http://cikgusazali.blogspot.com Bahagian A Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan [30 markah] Gambar di bawah menunjukkan antara aktiviti yang boleh dilaksanakan bagi menceriakan kawasan sekolah. Berdasarkan maklumat yang diberikan, huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah bagi menceriakan kawasan sekolah. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

PROGRAM GOTONG-ROYONG

PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS

MEMBINA TAMAN MINI

TUGASAN KATA KUNCI TEMA

: : :

langkah-langkah bagi menceriakan kawasan sekolah langkah-langkah keceriaan kawasan sekolah

1

http://cikgusazali.blogspot.com

PERENGGAN

AYAT

JENIS AYAT

1

TEMA

2

Sokongan

3

TUGASAN

PENDAHULUAN

DESKRIPSI TEMA + merupakan antara isu yang sering diwarawarakan dalam media cetak dan media elektronik di negara kita akhir-akhir ini. Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah komited untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Persoalannya, apakah + TUGASAN + ?

Keceriaan kawasan sekolah merupakan antara isu yang sering diwara-warakan dalam media cetak dan media elektronik di negara kita akhir-akhir ini. Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah komited untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Persoalannya, apakah langkah-langkah bagi menceriakan kawasan sekolah?

3 4

TOPIK Ayat Aktif HURAIAN Ayat Pasif Sokongan CONTOH

5

PENEGAS

1 ISI PERTAMA

2

Pada pendapat saya, antara + KATA KUNCInya + ialah/adalah dengan + ISI Hal ini dikatakan demikian kerana + ISI + oleh + PELAKU + dapat + me... Di samping itu, ISI + ini juga dapat me... Sebagai contoh, ISI + seperti ... Berdasarkan hujah yang dinyatakan, sudah terang lagi bersuluh bahawa + ISI + merupakan + TUGASAN.

Pada pendapat saya, antara langkahnya adalah dengan menganjurkan program gotong-royong . Hal ini dikatakan demikian kerana program gotong-royong yang dianjurkan oleh pihak sekolah dapat memastikan persekitaran sekolah menjadi lebih ceria dan bersih. Di samping itu, program ini juga dapat memupuk budaya muafakat dan saling bekerjasama dalam kalangan warga sekolah bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Sebagai contoh, program gotong-royong boleh diadakan pada cuti hujung minggu melibatkan para guru, ibu bapa, pelajar dan agensi seperti pihak berkuasa tempatan. Berdasarkan hujah yang dinyatakan, sudah terang lagi bersuluh bahawa program gotong-royong merupakan langkah yang efektif bagi menceriakan kawasan sekolah.

3 4

TOPIK Ayat Pasif HURAIAN Ayat Aktif Sokongan CONTOH

5

PENEGAS

1 ISI KEDUA

2

Selain itu, + ISI + juga dikenal pasti sebagai salah satu + TUGASAN. Hal ini bermaksud + PELAKU + yang + ISI + mampu + me... Lagipun, ISI + ini juga mampu me... Sebagai tamsilan, ISI + termasuklah ... Huraian yang dinyatakan ini menjelaskan bahawa salah satu + TUGASAN + ialah + ISI.

Selain itu, pertandingan keceriaan kelas juga dikenal pasti sebagai salah satu usaha yang boleh dilaksanakan bagi menambahkan keceriaan kawasan sekolah. Hal ini bermaksud para pelajar yang menyertai pertandingan ini mampu menyerlahkan kreativiti dan inovasi masing-masing bagi memastikan kelas mereka bukan sahaja ceria malah sangat kondusif sebagai tempat belajar. Lagipun, pertandingan ini juga mampu menyemai rasa tanggungjawab terdahap kelas masing-masing di samping bermatlamat untuk memenangi ganjaran yang ditawarkan umpama kata pujangga ’serampang dua mata’. Sebagai tamsilan, pertandingan keceriaan kelas termasuklah kelas paling cantik, kelas paling ceria, kelas paling kondusif dan sebagainya. Huraian yang dinyatakan ini menjelaskan bahawa salah satu usaha yang boleh dilaksanakan bagi menambahkan keceriaan kawasan sekolah ialah pertandingan keceriaan kelas.

2

http://cikgusazali.blogspot.com

3 4

TOPIK Ayat Aktif HURAIAN Ayat Pasif Sokongan CONTOH

5

PENEGAS

1 ISI KETIGA

2

TUGASAN + yang berikutnya ialah/adalah dengan + ISI. Dalam konteks ini + ISI + oleh + PELAKU + berupaya untuk + me... Tambahan pula, ISI + ini juga berupaya untuk + me... Misalnya, ISI + merangkumi ... Saya optimis bahawa + ISI + merupakan antara + TUGASAN.

Langkah bagi menceriakan kawasan sekolah yang berikutnya adalah dengan membina taman mini. Dalam konteks ini taman mini yang dibina oleh para pelajar dengan kerjasama guru-guru berupaya untuk memberi nilai tambah kepada keindahan landskap sekolah. Tambahan pula, taman mini ini juga berupaya untuk menampilkan kelainan landskap sesebuah sekolah yang boleh mencuri tumpuan mana-mana pelawat yang melangkah kaki ke sekolah tersebut. Misalnya, taman mini yang dibina di kawasan sekolah merangkumi taman herba, taman burung, taman kaktus, taman botani dan pelbagai taman lagi yang boleh menyejukkan pandangan sesiapa yang memandangnya. Saya optimis bahawa pembinaan taman mini merupakan antara langkah bagi menceriakan kawasan sekolah.

KESIMPULAN

1

SARANAN

2

HARAPAN

3

UNGKAPAN

Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk me.............+ TEMA agar + negara dapat melahirkan masyarakat yang ....... Dalam hal ini, orang bijak pandai pernah berpesan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya!

Kesimpulannya, setiap warga sekolah mestilah berusaha untuk meningkatkan keceriaan kawasan sekolah agar sekolah menjadi tempat yang kondusif dan selesa untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini, orang bijak pandai pernah berpesan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya!

3

Keceriaan kawasan sekolah.pdf

komited untuk mendepani isu ini kerana di mana ada. kemahuan, di situ ada jalan. 3 TUGASAN Persoalannya, apakah + TUGASAN + ? Keceriaan kawasan ...

554KB Sizes 7 Downloads 113 Views

Recommend Documents

Draf GREENSHIP Kawasan Berkelanjutan.pdf
Storage) 19. MAC 7. Parkir Lokal (Local Parking) 20. Manajemen Dan Konservasi Air (Water Management And Conservation) 22. WMC P. Perhitungan Neraca ...