catatan

1

0.1

20 September 2016

Dokumen Permulaan oleh Ahmad Suhaimi A.M.

2

0.2

6 Februari 2017

Kemaskini setelah mendapat maklum balas daripada MC dan penduduk.

KANDUNGAN 1. MAKLUMAT UBAHSUAI DOKUMEN

2

2. KANDUNGAN

3

3. SENARAI SINGKATAN

4

4. LIPUTAN

4

5. BAYARAN

4

6. KETETAPAN DALAMAN

5

a. Pengubahsuaian unit

5

b. Pengurusan Sampah

5

c. Kawasan bersama

5

d. Perkhidmatan Air.

7

e. Kerosakan.

7

f. Kenderaan persendirian

8

g. Pejabat Pengurusan MC

8

7. TINDAKAN

8

8. RINGKASAN STRUKTUR BAYARAN

9

9. PENUTUP

10

KAEDAH DALAMAN PANGSAPURI TAMAN SUBANG PERDANA (RPR TSP) 1. Senarai Singkatan 1.1. 1.2. 1.3. 1.4. 1.5. 1.6. 1.7. 1.8. 1.9.

Pangsapuri – Kawasan Pangsapuri yang diwartakan oleh pemaju. Kawasan Bersama – Kawasan di bawah tanggungjawab MC. MC – Perbadanan Pengurusan (Management Corporation). JMC – Jawatankuasa Pengurusan Bersama (Joint Management Committee). Pemilik – Pemilik unit-unit dalam kawasan pangsapuri. Penyewa – Penyewa unit-unit dalam kawasan pangsapuri. Warga Tempatan – Warganegara Malaysia. Warga Asing – Bukan warganegara Malaysia. Pelajar – Pelajar yang menyewa unit-unit dalam kawasan pangsapuri.

2. Liputan 2.1. Bahagian dalaman setiap unit adalah tanggungjawab pemilik unit kecuali sebahagian dinding, lantai dan siling. 2.2. Kerosakan dalam unit adalah tanggungjawab pemilik kecuali saluran kumbahan yang dikongsi bersama perlu dipertanggungjawab kepada semua yang berkenaan dengan saluran tersebut. 2.3. Sebahagian dinding, atap dan bahagian dikongsi bersama adalah tanggungjawab MC. 2.4. Bil pengurusan bangunan adalah tanggungjawab MC dan penduduk akan dikenakan caj untuk urusan penyenggaraan ini. 3. Bayaran 3.1. MC akan mengenakan caj pengurusan termasuk: a) Penyenggaraan (Bulanan) b) Wang Penjelas /Sinking Fund (Bulanan) c) Cukai Tanah /Quit Rent (Tahunan) d) Insuran Kebakaran Utama / Master Fire Insurance (Tahunan) 3.2. Lain-lain caj akan juga dikenakan seperti berikut: a) Denda bagi sebarang pelanggaran undang-undang dalaman. b) Faedah akan dikenakan untuk bayaran tertunggak. c) Deposit bagi sebarang kerja pengubahsuaian. d) Lain-lain caj mengikut keperluan semasa untuk pengurusan MC dan melibatkan kepentingan majoriti pemilik dan penyewa unit.

4) Ketetapan Dalaman 4.1 Pengubahsuaian unit 4.1.1. Pemilik/penduduk perlu memaklumkan MC dalam tidak kurang TIGA (3) hari bekerja sebelum kerja pengubahsuaian dimulakan di mana bayaran deposit akan dikenakan. Sila semak senarai bayaran. Rasionalnya: Pihak kontraktor perlu mengambil sikap bertanggungjawab terhadap kerosakan harta dan keselamatan kawasann bersama akibat kerja penambahbaikan. 4.1.2. Kontraktor perlu mendaftar untuk mendapat kad pelepasan sementara. 4.1.3. Pemilik dan kontraktor perlu mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh MC. 4.1.4. Pemilik dan kontraktor perlu memastikan keselamatan dan kebersihan kawasan bersama dijaga sepanjang masa. 4.1.5. Kerja-kerja pengubahsuaian hanya boleh dijalankan pada waktu- waktu berikut: Isnin-Sabtu 8.00 pagi – 6.00 petang Ahad Dilarang bekerja 4.1.6. Apabila kerja-kerja pengubahsuaian selesai, pemilik perlu memaklumkan kepada MC untuk pemeriksaan sebelum wang deposit boleh dikembalikan. Jika terdapat sebarang perlanggaran, sebahagian atau keseluruhan wang deposit tersebut boleh digunakan untuk membaiki kerosakan yang terjadi. Jika deposit tidak mencukupi, pemilik akan dikenakan caj tambahan yang akan didebitkan kepada akaun pemilik mengikut jumlah yang dibilkan kepada MC. 4.2. Pengurusan Sampah 4.2.1. Sampah perlu dimasukkan ke dalam tong sampah yang disediakan. 4.2.2. Sampah kering harus diasingkan mengikut kategori dan dimasukkan dalam tong recycle mengikut warna yang disediakan. 4.2.3. Penduduk perlu memastikan sampah tidak dibuang di kawasan bersama. 4.2.4. Penduduk perlu memastikan sampah yang dibawa tidak meleleh serta tidak bersepah. Jika terdapat lelehan dan sampah bersepah, penduduk mesti membersihkannya. Kegagalan melaksanakannya akan menyebabkan anda didenda jika melakukannya. 4.2.5. Sebarang masalah boleh dilaporkan kepada pejabat MC untuk tindakan lanjut. 4.3. Kawasan bersama 4.3.1. Kawasan bersama adalah di bawah tanggungjawab MC. Bagaimanapun penduduk juga perlu bekerjasama bagi memastikan kawasan bersama dijaga dan dipelihara. 4.3.2. Kawasan bersama akan dibersihkan (sapu dan cuci) oleh pekerja kebersihan secara berjadual kecuali jika ada sebarang kerja-kerja lebih penting yang perlu diutamakan. 4.3.3. Kawasan bersama akan dibasuh sekurang-kurangnya sebulan sekali.. 4.3.4. Sawang dan kotoran dinding akan dibersihkan mengikut keperluan.

4.3.5. Penduduk boleh menghubungi pihak pengurusan jika terdapat masalah kekotoran berbangkit contohnya muntah, tahi dsb. Pekerja kebersihan akan datang membersihkannya dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. 4.3.6. Rumput dan pokok akan dipotong dan dibersihkan sekurang- kurangnya sebulan sekali. 4.3.7. Dinding dan tangga kawasan bersama adalah di bawah tanggungjawab MC. Bagaimanapun penduduk perlu bekerjasama bagi memastikan dinding dan tangga tidak dirosakkan atau diconteng. Sebarang kerosakan, contengan atau kotoran perlu dimaklumkan kepada MC. Sesiapa yang melakukan atau disabitkan kesalahan merosakkan dinding dan tangga akan didenda. Rasionalnya: Agar rupa bangunan sentiasa baik. Sebarang kerosakan perlu diperbaiki dan memerlukan MC mengeluarkan wang yang terkumpul. Maka, adalah baik jika pihak yang melakukan kerosakan dikenakan hukuman dan memperbaiki kerosakan tersebut. 4.3.8. Lampu dalam bangunan di kawasan bersama adalah di bawah tanggungjawab MC. MC akan membuat pemantauan berkala. Jika penduduk mendapati sebarang kerosakan, laporan boleh dibuat untuk tindakan lanjut. Adalah menjadi kesalahan jika penduduk sendiri mengubah atau membaiki lampu tersebut tanpa mendapat kebenaran MC. Rasionalnya: Menjaga dan membaiki lampu adalah tanggungjawab MC. Oleh itu, MC akan membaiki sebarang kerosakan di mana penyeliaan ini memastikan lampu yang standard digunakan di semua kawasan bersama. 4.3.9. Lampu Luar Bangunan. Lampu luar bangunan termasuklah lampu jalan, lampu parkir, lampu limpah dsb. adalah di bawah tanggungjawab MC. 4.3.10. Taman Permainan (Blok B). Taman permainan telah disediakan oleh PBT dan sekarang diselenggarakan oleh MC. Kenderaan adalah dilarang melalui atau diparkir kawasan ini. 4.3.11. Kawasan lapang (Blok A). Sebarang kawasan dalam kawasan sempadan pangsapuri harus dibiarkan kosong agar pemandangannya cantik dan ruang bagi aktiviti seperti kenduri atau jamuan. Rumput perlu dijaga dan penduduk dilarang meletak kenderaan melalui kawasan ini. 4.3.12. Pagar. Pagar sekeliling pangsapuri adalah di bawah pengawasan MC. Sebarang pencerobohan dan kerosakan akan menyebabkan MC perlu mengeluarkan duit untuk memperbaikinya. Pagar ini adalah untuk melindungi kawasan pangsapuri daripada sebarang anasir luar. Ianya juga untuk menyekat sebarang kemungkinan masalah luaran dari mengganggu kawasan pangsapuri. 4.3.13. Paip air bersama. Pair air bersama digunakan untuk bagi membersihkan kawasan bersama. Penduduk dilarang menggunakan paip air bersama ini untuk kegunaan persendirian. Rasionalnya: Bil air ini adalah dibayar bersama, jadi adalah tidak wajar ia digunakan bagi urusan peribadi. Paip air ini juga disediakan bagi memudahkan tukang cuci membuat kerja.

4.4. Kawalan keselamatan (Akan dilaksana mengikut pekerluan dan kedudukan kewangan MC). MC menyediakan khidmat pengawal keselamatan yang dibayar dengan duit kutipan pengurusan yang dibayar setiap bulan. Pengawal keselamatan adalah pegawai penguatkuasa bagi Mc. Antara tugas pengawal keselamatan: 4.4.1. Menjaga keselamatan, keamanan dan ketenteraman dalam kawasan di bawah tanggungjawab MC. 4.4.2. Menguatkuasakan kaedah dalaman yang telah diluluskan. 4.4.3. Mengambil tindakan terhadap sebarang salah laku penduduk di dalam kawasan tanggungjawab MC. 4.4.4. Memberi respon terhadap sebarang masalah dan kecemasan dalam kawasan MC. 4.4.5. Memantau kenderaan yang keluar masuk ke kawasan Pangsapuri. 4.4.6. Membantu MC dalam sebarang tindakan dan penguatkuasaanMC. 4.5. Perkhidmatan Air. 4.5.1. Bil air b e r s a m a b a g i p a i p a i r b e r s a m a a d a l a h d i b a y a r s e p e n u h n y a o l e h p i h a k M C . Ini kerana s e t i a p p e m i l i k p e t a k pangsapuri menggunakan meter individu. 4.5.2. Bil air individu mesti dibayar sendiri oleh pemilik mengikut tarikh bil untuk mengelakkan sebarang tindakan pihak berwajib. 4.5.3. MC tidak bertanggungjawab terhadap bil individu atau tindakan ke atas pemilik oleh pihak berwajib. 4.5.4. Sebarang kecurian dan pengubahsuaian paip akan dilaporkan kepada pihak berwajib sekiranya dikesan. 4.6. Masalah atau Kerosakan. 4.6.1. Sebarang kerosakan dalam kawasan bersama hendaklah dilaporkan kepada MC untuk tindakan seterusnya. 4.6.2. Hanya setelah mendapat laporan rasmi, barulah pihak MC akan bertindak. Laporan rasmi boleh dibuat dengan mengisi borang laporan yang terdapat di pejabat pengurusan. 4.6.3. Kerosakan bahagian dalaman unit adalah tanggungjawab pemilik unit. MC boleh membantu dalam menyelesaikan masalah tersebut. 4.6.4. Kerosakan yang melibatkan lebih daripada satu unit, pihak MC hanya boleh jadi orang tengah dalam menyelesaikan masalah tersebut.

4.6.5

Sebarang kerosakan yang dikenalpasti dan disabit dengan individu tertentu akan dikenakan denda mengikut jumlah kerosakan yang dilakukan.

4.7. Kenderaan persendirian.(Disediakan Pelekat Khas) 4.7.1. Kenderaan persendirian perlu didaftarkan dengan pejabat MC. Ini bagi membantu MC mengenal pasti dan memantau kenderaan yang keluar masuk ke kawasan pangsapuri. 4.7.2. Setiap kenderaan persendirian penduduk dan penyewa perlu didaftarkan. 4.7.3. Setiap kenderaan persendirian perlu mendapatkan pelekat kenderaan yang disediakan MC. 4.7.4. Kenderaan tanpa pelekat tidak akan dibenarkan masuk dan perlu di letakkan di luar kawasan pangsapuri. 4.7.5. Kenderaan pelawat perlu mendaftar di pondok pengawal dan mendapatkan kad kebenaran sementara. Kad tersebut perlu dipamerkan sepanjang masa kenderaan dalam kawasan pangsapuri. Kad tersebut perlu dikembalikan apabila kenderaan pelawat meninggalkan kawasan pangsapuri. 4.7.6. Kenderaan yang tidak mematuhi peraturan ini akan diminta meninggalkan kawasan pangsapuri. Kegagalan mematuhi arahan akan dikenakan tindakan mengunci kenderaan di mana denda perlu dibayar untuk membuka kunci tersebut. 4.7.7. Kenderaan dikunci perlu menghubungi pihak keselamatan untuk membukanya dengan membayar denda. Merosakkan kunci tersebut adalah menjadi kesalahan dan denda maksimum boleh dikenakan. Rasionalnya: Kunci tayar kenderaan adalah milik bersama. Merosakkannya akan menjejaskan harta bersama dan perlu diganti oleh mereka yang merosakkannya. 4.8. Pejabat Pengurusan MC. 4.8.1. Pejabat pengurusan MC digunakan untuk sebarang aktiviti pengurusan. 4.8.2. Sebarang masalah, bolehlah dirujuk kepada pegawai bertugas di pejabat. 4.8.3. Sebarang laporan perlulah mengisi borang laporan agar pihak pengurusan dapat mengambil tindakan sewajarnya. 4.8.4. Waktu operasi Pejabat MC adalah seperti berikut: Isnin-Jumaat:8.00 pagi -5.00 petang Sabtu :8.00 pagi -12.00 petang

5. Tindakan 5.1. MC cuba melaksanakan tugas dengan cara terbaik dan berhemah. Oleh itu pihak MC telah menetapkan bahawa tindakan berikut akan dilaksanakan: -

Kesalahan Pertama Kesalahan Kedua Kesalahan Ketiga Kesalahan Keempat

: : : :

Makluman Amaran Pertama Amaran Kedua Tindakan (Denda dsb.)

5.2. Denda akan dikenakan terhadap sebarang kesalahan atau kegagalan memenuhi sebarang syarat MC. 5.3. Denda perlu dibayar dalam tempoh yang telah dinyatakan dalam kertas denda. 5.4. Faedah akan dikenakan jika gagal membayar dalam tempohnya. 5.5. Jika masih gagal, tindakan yang lebih tegas akan dikenakan seperti melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa tempatan,POLIS, JAIS dsb. 6. Ringkasan Struktur Bayaran A)Bayaran Wajib Caj Penyenggaraan

Keterangan RM 35.00 sebulan (Bermula MAC 2017) (Caj lama adalah kadar sejak 1993) Caj Air Mengikut kegunaan bulanan (Pembersihan Rumah Sampah). Caj Wang Penjelas(Sinking Fund) RM 60.00 setahun ( RM5x12 bulan) Mengikut caj dikenakan ke atas MC Caj Cukai Tanah setahun RM 30.00 setahun (Tertakluk kepada Caj Insuran Kebakaran Utama perubahan) B)Deposit dan Denda Keterangan Deposit ubah suai rumah RM 250.00 Denda sampah merata-rata atau RM 50.00 mengotorkan kawasan bersama Denda membiarkan haiwan RM 50.00 peliharaan buang najis meratarata di kawasan bersama Minimum RM 50.00 dan maksimum jumlah diperlukan untuk memperbaiki Denda merosakkan dinding keseluruhan kerosakan. Denda kesalahan meletak RM50.00 kenderaan Denda merosakkan rantai dan Mengikut harga semasa. kunci MC Denda merosakkan pili air Mengikut harga semasa. MC

7. Penutup. 7.1. Kaedah dalam ini dibuat bukan untuk menyusahkan penduduk, sebaliknya bertujuan memastikan keselesaan penduduk sendiri. 7.2. Penduduk perlu membaca dan memahami semua kaedah dalaman dan memastikan tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan. 7.3. Penguatkuasaan adalah juga berlandaskan budi bicara pegawai penguat kuasa. 7.4. Sebarang tindakan bukanlah untuk menghukum tetapi sebagai untuk mendidik dan memberi peringatan supaya kita menghormati peraturan dan jiran yang lain. 7.5. Penguatkuasaan perlu mendapat kerjasama penduduk. Ada sebahagiannya penduduk sendiri yang perlu tampil untuk melaporkan, membantu penyiasatan dan seterusnya mengiakan tindakan yang akan dikenakan.

House Rule RPR TSP 2017_2_6.pdf

g. Pejabat Pengurusan MC 8. 7. TINDAKAN 8. 8. RINGKASAN STRUKTUR BAYARAN 9. 9. PENUTUP 10. Page 3 of 12. House Rule RPR TSP 2017_2_6.pdf.

324KB Sizes 3 Downloads 147 Views

Recommend Documents

Datasheet RPR-220 - GitHub
Office automation equipment. FFeatures. 1) A plastic lens is used for high sensitivity. 2) A built-in visible light filter minimizes the influence of stray light.

RPR waiver.pdf
entities, Vol and Kristi Montgomery and/or Reveille Peak Ranch, and this agreement cannot be modified orally. I also understand that this. Agreement is governed by Texas law and that venue is proper only in Burnet County, Texas. VI. Authorization to

RPR waiver.pdf
hosting entities, Vol and Kristi Montgomery and/or Reveille Peak Ranch or using equipment provided by race hosting entities, Vol and Kristi. Montgomery and/or ...

TSP Notes.pdf
There are two notions of probability that are commonly used statistical and classical probability. CLASSICAL PROBABILIY. The more important is classical ...

TSP Notes.pdf
To calculate classical probability we must list all the possible outcomes of the experimental. and assign equal ... The essential assumptions of statistical mechanics is that all quantum. states are ... So equation (1) can be written as. φ(WAB) ...

project investors mistakes tsp new.pdf
డెి్ కా్డ. ు, కరడk్ కా్డ ె ు, Net ʃʂnʌing లతో సా. కlంది డkిట్ wʂʍʍet ల దaారా కూడa చె్ ె లంచవచచు. Paytm. Freecharge. Mobikwik.

RPR-220 : Optical Sensors - GitHub
Applications .... CO.,LTD. disclaims any warranty that any use of such devices shall be free from ... Products listed in this document are no antiradiation design.

Joanna Jet Tsp
Slowloud and bangin.Art ofwar pdf.45945425795 - Download JoannaJet Tsp.Torchwood s01e03 river. ... Their job is JoannaJet Tsp send out the blood to the body and lungs. JoannaJet. Tsp down the ... Whilethe ventricles pump blood out ofthe heart, theatr

Rule
1 Oct 2017 - in which everyday life activities take place, and is related to the patient's physical disorder. Orthotics and ... canes, commodes, traction equipment, suction machines, patient lifts, weight scales, and other items ...... (iii) Elevator

Rule
Oct 1, 2017 - (8) BUREAU OF TENNCARE (BUREAU) shall mean the administrative unit of TennCare which is responsible for ..... (75) LONG-TERM CARE shall mean programs and services described under Rule 1200-13-01- .01. (76) MCC ...... tional or technical

Rule
Oct 1, 2017 - nance and Administration to provide TennCare-covered benefits to eligible enrollees in the. TennCare Medicaid and ..... fied psychiatrist or a person with at least a Master's degree and/or clinical training in an ac- cepted mental .....

Rule
Oct 1, 2017 - (26) CONTRACTOR shall mean an organization approved by the Tennessee Department of. Finance and Administration to provide TennCare-covered benefits to eligible enrollees in the. TennCare Medicaid and TennCare Standard programs. (27) CON

Rule
Oct 1, 2017 - U.S. Department of Justice, Drug Enforcement Administration or by the ...... TennCare shall not cover drugs considered by the FDA to be Less ...

TSP TIMES April 2016.pdf
of Canada General Council decision in August 2015 to do the same. ... “travelling roadshow” resources, along with many other resources to encourage others to make this ... There was a problem loading this page. TSP TIMES April 2016.pdf.

tsp fact sheet sequestration.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. tsp fact sheet sequestration.pdf. tsp fact sheet sequestration.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main

Parameterized TSP: Beating the Average - Queen Mary University of ...
Aug 8, 2014 - polynomial in n, where the degree of the polynomial does not depend on k (i.e., the generalised Vizing problem is fixed-parameter tractable.

TSP Times April 2015 CLIMATE JUSTICE GROUP REPORT final ...
and investors: http://www.trinitystpauls.ca/alternative-investment/. • The Guardian newspaper in the UK has launched a ... from fossil fuels in the lead-up to the. Paris Summit in December 2015 (check out ... educate the public about the causes, co

Solar Water Heater e-Tender form TSP FDF.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Solar Water ...

Microsoft Word - TSP tender for COmputer and Laptop.pdf ...
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Microsoft Word ...

(House Atreides, House Harkonnen, House Corrino) By ...
You could also make or wait in your laptop or computer system that alleviates you to review ... Thanks for visiting the best web site that provide hundreds type of book collections. Below, we ... Sales Rank: #148671 in Books q. Published on: ...

Rule 510 Rule Making Notice Amended.pdf
Medical Board (“Board”) will hold a public rule making hearing on Thursday, May 17, 2018 at 10:30 a.m., 1525. Sherman St., Conference Room 103, Denver, ...