SULIT

1103/2

NAMA : …………………………………………

TINGKATAN : …………..

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA BAHASA MELAYU KERTAS 2 DAERAH TANGKAK BAHASA MELAYU KERTAS 2 OGOS 2 ½ jam

1103/2

Dua jam 30 minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan bagi soalan 2 (b), soalan 2 (c), soalan 2 (d) dan soalan 4 berdasarkan teks Komponen Sastera Melayu Tingkatan 4 dan tingkatan 5. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak.

Lihat sebelah

1

SULIT

1103/2

Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha menangani jenayah siber dan masalah-masalah menangani jenayah siber. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Istilah alam siber digunakan secara meluas untuk menggambarkan sesuatu yang berkaitan dengan komputer, teknologi maklumat dan pelbagai budaya. Internet merujuk dunia dalam talian sebagai media komunikasi. Setiap individu di alam siber mempunyai kuasa tersendiri dengan bersembunyi di sebalik nama samaran. Keadaan ini mendedahkan pengguna kepada jenayah di alam siber seperti mangsa ditipu menerusi Internet yang melibatkan kerugian wang ringgit, khususnya menerusi laman sesawang “bank palsu”. Pengguna juga terpedaya dengan propaganda yang belum tentu kesahihannya. Oleh itu, terdapat beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi oleh pengguna, antaranya penggunaan program antivirus yang menyediakan perlindungan secukupnya kepada komputer peribadi. Dalam dunia Internet, terdapat segelintir golongan yang menceroboh sistem komputer yang dikenali sebagai penggodam. Bagi mengelakkan penggodaman berlaku, kata laluan mestilah sentiasa dilindungi supaya lebih selamat dan sukar diakses oleh orang lain. Jenayah siber juga boleh berlaku melalui e-mel. Oleh itu, pengguna jangan sesekali membuka e-mel yang meragukan daripada pihak yang tidak dikenali. Jika pengguna ingin juga membuka e-mel berkenaan, pastikan tidak terus mengklik pautan yang disediakan kerana lazimnya transaksi rasmi dalam talian tidak akan menghantar e-mel yang mempunyai pautan di dalamnya. Sekiranya terdapat lampiran yang dihantar, kita disarankan mengimbas lampiran terlebih dahulu sebelum membukanya. Selain itu, pengguna hendaklah berhati-hati apabila bersembang dengan orang yang tidak dikenali di alam siber. Hal ini demikian kerana banyak kes jenayah dan salah laku sosial bermula daripada ruangan sembang di Internet. Kita juga diharapkan tidak mudah membuat janji temu dengan kenalan di alam siber. Sekiranya bersetuju bertemu, bermakna sebelah kaki sudah termasuk dalam perangkap penjenayah siber. Begitu juga pengguna jangan sesekali memberikan kepercayaan dengan mendedahkan maklumat peribadi kepada individu yang baru dikenali menerusi Internet. Seterusnya, pengguna jangan mudah membayar wang sebagai deposit untuk mendapatkan sesuatu yang dijanjikan. Pengguna juga jangan mudah menjadi responden soal selidik yang diuruskan oleh individu yang tidak dikenali di alam siber yang sebenarnya hanya bertujuan untuk menjanakan pendapatannya. Bertitik tolak daripada situasi tersebut, pengguna Internet usah mudah terpedaya dengan godaan untuk menjadi kaya dengan cepat menerusi iklan pelaburan yang menjanjikan keuntungan berlipat ganda. Iklan sebegini biasanya meminta pengguna mengeluarkan sedikit wang sebagai modal. Namun, pilihan terletak di tangan pengguna untuk menilai maklumat yang dipaparkan dalam Internet itu benar atau sebaliknya. (Dipetik dan diubah suai daripada “Etika di Alam Siber” oleh Zuraidah Hanim binti Md. Akhir, Dewan Siswa, Februari 2013) 2

SULIT

1103/2

Soalan 2 : Pemahaman [35 markah] Soalan 2 (a) : Petikan Umum Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i)

Berikan maksud rangkai kata media komunikasi. [2 markah]

(ii)

Pengarang menyatakan bahawa terdapat beberapa kesan negatif penggunaan Internet kepada pengguna. Nyatakan kesan-kesan tersebut. [3 markah]

(iii)

Pada hari ini, terdapat segelintir pengguna yang menyalahgunakan Internet. Huraikan pendapat anda tentang sebab-sebab remaja terjebak dengan masalah penyalahgunakan Internet. [4 markah]

3

SULIT

1103/2

Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Aku menjeling ke tubuh al-Hafiz. Tulang selangkaku yang remuk, salur darah di ruang foraks, memancut bagai paip bocor. Di katil nombor empat, gadis malang kaku dalam selimut merah jambu. Otak yang berdarah, hentaman beroti, anak mata yang membulat penuh, saat kematiannya begitu hampir. Penganiaya telah memberikannya tiket ke jannah. Kutinggalkan dinding pejal Unit Rawatan Rapi. “Hanya lima pek darah untuk lima orang yang sedang koma. Prognosisnya yang baik, kalau awak tidak melepaskan pek-pek darah ini, awak jadi pembunuh.” “Tapi darah ini untuk Tuan Besar Muda.” Juruteknik makmal darah berwajah kelat. Anak mataku bulat penuh. “Hanya adrenalina, dopamin dan atropina yang merangsang denyutan jantungnya. Tiada tanda-tanda hayat. Dia sudah mati.” “Tandatangan Profesor Doktor Juaidi ini bagaimana?” “Saya rela menerima herdiknya.” Terasa lelah tatkala kupanjat anak-anak tangga. Lima pek darah sejuk telah berada di tangan. Tarikan nafas Solehah, mampu menyusukan anak keenam, kelima-lima yang lain pula, gagah memanjat tangga sekolah. Denyutan jantung mahasiswa leukemia mampu menyudahkan tesis. Sinar mata al-Hafiz, ketujuh-tujuh anak masih belum yatim, beratus-ratus tahfiz kecil. Boleh menyejukkan bumi dengan merdu al-Quran. Besar sungguh nilai pembaziran Profesor Doktor Juaidi. (Dipetik daripada Gerhana Manusia, Aminah Mokhtar Antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)

Berdasarkan petikan di atas, apakah yang dilakukan oleh ‘Aku’ untuk menyelamatkan pesakit? [2 markah]

(ii)

Pada pendapat anda , bagaimanakah peribadi seorang doktor yang terpuji? [3 markah]

(iii)

Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

4

SULIT

1103/2

Soalan 2 ( c ) - Petikan Prosa Klasik Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Maka kata segala anak buah Seri Nara Diraja, “Bagaimana maka datuk hendak beristeri muda, kerana datuk sudah tua, dan bulu mata dengan bbuluu kening sudah bertemu?” Maka kata Seri Nara Diraja, “Di mana kamu sekalian tahu? Jikalau demikian sia-sialah cula dibeli oleh bbapaku sekati emas di benua Keling itu.” Dan telah sudah lepas idah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu. Maka menjadi maufakatlah Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan seperti saudara sejalan jadi. Maka sembah Seri Nara Diraja pada Sultan Muzaffar Syah, “Tuanku, baiklah Paduka Raja dijadikan bendahara, kerana ia sedia anak bendahara. “ Maka titah baginda, “Baiklah.” Maka Paduka Raja pun dijadikan bendahara. Syahadan, Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan orang bijaksana, kerana pada zaman itu tiga buah negeri yang sama besarkan : pertama, Majapahit, kedua, Pasai; ketiga, Melaka. Di dalam negeri tiga buah itu, ada tiga orang yang bijaksana; di Majapahit, Patih Aria Gajah Mada; dan di Pasai, Orang Kaya Kanayan; dan di Melaka, Bendahara Paduka Raja; dan Seri Nara Diraja menjadi penghulu bandahari.

(Dipetik daripada Burung Terbang Dipipiskan Lada dalam Antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)

Berikan maksud kerana ia sedia anak bendahara. [2 markah]

(ii)

Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan Seri Nara Diraja mencadangkan Paduka Raja sebagai Bendahara. [3 markah]

(iii)

Pada pendapat anda, mengapakah sesebuah negara perlu mempunyai pemimpin yang bijaksana dan adil? [3 markah]

5

SULIT

1103/2

Soalan 2(d) – Sajak Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. GELANGGANG Ini gelanggang kita yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih lima dekad yang lalu satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu di kemudian hari. Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat dan air mata dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat berpadu kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati kita mempertahankan kedaulatan watan dar anasir jahat kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai keturunan. Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh hati nurani kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah gelanggang jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri. Marilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah elakkan pertelingkahan sesama sendiri. Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini agar kecemerlangan tercerna di persada arena terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat. (Onn Malini, Antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka)

6

SULIT

1103/2

(i)

Berdasarkan sajak, nyatakan dua cara untuk menjamin keamanan dan kemakmuran negara. [2 markah]

(ii)

Jelaskan pendapat anda tentang kepentingan-kepentingan hidup bersatu padu kepada sesebuah negara. [3 markah]

(iii)

Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan. (a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi)

rusuh rusuhan perusuh larang larangan melarang [6 markah]

(b) Baca ayat–ayat di bawah dengan teliti. Kenal pasti ayat–ayat tersebut dan klasifikasikannya sama ada ayat–ayat itu ayat silaan, ayat suruhan, ayat larangan, atau ayat permintaan. (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi)

Awak siapkanlah kerja itu sekarang. Tidak usah kau ambil tahu akan hal aku lagi. Jangan ganggu budak yang sedang menangis itu. Tolong hantar jawapan sebelum hari Sabtu. Engkau tunggu dia di rumah. Makanlah kuih di atas meja itu. [6 markah]

7

SULIT

1103/2

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i)

Menurut kaji doktor, makanan ringan seperti mee goreng yang mengandungi banyak kapur boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit.

(ii)

Sahlin Zulkifli bukan sahaja terkenal sebagai pemain bowling negara, bahkan beliau turut disanjung kerana kejayaannya harumkan nama negara di persada antarabangsa.

(iii)

Tuan pengetua SMK Pulau Bum Bum telah mempengerusi mesyuarat pada pagi ini dan dibantu oleh Encik Jalil sebagai pencatit minit. [6 markah]

(d) Dalam ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i)

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-59 di bulan Ogos ini , seluruh rakyat diminta supaya sama–sama mempamerkan Jalur Gemilang.

(ii)

Tahap kehidupan rakyat di negara ini bertambah baik dari semasa ke semasa dan peningkatan ekonomi negara yang memberangsangkan.

(iii)

Pada akhir waktu pembelajaran, Cikgu Kamil menerangkan lain-lain faktor yang mengakibatkan kemusnahan kerajaan Melayu Melaka pada tahun 1511. [6 markah]

(e) Berikan maksud peribahasa di bawah ini. (i) (ii) (iii)

seperti kerbau dicucuk hidung tiada rotan, akar pun berguna sekali air bah, sekali pasir berubah [6 markah]

8

SULIT

1103/2

Soalan 4 : Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii)

Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin Leftenan Adnan karya Abdul Latip Talib Pantai Kasih karya Azmah Nordin Silir Daksina karya Nizar Parman Tirani karya Beb Sabariah Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

(a) Watak utama dalam salah satu novel yang anda pelajari mempunyai sikap-sikap yang boleh diteladani. Jelaskan pernyataan tersebut dengan mengemukakan dua contoh. [7 markah] (b) Setiap peristiwa dalam novel dapat memberi gambaran latar masyarakat yang hendak dikemukakan oleh pengarang. Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa dalam setiap novel tersebut yang menunjukkan latar masyarakat yang bertanggungjawab. [8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

9

PPD Tangkak K2.pdf

dengan komputer, teknologi maklumat dan pelbagai budaya. Internet merujuk dunia dalam talian. sebagai media komunikasi. Setiap individu di alam siber ...

275KB Sizes 7 Downloads 222 Views

Recommend Documents

PPD Quality Tracking System Implementation Report.pdf ...
PPD Quality Tracking System Implementation Report.pdf. PPD Quality Tracking System Implementation Report.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In.

Establishing PPD Platform in Parliament.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Establishing PPD Platform in Parliament.pdf. Establishing PPD Platform in Parliament.pdf. Open. Extract. Ope

(SOALAN + SKEMA) K1 + K2 PPD KOTA BELUD.pdf
seharian masyarakat di negara kita. KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT. Hak cipta: gcjmsmkn. Page 3 of 38. (SOALAN + SKEMA) K1 + K2 PPD KOTA BELUD.pdf.

PPD Quality Tracking System Disign and Methodology.pdf ...
PPD Quality Tracking System Disign and Methodology.pdf. PPD Quality Tracking System Disign and Methodology.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In.

Functional Replica of the Radiation Particle Pixel Detector (PPD ...
Functional Replica of the Radiation Particle Pixel Detector (PPD) Payload. Launched December 3, 2014 on the Shinen2 Spacecraft as part of the. Hayabusa2 (Asteroid Explorer) Mission by JAXA, Japan. Developed by Prairie View A&M University in partnersh