BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM MANUAL PEREKODAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH KEBANGSAAN Manual ini mengandungi panduan untuk merekod Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan (IPPK) untuk murid.

Pentaksiran Prasekolah Pentaksiran prasekolah ialah satu proses yang sistematik untuk mengumpul maklumat tentang perkembangan murid. Guru hendaklah melaksanakan pentaksiran perkembangan murid untuk melihat sejauh mana murid prasekolah dapat mencapai Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Pentaksiran perkembangan murid prasekolah juga dapat membantu guru merancang tindakan susulan yang dapat diambil terhadap murid sama ada berbentuk pemulihan atau pengayaan. Proses dalam pentaksiran melibatkan aktiviti mengumpul, menganalisis dan menginterpretasi maklumat yang diperoleh. Pentaksiran dilaksanakan dengan berdasarkan Standard Prestasi (SPr) yang disediakan. SPr ialah satu set kriteria yang menunjukkan tahap-tahap penguasaan murid sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai. SPr dibina berdasarkan kelompok SK dan SP dalam KSPK.

Panduan Umum Pelaksanaan Pentaksiran 1.

Pentaksiran dilaksanakan melalui pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

2.

Pemerhatian ialah pengamatan terhadap perlakuan murid yang dilakukan secara bersahaja tanpa murid tahu bahawa dia sedang diperhatikan.

3.

Pemerhatian boleh dilakukan terhadap tingkah laku dan interaksi (lisan) murid.

4.

Pemerhatian dilakukan secara berterusan sepanjang tahun bermula pada awal tahun.

5.

Kaedah dan masa pemerhatian bergantung kepada kebijaksanaan guru dan kesediaan murid.

6.

Pemerhatian yang dilaksanakan tidak semestinya mengikut urutan SPr.

7.

Hasil pemerhatian hendaklah direkodkan. Maklumat yang direkod ialah tahap penguasaan, perkembangan, kemajuan, potensi, sikap dan nilai yang murid 1

pamerkan. Guru boleh merekod maklumat pemerhatian menggunakan senarai semak, rekod anekdot, rekod berterusan dan dokumen lain yang sesuai. 8.

Maklumat yang direkod (termasuk hasil kerja murid) perlu ditafsir dan dianalisis untuk membolehkan guru membuat rumusan mengenai perkembangan murid.

9.

IPPK merupakan senarai semak yang menyeluruh berdasarkan SPr (konstruk) yang dibina berasaskan kelompok SK dan SP dalam KSPK.

10. Hasil pemerhatian hendaklah direkodkan dalam IPPK. Perekodan dalam instrumen ini dilaksanakan sebanyak dua ( 2 ) kali. Perekodan kali ketiga dibuat jika ada keperluan (contoh: tahap perkembangan dan penguasaan murid perlahan atau tidak konsisten).

Panduan Umum Merekod dalam IPPK 1.

Guru boleh mengisi instrumen ini dengan: i. Mengenal pasti murid yang ingin diperhatikan. ii. Mengenal pasti SPr yang ingin difokuskan. iii. Menilai hasil kerja murid semasa atau selepas pengajaran dan pembelajaran.

2.

Tiga tahap penguasaan bagi SPr yang digunakan iaitu: Jadual1 : Tahap Penguasaan bagi Standard Prestasi Prasekolah Tahap Penguasaan (TP)

Kod

Kriteria

Belum Menguasai (BM)

1

Tahu beberapa perkara asas (yang minimum) berkaitan SPr yang ditetapkan tetapi tidak boleh buat (sentiasa memerlukan bimbingan)

Sedang Maju (SM)

2

Tahu dan boleh buat dengan bimbingan

Telah Menguasai (TM)

3

Tahu dan boleh buat sendiri dengan baik dan secara bertatasusila

Bahagian: Maklumat Murid 1.

Lengkapkan ruangan nama NEGERI, PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD)/PARLIMEN/DAERAH, SEKOLAH/TABIKA/TADIKA, ALAMAT, KOD SEKOLAH/TABIKA/TADIKA, KELAS, TAHUN dan NAMA GURU.

2.

Masukkan nama murid (nama murid akan tertera secara automatik dalam ruangan NAMA MURID pada semua Tunjang), NO. MYKID dengan tanda (-) dan TAHUN MULA MASUK KE PRASEKOLAH/TABIKA/TADIKA terdahulu jika ada. Ruangan JANTINA iaitu L untuk lelaki dan P untuk perempuan dan UMUR iaitu 4+ dan 5+ akan tertera secara automatik. 2

3.

Masukkan nama GURU BESAR/PENYELIA.

4.

Ruangan JUMLAH murid lelaki dan perempuan serta JUMLAH murid 4+ dan 5+ akan tertera secara automatik.

Bahagian: Tahap Penguasaan Murid Mengikut Tunjang 1.

Ruangan NAMA MURID, UMUR dan JANTINA akan tertera secara automatik (sebagaimana Bahagian Maklumat Murid).

2.

Komponen pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi setiap Tunjang akan tertera dalam ruangan paling atas. Contoh: Kemahiran Mendengar, Bertutur, Membaca dan Menulis bagi Tunjang Komunikasi dan sebagainya mengikut Tunjang.

3.

Ruangan SPr bagi setiap Tunjang dinyatakan di bawah Komponen Pengetahuan/Kemahiran/Nilai. Contoh: BM5 ialah SPr bagi Kemahiran membaca dan memahami ayat mudah. (3.6, 3.7 dan 3.9) ialah SP yang terkandung dalam KSPK.

4.

Ruangan P1, P2 dan P3 adalah berkaitan penilaian pertama, kedua dan ketiga. Lengkapkan ruangan di bawah P1 dan P3 sahaja bagi perekodan yang dibuat sebanyak dua kali (abaikan ruangan P2). Jika perekodan kali ketiga dibuat (jika berkaitan), lengkapkan ruangan di bawah P1, P2 dan P3. (Ruangan P3 akan menjana maklumat graf bar pada ruangan Pelaporan Keseluruhan).

5.

Lengkapkan ruangan TP iaitu tahap penguasaan murid dengan memasukkan kod sama ada 1 (Belum Menguasai), 2 (Sedang Maju) dan 3 (Telah Menguasai) mengikut tahap murid yang dinilai.

6.

Lengkapkan ruangan Tarikh semasa penilaian dibuat.

7.

Lengkapkan ruangan Evidens iaitu bukti yang boleh dipamerkan dalam bentuk: i.

Tingkah laku (contoh: mengurus diri, membuat kolaj dalam kumpulan, bermain dengan rakan, menyusun blok dengan rakan atau bersendirian);

ii.

Interaksi (contoh: membaca, menyanyi, bersoal jawab, interaksi dengan bahan, haiwan, tumbuhan dan persekitaran);

iii.

Hasil kerja (contoh: lukisan, buku skrap, kraftangan, lembaran kerja dan model); dan

iv.

Lain-lain (contoh: maklumat daripada ibu bapa, Pembantu Pengurusan Murid, guru lain dan sumber lain).

Dicadangkan singkatan berikut digunakan: Tingkah laku – TL

Interaksi – IK

Hasil kerja – HK

Lain-lain – LL 3

8.

Ruangan KESELURUHAN mengandungi rumusan pencapaian murid berdasarkan TP mengikut semua SPr yang telah dinilai bagi setiap murid. Rumusan ini merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi setiap Tunjang. Rumusan ini akan tertera secara automatik mengikut perekodan TP pada P1 dan P3 (dan P2 jika diisi).

9.

Keseluruhan TP ialah rumusan pencapaian murid bagi setiap Tunjang akan tertera secara automatik.

10. Bilangan dan peratusan murid yang telah ditaksir dan tidak ditaksir akan tertera secara automatik dalam ruangan Jumlah mengikut TP.

Bahagian : Laporan Murid Akhir Tahun 1.

Ruangan maklumat sekolah dan guru akan tertera secara automatik.

2.

Sila klik ruangan Nama Murid untuk memilih murid yang diingini. Maklumat murid akan tertera secara automatik iaitu butiran Nama, Nombor Mykid, Jantina, Kelas dan TP serta deskripsi bagi setiapTunjang.

3.

Ruangan Komen Guru diisi jika ada maklumat tambahan berkaitan tahap perkembangan murid yang ingin difokuskan. Jika perlu, lembaran tambahan boleh dikepilkan.

4.

Laporan ini boleh dicetak dan ditandatangani oleh Prasekolah/Tabika/Tadika, Guru Besar/Penyelia dan Ibu Bapa/Penjaga.

5.

Bahagian ini adalah untuk pelaporan akhir tahun sahaja.

Guru

Bahagian : Pelaporan Keseluruhan Perkembangan Murid Mengikut Komponen 1.

Graf bar akan tertera secara automatik berdasarkan maklumat yang diisi dalam ruangan P3 mengikut Tunjang.

2.

Graf memaparkan bilangan murid mengikut TP bagi setiap Komponen dalam Tunjang yang dinilai.

Bahagian : Pelaporan Keseluruhan Perkembangan Murid 1.

Graf bar akan tertera secara automatik berdasarkan maklumat yang diisi dalam ruangan P3 mengikut Tunjang (Graf bar hanya akan tertera jika ruangan P3 dilengkapkan).

2.

Graf memaparkan bilangan murid mengikut TP bagi setiap Tunjang yang dinilai.

4

MANUAL PENGGUNAAN IPPK OFFLINE.pdf

MANUAL PENGGUNAAN IPPK OFFLINE.pdf. MANUAL PENGGUNAAN IPPK OFFLINE.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu. Displaying MANUAL ...

203KB Sizes 0 Downloads 103 Views

Recommend Documents

Panduan Penggunaan SIDASRI.pdf
23 1805000093 MITHILESH KUMAR SINGH 05/06/1990 Mysuru. 24 1805000098 ANIL KUMAR PATEL 01/07/1990 Mysuru. 25 1805000101 KARANI DEVA KUMAR 15/06/1988 Mysuru. 26 1805000107 MYSURU VENKATESH 25/05/1992 Mysuru. 27 1805000108 KETAVARAPU NAGESWARA RAO 06/03

petunjuk-penggunaan-aplikasi-raport-kur-2013-smp.pdf
menghapus Cell atau Sheet. ... Pastikan Saudara berada pada cell Home. Aktifkan ... Semester Ganjil, Halaman Semester Genap, Halaman Cover/Petunjuk dan ...

TUTORIAL PENGGUNAAN e-rph 2014.pdf
Page 1. Whoops! There was a problem loading more pages. Retrying... TUTORIAL PENGGUNAAN e-rph 2014.pdf. TUTORIAL PENGGUNAAN e-rph 2014.pdf.

Operation Manual Manual de instrucciones
You can use this to control the sewing speed, and to start and stop ...... and the thread take-up lever before you feed the upper thread. ...... observe the feeding. 4 If the left side is too open or tight compared with the right side, adjust the but

instruction manual manual de instrucciones notice d'utilisation
apertures of the machine and the foot switch free ... keep the air wends free form dust, fusel and ...... ajustez la hauteur en tournant le pied, tel l'illustration.

manual-nissan-np300-manual-conductor.pdf
APD1005. SERVICIO AL CLIENTE NISSAN. Page 4 of 250. manual-nissan-np300-manual-conductor.pdf. manual-nissan-np300-manual-conductor.pdf. Open.

instruction manual manuel d'instruction manual de instrucciones
Limpiar el area del transportador y la lanzadera ---------- 50 - 51 ..... place it through thread guides as shown in illustration. 2. ...... Draw both threads back under.

manual-camiones-volvo-cebador-manual-combustible-cambio.pdf ...
manual-camiones-volvo-cebador-manual-combustible-cambio.pdf. manual-camiones-volvo-cebador-manual-combustible-cambio.pdf. Open. Extract. Open with.

instruction manual manuel d'instruction manual de instrucciones
hors de la bobine et faites-le passer par le guide-fil, comme .... guide on the needle bar and pull it toward you leaving ...... Si le code d'erreur ne disparait pas.

instruction manual manual de instrucciones notice d'utilisation
3D-168A seulement avec les modèles de machines à coudre. Tension ...... With newly wound bobbin draw thread on bobbin out approx 10 cm, then put the ...

LPC1769 Manual
8-channel 12-bit ADC, 10-bit DAC, motor control PWM, Quadrature Encoder interface, four general ..... Transparent top view. J. G. K. H. F. E. D. C. B ...... Reference Manual that can be found on official ARM website. 7.3 On-chip flash ...... Dependin

Nissan almera n16 series service manual repair manual pdf download ...
Whoops! There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Nissan almera n16 series service manual repair manual pdf download. Nissan almera n16 series service

instruction manual notice d'utilisation manual de ... - Singer AG
Never operate this sewing machine if it has a damaged cord or plug, if it is not working ... instruction manual. 16. Handle the foot controller with care and avoid dropping it on the floor. Be sure not to place anything on top of it. 17. Use only the

pdf-1868\gymnastics-safety-manual-the-official-manual-of-the ...
... the apps below to open or edit this item. pdf-1868\gymnastics-safety-manual-the-official-manual ... mnastics-safety-association-from-penn-state-press.pdf.