MADRASAH SIKAI CAHAYA RAHMAT SIKAI(NS0155632-M) KG SUNGAI LEPOK, GUNUNG PASIR 71550 SERI MENANTI, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS (madrasahsikai.blogspot.com)

CAHAYA RAHMAT SIKAI (NS0155632-M)

Page 1

Bismillahhirrahmannirrahim Pendahuluan Sistem pendidikan sekolah pondok atau Madrasah di Malaysia merupakan satu sistem pendidikan tradisional dalam sejarah perkembangan Islam. Institusi ini wujud apabila adanya usaha- usaha para ulama terdahulu mengambil inisiatif mengajar masyarakat Islam di kawasan setempat melalui kitab-kitab yang muktabar (Ahlul Sunnah Wal-Jamaah) Cadangan penubuhan Madrasah ini yang membawa maksud mewujudkan warisan Islam adalah satu usaha murni bertujuan menghidupkan ruang pendidikan agama kepada masyarakat secara lebih khusus. Hasrat ini lebih terarah apabila di kawasan ini, khasnya di Negeri Sembilan adalah lubuk ilmuan Islam terbilang, antaranya, Al – Marhum Syeikh Jamaludin AL- Linggi, Syeikh Said AL- Linggi, Tuan Tulis Ismail, Syeikh Haji Ujang AS - Sammaniah (Pasir Ambor), Tuan guru Haji Ahmad Rembang Panas Juasseh dan Tuan Guru Haji Tan Ahmad Simpang Durian . Mereka semua adalah sebahagian ulama yang telah memperjuangkan Islam di zaman dahulu. Kini timbul pula beberapa tuan- tuan guru yang menyambung usaha murni mereka seperti Tuan Guru Haji Abdul Raof (PondokTampin), Tuan Guru Abdul Hafiz (Pondok Kuala Pilah) dan lain-lain. Moga usaha mereka diberkahi Allah. Penubuhan pondok ini pula untuk menyemarakkan lagi institusi pengajian sekolah pondok yang sedia ada itu, moga mendapat limpah rahmat Ilahi. Amin Ya Rabbil A'lamin

CAHAYA RAHMAT SIKAI (NS0155632-M)

Page 2

Sejarah Penubuhan Madrasah Sikai Tapak Madrasah Sikai secara asasnya adalah tanah yang diwakafkan oleh Tuan Hj Zamrah @ Zamri bin Pilus ,Pn Spiah binti Ahmad dan Pn Zainab binti Ahmad kepada Tuan Hj Mukhtar Bin Isa 7 tahun lalu untuk dibangunkan sebagai sebuah pusat pengajian Tahfiz Al-Quran.Tanah yang diwakafkan lebih kurang seluas 2 ekar. Setelah mengalami pelbagai kesulitan dan kekangan teknikal , Tuan Hj Mukhtar dan beberapa orang ahli lembaga pemegang amanah yang dilantik melalui penubuhan sebuah syarikat Cahaya Rahmat Sikai (NS0155632-M) telah merancang menubuhkan sebuah pusat pengajian Agama Islam berkonsepkan pondok yang dikenali dengan nama MADRASAH SIKAI. Perkataan Sikai dikekalkan kerana mengambil sempena nama tempat pengajian yang mempunyai nilai sejarah lama yang tinggi dan masih tersembunyi .Selain itu Perkataan Sikai juga bermaksud : SAHSIAH

- kualiti keperibadian individu yg tinggi di sisi Allah SWT

INSANIAH

– menuju makam individu sampai insan kamil,para nabi dan rasul kamil mukamil

KHUSUSIAH – kualiti ibadah/perhambaan individu hanya kepada Allah SWT AKHLAKIAH -misi Rasulullah SAW diutuskan memperbaiki akhlak juga misi untuk semua IHSANIAH

- tasawuf sebagai tunjang utama untuk makrifah kepada Allah sehingga Sampai makam musyahadah dan seterusnya.

SIKAI memberikan makna mendalam untuk melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai sahsiah,sifat kasih sayang, akhlak yang tinggi dan terpuji di sisi Allah SWT bersesuaian dengan ajaran Nabi Muhammad SAW. Perletakan batu asas Madrasah Sikai telah diadakan pada 4 Disember 2015 jam 3,30 petang pada hari Jumaat bersamaan 22 Safar 1437 yang disempurnakan oleh Tn Hj Mukhtar Bin Isa Penasihat 1 Madrasah Sikai bersama Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah Madrasah Sikai. CAHAYA RAHMAT SIKAI (NS0155632-M)

Page 3

Idea Untuk Menubuhkan Madrasah Sikai Idea untuk menubuhkan Madrasah Sikai ini lahir daripada sambutan masyarakat terhadap program dan aktiviti keagamaan yang diadakan oleh pondok- pondok pengajian Islam yang ada di tanah air. Aktiviti seperti majlis zikir dan selawat ,majlis haul , Pengajian Al-Quran dan Ilmu Hadis dapat menimbulkan rasa kasih,cinta dan taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Di samping itu ia juga mewujudkan rasa kasih pada guru-guru dan ulama-ulama yang terus menyebar dan memartabatkan ketinggian dan kesucian agama Islam. Fenomena ini dapat menimbulkan dan membangkitkan minat untuk menuntut ilmu agama dan memperbaiki akhlak sehingga akhir hayat. Dari situlah timbulnya idea untuk menubuhkan madrasah sendiri kerana kebanyakan alim ulama’ yang ada pada hari ini pada mulanya menuntut ilmu di pondok- pondok pengajian Islam. Walaupun situasi zaman millennium ini melihat pendidikan cara ini agak ketinggalan zaman, namun bagi kami ia masih tetap relevan kerana melalui sistem pendidikan begini dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada agama dari segi aspek sistem silibus yang sinonim dengan tuntutan agama, bermula dengan soal aqidah, hukum-hukum feqah hinggalah kepada perkara-perkara melibatkan soal batiniah yang sukar dipelajari melalui sistem pendidikan yang ada sekarang. Jadi dengan sebab itu kami terpanggil untuk menubuhkan madrasah pangajian Islam ini untuk meninggikan lagi syiar Islam dan dapat mewujudkan masyarakat yang mengamalkan akhlak dan cara hidup Islam yang sebenar mengikut Ahlul Sunnah Wal jamaah.

CAHAYA RAHMAT SIKAI (NS0155632-M)

Page 4

Misi Penubuhan Madrasah Sikai i.

Menyediakan tempat pendidikan dan pengajian agama bertaraf antarabangsa berasakan Al-Quran Dan Hadis,Qias dan ijmak Ulama mengikut ahli sunnah wal jamaah.

ii.

Pengambilan ilmu-ilmu melalui kitab-kitab yang dipelajari secara bersanad melalui guru-guru yang bertauliah dan mursyid.

iii.

Memberi peluang kepada lapisan masyarakat sama ada warga emas mahupun remaja untuk meningkatkan ilmu bagi memantapkan akidah dan akhlak Islam bersumber Al-Quran dan Hadis,Qias dan Ijma Ulama.

iv.

Mencari mardotillah ( (‫)هللا مرضاة‬

v.

Menjadi tempat uzlah ( berkhulwah ).

vi.

Pusat motivasi untuk orang awam, badan berkanun, pelajar sekolah dan university

Visi Madrasah Sikai Menjadikan Madrasah Sikai sebagai salah satu tempat pendidikan dan pengajian agama Islam bertaraf antarabangsa mengikut ajaran Nabi Muhammad SAW bersumberkan Al-Quran dan Hadis, Qias dan Ijma Ulama serta pembelajaran kitabkitab dan penurunan ilmu-ilmu agama secara bersanad supaya dapat melahirkan individu yang berilmu dan mempunyai akhlak yang tinggi dan terpuji di sisi Allah SWT.

CAHAYA RAHMAT SIKAI (NS0155632-M)

Page 5

Sistem Pendidikan Madrasah Sikai Sistem pendidikan yang akan dilaksanakan Madrasah ini dibahagikan kepada dua bahagian:i.

Nizami (sistem kelas menurut tahun)

ii.

Umumi (kelas umum)

Sistem nizami adalah untuk pelajar remaja dari umur 13 tahun dan ke atas. Sistem umumi pula adalah untuk warga emas berkelamin juga untuk pelajar 13 tahun ke atas. Sistem kelas adalah dari tahun satu hingga tahun tujuh (Tujuh Tsanawi). Pada tahun satu, pelajar-pelajar akan memulai pengajian tulisan Jawi dan pengenalan Bahasa Arab (nahu, sorof, dan lain-lain). Juga kitab-kitab Jawi dan Arab pertengahan. Pada tahun lima, enam dan tujuh adalah pengajian kitab-kitab Arab. Insya Allah.

6. Yuran Pengajian Yuran pengajian akan dikenakan pada kadar yang minima, iaitu setiap 1. Pelajar kategori 1, dikenakan RM 30 sebulan. 2. Manakala kategori 2, dikenakan RM50 (dewasa dan warga emas) . Tujuan yuran ini dikenakan adalah sebagai caj bekalan air dan bekalan elektrik serta kerja-kerja 'maintanance' di pondok pengajian, seperti pembersihan kawasan, baik pulih bangunan serta kerja-kerja pentadbiran. Sebahagian peruntukkan yang dikenakan kepada pelajar akan digunakan sebagai saguhati tenaga pengajar. Sasaran Pelajar Madrasah Sikai adalah anak-anak yatim , anak-anak dari keluarga miskin dan orang dewasa serta yang berminat untuk mempelajari dan mendalami Ilmu Agama. CAHAYA RAHMAT SIKAI (NS0155632-M)

Page 6

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Madrasah Sikai CAHAYA RAHMAT SIKAI (PENAUNG)

HJ MUKHTAR BIN ISA PENASIHAT 1 U/SETIA PENGUMPULAN DANA & PEMBANGUNAN PROJEK

UST. HJ MOHAMAD ESA BIN HJ JAAFAR PENGERUSI/ MUDIR U/SETIA PEMBANGUNAN PENGAJIAN DAN PENDIDIKAN

EN. NAZRI BIN MUHAMMAD NOOR SETIAUSAHA U/SETIA PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN PERHUBUNGAN AWAM

CAHAYA RAHMAT SIKAI (NS0155632-M)

HJH AISIAH BT HUSSIN PENASIHAT 2 U/SETIA PENGUMPULAN DANA & PEMBANGUNAN PROJEK

EN. A HALEM BIN ABU BAKAR TIMBALAN PENGERUSI U/SETIA PEMBANGUNAN PROJEK DAN PSARANA

EN. JAMLUS BIN ABDULLAH BENDAHARI U/SETIA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PENGUMPULAN DANA

Page 7

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Madrasah Sikai

HJ YAHAYA BIN HJ SAAD U/SETIA PENGUMPULAN DANA & PEMBANGUNAN PROJEK

EN MOHD ZAIN BIN PILUS U/SETIA PENGUMPULAN DANA & PEMBANGUNAN PROJEK

HJ ABD RAHMAN BIN SAID U/SETIA PENGUMPULAN DANA & PEMBANGUNAN PROJEK

` PN NORHAYATI BT YAHAYA U/SETIA PENGAJIAN & PENDIDIKAN PENGUMPULAN DANA

PN HJH NORLIZA BT HJ SAHLAN U/SETIA PENGAJIAN & PENDIDIKAN & PENGURUSAN PENTADBIRAN

PN ZAKIAH BT MISRAM U/SETIA KEBAJIKAN & PERHUBUNGAN AWAM

PN S.ROSMIMI BT S. ALI AL HABSYI U/SETIA KEBAJIKAN & PENGUMPULAN DANA

CAHAYA RAHMAT SIKAI (NS0155632-M)

PN YUSMA BY MD YUSOF U/SETIA PENGAJIAN & PENDIDIKAN PENGURUSAN KEWANGAN

PN MARDIWATI BT HJ ZAMRAH U/SETIA KEBAJIKAN & PENGUMPULAN DANA

Page 8

Sumber Kewangan Pembinaan Madrasah Sikai Lembaga Pemegang Amanah penubuhan Madrasah Sikai ini telah merancang untuk mendirikan bangunan dan psarana dengan memerlukan peruntukan RM2.5 juta sebagai pembinaan selengkapnya. Namun begitu pihak lembaga amanah Madrasah Sikai telah bersetuju untuk memulakan pembinaan sebanyak mana yang dapat dikumpulkan terlebih dahulu,sehingga penghujung tahun ini 31 Disember 2015.Sehubung dengan itu segala sumbangan daripada dermawan budiman amat dialu-alukan ,dan kami ucapkan jaza khimullahu khairan kasira.Sumbangan bolehlah di buat melalui akaun seperti : Nama Bank: No. Akaun: Atas Nama:

Maybank (Cawangan Kuala Pilah) 555023053339 Cahaya Rahmat Sikai

Atau boleh terus berhubung dengan urusetia pengumpulan dana : Penasihat 1

: Tuan Haji Mukhtar Bin Isa

Penasihat 2

: Puan Hajjah Aisiah Bt Hussin

Pengerusi/Mudir

: Ustaz Tuan Haji Esa Bin Haji Jaafar

(013-3672275)

Timb. Pengerusi

: Encik A Halem Bin Abu Bakar

(019-6027049)

Setiausaha

: Encik Nazri Bin Muhammad Noor

(013-6667503)

Bendahari

: Encik Jamlus Bin Abdullah

( 011-20639397)

A/JawatanKuasa

: Tuan Haji Yahaya bin Saad : Tuan Haji Abdul Rahman bin Said : Encik Mohd Zain Bin Pilus

(0123722812)

: Ustazah Puan Hajjah Norliza Bt Haji Sahlan

(011-15403725)

: Puan Yusma Bt Md Yusof

(013-2591692)

: Ustazah Norhayati Bt Yahaya

(019-2623726)

: Puan Zakiah Bt Misram

(010-5127577)

: Puan Syarifah Roshamimi Bt. Syed Ali al Habsyi

(011-23248305)

CAHAYA RAHMAT SIKAI (NS0155632-M)

Page 9

Saketeriat Pencarian Dana Madrasah Sikai Telah diketahui umum bahawa keadaan umat Islam di seluruh dunia ketika ini dalam status lemah dan tertindas. Lemah dari aspek aqidah dan tidak berpegang teguh dengan prinsip Islam yang sebenar. Mereka sering kali melakukan perbuatan di luar batas Islam, tanpa disedari. Menyedari hakikat ini perlu ada satu pakatan, bangkit untuk memberi kefahaman kepada mereka. Dengan ini akan dapat memperkasakan diri dengan memperbaiki sahsiah dan jati diri mereka sebagai individu Muslim. Mudah- mudahan mereka akan sentiasa berada di landasan yang sebenar (Ahli Sunnah Wal-Jamaah). Di atas kesedaran itu, maka Ahli Lembaga Pemegang Amanah Sikai mengajak masyarakat Islam yang ada dan berkemampuan dari semua golongan untuk membantu dari segi sumber kewangan dan tenaga membina sebuah Insitusi Pengajian Islam (madrasah) yang berpaksi di atas landasan Islam yang sebenar bertempat di Madrasah Sikai, Kampung Sungai Lepok, Gunung Pasir , Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Nama Bank : Maybank (Cawangan Kuala Pilah) No. Akaun : 555023053339 Atas Nama : Cahaya Rahmat Sikai InsyaaAllah.

CAHAYA RAHMAT SIKAI (NS0155632-M)

Page 10

Sasaran Projek i.

Membangunkan sebidang tanah seluas 2 ekar yang di wakafkan.

ii.

Membersihkan tanah, pembinaan jalan masuk, membuat perparitan dan saliran yang sesuai.

iii.

Membina sebuah surau dan enam dewan kuliah.

iv.

Membina sebuah blok : 1 buah Rumah mudir 4 buah rumah tenaga pengajar. 2 rumah warga emas 2 buah rumah kakitangan .

v.

Membina sebuah blok asrama 5 tingkat penempatan pelajar lelaki.

vi.

Membina sebuah blok asrama 5 tingkat penempatan pelajar perempuan.

vii.

Membuka sebuah cafeteria

viii.

Membuka sebuah perpustakaan

CAHAYA RAHMAT SIKAI (NS0155632-M)

Page 11

Anggaran Kos Pembangunan Madrasah Sikai Anggaran kasar kos yang diperlukan untuk tujuan tersebut adalah dianggarkan sebanyak RM2,500,000.00 (2.5 juta ringgit) Bil

Perkara

Kuantiti (Unit/Lot/ hari)

Anggaran Kos (RM)

1

Ukur tanah

2 ekar

RM 1,000

2

Menolak , meratakan dan membuat teres tanah. (sewa JCB) Sistem perparitan Pagar keliling (batu bata) Blok asrama lelaki , perempuan dan dewan kuliah Surau Sistem kumbahan Sistem jalan Kawasan riadah Sistem elektrik Keperluan asas Blok Rumah guru , kakitangan dan warga emas

10 hari 2 ekar 2 ekar 2 blok

RM 400 x 10 hari = RM 4000.00 RM 10,000 RM 40,000 RM 1,400,000

1 2 1 1 1 2 1 blok

RM 300,000 RM 30,000 RM 40,000 RM 30,000 RM 45,000 RM 100,000 RM 500,000

3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

Jumlah anggaran keseluruhan kos =

CAHAYA RAHMAT SIKAI (NS0155632-M)

RM 2,500.000

Page 12

Pengumpulan Dana Setiap ahli di dalam kumpulan ini adalah bertanggungjawab untuk bergerak bersama-sama bagi mendapatkan dana yang secukupnya untuk mencapai matlamat dan impian yang dinyatakan. Berikut adalah langkah-langkah yang dicadangkan dalam melaksanakan visi tersebut; Sumbangan individu daripada ahli-ahli korporat muslim yang telah berjaya. Ikhlas mengharapkan balasan Allah S.W.T. di akhirat kelak. i.

Daripada syarikat-syarikat kecil dan besar yang beragama Islam atau bukan Islam dan dapat pelepasan cukai. (Ini hanya boleh dilakukan sekiranya pihak Cahaya Rahmat Sikai penaja Madrasah Sikai ini telah berjaya mendapat kelulusan pelepasan cukai dari pihak kerajaan)

ii.

Madrasah Sikai ini juga termasuk di dalam kelompok "FI SABILILLAH" (berjuang di jalan Allah), la termasuk di antara asnaf yang lapan. Layak dan boleh menerima wang zakat menurut syariat Islam. Oleh itu sekiranya ada individu atau syarikat yang berkeinginan untuk mengeluarkan zakat boleh menghulurkannya kepada tabung dana Madrasah ini.

iii.

Membuat pungutan derma kilat di ceramah-ceramah perdana setelah mendapat keizinan pihak-pihak berkuasa yang berwajib.

iv.

Pungutan derma di hari Jumaat setelah mendapat kebenaran pihak masjid.

v.

Menjual produk-produk Islamik seperti produk kesihatan, rakaman ceramah, dan Iain-Iain keluaran Cahaya Rahmat Sikai , dan keuntungannya akan disalurkan ke Madrasah Sikai.

vii.

Membuat pengiklanan melalui poster-poster di khalayak ramai, di premispremis awam dengan meletakkan nombor akaun Cahaya Rahmat Sikai ini, agar para penyumbang, secara senyap dapat menghulurkan sumbangan mereka terus ke dalam akaun bank.

CAHAYA RAHMAT SIKAI (NS0155632-M)

Page 13

Cadangan Kepada Ahli Pengutip Derma Apabila kutipan derma dilakukan secara terbuka beberapa langkah persediaan perlu dilakukan, untuk menghindari sebarang kemungkinan di luar jangkaan; i.

Anda perlu bersedia untuk menjawab soalan-soalan liar daripada orang awam. Ada kemungkinan juga daripada individu tertentu yang sengaja hendak menguji ketahanan mental anda.

ii.

Sijil kelulusan daripada pihak-pihak tertentu mestilah sentiasa dibawa bersama, untuk menjawab sebarang kemungkinan dari pihak-pihak tertentu khususnya dari pihak berkuasa.

iii.

Resit rasmi atas nama Madrasah Sikai ini perlu disediakan dan diberikan kepada individu tertentu sekiranya mereka memerlukannya.

iv.

Buku Rayuan Derma perlu disahkan oleh pihak Madrasah Sikai dengan tertera cop rasmi secara jelas.

v.

Ada kemungkinan terdapat individu tertentu yang hendak menyumbang melalui akaun bank. Oleh itu risalah-risalah kecil yang dilengkapi dengan no. Akaun Bank Cahaya Rahmat Sikai( Penaja Madrasah Sikai) perlu disediakan.

CAHAYA RAHMAT SIKAI (NS0155632-M)

Page 14

Harapan Madrasah Sikai Adalah menjadi harapan agar niat suci kami untuk mendirikan sebuah Madrasah Sikai di kawasan Kg Sungai Lepok ,Sikai,Gunung Pasir , Kuala Pilah ini perlu mendapat sokongan dari semua pihak. Pembinaan madrasah ini di atas tanah yang diwakafkan dapatlah dimanfaatkan dengan hasil penyampaian ilmu kitab- kitab lama yang mana ilmu ini dapat mendidik hati dan jiwa penuntut untuk menjadi kekasih Allah SWT mengikut dasar ahli sunnah waljamaah yang benar. Dengan adanya strategi, konsep dan perancangan pembangunan Madrasah, maka kami amat memerlukan sumbangan dari setiap orang mahupun badan korporat. Ini adalah untuk memastikan pembinaan Madrasah ini berjalan dengan lancar dan berjaya. Kewujudan Madrasah ini dapat meningkatkan lagi syiar Islam dalam mendidik pembangunan rohani penuntut ilmu seimbang dengan kehidupan syariat. Ketahuilah yang kesemuanya adalah milik tuhan yang menciptakan alam semesta dengan kebenaranNya dan kesempurnaanNya, semoga dengan terhasilnya kertas kerja ini dapat memberi manfaat dan kefahaman kepada pembaca, Kami mengharapkan jika adanya kekurangan terhadap penyusunan kertas kerja ini, pihak ahli lembaga pemegang amanah Madrasah Sikai di bawah naungan Cahaya Rahmat Sikai ini memohon kemaafan. Wassalam

CAHAYA RAHMAT SIKAI (NS0155632-M)

Page 15

Penutup Sebagai penutup kepada kertas kerja ini kami amat berharap kepada muslimin dan muslimat agar sudi menghulurkan sumbangan seikhlas hati agar usaha murni kami ini dapat dilaksanakan dengan secepat yang mungkin. Dengan terbinanya madrasah ini akan dapat menegakkan syiar Islam yang semakin hari semakin kurang mendapat perhatian masyarakat. Harapan kami juga semoga ia menjadi warisan kepada anak cucu kami agar meneruskan perjuangan ini. Hanya dengan agama sahajalah yang menjadi panduan untuk berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat, bukan wang ringgit dan harta yang menimbun. Jika ada antara penderma-penderma atau sesiapa sahaja pun yang ingin mendalami ilmu agama, amat kami alu-alukan untuk menuntut ilmu di madrasah ini. Bukanlah wang ringgit menjadi sasaran kami atau kemasyhuran yang di cari, tetapi yang diharapkan hanyalah keredhaanNya semata-mata. Kepada dermawan-dermawan yang telah memberi sumbangan, kami mengucapkan berbanyak terima kasih mudah-mudahan dikurniakan dengan rezeki yang berkat dan di kurniakan keredhaanNya di dunia dan di akhirat. Akhir kata, jika ada pendapat-pendapat , idea-idea yang ingin diutarakan sudi-sudilah hubungi pihak kami hatta sebarang teguran sekalipun. Mudah-mudahan dapat kami muhasabah dan memperbaiki mana yang kurang. Sekian, terima kasih.

CAHAYA RAHMAT SIKAI (NS0155632-M)

Page 16

oleh Lembaga Pemegang Amanah Madrasah Sikai

TN HJ MUKHTAR BIN ISA PENASIHAT 1 MADRASAH SIKAI

PN HAJJAH AISIAH BT HUSSIN PENASIHAT 2 MADRASAH SIKAI

USTAZ HJ MOHAMAD ESA BIN HJ JAAFAR PENGERUSI MADRASAH SIKAI

ENCIK A HALEM BIN ABU BAKAR TIMB.PENGERUSI MADRASAH SIKAI

EN NAZRI BIN MUHAMMAD NOOR SETIAUSAHA MADRASAH SIKAI

ENCIK JAMLUS BIN ABDULLAH BENDAHARI MADRASAH SIKAI

EN MOHD ZAIN BIN PILUS AJK MADRASAH SIKAI

TN HJ YAHAYA BIN SAAD AJK MADRASAH SIKAI

TN HJ ABDUL RAHMAN BIN SAID AJK MADRASAH SIKAI

PN S. ROSMIMI BT S. ALI AL HABSYI A JK MADRASAH SIKAI

USTZ. HJH NORLIZA BT HJ SAHLAN AJK MADRASAH SIKAI

PN YUSMA BT MD YUSOF AJK MADRASAH SIKAI

USTZ. PN NORHAYATI BT YAHAYA AJK MADRASAH SIKAI

PN ZAKIAH BT MISRAM AJK MADRASAH SIKAI

PN MARDIWATI BT HJ ZAMRAH AJK MADRASAH SIKAI

EN ZULKIFLI BIN BAHARUDIN AJK MADRASAH SIKAI

CAHAYA RAHMAT SIKAI (NS0155632-M)

Page 17

Lampiran Dokumen 1 Geran Tanah Tn Hj Zamrah@Zamri bin Pilus

CAHAYA RAHMAT SIKAI (NS0155632-M)

Page 18

Lampiran Dokumen 2 Geran Tanah Pn. Hajjah Spiah Bt Ahmad dan Hajjah Zainab Bt Ahmad

CAHAYA RAHMAT SIKAI (NS0155632-M)

Page 19

Lampiran Dokumen 3 Surat Penyerahan Tanah Diwakafkan kepada Cahaya Rahmat Sikai

Surat persetujuan wakaf tanah Hj Zamrah ,Hjh Spiah dan Hjh Zainab

Surat Penyerahan Rumah Diwakafkan kepada Cahaya Rahmat Sikai

Surat persetujuan wakaf tanah En Zulkifli CAHAYA RAHMAT SIKAI (NS0155632-M)

Page 20

Lampiran Dokumen 4 Pendaftaran SSM Cahaya Rahmat Sikai Dan Akaun Maybank

CAHAYA RAHMAT SIKAI (NS0155632-M0)

NO. AKAUN MAYBANK : 555023053339

CAHAYA RAHMAT SIKAI (NS0155632-M)

Page 21

Lampiran Dokumen 5 Gambar Kawasan Madrasah Sikai

Penasihat 1 Hj Mukhtar Bin Isa dan Bendahari Madrasah Sikai En. Jamlus Bin Abdullah Sedang berbincang tentang sempadan tanah Madrasah yang diwakafkan

Tanah Tapak Madrasah Sikai

CAHAYA RAHMAT SIKAI (NS0155632-M)

Page 22

Lampiran Dokumen 6 Gambar Kawasan Madrasah Sikai

Pandangan dari Hadapan Rumah

Pandangan Dari Kolam

CAHAYA RAHMAT SIKAI (NS0155632-M)

Page 23

Lampiran Dokumen 7 Gambar Kawasan Madrasah Sikai

Pandangan hadapan dari tapak Madrasah Sikai

Tapak Madrasah Sikai CAHAYA RAHMAT SIKAI (NS0155632-M)

Page 24

Lampiran Dokumen 8 Gambar Perletakan Batu Asas Madrasah Sikai

Sebahagian Ahli Lembaga Pemegang Amanah Madrasah Sikai

Perletakan Batu Asas Oleh Penasihat 1 Hj Mukhtar bin Isa dan Mudir Madrasah Sikai Ustaz Hj Mohamad Esa Bin Hj Jaafar CAHAYA RAHMAT SIKAI (NS0155632-M)

Page 25

Lampiran Dokumen 9 Gambar Perletakan Batu Asas Madrasah Sikai

Perletakan Batu Asas oleh Penasihat 2 Madrasah Sikai Pn Hajjah Aisiah Bt Hussin

Majlis Bacaan Doa Selamat Dan Penyerahan Watikah Perlantikan sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Madrasah Sikai CAHAYA RAHMAT SIKAI (NS0155632-M)

Page 26

Lampiran Dokumen 10 Pewakaf Tanah Madrasah Sikai

PN HAJJAH SPIAH BT AHMAD

PN HAJJAH ZAINAB BT AHMAD

TN HJ ZAMRAH @ ZAMRI BIN PILUS

Pewakaf Rumah Madrasah Sikai

EN ZULKIFLI BIN BAHARUDIN

CAHAYA RAHMAT SIKAI (NS0155632-M)

Page 27

MADRASAH SIKAI 16.pdf

pengajian Tahfiz Al-Quran.Tanah yang diwakafkan lebih kurang seluas 2 ekar. Setelah mengalami pelbagai kesulitan dan kekangan teknikal , Tuan Hj Mukhtar ...

2MB Sizes 19 Downloads 323 Views

Recommend Documents

Kuota Guru MADRASAH IAIN Antasari.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Kuota Guru ...

DATA GURU MADRASAH BER NUPTK.pdf
Akidah Akhlak. 4 8566 7586 6030 0103 Maria Ulfah M. Nur, S. Pd MTs Negeri Waikabubak BK. IPS ... DATA GURU MADRASAH BER NUPTK.pdf. DATA GURU ...

DATA GURU MADRASAH BER NUPTK.pdf
Page 1 of 3. NUPTK. (Hasil Verifikasi Layanan Padamu Negeri). 2 1037 7516 5300 0093 Imo, A.Ma MIS Islamiyah Waikabubak Fiqih,IPA,Qurdist,A.Ahlak,PKN ...

Juknis BOS Madrasah 2017 (3).pdf
Whoops! There was a problem loading more pages. Retrying... Juknis BOS Madrasah 2017 (3).pdf. Juknis BOS Madrasah 2017 (3).pdf. Open. Extract. Open with.

peraturan-kabalitbang-pos-ujian-sekolah-madrasah-sd-mi-sdlb-2016 ...
peraturan-kabalitbang-pos-ujian-sekolah-madrasah-sd-mi-sdlb-2016.pdf. peraturan-kabalitbang-pos-ujian-sekolah-madrasah-sd-mi-sdlb-2016.pdf. Open.

permen no 24 2008 standar-tenaga-administrasi-sekolah madrasah ...
NOMOR 24 TAHUN 2008 ... Republik Indonesia Nomor 94 Tahun 2006;. 3. ... permen no 24 2008 standar-tenaga-administrasi-sekolah madrasah.pdf. permen ...

UM dated July 20, 2017 - Conduct of Workshops Under the Madrasah ...
UM dated July 20, 2017 - Conduct of Workshops Under the Madrasah Education Program (MEP).pdf. UM dated July 20, 2017 - Conduct of Workshops Under the Madrasah Education Program (MEP).pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu.Missing: