KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI

NUMERASI MODUL GURU ASAS I NKRA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI

Terbitan

Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum

2012

i

Cetakan Pertama 2010 Cetakan Kedua 2010 Cetakan Ketiga 2011 © Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandung buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

Dicetak oleh:

ii

PENGENALAN National Key Result Areas (NKRA’s) Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyasarkan bahawa semua murid berkeupayaan untuk menguasai literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan di sekolah rendah. Kementerian Pelajaran Malaysia menyedari bahawa masih ada murid sekolah rendah yang belum menguasai literasi dan numerasi. Ketidakupayaan murid untuk menguasai literasi dan numerasi mungkin disebabkan mereka kurang peluang dan tiada pendedahan untuk menguasai kemahiran tersebut sebelum mengikuti pendidikan formal. Oleh sebab itu, Kementerian Pelajaran Malaysia merancang untuk mengatasi masalah tersebut melalui program Literasi dan Numerasi (LINUS). Dalam melaksanakan program ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menghasilkan modul pengajaran dan pembelajaran berasaskan beberapa konsep untuk membolehkan murid menguasai literasi dan numerasi. Konsep yang diambil kira ialah pendekatan literasi dan numerasi secara pembelajaran masteri, ansur maju, didik hibur dan penggabungjalinan. Konsep tersebut dizahirkan dalam modul pengajaran dan pembelajaran. Modul ini dihasilkan untuk membantu guru melaksanakannya bagi membolehkan murid menguasai literasi dan numerasi. Modul ini memuatkan beberapa maklumat berhubung dengan senarai kemahiran yang perlu diajar serta cadangan aktiviti dan latihan. Modul ini boleh diguna pakai sebagai pencetus idea. Namun begitu, guru juga boleh mengubah suai dan mengembangkan lagi aktiviti dan latihan yang dicadangkan. Kementerian Pelajaran Malaysia merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada guru, pensyarah institusi pendidikan guru dan wakil bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia yang turut menyumbangkan idea dan kepakaran untuk menghasilkan modul ini.

iii

1.0 DEFINISI NUMERASI Numerasi didefinisikan sebagai kebolehan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.

2.0 MATLAMAT Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid yang mengikuti program LINUS berkeupayaan untuk menguasai literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti program LINUS.

3.0 OBJEKTIF Objektif Program Numerasi adalah memastikan murid berupaya: i. menyebut, menulis, membilang, menyusun, menentukan nilai digit dan tempat bagi nombor hingga 1000 ii. menguasai fakta asas tambah iii. menguasai fakta asas tolak iv. menguasai fakta asas darab v. menguasai fakta asas bahagi vi. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik yang mudah dalam wang, menyatakan masa dan waktu, ukuran panjang, timbangan, isi padu cecair, bentuk tiga dimensi dan bentuk dua dimensi.

4.0 ORGANISASI KANDUNGAN Modul guru program LINUS ini dihasilkan mengikut unit. Terdapat tiga belas unit dan bagi setiap unit mengandungi beberapa kemahiran yang merangkumi nombor bulat hingga 20, tambah dan tolak dalam lingkungan 18, wang hingga RM10, pengenalan masa dan waktu, panjang, timbangan, isi padu cecair, bentuk tiga dimensi dan bentuk dua dimensi.

iv

Unit Kandungan Numerasi Asas 1 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13.

Nombor Bulat Hingga 10 Nombor Bulat Hingga 20 Tambah Dalam Lingkungan 10 Tambah Dalam Lingkungan 18 Tolak Dalam Lingkungan 10 Tolak Dalam Lingkungan 18 Wang Hingga RM10 Pengenalan Masa Dan Waktu Panjang Jisim Isi Padu Cecair Bentuk Tiga Dimensi (Bentuk 3D) Bentuk Dua Dimensi (Bentuk 2D)

Standard Pembelajaran Asas 1 Di akhir pembelajaran, murid berupaya: 1. Menyatakan kuantiti secara intuitif. 2. Menyatakan nombor, 0 hingga 20. 3. Mengenal pasti angka, 0 hingga 20. 4. Membilang objek dalam kumpulan, 1 hingga 20. 5. Menulis angka, 0 hingga 20. 6. Membaca nombor dalam perkataan, 'sifar' hingga 'dua puluh'. 7. Menulis nombor dalam perkataan, 'sifar' hingga 'dua puluh'. 8. Menyebut nombor 0 dan 10. 9. Mengenal pasti angka '0' dan '10' dalam membilang. 10. Menulis angka '0' dan '10'. 11. Menyusun nombor, 0 hingga 20: a) membilang satu-satu secara tertib menaik. b) membilang satu-satu secara tertib menurun. c) membilang daripada sebarang nombor secara tertib menaik. d) membilang daripada sebarang nombor secara tertib menurun. 12. Membandingkan dua nombor dan menyatakan yang mana lebih atau kurang. 13. Menentukan lebih satu atau kurang satu daripada suatu nombor. 14. Menyatakan nilai setiap digit dalam satu nombor. 15. Menyatakan jumlah bagi dua nombor. 16. Menulis ayat matematik bagi operasi tambah. 17. Menyatakan pasangan nombor yang menghasilkan jawapan sama. v

18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28.

29.

30. 31. 32. 33. 34. 35. 36. 37. 38. 39. 40. 41. 42. 43.

Menyatakan secara spontan jumlah dua nombor. Menyatakan secara spontan fakta asas tambah. Menyelesaikan masalah harian yang mudah. Mencari beza antara dua nombor. Menulis ayat matematik bagi operasi tolak. Menyatakan secara spontan fakta asas tolak. Menyatakan pasangan nombor yang mungkin, di mana apabila ditolak memberi baki yang sama. Menyatakan secara spontan beza antara dua nombor. Mengenal pasti mata wang Malaysia dalam bentuk duit syiling dan wang kertas. Mewakilkan nilai wang bagi ‘RM’ dan ‘sen’. Menukarkan: a) duit syiling sehingga RM1. b) wang kertas sehingga RM10. Menambah dan menolak: a) duit syiling sehingga RM1. b) wang kertas sehingga RM10. Menyelesaikan masalah harian yang mudah berkaitan wang. Menyatakan bahagian-bahagian dalam sehari dengan betul. Menyebut aktiviti mengikut bahagian-bahagian hari. Menamakan hari dalam seminggu mengikut urutan. Menamakan bulan dalam setahun mengikut urutan. Menyatakan waktu dalam jam pada muka jam. Menggunakan dan mempelbagaikan perbendaharaan kata ukuran panjang dalam konteks. Membuat pengukuran objek menggunakan unit bukan piawai. Membandingkan dua atau lebih ukuran objek menggunakan unit bukan piawai. Menggunakan dan mempelbagaikan perbendaharaan kata timbangan dalam konteks. Membuat timbangan objek berkaitan jisim menggunakan unit bukan piawai. Membandingkan dua atau lebih timbangan objek menggunakan unit bukan piawai. Menggunakan dan mempelbagaikan perbendaharaan kata isi padu cecair dalam konteks. Melakukan aktiviti yang berkaitan isi padu cecair menggunakan unit bukan piawai. vi

44. Membandingkan dua atau lebih bekas cecair menggunakan unit bukan piawai. 45. Mengenal dan menamakan bentuk tiga dimensi. 46. Menyatakan ciri-ciri bagi bentuk tiga dimensi. 47. Mengkelaskan bentuk tiga dimensi. 48. Membina model. 49. Mengenal dan menamakan bentuk dua dimensi. 50. Menyatakan ciri-ciri bagi bentuk dua dimensi. 51. Mengkelaskan bentuk dua dimensi. 52. Menghasilkan rekaan dengan bentuk dua dimensi. 5.0 PENDEKATAN NUMERASI DALAM PEMBINAAN MODUL Disarankan guru melaksanakan pengajaran dengan menekankan pendekatan yang dicadangkan. a. Pendekatan numerasi secara pembelajaran masteri: Pastikan bahawa murid mempunyai pengetahuan asas yang kukuh sebelum memperkenalkan kemahiran yang baru. Murid yang belum dapat menguasai sesuatu kemahiran perlu diajar semula, khusus untuk memperbetulkan ketidakfahaman mereka. Walau bagaimanapun, pengajaran semula ini harus menggunakan strategi yang berbeza dari pengajaran sebelumnya. b. Pendekatan ansur maju (berperingkat): Perkenalkan konsep matematik bermula daripada perkara yang senang kepada yang susah, daripada yang konkrit kepada abstrak, dan daripada kontekstual kepada konstruktif. c. Pendekatan didik hibur: Perlu diingat murid yang mengikuti program ini adalah murid yang perlukan perhatian yang lebih khusus. Bagi membolehkan mereka berminat dalam pembelajaran, aktiviti yang disampaikan perlu menggunakan pendekatan yang menarik, melalui cara penyampaian yang paling berkesan. Konsep didik hibur melalui nyanyian, permainan dan penggunaan bahan manipulatif yang menarik disarankan untuk diaplikasi dalam pengajaran. d. Pendekatan penggabung jalinan kemahiran: Guru perlu menggabungjalinkan suatu kemahiran dengan kemahiran yang lain mengikut kesesuaian. Sebagai contoh, dalam tajuk ’Wang Hingga RM10’ kemahiran menambah dan menolak harus diaplikasi. vii

6.0 PENJELASAN MODUL GURU NUMERASI ASAS 1 Tujuan Modul Guru Ini Dibina Modul guru ini dibina bertujuan supaya:  murid dapat menggunakan deria mereka semasa menjalankan aktiviti pembelajaran.  murid dapat meneroka, menjalankan eksperimen, membuat tekaan berdasarkan pemerhatian mereka dan menyelesaikan masalah melalui aktiviti yang menyeronokkan.  murid dapat mengawal pembelajaran kendiri melalui pendekatan ansur maju.

Mengenai Modul Ini Modul ini:  mencadangkan langkah-langkah pengajaran yang dibina dan disusun supaya mudah dilaksanakan oleh guru dan diikuti oleh murid.  mencadangkan langkah-langkah pengajaran yang menekankan penanaman konsep Matematik melalui aktiviti didik hibur.  mencadangkan penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan.  mencadangkan soalan-soalan terarah dalam konteks Matematik yang dapat mengukuhkan pemahaman murid.  mencadangkan aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan murid. Saya mendengar, saya lupa. Saya melihat, saya ingat. Saya melakukan, saya faham.

viii

Penjelasan Modul

(B) UNIT 1.5

(A) UNIT DAN TAJUK

(F) LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

(C) STANDARD PEMBELAJARAN

(D) BAHAN BANTU MENGAJAR

(E) PERBENDAHARAAN KATA (H) MUKA SURAT

ix

(G) AKTIVITI PENGUKUHAN

BIL. (A)

PERKARA Unit dan Tajuk

(B)

Unit 1.5

(C)

Standard Pembelajaran

(D)

Bahan Bantu Mengajar

PENERANGAN Nombor siri bagi unit dan tajuknya. Nombor siri bagi sesi pengajaran dan pembelajaran dalam suatu unit. Contohnya: Unit 1.5 menunjukkan Unit 1, sesi pengajaran dan pembelajaran kelima.  Sejajar dengan kurikulum Matematik Tahun 1 (KSSR).  Sebahagian diperincikan daripada Standard Pembelajaran KSSR Matematik Tahun 1.  Mudah disediakan oleh guru.  Templat sedia cetak disediakan.  Praktikal dan boleh digunakan berulang kali.  Diperkenalkan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

(E)

Perbendaharaan Kata

 Perlu diulang penggunaannya seberapa kerap yang mungkin, baik dalam sesi pengajaran yang sama mahupun dalam sesi pengajaran lain, dalam konteks yang serupa.  Murid perlu digalakkan menggunakannya di sepanjang aktiviti pembelajaran.  Ringkas dan sistematik.

(F)

Langkah-Langkah Pengajaran

 Menekankan pemahaman konsep.  Menyeronokkan dan berpusatkan murid serta tertumpu kepada suatu kemahiran pada suatu masa.  Cadangan langkah-langkah pengajaran yang dapat memperkukuhkan pemahaman murid.

(G)

Aktiviti Pengukuhan

 Cadangan langkah-langkah pengajaran yang berbeza tetapi menerapkan konsep matematik yang sama.  Cadangan langkah-langkah pengajaran yang menggalakkan penerokaan lanjut bagi kemahiran matematik yang sama.

(H)

Muka Surat

Kedudukan bilangan muka surat.

x

KANDUNGAN MODUL GURU NUMERASI ASAS 1

MUKA SURAT UNIT

1

TAJUK

MODUL GURU

BBM

NOMBOR BULAT HINGGA 10

1.1

Menyatakan kuantiti secara intuitif.

1-3

-

1.2

Menyebut nombor, 1 hingga 9.

4-5

-

1.3

Mengenal pasti angka, 1 hingga 9.

6-7

-

1.4

Membilang objek dalam kumpulan, 1 hingga 9.

8

-

1.5

Menulis angka, 1 hingga 9.

9 - 10

-

1.6

Membaca nombor dalam perkataan, 'satu' hingga 'sembilan'.

11

-

1.7

Menulis nombor dalam perkataan, 'satu' hingga 'sembilan'.

12

1

13 - 15

-

16 - 18

-

19 - 20

-

Menyusun nombor, 1 hingga 9: 1.8

a) membilang satu-satu secara tertib menaik. b) membilang satu-satu secara tertib menurun. Menyebut nombor 0 dan 10. Mengenal pasti angka '0' dan '10' dalam membilang. Membilang objek dalam kumpulan hingga 10.

1.9

Menulis angka '0' dan '10'. Membaca nombor dalam perkataan, 'sifar' hingga 'sepuluh'. Menulis nombor dalam perkataan, 'sifar' hingga 'sepuluh'. Menyusun nombor, 0 hingga 10: a) membilang satu-satu secara tertib menaik. b) membilang satu-satu secara tertib menurun.

1.10

c) membilang daripada sebarang nombor secara tertib menaik. d) membilang daripada sebarang nombor secara tertib menurun.

xi

MUKA SURAT UNIT

1

TAJUK

MODUL GURU

BBM

NOMBOR BULAT HINGGA 10 (Sambungan)

1.11

Membandingkan dua nombor dan menyatakan yang mana lebih atau kurang.

21

-

1.12

Menentukan lebih satu atau kurang satu daripada suatu nombor.

22

-

23 - 25

-

26

-

27

-

28 - 29

2

30

3 - 14

31

-

2

NOMBOR BULAT HINGGA 20 Menyebut nombor, 11 hingga 20.

2.1

Mengenal pasti angka, 11 hingga 20. Menulis angka, 11 hingga 20.

2.2

2.3

2.4

Membilang objek dalam kumpulan, 11 hingga 20. Membaca nombor dalam perkataan, 'sebelas' hingga 'dua puluh'. Menulis nombor dalam perkataan, 'sebelas' hingga 'dua puluh'. Menyatakan nilai setiap digit dalam suatu nombor. Menyusun nombor, 11 hingga 20:

2.5

3

a)

membilang satu-satu secara tertib menaik.

b)

membilang satu-satu secara tertib menurun.

c)

membilang daripada sebarang nombor secara tertib menaik.

d)

membilang daripada sebarang nombor secara tertib menurun.

TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 10

3.1

Menentukan lebih satu daripada suatu nombor.

3.2

Menyatakan jumlah bagi dua nombor.

32 - 33

-

3.3

Menulis ayat matematik bagi operasi tambah.

34 - 35

-

3.4

Menyatakan pasangan nombor yang menghasilkan jumlah yang sama.

36 - 37

15 - 24

3.5

Menyatakan secara spontan jumlah dua nombor.

38 - 40

-

3.6

Menyelesaikan masalah harian yang mudah.

41 - 42

25

xii

MUKA SURAT UNIT

4

TAJUK

MODUL GURU

BBM

TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 18

4.1

Menentukan lebih satu daripada suatu nombor.

43 - 44

-

4.2

Menyatakan jumlah bagi dua nombor.

45 - 46

-

4.3

Menulis ayat matematik bagi operasi tambah.

47 - 48

-

4.4

Menyatakan pasangan nombor yang menghasilkan jumlah yang sama.

49 - 50

-

4.5

Menyatakan secara spontan jumlah dua nombor.

51 - 52

-

4.6

Menyelesaikan masalah harian yang mudah.

53 - 54

-

5

TOLAK DALAM LINGKUNGAN 10

5.1

Menentukan kurang satu daripada suatu nombor.

55 - 56

-

5.2

Menulis ayat matematik bagi operasi tolak .

57 - 58

-

5.3

Menyelesaikan masalah harian yang mudah.

59 - 60

-

6

TOLAK DALAM LINGKUNGAN 18

6.1

Menentukan kurang satu daripada suatu nombor.

61 - 62

-

6.2

Mencari beza antara dua nombor.

63 - 64

-

6.3

Menulis ayat matematik bagi operasi tolak.

65 - 66

-

6.4

Menyatakan secara spontan fakta asas tolak.

67 - 68

-

6.5

Menyatakan pasangan nombor yang mungkin, di mana apabila ditolak memberi baki yang sama.

69 - 71

-

6.6

Menyatakan secara spontan beza antara dua nombor.

72 - 73

-

6.7

Menyelesaikan masalah harian yang mudah.

74

-

75 - 77

-

78

-

79 - 82

-

7

WANG HINGGA RM10

7.1

Mengenal pasti mata wang Malaysia.

7.2

Mewakilkan nilai wang bagi ‘RM’ dan 'sen'. Menukarkan:

7.3

a)

duit syiling sehingga RM1.

b)

wang kertas sehingga RM10.

xiii

MUKA SURAT UNIT

7

TAJUK

MODUL GURU

BBM

83 - 84

-

85

-

87 - 88

-

WANG HINGGA RM10 (Sambungan) Menambah dan menolak:

7.4

7.5 8

a)

duit syiling sehingga RM1.

b)

wang kertas sehingga RM10.

Menyelesaikan masalah harian yang mudah berkaitan wang. PENGENALAN MASA DAN WAKTU

8.1

Menyatakan bahagian-bahagian dalam sehari

8.2

Menyebut aktiviti mengikut bahagian-bahagian hari.

89

26 - 32

8.3

Menamakan hari dalam seminggu mengikut urutan.

90 - 91

-

8.4

Menamakan bulan dalam setahun mengikut urutan.

92 - 93

33 - 37

8.5

Mengenal muka jam dan menyatakan waktu dalam jam pada muka jam.

94 - 97

38 - 40

99 - 100

-

101 - 102

-

9

PANJANG

9.1

Mempelbagaikan perbendaharaan kata ukuran panjang

9.2

Mengukur dan membanding objek menggunakan unit bukan piawai

10

JISIM

10.1

Mempelbagaikan perbendaharaan kata timbangan

103 - 104

-

10.2

Menimbang dan membanding objek menggunakan unit bukan piawai

105 - 106

-

11

ISI PADU CECAIR

11.1

Mempelbagaikan perbendaharaan kata isi padu cecair

107 - 108

-

11.2

Menyukat dan membanding isi padu cecair menggunakan unit bukan piawai

109 - 112

-

xiv

MUKA SURAT UNIT

12

TAJUK

MODUL GURU

BBM

BENTUK TIGA DIMENSI (BENTUK 3D)

12.1

Mengenal dan menamakan bentuk tiga dimensi.

113 - 116

41 - 45

12.2

Menyatakan ciri-ciri bagi bentuk tiga dimensi.

117 - 124

-

12.3

Mengkelaskan bentuk tiga dimensi.

125 - 129

-

12.4

Membina model.

130

-

13

BENTUK DUA DIMENSI (BENTUK 2D)

13.1

Mengenal dan menamakan bentuk dua dimensi.

131 - 133

-

13.2

Menyatakan ciri-ciri bagi bentuk dua dimensi.

134 - 135

-

13.3

Mengkelaskan bentuk dua dimensi.

136 - 137

-

13.4

Menghasilkan rekaan dengan bentuk dua dimensi.

138

-

xv

xvi

UNIT 1

NOMBOR BULAT HINGGA 10 UNIT 1.1

STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Menyatakan kuantiti melalui perbandingan banyak atau sedikit, sama banyak atau tidak sama banyak dan lebih atau kurang secara: a) Kumpulan yang mempunyai banyak dan sedikit objek. b) Membandingkan dua kumpulan secara padanan c) Pola yang berlainan dengan menggunakan dua kumpulan objek.

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Murid buat pemerhatian terhadap dua kumpulan objek di atas meja.

Cadangan komunikasi: i. Apakah yang kamu lihat? ii. Kumpulan mana yang banyak? iii. Kumpulan mana yang sedikit? 2. Perkukuhkan aktiviti dengan menggunakan objek lain yang melibatkan perbezaan seperti warna, saiz, ukuran dan sebagainya.

BAHAN BANTU MENGAJAR

Contoh: Sida

Sesi P&P 1. Bahan maujud 2. Pembilang 3. Kad gambar Aktiviti Pengukuhan 1. Pembilang 2. Kertas mahjong 3. Lembaran kerja

PERBENDAHARAAN KATA Banyak Sedikit Sama Kurang Lebih

Cadangan komunikasi: i. Kumpulan mana yang banyak? ii. Kenapa? 3. Bawa murid ke luar bilik darjah.  Bentukkan dua kumpulan murid (satu kumpulan ramai dan satu kumpulan sedikit)  Minta murid mengutip daun kering dalam tempoh 30 saat.

1

UNIT 1

NOMBOR BULAT HINGGA 10 LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Cadangan komunikasi: i. Kumpulan mana yang mengumpul daun paling banyak? ii. Kumpulan mana yang mengumpul daun sedikit? iii. Bagaimana kamu tahu kumpulan daunnya banyak dan kumpulan daun yang sedikit? 4. Minta murid membentuk a) Kumpulan banyak dan kumpulan sedikit. b) Kumpulan sama banyak dan tidak sama banyak. c) Kumpulan lebih dan kumpulan kurang. Berdasarkan objek yang ada di sekeliling murid (atau guru sediakan). Cadangan komunikasi: i. Bagaimana kamu bentukkan kumpulan banyak dan kumpulan sedikit? ii. Bagaimana kamu bentukkan kumpulan sama banyak dan tidak sama banyak? iii. Bagaimana kamu bentukkan kumpulan lebih dan kumpulan kurang? 5. Tunjukkan kepada murid kad gambar seperti di bawah:

Cadangan komunikasi: i. Bentuk mana yang paling banyak? ii. Bentuk mana yang paling sedikit? iii. Bentuk mana yang sama banyak?

2

UNIT 1

NOMBOR BULAT HINGGA 10 AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Edarkan kertas mahjong dan pen marker kepada setiap kumpulan murid. Minta murid lukiskan gambar bagi menunjukkan kumpulan:  Banyak atau sedikit  Sama banyak atau tidak sama banyak  Lebih atau kurang 2. Edarkan lembaran kerja:  Aktiviti 1.1(a). Minta murid menyatakan „banyak‟ atau sedikit bagi setiap kumpulan objek secara lisan.  Aktiviti 1.1(b). Minta murid berbincang bersama rakan menyatakan sebab kumpulan objek itu lebih dan kumpulan objek itu sama banyak.  Aktiviti 1.1(c). Melengkapkan gambar rajah dengan melukis bilangan objek mengikut arahan.

3

UNIT 1

NOMBOR BULAT HINGGA 10 UNIT 1.2

STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Menyebut nombor, 1 hingga 9.

BAHAN BANTU MENGAJAR

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah. 1. Bentukkan dua kumpulan. Murid menyanyikan lagu „Sayang Semuanya‟ sambil menunjukkan bilangan jari mengikut senikata lagu. Tuliskan senikata pada papan tulis. Pastikan murid menyebut nombor dengan betul.

Sesi P&P: 1. Gelung rotan 2. Wisel

Satu, satu saya sayang ibu, Dua, dua saya sayang bapa, Tiga, empat sayang adik kakak, Satu, dua, tiga, empat sayang semuanya.

Aktiviti pengukuhan: Objek dan nombor yang ada di sekitar kawasan sekolah

Lima, lima saya sayang cikgu, Enam, tujuh saya sayang kamu, Lapan, sembilan saya sayang dia, Satu hingga sembilan sayang semuanya.

PERBENDAHARAAN KATA Nombor Bilangan Membilang Satu Dua Tiga Empat Lima Enam Tujuh Lapan Sembilan Gelung rotan

2. Kemudian murid diminta melompat setempat bersama-sama sambil menyebut nombor 1 hingga 9. 3. Seterusnya, susun kumpulan murid dan sembilan gelung rotan seperti berikut. Arahkan murid berada dalam barisan menghadap ke arah gelung rotan.

Kumpulan 1

Kumpulan 2

4. Aktiviti bermula apabila guru meniup wisel. Murid pertama dalam setiap kumpulan akan melompat dari gelung rotan ke gelung rotan yang berikutnya sambil menyebut dengan kuat nombor 1 hingga 9. Dia kemudiannya berlari semula ke kumpulannya dan menepuk tangan murid berikutnya. Teruskan permainan sehingga selesai. Kumpulan yang paling awal menamatkan permainan dikira sebagai pemenang. 5. Akhiri sesi pengajaran dengan menyanyikan lagu „Sayang Semuanya‟ bersama-sama.

4

UNIT 1

NOMBOR BULAT HINGGA 10 AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah. Nyanyikan lagu membilang nombor yang sesuai, contohnya: Langkah ke kiri Langkah ke kanan Ke hadapan dan ke belakang Pusing ke kiri Pusing ke kanan Buat kumpulan … (sebutkan nombor) Murid perlu mendengar dengan teliti nombor yang disebutkan oleh guru dan dengan pantas membentuk kumpulan dengan bilangan ahli yang betul. Semak bilangan ahli kumpulan dengan membilang bersama-sama. 2. Murid memperihalkan nombor yang ada di sekitar kawasan sekolah seperti bilangan murid lelaki atau perempuan, bilangan kereta di tempat letak kereta, bilangan bangku di kantin dan lain-lain lagi.

5

UNIT 1

NOMBOR BULAT HINGGA 10 UNIT 1.3

STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Mengenal pasti angka, 1 hingga 9.

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: 1. Kad nombor (1 hingga 9) 2. Majalah lama/Surat khabar/Risalah pasar raya 3. Gunting 4. Gam 5. Kertas mahjong Aktiviti pengukuhan: 1. Kad nombor (1 hingga 9) 2. Nombor yang ada di sekitar kawasan sekolah 3. Lembaran Aktiviti 1.3

PERBENDAHARAAN KATA Nombor Bilangan Membilang Satu Dua Tiga Empat Lima Enam Tujuh Lapan Sembilan

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Beberapa hari sebelum sesi ini dijalankan, sediakan atau minta murid membawa majalah lama, surat khabar atau risalah pasar raya yang mengandungi angka atau tanda harga barangan. 2. Minta murid menyanyikan lagu ‘Sayang Semuanya‟ sambil menunjukkan bilangan jari mengikut senikata lagu. Kemudian tunjukkan kad nombor secara rawak dan murid menyebutkan nombornya. 3. Bentukkan kumpulan (empat orang). Edarkan gunting, gam dan kertas mahjong kepada setiap kumpulan. Minta murid menggunting angka 1 hingga 9 yang dapat mereka cari dan lekatkan ke dalam buku atau kertas mahjong.

4. Edarkan Lembaran Kerja 1.3. 5. Akhiri sesi pengajaran dengan menyanyikan lagu “Sayang Semuanya” bersama-sama.

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Gantung atau lekatkan kad nombor pada tempat yang berbeza di dalam kelas. Sebut nombor 1 hingga 9 secara rawak dan minta murid menunjuk ke arah kad nombor yang betul. 2. Bawa murid berjalan di sekitar kawasan sekolah. Perhatikan dan perihalkan tentang nombor yang ada di sekeliling mereka. 3. Edarkan Lembaran Aktiviti 1.3. Minta murid mendengar dengan teliti dan bulatkan angka yang betul.

6

UNIT 1

NOMBOR BULAT HINGGA 10 Lembaran Aktiviti 1.3

Dengar dengan teliti dan bulatkan angka yang betul. 1.

2

4

6

7

5

3

1

5

9

2

3

8

6

7

4

2.

3.

4.

5.

7

UNIT 1

NOMBOR BULAT HINGGA 10 UNIT 1.4

STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Membilang objek dalam kumpulan, 1 hingga 9.

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: 1. Alat tulis yang dibawa oleh murid 2. Set kad nombor (1 hingga 9) 3. Objek maujud yang boleh dibilang Aktiviti pengukuhan: 1. Kad nombor (1 hingga 9) 2. Objek yang ada di sekitar kawasan sekolah 3. Gam 4. Kertas mahjong 5. Pen marker

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Minta murid mengeluarkan alat tulis yang mereka bawa seperti pensel, buku, pemadam dan sebagainya. Cadangan komunikasi: Guru: Siti, tunjukkan pensel (buku, pemadam) yang kamu bawa. Berapa batang pensel (buah buku, pemadam) yang awak ada? Murid: Saya ada ... (murid menyebutkan bilangan) batang pensel (buah buku, pemadam). Guru: Siapa yang ada bilangan pensel (buku, pemadam) yang sama, tunjukkan saya. 2. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan satu set kad nombor kepada setiap pasangan. Tunjukkan satu persatu objek maujud yang boleh dibilang. Murid perlu membilang secara senyap semasa guru menunjukkan objek tersebut. Kemudian, minta murid menunjukkan kad nombor yang betul. 3. Edarkan Lembaran Kerja 1.4.

PERBENDAHARAAN KATA Nombor Bilangan Membilang Satu Dua Tiga Empat Lima Enam Tujuh Lapan Sembilan

AKTIVITI PENGUKUHAN

1. Bentukkan kumpulan kecil. Setiap kumpulan diberi sekeping kad nombor. 2. Bawa murid berjalan di sekitar kawasan sekolah dan kumpulkan pelbagai objek kecil atau ringan yang sama jenis dalam bilangan tersebut. Contohnya, kumpulan 1 yang mendapat kad nombor „I‟ diminta mengumpul sehelai daun dan sebiji batu kecil. 3. Minta murid melekatkan objek dengan kemas dan cantik di atas kertas mahjong serta menuliskan angka yang berkenaan. Pamerkan hasil kerja murid di papan kenyataan.

8

UNIT 1

NOMBOR BULAT HINGGA 10 UNIT 1.5

STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Menulis angka, 1 hingga 9.

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

BAHAN BANTU MENGAJAR

1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan papan tulis individu, pen marker dan sembilan sida kepada setiap pasangan. Sebutkan nombor dan murid menunjukkan bilangan sida yang betul. Semasa membilang, pastikan murid menunjuk sida dan menyebut “Satu, dua, tiga ...” dan seterusnya.

Sesi P&P: 1. Papan tulis individu 2. Pen marker 3. Sida 4. Kotak 5. Pasir 6. Kad bergambar

2. Tunjukkan teknik yang betul untuk menulis angka tersebut di papan tulis. Murid diminta menulis angka dengan jari:  di udara  di atas meja  di kotak berisi pasir  di bahagian belakang pasangan

Aktiviti pengukuhan: 1. Bahan-bahan yang sesuai untuk membuat kolaj (tali, kain perca, tanah liat, daun, kekacang, manik, labuci, kertas pasir/warna dsb.) 2. Kad nombor (1 hingga 9) 3. Kertas lukisan 4. Gunting 5. Gam

PERBENDAHARAAN KATA Nombor Bilangan Membilang Satu Dua Tiga Empat Lima Enam Tujuh Lapan Sembilan

3. Ulangi langkah 1 dan 2 untuk nombor-nombor lain. 4. Tunjukkan kad bergambar di papan tulis, contohnya:

5. Minta murid membilang jumlah objek pada kad bergambar tersebut dan menuliskan angkanya di papan tulis individu. Pastikan murid menggunakan teknik yang betul untuk menulis angka. Murid diminta mempamerkan papan tulis masing-masing. 6. Ulangi langkah 4 dan 5 untuk nombor-nombor lain. 7. Edarkan Lembaran Kerja 1.5.

9

UNIT 1

NOMBOR BULAT HINGGA 10

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Beberapa hari sebelum sesi ini dijalankan, sediakan atau minta murid membawa bahanbahan yang sesuai untuk membuat kolaj. 2. Bentukkan kumpulan (empat orang). Edarkan gunting, gam dan sekeping kad nombor kepada setiap kumpulan. Edarkan juga sekeping kertas lukisan kepada setiap murid. Murid diminta menghasilkan kolaj angka tersebut pada kertas lukisan masing-masing. 3. Pamerkan hasil kerja yang terbaik di papan kenyataan.

10

UNIT 1

NOMBOR BULAT HINGGA 10 UNIT 1.6

STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Membaca nombor dalam perkataan, ‟satu‟ hingga ‟sembilan‟.

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: Kad perkataan ‟satu‟ hingga ‟sembilan‟. Aktiviti pengukuhan: Set kad perkataan „satu‟ hingga „sembilan‟ disusun secara rawak.

PERBENDAHARAAN KATA Nombor Bilangan Membilang Satu Dua Tiga Empat Lima Enam Tujuh Lapan Sembilan

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Murid menyanyikan lagu „Sayang Semuanya‟ sambil menunjukkan bilangan jari mengikut senikata lagu. Tuliskan senikata pada papan tulis. Satu, satu saya sayang ibu, Dua, dua saya sayang bapa, Tiga, empat sayang adik kakak, Satu, dua, tiga, empat sayang semuanya. Lima, lima saya sayang cikgu, Enam, tujuh saya sayang kamu, Lapan, sembilan saya sayang dia, Satu hingga sembilan sayang semuanya. 2. Murid diminta menunjukkan kad perkataan berdasarkan senikata lagu, mengeja dan menyebutnya. 3. Gantung atau lekatkan kad perkataan pada tempat yang berbeza di dalam kelas. Sebut nombor 1 hingga 9 secara rawak dan minta murid menunjukkan ke arah kad perkataan yang betul.

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Bentukkan kumpulan (empat orang). 2. Edarkan satu set kad perkataan kepada setiap kumpulan. 3. Dalam kumpulan, murid diminta menyusun semula kad perkataan mengikut urutan daripada „satu‟ hingga „sembilan‟. 4. Kumpulan yang paling pantas menyusun kad perkataan tersebut dikira sebagai pemenang.

11

UNIT 1

NOMBOR BULAT HINGGA 10 UNIT 1.7

STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Menulis nombor dalam perkataan, „satu‟ hingga „sembilan‟.

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: 1. Kad perkataan „satu‟ hingga „sembilan‟ (perkataannya diperbuat daripada kertas pasir, tali, hasilan kolaj dsb.) yang dilekatkan di atas kad manila 2. Kad bergambar 3. Papan tulis individu 4. Pen marker

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Edarkan kad perkataan bermula daripada „satu‟ kepada murid pertama. Murid tersebut perlu menulis dengan jari di atas perkataan, mengeja dan menyebutnya. Kemudian, kad itu diberikan kepada murid yang kedua hingga terakhir. Perkataannya diperbuat daripada huruf timbul/tali Kad Manila 2. Ulangi langkah 1 dengan kad perkataan „dua‟ hingga „sembilan‟. 3. Edarkan papan tulis individu dan pen marker kepada setiap murid. 4. Pamerkan kad bergambar seperti berikut:

Aktiviti pengukuhan: 1. Puzzle nombor dalam perkataan 2. Kad abjad

PERBENDAHARAAN KATA Nombor Bilangan Membilang Satu Dua Tiga Empat Lima Enam Tujuh Lapan Sembilan

Cadangan komunikasi: Berapa ekor burung yang kamu nampak? Eja ... (sebutkan nombornya). Tuliskan nombor ... (sebutkan nombornya) pada papan tulis kamu. 5. Ulangi langkah 4 dengan kad gambar yang lain. 6. Edarkan Lembaran Kerja 1.7. AKTIVITI PENGUKUHAN Murid diminta menyusun semula puzzle atau kad abjad yang disusun secara rawak untuk membentuk perkataan, seperti berikut:

12

UNIT 1

NOMBOR BULAT HINGGA 10 UNIT 1.8(a)

STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Menyusun nombor, 1 hingga 9: a) Membilang satu-satu secara tertib menaik. b) Membilang satu-satu secara tertib menurun.

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: 1. Set kad bertitik (Rujuk BBM ms. 1) yang telah digunting dan disusun secara rawak 2. Gam Aktiviti pengukuhan: 1. Dadu 2. Sida 3. Permainan „Dam Ular‟

PERBENDAHARAAN KATA Tertib menaik Tertib menurun Membilang Satu Dua Tiga Empat Lima Enam Tujuh Lapan Sembilan Dam ular

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Edarkan satu set kad bertitik kepada setiap murid.

atau

2. Minta murid membilang titik pada setiap kad dan melekatkan kad tersebut di dalam buku mengikut bilangan titik yang paling sedikit hingga yang paling banyak. Perkenalkan perkataan „tertib menaik‟. 3. Minta murid menulis nombor di bawah setiap kad untuk mewakili bilangan titik pada kad tersebut dan kemudian membilang secara tertib menaik daripada 1 hingga 9. 4. Edarkan set kedua kad bertitik kepada setiap murid. 5. Minta murid membilang titik pada setiap kad dan melekatkan kad tersebut di dalam buku mengikut bilangan titik yang paling banyak hingga yang paling sedikit. Perkenalkan perkataan „tertib menurun‟. 6. Minta murid menulis nombor di bawah setiap kad untuk mewakili bilangan titik pada kad tersebut dan kemudian membilang secara tertib menurun daripada 9 hingga 1. 7. Edarkan Lembaran Kerja 1.8(a). AKTIVITI PENGUKUHAN Adakan permainan „Dam Ular‟ secara berkumpulan.

13

UNIT 1

NOMBOR BULAT HINGGA 10 UNIT 1.8(b)

STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Menyusun nombor, 1 hingga 9: a) Membilang satu-satu secara tertib menaik b) Membilang satu-satu secara tertib menurun.

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: 1. Garis nombor bersaiz besar 2. Garis nombor kosong bersaiz besar (berskala tanpa nombor) Aktiviti pengukuhan: 1. Kad nombor (1 hingga 9) 2. Pelekat

PERBENDAHARAAN KATA Tertib menaik Tertib menurun Membilang Satu Dua Tiga Empat Lima Enam Tujuh Lapan Sembilan Garis nombor

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Lekatkan garis nombor bersaiz besar pada papan tulis. Perkenalkan garis nombor kepada mereka. Kaitkan garis nombor tersebut dengan kad bertitik pada sesi sebelumnya (Unit 1.8(a)). 2. Minta murid membilang satu-satu secara tertib menaik daripada 1 hingga 9. 3. Seterusnya, lekatkan garis nombor kosong bersaiz besar pada papan tulis dengan hanya menandakan nombor 1 dan 9 sahaja. Contohnya: 0

+ 1

+ 2

+ 3

+ 4

+ 5

+ 6

+ 7

+ 8

+ > 9

Cadangan komunikasi: Nombor apakah selepas nombor … (sebutkan suatu nombor)? Di manakah letaknya nombor … (sebutkan nombor tersebut) pada garis nombor ini? Tuliskan. 4. Teruskan dengan nombor lain. Setelah kesemuanya ditulis pada garis nombor, minta murid membilang satu-satu secara tertib menaik daripada 1 hingga 9. 5. Edarkan Lembaran Kerja 1.8(b). Nota: Aktiviti yang serupa diulang untuk membilang satu-satu secara tertib menurun. AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Edarkan kad nombor secara rawak kepada sembilan murid. Cadangan komunikasi: Mari kita buat garis nombor. Nombor ‘5’, lekatkan kad kamu di sini. (Murid yang memegang kad nombor „5‟ diminta melekatkan kad pada papan tulis) Siapakah yang memegang kad nombor sebelum nombor ‘5’? Di manakah kamu sepatutnya melekatkan kad itu? (Murid tersebut diminta melekatkan kad di sebelah kiri kad nombor „5‟) Sekarang, lengkapkan garis nombor ini! (Mereka perlu melekatkan kad masing-masing mengikut urutan nombor yang betul)

14

UNIT 1

NOMBOR BULAT HINGGA 10 2. Kemudian minta murid membilang satu-satu secara tertib menaik dan menurun. 3. Ulangi aktiviti tersebut bermula dengan nombor lain. 4.

Permainan ini boleh juga dijadikan pertandingan di antara kumpulan (sembilan orang). Kumpulan yang paling pantas melengkapkan garis nombor dengan betul dikira pemenang.

15

UNIT 1

NOMBOR BULAT HINGGA 10 UNIT 1.9(a)

STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: 1. Menyebut nombor 0 2. Mengenal pasti angka „0‟ 3. Menulis angka „0‟ 4. Membaca perkataan „sifar‟ 5. Menulis perkataan „sifar‟. BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: 1. Cawan plastik (tiga biji dilabelkan A, B dan C) 2. Guli 3. Kad nombor „0‟ 4. Kad perkataan „sifar‟ Aktiviti pengukuhan: 1. Garis nombor kosong bersaiz besar 2. (berskala tanpa nombor)

PERBENDAHARAAN KATA Nombor Bilangan Membilang Satu Dua Tiga Empat Lima Enam Tujuh Lapan Sembilan Sifar Garis nombor

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Tunjukkan tiga biji cawan berlabel A, B dan C. Cawan A dan B mengandungi beberapa biji guli yang berbeza bilangannya, manakala cawan C dibiarkan kosong. 2. Pilih tiga murid dan berikan cawan tersebut kepada setiap seorang. 3. Minta setiap murid itu untuk mengeluarkan guli satu persatu dan bilang bersama-sama dengan murid-murid lain. Cadangan komunikasi: Ada berapa biji guli di dalam cawan A? 4. Ulangi soalan bagi cawan B dan C. Untuk cawan C, murid mestilah dapat menyatakan cawan tersebut kosong, tiada apa-apa atau tiada guli di dalamnya. Perkenalkan „tiada apa-apa‟ sebagai „sifar‟. 5. Tunjukkan kad nombor „0‟ dan minta mereka menulis angka tersebut di udara, di belakang badan kawan dan sebagainya. 6. Tunjukkan kad perkataan „sifar‟ dan minta mereka membaca, mengeja dan menulis perkataan tersebut. 7. Bincangkan tentang nombor „sifar‟. Berikan contoh-contoh yang dekat dengan murid. 8. Edarkan Lembaran Kerja 1.9(a).

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Lekatkan garis nombor kosong bersaiz besar pada papan tulis. Minta murid menandakan kedudukan nombor 1 hingga 9 yang disebutkan secara rawak. 2. Kemudian, tunjukkan kedudukan nombor „0‟ pada garis nombor tersebut. Bincangkan.

16

UNIT 1

NOMBOR BULAT HINGGA 10 UNIT 1.9(b)

STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: 1. Menyebut nombor 10 2. Mengenal pasti angka „10‟ 3. Membilang objek dalam kumpulan hingga „10‟ 4. Menulis angka „10‟ 5. Membaca perkataan „sepuluh‟ 6. Menulis perkataan „sepuluh‟

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: 1. Sida 2. Kad nombor „10‟ 3. Kad perkataan „sepuluh‟ 4. Objek di sekitar bilik darjah Aktiviti pengukuhan: Garis nombor kosong bersaiz besar (berskala tanpa nombor)

PERBENDAHARAAN KATA Nombor Bilangan Membilang Satu Dua Tiga Empat Lima Enam Tujuh Lapan Sembilan Sifar Sepuluh Garis nombor

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Edarkan sida secukupnya kepada setiap murid. 2. Murid menyanyikan lagu „Sayang Semuanya‟ sambil menunjukkan bilangan jari mengikut senikata lagu. Tarik perhatian mereka kepada perkataan „sepuluh‟ di dalam lirik lagu tersebut. Lirik/nada lagu „Sayang Semuanya‟ Satu, satu saya sayang ibu, Dua, dua saya sayang bapa, Tiga, empat sayang adik kakak, Satu, dua, tiga, empat sayang semuanya. Lima, lima saya sayang cikgu, Enam, tujuh saya sayang kamu, Lapan, sembilan saya sayang dia, Satu hingga sembilan sayang semuanya. Cadangan komunikasi: Dalam lagu ini, nombor apakah selepas lapan? Tunjukkan saya sembilan keping sida. Tulis angka sembilan di udara. Eja ’sembilan’. Dalam lagu ini, nombor apakah selepas sembilan? Siapa boleh tunjukkan sepuluh sida? Yang manakah lebih banyak, sembilan atau sepuluh? Bagaimana kamu tahu? 1. Tunjukkan kad nombor „10‟ dan minta murid menulis angkanya. Tunjukkan kad perkataan „sepuluh‟ dan minta murid membaca, mengeja dan menulisnya. 2. Bentuk kumpulan (empat orang). Minta murid mencari sepuluh objek di sekitar bilik darjah. Banding bezakan penemuan mereka. Walaupun bendanya berbeza tetapi bilangannya tetap sama. Tunjukkan melalui padanan satu-satu. 3. Edarkan Lembaran Kerja 1.9(b).

17

UNIT 1

NOMBOR BULAT HINGGA 10

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Lekatkan garis nombor kosong bersaiz besar pada papan tulis. Minta murid menandakan kedudukan nombor 0 hingga 9 yang disebutkan secara rawak. 2. Kemudian, tunjukkan kedudukan nombor „10‟ pada garis nombor tersebut. Bincangkan.

18

UNIT 1

NOMBOR BULAT HINGGA 10 UNIT 1.10

STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Menyusun nombor 0 hingga 10 a) Membilang satu-satu secara tertib menaik. b) Membilang satu-satu secara tertib menurun. c) Membilang daripada sebarang nombor secara tertib menaik. d) Membilang daripada sebarang nombor secara tertib menurun.

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Bentukkan kumpulan (empat orang). Tunjukkan gambar seekor katak sedang duduk di atas sehelai daun teratai atau melompat dari sehelai ke sehelai daun teratai yang lain.

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: 1. Gambar seekor katak sedang duduk di atas sehelai daun teratai. 2. Set keratan daun teratai bersaiz besar dengan nombor (0 hingga 10) tertulis pada setiap helai. Aktiviti pengukuhan: Wisel

PERBENDAHARAAN KATA Satu Dua Tiga Empat Lima Enam Tujuh Lapan Sembilan Sifar Sepuluh Tertib menaik Tertib menurun

2. Minta murid memperihalkan gambar tersebut. Mereka juga boleh diminta beraksi seperti seekor katak. 3. Edarkan set keratan daun teratai bersaiz besar kepada setiap kumpulan. Minta mereka letakkan keratan tersebut di atas lantai secara rawak. 4. Secara berkumpulan murid bergilir-gilir melompat (secara tertib menaik) di atas keratan tersebut umpama seekor katak, sambil menyebut nombor yang tertulis padanya. Ahli kumpulan yang lain memerhati dan menyemak sebutan rakan mereka. 5. Edarkan Lembaran Kerja 1.10.

Nota: Aktiviti yang serupa boleh diulang untuk:  membilang satu-satu secara tertib menurun  membilang daripada sebarang nombor secara tertib menaik  membilang daripada sebarang nombor secara tertib menurun

19

UNIT 1

NOMBOR BULAT HINGGA 10 AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Adakan permainan „Dengar dan Bilang‟. Terangkan bagaimana permainan itu dijalankan. a) Aktiviti bermula apabila guru meniup wisel. b) Apabila wisel ditiup sebanyak satu kali, murid perlu membilang secara tertib menaik. c) Apabila wisel ditiup sebanyak dua kali, murid perlu membilang secara tertib menurun. 2. Murid boleh diminta membilang bersama-sama atau bergilir-gilir daripada murid pertama sehingga murid terakhir di dalam kelas. 3. Tunjuk cara permainan ini bersama beberapa murid. Apabila wisel ditiup sebanyak satu kali, mereka mula membilang secara tertib menaik daripada sifar. Sebelum urutan itu selesai, tiup wisel sebanyak dua kali dan mereka mula membilang secara tertib menurun pula daripada nombor terakhir tadi. Contohnya: (Tiup wisel sebanyak satu kali) 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7 (Tiup wisel sebanyak dua kali) 6, 5, 4, 3, 2 (Tiup wisel sebanyak satu kali) 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10 (Tiup wisel sebanyak dua kali) 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1, 0

20

UNIT 1

NOMBOR BULAT HINGGA 10 UNIT 1.11

STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Membandingkan dua nombor dan menyatakan yang mana lebih atau kurang.

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: 1. Bakul 2. Bola merah 3. Bola biru 4. Sida Aktiviti pengukuhan: Objek maujud yang ada pasangannya di sekitar kawasan sekolah.

PERBENDAHARAAN KATA Satu Dua Tiga Empat Lima Enam Tujuh Lapan Sembilan Sepuluh Lebih daripada Kurang daripada

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Murid duduk secara berpasangan. 2. Tunjukkan sebuah bakul yang mengandungi bola berwarna merah dan biru yang berbeza bilangannya. 3. Minta seorang murid membilang bola merah, dan seorang murid lagi membilang bola biru. Kedua-dua murid tersebut menyebut bilangan bola merah dan bola biru kepada kelas. Cadangan komunikasi: Yang mana lebih/kurang, bola merah atau bola biru? Bagaimana kamu tahu? Berapakah yang lebih/kurang? (Untuk mengetahui yang mana lebih atau kurang, mereka perlu membuat padanan satusatu. Setiap bola merah dipadankan dengan bola biru secara berpasangan. Akan terdapat bola yang tiada ‘pasangan’) 4. Bimbing mereka untuk menyatakan: ... lebih daripada ... ... kurang daripada ... 5. Edarkan sida yang mencukupi kepada setiap pasangan. Ulangi langkah 4 dengan memberikan contoh-contoh yang lain. 6. Edarkan Lembaran Kerja 1.11.

AKTIVITI PENGUKUHAN Bawa murid berjalan di sekitar kawasan sekolah. Cari objek maujud yang ada pasangannya seperti kerusi dan meja, pokok dan pasu dan sebagainya. Minta murid membuat padanan satu-satu dan menyatakan yang mana lebih atau kurang, contohnya: Cadangan komunikasi: Ada lima buah meja dan tiga buah kerusi. Meja lebih daripada kerusi. Lima lebih daripada tiga. Kerusi kurang daripada meja. Tiga kurang daripada lima.

21

UNIT 1

NOMBOR BULAT HINGGA 10 UNIT 1.12

STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Menentukan lebih satu atau kurang satu daripada suatu nombor.

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: Sida Aktiviti pengukuhan: Kad nombor (0 hingga 10)

PERBENDAHARAAN KATA Sifar Satu Dua Tiga Empat Lima Enam Tujuh Lapan Sembilan Sifar Sepuluh Lebih satu daripada Kurang satu daripada

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan sida secukupnya kepada setiap pasangan. 2. Minta murid pertama untuk menunjukkan tiga sida dan murid yang kedua menunjukkan empat sida. Cadangan Komunikasi: Yang mana lebih, tiga sida atau empat sida? Bagaimana kamu tahu? (Melalui padanan satu-satu, akan ada sekeping sida yang tidak mempunyai pasangannya) Lebih berapa? Empat adalah lebih satu daripada tiga. 3. Ulangi langkah 2 dengan memberikan contohcontoh yang lain. 4. Edarkan Lembaran Kerja 1.12. Nota: Aktiviti yang serupa diulang untuk menentukan kurang satu daripada suatu nombor.

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Edarkan sekeping kad nombor secara rawak kepada setiap murid. Cadangan komunikasi: Siapa yang lebih/kurang empat? Tunjukkan kad kamu!

satu

daripada

2. Ulangi langkah 1 dengan nombor lain.

22

UNIT 2 NOMBOR BULAT HINGGA 20 UNIT 2.1 STANDARD PEMBELAJARAN

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya untuk: 1. Menyebut nombor, 11 hingga 20 2. Mengenal pasti nombor, 11 hingga 20. 3. Menulis nombor, 11 hingga 20.

1. Pilih sepasang murid. Minta murid pertama membilang, menunjukkan dan menyebut bilangan sepuluh penyedut minuman. Murid kedua menunjukkan satu penyedut minuman lagi dan menyambung sebutan murid pertama. Kemudian sambung sebutan murid kedua seperti berikut: Murid pertama: Sepuluh ... Murid kedua: ... dan satu ... ... jadi sebelas.

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P 1. 2. 3. 4.

Penyedut minuman Papan tulis individu Pen marker Kad nombor (11 hingga 20)

Aktiviti Pengukuhan Lembaran Aktiviti 2.1 Lembaran Aktiviti 2.1(b)

2. Tulis „10 dan 1 jadi 11‟ pada papan tulis sambil menyebut “Sepuluh dan satu jadi sebelas”. Minta murid menyebutnya bersama-sama. Bimbing murid menulis nombor „11‟ dalam buku latihan. 3. Ulangi langkah 1 dan 2 sehingga “... jadi 17”. Cadangan komunikasi: Sepuluh dan lima jadi lima belas. Sepuluh dan enam jadi enam belas. Sepuluh dan tujuh jadi ... (Murid diminta menyatakan nombornya) Teruskan sehingga “Sepuluh dan sepuluh jadi dua puluh”

PERBENDAHARAAN KATA Nombor Bilangan Membilang Sebelas Dua belas Tiga belas Empat belas Lima belas Enam belas Tujuh belas Lapan belas Sembilan belas Dua puluh

4. Minta murid menyebut nombor 11 hingga 20 mengikut urutan. 5. Edarkan papan tulis individu dan pen marker kepada setiap murid. Tunjukkan kad nombor mengikut urutan atau secara rawak. Cadangan komunikasi: Sepuluh dan berapa jadi ... (Tunjukkan kad nombor tetapi jangan sebutkan nombornya) Tuliskan dan tunjukkan jawapannya. Adakah kawan kamu menuliskan nombor yang betul? 6. Minta murid menyebut nombor daripada „sebelas‟ hingga „dua puluh‟ secara tertib menaik dan kembali ke nombor „sebelas‟ secara tertib menurun. AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Edarkan Lembaran Aktiviti 2.1(a). Minta murid sebutskan. 2. Edarkan lembaran Aktiviti 2.1(b). Minta murid mendengar dengan teliti dan bulatkan nombor yang betul.

23

UNIT 2 NOMBOR BULAT HINGGA 20 Lembaran Aktiviti 2.1(a) Sebutkan.

10 11 12 13 sepuluh

sebelas

dua belas

tiga belas

14 15 16 17 empat belas

lima belas

enam belas

tujuh belas

18 19 20 lapan belas

sembilan belas

dua puluh

24

UNIT 2 NOMBOR BULAT HINGGA 20 Lembaran Aktiviti 2.1(b) Dengar dengan teliti dan bulatkan nombor yang betul. 1.

I2

I4

I6

I7

I5

I3

II

I5

I9

20

I3

I8

I6

I7

I4

2.

3.

4.

5.

25

UNIT 2 NOMBOR BULAT HINGGA 20 UNIT 2.2 STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Membilang objek dalam kumpulan, 11 hingga 20.

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: 1. Papan tulis individu 2. Pen marker 3. Pundi kacang 4. Bola 5. Sida 6. Tin aluminium Aktiviti pengukuhan: 1. Kad Petak 100 2. Pembilang 3. Papan tulis individu 4. Pen marker

PERBENDAHARAAN KATA Nombor Bilangan Membilang Sebelas Dua belas Tiga belas Empat belas Lima belas Enam belas Tujuh belas Lapan belas Sembilan belas Dua puluh

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Edarkan papan tulis individu dan pen marker kepada setiap murid. Tunjukkan pundi kacang dan maklumkan permainan „Bilang Lambungan‟. 2. Terangkan cara bermain. a) Guru melambung dan menyambut pundi kacang yang dilakukan beberapa kali. b) Murid memerhatikan dan membilang di dalam hati jumlah lambungan yang dibuat. c) Murid menuliskan jumlah lambungan itu di atas papan tulis individu dan menunjukkan nya kepada semua. 3. Ulangi langkah 2 untuk nombor lain yang disebutkan secara rawak. Untuk menjadikan permainan lebih menarik minta murid bergilir-gilir melambungkan pundi kacang tersebut di dalam kumpulan kecil. 4. Ubah suai permainan ini:  Membilang jumlah lambungan sebiji bola di antara dua murid.  Membilang jumlah tepukan tangan yang dibuat.  Membilang jumlah sida yang dijatuhkan ke dalam sebuah tin aluminium. 5. Edarkan Lembaran Kerja 2.2.

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Bentukkan tiga kumpulan: A, B dan C. Edarkan kepada setiap murid dalam:  Kumpulan A - kad Petak 100  Kumpulan B - pembilang yang mencukupi  Kumpulan C - papan tulis individu dan pen marker 2. Sebutkan suatu nombor di antara 11 hingga 20 secara rawak dan minta murid dalam:  Kumpulan A - menunjukkan nombor yang berkenaan pada kad Petak 100  Kumpulan B menunjukkan sejumlah pembilang yang betul  Kumpulan C - menuliskan nombor yang betul pada papan tulis individu dan menunjukkan nya kepada semua. 3. Ulangi langkah 2 dengan nombor yang lain.

26

UNIT 2 NOMBOR BULAT HINGGA 20 UNIT 2.3 STANDARD PEMBELAJARAN

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya untuk: 1. Membaca nombor dalam perkataan, „sebelas‟ hingga „dua puluh‟. 2. Menulis nombor dalam perkataan, „sebelas‟ hingga „dua puluh‟.

1. Lekatkan kad nombor dan kad perkataan sebelah-menyebelah pada papan tulis.

BAHAN BANTU MENGAJAR

4. Bentukkan dua kumpulan, A dan B. Ahli kumpulan A menggantungkan kad perkataan di leher. Ahli kumpulan B menggantungkan kad nombor di leher.

Sesi P&P: 1. Kad nombor (11 hingga 20) 2. Kad perkataan „sebelas‟ hingga „dua puluh‟ 3. Tali 4. Radio Aktiviti pengukuhan: Puzzle kad perkataan „sebelas‟ hingga „dua puluh‟.

2. Sebut nombor satu persatu diikuti oleh murid mulai nombor 11 hingga 20. 3. Murid diminta mengeja perkataan yang terdapat pada kad perkataan dan menulisnya dalam buku latihan.

5. Mainkan muzik dan murid-murid bergerak untuk mencari pasangan nombor dan perkataannya secepat mungkin sebelum muzik berhenti. 6. Murid yang telah berjumpa pasangannya akan duduk bersama.

dengan

7. Teruskan aktiviti sehingga kesemua murid berjumpa dengan pasangannya. Semak jawapan bersama-sama. 8. Edarkan Lembaran Kerja 2.3.

PERBENDAHARAAN KATA Nombor Bilangan Membilang Sebelas Dua belas Tiga belas Empat belas Lima belas Enam belas Tujuh belas Lapan belas Sembilan belas Dua puluh

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan puzzle kad perkataan kepada setiap kumpulan. 2. Murid perlu mencantumkan perkataan yang terdapat dalam puzzle. Kumpulan yang terpantas dikira sebagai pemenang.

27

UNIT 2 NOMBOR BULAT HINGGA 20 UNIT 2.4 STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Menyatakan nilai tempat dan nilai digit dalam suatu nombor.

BAHAN BANTU MENGAJAR

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Murid duduk secara berpasangan. Tunjukkan beg-beg plastik yang setiap satunya mengandungi sepuluh biji guli. Minta murid membilang guli dalam beberapa beg plastik tersebut. Kemudian tuliskan ‟10‟ pada beg-beg itu dengan pen marker. Terangkan: Sepuluh sama dengan satu puluh. Tuliskan pada papan tulis: 10 sama dengan 1 puluh.

2. Seterusnya

tunjukkan satu beg yang mengandungi sepuluh biji guli dan sebiji guli lagi seperti berikut:

Sesi P&P: 1. Guli 2. Beg plastik 3. Pen marker Aktiviti pengukuhan: 1. Kad Petak 100 2. (Rujuk BBM ms. 2) 3. Guli 4. Beg plastik 3. PERBENDAHARAAN KATA Kad petak 100 Nombor Bilangan Membilang Sebelas Dua belas Tiga belas Empat belas Lima belas Enam belas Tujuh belas Lapan belas Sembilan belas Dua puluh

Minta murid membilang jumlah guli menggunakan teknik berikut:  Membilang kesemuanya – ”Satu, dua ... sebelas.”  Membilang terus – ”Sepuluh, sebelas.” Cadangan komunikasi: Ada berapa biji guli kesemuanya? (Murid akan menjawab ”Sebelas biji guli”) Satu puluh ... (tunjukkan beg sepuluh biji guli itu) ... dan satu sa (tunjukkan guli yang sebiji itu) ... jadi sebelas. Tuliskan pada papan tulis: 1 puluh dan 1 sa jadi 11.

4.

Ulangi langkah 2 dan 3 sehingga ‟... jadi 15‟. Cadangan komunikasi: Satu puluh dan tiga sa jadi tiga belas. Satu puluh dan empat sa jadi empat belas. Satu puluh dan lima sa jadi ... (Murid diminta menyatakan dan menuliskan nombornya).

28

UNIT 2 NOMBOR BULAT HINGGA 20

5. Cadangan komunikasi: Sekarang cikgu mahu enam belas biji guli. Berapa beg sepuluh perlu cikgu ada? Berapa guli sebiji-sebiji perlu cikgu ada? Berapa puluh dan berapa sa jadi enam belas? 6. Ulangi langkah 5 sehingga ‟... jadi 19‟. 7. Cadangan komunikasi: Satu beg ada satu puluh. Jika dua beg ada dua puluh. Dua puluh sama dengan dua puluh. (Tuliskan ”20 sama dengan 2 puluh” pada papan tulis). 8.

Edarkan Lembaran Kerja 2.4. AKTIVITI PENGUKUHAN

1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan kad Petak 100, dua puluh biji guli dan dua beg plastik kepada setiap pasangan. 2. Sebut suatu nombor di antara 11 hingga 20 secara rawak. Salah seorang murid menunjukkan guli sepuluh-sepuluh (yang diisi dalam beg plastik) dan guli sebiji-sebiji mengikut bilangan yang disebutkan. Pasangannya pula menunjukkan nombor tersebut pada kad Petak 100. 3. Ulangi aktiviti di atas dengan pasangan bertukar peranan.

29

UNIT 2 NOMBOR BULAT HINGGA 20 UNIT 2.5 STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Menyusun nombor, 11 hingga 20 a) Membilang satusatu secara tertib menaik. b) Membilang satusatu secara tertib menurun. c) Membilang daripada sebarang nombor secara tertib menaik. d) Membilang daripada sebarang nombor secara tertib menurun. BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: 1. Tali 2. Penyepit baju 3. Set kad nombor (11 hingga 20). Aktiviti pengukuhan: 1. Buku cerita ‟Jack dan Pokok Kekacang‟ (Rujuk BBM ms. 3-14) 2. Garis nombor bersaiz besar 3. Pen marker PERBENDAHARAAN KATA Sebelas Dua belas Tiga belas Empat belas Lima belas Enam belas Tujuh belas Lapan belas Sembilan belas Dua puluh Tertib menaik Tertib menurun

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Bentukkan kumpulan (sepuluh orang). Rentangkan tali di dalam kelas dan edarkan kad nombor kepada sepuluh murid. 2. Terangkan bahawa murid akan membilang secara tertib menaik daripada nombor terkecil hingga yang terbesar menggunakan kad tersebut. 3. Minta murid yang memegang kad ‟11‟ untuk menggantungkan kadnya menggunakan penyepit baju di sebelah hujung kiri tali yang direntang tadi. Cadangan komunikasi: Siapa ada nombor selepas sebelas? Gantungkan kad pada tali. (Murid dengan kad ‟12‟ menggantungkan kadnya selepas kad „11‟) 4. Ulangi langkah 3 hingga selesai urutan nombor tersebut. Minta murid menyebut nombor 11 hingga 20. 5. Edarkan satu set kad nombor kepada setiap kumpulan. Setiap murid diminta memilih satu kad nombor. Kemudian rentangkan tali di dalam kelas untuk setiap kumpulan. Jadikan aktiviti ini sebagai satu pertandingan. Kumpulan yang paling awal menyusun nombor mengikut urutan menaik yang betul dikira sebagai pemenang. 6. Edarkan Lembaran Kerja 2.5. Nota: Aktiviti yang serupa diulang untuk:  membilang satu-satu secara tertib menurun.  membilang daripada sebarang nombor secara tertib menaik.  membilang daripada sebarang nombor secara tertib menurun. AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Ceritakan tentang Kekacang‟.

kisah

‛Jack

dan

Pokok

2. Murid juga boleh diminta melakonkan watak Jack untuk menjadikan sesi ini lebih menarik. 3. Kaitkan aksi Jack memanjat dan menuruni pokok kekacang dengan gerakan pada garis nombor.

30

UNIT 3 TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 10 UNIT 3.1 STANDARD PEMBELAJARAN

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya untuk: Menentukan nilai lebih satu daripada suatu nombor.

1. Minta seorang murid masukkan sebiji bola ke dalam bakul. Cadangan komunikasi: Ada berapa biji bola di dalam bakul? (Murid akan menjawab “Satu biji bola”) Saya masukkan lebih satu biji bola lagi. Ada berapa biji bola di dalam bakul itu sekarang? (Murid akan menjawab “Dua biji bola”) Lebih satu daripada satu ialah dua. Jika saya masukkan lebih satu biji bola lagi, berapa biji bola yang ada sekarang? (Murid akan menjawab “Tiga biji bola”) Bagaimanakah kamu tahu? Tunjukkan saya. (Murid boleh membilang kesemua bola tersebut) Lebih satu daripada dua ialah tiga.

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P 1. Bakul 2. Bola Aktiviti Pengukuhan Garis nombor bersaiz besar

PERBENDAHARAAN KATA Lebih satu daripada

2. Bimbing murid untuk memahami bahawa lebih satu daripada suatu nombor adalah nombor yang berikutnya. Sebut dan tuliskan pada papan tulis: Lebih satu daripada satu ialah dua. Lebih satu daripada dua ialah tiga. Lebih satu daripada tiga ialah ... (Murid diminta menyatakan nombornya. Teruskan sehingga “Lebih satu daripada sembilan ialah ...”) 3. Edarkan Lembaran Kerja 3.1. AKTIVITI PENGUKUHAN Lekatkan garis nombor bersaiz besar pada papan tulis. Kaitkan „lebih satu daripada‟ melalui garis nombor tersebut, seperti berikut: Lebih satu daripada satu … (tunjuk pada nombor „1‟) … ialah dua (tunjuk pada nombor „2‟) Teruskan sehingga “Lebih satu daripada sembilan ialah sepuluh.”

0

+ 1

Lebih satu daripada satu ialah dua.

+ 2

+ 3

+ 4

+ 5

Lebih satu daripada dua ialah tiga.

+ 6

+ 7

+ 8

+ 9

+ > 10

Lebih satu daripada sembilan ialah ...

31

UNIT 3 TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 10 UNIT 3.2 STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Menyatakan jumlah bagi dua nombor.

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: Pembilang Aktiviti pengukuhan: Garis nombor bersaiz besar

PERBENDAHARAAN KATA Membilang kesemuanya Membilang terus Jumlah Hasil tambah Menjadi Menghasilkan Kesemuanya Sama dengan

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Minta dua murid ke hadapan untuk membentuk kumpulan. Minta murid lain membilang jumlah murid dalam kumpulan itu. Tulis „2 murid‟ pada papan tulis. 2. Minta tiga murid lain ke hadapan untuk membentuk satu lagi kumpulan. Minta murid lain membilang jumlah murid dalam kumpulan itu. Tulis „3 murid‟ pada papan tulis. Cadangan komunikasi: Dua dan tiga jadi berapa semuanya? Mari kita bilang bersama-sama. (Gunakan kaedah „membilang kesemuanya‟ atau „membilang terus‟) Dua dan tiga jadi lima. (Tuliskan ‘2 dan 3 jadi 5’ pada papan tulis) 3. Perkenalkan cara lain untuk menerangkan aktiviti di atas, contohnya:  kumpulan pertama kumpulan kedua.

 kumpulan kedua kumpulan pertama.

bergabung

bergabung

dengan

dengan

 kedua-dua kumpulan bergabung serentak.

32

UNIT 3 TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 10 LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 4. Lukiskan situasi di atas pada papan tulis jika perlu. Gunakan dan tuliskan ayat yang berbeza untuk menerangkannya, contohnya: Dua dan tiga sama dengan lima. Jumlah dua dan tiga ialah lima. Dua dan tiga menghasilkan lima kesemuanya. 5. Ulangi aktiviti di atas dengan memberikan contoh-contoh yang lain. Minta murid menunjuk cara dengan melakonkan situasi, menggunakan pembilang atau melukis, dan seterusnya menulis ayat bagi situasi tersebut. 6. Edarkan Lembaran Kerja 3.2. AKTIVITI PENGUKUHAN Lekatkan garis nombor bersaiz besar pada papan tulis. Kaitkan aktiviti di atas dengan gerakan pada garis nombor tersebut, contohnya, „5 + 3‟ boleh ditunjukkan melalui kaedah:  membilang semula. 5 0

+ 1

+ 2

+3 + 3

+ 4

+ 5

+ 6

+ 7

+ 8

+ 9

+ 10

>

+ 7

+ 8

+ 9

+ 10

>

 membilang terus. 5 0

+ 1

+ 2

+3 + 3

+ 4

+ 5

+ 6

33

UNIT 3 TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 10 UNIT 3.3 STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Menulis ayat matematik bagi operasi tambah.

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan sida yang mencukupi kepada setiap pasangan. 2. Minta beberapa murid menunjukkan penambahan „2‟ dan „3‟ dengan menggunakan:

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: 1. Sida (dalam dua warna yang berbeza) 2. Objek maujud di dalam bilik darjah 3. Papan tulis individu 4. Pen marker 5. Garis nombor Aktiviti pengukuhan: 1. Bahan manipulatif yang berbeza (Kubus Unifix/Lego/Cuisenaire, kad Petak 100 dsb.) 2. Internet

 sida atau objek maujud

 melukis situasi tersebut (Sila rujuk Unit 3.2. langkah 3)

atau kad gambar

PERBENDAHARAAN KATA

Membilang kesemuanya Membilang terus Jumlah Hasil tambah Menjadi Menghasilkan Kesemuanya Sama dengan Ayat matematik

atau kad bertitik

 garis nombor (Sila rujuk Unit 3.2. Aktiviti Pengukuhan) 2 0

+ 1

+3 + 2

+ 3

+ 4

+ 5

+ 6

+ 7

+ 8

+ 9

+ 10

34

>

UNIT 3 TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 10

3. Bimbing mereka menulis ayat matematik „2 + 3 = 5‟. Terangkan maksud simbol „+‟ dan „=‟. 4. Ulangi langkah 2 dengan contoh-contoh yang lain.

memberikan

5. Edarkan Lembaran Kerja 3.3.

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Aktiviti yang serupa diulangi dengan menggunakan bahan manipulatif yang lain. 2. Layari internet dan „Google‟ tajuk „How to use the (nama bahan manipulatif tersebut) in addition’.

35

UNIT 3 TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 10 UNIT 3.4 STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Menyatakan pasangan nombor yang menghasilkan jumlah yang sama.

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan satu set kad „Nombor Berskala‟ kepada setiap kumpulan. Lekatkan sekeping kad „Nombor Berskala‟ bersaiz besar, contohnya „4‟, pada papan tulis dan sebut:

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: 1. Set kad „Nombor Berskala‟ (Rujuk BBM ms. 15 - 24) 2. Kad „Nombor Berskala‟ bersaiz besar Bagi aktiviti pengukuhan: Kubus Unifix/Lego (dalam dua warna berbeza) PERBENDAHARAAN KATA Membilang kesemuanya Membilang terus Jumlah Hasil tambah Menjadi Menghasilkan Kesemuanya Sama dengan Ayat matematik

4 Di sini ada kad yang panjangnya '4'. Saya akan cantumkan dua kad lain untuk mendapatkan kad yang panjangnya sama dengan ‘4’. Saya boleh gunakan kad '2' dan kad '2'. 2. Lekatkan kad berskala „2‟ dan „2‟ seperti berikut:

4 2

2

2+2=4

Kemudian tuliskan '2 + 2 = 4' sambil menyebut "Dua dan dua sama dengan empat".

3. Minta murid meletakkan kad „4‟ di atas meja dan mencari dua kad lain untuk dicantumkan supaya sama panjang dengan kad itu. Mereka harus mendapatkan kad berskala „1‟ dan „3‟. Semak jawapan murid. Cadangan komunikasi: Satu dan tiga ... adakah sama dengan empat? Bagaimana kamu tahu? (Minta murid melekatkan kad berskala 1-3 bersaiz besar pada papan tulis dan nyatakan sama ada ianya sama panjang) Satu dan tiga sama dengan empat. (Minta seorang murid menuliskan „1 + 3 = 4‟ bersebelahan kad tersebut)

4 1

3 3

1+3=4

1

3+1=4

36

UNIT 3 TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 10

4. Murid mungkin menggunakan kad yang sama tetapi disusun secara berbeza, contohnya, 3 + 1. Terangkan bahawa walaupun susunannya berbeza, jumlahnya tetap sama. 5. Ulangi aktiviti di atas dengan contoh-contoh yang lain.

memberikan

6. Edarkan Lembaran Kerja 3.4.

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan kubus Unifix/Lego kepada setiap pasangan. Jelaskan kepada murid bahawa mereka harus mencantumkan kubus dalam dua warna untuk mendapatkan jumlah enam kubus kesemuanya, contohnya, lima kubus kuning dan satu kubus merah.

Cadangan komunikasi: Ada berapa kubus kuning semuanya? Ada berapa kubus merah? Lima dan satu jadi enam kesemuanya. Siapakah yang boleh menulis ayat matematik ini? Adakah cara lain untuk mendapatkan enam kubus? 2. Biarkan murid meneroka. Apabila mereka telah mencantumkan jumlah kubus yang betul, bincangkan dapatan mereka. Kemudian, minta murid menuliskan ayat matematiknya. Mereka akan dapati bahawa: 1+5=6 5+1=6 2+4=6 4+2=6 3+3=6 3. Ulangi aktiviti di atas dengan contoh-contoh yang lain.

memberikan

37

UNIT 3 TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 10 UNIT 3.5 STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Menyatakan secara spontan jumlah dua nombor.

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: 1. Set kad nombor (1 hingga 5) 2. Radio Aktiviti pengukuhan: 1. Sehelai kain (alas meja, kain batik dsb.) 2. Set kad nombor (1 hingga 5)

PERBENDAHARAAN KATA Jumlah Hasil tambah Menjadi Menghasilkan Kesemuanya Sama dengan

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Susun dua set kad nombor secara rawak dalam bentuk bulatan di atas lantai. Seterusnya, pilih dua murid untuk menunjuk cara permainan. Pastikan murid berdiri di luar bulatan kad. Aturkan pemain seperti lampiran „Susunan Kumpulan I‟. 2. Muzik dimainkan dan murid mula berjalan (mengikut arah yang sama) mengelilingi bulatan kad. Apabila muzik dihentikan, murid perlu meletakkan jari mereka pada kad nombor yang berdekatan dan menambahkan kedua-dua nombor tersebut. Murid yang terdahulu menyebut jawapan yang betul diberikan satu mata. 3. Bentuk kumpulan (empat orang). Edarkan dua set kad nombor kepada setiap kumpulan. Murid mengambil giliran secara berpasangan untuk bermain. Pemain yang sama bermain tiga pusingan dalam aktiviti ini. Pada akhir permainan, markah dikira dan pemenang diberi ganjaran. 4. Edarkan Lembaran Kerja 3.5.

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Bentukkan kumpulan (sepuluh orang). Dua kumpulan, A dan B, akan bermain pada masa yang sama. Edarkan satu set kad nombor kepada setiap kumpulan. Aturkan kumpulan seperti lampiran „Susunan Kumpulan II‟. 2. Pilih seorang murid daripada setiap kumpulan untuk memegang kain sebagai penghadang antara dua kumpulan. 3. Setiap kumpulan diminta memilih seorang wakil. Wakil tersebut mesti memilih sekeping kad nombor dan memegang kad tersebut di dadanya supaya kad itu nanti dapat dilihat oleh pihak lawan apabila kain dijatuhkan. 4. Pada kiraan „3‟, murid yang memegang kain akan menjatuhkan kain.

38

UNIT 3 TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 10 5. Wakil kedua-dua kumpulan mesti menambahkan kedua-dua nombor tersebut (nombor sendiri tambah nombor pihak lawan). Murid yang terdahulu menyebut jawapan yang betul dikira sebagai pemenang dan satu markah diberi kepada kumpulan tersebut. 6. Semua ahli kumpulan harus mengambil giliran untuk bermain. Pada akhir permainan, markah dikira dan kumpulan yang menang diberi ganjaran.

39

UNIT 3 TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 10

Susunan Kumpulan I

2

Murid 1

1

5

5

2

3

4 Murid 2

4

3 1

Susunan Kumpulan II

KUMPULAN A

Pemegang Kain

KUMPULAN B

Kain

Wakil Kumpulan

Wakil Kumpulan

Ahli Kumpulan Yang lain

Ahli Kumpulan Yang lain

Pemegang Kain

40

UNIT 3 TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 10 UNIT 3.6

STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Menyelesaikan masalah harian yang mudah

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan pembilang dan lembaran „Selesaikan masalah ini!‟ kepada setiap pasangan. 2. Tulis cerita atau pernyataan masalah pada papan tulis. Contohnya:

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: 1. Pembilang 2. Lembaran „Selesaikan masalah ini!‟ (Rujuk BBM ms. 25) Aktiviti pengukuhan: 1. Kad bergambar 2. Pembilang

PERBENDAHARAAN KATA Jumlah Hasil tambah Menjadi Menghasilkan Kesemuanya Sama dengan Ayat matematik

Aiman ada lima biji guli. Abang beri satu biji guli lagi kepadanya. Berapa biji guli yang Aiman ada sekarang? 3. Bimbing murid cara menggunakan lembaran aktiviti tersebut. Mereka boleh menggunakan bahan yang sesuai untuk mencari jawapan. Bincang dan bandingkan dapatan mereka. 4. Ulangi langkah 2 dan 3 dengan memberikan contoh-contoh yang lain. 5. Edarkan Lembaran Kerja 3.6.

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Lekatkan dua keping kad bergambar seperti berikut pada papan tulis:

2. Minta murid untuk mereka sendiri cerita atau pernyataan masalah bagi operasi tambah dan seterusnya mencari jumlah objek pada kad bergambar tersebut. 3. Bimbing murid menggunakan ayat-ayat mudah, berdasarkan pengalaman mereka sendiri.

41

Aiman ada 5 biji guli. Abang beri 1 biji guli lagi kepadanya. Berapa biji guli yang Aiman ada sekarang?

5

+1

UNIT 3 TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 10

42

UNIT 4 TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 18 UNIT 4.1 STANDARD PEMBELAJARAN

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya untuk: Menentukan nilai lebih satu daripada suatu nombor.

1. Murid duduk secara berpasangan. Lekatkan kad Petak 100 bersaiz besar pada papan tulis. Edarkan kad Petak 100 dan pen marker kepada setiap pasangan.

BAHAN BANTU MENGAJAR

2. Minta seorang murid untuk memasukkan sepuluh biji gula-gula ke dalam sebuah balang lutsinar sambil membilang satu demi satu.

Sesi P&P: 1. Kad Petak 100 bersaiz besar 2. Kad Petak 100 3. Pen marker 4. Balang lutsinar 5. Gula-gula Aktiviti Pengukuhan: Garis nombor bersaiz besar

PERBENDAHARAAN KATA Membilang kesemuanya Membilang terus Jumlah Hasil tambah Menjadi Menghasilkan Kesemuanya Sama dengan Lebih satu daripada

Cadangan komunikasi: Ada berapa biji gula-gula di dalam balang? (Murid menjawab “Sepuluh biji gula-gula”) Saya masukkan lebih satu biji lagi. Ada berapa biji gula-gula di dalam balang itu sekarang? (Murid menjawab “Sebelas biji gula-gula”) Lebih satu daripada sepuluh ialah sebelas. Jika saya masukkan lebih satu biji lagi, berapa biji gula-gula yang ada sekarang? (Murid menjawab “Dua belas biji gula-gula”) Bagaimanakah kamu tahu? Tunjukkan saya. (Murid boleh membilang kesemua atau membilang terus gula-gula tersebut) Lebih satu daripada sebelas ialah dua belas. 3. Kaitkan „lebih satu daripada‟ melalui kad Petak 100 seperti berikut: Lebih satu daripada sepuluh … (tunjuk pada nombor „10‟) … ialah sebelas (tunjuk pada nombor „11‟ dan lukiskan satu lompatan anak panah ke petak berikutnya) Teruskan sehingga “Lebih satu daripada tujuh belas ialah lapan belas.” 1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

Lebih satu daripada sebelas ialah dua belas.

Lebih satu daripada tujuh belas ialah ...

Lebih satu daripada sepuluh ialah sebelas.

43

UNIT 4 TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 18

4. Bimbing murid untuk memahami bahawa lebih satu daripada suatu nombor adalah nombor yang berikutnya. 5. Edarkan Lembaran Kerja 4.1.

AKTIVITI PENGUKUHAN Kaitkan „lebih satu daripada‟ melalui garis nombor seperti berikut: Lebih satu daripada sepuluh … (tunjuk pada nombor „10‟) … ialah sebelas (tunjuk pada nombor „11‟) Teruskan sehingga “Lebih satu daripada tujuh belas ialah lapan belas.” 5 +3 10

+ 11

+ 12

+ 13

+ 14

+ 15

+ 16

Lebih satu daripada sebelas ialah dua belas.

+ 17

+ 18

+ 19

+ > 20

Lebih satu daripada tujuh belas ialah ...

Lebih satu daripada sepuluh ialah sebelas.

44

UNIT 4 TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 18 UNIT 4.2 STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Menyatakan jumlah bagi dua nombor.

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: Pembilang Aktiviti pengukuhan: 1. Kubus Unifix/Lego (dalam dua warna berbeza) 2. Garis nombor 3. Kad Petak 100

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Minta lima murid lelaki ke hadapan untuk membentuk kumpulan. Minta murid lain membilang jumlah murid lelaki dalam kumpulan itu. Tulis „5 murid lelaki‟ pada papan tulis. 2. Minta enam murid perempuan ke hadapan untuk membentuk satu lagi kumpulan. Minta murid lain membilang jumlah murid perempuan dalam kumpulan itu. Tulis „6 murid perempuan‟ pada papan tulis. Cadangan komunikasi: Lima dan enam jadi berapa semuanya? Mari kita bilang bersama-sama. (Gunakan kaedah „membilang kesemuanya‟ atau „membilang terus‟) Lima dan enam jadi sebelas. (Tuliskan „5 dan 6 jadi 11‟ pada papan tulis) 3. Perkenalkan cara lain untuk menerangkan aktiviti di atas, contohnya:

PERBENDAHARAAN KATA Membilang kesemuanya Membilang terus Jumlah Hasil tambah Menjadi Menghasilkan Kesemuanya Sama dengan

 kumpulan pertama kumpulan kedua.

 kumpulan kedua kumpulan pertama.

bergabung

bergabung

dengan

dengan

 kedua-dua kumpulan bergabung serentak.

4. Lukiskan situasi di atas pada papan tulis jika perlu. Gunakan dan tuliskan ayat yang berbeza untuk menerangkannya, contohnya: Lima dan enam sama dengan sebelas. Jumlah lima dan enam ialah sebelas.

45

UNIT 4 TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 18

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 5. Lukiskan situasi di atas pada papan tulis jika perlu. Gunakan dan tuliskan ayat yang berbeza untuk menerangkannya, contohnya: Dua dan tiga sama dengan lima. Jumlah dua dan tiga ialah lima. Dua dan tiga menghasilkan lima kesemuanya. 6. Ulangi aktiviti di atas dengan memberikan contoh-contoh yang lain. Minta murid menunjuk cara dengan melakonkan situasi, menggunakan pembilang atau melukis, dan seterusnya menulis ayat bagi situasi tersebut. 7. Edarkan Lembaran Kerja 4.2. AKTIVITI PENGUKUHAN Lekatkan garis nombor bersaiz besar pada papan tulis. Kaitkan aktiviti di atas dengan gerakan pada garis nombor tersebut, contohnya, „5 + 3‟ boleh ditunjukkan melalui kaedah:  membilang semula. 5 0

+ 1

+ 2

+3 + 3

+ 4

+ 5

+ 6

+ 7

+ 8

+ 9

+ 10

>

+ 7

+ 8

+ 9

+ 10

>

 membilang terus. 5 0

+ 1

+ 2

+3 + 3

+ 4

+ 5

+ 6

46

UNIT 4 TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 18 UNIT 4.3 STANDARD PEMBELAJARAN

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya untuk: Menulis ayat matematik bagi operasi tambah.

1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan sida yang mencukupi kepada setiap pasangan. 2. Minta beberapa murid menunjukkan penambahan „7‟ dan „8‟ dengan menggunakan:  sida atau objek maujud

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: 1. Sida (dalam dua warna yang berbeza) 2. Objek maujud di dalam bilik darjah 3. Papan tulis individu 4. Pen marker 5. Garis nombor

 melukis situasi tersebut

Aktiviti pengukuhan: 1. Bahan manipulatif yang berbeza (Kubus Unifix/Lego/Cuisenaire, kad Petak 100 dsb.) 2. Internet

PERBENDAHARAAN KATA atau kad bertitik Membilang kesemuanya Membilang terus Jumlah Hasil tambah Menjadi Menghasilkan Kesemuanya Sama dengan Ayat matematik

 garis nombor 7

0

+ 1

+ 2

+ 3

+8 + 4

+ 5

+ 6

+ 7

+ 8

+ 9

+ 10

+ + + + + + +> 11 12 13 14 15 16 17 18

47

UNIT 4 TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 18

3. Bimbing mereka menulis ayat matematik „7 + 8 = 15‟. Terangkan maksud simbol „+‟ dan „=‟. 4. Ulangi langkah 2 dengan contoh-contoh yang lain.

memberikan

5. Edarkan Lembaran Kerja 4.3.

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Aktiviti yang serupa diulangi dengan menggunakan bahan manipulatif yang lain. 2. Layari internet dan „Google‟ tajuk „How to use the (nama bahan manipulatif tersebut) in addition’.

48

UNIT 4 TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 18 UNIT 4.4 STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Menyatakan pasangan nombor yang menghasilkan jumlah yang sama.

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan satu set kad „Nombor Berskala‟ kepada setiap kumpulan. Lekatkan sekeping kad „Nombor Berskala‟ bersaiz besar, contohnya „16‟, pada papan tulis dan sebut:

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: 1. Set kad „Nombor Berskala‟ (Rujuk BBM ms. 15-24) 2. Kad „Nombor Berskala‟ bersaiz besar Aktiviti pengukuhan: Kubus Unifix/Lego (dalam dua warna berbeza) PERBENDAHARAAN KATA Membilang kesemuanya Membilang terus Jumlah Hasil tambah Menjadi Menghasilkan Kesemuanya Sama dengan Ayat matematik

16 Di sini ada kad yang panjangnya '16'. Saya akan cantumkan dua kad lain untuk mendapatkan kad yang panjangnya sama dengan ‘16’. Saya boleh gunakan kad '8' dan kad '8'. 2. Lekatkan kad berskala „8‟ dan „8‟ seperti berikut:

16 8

8

8 + 8 = 16

Kemudian tuliskan '8 + 8 = 16' sambil menyebut "Lapan dan lapan sama dengan enam belas".

3. Minta murid meletakkan kad „16‟ di atas meja dan mencari dua kad lain untuk dicantumkan supaya sama panjang dengan kad itu. Mereka harus mendapatkan kad berskala „7‟ dan „9‟. Semak jawapan murid. Cadangan komunikasi: Tujuh dan sembilan ... adakah sama dengan enam belas? Bagaimana kamu tahu? (Minta murid melekatkan kad berskala 7 + 9 bersaiz besar pada papan tulis dan nyatakan sama ada ianya sama panjang) Tujuh dan sembilan sama dengan enam belas. (Minta seorang murid menuliskan „7 + 9 = 16‟ bersebelahan kad tersebut)

16 7

9 9

7 + 9 = 16

7

9 + 7 = 16

49

UNIT 4 TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 18

4. Murid mungkin menggunakan kad yang sama tetapi disusun secara berbeza, contohnya, 9 + 7. Terangkan bahawa walaupun susunannya berbeza, jawapannya tetap sama. 5. Ulangi aktiviti di atas dengan contoh-contoh yang lain.

memberikan

6. Edarkan Lembaran Kerja 4.4.

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan kubus Unifix/Lego kepada setiap pasangan. Jelaskan kepada murid bahawa mereka harus mencantumkan kubus dalam dua warna untuk mendapatkan jumlah lima belas kubus kesemuanya, contohnya, 6 kubus kuning dan sembilan kubus merah.

2. Cadangan komunikasi: Ada berapa kubus kuning semuanya? Ada berapa kubus merah? Enam dan sembilan jadi enam belas kesemuanya. Siapakah yang boleh menulis ayat matematik ini? Adakah cara lain untuk mendapatkan enam belas kubus? 3. Biarkan murid meneroka. Apabila mereka telah mencantumkan jumlah kubus dengan betul, bincangkan dapatan mereka. Kemudian, minta murid menuliskan ayat matematiknya. Mereka akan dapati bahawa: 6 + 9 = 15 7 + 8 = 15 8 + 7 = 15 9 + 6 = 15 (Hadkan dalam lingkungan fakta asas tambah) 4. Ulangi aktiviti di atas dengan memberikan contohcontoh yang lain.

50

UNIT 4 TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 18 UNIT 4.5 STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Menyatakan secara spontan jumlah dua nombor.

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: 1. Set kad nombor (1 hingga 9) 2. Radio Aktiviti pengukuhan: 1. Sehelai kain (alas meja, kain batik dsb.) 2. Set kad nombor (1 hingga 9) PERBENDAHARAAN KATA Jumlah Hasil tambah Menjadi Menghasilkan Kesemuanya Sama dengan

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Susun dua set kad nombor secara rawak dalam bentuk bulatan di atas lantai. Seterusnya, pilih dua murid untuk menunjuk cara permainan. Pastikan murid berdiri di luar bulatan kad. Aturkan pemain seperti lampiran „Susunan Kumpulan I‟. 2. Muzik dimainkan dan murid mula berjalan (mengikut arah yang sama) mengelilingi bulatan kad. Apabila muzik dihentikan, murid perlu meletakkan jari mereka pada kad nombor yang berdekatan dan menambahkan kedua-dua nombor tersebut. Murid yang terdahulu menyebut jawapan yang betul diberikan satu mata. 3. Bentuk kumpulan (empat orang). Edarkan dua set kad nombor kepada setiap kumpulan. Murid mengambil giliran secara berpasangan untuk bermain. Pemain yang sama bermain tiga pusingan dalam aktiviti ini. Pada akhir permainan, markah dikira dan pemenang diberi ganjaran. 4. Edarkan Lembaran Kerja 4.5.

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Bentukkan kumpulan (sepuluh orang). Dua kumpulan, A dan B, akan bermain pada masa yang sama. Edarkan satu set kad nombor kepada setiap kumpulan. Aturkan kumpulan seperti lampiran „Susunan Kumpulan II‟. 2. Pilih seorang murid daripada setiap kumpulan untuk memegang kain sebagai penghadang antara dua kumpulan. 3. Setiap kumpulan diminta memilih seorang wakil. Wakil tersebut mesti memilih sekeping kad nombor dan memegang kad tersebut di dadanya supaya kad itu nanti dapat dilihat oleh pihak lawan apabila kain dijatuhkan. 4. Pada kiraan „3‟, murid yang memegang kain akan menjatuhkan kain.

51

UNIT 4 TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 18 5. Wakil kedua-dua kumpulan mesti menambahkan kedua-dua nombor tersebut (nombor sendiri tambah nombor pihak lawan). Murid yang terdahulu menyebut jawapan yang betul dikira sebagai pemenang dan satu markah diberi kepada kumpulan tersebut. 6. Semua ahli kumpulan harus mengambil giliran untuk bermain. Pada akhir permainan, markah dikira dan kumpulan yang menang diberi ganjaran.

Susunan Kumpulan I

2

Murid 1

1

5

5

2

3

4 Murid 2

4

3 1

Susunan Kumpulan II

KUMPULAN A

Pemegang Kain

Wakil Kumpulan

KUMPULAN B

Wakil Kumpulan

Ahli Kumpulan Yang lain

Ahli Kumpulan Yang lain

Pemegang Kain

52

UNIT 4 TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 18 UNIT 4.6 STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Menyelesaikan masalah harian yang mudah.

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan pembilang dan lembaran „Selesaikan masalah ini!‟ kepada setiap pasangan. 2. Tulis cerita atau pernyataan masalah pada papan tulis. Contohnya:

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: 1. Pembilang 2. Lembaran „Selesaikan masalah ini!‟ (Rujuk BBM ms. 25) Aktiviti pengukuhan: 1. Kad bergambar 2. Pembilang

PERBENDAHARAAN KATA Jumlah Hasil tambah Menjadi Menghasilkan Kesemuanya Sama dengan Ayat matematik

Aiman ada lima biji guli. Abang beri satu biji guli lagi kepadanya. Berapa biji guli yang Aiman ada sekarang? 3. Bimbing murid cara menggunakan lembaran aktiviti tersebut. Mereka boleh menggunakan bahan yang sesuai untuk mencari jawapan. Bincang dan bandingkan dapatan mereka. 4. Ulangi langkah 2 dan 3 dengan memberikan contoh-contoh yang lain. 5. Edarkan Lembaran Kerja 4.6.

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Lekatkan dua keping kad bergambar seperti berikut pada papan tulis:

2. Minta murid untuk mereka sendiri cerita atau pernyataan masalah bagi operasi tambah dan seterusnya mencari jumlah objek pada kad bergambar tersebut. 3. Bimbing murid menggunakan ayat-ayat mudah, berdasarkan pengalaman mereka sendiri.

53

UNIT 4 TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 18

Aiman ada 7 biji bola. Abang beri 8 biji bola lagi kepadanya. Berapa biji bola yang Aiman ada sekarang?

7 0

+ 1

+ 2

+ 3

+8 + 4

+ 5

+ 6

+ 7

+ 8

+ 9

+ 10

+ + + + + + +> 11 12 13 14 15 16 17 18

54

UNIT 5 TOLAK DALAM LINGKUNGAN 10 UNIT 5.1 STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Menentukan kurang satu daripada suatu nombor.

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: 1. Pundi kacang

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Lukis petak bernombor „0‟ hingga „10‟ di atas lantai pada satu garis lurus. 2. Minta seorang murid membaling pundi kacang ke dalam mana-mana kotak yang dilukis tadi, contohnya petak „4‟. Minta murid itu membuat empat lompatan sambil murid lain membilang jumlahnya. Cadangan komunikasi: Di petak nombor berapakah Aina berada? (Murid akan menjawab “Di petak nombor „4‟”) Sekarang cikgu minta Aina lompat satu petak ke belakang.

Aktiviti Pengukuhan: 1. Pembilang 2. Radio 3. Bola

PERBENDAHARAAN KATA

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

Kurang satu daripada Di manakah Aina sekarang? (Murid akan menjawab “Di petak nombor „3‟”) Kurang satu daripada empat ialah tiga. Jika Aina lompat satu petak lagi ke belakang, di manakah Aina akan berada? (Murid akan menjawab “Di petak nombor „2‟”) Bagaimanakah kamu tahu? Tunjukkan pada saya. (Aina diminta melompat satu petak ke belakang) Kurang satu daripada tiga ialah dua. 3. Ulangi langkah 2 dengan memberikan contohcontoh yang lain. Tunjukkan pergerakan tersebut di sepanjang kotak bernombor itu. Pastikan murid dapat memahami iaitu kurang satu daripada suatu nombor adalah nombor yang sebelumnya. Sebut dan tuliskan pada papan tulis: Kurang satu daripada sepuluh ialah sembilan. Kurang satu daripada sembilan ialah lapan. Kurang satu daripada lapan ialah ... (Murid diminta menyatakan nombornya. Teruskan sehingga “Kurang satu daripada dua ialah ...”) 4.

Edarkan Lembaran Kerja 5.1.

55

UNIT 5 TOLAK DALAM LINGKUNGAN 10

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Ubah suai langkah pengajaran menggunakan pembilang. Bimbing murid mengambil atau mengasingkan satu objek dari sekumpulan objek setiap kali guru menyebut “Kurang satu daripada (bilangan objek) ialah ...”. Kemudian minta murid menyebutkan baki yang tinggal. 2. Adakan permainan „Bola Beracun‟. Setiap kali seorang murid tersingkir, sebutkan ayat “Kurang satu daripada (bilangan pemain yang ada) ialah ...”

56

UNIT 5 TOLAK DALAM LINGKUNGAN 10 UNIT 5.2 STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Menulis ayat matematik bagi operasi tolak.

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: 1. Pembilang 2. Papan tulis individu 3. Pen marker 4. Garis nombor

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan pembilang, papan tulis individu, pen marker dan garis nombor kepada setiap kumpulan. 2. Minta beberapa murid menunjukkan operasi tolak bagi „10 – 4‟ dengan: 

menggunakan pembilang



melukis situasi pada papan tulis individu.

Aktiviti pengukuhan: 1. Radio 2. Kerusi

PERBENDAHARAAN KATA Ayat matematik

atau



menggunakan garis nombor

10

−4 3. Bimbing murid menulis ayat matematik ‟10 – 4 = 6‟. Terangkan maksud simbol „−‟ dan „=‟. 4. Ulangi langkah 2 dan 3 dengan memberikan contoh-contoh yang lain. Minta murid bergilir-gilir menggunakan bahan-bahan yang diberi. 5. Edarkan Lembaran Kerja 5.2.

57

UNIT 5 TOLAK DALAM LINGKUNGAN 10

AKTIVITI PENGUKUHAN Kaitkan aktiviti di atas dengan cantuman kubus Unifix/Lego, gerakan pada garis nombor dan gerakan pada kad Petak 100.

58

UNIT 5 TOLAK DALAM LINGKUNGAN 10 UNIT 5.3 STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Menyelesaikan masalah harian yang mudah.

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan pembilang yang mencukupi dan lembaran „Selesaikan masalah ini!‟ kepada setiap pasangan. 2. Tulis cerita atau pernyataan masalah pada papan tulis. Contohnya:

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: 1. Pembilang 2. Lembaran „Selesaikan masalah ini!‟ (Rujuk BBM ms. 25) Aktiviti pengukuhan: 1. Pembilang 2. Lembaran „Selesaikan masalah ini!‟ (Rujuk BBM ms. 25)

PERBENDAHARAAN KATA Ayat matematik Pangkah Buang Asingkan Keluarkan Tolak Cari perbezaan Cari perbandingan Baki Yang tinggal

Farid ada 7 biji buah rambutan. Dia makan 2 biji. Berapa biji buah rambutan yang tinggal? 3. Bimbing murid cara menggunakan lembaran aktiviti tersebut. Mereka boleh menggunakan bahan yang sesuai untuk mencari jawapan. Bincang dan bandingkan dapatan mereka. 4.

Ulangi langkah 2 dan 3 dengan memberikan contoh-contoh yang lain.

5.

Edarkan Lembaran Kerja 5.3.

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Ubah suai langkah-langkah pengajaran di atas dengan memberikan suatu nombor sebagai sasaran. 2. Minta murid untuk mereka sendiri cerita atau pernyataan masalah bagi operasi tambah untuk mendapatkan nombor sasaran sebagai jawapan. 3. Bimbing murid menggunakan ayat-ayat mudah, berdasarkan pengalaman mereka sendiri.

59

UNIT 5 TOLAK DALAM LINGKUNGAN 10

–2 7

Tulis ayat matematik di sini.

Farid ada 7 biji buah strawberi. Dia makan 2 biji. Berapa biji buah strawberi yang tinggal?

72=5

Lukis garis nombor di sini.

Lukis gambar di sini.

Lukis bahan-bahan lain di sini.

60

UNIT 6 TOLAK DALAM LINGKUNGAN 18 UNIT 6.1 STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Menentukan kurang satu daripada suatu nombor.

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: 1. Kad Petak 100 bersaiz besar 2. Kad Petak 100 3. Pen marker 4. Kad nombor (11 hingga 18) 5. Balang lutsinar 6. Gula-gula Aktiviti Pengukuhan: 1. Radio 2. Kerusi 3. Bola

PERBENDAHARAAN KATA Kurang satu daripada Sebelum

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Murid duduk secara berpasangan. Lekatkan kad Petak 100 bersaiz besar pada papan tulis. Edarkan kad Petak 100 dan pen marker kepada setiap pasangan. 2. Tunjukkan mereka kad nombor yang telah disusun secara rawak. Minta seorang murid mencabut sekeping kad nombor, contohnya „15‟, dan memasukkan sejumlah gula-gula ke dalam sebuah balang lutsinar mengikut bilangan nombor yang dicabut. Ada berapa biji gula-gula di dalam balang? (Murid akan menjawab “Lima belas biji gulagula”) Saya ambil satu biji. Ada berapa biji gula-gula di dalam balang itu sekarang? (Murid akan menjawab “Empat belas biji gulagula”) Kurang satu daripada lima belas ialah empat belas. Jika saya ambil satu biji lagi, berapa biji gula-gula yang ada sekarang? (Murid akan menjawab “Tiga belas biji gula-gula”) Bagaimanakah kamu tahu? Tunjukkan saya. (Murid boleh membilang baki gula-gula tersebut) Kurang satu daripada empat belas ialah tiga belas. 3. Kaitkan „kurang satu daripada‟ melalui kad Petak 100 seperti berikut: Kurang satu daripada lima belas … (Tunjuk pada nombor „15‟) … ialah empat belas (Tunjuk pada nombor „14‟ dan lukiskan satu lompatan anak panah ke petak sebelumnya) Teruskan sehingga “Kurang satu daripada sebelas ialah sepuluh.” 1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

Kurang satu daripada sebelas ialah ...

Kurang satu daripada empat belas ialah tiga belas.

Kurang satu daripada lima belas ialah empat belas.

61

UNIT 6 TOLAK DALAM LINGKUNGAN 18 4. Bimbing murid untuk memahami bahawa kurang satu daripada suatu nombor adalah nombor yang sebelumnya. 5. Edarkan Lembaran Kerja 6.1 ...”

AKTIVITI PENGUKUHAN Adakan permainan yang menunjukkan kemahiran ‟kurang satu daripada ...‟ seperti permainan ‟Kerusi Berirama‟ dan ‟Bola Beracun‟. Setiap kali seorang murid tersingkir, minta murid tersebut menulis ayat pada papan tulis bagi situasi itu.

62

UNIT 6 TOLAK DALAM LINGKUNGAN 18 UNIT 6.2 LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Mencari beza antara dua nombor.

1. Edarkan sida kepada setiap murid. Pilih seorang murid untuk membantu dalam tunjuk cara. Arahkan murid lain menggunakan sida yang diberi untuk aktiviti berikut: Kamu ada dua belas keping sida ... satu, dua, tiga, ..., dua belas. Sekarang keluarkan tujuh keping sida ... satu, dua, tiga, ..., tujuh. Berapa banyakkah sida yang tinggal? Bagaimanakah kamu dapat baki tersebut? Tunjukkan. (Untuk mendapatkan baki sida, bilang sida yang masih tinggal)

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: 1. Sida 2. Papan tulis individu 3. Pen marker Aktiviti pengukuhan: 1. Garis nombor bersaiz besar 2. Kad Petak 100 bersaiz besar

PERBENDAHARAAN KATA Pangkah Asingkan Keluarkan Kurangkan Tolak Perbezaan Perbandingan

2. Ulangi langkah 1 dengan memberikan contohcontoh yang lain. Gunakan perkataan berikut untuk menunjukkan operasi tolak:  pangkah/busuk/makan (mengikut situasi)  asingkan/keluarkan  cari perbezaan 3. Bimbing murid untuk melukis situasi tersebut. Contohnya:  Pangkah/busuk/makan (mengikut situasi)

 Asingkan/keluarkan

 Cari perbezaan/perbandingan

Melalui padanan satu-satu, objek yang tiada pasangan adalah bakinya.

4.

Edarkan lembaran kerja 6.2.

63

UNIT 6 TOLAK DALAM LINGKUNGAN 18 AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Lekatkan garis nombor bersaiz besar pada papan tulis. Kaitkan aktiviti di atas dengan garis nombor tersebut. Cadangan komunikasi: Gunakan garis nombor. Mula-mula, lompat dua belas langkah ke kanan. Kemudian tolak tujuh. Kita lompat tujuh langkah ke kiri. Apakah nombor yang kamu lihat sekarang? (Bulatkan „5‟ pada garis nombor.)

12

−7

2. Lekatkan kad Petak 100 bersaiz besar pada papan tulis. Kaitkan aktiviti di atas dengan kad Petak 100 tersebut. Soal jawab: Gunakan kad Petak 100. Mula-mula, cari nombor dua belas. Kemudian tolak tujuh. Kita lompat tujuh langkah ke kiri. Apakah nombor yang kamu lihat sekarang? (Bulatkan „5‟ pada kad Petak 100.) 1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

64

UNIT 6 TOLAK DALAM LINGKUNGAN 18 UNIT 6.3 STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Menulis ayat matematik bagi operasi tolak.

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Bentukkan kumpulan (empat orang). Edarkan pembilang, papan tulis individu, pen marker dan kad Petak 100 kepada setiap kumpulan. 2. Minta beberapa murid menunjukkan operasi tolak bagi „16 – 7‟ dengan:

BAHAN BANTU MENGAJAR

 menggunakan pembilang

Bagi sesi P&P: 1. Pembilang 2. Papan tulis individu 3. Pen marker 4. Kad Petak 100 5. Pembilang Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Bahan manipulatif yang berbeza (Bongkah Cuisenaire, Papan 100 dsb.) 2. Internet  Melukis situasi pada papan tulis individu. PERBENDAHARAAN KATA Ayat matematik Pangkah Buang Asingkan Keluarkan Tolak Cari perbezaan Cari perbandingan Baki Yang tinggal

atau

65

UNIT 6 TOLAK DALAM LINGKUNGAN 18

menggunakan kad Petak 100.



1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

3.

Bimbing murid menulis ayat matematik „16 – 7 = 9‟. Terangkan maksud simbol „−„ dan „=‟.

4.

Ulangi langkah 2 dan 3 dengan memberikan contoh-contoh yang lain. Minta murid bergilir-gilir menggunakan bahan-bahan yang diberi.

5.

Edarkan Lembaran Kerja 6.3.

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Aktiviti yang serupa diulangi dengan menggunakan bahan manipulatif yang lain. 2. Layari internet dan „Google‟ tajuk „How to use the (nama bahan manipulatif tersebut) in subtraction‟.

66

UNIT 6 TOLAK DALAM LINGKUNGAN 18 UNIT 6.4 STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Menyatakan secara spontan fakta asas tolak.

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: 1. Set kad fakta asas tolak (tanpa jawapan). 2. Radio Aktiviti Pengukuhan: Set kad fakta asas tolak (tanpa jawapan), lima keping dalam setiap set, disusun secara rawak.

PERBENDAHARAAN KATA

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Susun sepuluh keping kad fakta asas tolak secara rawak dalam bentuk bulatan di atas lantai. Seterusnya, pilih dua murid untuk menunjuk cara permainan. Pastikan murid berdiri di luar bulatan kad. Aturkan kumpulan seperti lampiran „Susunan Kumpulan I‟ dalam Unit 3.5. 2. Muzik dimainkan dan murid mula berjalan (mengikut arah yang sama) mengelilingi bulatan kad. Apabila muzik dihentikan, murid perlu meletakkan jari mereka pada kad fakta asas tolak yang berdekatan. Murid yang terdahulu menyebut jawapan yang betul diberikan satu mata. 3. Bentuk kumpulan (empat orang). Edarkan satu set kad fakta asas tolak kepada setiap kumpulan. Murid mengambil giliran secara berpasangan untuk bermain. Pemain yang sama bermain tiga pusingan dalam aktiviti ini. Pada akhir permainan, markah dikira dan pemenang diberi ganjaran. 4. Edarkan Lembaran Kerja 6.4

Fakta asas tolak

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Bentukkan kumpulan (empat orang). Edarkan satu set kad fakta asas tolak yang disusun secara rawak kepada setiap kumpulan. Set kad fakta asas tolak diletakkan di atas meja secara terlungkup. 2. Salah seorang murid akan menjadi „pencabut kad‟ dan seorang murid lagi sebagai „pencatat markah‟. „pencabut kad‟ akan mencabut kad paling atas dan menunjukkannya kepada semua ahli kumpulan. Pemain yang terdahulu menyebut jawapan yang betul diberikan satu mata oleh „pencatat markah‟. 3. Kesemua kad perlu dicabut satu-persatu. Pada akhir permainan, markah dikira dan pemenang diberi ganjaran.

67

UNIT 6 TOLAK DALAM LINGKUNGAN 18

SENARAI FAKTA ASAS TOLAK

18 – 9 17 - 8 16 – 7 15 – 6 14 – 5 13 – 4 12 – 3 11 – 2 10 – 1

9–0

17 – 9 16 – 8 15 – 7 14 – 6 13 – 5 12 – 4 11 – 3 10 – 2

9–1

8–0

16 – 9 15 – 8 14 – 7 13 – 6 12 – 5 11 – 4 10 – 3

9–2

8–1

7–0

15 - 9 14 – 8 13 – 7 12 – 6 11 – 5 10 – 4

9–3

8–2

7–1

6–0

14 – 9 13 – 8 12 – 7 11 – 6 10 – 5

9–4

8–3

7–2

6–1

5–0

13 – 9 12 – 8 11 – 7 10 – 6

9–5

8–4

7–3

6–2

5–1

4–0

12 – 9 11 – 8 10 – 7

9–6

8–5

7–4

6–3

5–2

4–1

3–0

11 – 9 10 – 8

9–7

8–6

7–5

6–4

5–3

4–2

3–1

2–0

10 – 9

9–8

8–7

7–6

6–5

5–4

4–3

3–2

2–1

1–0

9–9

8–8

7–7

6–6

5–5

4–4

3 -3

2–2

1–1

0–0

68

UNIT 6 TOLAK DALAM LINGKUNGAN 18 UNIT 6.5 STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Menyatakan pasangan nombor yang mungkin, di mana apabila ditolak memberi baki yang sama.

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: 1. Sida 2. Keratan kertas warna berbentuk sida bersaiz besar 3. Pelekat 4. Pen marker Aktiviti Pengukuhan: Garis nombor bersaiz besar

PERBENDAHARAAN KATA Baki Dapat berapa Tinggal berapa Ayat matematik Fakta asas tolak

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan sida kepada setiap pasangan. Cadangan komunikasi: Ambil dua sida. (Lekatkan dua keratan „sida‟ pada papan tulis) Sekarang, kurangkan (asingkan) satu sida. (Lukis pada papan tulis seperti berikut) Atau

Berapakah baki sida yang tinggal? Dua sida dikurangkan (diasingkan) satu, dapat baki satu sida. (Tulis ayat matematik „2 – 1 = 1‟ pada papan tulis bersebelahan „sida‟ tadi) Sekarang, ambil tiga sida. (Lekatkan tiga keratan „sida‟ pada papan tulis) Berapa keping sida yang kamu perlu kurangkan (asingkan) untuk mendapat baki satu sida? (Minta murid untuk mewakilkan ini dengan menggunakan sida mereka. Kemudian lukis pada papan tulis seperti berikut) Atau

Tiga sida dikurangkan (diasingkan) dua, baki satu sida. (Minta murid menulis ayat matematik „3 – 2 = 1‟ pada papan tulis bersebelahan „sida‟ tadi) 2. Ulangi aktiviti di atas untuk nombor yang berikutnya. Bimbing murid melihat pola berikut:

69

UNIT 6 TOLAK DALAM LINGKUNGAN 18

Atau

Setiap kali sekeping sida ditambah, murid perlu membuang sekeping lagi sida untuk mendapatkan baki yang sama. 4. Ulangi aktiviti di atas dengan memberikan contohcontoh yang lain. Mulakan dengan nombor yang lebih kecil. Minta murid meneroka bersama pasangan mereka. Kemudian bincangkan dapatan mereka. 5. Edarkan Lembaran Kerja 6.5.

AKTIVITI PENGUKUHAN Gunakan pola berikut pengetahuan murid. 

mengukuhkan

Ayat matematik 2–1=1 3–2=1 4–3=1 5– =1 –5=1



untuk

Lima tolak berapa baki satu? Berapa tolak lima baki satu?

Garis nombor

2

−1

2–1=1

70

UNIT 6 TOLAK DALAM LINGKUNGAN 18

3

−2

3–2=1

4

−3

4–3=1

5

5−

=1

71

UNIT 6 TOLAK DALAM LINGKUNGAN 18 UNIT 6.6 STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Menyatakan secara spontan beza antara dua nombor . BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: Set kad fakta asas tolak dalam lingkungan 18 (tanpa jawapan), (Rujuk Senarai Fakta Asas Tolak dalam Unit 6.4) Aktiviti Pengukuhan: Set kad fakta asas tolak (tanpa jawapan), lapan keping dalam setiap set disusun secara rawak. (Rujuk senarai Fakta Asas Tolak dalam unit 6.4).

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Bentukkan empat kumpulan. Aturkan kumpulan seperti lampiran „Pelan Permainan‟. 2. Kad fakta asas tolak diletakkan di atas meja secara terlangkup. 3. Kumpulan 1 akan bertanding dengan kumpulan 2. Pada masa yang sama kumpulan 3 akan bertanding dengan kumpulan 4. 4. Seorang murid arus perdana dilantik penyemak bagi setiap pertandingan.

sebagai

5. Seorang wakil dari setiap kumpulan akan pergi ke meja penyemak sebagai pemain. 6. Penyemak akan menunjukkan sekeping kad fakta asas tolak. 7. Pemain yang terdahulu menyebut jawapan yang betul diberikan satu mata. 8. Ulangi langkah 5 hingga 7 dengan ahli berikutnya.

PERBENDAHARAAN KATA Fakta asas tolak

9. Pada akhir permainan, markah dikira dan kumpulan yang menang diberi ganjaran. 10. Edarkan Lembaran Kerja 6.6.

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan satu set fakta asas tolak kepada setiap pasangan dan letakkan ia di atas meja secara terlungkup. 2. Murid pertama diminta membuka kad paling atas dan memberikan jawapan kepada kad tersebut. 3. Satu markah diberikan bagi jawapan yang betul. Sifar diberikan pada jawapan yang salah. 4. Murid kedua pula mengambil giliran. Permainan diteruskan sehingga kesemua kad dibuka. 5. Murid yang mendapat markah yang tertinggi dikira sebagai pemenang.

72

UNIT 6 TOLAK DALAM LINGKUNGAN 18

PELAN PERMAINAN

73

UNIT 6 TOLAK DALAM LINGKUNGAN 18 UNIT 6.7 STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Menyelesaikan masalah harian yang mudah.

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Lekatkan kad bergambar beserta kad fakta asas tolak yang berkenaan pada papan tulis, contohnya:

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: 1. Kad bergambar 2. Kad fakta asas tolak. (tanpa jawapan), Aktiviti Pengukuhan: Lembaran ‟Selesaikan masalah ini!‟ (Rujuk BBM ms. 25)

PERBENDAHARAAN KATA

12 – 3 =

Fakta asas tolak 2. Bimbing murid membina cerita berdasarkan gambar dan kad fakta asas tolak yang ditunjukkan. 3. Murid diminta menyelesaikan masalah tersebut. 4. Ulangi langkah 1 hingga 3 dengan memberikan contoh-contoh yang lain. 5. Edarkan Lembaran Kerja 6.7.

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Ubah suai langkah-langkah pengajaran di atas dengan memberikan suatu nombor sebagai sasaran. 2. Minta murid untuk mereka sendiri cerita atau pernyataan masalah bagi operasi tolak untuk mendapatkan nombor sasaran sebagai jawapan. 3. Bimbing murid menggunakan ayat-ayat mudah, berdasarkan pengalaman mereka sendiri.

74

UNIT 7 WANG HINGGA RM10 UNIT 7.1 STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Mengenal pasti mata wang Malaysia.

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: 1. Cetakan duit syiling/ wang kertas bersaiz besar 2. Sampel duit syiling/wang kertas 3. Krayon/pensel warna Aktiviti Pengukuhan: 1. Sampel duit syiling/wang kertas 2. Kertas tulis 3. Krayon/pensel warna 4. Pembayang/tekateki/Puzzle duit syiling/wang kertas 5. Lampiran ‘Rekod Perbelanjaan / (Simpanan) Harian Dalam Seminggu’

PERBENDAHARAAN KATA Kurang satu daripada Duit syiling Sen Wang kertas Ringgit Saiz Gambar

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Murid duduk secara berpasangan. Lekatkan cetakan duit syiling bersaiz besar pada papan tulis secara rawak. Edarkan satu set sampel duit syiling kepada setiap pasangan. 2. Minta murid memperihalkan tentang duit syiling tersebut (nombor, tulisan dan gambar pada permukaan, saiz dan sebagainya) berdasarkan pemerhatian dan pengalaman mereka. 3. Kemudian, minta mereka menyusun semula duit syiling tersebut daripada saiz yang terkecil kepada saiz yang terbesar. Beberapa murid diminta melekatkan cetakan syiling saiz besar pada papan tulis mengikut susunan yang sama. Cadangan komunikasi: Adakah kamu menyusun semula duit syiling dengan betul? Semak jawapan kamu. Apa yang kamu lihat? (Saiz duit syiling semakin besar. Nombor pada duit syiling juga semakin besar) 4. Perkenalkan perkataan ‘sen’ serta duit syiling lima sen, sepuluh sen, dua puluh sen dan lima puluh sen. 5. Edarkan beberapa set sampel duit syiling kepada setiap pasangan. Minta mereka kelompokkan duit syiling tersebut mengikut saiz atau nilai yang anda sebutkan. 6. Seterusnya, minta mereka menekap dan menggores duit syiling menggunakan krayon/pensel warna mengikut susunan saiz atau nilai dalam buku latihan. 7. Edarkan Lembaran Kerja 7.1 Nota: Aktiviti yang serupa diulangi untuk wang kertas. Perkenalkan tulisan ‘RM’ yang tertera pada wang kertas yang bermaksud ‘ringgit’. Perbandingan juga boleh dibuat berdasarkan warna pada wang kertas.

75

UNIT 7 WANG HINGGA RM10

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Bentukkan kumpulan (empat orang). Edarkan satu set sampel duit syiling, sehelai kertas tulis dan krayon/pensel warna kepada setiap kumpulan. Minta mereka hasilkan corak daripada goresan duit syiling mengikut kreativiti masing-masing. Pamerkan hasil kerja yang terbaik pada papan kenyataan kelas. 2. Bentukkan kumpulan (empat orang). Pegang sekeping sampel duit syiling dalam tangan tanpa menunjukkannya kepada murid. Minta murid meneka nilai duit syiling tersebut berdasarkan pembayang yang diberi. Cadangan komunikasi: Saya ada sekeping duit syiling dalam tangan saya. Ia lebih kecil daripada dua puluh sen, tetapi ia bukan lima sen. Duit syiling apakah yang saya ada? Selepas mendengar setiap jawapan, tunjukkan kepada murid sampel duit syiling tersebut untuk melihat jika tekaan mereka betul. Teruskan permainan menggunakan sampel duit syiling dan memberikan pembayang yang lain. Kemudian, edarkan satu set sampel duit syiling kepada setiap kumpulan. Minta mereka meneruskan permainan secara berkumpulan. 3. Bentukkan kumpulan (empat orang). Adakan permainan ‘Mencari Harta Karun’. Letakkan pembayang/teka-teki/puzzle gambar duit syiling dalam sampul surat di setiap stesen untuk diselesaikan oleh setiap kumpulan. Pada akhir permainan mereka harus menyerahkan jawapan. Pemenangnya ialah kumpulan yang dapat menjawab soalan dengan cepat dan tepat. 4. Minta murid mencatat rekod perbelanjaan harian mereka dalam seminggu. Setiap hari, mereka perlu menggores duit syiling atau melukis wang kertas yang diberi oleh ibubapa dalam rekod tersebut (Rujuk kepada lampiran ‘Rekod Perbelanjaan Harian Dalam Seminggu’). Minta mereka melekatkan rekod tersebut dalam buku latihan. Nota: Aktiviti yang serupa diulangi untuk wang kertas.

76

UNIT 7 WANG HINGGA RM10

REKOD PERBELANJAAN/SIMPANAN HARIAN DALAM SEMINGGU Hari

Wang belanja/simpanan harian saya

Ahad

Isnin

Selasa

Rabu

Khamis

Jumaat

Sabtu

77

UNIT 7 WANG HINGGA RM10 UNIT 7.2

STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Mewakilkan nilai wang dalam ‘RM’ dan ‘sen’.

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: 1. Pelbagai barangan terpakai untuk jualan 2. Sampel duit syiling/wang kertas satu ringgit Aktiviti pengukuhan: (Tiada) PERBENDAHARAAN KATA Duit syiling Sen Wang kertas Ringgit Belanja

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Beberapa hari sebelum sesi ini dijalankan:  sediakan atau minta murid membawa barang mainan lama, buku-buku dan sebagainya  tandakan harga setiap barang kurang daripada 1 ringgit. 2. Pada hari ‘Jualan Mega’:  bentukkan kumpulan (empat orang)  tetapkan beberapa kumpulan sebagai ‘pembeli’ dan kumpulan yang lain sebagai ‘penjual’  susunkan meja dan barang-barang untuk jualan  edarkan sampel duit syiling yang mencukupi kepada setiap kumpulan ‘pembeli’. 3. Maklumkan kepada murid bagaimana aktiviti ini dijalankan.  ‘Pembeli’ akan menggunakan sampel wang yang mereka terima sebagai ‘wang belanja’. Mereka perlu membayar harga barang yang dibeli dengan jumlah wang yang betul.  ‘Penjual’ perlu memeriksa jumlah wang yang dibayar oleh ‘pembeli’ bagi barang yang di jual. 4. Beredar di sekeliling kelas untuk membantu mereka dalam aktiviti ini dan kenal pasti masalah pembelajaran murid. 5. Edarkan Lembaran Kerja 7.2. Nota: Aktiviti yang serupa diulangi untuk:  mewakilkan nilai wang dalam RM Harga setiap barang ditandakan kurang daripada lima ringgit. Peranan kumpulan ‘penjual’ dan ‘pembeli’ perlu ditukar pada sesi akan datang.

AKTIVITI PENGUKUHAN Berdasarkan aktiviti ‘Jualan Mega’ tersebut, bincangkan tentang tabiat perbelanjaan wang yang baik atau bijak.  Mengapa mereka memilih untuk membeli sesuatu barang dan tidak barang yang lain?  Mengapa sesetengah kumpulan memilih untuk menyimpan sedikit wang daripada membelanjakan kesemuanya sekali?  Mengapa ianya penting bagi mereka untuk menyimpan sedikit wang di kemudian hari?

78

UNIT 7 WANG HINGGA RM10 UNIT 7.3 STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Menukarkan a) duit syiling sehingga RM1 b) wang kertas sehingga RM10.

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: 1. Sampel duit syiling/wang kertas 2. Cetakan duit syiling/wang kertas bersaiz besar 3. Lembaran Aktiviti 7.3(a) & 7.3(b) Aktiviti pengukuhan: 1. Sampel duit syiling/wang kertas 2. Pen marker 3. Papan tulis individu

PERBENDAHARAAN KATA Duit syiling Sen Wang kertas Ringgit Belanja

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan set sampel duit syiling kepada setiap pasangan. 2. Lekatkan cetakan duit syiling dua puluh sen bersaiz besar pada papan tulis. Cadangan komunikasi: Tunjukkan cikgu duit syiling yang sama nilainya dengan dua puluh sen. (Semak jawapan murid dan minta seorang murid melekatkan cetakan duit syiling yang sama nilainya pada papan tulis)

3. Cadangan komunikasi: Adakah nilai ini ... (Tunjuk kepada cetakan duit syiling dua puluh sen tadi) ... sama nilainya dengan ini? (Tunjuk kepada cetakan dua keping duit syiling sepuluh sen) Mengapa? (Mereka sepatutnya boleh menyatakan “Sepuluh dan sepuluh jadi dua puluh”) 4. Cadangan komunikasi: Siapa ada jawapan lain? (Ulangi soal jawab dalam kombinasi duit syiling ini)

langkah

4

bagi

5. Ulangi langkah 2 hingga 5 dengan memberikan contoh-contoh yang lain. 6. Edarkan Lembaran Aktiviti 7.3(a) kepada setiap murid. Minta murid berbincang bersama pasangan dan kemudian bincangkan jawapan mereka bersama-sama. Bimbing mereka melihat pelbagai kemungkinan jawapan yang betul. Minta mereka melekatkan lembaran aktiviti tersebut dalam buku latihan. 7. Edarkan Lembaran Kerja 7.3. Nota: Aktiviti yang serupa diulangi untuk:  menukarkan wang kertas sehingga RM10 Gunakan Lembaran Aktiviti 7.3(b).

79

UNIT 7 WANG HINGGA RM10

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Bentukkan kumpulan (empat orang). Edarkan pen marker dan papan tulis individu kepada setiap kumpulan. 2. Pegang beberapa keping sampel duit syiling dalam tangan tanpa menunjukkannya kepada murid. Minta murid meneka nilai duit syiling tersebut berdasarkan pembayang yang diberi. Cadangan komunikasi: Saya ada dua keping duit syiling dalam tangan saya. Kedua-duanya sama besar. Jumlahnya dua puluh sen. Duit syiling apakah yang saya ada? 3. Minta murid berbincang dan melukiskan duit syiling yang mereka teka pada papan tulis individu, serta menunjukkannya kepada anda. Kemudian, tunjukkan kepada murid duit syiling tersebut untuk melihat jika tekaan mereka betul. 4. Ulangi langkah 2 dan 3 dengan memberikan soalan yang mempunyai lebih daripada satu jawapan. Contohnya: Saya ada tiga keping duit syiling yang berjumlah tiga puluh sen. Duit syiling apakah yang saya ada? Lukiskan pada papan tulis kamu. 5. Ulangi aktiviti ini dengan menggunakan sampel duit syiling dan memberikan pembayang yang lain. Jadikan ia satu pertandingan. Nota: Aktiviti yang serupa diulangi untuk:  menukarkan wang kertas sehingga RM10.

80

UNIT 7 WANG HINGGA RM10 Lembaran Aktiviti 7.3(a) Saya tahu menukarkan duit syiling yang sama nilainya. No.

Ini duit syiling saya

Warnakan duit syiling yang sama nilainya

1.

Jumlah:____________ 2.

Jumlah:____________ 3.

Jumlah:____________ 4.

Jumlah:____________ 5.

Jumlah:____________

81

UNIT 7 WANG HINGGA RM10 Lembaran Aktiviti 7.3(b)

Saya tahu menukarkan wang kertas yang sama nilainya.

No.

Ini wang kertas saya.

Warnakan wang kertas yang sama nilainya.

1.

Jumlah: _________ 2.

Jumlah: _________ 3.

Jumlah: _________

82

UNIT 7 WANG HINGGA RM10 UNIT 7.4 STANDARD PEMBELAJARAN

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya untuk: Menukar: a) duit syiling sehingga RM1. b) wang kertas sehingga RM10 .

1. Adakan aktiviti ‘Jualan Mega 2’ (Rujuk Unit 7.2) untuk sesi pengajaran ini. Harga setiap barang ditandakan di antara lima sen dan lima puluh sen.

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: 1. Pelbagai barangan terpakai untuk jualan 2. Sampel duit syiling/wang kertas Aktiviti Pengukuhan: 1. Pelbagai jenis bekas/balang/botol kosong 2. Bahan hiasan (pelekat, perada/gold dust dsb.) 3. Pen marker pelbagai warna 4. Lampiran ‘Rekod Perbelanjaan / (Simpanan) Harian Dalam Seminggu’ (Rujuk Unit 7.1) 5. Sampel duit syiling/ wang kertas

PERBENDAHARAAN KATA Duit syiling Sen Wang kertas Ringgit Tambah Tolak

2. Pada hari ‘Jualan Mega 2’:  bentukkan kumpulan (lima orang)  tetapkan beberapa kumpulan sebagai ‘pembeli’ dan kumpulan yang lain sebagai ‘penjual’  susunkan meja dan barang-barang untuk jualan  edarkan sampel duit syiling yang mencukupi kepada setiap kumpulan ‘pembeli’. 3. Maklumkan kepada murid bagaimana aktiviti ini dijalankan.  ‘Pembeli’ akan menggunakan sampel wang yang mereka terima sebagai ‘wang belanja’. Mereka dibenarkan membeli lebih daripada satu barang sekiranya wang mereka mencukupi. Mereka perlu membawa bersama barang yang dibeli bersama-sama wang baki yang ada.  ‘Penjual’ pula akan menyimpan semua wang yang diterima daripada ‘pembeli’. 4. Beredar di sekeliling kelas untuk membantu mereka dalam aktiviti ini dan kenal pasti masalah pembelajaran murid. 5. Adakan sesi perbincangan.  Minta setiap kumpulan untuk menambahkan harga mana-mana dua atau lebih barang yang dijual, yang berjumlah sehingga satu ringgit. Harga Barang A + Harga Barang B = _____  Minta mereka untuk menolakkan harga mana-mana barang yang dibeli daripada jumlah wang belanja yang diterima. Jumlah wang belanja – Harga Barang C = _____  Minta mereka mencatatkan ayat matematik dalam buku latihan. 6. Edarkan Lembaran Kerja 7.4. Nota: Aktiviti yang serupa diulangi untuk:  menambah dan menolak wang sehingga RM10

kertas

JANGAN perkenalkan dahulu titik yang memisahkan ringgit dan sen. Tandakan harga setiap barang di antara satu ringgit dan lima ringgit. Peranan kumpulan ‘penjual’ dan ‘pembeli’ perlu ditukar pada sesi akan datang.

83

UNIT 7 WANG HINGGA RM10

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Ceritakan bagaimana orang zaman dahulu bertukar-tukar barang untuk mendapatkan bekalan dan makanan tanpa menggunakan wang. Kemudian bincangkan tentang cara bagaimana setiap murid boleh menyimpan wang belanja harian untuk membeli sesuatu yang istimewa. 2. Beberapa hari sebelum sesi ini dijalankan, sediakan atau minta murid membawa:  sejenis bekas (balang atau botol kosong)  bahan hiasan (pelekat, perada atau gold dust dan sebagainya)  pen marker pelbagai warna Minta murid menghasilkan tabung simpanan masing-masing. Minta mereka menulis nama dan menghias tabung tersebut mengikut kreativiti masing-masing. 3. Minta murid menggunakan tabung yang telah dihasilkan untuk menyimpan lebihan belanja harian. Mereka juga diminta menulis jumlah simpanan harian tersebut dalam rekod simpanan mingguan. Rekod ini perlu dilekatkan dalam buku latihan. Minta bantuan ibu bapa untuk menandatangani rekod ini setiap hari. Pada penghujung minggu, murid akan menggunakan sampel duit syiling dan rekod ini untuk menjumlahkan wang simpanan mereka di dalam kelas. Minta bantuan ibu bapa untuk menjumlahkan wang simpanan sebenar anak mereka berdasarkan jumlah pada rekod tersebut. Nota: Aktiviti di atas boleh dijalankan dalam tiga sesi yang berlainan. Aktiviti yang serupa diulangi untuk:  menambah dan menolak wang kertas sehingga RM10.

84

UNIT 7 WANG HINGGA RM10 UNIT 7.5 STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Menyelesaikan masalah harian yang mudah berkaitan wang.

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan sampel duit syiling dan wang kertas yang mencukupi dan lembaran ‘Selesaikan masalah ini!’ kepada setiap pasangan. 2. Tulis cerita atau pernyataan masalah pada papan tulis. Contohnya:

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: 1. Sampel duit syiling/ wang kertas 2. Lembaran ‘Selesaikan masalah ini!’ Aktiviti Pengukuhan: 1. Kad bergambar

PERBENDAHARAAN KATA Duit syiling Sen Wang kertas Ringgit Tambah Tolak

Saya membeli gula-gula berharga 30 sen dan sepaket keropok berharga 60 sen. Berapakah jumlah yang telah saya belanjakan? Di sebuah kedai, Aliya membeli beberapa buah barang yang berjumlah RM3. Dia membayar dengan sekeping wang kertas RM5. Berapakah baki wang Aliya? 3. Bimbing murid cara menggunakan lembaran aktiviti tersebut. Mereka boleh menggunakan sampel duit syiling dan wang kertas untuk mencari jawapan. Bincang dan bandingkan dapatan mereka. 4. Ulangi langkah 2 dan 3 dengan memberikan contoh-contoh yang lain. 5. Edarkan Lembaran Kerja 7.5.

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Lekatkan beberapa kad bergambar pada papan tulis, contohnya:

Wang belanja

RM3

90 sen

2. Minta murid untuk mereka sendiri cerita atau pernyataan masalah bagi operasi tambah atau tolak berdasarkan kad bergambar tersebut. 3. Bimbing murid menggunakan ayat-ayat mudah, berdasarkan pengalaman mereka sendiri.

85

UNIT 7 WANG HINGGA RM10

86

UNIT 8 MASA DAN WAKTU UNIT 8.1 STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Menyatakan bahagianbahagian dalam sehari dengan betul. BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P Kad perkataan  ‘pagi’  ‘tengah hari’  ‘petang’  ‘malam’  ‘tengah malam’ Aktiviti Pengukuhan 1. Kertas mahjong 2. Krayon/Pensel warna 3. Pen marker

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Tunjukkan gambar aktiviti-aktiviti dalam sehari. 2. Minta murid memperihalkan tentang gambar tersebut. Perkenalkan dan lekatkan kad perkataan ‘pagi’, ‘tengah hari’, ‘petang’, ‘malam’ dan ‘tengah malam’ pada papan tulis. Kemudian minta murid menyebut dan mengeja perkataan dengan betul. 3. Minta murid memperihalkan aktiviti dalam sehari mengikut pengetahuan dan pengalaman mereka. Bincangkan. Contohnya:  Saya memberus gigi dua kali sehari iaitu selepas bangun pagi dan sebelum tidur.  Saya tidak tidur pada waktu siang, tetapi saya tidur pada waktu malam.  Pada waktu siang saya dapat melihat matahari. Pada waktu malam saya melihat bulan.  Saya makan tiga kali sehari iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.

PERBENDAHARAAN KATA Aktiviti Pagi Tengah hari Petang Malam Tengah malam/larut malam

 Ada orang suka pergi ke taman pada waktu pagi. Saya suka pergi ke taman pada waktu petang.  Saya tidak boleh menonton televisyen sehingga larut malam. Saya akan mengantuk di dalam kelas. 4. Edarkan Lembaran Kerja 8.1. Nota: Sekiranya perlu bahagikan pengajaran ini kepada beberapa sesi pengajaran, contohnya:  ‘waktu siang’ dan ‘waktu malam’  ‘pagi’, ‘petang’ dan ‘malam’  ‘tengah hari’ dan ‘tengah malam’ Kemudian susun bahagian-bahagian sehari tersebut dalam turutan yang betul.

dalam

87

UNIT 8 MASA DAN WAKTU

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Bawa murid menikmati atau memerhati suasana pada bahagian tertentu dalam sehari, contohnya:  Udara sejuk pada waktu pagi, udara panas pada waktu tengah hari.  Kedudukan matahari pada waktu pagi, tengah hari dan petang. 2. Dalam kumpulan kecil, minta murid catatkan atau lukiskan pemerhatian mereka pada kertas mahjong. Kemudian bincangkan dapatan murid dengan kumpulan yang lain. 3. Pamerkan hasil kerja murid pada papan kenyataan.

88

UNIT 8 MASA DAN WAKTU UNIT 8.2 STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Menyebut aktiviti mengikut bahagianbahagian hari

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: 1. Kad perkataan ‘pagi’ ‘tengah hari’ ‘petang’ ‘malam’ ‘tengah malam’ 2. Gambar aktiviti dalam sehari (Rujuk BBM ms. 26-32) 3. Krayon/pensel warna 4. Gunting 5. Gam 6. Kertas mahjong 7. Pen marker Aktiviti pengukuhan: 1. Gambar/Foto aktiviti dalam sehari 2. Gunting 3. Gam

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Lekatkan kad perkataan ‘pagi’, ‘tengah hari’, ‘petang’, ‘malam’ dan ‘tengah malam’ pada papan tulis. 2. Minta murid menyenaraikan aktiviti mengikut bahagian-bahagian hari mengikut pengetahuan dan pengalaman mereka. Bincangkan. 3. Kemudian edarkan gambar aktiviti-aktiviti dalam sehari kepada setiap kumpulan. Minta murid mewarna, menggunting dan melekatkan gambar tersebut pada kertas mahjong mengikut turutan bahagian-bahagain hari yang betul. Minta murid menuliskan situasi di bawah setiap keratan gambar. 4. Minta setiap kumpulan membentangkan hasil kerja mereka. Pamerkan carta-carta tersebut pada papan kenyataan. Carta ini akan digunakan lagi dalam Unit 8.5. 5. Edarkan Lembaran Kerja 8.2.

AKTIVITI PENGUKUHAN Galakkan murid untuk menambah gambar atau foto aktiviti dalam sehari pada carta. Minta murid menuliskan cerita mengenai peristiwa tersebut. Pamerkan cerita yang terbaik pada papan kenyataan.

PERBENDAHARAAN KATA Aktiviti Pagi Tengah hari Petang Malam Tengah malam

89

UNIT 8 MASA DAN WAKTU UNIT 8.3 STANDARD PEMBELAJARAN

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya untuk: Menamakan hari dalam seminggu mengikut urutan.

1. Lekatkan kalendar bersaiz besar pada papan tulis. Edarkan kalendar bersaiz kecil kepada setiap murid. Perkenalkan kalendar itu kepada murid. Bincangkan tentang urutan nombor yang ada pada kalendar tersebut.

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: 1. Kalendar sebulan bersaiz besar 2. Kalendar sebulan bersaiz kecil Aktiviti pengukuhan: 1. Kertas warna 2. Krayon/Pensel warna 3. Bahan hiasan (pelekat, perada/gold dust dsb.)

PERBENDAHARAAN KATA Kalendar Hari Minggu Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu

Cadangan komunikasi: Kita bermula dengan hari Ahad. Dari hari Ahad hingga Sabtu, kita panggil satu minggu. Mari baca bersama-sama. (Baca nama hari dalam minggu pertama bermula dari ‘Ahad’ diikuti oleh murid) Ada berapa hari semuanya dalam seminggu? Mari kita bilang bersama-sama. (Bilang nama hari dalam seminggu bermula dari ‘Ahad’ sambil menunjukkan bilangan jari) Dalam seminggu ada tujuh hari semuanya. 2. Bacakan nama-nama hari dalam seminggu semula bersama-sama. Bimbing murid untuk melihat namanama hari tersebut diulangi semula selepas ‘Sabtu’. 3. Minta murid menuliskan lirik dalam buku latihan dan menyanyikan lagu ‘Hari Dalam Seminggu’ seperti berikut (mengikut irama lagu ‘Twinkle Twinkle Little Star’): Ahad, Isnin, Selasa, Rabu Khamis, Jumaat, Sabtu Satu minggu semuanya Mari sebut semula. Ahad, Isnin, Selasa, Rabu Khamis, Jumaat, Sabtu. 4. Edarkan Lembaran Kerja 8.3.

90

UNIT 8 MASA DAN WAKTU

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Bantu murid untuk membina kalendar mingguan. Gunakan kertas warna dan krayon atau pensel warna. Minta murid membawa pulang kalendar tersebut agar mereka dan ahli keluarga dapat mengisi ruangan peristiwa harian bersama-sama. Murid bebas untuk melukis dan menghias kalendar tersebut, contoh:

2. Minta murid melekatkan kalendar itu dalam buku latihan dan membawanya pada sesi akan datang untuk dibincangkan. 3. Kemudian, minta murid menuliskan lirik dalam buku latihan dan menyanyikan lagu berikut (mengikut irama lagu ‘Are you sleeping Brother John?’): Hari ... (sebutkan nama hari ini) Hari ... (sebutkan nama hari ini) Sepanjang hari, sepanjang hari. Semalam hari ... (sebutkan nama hari sebelumnya) Esok hari ... (sebutkan nama hari berikutnya) Seronoknya! Seronoknya!

91

UNIT 8 MASA DAN WAKTU UNIT 8.4 STANDARD PEMBELAJARAN

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya untuk: Menamakan bulan dalam setahun mengikut urutan.

1. Bentukkan kumpulan (lima orang). Lekatkan kalendar bersaiz besar pada papan tulis. Edarkan kalendar bersaiz kecil kepada setiap murid.

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P 1. Kad imbasan nama-nama bulan dalam setahun 2. Wisel 4. Lembaran mewarna gambar perayaan & sambutan Hari Kebangsaan (Rujuk BBM ms. 33-37) 4. Krayon/Pensel warna 5. Kertas mahjong 6. Gam

PERBENDAHARAAN KATA Kalendar Hari Minggu Tahun Bulan Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember

Cadangan komunikasi: Kita sudah belajar tentang nama-nama hari. Mari kita nyanyi lagu ‘Hari Dalam Seminggu’ bersama-sama! (Nyanyikan lagu tersebut bersama-sama) Ada berapa hari semuanya dalam seminggu? Hari ini kita akan belajar nama-nama bulan pula. Kita bermula dengan bulan Januari. Dari bulan Januari hingga bulan Disember, kita panggil satu tahun. Mari baca bersama-sama. (Baca nama-nama bulan diikuti oleh murid) Ada berapa bulan semuanya dalam setahun? Mari kita bilang bersama-sama. (Bilang nama bulan dalam setahun bermula dari ‘Januari’ sambil menunjukkan bilangan jari) Dalam setahun ada dua belas bulan semuanya. 2. Minta murid menuliskan lirik dalam buku latihan dan menyanyikan lagu berikut (mengikut irama lagu ‘Ten Lilttle Indians’): Januari, Februari, Mac, April Mei dan Jun, Julai dan Ogos September, Oktober, November, Disember Dua belas bulan setahun 3. Edarkan Lembaran Kerja 8.4.

92

UNIT 8 MASA DAN WAKTU

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah.  Bentukkan kumpulan (dua belas orang). Edarkan kad imbasan nama-nama bulan dalam setahun secara rawak kepada setiap ahli dalam setiap kumpulan.  Minta murid yang memegang kad bulan ‘Januari’ dalam setiap kumpulan tampil ke hadapan. Minta murid berbaris sebelahmenyebelah, dengan jarak sedepa.  Aktiviti bermula apabila guru meniup wisel. Murid lain dalam kumpulan masing-masing akan beratur mengikut urutan yang betul di belakang murid yang memegang kad bulan ‘Januari’ tadi. Kumpulan yang paling awal melengkapkan nama-nama bulan dalam setahun mengikut urutan yang betul dikira sebagai pemenang. Nota: Ubah suai permainan dengan meminta murid yang memegang kad bulan ‘Mei’, ‘Ogos’ atau ‘Disember’ untuk tampil ke hadapan dahulu. 2. Bentukkan kumpulan (lima orang). Lihat peristiwa yang berlaku dalam tahun semasa mengikut bulan seperti Hari Kebangsaan, Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, dan Krismas. Minta murid ceritakan bagaimana mereka meraikan peristiwa tersebut. Edarkan lembaran mewarna gambar perayaan dan sambutan Hari Kebangsaan kepada setiap kumpulan. Minta murid mewarnakan dan melekatkan gambar tersebut pada kertas mahjong. Pamerkan hasil kerja terbaik pada papan kenyataan.

93

UNIT 8 MASA DAN WAKTU UNIT8.5(a) STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Mengenal muka jam

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: 1. Jam analog 2. Gambar muka jam (Rujuk BBM ms. 38) 3. Gunting 4. Kad manila (digunting mengikut saiz yang sama dengan muka jam dan dilubangkan di tengah-tengahnya) 5. Gam 6. Split pin

7. Krayon/Pensel warna 8. Bahan hiasan (pelekat, perada/gold dust dsb.) Aktiviti Pengukuhan: 1. Keratan gambar pelbagai jenis jam 2. Gam 3. Kertas mahjong

PERBENDAHARAAN KATA Jam Masa Waktu Jarum panjang Jarum pendek Pergerakan Pusingan

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Murid duduk secara berpasangan. Tunjukkan jam analog. Cadangan komunikasi: Ini apa? Kita gunakannya untuk apa? Terangkan pada saya. 2. Minta murid memperihalkan jam tersebut (nombor dan susunannya, jarum panjang dan jarum pendek serta pergerakannya) mengikut pemerhatian dan pengetahuan mereka. 3. Edarkan gambar muka jam, gunting, kad manila, gam dan sepasang split pin kepada setiap pasangan. 4. Minta murid menggunting nombor dan melekatkannya pada muka jam. Murid juga boleh membuat hiasan pada muka jam atau melukis gambar kesukaan mereka di tengah muka jam. 5. Apabila selesai, minta murid menggunting muka jam tersebut dan melekatkannya pada kad manila. Bantu murid mencantumkan dan menyematkan jarum panjang dan jarum pendek di tengah muka jam menggunakan split pin. 6. Minta murid menulis nama masing-masing di belakang muka jam. Muka jam disimpan dengan cermat supaya ia boleh digunakan untuk sesi pengajaran yang berikut. AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Beberapa hari sebelum sesi ini dijalankan, sediakan atau minta murid membawa keratan gambar pelbagai jenis jam. 2. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan gam dan kertas mahjong kepada setiap kumpulan. Secara berkumpulan, murid melekatkan keratan gambar pada kertas mahjong. 3. Minta murid memperihalkan gambar tersebut. Maklumkan bahawa walaupun terdapat pelbagai jenis jam, tetapi kesemuanya digunakan untuk menunjukkan waktu. Pamerkan hasil kerja yang terbaik pada papan kenyataan.

94

UNIT 8 MASA DAN WAKTU UNIT8.5(b) STANDARD PEMBELAJARAN

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya untuk: Menyatakan waktu dalam jam pada muka jam.

1. Murid duduk secara berpasangan (pasangan yang sama dalam sesi yang lepas). Edarkan semula muka jam yang telah mereka hasilkan. Gunakan sebuah muka jam bersaiz besar untuk tunjuk cara berikut. Bagi setiap langkah di bawah, tunjukkan pergerakan jarum panjang (lengkap satu pusingan) untuk menunjukkan jangka masa satu jam.

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: 1. Jam analog sebenar bersaiz besar 2. Muka jam yang telah disediakan dalam Unit 8.5(a) Aktiviti Pengukuhan: 1. Muka jam yang telah disediakan dalam Unit 8.5(a) 2. Jam analog sebenar 3. Penggera (telefon bimbit, jam digital dsb.) 4. Carta yang disediakan dalam Unit 8.2 5. Papan permainan ‘Pukul Berapakah Sekarang?’ (Rujuk BBM ms. 39-40) 6. Dadu 7. Butang

PERBENDAHARAAN KATA Jam Masa Waktu Jarum panjang Jarum pendek Pergerakan Pusingan

Muka jam

Soal jawab Di manakah jarum panjang? (Pada nombor ‘12’) Di manakah jarum pendek? (Pada nombor ‘1’) Waktunya pukul satu. (Tuliskan ‘Pukul 1’ pada papan tulis. Kemudian gerakkan jarum panjang satu pusingan lengkap supaya jarum pendek berada pada nombor ‘2’) Di manakah jarum panjang? (Pada nombor ‘12’) Di manakah jarum pendek? (Pada nombor ‘2’) Waktunya pukul dua. (Tuliskan ‘Pukul 2’ pada papan tulis. Kemudian gerakkan jarum panjang satu pusingan lengkap supaya jarum pendek berada pada nombor ‘3’) Di manakah jarum panjang? (Pada nombor ‘12) Di manakah jarum pendek? (Pada nombor ‘3’) Waktunya pukul tiga. (Tuliskan ‘Pukul 3’ pada papan tulis. Kemudian gerakkan jarum panjang satu pusingan lengkap supaya jarum pendek berada pada nombor ‘4’)

95

UNIT 8 MASA DAN WAKTU

Muka jam

Soal jawab Lihat jarum panjang. Lihat jarum pendek. Pukul berapakah sekarang? (Minta murid untuk menulis waktunya. Bincangkan. Kemudian gerakkan jarum panjang satu pusingan lengkap supaya jarum pendek berada pada nombor ‘5’)

Lihat jarum panjang. Lihat jarum pendek. Pukul berapakah sekarang? (Minta murid untuk menulis waktunya. Bincangkan)

2. Ulangi aktiviti di atas dengan memberikan contohcontoh yang lain. Bimbing murid melihat bahawa apabila jarum panjang berada pada nombor ‘12’ dan jarum pendek berada pada nombor yang lainnya, kita lihat pada nombor yang ditunjukkan jarum pendek untuk menyatakan waktu. 3. Kemudian sebutkan waktu. Minta murid menunjukkan waktunya pada muka jam masingmasing dan menuliskannya pada papan tulis. 4. Edarkan Lembaran Kerja 8.5.

96

UNIT 8 MASA DAN WAKTU

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Gunakan semula muka jam yang telah disediakan dalam Unit 8.5(a):  Gunakan ia berserta dengan carta yang telah disediakan dalam Unit 8.2 untuk menunjukkan waktu bagi aktiviti harian.  Tetapkan waktu rehat pada muka jam dan letakkan ia bersebelahan jam analog sebenar. Dari masa ke semasa, minta murid melihat pusingan jarum jam pada jam sebenar, yang semakin menghampiri waktu rehat tersebut.  Tetapkan penggera pada setiap jam. Setiap kali penggera berbunyi, minta murid menukar kedudukan jarum pendek pada muka jam dengan menggerakkan jarum panjang lengkap satu pusingan. Minta murid perhatikan kedudukan kedua-dua jarum jam tersebut. Aktiviti ini juga dapat membantu murid memahami tempoh masa sejam. 2. Cetak papan permainan ‘Pukul Berapakah Sekarang?’ dan ‘Peraturan Permainan’ pada kad manila. Laminate kedua-duanya di hadapan dan di belakang. Permainan ini dimainkan sama seperti permainan ‘Ular dan Tangga’. Bentukkan kumpulan (empat orang). Bacakan peraturan permainan kepada murid dan tunjukkan mereka cara bermain. Setiap kumpulan boleh bermain seberapa banyak pusingan di dalam satu sesi.

97

UNIT 8 MASA DAN WAKTU

98

UNIT 9 PANJANG UNIT 9.1 STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Menggunakan dan mempelbagaikan perbendaharaan kata ukuran panjang dalam konteks.

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: 1. Botol air 2. Objek maujud yang ada di dalam bilik darjah Aktiviti Pengukuhan: 1. Papan tulis individu 2. Pen marker

PERBENDAHARAAN KATA Tinggi Rendah Panjang Pendek Lebih tinggi Lebih rendah Lebih panjang Lebih pendek

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Minta dua murid yang berbeza ketinggiannya ke hadapan kelas. Cadangan komunikasi: Apakah yang berbeza antara dua orang kawan kamu? 2. Minta murid memperihalkan beza antara dua orang kawan mereka. Bimbing murid untuk melihat perbezaan dari segi ukuran. Perkenalkan kepada murid perkataan-perkataan seperti ’panjang’, ’pendek’, ’tinggi’ dan ’rendah’. Contohnya: Nani rendah. Amin lebih tinggi daripada Nani. Tangan Nani lebih pendek daripada tangan Amin. Ukuran kaki Amin lebih panjang daripada ukuran kaki Nani. 3. Terangkan kepada murid objek yang menegak diukur tinggi atau rendah, objek melintang diukur panjang atau pendek. Tinggi

Rendah

Pendek Panjang

4. Kemudian, minta murid mencari objek maujud lain yang ada di dalam bilik darjah dan berbeza ukurannya. Minta murid memperihalkan ukuran panjang objek-objek tersebut dengan menggunakan perbendaharaan kata yang sesuai. 5. Edarkan Lembaran Kerja 9.1.

99

UNIT 9 PANJANG

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan papan tulis individu dan pen marker kepada setiap pasangan. 2. Sebutkan arahan untuk murid melukis objek-objek mudah dan minta mereka bergilir-gilir melukis mengikut arahan tersebut pada papan tulis individu. Contohnya: Lukiskan dua batang pensel yang panjang dan pendek. 3. Minta murid pamerkan hasil kerja mereka. 4. Ulangi langkah 2 dan 3 dengan contoh yang lain.

100

UNIT 9 PANJANG UNIT 9.2 STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: 1. Membuat pengukuran objek menggunakan unit bukan piawai. 2. Membanding dua atau lebih ukuran objek menggunakan unit bukan piawai.

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). 2. Tunjukkan sebatang pensel. Lukis pensel itu pada papan tulis. 3. Kemudian, tunjukkan cara membuat ukuran pensel tersebut dengan menggunakan klip kertas. Tegaskan bahawa apabila pengukuran dibuat. Ia perlulah bermula dari hujung ke hujung objek seperti berikut:

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: 1. Pensel 2. Klip kertas 3. Alat tulis 4. Kertas mahjong 5. Pen marker 6. Objek maujud yang ada di dalam bilik darjah 7. Chopstick Aktiviti Pengukuhan: 1. Kertas mahjong 2. Pen marker 3. Krayon/pensel warna 4. Objek maujud yang ada di sekitar sekolah.

PERBENDAHARAAN KATA Tinggi Rendah Panjang Pendek Lebih tinggi Lebih rendah Lebih panjang Lebih pendek Paling tinggi Paling rendah Paling panjang Paling pendek

4. Minta murid membilang jumlah klip kertas yang telah digunakan. Nyatakan bahawa panjang pensel tersebut sama dengan bilangan klip kertas yang ada. 5. Seterusnya minta murid meletakkan apa-apa sahaja alat tulis yang berbeza ukuran panjangnya di atas meja masing-masing. Edarkan kertas mahjong, pen marker dan klip kertas yang mencukupi kepada setiap kumpulan. 6. Secara berkumpulan, minta murid melukis gambar objek tersebut pada kertas mahjong Cadangan (letakkan komunikasi: objek pada kertas mahjong dan buat iii. Kumpulan mana yang banyak? lakaran sisi objek). iv. Kenapa? 7. Seterusnya, minta murid mengukur panjang atau 2. Bawa murid keluar darjah. tersebut panjang sisi bilik objek dengan  menggunakan Bentukkan duaklip kumpulan murid (satu kumpulan kertas dan mencatatkannya. ramai dan satu kumpulan sedikit) Pastikan pengukuran dibuat dengan betul oleh  murid. Minta murid menggutip daun kering dalam tempoh 30 saat. 8. Bincangkan hasil dapatan murid. Perkenalkan kepada murid perkataan-perkataan seperti ’lebih panjang’, ’lebih pendek’, ’paling panjang’ dan ’paling pendek’. 9. Nyatakan bahawa lebih panjang sesuatu objek, maka lebih banyaklah klip kertas yang diperlukan untuk mengukur panjangnya. 10. Ulangi aktiviti tersebut bagi objek yang tinggi dan rendah dengan menggunakan unit bukan piawai yang sesuai seperti chopstick. 11. Edarkan Lembaran Kerja 9.2.

101

UNIT 9 PANJANG

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Bentukkan kumpulan (empat orang). Edarkan chopstick, kertas mahjong, pen marker dan krayon atau pensel warna kepada setiap kumpulan. 2. Bawa murid berjalan di sekitar kawasan sekolah. Minta murid mencari tiga objek yang berbeza dan melukis gambar objek tersebut pada kertas mahjong serta mewarnakannya. 3. Kemudian, mereka hendaklah mengukur panjang atau tinggi objek tersebut dengan menggunakan panjang tapak kaki atau jengkal serta mencatatkan dapatan mereka. 4. Bincangkan hasil dapatan murid. Bincangkan juga tentang ukuran jengkal atau panjang tapak kaki yang berbeza akan menghasilkan ukuran yang berbeza. Pamerkan hasil kerja terbaik pada papan kenyataan.

102

UNIT 10 JISIM UNIT 10.1 STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Menggunakan dan mempelbagaikan perbendaharaan kata timbangan dalam konteks.

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: 1. Bakul 2. Objek maujud yang ada di dalam bilik darjah 3. Almari dalam bilik darjah 4. Meja murid Aktiviti Pengukuhan: 1. Kertas mahjong 2. Pen marker 3. Krayon/pensel warna 4. Objek maujud yang ada di dalam bilik darjah.

PERBENDAHARAAN KATA Berat Ringan Lebih berat Lebih ringan Susah ditolak Senang ditolak

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Sediakan dua buah bakul yang dilabelkan A dan B. Isikan bakul tersebut dengan objek yang sesuai tetapi bakul A haruslah lebih berat daripada bakul B. 2. Minta beberapa orang murid untuk mengangkat bakul-bakul tersebut satu demi satu. Cadangan Komunikasi: Bolehkah kamu mengangkat bakul-bakul itu? Bakul mana mudah diangkat? Bakul mana susah diangkat? 3. Bimbing murid untuk melihat perbezaan dari segi jisim apabila bakul-bakul itu diangkat. Perkenalkan kepada murid perkataan-perkataan seperti ’berat’, ’ringan’, ’lebih berat’ dan ’lebih ringan’, contohnya: Bakul A mudah diangkat kerana ia ringan. Bakul B susah diangkat kerana ia berat. Bakul A lebih ringan daripada bakul B. Bakul B lebih berat daripada bakul A. 4. Seterusnya minta seorang murid untuk menolak almari dalam kelas dan kemudian menolak meja murid. Cadangan Komunikasi: Bolehkah kamu menolak almari itu? Bolehkah kamu menolak meja kamu? 5. Bimbing murid untuk melihat perbezaan dari segi jisim apabila objek-objek itu ditolak, contohnya: Almari susah ditolak kerana ianya berat. Meja murid senang ditolak kerana ianya ringan. Meja murid lebih ringan daripada almari. Almari lebih berat daripada meja murid. 6. Kemudian, minta murid mencari objek maujud lain yang ada di dalam bilik darjah dan berbeza jisimnya. Minta murid memperihalkan ukuran berat objek-objek tersebut dengan menggunakan perbendaharaan kata yang sesuai. 7. Edarkan Lembaran Kerja 10.1.

103

UNIT 10 JISIM

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Bentukkan kumpulan (empat orang). Edarkan kertas mahjong, pen marker dan karyon atau pensel warna kepada setiap kumpulan. 2. Murid diminta mencari empat objek maujud yang ada di dalam bilik darjah dan berbeza jisimnya. Minta murid melukis gambar objek tersebut pada kertas mahjong serta mewarnakannya. 3. Kemudian, mereka hendaklah mengangkat atau menolak objek tersebut serta mencatatkan dapatan mereka. Contohnya:

Ringan

Berat

Berat

Ringan

4

Bincangkan hasil dapatan murid. Pamerkan hasil kerja terbaik pada papan kenyataan.

104

UNIT 10 JISIM UNIT 10.2 STANDARD PEMBELAJARAN

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

1. Murid berupaya untuk: Membuat timbangan objek berkaitan jisim menggunakan unit bukan piawai.

1. Bentukkan kumpulan (tiga orang).

2. Membanding dua atau lebih timbangan objek menggunakan unit bukan piawai.

3. Kemudian keluarkan dacing dan minta beberapa murid untuk menimbang kedua-dua objek tersebut seperti berikut:

BAHAN BANTU MENGAJAR

4. Nyatakan bahawa objek yang lebih berat akan menyebabkan aras penimbangnya lebih rendah.

Sesi P&P: 1. Kereta mainan 2. Guli 3. Alat penimbang 4. Objek maujud yang ada di dalam bilik darjah 5. Pen marker 6. Kertas mahjong

5. Seterusnya, tambahkan bilangan guli ke dalam dacing supaya ia sama berat (aras penimbangnya akan menjadi sama rata) dengan kereta mainan tersebut seperti berikut:

Aktiviti Pengukuhan: Papan jongkang-jongkit

PERBENDAHARAAN KATA Berat Ringan Lebih berat Lebih ringan Paling berat Paling ringan Alat penimbang Timbang

2. Tunjukkan sebuah kereta mainan dan sebiji guli. Minta murid meneka objek manakah yang lebih berat.

6.

Minta murid membilang jumlah guli yang telah digunakan. Nyatakan bahawa berat kereta mainan tersebut sama dengan bilangan guli yang ada.

7. Seterusnya minta murid meletakkan apa-apa sahaja objek yang berbeza jisimnya di atas meja masing-masing. Edarkan kertas mahjong, pen marker, alat penimbang dan guli yang mencukupi kepada setiap kumpulan. 5. Secara berkumpulan, minta murid melukis gambar objek tersebut pada kertas mahjong (letakkan objek pada kertas mahjong dan buat lakaran sisi objek). 6. Seterusnya, minta murid menimbang berat objek tersebut dengan menggunakan alat penimbang dan guli serta mencatatkannya. Pastikan murid menimbang dengan betul.

105

UNIT 10 JISIM 7. Bincangkan hasil dapatan murid. Perkenalkan kepada murid perkataan-perkataan seperti ‛lebih berat’, ‛lebih ringan’, ‛paling berat’ dan ‛paling ringan’. 8. Nyatakan bahawa lebih berat sesuatu objek, maka lebih banyaklah guli yang diperlukan untuk mengukur jisimnya. 9. Edarkan Lembaran Kerja 10.2.

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Bawa murid ke taman permainan sekolah. 2. Minta dua orang murid yang berbeza saiz badan untuk duduk di atas papan jongkang-jongkit. Cadangan komunikasi: Siapakah lebih berat? Siapakah lebih ringan? Bagaimanakah boleh kita jadikan keduadua belah timbangan sama berat? Berapa ramai muridkah yang diperlukan untuk menjadikan timbangan sama berat? Siapakah yang akan kamu pilih untuk duduk di sebelah ini? 3. Banding beza berat beberapa orang murid. Bincangkan.

106

UNIT 11 ISI PADU CECAIR UNIT 11.1 STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Menggunakan dan mempelbagaikan perbendaharaan kata isi padu cecair dalam konteks.

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: 1. Gelas plastik 2. Botol air 3. Air berwarna Aktiviti Pengukuhan: 1. Bekas kosong yang sama saiz 2. Kad perkataan ’kosong’, ’penuh’, ’separuh penuh’ 3. Cawan plastik 4. Baldi 5. Air berwarna

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Tunjukkan satu gelas yang tidak diisi air dan terangkan bahawa gelas ini kosong. 2. Kemudian tunjukkan satu gelas lain yang penuh dengan air dan terangkan bahawa gelas ini penuh. 3. Minta murid memperihalkan perbezaan antara ’kosong’ dan ’penuh’ berdasarkan pemerhatian mereka. 4. Seterusnya, tunjukkan satu gelas lain yang separuh penuh dengan air dan terangkan bahawa gelas ini separuh penuh. 5. Letak ketiga-tiga gelas tersebut sebelahmenyebelah. Minta murid memperihalkan perbezaan antara ’kosong’, ’penuh’ dan ’separuh penuh’ berdasarkan pemerhatian mereka.

PERBENDAHARAAN KATA Penuh Kosong Separuh Penuh Isi padu

6. Seterusnya, minta murid meletakkan botol air mereka di atas meja masing-masing. Bincangkan tentang isi padu air dalam botol air tersebut. 7.

Edarkan Lembaran Kerja 11.1.

107

UNIT 11 ISI PADU CECAIR

AKTIVITI PENGUKUHAN Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah. 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan bekas kosong, kad perkataan dan cawan plastik (digunakan untuk mengisi air ke dalam bekas tadi) kepada setiap kumpulan. 2. Letakkan sebaldi air untuk setiap tiga kumpulan. Seterusnya, minta murid bersedia dengan bekas kosong masing-masing untuk pertandingan ini. 3. Sebelum pertandingan bermula, berikan arahan berikut:  Bekas pertama diisi penuh.  Bekas kedua diisi separuh penuh.  Bekas ketiga dibiarkan kosong.  Labelkan ketiga-tiga bekas tersebut dengan kad perkataan yang betul. 4. Aktiviti bermula apabila guru meniup wisel. Kumpulan yang paling awal menamatkan permainan dikira sebagai pemenang.

108

UNIT 11 ISI PADU CECAIR UNIT 11.2 STANDARD PEMBELAJARAN

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya untuk: 1. Melakukan aktiviti yang berkaitan dengan isi padu cecair menggunakan unit bukan piawai.

Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah.

2. Membanding dua atau lebih bekas cecair menggunakan unit bukan piawai.

3. Tunjukkan sebuah teko yang penuh berisi air dan enam cawan plastik. Minta murid meneka berapa cawan penuh yang boleh diisi dengan air daripada teko tersebut.

BAHAN BANTU MENGAJAR

1. Sebelum aktiviti ini dijalankan, sediakan atau minta murid membawa bekas kosong. 2. Bentukkan kumpulan (tiga orang).

4. Kemudian tuangkan air daripada teko tersebut untuk memenuhi cawan plastik seperti berikut:

Sesi P&P: 1. Teko 2. Air berwarna 3. Cawan plastik 4. Besen 5. Botol plastik 6. Bekas berlainan saiz 7. Papan tulis individu 8. Pen marker Aktiviti Pengukuhan: 1. Teko 2. Air berwarna 3. Cawan plastik 4. Botol plastik

PERBENDAHARAAN KATA Isi padu Penuh

5. Minta murid membilang jumlah cawan plastik yang telah penuh diisi dengan air. Nyatakan bahawa satu teko penuh air sama dengan bilangan cawan plastik yang penuh. 6. Seterusnya tunjukkan sebuah besen yang penuh berisi air dan empat botol plastik kosong. Minta murid meneka berapa botol penuh yang boleh diisi dengan air daripada besen tersebut. 7. Kemudian tuangkan air daripada besen tersebut untuk memenuhi botol plastik seperti berikut:

109

UNIT 11 ISI PADU CECAIR

8. Minta murid membilang jumlah botol plastik yang telah penuh diisi dengan air. Nyatakan bahawa satu besen penuh air sama dengan bilangan botol plastik yang penuh. 9. Edarkan papan tulis individu, pen marker, bekas kosong dan cawan plastik (digunakan untuk mengisi air ke dalam bekas tadi) kepada setiap kumpulan. 10. Secara berkumpulan, minta murid mengisi sambil membilang jumlah cawan air yang diperlukan untuk memenuhkan bekas tersebut. 11. Minta mereka menuliskan bilangan tersebut pada papan tulis individu. Bincangkan hasil dapatan murid. Bandingkan saiz bekas dan isi padu air yang diperlukan untuk mengisinya, contohnya:

35 cawan

4 cawan

7 cawan

19 cawan

12. Nyatakan bahawa lebih besar bekas tersebut, maka lebih banyak isi padu air yang diperlukan untuk mengisinya. 13. Edarkan Lembaran Kerja 11.2.

110

UNIT 11 ISI PADU CECAIR AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Sebelum aktiviti ini dijalankan, sediakan atau minta murid membawa bekas kosong. 2. Bentukkan kumpulan (tiga orang). 3. Tunjukkan sebuah teko yang penuh berisi air dan enam cawan plastik. Minta murid meneka berapa cawan penuh yang boleh diisi dengan air daripada teko tersebut. 4. Kemudian tuangkan air daripada teko tersebut untuk memenuhi cawan plastik seperti berikut:

5. Minta murid membilang jumlah cawan plastik yang telah penuh diisi dengan air. Nyatakan bahawa satu teko penuh air sama dengan bilangan cawan plastik yang penuh. 6. Seterusnya, tuang semula air tersebut ke dalam teko. Tunjukkan empat botol plastik kosong dan kemudian tuangkan air daripada teko tersebut untuk memenuhi botol plastik seperti berikut:

7. Minta murid membilang jumlah botol plastik yang telah penuh diisi dengan air. Nyatakan bahawa satu teko penuh air sama dengan bilangan botol plastik yang penuh.

111

UNIT 11 ISI PADU CECAIR

8. Bincangkan dapatan aktiviti. Cadangan komunikasi: Berapakah bilangan cawan yang penuh dengan air? Berapakah bilangan botol yang penuh dengan air? Mengapakah bilangan cawan yang penuh lebih daripada bilangan botol yang penuh? 9. Bimbing murid untuk melihat bahawa lebih besar bekas yang perlu diisi dengan air, maka lebih sedikit bilangan bekas yang diperlukan.

112

UNIT 12 BENTUK TIGA DIMENSI UNIT 12.1 STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Mengenal dan menamakan bentuk 3D  Kubus  Kuboid  Sfera  Silinder  Kon  Piramid

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: 1. Set bentuk 3D 2. Kad imbasan nama bentuk 3D 3. Papan tulis individu 4. Pen marker Aktiviti Pengukuhan: 1. Sebarang objek yang mewakili bentuk 3D 2. Lembaran Aktiviti 12.1 3. Tanah liat 4. Set bentuk 3D 5. Lembaran ‘Reka Bentuk Objek’ (Rujuk BBM ms. 41-45) 6. Tanah liat 7. Gunting 8. Pita pelekat

PERBENDAHARAAN KATA Bentuk 3D Kubus Kuboid Sfera Silinder Kon Piramid

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Bentukkan kumpulan (empat orang). Edarkan bentuk 3D satu persatu kepada setiap kumpulan sambil memperkenalkannya. Minta murid memegang dan memerhatikan setiap satunya. Tuliskan atau lekatkan kad imbasan nama bentuk 3D tersebut pada papan tulis. Pastikan murid dapat menyebut dan mengejanya dengan betul. 2. Edarkan papan tulis individu dan pen marker kepada setiap murid. Tunjukkan sebuah bentuk 3D. Minta murid menyebut dan menuliskan nama bentuk tersebut pada papan tulis. Semak jawapan mereka. 3. Edarkan Lembaran Kerja 12.1.

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Objek 3D:  Beberapa hari sebelum sesi ini dijalankan, sediakan atau minta murid membawa beberapa objek seperti tin kosong, kotak kosong, topi hari lahir, kon ais krim, kotak tisu kosong dan sebarang jenis bola. Guru perlu ada satu set objek yang mewakili setiap bentuk 3D.  Minta murid berkongsi objek yang dibawa bersama ahli kumpulannya. Bincangkan tentang bentuk 3D tersebut. Contohnya, tin sardin dan lilin kedua-duanya berbentuk silinder tetapi tin sardin pendek dan lebar manakala lilin panjang dan kurus.  Edarkan Lembaran Aktiviti 12.1 kepada setiap murid. Minta mereka melengkapkan lembaran tersebut secara berkumpulan. Bincangkan dapatan mereka bersama-sama. Minta murid melekatkannya dalam buku latihan.  Semua objek disimpan dengan cermat supaya ia boleh digunakan untuk sesi pengajaran yang berikut.

113

UNIT 12 BENTUK TIGA DIMENSI 2. Membina bentuk 3D:  Bentukkan kumpulan (enam orang).  Edarkan satu set bentuk 3D, lembaran ‘Reka Bentuk Objek’, tanah liat (untuk membentuk sfera), gunting dan pita pelekat kepada setiap kumpulan.  Dengan tunjuk cara guru dan merujuk kepada set bentuk 3D yang diberi, minta murid membina sendiri bentuk tersebut dan berkongsi hasil kerja mereka dengan murid lain.  Sebutkan nama suatu bentuk 3D. Murid yang telah membina bentuk tersebut diminta berdiri dan menunjukkannya kepada semua.

114

UNIT 12 BENTUK TIGA DIMENSI Lembaran Aktiviti 12.1

Saya boleh mengenal dan menamakan bentuk 3D.

Bentuk 3D

Keratan gambar/lukisan objek yang sama bentuknya

Kubus

Kuboid

Kon

115

UNIT 12 BENTUK TIGA DIMENSI

Bentuk 3D

Keratan gambar/lukisan objek yang sama bentuknya

Silinder

Piramid

Sfera

116

UNIT 12 BENTUK TIGA DIMENSI UNIT 12.2(a) STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Menyatakan ciri-ciri bagi bentuk 3D  Permukaan melengkung

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: 1. Tin aluminium (susu, sardin, milo dsb.) 2. Objek yang mempunyai permukaan melengkung (topi hari lahir, botol, bola dsb.) 3. Set bentuk 3D 4. Lembaran Aktiviti 12.2 Aktiviti pengukuhan: Objek yang terdapat di sekitar kawasan sekolah yang mempunyai permukaan melengkung.

PERBENDAHARAAN KATA Bentuk 3D Sfera Silinder Kon Ciri-ciri Permukaan Melengkung

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Bentukkan kumpulan (empat orang). Edarkan sebuah tin aluminium kepada setiap kumpulan. Minta mereka perhatikan tin tersebut. Cadangan komunikasi: Apakah objek yang diberikan kepada kamu? Apa yang kamu lihat pada tin tersebut? (Bincangkan mengenai bentuknya, cara bergolek jika digolekkan dan sebagainya)

ia

2. Perkenalkan ‘permukaan melengkung’. Minta murid menyentuh permukaan melengkung tin tersebut. Kemudian, tunjukkan objek lain yang mempunyai permukaan melengkung. Minta murid menyentuh permukaan melengkung setiap objek tersebut. Cadangan komunikasi: Ini adalah ‘permukaan melengkung’. Bagaimanakah kamu menggerakkan tangan pada permukaan melengkung? (Tunjukkan pergerakan tangan pada permukaan melengkung setiap objek tersebut seperti berikut)

Bolehkah kita golekkan ... (sebutkan nama objek) ini pada permukaan melengkungnya? (Tunjukkan setiap objek tersebut bergolek pada permukaan melengkungnya seperti berikut)

Berapakah bilangan yang ada?

permukaan

melengkung

3. Edarkan satu set bentuk 3D kepada setiap kumpulan dan Lembaran Aktiviti 12.2 kepada setiap murid. Secara berkumpulan, mereka perlu melengkapkan jadual tersebut (lajur pertama) berpandukan bentuk 3D yang diberi. 4. Bincangkan dapatan mereka bersama-sama. Minta murid melekatkan lembaran tersebut dalam buku latihan. 5. Edarkan Lembaran Kerja 12.2(a).

117

UNIT 12 BENTUK TIGA DIMENSI

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Bentukkan kumpulan (empat orang). Secara berkumpulan, bawa murid berjalan di sekitar kawasan sekolah untuk mencari objek yang mempunyai permukaan melengkung. Minta murid melukiskan objek tersebut dalam buku latihan. 2. Bincangkan dapatan mereka bersama-sama. Senaraikan semua objek yang mempunyai permukaan melengkung. Minta murid menyemak atau menambah objek tersebut dalam senarai mereka. Cadangan komunikasi: Bagaimana kamu tahu ... (sebutkan nama objek) mempunyai permukaan melengkung? (Murid boleh menunjukkan arah pergerakan tangan mereka pada permukaan melengkung atau menggolekkan objek tersebut)

118

UNIT 12 BENTUK TIGA DIMENSI UNIT 12.2(b) STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Menyatakan ciri-ciri bagi bentuk 3D  Permukaan rata BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: 1. Tin aluminium 2. Objek yang mempunyai permukaan rata (meja, buku, kotak dsb.) 3. Set bentuk 3D 4. Lembaran Aktiviti 12.2 Aktiviti pengukuhan: Bentuk 3D

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Bentukkan kumpulan (empat orang). Edarkan tin aluminium (yang telah digunakan dalam pembelajaran yang lepas) kepada setiap kumpulan. Cadangan komunikasi: Tunjukkan permukaan melengkung tin ini. Ada dua permukaan lagi pada tin. Tunjukkan pada saya. (Murid menunjukkan dua permukaan rata) Ini adalah ‘permukaan rata’. (Tunjukkan permukaan rata) 2. Minta murid menyentuh permukaan rata tin tersebut. Kemudian, tunjukkan objek lain yang mempunyai permukaan rata. Minta murid menyentuh permukaan rata setiap objek tersebut. Cadangan komunikasi: Bagaimanakah kamu menggerakkan tangan pada permukaan rata? (Tunjukkan pergerakan tangan pada permukaan rata seperti berikut)

PERBENDAHARAAN KATA Bentuk 3D Kubus Kuboid Silinder Kon Piramid Ciri-ciri Permukaan Melengkung Rata Sisi

Bolehkah ... (sebutkan nama objek) ini digolekkan pada permukaan rata? (Tunjukkan setiap objek tersebut tidak boleh bergolek pada permukaan rata) Berapakah bilangan permukaan rata yang ada? 3. Edarkan satu set bentuk 3D kepada setiap kumpulan. Secara berkumpulan, murid perlu melengkapkan jadual (lajur kedua) pada Lembaran Aktiviti 12.2 berpandukan bentuk 3D yang diberi. 4. Bincangkan dapatan mereka bersama-sama. 5. Edarkan Lembaran Kerja 12.2(b).

119

UNIT 12 BENTUK TIGA DIMENSI AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Edarkan bentuk 3D kepada setiap murid. Adakan permainan ‘Tunjukkan Bentuk 3D’ seperti berikut: Tunjukkan ... (Ulangi ayat ini sebelum setiap pembayang) … bentuk yang mempunyai permukaan rata. (Murid yang memegang bentuk 3D dengan ciri yang disebutkan diminta berdiri dan menunjukkan bentuk 3Dnya) 2. Ulangi langkah 1 bagi pembayang yang lain seperti: Bentuk yang mempunyai permukaan melengkung. Bentuk yang mempunyai 6 permukaan rata. Bentuk yang mempunyai 1 permukaan melengkung. Bentuk yang rata mempunyai 2 permukaan rata. Bentuk yang tidak mempunyai permukaan melengkung. Bentuk yang tidak mempunyai permukaan rata. Bentuk yang mempunyai 5 permukaan rata. 3. Minta murid bertukar-tukar bentuk 3D sesama mereka. Ulangi aktiviti ini.

120

UNIT 12 BENTUK TIGA DIMENSI UNIT 12.2(c) STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Menyatakan ciri-ciri bagi bentuk 3D  Sisi

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: 1. Set bentuk 3D 2. Lembaran Aktiviti 12.2 Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Set bentuk 3D 2. Uncang berwarna gelap

PERBENDAHARAAN KATA Bentuk 3D Kubus Kuboid Sfera Silinder Kon Piramid Ciri-ciri Permukaan Melengkung Rata Sisi

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Bentukkan kumpulan (empat orang). Minta murid menuliskan lirik dalam buku latihan dan menyanyikan lagu berikut (mengikut irama lagu ‘This Is The Way...’): Semua pepejal ada sisi Ada sisi, ada sisi Semua pepejal ada sisi Kecuali sfera 2. Edarkan satu set bentuk 3D kepada setiap kumpulan. Cadangan komunikasi: Ini adalah sisi. (Tunjukkan sisi pada bentuk 3D) Tunjukkan saya sisi pada bentuk 3D kamu. Sentuh sisinya. (Biarkan murid menyentuh sisi bentuk 3D) Adakah kubus dan kuboid mempunyai sisi? Adakah kon dan silinder mempunyai sisi? Adakah sfera mempunyai sisi? Cari objek di dalam kelas yang mempunyai sisi. Tunjukkan saya di mana sisinya. Berapakah bilangan sisi yang ada? 3. Seterusnya, secara berkumpulan, mereka perlu melengkapkan jadual (lajur ketiga) pada Lembaran Aktiviti 12.2 berpandukan bentuk 3D yang diberi. 4. Bincangkan dapatan mereka bersama-sama. 5. Edarkan Lembaran Kerja 12.2(c). 6. Akhiri sesi pengajaran dengan menyanyikan lagu di atas bersama-sama. Kaitkan perkataan ‘sisi’ dalam lagu tersebut dengan bentuk 3D yang diberi.

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Masukkan satu set bentuk 3D ke dalam uncang berwarna gelap. 2. Masukkan kedua-dua tangan ke dalam uncang tanpa melihat. Pegang satu bentuk 3D tanpa mengeluarkannya daripada uncang. 3. Perihalkan bentuk 3D tersebut dengan menggunakan perkataan ‘permukaan melengkung’, ‘permukaan rata’ dan ‘sisi’. Murid harus meneka nama bentuk 3D tersebut.

4. Kemudian, pilih beberapa murid untuk mengulangi aktiviti.

121

UNIT 12 BENTUK TIGA DIMENSI UNIT12.2(d) STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Menyatakan ciri-ciri bagi bentuk 3D.

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: 1. Set bentuk 3D 2. Lembaran Aktiviti 12.2 Aktiviti Pengukuhan: Pembayang/Teka-teki/ Puzzle bentuk 3D

PERBENDAHARAAN KATA Bentuk 3D Kubus Kuboid Sfera Silinder Kon Piramid Ciri-ciri Permukaan Melengkung Rata Sisi Bucu

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Bentukkan kumpulan (empat menyanyikan lagu yang telah tetapi tambahkan rangkap murid menuliskan lirik dalam berikut:

orang). Minta murid dipelajari sebelum ini yang kedua. Minta buku latihan seperti

Semua pepejal ada sisi Ada sisi, ada sisi Semua pepejal ada sisi Kecuali sfera Kubus, kuboid dan piramid Ada bucu, ada bucu Kubus, kuboid dan piramid Semuanya ada bucu 2. Edarkan satu kumpulan.

set

bentuk

3D

kepada

setiap

Cadangan komunikasi: Ini adalah bucu. (Tunjukkan bucu pada bentuk 3D) Tunjukkan saya bucu pada bentuk 3D kamu. Sentuh bucunya. (Biarkan murid menyentuh bucu bentuk 3D) Adakah kubus dan kuboid mempunyai bucu? Adakah kon dan silinder mempunyai bucu? Adakah sfera mempunyai bucu? Cari objek di dalam kelas yang mempunyai bucu. Tunjukkan saya di mana bucunya. Berapakah bilangan bucu yang ada? 3. Seterusnya, secara berkumpulan, mereka perlu melengkapkan jadual (lajur keempat) pada Lembaran Aktiviti 12.2 berpandukan bentuk 3D yang diberi. a. Bincangkan dapatan mereka bersama-sama. b. Edarkan Lembaran Kerja 12.2(d). c. Akhiri sesi pengajaran dengan menyanyikan lagu di atas bersama-sama. Kaitkan perkataan ‘bucu’ dalam lagu tersebut dengan bentuk 3D yang diberi.

122

UNIT 12 BENTUK TIGA DIMENSI AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Bentukkan kumpulan (empat orang). permainan ‘Mencari Bentuk 3D’.

Adakan

2. Letakkan pembayang/teka-teki/puzzle gambar bentuk 3D dalam sampul surat di setiap stesen untuk diselesaikan oleh setiap kumpulan. 3. Pada akhir permainan mereka harus menyerahkan jawapan. 4. Pemenangnya ialah kumpulan yang dapat menjawab semua soalan dengan cepat dan tepat.

123

UNIT 12 BENTUK TIGA DIMENSI Lembaran Aktiviti 12.2 Saya tahu ciri-ciri bagi bentuk 3D. Bentuk 3D

Bilangan permukaan melengkung

Bilangan permukaan rata

Bilangan sisi

Bilangan bucu

124

UNIT 12 BENTUK TIGA DIMENSI UNIT12.3 STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Mengkelaskan bentuk 3D

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: 1. Objek 3D yang telah dibawa dalam Unit 12.1 2. Bakul 3. Label nama bentuk 3D 4. Wisel Aktiviti Pengukuhan: 1. Lembaran Aktiviti 12.3 2. Gunting 3. Gam

PERBENDAHARAAN KATA Bentuk 3D Kubus Kuboid Sfera Silinder Kon Piramid Ciri-ciri Permukaan Melengkung Rata Sisi Bucu Kelaskan

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah. 1. Setiap murid diminta memilih salah satu objek. 2. Bentukkan empat kumpulan. Lantik enam orang murid arus perdana untuk menjadi ‘penyemak’. Aturkan kumpulan seperti lampiran ‘Pelan Permainan’. Setiap bakul dilabelkan dengan nama bentuk 3D. Kemudian, arahkan murid berada dalam barisan menghadap ke arah bakul sambil memegang objek yang dipilih. 3. Aktiviti bermula apabila guru meniup wisel. Murid pertama dalam setiap kumpulan akan berlari ke arah bakul dan meletakkan objek yang dipegangnya ke dalam bakul yang betul. ‘Penyemak’ akan memeriksa sama ada objek tersebut diletakkan di dalam bakul yang betul. 4. Murid tadi kemudiannya berlari semula ke kumpulannya dan menepuk tangan murid berikutnya. Teruskan permainan sehingga selesai. Kumpulan yang paling awal menamatkan permainan dikira sebagai pemenang. 5. Bawa bakul ke dalam kelas. Minta murid membilang jumlah bentuk 3D di dalam setiap bakul. Rekodkan bilangan objek pada papan tulis (Rujuk lampiran ‘Jadual Pengkelasan Bentuk 3D’). 6. Seterusnya, bincangkan tentang jadual tersebut. bentuk 3D yang manakah mempunyai bilangan yang lebih banyak/lebih sedikit daripada bentuk 3D yang lain. 7. Edarkan Lembaran Kerja 12.3. 8. Letakkan bakul di suatu sudut dalam bilik darjah. Dari masa ke semasa galakkan murid mengasingkan objek tersebut mengikut pelbagai cara, contohnya:  Objek yang mempunyai permukaan melengkung/tidak mempunyai permukaan melengkung  Objek yang mempunyai permukaan rata/tidak mempunyai permukaan rata  Objek yang mempunyai sisi/tidak mempunyai sisi  Objek yang mempunyai bucu/tidak mempunyai bucu.

125

UNIT 12 BENTUK TIGA DIMENSI AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Bentukkan kumpulan (empat orang). Edarkan gunting dan gam kepada setiap kumpulan dan Lembaran Aktiviti 12.3 kepada setiap murid. 2. Murid perlu menggunting gambar bentuk 3D tersebut. Kemudian, secara berkumpulan, mereka berbincang untuk mengkelaskannya mengikut ciriciri berkenaan serta melekatkannya di dalam jadual. 3. Bincangkan dapatan mereka bersama-sama. Minta murid melekatkan lembaran tersebut dalam buku latihan. 4. Akhiri sesi pengajaran dengan menyanyikan lagu yang telah dipelajari dalam Unit 12.2(d). Kaitkan lagu tersebut dengan Lembaran Aktiviti 12.3.

126

UNIT 12 BENTUK TIGA DIMENSI

PELAN PERMAINAN

Penyemak

Kumpulan

Bekas/Bakul yang telah dilabel

JADUAL PENGKELASAN BENTUK 3D

5

17

10

3

4

1

127

UNIT 12 BENTUK TIGA DIMENSI Lembaran Aktiviti 12.3 Gunting gambar bentuk 3D berikut (Rujuk muka surat 129).

128

UNIT 12 BENTUK TIGA DIMENSI Lembaran Aktiviti 12.3 Saya boleh mengkelaskan bentuk 3D. Ciri-ciri

Lekatkan gambar bentuk 3D yang betul

Bentuk 3D yang mempunyai permukaan melengkung dan sisi

Bentuk 3D yang mempunyai permukaan rata dan bucu

Bentuk 3D yang mempunyai permukaan melengkung sahaja

129

UNIT 12 BENTUK TIGA DIMENSI UNIT12.4 STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Membina model.

BAHAN BANTU MENGAJAR

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Bentukkan kumpulan (lima orang). Edarkan beberapa set bentuk 3D kepada setiap kumpulan. 2. Pilih seorang murid untuk menjadi model. Murid lain diuji untuk menghasilkan model ‘manusia’ dengan menggunakan bentuk 3D yang diberi. Contohnya:

Sesi P&P: Set bentuk 3D Aktiviti Pengukuhan: 1. Set bentuk 3D 2. Objek di sekitar bilik darjah/kawasan sekolah 3. Krayon/Pensel warna

PERBENDAHARAAN KATA Bentuk 3D Kubus Kuboid Sfera Silinder Kon Piramid Ciri-ciri Permukaan Melengkung Rata Sisi Bucu Kelaskan Model

3. Bincangkan tentang model yang telah dibina. Contoh, mengapa mereka memilih sesuatu bentuk 3D untuk mewakilkan bahagian badan tersebut. Minta murid melukis model berkenaan dalam buku latihan. 4. Edarkan Lembaran Kerja 12.4.

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Murid duduk secara berpasangan. Dua pasangan akan menjalankan aktiviti ini bersama-sama. Edarkan satu set bentuk 3D kepada setiap pasangan. Pasangan pertama membina model menggunakan set mereka dan memerihalkannya (menggunakan ciri-cirinya) kepada pasangan kedua. Pasangan kedua cuba membina model yang serupa menggunakan set mereka dan dibenarkan bertanya. Mereka tidak boleh melihat model masing-masing. Kemudian minta mereka membanding bezakan kedua-dua model. 2. Bawa murid berjalan di sekitar bilik darjah atau kawasan sekolah. Bincang tentang bagaimana bangunan atau objek pada model menggunakan bentuk 3D. Minta murid melukis gambar objek tersebut dalam buku latihan.

130

UNIT 13 BENTUK DUA DIMENSI UNIT 13.1(a) STANDARD PEMBELAJARAN

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya untuk: Mengenal dan menamakan bentuk 2D  segiempat sama  segiempat tepat  segitiga  bulatan

1. Bentukkan kumpulan (empat orang). Edarkan satu bentuk 3D, kertas mahjong, warna air dan berus lukisan kepada setiap kumpulan.

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: 1. Bentuk 3D (kuboid, kon & piramid) 2. Kertas mahjong 3. Warna air 4. Berus lukisan 5. Pen marker Aktiviti Pengukuhan: 1. Lembaran Aktiviti 13.1(a) 2. Krayon/Pensil warna 3. Pembaris

PERBENDAHARAAN KATA Bentuk 2D Segiempat sama Segiempat tepat Segitiga Bulatan

2. Secara berkumpulan, minta murid bergilir-gilir mewarnakan salah satu permukaan bentuk 3D dan kemudian capkan ia pada kertas mahjong. Ulangi aktiviti ini dengan menggunakan warna yang berlainan bagi setiap permukaan. 3. Kumpulkan semula warna air dan berus lukisan. Cadangan komunikasi: Siapa dapat bentuk ini? (Lukiskan bentuk segiempat sama pada papan tulis) Bentuk ini dipanggil segiempat sama. (Tulis ‘segiempat sama’ dan minta murid menuliskannya di bawah segiempat sama mereka) 4. Perkenalkan bentuk 2D yang lain melalui sesi soal jawab yang serupa. 5. Edarkan Lembaran Kerja 13.1(a).

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Edarkan Lembaran Aktiviti 13.1(a) kepada setiap murid. 2. Minta murid menyambungkan titik-titik, tuliskan nama bentuk padanya dan warnakan bentuk 2D tersebut. 3. Kemudian minta murid melekatkan tersebut dalam buku latihan.

lembaran

131

UNIT 13 BENTUK DUA DIMENSI Lembaran Aktiviti 13.1(a) Saya boleh mengenal dan menamakan bentuk 2D.

bulatan

132

UNIT 13 BENTUK DUA DIMENSI UNIT 13.1(b) STANDARD PEMBELAJARAN

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya untuk: Mengenal dan menamakan bentuk 2D  bintang

1. Bentukkan kumpulan (empat orang). Tunjukkan sebiji buah belimbing. Potong buah belimbing itu secara melintang.

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: 1. Buah belimbing 2. Pisau 3. Papan potong 4. Kertas mahjong 5. Warna air 6. Berus lukisan 7. Pen marker Aktiviti pengukuhan: 1. Set kad imbasan lukisan/lakaran bentuk 2D 2. Kertas mahjong 3. Krayon/Pensel warna 4. Pembaris

PERBENDAHARAAN KATA Bentuk 2D Segiempat sama Segiempat tepat Segitiga Bulatan Bintang

2. Edarkan kertas mahjong, warna air dan berus lukisan dan sepotong buah belimbing tadi kepada setiap kumpulan. Minta murid perhatikan corak yang terbentuk pada potongan buah tersebut. 3. Secara berkumpulan, minta murid bergilir-gilir mewarnakan permukaan potongan buah belimbing tadi dan kemudian capkan ia pada kertas mahjong. 4. Kumpulkan semula potongan buah, warna air dan berus lukisan. Cadangan komunikasi: Apakah yang kamu lihat? (Lukiskan bentuk bintang pada papan tulis) Bentuk ini dipanggil bintang. (Tulis ‘bintang’ dan minta murid menuliskannya pada kertas mahjong) Apakah yang kamu dapat terangkan tentang bentuk ini? Di manakah dapat kamu lihat bentuk ini? 5. Minta murid sebut dan mengejanya dengan betul. 6. Edarkan Lembaran Kerja 13.1(b). AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Bentukkan kumpulan (empat orang). Edarkan satu set kad imbasan lukisan atau lakaran bentuk 2D, kertas mahjong, krayon atau pensel warna dan pembaris kepada setiap kumpulan. 2. Minta murid melakarkan bentuk 2D berpandukan kepada kad imbasan tersebut pada kertas mahjong dan mewarnakannya serta menuliskan nama bagi setiap bentuk.

3. Minta

murid berkongsi dapatan mereka. Bincangkan perbezaan dan persamaannya. Pamerkan hasil kerja murid di dalam kelas.

133

UNIT 13 BENTUK DUA DIMENSI UNIT 13.2 STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Menyatakan ciri-ciri bagi bentuk 2D  sisi lurus  sisi melengkung  penjuru

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P: 1. Set kad imbasan lukisan/lakaran bentuk 2D 2. Pembaris Aktiviti pengukuhan: 1. Pembayang/Teka-teki bentuk 2D 2. Sampul surat 3. Pen/Pensel 4. Kertas A4

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan satu set kad imbasan lukisan atau lakaran bentuk 2D kepada setiap kumpulan. 2. Kemudian lukiskan bentuk 2D pada papan tulis. 3. Perkenalkan perkataan ‘sisi lurus’ dan ‘sisi melengkung’ satu persatu. Minta murid ‘melukis’ menggunakan jari mereka di sepanjang sisi lurus dan sisi melengkung bentuk 2D yang berkenaan. Bincangkan mengenai perbezaan kedua-dua sisi tersebut misalnya, sisi lurus dilukis dengan menggunakan pembaris tetapi tidak bagi sisi melengkung. 4. Perkenalkan perkataan ‘penjuru’. Minta murid ‘melukis’ menggunakan jari mereka di setiap penjuru bentuk 2D yang berkenaan. Bincangkan mengenai penjuru, misalnya, ia adalah pertemuan dua sisi lurus. 5. Minta murid membilang jumlah sisi lurus, sisi melengkung dan penjuru pada setiap bentuk 2D. 6. Edarkan Lembaran Kerja 13.2.

PERBENDAHARAAN KATA Bentuk 2D Segiempat sama Segiempat tepat Segitiga Bulatan Bintang Sisi Lurus Melengkung Penjuru

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Bentukkan kumpulan (empat permainan ‘Mencari Bentuk 2D’.

orang).

Adakan

2. Letakkan pembayang atau teka-teki bentuk 2D dalam sampul surat di setiap stesen untuk diselesaikan oleh setiap kumpulan. 3. Pada akhir permainan mereka harus menyerahkan jawapan. 4. Pemenangnya ialah kumpulan yang menjawab soalan dengan cepat dan tepat.

dapat

5. Contoh pembayang atau teka-teki adalah seperti berikut:

134

UNIT 13 BENTUK DUA DIMENSI

Sayang emak duduk di sisi, Sayang ayah tinggal di sini, Bentuk ini sama sisi, Siapa tahu bentuk ini? (Segiempat sama) Pergi sekolah muka berseri, Seronok sekali belajar di sini, Berkelip di langit cantik berseri, Cuba teka bentuk ini? (Bintang) Buat kaya bersama bonda, Boleh dihidang di hari raya, Badan saya macam roda, Cuba teka siapa saya? (Bulat) Dalam semak nampak besi, Dari jauh nampak bercahaya, Saya ada tiga sisi, Cuba teka siapa saya? (Segitiga) Pergi Melaka membeli ragi, Cantik berseri berbaju kebaya, Badan saya empat segi, Cuba teka sampai berjaya. (Segiempat tepat)

135

UNIT 13 BENTUK DUA DIMENSI UNIT 13.3 STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Mengkelaskan bentuk 2D.

BAHAN BANTU MENGAJAR

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

1. Lukiskan dua bulatan besar pada papan tulis. Kemudian lukiskan bentuk 2D mengikut bentuknya, contohnya, kesemua segitiga dalam bulatan yang pertama, dan kesemua segiempat sama dalam bulatan yang kedua.

Sesi P&P: Set kad imbasan lukisan/lakaran bentuk 2D Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Gelung rotan 2. Set kad imbasan lukisan/lakaran bentuk 2D 3. Wisel

PERBENDAHARAAN KATA Bentuk 2D Segiempat sama Segiempat tepat Segitiga Bulatan Bintang Sisi Lurus Melengkung Penjuru Kelaskan

Cadangan komunikasi: Saya mengkelaskan bentuk ini kepada dua kumpulan. Cuba teka bagaimana saya kelaskan bentuk ini? Bincang dengan kawan. (Beri beberapa ketika untuk mereka berbincang) Apakah yang sama tentang bentuk ini? Apakah yang berbeza tentang bentuk ini? Apa yang kamu nampak tentang jenis (saiz/warna/sisi/penjuru) bentuk yang ada di dalam gelung rotan ini? Bolehkah kita letakkan ... (tunjukkan kad imbasan bentuk bulatan/bintang/segiempat tepat) di sini? Mengapa? Mengapa tidak? 3. Ulang langkah 2 dengan memilih mana-mana yang berikut:  Merah dan biru  Besar dan kecil  Sisi melengkung dan sisi lurus  Mempunyai penjuru dan tidak mempunyai penjuru  Mempunyai sisi dan tidak mempunyai sisi 4. Edarkan Lembaran Kerja 13.3.

136

UNIT 13 BENTUK DUA DIMENSI

AKTIVITI PENGUKUHAN Aktiviti berikut dijalankan di luar bilik darjah. Aktiviti 1  Bentukkan empat kumpulan.  Untuk setiap kumpulan, letakkan dua gelung rotan pada jarak yang sesuai.  Label setiap gelung rotan, contohnya, merah dan biru, besar dan kecil, sisi melengkung dan sisi lurus, mempunyai penjuru dan tidak mempunyai penjuru.  Edarkan sekeping kad imbasan lukisan atau lakaran bentuk 2D kepada setiap murid.  Aktiviti bermula apabila guru meniup wisel.  Murid pertama dalam setiap kumpulan akan berlari ke arah gelung rotan dan meletakkan kad tersebut ke dalam gelung rotan yang betul.  Dia kemudiannya berlari semula ke kumpulannya dan menepuk tangan murid berikutnya.  Teruskan permainan sehingga selesai. Kumpulan yang paling awal menamatkan permainan dengan pengkelasan yang betul dikira sebagai pemenang. Aktiviti 2  Bentukkan dua kumpulan.  Edarkan sekeping kad imbasan lukisan atau lakaran bentuk 2D kepada setiap murid.  Dalam kumpulan masing-masing, minta murid berpegangan tangan untuk membentuk bulatan besar.  Sambil memegang kad, mereka menyanyi dan bergerak mengikut lagu berikut (mengikut irama yang sesuai): Pusing ke kiri Pusing ke kanan Hayunkan tangan Goyangkan badan Langkah ke depan Buat kumpulan ... (sebutkan nama bentuk 2D)  Sejurus selepas guru menyebutkan nama bentuk 2D, murid yang memegang kad imbasan bentuk yang disebutkan itu akan berkumpul di tengah bulatan dan menunjukkan kad itu kepada semua.  Murid yang lain berdiri setempat dan memeriksa jawapan rakan. Cadangan komunikasi: Adakah semua kad bentuk ... (sebutkan nama bentuk 2D tadi) berada di tengah bulatan? Mari kita lihat.

137

UNIT 13 BENTUK DUA DIMENSI UNIT13.4 STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Menghasilkan rekaan dengan bentuk 2D.

BAHAN BANTU MENGAJAR

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan kertas mahjong, krayon atau pensel warna dan pembaris kepada setiap kumpulan. 2. Lukis atau lakarkan bentuk 2D pada papan tulis yang membentuk suatu rekaan. Contohnya:

Sesi P&P: 1. Kertas mahjong 2. Krayon/Pensel warna 3. Pembaris Aktiviti Pengukuhan: Bahan yang sesuai untuk membuat kolaj, lukisan atau cetakan/cap

PERBENDAHARAAN KATA Bentuk 2D Segiempat sama Segiempat tepat Segitiga Bulatan Bintang Rekaan

3. Minta murid menghasilkan rekaan mereka sendiri pada kertas mahjong. Murid juga boleh diminta mewarnakan rekaan mereka. 4. Kemudian minta murid menerangkan tentang hasil rekaan mereka. 5. Pilih rekaan yang terbaik dan pamerkan pada papan kenyataan. 6. Edarkan Lembaran Kerja 13.4.

AKTIVITI PENGUKUHAN Minta murid untuk menghasilkan rekaan bentuk 2D yang lain menggunakan teknik kolaj, lukisan dan cetakan atau cap.

138

UNIT I

NOMBOR BULAT HINGGA I0 UNIT I.8(a)

KAD BERTITIK

1

UNIT 2

NOMBOR BULAT HINGGA 20 UNIT 2.4

PETAK I00

I

2

3

4

5

6

7

8

9

I0

II

I 2 I 3 I 4 I 5 I 6 I 7 I 8 I 9 20

2 I 22 23 24 25 26 27 28 29 30 3 I 32 33 34 35 36 37 38 39 40 4 I 42 43 44 45 46 47 48 49 50 5 I 52 53 54 55 56 57 58 59 60 6 I 62 63 64 65 66 67 68 69 70 7 I 72 73 74 75 76 77 78 79 80 8 I 82 83 84 85 86 87 88 89 90 9 I 92 93 94 95 96 97 98 99 I00

2

UNIT 2

NOMBOR BULAT HINGGA 20 UNIT 2.5

3

UNIT 2

NOMBOR BULAT HINGGA 20

Pada suatu masa dahulu, ada seorang budak lelaki bernama Jack. Dia tinggal bersama ibunya di sebuah pondok kecil. Harta mereka yang paling berharga ialah seekor lembu. Malangnya lembu itu tidak dapat menghasilkan susu lagi. Ibunya menyuruh Jack membawa lembu itu ke pekan untuk dijual.

Dalam perjalanan ke pekan, Jack terjumpa dengan seorang lelaki tua. Lelaki tua itu berkata, “Jualkan lembu itu padaku. Aku akan memberikan kamu sesuatu yang istimewa. Lihat benih kekacang ini. Tanam sahaja dan keesokan harinya kamu akan dapat pokok kekacang yang terhebat di dunia. Sekarang, tunjukkan saya bilangan lima, Jack.” Tunjukkan kepada saya bilangan lima dengan jari-jari kamu.

4

UNIT 2

NOMBOR BULAT HINGGA 20

“Ada dua biji di setiap telapak tangan dan sebiji di dalam mulut.” Jawab Jack dengan pantas. “Tepat jawapan kamu. Nah, ambil lima biji benih kekacang istimewa ini!” kata lelaki tua itu. Jack menerima benih kekacang tersebut. Lelaki tua itu pergi bersama lembu tadi. Jack pulang dengan perasaan gembira.

Apabila tiba di rumah, Jack menunjukkan benih kekacang tersebut pada ibunya. Ibunya berasa amat marah lalu membuang benih tersebut ke luar tingkap. Kemudian Jack disuruhnya masuk ke dalam bilik dan tidur dalam keadaan lapar.

Mengapakah ibu Jack berasa sangat marah? 5

UNIT 2

NOMBOR BULAT HINGGA 20

Keesokan harinya, Jack melihat ke luar tingkap dan mendapati sebatang pokok kekacang yang amat tinggi sehingga mencecah langit dan mempunyai dahan yang besar serta berbelit-belit.

Jack segera melompat keluar melalui tingkap lalu memanjat pokok tersebut. Semasa memanjat, dia membilang “Satu, dua, tiga, ...”.

Mari membilang mengikut tertib menaik daripada I hingga 20 untuk Jack. 6

UNIT 2

NOMBOR BULAT HINGGA 20

Jack memanjat tanpa henti sehingga sampai ke puncak dan ternampak sebuah istana yang sangat besar. Dia terhidu bau sarapan pagi yang sangat enak. Jack berasa sangat lapar kerana dia tidak makan semalaman. Tambahan pula, dia berasa sangat letih kerana mengambil masa yang lama untuk memanjat pokok itu.

Setibanya dia di depan pintu istana, dia berasa lantai bergegar dengan hentakan tapak kaki yang kuat dan kedengaran satu suara bergema “ Fi, fai, fo, fam!”.

7

UNIT 2

NOMBOR BULAT HINGGA 20

Pada pendapat kamu, suara siapakah itu? Apakah yang akan berlaku seterusnya? Kita akan sambung cerita ini dalam pelajaran yang akan datang!

8

UNIT 2

NOMBOR BULAT HINGGA 20

Jack berlari ke arah almari untuk menyembunyikan diri. Gergasi yang besar itu masuk ke dalam bilik. Selepas meminum sebaldi teh dan memakan sebuku roti yang besar, gergasi itu meletakkan seekor ayam dan sebuah harpa emas di atas meja. Dapatkah kamu melihat Jack di dalam gambar?

9

UNIT 2

NOMBOR BULAT HINGGA 20

“Bertelurlah!”

Jerit

gergasi

kepada

ayam.

Maka

ayam

itu

mengeluarkan sebiji telur emas. “Menyanyilah!” Gergasi berkata kepada harpa pula. Harpa pun menyanyi sambil memainkan lagu yang sungguh merdu. Tidak lama kemudian, gergasi itu pun terlelap.

Bolehkah seekor ayam betina bertelurkan sebiji telur emas?

10

UNIT 2

NOMBOR BULAT HINGGA 20

Perlahan-lahan Jack keluar dari tempat persembunyiannya. Dengan pantas Jack menyambar ayam dan harpa itu. Akan tetapi harpa itu menjerit dengan sekuat hati. “Tuan, selamatkan saya! Selamatkan saya!”

Jeritan itu membuatkan gergasi terjaga dari tidurnya. Dia terus mengejar Jack. Jack berlari dengan pantas supaya tidak ditangkap oleh gergasi.

Mengapakah harpa itu menjerit meminta tolong?

11

UNIT 2

NOMBOR BULAT HINGGA 20

Jack mula menuruni pokok kekacang yang besar dan tinggi itu sambil membilang “Dua puluh, sembilan belas, lapan belas, ...”.

Mari membilang mengikut tertib menurun daripada 20 hingga I untuk Jack.

12

UNIT 2

NOMBOR BULAT HINGGA 20

Gergasi itu turut mengikut Jack turun ke bawah. Akhirnya Jack sampai ke tanah. Dia terus memanggil ibunya sambil berkata “Ibu, berikan saya sebilah kapak!”.

Ibunya mencapai sebilah kapak lalu memberikannya kepada Jack. Jack mula menebang pokok kekacang itu dengan pantas agar gergasi itu tidak dapat menangkapnya.

Mengapakah gergasi itu mengejar Jack?

13

UNIT 2

NOMBOR BULAT HINGGA 20

“Kreek! Kreeek! Bup!” Pokok kekacang itu tumbang bersama-sama gergasi. Gergasi itu mati dengan serta-merta.

Apabila terlihat ayam dan harpa tersebut, ibunya terkejut dan bertanya bagaimana Jack mendapatkannya. Jack menceritakan semua yang berlaku kepada ibunya. Setelah mendengar cerita anaknya, ibunya memberitahu Jack bahawa ayam dan harpa itu sebenarnya adalah milik ayah Jack yang telah dicuri oleh gergasi yang jahat itu suatu masa dahulu.

Dengan adanya ayam dan harpa ajaib itu, Jack dan ibunya tidak kelaparan lagi. Mereka hidup senang dan bahagia selama-lamanya. Apakah yang dapat kamu pelajari daripada cerita ini?

14

UNIT 3

TAMBAH DALAM LINGKUNGAN I0 UNIT 3.4

KAD NOMBOR BERSKALA

I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I

15

UNIT 3

TAMBAH DALAM LINGKUNGAN I0

2

2

2

2

2

2

2

2

2

2

2

2

2

2

2

2

2

2

2

2

2

2

2

2

2

16

UNIT 3

TAMBAH DALAM LINGKUNGAN I0

3

3

3

3

3

3

3

3

3

3

3

3

3

3

3

17

UNIT 3

TAMBAH DALAM LINGKUNGAN I0

4

4

4

4

4

4

4

4

4

4

18

UNIT 3

TAMBAH DALAM LINGKUNGAN I0

5

5

5

5

5

5

5

5

5

5

19

UNIT 3

TAMBAH DALAM LINGKUNGAN I0

6 6 6 6 6

20

UNIT 3

TAMBAH DALAM LINGKUNGAN I0

7 7 7 7 7

21

UNIT 3

TAMBAH DALAM LINGKUNGAN I0

8 8 8 8 8

22

UNIT 3

TAMBAH DALAM LINGKUNGAN I0

9 9 9 9 9

23

UNIT 3

TAMBAH DALAM LINGKUNGAN I0

I0 I0 I0 I0 I0

24

UNIT 3

TAMBAH DALAM LINGKUNGAN I0 UNIT 3.6

Selesaikan Masalah Ini!

Lukis gambar di sini.

Lukis garis nombor di sini.

Tulis ayat matematik di sini.

Lukis bahan-bahan lain di sini.

25

UNIT 8

MASA DAN WAKTU UNIT 8.2

Gambar AKTIVITI DALAM SEHARI

26

UNIT 8

MASA DAN WAKTU UNIT 8.2

27

UNIT 8

MASA DAN WAKTU UNIT 8.2

28

UNIT 8

MASA DAN WAKTU UNIT 8.2

29

UNIT 8

MASA DAN WAKTU UNIT 8.2

30

UNIT 8

MASA DAN WAKTU UNIT 8.2

31

UNIT 8

MASA DAN WAKTU UNIT 8.2

32

UNIT 8

MASA DAN WAKTU UNIT 8.4

Nama

:

Kelas

:

Tarikh

:

33

UNIT 8

MASA DAN WAKTU UNIT 8.4

Nama

:

Kelas

:

Tarikh

:

34

UNIT 8

MASA DAN WAKTU UNIT 8.4

Nama

:

Kelas

:

Tarikh

:

35

UNIT 8

MASA DAN WAKTU UNIT 8.4

Nama

:

Kelas

:

Tarikh

:

36

UNIT 8

MASA DAN WAKTU UNIT 8.4

Nama

:

Kelas

:

Tarikh

:

37

UNIT 8

MASA DAN WAKTU UNIT 8.5(a)

MUKA JAM



I

2

7

8

3 I0

5

6

II

I2 38

UNIT 8

MASA DAN WAKTU UNIT 8.5(b)

PAPAN PERMAINAN “PUKUL BERAPAKAH SEKARANG?”

Maaf, kembali ke petak “MULA”.

TAMAT Terus Terus ke ke petak petak “TAMAT”. “TAMAT”. Anda Anda T menang! menang!

Maju 2 langkah ke hadapan.

Undur 1 langkah ke belakang.

MULA

Maaf, anda hilang giliran.

39

UNIT 8

MASA DAN WAKTU

PERATURAN PERMAINAN

Bahan-bahan yang diperlukan: 1.

Dadu

2.

Butang sebagai penanda untuk setiap pemain

Peraturan permainan: 1.

Tentukan giliran pemain.

2.

Letakkan semua butang di kotak ‘MULA’.

3.

Pemain 1 mencampakkan dadu dan bergerak mengikut bilangan bintik pada dadu. Dia perlu menyebut masa yang dipaparkan di kotak terakhir.

4.

Jika jawapannya betul, Pemain 1 boleh berhenti di petak tersebut. Jika tidak, dia perlu undur ke petak sebelumnya.

5.

Seterusnya Pemain 2 mengambil giliran.

6.

Aturan yang sama diulang oleh pemain yang lain hingga selesai permainan.

7.

Pemain yang paling awal tiba di petak ‘TAMAT’ dikira sebagai pemenang. SELAMAT MENCUBA!

40

UNIT 12

BENTUK TIGA DIMENSI UNIT 12.1

REKA BENTUK OBJEK

41

UNIT 12

BENTUK TIGA DIMENSI UNIT 12.1

42

UNIT 12

BENTUK TIGA DIMENSI UNIT 12.1

43

UNIT 12

BENTUK TIGA DIMENSI UNIT 12.1

44

UNIT 12

BENTUK TIGA DIMENSI UNIT 12.1

45

46

Modul Numerasi Guru Asas 1.pdf

Displaying Modul Numerasi Guru Asas 1.pdf. Modul Numerasi Guru Asas 1.pdf. Modul Numerasi Guru Asas 1.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu.

11MB Sizes 10 Downloads 307 Views

Recommend Documents

Modul Numerasi Guru Asas 3.pdf
MODUL GURU. ASAS 3. Terbitan. Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2013. Page 3 of 388. Modul Numerasi Guru Asas 3.

Modul B Guru pembelajar.pdf.pdf
Direktorat Jenderal Guru dan Tenaga Kependidikan yang bertanggung jawab. dalam mengembangkan perangkat dan melaksanakan peningkatan. Page 3 of 174. Modul B Guru pembelajar.pdf.pdf. Modul B Guru pembelajar.pdf.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. M

asas
sasasas

Asas Bina Site.pdf
dalam petak. Klik sini. Page 4 of 12. Asas Bina Site.pdf. Asas Bina Site.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu. Displaying Asas Bina Site.pdf.

Isi Numerasi 5.pdf
Ahmad sekarang? Latihan Asas Numerasi 191. MODUL BUDIMAN LINUS TAHUN 2 (NUMERASI). Page 3 of 42. Isi Numerasi 5.pdf. Isi Numerasi 5.pdf. Open.

Pembinaan guru guru sekolah minggu.pdf
Kutukan Allah atas Alam setelah Kejatuhan Manusia dalam dosa. Setelah memahami pokok materi yang seharusnya dipahami oleh anak sekolah minggu. maka guru dapat melakukan pendekatan-pendekatan berdasarkan beberapa. Page 3 of 12. Pembinaan guru guru sek

guru muda.pdf
Pn. Hjh. Normah binti Abdullah. Page 2 of 2. guru muda.pdf. guru muda.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu. Displaying guru muda.pdf.

12 KONSTRUK NUMERASI PROGRAM LINUS MENULIS.pdf ...
Page 1 of 4. 1 | L I N U S 2 . 0. [email protected]. 12 KONSTRUK NUMERASI PROGRAM LINUS ( MENULIS ). Konstruk 1: Keupayaan pranombor dan ...

GURU DULLACIS.pdf
Ngomong-ngomong, saudara-saudara, rata-rata pegawai negeri seperti. Whoops! There was a problem loading this page. Retrying... GURU DULLACIS.pdf.

MODUL INTERJAR.pdf
dan saran sangat kami harapkan demi pengembangan modul ini di masa yang akan datang. Depok, 05 November 2013. Penyusun. Page 2 of 32 ...

MODUL AKIDAH.pdf
õbÔi ́mŠÌÏ. @ @. ÝØ×. ðõbî ŠÐ3⁄4 âìØy. Mbßý ÝØ× aìèi ðb ŠÏ kuaë. @ @ bäîi å×a Ö†îm æa... tbßü. @ @[ 88 Z28 òía —–ÔÛa ñ‰ì a... æbߊϊi a. Žéflèuflë@Č ü g@ ÙčÛbflç@đõ@ófl'

Modul CCNA.pdf
Modem, termasuk interface voice-grade, channel service units/digital service units. (CSU/DSU) yang melayani interface T1/E1, dan Terminal Adapter/Network ...

modul-blogspot.pdf
Karena kita membuat blog di blogspot, maka sebaiknya kita memiliki satu. alamat e-mail di gmail. Page 4 of 41. modul-blogspot.pdf. modul-blogspot.pdf. Open.

Modul CSS.PDF
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Modul CSS.PDF.

MODUL ORKOM.pdf
Memori berfungsi untuk menyimpan data dan program. Memori beraneka tipe. dari yang tercepat aksesnya sampai yang terlambat. Data Bus jalur-jalur ...

Modul Elektrodinamika.pdf
Di SMP, Anda pernah mempelajari konsep muatan listrik. Masih ingatkah. mengapa sebuah benda dapat bermuatan listrik? Dalam tinjauan mikroskopik,.

Info Guru MAMAN.pdf
Page 1 of 3. 3/26/2017 Info Guru. http://223.27.144.195:8085/ 1/3. Cetak PDF/Printer. Infomasi yang ditampilkan berasal dari data yang dikirim sekolah melalui ...

Persediaan Guru Prasekolah.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Persediaan ...

Modul Mikrotik.pdf
Herika Hayurani, M.Kom. Sri Puji Utami A., M.T. PROGRAM STUDI TEKNIK INFORMATIKA. FAKULTAS TEKNOLOGI INFORMASI. UNIVERSITAS YARSI.

Modul Elektrodinamika.pdf
pompa sumber. energi. potensial rendah. (bak). elektron. Latief Foundation. 2 of 24. Page 3 of 25. Modul Elektrodinamika.pdf. Modul Elektrodinamika.pdf. Open.

PANGGILAN GURU KRISTEN.pdf
Loading… Page 1. Whoops! There was a problem loading more pages. Retrying... PANGGILAN GURU KRISTEN.pdf. PANGGILAN GURU KRISTEN.pdf. Open.

Modul kelas XII.pdf
Mengetahui populer tentang. internet. • Mengetahui tentang kode etik. penulisan Email;. Page 3 of 44. Modul kelas XII.pdf. Modul kelas XII.pdf. Open. Extract.

MODUL PRAKTIKUM GIZI.pdf
karunia-Nya Modul Praktikum Analisis Bahan Makanan ini dapat kami susun. Modul praktikum ini disusun untuk memberikan gambaran dan panduan kepada.

Modul C++ Lengkap.pdf
Loading… Page 1. Whoops! There was a problem loading more pages. Retrying... Modul C++ Lengkap.pdf. Modul C++ Lengkap.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu.