PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN PENYELIDIKAN j-QAF 2013

(SKP j-QAF2013)

Memperkasakan Program j-QAF Dalam Pendidikan Islam

PENERBIT Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA. 2013

PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN PENYELIDIKAN j-QAF 2013 (SKP j-QAF2013) 19 - 20 Jun 2013 PURI PUJANGGA, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, SELANGOR, MALAYSIA

© Sekretariat SKP j-QAF 2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA. 2013 Hak Cipta Terpelihara Tidak dibenarkan mengeluarkan ulangan mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua, sama ada elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat keizinan bertulis daripada Sekretariat SKP j-QAF 2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA. Perpustakaan Negara Malaysia Cataloguing-in-Publication Data Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 (SKP j-QAF 2013) Sekretariat SKP j-QAF 2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA. 19 - 20 Jun 2013/Ahmad Munawar Ismail et.al. ISBN: 978-983-44351-9-9 1. Penyelidikan j-QAF 2. Pendidikan Islam 3. Ahmad Munawar Ismail

Type Setting: Mansor Ab. Samad Type: Times New Roman Font Size: 11pt, 10pt, 9pt

SEMINAR KEBANGSAAN PENYELIDIKAN j-QAF 2013

(SKP j-QAF 2013)

Memperkasakan Program j-QAF Dalam Pendidikan Islam

Anjuran Bersama: Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia & Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

19 – 20 Jun 2013 Puri Pujangga Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, MALAYSIA.

Institut IslamHadhari Universiti KebangsaanMalaysia 2013

EDITOR Ahmad Munawar Ismail Ab. Halim Tamuri Mohd Yusof Othman Jawiah Dakir Kamarulzaman Abd. Ghani Othman Loman Mohd Khamal Md Daud Siti Maheran Ismail @ Ibrahim Mohd Izzuddin Mohd Pisol

PENDAHULUAN Assalamu`alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Alhamdulillah, saya bersyukur kehadrat Allah s.wt kerana dengan izinNya dapat menganjurkan Seminar Kebangsaan Penyelikan j-QAF 2013 yang bertemakan Memperkasakan j-QAF Melalui Pendidikan Islam. Program jQAF telah dilaksanakan dalam Sistem Pendidikan Islam di Malaysia selama 8 tahun. Oleh itu, penyelidikan terhadap program j-QAF telah mula dikaji. Pengumpulan hasil penyelidikan ini akan membantu dalam memperkasakan program j-QAF dalam pelbagai aspek. Antaranya aspek guru, model, modul, strategi pengajaran, kaedah pengajaran, amalan pengajaran guru ke arah mewujudkan pengajaran yang berkesan. Saya yakin dan percaya bahawa penganjuran seminar ini mampu mengumpulkan penyelidik dalam berkongsi pengalaman mengenai kajiankajian yang telah dijalankan mengenai pelaksanaan program j-QAF di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. SKP j-QAF2013 akan menjadi platform dalam membincangkan serta menyebarkan hasil penyelidikan berkaitan program j-QAF. Penganjuran seminar ini mampu memberikan manfaat dan peluang kepada pensyarah, pegawai pendidikan, guru besar, guru j-QAF, penyelidik serta guru pelatih untuk berinteraksi antara satu sama lain bagi bertukar idea dan pandangan mengenai pelaksanaan program j-QAF. Semoga, hasil pengumpulan penulisan penyelidikan ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan program j-QAF dalam meningkatkan kualiti serta pencapaian murid dan seterusnya ke arah pembentukan modal insan di Malaysia. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua para pembentang yang sudi menyumbangkan kertas kerja, para peserta, jawatankuasa penganjur daripada Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah bekerjasama dalam penganjuran seminar ini. Diharapkan, bahawa SKP jQAF2013 akan dapat mencapai semua objektif yang telah dirancang dengan jayanya Terima kasih, Dr. Ahmad Munawar Ismail Pengarah Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013

Kandungan Kata Pengantar

vi

Kualiti Guru j-QAF Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan Ab. Halim bin Tamuri

1

Penelitian Dan Pemahaman Terhadap Model Program j-QAF Asmawati Suhid

19

Development and Evaluation of Multimedia Software for the Communicative Arabic Implementation of the j-QAF Programme in Malaysian National Primary Schools Maimun Aqsha Lubis

37

Perlaksanaan Dan Pencapaian Program j-QAF: Kajian Seluruh Malaysia Misnan Jemali, Ibrahim Hashim, Zanariah Noor, Muhammad Akramin Kamarulzaman, Abdul Nasir Abdul Latif, Ahmad Zulfiqar Shah Abdul Hadi, Mohd. Abdul Aziz Mahmud & Hasanudin Abd. Hamid

51

Kajian Penilaian Impak Program j-QAF Nasithah Abd Hamid, Zalina Ahmad Zainuddin, Latip Muhammad, Maimunah Muda, Ahmad Zaafar Ismail, Salmah Mohd Salleh & Nur Liyana Husna @ Aloha Shaari

83

Laporan Jernal Reflektif Guru Pelatih j-QAF : Apakah isu yang ditulis? Abd Aziz Mahayudin

97

Pengetahuan Tentang Pendidikan Khas Dalam Kalangan Guru Pelatih Program j-Qaf Minor Pendidikan Khas Abdullah bin Yusoff, Che Rabiaah binti Mohamed, Che Noorwani binti Che Wil, Azhari bin Muhamood, Halim bin Wan Ibrahim

109

Teknik Pengajaran Kosa Kata Arab Melalui Nyanyian: Asas Pengetahuan Yang Perlu Ada Pada Guru Bahasa Arab j-Qaf Ahmad Zakuan Md Khudzari, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff & Hanan Hamzah

127

Pengetahuan Isi Kandungan Bahasa Arab dalam kalangan Guru Sekolah Rendah: Satu Tinjauan Awal Ainon Wazir & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff

139

Tahap Pelaksanaan Pengajaran Model Enam Bulan Khatam Al-Quran Program j-QAF Di Negeri Selangor Amal Hayati Md. Nor

155

Impak Kekerapan Pembacaan Al-Quran Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Bhasah Abu Bakar, Noorhayati Hashim, Yuslina Mohamed & Mohamed Najib Jaafar

169

Amalan Pengajaran Model Enam Bulan Khatam Al-Quran Program j-Qaf dalam Tilawah Al-Qur’an Sekolah Kebangsaan Daerah Jasin Melaka Fahimah Ali Hassan

181

Penerapan Konsep Ta’dib dalam Pengajaran Ibadah Solat di Sekolah Rendah Hazrisum Mohd Razali

194

Mobile Application of Al-Quran and Arabic Language for Interactive and Self Learning Assistant for support in j-QAF Learning: A Survey Noor Jamaliah Ibrahim, Zaidi Razak, Mohd Yamani Idna Idris, Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff, Noorzaily Mohamed Noor, Emran Mohd Tamil & Noor Naemah Abdul Rahman

205

Pendekatan Kaedah Mnemonik dalam Pembelajaran Bahasa Arab (jQAF) Majdan Paharal Radzi

219

Permasalahan Amalan Pengajaran dalam Kalangan Guru Pelatih Praktikum j-QAF Md Zuki Hashim

225

Tahap Keprihatinan Guru j-QAF Dalam Melaksanakan Inovasi Program Pemulihan Jawi Mohd Mazhan Tamyis & Sharifah Nor Puteh

237

Mengenal Pasti Ciri-Ciri Gaya Pembelajaran Murid Sukar Belajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam dan j-QAF Mohd Razimi Husin

249

Amalan Pentaksiran Bahasa Arab (PKSR) Sekolah Kebangsaan Di Melaka Mohd Yusri Kamarudin & Kamarulzaman Abd. Ghani

263

Isu-Isu Pengkomputeran Jawi Mohd Zamri Murah Isu dan Cabaran Terhadap Pelaksanaan Program j-Qaf Di Sekolah Norliza Hussin, Fahimah Ali Hassan & Khadijah Abdul Razak

273

Using Fun Learning Approach (Songs) To Enhance Arabic Language Acquisition Among Year 1 And 2 Pupils In Selected Primary Schools Normazla Ahmad Mahir, Haliza Harun & Arnida Abu Bakar

295

Penguasaan Kemahiran Tilawah Al-Quran Menerusi Program j-QAF: Kajian Kes Di Melaka Nurfadilah Mohamad & Muhammad Mustaqim Mohd Zarif

307

Pencapaian Tilawah Al-Quran Program j-QAF di Perak : Suatu Tinjauan Awal Paharudin Arbain & Misnan Jemali

321

Pengupayaan Kepimpinan Guru j-QAF Rofishah Rashid & Hailan Salamun

329

Pelaksanaan Model Pemulihan Jawi j-QAF di Sekolah Rendah Di Sabah Sabariah Bahrun, Saiful Akhyar Lubis & Fakhrul Adabi Abdul Kadir

341

Pendekatan Teknik Kolaboratif Dalam Modul Khatam Al Quran j-QAF Siti Faizah Said & Asmawati Suhid

357

Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab Guru Pelatih j-QAF Mengikut Persepsi Pensyarah Sumaiyah Sulaiman, Normah Mohd Ariff, Jamaliah Rani, Nurul Hudaa Hasan & Sabri Ahmad Zabidi

371

285

Sikap Terhadap Membaca Dalam Kalangan Murid Bahasa Arab Di Sekolah Rendah Wan Sakiah Wan Ngah, Kamarulzaman Abdul Ghani & Maimun Aqsha Lubis

389

Strategi Pengajaran Pemulihan Jawi j-QAF Di Sekolah Kebangsaan Negeri Perak Zairul Anuwar Jamriy, Ibrahim Hashim & Misnan Jemali

399

Kaedah Haraki : Satu Inovasi Dalam Pengajaran Al-Quran Zakaria bin Din @ Nasirudin

414

Penerapan Nilai Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Model Khatam AlQuran j-QAF Zuraidah bt Othman

431

Latihan Guru j-QAF Di Malaysia : Cabaran Dan Harapan Fazlulaini Mohd Yunus

449

Memperkasakan Pendidikan Islam di Malaysia Melalui Program j-QAF Abdullah Md. Din

465

Program j-QAF Dalam Pembangunan Akhlak Murid : Analisa Dari Sudut Profesionalisme Perguruan j-QAF Zaharah Hussin

475

1

Kualiti Guru j-QAF Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan

Ab. Halim bin Tamuri Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak Objektif utama pelaksanaan sistem pendidikan Islam ialah untuk memberikan penumpuan kepada aspek penghayatan melalui ilmu pengetahuan, kemahiran bagi membangunkan insan yang bertakwa kepada Allah swt. Konsep utama dalam dalam pelaksanaan program j-QAF ialah menjadikan Pendidikan Bahasa Arab diwajibkan, asas-asas Fardhu Ain dihayati dan Pelajaran Jawi diperkukuhkan bermula di sekolah rendah. Guru j-QAF berperanan dalam memberikan pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan kepada murid. Oleh itu, elemen utama program j-QAF perlu dilihat daripada aspek pembangunan dan latihan guru-guru j-QAF yang terdiri daripada personaliti guru, mempunyai motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran, mempelbagaikan kaedah pengajaran, mempunyai pengetahuan isi kandungan pelajaran, sentiasa mempertingkatkan ilmu pengetahuan bukan sahaja mampu memberi kesan positif dalam prestasi murid, bahkan dapat menjana pemikiran yang kritis dan kreatif, mewujudkan suasana pembelajaran yang ceria serta menggalakkan murid untuk menguasai ilmu ke arah penghayatan yang lebih sempurna. Tugas dan amanah yang dipikul oleh guru j-QAF perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh bagi membangunkan generasi Islam yang menghayati ajaran Islam. Guru j-QAF mestilah berjiwa sebagai pendakwah dan menjadi role model dalam masyarakat. Guru j-QAF yang cemerlang boleh dilahirkan dengan menekankan kepada pembangunan insan guru berteraskan konsep Muddaris, Muaddib, Murabbi, Mursyid dan Muallim. Pendahuluan Secara umumnya, objektif utama pelaksanaan sistem pendidikan Islam ialah untuk memberikan penekanan kepada aspek penghayatan melalui ilmu pengetahuan, kemahiran bagi membangunkan insan yang bertakwa kepada Allah swt. Selain itu, kandungan dalam kurikulum pendidikan Islam yang dilaksanakan di seluruh dunia bukanlah merupakan satu perkara menjadi isu atau polimek kerana ianya dibangunkan oleh pakar-pakar dalam bidang pendidikan dan pengajian Islam yang berwibawa. Bagi mencapai hasrat ini, dalam konteks pendidikan Islam di sekolah rendah, program j-QAF atau "j" bermaksud Jawi, "Q" bermaksud al-Qur'an, "A" 1

Dibentangdalam Seminar KebangsaanPenyelidikan j-QAF 2013 pada 19-20hb Jun 2013 di PuriPujangga, UniversitiKebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

2

bermaksud Bahasa Arab dan "F" bermaksud Fardhu Ain adalah antara usaha memperkasa Pendidikan Islam dalam pelaksanaan Kurikulum Semakan Pendidikan Islam. Program j-QAF ini merupakan salah satu program Kementerian Pendidikan Malaysia yang berhasrat melahirkan murid di sekolah rendah yang khatam al-Quran. Konsep utama dalam dalam pelaksanaan j-QAF ialah menjadikan Pendidikan Bahasa Arab diwajibkan, asas-asas Fardhu Ain dihayati dan Pelajaran Jawi diperkukuhkan bermula di sekolah rendah. Pelbagai jenis model dalam program jQAF telah dicadangkan seperti kelas pemulihan Jawi, Model Tasmik, khatam alQuran model enam bulan, peluasan Bahasa Arab Komunikasi dan model Bestari Solat yang sedang dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah sejak tahun 2005 secara berperingkat-peringkat sehingga terlaksana sepenuhnya pada tahun 2010. Membangunkan Upaya Guru j-QAF Berteras Konsep Guru Pendidikan Islam Berkesan Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan pendidikan Islam melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah. Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaanya menggunakan jadual waktu sedia ada dengan kerjasama pihak sekolah secara menyeluruh. Sebagai contoh, Kem Bestari Solat merupakan aktiviti kokurikulum yang perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah di bawah pengawasan dan pemantauan Guru Besar. Guru Panitia Pendidikan Islam pula bertanggungjawab mengendali dan menyelaraskan program ini dengan dibantu oleh guru-guru j-QAF dan fasilitator yang dilantik serta disokong oleh guru-guru lain. Objektif program j-QAF akan diperolehi setelah program ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan ke atas semua murid Islam sekolah rendah. Objektif utama program yang ditetapkan adalah seperti berikut: a) Menguasai bacaan dan tulisan jawi b) Khatam al-Quran c) Menguasai asas bahasa Arab Komunikasi d) Memantap dan menghayati amalan fardu Ain. Program j-QAF menjadi lebih penting sebagai suatu usaha kearah memperkasakan Pendidikan Islam yang sedia ada supaya semua bidang dalam Pendidikan Islam iaitu tilawah al-Quran, Ibadah, Sirah Nabawi, Akhlak dan Jawi lebih berkesan dan dapat dihayati serta diamalkan dalam kehidupan. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengenal pasti beberapa model pengajaran yang akan dilaksanakan dalam program j-QAF. Model-model pengajaran adalah seperti berikut; Model Khas Pemulihan Jawi, Model Tasmik (al-Quran), Model 6 bulan Khatam al-Quran, Model Perluasan Bahasa Arab Komunikasi dan Model Bestari Solat (Kokurikulum). Program j-QAF ini juga boleh dilihat sebagai satu usaha

3

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

menyokong pelaksanaan Ujian PAFA yang mana setiap murid beragama Islam akan diuji secara amali di sepanjang persekolahannya, iaitu di peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan juga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Program j-QAF diperkenalkan di sekolah-sekolah rendah sejak tahun 2005 adalah untuk memperkukuhkan Pendidikan Islam melalui penekanan dalam pelajaran Jawi, al-Quran, Bahasa arab dan Fardhu Ain di sekolah rendah (KPM 2004). Pelaksanannya dilakukan melalui penggubalan kurikulum, model dan juga modul. Dalam usaha menjayakan program j-QAF ini, guru-guru akan diberikan latihan khusus untuk melaksanakn pemulihan, bimbingan, pengukuhan, pengayaan, dan penghayatan pelajar (Ibrahim Hashim et.al. 2009). Setelah pelaksanaannya selama 10 tahun, kajian-kajian yang komprehensif perlu dijalankan untuk mengenalpasti kekuatan yang ada serta menganalisa kelemahan program tersebut dan meberikan cadangan untuk untuk melakukan penambah baikan program dan pelaksanaanya. Sehubungan itu, salah satu elemen utama ialah aspek pembangunan dan latihan guru-guru j-QAF. Umumnya, guru-guru j-QAF perlu melaksanakan tugas dan amanah sebagaimana guru-guru pendidikan Islam lain kerana tujuan utama mereka ialah untuk membangun generasi Islam dalam menghayati ajaran Islam sepenuhnya. Menurut Ab. Halim dan Nik Mohd Rahimi (2010) tugas guru mengikut perspektif Islam merangkumi pelbagai tanggungjawab yang sangat luas dalam pembangunan akhlak dan diri manusia iaitu sebagai murrabi, muaddib bukan semata-mata seorang mu`allim. Secara amalan dan sirah Nabawiyyah, tugas guru perlu dikaitkan dengan tugas sebagai pendakwah dan dengan erti kata lain seorang guru pendidikan Islam dan guru j-QAF adalah juga seorang pendakwah atau da`i. Maka, sebagai guru yang berperanan sebagai pendakwah, tugas penting mereka ialah memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang ajaran Islam dan pelaksanaannya dalam kehidupan seharian, khususnya dalam kalangan murid-murid mereka. Pastinya, metode dan pendekatan yang digunakan perlu dipelbagaikan bagi memaksimum keberkesanan dakwah yang dijalankan. Dalam konteks pendidikan formal kini, kejayaan PdP j-QAF di institusi pendidikan lebih banyak bergantung kepada keupayaan guru mendidik para murid berbanding dengan peranan ibu bapa. Ini tidak bermaksud sama sekali untuk mengenepikan peranan penting dan tanggung jawab ibu bapa dalam pembangunan diri murid-murid. Secara perbandingan, jumlah masa yang dilalui murid-murid lebih banyak bersama dengan guru-guru mereka terutamanya dalam kalangan muridmurid yang tinggal di asrama. Jika dikaitkan dengan keberkesanan kaedah pengajaran pula, kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran mempunyai kesan besar kepada pembentukan diri murid. Beberapa persoalan perlu diberi perhatian dalam melaksanakan pengajarannya iaitu a) Apakah kaedah

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

4

pengajaran yang sering digunakan oleh guruj-QAF tersebut? b) Apakah kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru tersebut berkesan? c) Apakah kaedah pengajaran yang paling berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran j-QAF? d) Aspek manakah dalam j-QAF yang paling memberikan kesan kepada diri murid? (Ab. Halim et. al., 2010). Sebagai pendakwah, guru pendidikan Islam merupakan golongan yang sudah dianggap sebagai orang yang mempunyai didikan agama yang sempurna dan menjadi ikon utama dalam masyarakat. Justeru, mereka dianggap oleh murid, rakan sekerja, pentadbir dan masyarakat sebagai seorang yang boleh dijadikan contoh dalam menjalani kehidupan beragama dan kehidupan berakhlak. Murid akan lebih mudah terkesan terhadap ilmu yang disampaikan oleh guru yang menyayangi mereka serta memberi tunjuk ajar dengan penuh hikmah dan kesabaran serta sangat berpegang teguh kepada ilmu dan agama sama ada dari segi aspek kebiasaan harian, ibadat, adab-adab dan panduan agama. Ini ditambah lagi dengan kaedah didikan yang paling tinggi dan berkesan dalam pendidikan akhlak Islam adalah melalui kaedah contoh ikutan (Ab. Halim Tamuri, et al. 2004). Hasil pembelajaran yang paling utama yang ingin dicapai dalam pelaksanaan pendidikan Islam ialah murid-murid dapat menguasai dan menghayati ilmu yang dipelajari oleh mereka. Pelaksanaan sistem pendidikan dan proses pembinaan kurikulumnya tidak lengkap dan sempurna sekiranya aspek yang berkaitan dengan PdP tidak dititikberatkan. Maka, kurikulum yang lengkap dan disokong pula dengan kaedah pengajaran yang sempurna akan memantapkan lagi proses PdP seterusnya menyokong ketokohan serta keperibadian seseorang guru sebagaimana proses PdP pendidikan Islam berikut: Secara keseluruhannya adab, akhlak dan keperibadian guru pendidikan Islam dalam Islam yang boleh dilihat di dalam kelas boleh dikategorikan kepada penampilan dan keperibadian guru pendidikan Islam terhadap para muridnya (Kamarul Azmi et. al., 2009) Penampilan merupakan ciri pertama yang perlu ada bagi seorang guru pendidikan Islam ketika di dalam dan luar kelas. Aspek kedua yang disepakati ialah keperibadian guru j-QAF para muridnya. Sifat ini memberi fokus kepada perasaan sayang dan menunjukkan kasih sayang kepada para murid, selalu menasihati, menunjuk ajar dan memberi tumpuan kepada para murid mereka dan memandu murid mengikuti apa yang dinasihatkan. Keadaan ini memberi motivasi dan galakan terhadap idea serta cetusan pemikiran positif murid dalam peningkatan dan penguasaan ilmu pengetahuan dan seterusnya perubahan tingkah laku murid atau penghayatan amalan murid seperti yang dijelaskan dalam rajah proses pengajaran dan pembelajaran berikut:

5

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM (AL-QURAN DAN AL-SUNNAH)

(AL-QURAN DAN AL-SUNNAH) KURIKULUM j-QAF Latihan & Kursus (pra dan dalam perkhidmatan), Pengalaman, Latar Belakang GURU j-QAF BERKESAN (Muddaris, Muaddib, Mu`allim, Mursyid,

Murabbi)

Kemahiran pengajaran dan pembelajaran, pengetahuan, motivasi dan personaliti diri HASIL PEMBELAJARAN - Kognitif - Afektif - Psikomotor

GURU -Set induksi -Pemeringkatan isi kandungan/Aras P&P -Pemilihan kaedah pengajaran -Penggunaan bahan pengajaran -Bahan bantu pengajaran -Penilaian -Pengurusan Kelas -Pengetahuan pedagogi kandungan

PELAJAR -Kebolehan -Pengetahuan dan pengalaman sedia ada -Sikap -Motivasi

PENGAJARAN&PEMBELAJARAN j-QAF Model KhasPemulihanJawi, Model Tasmik (al-Quran), Model 6 bulanKhatam al-Quran, Model PerluasanBahasa Arab dan Model BestariSolat

MURID YANG BERTAKWA, PATUH DAN TAAT KEPADA ALLAH SWT

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

6

Komponen Utama Penyediaan Dan Latihan Guru-Guru Pendidikan Islam Berdasarkan perbincangan sebelum ini, berikut adalah beberapa komponen yang perlu diberikan perhatian dalam aspek latihan guru-guru pendidikan Islam yang boleh dirumuskan seperti berikut: (Dunkin dan Biddle, 1936;Abdul Fatah, 2001; Ab. Halim et. al. 2006;Kamarul Azmi dan Ab. Halim, 2010; Ab. Halim dan Nik Mohd Rahimi, 2010; Ahmad Yunus dan Ab. Halim 2010). i.

Personaliti guru Pendidikan ialah proses perubahan tingkah laku yang merujuk kepada sahsiah atau personaliti seseorang. Seorang perlu terlebih dahulu memiliki sahsiah atau personaliti yang unggul sebelum berusaha untuk membentuk sahsiah para muridnya melalui proses pendidikan tersebut. Personaliti boleh dihuraikan sebagai ciri-ciri keseluruhan tingkah laku yang tetap pada seorang individu, tetapi berlainan dengan orang lain. Ia mewakili perwatakan seseorang individu dan dapat diperhatikan dan dinilai melalui tingkah lakunya di dalam situasi pada sesuatu ketika. Sesuai dengan peranan guru menurut Islam untuk membersih dan membina jiwa agar menjauhi keburukan dan memeliharanya sesuai dengan fitrah kejadiannya, memindahkan ilmu pengetahuan dan aqidah kepada muridnya supaya diaplikasikan di dalam diri dan kehidupan mereka (alNahlawy 1983). Guru j-QAF perlulah memiliki sifat-sifat keperibadian yang unggul, ketokohan dan pewatakan yang sempurna untuk memastikan keberkesanan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan pendidikan. Sebagai role model, guru j-QAF mesti mempunyai sahsiah yang unggul supaya mereka dapati dicontohi dan dihormati. Tingkah laku dan sikap guru sentiasa diperhati dan dinilai oleh murid-murid bukan sahaja semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah atau di dalam sekolah malah juga ketika di luar kawasan sekolah. Perwatakan guru amat penting kerana melambangkan personaliti mereka, Abdullah Ishak (1989) mengatakan pewatakan tersebut boleh dipupuk melalui sifat-sifat spriritual seperti ikhlas, jujur, sabar, kasih sayang, warak dan takwa bahkan menerusi sifat-sifat fizikal seperti tutur kata, tingkah laku, kebersihan diri, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain. Bagi mencapai personaliti yang unggul, guru perlu mempunyai perasaan dedikasi terhadap tugasnya dan ia sedia menerima tahap moral yang dipandang tinggi oleh masyarakat, dia mestilah seorang yang berbudi dan bertaqwa. Oleh kerana tujuan utama pendidikan ialah pembentukan akhlak dan rohani dan bukan sekadar bermatlamatkan kebendaan maka keperluan seorang guru memiliki personaliti atau sahsiah yang unggul adalah satu kemestian dan sebagai syarat sebelum ia bertugas di sekolah-sekolah. Guru perlu mempunyai personaliti yang unggul supaya boleh menjadi ikutan dan mempengaruhi muridnya ke arah kebaikan. Guru j-QAF yang mempunyai personaliti yang

7

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

unggul akan mudah menjadi pemimpin yang hormati oleh murid-murid dan masyarakat. ii.

Motivasi dalam P&P Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, motivasi adalah salah satu unsur yang penting untuk membolehkan murid-murid melibatkan diri secara aktif, disamping menjadikan proses pembelajaran berlangsung dalam keadaan yang bermakna, berfaedah dan menyeronokkan Guru perlu menimbulkan motivasi kepada murid untuk belajar kerana keinginan untuk belajar bukanlah suatu kemestian yang ada pada semua manusia. Motivasi memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana berkaitan dengan pembangkitan minat. Maka di dalam pendidikan ia merupakan satu keperluan yang patut diamalkan oleh para guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Tanpa motivasi, proses pembelajaran menjadi tidak bermakna dan tidak berkesan (Shahabuddin et. al 2003). Motivasi memerlukan ransangan-ransangan yang kuat yang melibatkan dua perkara penting, iaitu insentif dan motif penggerak. Insentif adalah unsur-unsur yang merangsangkan seseorang untuk bertindak, manakala motif pula ialah keinginan-keiginan yang lahir secara semualajadi dalam diri. Sehubungan itu, bagi melahirkan muridmurid bermotivasi, guru-guru juga perlu bermotivasi dalam sesi pengajaran mereka. Elemen motivasi guru j-QAF ini boleh dibangunkan dan dimantapkan dengan memasukkan konsep dakwah dalam pendidikan. Tugas guru perlu dikaitkan dengan tugas sebagai pendakwah dan dengan erti kata lain seorang guru pendiikan Islam adalah juga seorang pendakwah atau da`i. Maka, sebagai guru j-QAF yang berperanan sebagai pendakwah, tugas penting mereka ialah memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang ajaran Islam dan pelaksanaannya dalam kehidupan seharian, khususnya dalam kalangan muridmurid mereka. Pastinya, metode dan pendekatan yang digunakan perlu dipelbagaikan bagi memaksimum keberkesanan dakwah yang dijalankan. Guru perlu bermotivasi sebelum mereka dapat memotivasikan murid-murid mereka. Dapat dilihat peranan yang besar perlu dipikul oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, ini kerana guru bukan sahaja perlu bersedia dari aspek kemahiran mengajar dan penguasaan ilmu, malah perlu bijak menggunakan motivasi berdasarkan teori-teori yang sesuai supaya murid menunjukkan minat terhadap pengajarannya dan proses pemindahan ilmu berlaku dengan berjayanya. Adalah menjadi tugas guru, untuk menyediakan rangsangan agar memberi sumbangan kepada proses pembelajaran si murid. Menurutnya lagi, walaupun rangsangan dan gerak balas berlaku terpisah, guru dapat mengubah persekitaran kelas untuk mencipta suasana yang lebih baik. Proses pemilihan itulah yang menimbulkan keperluan mengulangi, menggerakkan dan meninjau kembali. Proses ganjaran dan peneguhan yang

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

8

tekal dan konsisten itulah yang menimbulkan motivasi untuk murid-murid. Bagi guru-guru, mereka perlu memahami bahawa tugas sebagai seorang pendidik adalah juga tugas seorang seorang pendakwah yang menyampaikan ajaran Islam kepada masyarakat dan bukan hanya sebagai “guru” di sekolah semata-mata. Pendedahan berkaitan dengan dakwah dalam masyarakat Islam dan bukan Islam perlu diberikan disamping didedahkan dengan kaedah bagaimanan untuk melaksanakan tugas dakwah dalam masyarakat secara lebih berkesan. iii. Pelbagai bentuk pedagogi Seorang guru itu perlu berpengetahuan dan mempunyai pedagogi iaitu kemahiran mengajar atau teaching skills meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian dengan tujuan menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada murid-murid dengan berkesan iaitu menggunakan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik mengajar berlandaskan teori pengajaran dan pembelajaran. Pedagogi tersebut perlu supaya guru dapat mengendalikan muri dan yang tinggi mutunya di samping murid akan tertarik kepada pelajaran yang bermakna dan menyeronokkan. Ini adalah amat penting kerana pendidikan sekolah rendah memerlukan kemahiran yang lebih tinggi berbanding dengan sekolah menengah. Kemahiran mengajar akan menjadikan aktiviti pengajaran dapat dilaksanakan dengan sistematik, langkah demi langkah, iaitu daripada peringkat permulaan diikuti dengan peringkat pekembangan konsep melalui penggunaan ilmu pengetahuan serta kemahiran dan diakhiri dengan aktiviti peneguhan dan pengukuhan. Kesannya guru akan berjaya memotivasikan murid-murid dan menarik perhatian mereka supaya bersedia mengikuti pengajaran guru dengan penuh minat. Sudah pasti kandungan pelajaran dapat disampaikan kepada murid mengikut langkah tertentu dan dengan cara yang sistematik serta menepati masa pembelajaran yang ditetapkan. Melalui kaedah yang sistematik tersebut, murid-murid akan terangsang untuk turut sama terlibat di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara aktif. Komunikasi pelbagai hala akan terhasil daripada proses tersebut yang menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik. Penggunaan strategi dan kaedah mengajar yang sesuai dengan tahap kecerdasan merupakan ciri-ciri kemahiran mengajar yang perlu ada pada seorang guru. Malah kaedah dan teknik pengajaran yang baik boleh menyumbang kepada mutu P&P yang berkesan. Kemahiran mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada tiga istilah penting iaitu pendekatan, kaedah dan teknik. Justeru seorang guru j-QAF yang ingin menguasai kemahiran mengajar perlulah menguasai ketiga-tiga elemen tersebut untuk diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Di dalam j-QAFguru-guru perlu mempunyai kemahiran yang

9

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

tinggi dan berbagai dalam melaksanakanModel Khas Pemulihan Jawi, Model Tasmik (al-Quran), Model 6 bulan Khatam al-Quran, Model Perluasan Bahasa Arab Komunikasi dan Model Bestari Solat. Guru-guru j-QAF perlu juga didedahkan dengan kemahiran terkini dalam TMK, media baharu, kemahiran penyelidikan, kemahiran penulisan dan pembanguan modul-modul pengajaran dan pembelajaran. Dalam proses anugerah dan kenaikan pangkat guru, beberapa pendekatan boleh dilaksanakan secara berperingkat seperti keperluan menjalankan penyelidikan dalam bidang pendidikan, penciptaan inovasi pengajaran dan pembelajaran dan keperluan menerbitkan bahan-bahan penulisan. Ini dapat dilakukan dengan menyediakan dana yang mencukupi serta kemudahan penerbitan dan penyelidikan dengan mengambil kita bebanan pengurusan dan pentadbiran akademik serta pengajaran dan pembelajaran sedia sedia ada. iv. Pengetahuan pedagogi subjek atau kandungan mata pelajaran Elemen pengetahuan pedagogi kandungan adalah komponen penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara asasnya, guru–guru mesti menyampaikan pelajaran mengikut kemampuan dan pencapaian skala fikiran murid, mengenal pasti kesediaan dan kemampuan murid selaras dengan batasan kefahaman dan kehendak setiap murid, memilih kaedah pengajaran yang sesuai dengan tujuan dan hasil pembelajaran, tahap perkembangan, kematangan dan kecerdasan murid, menggunakan bahan pengajaran, rujukan dan bahan bantu mengajar yang sesuai. Menurut Shulman (1987), terdapat dua perkara yang menjadi asas kepada teacher knowledge base, iaitu pengetahuan isi kandungan sujek dan pengetahuan pedagogi subjek. Pengetahuan pedagogi kandungan ini bagaimana guru menentukan pengajaran di dalam kelas tersebut sesuai dengan kandungan mata pelajaran tersebut yang meliputi elemen pendekatan, strategi, teknik, pengurusan bilik darjah, interaksi guru dan kesesuaian bahan bantu pengajaran yang digunakan. Ahmad Yunus (2010) telah menjelaskan bahawa pengetahuan pedadogi kandungan ini menekankan keupayaan guru mengolah kefahaman pengetahuan kandungan yang disampaikan kepada murid, keupayaan guru mempelbagaikan kaedah pengajaran yang sesuai agar mudah difahami murid dan dan kefahaman guru terhadap ciri-ciri dan kebolehan murid. Sehubungan itu, guru j-QAF perlu berkemampuan membeza dan melaksanakan metodologi pengajaran tilawah alQuran, hafazan, kefahaman hadith, aqidah, sirah, ibadah dan juga akhlak yang bebeza. Ini kerana setiap bidang ilmu ini mempunyai kandungan yang berbeza antara satu sama lain dan metodologi yang berbeza. Persoalannya adakah guruguru telah didedahkan dengan metodologi yang sesuai dengan keperluan kepelbagai metodologi pengajaran yang berbeza-beza? Penyampaian isi kandungan perlu dilaksanakan dengan sebaiknya supaya dapat membentuk kefahaman dan penghayatan serta murid-murid dapat mengaitkan dengan

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

10

konteks kehidupan yang sebenar. Latihan atau kursus yang dijalan diperingkat pra atau dalam perkhidmatan perlu memberikan pendedahan dan latihan berterusan berkaitan aspek pengetahuan pedagogi untuk melaksanakan modelmodel j-QAF. v.

Ilmu pengetahuan guru Al-Abrasyi (1974) menekankan perlu bagi seorang guru sentiasa berusaha mempertingkatkan pengetahuannya sama ada dalam bidang yang diajarnya ataupun cara dia mengajar ilmu tersebut. Seorang guru perlu mempunyai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk pengetahuan yang mendalam terhadap mata pelajaran yang diajarnya. Malah menurut al-Nahlawy (1983) seorang pendidik perlu sentiasa mempertingkatkan keilmuannya, pengetahuan yang mendalam terhadap mata pelajaran yang diajarnya serta menguasai ilmu pengetahuan lain seperti pengetahuan agama, sejarah, geografi, matematik, bahasa dan sebagainya. Menurutnya lagi, pendidik perlu memastikan kefahaman yang mendalam terhadap sesuatu ilmu agar dihormati oleh para muridnya dan memperolehi kepercayaan mereka supaya mereka memperolehi faedah. Guru-guru perlu diberikan latihan yang berterusan supaya ilmu yang dipelajari semasa diperingkat universiti dapat dipertingkatkan lagi dan menguasai imu-ilmu pengajian Islam semasa. Keupayaan guru dalam bidang pengetahuan ini sangat penting kerana kebanyakan guru-guru mempunyai latar belakang bidang pengkhususan pengajian tinggi yang berbeza semasa di peringkat pengajian tinggi atau di universiti di dalam dan luar negara. Ada guru-guru j-QAF yang mempunyai pengkhususan dalam bidang Bahasa Arab, Syariah, Usuluddin, Dakwah, Tafsir, Tamaddun Islam, Al-Quran dan Ekonomi Islam. Namun, isu yang sering dibincangkan adakah mereka boleh menyampaikan ilmu mereka dengan berkesan kepada murid-murid di peringkat sekolah rendah. Maka, guru-guru ini perlu didedahkan dengan asas dan kemahiran yang mencukupi bagi menyampaikan ilmu pengetahuan mereka. Selain itu, guru-guru j-QAF perlu mempunyai ilmu dan kemahiran yang tinggi dalam bidang al-Quran khususnya yang berkaitan dengan kemahiran taranum.

Penutup Sebagai pembangunan profesionalisme guru-guru j-QAF perlu difokuskan kepada pembangunan ilmu pengetahuan dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi. Guru j-QAF yang cemerlang boleh dilahirkan dengan menekankan kepada pembangunan insan guru berteraskan konsep Muddaris, Muaddib, Murabbi, Mursyid dan Muallim. Guru j-QAF perlu mempunyai kreativiti, berinovasi, menggunakan kaedah pengajaran dan pedagogi kandungan yang bersesuaian bukan sahaja mampu memberi kesan positif dalam prestasi murid, bahkan dapat menjana

11

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

pemikiran yang kritis dan kreatif, mewujudkan suasana pembelajaran yang ceria serta menggalakkan murid untuk menguasai ilmu ke arah penghayatan yang lebih sempurna. Dengan berteraskan konsep "5‫"م‬, guru j-QAF perlu lebih kreatif dalam memberi kefahaman dan mengawasi aktiviti murid, bahkan juga menggambarkan tahap kebijaksanaan guru dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang positif dan kondusif di dalam dan luar bilik darjah Rujukan Ab. Halim Tamuri, Adnan Yusopp, Kamisah Osman, Khadijah Abdul Razak, Shahrin Awaludin dan Zamri Abdul Rahim. 2004. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar. Laporan Penyelidikan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia. Ab. Halim Bin Tamuri, Shahrin Awaludin, Kamarulzaman Abdul Ghani, Khadijah Abdul Razak, Zarin Ismail dan Mohd Aderi Che Noh. 2006. Kajian amalan pengajaran guru pendidikan Islam di sekolah rendah dan menengah. Laporan penyelidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.IRPA 07-02-02-10033EAR. Ab. Halim Tamuri, Khalthum Ibrahim, Nasruddin Yunos dan Azhar Ahmad. 2007. Orientasi amalan agama dalam kalangan remaja Melayu: satu kajian di negeri Johor. Laporan Penyelidikan ATMA, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ab. Halim Tamuri dan Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff (pytn), 2010. Kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Bangi: Penerbit UKM. Ab. Halim Tamuri, Mohd Izham Hamzah, Khadijah Abdul Razak dan Mohd Aderi Che Noh. 2010. Kajian tahap profesionalisme guru-guru pendidikan Islam di sekolah-sekolah menengah di bawah kementerian pelajaran malaysia Laporan Penyelidikan Fakulti Pendidikan, UKM dan Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian pelajaran Malaysia. Abd. Shukor Mohd Ali. 2009. Modul pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam berasaskan Masjid: Satu kajian di sekolah berasrama penuh intergrasi Rawang, Bandar Tasik Puteri, Rawang Selangor. Kertas Projek Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Abdul Halim El-Muhammadi. 1991. Pendidikan Islam, falsafah, disiplin dan perananpendidik. Selangor. DewanPustaka Islam. Abdullah Ishak. 1995. Pendidikan Islam dan pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

12

al-Abrasyi, Mohd. Atyiyah. 1970. Dasar-dasar pokok pendidikan Islam. Jakarta: Bulan Bintang Ahmad Mohd. Salleh. 1997. Pendidikan Islam falsafah, pedagogi dan metodologi. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd Abdullah Nasih Ulwan. 1995. Pendidikan kanak-kanak dalam Islam. Terj. Syed Ahmad Semait, Vol 2. Singapura: Pustaka Nasional. Abdul Fattah Abu Ghuddah. 2001. Nabi Muhammad: Guru dan pendidik terulung. Terj. Shuhadak Mahmud. Negeri Sembilan: M. Khari enterprise & al-Azhar Media Ent Ahmad Yunus Kassim dan Ab. Halim Tamuri. 2010. Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (PPK) pengajaran Akidah: Kajian kes guru cemerlang pendidikan Islam. Journal of Islamic and Arabic Education. 2(2): 13-30. Anisah Ali, 2009Keberkesananmodulpengajaran dan pembelajaranpendidikan Islam berasaskan masjid : satu kajian di SMKA Sultan Muhammad, Melaka. Kertas Projek Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Dunkin, M.J. & Biddle, B.J. 1936.The study of teaching. United States of America: Holt, Rinehart & Winston, Inc. al-Ghazali, Abu Hamid. 1939. Ihya ‘Ulum al-Din. Juz. 1. Mesir: Matba’ah Mustafa al-Babi al-halabi. Hafidah Mohamed. 2001. Pemikiran guru cemerlang: implikasinya terhadap perkembangan profesionalisme guru. Tesis Doktor Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia. Kamarul Azmi Jasmi, Ab. Halim Tamuri dan Mohd Izham Hamzah, 2009, “Sifat dan peranan keperibadian guru cemerlang pendidikan Islam (GCPI) dan hubungannya dengan motivasi pelajar”. Journal Teknologi, 51(E), 57-71. Kamarul Azmi Jasmi dan Ab. Halim Tamuri, 2010. Pendidikan Islam kaedah pengajaran dan pembelajaran. Skudai: Penerbit UTM. Kassim Tusin. 2010. Kualiti diri guru pendidikan Islam sekolah menengah di Sabah. Tesis PhD, Universiti Malaysia Sabah. al-Ghazali, Abu Hamid. 1939. Ihya ‘Ulum al-Din. Juz. 1. Mesir: Matba’ah Mustafa al-Babi al-halabi. Ghulam Nabi Saqeb. 1999. “The psychology of love in Muslim education”.Muslim Education Quarterly. 16(3) 38-55

13

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

al-Jambalati, Abu Futuh al-Tunisi. 1973.Mesir:Dirasatmuqaranah fi al-tarbiyyah alIslamiah. Jasmi Amin. 2011. Penggunaan surau dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam di sekolah menengah kebangsaan di negeri Melaka. Tesis Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Mohd. Azman Mohamed Yusof, 2009.Modul pengajaran dan pembelajaran berasaskan masjid pendidikan Islam KBSM Tingkatan Dua di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang Selangor. Kertas Projek Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia al-Na’miy, Abdullah al-Amin. 1994. Kaedah dan teknik pengajaran menurut Ibn Khaldun dan al-Qabisi. Terj. Mohd Ramzi Omar. Kuala Lumpur: DBP RosnaniHashim, 1996. Educational Dualism in Malaysia. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Al-Nahlawy, Abd.Rahman.1983. Usul al-tarbiyyah al-islamiyyahwaasalibiha fi albait wa al-madrasah wa al-mujtama’. Beirut: Dar al-Fikri. Shulman, L. 1987. Knowledge and teaching: Foundation of new reform. Harvard Educational Review. 57 (1): 1-22. ShahabuddinHashim, RohizaniYaakob&Mohd.Zohir Ahmad. 2003. Pedagogi: strategi dan teknik mengajar dengan berkesan.Pahang: PTS Publications & Distribution Sdn. Bhd. Syed Ali Ashraf. 1994. “Faith-Based Education: A Theoretical Shift from the Secular to the Transcendent”. Muslim Education Quarterly 11(2): 1-4. Syed Muhammad al-Naquib al-Attas, 1979. “Preliminary Thoughts on the Nature of Knowledge and the Definition and Aims of Education” in S.M.N. al-Attas (ed.). Aims and Objectives of Islamic Education. Jeddah: King Abdulaziz University. Al-Qabisi, Abu Hasan. 1967. Al-Risalah al-Mufaddalah li Ahwal alMuta’alliminwaAhkam al-Mu’alliminwa al-Muta’allimin. Kaherah: Darul Ma’arif. RosnaniHashim, 1996. Educational Dualism in Malaysia. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Al-Syaibani, Umar Muhammad al-Taomi. 1975. Falsafah al-tarbiyyah al-Islamiah. Tripoli.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

14

Zakaria Abdullah. 2011. Pengajaran dan pembelajaranBerpusatkan pelajar dalam Pendidikan Islam di sekolah menengah kebangsaan di Malaysia..Tesis PhD Pendidikan Islam, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

15

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

LAMPIRAN

MUDARRIS

MUACLLIM

MUADDIB GURU PENDIDIKAN ISLAM CEMERLANG

MURSYID

MURABBI

CIRI-CIRI DOMAIN-DOMAINKONSEP "5‫"م‬, A. MUDDARIS 1. Menarik perhatian pelajar 2. Menstruktur pengajaran 3. Mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada pelajar 4. Memperkenalkan tajuk pengajaran 5. Menyampaikan maklumat dengan mudah, tepat dan jelas 6. Menggunakan papan hitam/putih dengan berkesan 7. Menyesuaikan strategi pengajaran dengan masa, minat dan kebolehan / tahap pelajar 8. Menyesuaikan strategi pengajaran dengan sumber yang sedia ada 9. Mengawal bilik darjah dengan baik (pembelajaran yang kondusif) 10. Menggunakan BBM (OHP, kertas mahjong, kad, gambar, ICT, komputer dll) 11. Memiliki sifat kecindan/humor 12. Memiliki kemahiran interpersonal (body language, gesture, eye contact) 13. Mempelbagaikan metodologi pengajaran dengan berkesan 14. Mempelbagaikan teknik penyoalan 15. Menjawab persoalan pelajar dengan penuh hikmah 16. Mengesan masalah pembelajaran pelajar 17. Menjarakkan pengajaran (lambat/cepat) 18. Mengajar mengiku turutan pengajaran

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

19. 20. 21. 22. 23. 24. 25.

Memberi peneguhan kepada pelajar Mengajar secara aktif/cergas Menggunakan tulisan Jawi Membuat penilaian formatif terhadap pembelajaran pelajar Membuat rumusan pengajaran Memberikan tugasan lanjutan/kerjarumah Muhasabah pengajaran menurut perspektif Islam

B. MUADDIB 1. Memakai pakaian yang sesuai dan kemas (menutup aurat) 2. Menepati masa/waktu 3. Menuturkan kata dengan sopan dan berhemah 4. Menunjukkan kewibawaan (berautoriti dan berilmu) 5. Menunjukkan sikap prihatin terhadap kebajikan pelajar 6. Mempamerkan sifat tawaddu’/rendahdiri 7. Mempamerkan sifat ceria 8. Menerapkan akhlak semasa pengajaran 9. Mengambilberatterhadapadabpelajar 10. Menjaga maruah diri 11. Menampilkan perwatakan/personaliti yang baik C. MURRABI 1. Menerapkan unsur-unsur ketauhidan 2. Menerapkan nilai-nilai kemanusiaan 3. Menyahkan nilai-nilai bukan Islam 4. Menggunakan bahasa komunikasi yang sesuai dengan pelajar 5. Memotivasikan pelajar 6. Mengenali pelajar 7. Mendampingi pelajar dengan mesra 8. Menunjukkan kasih sayang terhadap pelajar 9. Menghormati idea/potensi pelajar 10. Menegur pelajar secara hikmah (tidak mengugut, sindir, leter) 11. Menghukum pelajar untuk mendidik dan bukan mendenda 12. Memanggil pelajar dengan mesra 13. Mewujudkan hubungan keibubapaan dengan pelajar D. MURSYID 1. Bersikap adil terhadap pelajar 2. Mengamalkan ciri-ciri musyawarah 3. Menunjukkan sikap tegas 4. Menunjukkan kepimpinan yang mesra pelajar 5. Menampilkan kepimpinan berhikmah 6. Mencetuskan idea / semangat pelajar untuk maju dan berjaya 7. Bertindak pantas terhadap isu-isu pelajar 8. Menggalakkan daya kepimpinan pelajar

16

17

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

9. Mengawal kelas dengan berkesan 10. Membimbing pelajar membuat keputusan 11. Mengaitkan tanggungjawab pelajar sebagai khalifatullah E. MU`ALLIM 1. Memiliki dan menguasai ilmu 2. Menghargai dan percambahan ilmu 3. Menepati fakta (tiada kesalahan fakta) 4. Menyepadukan ilmu intra dan inter bidang 5. Menguasai huraian dan sukatan pelajaran 6. Mengetahui isu semasa 7. Menggalakkan percambahan ilmu 8. Merangsang pemikiran pelajar (KBKK) 9. Memahami konteks ilmu 10. Mempelbagaikan sumber ilmu 11. Menguasai kemahiran Jawi 12. Menggalakkan pembelajaran kendiri 13. Mengaplikasikan ilmu dan menjelaskan idea 14. Mengamalkan budaya penyelidikan

Prof. Madya Dato’ Dr. Ab. Halim bin Tamuri Jabatan Kepimpinan dan Dasar Pendidikan, Fakulti Pendidikan dan Felo Kanan, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

18

Penelitian Dan Pemahaman Terhadap Model Program j-QAF Asmawati Suhid Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Abstrak Program j-QAF telah melalui satu pusingan pelaksanaannya sejak ia diperkenalkan pada 2005. Pelbagai input dan pandangan diberikan oleh pelbagai pihak dari sudut keberkesanan dan impak program j-QAF, kualiti guru dan murid yang dihasilkan, dan masalah serta kekangan yang dihadapi dalam melaksanakan program ini. Kesemuanya mempunyai hasrat murni iaitu untuk menambah baik dan memantapkan lagi program ini. Justeru, kertas kerja ini bertujuan memapar dan membincangkan dapatan kajian berkaitan model-model yang digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran j-QAF. Responden yang dilibatkan dalam kajian ini terdiri daripada guru pakar Pendidikan Islam dan guru j-QAF di negeri Selangor. Pengkaji turut menghalusi masalah dan cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan program ini. Seterusnya mengenengahkan pandangan dan cadangan guru j-QAF bagi meningkatkan program ini. Diharapkan kertas kerja ini dapat menambah maklumat berkaitan program j-QAF dan memberi ruang kepada perkongsian maklumat di antara para penyelidik dan ilmuan serta pendidik Islam bagi memantapkan lagi program ini seterusnya mencapai kata sepakat tentang prospek dan hala tuju program j-QAF. Pendahuluan Pelaksanaan Program j-QAF telahpun selesai satu pusingan sejak ia mula diperkenalkan pada 2005 (Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR, 2007). Murid-murid yang mengikuti program ini sepatutnya telah berada di peringkat sekolah menengah. Pelaksanaan program jQAF mempunyai matlamat murni dengan memberi penekanan khusus kepada perkara asas yang perlu diperoleh dan dikuasai oleh murid dalam Pendidikan Islam. Perkara asas yang difokuskan ialah bidang pembelajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan amalan solat. Justeru, pengenalannya secara rasmi pada 2005 merupakan satu lagi inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menerusi Bahagian Pendidikan Islam yang amat relevan untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran murid dalam Pendidikan Islam malah mengharapkan ilmu dan kemahiran tersebut diamalkan dalam kehidupan seharian mereka. Ia juga merupakan tindakan KPM menangani masalah yang timbul dan menambah baik kelemahan serta kekurangan yang wujud dalam pengajaran Pendidikan Islam. Sepanjang pelaksanaan program j-

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

20

QAF ini, aspek kekuatan dan kelemahannya telah dikenal pasti menerusi kajian yang telah dijalankan oleh para penyelidik. Bagi memudah dan melicinkan pengajaran dan pembelajaran bidang-bidang ini, empat model telah dihasilkan sebagai panduan dan kegunaan guru j-QAF iaitu Model Kelas Pemulihan Jawi, Model 6 Bulan Khatam al-Quran, Model Tasmik, Model Bahasa Arab Komunikasi dan Model Kem Bestari Solat. Kertas kerja ini bertujuan untuk berkongsi maklumat tentang penemuan kajian yang telah dilaksanakan oleh pengkaji ke atas guru Pakar Pendidikan Islam (GPI) dan guru jQAF tentang penggunaan model j-QAF secara khusus dan pelaksanaan program jQAF secara umum. Pengkaji turut menghalusi beberapa dapatan kajian lain sebagai asas untuk penulis membincangkan cabaran dan kekangan yang dihadapi dalam pelaksanaan Program j-QAF seterusnya merumuskan secara umum prospek dan masa depan program ini Pengenalan Model J-Qaf Di Sekolahi Model j-QAF yang dilaksanakan di sekolah terdiri daripada Model Kelas Pemulihan Jawi, Model 6 Bulan Khatam al-Quran, Model tasmik, Model Bahasa Arab Komunikasi dan Model Kem Bestari Solat. Setiap model ini mempunyai objektif dan strategi pelaksanaan masing-masing berdasarkan modul yang dibekalkan. Objektif pelaksanaan Model Kelas Pemulihan Jawi ialah memulihkan murid yang keciciran dalam jawi dengan sekurang-kurangnya mereka dapat mengenal, menyebut, dan menulis huruf-huruf tunggal, suku kata terbuka, suku kata tertutup, dan perkataan-perkataan mudah yang dibina daripada suku kata terbuka dan suku kata tertutup. Manakala objektif aktiviti kem Bestari Solat ialah, 1. murid dapat berwuduk dengan sempurna; 2. murid dapat mengetahui bilangan rakaat solat fardhu; 3. murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam solat dengan betul dan lancar; dan 4. murid dapat melaksanakan solat dengan sempurna sama ada secara bersendirian atau berjemaah. Matlamat pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi pula adalah untuk menanam minat mempelajari Bahasa Arab bagi menguasai kemahiran berbahasa di samping membolehkan murid berkomunikasi dengan mudah. Secara spesifiknya, objektif pengenalan Model Bahasa Arab Komunikasi ini ialah supaya murid dapat; 1. mendengar bunyi huruf-huruf, perkataan dan ayat bahasa Arab dan memahaminya; 2. menyebut dengan betul huruf-huruf, perkataan dan ayat bahasa Arab; 3. bertutur dalam bahasa Arab berdasarkan situasi tertentu dan memahaminya; 4. membaca dengan betul dan memahami perkataan dan ayat bahasa Arab;

21 5. 6.

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

menulis dengan betul huruf-huruf, perkataan dan ayat bahasa Arab dan memahaminya; dan menulis petikan berdasarkan situasi tertentu menggunakan ayat-ayat mudah dan memahaminya.

Model 6 Bulan Khatam al-Quran dan Model Tasmik yang merupakan program membimbing murid secara individu pula bertujuan agar murid dapat membaca alQuran secara bertajwid dan mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzuk murid. Setiap murid perlu mempunyai guru pembimbing (terdiri daripada guru j-QAF dan guru Pendidikan Islam) yang dilantik oleh pihek sekolah (j-QAF. Buku panduan pelaksanaan model-model pengajaran dan pembelajaran dan kokurikulum, 2004). Guru-guru j-QAF telah dibekalkan oleh pihak KPM bahan-bahan kurikulum termasuklah Sukatan Pelajaran dan Buku Panduan, Model-model Pengajaran dan Pembelajaran dan Kurikulum j-QAF sebagai panduan dan bimbingan kepada mereka. Objektif Kajian Kajian ini bertujuan untuk: 1. 2. 3. 4. 5.

meninjau secara keseluruhan pandangan Guru Pakar Pendidikan Islam dan guru j-QAF tentang kekerapan penggunaan model j-QAF oleh guru. mengenal pasti tahap penguasaan murid mengikuti model j-QAF berdasarkan persepsi Guru Pakar Pendidikan Islam dan guru j-QAF, meninjau persepsi Guru Pakar Pendidikan Islam dan guru j-QAF terhadap minat murid dalam mengikuti model j-QAF. mengenal pasti keberkesanaan teknik/pendekatan yang guru gunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), dan meninjau sokongan yang diterima oleh pihak sekolah dalam melaksanakan program j-QAF.

Metodologi Kajian Kajian ini menggunakan reka bentuk deskriptif susulan. Ia bertujuan untuk mendapatkan data kuantitatif tentang persepsi GPI dan guru j-QAF di sekolahsekolah rendah di Selangor terhadap model-model yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta pelaksanaan program j-QAF. Untuk mendapatkan sampel guru bagi kajian ini, penyelidik menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Bagaimanapun, saiz sampel bagi guru ditentukan supaya bilangan yang ekonomikal boleh digunakan sebagai responden. Sebanyak 206 orang GPI dan 309 orang guru j-QAF telah terlibat dalam kajian ini. Jumlah ini didapati melebihi saiz sampel yang diperlukan mengikut Jadual Kercjie dan Morgan dan formula Cochcran (Sidek Mohd. Noah, 2002).

22

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

Pengkaji menggunakan dua set soal selidik bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan iaitu set untuk GPI dan set untuk guru j-QAF. Bagi memastikan kesahan instrumen kajian, sebuah panel telah dilantik yang terdiri daripada beberapa orang pakar daripada universiti tempatan untuk menilai dari segi nahu, format dan kejelasan maksud yang komprehensif tentang isi kandungan setiap item yang dibentuk. Untuk menentukan tahap kebolehpercayaan pula, kajian rintis telah dijalankan. Nilai pekali kebolehpercayaan instrumen didapati melebihi  .80. Data yang diperoleh telah dianalisis dengan mengaplikasi kaedah statistikal bagi mendapatkan maklumat yang dikehendaki dengan menggunakan program Statistical Package For The Social Science (SPSS). Dapatan Kajian Persepsi Gpi Tentang Model j-QAF i.

Kekerapan Penggunaan Model j-QAFii Guru-guru Pakar Pendidikan Islam telah ditanya tentang model yang kerap digunakan oleh guru j-QAF. Menurut mereka secara keseluruhannya semua model adalah sangat kerap/kerap digunakan oleh guru2 j-QAF. Bagaimanapun didapati Model 6 Bulan Khatam al-Quran mendapat min tertinggi (3.26, SP = .56) yang mana ia menggambarkan model ini paling kerap digunakan dalam P&P. Ini diikuti dengan Model Kelas Pemulihan Jawi, (min 3.21, SP = .59), Model Tasmik (min 3.18, SP = .66), Model Kem Bestari Solat (min 3.15, SP = .55), dan Model Bahasa Arab Komunikasi (min 3.11, SP = .57). Maklumat terperinci tentang hal ini ditunjukkan dalam Jadual 1. Jadual 1: Kekerapan Penggunaan Model oleh Guru j-QAF Model

Model 6 Bulan Khatam al-Quran Model Kelas Pemulihan Jawi Model Tasmik Model Bahasa Arab Komunikasi Model Kem Bestari Solat

Sangat Kerap

Kerap

Kurang Kerap

Min

SP

% 6.0

Sangat Tidak Kerap f % 0 0

f 64

% 32.2

f 123

% 61.8

f 12

3.26

.56

60

30.2

120

60.3

19

9,5

0

0

3.21

.56

63 44

31.7 22.1

111 133

55.8 66.8

23 22

11.6 11.1

2 0

1.0 0

3.18 3.11

.66 .57

46

23.1

138

69.3

14

7.0

1

0.5

3.15

.55

23 ii.

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Penguasaan Murid Terhadap Model j-QAF Secara umumnya, GPI berpersepsi bahawa murid dapat menguasai dengan baik semua model j-QAFiii. Daripada lima model yang digunakan oleh guru j-QAF, didapati Model Kem Bestari Solat (min 4.19, SP = .62) yang paling dikuasai oleh murid. Ini diikuti dengan Model Kelas Pemulihan Jawi (min 4.00, SP = .66), Model Tasmik (min 3.80, SP = .74), Model 6 Bulan Khatam al-Quran (min 3.78, SP = .64) dan Model Bahasa Arab Komunikasi (min 3.70, SP. .62). Maklumat terperinci tentang hal ini ditunjukkan dalam Jadual 2. Jadual 2: Tahap Penguasaan Murid Menurut Guru Pakar Pendidikan Islam

Model Kem Bestari Solat Model Kelas Pemulihan Jawi Model 6 Bulan Khatam alQuran Model Tasmik Model Bahasa Arab Komunikasi

Amat Baik f % 59 29.6

Baik

Sederhana

Lemah

Min

SP

% 10.1

Kurang Baik f % 1 0.5

f 119

% 59.8

f 20

f 0

% 0

4.19

.62

43

21.6

114

57.3

42

21.1

0

0

0

0

4.00

.66

20

10.3

120

60.3

55

27.6

4

2.0

0

0

3.80

.64

29 14

14.6 7.0

111 115

55.8 57.8

51 67

25.6 33.7

7 3

3.5 1.5

1 0

0.5 0

3.80 3.70

.74 .62

iii. Minat Murid Terhadap Model j-QAF Dari segi minat murid terhadap model-model j-QAF, GPI berpendapat bahawa secara keseluruhannya murid minat mempelajari kesemua model yang digunakan oleh guru. Model Kelas Pemulihan Jawi merupakan model yang paling diminati oleh murid (min 4.37, SP = .62). Ini diikuti dengan Model Kem Bestari Solat dengan min 4.30 (SP = .68), Model 6 Bulan Khatam al-Quran, min 4.14 (SP= .57), Model Bahasa Arab Komunikasi (min 4.01, SP = .74), dan Model Tasmik (min 3.89, SP = .79). Maklumat terperinci tentang hal ini ditunjukkan dalam Jadual 3.

24

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

Jadual 3 : Minat Murid Terhadap Model j-QAF Menurut Persepsi Guru Pakar Pendidikan Islam

Model Kelas Pemulihan Jawi Model Kem Bestari Solat Model 6 Bulan Khatam alQuran Model Bahasa Arab Komunikasi Model Tasmik

Sangat Tidak Minat f % 1 0.5

Kurang Minat

Tidak Pasti

Minat

Sangat Minat

Min

SP

f 1

% 0.5

f 6

% 3.0

f 107

% 53.8

f 84

% 42.2

4,37

.62

1

0.5

5

2.5

4

2.0

113

56.8

76

38.2

4.30

.68

0

0

2

1.0

14

7.0

138

69.3

45

22.6

4.14

.57

0

0

12

6.0

17

8.5

128

64.3

42

21.1

4.00

.74

0

0

17

8.5

22

11.1

125

62.8

35

17.6

3.89

.79

PERSEPSI GURU J-QAF TENTANG MODEL j-QAF i.

Penguasaan Murid Terhadap Model j-QAF Tahap penguasaan murid terhadap Model j-QAF juga dikenal pasti menerusi pandangan guru-guru j-QAF. Merujuk kepada Model Kelas Pemulihan Jawi, terdapat lima komponen kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Dapatan kajian menunjukkan guru berpersepsi bahawa kemahiran mengenal dan menulis huruf tunggal yang diimlakkan (234 orang, 75.7%) dan membaca dan menulis suku kata terbuka (231 orang, 74.8%) dapat dikuasai oleh murid dengan baik. Manakala kemahiran yang dikatakan kurang dikuasai oleh murid ialah membaca dan menulis perkataan daripada suku kata tertutup (152 orang, 49.2%), membaca dan menulis suku kata tertutup (179 orang, 57.9%) dan membaca dan menulis perkataan mudah daripada suku kata terbuka (200 orang, 64.7%). Sila lihat Jadual 4.

25

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Jadual 4: Tahap Penguasaan Kemahiran Murid Dalam Jawi Menurut Guru j-QAF Pernyataan

Mengenal dan menulis huruf tunggal yang diimlakkan Membaca dan menulis suku kata terbuka Membaca dan menulis suku kata tertutup Membaca dan menulis perkataan mudah daripada suku kata terbuka Membaca dan menulis perkataan mudah daripada suku kata tertutup.

Lemah f 1

% 0.3

Kurang Baik f % 3 1.0

Sederhana

Baik

Amat Baik

f 71

% 23.0

f 148

% 47.9

f 86

% 27.8

0

0

1

0.3

77

24.9

165

53.4

66

21.4

3

1.0

23

7.4

104

33.7

124

40.1

55

17.8

0

0

12

3.9

97

31.4

136

44.0

64

20.7

8

2.6

26

8.4

123

39.8

115

37.2

37

12.0

Bagi Model Bahasa Arab Komunikasi pula, terdapat 12 komponen kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Justeru, guru-guru diminta untuk memberikan pandangan tentang tahap penguasaan murid terhadap komponen kemahiran tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kemahiran yang dapat dikuasai dengan baik oleh murid ialah, memahami huruf bahasa Arab (269 orang, 87.1%), menyebut huruf bahasa Arab (264 orang, 85.4%, menyebut perkataan bahasa Arab (236 orang, 76.4%), menulis dengan betul huruf Arab (232 orang, 75.1%) dan menulis dengan betul perkataan Arab (224 orang, 72.5%). Manakala sebanyak 186 orang guru (60.2%) menyatakan bahawa murid mereka mencapai tahap sederhana/kurang baik bagi kemahiran menulis petikan berdasarkan situasi tertentu menggunakan ayat-ayat mudah. Ini diikuti dengan kemahiran bertutur dalam bahasa Arab berdasarkan situasi tertentu (179 orang, 57.9%), memahami ayat bahasa Arab (167 orang, 54.0%), membaca dengan betul ayat bahasa Arab (129 orang, 41.7%) dan menyebut ayat bahasa Arab (127 orang, 41.1%). Secara umumnya, bagi Model Kem Bestari Solat, berdasarkan persepsi guru j-QAF didapati majoriti daripada mereka (85.2%) bersetuju bahawa murid dapat melaksanakan solat dengan betul. Murid-murid juga dikatakan oleh guru (89.0%) telah boleh melakukan rukun fi’li dengan betul. Guru juga bersetuju (82.2%) bahawa murid mereka boleh melaksanakan rukun qauli dengan baik

26

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

dalam solat. Yang penting 80.0% guru menyatakan persetujuan bahawa muridmurid menunjukkan rasa tanggungjawab untuk menunaikan solat. Menerusi Model 6 Bulan Khatam al-Quran pula, secara keseluruhannya didapati guru-guru bersetuju (melebihi min 3.0) bahawa tahap penguasaan murid mereka adalah baik. ii.

Minat Murid Terhadap Model j-QAF Guru j-QAF juga turut memberikan pendapat mereka tentang minat murid terhadap model j-QAF. Bagi Model Kelas Pemulihan Jawi mereka berpendapat bahawa secara keseluruhannya murid-murid berminat terhadap model ini. iv Sebanyak 279 orang (90.3%) menyatakan murid mereka sangat suka mengikuti kelas pemulihan jawi, 251 orang (81.2%) menyatakan murid-murid mereka bersungguh-sungguh ketika mengikuti kelas ini dan 219 orang (70.9%) bersetuju mudah mendisplinkan murid ketika pengajaran jawi. Selain itu, guru j-QAF juga diminta memberi pandangan mereka tentang minat murid terhadap Model Bahasa Arab Komunikasi.v Secara keseluruhannya dapatan menunjukkan majoriti guru berpendapat bahawa murid-murid berminat terhadap model ini. Antaranya, dapatan menunjukkan murid sangat suka mengikuti kelas Bahasa Arab (274 orang, 88.6%) dan mereka belajar bersungguh-sungguh (249 orang, 80.6%). Namun, terdapat juga guru (213 orang, 68.9%) yang menyatakan bahawa ada juga murid yang bermain ketika kelas Bahasa Arab dijalankan. Lihat Jadual 5. Hal ini perlu diteliti lagi agar murid lebih fokus kepada pembelajaran, Jadual 5 : Minat Murid Terhadap Model Bahasa Arab Komunikasi

Bil.

Pernyataan

Tidak setuju

Kurang setuju

Tidak pasti

Setuju

Amat setuju

f

%

f

%

f

%

f

%

f

%

Min

SP

1

Murid saya sangat suka mengikuti kelas membaca Bahasa Arab

0

0.0

3

1.0

32

10.4

200

64.7

74

23.9

4.11

.60

2

Saya sangat mudah mendisiplinkan pelajar ketika kelas membaca Bahasa Arab di sekolah

1

0.3

29

9.4

36

11.7

180

58.3

63

20.4

3.89

.84

3

Murid-murid saya bersungguh-sungguh untuk untuk mengikuti kelas membaca Bahasa Arab

1

0.3

11

3.6

48

15.5

176

57.0

73

23.6

4.00

.75

4

Murid

5

1.6

50

16.2

41

13.3

150

48.5

63

20.4

3.69

1.02

lebih

banyak

27

5

6

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

bermain ketika kelas Bahasa Arab di jalankan di sekolah. Kelas membaca Bahasa Arab di sekolah perlu dilaksanakan oleh guru lelaki. Murid-murid suka bertanya kepada saya cara-cara membaca Bahasa Arab dengan baik

104

33. 7

133

43.0

39

12.6

28

9.1

5

1.6

2.01

.98

13

4.2

29

9.4

43

13.9

184

59.5

40

12.9

3.67

.95

Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti (290, 93.8%) daripada guru-guru j-QAF berpandangan murid-murid mereka minat dan suka mengikuti Kem Bestari Solat. vi Murid-murid juga dikatakan bersungguh-sungguh ketika dijadikan penyelesaian kepada kurangnya minat murid bersolat di sekolah. Guru (233, 75.4%) turut merasakan bahawa menerusi program ini mereka dapat mendisiplinkan murid-murid untuk mengamalkan aktiviti solat. Bagi Model 6 Bulan Khatam al-Quran, guru berpersepsi bahawa rata-rata murid berminat dengan model ini. Hal ini boleh dilihat menerusi dapatan kajian yang menunjukkan mengikuti program ini (264, 85.4%). Selain itu, menurut guru (247, 80.0%) murid-murid suka bertanya tentang perkara yang kurang jelas berkaitan cara-cara menunaikan solat dengan sempurna. Berkaitan dengan minat murid untuk menunaikan solat di sekolah, sebanyak 258 (83.5%) orang guru j-QAF menyatakan bahawa murid-murid mereka tidak/kurang berminat menunaikan solat di sekolah. Oleh itu, pengenalan program Kem Bestari Solat dapat misalnya 91.9% murid menyatakan “mereka sangat suka mengikuti kelas membaca al-Quran”. Begitu juga didapati “murid bersungguh-sungguh mengikuti kelas membaca al-Quran” (86.4%), “murid-murid berminat mengikuti kelas membaca al-Quran di sekolah” (86.1%) dan “murid suka bertanya cara-cara membaca al-Quran dengan baik”(78.0%). iii. Keberkesanan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Dalam j-QAF Teknik pengajaran adalah antara aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat beberapa teknik mengajar yang dicadangkan dalam Model Kelas Pemulihan Jawi. Dapatan menunjukkan bahawa rata-rata guru bersetuju teknik-teknik yang digunakan oleh mereka adalah berkesan. Ini kerana majoriti teknik tersebut mendapat skor lebih daripada 90%, kecuali permainan Layang-layang (255 orang, 82.5%) dan permainan Astronomi (256 orang, 82.9%). Perincian tahap persetujuan guru tentang hal ini boleh dilihat dalam Lampiran 1.

28

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

Berkaitan dengan keberkesanan teknik-teknik pengajaran dalam Model Bahasa Arab Komunikasi pula, dapatan menunjukkan kebanyakan guru menyatakan bahawa teknik-teknik yang digunakan oleh mereka adalah berkesan. Perincian tentang persetujuan guru ini boleh dilihat dalam Jadual 6. Jadual 6 : Keberkesanan Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Model Bahasa Arab Komunikasi Bil .

Pernyataan

Tidak Disediakan

Tidak Berkesan

Kurang Pasti

Berkesan

Amat Berkesan

f

%

f

%

f

%

f

%

f

%

Min

SP

1.

Kaedah Tematik

5

1.6

6

1.9

66

21.4

178

57.6

54

17.5

2.87

.77

2.

Kaedah Ajuk-Hafaz

0

0.0

0

0.0

11

3.6

195

63.1

103

33.3

3.29

.53

3.

Kaedah Semula jadi

0

0.0

0

0.0

42

13.6

203

65.7

64

20.7

3.07

.58

4.

Kaedah Terus

0

0.0

0

0.0

37

12.0

187

60.5

85

27.5

3.15

.60

5.

Kaedah Latih Tubi

0

0.0

1

0.3

12

3.9

161

52.1

135

43.7

3.39

.58

6.

Kaedah Eklektik

2

0.6

10

3.2

69

22.3

178

57.6

50

16.2

2.85

.74

7.

Lain-lain teknik

293

94.8

0

0.0

2

0.6

11

3.6

3

1.0

0.15

.69

Bagi program Kem Bestari Solat, guru j-QAF turut memberi pandangan tentang kaedah atau pendekatan dalam pengajaran solat. Kebanyakan guru j-QAF (302, 97.7%) menyatakan bahawa mereka akan memerhatikan perlakuan setiap orang murid dalam amali solat. Mereka juga amat bersetuju/setuju (298,96.5%) bahawa penggunaan bahan bantu mengajar dapat menarik minat murid terhadap aktiviti solat. Di samping itu, sebanyak 281 (90.0%) orang guru j-QAF menyatakan bahawa mereka memperuntukkan waktu untuk menanam perasaan cintakan solat dalam diri murid-murid ketika aktiviti solat. Majoriti guru (266, 86.1%) juga berpendapat bahawa di samping memberi motivasi, konsep dendaan juga penting untuk menggalakkan murid-murid bersolat. Manakala aspek utama yang ditekankan oleh guru dalam aktiviti solat ialah aspek pengetahuan (242,78.3%). Bagaimanapun, mereka tidak/kurang bersetuju bahawa mereka menekankan pencapaian akademik murid berbanding aspek penghayatan murid dalam aktiviti solat. Berkaitan dengan kaedah/teknik pengajaran yang digunakan oleh guru dalam Model Khatam al-Quran, majoriti guru menyatakan bahawa kaedah/teknik yang mereka gunakan adalah berkesan. Peratus yang diperoleh bagi tahap persetujuan guru tentang hal ini adalah tinggi (antara 80%-100%) kecuali dua teknik iaitu “murid turus (mahir) mengesahkan bacaan murid dengan memberi pujian” (68.0%) dan “murid membaca dengan bimbingan murid turus (67.9%). Seratus peratus guru bersetuju bahawa teknik “murid mendengar bacaan contoh daripada guru” adalah

29

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

berkesan. Teknik guru j-QAF mengesahkan bacaan murid dengan memberikan pujian memperoleh 99.7% persetujuan guru dan “murid membaca dengan bimbingan guru j-QAF” pula memperoleh 99.4% persetujuan guru. Sebanyak 98.3% guru bersetuju bahawa teknik ” murid membaca al-Quran menggunakan mushaf Ras Uthmani” adalah berkesan, manakala teknik “ kaedah talaqqi dan musyafahah” pula sebanyak 97.4% guru bersetuju ianya berkesan. Manakala bagi murid yang tidak menguasai bacaan al-Quran, guru bersetuju (97.8%) bahawa “mereka meneruskan pembelajaran dengan menggunakan kaedah Iqra” didapati berkesan. Perbincangan Dapatan Kajian Cabaran Dan Kekangan Dalam Pelaksanaan Program j-QAFvii Kementerian Pelajaran Malaysia menerusi Bahagian Pendidikan Islam telah memberi kerjasama yang baik dalam usaha menjayakan program j-QAF seterusnya memperkasakan Pendidikan Islam. Usaha ini perlu diberi pujian memandangkan ia mampu menyumbang kepada perolehan ilmu dan kemahiran murid dalam perkara asas Pendidikan Islam. Secara keseluruhan, majoriti daripada guru-guru j-QAF berminat/sangat berminat terhadap semua model j-QAF yang dilaksanakan di sekolah. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa rata-rata guru menyatakan bahawa teknik-teknik yang digunakan oleh mereka adalah berkesan dan sesuai serta dapat menarik perhatian murid. Begitu juga secara keseluruhannya murid-murid berminat terhadap model j-QAF terutamanya Kelas Pemulihan Jawi dan Kem Bestari Solat. Bagaimanapun, dalam pelaksanaan program ini terdapat perkara-perkara yang perlu diberi perhatian agar program ini dapat berjalan dengan lebih licin dan mantap. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah guru kurang mahir mengguna dan mengaplikasikan teknologi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun, dapatan kajian Siti Fatimah Ahmad dan Ab. Halim Tamuri (2010) memperlihatkan bahawa guru j-QAF mempunyai persepsi yang tinggi terhadap penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi multimedia (TMm). viii Kemahiran ini perlu dipertingkatkan bagi memastikan profesionalisme guru j-QAF setanding guru-guru lain disamping dapat menarik minat murid mempelajari mata pelajaran j-QAF. Penemuan kajian turut mendapati terdapat guru yang kurang mahir menggunakan teknik-teknik pengajaran yang dicadangkan dalam model j-QAF terutama sekali dalam mengaplikasi ICT. Antara sebab atau faktor yang dikenal pasti ialah faktor kekangan masa di samping guru terlibat dengan aktiviti dan tugas lain di sekolah. Oleh itu, guru lebih terdorong untuk mengejar waktu menghabiskan sukatan pelajaran dalam tempoh masa yang agak singkat.Justeru, terdapat cadangan agar jangka masa kursus program j-QAF perlu diteliti semula.ix Bilangan murid yang ramai berbanding guru yang mengajar j-QAF juga perlu ditangani secara efisien agar guru Pendidikan Islam merasa kurang beban dan berat

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

30

dalam melaksanakan pengajaran dan tugas atau aktiviti tambahan. Ini juga bagi memastikan apa yang dipelajari oleh murid benar-benar berkesan dan dapat dikuasai oleh mereka. Misalnya, dalam mengikuti Model 6 Bulan Khatam al-Quran, terdapat murid-murid yang masih tidak mampu mengenal huruf. Namun, atas usaha dan inisiatif guru j-QAF murid-murid ini dibimbing dan dipantau secara intensif agar mereka tidak ketinggalan berbanding murid lain. Terdapat guru Pendidikan Islam dan guru j-QAF yang membahagikan pengajaran Model 6 Bulan Khatam al-Quran kepada dua aktiviti iaitu aktiviti dalam waktu P&P dan aktiviti di luar waktu persekolahan. Begitu juga, usaha mengadakan Kem Literasi al-Quran merupakan strategi yang baik dan mampu membantu murid lemah sekiranya ia dapat dilaksanakan dengan berkesan. Menyentuh tentang tugas atau aktiviti tambahan guru j-QAF di sekolah seperti tugas guru ganti, terlibat dalam acara rasmi, mengawas disiplin murid, menceriakan bilik darjah dan menganggotai jawatankuasa juga perlu diberi perhatian. Ini kerana dapatan kajian oleh Mohd. Nor bin Jaafar dan Ismail Mat Ludin (2007) dan Ghazali Darussalam menunjukkan hal ini merupakan kekangan dan boleh menimbulkan stres dalam kalangan guru j-QAF.x Lantas mengakibatkan guru tergesa-gesa menghabiskan silibus yang ditetapkan. Sokongan dan kerjasama daripada pihak ibubapa amat diharapkan bagi memastikan program j-QAF dapat berjalan lancar seterusnya mencapai matlamat yang diinginkan. Ibubapa misalnya hendaklah bersedia mengizinkan anak-anak terus berada di sekolah selepas waktu persekolahan dan mengikuti aktiviti yang dijalankan di luar waktu persekolahan. Bagi melicinkan lagi pelaksanaan program j-QAF, peruntukan kewangan yang cukup perlu diberi perhatian. Begitu juga pelaksanaan model-model yang dicadangkan terutamanya Kem Bestari Solat hendaklah diselaraskan dan dimantapkan. Adalah diharapkan melalui kerjasama yang padu oleh semua pihak, beberapa kekangan dan cabaran yang diutarakan oleh guru dapat diatasi dan program ini dapat diteruskan dengan jayanya. Kesimpulan Kesimpulannya, program j-QAF yang dilaksanakan di sekolah dilihat mampu meningkatkan ilmu dan kemahiran murid dalam Pendidikan Islam. Model-model yang diaplikasikan dalam proses P&P juga dapat menarik minat murid. Namun, kelemahan dan kekurangan serta pandangan dan cadangan guru Pendidikan Islam dan guru j-QAF serta para pengkaji perlu diberi perhatian serius oleh pihak yang bertanggungjawab. Antara pandangan dan cadangan guru j-QAF yang dapat pengkaji rumuskan ialah menyentuh tentang latihan dan kursus perlu diberikan kepada guru secara berterusan bagi meningkatkan profesionalisma mereka. Seterusnya memberi pendedahan yang lebih kepada guru terhadap penggunaan ICT

31

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

dan membekalkan BBM serta peralatan yang cukup dan berkualiti bagi aktiviti permainan. Dicadangkan juga sebuah bilik khas disediakan untuk menjalankan Kelas Pemulihan Jawi bagi memastikan keselesaan dan suasana yang kondusif agar dapat menarik minat murid seterusnya menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Akhirnya namun penting, peruntukan kewangan yang cukup perlu diberi perhatian oleh pihak KPM agar pelaksanaan program j-QAF dapat dijalankan dengan sebaikbaiknya dan tidak membebankan pihak guru. Oleh itu, perancangan yang teliti dan tindakan yang efektif hendaklah diambil tindakan segera agar program j-QAF dapat dijalankan dengan lebih mantap dan berkualiti. Seterusnya, dapat melahirkan muridmurid yang mantap ilmu dan kemahirannya dalam perkara asas Pendidikan Islam. RUJUKAN Asmawati Suhid, Lukman Abd. Mutalib, Kamariah Abu Bakar dan Muhd. Fauzi Muhammad. Pelaksanaan Model j-QAF Di Sekolah: Satu Tinjauan Umum. Dalam Prosiding Seminar majlis Dekan-dekan Pendidikan IPTA 2011,/ Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, 27-28 September 2011. Asmawati Suhid dan Lukman Abd. Mutalib (2009). Tinjauan Terhadap Pelaksanaan Kem Bestari Solat. The International Journal of Islamic and Arabic Education, 1, UKM. Asmawati Suhid , Lukman Abdul Mutalib, Kamariah Abu Bakar dan Muhd. Fauzi Muhammad. Aplikasi Model Bahasa Arab Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Kertas kerja yang akan dibentangkan di Seminar Penyelidikan Pendidikan, Fakulti Pengajian Pendidikan, 2009. Asmawati Suhid, Kamariah Abu Bakar, Lukman Abd. Mutalib and Muhd. Fauzi Muhammad. Teachers’ Perception Towards The Model Of Jawi Writing In Malaysian Education System. The International Journal of Interdisciplinary Social Sciences, 3, 5, 47-52, 2008. Asmawati Suhid dan Lukman Abd. Mutalib. Model Kelas Pemulihan Jawi : Satu Penilaian Umum. Dalam prosiding (dalam bentuk cd). Seminar JPPG, 2008, Hotel City Bayview, Langkawi, 13-15 Disember 2008. Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR (2007). Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia. Ghazali Darussalam (2007). Pelaksanaan program j-QAF mengikut persepsi pensyarah dan pelajar. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Islam, Selangor, 10.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

32

j-QAF. Buku Panduan Perlaksanaan Model-model Pengajaran dan Pembelajaran dan Kokurikulum (2004). Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia. Mohd. Nor Jaafar & Ismail Mat Ludin (2007). Kajian stress guru pelatih praktikum KPLI j-QAF. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Penyelidikan Pendidikan, Institut Perguruan Batu Lintang. Sidek Mohd. Noah (2002). Reka bentukpPenyelidikan. Falsafah, teori dan prktis Serdang : Penerbit UPM Siti Fatimah Ahmad & Ab. Halim Tamuri (2010). Persepsi guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi multimedia dalam pengajaran j-QAF. Journal of Islamic and Arabic Education 2(2),2010,53-64.

33

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Lampiran 1 : Jadual Keberkesanan Penggunaan Teknik Dalam kelas Pemulihan Jawi Teknik Permainan boling bagi kemahiran huruf tunggal Permainan tenteng bagi kemahiran huruf tunggal Permainan kad bagi kemahiran huruf tunggal Permainan keretapi bagi kemahiran huruf tunggal Permainan layang-layang bagi kemahiran huruf tunggal Permainan astronomi bagi kemahiran huruf tunggal Penggunaan LCD bagi kemahiran huruf tunggal Permainan sahibba bagi kemahiran suku kata Permainan pancing ikan bagi kemahiran suku kata Permainan harta karun bagi kemahiran suku kata Permainan rumah merpati bagi kemahiran suku kata Permainan tanda arah bagi kemahiran suku kata Permainan cabutan misteri bagi kemahiran suku kata Nyanyian Sayang Jawi Nyanyian Eja dan Baca Nyanyian Vokal dan Suku Kata Irama lagu Tanya Sama Hati Irama lagu Aci-aci buka pintu Irama lagu Wau Bulan

Tidak Setuju

Kurang Setuju

Setuju

Sangat Setuju

f 0

% 0

f 9

% 2.9

f 177

% 57.3

f 121

% 39.2

0

0

16

5.2

198

64.1

95

30.7

0

0

1

0.3

147

47.6

157

50.8

1

0.3

15

4.9

185

59.9

106

34.3

1

0.3

53

17.2

182

58.9

73

23.6

3

1.0

50

16.2

173

56.0

83

26.9

0

0

15

4.9

171

55.3

122

39.5

1

0.3

20

6.5

174

56.3

113

36.6

1

0.3

5

1.6

157

50.8

145

46.9

3

1.0

20

6.5

188

60.8

98

31.7

1

0.3

24

7.8

190

61.5

94

30.4

0

0

24

7.8

180

58.3

103

33.3

0

0

20

6.5

142

46.0

146

47.2

0 0 1 1 0 0

0 0 0.3 0.3 0 0

20 14 13 17 22 19

6.5 4.5 4.2 5.5 7.1 6.1

141 145 158 162 154 158

45.6 46.9 51.1 52.4 49.8 51.1

146 148 135 128 131 131

47.2 47.9 43.7 41.4 42.4 42.4

34

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

Lampiran 2: Jadual Tahap Kepuasan Guru Terhadap Kemudahan dan Sokongan Dalam Pelaksanaan Program j-QAF Pernyataan

Latihan/kursus yang diikuti Bahan bantu mengajar yang disediakan Bimbingan dan nasihat daripada pihak sekolah Peruntukan masa pengajaran Buku Teks Buku Latihan/Aktiviti Buku Panduan Guru Sokongan pihak sekolah Sokongan pihak pengurusan Sokongan ibu bapa Penyeliaan Peruntukan kewangan

Amat Memuaskan

Memuaskan

Sederhana

Kurang Memuaskan

Lemah

f

%

f

%

f

%

f

%

f

%

43

13.9

171

55.3

61

19.7

28

9.1

6

1.9

46

14.9

177

57.3

60

19.4

26

8.4

0

0

43

13.9

157

50.8

87

28.2

20

6.5

2

0.6

38

12.3

143

46.3

71

23.0

54

17.5

3

1.0

38 42 61 63

12.3 13.6 19.7 20.4

188 182 193 171

60.8 58.9 62.5 55.3

54 50 44 59

17.5 16.2 14.2 19.1

28 34 10 12

9.1 11.0 3.2 3.9

1 1 1 4

0.3 0.3 0.3 1.3

63

20.4

173

56.0

59

19.1

11

3.6

3

1.0

43

13.9

151

48.9

85

27.5

26

8.4

4

1.3

33

10.7

183

59.2

74

23.9

13

4.2

6

1.9

Prof. Madya. Dr. Asmawati Suhid, Ketua, Jabatan Pendidikan Bahasa dan

Kemanusiaan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. [email protected] i

Asmawati Suhid, Lukman Abd. Mutalib, Kamariah Abu Bakar dan Muhd. Fauzi Muhammad. Pelaksanaan Model j-QAF Di Sekolah: Satu Tinjauan Umum. Dalam Prosiding Seminar majlis Dekan-dekan Pendidikan IPTA 2011,/ Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, 27-28 September 2011.

ii

Asmawati Suhid, Kamariah Abu Bakar, Lukman Abd. Mutalib and Muhd. Fauzi Muhammad. Teachers’ Perception Towards The Model Of Jawi Writing In Malaysian Education System. The International Journal of Interdisciplinary Social Sciences, 3, 5, 47-52, 2008.

iii

Asmawati Suhid, Kamariah Abu Bakar, Lukman Abd. Mutalib and Muhd. Fauzi Muhammad. Teachers’ Perception Towards The Model Of Jawi Writing In Malaysian Education System. The International Journal of Interdisciplinary Social Sciences, 3, 5, 47-52, 2008.

35

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

iv

Asmawati Suhid dan Lukman Abd. Mutalib. Model Kelas Pemulihan Jawi : Satu Penilaian Umum. Dalam prosiding (dalam bentuk cd). Seminar JPPG, 2008, Hotel City Bayview, Langkawi, 13-15 Disember 2008.

v

Asmawati Suhid , Lukman Abdul Mutalib, Kamariah Abu Bakar dan Muhd. Fauzi Muhammad. Aplikasi Model Bahasa Arab Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Kertas kerja yang akan dibentangkan di Seminar Penyelidikan Pendidikan, Fakulti Pengajian Pendidikan, 2009.

vi

Asmawati Suhid dan Lukman Abd. Mutalib (2009). Tinjauan Terhadap Pelaksanaan Kem Bestari Solat. The International Journal of Islamic and Arabic Education, 1, UKM.

vii

Asmawati Suhid. Program j-QAF : Cabaran kini, harapan masa depan. Kertas kerja yang dibentangkan di Kongres Pendidikan Islam Kebangsaan 2011, Hotel Dynasty Kuala Lumpur, 4-7 Disember 2011.

viii

Siti Fatimah Ahmad & Ab. Halim Tamuri (2010). Persepsi guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi multimedia dalam pengajaran j-QAF. Journal of Islamic and Arabic Education 2(2),2010,53-64.

ix

Ghazali Darussalam (2007). Pelaksanaan program j-QAF mengikut persepsi pensyarah dan pelajar. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Islam, Selangor, 10.

x

Mohd. Nor Jaafar & Ismail Mat Ludin (2007). Kajian stress guru pelatih praktikum KPLI j-QAF. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Penyelidikan Pendidikan, Institut Perguruan Batu Lintang.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

36

Development and Evaluation of Multimedia Software for the Communicative Arabic Implementation of the j-QAF Programme in Malaysian National Primary Schools Maimun Aqsha Lubis Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Abstract Multimedia can be used to overcome the weaknesses in teaching and learning processes. However, multimedia elements embedded in the interactive environment of software are sometimes unable to make a presentation interesting and motivating for pupils. This study aimed at developing and evaluating interactive multimedia software that can serve as a tutorial for the Communicative Arabic Implementation Expansion Module of the j-QAF programme. This multimedia software was developed based on the Year One j-QAF curriculum issued by the Ministry of Education, Malaysia. Additionally, the objectives of this research were aimed for improving the emphasising on the use of teaching aids. Apart from that, this software was developed to evaluate its effectiveness for the Communicative Arabic Implementation Expansion Module based on the basis of usability and suitability for Year One j-QAF pupils in national primary schools. Next, this software also was designed to help teachers and pupils teach and learn effectively in the classroom and to aid self-learning outside the classroom. Eventually, this software from other perspectives will be helpful and can be applied by teachers as an alternative teaching aid because there are combinations of various media in this software and it takes a great deal to get new technology into a position in education in term of meaningful and beneficial. Keywords: Computer-aided teaching and learning (CATL), Communicative Arabic, Evaluation of effectiveness, Multimedia, J-QAF programme Introduction The Integrated Curriculum for Primary Schools or Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), implemented almost two decades ago, has undergone various changes to achieve Malaysia’s aim of providing world-class education for current and future generations in line with the country’s development, to fulfil the goal of the Third Long-Term Plan Framework (EPU 2001). In the Ninth Malaysia Plan 2006–2010 (JPM 2006), the focus on one of the key strategies to produce quality human capital for the country is the most important element and the main thrust of

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

38

Arabic teaching at the primary school level (MOE 2006). The conceptual framework of this study was adapted and modified based on the Dick & Carey Model (2001) and the j-QAF-AQSHA Design Model, while the software development model was based on the ADDIE Design Model (Heinich et al. 1996). The results of this study are expected to benefit all concerned in strengthening the teaching and learning of the Year One j-QAF programme in national primary schools. This study is expected to assist Malaysia’s Ministry of Education in software development and in further enhancing the quality of Arabic teaching in the j-QAF programme. Through the use of interactive media, the courseware developed can further improve pupils’ ability to understand the content of the Arabic Language Implementation Expansion Module software by enhancing the teaching and learning process. The user-friendly presentation style and the attractive and exciting interface design are also expected to foster, enhance, and stimulate students’ interest in learning. The purpose of this research is to develop and evaluate the Communicative Arabic Implementation Expansion Module of the j-QAF programme for Year One pupils in Malaysian national primary schools, using computer-aided teaching and learning (CATL). The software developed is a combination of audio, video, animation, hypertexts, and hypermedia. It is interactive, easy, exciting and designed to help teachers and pupils in teaching and learning. The main focus of the study is to improve the capability, effectiveness, and quality of the software used by pupils in and out of school to develop quality Muslim human capital. Accordingly, this study is aimed at creating diverse effective and quality delivery methods in the context of implementing multimedia in the teaching and learning of Communicative Arabic Implementation Expansion Module of the j-QAF programme. Through these efforts, the study hopes to meet, at least in part, the requirements of the ‘Education Transformation’ initiative aimed at computer and ICT literacy among primary school students. Specifically, the objectives of this research are as follows: 1. Designing multimedia software for the Communicative Arabic Implementation Expansion Module of the j-QAF programme in accordance with curriculum of national primary schools and by emphasising on the use of teaching aids 2. Developing an interactive, easy, and exciting multimedia software for the Communicative Arabic Implementation Expansion Module of the j-QAF programme to help teachers and pupils teach and learn effectively in the classroom and to aid self-learning outside the classroom 3. Evaluating the effectiveness of the multimedia software for the Communicative Arabic Implementation Expansion Module developed on the basis of usability and suitability for Year One Jawi remedial pupils in national primary schools

39

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Methodology The research design chosen is a survey of teachers and experts on the software for the Communicative Arabic Implementation Expansion Module of the j-QAF programme. The survey examines the development process and the relevant courseware of the module by using the Macromedia Director MX authoring tool. This software module covers interactive teaching and learning for Year One j-QAF programme. The software was developed using the Macromedia Flash CS4 authoring tool by integrating the Adobe Photoshop CS4 software for graphics, Poser 7 Pro for the three-dimensional graphics, and the Al-Rassam program for writing the Jawi texts. In the meantime, the evaluation of this multimedia software was formative and summative, using a questionnaire administered to 3 experts and 30 Year One pupils, assisted by the researcher and the j-QAF teachers. The data were analysed using SPSS version 11.5 for Windows. Pilot Studies Glesne & Peshkin (1992) stated that pilot studies need to be conducted before the actual study. The purpose of the pilot study is to learn about the research process, interview schedule, observation techniques, and evaluation of the software. The pilot study prepares the researcher for effective data collection and from the results of the pilot study, the researcher may revise his or her research plan, items or questions of the questionnaire, and the way the research is conducted. i.

Pilot Study I Pilot study I was conducted prior to developing the software. The purpose of this study was to look at the need for building any software. It consisted of sets of interviews held with the following: 1. j-QAF programme teachers 2. Lecturers of the Institute of Teacher Education, Malaysia 3. Officers of the Islamic Education Division, Ministry of Education, Malaysia

ii.

Pilot Study II Pilot study II was conducted after the software had been developed but before the software was actually implemented. It consisted of software evaluation questionnaire sets administered to the following: 1. j-QAF teachers 2. j-QAF experts 3. Software experts

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

40

Data Collection Procedures The Collected data were analysed using the Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) version 11.5 for Windows. Descriptive statistics were used to obtain the percentage and mean scores based on the data acquired. For software evaluation and interpretation, the researcher used a five-point Likert scale, such as: 1 = Strongly disagree, 2 = Disagree, 3 = Not quite agree, 4 = Agree, 5 = Strongly agree. Table 1 shows the scale, which was used as a guide to analyse experts’ and pupils’ responses to this software. Table 1: Scale used to evaluate responses Score

Level of Agreement

5

Strongly agree

4 3 2

Agree Not quite agree Disagree

1

Strongly disagree

Source: Hasnah (2006) To assess the software’s level of acceptance, Jamil (2002) score interpretation was used, where a mean score between 1.00 and 2.33 indicated a low level of acceptance, a score of 2.34 to 3.66 indicated moderate agreements, and a score of 3.67 to 5.00 indicated a high level of acceptance. Table 2 shows the score interpretation used. Table 2: Mean Score Interpretation Mean Score

Mean Score Interpretation

1.00–2.33

Low

2.34–3.66

Average/Moderate

3.67–5.00

High

Source: Jamil (2002)

41

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Data Analysis Procedure Planning is crucial for software development. Careful planning and high commitment will produce interesting software and help achieve real objectives. Throughout the process of software development, the phases listed in the ADDIE Model (Rossett 1987) were followed. The model consists of five important phases: software analysis, design, development, implementation, and software evaluation. The analysis phase was able to identify the research problem and find the root of the problem. This ensured that the instructional design would meet the requirements of real users. An examination of the objectives and contents of the software, activities, exercises as well as tests that would assess the students’ understanding needed to be carried out repeatedly in the design phase. In this phase, the researcher also determined the information presentation method suitable for the topics and target users and designed the screens for the software. The evaluation aspect was also very important in ensuring the software developed conformed with the purpose and goal and the specifications determined. This required greater practice of the use of multimedia authoring software. Creativity ensures that the software developed has its own aesthetic values. Additionally, the designing of the software was also important in guiding the implementation process. Prior to software development, the storyboard and design were created since careful initial planning would simplify and expedite the development of this learning software. i.

Opening/Main Menu Screen Multimedia presentation is communicative message to an audience. This will help the student remain focused on communication rather than getting side tracked by complexities of computer technology (Michael Simkins et al., 2002) This is the first screen displayed when the user starts the software. It is known as the montage and uses animation to introduce the software to pupils; it also functions as the induction set. Multimedia elements such as a combination of colours, text, graphics, animation, and audio (sound/music) were also inserted to attract interest and motivate pupils to continue the learning process using this software. This is in accordance with the behaviourist and cognitivist theories that the researchers have attempted to apply in this software. To continue with the learning, pupils should click on the links provided. The main menu screen displays the five menu options that users can select: Single Character Jawi, Syllabic Jawi, Arabic – Let’s Learn Arabic, Fardhu Ain – Smart Solat, and Fardhu Ain – Let’s Perform the Ablution. To choose the Communicative Arabic Implementation Expansion Module, the user needs to click on the ‘Arabic – Let’s Learn Arabic’ menu. This has submenus that can be selected. In accordance with the constructivist learning theory, to begin learning, pupils should be able to select the menu options they

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

42

want and do not have to proceed according to the sequence shown on the main menu. The main menu screen also has two navigation buttons for music control and to exit. ii.

Introduction Screen (‫)اﻟﺘﻌﺮﯾﻒ‬ This screen clearly states the software/learning objectives before the presentation of learning contents. This gives the pupils a clear direction for browsing the software. The navigation buttons provided on the screen are for music control, help, return to the main menu, and exit/end.

Information Presentation/Communicative Arabic Implementation Expansion Module Tutorial Screen ( ‫)ﻓﻲ اﻟﻤﺪرﺳﺔ‬

The information presentation screen offers information related to the topics ( ‫ﻓﻲ‬ ‫ ) اﻟﻤﺪرﺳﺔ‬from the Year One textbook of the Communicative Arabic Implementation Expansion Module. The Information Presentation/Communicative Arabic Implementation Expansion Module Tutorial Screen comprises two sub-menus: the menu ( ‫ )ﻓﻲ اﻟﻤﺪرﺳﺔ‬that contains information about a group of words related to school life in audio-visual format and the song/nasyid menu ( ‫ اﻷﻧﺎﺷﯿﺪ‬/ ‫ )اﻷﻏﺎﻧﻲ‬that contains three songs/nasyid related to numbers in Arabic, items at school, and speech. Graphic and audio presentations are displayed to familiarise pupils with words from school life more effectively. This screen also has navigation buttons for music control and to exit the software. During this tutorial session, pupils will see pictures of items from school, listen to the correct pronunciation, and read related words/passages. Pupils are free to repeat words they have read or heard during this session because no time limit is specified. A button in the form of an open book allows students to read the words

43

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

related to the pictures displayed. Clicking on the speaker button allows students to listen to the pronunciation of the words. The left and right arrow buttons are to move forward or backward. iii. Various Language Skills Screen This screen displays four language skill activities: i) listening, ii) listening and reading, iii) reading, and iv) writing. The purpose of developing this screen is to train and familiarise students with several language skills that they can apply independently. These activities are presented in interactive graphic forms as well as combined with animation, audio, and colourful visuals. These combinations can increase students’ understanding and retention of topics learnt. There are four sub-menus on this screen: [1] Listening Skill ( ‫ﻣﮭﺎرة‬ ‫) اﻻﺳﺘﻤﺎع‬, [2] Listening and Reading Skills (‫) ﻣﮭﺎرة اﻻﺳﺘﻤﺎع واﻟﻘﺮاءة‬, [3] Reading Skill ( ‫ ) ﻣﮭﺎرة اﻟﻘﺮاءة‬and [4] Writing Skill ( ‫) ﻣﮭﺎرة اﻟﻜﺘﺎﺑﺔ‬.

On each of the various language skills screens, there are navigation options that pupils can use. These include the ‘Back’ ( ‫) رﺟﻮع‬, ‘Repeat’ ( ‫) إﻋﺎدة‬, and ‘Exit’ ( ‫ ) ﺧﺮوج‬options. The ‘Back’ ( ‫ ) رﺟﻮع‬option allows pupils to return to the Various Language Skills screen. The ‘Repeat’ ( ‫ ) إﻋﺎدة‬option allows them to repeat the practice of relevant skills. The ‘Exit’ ( ‫ ) ﺧﺮوج‬option enables pupils to directly leave or end the software. iv. Listening Skill Activity The word listening is defined as making an effort to hear something; to pay attention or heed. It is different than hearing, which is physiology process of the ear absorbing sound waves and transferring them along neutral pathways to part

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

44

of the brain. Hearing is necessary for listening, but listening is much more than process sound. Someone may hear very well but be a very poor listener (Lisa J. Downs, 2008). Therefore, during the listening skill activity, pupils have to listen carefully and understand the audio for words learnt in the tutorial session. To pick the listening option, pupils click on [1] ‫ﻣﮭﺎرة اﻻﺳﺘﻤﺎع‬. They can then start the session by clicking on the ‫ اﺑﺪأ‬button. They can repeat the session if they are dissatisfied with their score, return to the main menu, or exit from the software by clicking on the console displaying three buttons: ‫( إﻋﺎدة‬Repeat), ‫( رﺟﻮع‬Back), and ‫ﺧﺮوج‬ (Exit).

Pupils must match the right picture with the audio they hear. In this session, there are no words on the screen that pupils can read. If the audio is unclear or cannot be understood, pupils can listen again by clicking on the speaker icon.

45

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

The length of time allocated for this session is 60 seconds. If pupils cannot complete this session within this time limit, a screen appears with the following reminder: ‫ ﺣﺎول ﻣﺮة ﺛﺎﻧﯿﺔ‬..‫‘ ﻋﻔﻮا! اﻟﻮﻗﺖ ﻻ ﯾﻨﺘﻈﺮك‬Sorry, time is up. Please try again.’ Pupils can try again by clicking on the ‫ إﻋﺎدة‬button, until they become proficient. If pupils succeed in completing this session, the next screen appears, congratulating them and displaying the total points obtained.

v.

Listening and Reading Skills Activity To move on to the listening and reading skills activity, pupils need to click on the ‫( رﺟﻮع‬Back) button to return to the language skill activity option menu. After clicking on the button, pupils will be taken to the screen. To go through the listening and reading skills activity, pupils need to click on the [2] ‫ﻣﮭﺎرة‬ ‫ اﻻﺳﺘﻤﺎع واﻟﻘﺮاءة‬menu.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

46

vi. Reading Skill Activity To enter this activity session, pupils need to return to the various language skills option menu. After clicking on the [3] ‫ ﻣﮭﺎرة اﻟﻘﺮاءة‬option, pupils can begin the activity by clicking on the ‫ اﺑﺪأ‬button. Pupils will then be taken to the reading skill activity. This session has no audio. Pupils only need to read the questions that appear, understand them, and click on the correct answer. Pupils cannot move to the next question without answering a question correctly. The time frame is again 60 seconds. If pupils fail to complete the session within the time given, they have to try again. If pupils succeed in completing the session in the time provided, other screens appear.

vii. Writing Skill Activity To begin the writing skill activity session, pupils need to return to the various language skills option menu. On clicking the [4] ‫ ﻣﮭﺎرة اﻟﻜﺘﺎﺑﺔ‬option, pupils will be taken to the available screen. After the ‫ اﺑﺪأ‬button is clicked, pupils will be taken to the next screen. In this session, pupils are required to provide the correct words for the pictures that appear on the screen. As the developer of the software does not have the capability to apply touch screen technology to test pupils’ ability to write with a pen on the computer screen, pupils can write by using a keyboard. Further, if touch screen technology is used, the use of the software will be limited since computers with touch screen technology are more expensive. Unlike the case of the other activities, the time allocated to pupils for this session is 120 seconds. This time period is twice as long as those for the other activities because pupils need sufficient time to find the letters to be clicked and arrange them into words that accurately depict the pictures on screen. Pupils

47

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

cannot move on to the next question until the one on the screen is answered correctly. If pupils can answer all the questions in the time provided, the next screen appears. However, if they fail to answer within the time frame, other screens appear. viii. Mind Test Screen There are many different types of test. However, psychometric tests are basically tools used for measuring the mind (Philip Carter et al., 2012)

Meanwhile, the mind test screen is one of the learning activities that can be explored by pupils after they understand the lesson they have gone through. The mind test proposed in this software is in the form of games. Result & Discussion This j-QAF software for the Communicative Arabic Implementation Expansion Module contained five main screens: i) Opening/Main Menu, ii) Introduction, iii) Information Presentation/Tutorial, iv) Various Language Skills, and v) Mind Test. The subsequent sections briefly explain and present the screens contained in this software. Hopefully, this study will help pupils to understand each Communicative Arabic Implementation Expansion Module more easily and effectively. Another word, this software can also be used by teachers as an alternative teaching aid. The combination of various media in this software also made the teaching and learning process more interesting and meaningful.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

48

Conclusion The role of teachers in learning in this age of technology is very challenging. Teachers need to adapt according to the current technological developments so that their teaching is interesting and stimulating to learners. Nowadays, Malaysia’s education system has received a new boost and is now capable of developing valuable human capital with the government’s emphasis on enhancing the quality of education. Starting at the primary, secondary, and high school levels, the use of the latest technology is emphasised. This, in turn, enhances the use of computers and educational software in teaching and learning in the classroom. Presently, the use of computers and CATL are believed to have significant implications for the country’s education system. The aim is to ensure that the country’s education is at par with that of developed nations. This study sought to evaluate whether the software developed could meet the requirements of the j-QAF curriculum. As for that, it is aimed to assess the software’s application of multimedia elements in computer-aided teaching and learning, using certain theories and strategies of learning, and its effectiveness in terms of consumer satisfaction. In fact, the design of multimedia learning promotes meaningful human learning. This view entails assumption about the nature of what is learned, the nature of learner and the goals of multimedia presentation. The goal of multimedia instruction is to provide practice in exercising skill, that is, to act as a trainer (Richard E. Mayer, 2005). The response strengthening view reflects the first major theory of learning proposed by educational psychologists in early 1900s-the law of effect (Thorndike, 1913). Hence, the development of the CATL software for the Communicative Arabic module has successfully achieved the stated aims and objectives of the study. There were a few weaknesses identified, but these can be improved upon. Moreover, the software has its own distinct advantages. Improvements have also been implemented in the evaluation process by experts in the j-QAF-Arabic module and software development. Hence, the development of this software is expected to solve the problem of teaching aid material shortage for Year One j-QAF teachers, specifically for those teaching Arabic. The software can make teaching and learning more effective, interesting, and exciting. In addition, it is hoped that the software will be boost the development of more CATL software to overcome the dearth of interactive software for the j-QAF programme. References Dick, W., & Carey, L. (2001). The systematic design of instruction, 5th ed., Longman, New York, USA.

49

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

EPU. (2001). Third long term framework: 2001-2010. Economy Planning Unit, Putrajaya, Malaysia. Glesne, C. & Peshkin, A. (1992). Becoming qualitative researcher. Longman, New York, USA. Hasnah Yusuf. (2006). Pembangunan dan penilaian pengajaran dan pembelajaran pendidikan Al-Quran dan Al-Sunah: Tokoh Mazhab, M. Ed, Thesis, Uni. Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia. Heinich, R., Molenda, M., Russell, J.D. & Smaldino, S. (2002). Instructional media and technologies for learning, 7th ed., Merrill-Prentice Hall, Columbus, Ohio, USA. Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru sekolah. Tesis Dr Falsafah,Uni. Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia. JPM. 2006. Rancangan Malaysia Ke-9. Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya, Malaysia. Michael Simkins, Karen Cole, Fern Tavalin & Barbara Means. (2002). Increasing student learning through multimedia project. ASCD Publication. USA. MOE, (2006). J-QAF: Curriculum. Islamic and Moral Education Curriculum Department, Putrajaya, Malaysia. Richard E. Mayer. (2005). The Cambridge handbook of multimedia learning. Cambridge University Press. USA. Lisa J. Downs. (2008). ASTD Trainer’s workshop series: Listening skill training. ASTD Press. USA. Philip Carter& Ken Russel. (2012). The biggest ever IQ test book: Ultimate IQ test. CPI Group. Ltd. UK Rossett, A. (1987). Training needs assessment. Educational Technology Publications Englewood Cliffs, New Jersey, USA.

Maimun Aqsha Lubis (Corresponding author) Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM, Bangi, Selangor, Malaysia Tel : +60192705542 E-mail: [email protected]

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

50

Perlaksanaan Dan Pencapaian Program j-QAF: Kajian Seluruh Malaysia Misnan Jemali Jabatan Pegajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaa Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia Ibrahim Hashim Zanariah Noor Muhammad Akramin Kamarulzaman Abdul Nasir Abdul Latif Ahmad Zulfiqar Shah Abdul Hadi Jabatan Pegajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaa Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia Mohd. Abdul Aziz Mahmud Hasanudin Abd. Hamid Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perlaksanaan dan pencapaian program j-QAF di sekolah kebangsaan seluruh Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan semasa yang melibatkan 216 guru j-QAF dan 472 murid yang menjalankan ujian jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardhu ain. Data kuantitatif di analisis secara deskriptif menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) untuk mendapatkan kekerapan dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan terdapat beberapa kelemahan dalam kalangan guru j-QAF antaranya; kawalan kelas, penggunaan ABM, kaedah permainan, kehadiran murid dalam kem bestari solat dan isu kerjasama guru dan pentadbir sekolah. Hasil ujian murid dalam program j-QAF menunjukkan; pencapaian jawi 76.0%, tilawah al-Quran 81.9%, bahasa Arab 55.5% dan fardhu Ain 95.8%.Implikasi kajian ini kepada Kementerian Pelajaran Malaysia Jabatan Pelajaran Negeri, sekolah-sekolah, guru, ibubapa dan pelajar yang terlibat dalam program j-QAF di sekolah turut dibincangkan. Kata kunci; Program j-QAF, perlaksanaan, pencapaian. Latarbelakang Kajian Penyelidikan ini adalah susulan dari mesyuarat Bahagian Pendidikan Islam pada 24 Mei 2009, di mana mesyuarat telah meminta supaya kajian berhubung pelaksanaan

Memperkasakan Pendidikan Islam Melalui j-QAF

52

program j-QAF di sekolah-sekolah rendah di seluruh Malaysia dijalankan. Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran mendapati bahawa terdapat isu-isu dan masalah-masalah dalam pelaksanaan j-QAF yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran, guru, kurikulum, pengurusan sekolah dan prasarana yang boleh diperbaiki. Program j-QAF diperkenalkan di sekolah-sekolah rendah sejak tahun 2005 adalah untuk memperkukuhkan Pendidikan Islam melalui penekanan dalam pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain di sekolah rendah (KPM 2004). Pelaksanaannya dilakukan melalui penggubalan kurikulum, model dan modul. Untuk menjayakan program j-QAF, guru-guru diberi latihan yang khusus untuk melaksanakan pemulihan, bimbingan, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan pelajar. Setelah lima tahun dilaksanakan, maka satu kajian yang komprehensif perlu dilakukan untuk mengenal pasti kelemahan yang masih terdapat dalam program tersebut dan cadangan penambahbaikan untuk menjamin keberkesanaan pelaksanaannya. Pelaksanaan Program j-QAF adalah berasaskan idea Perdana Menteri Malaysia yang kelima, YAB Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi yang telah dinyatakan secara khusus semasa lawatannya ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 30 Disember 2003. Cetusan idea ini telah diperhalusi di peringkat Kementerian Pelajaran melalui satu seminar j-QAF pada 3-5 Mac 2004. Sebelum program ini diperkenalkan dan dilaksanakan di seluruh sekolah di Malaysia, Program j-QAF telah melalui proses uji kaji dalam projek rintis selama 3 bulan dan berakhir pada Julai 2004. YAB Perdana Menteri telah bersetuju dengan program ini dilaksanakan mulai tahun 2005 (Kementerian Pelajaran Malaysia 2004). Pemantapan sistem Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan dengan perlaksanaan j-QAF (jawi, Al-Qur’an, Bahasa Arab dan fardhu ain) adalah usaha terkini Kementerian Pelajaran Malaysia. Program Khatam Al-Qur’an di sekolah kebangsaan adalah sebahagian daripada projek j-QAF yang bukan saja membantu pelajar menguasai ilmu duniawi, malah memahami dan menghayati isi kandungnya sebagai satu keperluan ke arah insan yang beriman dan bertaqwa (Razak Draman 2004). Semakan semula kurikulum Pendidikan Islam yang telah bermula dari tahun 2002 hingga 2005 pada dasarnya didorong oleh harapan yang tinggi untuk memperkasakan Pendidikan Islam bagi memahami matlamat pembentukan akhlak mulia pelajar (Adnan 2002). Pernyataan Masalah Secara umumnya pelaksanaan program ini telah memberikan kesan yang positif dalam pembangunan pelajar dari segi rohani dan emosi. Ia merupakan satu titik awal yang berkesan dalam membentuk jati diri kanak-kanak Islam. Ia juga merupakan program berlandaskan keilmuan kerana ia membasmi buta huruf al-Qur’an di

53

Seminar kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

kalangan masyarakat Islam kini. Kajian-kajian menunjukkan pencapaian j-QAF di sekolah masih pada tahap yang sederhana, antaranya ialah kajian yang dijalankan oleh Misnan et.al.(2009) bertajuk keberkesanan pengajaran j-QAF di sekolah, mendapati bahawa pencapaian j-QAF kalangan pelajar tahun empat di beberapa buah sekolah di daerah Rawang, masih pada tahap rendah sebagaimana dalam jadual di bawah. JADUAL 1 : Analisa pencapaian Program j-QAF,Tahun 4, Daerah Rawang, 2009. Tahap Penguasaan Jawi Bacaan Al-Qur’an Fardhu Ain Bahasa Arab JUMLAH

Amat Baik 26.7% 16.7% 50% 3.3% 11.8%

Sederhana 40% 73.3% 33.3% 26.7% 33.42%

Lemah 33.3% 10.0% 16.7% 70.0% 32.5%

* Sumber: Penyelidikan UPSI 2009 Dalam Jadual di atas, analisa pencapaian Program j-QAF kalangan pelajar tahun 4, di beberapa buah sekolah di daerah Rawang, menunjukkan bahawa penguasaan jawi kalangan pelajar yang terbaik 26.7%, sederhana 40% manakala yang lemah sebanyak 33.3%. Penguasaan al-Qur’an yang terbaik 16.7%, sederhana 73.3% dan lemah 10.0%. Fardhu ain yang terbaik 50%, sederhana 33.3% dan lemah 16.7%. Manakala penguasaan Bahaasa Arab 3.3% yang terbaik, 26.7% sederhana dan lemah sebanyak 70%. Hasil pencapaian yang kurang memuaskan ini terutama dalam bahasa Arab memerlukan kajian yang mendalam dan menyeluruh untuk melihat tahap pencapaian program j-QAF seluruh negara. Kajian yang dilakukan oleh Misnan, Asmah dan Faizura (2009) secara temubual dengan beberapa orang guru j-QAF di beberapa sekolah daerah Tanjung Malim menjelaskan bahawa 60% pelajar tahun 2 hingga tahun 4 boleh menguasai membaca al-Qur’an dengan baik. Cabaran dalam perlaksanaan j-QAF ialah kurang kerjasama ibubapa dalam perlaksanaannya seperti kem bestari solat di mana tidak semua ibubapa menghantar anak-anak mereka mengikuti program ini di sekolah dan kebanyakkan ibubapa hanya meletakkan tanggungjawab kepada guru-guru j-QAF semata-mata. Pencerapan pengajaran dan pembelajaran guru di bilik darjah mendapati banyak kelemahan dari aspek pedagogi antaranya ialah guru mengajar tanpa menggunakan set induksi, penggunaan ABM hanya papan tulis dan pen, penilaian pengajaran tidak dilakukan dengan baik dan terang dan guru masuk kelas agak lewat (Misnan et.al.2009). Kajian terhadap tekanan dan cabaran kalangan guru jQAF dalam proses pengajaran dan pembelajaran mendapati bahawa murid lemah dalam pembendaharaan kata bahasa Arab terutamanya di kelas-kelas hujung (lemah), guru sukar mengawal kelas dan tidak tahu cara menarik minat dan

Memperkasakan Pendidikan Islam Melalui j-QAF

54

perhatian pelajar. Prasarana sekolah juga menjadi faktor penghalang dalam pencapaian program j-QAF antaranya temubual dengan murid tentang peroses pengajaran dan pembelajaran dan responden menjawab bahawa belajar j-QAF kurang berminat dan membosankan, kerana masa belajar diakhir pengajaran, suasana kelas panas dan tidak selesa. Selain itu ramai pelajar yang tidak mahir jawi dan tidak faham perkataan Arab kerana dakwa mereka susah untuk diingati (Misnan et.al.2009). Rumusannya, perlaksanaan j-QAF menghadapi banyak cabaran dari aspek pencapaian pelajar, latihan guru, perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran guru, pentadbir sekolah, kerjasama ibubapa dan sebagainya. Oleh itu satu kajian yang menyeluruh dan mendalam diperlukan untuk melihat kurikulum, pengajaran guru, pencapaian pelajar, sokongan pentadbir sekolah, ibubapa dan sebagainya. Objektif Kajian Kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif-objektif kajian seperti berikut: 1. Mengenal pasti amalan pengajaran j-QAF dalam kalangan guru sekolah rendah. 2. Mengenal pasti pencapaian pelajar dalam jawi, Quran, bahasa Arab dan Fardhu Ain melalui program j-QAF. 3. Menilai pelaksanaan kurikulum, modul dan model yang diguna pakai dalam program j-QAF. Kajian ini mencakupi semua aspek penilaian terhadap pelaksanaan program j-QAF, namun terdapat beberapa batasan kajian yang perlu disebutkan. Kajian akan dijalankan dalam tempoh empat bulan bermula dari 21 Julai hingga 21 November 2009 di 6 zon seluruh Malaysia. Kajian ini dilaksanakan hanya di sekolah kebangsaan dan bukan sekolah rendah agama, SRJK (Cina), SRJK (Tamil) dan lainlain yang tidak berkaitan. Sampel akan dipilih mewakili Zon Utara (Kedah), Zon Tengah (Perak), Zon Timur (Pahang) dan Zon Selatan (Johor), Zon Sabah dan Zon Sarawak. Dua buah sekolah yang dipilih mewakili kawasan bandar dan luar bandar di setiap zon yang dinyatakan tadi termasuk di Sabah dan Sarawak. Perlaksanaan Pengajaran j-QAF Kajian ini merujuk kepada guru sebagai pelaksana pengajaran j-QAF di sekolahsekolah seluruh negara. Soal selidik yang dijalankan berdasarkan; latar belakang demografi, lokasi sekolah, jantina, umur, pengalaman mengajar, latihan, kelulusan akademik, bidang dan jawatan yang disandang.

55

Seminar kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Profil Responden Guru Jadual 2, menunjukkan seramai 216 orang guru terlibat sebagai responden dari 6 zon yang terpilih dalam kajian ini. Taburan sampel berdasarkan zon dinyatakan dalam jadual di bawah; JADUAL 2 : Lokasi Sekolah yang terlibat dengan Kajian

PROFIL RESPONDEN

KEKERAPAN & PERATUS

Lokasi Bandar Luar bandar

108 108

Jantina Lelaki Perempuan

54 162

Status Bujang Berkahwin Usia 25 tahun ke bawah 26 - 30 tahun 31 – 35 36 tahun ke atas

KEKERAPAN & PERATUS 50% 50%

216

100%

25% 75%

216

100%

56 160

26% 74%

216

100%

27 117 71 1

12.5% 54.1% 33.0% 0.4%

216

100%

Berdasarkan Jadual 2, jumlah responden dari sekolah bandar dan luar bandar adalah seimbang di mana seramai 108 orang (50%) responden guru bertugas di sekolah kebangsaan bandar dan 108 orang (50%) responden guru dari sekolah kebangsaan luar bandar. Taburan sampel berdasarkan jantina pula ialah 54 orang (25%) adalah guru lelaki dan 162 orang (75%) adalah guru perempuan. Ini menunjukkan bahawa majoriti guru j-QAF yang terlibat dalam kajian ini adalah guru perempuan. Status perkahwinan pula menunjukkan bahawa 56 orang (26%) masih bujang manakala 160 (74%) sudah berkahwin. Ini menunjukkan bahawa sebahagian besar guru-guru j-QAF sudah berkeluarga. Usia guru-guru j-QAF pula ialah 27 orang (12.5%) berusia bawah 25 tahun, 117 orang (54.1%) berusia antara 26 hingga 30 tahun, 71 orang (33%) berusia 31 hingga 35 tahun dan 6 orang (0.4%) sahaja berusia 36 tahun ke atas. Ini menunjukkan hampir keseluruhan guru j-QAF berusia di antara 25 hingga 35 tahun. Jadual 3, di bawah menunjukkan seramai 128 orang responden (59%) guru j-QAF berkelulusan ijazah sarjana muda dalam negeri, 78 orang responden (36%) berkelulusan dari luar negeri, 8 orang responden (3.7%) berkelulusan sarjana dan 2

56

Memperkasakan Pendidikan Islam Melalui j-QAF

orang responden (0.9%) memiliki lain-lain kelulusan. Dari segi bidang pengkhususan guru j-QAF didapati seramai 89 orang guru (41.2%) telah mengikuti bidang Syariah, 50 orang (23.1%) dari bidang Usuluddin, 24 orang guru (11.1%) dari bidang Bahasa Arab, 21 orang guru (9.7%) dari bidang Pendidikan Islam dan 32 orang guru (14.8%) dari lain-lain bidang. Dari segi mata pelajaran yang diajar, 109 orang (50.4%) adalah guru Bahasa Arab dan selebihnya seramai 107 orang (49.5%) adalah guru Pendidikan Islam. JADUAL 3 :Profil guru berdasarkan kelulusan akademik, bidang, mata pelajaran yang diajar, penglibatan dalam pentadbiran, kursus dan pengalaman PROFIL RESPONDEN

KEKERAPAN & PERATUS

Kelulusan Akademik Sarjana Muda (Dalam Negeri) Sarjana Muda (Luar Negeri) Sarjana Lain-Lain

128 78 8 2

Bidang Syariah Bahasa Arab Usuluddin Pendidikan Islam Lain-Lain

89 24 50 21 32

Mata Pelajaran yang diajar Bahasa Arab Pendidikan Islam

109 107

Pengalaman 1-3 tahun 4-6 tahun 7-10 tahun

135 80 1

Pentadbiran Terlibat Tidak terlibat

113 103

Jumlah Kursus 1-5 kali 6-10 kali 11-15 kali

135 61 20

KEKERAPAN & PERATUS

216

216

216

216

216

216

59% 36% 3.7% 0.9% 41.2% 11.1% 23.1% 9.7% 14.8%

50.4% 49.5% 62.5% 37.0% 0.5% 52.4% 47.6% 62.5% 28.2% 9.3%

100%

100%

100%

100%

100%

100%

57

Seminar kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa 135 orang (62.5%) guru berpengalaman mengajar 1 hingga 3 tahun. Manakala 80 (37%) guru berpengalaman 4 hingga 6 tahun dan 1 (0.5) responden berpengalaman 7 hingga 10 tahun. Sementara guru jQAF yang terlibat dalam pentadbiran pula ialah seramai 113 orang (52.4%), manakala 103 orang (47.6%) tidak terlibat dalam pentadbiran di sekolah. Dapatan kekerapan guru j-QAF yang terlibat dalam kursus pula menunjukkan bahawa 135 orang (62.5%) telah mengikuti kursus 1 hingga 5 kali, 61 orang (28.2%) telah mengikuti kursus 6 hingga 10 kali dan 20 orang (9.3%) telah mengikuti kursus 11 hingga 15 kali. Amalan Pengajaran j-QAF Di Sekolah a)

Pelaksanaan P&P j-QAF JADUAL 4 : Perlaksanaan pengajaran guru j-QAF( n =216 )

A1 A2 A3 A4 A5 A6 A7 A8 A9 A10 A11

Item Saya menyediakan rancangan pengajaran Memulakan set induksi yang sesuai Mengambilkira tahap pelajar ketika mengajar Mengajar j-QAF berdasarkan model yang disediakan Mengajar menggunakan pendekatan yang sesuai Memastikan arahan jelas dalam pengajaran Sentiasa membuat rumusan di setiap pengajaran Menlaksanakan aktiviti pengukuhan dan peneguhan Mengawal kelas dengan baik Memberi motivasi kepada pelajar ketika mengajar Membuat penilaian kepada pelajar

Setuju 99.1% 92.8% 95.9% 91.4% 96.8% 96.0% 87.7% 91.0% 63.5% 96.4% 88.3%

T.Setuju 0.9% 7.2% 4.1% 8.6% 3.2% 4.0% 2.3% 9.0% 6.5% 3.6% 1.7%

Jadual 4, di atas menunjukkan bahawa keseluruhan guru j-QAF berkemahiran dalam amalan pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian mendapati hampir keseluruhan guru (99.1%) telah menyediakan rancangan pengajaran bagi j-QAF. Guru memberi arahan yang jelas dalam pengajaran (96.8%). Guru sentiasa memberikan motivasi kepada pelajar (96.4%). Keseluruhan item menunjukkan min yang tinggi, kecuali item A9, mengawal kelas dengan baik hanya 63.5% sahaja. Ini menunjukkan bahawa guru j-QAF masih memerlukan latihan berterusan khususnya dalam bidang pedagogi dan mengawal kelas dan merumus pelajaran. Berdasarkan jadual di atas menunjukkan bahawa amalan pengajaran dan pembelajaran guru jQAF keseluruhannya pada tahap yang tinggi.

58

Memperkasakan Pendidikan Islam Melalui j-QAF

b)

Penggunaan Alat Bantu Mengajar dalam Pengajaran Jadual 5, di bawah menunjukkan penggunaan ABM dalam pengajaran dan pembelajaran j-QAF. Hampir separuh daripada guru (47.7%) mengatakan mereka sukar mendapatkan ABM/BBM yang sesuai untuk pengajaran. Sementara guru yang mengatakan ABM yang disediakan mencukupi menunjukkan peratusan yang rendah iaitu 49.3% sahaja. Begitu juga peratus guru yang menyatakan ABM yang disediakan sesuai dengan kaedah pengajaran iaitu 49.3%. Ini menunjukkan bahawa lebih 50.7% ABM yang disediakan tidak sesuai dengan kaedah pengajaran dan ABM yang disediakan untuk pengajaran j-QAF di sekolah tidak mencukupi. JADUAL 5 : Menunjukkan Penggunaan ABM dalam Kalangan Guru j-QAF ( n =216 )

Bil B1 B2 B3 B4 B5 B6 B7 B8

Item Saya mempelbagai ABM dalam P&P Menggunakan bahan pengajaran j-QAFyang disediakan ABM yang disediakan mencukupi Infrastruktur berkaitan j-QAF mencukupi P&P Al-Quran menekankan talaqqi dan musyafahah Mudah mendapatkan ABM yang sesuai ABM disediakan berdasarkan kaedah adalah sesuai Saya menyediakan sendiri ABM

Setuju 80.7% 71.0% 49.3% 43.7% 93.6% 52.3% 49.3% 85.6%

T. Setuju 19.3% 29.0% 50.7% 56.3% 4.4% 47.7% 50.7% 14.6%

merupakan antara masalah yang di hadapi oleh guru j-QAF dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. c)

Penggunaan modul j-QAF dalam pengajaran Jadual 6, di atas menunjukkan peratusan yang tinggi dalam penggunaan buku modul program j-QAF, di mana item C1 hingga C5, menunjukkan peratusan yang tinggi. Antaranya ialah buku panduan yang dibekalkan sangat membantu guru (94.6%). Saya menggunakan sepenuhnya buku model j-QAF (89.2%).

Bil C1 C2 C3 C4 C5

JADUAL 6 : Menunjukkanpenggunaan buku modul j-QAF dalam pengajaran( n =216 )

Item Buku panduan yang dibekalkan sangat membantu Saya menggunakan sepenuhnya buku panduan Saya memahami objektif setiap model yang dibekalkan Saya melaksanakan setiap model yang disediakan Saya menggunakan sepenuhnya model j-QAF

Setuju 94.6% 88.8% 89.7% 89.2% 89.2%

T. Setuju 3.4% 11.2% 10.3% 10.8% 10.3%

59

Seminar kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Saya memahami objektif setiap model yang dibekalkan (89.7%). Saya melaksanakan setiap model yang disediakan (89.2%). Ini menunjukkan bahawa buku panduan modul j-QAF yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan rujukan penting bagi guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran j-QAF. d)

Penggunaan modul jawi dalam pengajaran Jadual 7, model pengajaran jawi yang dilaksanakan guru di sekolah, keseluruhannya menunjukkan peratusan yang baik. Modul pemulihan jawi boleh meningkatkan penguasaan jawi menunjukkan skor min yang tertinggi (91.9%) dan kaedah pengajaran jawi yang dicadangkan dalam modul sesuai (86.5%). JADUAL 7. Menunjukkan penggunaan model jawi dalam pengajaran j-QAF( n =216 )

Bil

Item

Setuju

T.Setuju

D1

Model pemuliahan jawi boleh meningkatkan penguasaan jawi

91.9%

8.1%

D3

Model pengajaran jawi sesuai

85.1%

14.9%

D4

Kaedah mengajar jawi yang dicadangkan sesuai

86.5%

14.5%

D5

Saya menggunakan kaedah permainan mengajar jawi

63.5%

36.5%

Ini menunjukkan bahawa modul j-QAF dalam jawi yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sangat membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran jawi. Kaedah mengajar jawi yang dicadangkan sesuai (86.5%), menunjukkan peratusan yang tinggi, namun kaedah permainan mengajar jawi (63.5%) menunjukkan skor min yang rendah dari item-item yang lain. Ini menunjukkan bahawa tidak semua guru boleh mengajar dengan menggunakan kaedah permainan dalam pengajaran jawi. e)

Penggunaan modul khatam al-Quran dalam pengajaran Berdasarkan Jadual 8, di atas menunjukkan bahawa peruntukan masa bagi tasmik al-Quran menunjukkan peratusan yang rendah (60.8%). Ini menunjukkan bahawa 39.2% guru berpendapat bahawa waktu tasmik al-Quran di sekolah tidak mencukupi. Hanya 64.4% sahaja guru bersetuju bahawa model tasmik khatam al-Quran membantu murid menguasai tajwid, namun 73.0% guru bersetuju bahawa model 6 bulan khatam al-Quran dapat meningkatkan penguasaan murid dalam al-Quran.

60

Memperkasakan Pendidikan Islam Melalui j-QAF

JADUAL 8. Menunjukkan model khatam al-Quran dalam pengajaran (n =216) Bil E1

Item Model 6 bulan khatam al-Quran dapat meningkatkan penguasaan al-Quran pelajar E2 Model 6 bulan khatam al-Quran perlu diperbaiki E3 Model 6 bulan khatam al-Quran sesuai E4 Kaedah P&P model 6 bulan khatam al-Quran sesuai E5 Penggunaan buku iqra’ dalam model 6 bulan khatam al-Quran mencukupi E6 Model 6 bulan khatam al-Quran memudahkan E7 Saya menggunakan kaedah taalaqqi dan musyafahah E8 Model tasmik dalam program khatam al-Quran sesuai E9 Model tasmik dalam program khatam al-Quran membantu murid membaca al-Quran bertajwid E10 Peruntukan waktu tasmik al-Quran mencukupi

Setuju 73.0%

T.Setuju 27.0%

80.0% 79.8% 78.8% 74.8%

20.0% 20.2% 11.2% 25.2%

87.9% 85.6% 80.2% 64.4%

12.1% 14.4% 19.8% 35.6%

60.8%

39.2%

Keseluruhan peratusan model khatam al-Quran menunjukkan peratusan yang tinggi antaranya; model 6 bulan khatam al-Quran memudahkan (87.9%), model tasmik sesuai (80.2%) dan kaedah talaqqi dan musyafahah digunakan (85.6%). Rumusannya bahawa model 6 bulan khatam al-Quran sesuai dan dapat meningkatkan penguasaan murid terhadap bacaan al-Quran, namun waktu tasmik tidak mencukupi dan perlu ditambah. f)

Pelaksanaan kem bestari solat Jadual 9, dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru bersetuju bahawa kem bestari solat berkesan (87.8%), kem bestari solat dapat menyedarkan murid tentang kepentingan solat (85.6%). Namun dalam kehadiran murid dalam kem bestari solat pada item F4, menunjukkan peratusan kehadiran yang rendah (65,0%) sahaja. JADUAL 9. Menunjukkan pelaksanaan kem bestari solat dalam j-QAF ( n=216 ) Bil F1 F2 F3 F4 F5 F6

Item Kem bestari solat berkesan Kem bestari solat 4 kali setahun sesuai Topik kem bestari solat perlu ditambah Kehadiran murid dalam kem bestari solat baik Waktu pelaksanaan kem bestari solat sesuai Kesedaran solat bagi murid meningkat setelah mengikuti kem bestari solat.

Setuju 87.8% 77.5% 67.5% 65.0% 81.1% 86.5%

T. Setuju 12.2% 12.5% 32.5% 35.0% 18.9% 13.5%

61

Seminar kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Jadual 9, dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru bersetuju bahawa kem bestari solat berkesan (87.8%), kem bestari solat dapat menyedarkan murid tentang kepentingan solat (85.6%). Namun dalam kehadiran murid dalam kem bestari solat pada item F4, menunjukkan peratusan kehadiran yang rendah (65,0%) sahaja. Sementara itu hanya 67.5% guru berpendapat bahawa kem bestari solat perlu ditambah. Rumusannya bahawa keseluruhan guru-guru j-QAF bersetuju bahawa kem bestari solat berkesan kepada murid terutama tentang pentingnya solat, namun kehadiran murid dalam kem bestari solat perlu difikirkan dan diusaha semua pihak iaitu pihak sekolah, ibubapa dan masyarakat. g)

Kerjasama pentadbir dalam program j-QAF Berdasarkan Jadual 10, menunjukkan item G1 menunjukkan bahawa kerjasama guru pentadbir sekolah dalam program j-QAF baik (73.9%). Guru j-QAF berpendapat bahawa guru hanya 69.4% bersetuju bahawa guru besar membantu program j-QAF. Begitu juga guru besar terlibat dalam mesyuarat j-QAF hanya 63.1% guru bersetuju. Ini menunjukkan bahawa kerjasama guru besar dalam program j-QAF di sekolah pada tahap sederhana sahaja. JADUAL 10. Menunjukkan kerjasama guru besar dan guru dalam program j-QAF( n =216 )

Bil G1 G2 G3 G4 G5 G6

Item Pentadbir sekolah sentiasa bekerjasama dalam program j-QAF Guru besar sentiasa bermesyuarat menyelaras dalam program j-QAF Guru besar sentiasa memantau program j-QAF Guru dan kakitangan sekolah sentiasa bekerjasama dalam program j-QAF Guru pendidikan Islam sentiasa bekerjasama dalam program j-QAF Peruntukan kewangan untuk kem bestari solat mencukupi

Setuju 85.0%

T.Setuju 15.0%

63.0%

27.0%

69.4% 73.9%

30.6% 17.1%

77.0%

13.0%

88.8%

11.2%

Peruntukan kewangan yang disediakan dalam program j-QAF dalam kem bestari solat menunjukkan skor min yang tinggi (88.8%), ini menunjukkan bahawa peruntukan kewangan kem bestari solat mencukupi.Kerjasama kakitangan sekolah dalam program j-QAF pada tahap sederhana (73.9%) dan begitu juga kerjasama guru pendidikan Islam pada tahap sederhana (77.0%) sahaja. Rumusannya bahawa kerjasama pentadbir, guru pendidikan Islam dan kakitangan keseluruhannya masih pada tahap sederhana dalam menjayakan program j-QAF.

62

Memperkasakan Pendidikan Islam Melalui j-QAF

h)

Kerjasama ibubapa dalam program j-QAF

JADUAL 11.Kerjasama ibubapa dan masyarakat dalam program j-QAF( n =216 ) Bil G7 G8 G9

Item Ibubapa sentiasa bekerjasama dalam program j-QAF Ibubapa sentiasa bekerjasama dalam kem bestari solat - j-QAF Masyarakat sentiasa bekerjasama dalam kem bestari solat -j-QAF

Setuju 83.4% 74.8%

T. Setuju 12.6% 15.2%

54.5%

46.5%

Berdasarkan Jadual 11, menunjukkan bahawa 83.4% guru bersetuju bahawa ibubapa memberikan kerjasama dalam program j-QAF, namun 74.8% ibubapa bekerjasama dalam kem bestari solat dan 54.5% sahaja guru bersetuju masyarakat memberikan kerjasama dalam kem bestari solat j-QAF. Ini menunjukkan bahawa kerjasama dan komitmen ibubapa dalam menghantar anak ke kem bestari solat terdapat masalah-masalah, seperti tidak hadir dan sebagainya. Rumusannya bahawa kem bestari solat mendapat kerjasama baik dari ibubapa, namun kerjasama masyarakat masih pada tahap yang lemah. i)

Persepsi kerjaya guru j-QAF Berdasarkan Jadual 12, menunjukkan bahawa guru j-QAF merasakan bahawa kesedaran menyebarkan Islam dapat memotivasikan kerjayanya (100%), Kerjaya guru j-QAF sesuai dengan minat dan keterampilan (98.2%). Kerjaya guru j-QAF menyeronokkan (96.4%). Namun kebanyakkan guru j-QAF sangat memerlukan kursus yang berterusan (94.6%).

JADUAL 12. Menunjukkan persepsi guru terhadap kerjaya guru j-QAF( n =216 ) Bil H1 H2 H3 H4 H5 H6 H7 H8 H9 H10 H11 H12

Item Ilmu diperingkat ijazah dapat membantu saya dalam pengajaran Saya memerlukan kursus j-Qaf berterusan Kerjaya sebagai guru j-QAF mencabar pengetahuan saya Guru j-QAF sesuai dengan minat dan keterampilan Saya selesa sebagai guru j-QAF Saya setuju syarat pertukaran j-QAF Senarai tugasan guru j-QAF di sekolah terang dan jelas Tugas-tugas sekolah yang lain tidak mengganggu pengajaran j-QAF Kerjaya guru j-QAF menyeronokkan Majikan sentiasa membantu meningkatkan kerjaya saya Kesedaran menyebarkan Islam memotivasikan saya Saya tetap sebagai guru j-QAF walaupun ditawarkan kerjaya yang lebih baik

Setuju

T.Setuju

90.0%

10.0%

94.6% 90.5% 98.2% 95.5% 65.8% 86.0% 61.7%

15.4% 9.5% 1.8% 4.5% 34.2% 14.0% 38.2%

96.4% 90.5% 100.0% 77.5%

3.6% 9.5% 0.0% 22.5%

63

Seminar kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Namun hanya 65.8% sahaja guru j-QAF bersetuju dengan syarat pertukaran dan 61.7% sahaja guru j-QAF menyatakan tugas-tugas lain tidak mengganggu pengajaran j-QAF dan 77.5% guru j-QAF tidak akan menukar kerjaya lain walaupun ditawarkan dengan lebih baik. Keseluruhannya bahawa guru j-QAF dapat memahami dan menghayati kerjayaanya dengan baik, namun dari segi syarat pertukaran ramai yang kurang bersetuju. j)

Kaedah pengajaran j-QAF JADUAL 13. Menunjukkan amalan dan kaedah pengajaran j-QAF( n =216 )

Bil J1 J2 J3 J4 J5 J6 J7 J8 J9

Item

Latih tubi Tunjuk cara Lakonan Simulasi Cerita Main peranan Syarahan Kumpulan/ perbincangan Soal jawab

Kerap S. Kerap 91.0% 88.7% 30.2% 41.9% 56.7% 61.2% 37.4% 56.3% 95.0%

Kadangkadang 8.6% 10.4% 64.4% 54.5% 40.1% 34.7% 42.3% 40.1% 4.1%

Tidak Pernah 0.4% 0.9% 5.4% 3.6% 3.2% 4.1% 20.3% 3.6% 0.9%

Kaedah pengajaran dalam Jadual 13, menunjukkan bahawa guru banyak menggunakan kaedah soal jawab (95.0%) dan begitu juga dengan kaedah latih tubi menunjukkan bahawa guru banyak megamalkannya dalam pengajaran (91.0%).Item J7, kaedah syarahan menunjukkan skor min yang rendah (37.4%) manakala item J3, kaedah lakonan (30.2%). ini menunjukkan bahawa guru j-QAF jarang menggunakan kaedah syarahan dan lakonan dalam pengajaran j-QAF. Kesimpulannya guru j-QAF masih perlukan pendedahan dari aspek pedagogi bagi memantapkan lagi proram jQAF. k)

Persepsi pengajaran Bahasa Arab JADUAL 14. Persepsi guru dalam pengajaran Bahasa Arab j-QAF( n =216 )

K1 K2 K3 K4

Item

Setuju

T.Setuju

Sukatan kurikulum Bahasa Arab tinggi. Model pengajaran Bahasa Arab meyediakan kaedah yang sesuai Saya mempelbagaikan kaedah p&p Bahasa Arab Saya menggunakan dwi bahasa dalam p&p Bahasa

32.4% 46.0%

67.6% 54.0%

53.6% 50.0%

46.4% 50.0%

64

Memperkasakan Pendidikan Islam Melalui j-QAF

K5 K6 K7 K8 K9 K10 K11 K12

Arab Saya menggunakan Bahasa Arab sepenuhnya Saya berminat mengajar Bahasa Arab j-QAF Jadual waktu pengajaran Bahasa Arab adalah sesuai. ABM/BBM Bahasa Arab yang di sediakan mencukupi ABM Bahasa Arab yang dibekalkan sesuai dengan P&P Saya memerlukan kursus pedagogi Bahasa Arab Saya menyediakan lembaran kerja Bahasa Arab Pelajar berminat untuk belajar Bahasa Arab

13.0% 47.0% 27.0%

87.0% 53.0% 73.0%

13.5%

86.5%

27.0%

73.0%

44.0% 44.6% 44.2%

56.0% 55.4% 55.8%

Berdasarkan Jadual 14, guru Bahasa Arab mengakui bahawa 87% tidak menggunakan Bahasa Arab sepenuhnya dalam pengajaran. Ini menunjukkan bahawa guru Bahasa Arab mengajar di kelas menggunakan bahawa ibunda atau Bahasa Melayu. Guru Bahasa Arab bersetuju bahawa BBM/ABM Bahasa Arab tidak mencukupi (86.5%). Guru Bahasa Arab 73% mengakui bahawa BBM/ABM yang dibekalkan tidak sesuai dengan P&P dan 67.6% guru Bahasa Arab menyatakan bahawa sukatan Bahasa Arab sesuai (tidak tinggi), Selain itu peruntukan waktu mengajar Bahasa Arab juga perlu disesuaikan (73.0%). Rumusannya, bahawa pengajaran Bahasa Arab perlu diberikan perhatian terutama dari aspek waktu pengajaran, ABM/BBM, kurikulum, latihan murid dan latihan guru perlu di berikan perhatian, bagi memastikan pengajaran Bahasa Arab menepati sasarannya. Persepsi guru Bahasa Arab yang kurang memuaskan ini akan memberikan kesan prestasi pencapaian murid dalam Bahasa Arab yang negatif. Hasil Pencapaian Murid Dalam Ujian Hasil pencapaian murid dalam ujian iaitu; ujian pemulihan jawi, ujian tilawah alQuran, ujian Bahasa Arab dan ujian amali solat, kalangan murid tahun lima dalam program j-QAF di sekolah kebangsaan yang terpilih di seluruh Malaysia. Pencapaian Murid Dalam Ujian Pemulihan Jawi (j-QAF) a)

Profil responden murid pemulihan jawi

JADUAL 15. Lokasi sekolah dan jantina murid bagi ujian pemulihan jawi (j-QAF). LOKASI Bandar Luar bandar

BIL. PELAJAR 146 110

PERATUS 57,0% 43,0%

JUMLAH 256 (100,0%)

65

Seminar kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Murid lelaki Murid perempuan

156

61.0%

100

39.0%

256 (100.0%)

Berdasarkan Jadual 15, menunjukkan bahawa murid yang terlibat dalam pemulihan jawi (j-QAF) di bandar lebih ramai 146 (57.%) berbanding di luar Bandar 110 (43%) Dari segfi jantina pula menunjukkan bahawa murid lelaki lebih ramai 156 (61.0%) berbanding dengan murid perempuan 100 (39%). dalam pemulihan jawi (j-QAF) di seluruh Malaysia. JADUAL 16. Bilangan murid berdasarkan zon bagi ujian pemulihan jawi . ZON Utara Selatan Timur Tengah Sabah Sarawak

BIL. PELAJAR 61 34 69 21 37 34 256

JUMLAH

PERATUS 23.8% 13.3% 27.0% 8.2% 14.5% 13.3% 100.0

Jadual 16, menunjukkan murid-murid tahun lima sebagai responden berdasarkan zon. Zon Timur adalah antara yang murid yang ramai dalam pemulihan jawi iaitu 69 (27.0%), Zon Utara 61(23.8%), Zon Selatan 34 (13.3%), Zon Tengah 21 (8.2%), Zon Sabaha 37 (14.5%) dan Zon Serawak 34 (13.3%). Murid pemulihan jawi ialah murid yang sedang mengikuti kelas pemulihan jawi atau yang pernah mengikuti kelas pemulihan jawi. b)

Pencapaian ujian pemulihan jawi keseluruhannya

JADUAL 17. Pencapaian dalam ujian pemulihan jawi (j-QAF) secara keseluruhan.

A B C D E

MARKAH 80 60 40 20 19

- 100 – 79 – 59 - 39 0 -

LULUS GAGAL

JUMLAH

BIL . PELAJAR 59 50 85 27

PERATUS 23% 19% 30.8% 10.4%

35

13.6%

194 62

76.0% 24.0%

256

100.0

66

Memperkasakan Pendidikan Islam Melalui j-QAF

Berdasarkan Jadual 17, menunjukkan pencapaian murid dalam ujian pemulihan jawi secara keseluruhan yang dijalan di seluruh Malaysia iaitu 194 (76.0%), manakala murid gagal 62 (24.2%). Pencapaian gred A 59 (23%), gred B 50(19.0%), gred C 85(30.8%), gred D 27(10.4%) dan gred E 35(13.6%). Ini menunjukkana bahawa pencapaian murid dalam ujian jawi (j-QAF) keseluruhannya berada pada tahap memuaskan. c) Pencapaian ujian pemulihan jawi berdasarkan zon JADUAL 18. Pencapaian ujian pemulihan jawi (j-QAF) berdasarkan zon (n=256) ZON

GRED

JUMLAH

A 80100

B 60-79

C 40-59

D 20-39

E 0-19

Lulus (A – C)

Gagal D-E

5 8.2%

13 33 21.3% 54.1%

6 9.8%

4 6.5%

51 83.4%

10 16.6%

0 0.0%

5 9 14.7% 26.4%

20 58.8%

14 41.1%

14 44.0%

Timur

29 19 16 42.0% 27.5% 23.1%

5 7.2%

0 0.0%

Tengah

3 14.2%

1 4.7%

13 61.9%

3 14.2%

3 14.2%

15 70.0%

6 30.0%

Sabah

13 8 35.1% 21.6%

6 16.25

5 13.5%

27 73.0%

10 27.0%

37 100%

Utara

Selatan

Sarawak

JUMLA H

5 13.5%

64 90.0%

20 66.0% 5 10.0%

61 100% 34 100% 69 100% 21 100%

9 4 10 26.4% 11.7% 29.4%

8 23.5%

3 8.8%

23 77.0%

11 33.0%

34 100%

59 23.0%

24 9.4%

8 3.1%

194 76.0%

62 24.2%

256 100%

20 7.8%

53 20.7%

Berdasarkan Jadual 18, menunjukkan bahawa jumlah murid yang diuji dalam pemulihan jawi seramai 256 orang di enam zon seluruh Malaysia iaitu; di Zon Utara 61 murid 51 (83.4%) yang lulus. Zon Selatan 34 murid, 14 (44%) yang lulus. Zon Timur 69 murid, 64 (90%) yang lulus, Zon Tengah, 21 murid 15 (70%) lulus, Zon Sabah 37 murid, 27 (73%) lulus. Zon Serawak 34 murid, 23 (77%) yang lulus. Zon yang menunjukkan pencapaian yang tinggi ialah Zon Timur 90% lulus, manakala Zon yang rendah pencapaiannya ialah Zon Selatan 44% lulus.

67 d)

Seminar kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Pencapaian ujian pemulihan jawi berdasarkan lokasi

JADUAL 19. Pencapaian dalam ujian pemulihan jawi (j-QAF) berdasarkan lokasi LOKASI

Bandar

Luar Bandar JUMLAH

JUM

80-100 (A)

60-79 (B)

GRED 40-59 Lulus (C) (A-C)

23 15.7%)

17 11.6%

59 40.4%

99 81.5%

20 13.7%)

27 18.5%

47 32.1%

36 32.7%

33 30%

26 23.6%

95 86.3%

7 (6.3%)

8 7.3%

15 13.6%

59 23.0%

50 19.5%

79 30.8%

194 76.0%

27 10.5%

35 13.6%

62 24.0%

20-39 (D)

0-19 (E)

Gaggal (D –E) 146 100% 110 100% 256 100%

Berdasarkan Jadual 19, menunjukkan perbezaan pencapaian murid dalam ujian pemulihan jawi berdasarkan lokasi. Mendapat gred A; murid bandar mendapat 23(15.7%), manakala murid luar bandar 36 (32.7%). Gred B; murid bandar 17(11.6%), manakala murid luar bandar 33(30%). Gred C; murid bandar 59(40.4%), manakala 26 (23.6%) murid luar bandar. Hasil kajian menunjukkan bahawa keseluruhan pencapaian murid luar bandar lebih tinggi (86.3%) berbanding dengan murid bandar (81.5%). e)

Pencapaian ujian jawi berdasarkan jantina Berdasarkan jadual 20, menunjukkan perbezaan pencapaian murid dalam ujian pemulihan jawi berdasarkan jantina. Mendapat gred A; murid bandar mendapat 23(15.7%), manakala murid luar bandar 36(32.7%). Gred B; murid bandar 17(11.6%), manakala murid luar bandar 33(30%). Gred C; murid Bandar 59(40.4%), manakala 26 (23.6%) murid luar bandar. Hasil kajian menunjukkan bahawa keseluruhan pencapaian murid luar bandar lebih tinggi (86.3%) berbanding dengan murid bandar (81.5%).

68

Memperkasakan Pendidikan Islam Melalui j-QAF

JADUAL 20. Pencapaian dalam ujian pemulihan jawi (j-QAF) berdasarkan jantina LOKASI Lelaki Perempuan JUMLAH

i.

JUM

GRED 40-59 Lulus (C) (A-C) 47 100 32.1% 75.8%

20-39 (D) 21 14.1%

0-19 (E) 36 32.7%

Gaggal (D –E) 59 40.4%

156 100.0%

80-100 (A) 33 30.0%

60-79 (B) 20 13.7%

36 32.7%

33 30%

26 23.6%

95 86.3%

7 6.3%

8 7.3%

15 13.6%

100 100%

59 23.0%

50 19.5%

79 30.8%

194 76.0%

27 10.5%

35 13.6%

62 24.0%

256 100%

Pencapaian Murid Dalam Ujian Tilawah Al-Quran (j-QAF).

Untuk mengenalpasti pencapaian murid dalam tilawah al-Quran, satu set ujian telah disediakan untuk mengetahui penguasaan murid dalam aspek-aspek berikut: 1. 2. 3. 4.

Bacaan dengan makhraj yang betul Bacaan bertajwid Bacaan Lancar dan Fasih Habiskan (Khatam) bacaan al-Quran 30 juzu’

Dalam instrument yang disediakan, ia dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu maklumat murid, kelancaran bacaan, fasahah (ketepatan sebutan huruf) dan hukum tajwid. Untuk mengenalpasti kelancaran bacaan murid, ia dinilai melalui ujian lisan yang dikendalikan oleh penyelidik sendiri. Sementara bagi ujian fasahah, aspek penilaian meliputi ketepatan makhraj huruf, ketepatan sifat huruf dan ketepatan cara membunyikan dengung. Manakala pada bahagian tajwid, set ujian telah menentukan beberapa potongan ayat yang akan dibaca oleh responden untuk menentukan hukum tajwid yang ditetapkan iaitu wajib al-ghunnah, mim sakinah, nun sakinah, mad, qalqalah serta waqaf dan ibtida’. a)

Profil responden dalam ujian tilawah al-Quran JADUAL 21. Jantina Lelaki Perempuan Lokasi Bandar Luar bandar Zon

Responden Ujian Tilawah Al-Quran Berdasarkan Jantina Lokasi dan Zon Kekerapan 36 36

Jumlah 72 100%

36 36

72 100.0%

69

Seminar kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Utara Tengah Selatan Timur Sarawak Sabah

12 12 12 12 12 12

72 100.0%

Berdasarkan jadual 21 di atas, menunjukkan pengambilan sampel berstrata iaitu 36 orang responden lelaki dan 36 orang responden perempuan, 36 orang responden dari sekolah bandar dan 36 orang responden dari sekolah luar bandar, manakala responden bagi setiap zon adalah 12 orang. JADUAL 22. Pencapaian Khatam al-Quran (j-QAF) Murid Tahun 5 Tahap Khatam Al-Quran 1- Iqra 2- Juzu’ 1-5 3- Juzu’ 6-10 4- Juzu’ 11-15 5- Juzu’ 16-20 6- Juzu’ 21-25 7- Juzu’ 26-30 Kurang Pasti

Bil. Pelajar 12 8 4 2 5 2 33 6 72

Peratusan (%) 16.7 11.1 5.6 2.8 6.9 2.8 45.8 8.3 100

Berdasarkan Jadual 22, di atas menunjukkan bahawa pelajar yang khatam pada tahap 1 seramai 12 orang (16.7%). Tahap 2 seramai 8 orang (11.1%), tahap 3 seramai 4 orang (5.5%), tahap 4 hanya 2 orang (2.8%), tahap 5 seramai 5 orang (6.9%), tahap 6 hanya 2 orang (2.8%) dan tahap 7 seramai 33 orang (45.8%). Rumusannya responden pada tahap 7 merupakan majoriti 45.8% dan dijangkakan mereka akan dapat mengkhatamkan seluruh dengan mudah apabila berada di tahun enam. JADUAL 23. Bilangan dan peratus murid belajar agama di luar waktu sekolah Petunjuk 1- Kelas KAFA/agama 2- Belajar di masjid 3- Belajar di rumah 4- Tiada Total

Bil. Pelajar 47 15 5 5 72

Peratusan 65.3% 20.8% 6.9% 6.9% 100,0%

Cumulative Percent 65.3 86.1 93.1 100

70

Memperkasakan Pendidikan Islam Melalui j-QAF

Jadual di atas menunjukkan pembahagian murid mengikuti pengajian agama di luar waktu persekolahan. Daripada keseluruhan 72 orang murid yang menjalani ujian tilawah, 47 orang (65.3%) mengikuti sekolah agama atau KAFA. Manakala bilangan murid yang mengikuti kelas selain sekolah agama dan KAFA ialah seramai 20 orang (27.7%). Mereka ini telah belajar al-Quran dengan guru al-Quran samada di rumah surau atau masjid. Kesimpulannya, sebilangan besar murid mempelajari al-Quran di luar waktu sekolah iaitu sejumlah 86.1% yang merangkumi sekolah agama, KAFA, guru alQuran, surau dan masjid. Manakala murid yang tidak belajar agama melainkan di sekolah kebangsaan adalah kecil iaitu 7% sahaja. b)

Pencapaian Ujian Tilawah al-Quran

Jadual 24, di atas menunjukkan pembahagian markah ujian berdasarkan kelancaran bacaan murid. Seramai 26 orang murid (36.1%) cemerlang iaitu mendapat markah dari 31 hingga 38 markah. Manakala seramai 31 orang murid (43%) telah mendapat markah baik iaitu 21-30 markah. Hanya seorang murid sahaja (1.4%) yang lemah (16-20 markah). JADUAL 24. Pencapaian ujian kelancaran bacaan al-quran Gred Cemerlang (31-38) Baik (21-30) Lemah (16-20) Gagal (0-15) Jumlah

Bil. Responden

Peratus

26 31 1 14 72

36.1 43 1.4 19.4 100

Terdapat 14 orang murid (19.4%) gagal membaca dengan lancar berikutan menghadapi masalah gagal kenal huruf dan baris kalimah, bacaan sangkut dan berulang menyebut kalimah yang sama. Secara keseluruhannya, 79% murid dapat menguasai kelancaran membaca alQuran dengan baik. Ini menunjukkan kesan positif daripada program j-QAF dalam usaha mengkhatamkan al-Quran sebelum murid-murid tamat persekolahan di peringkat rendah.

71

Seminar kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

JADUAL 25. pencapaian ujian fasahah Gred

Bil. Responden

Peratus

Cemerlang (15-20) Baik (10-14) Lemah (5-9) Gagal (0-4)

48 13 10 1

66.7 18.1 13.9 1.4

Jumlah

72

100

Jadual di atas menunjukkan pembahagian markah ujian berdasarkan fasahah iaitu ketepatan menyebut huruf. Penilaian untuk bahagian ini ialah dengan mengambil kira beberapa kriteria iaitu ketepatan makhraj huruf dan sifat huruf selain mengambilkira bacaan dengung. Jumlah keseluruhan responden yang mengikut ujian ialah 72 orang. Manakala jumlah markah keseluruhan ialah 20 markah. Dari jumlah ini seramai 48 murid (66.7%) mendapat cemerlang (15-20 markah). 13 orang murid (8.1%) mendapat markah baik (10-14 markah) dan sejumlah 10 orang murid (13.9%) mendapat lemah (5-9 markah). Seorang murid (1.4%) gagal (0-4 markah) dari segi fasahah. Berdasarkan penilaian yang dibuat, secara keseluruhannya sebahagian besar murid (84.8%) mendapat jumlah markah yang cemerlang dan baik dalam kategori ini. Ini menunjukkan penguasaan fasahah murid yand diuji adalah tinggi. JADUAL 26. Pencapaian ujian tajwid Julat Pemarkahan Cemerlang (36 – 42) Baik (22 – 35) Lemah (8-21) Gagal (0 – 7) Jumlah

Bil. Responden

Peratus

30 24 6 12 72

41.7 33.3 8.3 16.7 100

Jadual di atas menunjukkan pembahagian markah ujian berdasarkan bacaan mengikut tajwid. Penilaian untuk bahagian ini ialah dengan mengambil kira beberapa kriteria yang meliputi beberapa hukum tajwid utama iaitu Wajib alGhunnah, Mim Sakinah, Nun Sakinah, Mad, Qalqalah, Waqaf dan Ibtida’. Jumlah keseluruhan responden yang mengikut ujian ialah 72 orang. Manakala jumlah markah keseluruhan ialah 42 markah. Dari jumlah ini seramai 30 murid

72

Memperkasakan Pendidikan Islam Melalui j-QAF

(41.7%) mendapat markah yang cemerlang (36-42 markah). 24 orang (33.3%) murid mendapat markah baik (22-35 markah). Sejumlah 6 orang murid (8.3%) mendapat markah lemah (8-21 markah). Sejumlah 12 murid (16.7%) mendapat markah (0-7 markah). Murid-murid yang gagal didapati tidak dapat menyebut hukum tajwid dan juga gagal membaca al-Quran serta tidak mengenal huruf dan baris. Secara keseluruhannya, majoriti murid (67.1%) yang terlibat dalam ujian ini berjaya menunjukkan keupayaan mereka mengaplikasikan bacaan bertajwid dalam bacaan al-Quran. Namun, ia boleh ditingkatkan sekiranya guru memberi penekanan dan perhatian yang lebih terhadap bacaan al-Quran secara bertajwid. JADUAL 27. Tahap pencapaian dalam tilawah al-Quran secara keseluruhannya MARKAH Cemerlang (80 -100) Baik (60 – 79) Lemah (40 – 59) Gagal (0-39) LULUS GAGAL JUMLAH

BIL . PELAJAR 35 19 5 13 59 13

PERATUS 48.6% 26.4% 6.9% 18.1% 81.9% 18.1%

72

100.0

Berdasarkan Jadual 27 di atas, ia menunjukkan pencapaian murid dalam ujian tilawah al-Quran yang dijalankan di seluruh Malaysia. Kajian menunjukkan bahawa 59 orang (81.9%) murid lulus dalam ujian tersebut, manakala 13 orang (18.1%) murid gagal. Pencapaian gred cemerlang seramai 35 orang (48.6%), gred baik seramai 19 orang (26.4%), gred Lemah seramai 5 (7%), gred gagal seramai 13 orang (18.1%). Rumusannya adalah 75% murid-murid dapat menguasai tilawah alQuran dalam j-QAF dengan baik. Walaubagaimanapun masih terdapat sebilangan kecil (18.1%) dalam kalangan murid-murid yang belum mencapai tahap tilawah alQuran yang memuaskan dan mereka perlu mengikuti pemulihan al-Quran supaya hasrat untuk mengkhatamkan semua murid sekolah rendah dapat dicapai. c)

Pencapaian Ujian Tilawah al-Quran Berdasarkan Jantina JADUAL 28.Tahap penguasaan tilawah al-Quran berdasarkan jantina

LOKASI Lelaki Perempuan Jumlah

Cemerlang 80-100 17(23.6%) 18(25.9%) 35

Baik 60-79 10(13.8%) 9 (12.5%) 19

Lemah 59 - 40 2 (2.7%) 3(4.1%) 5

Gagal 0 – 39 7(9.7%) 6(8.3%) 13

JUMLAH 36 36 72

73

Seminar kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Berdasarkan Jadual 28, di atas, ia menunjukkan perbezaan pencapaian tilawah al-Quran berdasarkan jantina. Kajian ini menunjukkan bahawa pencapaian murid-murid perempuan lebih tinggi sedikit (42.5%) berbanding dengan murid lelaki (40.1%). d)

Pencapaian Ujian Tilawah Al-Quran Berdasarkan Lokasi JADUAL 29. Tahap penguasaan tilawah al-Quran (j-QAF) berdasarkan lokasi LOKASI Bandar Luar bandar Jumlah

Cemerlang 80-100 17(23.6%) 18(25.9%) 35

Baik 60-79 12(16.6%) 7(9.7%) 19

Lemah 59 - 40 2 (2.7%) 3(4.1%) 5

Gagal 0 – 39 5 (6.9%) 8(11.1%) 13

JUMLAH 36 36 72

Jadual 29, di atas menunjukkan perbezaan pencapaian tilawah al-Quran berdasarkan lokasi bandar dan luar bandar. Kajian ini menunjukkan bahawa pencapaian murid bandar lebih tinggi sedikit (42.9%) berbanding dengan murid luar bandar (40.7%). e)

Pencapaian Ujian Tilawah Al-Quran Berdasarkan Zon JADUAL 30. Tahap penguasaan tilawah al-Quran (j-QAF) berdasarkan zon

GRED Cemerlang (80-100) Baik (60-79) Lemah (40-59) LULUS GAGAL (0 -39) JUMLAH

Utara

Selatan

9 (12.5%)

5 (6.9%)

ZON Timur Tengah 6 7 (8.3%) (9.7%)

0 (0.0%)

4 (5.6%)

3 (4.1%)

0 (0.0%)

2 (2.8%)

0 (0.0%)

9 (12.5%)

11 (15.3%)

3 (4.1%) 12 100%

Sabah

Sarawak

3 (4.1%)

5 (6.9%)

3 (4.1%)

3 (4.1%)

0 (0.0%)

1 (1.4%)

1 (1.4%)

10 (13.9%)

12 (16.7%)

7 (9.7%)

9 (12.5%)

1 (1.4%)

2 (2.8%)

0 (0.0%)

5 (6.9%)

3 (4.1%)

12 (100%)

12 (100%)

12 (100%)

12 (100%)

12 (100%)

6 (8.3%)

JUMLAH 35 (48.6%) 19 (26.3%) 5 (6.9%) 59 (81.9%) 13 (18.1%) 72 (100%)

74

Memperkasakan Pendidikan Islam Melalui j-QAF

Jadual 30, di atas menunjukkan penguasaan tilawah al-Quran dalam kalangan murid tahun 5 berdasarkan zon. Hasil kajian menunjukkan bahawa penguasaan baik dan cemerlang dalam tilawah al-Quran di zon Tengah ialah 12 orang (16.7%), zon Timur 10 orang (13.9%), Zon Utara dan Selatan masing-masing 9 orang (12.5%), zon Sarawak 8 orang ( 11.1%) dan Zon yang terendah ialah Zon Sabah iaitu terdapat 6 orang (8.3% ii.

Pencapaian Murid Dalam Ujian Bahasa Arab (j-QAF)

Ujian yang dijalankan bertujuan untuk menilai tahap penguasaan empat kemahiran Bahasa Arab yang dikuasai oleh pelajar tahun 5. Kemahiran-kemahiran tersebut meliputi: 1. Kemahiran mendengar 2. Kemahiran menulis 3. Kemahiran membaca 4. Kemahiran bertutur. Instrumen yang digunakan adalah satu set soalan ujian yang meliputi 4 ujian kemahiran bahasa tersebut dengan perinciannya seperti berikut: Pencapaian Bahasa Arab Keseluruhan Berdasarkan Jadual 32 di atas, ia menunjukkan pencapaian murid dalam ujian Bahasa Arab yang dijalan di seluruh Malaysia. Kajian menunjukkan bahawa 40 (55.5%) murid lulus dalam ujian tersebut, manakala 32 (44.5 %) gagal. Pencapaian gred A 8 orang (11.1%), gred B 15 orang (20.8%), gred C 17 orang (23.6%), gred D 27 orang (37.5%) dan gred E 5 orang (6.9%). Rumusannya bahawa pencapaian dalam Bahasa Arab dalam j-QAF di sekolah pada tahap yang rendah. RAJAH 32. Pencapaian pelajar dalam Bahasa Arab secara keseluruhan.

A B C D E

Markah b. Arab 80 -100 60 – 79 40 – 59 20-39 0-19 Lulus Gagal Jumlah

Bilangan 8 15 17 27 5 40 32 72

Peratus 11.1% 20.8% 23.6% 37.5% 6.9% 55.5% 44.5% 100.0%

Berdasarkan Jadual 32 di atas, ia menunjukkan pencapaian murid dalam ujian Bahasa Arab yang dijalan di seluruh Malaysia. Kajian menunjukkan bahawa 40 (55.5%) murid lulus dalam ujian tersebut, manakala 32 (44.5 %) gagal. Pencapaian

75

Seminar kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

gred A 8 orang (11.1%), gred B 15 orang (20.8%), gred C 17 orang (23.6%), gred D 27 orang (37.5%) dan gred E 5 orang (6.9%). Rumusannya bahawa pencapaian dalam Bahasa Arab dalam j-QAF di sekolah pada tahap yang rendah. iii. Pencapaian Murid Dalam Ujian Amali Solat (j-QAF) Penekanan amali solat dalam kajian ini merangkumi dua aspek iaitu pengetahuan dan kemahiran berwuduk dan solat dalam kalangan murid tahun 5 berdasarkan 6 zon lokasi kajian di seluruh Malaysia. a)

Profil Responden JADUAL 33. Responden ujian amali solat berdasarkan jantina lokasi dan zon Jantina Lelaki Perempuan

Kekerapan 36

Lokasi Bandar Luar bandar Zon Utara Tengah Selatan Timur Sarawak Sabah

36 36 36 12 12 12 12 12 12

Jumlah 72 100% 72 100%

72 100%

Jadual 33 di atas menunjukkan pengambilan sampel berstrata iaitu seramai 36 orang responden lelaki dan perempuan, 36 responden bandar dan luar bandar, manakala 12 orang responden bagi setiap zon. b)

Pencapaian Murid Dalam Amali Solat Secara Keseluruhan JADUAL 34.Menunjukkan tahap pencapaian dalam amali solat (j-QAF) MARKAH Cemerlang (80 -100) Baik (60 – 79) Sederhana (40 – 59) Lemah 0-39

BIL . PELAJAR 42 19 8 3

PERATUS 58.3% 26.4% 11.1% 4.2%

76

Memperkasakan Pendidikan Islam Melalui j-QAF

LULUS GAGAL

69 3

95.8% 4.2%

JUMLAH

72

100.0

Berdasarkan Jadual 34 di atas, ia menunjukkan pencapaian pelajar dalam ujian amali solat yang dijalankan di seluruh Malaysia. Kajian menunjukkan bahawa 95.8% pelajar lulus dalam ujian tersebut, manakala 4.2 % murid gagal. Pencapaian gred Cemerlang (58.3%), gred Baik (26.4%), gred Sederhana (11.1%) dan gred lemah/gagal (4.2%). Ini menunjukkan bahawa pencapaian murid dalam amali solat yang meliputi wuduk dan solat (j-QAF) berada pada tahap yang sangat baik. Rumusannya bahawa amali solat dalam j-QAF di sekolah rendah berjaya dalam memberi ilmu dan kemahiran secara teori dan praktikal. c)

Pencapaian Murid Dalam Amali Solat Berdasarkan Jantina

JADUAL 35. Menunjukkan tahap pencapaian dalam amali solat (Wuduk dan Solat) dalam j-QAF berdasarkan jantina MARKAH Cemerlang (80 -100) Baik (60 – 79) Sederhana (40 – 59) Lemah (0-39) LULUS GAGAL JUMLAH

MURID LELAKI 26 (36.1%) 7 (9.72%) 2 ( 2.8% ) 1 (1.4%) 35 ( 98.6%) 1 (1.4%) 36 (100.0%)

MURID PEREMPUAN 29 (40.3%) 6 (8.3%) 1( 1.4%) 0 ( 0.0%) 36 (100.0%) 0 (0.0%) 36 ( 100.0%)

Jadual 35 di atas menunjukkan perbezaan pencapaian amali solat berdasarkan jantina. Kajian ini menunjukkan bahawa perbezaan pencapaian murid perempuan tidak begitu ketara (100%) berbanding dengan murid lelaki (98.6%). c)

Pencapaian Murid dalam Amali Solat Berdasarkan Lokasi JADUAL 36.Tahap penguasaan amali solat (j-QAF) berdasarkan lokasi

LOKASI Bandar Luar bandar Jumlah

Cemerlang 80-100 27(37.5%) 28 (38.8%) 55 (76.3%)

Baik 60-79 6 (8.3%) 7 (9.7%) 13 (18.0%)

Sederhana 59 - 40 3 (4.1%) 0 (0.0%) 3 (4.1%)

Lemah 0 – 39 0 (0.0%) 1(1.4%) 1 (1.4%)

JUMLAH 36 36 72

Berdasarkan Jadual 36, di atas menunjukkan perbezaan pencapaian amali solat berdasarkan lokasi. Kajian ini menunjukkan bahawa pencapaian murid bandar

77

Seminar kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

(100%) tidak begitu ketara berbanding dengan murid luar bandar (98.6%). Perbezaan antara murid luar bandar dengan murid bandar dalam amali solat hanya 1.5% sahaja. d)

Pencapaian Murid dalam Wuduk

Berdasarkan Jadual 37, menunjukkan penguasaan wuduk dalam kalangan murid tahun 5. Hasil kajian menunjukkan bahawa penguasaan dalam wuduk menunjukkan pencapaian cemerlang 70 orang (97.2%) dan hanyai 2 orang (2.8%) murid yang masih berada pada tahap lemah yang memerlukan bimbingan yang berterusan. JADUAL 37. Tahap penguasaan wuduk dalam kalangan murid. MARKAH WUDUK Cemerlang (80 -100) Baik (60 – 79) Sederhana (40 – 59) Lemah (0-39) LULUS GAGAL

BILANGAN 30 25 15 2 70 2 72

JUMLAH

d)

PERATUS 41.7% 34.7% 20.8% 2.8% 97.2% 2.8% 100.0%

Pencapaian Murid dalam Amali Solat JADUAL 38. Tahap penguasaan amali solat MARKAH SOLAT Cemerlang (80 -100) Baik (60 – 79) Sederhana (40 – 59) Lemah (0-39) LULUS GAGAL JUMLAH

BILANGAN 55 16 0 1 71 1 72

PERATUS 76.4% 22.2% 0.0% 1.4% 98.6% 1.4% 100.0%

Berdasarkan Jadual di atas, hasil kajian menunjukkan bahawa penguasaan dalam amali solat pada tahap baik dan cemerlang seramai 71 orang (98.6%) dan hanya seorang murid sahaja (1.4%) yang masih gagal menguasai amali solat dan murid ini perlu dibimbing secara berterusan.

78

Memperkasakan Pendidikan Islam Melalui j-QAF

e)

Pencapaian Murid dalam Amali Solat Berdasarkan Zon JADUAL 39. Tahap penguasaan amali solat berdasarkan zon ZON

PENCAPAIAN Sederhana LULUS 40 - 59

Cemerlang 80-100

Baik 60 -79

Utara

7 (9.7%)

4 (5.5%)

Selatan

11 (15.2%)

1 (1.4%)

Timur

12 (16.6%)

0 (0.0%)

Tengah

9 12.5%)

3 (4.1%)

Sabah

10 (13.8%)

2 (2.7%)

Sarawak

6 (8.33%)

3 (4.1%)

2 (2.7%)

Jumlah

55 (76.4%)

13 (18%)

3 (4.1%)

GAGAL

JUM.

1 (1.4%)

12 (100%)

0 (0.0%)

12 100.0 %

0 (0.0%)

12 (100%) 12 (100%)

0 (0.0%)

12 100.0 %

0 (0.0%)

12 100.0 %

0 (0.0%)

12 (100%)

0 (0.0%)

12 100.0 %

0 (0.0%)

12 (100%)

0 (0.0%)

12 100.0 %

0 (0.0%)

11 (98.6%) 71 98.6%

1 (1.4%) 1 (1.4%)

12 100.0 % 72 100 %

Berdasarkan Jadual di atas, ia menunjukkan penguasaan solat dalam kalangan murid tahun 5 berdasarkan zon. Hasil kajian menunjukkan bahawa penguasaan dalam amali solat bagi Zon Selatan menunjukkan pencapaian cemerlang seramai 12 orang dan Zon Tengah 11 orang dan Zon Sabah 10 orang. Manakala Zon yang terendah ialah Zon Sarawak iaitu terdapat 6 orang. Rumusannya bahawa pencapaian murid tahun 5 dalam amali solat j-QAF menunjukkan pencapaian yang tinggi di mana 98.6% murid lulus dalam ujian amali solat. Cadangan Penambahbaikan 1.

Program j-QAF perlu diteruskan dengan memantapkan serta penambahbaikan kurikulum yang sedia ada, disamping memperkasakan perlaksanaannya dari aspek inovasi dan kreativiti.

79 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.

12. 13.

Seminar kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Latihan guru j-QAF hendaklah terus diadakan serta dimantapkan setiap mata pelajar secara spesifik, latihan dilaksanakan secara berkala setiap tahun dan kehadiran diwajibkan. Murid-murid hendaklah didedahkan dan dilatih kaedah dan teknik cara belajar yang berkesan dalam j-QAF. Mantapkan penggunaan ABM dalam pengajaran dan pembelajaran agar pengajaran lebih berkesan di samping memberikan latihan berkaitan penggunaan ABM kepada guru terutama penggunaan teknologi terkini. Pihak kementerian dicadangkan agar menyediakan ABM yang terkini seperti LCD serta sesuai dengan matapelajaran yang diajar. Waktu tasmik al-Quran dicadangkan untuk dikaji agar pengajaran dan pembelajaran al-Quran mempunyai masa yang cukup dan dapat melibatkan semua murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Ibubapa dicadangkan agar memberikan komitmen dalam memotivasikan anakanak mereka tentang pentingnya program j-QAF, di samping memastikan kehadiran dalam kem bestari solat. Pentadbir sekolah dicadangkan agar sentiasa memantau program j-QAF dan perkembangannya dari semasa ke semasa. Mencadangkan agar masyarakat setempat terlibat dalam program j-QAF. Mata pelajaran Bahasa Arab perlu disemak semula dari aspek kandungan, perlaksanaan pengajaran, waktu pengajaran, latihan guru dan penilaian pengajaran. Wujudkan penyelaras penghantaran dan pemgambilan BBM dari kementerian dengan penyelarasan setiap negeri, daerah dan sekolah agar dapat sampai dengan cepat, ini terutama berlaku di kawasan pedalaman seperti Sabah dan Serawak. Kementerian Pelajaran Malaysia dicadangkan agar diwujudkan laman web jQAF berkaitan kurikulum, pedagogi, isu-isu pendidikan semasa, ABM/BBM dan sebagainya yang boleh diekses di seluruh Malaysia. Berdasarkan Jadual 32 di atas, ia menunjukkan pencapaian murid dalam ujian Bahasa Arab yang dijalan di seluruh Malaysia. Kajian menunjukkan bahawa 40 (55.5%) murid lulus dalam ujian tersebut, manakala 32 (44.5 %) gagal. Pencapaian gred A 8 orang (11.1%), gred B 15 orang (20.8%), gred C 17 orang (23.6%), gred D 27 orang (37.5%) dan gred E 5 orang (6.9%). Rumusannya bahawa pencapaian dalam Bahasa Arab dalam j-QAF di sekolah pada tahap yang rendah.

Rujukan Al-Qur'an al-Karim. Adnan Ahmad. Kertas kerja yang di bentangkan di Seminar Kaedah Pengajaran dan Tahfiz Al-Qur’an Peringkat Kebangsaan Anjuran KUIM di MPAJ. Pada 17 Mei, 2003.

Memperkasakan Pendidikan Islam Melalui j-QAF

80

. Borg, W.R. & Gall, M.D. (1989). Educational research (5th ed). New York & London:Longman Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam Dan Moral Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral. (2004). Buku Panduan Dasar, Perlaksanaan Dan Pengurusan Kurikulum j-QAF. Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam Dan Moral Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral. (2005). Panduan Pelaksanaan Program Jawi Dan Al-Quran Enam Bulan Pertama Tahun Satu KBSR. Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam Dan Moral Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral. (2005). j-QAF : Panduan Perlaksanaan Program Khatam Al-Quran Model Tasmik. Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam Dan Moral Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral.(2005). j-QAF : Kertas Panduan Perlaksanaan j-QAF Bahasa Arab Komunikasi. Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam Dan Moral Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral. (2005). j-QAF : Panduan Perlaksanaan Model Kelas Pemulihan Jawi. Kementerian Pelajaran Malaysia. Gay, L.R. & Airasian, P. (2003). Educational Research (7th ed). New Jersey: Merrill Prentice Hall. Amri Daud (2005). Kajian Keberkesanan Pelaksanaan Program j-QAF Di Dua Buah Sekolah Rintis di Terengganu. Disertasi Sarjana Pendidikan. Kuala Lumpur: Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Haslinda Hussin (2009) Keberkesanan program j-QAF Dalam Pembentukan Peribadi Kanak-kanak Islam : Kajian Kes di Sekolah Kebangsaan Durian Air Tawar, Bera, Pahang. Latihan Ilmiah Antropologi dan Sosiologi. Kuala Lumpur: Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Hassan Basri Awang Mat Dahan et al (2007) J-QAF (Jawi, Al-Quran, Arabic Language And Fardu Ain) Program In Primary Schools In Malaysia. Maimun Aqsha Luibis et al (2009). Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran alQuran Program j-QAF di Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Kemara, Kedah. The 7th World Conference on Muslim Education. 21 – 23 December 2009. Shah Alam. Anjuran Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, The Islamic Academy, Cambridge UK & Ikatan Ilmuwan.

81

Seminar kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Misnan Jemali, Asmah Saat dan Faizura Saad (2008). Keberkesanan perlaksanaan jQAF dan cabaran di sekolah: kajian sekolah-sekolah daerah Tanjung Malim. UPSI: Tanjung Malim Misnan Jemali, Mohd Shahrin Razali, Surya Sazali, Noradillah Hashim dan Hasliza Jaafar (2009) Keberkesanan pengajaran j-QAF di sekolah. Kajian penyelidikan, Jabatan Pengajian Islam, UPSI. Misnan Jemali, Ekhwan Johan Mustafa, Syed Hassan Syed Isa, Muhammad Faizol Jali dan Mohd Bukhari Yahya (2009). Cabaran dan tekanan guru j-QAF di sekolah. UPSI. Tanjung Malim. Rahim @ Saleh Ramly (2009). “Penguasaan Perbendaharaan Kata Bahasa Arab Dalam Kalangan Murid Sekolah Kebangsaan Menerusi Program j-QAF: Satu Kajian Kes”. Dlm. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri Ke-7 (Peringkat Nusantara). Bandar Baru Bangi : Fakulti Pendidikan, Universiti kebangsaan Malaysia. Saifuddin Sharbini (2009) Kajian Ilmiah Tahap Penguasaan Pelajaran Jawi dan Pemulihan Jawi di Kalangan Murid-murid: Tinjauan Amalan Guru-guru Dalam Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran Membantu Peningkatan Penguasaan Mambaca dan Menulis Jawi di Sekolah Kebangsaan Pulo, Kuching. Latihan Ilmiah. Fakulti Pendidikan & Bahasa, Universiti Terbuka Malaysia.

Misnan Jemali (Ph.D) Jabatan Pegajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaa Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia Tel: +6016-9006185 E-mel: [email protected] Ibrahim Hashim(Ph.D) Zanariah Noor(Ph.D) En. Muhammad Akramin Kamarulzaman En. Abdul Nasir Abdul Latif En. Ahmad Zulfiqar Shah Abdul Hadi Jabatan Pegajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaa Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia En. Mohd. Abdul Aziz Mahmud En. Hasanudin Abd. Hamid (Bahagian Pendidikan Islam KPM)

Memperkasakan Pendidikan Islam Melalui j-QAF

82

Kajian Penilaian Impak Program j-QAF Nasithah Abd Hamid Zalina Ahmad Zainuddin Latip Muhammad Maimunah Muda Ahmad Zaafar Ismail Salmah Mohd Salleh Nur Liyana Husna @ Aloha Shaari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Abstrak Kajian ini bertujuan mengenal pasti impak Program j-QAF terhadap penguasaan murid dalam Jawi, Tilawah al-Quran, asas Bahasa Arab, Fardhu Ain dan kesediaan pelaksanaan Program j-QAF di sekolah serta masalah yang dihadapi sepanjang pelaksanaan program ini. Pada tahun 2011 sebanyak 4670 buah sekolah yang terlibat dengan pelaksanaan Program j-QAF dan 312 buah sekolah dipilih sebagai sampel kajian. Responden kajian terdiri daripada 251 orang guru besar, 428 orang guru jQAF, 382 orang guru Pendidikan Islam, 34 orang pegawai j-QAF dan 480 orang murid Tahun Lima. Instrumen kajian terdiri daripada empat set soal selidik, dua protokol temu bual dan empat set soalan untuk ujian pra dan pos. Data dianalisis secara statistik deskriptif dan inferensi menggunakan perisian Statistical Package of the Social Sciences (SPSS) versi 16.0. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan penguasaan murid dalam Jawi, Tilawah al-Quran, Bahasa Arab dan Bestari Solat. Guru besar, guru Pendidikan Islam dan pegawai j-QAF didapati memahami dasar, objektif dan matlamat pelaksanaan Program j-QAF. Modul j-QAF juga membantu guru j-QAF mencapai objektif p&p mereka. Dalam aspek kemudahan fizikal, terdapat sekolah yang tidak mempunyai makmal j-QAF dan bilik pemulihan Jawi. Manakala dari segi personel, bilangan guru j-QAF masih tidak mencukupi. Kajian ini mencadangkan Program j-QAF diperluaskan di semua jenis sekolah. serta latihan perguruan guru j-QAF sepenuh masa dilaksanakan di Institut Pendidikan Guru. Masalah kekurangan guru j-QAF boleh diatasi dengan mewujudkan norma perjawatan guru j-QAF. Kata kunci: Program j-QAF, Pendidikan Islam, Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS), Norma perjawatan.

Latar Belakang Program j-QAF adalah hasil ilham YAB Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. Tujuan Program j-QAF adalah untuk memperkasa Pendidikan

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

84

Islam dalam pelaksanaan kurikulum semakan Pendidikan Islam. j-QAF adalah singkatan kepada Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain. Konsep Program j-QAF adalah untuk memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain yang dilaksanakan di sekolah rendah. Program ini menggunakan kurikulum, model dan modul yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya berdasarkan peruntukan jadual waktu sedia ada (KPM, 2007). Program j-QAF telah dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2005 dengan penyertaan seramai 141,725 orang murid Tahun Satu daripada 1221 buah sekolah rendah seluruh negara. Kajian- terhadap komponen j-QAF iaitu Jawi, Tilawah Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain terutama solat telah banyak dijalankan di dalam negara. Kajian Nik Rusila (2007) mendapati penguasaan Jawi murid Tingkatan Dua dan Empat di dua buah sekolah menengah di Shah Alam dan Kuala Lumpur adalah pada tahap lemah. Kegagalan murid dalam mata pelajaran Pendidikan Islam mungkin disebabkan oleh kelemahan murid menguasai kemahiran Jawi (Nik Rusila, 2007). Dalam aspek penguasaan al-Quran, kajian Mohd Aderi (2004) terhadap murid Tingkatan Satu di Kuala Lumpur menunjukkan 63 peratus responden telah khatam al-Quran namun tahap bacaan mereka masih pada tahap lemah dan sederhana. Prestasi penguasaan bahasa Arab murid di Malaysia juga semakin menurun (Kamarul Shukri et al., 2008). Sehubungan dengan itu, penguasaan bahasa Arab perlu dikaitkan dengan objektif pengajaran bahasa Arab. Kajian yang dilakukan oleh Nor Faizah (2005) mendapati beberapa objektif penting dalam pengajaran bahasa Arab tidak dimasukkan dalam kurikulum Bahasa Arab sekolah rendah. Menurut Mohd Abd Halim (2000) tahap penghayatan solat bagi murid aliran agama amat memuaskan (100 %) berbanding murid bukan aliran agama (75 %). Mohd Fadzilah Kamsah (2008) pula menyatakan 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari. Antara golongan yang kerap meninggalkan ibadah solat ini ialah golongan murid sekolah, golongan belia, pekerja kilang, anggota pasukan seragam dan juga para peniaga. Hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu cukup lima waktu dalam sehari, sementara bagi murid-murid sekolah menengah, iaitu hanya 15 peratus sahaja mengakui bersembahyang lima kali sehari.

Pernyataan Masalah Pengajaran Jawi merupakan sebahagian daripada komponen Pendidikan Islam yang diajar di sekolah rendah mulai tahun 2003. Menurut kajian yang dilakukan oleh Suryati (2003) penguasaan Jawi di kalangan masyarakat Melayu iaitu golongan remaja yang berumur 13 hingga 20 tahun adalah pada tahap sederhana.

85

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Al-Quran diajar sebagai satu komponen di dalam bidang Asuhan al-Quran di dalam Pendidikan Islam. Namun ia tidak menekankan kepada pembelajaran sehingga khatam al-Quran. Menurut satu kajian yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), ramai murid lepasan sekolah rendah tidak tahu membaca al-Quran apabila mereka berada di sekolah menengah (KPM, 2007). Pengajaran guru adalah penting untuk meningkatkan penguasaan murid. Menurut Syed Najmuddin et al. (2008) terdapat persepsi bahawa guru Pendidikan Islam kurang kreatif dalam pengurusan kelas seperti kurang kepelbagaian kaedah pengajaran, kurang penguasaan ilmu dari sumber yang pelbagai, kurang prihatin kepada pelajar yang lemah dan tahap penyampaian guru di dalam bilik darjah adalah pada tahap yang sederhana. Selain daripada itu, kajian yang dilakukan oleh Omar (2010) mendapati guru yang ditugaskan mengajar Bahasa Arab dalam Program jQAF tidak mempunyai kelayakan dan bukan dalam pengkhususan pengajaran Bahasa Arab sebagai bahasa kedua. Walaupun Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) telah dilaksanakan di sekolah rendah mulai tahun 1995 tetapi ramai ibubapa yang masih belum berpuas hati dengan pencapaian dan penguasaan anak-anak mereka terhadap amalan Fardhu Ain terutama dalam ibadat solat. Berdasarkan masalah di atas, kajian ini melihat impak Program j-QAF terhadap penguasaan murid dalam Jawi, Tilawah Al-Quran, Bahasa Arab dan penghayatan solat serta mengkaji tahap kesediaan guru dan pihak sekolah dalam melaksanakan Program j-QAF.

Objektif Kajian Secara khususnya objektif kajian ini adalah seperti berikut: i.

Mengenal pasti penguasaan murid mengikuti model dalam Program j-QAF berbantukan modul pembelajaran yang dibekalkan oleh KPM ii. Mengenal pasti kesediaan pelaksanaan Program j-QAF di sekolah. iii. Mengenal pasti masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan Program j-QAF di sekolah.

Metodologi Kajian i.

Populasi dan Persampelan Populasi kajian ini ialah 4670 buah sekolah rendah manakala sekolah yang terlibat sebagai sampel adalah sebanyak 312 buah sekolah. Sebanyak 251 buah sekolah terlibat dengan soal selidik, 47 buah sekolah terlibat dengan ujian pra

86

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

dan pos dan 14 buah sekolah lagi terlibat dengan temu bual. Sampel kajian terdiri daripada 251 orang guru besar, 428 orang guru j-QAF, 382 orang guru Pendidikan Islam, 34 orang pegawai j-QAF dan 480 orang murid Tahun Lima. ii.

Instrumen Kajian Instrumen kajian terdiri daripada empat set soal selidik, dua protokol temu bual dan empat set ujian pra dan pos untuk murid Tahun Lima iaitu ujian Jawi, Bahasa Arab, Tilawah Al-Quran dan Bestari Solat.

iii. Kaedah Pengumpulan Data Data dikumpul melalui soal selidik yang ditadbir kepada guru besar, guru jQAF, guru Pendidikan Islam dan pegawai j-QAF. Selain daripada itu, data juga diperolehi daripada temu bual yang ditadbir kepada guru besar dan guru j-QAF. Data melibatkan penguasaan murid pula dikumpul melalui ujian pra dan pos yang ditadbir kepada murid Tahun Lima. iv. Kajian Rintis Kajian rintis telah dijalankan di Selangor dan Putrajaya. Soal selidik diedarkan kepada 104 orang responden yang terdiri daripada guru besar, guru j-QAF, guru Pendidikan Islam dan pegawai j-QAF. Soal selidik bagi guru besar mengandungi 37 pernyataan, guru j-QAF 42 pernyataan, guru Pendidikan Islam 37 pernyataan dan pegawai j-QAF 46 pernyataan. Data kajian rintis dianalisis menggunakan perisian komputer Stastitical Package for Sosial Sciences (SPSS) versi 16.0. Ujian kebolehpercayaan menunjukkan 81 peratus pernyataan mencapai nilai Alfa Cronbach antara 0.744 hingga 0.965 dan 19 peratus mendapat nilai Alfa Cronbach antara -0.195 hingga 0.695.

Dapatan Kajian a.

Penguasaan Murid

Jadual 1: Penguasaan Murid Berdasarkan Ujian Pra dan Ujian Pos Tahap murid Murid Cemerlang Murid Sederhana Murid Lemah

Jawi Ujian Pra

Ujian Pos

Beza min

Tilawah Al-Quran Ujian Ujian Pra Pos

Bahasa Arab

Bestari Solat

94.27

96.19

1.92

87.75

92.12

4.37

79.75

85.77

6.02

2.68

2.81

0.13

76.85

83.47

6.62

69.62

78.10

8.48

57.82

68.48

10.66

2.04

2.28

0.24

61.00

69.92

8.92

47.16

55.50

8.34

43.05

62.61

19.56

1.63

1.88

0.25

Beza Min

Ujian Pra

Ujian Pos

Beza min

Ujian Pra

Ujian Pos

Beza min

87

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

a.

Murid Cemerlang Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan min dalam markah ujian pra dan ujian pos iaitu sebanyak 1.92 bagi Jawi, 4.37 bagi Tilawah al-Quran dan 6.02 bagi Bahasa Arab. Peningkatan min juga didapati dalam Bestari Solat sebanyak 0.13. Murid Sederhana Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan min dalam markah ujian pra dan ujian pos iaitu sebanyak 6.62 bagi Jawi, 8.48 bagi Tilawah al-Quran dan 10.66 bagi Bahasa Arab. Peningkatan min juga didapati dalam Bestari Solat sebanyak 0.24. Murid Lemah Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan min dalam markah ujian pra dan ujian pos iaitu sebanyak 8.92 bagi Jawi, 8.34 bagi Tilawah al-Quran dan 19.56 bagi Bahasa Arab. Peningkatan min juga didapati dalam Bestari Solat sebanyak 0.25.

b.

c.

b.

Kesediaan Pelaksanaan j-QAF di Sekolah Jadual 2: Tahap Kesediaan Pelaksanaan Program j-QAF Di Sekolah

Bil 1.

2.

3.

4.

5.

Min 4.32

SP 0.573

Tahp Tinggi

Tahap persetujuan Guru j-QAF Guru Pend. Islam Min SP Thp Min SP Thp 4.24 0.563 Tinggi 4.02 0.571 Tinggi

4.29

0.572

Tinggi

4.16

0.610

Tinggi

3.35

0.901

3.35

0.958

Sederh ana

4.04

0.994

3.03

0.992

Aspek Pemahaman terhadap dasar, objektif, matlamat pelaksanaan Program j-QAF Modul j-Qaf menepati matlamat Program j-Qaf Kecukupan peruntukan masa untuk melaksanakan modul Kesediaan guru j-QAF

Guru Besar

4.06 0.566

Bebanan kerja guru j-QAF

Seder hana

3.16

0.990

Min 3.87

Pegawai j-QAF SP Thp 0.674 Tinggi

1.002

0.673

Tinggi

3.59

3.24

0.930

Sederh ana

4.00

Tinggi

3.88

1.354

Tinggi

4.25

0.618

Sederh ana

3.78

0.960

Tinggi

3.11

0.824

4.35

0.922

Tinggi

Tinggi

Tinggi

Tinggi

Seder hana

Seder hana

88

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

6.

7.

8.

9.

10.

11.

LPBS perlu ditukar kepada latihan sepenuh masa di IPG Pemantauan pentadbir sekolah/ pegawai j-QAF Sokongan Penglibatan murid dalam p&p Kecukupan bahan yang dibekalkan di sekolah Personel

4.04

0.936

Tinggi

3.63

4.16

0.623

Tinggi

4.22

3.97

0.741

Tinggi

3.46

3.99

0.658

3.35

0.985

3.15

1.150

Tinggi

Seder hana

Seder hana

4.22

1.091

0.668 0.430

0.611

Tinggi

3.86

1.072

Tinggi

3.00

1.323

Tinggi

3.88

0.754

Tinggi

3.03

1.032

Sederh ana

3.60

0.953

Tinggi

3.65

Tinggi

3.93

3.20

1.010

Sederh ana

3.21

-

-

-

-

0.650

Tinggi

4.15

Seder hana Seder hana

0.958

Tinggi

0.656

Tinggi

1.002

Sederh ana

2.26

0.937

-

-

-

-

i.

Pemahaman Terhadap Dasar, Objektif, Matlamat Pelaksanaan Program jQAF Dapatan kajian menunjukkan guru besar (min=4.32, s.p=0.573), guru jQAF (min=4.24, s.p=0.563), guru Pendidikan Islam (min=4.02, s.p=0.571) dan pegawai j-QAF (min=3.87, s.p=0.674) bersetuju pada tahap yang tinggi bahawa mereka memahami dasar, objektif dan matlamat pelaksanaan Program j-QAF. Hal ini menunjukkan keempat-empat responden memahami dasar dan objektif serta matlamat pelaksanaan Program j-QAF dengan baik.

ii.

Modul j-QAF Menepati Matlamat Program j-QAF Dapatan kajian menunjukkan guru besar (min=4.29, s.p=0.572), guru jQAF (min=4.16, s.p=0.610), guru Pendidikan Islam (min=4.35, s.p=0.673) dan pegawai j-QAF (min=3.59, s.p=1.002) bersetuju pada tahap yang tinggi bahawa modul j-QAF menepati matlamat pelaksanaan Program j-QAF. Modul j-QAF juga sesuai dan bertepatan dengan keperluan murid dan digunakan oleh guru sebagai asas di dalam membuat rancangan pengajaran.

iii. Kecukupan Peruntukan Masa Untuk Melaksanakan Modul j-QAF Dapatan kajian menunjukkan guru besar (min=3.35, s.p=0.901), guru jQAF (min=3.35, s.p=0.958) dan guru Pendidikan Islam (min=3.24, s.p=0.930) bersetuju pada tahap yang sederhana bahawa masa pelaksanaan

Renda h -

89

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

modul j-QAF adalah mencukupi. Walau bagaimanapun, pegawai j-QAF (min=4.00, s.p=0.922) bersetuju pada tahap yang tinggi dalam aspek ini. Dapatan keseluruhan menunjukkan bahawa peruntukan masa dalam melaksanakan modul Pemulihan Jawi, Modul 6 Bulan Khatam Al-Quran, Modul Tasmik dan Modul Bahasa Arab adalah sederhana mencukupi. iv. Kesediaan Guru j-QAF Dapatan kajian menunjukkan guru besar (min=4.06, s.p=0.566), guru jQAF (min=4.04, s.p=0.994), guru Pendidikan Islam (min=3.88, s.p=1.354) dan pegawai j-QAF (min=4.25, s.p=0.618) bersetuju pada tahap yang tinggi terhadap kesediaan guru j-QAF dalam melaksanakan p&p. Hal ini menunjukkan keempat-empat responden bersetuju bahawa guru j-QAF mempunyai pengetahuan, perancangan dan pelaksanaan yang baik dalam p&p. Guru j-QAF juga mempelbagaikan kaedah p&p, mempunyai kreativiti dalam melaksanakan p&p dan melaksanakan program penilaian serta pemulihan dengan baik. Walau bagaimanapun, guru besar (min=3.45, s.p=0.801), guru j-QAF (min=3.31, s.p=0.802) dan guru Pendidikan Islam (min=3.29, s.p=0.876) bersetuju pada tahap yang sederhana berkaitan guru j-QAF menggunakan bahasa Arab sepenuhnya dalam p&p. v.

Bebanan Kerja Guru j-QAF Dapatan kajian menunjukkan guru besar (min=3.16, s.p=0.990), guru jQAF (min=3.03, s.p=0.992) dan pegawai j-QAF (min=3.11, s.p=0.824) bersetuju pada tahap yang sederhana bahawa guru j-QAF terbeban dengan kerja mereka. Guru Pendidikan Islam (min=3.78, s.p=0.960) pula bersetuju pada tahap yang tinggi dalam aspek ini. Hal ini menunjukkan guru j-QAF agak terbeban dengan tugas mereka seperti terpaksa menjadi guru ganti (relief) kepada guru yang tidak hadir ke sekolah, diarah mengajar mata pelajaran lain dan terpaksa menggantikan guru Pendidikan Islam yang cuti bersalin.

vi. Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) Perlu Ditukar Kepada Latihan Sepenuh Masa Di Institut Pendidikan Guru (IPG) Dapatan kajian menunjukkan guru besar (min=4.04, s.p=0.936), guru jQAF (min=3.63, s.p=1.091) dan guru Pendidikan Islam (min=3.86, s.p=1.072) bersetuju pada tahap yang tinggi berkaitan latihan perguruan guru j-QAF yang berasaskan sekolah (LPBS) perlu ditukar kepada latihan perguruan sepenuh masa di Institut Pendidikan Guru. Walau bagaimanapun, pegawai j-QAF (min=3.00, s.p=1.323) bersetuju pada tahap yang sederhana dalam aspek ini. Latihan perguruan guru j-QAF kurang sesuai dilaksanakan pada waktu cuti sekolah kerana tempoh latihannya yang pendek dan tidak mencukupi.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

90

vii. Pemantauan Pentadbir Sekolah/ Pegawai j-QAF Dapatan kajian menunjukkan guru besar (min=4.16, s.p=0.623), guru jQAF (min=4.22, s.p=0.668) dan guru Pendidikan Islam (min=3.88, s.p=0.754) bersetuju pada tahap yang tinggi bahawa guru besar atau pentadbir sekolah memantau pelaksanaan Program j-QAF. Pegawai jQAF (min=3.03, s.p=1.032) bersetuju pada tahap yang sederhana bahawa mereka memantau pelaksanaan Program j-QAF di sekolah. viii. Sokongan. Dapatan kajian menunjukkan guru besar (min=3.97, s.p=0.741), guru Pendidikan Islam (min=3.60, s.p=0.953) dan pegawai j-QAF (min=3.65, s.p=0.958) bersetuju pada tahap yang tinggi berkaitan sokongan terhadap pelaksanaan Program j-QAF. Hal ini menunjukkan ketiga-tiga responden bersetuju bahawa guru j-QAF mendapat sokongan yang baik daripada pihak ibu bapa, persatuan PIBG dan guru lain dalam melaksanakan Program j-QAF. Walau bagaimanapun, guru j-QAF (min=3.46, s.p=0.430) bersetuju pada tahap yang sederhana terhadap sokongan yang mereka terima daripada ibu bapa, persatuan PIBG dan guru lain dalam melaksanakan Program j-QAF. ix. Penglibatan Murid Dalam P&P Dapatan kajian menunjukkan guru besar (min=3.99, s.p=0.658), guru jQAF (min=4.22, s.p=0.611), guru Pendidikan Islam (min=3.93, s.p=0.650) dan pegawai j-QAF (min=4.15, s.p=0.656) bersetuju pada tahap yang tinggi berkaitan penglibatan murid dalam p&p. Hal ini menunjukkan bahawa keempat-empat responden bersetuju yang murid terlibat secara aktif dalam p&p dengan berlumba-lumba menjawab pertanyaan guru dan banyak bertanya kepada guru tentang p&p. x.

Kecukupan Bahan Yang Dibekalkan di Sekolah Dapatan kajian menunjukkan guru besar (min=3.35, s.p=0.985), guru jQAF (min=3.20, s.p=1.010) dan guru Pendidikan Islam (min=3.21, s.p=1.002) bersetuju pada tahap yang sederhana bahawa bahan yang dibekalkan di sekolah mencukupi. Pegawai j-QAF (min=2.26, s.p=0.937) pula bersetuju pada tahap yang rendah dalam aspek ini. Hal ini menunjukkan bahawa buku Iqra’ Tahun Satu, bahan permainan Pemulihan Jawi, carta ayat bacaan serta carta wuduk untuk Kem Bestari Solat dan flashcard Bahasa Arab adalah sederhana mencukupi.

xi. Personel Dapatan kajian menunjukkan guru besar (min=3.15 s.p=1.150.) bersetuju pada tahap yang sederhana tentang aspek personel di sekolahnya. Hal ini menunjukkan bilangan guru j-QAF adalah sederhana mencukupi.

91 c.

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Kekurangan Kemudahan Insfrastruktur j-QAF Di Sekolah Jadual 3: Kemudahan Insfrastruktur j-QAF Di Sekolah

Kemudahan Fizikal

i- Makmal j-QAF ii- Bilik Pemulihan Jawi

Guru Besar

Guru j-QAF

Guru Pend. Islam Peratus(%)

25.1 50.6

27 67

23.3 58.4

Pegawai j-QAF 17.1 91.4

Dapatan kajian menunjukkan kemudahan infrastruktur yang paling kurang terdapat di sekolah ialah makmal j-QAF. Hanya 25.1 peratus guru besar, 27 peratus guru j-QAF, 23.3 peratus guru Pendidikan Islam dan 17.1 peratus pegawai j-QAF yang menyatakan terdapat makmal j-QAF di sekolah mereka. Selain daripada itu, bilik pemulihan Jawi juga kurang terdapat di sekolah. Hanya 50.6 peratus guru besar, 67 peratus guru j-QAF dan 58.4 peratus guru Pendidikan Islam yang menyatakan terdapat bilik pemulihan Jawi di sekolah mereka. Walau bagaimanapun, dapatan ini bertentangan dengan pegawai j-QAF kerana 91.4 peratus daripada mereka mengatakan terdapat bilik pemulihan Jawi di sekolah di bawah pemantauan mereka. Perbincangan Dapatan kajian menunjukkan objektif dan matlamat pelaksanaan Program j-QAF difahami dengan baik oleh guru besar, guru j-QAF, guru Pendidikan Islam dan pegawai j-QAF. Hal ini adalah penting kerana mereka adalah penggerak utama yang akan menjayakan program ini. Menurut Tini (2004) gurulah yang akan membantu dan menjayakan proses perlaksanaan kurikulum di sekolah. Oleh itu, guru perlu memahami matlamat dan objektif pelaksanaan sesuatu kurikulum. Dapatan menunjukkan bilangan guru j-QAF masih tidak mencukupi dan menyebabkan kaedah kolaboratif tidak dapat dijalankan ketika p&p. Dapatan ini selari dengan dapatan kajian Mohd Aderi dan Rohani (2010) yang menyatakan Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah tidak dapat berjalan dengan sempurna disebabkan kekurangan guru Pendidikan Islam itu sendiri. Guru j-QAF mempunyai tahap kesediaan yang tinggi dalam melaksanakan p&p iaitu mempunyai pengetahuan untuk mengajar Fardhu Ain, Jawi dan Tilawah al-Quran. Selain daripada itu mereka juga mempunyai pengetahuan tentang pelbagai strategi pengajaran untuk menarik minat murid. Guru j-QAF didapati membuat perancangan yang baik sebelum memulakan p&p. Mereka melaksanakan p&p menggunakan kaedah sebagaimana yang dikehendaki oleh KPM. Guru j-QAF juga

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

92

menggunakan kreativiti dalam menjalankan p&p dan menggunakan bahan bantu mengajar seperti CD dan multimedia interaktif. Mereka juga menjalankan program penilaian dan pemulihan dalam p&p. Hal ini menunjukkan guru j-QAF mempunyai ciri-ciri guru yang efektif seperti yang dinyatakan oleh Mohamad Johdi (2009) iaitu menentukan objektif p&p, menyediakan rancangan mengajar, mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kecekapan dalam bidangnya dan mempelbagaikan kaedah mengajar. Guru yang efektif juga mampu mewujudkan keceriaan, interaksi dan penglibatan murid, mewujudkan motivasi, minat dan sikap ingin tahu murid, mampu menyampaikan dan menghuraikan isi pelajaran dengan jelas, membuat ujian dan penilaian serta membuat tindakan susulan melalui pengayaan dan pemulihan (Mohamad Johdi, 2009). Walau bagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan masih terdapat guru jQAF kurang berpengetahuan untuk mengajar Bahasa Arab dan kurang menggunakan bahasa Arab sepenuhnya dalam p&p. Dapatan ini selari dengan dapatan kajian Omar (2010) yang menyatakan guru yang ditugaskan mengajar bahasa Arab dalam Program j-QAF tidak mempunyai kelayakan dan bukan dalam pengkhususan pengajaran bahasa Arab sebagai bahasa kedua yang menyebabkan mereka tidak dapat mengajar dengan baik. Dapatan tentang aspek penglibatan murid menunjukkan murid melibatkan diri secara aktif dalam p&p yang dijalankan oleh guru j-QAF. Wujudnya interaksi antara murid dengan guru serta murid dengan murid. Murid juga banyak bertanya kepada guru tentang p&p dan berlumba-lumba menjawab pertanyaan guru. Menurut Che Mansor (2000), penglibatan murid secara aktif dalam proses pembelajaran membolehkan minda mereka berkembang. Walau bagaimanapun, masih kurang murid yang suka memberi idea tentang p&p. Bagi menggalakkan penyertaan murid secara aktif dalam aktiviti pembelajaran, guru boleh mengadakan gerak kerja kumpulan supaya murid dapat berinteraksi sesama mereka sewaktu perbincanganperbincangan dijalankan (Shahabuddin Hashim et. al., 2007).

Cadangan i.

Perlaksanaan Program j-QAF Perlu Diteruskan Di Seluruh Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan penguasaan murid cemerlang, sederhana dan lemah dalam Jawi, Tilawah al-Quran, Bahasa Arab dan Bestari Solat. Sehubungan dengan itu, dicadangkan agar KPM meluaskan program ini ke peringkat sekolah menengah dan juga melaksanakan secara menyeluruh di semua sekolah rendah termasuk SJKC dan SJKT kerana program ini banyak memberi manfaat kepada murid.

93 ii.

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Penambahbaikan Latihan Perguruan Guru j-QAF Dapatan kajian menunjukkan Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) untuk guru j-QAF kurang sesuai dilaksanakan pada cuti sekolah kerana tempoh latihannya kurang mencukupi. Sehubungan dengan itu, dicadangkan Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) perlu dijalankan secara sepenuh masa di IPG agar tempoh latihan mencukupi dan guru j-QAF dapat menumpukan perhatian pada latihan yang diberikan.

iii. Menambah Bilangan Guru j-QAF Dapatan kajian juga menunjukkan bilangan guru j-QAF tidak mencukupi dan tidak selaras dengan pertambahan murid di sekolah. Sehubungan dengan itu, dicadangkan agar norma perjawatan bagi guru j-QAF perlu diwujudkan bagi mengatasi masalah ini. iv. Kemudahan Insfrastruktur Program j-QAF Dapatan kajian menunjukkan makmal j-QAF untuk p&p dan bilik khas untuk kelas pemulihan Jawi paling kurang terdapat di sekolah. Sehubungan dengan itu, dicadangkan agar makmal j-QAF dan bilik pemulihan Jawi perlu disediakan di semua sekolah yang terlibat dengan program ini.

Kesimpulan Program j-QAF merupakan satu program yang banyak memberi manfaat kepada murid Islam di sekolah rendah. Program ini menjadi tunjang dalam memperkasakan Pendidikan Islam untuk membina modal insan mukmin yang mempunyai jati diri unggul bagi merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kejayaan program ini terletak kepada kesediaan pelaksanaan Program j-QAF di sekolah yang melibatkan guru besar, guru j-QAF, guru Pendidikan Islam, pegawai j-QAF dan murid.

Rujukan Che Mansor Che Tom (2000). Jurnal Bestari: Koleksi Guru Johor, Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Kamarul Shukri Mat Teh, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Mohamed Amin Embi Dan Zamri Mahamod (2008). Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Berdasarkan Tahap Pencapaian Bahasa Arab Komunikasi, Proceedings at 3r Internatioanal Language Learning Conference, 209-222.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

94

Kementerian Pelajaran Malaysia (2007). Buku Panduan Dasar, Pelaksanaan Dan Pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum Program j-QAF. Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral. Kuala Lumpur: Penerbit Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Mohammad Johdi Hj Salleh (2009). Guru Efektif dan Peranan Guru dalam Mencapai Objektif Persekolahan Sekolah Rendah: Perspektif Guru Besar. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang. Mohd Abd. Halim Mohammad (2000). Perbandingan Akhlak Islamiyyah di Kalangan Murid Aliran Agama dan Bukan Aliran Agama di Luar Bandar: Satu Kajian di Dua Buah Sekolah Daerah Sabak Bernam, Selangor. Latihan ilmiah Fakulti Pendidikan UKM. Mohd Aderi Che Noh (2004). Amalan Pengajaran Tilawah Al-Quran : satu tinjauan terhadap persepsi guru di sekolah menengah harian Malaysia. Journal Of Islamic and Arabic Education 1 (1). Pp 57-72. ISSN 1985-623 Mohd Aderi Che Noh & Rohani Ahmad Tarmizi (2010). Persepsi Pelajar Terhadap Amalan Pengajaran Tilawah Al-Quran. Jurnal Pendidikan Islam. Mohd Fadzilah Kamsah (2008). Diambil pada 15 Februari 2011 dari http://feryco.com /ramai- yang-masih-tidak-solat. Omar Abdullah Simasaba (2010). Ta’lim al Lughah al Arabiyah li Natiqin bi Ghairiha: Mushkilat wa Hulul. Kertas Seminar Antarabangsa Pengajaran Bahasa Arab Kepada Bukan Penutur. Universiti Malaya. 24-25 Julai 2010 Nik Rosila Nik Yaakob (2007).Penguasaan Jawi Dan Hubungannya Dengan Minat Dan Pencapaian Pelajar Dalam Pendidikan Islam, Jurnal Pendidik dan Pendidikan ,Jil 22, 161172 Kementerian Pelajaran Malaysia. Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad (2007). Pedagogi Strategi dan Teknik Mengajar dengan Berkesan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Suryati Abdul Manaf (2003). Penguasaan tulisan Jawi: satu kajian sosiolingustik. Laporan penyelidikan Ijazah Sarjana Pendidikan Universiti Malaya. Syed Najmuddin Syed Hassan, Ab Halim Tamuri, Isahak Othman, Mohd Sabri Mamat (2008). Profil Guru Pendidikan Islam – Satu Kajian di MRSM, Seminar Kemahiran Insaniah dan Kesejahteraan Sosial. Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

95

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Tini (2004). Persepsi Guru-guru Terhadap Perubahan Kurikulum: Satu Tinjauan ke atas Tiga Buah Sekolah Menengah di Kawasan Skudai, Johor. Tesis Sarjana, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

96

Laporan Jernal Reflektif Guru Pelatih j-QAF : Apakah isu yang ditulis? Abd Aziz Mahayudin Institut Pendidikan Guru Pendidikan Islam Abstrak Penulisan jernal refleksi adalah menjadi satu syarat dalam menyiapkan laporan praktikum disamping menyediakan bahan atau dokumen.Ini perlu dilaksanakan berdasarkan kepada garispanduan amalan professional di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Laporan jernal refleksi mingguan boleh diperolehi dari guru j QAF yang menjalani latihan praktikum 12 minggu. Kajian ini bertujuan untuk melihat isu dan masalah yang dilaporkan dalam jernal refleksi guru j QAF dari pengalaman pengajaran guru dan pembelajaran murid. Seramai 6 orang guru pelatih j QAF yang sedang mengikuti praktikum sesi 2013 dari beberapa sekolah kebangsaan dalam daerah Kuala Selangor, Petaling dan Gombak telah dijalankan. Kaedah analisis kandungan digunakan dalam kajian ini dengan memberikan klasifikasi isu yang dicatatkan dalam jernal refleksi mingguan. Hasil dapatan menunjukkan bahawa aspek emosi kendiri yang mereka laporkan adalah seperti gementar, takut, dan rasa kekurangan. Manakala emosi terhadap murid pula adalah seperti kekecewaan, kesal dan tidak berpuashati dengan pencapaian dan tingkahlaku mereka.Aspek pedagogi lebih menekan kepada kelemahan kendiri dalam persediaan dan pelaksanaan seperti strategi, alat bantu mengajar, kreativiti, komunikasi, dan kawalan bilik darjah. Beberapa kelemahan penulisan tentang penulisan menyatakan isu dengan lebih fokus dalam kandungan matapelajaran dikenalpasti. Katakunci : jernal refleksi, praktikum, guru pelatih, j QAF, pedagogi Pendahuluan Garis panduan amalan profesional,Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (2009) telah menjelaskan bahawa konsep bentuk penulisan ilmiah yang berterusan mengenai sesuatu peristiwa, masalah, pencapaian atau bidang yang perlu diberikan penekanan oleh pelajar atau guru pelatih adalah berkait dengan pengalaman semasa menjalani praktikum di sekolah atau melaksanakan sesuatu tugas. Jurnal refleksi bertujuan membantu pelajar merenung, menilai dan menjadikanya sebagai asas untuk mengambil tindakan susulan bagi menyelesaikan sesuatu masalah/meningkatkan lagi keberkesanan mengikut jangkamasa yang ditetapkan. Prosedur dan proses pelaksanaan penulisan refleksi diatas perlu dilakukan oleh guru pelatih yang mengikuti kursus perguruan di Institut Pendidikan Guru

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

98

Malaysia (IPGM). Prosedur yang sama juga perlu dilakukan oleh setiap pelatih j QAF yang mengikuti kursus perguruan lepas ijazah KPLI di IPGM. Penulisan jernal refleksi dikalangan guru pelatih j QAF mempunyai implikasi keatas perkembangan pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah. Elemen yang paling penting semasa penyediaan penulisan jernal refleksi mingguan ialah pengenalpastian terhadap isu atau masalah yang dihadapi semasa dalam latihan yang ditulis sepanjang masa praktikum. Kertas kerja ini ingin melihat kepada isu yang ditangani oleh guru pelatih j QAF semasa proses praktikum khusus kepada aspek yang dilaporkan dalam jernal refleksi mingguan. Kajian ini adalah hasil penilaian pengkaji sebagai penyelia pensyarah praktikum yang menjalankan penyeliaan keatas beberapa orang guru pelatih j QAF yang sedang menjalani latihan praktikum. Terma penyelia praktikum di Institut Pendidikan Guru adalah merujuk kepada bimbingan yang diberikan kepada guru pelatih yang mengikuti program latihan perguruan pra perkhidmatan. Pengalaman pengkaji sebagai penyelia praktikum guru pra perkhidmatan adalah meliputi penilaian terhadap penulisan jernal yang ditulis sepanjang latihan tersebut. Latarbelakang Kajian Terdapat beberapa kajian yang dijalankan oleh pengkaji dari luar yang melihat aspek penilaian refleksi. Satu kajian yang dijalankan oleh Doyran (2013), yang ingin melihat pengalaman yang dilalui oleh guru pelatih semasa sesi praktikum. Hasil kajian beliau menunjukkan bahawa guru pra perkhidmatan perlu lebih memberi perhatian melalui penulisan refleksi, mereka perlu dilatih cara bagaimana untuk menulis refleksi secara efektif dan dalam pelbagai tahap yang mempunyai perkaitan dengan latihan reflektif. Kajian yang dijalankan oleh Etty dan Dita (2012) mendapati terdapatnya kolerasi positif diantara dua kumpulan guru pelatih yang menulis refleksi secara diskriptif dan komperatif .Ini membuktikan bahawa guru yang capai ketahap penulisan refleksi kritikal dapat meningkatkan perkembangan pengajaran secara sejajar. Perkembangan yang sama telah dilihat oleh Samoa (2011), dimana pengalaman yang diperolehi oleh guru pelatih dari dimensi, paten dan faktor kepada pengaruh proses jernal refleksi memberikan informasi untuk mempertingkatkan kualiti amalan pengajaran. Melalui penulisan reflektif membuatkan guru pelatih menjadi lebih kritikal dalam amalan profesional. Kajian kajian tentang program j QAF secara umumnya membincangkan tentang pelaksanaan, keberkesanan beberapa modul yang terdapat dalam program tersebut. Tidak kurang juga kajian lain yang melihat program j QAF dari pelbagai sudut seperti kebolehan dan kemampuan murid dalam mempelajari jawi, Quran, Bahasa Arab dan fardhu ain. Dalam pada itu, terdapat kajian kajian tentang permasalahan yang dihadapi oleh guru pelatih j QAF menunjukkan bahawa antara

99

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

punca permasalahan ialah tiada keselarasan format penulisan refleksi pengajaran dan tiada pendekatan yang jelas tentang kaedah penulisan jernal.(Md Zuki,2011). Walaupun begitu tidak banyak kajian yang melihat aspek penulisan jernal refleksi khususnya dalam Pendidikan Islam dijalankan. Dalam pada itu, kajian tentang penulisan jernal dalam bidang lain selain Pendidikan Islam juga dikaji oleh Nor Hasniza Ibrahim, Johari Surif dan Muhammad Yusof Arshad (2006),mendapati majoriti pemikiran dan amalan refleksi guru pelatih sains dalam keadaan semasa berada pada tahap yang rendah dan hanya mampu merefleks pada perkara yang remeh-temeh. Menyedari tentang kurangnya kajian penilaian refleksi dalam kalangan guru Pendidikan Islam, perlunya ada kajian yang melihat aspek penulisan jernal refleksi sebagai suatu data atau maklumat yang dapat membantu meningkatkan perkembangan guru pelatih j QAF secara berkesan dalam pengajaran. Tujuan Kajian Kajian ini bertujuan untuk melihat isu atau masalah pengajaran yang ditulis oleh guru-guru j QAF dalam dokumen jernal refleksi selama 12 minggu latihan praktikum dijalankan. Pengkaji hanya merujuk dokumen jernal refleksi yang ditulis oleh guru pelatih j QAF dan membuat analisis keatas data tersebut. Metodologi Kajian Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan rekabentuk analisis kandungan. Pemilihan sampel adalah berdasarkan kepada kriteria berikut iaitu guru j QAF ambilan 2012, dan mengajar matapelajaran major dan minor. Sasaran sampel terdiri dari sekumpulan 6 orang pelajar j QAF yang sedang mengikuti sesi latihan praktikum selama 12 minggu. Responden adalah guru sandaran tidak terlatih yang dilantik sebagai permulaan guru j QAF selama setahun bermula dari bulan Januari 2012. Mereka telah ditugaskan untuk mengajar di sekolah yang telah ditempatkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Pemilihan guru pelatih praktikum ini diambil secara rawak dari beberapa sekolah kebangsaan di beberapa daerah iaitu dua orang guru pelatih dari daerah Hulu Langat, seorang dari daerah Kuala Selangor, dua dari daerah Gombak dan seorang dari daerah Petaling. Untuk mendapatkan dokumen penulisan jernal refleksi, pengkaji sendiri menjalankan penyeliaan praktikum dan mendapatkan hasil penulisan jernal tersebut dalam tulisan jawi bertaip dari guru pelatih berkenaan. Proses pengumpulan data diperolehi dengan meminta guru berkenaan menghantar data penulisan jernal refleksi melalui e mail selepas mereka tamat mengikuti latihan praktikum. Kaedah analisis kandungan dilakukan dengan membaca data iaitu membaca teks dan meniliti kandungannya. Seterusnya memilih mengekod, mengkategorikan perkataan, mempamirkan data dalam bentuk jadual. Langkah terakhir ialah membuat kesimpulan dengan menentukan pola dan mengketegorikan isu atau masalah yang diperolehi. Proses mengkategori dilakukan secara manual dan disusun mengikut turutan minggu 1-12 berdasarkan kepada bilangan responden.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

100

Dapatan Hasil Kajian Kajian ini menjurus hanya kepada masalah atau isu yang dihadapi semasa proses latihan praktikum selama 12 bulan yang dilalui oleh guru j QAF yang dipilih.Bagaimanapun pengkaji tidak melakukan analisis terhadap data-data dari bahagian analisis, cadangan tindakan susulan dan tempohmasa cadangan susulan. Dari analisisi yang diperolehi khusus dalam bahagian isu dan masalah, kebanyakan responden telah mencatatkan peristiwa yang berlaku semasa menjalani tempoh praktikum. Banyak isu dan masalah dilaporkan selama proses latihan praktikum. Bagaimanapun terdapat beberapa orang responden yang tidak mencatat dalam lembaran rekod jernal refleksi seperti yang dijadualkan. Responden hanya memilih satu atau beberapa isu yang dihadapi dalam seminggu. Dari transkrip yang diperolehi dari sebahagian respon menyatakan seperti berikut: Isu /masalah : ‘...dari refleksi yang saya telah buat, saya masih dapati beberapa orang murid masih belum menguasai sepenuhnya dalam subjek asuhan tilawah al Quran. Disini juga saya dapati ada juga beberapa orang murid yang kurang memberikan tumpuan dalam kelas...” Isu /masalah : “...saya melaksanakan proses pengajaran bagi bidang Bahasa Arab bertajuk : ‘jismi al qawei’. Perancangan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan agak menarik untuk dikongsi bersama iaitu permainan susun pecahan gambar. (puzzle) Aktiviti yang dirancang dapat berjalan sepenuhnya, akan tetapi murid bising ketika melakukanya kerana tidak mendapat arahan yang tepat...” Isu /masalah: “...Sepanjang 6 minggu menjalani tempoh praktikum, saya dapati beberapa orang murid yang agak lemah dalam kemahiran mengingat, mereka tidak dapat membaca huruf bersambung pelbagai baris sepertimana yang terdapat dalam sukatan pelajaran asuhan Tilawah al Quran...” Untuk mengenalpasti keseluruhan isu dan masalah yang dikemukakan oleh 6 orang guru j QAF semasa menjalani proses latihan praktikum, satu rumusan dinyatakan seperti jadual 1 dibawah: Rajah 1 : Analisis Isu/Masalah dalam Penulisan Jernal Refleksi Guru Pelatih j QAF

101

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

M

GP 1

GP 2

1

1. Masalah perasaan debar dengan tugas

1. Masalah murid kurang terkawal semasa P& P berjalan.

2. Masalah penulisan RPH kelam kabut memikirkan cara dan gaya penyampaian berbeza dengan kelas lain.

GP 3 Tiada Rekod

2, Kurang tegas kepada murid

GP 4 1.Masalah jadual waktu pengajaran banyak

GP 5

GP 6

1.Isu minggu suaikenal dan penyediaan pengajaran

1. Isu minggu suaikenal dan penyediaan pengajaran

1.Masalah bahasa pengajaran dan pembelajara n pemulihan jawi kurang berkesan.

1. Masalah kurang memberi penghargaa n kepada murid yang berjaya menjawab soalan

(20 waktu)

3. Masalah pemilihan strategi dalam P&P

3. Masalah pengurusan masa dengan karenah murid 2

1. Masalah pengurusan masa yang tepat 2.Bimbang P&P tidak dapat dijalankan mengikut masa

3

1. Masalah murid kurang memberi tumpuan 2. Murid

1. Masalah kaedah pengajaran yang tidak pelbagai setelah diberi teguran oleh guru 2. Murid kurang beri tumpuan dan Guru hanya memberi tumpuan murid dibahagian depan.

1. Masalah pengurusan masa untuk laksanakan latih tubi dan

1. Masalah pengurusan murid dalam kelas .Murid (A)bertinda k aktif selagi guru tidak beri tumpuan pada dirinya sehingga dia boleh diam dan melakukan aktiviti yang diberi

1.Masalah Penyesuaia n dengan hubungan sosial dengan guru lain. 2. menunggu penyeliaan daripada pensyarah dengan rasa berdebar

2.Masalah kurang peka dengan keperluan munguruska n murid tersebut.

2. Masalah penggunaan set induksi yang tidak sesuai

3.Masalah merancang aktiviti secara sistematik 1. Masalah murid bising dan berjalan serta menggangg

1.Masalah rasa sangat berdebar diselia oleh guru pembimbin

1.Masalah suasana sebahagian murid (A &B)yang kurang ceria

3. Masalah kurang berpuashati dengan penggunaan Bahasa

102

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

kurang kuasai M/P Tilawah Quran

aktiviti

u aktiviti P&P

2. Masalah topik P&P terlalu luas

g. Perasaan takut adalah yang sangat dirasai sebelum dan semasa diselia.

3. Masalah aktiviti terlalu banyak berbanding masa

walaupun aktiviti adalah menyerono kan

Arab yang digunakan oleh murid

4. Masalah BBM kurang sesuai digunakan 4

1. Masalah aktiviti pembelajaran dan penglibatan murid tahap 1 yang kelam kabut kerana arahan yang diberikan terlalu cepat

Tiada rekod

1. Masalah gangguan murid dalam menguruska n kelas semasa aktiviti berkumpula n sprt berebut menjadi ketua &,menulis dipapan putih.

1. Masalah menunggu perasan berdebardebar dari penyeliaan pensyarah

1. Masalah kurang idea dan kreatifviti dalam menyediaka n bahan pengajaran murid.

1. Masalah memberika n arahan sewajarnya menyebabk an berlaku gangguan dalam pengajaran.

5

1. Masalah murid tahap 2 bermain , bercakap, tidak fokus semasa P&P Bah Arab

1. Masalah kurang memberi perincian dalam pengajaran huruf dengan mengeja.

1. Masalah murid buang air besar dalam kelas, serta menguruska n kelas dalam situasi berkenaan

1. Masalah dirasai perasaan gementar untuk seliaan Major dan Minor

1. Masalah kurang beri perhatian , buat bising dari murid murid kerana saya tidak menyediaka n aktiviti altenatif lain untuk mengatasi isu ini.

1. Isu Kejayaan murid di sekolah johan Tilawah

1. Masalah bilik darjah tidak kondusif,

Tiada masalah selain rasa debaran dari

1.Masalah kelemahan mengajar murid yang

1. Isu rasa gagal menangani murid untuk

6

2. Masalah beri arahan kepada murid supaya diam, masih tidak dapat dikawal

2. Isu kesal dengan kegagalan murid yang tercicir dalam membaca jawi

1. Masalah Penggunaan BBM tidak meransang ,

1.Masalah pembelajaran khas murid (A) yang

103

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM. kecil, terhad, kurang menarik menyebabka n murid kurang penumpuan. 2. Masalah kekangan keluarga dan kekurangan kewangan faktor idea kurang aktif.

7

1.Masalah sukar menjelaskan arahan kepada murid dalam aktiviti kumpulan.

perlu diberikan bantuan pembelajaran 2. Masalah berkomunikas i dengan murid tersebut. 3. Masalah menghadapi perasaan rasa kekurangan dalam mengaplikasi kaedah sesuai dalam pengajaran

1.Masalah komunikasi dengan murid dalam menyampaika n pengajaran

2. Kmasalah karenah murid sama murid dalam aktiviti kumpulan

8

1. Masalah murid yang aktif dalam kelas dan perlu beri ganjaran/ hadiah kepada mereka

keadaan kebersihan yang tidak teratur menganggu pengajaran yang mula aqak lewat.

1. Masalah pemilihan tulisan yang agak tidak sesuai dengan saiz yang digunakan setelah ditegur oleh pembimbin g.

seliaan oleh penyelia

2. Masalah kawalan kelas terhadap murid yang bercakap dan berjalan, kawalan emosi marah tidak dapat diatasi

1. Isu rasa perasaan sedih kerana terdapat murid yang lambat menerima arahan dan kefahaman pengajaran

tidak dapat mengingat huruf bersambung dalam tilawah

2. Masalah guru dalam proses untuk mengingati nama murid 3.saya kurang menyediaka n aktiviti yang menarik murid 1.Masalah untuk menangani murid yang lemah dalam menguasai Iqra 1 & 2

1. Masalah murid mengambil masa yang lama dalam menyalin dan membuat latihan dalam kelas kerana saya kurang menentukan masa yang sesuai

1.Masalah kurang idea dan kreativiti dalam menyediaka n ABM dan aktiviti pengajaran

1. Masalah kurang mengenalpa sti cara arahan kepada murid menyebabk an murid tidak mengambil

2. Masalah terkilan dengan murid berlari dan bising dalam kelas 1. Masalah terbeban dengan murid moral yang dimasukkan dalam kelas pengajaran bersama, kerana kekurangan guru mereka

1.Masalah pegendalian murid yang membuat bising dalam bilik darjah semasa peperiksaan yang menyebabk

1.Masalah emosi terganggu semasa kawalan kelas semasa penyeliaan guru pembimbin

beri motivasi kepada yang pasif, malu dan mengambil bahagian

104

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

yang kerap kali dihadapi.

an rasa marah kepada mereka.

g

1. Masalah tidak menyiapkan penulisan refleksi selepas pengajaran berlarutan selama 3 hari.

1. masalah pengurusan kelas, murid bermain sesame mereka dan membuat aduan kepada guru semasa pengajaran.

1. Masalah gangguan murid semasa penggunaan LCD dan layar paparan di bilik darjah

1. Masalah Ujian literasi proses P&P tidak dapat diaplikasi.

2. Masalah kurang mengambil berat penulisan refleksi.

2. Kurang tegas dalam pengurusan kelas dengan murid berkenaan

10

Tiada Rekod

1. Masalah menghadapi kesukaran mengajar Bah.Arab dengan memberikan penumpuan sewajar

1. Masalah rasa kegagalan dalam mengurus penumpuan murid semasa P&P Quran

1. Masalah perasaan yang diselami dengan penyeliaan pensyarah dan guru pembimbin g

1.Pengajara n & aktiviti permainan pemulihan jawi kurang berkesan kerana ada murid tidak mampu dikawal

Tiada Rekod

11

1. Masalah bacaan murid tidak memuaskan dalam tilawah al Quran

Tiada Rekod

Tiada Rekod

1.Masalah murid tidak menguasai tulisan jawi, dan kurang member tumpuan dalam pelajaran

1.Masalah pengajaran kurang ceria dan menyerono k

Tiada Rekod

Tiada Rekod

Tiada Rekod

9

12

Tiada Rekod

Tiada Rekod

endah apa yang diberikan 1. Masalah rasa kecewa dengan proses aktiviti permainan diganggui oleh murid membuat bising dan kurang beri perhatian.

1. Isu penggunaan kaedah cepat dan tangkas mampu memberika n kesan pengajaran baik kepada murid

2. saya rasa murid tahun (1) malu untuk melibatkan diri dalam permainan

Tiada Rekod

an kerana terdapat penambaha n murid dalam kelas. Tiada Rekod

105

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Rajah 1, diatas menunjukkan hasil dapatan analisis yang dikumpulkan dari jernal mingguan yang diperolehi dari 6 orang guru pelatih j QAF. Pengkaji telah menyusun catatan jernal refleksi yang diperolehi dari kesemua guru pelatih j QAF dalam jadual mengandungi jangkamasa 12 minggu dan 6 orang guru pelatih berkenaan. Pengkaji hanya mengkategorikan bahagian isu atau masalah yang dicatat sahaja dari jernal refleksi. Terdapat beberapa masalah dan isu yang telah dinyatakan oleh guru j QAF berkenaan, Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1, sepanjang proses latihan yang dilalui GP1 mengalami masalah dan isu-isu seperti debaran dengan tugas, pengurusan masa pengajaran, isu murid kurang memberi tumpuan pada pengajaran, kecelaruan dalam memberi arahan aktiviti, kawalan murid, penggunaan BBM tidak menepati keperluan atau menarik, masalah peribadi, kesukaran memberi arahan dalam aktiviti, terlupa mencatat refleksi, dan bacaan murid tidak memuaskan. GP2 pula mengalami masalah dan isu-isu seperti kawalan murid, tidak tegas dan pemilihan strategi dalam pengajaran dan pembelajaran , kaedah pengajaran yang tidak pelbagai, guru memberi tumpuan murid didepan, pengurusan masa dalam aktiviti, topik yang terlalu luas, aktiviti banyak berbanding masa terhad, penggunaan BBM yang kurang sesuai, kurang memperincikan dalam pengajaran, rasa kesal dengan keciciran murid, kegagalan berkomunikasi dengan murid, merasai kekurangan dalam aplikasi kaedah, masalah pengurusan murid yang menganggui pengajaran, kurang tegas, menghadapi kesukaran mengajar Bahasa Arab. GP3 pula mengalami masalah dan isu-isu seperti pengurusan murid, masalah murid yang menganggu aktiviti Pengajaran dan pembelajaran , bilik darjah yang tidak kondusif dan bersih, kaedah penulisan huruf, dan rasa gagal menguruskan murid semasa pengajaran. Seperti yang ditunjukkan dari rajah 1 diatas, GP4 mengalami masalah dan isu-isu seperti bebanan jadual waktu mengajar,perasaan berdebar terhadap penyeliaan dari pensyarah dan guru pembimbing, perasaan berdebar dengan penyeliaan major dan minor, kawalan murid, dan kebimbangan dengan pencapaian murid. GP5 mengalami masalah dan isu-isu seperti perancangan dan keperluan pengajaran, kurang idea dan kreatif, penyediaan aktiviti alternatif, menangani murid lemah,penyediaan alat bantu mengajar, rasa kecewa dengan gangguan murid, dan lemah kawalan kelas. GP6 mengalami masalah dan isu-isu seperti kurang menghargai murid, penggunan set induksi, penggunaan Bahasa Arab yang lemah, cara arahan, kegagalan guru mengingat nama murid, penyediaan aktiviti menarik, dan pengurusan masa dalam latihan kelas. Secara rumusannya guru pelatih j QAF telah mengalami pelbagai isu dan masalah berkaitan dengan emosi, tingkah laku dan pedagogi.Ini menjadi suatu yang biasa bagi seorang guru pelatih menghadapi situasi sebegini terutamanya dalam

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

106

proses menimpa pengatahuan dan pengalaman baru dalambidang profesyen perguruan. Perbincangan Kajian ini hanya mengkaji sebahagian aspek iaitu isu atau masalah yang dialami semasa proses latihan mengajar, aspek lain seperti dalam garispanduan amalan profesional IPGM tidak dikaji walaupun proses cara penulisan perlu dipatuhi oleh setiap guru pelatih. Garis panduan penulisan jernal refleksi yang telah diselaraskan oleh IPG memerlukan seorang guru pelatih j QAF menyediakan laporan jernal refleksi yang mengandungi (a) masalah atau peristiwa, (b) analisis, (c) Cadangan tindakan susulan dan (d) tempoh masa cadangan tindakan susulan. Dari analisis yang dilakukan keatas 6 orang mendapati tidak semua pelatih mematuhi aspek garispanduan yang disarankan oleh IPGM. Oleh itu kajian ini hanya merujuk kepada isu dan masalah yang dilaporkan sahaja. Dari hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa guru pelatih j QAF telah melaksanakan penulisan jernal refleksi seperti yang disarankan oleh pihak IPGM. Bagaimanapun tidak semua mengambil inisiatif untuk mematuhi garispanduan tersebut. Ada guru pelatih j QAF hanya menyatakan isu atau masalah secara umum dan remeh temeh sahaja. Malah ada yang tidak mencatatkan apa-apa isu dalam minggu yang telah ditetapkan. Dari dapatan diatas boleh dibuat satu rumusan bahawa terdapat beberapa kategori yang telah disusun oleh pengakji yang melibatkan diri guru pelatih j QAF yang terlibat dalam kajian ini. Antara rumusan yang dikenalpasti dan dirumuskan adalah dinyatakan seperti berikut (a) Aspek emosi kendiri : guru pelatih mengalami isu atau masalah perasaan gementar, takut, dan rasa kekurangan diri. (b) Aspek emosi terhadap murid : guru pelatih mengalami perasaan kekecewaan, kesal dan tidak berpuashati dengan pencapaian dan tingkahlaku mereka. (c) Aspek pedagogi : lebih menekan kepada kelemahan kendiri dalam persediaan dan pelaksanaan seperti strategi, alat bantu mengajar, kreativiti, komunikasi, dan kawalan bilik darjah. (d) Aspek tahap penulisan : guru pelatih melaporkan secara diskriptif sahaja, berbanding tahap penulisan refleksi dialog, dan tahap penulisan refleksi kritikal.

Dapatan ini sejajar dengan kajian yang dijalankan oleh Nor Hasniza Ibrahim, Johari Surif dan Muhammad Yusof Arshad (2006) mendapati majoriti pemikiran dan amalan refleksi guru pelatih sains dalam keadaan semasa berada pada tahap yang rendah dan hanya mampu merefleks pada perkara yang remeh-temeh. Begitu juga

107

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Doyran (2013), yang menekankan kepentingan guru pra perkhidmatan perlu lebih memberi perhatian melalui penulisan refleksi sewajarnya. Implikasi Kajian Dari rumusan ketiga tiga aspek diatas ternyata aspek emosi kendiri, emosi terhadap murid dan aspek pengajaran merupakan tiga aspek yang perlu diberikan penekanan oleh bakal guru yang akan berhadapan dengan isu ini semasa berhadapan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Disamping itu juga guru j QAF perlu melihat perkembangan pengetahuan pengajaran dalam bidang Pendidikan Islam secara menyeluruh. Ini kerana banyak pengetahuan yang perlu dikuasai oleh guru pelatih j QAF khususnya dalam matapelajaran tersebut. Menurut Abd Aziz(2012), bidang Pendidikan Islam memerlukan guru Pendidikan Islam menguasai ilmu pengetahuan sediaada dalam bidang tilawah al Quran, jawi, aqidah, ibadah, akhlak, dan sirah. Justeru itu, isu pengajaran dalam bidang tersebut juga mempunyai pelbagai pendekatan berbeza dan berlainan dari segi penyampaian dan kaedah yang digunakan Berdasarkan kepada penilaian yang dianalisis oleh pengkaji terhadap gaya penulisan oleh guru pelatih j QAF terdapat beberapa kelemahan penulisan yang perlu diberikan keutamaan. Antaranya ialah dicadangkan supaya penulisan perlu memberi fokus kepada kelemahan berkaitan dengan kandungan tajuk dalam matapelajaran. Ini kerana guru j QAF perlu mahir dalam pelbagai matapelajaran Pendidikan Islam, dan setiap matapelajaran memerlukan kemahiran yang berbeza. Isu isu dalam amalan profesional perlu diberikan penekanan yang serious dan perhatian sewajarnya. Justeru itu, semua aspek yang mendokong amalan ini perlu diberikan keutamaan khususnya dalam memberi latihan kepada bakal guru yang akan meneraju kepimpinan pendidikan di sekolah. Penilaian secara berterusan dalam amalan profesional terutama dalam proses aplikasi pengajaran dan pembelajaran guru pelatih j QAF sangat berkait rapat dengan kejayaan pendidikan guru dan perkembangan pembelajaran murid-murid. Kajian ini lebih memberi fokus dalam aspek personaliti guru sebagai memberi input dalaman dalam amalan profesional. Semua pengalaman yang telah catat dalam jernal refleksi sangat memberi makna yang mendalam dari aspek tindakan dan membuat penambahbaikan berterusan.Penilaian dari jurnal refleksi dapat mengambarkan bagaimana amalan yang dilakukan oleh guru pelatih j QAF dilihat membawa perubahan keatas tindakan yang perlu dilakukan sejajar dengan usaha kearah peningkatan guru yang berkualiti. Kertas ini hanya membincangkan sebahagian skop yang kecil dalam penilaian refleksi dan tidak mengkaji aspek lain dalam amalan penulisan jernal refleksi. Sebenarnya banyak lagi isu yang perlu diberikan keutamaan dalam kajian ini yang merangkumi aspek penulisan jernal yang lebih berkualiti dan merangkumi aspek penilaian analisis, cadangan tindakan susulan dan pelaksanannya. Begitu juga

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

108

kajian yang lebih mendalam tentang penulisan jernal refleksi yang lebih berkualiti sehingga mencapai ketahap penulisan refleksi yang lebih kritikal. Rujukan Abd Aziz Mahayudin (2012), Tahap Penguasaan Pengetahuan Pengajaran Guru Pelatih Pendidikan Islam Di Institut Pendidikan Guru, Kertas Kerja Persidangan Kebangsaan Pendidikan Islam 2012 pada 3 - 6 Julai 2012, Royale Bintang Seremban, Negeri Sembilan. Cohen-Sayag, Etty and Fischl, Dita (2012) "Reflective Writing in Pre-Service Teachers' Teaching: What does it Promote?," Australian Journal of Teacher Education: Vol. 37: Iss. 10, Article 2 Doyran Feyza (2013) Reflective Journal Writing on the Way to Becoming Teachers Journal of Educational Science, Mar2013, Vol. 8 Issue 1, p160-168, 9p Garis Panduan Amalan Profesional, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian, Bahagaian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia 2009 Md Zuki Hashim (2011),Permasalahan Praktikum Dalam Kalangan Guru Pelatih KPLILPBS j QAF, Kertas Kerja di Seminar Penyelidikan Pendidikan IPG Zon Utara, di Institut Pendidikan Guru, Kampus Pulau Pinang. pada 20 Oktober 2011 Nor Hasniza Ibrahim, Johari Surif dan Muhammad Yusof Arshad (2006). Refleksi:Penilaian Kendiri Guru Yang Berkesan. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Kuala Lumpur International Conference on Assessment pada 16-19 Mei 2006 di Hotel Sunway Resort. Anjuran Lembaga Peperiksaan Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia. Samoa Mariko (2011),Student Teachers' Reflective Journals on Teaching Practice Experiences. Contemporary PNG Studies, Vol. 14, 2011: 67-83.

Pengetahuan Tentang Pendidikan Khas Dalam Kalangan Guru Pelatih Program j-Qaf Minor Pendidikan Khas Abdullah bin Yusoff Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, 15400 Pengkalan Chepa, Kelantan Che Rabiaah binti Mohamed Pusat Pengajian Sains Kesihatan, USM, 16150 Kubang Kerian, Kelantan Che Noorwani binti Che Wil Azhari bin Muhamood Halim bin Wan Ibrahim Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, 15400 Pengkalan Chepa, Kelantan Abstrak Program j-QAF untuk murid-murid arus perdana diperkenalkan pada tahun 2004 dan diperluaskan kepada murid-murid pendidikan khas pada tahun 2008. Latihan perguruan dalam bidang j-QAF diberi tanggungjawab kepada IPG. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan guru pelatih j-QAF tentang Pendidikan Khas sebelum dan selepas mengikuti program latihan perguruan. Kajian juga bertujuan untuk mengenal pasti bidang dan sub-bidang yang sangat diketahui dan kurang diketahui tentang Pendidikan Khas. Di samping itu, kajian juga bertujuan mengenal pasti ciri-ciri demografi guru pelatih. Kajian ini melibatkan 26 guru pelatih yang mengikuti Program j-QAF minor Pendidikan Khas di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu pada sesi 2011-2012. Kajian deskriptif ini menggunakan senarai semak Likert berskala tiga terhadap empat pengetahuan utama, yang dibina oleh penyelidik berdasarkan Proforma j-QAF Minor Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Respon berasaskan penilaian kendiri guru pelatih terhadap senarai semak yang ditadbir sebelum dan selepas program latihan bermula dianalisa menggunakan statistik dekriptif untuk melihat perubahan pengetahuan dan aspek yang banyak dan sedikit diketahui. Kajian mendapati pengetahuan guru pelatih sangat rendah pada tahap “tidak tahu” sebelum pengajian bermula. Kajian juga mendapati sebelum latihan bermula aspek yang banyak diketahui adalah "Pengenalan pendidikan khas", diikuti dengan "Terapi dalam pendidikan khas”, dan "Pentaksiran dan penilaian dalam pendidikan khas". Manakala aspek yang paling sedikit diketahui ialah "Pengurusan tingkah laku". Setelah mejalani latihan kajian menunjukkan terdapat peningkatan pengetahuan ke tahap “sangat tahu” dalam kalangan guru pelatih. Oleh itu, pengetahuan tentang pendidikan khas bagi

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

110

menjawat guru j-QAF pendidikan khas bukan merupakan prasyarat kerana pengetahuan tersebut boleh diperolehi semasa latihan. Antara faktor yang mungkin membawa kepada peningkatan pengetahuan tersebut ialah kewibawaan para pensyarah yang mengendalikan kursus dan mod latihan yang dilaksanakan. Walau bagimanapun, tidak diketahui sejauh mana pengetahuan tersebut digunakan sebagai amalan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana hal ini memerlukan kajian selanjutnya. Kata kunci: pendidikan khas, j-QAF, guru masalah pembelajaran, pengetahuan Pengenalan Program j-QAF merupakan program khusus kerajaan dalam usaha meningkatkan penghayatan Islam dalam kalangan pelajar sekolah dengan harapan penghayatan tentang Islam dalam kalangan generasi masa depan dapat ditingkatkan (Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, 2007). Dalam memenuhi keperluan program ini, IPG dipertanggungjawabkan untuk melatih bakal-bakal guru j-QAF mulai 2004. Kini sudah lapan tahun program ini telah berjaya dilaksanakan. Jika pada peringkat awal pelaksanaan program j-QAF memberi tumpuan kepada murid arus perdana tetapi mulai 2008 program ini diperluasakan kepada murid pendidikan khas yang mana Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur menjadi kampus utama dalam melaksanakan latihan ini. Pada tahun 2011 latihan guru pelatih j-QAF minor pendidikan khas bermasalah pembelajaran diperluaskan ke IPG Kampus Kota Bharu dengan 26 guru pelatih. Latihan mereka mengambil masa selama satu setengah tahun secara separuh masa. Pelaksanaan j-QAF Minor Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran di IPG Pelaksanaan program ini adalah berdasarkan kerangka “Buku Panduan Kursus Perguruan Sekolah Rendah Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah” (BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, 2009) yang mana guru pelatih ditempatkan di sekolah sepanjang berkursus dan mengikuti latihan di IPG semasa cuti persekolahan. Oleh itu, mereka memperoleh ilmu semasa berkuliah dan semasa berada di sekolah yang mana ilmu yang diperolehi semasa berinteraksi dalam kuliah dapat diaplikasikan secara langsung dalam bilik darjah. Mereka juga berpeluang berbincang dengan tenaga pengajar tentang apa-apa sahaja pengalaman atau masalah yang mereka hadapi dalam bilik darjah semasa berkuliah. Selain itu, guru pelatih juga berada dalam persekitaran yang mana guru-guru lain sentiasa boleh dirujuk jika diperlukan. Sitiuasi ini merupakan satu kekuatan latihan melalui mod ini. Berdasarkan Bahagian Pendidikan Guru (2007) kandungan kursus program ini adalah beradasrakan Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (Minor) Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) yang mengandungi empat bidang utama dalam pendidikan khas. Pentaksiran pencapaian

111

Seminar kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

guru pelatih terhadap kursus minor ini adalah 100% berdasarkan hasilan kerja kursus yang diberikan oleh pensyarah. Peruntukan masa bagi setiap bidang adalah seperti jadual berikut: Jadual 1: Kandungan Sukatan Pelajaran Dan Peruntukan Masa TAJUK/BIDANG Pengenalan Kepada Pendidikan Khas Pentaksiran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Khas Pengurusan Tingkah Laku Terapi Dalam Pendidikan Khas Jumlah

PERUNTUKAN MASA 15 jam 15 jam

BILANGAN KREDIT 1K 1K

15 jam 15 jam 60 JAM

1K 1K 4K

Objektif j-QAF minor Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran ini memberi penakanan bahawa setelah tamat mengikuti latihan, guru pelatih akan dapat:  menjelaskan konsep dan definisi Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran;  mengenal pasti dan menjelaskan kategori murid-murid bermasalah pembelajaran;  merancang dan menggunakan instrumen penilaian tertentu untuk tujuan pentaksiran dapenilaian murid-murid masalah pembelajaran;  menggunakan strategi dan prosedur pengurusan tingkah laku sewaktu menangani murid-murid bermasalah pembelajaran; dan  mengaplikasi pelbagai jenis terapi yang sesuai kepada murid bermasalah pembelajaran. Bagi memenuhi supaya objektif tersebut tercapai, strategi penyampaian kuliah atau semasa berinteraksi secara semuka adalah seperti berikut: Perbincangan Pemudahcaraan Bercerita Belajar menerusi permainaan  Main peranan  Inkuiri Penemuan    

    

Tunjuk cara Bersepadu Tematik Penyelesaian masalah Melayari internet untuk mencari maklumat

Pernyataan Masalah Dalam pendidikan, keberkesanan sesuatu pengajaran banyak bergantung kepada pengetahuan dan kepakaran guru. Mengikut Eggen & Kauchak (2004) dan Santrock (2010) terdapat lima ilmu asas yang perlu dikuasai oleh guru pelatih sebelum menjadi guru. Ilmu tersebut ialah psikologi umum, psikologi pendidikan, pedagogi

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

112

umum, pedagogi berasaskan mata pelajaran, pentaksiran dan penilaian. Pengetahuan tersebut dapat membantu guru tentang selok-belok bagaimana sesuatu pengajaran dapat dilaksanakan dengan baik serta bagaimana penilaian terhadap pelajar dapat dilaksanakan. Bagi guru pendidikan khas, selain menguasai ilmu asas pendidikan mereka perlu menguasai satu lagi ilmu tambahan iaitu ilmu berkaitan dengan pendidikan khas yang meliputi aspek mengenali pendidikan khas, pentaksiran murid pendidikan khas, terapi murid pendidikan khas dan pengurusan tingkah laku murid pendidikan khas. Aspek ini diberi penekanan khusus oleh IPGM dalam setiap program yang melibatkan pengajian tentang pendidikan khas melalui penerapannya secara nyata dalam proforma PISMP, DPM, PGSR dan j-QAF minor Pendidikan Khas (Bahagian Pendidikan Guru, 2009, 2007). Walau bagimanapun, jika tenaga pengajar kurang mampu menyampaikan aspek tersebut dengan berkesan para guru pelatih juga sukar untuk memahaminya. Di samping itu, laporan Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan terdapat sebilangan guru pendidikan khas yang tidak mampu mengajar murid pendidikan khas apabila tamat mengikuti latihan perguruan sama ada peringkat sijil, diploma dan ijazah pertama (Abdullah et al, 2011). Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi berlakunya keadaan ini. Salah satu daripadanya adalah berpunca daripada guru tersebut kurang menguasai ilmu berkaitan pendidikan khas. Aspek komponen j-QAF terdiri daripada empat komponen iaitu “penulisan dan pembacaan melalui Jawi”, “Bacaan Al Quran”, “Penguasaan Bahasa Arab dan “Amalan Fardu Ain” (Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, 2007) yang perlu diajar kepada murid-murid pendidikan khas masalah pembelajaran sama seperti murid-murid di arus perdana. Atas keperluan tersebut, guru-guru j-Qaf dilatih untuk ditempatkan di sekolah pendidikan khas. Mereka mungkin mengetahui tentang pendidikan khas tetapi mungkin kurang memahami dan tidak berpengalaman dalam mengendalikan masalah murid khas kategori masalah pembelajaran. Oleh itu, maklumat guru pelatih tentang pengetahuan terhadap pendidikan khas penting bagi tenaga pengajar di IPG. Objektif Kajian Objektif utama kajian ini adalah meneroka tahap pengetahuan guru j-QAF minor Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran tentang ilmu pendidikan khas. Manakala objektif spesifik kajian adalah seperti berikut. 1. 2.

Mengenal pasti demografi guru pelatih j-QAF opsyen Pendidikan Khas. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru pelatih j-QAF tentang Pendidikan Khas sebelum mengikuti latihan perguruan.

113 3. 4.

Seminar kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Mengenal pasti tahap pengetahuan guru pelatih j-QAF tentang Pendidikan Khas selepas mengikuti latihan perguruan. Mengenal pasti bidang dan sub-bidang yang sangat diketahui dan kurang diketahui oleh guru pelatih j-QAF tentang Pendidikan Khas

Kepentingan Kajian 





Dapatan kajian ini dapat memberi gambaran dan maklumat secara umum berkaitan pengetahuan tentang pendidikan khas dalam kalangan guru pelatih jQAF minor Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran kepada semua pihak berkepentingan. Selaian itu, data kajian membolehan pensyarah terlibat menjadikannya sebagai panduan dalam syarah tentang bidang mana yang perlu diberi penekanan supaya guru pelatih berada pada tahap “sangat tahu” apabila berada di penghujung latihan. Maklumat tentang pengetahuan guru pelatih sesudah tamat latihan dapat membantu pihak yang terlibat dalam merancang kursus dalam perkhidmatan kepada guru pendidikan khas tentang bidang yang perlu diberikan latihan tambahan.

Sorotan Kajian Ilmu asas tentang pendidikan seperti psikologi pendidikan, pedagogi dan pentaksiran merupakan paksi dalam latihan perguruan (Santrock, 2010) selain daripada menguasai kandungan mata pelajaran yang diajar. Pengetahuan dan kemahiran dalam ilmu tersebut mampu melonjak seseorang guru sebagai memiliki kepakaran yang tinggi apabila guru berkenaan berjaya mengaplikasikannya dalam bilik darjah. Bahagian Pendidikan Guru (2009) mengkelasifikasikan tahap penguasaan ilmu dalam pendidikan guru kepada tiga tahap iaitu “pengetahuan”, “penguasaan” dan “pemindahan”. Tahap “pengetahuan” merupakan tahap terendah yang memerlukan guru pelatih mencari maklumat daripada pelbagai sumber dan menulis atau menceritakan kembali. Tahap “penguasaan” merujuk kepada kebolehan guru pelatih menghasilkan bahan atau produk hasil daripada pencarian maklumat tersebut. Manakala tahap “pemindahan” adalah tahap tertinggi yang mana guru pelatih mampu mengaplikasikan ilmu, bahan dan produk dalam konteks sebenar. Dalam konteks kajian ini, guru pelatih dikatakan memperolehi ilmu tahap tertinggi jika mereka berjaya mengaplikasikan apa-apa yang dipelajari kepada murid pendidikan khas dalam bilik darjah dengan hasilan yang berjaya. Manakala Sarah (2011) melihat tahap pengetahuan dengan mengkelasifikasikan kepada “tidak ada”, “tahu sedikit”, “sangat tahu” dan yang tertinggi adalah “tahap pakar”. Dalam kajian ini, penyelidik mengaplikasikan tahap yang digunakan oleh Sarah (2011) tetapi menggugurkan “tahap pakar” kerana tahap ini kurang sesuai untuk membuat pengukuran terhadap guru pelatih.

114

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

Kajian Abdullah et al (2011) terhadap pentadbir kurikulum pendidikan khas (Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas dan Penyelaras) di beberapa buah program pendidikan khas masalah pembelajaran mendapati kebanyakan daripada mereka kurang berpengetahuan dalam mengurus kurikulum tersebut. Dapatan ini menunjukkan pentadbir berkenaan kurang memahami tentang pengurusan kurikulum dan akibatnya murid pendidikan khas terabai dalam mendapat pendidikan terbaik seperti dikehadaki oleh KPM dan harapan ibu bapa. Kajian terhadap guru pelatih ini bertujuan melihat peningkatan pengetahuan mereka supaya situasi tersebut dapat di atasi. Manakala Kessell, Wingenbach dan Lawver (2013), yang membuat kajian terhadap sekumpulan 335 pelajar perguruan obsyen Sains Pertanian minor Pendidikan Khas di sebuah universiti di Amerika berkaitan dengan pengetahuan tentang “Individuals with Disabilities Education Act” mendapati pengetahuan mereka sekitar 57% sahaja. Dalam kajian ini, penyelidik juga akan menilai pengetahuan guru pelatih tentang undang-undang dan peraturan pelaksanann pendidikan khas dalam dan luar negara. Kerangka Konsep Kajian Pengetahuan sedia ada guru pelatih dinilai sebelum latihan bermula. Gabungan pengetahuan semasa interaksi bersemuka dalam bilik kuliah berserta pebgetahuan semasa penempatan di sekolah sepanjang latihan adalah antara elemen yang diberi tumpuan dalam kajian ini. Berdasarkan elemen tersebut, kerangka konsep kajian adalah seperti rajah di bawah.

Pengetahuan di sekolah semasa latihan

Pengetahuan sedia ada sebelum latihan

Penguasaan dan tahap pengetahuan diperolehi

Pengetahuan interaksi bersemuka semasa latihan

Rajah 1: Kerangka konsep kajian tentang pengetahuan guru pelatih j-QAF Methodologi Kajian Kajian ini berbentuk deskriptif dengan mengaplikasikan kaedah kajian kes. Kajian ini dilaksanakan di IPG Kampus Kota Bharu. Responden kajian terdiri daripada guru

115

Seminar kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

pelatih Program j-QAF yang mengikuti pengajian peringkat KPLI secara kursus dalam cuti (KDC) mod Latihan Berasaskan Sekolah (Bahagian Pendidikan Guru, 2009). Mereka memulakan pengajian pada Julai 2011 dan tamat pada Disember 2012. Bagi mendapatkan data kajian, senarai semak berskala 3 digunakan. Skala 1 menunjukkan respon “tidak tahu”, skala 2 menunjukkan “tahu sedikit” dan skala 3 menunjukkan “sangat tahu”. Skala tersebut menunjukkan pengetahuan responden terhadap item. Senarai semak tersebut dibina khusus oleh penyelidik bagi tujuan kajian ini. Senarai semak tersebut mengandungi empat aspek ilmu atau pengetahuan tentang pendidikan khas yang diadaptasi daripada Proforma Pendidikan Khas yang mana proforma tersebut merupakan kandungan subjek minor bagi pelajar yang mengikuti Program j-QAF yang disedikan oleh IPGM. Empat aspek senarai semak terdiri daripada pengetahuan tentang “Pengenalan dalam Pendidikan Khas” yang mempunyai lapan item, “Pengurusan Tingkah Laku” yang mempunyai lapan item, “Pentaksiran Dalam Pendidikan Khas” yang mempunyai lima item dan “Terapi Dalam Pendidikan Khas” yang mempunyai enam item. Data dikutip dengan meminta responden memberi maklum balas secara kendiri terhadap senarai semak yang ditadbirkan sebanyak dua kali. Yang pertama ditadbir semasa hari pertama sebelum latihan bermula dan yang kedua ditadbir pada hari akhir latihan. Mereka dikehendaki memberi respon tentang tahap pengetahuan mereka berdasarkan setiap item dalam senarai semak. Sebelum memberi respon dalam senarai semak pertama, taklimat ringkas berkaitan dengan kajian diberikan. Bagi memenuhi etika penyelidikan, responden juga telah dimaklumkan bahawa penyertaan mereka dalam kajian ini adalah secara sukarela dan mereka boleh manarik diri daripada menyertai kajian ini pada bila-bila masa sebelum data dianalisa. Senarai semak dikutip selepas respondon menandakan senarai semak pada kali pertama dan kedua. Respon pada setiap item daripada senarai semak dimasukkan dalam perisian SPSS Versi 11.5 dan analisa berdasarkan keperluan objektif kajian. Data yang dikumpul dianalisa menggunakan statistik deskriptif . Min dan Sisihan Piawai digunakan untuk melihat tahap pengetahuan guru pelatih sebelum dan selepas mengikuti latihan. Sela min yang digunakan untuk kajian ini bagi menggambarkan tahpa pengetahuan guru pelatih adalah seperti Jadual berikut: Jadual 2: Sela min dan tahap pengetahuan No Kod 1 2 3

Sela Min 1.00 hingga 1.67 1.68 hingga 2.33 2.34 hingga 3.00

Tahap Pengetahuan Tidak tahu Tahu sedikit Sangat tahu

116

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

Dapatan Kajian Demografi guru pelatih j-QAF opsyen Pendidikan Khas Kajian ini melibatkan 26 guru pelatih KPLI major j-QAF dan minor Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Teradapt 3 data demografi yang diberi perhatian dalam kajian ini iaitu; jantina, tahap pedndidkan tertinggi dan bidang pengajian semasa di peringkat ijazah pertama. Data berkaitan dengan jantina, tahap pendidikan dan bidang pengkhususan pengajian seperti jadual di bawah. Jadual 3: Data Demografi Guru Pelatih j-QAF Ciri-ciri Guru Pelatih Jantina Lelaki Perempuan Tahap Pendidikan Ijazah Pertama Sarjana Bidang Pengkhususan Syariah Al’Quran Lain-lain

N=26

Peratus

7 19

27 73

25 1

96 4

6 7 13

23 27 50

Tujuh daripada guru pelatih adalah lelaki dan 19 perempuan. Dari segi pendidikan, kesemua daripada mereka berlatarkan Pendidikan Pengajian Islam dan kesemua daripada mereka mempunayi ijazah pertama kecuali seorang guru pelatih lelaki yang mempunyai ijazah sarjana. Berdasarkan pengkhususan bidang, 6 berlatarkan bidang Syariah, 7 bidang Al’Quran dan 13 orang lagi berlatarkan bidang lain seperti Usuludin, Dakwah dan Pengurusan Islam. Tahap Pengetahuan guru pelatih berkaitan Pendidikan Khas sebelum dan selepas mengikuti latihan Pengetahuan guru pelatih terhadap semua bidang ilmu yang dikaji sebelum mengikuti latihan berada pada tahap “tidak tahu” dengan min 1.29. Manakala tahap pengetahuan mereka pada 4 bidang ilmu dalam pendidikan khas adalah seperti Jadual berikut.

117

Seminar kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Jadual 4: Tahap Pengetahuan Guru Pelatih Sebelum dan Selepas Latihan No Bidang Pengetahuan Bidang 1 2 3 4

Sebelum Latihan

Selepas Latihan

Min

Tahap

Min

Tahap

Pengenalan dalam 1.48 Pendidikan Khas Pengurusan Tingkah Laku 1.20

Tidak Tahu Tidak Tahu Tidak Tahu Tidak Tahu Tidak Tahu

2.38

Sangat Tahu Tahu sedikit Sangat Tahu Sangat Tahu Sangat Tahu

Pentaksiran Dalam 1.23 Pendidikan Khas Terapi Dalam Pendidikan 1.23 Khas Min Keseluruhan 1.29

2.14 2.37 2.73 2.41

Berdaarkan jadual di atas, kajian mendapati guru pelatih berada pada tahap “tidak tahu” pada kesemua 4 bidang ilmu berkaitan dengan pendidikan khas yang dikaji. Walau bagimanapun, terdapat sedikit perbezaan pengetahuan mereka terhadap 4 bidang ilmu tersebut. Berdasarkan min, susunan secara menurun didapati mereka banyak mengetahui tentang “Pengenalan dalam Pendidikan Khas”, dan diikuti dengan “Terapi Dalam Pendidikan Khas”. Manakala bidang “Pentaksiran Dalam Pendidikan Khas” serta “Terapi Dalam Pendidikan Khas” merupakan dua bidang kurang diketahui oleh guru pelatih. Setelah menjalani latihan perguruan selama 18 bulan di IPG Kampus Kota Bharu, pengetahuan guru pelatih tersebut diukur dengan menggunakan senarai semak sepertimana senarai semak yang digunakan sebelum latihan perguruan bermula. Kajian mendapati pengetahuan guru pelatih terhadap keseluruhan 4 bidang berkaitan pendidikan khas yang dikaji telah meningkat daripada min 1.29 kepada min 2.41 yang menunjukkan peningkatan tahap daripada “tidak tahu” kepada tahap “sangat tahu”. Walau bagimanapun, terdapat satu bidang iaitu “Pengurusan Tingkah Laku” yang mana perubhan tahap pengetahuan guru pelatih daripada “tidak tahu” kepada “sedikit tahu” berbanding dengan tiga bidang lain yang berubah daripada “tidak tahu” kepada “sangat tahu”. Perbandingan secara graf garisan adalah seperti Graf berikut.

118

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

3 2.5

2.38

2.14

2.73

2.37

2 Min (1-3) 1.5 1

1.48

0.5

Sebelum 1.20

1.23

1.23

2

3

4

Selepas

0 1

Bidang dalam pendidikan khas

Rajah 2: Perbandingan sebelum dan selepas latihan terhadap empat bidang pendidikan khas Pengetahuan Tentang Setiap Bidang Pengenalan Kepada Pendidikan Khas Bidang ini memberi pendedahan tentang pertimbangan yang perlu diberi perhatian dalam pendidikan kanak-kanak masalah pembelajaran dari aspek akta dan perundangan, ciri-ciri, punca masalah, program-program pendidikan yang disediakan dan isu-isu yang timbul berkaitan kanak-kanak pendidikan khas. Secara perbandingan, tahap pengetahuan guru pelatih dalam bidang ini sebelum mengikuti latihan adalah “tidak tahu” dan meningkat kepada “sangat tahu” apabila selepas latihan (Bahagian Pendidikan Guru, 2009). Terdapat 8 sub-bidang yang menjadi tumpuan kajian dalam bidang ini seperti jadual berikut. Jadual 5: Tahap Pengetahuan Guru Pelatih Sebelum dan Selepas Latihan No Subbidan g 1

Sub-bidang Pengetahuan

Sebelum Latihan

Selepas Latihan

Min

Tahap

Min

Tahap

Konsep dan falsafah dalam Pendidikan Khas Akta dan perundangan dalam Pendidikan Khas Sejarah perkembangan Pendidikan Khas

1.69

2.58

Sangat Tahu

1.15

Tahu sedikit Tidak Tahu

2.15

Tahu sedikit

1.38

Tidak Tahu

2.38

Sangat Tahu

4

Kategori dan ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas

1.92

Tahu sedikit

2.81

Sangat Tahu

5

Perkembangan murid-murid bermasalah pembelajaran

1.69

Tahu sedikit

2.46

Sangat Tahu

2 3

119 6 7 8

Seminar kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM. Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Khas Intervensi Awal Khidmat Sokongan Dalam Pendidikan Khas Min Keseluruhan

1.42

Tidak Tahu

2.15

Tahu sedikit

1.19 1.38

Tidak Tahu Tidak Tahu

2.19 2.35

Tahu sedikit Sangat Tahu

1.48

Tidak Tahu

2.38

Sangat Tahu

Berdasarkan min pada setiap sub-bidang, terdapat dua tahap pengetahuan guru pelatih sebelum mengikuti latihan iaitu tahap “Tidak Tahu” pada sub-bidang nombor 2, 6, 7 dan 8. Manakala pada sub-bidang nombor 1, 4 dan 5 pada tahap “tahu sedikit”. Selepas mengikuti latihan, kajian mendapati tahap pengetahuan guru pelatih meningkat pada keseluruhan 8 sub-bidang. Walau bagimanapun terdapat perbezaan tahap peningkat anatara sub-bidang tersebut yang mana sub-bidang nombor 2, 6 dan 7 hanya meningkat pada tahap “ tahu sedikit”. Manakala sub-bidang yang lain meningkat daripada “tidak tahu” kepada tahap “sangat tahu”. Secara perbandingan anatara sebelum dan selepas latihan, peningkatan tahap pengetahuan pada setiap sub-bidang tersebut dapat digambarkan seperti graf garisan berikut. 3 Min (1-3)

2.58

2.81 2.46 2.15 2.38 2.15 2.19 2.35

2 1

1.69

0 1

1.15 1.38 2

3

1.92 1.69 4

5

1.42 1.19 1.38 6

7

Sebelum Selepas

8

Sub-bidang

Rajah 3: Perbandingan sebelum dan selepas latihan terhadap Pengenalan Kepada Pendidikan Khas Pentaksiran Dalam Pendidikan Khas Bidang ini bertujuan memberi pengetahuan kepada pelajar berkaitan penggunaan dan pelaksanaan pentaksiran dalam bidang pendidikan khas. Para guru pelatih akan diajar membina pelbagai jenis instrument yang membolehkan mereka mengumpul maklumat dalam pelbagai bidang yang penting untuk tujuan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid yang diajar. Dengan maklumat yang dikumpul, mereka dapat mengenal pasti objektif-objektif pengajaran dan menjalankan pengajaran dengan lebih berfokus dan berkesan (Bahagian Pendidikan Guru, 2009). Sebelum latihan bermula tahap pengetahuan guru pelatih dalam bidang ini berada pada tahap “tahu sedikit” dan meningkat pada tahap “sangat tahu” selepas

120

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

latihan. Kajian ini menilai tahap pengetahuan guru pelatih dalam 4 sub-bidang seperti jadual berikut. Jadual 6: Tahap Pengetahuan Guru Pelatih Sebelum dan Selepas Latihan No Subbidang 1 2

Sub-bidang Pengetahuan Konsep Pentaksiran dan Penilaian Alat-alat Pentaksiran da Penilaian

Sebelum Latihan

Selepas Latihan

Min 1.19

Tahap Tidak Tahu

Min 2.15

Tahap Tahu sedikit

1.27

Tidak Tahu

2.19

Tahu sedikit

3

Pentaksiran Berdasakan Mata Pelajaran

1.15

Tidak Tahu

2.12

Tahu sedikit

4

Pembinaan bahan pentaksiran Min Keseluruhan

1.19 1.20

Tidak Tahu Tidak Tahu

2.12 2.14

Tahu sedikit Tahu sedikit

Berdasarkan min dalam jadual di atas, kajian mendapati guru pelatih berada pada tahap “tidak tahu” sebelum latihan bermula dan meningkat kepada tahap “tahu sedikit” selepas mengikuti latihan dalam semua sub-bidang yang dikaji. Secara perbandingan tentang perubahan tahap pengetahuan pada setiap sub-bidang sebelum dan selepas latihan dapat digambarkan seperi graf garisan berikut.

2.5

2.15

2.19

1.19

1.27

1

2

2.12

2.12

1.15

1.19

3

4

2 Min (1-3)

1.5 1 0.5

Sebelum Selepas

0 Sub-bidang

Rajah 4: Perbandingan sebelum dan selepas latihan terhadap Pentaksiran Dalam Pendidikan Khas Pengurusan Tingkah Laku Bidang ini membincangkan tingkah laku manusia dari aspek definisi, konsep, prinsip, tingkah laku bermasalah, strategi pengubahsuaian tingkah laku dan isu yang

121

Seminar kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

berkaitan dengannya. Guru pelatih diminta melaksanakan program pengubahsuaian tingkah laku di kalangan murid-murid berkeperluan khas (Bahagian Pendidikan Guru, 2009). Sebelum latihan bermula tahap pengetahuan guru pelatih dalam bidang ini berada pada tahap “tidak tahu” dan meningkat pada tahap “sedikit tahu” selepas latihan. Kajian ini menilai tahap pengetahuan guru pelatih dalam 7 sub-bidang seperti jadual berikut. Jadual 6: Tahap Pengetahuan Guru Pelatih Sebelum dan Selepas Latihan No Subbidang

Sub-bidang Pengetahuan

1

Pengenalan

2

Jenis-jenis Tingkah Laku

3

Prinsip-prinsip asas dalam mengurus tingkah laku Langkah-langkah dalam proses pengurusan tingkah laku Strategi dan prosedur pengurusan tingkah laku Isu dan etika

4 5 6 7

Menyediakan Program Ekonomi Token Min Keseluruhan

Sebelum Latihan Mi n 1.5 0 1.3 8 1.1 5 1.2 3 1.1 2 1.1 9 1.0 0 1.2 3

Tahap Tidak Tahu Tidak Tahu Tidak Tahu Tidak Tahu Tidak Tahu Tidak Tahu Tidak Tahu Tidak Tahu

Selepas Latihan Mi n 2.4 2 2.5 8 2.2 7 2.3 5 2.1 9 2.2 3 2.5 8 2.3 3

Tahap Sangat Tahu Sangat Tahu Tahu sedikit Sangat Tahu Tahu sedikit Tahu sedikit Sangat Tahu Tahu sedikit

Berdasarkan min dalam jadual di atas, kajian mendapati guru pelatih berada pada tahap “tidak tahu” sebelum latihan bermula dalam semua sub-bidang. Setelah melalui latihan, tahp pengetahuan guru pelatih meningkat kepada sangat tahu pada sub-bidang nombor 1, 2, 4, dan 7. Mnakala pada sub-bidang nombor 3, 5 dan 6 pengetahuan mereka meningkat hanya kepada tahap “sedikit tahu” selepas mengikuti latihan. Secara perbandingan tentang perubahan tahap pengetahuan pada setiap sub-bidang sebelum dan selepas latihan dapat digambarkan seperi graf garisan berikut.

122

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

3.00 2.50

2.42

2.58

2.58

2.27

2.35

1.15

1.23

1.12

1.19

3

4

5

6

2.19

2.23

2.00 Min (1-3) 1.50 1.00

1.50

1.38

0.50

Sebelum Selepas

1.00

0.00 1

2

7

Sub-bidang

Rajah 5: Perbandingan sebelum dan selepas latihan terhadap Pengurusan Tingkah Laku Selepaskan mengikuti latihan perguruan, peningkatan yang ketara terhadap program ekonomi token iaitu meningkat dari min purata 1 kepada min purata 2.6. Peningkatan ini adalah disebabkan oleh responden telah memahami bagaimana melaksanakan program tersebut hasil daripada pendedahan dalam kuliah yang dihadiri. Responden juga telah mempraktik dan melaksanakan program ekonomi token dalam kelas. Terapi Dalam Pendidikan Khas Bidang ini membincangkan kepentingan kanak-kanak berkeperluan khas kepada terapi fisio, terapi cara kerja, terapi pertuturan, terapi muzik dan nyanyian, terapi seni visual, terapi hidro, terapi pergerakan kreatif, terapi main dan terapi alternatif secara teori serta amali. Sebelum latihan bermula tahap pengetahuan guru pelatih dalam bidang ini berada pada tahap “tidak tahu” dan meningkat pada tahap “sangat tahu” selepas latihan. Kajian ini menilai tahap pengetahuan guru pelatih dalam 5 sub-bidang seperti jadual berikut. Jadual 7: Tahap Pengetahuan Guru Pelatih Sebelum dan Selepas Latihan

No Subbidang 1 2 3 4 5

Sub-bidang Pengetahuan

Keperluan terapi untuk murid bermasalah pembelajaran Terapi fisio dan terapi cara kerja Terapi muzik dan nyanyian Pergerakan kreatif dan Drama Terapi seni Min keseluruhan

Sebelum Latihan Min Tahap 1.27 Tidak Tahu

Selepas Latihan Min Tahap 2.85 Sangat Tahu

1.12 1.35 1.23 1.19 1.23

2.81 2.85 2.50 2.65 2.73

Tidak Tahu Tidak Tahu Tidak Tahu Tidak Tahu Tidak Tahu

Sangat Tahu Sangat Tahu Sangat Tahu Sangat Tahu Sangat Tahu

123

Seminar kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Berdasarkan min dalam jadual di atas, kajian mendapati guru pelatih berada pada tahap “tidak tahu” sebelum latihan bermula dan meningkat kepada tahap “sangat tahu” selepas mengikuti latihan dalam semua sub-bidang yang dikaji. Secara perbandingan tentang perubahan tahap pengetahuan pada setiap sub-bidang sebelum dan selepas latihan dapat digambarkan seperi graf garisan berikut. 3.00

2.85

2.81

2.85

2.50

2.50

2.65

2.00 Min (1-3) 1.50 1.00

1.27

0.50

1.12

Sebelum

1.35

1.23

1.19

3

4

5

Selepas

0.00 1

2

Sub-bidang

Rajah 6: Perbandingan sebelum dan selepas latihan terhadap Terapi Dalam Pendidikan Khas Perbincangan Kajian Tahap pengetahuan guru pelatih j-QAF terhadap Pendidikan Khas sangat rendah sebelum mereka mengikuti latihan. Hal ini menggambarkan bahawa tidak ramai dalam kalangan guru pelatih berkenaan mendapat maklumat tentang bidang ini walupun mereka telah melalui proses pendidikan negara sehingga peringkat ijazah pertama. Kajian ini juga menunjukkan bahawa kecaknaan guru pelatih sebelum mengikuti latihan terhadap kanak-kanak kategori ini sangat rendah. Hal ini sangat meragukan tentang kebolehan mereka untuk terlibat dalam profesion ini. Selalunya minat akan timbul apabila kita banyak mengetahui tentang sesuatu terutamanya hal berkaitan dengan pendidikan (Santrock, 2010) Walau bagimanapun, ramalan untuk meragui minat mereka boleh dipertikaikan kerana pengetahuan tentang pendidikan khas dapat ditimba semasa latihan. Kajian mendapati guru pelatih dapat meningkatkan pengetahuan mereka kepada tahap “sangat tahu” daripada “tidak tahu” setelah diberi latihan. Dapatan ini menunjukkan pengetahuan tentang pendidikan khas mudah diperolehi apabila seseorang itu terlibat secara langsung dalam bidang ini. Peningkatan pengetahuan dalam kalangan guru pelatih mungkin disebabkan oleh faktor mereka ditempatkan secara langsung dalam bilik darjah murid pendidikan khas. Mereka dapat melihat, berinteraksi dan mengalami situasi sebenar tentang kanak-kanak pendidikan khas.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

124

Situasi ini mungkin dapat meningkatkan pengetahuan serta minat mereka dalam bidang ini. Aspek ini perlu diterokai oleh pengkaji selepas ini. Kajian mendapati pada umumnya, guru pelatih telah berjaya dilonjakkan pengetahuan mereka. Pelbagai faktor mempengaruhi lonjakkan dan antara faktor yang boleh dikaitkan dengan lonjakan ini adalah faktor “pensyarah”, “mod latihan berasaskan sekolah” dan mungkin juga “sikap” guru pelatih itu sendiri. Kesimpulan Program latihan perguruan yang dilaksanakan menunjukkan telah berjaya melonjakkan pengetahuan guru pelatih j-QAF dalam pendidikan khas. Keberkesanan sesuatu pengjaran banyak bergantung kepada ilmu yang ada pada guru. Dalam kajian ini ilmu j-QAF dilihat sebagai kandungan ilmu yang hendak disampaikan kepada pelajar dan ilmu pendidikan khas yang berkaitan dengan memahami ciri-ciri pelajar, hak untuk mendapat pendidikan sebagai yang diperuntukan dalam peraturan dan undang-undang dan tatacara membuat pentaksiran terhadap murid pendidikan khas sebagai pelengkap kepada pedagogi (Abney, 2013). Tanpa pengetahuan tentang ilmu pendidikan khas sukar bagi guru untuk mengendalikan kelas murid pendidikan khas kerana setiap murid pendidikan khas memiliki ciri-ciri yang tersendiri yang sangat berbeza berbanding murid arus perdana (Vaughn; Bos, 2009). Oleh itu, guru pelatih j-QAF perlu menguasai ilmu pendidikan khas untuk menjadi guru yang berjaya. Rujukan Abdullah, Shukri, Azhari & Nik Azhar (2011). Pengurusan Kurikulum Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran: Satu Kajian Penerokaan Dan Keperluan Inovasi. The International Conference on Early Childhood and Special Education (ICRCSE) USM Penang: 10-12 Jun 2011. Dewan Budaya, USM Penang, Malaysia. Abney, C. (2013) Special education terms and procedures all new teachers should knowhttp://www.helium.com/items/1482758-special-education-terms-andprocedures-for-new-teachers. Akses pada 25 Februari 2013 Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral. (2007). Buku Panduan Dasar, Pelaksanaan dan Pengurusan Kurikulum & Kokurikulum Program j-QAF. Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Islam dan Moral KPM. Bahagian Pendidikan Guru (2009). Kursus Perguruan Sekolah Rendah Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Guru

125

Seminar kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Bahagian Pendidikan Guru (2007). Buku Panduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Guru KPM. Eggen, P. & Kauchak, D. (2004). Educational Psychology. New Jersey: Pearson Kessell, J., Wingenbach,G., & Lawver, D. (2013). Student Teachers’ Knowlwdge of the Individuals with Disabilities Education Act. Journal of Academic and Business Ethnics. 2, 1-10. http://www.aabri.com/manuscripts/08120.pdf. Akses pada 18 April 2013 Santrock, J. W. (2010). Educational Psychology. New York: McGraw Hill Sarah (2011) Levels of knowledge. http://ordinary-canary.blogspot.com/p/aboutus.html Akses pada 3 Mei 2011 Seng, T. O., Parsons, R. D., Hinson, S. L., & Sardow-Brown, D. (2003). Educational Psychology. Belmont: Thomson. Vaughn, S., & Bos, C. (2009). Strategies for Teaching Students with Learning and Behavior Problems. New Jersey: Pearson.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

126

Teknik Pengajaran Kosa Kata Arab Melalui Nyanyian: Asas Pengetahuan Yang Perlu Ada Pada Guru Bahasa Arab j-Qaf Ahmad Zakuan Md Khudzari Kementerian Pelajaran Malaysia Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff Universiti Kebangsaan Malaysia Hanan Hamzah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya Abstrak Pengajaran bahasa Arab kepada bukan penutur jati memerlukan pendekatan yang berbeza dengan penutur jati. Oleh itu, dalam konteks pendidikan peringkat sekolah rendah di Malaysia pengetahuan tentang pedagogi adalah penting kepada guru bahasa Arab j-QAF. Kertas ini membincangkan tentang kepentingan pengetahuan kepada guru di samping peranan pengetahuan guru dalam mencorakkan teknik pengajaran. Kajian dilaksanakan secara kualitatif ke atas dua orang peserta kajian yang dipilih secara pensampelan bertujuan (purposive sampling). Peserta kajian adalah guru yang melaksanakan aktiviti nyanyian dalam pengajarannya dan turut mendapat pengiktirafan Kementerian Pelajaran. Data diperoleh melalui temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Hasil kajian menggariskan dua perkara utama yang perlu guru bahasa Arab j-QAF ketahui iaitu (a) pemahaman terhadap kepentingan pengajaran kosa kata melalui nyanyian, dan (b) pemahaman terhadap sumber kandungan mata pelajaran. Daripada dua perkara tersebut, beberapa asas pengetahuan dibentuk untuk membantu guru memahami pelaksanaan pengajaran kosa kata Arab melalui nyanyian. Adalah diharapkan hasil perbincangan kajian ini membantu dalam pembinaan modul pelatihan pedagogi guru pelatih dan pemantapan bagi guru sedia ada. Pendahuluan Memperkatakan tentang pengajaran, pepatah Arab ada menyatakan faqidus shai’ la yu’tie. Ia bermaksud orang yang tidak memiliki sesuatu tidak dapat memberi. Dalam konteks pendidikan, seorang guru adalah individu yang memiliki ilmu pengetahuan dalam sesuatu bidang yang kemudian ilmu tersebut diajar kepada muridnya. Proses menyampaikan ilmu ini adalah proses penting dalam pendidikan yang juga bertujuan untuk menyalurkan maklumat dan nilai kepada murid. Maka, seseorang yang menceburi bidang perguruan akan melalui kitaran pendidikan iaitu belajar dan

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

128

mengajar. Kitaran ini tidak sempurna jika guru tidak dapat menyalurkan ilmu mahu pun nilai kepada murid atas sebab tidak memiliki asas pengetahuan yang betul. Ini juga penting bagi memastikan guru sentiasa relevan dengan kehendak kurikulum dan sentiasa memiliki pengetahuan untuk diberikan kepada anak murid. Pengetahuan yang dimiliki seorang guru akan mencorakkan teknik pengajarannya. Shulman adalah seorang pengkaji pendidikan yang telah membincangkan perihal pengetahuan guru. Beliau telah membincangkan tentang pedagogi pengetahuan isi kandungan guru (PPIK) dan menyatakan ia adalah pengetahuan guru yang unik. Shulman pernah menyatakan (1987: 15): “PPIK ialah satu jenis pengetahuan yang unik bagi seseorang guru dan ia berdasarkan kepada cara guru mengaitkan pengetahuan pedagogi (pengetahuan tentang cara mengajar) yang dimiliki kepada pengetahuan isi kandungan (apa yang perlu diajar). Integrasi kedua-dua jenis pengetahuan tersebut menghasilkan pengetahuan pedagogi isi kandungan”. Menurut Shulman (1987) pengetahuan pedagogi isi kandungan merupakan paduan isi kandungan dan pedagogi. Guru harus memiliki PPIK yang merupakan antara teras-teras kepada pengetahuan. Antara teras-teras yang dimaksudkan ialah (a) pengetahuan isi kandungan, (b) pengetahuan pedagogi am, (c) pengetahuan kurikulum, (d) pengetahuan kandungan pedagogi, (e) pengetahuan tentang pelajar dan ciri-ciri pelajar, (f) pengetahuan tentang konteks pendidikan, dan (g) pengetahuan tentang matlamat-matlamat pendidikan. Selanjutnya guru perlu memiliki kefahaman yang jelas tentang kandungan mata pelajaran supaya pengetahuan pedagogi guru itu dapat diselaraskan untuk kejayaan pengajaran dalam kelas. Ini sejajar dengan pendapat Shulman (1986), guru perlu menguasai pengetahuan tentang pedagogi untuk menyampaikan dan mengajar tentang kandungan sesuatu mata pelajaran atau subjek. Pengetahuan tentang pedagogi sangat penting untuk menyelaras pengetahuan kandungan yang dimiliki guru. Keselarasan antara keduanya- pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kandungan- akan melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran, lantas membantu mencapai kesan atau hasil pembelajaran yang optimum. Tujuan Kajian Kajian ini adalah bertujuan meneroka konsep kefahaman pengajaran kosa kata melalui teknik nyanyian dalam kalangan guru bahasa Arab. Kefahaman yang diamalkan oleh peserta kajian diperoleh menerusi pemerhatian dan temubual ke atas mereka. Dapatan daripada kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada pembentukan pengetahuan guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Arab.

129

Seminar kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Metodologi Kajian Kajian ini meneroka bagaimana guru yang dipilih sebagai peserta kajian melaksanakan pengajaran kosa kata bahasa Arab di sekolah rendah. Peserta kajian adalah seramai 2 orang dengan lokasi yang berbeza iaitu peserta kajian 1 (PK1) daripada Putrajaya dan peserta kajian 2 (PK2) daripada Kedah. Peserta kajian dipilih berdasarkan pensampelan bertujuan. Kredibiliti mereka terbukti dengan pelantikan sebagai Jurulatih Utama Kebangsaan Mata pelajaran Bahasa Arab Sekolah Rendah. Mereka dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai jurulatih mata pelajaran atas sebab kepakaran dan kebolehan dalam pengajaran. Mereka juga bertindak sebagai penceramah dalam siri kursus penyebaran kurikulum, terlibat dalam bengkel pembinaan modul pembelajaran dan pelaksanaan program koko akademik bahasa Arab sekolah rendah. Untuk meneroka konsep kefahaman pengajaran kosa kata dalam kalangan guru bahasa Arab, pengkaji menemu bual peserta kajian dan merekodkan perbualan tersebut. Peranan peserta kajian ialah menjalankan proses pengajaran kosa kata bahasa Arab melalui nyanyian untuk tujuan pemerhatian di samping terlibat dalam temu bual yang dijalankan serta mengemukakan dokumen yang perlu untuk tujuan analisis. Ini akan menjawab persoalan kajian yang diutarakan dalam kajian ini. Seterusnya, data yang dihimpunkan oleh pengkaji dianalisis secara manual disamping melakukan triangulasi daripada pelbagai sumber data. Dapatan Kajian Kajian telah mengesan sejumlah petunjuk berupa dapatan temubual yang membawa kepada 2 perkara utama, (a) pemahaman terhadap kepentingan pengajaran kosa kata, dan (b) pemahaman terhadap sumber kandungan mata pelajaran. a.

Pemahaman Terhadap Kepentingan Pengajaran Kosa Kata Pemahaman terhadap kepentingan pengajaran kosa kata merangkumi 6 tema sebagaimana jadual di bawah:

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

130

Jadual 1: Tema Pemahaman Tentang Kepentingan Pengajaran Kosa Kata Melalui Nyanyian. Bil 1

Tema Tarik minat

Penjelasan Pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknik nyanyian diaplikasikan untuk menarik minat murid belajar dan menguasai kosa kata.

2

Asas Penguasaan bahasa

Kosa kata adalah merupakan asas penguasaan bahasa kerana keperluan komunikasi dan kefahaman.

3

Lebih berkesan

Teknik nyanyian lebih berkesan daripada sudut pandang peserta kajian berbanding teknik dan pendekatan pengajaran yang lain.

4

Melembutkan sebutan

Nyanyian membantu murid menyebut kosa kata mengikut intonasi dan tekanan suara yang betul.

5

Mudah ingat mufradat

Teknik nyanyian membantu murid mengingat kosa kata yang dipelajari

6

Lebih faham

Kefahaman terhadap kandungan pelajaran dapat ditingkatkan kerana murid tahu kosa kata yang digunakan dari konteks makna dan penggunaan.

Tema-tema yang terhasil daripada temu bual bersama kedua-dua peserta kajian telah menonjolkan keyakinan mereka terhadap kepentingan pengajaran kosa kata melalui nyanyian. Keyakinan tersebut telah membentuk kepercayaan peserta kajian dan mendorong amalan menggunakan nyanyian dalam pengajaran dan pembelajaran kosa kata. Penjelasan berkenaan pemahaman terhadap kepentingan pengajaran kosa kata melalui nyanyian adalah sebagaimana huraian di bawah. i.

ii.

Nyanyian untuk menarik minat murid Kedua-dua peserta kajian telah bersepakat dalam mengemukakan pandangan bahawa pengajaran kosa kata melalui nyanyian penting untuk menarik minat anak murid mempelajari Bahasa Arab. Ini dinyatakan secara jelas oleh PK1 dalam kata-kata beliau: “Pertama sebab nak tarik minat, rata-rata dia beza dengan sekolah kampung. Budak bandar dia pandai tapi kita kena tarik minat lebih sikit sebab dia minat Bahasa Inggeris, budak Putrajaya la, saya lebih teknik menyanyi sebab dia orang minat ke arah itu”. Kosa kata sebagai asas penguasaan bahasa Kosa kata bagaikan tulang belakang kepada penguasaan bahasa dan merupakan modal penting untuk berkomunikasi dalam pelbagai situasi dan masa. Peserta kajian dikesan sedar akan kepentingan kosa kata sebagai

131

Seminar kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

asas penguasaan bahasa melalui temu bual bersama mereka berkaitan perkara ini. PK2 berpandangan kosa kata penting untuk memahami makna. Dia berkata “ Kebolehan menguasai kosa kata dalam semua bahasa amatlah penting. Ianya merupakan satu kemahiran untuk memahami setiap ungkapan yang diperkatakan, diperbualkan mahupun dalam bentuk tulisan dan sebagainya”. iii. Keberkesanan pengajaran dengan teknik nyanyian Selanjutnya dapatan daripada temu bual ini menyingkap pandangan peserta kajian bahawa pengajaran kosa kata melalui nyanyian membantu meningkatkan pencapaian murid. Ini dibuktikan dengan dapatan berbentuk hasil temu bual dengan murid kepada kedua-dua peserta kajian yang masih mengingati kosa kata yang dipelajari dalam sesi pembelajaran yang lalu. Malah, anak murid PK1 masih mengingati kosa kata yang dipelajari lebih sebulan lalu dengan teknik nyanyian. iv. Melembutkan sebutan Disamping itu, PK2 berpendapat, kosa kata yang diajar melalui teknik nyanyian dapat disebut dengan baik oleh murid-muridnya. v. Meningkatkan daya hafalan kosa kata PK1 berpendapat bahawa teknik nyanyian boleh memupuk daya ingatan kekal murid, dengan berkata: “ Beza...beza kalau nyanyian lebih ingat. [Beza dari segi ingat tak ingat ke?] Kita jangan ingat kita ajar darjah satu dia akan ingat darjah satu, mungkin darjah tiga dia akan ingat balik apa yang belajar masa darjah satu, ikut perkembangan kematangan dia punya tu juga”. PK1 juga menjelaskan kosa kata yang diajar kepada muridmuridnya masih lagi dihafal walau pun telah hampir sebulan berlalu pengajaran beliau. vi. Meningkatkan kefahaman kosa kata Dapatan temu bual juga menyingkap kefahaman peserta kajian yang menyatakan teknik nyanyian mampu meningkatkan kefahaman kosa kata anak muridnya. PK1 berkata. “ Pengajaran kosa kata adalah penting kerana dengannya murid-murid akan lebih memahami sesuatu topik yang diajar dengan lebih mendalam lagi”. b.

Pemahaman Terhadap Sumber Kandungan Mata Pelajaran. Pemahaman terhadap sumber kandungan mata pelajaran merangkumi 4 tema sebagaimana jadual di bawah: Jadual 2. Tema pemahaman tentang sumber kandungan. Bil 1

Tema Hasrat kurikulum atau sukatan

Penjelasan Kefahaman peserta kajian terhadap kehendak kurikulum untuk disampaikan kepada anak murid. Demikian juga kefahaman terhadap aspek pemilihan kosa kata yang bersumberkan dokumen standard kurikulum atau sukatan.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

c.

132

Bil 2

Tema Kemahiran bertutur

Penjelasan Kefahaman bahawa pengajaran kosa kata adalah untuk membolehkan murid berkomunikasi dan menyebut kosa kata Arab dengan baik.

3

Inspirasi persekitaran

Meneroka sumber pembinaan pengetahuan dan pedagogi peserta kajian melalui persekitaran.

4

Inspirasi rakan sebaya

Meneroka sumber pembinaan pengetahuan dan pedagogi peserta kajian melalui rakan sebaya.

Hasrat kurikulum mata pelajaran Bahasa Arab Hasil temu bual mendapati, PK1 dan PK2 mempunyai kefahaman yang jitu bahawa isi kandungan kosa kata mestilah bersumberkan kurikulum yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. PK1 menegaskan: “Kosa kata yang saya ajar saya pilih, pertama (daripada) silibus…” Manakala PK2 menyatakan: Saya ambil kosa kata daripada buku teks dan silibus”. Ini bermaksud, kedua-dua peserta kajian akur dan melaksanakan kurikulum baru yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Ini dapat diperkukuhkan menerusi pemerhatian yang telah dijalankan dalam kelas pengajaran dan dokumen berupa Buku Rekod Pengajaran milik peserta kajian. Keakuran terhadap kurikulum yang dimaksudkan oleh peserta kajian ialah pemilihan kosa kata adalah berdasarkan senarai kosa kata dalam dokumen standard kurikulum. Rujukan terhadap dokumen standard kurikulum tersebut juga menunjukkan peserta kajian mengambil kosa kata sebagaimana yang telah ditetapkan dalam kurikulum. Untuk rekod, kandungan pelajaran semasa sesi pemerhatian pengajaran PK1 ialah kosa kata untuk topik ‘Usrati’ (Keluargku), manakala kandungan pelajaran PK2 ialah kosa kata topik ‘Bulan-bulan hijri’. Sebagaimana yang termaktub dalam dokumen standard kurikulum, didik hibur adalah aspek yang ditekankan dalam mata pelajaran Bahasa Arab KSSR dan mata pelajaran bahasa yang lain. Nyanyian adalah salah satu elemen didik hibur untuk mata pelajaran Bahasa Arab. Hasrat KSSR ini dapat difahami dengan jelas oleh PK1 dan PK2. Hal ini dapat diteliti menerusi kenyataan temu bual bersama mereka. Konsep didik hibur dalam mata pelajaran Bahasa Arab dapat diterangkan dengan baik. Menurut PK1: “Saya sangat bersetuju bukan sebab saya laksanakan perkara didik hibur ni sahaja, tapi sebab dia akan buat budak tidak terlalu tertekan untuk belajar, dia seronok. Pada saya, biar budak seronok dulu,.” Walau pun PK2 secara jelas tidak menyatakan tentang didik hibur dalam sukatan kurikulum, namun menerusi sumber pemerhatian jelas menunjukkan pelaksanaan didik hibur dalam kelas pengajarannya dan perkara yang sama berlaku dalam pengajaran PK1.

133 d.

Seminar kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Kemahiran bertutur Dalam masa yang sama, kedua-dua peserta kajian memahami bahawa standard pembelajaran yang menggariskan aplikasi nyanyian untuk pembelajaran kemahiran bertutur juga difahami oleh. PK1 menyatakan perkara ini: “Sebenarnya bila-bila masa sahaja sesuai utk pnp dengan nyanyian namun lebih khusus pada kemahiran mendengar dan bertutur secara fokus”. Kefahaman ini dikongsi bersama PK2 yang menyatakan: “Biasanya dinilai di sudut tahap keupayaan murid menyebut dan apakah kaedah atau alat yang membolehkan murid melafazkannya dengan mudah, santai dan bersahaja”. Kenyataan daripada peserta kajian ini menjelaskan bahawa mereka faham aplikasi teknik nyanyian membantu murid untuk mencapai standard pembelajaran dalam kemahiran bertutur.

e.

Inspirasi persekitaran Selaku guru yang berpengalaman, peserta kajian juga dikenal pasti mempunyai sumber inspirasi yang mendorong pengembangan sumber pengajarannya. PK1 telah menjadikan persekitaran seperti isi kandungan rancangan televisyen dan internet sebagai sumber ilhamnya. PK1 menjelaskan dengan katanya: “ Sumber diri sendiri (ketawa), sebenarnya idea banyak...dalam TV, saya tengok Ustazah Asni menyanyi (pendakwah agama/ selebriti TV), search internet, sebab saya ni GBA bukan opsyen Bahasa Arab (semasa pengajian sarjana muda), so saya kena banyak search”.

f.

Inspirasi rakan sebaya Perkara yang sama juga dikesan daripada PK2, yang menjadikan inspirasi persekitaran dan rakan sebaya sebagai sumber pengembangan kandungan pengetahuan dan pedagoginya. Beliau menyatakan inspirasi rakan sebaya: “Ada juga, ada saya lihat juga tengok sahabat lain seperti Ustaz Mior j-QAF, dia ada buat bahan yang penting, guru lain kita tengok ada buat bahan nampak biasa, tapi perlu kepada pemerhatian, kadang-kadang ada kekuatan dan kelemahan yang perlu diperbaiki dari masa ke masa”.

Perbincangan Pengetahuan guru amat penting untuk menjayakan pengajaran. Selaras dengan pendapat Shulman (1987), guru perlu mengetahui isi kandungan, pedagogi am, kurikulum, kandungan pedagogi, pelajar dan ciri-cirinya, begitu juga perlu guru mengetahui konteks pendidikan dan matlamat pendidikan.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

a.

134

Kefahaman Tentang Kepentingan Pengajaran Kosa Kata Melalui Nyanyian Membincangkan tentang kepentingan pengajaran kosa kata melalui nyanyian di sekolah rendah, PK1 dan PK2 memaklumkan beberapa perkara yang membentuk kefahaman mereka iaitu (a) menyedari pengajaran kosa kata melalui teknik nyanyian mampu menarik minat murid untuk belajar dan seterusnya menguasai kosa kata, (b) menyedari kosa kata adalah merupakan asas penguasaan bahasa kerana keperluan komunikasi dan kefahaman, (c) menyedari teknik nyanyian lebih berkesan berbanding teknik dan pendekatan pengajaran yang lain, (d) menyedari nyanyian membantu murid menyebut kosa kata mengikut intonasi dan tekanan suara yang betul, (e) menyedari teknik nyanyian membantu murid mengingat kosa kata yang dipelajari, dan (f) menyedari isi kandungan pelajaran dapat ditingkatkan kerana murid tahu kosa kata yang digunakan dari konteks makna dan penggunaan. PK1 dan PK2 telah menzahirkan kefahaman mereka berkenaan pengajaran kosa kata melalui nyanyian dengan menyatakan kelebihan yang diperoleh daripada penerapan nyanyian. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Shulman (1987) pengetahuan tentang matlamat pendidikan dan pengetahuan tentang konteks pendidikan adalah antara perkara yang menjadi teras dalam PPIK. Peserta kajian ketika menyatakan tentang kepentingan pengajaran kosa kata melalui nyanyian, menjelaskan bahawa kosa kata adalah asas kepada penguasaan bahasa. Hal ini juga adalah merupakan matlamat pembelajaran bahasa iaitu murid menguasai kosa kata dan akhirnya dengan kosa kata itu mereka boleh berkomunikasi. Ini menunjukkan mereka faham bahawa penting bagi seorang guru, memahami apa yang dihasratkan dalam matlamat pendidikan, dan matlamat dalam konteks kajian ini ialah matlamat pendidikan Bahasa Arab di sekolah rendah. Kefahaman terhadap kepentingan pengajaran kosa kata ini adalah selaras dengan pendapat Salwa Yusof (2003) bahawa teknik nyanyian adalah satu teknik pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak yang mempunyai banyak faedah. Antara faedahnya ialah menambah kosa kata boleh memperbaik kemahiran bahasa, melatih kemahiran mendengar dan memperbetul sebutan makhraj huruf dan meningkatkan kekuatan ingatan. Dapatan kajian mendapati peserta kajian masih menghafal kosa kata daripada topik yang telah dipelajari walaupun topik tersebut telah lama berlalu. Kedua-dua peserta kajian juga sepakat bahawa pengajaran kosa kata melalui nyanyian adalah bertujuan untuk menarik minat. Data pemerhatian juga telah menunjukkan peserta kajian telah menjayakan aktiviti pengajaran yang memikat hati murid belajar dan seterusnya berusaha menguasai bahasa.

135 b.

Seminar kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Kefahaman Tentang Sumber Kandungan Seterusnya, perbincangan diteruskan dengan membahaskan kefahaman tentang sumber pengetahuan berkenaan kurikulum dan pedagogi. PK1 dan PK2 telah menyatakan 4 perkara yang menunjukkan dan menjelaskan kefahaman mereka tentang perkara ini iaitu (a) mengetahui hasrat kurikulum atau sukatan untuk disampaikan kepada murid termasuk mengetahui sumber pemilihan kosa kata, (b) menyedari pengajaran kosa kata adalah untuk membolehkan murid berkomunikasi dan menyebut kosa kata Arab dengan baik, (c) membina pengetahuan dan pedagogi melalui persekitaran, dan (d) membina pengetahuan dan pedagogi melalui pengalaman rakan sebaya. Apa yang dinyatakan oleh PK1 dan PK2 jelas menyokong pendapat Shulman (1987), Cochran (et al. 1993), Tengku Zawawi (2005) dan Ahmad Yunus (2010) yang mengatakan pengetahuan guru tentang isi kandungan kurikulum, pedagogi dan murid adalah penting dan menjadi pembeza bagi guru dan professional yang lain, juga membezakan antara penyanyi dan guru yang menerapkan teknik nyanyian dalam pengajaran mereka. Untuk memupuk kemahiran pedagogi yang cemerlang, perlulah mengambil kira pengetahuan mendalam terhadap kurikulum. Guru novis atau guru yang berhasrat untuk menerapkan teknik nyanyian dalam pengajaran hendaklah memahami kehendak kurikulum. Sebagaimana yang dinyatakan dalam Dokumen Standard Kurikulum (DSK) Bahasa Arab (KPM 2010), aktiviti nyanyian diterapkan dalam standard pembelajaran kemahiran bertutur. Standard pembelajaran bermaksud satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan (Portal BPK 2013). Merujuk dapatan kajian, PK1 dan PK2 berkongsi pandangan yang sama tentang isi kandungan pengajaran kosa kata. Mereka berdua mengatakan isi kandungan pengetahuan adalah bersumberkan kurikulum yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Selanjutnya, mereka memahami bahawa standard pembelajaran kemahiran bertutur adalah rujukan utama isi kandungan kurikulum untuk aktiviti nyanyian. Antara hal lain yang berhubung kait dengan sumber isi kandungan kurikulum ialah pemilihan kosa kata. Seorang guru perlu merujuk dan mengambil kosa kata yang disenaraikan dalam DSK Bahasa Arab. Dalam hal ini, peserta kajian dikesan telah merujuk kepada DSK untuk pemilihan kosa kata Bahasa Arab. Hasil pemerhatian dalam bilik darjah mendapati isi kandungan pengajaran dan lagu yang diterapkan dalam aktiviti nyanyian adalah terdiri daripada kosa kata yang tersenarai dalam DSK Bahasa Arab. Untuk rekod, PK1 telah menjalankan

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

136

aktiviti pengajaran dan pembelajaran bertajuk Usrati (keluargku), manakala PK2 memilih tajuk al-Taqwimul Hijri (taqwim hijrah). Seperkara yang unik dalam pembentukan pengetahuan peserta kajian ialah mereka menjadikan persekitaran dan rakan sebaya sebagai inspirasi. PK1 dan PK2 sepakat mengatakan unsur persekitaran dan rakan guru yang lain sedikit sebanyak membantu membina dan menstruktur kefahaman mereka terhadap pengamalan pengajaran yang menerapkan teknik nyanyian. Merujuk kepada pendapat Shulman (1987) fenomena ini ada kaitan dengan pengetahuan tentang kandungan pedagogi. Latar belakang pedagogi sebegini menyumbang kepada kecemerlangan pengajaran seorang guru. Hasil dapatan ini menyokong kajian Keiko (2008) yang menyatakan persekitaran bahasa memainkan peranan penting dalam penguasaan bahasa begitu juga penggunaan optima bahan sokongan seperti alat perakam lagu dan sebagainya. Dalam konteks kajian ini, PK1 mendapat ilham melalui bahan sokongan seperti rancangan televisyen dan kemudian beliau mengadaptasikan dalam pengajaran. Dalam masa yang sama, PK2 menjadikan anak sebagai sumber inspirasi penciptaan lagu. Lagu yang telah dicipta, digunakan dalam pengajaran kosa kata. Oleh itu, boleh dikatakan pembentukan pengetahuan guru dapat dibentuk apabila pemahaman terhadap hasrat kurikulum dijadikan perkara utama dan pertama. Kewujudan bahan persekitaran juga boleh membantu guru memupuk keunikan dalam pendekatan pengajaran seterusnya memastikan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas lebih berkesan.Dapatan kajian juga mendapati keberkesanan teknik nyanyian dalam pengajaran dan pembelajaran adalah antara sebab peserta kajian menerapkannya dalam kelas kepada anak-anak murid. Hasil keberkesanan ini menyumbang kepada kefahaman murid terhadap isi kandungan pelajaran dan penguasaan kemahiran berbahasa sebagaimana yang disasarkan dalam objektif mata pelajaran. iaitu murid menguasai sebutan huruf dan perkataan dengan sebutan yang betul (KPM 2010). Sebutan yang betul bermaksud menyebut mengikut makharijul huruf, intonasi dan tekanan suara yang tepat. Kesimpulan Pembinaan karakter atau watak guru yang mengamalkan teknik nyanyian boleh dibentuk dengan mengambil kira amalan dan pengalaman peserta kajian. Inspirasi persekitaran dan inspirasi rakan sebaya adalah perkara yang boleh membantu memperkembang bakat dan seni pengajaran guru novis. Pembinaan modul tentang aspek pelatihan pedagogi guru pelatih dan pemantapan guru sedia ada. Dapatan kajian yang telah diperoleh boleh membantu kajian seterusnya untuk memahami fenomena yang berlaku dalam pengajaran kosa kata melalui nyanyian. Usaha untuk memahami fenomena pengajaran guru adalah

137

Seminar kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

satu usaha yang perlu dijalankan dengan lebih meluas dan mendalam serta meliputi aktiviti pembelajaran yang lain. Rujukan Ahmad Yunus Kasim & Ab. Halim Tamuri. (2010). Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (PPK) Pengajaran Akidah: Kajian Kes Guru Cemerlang Pendidikan Islam. Journal of Islamic and Arabic Education 2(2): 13-30. Cochran, K.F. (1991). Pedagogical content knowledge: A tentative model for teacher preparation (atas talian). http:// www.eduref.org/ [20 April 2011]. Cochran, K.F., deRuiter, J.A. & King, R.A. (1993). Pedagogical content knowing: an integrative model for teacher preparation. Journal of Teacher Education 44: 263-272. Keiko K Samimy. (2008). Achieving the advanced oral proficiency in Arabic: A case study. Foreign Language Annals. 41(3); ProQuest Education Journals:401-414. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Kurikulum Standard Sekolah RendahBahasa Arab.Bahagian Pembangunan Kurikulum. Shulman, L. S. (1986). Paradigms and Research Programs in the Study of Teaching: A Contemporary Perspective. Dalam M. C. Wittrock, Ed. Handbook of Research on Teaching (3rd Edition). New York: McMillian Publishing Company. Shulman, L. S. (1986). Those who understand: Knowledge growth in teaching. Educational Researcher 15(2):4-14. Shulman, L. S. (1987). Knowledge and teaching: Foundations of the new reform. Harvard Educational Review 57:1-22. Tengku Zawawi Tengku Zainal, Ramle Mustapha & Abdul Razak Habib. (2009). Pengetahuan pedagogi isi kandungan guru matematik bagi tajuk pecahan. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1):131-153. To’imah, Rushdi Ahmad. (1986). Al-marja’ fi ta’lim al-lughah al-arabiah li natiqin bi lughah ukhra. Mekah: Universiti Ummu al-Qura. To’imah, Rushdi Ahmad. (1989). Taalim al Arabiyyah lighairi natiqin biha manahijuha wa Asalibuha. Mesir :Universiti al-Mansurah.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

138

______________ Pernyataan standard. Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2013). http://kssr.bpk.my/pengenalan/pernyataan_standard [24 Januari 2013]

Pengetahuan Isi Kandungan Bahasa Arab dalam kalangan Guru Sekolah Rendah: Satu Tinjauan Awal Ainon Wazir Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak Guru Opsyen Bahasa Arab mestilah menguasai isi kandungan bahasa Arab. Guru bahasa Arab yang tidak menguasai asas pengetahuan isi kandungan bahasa Arab akan menjejaskan penguasaan pelajar terhadap mata pelajaran bahasa Arab. Kertas ini membincangkan salah satu komponen dalam sistem pengetahuan pedagogi isi kandungan bahasa Arab, iaitu apakah pengetahuan asas isi kandungan yang perlu diketahui oleh setiap guru bahasa Arab? Dalam perbincangan ini, pengetahuan isi kandungan yang dimaksudkan merujuk kepada; (a) pengetahuan kandungan subjek bahasa Arab yang meliputi ilmu-ilmu bahasa Arab, iaitu tatabahasa Arab, morfologi Arab, retorika Arab dan sejarah kesusasteraan Arab; (b) pengetahuan kemahiran bahasa Arab yang merangkumi kemahiran mendengar, menulis, membaca dan bertutur; (c) pengetahuan tentang kandungan kurikulum bahasa Arab di peringkat sekolah rendah; dan (d) pengetahuan tentang objektif dan tujuan pengajaran bahasa Arab di peringkat sekolah rendah. Perbincangan dimulakan dengan pengenalan tentang pengetahuan pedagogi isi kandungan secara umum diikuti oleh pengetahuan isi kandungan dan diakhiri dengan perbincangan mengenai pengetahuan isi kandungan guru bahasa Arab. Pendahuluan Setelah lebih 30 tahun bahasa Arab diperkenalkan dalam sistem pendidikan Malaysia, isu pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah masih sering diperkatakan. Sejak dulu lagi, pelbagai pihak telah menjalankan kajian bagi melihat keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah-sekolah. Kajian-kajian tersebut termasuklah kajian-kajian yang dijalankan di peringkat universiti mahupun di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melihat tahap pencapaian pelaksanaan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab yang dijalankan oleh guru-guru di sekolah. Kajian-kajian yang dijalankan pada abad ke 21 oleh para ahli akademik seperti Saidai (2001), Hasanah (2001), Mohd. Rizuan (2002), Abd. Razak (2004), Mustafa (2004), Nik Mohd Rahimi (2005), Nurul Hudaa (2005), Mohd. Ja’afar (2006), Ridzuan (2006), Abdul Salam (2007), Zubaidi (2009) dan Majdah (2011), masing-masing telah menemukan pelbagai kekangan yang mencabar perkembangan pengajaran dan pembelajaran

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

140

bahasa Arab di Malaysia. Antaranya termasuklah penguasaan guru-guru bahasa Arab yang terhad dalam bidang ilmu dan kemahiran bahasa Arab, pendekatan dan strategi pengajaran, teknik pengajaran bahasa Arab dan kurangnya pendedahan dalam latihan kemahiran pengajaran bahasa Arab. Sehubungan itu, pelbagai cadangan telah diutarakan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia, sama ada menyentuh aspek kurikulum, pedagogi mahupun latihan guru bahasa Arab. Antaranya ialah cadangan agar pihak Kementerian Pelajaran Malaysia menyusun satu kurikulum bahasa Arab baru yang lebih mantap dan berkesan khusus bagi pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama/Arab di negara ini (Siti Ikbal 2006). Ia adalah rentetan daripada kelemahan pelajar-pelajar daripada jenis sekolah berkenaan dalam ilmu dan kemahiran bahasa Arab. Selain itu, dalam aspek pedagogi, guru-guru bahasa Arab hendaklah mempelbagaikan kaedah pengajaran bahasa Arab seperti menggunakan kaedah kerja berkumpulan, perbincangan, pembentangan, permainan bahasa dan kaedah-kaedah lain yang lebih menarik dan tidak membosankan (Rosni 2009). Guru-guru bahasa Arab juga hendaklah sentiasa menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa komunikasi di dalam dan luar bilik darjah untuk mewujudkan persekitaran bahasa Arab yang sesuai bagi merangsang penguasaan pelajar dalam bahasa tersebut (Kamarulzaman et al. 2002). Guru juga boleh menggunakan pendekatan wahyu, iaitu satu pendekatan baru dalam pengajaran bahasa Arab yang diutarakan oleh Rosni (2009) berdasarkan sejarah penurunan wahyu kepada Rasulullah SAW oleh malaikat Jibril a.s. Pendekatan ini menekankan beberapa elemen penting, iaitu: (a) kepentingan unsur penyayang dalam pengajaran dan pembelajaran; (b) pengajaran berpusatkan pelajar; (c) pengajaran dimulakan dengan pendahuluan yang terdiri daripada soalan penyoalan untuk membuka minda pelajar dan merangsang keinginan mereka untuk belajar; dan (d) pengajaran berasaskan penerokaan kendiri. Elemen-elemen ini diharap dapat membantu meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Dalam konteks latihan guru, Rosni (2009) mencadangkan agar latihan guru bahasa Arab diadakan secara berkala dalam pelbagai bentuk kursus pengajaran bagi meningkatkan tahap profesionalisme guru-guru bahasa Arab. Mereka juga perlu didedahkan kepada kursus-kursus pengukuhan bahasa bagi meningkatkan kebolehan mereka dalam kemahiran-kemahiran bahasa Arab. Begitu juga dengan kursus keguruan dalam cuti secara berkala bagi mendedahkan mereka kepada kaedah pengajaran bahasa Arab yang terkini dari semasa ke semasa. Sehubungan itu, satu pusat bahasa Arab perlu ditubuhkan sebagai pusat kajian dan pengembangan bahasa Arab serta pusat latihan guru yang bergiat aktif dalam melahirkan guru-guru bahasa Arab yang dilengkapi dengan ilmu dan kemahiran terkini dalam bidang pengajaran bahasa Arab (Ahmad et al. 2002).

141

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Pernyataan Masalah Berdasarkan tinjauan literatur terhadap kajian-kajian lepas, guru-guru bahasa Arab didapati menghadapi kekangan dalam aspek penguasaan pengetahuan isi kandungan bahasa Arab. Pengetahuan isi kandungan bahasa Arab yang dimaksudkan di sini merujuk kepada pengetahuan tentang kandungan subjek bahasa Arab, kemahiran bahasa Arab yang merangkumi kemahiran mendengar, menulis, membaca dan bertutur, pengetahuan tentang kandungan kurikulum bahasa Arab serta tujuan pengajaran bahasa Arab. Secara ringkasnya, komponen pengetahuan ini berkaitan dengan penguasaan guru bahasa Arab dalam bidang ilmu dan kemahiran bahasa Arab di samping penguasaan terhadap kurikulum bahasa Arab di peringkat sekolah. Dalam konteks ini, dapatan kajian Mustafa (2004) yang meninjau permasalahan dalam kalangan 503 orang guru-guru bahasa Arab di sekolah menengah kerajaan seluruh Malaysia mendapati bahawa majoriti responden bersetuju bahawa mereka menghadapi masalah dalam penguasaan hampir keseluruhan ilmu bahasa Arab kecuali ilmu tatabahasa Arab, morfologi dan perkamusan Arab. Kajian ini juga mendapati guru-guru bahasa Arab yang dikaji menghadapi masalah dalam kemahiran bertutur dan menulis dalam bahasa Arab berbanding dengan kemahiran mendengar dan membaca bahasa Arab. Dapatan ini agak menghairankan kerana 51.8% responden kajian ini mendapat pendidikan tinggi di Timur Tengah dan 30.2% daripadanya berkelulusan bidang Bahasa dan Kesusasteraan Arab. Bukan itu sahaja, malah sebahagian daripada mereka turut menghadapi masalah untuk mengajar perumpamaan bahasa Arab, Retorika Arab, petikan Arab dan teks sastera Arab walaupun ia merupakan sebahagian daripada kandungan pelajaran yang terkandung dalam buku teks bahasa Arab KBSM. Begitu juga dengan latihan dan aktiviti dalam setiap unit pelajaran. Terdapat guru-guru bahasa Arab yang tidak mampu mengendalikan latihan dan aktiviti tersebut, lebihlebih lagi jika tidak dibantu oleh buku panduan guru dalam pengajaran bahasa Arab KBSM. Malah terdapat sebahagian guru-guru bahasa Arab yang menghadapi masalah dalam merealisasikan matlamat dan objektif pengajaran bahasa Arab KBSM dengan baik. Selain itu, guru-guru bahasa Arab juga masih menghadapi masalah untuk menjalankan pengajaran yang menarik dan bermakna serta menggunakan bahasa Arab fusha. Begitu juga dengan kajian Mohd. Ja’afar (2006) yang menunjukkan 93.2% daripada responden guru-guru bahasa Arab sekolah rendah masih merasakan bahawa tahap penguasaan bahasa Arab mereka kurang memuaskan walaupun 56.8% daripada mereka telah bertugas selama 5-10 tahun di sekolah masing-masing. Akibatnya, mereka terpaksa bergantung sepenuhnya kepada buku teks dalam melaksanakan aktiviti kemahiran-kemahiran bahasa dan terdapat sesetengah keadaan di mana mereka tidak dapat menyampaikan maksud dan fungsi perkataan serta ayat dengan tepat kerana mereka sendiri tidak tahu maknanya.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

142

Di samping itu, masih ada guru-guru bahasa Arab di sekolah rendah yang tidak menguasai kurikulum bahasa Arab sekolah kebangsaan di mana mereka didapati mengajar bahasa Arab tanpa merujuk kepada sukatan dan huraian sukatan pelajaran yang sepatutnya. Dapatan ini agak mengejutkan kerana sukatan dan huraian sukatan pelajaran merupakan dokumen asas yang terpenting bagi menentukan hala tuju sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam aspek penggunaan bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab, Zawawi (2008) mendapati penggunaan bahasa Melayu dalam pengajaran bahasa Arab adalah sangat dominan sehinggakan semua pemerhatian pengajaran bahasa Arab yang dijalankan oleh beliau dalam kajiannya menunjukkan peratus penggunaan bahasa Melayu yang tinggi. Begitu juga dengan Jefridin (2011) yang menyatakan bahawa kebanyakan guru masih menggunakan bahasa ibunda sepanjang pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Menurutnya, situasi ini bertentangan dengan kehendak dan ciri-ciri pengajaran bahasa kerana ia tidak berupaya melahirkan situasi pembelajaran yang sebenar selain melambatkan penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar. Namun begitu, penggunaan bahasa ibunda dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab masih menjadi pilihan ramai guru bahasa Arab kerana ia mudah dilaksanakan. Berdasarkan kepada isu-isu yang telah dibincangkan, maka adalah amat perlu untuk kita meneroka kembali pengetahuan isi kandungan bahasa Arab yang dimiliki oleh guru-guru bahasa Arab, khususnya di sekolah rendah. Konsep Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan Komponen pengetahuan isi kandungan ialah salah satu dari konsep pengetahuan pedagogi Isi kandungan (PPIK) yang diperkenalkan oleh Shulman (1986) dengan menggunakan istilah bahasa Inggerisnya sebagai Pedagogical Content Knowledge (PCK) yang kemudiannya diperkembangkan menerusi projek ‘Knowledge Growth in Teaching’ untuk memahami pengajaran dan pembelajaran lebih mendalam lagi (Shulman & Grossman 1987). Projek ini bertujuan mengkaji bagaimana guru permulaan memperoleh kefahaman yang baru tentang isi kandungan yang diajar dan bagaimana kefahaman tersebut mempengaruhi kefahaman mereka. Dalam konteks ini, Shulman (1986) mentakrifkan pengetahuan pedagogi isi kandungan sebagai satu konstruk yang digunakan untuk menjelaskan bidang pengetahuan guru mengenai isi kandungan (mata pelajaran) dan pedagogi (strategi pengajaran). Ia adalah pemahaman guru mengenai cara membantu pelajar memahami sesuatu mata pelajaran secara khusus. Ini termasuk pengetahuan tentang bagaimana tajuk-tajuk tertentu dalam sesuatu mata pelajaran, masalah dan isu-isu boleh disusun, dipersembah dan disesuaikan dengan pelbagai minat dan kebolehan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengetahuan pedagogi isi kandungan ini dapat membantu guru-guru dalam membuat analogi, metafora, memberi contoh, mengadakan pelbagai aktiviti dan tunjuk cara bagi membantu kejayaan pelajar. Dengan kata lain, ia dikenali sebagai ilmu yang diperlukan oleh guru untuk

143

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

mengajar mata pelajaran tertentu dan juga sebagai komponen teras ilmu guru sekolah. Dalam konteks ini, Shulman (1986) menyatakan bahawa pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan pedagogi guru perlu berinteraksi dalam minda seseorang guru di mana kebolehannya mensintesiskan dua set pengetahuan tersebut akan menghasilkan pengajaran yang baik dan pembelajaran yang efektif. Selain itu, PPIK juga dianggap sebagai satu pengetahuan yang spesifik bagi membolehkan seseorang guru memindahkan ilmu pengetahuan tentang isi kandungan kepada orang lain (Geddis 1993). Oleh itu, PPIK dilihat sebagai pengetahuan yang unik kepada profesion perguruan yang membezakan seorang guru daripada seorang pakar bidang isi pengetahuan yang tidak mengajar. PPIK juga dianggap sebagai sebahagian daripada ciri-ciri istimewa yang dimiliki oleh seseorang guru dalam usahanya membimbing pelajar untuk memahami isi kandungan dengan bermakna (Shulman 1987). Dalam konteks ini, Grossman et al. (1989) mengutarakan PPIK sebagai satu konsep di mana guru perlu menggunakan pengetahuan psikologi semasa mengajar sesuatu subjek kepada pelajar, iaitu guru perlu memikirkan bagaimana hendak membina jambatan di antara kefahaman guru tentang isi kandungan dengan kefahaman pelajar berkenaan isi kandungan yang sama. Dalam model Grossman (1990) tentang ilmu pengetahuan guru, beliau mengaitkan PPIK dengan tujuan mengajar, bahan kurikulum, kefahaman pelajar tentang isi kandungan, alat bagi menilai kefahaman pelajar, amalan pengajaran yang berkesan untuk mengajar isi kandungan tertentu dan prinsip-prinsip untuk mereka bentuk peluang pembelajaran. Manakala Carter (1990) pula mencadangkan PPIK sebagai apa yang guruguru tahu mengenai mata pelajaran yang diajar dan bagaimana mereka mengaplikasikannya ketika mengajar di bilik darjah berdasarkan kurikulum. Menurutnya, belajar untuk mengajar adalah bagaimana mengubah pengetahuan dari satu bentuk kepada yang lain, dari cadangan kepada aplikasi yang akan bermakna kepada pelbagai pengalaman. Oleh itu, pengertian tentang pengetahuan pedagogikal kandungan adalah berkait rapat dengan proses transformasi daripada pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan pedagogi untuk dipermudahkan dalam pengajaran dan pembelajaran (Carter 1990; Shulman 1987). Gudmundsdottir (1995) pula menjelaskan bahawa pengetahuan pedagogi isi kandungan adalah pengetahuan isi kandungan guru yang telah dipindahkan menjadi sesuatu yang berbeza daripada sebelumnya, yang berbentuk aplikasi yang praktikal dalam pengajaran. Oleh itu, guru perlu meluaskan prinsip, strategi pengurusan bilik darjah dan mengorganisasikan sesuatu mata pelajaran dengan baik untuk disampaikan kepada pelajar dengan mudah difahami (McDiarmid et al. 1989) dan membolehkan guru mengesan atau mendiagnos pemahaman dan miskonsepsi di kalangan pelajar (Bennet et al. 1993). Manakala menurut Magnusson et al. (1999), pengetahuan pedagogikal kandungan adalah konstruk yang penting untuk menjelaskan peranan pengetahuan guru dalam memudahkan perkembangan pengetahuan murid, khususnya untuk mata pelajaran yang kompleks seperti sains.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

144

Berdasarkan kepada pelbagai definisi dan takrifan yang telah dikemukakan, tidak dapat dinafikan lagi bahawa pengetahuan pedagogi isi kandungan merupakan satu elemen asas terpenting yang mesti dikuasai oleh guru. Tanpa pengetahuan ini, pengajaran dan pembelajaran mungkin tidak akan berkesan dan bakal menghadapi pelbagai masalah yang boleh menggagalkan proses pemindahan ilmu dan kemahiran daripada guru kepada pelajar. Begitu juga terdapat pelbagai pendapat dalam menentukan komponenkomponen PPIK, bermula dengan Shulman (1986) dan Grossman (1990) yang mencadangkan bahawa PPIK merangkumi empat komponen utama, iaitu (a) pengetahuan dan kepercayaan tentang tujuan mengajar sesuatu subjek; (b) pengetahuan tentang pelajar, iaitu tentang kefahamannya, konsep dan miskonsepsi terhadap topik tertentu dalam isi kandungan subjek; (c) pengetahuan tentang kurikulum; dan (d) strategi instruksional dan penyampaian bagi sesuatu topik. Manakala Smith dan Neale (1989) pula meringkaskan bahawa PPIK mempunyai tiga komponen sahaja, iaitu (a) pengetahuan tentang kesalahan tipikal pelajar; (b) pengetahuan tentang penerangan isi kandungan; dan (c) pengetahuan tentang strategi pengajaran yang spesifik. Seterusnya, Fernandez-Balboa & Steihl (1995) menambah satu lagi komponen kepada komponen sedia ada yang telah dikemukakan oleh Shulman (1986), menjadikan jumlah komponen PPIK kepada lima, iaitu (a) isi kandungan; (b) pelajar; (c) strategi pengajaran; (d) iklim pengajaran dan pembelajaran; dan (e) tujuan atau objektif pengajaran. Ini bermakna, pengajaran yang berkesan mengikut Fernandez-Balboa & Steihl (1995) mestilah turut mengambil kira iklim pembelajaran dan perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah. Selain itu, Magnuson et al. (1998) turut mencadangkan pembahagian PPIK kepada lima komponen utama berdasarkan kepada hasil kerja Grossman (1990) menerusi ‘Model of Teacher Knowledge’ . Menurutnya, lima komponen PPIK tersebut ialah (a) orientasi terhadap pengajaran bagi sesuatu pelajaran; (b) pengetahuan tentang kurikulum subjek; (c) pengetahuan tentang kefahaman pelajar; (d) pengetahuan tentang strategi pengajaran; dan (e) pengetahuan tentang kaedah penilaian. Walaubagaimanapun, perbincangan dalam kertas ini hanya akan menyentuh salah satu komponen pengetahuan pedagogi isi kandungan, iaitu pengetahuan isi kandungan. Komponen Pengetahuan Isi Kandungan Komponen Pengetahuan isi kandungan adalah satu kefahaman yang mendalam tentang isi kandungan yang akan diajar dan perlu selaras dan menepati spesifikasi kurikulum atau sukatan pelajaran (Shulman 1987; Calderhead 1996; Borko & Putnam 1996; Cochran et al. 1998; Wiseman et al. 1999; Nik Azis 1996; Tengku

145

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Zawawi 2005). Pengetahuan ini sangat penting kepada seseorang guru kerana pengetahuan terhadap isi kandungan pelajaran adalah asas kepada pengetahuan guru terhadap apa yang mereka tahu berkaitan dengan apa yang mereka ajar (Cochran et al. 1998). Pengetahuan ini juga memberikan pengaruh ke atas kaedah guru merangka dan melaksanakan aktiviti murid, bagaimana guru menilai dan menggunakan bahan pengajaran, di samping turut berkait rapat dengan apa yang murid pelajari (Yusminah 2012). Ini bermakna, guru yang kurang menguasai isi kandungan subjek akan memberi kesan kepada wacana dalam bilik darjah (Carlsen 1988) kerana apabila guru mempunyai maklumat yang tidak tepat atau mempunyai pengetahuan yang cetek tentang isi kandungan subjek bagi tajuk atau kemahiran yang diajar, mereka akan menyalurkan idea yang kurang tepat dengan kandungan subjek tersebut kepada para pelajar. Di samping itu, mereka juga didapati gagal untuk menangani salah konsep dalam kefahaman pelajar dan cenderung untuk menggunakan buku teks dan bahan rujukan tanpa kritikan atau membuat perubahan yang sesuai (Ball & McDiarmid 1991). Hal yang sama juga dikemukakan oleh Hashweh (1987) yang mendapati guru Sains yang berpengalaman tetapi kurang pengetahuan tentang sesuatu topik tertentu cenderung untuk berpandu kepada buku teks semasa merancang sesuatu pengajaran. Mereka juga lebih cenderung untuk mengikut struktur yang dicadangkan dalam buku teks, kurang mengenal pasti kesilapan yang terdapat dalam buku teks dan jarang mengubah suai aktiviti pengajaran yang dicadangkan dalam buku teks.Hashweh juga merumuskan bahawa guru yang kurang berpengetahuan tidak mampu mengesan dan memperbetulkan konsepsi sedia ada pelajar-pelajar dan tidak mampu menggunakan peluang yang ada untuk membincangkan konsep-konsep lain yang berkaitan serta tidak mampu mengintepretasikan pendapat pelajar dengan tepat dan tidak mampu menangani masalah-masalah di bilik darjah. Dapatan ini jelas sekali menyokong dapatan kajian projek penyelidikan ‘The Knowledge Growth in Teaching’ yang dipelopori oleh Shulman dan rakan-rakannya, di mana dapatan kajian tersebut menunjukkan penguasaan pengetahuan isi kandungan oleh guru mempengaruhi rancangan mengajar dan gerak geri guru dalam bilik darjah. (Shulman & Grossman 1987). Begitu juga menurut kajian Goulding et al. (2002) yang mendapati kelemahan dalam kefahaman elemen matematik berkenaan pengetahuan isi kandungan di kalangan guru memberi kesan kepada perancangan dan pengajaran. Ini bererti tindakan dan sikap guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dipengaruhi oleh proses pemikiran guru termasuk pengetahuan kandungan (Grossman 1990; McDiarmid et al., 1989). Manakala Ma (1999) pula berpendapat bahawa tanpa kefahaman yang mendalam tentang isi kandungan yang diajar, tidak mungkin seseorang guru dapat mencetuskan pedagogi yang bersesuaian untuk mengajar. Oleh itu, faktor penguasaan isi kandungan yang efektif oleh guru-guru didapati memberi kesan

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

146

secara langsung kepada proses pengajaran (Supovitz & Turner 2000) seperti yang dibuktikan oleh kajian Leibbradt (2000) yang mendapati pengetahuan isi kandungan guru dapat meningkatkan pencapaian pelajar sehingga 40% apabila mata pelajaran sains dan matematik diajar oleh guru yang mempunyai pengkhususan dalam keduadua mata pelajaran tersebut. Bukan itu sahaja, malah pengetahuan isi kandungan yang mendalam terhadap tajuk dan subjek yang diajar membolehkan guru menyampaikan pengajaran dengan lebih mudah untuk difahami oleh murid (Zaidah 2005). Pengetahuan isi kandungan guru juga bukanlah sesuatu yang statik. Menurut Ma (1999), pengetahuan isi kandungan guru berkembang melalui proses pengajaran dan pembelajaran subjek berkenaan apabila guru membuat persediaan mengajar, menyampaikan pengajaran dan membuat refleksi terhadap proses pengajaran yang dilaksanakan. Perkembangan pengetahuan ini amat penting kerana pendidikan adalah satu bidang yang dinamik. Pengetahuan, bahan-bahan dan teknik pengajaran dan pembelajaran perlu ditambah baik dari semasa ke semasa, ditingkat dan dikemaskinikan agar kualiti pendidikan yang disampaikan kompetitif dengan keperluan dan cabaran semasa dalam dunia pendiikan. Perbincangan di atas menunjukkan bahawa pengetahuan isi kandungan menjadi salah satu keperluan asas kepada seseorang guru untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, pengetahuan ini tidak boleh diasingkan daripada penguasaan pengetahuan pedagogi kerana gabungan keduaduanya memainkan peranan untuk membentuk pengetahuan pedagogi isi kandungan yang akan melengkapkan pengetahuan guru bagi memantapkan proses pengajaran guru di dalam bilik darjah (Grossman et al. 1990). Pengetahuan Isi Kandungan Bahasa Arab Dalam Kalangan Guru Seseorang guru bahasa Arab yang mahir berbahasa Arab belum boleh dianggap sebagai seorang guru bahasa Arab yang baik, melainkan jika memiliki beberapa kriteria penting seperti kemahiran menguasai bahasa Arab, kemahiran menguasai teknik pengajaran bahasa Arab dan kemahiran menguasai serta mengendalikan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di dalam kelas. Bukan itu sahaja, malah seseorang guru bahasa juga perlu memahami sistem, struktur bahasa yang diajar, perbezaan antara bahasa pertama dan kedua serta mampu menghuraikan dan menyampaikannya kepada pelajar (Brown 1992). Seorang guru bahasa Arab yang mengajar nahu misalnya, perlu mengetahui dengan yakin dan benar berhubung dengan strategi, kaedah, pendekatan dan bahan serta sumber yang sesuai untuk mengajar sesuatu kemahiran atau konsep nahu (Nik Mohd Rahimi 2012). Dalam konteks ini, kajian yang telah dijalankan oleh Osman (1990) telah merumuskan beberapa kriteria penting yang perlu dimiliki oleh guru bahasa Arab yang berpengetahuan dan berkebolehan dalam pengajaran bahasa Arab, iaitu seperti berikut:

147 i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x.

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Menguasai dan memahami bahasa Arab dengan baik dalam pelbagai situasi. Mampu membaca buku-buku bahasa Arab yang ditulis dalam pelbagai gaya bahasa. Mampu bertutur bahasa Arab dengan fasih dan lancar. Mampu mempelbagai gaya bercakap dan menulis sama ada dalam bentuk akademik mahupun bukan akademik dengan baik. Mengetahui ciri-ciri keistimewaan bahasa Arab dan perkembangannya serta perbezaan yang wujud antara bahasa Arab fusha dengan bahasa Arab bukan fusha. Mengetahui perkara-perkara atau prinsip-prinsip utama dalam bidang pengajaran. Mengetahui kaedah dan cara yang berkesan dalam pengajaran dan mampu merealisasikannya dalam pengajaran bahasa Arab. Memahami latar belakang kebudayaan Arab dan hubungannya dengan pembelajaran bahasa Arab. Mengetahui ilmu kesusteraan Arab dan tokoh-tokoh sastera Arab yang terkenal. Mempunyai latar belakang bahasa pertama yang digunakan oleh pelajar dan mampu membuat perbandingan antara bahasa pertama dan bahasa Arab apabila keadaan memerlukannya berbuat demikian.

Secara kesimpulannya, seseorang guru bahasa Arab yang memiliki pengetahuan isi kandungan bahasa Arab yang baik mestilah menguasai beberapa komponen penting, iaitu pengetahuan kandungan subjek bahasa Arab, pengetahuan empat kemahiran bahasa Arab dan pengetahuan kurikulum bahasa Arab yang merangkumi matlamat, objektif bahasa Arab, isi kandungan tajuk dan kemahiran bahasa Arab. Pemilihan komponen-komponen ini adalah berdasarkan kepada kerangka-kerangka pengetahuan pedagogi isi kandungan yang telah dikemukakan oleh Shulman (1987), Grossman (1990), Turner-Bisset (1999), Borgia (2001) dan Noor Shah (2006). Dalam konteks ini, ciri utama yang perlu ada pada seorang guru bahasa Arab ialah penguasaannya terhadap kandungan subjek bahasa Arab secara umum. Antara kandungan utama yang perlu dikuasai ialah ilmu morfologi dan sintaksis bahasa Arab, retorika bahasa Arab, sejarah bahasa dan kesusasteraan Arab, fonetik dan fonologi bahasa Arab serta linguistik dan perkamusan Arab (Bahagian Pendidikan Guru 2009). Setelah menguasai subjek ini dengan baik, barulah seseorang guru mampu menyampaikannya dengan berkesan kepada para pelajar. Malah guru itu juga dapat menyampaikan pengajarannya dengan cara yang mudah difahami oleh pelajar dan mampu menukarkan konsep yang susah menjadi mudah (Noor Shah 2006). Begitu juga guru bahasa Arab perlulah tahu lebih daripada tajuk-tajuk yang terkandung dalam kurikulum sekolah dan boleh menjelaskan mengapa sesuatu isi kandungan itu perlu dikuasai dan kaitannya dengan isi kandungan subjek lain, seperti yang disarankan oleh Shulman (1986). Di samping itu, guru bahasa Arab juga perlu menguasai empat kemahiran bahasa Arab yang utama, iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis bahasa Arab (Bahagian Pendidikan Guru 2009). Tanpa pengetahuan ini, guru bahasa Arab

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

148

dikhuatiri tidak mampu menyampaikan isi kandungan yang berkaitan dengan kemahiran berbahasa Arab kepada para pelajar. Tuntutan ini adalah selaras dengan prinsip pengajaran bahasa Arab yang menghendaki pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab berlangsung sepenuhnya dalam bahasa Arab (Jefridin 2011). Di samping itu, guru bahasa Arab juga perlu menguasai pengetahuan kurikulum bahasa Arab yang merangkumi matlamat, objektif, isi kandungan tajuk dan kemahiran bahasa Arab. Malah, guru juga perlu menghayati matlamat dan objektif mata pelajaran yang diajar (Hassard 2000; Magnusson 1998) untuk membolehkannya menetapkan sasaran untuk kumpulan tertentu yang perlu dicapai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Bagi memastikan sasaran yang dirancang dapat dicapai, guru bahasa Arab mestilah memiliki pengetahuan tentang spesifikasi kurikulum berdasarkan huraian sukatan pelajaran yang telah ditetapkan.Di samping itu, adalah penting untuk guru bahasa Arab mengetahui kurikulum menegak dan kurikulum mendatar bagi subjek yang diajar. Kurikulum menegak merujuk kepada pengetahuan sedia ada pelajar bagi subjek tersebut dalam tahun-tahun sebelumnya dan apa yang diharapkan mereka pelajari dalam tahun-tahun yang berikutnya, manakala kurikulum mendatar pula merujuk kepada keupayaan guru menghubungkan perbincangan sesuatu topik dengan subjeksubjek lain (Hassard 2000; Magnusson 1998). Apabila seseorang guru bahasa Arab dapat menguasai isi kandungan kurikulum bahasa Arab dengan baik, guru tersebut mempunyai keupayaan untuk menyusun, menyepadukan, mengubahsuai isi kandungan mata pelajaran, menyampaikannya dan menyesuaikannya dengan kehendak pelajar (Cochran et al 1998; Tickle 1999). Ini dapat mengelakkan guru tersebut daripada terlalu bergantung kepada buku teks sebagaimana terdapat sesetengah guru yang menganggap bahawa penggunaan buku teks adalah penting dan ianya lebih menyerupai sukatan pelajaran (Rajendran et al. 1995). Malah mereka menganggap apabila menggunakan buku teks dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan, secara automatiknya telah memenuhi keperluan untuk mencapai objektif dan matlamat pengajaran dan pembelajaran ((Noor Shah 2006) sedangkan matlamat dan objektif sebenar kurikulum adalah jauh lebih ideal daripada hanya bergantung kepada buku teks. Kesimpulan Kajian tentang pengetahuan pedagogi guru bahasa Arab di Malaysia masih dianggap baru. Oleh itu, tidak banyak dapatan ditemukan yang berkaitan dengan tahap pengetahuan guru bahasa Arab. Justeru, adalah amat penting untuk dijalankan kajian-kajian tentang tahap pengetahuan pedagogi isi kandungan dalam kalangan guru-guru bahasa Arab, khususnya di sekolah rendah bagi meneroka pengetahuanpengetahuan yang dikuasai oleh guru bahasa Arab. Keperluan ini menjadi lebih mendesak dengan adanya program j-QAF di sekolah kebangsaan yang turut meliputi pengajaran dan pembelajaran subjek bahasa Arab. Dengan adanya maklumat tentang

149

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

tahap sebenar pengetahuan pedagogi isi kandungan guru bahasa Arab, langkahlangkah penambahbaikan boleh diambil oleh pihak yang berkaitan bagi meningkatkan mutu guru-guru bahasa Arab dan kualiti pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab secara umumnya. Rujukan Abd. Razak Abu Chik. (2004). Pendekatan pengajaran berasaskan kata serapan bahasa Melayu untuk meningkatkan kefahaman perbendaharaan kata Bahasa Arab Tinggi Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Abdul Salam Mohamed Ibrahim. (2007). Pendekatan komunikatif dalam pengajaran bahasa Arab Komunikasi di sekolah menengah: Persepsi guru-guru bahasa Arab di Melaka. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Ahmad Ismail, M., Syukri, Abd, Rahman, & Ismail Omar, (2002). Kurikulum dan penilaian bahasa Arab komunikasi peringkat menengah rendah: Satu perbincangan. Kertas kerja yang dibentangkan di Wacana Pendidikan Islam (Siri 1), Kurikulum Bersepadu Pendidikan Islam Menghadapi Cabaran Era Globalisasi, Kolej Islam Selangor Darul Ehsan (KISDAR). Bahagian Pendidikan Guru. (2009). Buku Panduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian. Bennet, N. (1993). Knowledge bases for learning to teach. Dalam C. N.Bennet, Carre, (Pyt.), Learning to teach. London: Routledge. Borgia, L. G. (2001). Pedagogical content knowledge in project based teaching.. Disertasi PhD yang tidak diterbitkan, University of Illinois at Urbana Champaign, Illinois. Borko, H., & Putnam, R.T. (1996). Learning to teach. Dalam D. C. Berliner, & Calfee, R (Pyt.), Handbook of Educational Psychology (pp. 673-708). San Diego: Academic Press. Brown, J. D. (1992). The biggest problem tesol members see facing see facing ESL/EFL today. Tesol Matters, 2(2). Calderhead, J. (1996). Teachers: Beliefs and knowledge. Dlm. Berliner, D.C. (pnyt.). Diperoleh Jun 2, 2012 daripada http://www.education.leeds.ac.Uk/research /files/145.pdf Carlsen, W. S. (1988). The effects of science teacher subject-matter knowledge on teacher questioning and classroom discourse. Disertasi kedoktoran yang tidak diterbitkan. Stanford University.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

150

Carter, K. (1990). Teachers' knowledge and learning to teach. Dalam W.R. Houston (Pyt.), Handbook of Research on Teacher Education (pp. 291-310). New York: Mac Millan. Cochran, K. F., King, R.A, & DeRuiter, J.A,. (1998). Pedagogical content knowledge: A tentative model for teacher preparation. East Lansing, MI: National Center for Research on Teacher Learning. Fernandez-Balboa, J. M., & Steihl, J. (1995). The generic nature of pedagogical content knowledge among college professors. Teaching and Teacher Education, 11(3), 293-306. Geddis, A. (1993). Transforming subject matter knowledge. The role of pedagogical content knowledge in learning to reflect on teaching. International Journal of Science Education, 15(6), 673-683. Goulding, M., Rowland, T. & Barber, P. (2002). Does it matter? Primary teacher trainees' subject knowledge in Mathematics. British Educational Research Journal, 28(5), 689-704. Grossman, P. L., Wilson, S.M, & Shulman, L.S,. (1989). Teachers of substance: Subject matter knowledge for teaching. Dalam M. Reynolds (Pyt.), Knowledge Base for Beginning Teacher (pp. 23-26). Oxford, England: Pergamon Press. Grossman, P. L. (1990). The Making of a Teacher: Teacher Knowledge and Teacher Education. New York: Teachers College Press. Gudmundsdottir, S. (1995). The narrative nature of pedagogical content knowledge. Dalam K. E. H.McEwan (Pyt.), Narrative in teaching, learning and research. New York: Teachers College. Hasanah Hj. Iksan. (2001). Pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab komunikasi: Kajian khusus di sekolah-sekolah agama menengah Jabatan Agama Islam Selangor. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Hashweh, M. Z. (1987). Effects of subject matter knowledge in teaching of biology and physics. Teaching and Teacher Education, 3(2), 109-120. Hassard, J. (2000). Pedagogical content knowledge concept map. Diperoleh Sept 12, 2012 daripada http://www.scied.gsu.edu/Hassard Jefridin Pilus. (2011). Maklum balas guru terhadap respon pelajar semasa pengajaran bahasa Arab tinggi: Satu kajian kes. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

151

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Kamarulzaman Abdul Ghani, Zawawi Ismail, & Nik Mohd Rahimi Nik Yusof. (2002). Peranan persekitaran bahasa Arab terhadap kemahiran bahasa Arab komunikasi. Kertas kerja yang dibentangkan di Wacana Pendidikan Islam (Siri 1), Kurikulum Bersepadu Pendidikan Islam Menghadapi Cabaran Era Globalisasi. Leibbradt, J. (2000). ETS study validates premise underlying NCATE standards; Affirms more than subject matter knowledge necessary for effective teaching. Diperoleh Jan 20, 2013 daripada http://www.ncate.org/newsbrfs/ettshowteach.matters.htm Ma, L. (1999). Knowing and teaching elementary mathematic: teacher's decision making. University of Wisconsin. Dissertations Abstracts International, A 50.9, 2773. Magnusson, S., Krajcik, J, & Borko, H. (1999). Nature, sources and development of pedagogical content knowledge for science teaching. Dalam J.Gess Newsome & N. Lederman. (Pyt), Examining pedagogical content knowledge: The construct and its implications for science education (pp. 99). Kluwer: Dordrecht. Majdah Mohammed. (2011). Kajian keberkesanan pelaksanaan bahasa Arab Komunikasi dalam program j-QAF di sekolah rendah. Universiti Kebangsaan Malaysia. McDiarmid, G. W., Ball, D.L, & Anderson, C.A,. (1989). Why saying one chapter ahead doesn't really work: Subject-specific pedagogy. Dalam M. Reynolds (Pyt.), Knowledge base for the beginning teacher. Oxford, UK: Pergamon. Mohd. Ja'afar Ab. Latif. (2006). Pendekatan komunikatif dalam pengajaran bahasa Arab komunikasi sekolah kebangsaan: Kajian di sekolah-sekolah dalam Daerah Hulu Langat, Selangor. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Mohd. Rizuan Hj. Abd. Rasip. (2002). Strategi pengajaran bahasa Arab di sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) dan sekolah menengah agama persekutuan (SMAP) di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Mustafa Che Omar. (2004). Masalah guru dalam pengajaran bahasa Arab di sekolah menengah kerajaan di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Nik Azis Nik Pa. (1996). Perkembangan Profesional: Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

152

Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. (2005). Penilaian kemahiran mendengar dalam kurikulum bahasa Arab komunikasi di sekolah-sekolah agama kerajaan negeri. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Nurul Hudaa Hasan, Mahat Afifi. (2012). Pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) pengajaran bahasa Arab. Kertas kerja yang dibentangkan di Persidangan Kebangsaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012, Universiti Kebangsaan Malaysia. Noor Shah Saad. (2006). Pengetahuan pedagogi kandungan dan amalannya di kalangan guru matematik sekolah menengah. Universiti Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Nurul Hudaa Hassan. (2005). Persepsi guru-guru Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) Bahasa Arab MPI-UIAM terhadap ilmu nahu. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Osman Hj. Khalid. (1990). Pengajian dan pembelajaran bahasa Arab di sekolahsekolah dan pusat pengajian tinggi awam di Malaysia. Kertas kerja yang dibentangkan di Persidangan Kebangsaan Pendidikan Islam. Institut Teknologi Mara, Selangor. Rajendran, N., Noor Shah Saad, Nagendralingan, R, Sopia Md Yasin, Idris Mohd Radzi, & Lim Chong Hin,. (2005). Teachers' pedagogical decision making qualities : transforming teaching and learning. Tanjung Malim: Universiti Perguruan Sultan Idris. Ridzuan Mat Yusof. (2006). Amalan pengajaran perbendaharaan kata di kalangan guru bahasa Arab di negeri Pahang. Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Rosni Samah. (2009). Isu Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia. Nilai: Penerbit USIM. Saidai Hj. Hitam. (2001). Pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolahsekolah menengah kerajaan, kementerian pendidikan, negara Brunei Darussalam: Satu kajian mengenai permasalahan guru dan pelajar serta penyelesaiannya. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Shulman, L. S. (1986). Those who understand: Knowledge Growth in Teaching. Educational Research, 15(2), 4-14. Shulman, L. S., & Grossman, P.L. (1987). Final report to the Spencer Foundation (Technical Report of the Knowledge Growth in a Profession Research Project). Stanford, CA: School of Education, Stanford University.

153

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Shulman, L. S. (1987). Knowledge and teaching : foundations of the new reform. Harvard Education Review, 56(1), 1-22. Siti Ikbal Sheikh Salleh. (2006). Masalah penguasaan pertuturan bahasa Arab di kalangan pelajar sekolah menengah agama di Selangor. Dalam Mohd Rosdi Ismail & Mat Taib Pa (Pyt), Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia (pp. 61-87). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Smith, D. C., & Neale, D.C. (1989). The construction of subject matter knowledge in primary science teaching. Teaching and Teacher Education, 5(1), 1-20. Supovitz, J. A., Turner., H.M. (2000). The effect of professional development on science teaching practice and classroom culture. Journal of Research in Science Teaching, 37(9), 963-980. Tickle, L. (1999). Teacher Induction: The Way Ahead. Buckingham: Open University Press. Turner-Bisset, R. (1999). The knowledge bases of the expert teacher. Diperoleh pada Jun 3, 2012 daripada http://www.ebscohost.com Wiseman, D. L., Cooner, D.D. & Knight, S.L. (1999). Becoming a Teacher in a Field-based Setting : An Introduction to Education and Classrooms. USA: Wadsworth Publishing. Yusminah Mohd Yusof. (2012). Pengajaran dan pengintegrasian komponen pengetahuan pedagogikal isi kandungan (PCK) guru dalam algebra. Universiti Kebangsaan Malaysia. Zaidah Yazid. (2005). Pengetahuan pedagogikal kandungan (PPK) guru matematik tambahan berpengalaman. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Zubaidi Sulaiman. (2009). Pengajaran bahasa Arab berbantukan komputer dalam kalangan guru j-QAF daerah Klang. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

154

Tahap Pelaksanaan Pengajaran Model Enam Bulan Khatam Al-Quran Program j-Qaf Di Negeri Selangor Amal Hayati Md. Nor

Abstrak Kajian ini dilaksanakan untuk menilai pelaksanaan pengajaran Tilawah alQuran program j-QAF khususnya bagi model 6 Bulan Khatam al-Quran di kalangan guru-guru Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan di negeri Selangor. Reka bentuk kajian ini adalah secara deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Persoalan kajian yang dikemukakan dalam kajian ini iaitu pelaksanaan pengajaran Tilawah al-Quran program j-QAF bagi model 6 Bulan Khatam al-Quran. Seramai 240 orang guru Pendidikan Islam dan guru j-QAF dipilih sebagai responden dari sekitar Sekolah Kebangsaan Daerah Hulu Langat, Klang dan Kuala Selangor. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik di mana skala Likert digunakan bagi menilai item-item yang diberikan. Data-data dianalisis dengan menggunakan program SPSS for window ver. 18.0 bagi melihat frekuensi, min dan peratusan. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan tahap pelaksanaan pengajaran tilawah alQuran program j-QAF bagi model 6 Bulan Khatam al-Quran di kalangan guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF berada pada tahap yang tinggi (min 4.18, sp = 0.383). Namun begitu terdapat beberapa perkara yang perlu diberi penekanan dalam pelaksanaan pengajaran Tilawah Al-Quran agar muridmurid bukan sekadar khatam al-Quran tetapi benar-benar dapat menguasai bacaan al-Quran dengan sempurna sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Pendahuluan Program j-QAF yang baru diperkenalkan pada tahun 2005 merupakan salah satu usaha penting ke arah memartabatkan al-Quran di kalangan pelajarpelajar di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Salah satu objektif utama program ini dalam bidang tilawah al-Quran adalah ingin melahirkan pelajar yang bukan sahaja menguasai bacaan al-Quran dengan baik malah khatam alQuran sebelum menjejakkan kaki ke sekolah menengah dengan mengenengahkan beberapa model yang terdapat dalam program tersebut.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

156

Perubahan demi perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan kebangsaan membuktikan kesungguhan dan usaha kerajaan Malaysia dalam menambahbaik serta meningkatkan kualiti penguasaan al-Quran di kalangan pelajar. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Islam iaitu melahirkan modal insan yang mampu mentadbir dan memakmurkan alam sejagat. Sehubungan itu, bagi mencapai hasrat ini, gurulah yang memainkan peranan penting yang mendidik pelajar-pelajar bukan sahaja mampu membaca al-Quran, malah menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup mereka seharian. Oleh itu, guru perlu mempersiapkan diri dengan segala ilmu dan kemahiran bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang mampu memberi kesan dan perubahan positif diri pelajar. Pernyataan Masalah Kajian ini bertitik-tolak daripada masalah besar yang melibatkan kelemahan pelajar dalam menguasai kemahiran membaca al-Qur’an. Ia berfokus kepada ketidakupayaan mereka menguasai tahap kemahiran membaca al-Qur’an yang bertepatan dengan hukum tajwid, makhraj, sifat dan fasahah yang baik. Masalah inilah yang sebenarnya dihadapi oleh pelajar baik di sekolah, kolej, atau institusi-institusi pengajian. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk mengatasi masalah yang semakin membimbangkan ini. Kemuncak kepada usaha-usaha ini, Kementerian Pelajaran Malaysia menerusi Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral telah merangka program j-QAF bagi memantap dan memperkasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah. Namun, terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan seperti Mohd Naim (2003), Mohd Aderi (2004) dan Aderi & Rohani (2009) yang memfokuskan tentang kelemahan penguasaan kemahiran membaca Al-Quran di kalangan pelajar walaupun mereka telah melalui enam tahun pembelajaran di sekolah rendah. Ianya menyokong hasil dapatan kajian Mohd Faisal et al. (2008), pelajar yang mengikuti model Enam Bulan Khatam Al-Quran menunjukkan 75.8% mencapai objektif dan 15% masih tidak boleh menguasai bacaan Al-Quran. Ini menunjukkan masalah kelemahan dalam penguasaan bacaan Al-Quran di kalangan pelajar masih terus berlanjutan walaupun melalui pelaksanaan program j-QAF. Kini, Program j-QAF telah hampir lapan tahun diperkenalkan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Namun penilaian terhadap hasil dan keberkesanannya belum dikaji secara menyeluruh. Kajian ini bakal

157

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

menyingkap tahap pelaksanaan pengajaran Tilawah al-Quran program j-QAF khusus bagi model 6 Bulan khatam al-Quran. Melalui kajian ini juga, kita berupaya mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelaksanaan pengajaran Tilawah Al-Quran setelah lapan tahun program ini dilaksanakan. Semoga satu pendekatan baru yang lebih sempurna dapat diambil dan dilaksanakan untuk mengatasi kelemahan program ini disamping mengekalkan kekuatan sedia ada yang telah diterapkan menerusi model-model yang telah diperkenalkan. Tujuan Kajian Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai tahap pelaksanaan pengajaran Tilawah al-Quran program j-QAF di kalangan guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF khusus bagi model 6 Bulan Khatam al-Quran. Metodologi Kajian Kajian ini adalah kajian deskriptif yang menggabungkan dua bentuk kajian iaitu kualitatif dan kuantitatif. Ia memerihalkan pelaksanaan pengajaran tilawah al-Quran dalam kurikulum pendidikan Islam program j-QAF yang dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan dengan menggunakan 3 komponen penting penilaian dalam Model Penilaian CIPP Stufflebeam dan Shinkfield (1985). Bagi tujuan pengumpulan data, penyelidik mendapatkan data kajian dengan menggunakan kaedah tinjauan. Data kuantitatif diperolehi melalui borang soal selidik yang digunakan dalam 3 aspek penilaian CIPP (1985) iaitu aspek konteks, input dan proses. Instrumen ini memperincikan data berkaitan dengan aspek proses yang menyentuh tentang objektif, isi kandungan dan pelaksanaan pengajaran tilawah al-Quran program j-QAF. Instrumen ini telah dibentuk sendiri oleh penyelidik dan telah mendapat pengesahan daripada tiga orang panel daripada universiti tempatan untuk menilai dari segi bahasa, format dan kejelasan maksud setiap item yang dikemukan. Borang soal selidik ini mengandungi 2 bahagian iaitu Bahagian A yang terdiri daripada item-item berkaitan latar belakang responden antaranya jantina, umur dan tempoh pengalaman mengajar. Bahagian B pula adalah soalan-soalan khusus berkaitan kajian yang menggunakan Skala Likert yang mengandungi 5 jawapan yang berskala 1 hingga 5. Populasi kajian ini ialah semua guru Pendidikan Islam dan j-QAF yang mengajar pengajaran tilawah al-Quran program j-QAF yang berjumlah 1198

158

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

orang. Untuk mendapatkan sampel guru bagi kajian ini, teknik persampelan rawak kelompok atas kelompok telah digunakan. Pengkaji telah memilih sampel seramai 240 orang guru yang mengajar tilawah al-Quran program jQAF di Sekolah Kebangsaan (SK) yang terdapat di daerah Hulu Langat, Klang dan Kuala Selangor. Guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF dipilih kerana mereka adalah orang yang terlibat sepenuhnya dalam melaksanakan pengajaran Tilawah al-Quran program j-QAF khususnya Model 6 Bulan Khatam al-Quran. Penganalisisan data dibuat dengan menggunakan pengaturcaraan SPSS for windows ver. 18.0. Analisis data dilakukan secara deskriptif dalam bentuk frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai. Dapatan dan Perbincangan Di dalam tajuk ini, pengkaji akan membincangkan dapatan kajian berdasarkan 26 item soalan Bahagian B yang merangkumi aspek konteks (objektif), input (isi kandungan) dan proses pelaksanaan Model 6 Bulan Khatam Al-Quran. Jadual 1 di bawah menerangkan perincian mengenai taburan min dan sisihan piawai bagi tahap pelaksanaan pengajaran Tilawah al-Quran program j-QAF (Model 6 bulan khatam Al-Quran). Jadual 1 : Taburan min dan sisihan piawai bagi model 6 bulan khatam Al-Quran Kekerapan & Peratus(N=240)

No

Item

B1

Memahami dengan jelas objektif Model 6 Bulan Khatam Al-Quran.

STS

-

Min

SP

IN T

TS

KS

S

SS

5 (2.1%)

11 (4.6%)

142 (59.2%)

82 (34.2%)

4.25

0.639

T

B2

Melaksanakan Model 6 Bulan Khatam Al-Quran pada enam bulan pertama (Jan hingga Jun).

3 (1.3%)

5 (2.1%)

10 (4.2%)

126 (52.5%)

96 (40.0%)

4.28

0.750

T

B3

Melaksanakan berdasarkan pengajaran.

pengajaran objektif

-

1 (0.4%)

10 (4.2%)

146 (60.8%)

83 (34.6%)

4.30

0.564

T

B4

Memastikan di akhir P&P, pelajar dapat menguasai objektif pengajaran dengan

-

-

6 (2.5%)

148 (61.7%)

86 (35.8%)

4.33

0.523

T

159

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

baik. B5

Melaksanakannya berdasarkan waktu yang diperuntukkan.

-

-

8 (3.3%)

135 (56.3%)

97 (40.4%)

4.37

0.549

T

B6

Melakukan ujian ringkas sebelum melaksanakan pengajaran untuk tujuan diagnostik.

-

5 (2.1%)

33 (13.8%)

163 (67.9%)

39 (16.3%)

3.98

0.620

ST

B7

Membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan mengikut tahap kebolehan pelajar.

1 (0.4%)

4 (1.7%)

14 (5.8%)

148 (61.7%)

73 (30.4%)

4.20

0.655

T

B8

Melaksanakan pengajaran di tempat yang sesuai dengan untuk pengajaran tilawah al-Quran.

-

-

8 (3.3%)

143 (59.6%)

89 (37.1%)

4.34

0.540

T

B9

Menggunakan kaedah talaqqi dan musyafahah.

-

1 (0.4%)

6 (2.5%)

109 (45.4%)

124 (51.7%)

4.48

0.571

T

B10

Menggunakan kaedah selain kaedah talaqqi dan musyafahah.

4 (1.7%)

5 (2.1%)

33 (13.8%)

139 (57.9%)

59 (24.6%)

4.02

0.787

T

B11

Menggunakan pelbagai kaedah dalam satu-satu masa pengajaran bagi menarik minat belajar pelajar.

-

-

13 (5.4%)

135 (56.3%)

91 (37.9%)

4.50

2.687

T

B12

Melaksanakan secara kelas.

pengajaran

-

4 (1.7%)

42 (17.5%)

135 (56.3%)

59 (24.6%)

4.04

0.699

T

B13

Melaksanakan pengajaran dalam kumpulan kecil.

-

1 (0.4%)

14 (5.8%)

149 (62.1%)

76 (31.7%)

4.25

0.575

T

B14

Melaksanakan pengajaran secara individu.

3 (1.3%)

11 (4.6%)

43 (17.9%)

131 (54.6%)

52 (21.7%)

3.91

0.828

ST

B15

Menekankan proses talaqqi dan musyafahah dalam pengajaran.

-

2 (0.8%)

12 (5.0%)

134 (55.8%)

92 (38.3%)

4.32

0.60 7

T

B16

Melaksanakan pengajaran berdasarkan Agihan Bacaan Iqra’ / Agihan Rancangan Tahunan Bacaan Individu Model 6 Bulan berdasarkan tahun masing-masing.

3 (1.3%)

2 (0.8%)

14 (5.8%)

147 (61.3%)

74 (30.8%)

4.20

0.69 0

T

B17

Membimbing pelajar berdasarkan tahap penguasaan pelajar.

-

1 (0.4%)

9 (3.8%)

137 (57.1%)

93 (38.8%)

4.34

0.57 1

T

160

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

B18

Meneruskan aktiviti khatam al-Quran bagi pelajar yang telah menguasai bacaan alQuran.

B19

Meminta pelajar yang telah khatam, mengulangi bacaan al-Quran untuk tujuan peningkatan mutu bacaan.

2 (0.8%)

-

2 (0.8%)

9 (3.8%)

117 (48.8%)

110 (45.8%)

4.38

0.68 0

T

2 (0.8%)

10 (4.2%)

104 (43.3%)

124 (51.7%)

4.46

0.61 9

T

B20

Menetapkan target minimum lima minit masa bacaan untuk setiap pelajar bagi setiap waktu P&P.

3 (1.3%)

11 (4.6%)

72 (30.0%)

120 (50.0%)

34 (14.2%)

3.71

0.81 1

ST

B21

Meminta dua orang pelajar yang berkebolehan membaca serentak kerana pelajar yang ramai dalam satu kelas.

3 (1.3%)

9 (3.8%)

51 (21.3%)

133 (55.4%)

44 (18.3%)

3.86

0.80 1

ST

B22

Menilai bacaan pada setiap bulan.

pelajar

1 (0.4%)

1 (0.4%)

26 (10.8%)

164 (68.3%)

48 (20.0%)

4.07

0.59 9

T

B23

Merekod bacaan setiap pelajar di dalam Buku Rekod Bacaan Al-Quran masing-masing.

3 (1.3%)

2 (0.8%)

20 (8.3%)

130 (54.2%)

85 (35.4%)

4.22

0.73 4

T

B24

Meneruskan pengajaran dengan menggunakan kaedah Iqra’ bagi pelajar yang tidak menguasai alQuran.

3 (1.3%)

1 (0.4%)

14 (5.8%)

123 (51.3%)

99 (41.3%)

4.31

0.71 2

T

B25

Meneruskan bacaan alQuran berdasarkan sukatan walaupun pelajar tidak menguasai bacaan alQuran.

13 (5.4%)

19 (7.9%)

79 (32.9%)

99 (41.3%)

29 (12.1%)

3.47

0.99 1

ST

B26

Mengadakan aktivitiaktiviti pemulihan seperti kelas pemulihan kepada pelajar yang tidak dapat membaca (ummi) al-Quran.

3 (1.3%)

1 (0.4%)

22 (9.2%)

127 (52.9%)

87 (36.3%)

4.22

0.73 1

T

4.18

0.38 3

T

Min Keseluruhan pelaksanaan Model 6 Bulan Khatam Al-Quran Program j-QAF

161

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Hasil dapatan menunjukkan skor min bagi model 6 bulan khatam AlQuran pada keseluruhannya berada antara nilai 4.50 hingga 3.47. Analisis taburan skor min secara terperinci bagi semua item pula menunjukkan tahap pelaksanaan pengajaran tilawah al-Quran bagi Model 6 Bulan khatam alQuran berada pada 2 tahap iaitu tinggi dan sederhana tinggi. Sebanyak 21 item berkaitan pelaksanaan Model 6 Bulan Khatam al-Quran mencapai skor min yang tinggi (min=4.01) ke atas, manakala 5 item berada pada tahap sederhana tinggi (min=3.01) ke atas. Perincian skor min mendapati bahawa Item B11 mencatat min yang tertinggi (min=4.50) iaitu seramai 91 orang guru (37.9%) sangat bersetuju dan 135 orang guru (56.3%) bersetuju pelaksanaan Model 6 Bulan Khatam al-Quran menggunakan pelbagai kaedah dalam satu-satu masa pengajaran bagi menarik minat belajar pelajar berbanding 13 orang guru (5.4%) yang kurang bersetuju. Bagi Item B25 iaitu “Meneruskan bacaan al-Quran berdasarkan sukatan walaupun pelajar tidak menguasai bacaan al-Quran” menunjukkan nilai skor min yang paling rendah dengan nilai min = 3.47. Seramai 29 orang guru (12%) sangat setuju manakala seramai 99 orang guru (41.3%) bersetuju mengenai item berkenaan. Hasil analisis juga menunjukkan seramai 79 orang guru (32.9%) yang kurang setuju, seramai 19 orang guru (7.9%) yang tidak bersetuju dan 13 orang guru (5.45%) yang sangat tidak bersetuju meneruskan bacaan al-Quran berdasarkan sukatan walaupun pelajar tidak menguasai bacaan al-Quran. Secara keseluruhannya, dapatan menunjukkan bahawa tahap pelaksanaan pengajaran tilawah al-Quran program j-QAF bagi Model 6 Bulan Pertama berada pada tahap tinggi dengan nilai purata min keseluruhan adalah (min=4.18, sp=0.383). Aspek Konteks Penilaian dari aspek konteks, berdasarkan 3 item yang dinilai iaitu item B1 “Memahami dengan jelas objektif Model 6 Bulan Khatam Al-Quran”, item B3 “Melaksanakan pengajaran berdasarkan objektif pengajaran” dan item B4 “Memastikan di akhir P&P, pelajar dapat menguasai objektif pengajaran dengan baik” adalah berada pada tahap tinggi. Bagi Item B1 dengan nilai min 4.25, hasil analisis menunjukkan seramai 224 (93.4%) orang guru yang dapat memahami dengan jelas objektif pelaksanaan Model 6 Bulan Khatam Al-Quran berbanding 11 orang guru yang kurang memahami dan seramai 5 orang guru yang tidak memahami

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

162

objektif Model 6 Bulan Khatam Al-Quran dilaksanakan. Manakala bagi item B3 dengan nilai min 4.30 mendapati seramai 229 orang guru (95.4%) daripada 240 orang responden melaksanakan pengajaran berdasarkan objektif pengajaran. Seramai 11 orang guru sahaja yang kurang dan tidak bersetuju melaksanakan pengajaran berdasarkan objektif pengajaran. Hasil dapatan bagi item B4 pula dengan nilai min 4.33 mendapati hampir majoriti daripada jumlah responden iaitu seramai 234 orang guru Pendidikan Islam (97.5%) yang memastikan di akhir P&P, pelajar dapat menguasai objektif pengajaran dengan baik. Manakala terdapat seramai 6 orang guru yang kurang bersetuju. Berdasarkan hasil dapatan bagi ketiga-tiga item ini menunjukkan penguasaan guru Pendidikan Islam terhadap matlamat dan objektif pelaksanaan pengajaran Model 6 Bulan Khatam Al-Quran adalah tinggi. Objektif yang digariskan bagi Model 6 Bulan Khatam Al-Quran ialah pelajar dapat membaca al-Quran dengan lancar dan bertajwid serta dapat menghabiskan bacaan al-Quran sebanyak 30 juzuk (KPM 2005). Oleh itu, guru sebagai pelaksana kurikulum perlu memahami dengan jelas tentang objektif pelaksanaan model agar mereka dapat memahami dengan baik dan mengetahui haluan dan sasaran yang ingin dicapai. Aspek Input Penilaian dari segi input adalah dilihat dari aspek pengetahuan dan kefahaman guru terhadap isi kandungan sukatan pelajaran, peruntukan waktu mengajar dan bahan bantu yang diperlukan sepanjang proses P&P bagi Model 6 Bulan Khatam Al-Quran di kalangan guru Pendidikan Islam. Terdapat 3 item yang berkaitan iaitu item B2 “Melaksanakan Model 6 Bulan Khatam Al-Quran pada enam bulan pertama (Jan hingga Jun)”, item B5 “Melaksanakannya berdasarkan waktu yang diperuntukkan” dan item B16 “Melaksanakan pengajaran berdasarkan Agihan Bacaan Iqra’/Agihan Rancangan Tahunan Bacaan Individu Model 6 Bulan berdasarkan tahun masing-masing”. Hasil analisis mendapati ketiga-tiga item ini masing-masing mencapai skor min 4.28, 4.37 dan 4.20. Ini menunjukkan pelaksanaan pengajaran Model 6 Bulan Pertama oleh guru-guru Pendidikan Islam dari segi input juga berada pada tahap tinggi. Namun apa yang perlu diberi perhatian adalah ketidak mampuan pelajar menguasai kemahiran membaca al-Quran walaupun telah melalui enam tahun pembelajaran di sekolah rendah (Mohd Naim 2003, Mohd Aderi 2004 dan Aderi & Rohani 2009). Masalah ini sangat berkait rapat dengan kelemahan guru yang mengajar itu sendiri. Sebagaimana kajian Mohd Alwi

163

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

et al. (2003), Ab. Halim (2005) dan Ab. Halim et al (2006) menunjukkan ia adalah berpunca daripada kelemahan guru dalam pengajaran Tilawah alQuran dan masalah sikap guru itu sendiri. Menurut Slavin (1994) penguasaan input di kalangan guru sebelum melaksanakan proses pengajaran merangkumi empat faktor yang perlu dititik beratkan iaitu kualiti pengajaran, aras pengajaran, insentif dan masa. Kualiti pengajaran merujuk kepada kualiti maklumat dan kemahiran guru di dalam mempersembahkan pengajaran supaya pelajar mudah memahami pelajaran. Ini menunjukkan guru-guru Pendidikan Islam harus memastikan diri telah menguasai ilmu al-Quran dengan baik terutamanya ilmu tilawah, tafsir dan hafazan. Tidak cukup dengan penguasaan ilmu-ilmu al-Quran, bagi menjamin keberkesanan pengajaran, guru Pendidikan Islam/j-QAF juga perlu menguasai ilmu untuk mengajar dengan baik sebelum melaksanakan proses P&P. Kerana kepentingan inilah KPM telah mewajibkan semua guru mengikuti kursus perguruan sebelum mengajar di sekolah. Begitu juga dengan program j-QAF yang diperkenalkan. Aras pengajaran juga sangat perlu diberi penekanan sebelum proses P&P dijalankan. Di dalam pengajaran al-Quran, Ibnu Khaldun telah menjadikan ia prinsip utama yang sangat ditekankan iaitu Makalah (Kognitif) dan Tadrij (Bertahap). Para pendidik perlu mengkaji dan meneliti aspek makalah (kognitif) pelajar dengan lebih terperinci dan menggunakan kaedah pengajaran secara tadrij (bertahap) agar ia sesuai dengan tahap pemikiran dan mampu meresap ke dalam jiwa pelajar. Dapatan kajian juga mendapati 15.8% di kalangan guru Pendidikan Islam melaksanakan proses P&P tanpa mengetahui aras pengetahuan pelajar terlebih dahulu. Walaupun bilangannya tidak ramai tetapi pelaksanaan ujian diagnostik sangat penting bagi mengenalpasti tahap kebolehan dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang terdiri daripada 5 hingga 10 orang pelajar. Guru akan lebih fokus untuk merancang strategi, kaedah dan bahan bantu yang sesuai digunakan mengikut aras pengetahuan masingmasing. Hasil dapatan bagi item B13 menunjukkan seramai 225 orang responden (93.8%) melaksanakan pengajaran dalam kumpulan-kumpulan kecil. Manakala seramai 15 orang responden (6.2%) yang kurang dan tidak bersetuju proses P&P dilaksanakan dalam kumpulan-kumpulan kecil mengikut aras kebolehan pelajar.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

164

Manakala penggunaan masa berkait dengan item B5 “Melaksanakannya berdasarkan waktu yang diperuntukkan”. Penggunaan masa yang telah diperuntukkan perlu dirancang dan diguna dengan sebaiknya. Masalah keciciran pelajar yang tidak dapat menguasai buku Iqra’ 1 hingga 6 dalam tempoh tersebut hendaklah diatasi dengan mengadakan kelas-kelas pemulihan seperti Kem Literasi Al-Quran (KPM 2004). Namun hasil dapatan bagi item B26 menunjukkan seramai 22 orang (9.2%) yang kurang bersetuju, seramai seorang (0.4%) tidak bersetuju dan seramai 3 orang (1.3%) responden yang sangat tidak bersetuju mengadakan kelas-kelas pemulihan. Ianya tidak sewajarnya berlaku kerana ia akan menyebabkan pelajar-pelajar tersebut akan terus tercicir dan melemahkan semangat mereka untuk terus belajar menguasai bacaan al-Quran. Aspek Proses Penilaian aspek proses pula adalah proses pelaksanaan pengajaran Model 6 Bulan Khatam Al-Quran yang melibatkan strategi, pendekatan, bentuk, teknik penggunaan BBM, aktiviti dan teknik penilaian. Terdapat sebanyak 20 item yang berkaitan dengan aspek proses. Terdapat 3 item sahaja yang berada di tahap sederhana tinggi iaitu item B14 “Melaksanakan pengajaran secara individu”, B20 “Menetapkan target minimum 5 minit masa bacaan untuk setiap pelajar bagi setiap waktu P&P” dan B21 “Meminta dua orang pelajar yang berkebolehan membaca serentak kerana pelajar yang ramai dalam satu kelas”. Ketiga-tiga item ini sangat berkait rapat dengan peruntukan masa P&P dan bilangan murid. Selain itu, pendekatan yang digunakan dalam proses P&P adalah talaqqi dan musyafahah. Talaqqi bermaksud pertemuan antara guru dan pelajar secara bersemuka. Manakala musyafahah bermaksud pelajar menerima pengajaran melalui sebutan guru dengan melihat pergerakan bibir guru dan menyebutnya (Az Zarqani 1995). Hasil dapatan kajian bagi item B9 “Menggunakan kaedah talaqqi dan musyafahah” dan item B15 “Menekankan proses talaqqi dan musyafahah dalam pengajaran” mendapati hampir semua responden yang sangat bersetuju dan bersetuju menggunakan pendekatan dan kaedah talaqqi dan musyafahah ini dalam P&P. Namun berdasarkan hasil dapatan ini juga menunjukkan bahawa masih wujud di kalangan guru yang tidak menggunakan dan menekankan kaedah talaqqi dan musyafahah di dalam proses P&P. Inilah antara sebab utama masalah murid tidak menguasai bacaan al-Quran terus berlanjutan hingga kini.

165

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Kaedah pengajaran adalah langkah atau cara yang dilakukan oleh guruguru supaya semua pelajar dapat memahami isi kandungan pelajaran yang disampaikan kepada mereka. Oleh kerana itu semua guru khususnya guru pendidikan tilawah al-Quran perlu menekankan juga dari aspek pemilihan dan penggunaan kaedah yang berkesan dalam proses P&P. Cadangan Terdapat beberapa cadangan dikemukakan oleh pengkaji bagi membolehkan semua pihak terlibat bersama-sama meningkatkan kualiti P&P tilawah alQuran program j-QAF. a)

Kurikulum Pendidikan Islam program j-QAF khususnya tilawah alQuran perlu disemak dan dibuat penambahbaikan agar ia lebih berkesan, menarik dan relevan. b) Penempatan tenaga guru, penyediaan prasarana dan kemudahan ICT yang mencukupi serta suasana belajar yang kondusif perlu dititikberatkan bagi memastikan proses P&P dalam dilaksanakan dengan baik dan mampu menarik minat pelajar. c) Guru-guru Pendidikan Islam/j-QAF selaku agen penting terhadap pelaksanaan pengajaran tilawah al-Quran perlu bersikap proaktif, kreatif, inovatif dan sentiasa berusaha meningkatkan tahap profesionalisme mereka khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Kesimpulan Penguasaan al-Quran adalah sebagai nadi utama yang perlu diberi sepenuhnya dan diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran dari awal usia. Ia bukan sekadar tahu membaca atau tilawah al-Quran sahaja malah berusaha kepada penguasaan secara menyeluruh termasuklah tafahum, tatbiq, tahfiz, tarannum dan ta’lim. Pelaksanaan Program j-QAF khususnya dalam bidang tilawah al-Quran adalah langkah utama bagi memastikan pelajarpelajar di peringkat sekolah rendah mampu menguasai bacaan al-Quran dengan baik. Pelbagai strategi, kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru-guru Pendidikan Islam/j-QAF bagi memastikan proses P&P dapat dilaksanakan dengan berkesan dan mampu meresap ke dalam jiwa pelajar. Segala kemudahan yang telah disediakan hendaklah digunakan dengan baik dan berhemah. Oleh itu, sewajarnya guru-guru Pendidikan Islam/j-QAF dapat

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

166

bersikap dan bertindak dengan lebih proaktif dan kreatif bagi merealisasikan hasrat KPM dalam melahirkan generasi celik al-Quran. Rujukan Ab. Halim Tamuri. 2005. Isu-isu dalam amalan pengajaran guru-guru pendidikan Islam di sekolah rendah dan menengah. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan Siri Ke-4. Fakulti Pendidikan: Universiti Kebangsaan Malaysia. Ab.

Halim Tamuri, Khadijah Abdul Razak, Shahrin Awaluddin, Kamarulzaman Abdul Ghani & Mohd Aderi Che Noh. 2006. Kajian amalan pengajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah dan menengah. Prosiding Seminar IRPA RMK-8, Kategori ERK 2006, Jilid 11. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Buku panduan pelaksanaan model-model pengajaran dan pembelajaran dan ko-kurikulum tahun 2 j-QAF. 2005. Putrajaya: Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia. Ibnu Khaldun. 2000. Muqadimah Ibnu Khaldun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Aderi Che Noh. 2004. Celik al-Quran di kalangan pelajar tingkatan satu Zon Pudu Kuala Lumpur. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. Mohd Aderi Che Noh & Rohani Ahmad Tarmizi. 2009. Persepsi pelajar terhadap amalan pengajaran tilawah al-Quran. Jurnal Pendidikan Malaysia. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd Alwi Yusoff, Adel M Abdulaziz & Ahmad Kamel Mohamed. 2003. Keberkesanan iqra’ sebagai kaedah Pembelajaran. Negeri Sembilan: Kolej Universiti Islam Malaysia Mohd Faisal Mohamed, Zawawi Ismail & Rahimi Md. Saad. 2008. Celik alQuran: Cabaran dan realiti dalam pendidikan Islam di sekolah. Jurnal Masalah Pendidikan. Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Teknologi Maklumat: Universiti Malaya.

167

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Mohammad Naim Mat Salleh. (2003). Pencapaian tilawah al-Quran melalui Kaedah Iqra’ di sekolah-sekolah rendah kebangsaan daerah Setiu, Terengganu. Projek Penyelidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Panduan pelaksanaan dan rancangan tahunan Pendidikan Islam j-QAF tahun 1. 2005. Putrajaya: Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia. Slavin, R.E. 1997. Educational psycology: Theory and practise. Boston:Ally & Bacon. Stufflebeam, D.L & Shinkfield, A.J. 1985. Systematic evaluation: A self guide to theory and practice. Boston: Kluwer-Nijhoff Publishing. az-Zarqani, Muhammad Abd Azim. 1995. Manahilul’irfan fi ulumil alQuran. Beirut: Darul Kitab al-Arabi.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

168

Impak Kekerapan Pembacaan Al-Quran Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Bhasah Abu Bakar Noorhayati Hashim Yuslina Mohamed Mohamed Najib Jaafar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai. Negeri Sembilan Abstrak Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk melihat impak pengajaran al-Quran melalui j-QAF yang pernah pelajar alami semasa berada di sekolah rendah. Seramai 2407 partisipan dari 120 buah sekolah menengah di Malaysia telah mengambil bahagian dalam kajian ini yang dilakukan secara stratified random sampling berdasarkan negeri dan jenis sekolah. Pada umumnya kajian ini mendapati kekerapan pembacaan al-Quran adalah sederhana dalam kalangan pelajar sekolah menengah yang pernah didedahkan dengan pengajaran j-QAF semasa berada di sekolah rendah. Surah-surah an-Nas, al-Falak, al-Ikhlas dan al-Asr menjadi surahsurah yang kerap dibaca disamping surah al-fatihah dalam kalangan pelajar sekolah menengah, dimana skor min kekerapan adalah melebih 3.0. Sekolah menengah yang tinggi kekerapan pembacaan surah-surah al-Quran adalah terdiri dari Sek. Men. Kebangsaan Agama (min=2.971), diikuti dengan Sek. Menengah Sains (min=2.810), Sek. Menengah Teknik (min=2,691) dan Sek, Menengah Kebangsaan Harian (min=2.5770). Tahap kemesraan bersama keluarga bagi partisipan yang pernah mengikuti j-QAF adalah lebih tinggi (min=3.6059, sp=0.4818) berbanding dengan kumpulan partisipan yang belum pernah (min=3.5226, sp=0.5167) didedahkan dengan pengajaran j-QAF. Kebolehpercayaan instrument yang digunakan mempunyai nilai Cronbach alpha bersamaan 0.97. Kata kunci: Al-Quran, j-QAF, surah-surah, sekolah menengah, Pengenalan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa dalam usaha untuk meningkatkan lagi penghayatan Pendidikan Islam bagi pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Pelbagai cara telah diusahakan oleh pihak kementerian. Ini termasuklah menambahkan lagi program pengajaran Islam di sekolah rendah dan menengah dan memperkenalkan PAFA dan J-QAF dikalangan pelajar sekolah rendah, dan insya’Allah dakan diteruskan ke sekolah Menengah pula. Usaha-usaha ini diharapkan dapat memperbaiki atau meningkatkan orientasi pelajar kepada

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

170

pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran dikalangan para remaja masa kini. Ini adalah selaras dengan satu hadis dari H.R Bukhari yang bermakna Orang yang terbaik di antara kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya. Menurut Muhammad Mustaqim (2012), pengajaran dan pembelajaran tilawah al-quran di peringkat sekolah rendah dijalankan secara individu dengan mempraktikkan kaedah talaqqi dan mushafahah yang bersandarkan kepada kaedah BIG iaitu baca mengikut guru. Kaedah BIG ini menekankan konsep mendengar bacaan contoh dari guru kemudian para pelajar akan mengikut bacaan tersebut dengan bimbingan dan pengesahan guru. Sehingga kini, Che’ Pee Saad (1993) pernah menegaskan bahawa Pendidikan Islam di sekolah-sekolah pernah menghadapi berbagai masalah, ini termasuklah sebahagian besar pelajar tidak dapat melakukan amalan Islam dengan sempurna pada peringkat KBSR dan KBSM. Sehubungan dengan itu, penilaian perkara asas fardu ain (PAFA) dijalankan di sekolah sekolah melalui sistem kendalian berasaskan sekolah (PKBS). PAFA dilaksanakan di peringkat UPSR, PMR dan SPM. Penilaian PAFA dijalankan secara kriterion dimana pelajar diberi masa, peluang dan bimbingan yang secukupnya untuk memperbetulkan dan memperbaiki kesalahan dan kelemahan perkara-perkara asas Fardhu Ain sehingga mereka benar-benar menguasai, faham dan dapat mengamalkan dengan betul dan sempurna (BPI KPM, 1993). Program J-QAF telah diperkenalkan oleh KPM mulai tahun 2005. Sebanyak 1221 sekolah rendah di seluruh negara telah terlibat dalam program ini. Beberapa model telah diperkenalkan dalam program J-QAF seperti Model Pemulihan Jawi, Model Khatam alQuran, Model Tasmi’, Model Peluasan Bahasa Arab dan Model Bestari Solat. Khatam al-Quran merupakan salah satu daripada matlamat utama Program J-QAF di mana semua murid Islam dapat khatam al-Quran sebelum tamat persekolahan Tahun Enam. Bagi mencapai hasrat tersebut, KPM perlu melaksanakan beberapa usaha dan inisiatif untuk membolehkannya direalisasikan (Bernama.com, 8 Oktober 2006). Kejayaan ini jelas terbukti apabila seramai 5,071 orang pelajar KAFA dari daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus berjaya khatam Al-Quran beramai-ramai pada tahun 2008 (Berita Harian, 6 Julai 2008). Program J-QAf telah diilhamkan sendiri oleh Perdana Menteri pada ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 2003 yang bertujuan untuk melahirkan murid sekolah rendah yang dapat menguasai kemahiran membaca al Quran di samping menguasai bahasa Arab, tulisan jawi dan menghayati asas fardu ain. (Utusan Malaysia,17 Februari, 2008). Pelaksanaan PAFA pula adalah bertujuan untuk: (a) mempastikan setiap orang murid faham dan boleh melakukan perkara asas fardhu ain dengan betul dan sempurna; (b) mengenalpasti murid yang lemah dalam kefahaman dan amalan perkara asas fardhu ain, kemudian membimbing mereka sehingga mereka faham dan boleh mengamalkan dengan betul dan sempurna; (c) mempastikan tidak berlaku sebarang keciciran dalam perkara asas fardhu ain dan (d) menimbulkan keinsafan dan kerelaan yang positif bagi mengamalkan dan menhayati Perkara Asas Fardhu ’Ain.

171

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Tinjauan Literatur Al-Quran adalah kalam Allah yang merupakan mukjizat yang diturunkan kepada nabi Muhammad, ia diriwayatkan secara mutawatir, lengkap merangkumi seluruh aspek kehidupan dan membacanya sahaja sudah dianggap ibadah. Ianya sumber asas dan paling utama dalam pembinaan kehidupan dan ketamadunan, ianya mengarahkan perjalanan tamadun sepanjang sejarah perkembangannya. Firman Allah swt dalam surah al-An’am ayat 38 yang bermaksud : “Tiada kami meninggalkan sesuatu pun di dalam kitab al-Quran ini”. Firman Allah swt yang bermaksud: “Sesungguhnya al-Quran jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberi khabar gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amalan baik bahawa mereka disediakan pembalasan yang baik” (Surah al-Isra’ : ayat 9). Firman Allah swt yang bermaksud: “…dan Kami turunkan kepadamu al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri” (Surah an-Nahl : ayat 89). Kitab al-Quran adalah kesinambungan daripada kitab-kitab yang diturunkan kepada nabi-nabi terdahulu sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud : “Katakanlah wahai orang-orang mukmin, kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub dan anak cucunya, dan apa yang diturunkan kepada Musa dan Isa serta apa yang diturunkan kepada nabi-nabi dari Tuhannya. Kami tidak membeza-bezakan seseorang di antara mereka dan kami hanya tunduk dan patuh kepada-Nya” (Surah al-Baqarah : ayat 136). Memahami makna al-Quran sangat penting berdasarkan menunjukkan pentingnya dalam amalan nilai Islam. Ia adalah bertepatan dengan hadis nabi: Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarnya…(Riwayat al Bukhari, no.5027). Menurut Abdullah lagi, Ibnu Khaldun telah menegaskan didalam bukunya Muqaddimah tentang kepentingan pembelajaran Al-Quran kepada anak-anak dan menghafalnya kerana ianya dapat menetapkan aqidah dan mengukuhkan iman.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

172

Begitu juga dengan Ibnu Sinah dalam bukunya Siyasah yang telah menasihati supaya memulakan anak dengan pengajaran Al-Quran dari sejak terketara kesediaannya dalam segi jasmani dan mentalnya untuk belajar, agar dia dapat mengenal dari sejak kecilnya lagi akan kepentingan Bahasa Arab yang asal dan fasih, kelak akan tertanam di dalam jiwanya segala liku-liku keimanan. Menurut beliau lagi, Imam Ghazali banyak mewasiatkan dalam Ihyanya supaya mengajarkan anak-anak Al-Quran. Dari aspek pengajaran anak-anak kepada pembacaan Al-Quran, Abdullah (1989, 271) menyarankan betapa baiknya sekirannya seorang ayah atau ibu dapat menjadi pendidik kepada anaknya sendiri dalam hal-hal penghayatan Al-Quran. Daripada hadis-hadis yang terkumpul, seperti yang diriwayatkan oleh Ath-Thabrani daripada saiyidina Ali karrammallahhu-wajhah, bahawa Rasullullah saw telah bersabda yang maksudnya: Didiklah anak-anak kamu tiga perkara: mencintai nabi kamu, mencintai kaum keluarganya serta membaca Al-Quran. Sesungguhnya para pembaca Al-Quran itu berada di dalam naungan Arasy Allah pada hari tiada naungan melainkan naunganNya bersama-sama para nabiNya dan orang-orang suciNya (Abdullah, 1989, 381). Di samping itu Abdullah (1989, 301) juga menyarankan agar kedua ibubapa dapat membawa anak-anak mereka ke majlis ibadah dan zikir, mengajaknya hadir bersama-sama di majlis-majlis ilmu pengetahuan dan belajar agama. Seandainya mereka tidak berupaya untuk mengajar membaca Al-Quran, maka hendaklah ibubapa itu menyediakan orang untuk mengajarnya membaca Al-Quran, mempelajari tafsir Al-Quran serta mendengar ceramah-ceramah para ulama dan orang-orang salih yang ikhlas. Menurut Abdullah lagi, Ibnu Khaldun telah menegaskan didalam bukunya Muqaddimah tentang kepentingan pembelajaran Al-Quran kepada anak-anak dan menghafalnya kerana ianya dapat menetapkan aqidah dan mengukuhkan iman. Begitu juga dengan Ibnu Sinah dalam bukunya Siyasah yang telah menasihati supaya memulakan anak dengan pengajaran Al-Quran dari sejak terketara kesediaannya dalam segi jasmani dan mentalnya untuk belajar, agar dia dapat mengenal dari sejak kecilnya lagi akan kepentingan Bahasa Arab yang asal dan fasih, kelak akan tertanam di dalam jiwanya segala liku-liku keimanan. Menurut beliau lagi, Imam Ghazali banyak mewasiatkan dalam Ihyanya supaya mengajarkan anak-anak Al-Quran. Abdullah (1989, 382) menganjurkan supaya mengajar anakanak membaca Al-Quran dan menghafalnya, sehingga lidah anak-anak itu terbiasa dengan pembacaan Al-Quran, roh mereka akan berkembang, hati mereka akan khusuk, air mata mengalir, dan Iman dan Islamnya akan mengukuh di dalam jiwanya. Sesudah itu mereka tiada kenal lagi selain dari Al-Quran dan Islam akan menjadi syariatnya.

173

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Abdullah (1989, 382) menganjurkan supaya mengajar anak-anak membaca Al-Quran dan menghafalnya, sehingga lidah anak-anak itu terbiasa dengan pembacaan Al-Quran, roh mereka akan berkembang, hati mereka akan khusuk, air mata mengalir, dan Iman dan Islamnya akan mengukuh di dalam jiwanya. Sesudah itu mereka tiada kenal lagi selain dari Al-Quran dan Islam akan menjadi syariatnya. Begitu juga halnya dengan anak-anak yang tidak pandai membaca Quran dikatakan sama seperti orang buta haruf kerana ia sememangnya buta dalam agama dan sudah pastinya semua urusan agamanya tidak ada yang betul terutama dari segi solatnya (Syahrin, 2000). Sabda Rasulullah s.a.w.:

‫ﷲِ ﻓَﻠَﮫُ ﺑِ ِﮫ ﺣَ َﺴﻨَﺔٌ وَاﻟْﺤَ َﺴﻨَﺔُ ﺑِ َﻌ ْﺸ ِﺮ أَ ْﻣﺜَﺎﻟِﮭَﺎ ﻻَ أَﻗُﻮ ُل‬ ‫ب ﱠ‬ ِ ‫ﻣَﻦْ ﻗَﺮَ أَ ﺣَ ﺮْ ﻓًﺎ ﻣِﻦْ ِﻛﺘَﺎ‬ ٌ‫اﻟﻢ َرْ فٌ وَ ﻟَﻜِﻦْ أَﻟِﻒٌ ﺣَ ﺮْ فٌ َوﻻَ ٌم ﺣَ ﺮْ فٌ وَ ﻣِﯿ ٌﻢ ﺣَ ﺮْ ف‬ Maksudnya: “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah maka untuknya satu kebaikan dan kebaikan itu digandakan sepuluh sepertinya. Aku tidak berkata ‘alif laam miim’ itu satu huruf, tetapi ‘alif’ satu huruf, ‘laam’ satu huruf dan ‘miim’ satu huruf.” Objektif Kajian Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti perbezaan impak pembelajaran al-Quran melalui j-QAF yang pernah partisipan pelajari semasa berada di sekolah rendah. Perbezaan impak kekerapan yang dikaji adalah berdasarkan (i) partisipan sendiri, (ii) antara mereka yang pernah dengan yang belum pernah didedahkan dengan pengajaran j-QAF, (iii) jenis sekolah yang mereka hadiri dan (iv) kekerapan pembacaan al-Quran dengan perbezaan impak ke atas kemesraan partisipan dengan keluarga mereka sendiri. Soalan Kajian Berdasarkan objektif kajian yang telah dinyatakan di atas, maka empat persoalan kajian ditimbulkan untuk mendapatkan jawapan terhadap perbezan impak pengajaran j-QAF ke atas pelajar sekolah menengah. 1. Apakah tahap kekerapan pembacaan surah-surah dalam kalangan pelajar sekolah menengah ? 2. Apakah tahap kekerapan pembacaan surah dalam kalangan pelajar berdasarkan jenis sekolah menengah yang mereka hadiri ? 3. Apakah tahap kekerapan pembacaan surah dalam kalangan pelajar sekolah menengah diantara mereka yang pernah didedahkan kepada J-QAF berbanding dengan mereka yang tidak pernah didedahkan dengan J-QAF ? 4. Adakah terdapat perbezaan tahap kemesraan bersama keluarga berdasarkan tahap kekerapan pembacaan surah-surah ?

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

174

Metodologi Penyelidik telah menyusuri huraian sukatan pelajaran Pendidikan Islam dari Tahun 1 hingga ke Tahun 6 dan mengumpulkan 26 surah dari juzuk Amma telah diperkenalkan kepada pelajar sebagai surah-surah bacaan dan terdapat juga yang perlu dihafaz. Sebagai pengajaran J-QAF, Ahmad (2008), telah menjelaskan bahawa al-Quran telah diajar sebagai subjek Pendidikan Islam dalam bidang asuhan alQuran pada masa itu. Namun ia tidak menekankan nembelajaran sehingga khatam al-Quran dan hanya mengutamakan kebolehan membaca sahaja. i.

Populasi dan Sampel Kajian

Populasi kajian adalah terdiri dari pelajar-pelajar dari sekolah menengah yang terdiri dari pelajar Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 4. Untuk memastikan penyelidik mendapatkan sampel yang representatif dan menepati dengan kehendak kajian, penyelidik telah menggunakan stratified random sampel berdasarkan; peringkat pembelajaran, jenis sekolah, dan negeri. Kami telah menstratakan pelajar kepada: Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 4. Adalah menjadi dasar KPM tidak membenarkan partisipan dari Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 turut sama dalam penyelidikan ini. Dari aspek jenis sekolah kami telah membahagikan kepada (i) sekolah menengah kebangsaan, (ii) sekolah menengah sains, (iii) sekolah menengah teknik dan vokasional dan (iv) sekolah menengah agama (SMKA/SMAT). Semua sekolah ini juga telah dipilih secara rawak dari semua negeri mengikut perkadaran jenis sekolah. ii.

Instrumen Kajian Instrumen kajian terdiri dari dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A adalah untuk mendapatkan maklumat latarbelakang sekolah dan partisipan dan bahagian B untuk mendapatkan konstruk kajian (kekerapan membaca al-Quran). Item-item yang dipilih merupakan item-item yang bersesuaian dan bertepatan dengan konstruk kajian - kekerapan pembacaan alQuran seperti yang dihasratkan dalam pengajaran j-QAF (Bhasah et al, 2010).

iii. Skala Pengukuran Kekerapan Pembacaan Surah-Surah Untuk tujuan pengukuran kadar kekerapan partisipan membaca surah-surah yang telah ditetapkan dalam pembelajaran mereka, maka skala seperti dalam Jadual 1 telah digunakan. Jadual 1: Maklumat Skala yang Digunakan. Skala 1 2 3 4

Penjelasan Tidak Pernah membaca surah yang dinyatakan Kadang-Kadang sahaja membaca surh yang diyatakan itu. Kerap-kali juga memembaca surah yang dinyatakan itu Setiap kali maknanya sentiasa membaca surah yang dinyatakan itu.

175

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Jadual 2 menunjukkan asas pengukuran julat kekerapan pembacaan surah. Untuk memudahkan pengukuran, penyelidik menggunakan kaedah anggaran tak terus (indirect estimate method) untuk menentukan kedudukan konstruk kekerapan dalam sesuatu aktiviti yang dibuat secara linear. Jadual 2: Pengukuran kekerapan Pembacaan Surah. Penjelasan Tidak Pernah Kadang-Kadang Kerap Kali Amat Kerap

Interval Sebenar 0.5 1.0 1.0 0.5

Julat Skor 1.00 – 1.50 1.51 – 2.50 2.51 – 3.50 3.51 – 4.00

Dapatan Kajian Impak pengajaran J-QAF kepada partisipan semasa berada di sekolah rendah dapat dilihat hasil dari kajian yang menyeluruh yang dibuat di sekolah-sekolah menengah tertentu yang terpilih secara rawak berstrata berdasarkan jenis sekolah sekolah dan negeri. Soalan Kajian 1: Apakah tahap pembacaan surah dalam kalangan pelajar sekolah menengah ? Jadual 3 menunjukkan peratusan partisipan yang mengamalkan pembacaan setiap surah berdasarkan skala pembacaan yang telah ditetapkan kepada mereka semasa berada di sekolah menangah atau selepas mereka menamatkan pengajian mereka di sekolah rendah. Min kekerapan pembacaan surah al-Fatihah adalah pada 3.65 pada skala 4, dimana 73.5 % partisipan sangat kerap membaca surah al-fatihah, dan 0.6% pula tidak pernah membaca surah al-fatihah. Min pembacaan surah adalah pada 2.658 dengan sisihan piawai = 0.657. manakala min pembacaan surah-surah anNas, al-Falak, al-Ikhlas dan al-Kafirun adalah masing-masing dengan min 3.20, 3.38, 3.34 dan 2.86. Jadual 3: Kekerapan Pembacaan Surah dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Peratusan Kekerapan Pembacaan

Surah Bacaan Membaca Fatihah. Membaca Surah An-Nas. Membaca Surah Al-Falak. Membaca Surah AlIkhlas.

N 2391 2394 2385 2383

TP 0.6 1.5 2.1 2.3

KDG 7.4 15.7 22.6 16.6

KK 18.4 26.4 27.9 25.2

SK 73.5 56.4 47.3 55.8

Min 3.65 3.38 3.20 3.34

Sisihan Piawai .644 .798 .862 .836

176

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

Membaca Surah AlMasad. Membaca Surah An-Nasr. Membaca Surah AlKafirun. Membaca Surah AlKauthar. Membaca surah Al-Ma'un . Membaca Surah AlKhuraisy. Membaca Surah Al-Fil. Membaca Surah AlHumazah. Membaca Surah al-Asr. Membaca Surah Attakhasur. Membaca surah AlKha'riah. Membaca surah AlA'diah. Membaca surah AlZilzalah. Membaca Surah AlBayyinah. Membaca Surah Al-Qadr. Membaca surah Al-a'laq. Membaca surah At-Tin. Membaca Surah AsSyarh. Membaca Surah AdDhuha. Membaca Surah Al-Laili. Membaca Surah AsSyams. Membaca Surah AlBalad.

2374

6.1

39.7

28.3

25.9

2.74

.912

2383 2381

8.2 4.7

40.8 35.2

28.3 29.9

22.7 30.2

2.66 2.86

.919 .906

2382

6.9

38.6

29.1

25.3

2.73

.918

2379

9.8

46.4

26.8

17.1

2.51

.887

2381

10.5

45.4

26.8

17.3

2.51

.898

2373 2374

6.2 9.5

41.7 49.5

29.7 24.5

22.5 16.6

2.68 2.48

.889 .878

2388 2379

5.9 11.6

27.7 47.2

25.9 25.0

40.5 16.2

3.01 2.46

.958 .897

2376

12.9

51.6

22.6

12.9

2.35

.863

2372

15.7

52.5

21.1

10.7

2.27

.851

2380

10.9

52.2

24.9

11.9

2.38

.832

2379

10.5

53.8

23.0

12.8

2.38

.837

2380 2379 2379 2378

8.5 8.4 8.6 7.2

47.6 51.7 49.1` 44.5

26.4 24.4 24.8 26.4

17.5 15.6 17.4 21.9

2.53 2.47 2.51 2.63

.878 .853 .878 .903

2377

6.9

45.6

25.7

21.7

2.62

.899

2378 2376

14.2 13.7

54.8 56.1

20.1 20.0

10.9 10.2

2.28 2.27

.838 .822

2372

20.2

54.0

18.2

7.6

2.13

.819

Mean = 2.658, Sisihan Piawai = 0.657 Bila kadar pembacaan surah-surah di transformasikan kepada skala seperti yang dinyatakan dalam Jadual 2, maka didapati bilangan dan peratusan partisipan yang (i) tidak pernah membaca surah-surah berkenaan adalah 95 orang (4%), (ii) kadangkadang (41.6%), (iii) kerap membaca surah adalah 1018 orang (42.5%) dan yang (iv) amat kerap membaca surah-surah berkenaan adalah 287 partisipan (12%).

177

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Soalan Kajian 2: Apakah tahap pembacaan surah dalam kalangan pelajar berdasarkan jenis sekolah menengah yang mereka hadiri ? Soalan kajian 2 ini, ingin melihat skala kekerapan pelajar dari pelbagai jenis skolah dalam kekerapan mereka membaca surah-surah seperti yang pernah mereka pelajari semasa berada di sekolah rendah. Jadual 4 menunjukkan min kekerapan pembacaan surah-surah selepas meninggalkan sekolah rendah adalah tinggi bagi mereka yang berada di Sek. Men. Kebangsaan Agama (min=2.971), diikuti pula dengan mereka yang meneruskan persekolahan di Sek. Menengah Sains (min=2.810), Sek. Menengah Teknik (min=2,691) dan Sek, Menengah Kebangsaan (min=2.5770). Jadual 4: Jenis sekolah dengan peratusan dan min kekerapan pembacaan surah-surah seperti yang diperlukan dalam j-QAF. Jenis Sekolah

Bilangan

Sek. Menengah Kebangsaan Sek. Men. Kebangsaan Agama Sek. Menengah Sains Sek. Menengah Teknik

1691 342 1135 210

Peratusa n (%) 71.1 14.4 5.7 8.8

Min

Sisihan Piawai 0.662 0.569 0.570 0.632

2.5770 2.971 2.810 2.691

Soalan Kajian 3. Apakah tahap pembacaan surah dalam kalangan pelajar sekolah menengah diantara mereka yang pernah didedahkan kepada J-QAF berbanding dengan mereka yang tidak pernah didedahkan dengan J-QAF ? Ujian-t telah dijalankan untuk menentukan skor min partisipan yang pernah didedahkan kepada J-QAF dengan mereka yang tidak pernah didedahkan dengan JQAF. Kajian ini mendapati skor min partisipan yang pernah didedahkan dengan JQAF, skor min pembacaan surah-surah adalah pada 2.6878 (sp: 0.6707) lebih tinggi dari mereka yang belum pernah (min=2.6434, sp=0.6479) didedahkan dengan pengajaran J-QAF semasa berada di sekolah rendah. Namun demikian, perbezaan ini tidak begitu signifikan statistitik dengan skor: t (2335) = 1.519, p > 0.05. Jadual 5: Ujian-t terhadap perbezaan kekerapan pembacaan surah antara pelajar J-QAF dengan yang belum pernah mengikuti J-QAF Pengajaran JQAF Sesudah Sebelum

N

Min

731 1606

2.6878 2.6434

Sisihan Piawai 0.6707 0.6479

t

dk

P

1.519

2335

0.129

178

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

Soalan Kajian 4. Adakah terdapat perbezaan terhadap kemesraan keluarga berdasarkan pembacaan surah-surah dalam Juzuk Amma seperti yang telah ditetapkan dalam kurikulum j-QAF ? Skor kemesraan keluarga bagi partisipan yang pernah mengikuti j-QAF adalah lebih tinggi (min=3.6059, sp=0.4818) berbanding dengan kumpulan partisipan yang belum pernah (min=3.5226, sp=0.5167) didedahkan dengan pengajaran j-QAF. Sekali lagi ujian-t digunakan untuk melihat perbezaan dari segi kemesraan dalam keluarga bagi partisipan pernah mengikuti j-QAF (membaca surah-surah seperti yang telah ditetapkan dalam j-QAF) dengan mereka yang belum pernah mengikut jQAF. Ujian-t yang dijalankan mendapati perbezaan yang signifikan statistic ke atas mereka yang pernah menduduki j-QAF. Nilai-t bagi perbezaan yang signifikan statistic ini adalah: t(2339) = 3.693, p < 0.01. Ini dapat dilihat dari Jadual 6 berikut. Jadual 6: Ujian-t terhadap perbezaan kekerapan pembacaan surah antara pelajar JQAF dengan yang belum pernah mengikuti J-QAF ke atas kemesraan dalam keluarga Pengajaran J-QAF Sesudah Sebelum

*P < 0.05

N

Min

732 1609

3.6059 3.5226

Sisihan Piawai 0.4818 0.5167

t

Dk

P

3.693

2339

0.000*

Perbincangan Dan Kesimpulan Untuk memastikan semua pelajar Islam dapat menghayati Islam dengan cemerlangnya, pihak KPM bersama JAPIM telah menyediakan satu kurikulum yang begitu terperinci lagi berhati-hati bagi memastikan semua kehendak Islam dapat dipenuhi oleh setiap individu Islam di Malaysia. Ini adalah sejajar dengan perkembangan pelajar pada aras ketiga ia itu berumur ketika 6 ke 13 tahun dimana murid perlu mengaji, membaca dan menulis huruf jawi dan dapat membaca Juzuk Amma dengan baiknya (Umar, 1984,104). Lantaran itu, kajian ini juga merupakan satu kajian post-hoc untuk mengenalpasti tahap kerberkesanan J-QAF dari aspek pembacaan al-quran dalam kalangan pelajar-pelajar yang kini berada di sekolah menengah.Pada umumnya kajian ini mendapati, KPM telah berjaya memastikan setiap pelajar kerap membaca Al-Quran berbanding dengan mereka yang belum pernah didedahkan dengan pengajaran J-QAF sebelum ini. Apa yang jelas ialah, ramai partisipan membaca surah-surah an-Nas, al-Falak, al-Ikhlas dan al-Asr. Kajian ini mendapati mereka yang berada di Sek. Men. Kebangsaan Agama mempunyai skore min kekerapan membaca al-Quran agak tinggi juga diikuti dengan sekolah menengah sains. Ini menjelaskan bahawa tahap kekerapan membaca alQuran dapat membuka jalan kepada kecenderungan untuk peningkatan penerapan

179

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

nilai Islam. Satu daripa dapatan yang amat mengkagumkan penyelidik yang didapati secara tidak sengaja ialah kemesraan dalam keluarga dimana, mereka yang mempunyai skor min yang tinggi dalam kekerapan membaca al-Quran juga mempunyai skor min yang tinggi dalam kemesraan dalam keluarga mereka. Pertalian antara kekerapan membaca al-quran dengan tahap kemesraan didapati positif dengan nilai r = 0.2 dan ianya adalah signifikan statistic pada aras p < 0.01. Rujukan Al-Quran al-Karim Al-An’am. Ayat 38 Al-Isra. Ayat 9 An-Nahl. Ayat 89 Al-Baqarah. Ayat 136 Abdullah Nasih Ulwan (1989). Pendidikan anak-anak dalam islam. Jilid 2. Terjemahan oleh: Syed Ahmad Semait. Pustaka Nasional Pte.Ltd. Singapura. Ahmad Mohd Salleh (2008). Pengajian agama islam & j-qaf. Metodologi dan pedagogi pendidikan untuk KPLI. Oxford Fajar Sdn Bhd. Bahagian Pendidikan Islam. Kementerian Pelajaran Malaysia, (1993). Penilaian perkara asas fardhu ain. Bhasah Abu bakar (2008). Amalan pembacaan dan hafazan al-quran bagi pelajar sekolah rendah –satu pencerapan. Telah dibentangkan di Seminar Kebangsaan Insaniah di Melaka pada 18 Ogos 2008 di Hotel Mahkota, Melaka Anjuran Universti Teknologi Melaka. Bhasah Abu Bakar, Rosni Samah, Noor Azizi Ismail, Azharuddin Sahil, Maziahtusima Ishak dan Sakinah Ahmad (2010). Penerapan nilai islam dalam kalangan awal remaja. Tidak diterbitkan. Laporan Penyelidikan. Universiti Sains Islam Malaysia. Che’ Pee Saad (1993). Pendidikan islam di sekolah: Wawasan dan cabraran. Kertas Kerja Seminar Pendidikan Islam. Maktab Perguruan Islam, Bangi. 25-27 Ogos 1993. Muhammad Mustaqim Mohd Zarif, Bhasah Abu Bakar, Mohd Khirul Nizam Zainan Nazri, Noorhayti Hashim dan Mohd Zaini Zakaria (2012). Impak penggunaan al-Quran pen digital dlam penguasaan kemahrian tilawah al-quran pelajar di sekolah rendah: kajian rintis di pekan pahang. Laporan Kajian (Tidak diterbitkan). Institut Kefahaman Quran dan Sunnah. Universiti Sains Islam Malaysia. Riwayat al-Bukhari No. 5027

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

180

Umar Hasyim (1984). Anak yang salih (2) - Cara mendidik anak dalam islam. Pustaka Nasional PTE. Ltd. Singapura ___________, (2008). 5,071 pelajar khatam al-Quran. Berita Harian, 6 Julai. ____________, (2008). Delegasi asing tertarik kejayaan Program J-Qaf. Utusan Malaysia, 17 Februari.

Amalan Pengajaran Model Enam Bulan Khatam Al-Qur’an Program j-QAF dalam Tilawah Al-Qur’an Sekolah Kebangsaan Daerah Jasin Melaka Fahimah Ali Hassan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak Penguasaan bacaan Al-Qur’an di kalangan murid sekolah sama ada di sekolah rendah atau menengah berada pada tahap yang kurang memuaskan. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada permasahan ini. Penulisan artikel ini adalah untuk memaparkan hasil dapatan kajian berkaitan persepsi guru Pendidikan Islam tentang amalan pengajaran Model Khatam Al-Qur’an 6 bulan pertama dalam Tilawah Al-Qur’an program j-QAF di sekolah rendah. Seramai 89 responden guru Pendidikan Islam j-QAF yang mengajar dari Tahun 1 hingga Tahun 6 yang terlibat dalam kajian ini dipilih secara persampelan bertujuan dari seluruh sekolah daerah Jasin Melaka. Responden dikehendaki memberi respon terhadap 50 indikator yang berkaitan dengan amalan pengajaran Model Khatam Al-Qur’an berdasarkan enam komponen iaitu objektif kajian, set induksi, penggunaan ABM, kaedah pengajaran, penilaian dan rumusan serta sahsiah. Skala Likert lima mata digunakan dalam soal selidik (statistic deskriptif) iaitu kekerapan, peratusan dan min. digunakan dalam melaporkan dapatan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhan amalan pengajaran Model Khatam Al-Qur’an berada pada tahap yang tinggi dengan nilai skor min = 3.94. Tahap min amalan pengajaran dari aspek objektif (min = 4.01), set induksi (min = 3.94), penggunaan ABM ( min = 2.67), kaedah pengajaran ( min = 4.40 ), penilaian dan rumusan ( min =n4.32) dan sahsiah ( min = 4.35 ) Dapatan kajian ini diharap dapat member manfaat kepada golongan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam dunia pendidikan. Pelaksanaan amalan guru j-QAF dalam melaksanakan Model 6 bulan Khatam Al-Qur’an akan meninggalkan kesan terhadap penguasaan murid-murid dalam menguasai kemahiran membaca Al-Qur’an. Kesimpulannya, guru Pendidikan Islam j-QAF hendaklah sentiasa berusaha untuk menambah baik pengajaran Model Khatam Al-Qur’an dengan cara lebih berkualiti agar semua murid mahir dalam Tilawah Al-Qur’an. Kata kunci: amalan pengajaran, Model Khatam Al-Qur’an Pendahuluan

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

182

Al-Qur’an ialah kalam Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang diturunkan melalui Malaikat Jibrail dan membacanya mendapat pahala. Sabda Rasulullah SAW yang berbunyi: ‫ﻗﺎل رﺳﻮل ﷲ ﺻﻠﻰ ﷲ ﻋﻠﯿﮫ وﺳﻠﻢ ﻣﻦ ﻗﺮأ ﺣﺮﻓﺎ‬: ‫ﻋﻦ اﺑﻦ ﻣﺴﻌﻮد رﺿﻰ ﷲ ﻋﻨﮫ ﻗﺎل‬ ‫ﻣﻦ ﻛﺘﺎب ﷲ ﻓﻠﮫ و ﺑﮫ ﺣﺴﻨﺔ واﻟﺤﺴﻨﺔ ﺑﻌﺸﺮ أﻣﺜﺎﻟﮭﺎ ﻻ أﻗﻮل )اﻟﻢ( وﻟﻜﻦ أﻟﻒ ﺣﺮف‬ (‫وﻻم ﺣﺮف و ﻣﯿﻢ ﺣﺮف )رواﯾﺔ اﻟﺘﺮﻣﺬي‬ Terjemahan: Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Qur’an akan mendapat sepuluh ganjaran, Ingatlah Aku tidak pernah mengatakan Alif Lam Mim ( ‫ ) اﻟﻢ‬satu huruf, tetapi Alif ( ‫ ) ا‬satu huruf, Lam ( ‫ ) ل‬satu huruf dan Mim ( ‫ ) م‬satu huruf. Setiap satu itu bersamaan sepuluh kebajikan. (Al-Tarmizi 1966) Al-Qur’an adalah mukjizat yang paling besar kepada Junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w, menjadi petunjuk dan panduan hidup bagi manusia. Sabda nabi s.a.w yang berbunyi: ‫ﺗﺮﻛﺖ ﻓﯿﻜﻢ أﻣﺮﯾﻦ‬: ‫ أﻧﮫ ﻗﺎل‬,‫ ﻋﻦ اﻟﻨﺒﻰ ﺻﻠﻰ ﷲ ﻋﻠﯿﮫ وﺳﻠﻢ‬,‫ﻋﻦ أﺑﻰ ھﺮﯾﺮة رﺿﻰ ﷲ ﻋﻨﮫ‬ (‫ﻛﺘﺎب ﷲ و ﺳﻨﺔ رﺳﻮل ﷲ ) اﻻﻣﺎم ﻣﺎﻟﻚ‬: ‫ﻟﻦ ﺗﻀﻠﻮا ﻣﺎ ﺗﻤﺴﻜﺘﻢ ﺑﮭﻤﺎ‬ Terjemahan: Daripada Abu Hurairah Radiallahu anhu, daripada nabi SAW bahawa Baginda bersabda : Aku tinggalkan pada kamu dua perkara yang jika berpegang kamu dengan keduanya nescaya tidak akan sesat selagi kamu berpegang dengan keduanya iaitu Al-Qur’an dan As-Sunah (Imam Malik) Justeru, sebagai seorang Islam kita hendak mempelajari, menguasai dan menghayati ayat Al-Qur’an dan isi kandungannya dalam kehidupan kita seharian. Namun, pada hari ini kita masih berhadapan dengan situasi di mana masih ada Atas sebab inilah masyarakat Islam yang tidak mengambil berat soal Al-Qur’an ini. banyak gejala sosial yang berlaku di kalangan remaja Islam berpunca dari pengabaian dalam aspek Al-Qur’an dalam kehidupan mereka. Mereka bukan sahaja tidak tahu membaca Al-Qur’an, apatah lagi untuk menghayati Al-Qur’an itu sendiri. Kerangka Teori Kajian Teori Pengajaran yang mendasari kajian saya ini adalah gabungan antara teori pengajaran Islam dan Barat. Teori pengajaran Islam Ibn Khaldun ini menekankan beberapa aspek iaitu set induksi,objektif dan sikap guru digabungkan dengan teori pengajaran Slavin yang telah mengemukakan teori pengajaran guru yang berkesan. Penekanan kepada aspek kaedah pengajaran, penggunaan ABM, penialian dan rumusan diambil kira dalam merangka teorikal pengajaran dalam kajian ini. Rajah di bawah menunjukkan teori amalan pengajaran Iqra’ tahun 1/Al-Qur’an di sekolah rendah daerah Jasin Melaka.

183

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Tujuan Kajian Berdasarkan perbincangan latar belakang kajian dan pernyataan masalah, maka kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti profil amalan pengajaran guru j-QAF dalam Tilawah Al-Qur’an Model 6 bulan Khatam Al-Qur’an. Soalan Kajian 1. Apakah profil amalan pengajaran guru j-QAF dalam Model 6 bulan Khatam Al-Qur’an program j-QAF sekolah rendah menurut persepsi guru? 2. Apakah sikap guru terhadap amalan pengajaran Model 6 bulan Khatam AlQur’an? Metodologi Kajian Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan semasa untuk mengenalpasti amalan pengajaran guru dalam pengajaran model khatam Al-Qur’an 6 bulan pertama di sekolah-sekolah rendah daerah Jasin di Negeri Melaka. Kajian ini akan melibatkan 89 responden guru Pendidikan Islam j-QAF untuk menjawab soal selidik. Maklumat kajian ini didapati melalui satu jenis instrumen iaitu soal selidik untuk GPI j-QAF. Seperti mana yang telah dijelaskan dalam bab 1, kajian ini melibatkan amalan pengajaran guru j-QAF melaksanakan pengajaran Al-Qur’an dan Iqra’ dalam Model Khatam Al-Qur’an 6 bulan pertama. Jadual perancangan kerja adalah seperti dalam Jadual 3.1. Manakala tahap-tahap pelaksanaan kajian pula dapat diringkaskan dalam rajah 3.2. Instrumen Kajian Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang diadaptasikan dari borang Misnan Jemali. Analisis Data Analisi data menggunakan SPSS 18. Penganalisian data dubahagikan kepada dua bahagian iaitu analisis deskriptif dan analisis inferensi. SK1: Apakah profil amalan pengajaran guru model khatam Al-Qur’an 6 bulan pertama menurut persepsi guru? Amalan pengajaran guru j-QAF dalam kajian ini merujuk kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru dalam bilik darjah. Proses

184

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

pengajaran ini meliputi aspek set induksi, penggunaan ABM, objektif pengajaran, kaedah pengajaran, penilaian dan rumusan serta sahsiah. Jadual 1 di bawah menunjukkan amalan pengajaran guru j-QAF dalam aspek set induksi, penggunaan ABM, objektif pengajaran, kaedah pengajaran, penilaian dan rumusan dan sahsiah guru.

Jadual 1 Amalan pengajaran guru berdasarkan konstruk amalan pengajaran Konstuk amalan pengajaran

Min

Objektif Set Induksi Penggunaan ABM Kaedah Pengajaran Penilaian dan Rumusan Sahsiah Guru

4.01 3.72 2.67 4.40 4.32 4.35

Sisihan Piawai 0.60 0.47 0.84 0.68 0.59 0.71

Interpretasi tinggi sederhana sederhana tinggi tinggi tinggi

Min keseluruhan:3.94, sisihan piawai:0.45

Kaedah pengajaran dalam pengajaran dan pembelajaran tilawah Al-Qur’an berada pada tahap tertinggi dengan nilai skor min = 4.40, sisihan piawai = 0.68. Data ini menunjukkan bahawa kaedah- kaedah pengajaran yang disampaikan berkesan.. Manakala sahsiah guru menurut pandangan responden guru sendiri berada pada tahap kedua yang tertinggi dengan nilai skor purata min= 4.35, sisihan piawai= 0.59. Data ini menyatakan bahawa sahsiah yang ditunjukkan oleh guru j-QAF adalah sangat baik dan menjadi model yang baik kepada murid. Penilaian dan rumusan dalam pengajaran dan pembelajarn tilawah Al-Qur’an sekolah rendah di kalangan guru menunjukkan skor min yang ketiga tertinggi iaitu dengan nilai skor min= 4.32, sisihan piawai = 0.71. Ini menunjukkan bahawa guru j-QAF melaksanakan proses penilaian dan rumusan pengajaran dan pembelajaran dengan baik, berada pada tahap yang tinggi. Dari aspek set induksi pula berada pada tahap sederhana dengan nilai skor min = 3.72, sisihan piawai = 0.47. Penggunaan ABM berada pada tahap yang rendah dengan nilai skor min = 2.67, sisihan piawai = 0,84. Data menunjukkan penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran tilawah Al-Qur’an sekolah rendah berada pada tahap sederhana dengan nilai skor min = 2.67. Dapatan keseluruhan daripada respoden guru dalam pengajaran dan pembelajaran menunjukkan skor min pada tahap tinggi dengan iaitu 3.94. sisihan

185

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

piawai = 0.45. Analisis keseluruhan mendapati bahawa guru j-QAF sekolah rendah daerah Jasin berjaya melaksanakan amalan proses pengjaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan baik dari aspek objektif pengajaran, kaedah pengajaran, penilaian dan rumusan serta sahsiah guru. Manakala dari aspek set induksi dan penggunaan ABM banyak lagi perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang belum mencapai tahap tinggi dalam tilawah Al-Qur’an. Analisis taburan skor min secara terperinci bagi semua item bagi setiap konstruk iaitu set induksi, pengguanaan ABM, objektif pengajaran, kaedah pengajaran dan penilaian dan rumusan pula menunjukkan bahawa amalan pengajaran guru j-QAF berada pada tiga tahap iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Analisis keseluruhan bagi tahap amalan pengajaran guru j-QAF dari semua konstruk secara terperinci dapat dilihat menerusi Jadual 2 hinggalah ke Jadual 6 seperti berikut: Jadual 2: Taburan skor min dan sisihan piawai bagi tahap amalan pengajaran guru j-QAF bagi item-item dalam aspek set induksi Bil

Item

B1

Memulakan pengajaran dengan bacaan doa

B2

Mengalakkan berwuduk masa Belajar Al-Qur’an

4.02

1.128

tinggi

B3

Guru mengaitkan tajuk dengan pelajaran lalu

3.93

0.850

tinggi

B4

Guru membincangkan tajuk secara umum

3.85

0.873

tinggi

B5

Memulakan pengajaran dengan bercerita

2.89

0.941

sederhana

B6

Memulakan pengajaran dengan menulis basmalah

3.08

1.189

sederhana

B7

Mempelbagaikan kaedah dalam set induksi

3.37

0.970

sederhana

B8

Memulakan pelajaran setelah murid bersedia

4.47

0.770

tinggi

B9

Pengajaran dimulai dengan membaca buku teks

3.17

1.089

sederhana

3.73

1.053

tinggi

B10 Pengajaran dimulai dengan

Min 4.70

Sisihan Piawai 0.817

Interpretasi tinggi

186

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

membaca Al-Qur’an Min keseluruhan: 3.72, sisihan piawai: 0.47

Jadual 2 menunjukkan tiada item bagi konstruk set induksi yang berada pada tahap rendah. Empat item berada pada tahap sederhjana iaitu memulakan pengajaran dengan bercerita, memulakan pengajaran dengan menulis basmalah, mempelbagaikan set induksi dan pengajaran dimulakan dengan membaca buku teks. Manakala enam item lagi yang berada pada tahap yang tinggi iaitu memulakan pengajaran dengan bacaan doa, menggalakkan murid berwuduk masa belajar AlQur’an, mengaitkan tajuk dengan pelajaran lalu, membincangkan tajuk secara umum, memulakan pengajran setelah murid bersedia dan pengajaran dumilai dengan membaca Al-Qur’an. Jadual 3: Taburan skor min dan sisihan piawai bagi tahap amalan pengajaran guru j-QAF bagi aspek penggunaan ABM Bil C1

Item ABM hanya menggunakan papan tulis

Min 3.33

Sisihan piawai 1.031

Interpretasi sederhana

C2

ABM menggunakan carta Al-Qur’an

2.98

0.953

sederhana

C3

ABM menggunakan slide Al-Qur’an

2.45

1.066

sederhana

C4

ABM menggunakan papan gulung

2.36

1.058

sederhana

C5

ABM menggunakan kaset Al-Qur’an

2.18

1.029

rendah

C6

ABM menggunakan Mushaf Al-Qur’an/Iqra’

2.87

3.412

tinggi

C7

ABM menggunakan komputer (PBK)

2.56

1.076

sederhana

Min keseluruhan: 2.67, sisihan piawai: 0.84

Jadual 3 menunjukkan bahawa terdapat satu item yang berada pada tahap rendah iaitu penggunaan kaset Al-Qur’an dan satu item lagi menunjukkan pada tahap yang tinggi iaitu penggunaan Al-Qur’an/ Iqra’. Manakala item yang lain menunjukkan pada tahap yang sederhana iaitu penggunaan papan tulis, carta Al-Qur’an, slide AlQur’an, papan gulung dan penggunaan komputer (PBK).

187

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Jadual 4: Taburan skor min dan sisihan piawai bagi tahap amalan pengajaran guru j-QAF bagi aspek objektif Bil

Item

Min

D1 D2 D3 D4 D5 D6 D7

menerangkan hukum tajwid Guru menerangkan asbabun nuzul Guru mengajar bacaan ghunnah Melatih sebutan makhraj huruf Membincangkan mad asli Mempraktikkan sebutan qalqalah Meminta murid membaca Al-Qur’an

3.94 2.87 4.12 4.25 4.22 4.25 4.45

Sisihan piawai 1.015 1.099 0.864 0.830 0.836 0.602 0.764

Interpretasi tinggi sederhana tinggi tinggi tinggi tinggi tinggi

Min keseluruhan:4.01, sisihan piawai:0.60

Jadual 4 menunjukkan tiada item dari konsrruk objektif pengajaran yang berada pada tahap yang rendah. Enam item yang berada pada tahap tinggi iaitu guru menerangkan hukum tajwid, guru mengajar bacaan ghunnah, melatih sebutan makhraj huruf, membincang mad asli, mempraktikkan sebutan qalqalah dan meminta murid membaca Al-Qur’an. Manakala satu item sahaja yang berada pada tahap yang sederhjana iaitu guru menerangkan asbabun nuzul. Jadual 5 : Taburan skor min dan sisihan piawai bagi tahap amalan pengajaran guru j-QAF bagi aspek kaedah pengajaran Bil

Item

Min

E1

Guru menunjukkan bacaan yang betul

4.64

Sisihan piawai 0.695

Interpretasi

E2

Guru mengajar tilawah secara kuliah

4.00

1.000

tinggi

E3

Murid membaca secara kumpulan

4.25

0.933

tinggi

E4

Guru melatih tubi pelajar lemah

4.33

0.836

tinggi

tinggi

bacaan dalam E5

Pelajar mendengar bacaan guru dengan teliti

4.39

0.685

tinggi

E6

Pelajar ikut bacaan guru selepas guru membaca

4.55

0.640

tinggi

E7

Pelajar ikut bacaan guru secara kumpulan

4.42

0.765

tinggi

188

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

E8

Pelajar ikut bacaan guru secara individu

4.15

0.924

tinggi

E9

Betulkan bacaan murid sebelum menghafaz

4.22

0.735

tinggi

E10

Guru mendengar bacaan setiap Murid

4.28

0.866

tinggi

E11

Guru membetulkan bacaan yang salah

4.66

0.563

tinggi

Min keseluruhan:4.40, sisihan piawai:0.68

Jadual 5 menunjukkan kesemua item dari konstruk kaedah pengajaran berada pada tahap yang tinggi iaitu menunjukkan bacaan yang betul, guru mengajar tilawah secara kuliah, murid membaca secara kumpulan, guru melatih tubi murid lemah dalam bacaan, murid mendengar bacaan guru dengan teliti, murid ikut bacaan guru selepas bacaan guru, murid ikut bacaan guru secara individu, guru membetulkan bacaan murid sebelum menghafaz, guru mendengar bacaan setiap murid dan guru membetulkan bacaan yang salah. Jadual 6 : Taburan skor min dan sisihan piawai bagi tahap amalan pengajaran guru j-QAF bagi aspek penilaian dan rumusan Bil

Item

F1 F2 F3 F4

Guru memberi latihan dalam kelas Guru memberi kerja rumah Guru membimbing pelajar lemah Guru meminta murid menumpukan pengajaran F5 Guru menanamkan sikap ikhlas belajar F6 Guru menasihati murid jauhi dosa

Min 4.40 3.83 4.34 4.64

Sisihan piawai 0.849 0.980 0.722 0.589

Interpretasi

4.33

0.780

tinggi

4.40

0.703

tinggi

tinggi tinggi tinggi tinggi

Min keseluruhan:4.32, sisihan piawai:0.59

Jadual 6 menunjukkan kesemua item dari konstruk penilaian dan rumusan berada pada tahap yang tinggi iaitu item guru memberi latihan dalam kelas, guru memberi kerja rumah, guru membimbing pelajar lemah, guru meminta murid menunpukan kepada pengajaran, guru menanamkan sifat ikhlas belajar dan guru menasihati murid menjauhi dosa. Sikap guru terhadap amalan pengajaran model khatam Al-Qur’an SK2 : Apakah sikap guru terhadap amalan pengajaran model khatam Al- Qur’an?

189

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Jadual di bawah ini menunjukkan taburan skor min dan sisihan piawaian bagi itemitem di bawah konsturuk sikap guru. Data menunjukkan bahawa sikap guru terhadap amalan pengajaran model khatam Al-Qur’an berada pada tahap sederhana dan tinggi. Ini bermakna guru j-QAF mampu menjadi role model yang baik kepada murid-murid. Jadual 7 : Taburan skor min dan sisihan piawai bagi tahap amalan Pengajaran guru j-QAF bagi aspek sahsiah guru Bil

Item

Min

G1

Guru mengawal kelas dengan baik

4.29

Sisihan piawai 0.742

G2

Guru tekun membimbing pelajar

4.38

0.683

tinggi

G3

Pengajaran guru terang dan jelas

4.30

0.714

tinggi

G4

Guru suka berjenaka

3.66

0.953

sederhana

G5

Guru sentiasa motivasi pelajar

4.11

0.790

tinggi

G6

Guru sayangkan murid

4.54

0.641

tinggi

G7

Guru mengajar dengan tertib dan beradab Pakaian guru bersih dan kemas

4.46

0.658

tinggi

4.63

0.629

tinggi

Guru berlemah-lembut dengan 4.34 murid Min keseluruhan:4.35, sisihan piawai:0.71

0.690

tinggi

G8 G9

Interpretasi tinggi

Perbincangan, Rumusan Dan Cadangan i.

Set Induksi dalam pengajaran Al-Qur’an Dapatan kajian mendapati bahawa guru j-QAF kurang mempraktikkan permulaan pengajaran Al-Qur’an dengan memulakannya dengan menulis bacaan basmalah di papan tulis. Sebagaimana yang diketahui memulakan sesuatu pekerjaan dengan menyebut nama Allah Ta’ala adalah satu tuntutan dalam Islam.. Data menunjukkan bahawa amalan ini kurang dilakukan oleh guru j-QAF sebelum memulakan pengajaran Al-Qur’an mereka dalam bilik darjah.mereka iaitu 82% (min=3.08).

ii.

ABM dalam pengajaran Al-Qur’an Dapatan kajian mendapati bahawa penekanan guru j-QAF terhadap penggunaan ABM berada pada tahap yang sederha iaitu pada semua item yang dikemukan kecuali pada item menggunakan kaset Al-Qur’an berada pada tahap rendah. Manakala cd Al-Qur’an berada pada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa kebanyakkan guru j-QAF mempunyai kemahiran dalam menggunakan ABM sama ada dalm bentuk komputer atau alat-alat audio-visual seperti

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

190

LCD,televisyen, perakan video dan sebagainya. Dapatan ini sama dengan dapatan kajian Nik Mohd Rahimi (2004) yang berkaitan pengajaran Bahasa Arab di mana penggunaan alat bantu mengajar kemahiran Bahasa Arab berada pada tahap yang rendah. (min keseluruhan=1.73).Ini bermakna guru BahasaArab tidak menekankan penggunaan ABM dalam pengajaran kemahiran mendengar Bahasa Arab. iii. Objektif dalam pengajaran Al-Qur’an Keseluruhan dapatan kajian menunjukkan bahawa penekanan kepada objektif dalam pengajaran Tilawah Al-Qur;an daripada responden guru menunjukkan pada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa guru j-QAF memberi penekanan terhadap aspek objektif ini dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Walaupun begitu, dapatan kajian ini tidak boleh disimpulkan kepada semua guru j-QAF di seluruh negara kerana keterbatasan responden hanya di sempadan daerah sahaja. iv. Kaedah pengajaran Al-Qur’an Dapatan kajian dari aspek kaedah pengajaran tilawah dari persepsi guru j-QAF sendiri mendapati skor min kaedah pengajaran adalah tinggi iaitu sebanyak (min=4.40). Ini menunjukkan guru-guru j-QAF mengamalkan kaedah pengajaran yang baik iaitu tunjuk cara dari bacaan guru (min=4.64), pelajar ikut bacaan guru (min=4.39) dan guru membetulkan bacaan yang salah (min=4.66). v.

Penilaian dan rumusan dalam pengajaran Al-Qur’an Dapatan kajian daripada aspek penilaian dan rumusan pengajaran model khatam Al-Qur’an dalam Tilawah Al-Qur’an sekolah rendah secara keseluruhannya menunjukkan pada tahap yang tinggi iaitu skor min 4.32. Ini menunjukkan bahawa guru j-QAF berjaya menjalankan penutup dalam pengajaran dan pembelajaran Al-Qur’an dengan baik dengan memberi penekanan kepada perkara-perkara seperti memberi latihan pengukuhan kepada murid di akhir pelajaran dan.membimbing murid yang lemah di akhir kelas. Selain itu, guru j-QAF selalu juga mengakhiri proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengingati dan menasihati murid supaya sentiasa menanamkan sifat keikhlasan belajar dan sentiasa menjauhi dosa yang boleh menghitamkan hati dalam mempelajari Al-Qur’an. Faktor-faktor ini penting kerana ianya adalah antara penyebab mengapa Al-Qur’an mudah masuk dan murid mudah memahami dan mempelajari Al-Qur’an.

vi. Sahsiah guru dalam amalan pengajaran Al-Qur’an Dapatan kajian keseluruhan dari aspek sahsiah guru secara keseluruhannya pada tahap yaang tinggi iaitu (min=4.35, siishan piawaian=0.71). Dapatan kajian ini disokong dengan kajian oleh Misnan Jemali et.al yamg mengkaji sahsiah guru Pendidikan Islam di sekolah-sekolah negeri Perak. Dari persepsi pelajar mendapati guru-guru Pendidikan Islam suka menasihati pelajar agar

191

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

menjauhi dosa (skor min =4.50), guru sentiasa menjaga adab dan tertib (skor min= 4.32) dan pengajaran guru terang dan nyata (skor min=4.00) dan guru sayangkan pelajar (skor min=4.10). Dapatan-dapatan ini membuktikan bahawa sahsiah guru Pendidikan Islam dari persepsi pelajar adalah tinggi

Rumusan dan Implikasi Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa amalan pengajaran dan pembelajaran Tilawah Al-Qur’an yang dilaksanakan oleh guru j-QAF dalam model Khatam AlQur’an sekolah rendah berada pada tahap sederhana iaitu dari aspek objektif pengajaran, set induksi, kaedah, penilaian dan rumusan dengan skor min menunjukkan pada tahap sederhana. Manakala sahsiah atau sikap guru menunjukkan pada tahap skor min yang tinggi. Pengkaji melihat sekiranya sahsiah guru agama yang tinggi ini dikukuhkan dengan kekuatan kaedah pengajaran yang baik, maka proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi semakin mantap dan berkesan terutama dalam pengajaran Al-Qur’an. Ini kerana pengajaran Al-Qur’an berbeza dari mata pelajaran yang lain yang memerlukan komitmen yang tinggi. Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Kementerian Pelajaran sendiri bahawa mata pelajaran Tilawah Al-Qur’an berbeza dengan pengajaran mata pelajaran yang lain di mana ianya lebih menekankan kepada aspek kemahiran membaca seperti tadwir dan tartil, kelancaran fasohah, kemahiran jawi, kefahaman teks, hafazan teks, aplikasi dan penghayatan dalam kehidupan seharian. ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2002) Perlaksanaan program j-QAF yang telah dijalankan bermula tahun 2005 secara peringkat di semua peringkat sekolah rendah adalah satu langkah yang amat baik. Pengkaji melihat bahawa perlaksanaan pemerkasaan mata pelajaran Pendidikan Islam sedikit sebanyak mengurangkan kadar buta Al-Qur’an di kalangan murid pada peringkat sekolah rendah lagi. Paling kurang, semua murid Islam dapat dipastikan untuk dapat khatam Al-Qur’an walaupun dengan hanya mengikut bacaan guru. Namun, usaha kerajaan ini tidak akan berjaya sepenuhnya hanya dengan usaha dan penat lelah dari guru dan pihak sekolah. Adalah lebih baik sekiranya kerjasama dari ibu bapa di rumah dalam memberikan pendidikan dan memastikan anak-anak mereka supaya telah dapat mengenal dan mambaca AlQur’an dengan baik bermula dari rumah.

Cadangan Setelah menghasilkan kajian ini, pengkaji mencadangkan agar beberapa kajian susulan berkaitan Model Khatam Al-Qur’an ini yang boleh dijalankan di seluruh negara agar dapatan tersebut dapat melihat secara menyeluruh seluruh negeri penguasaan murid sekolah rendah ini dalam Tilawah Al-Qur’an. Selain itu, perlaksanaan KSSR sekarang ini juga melibatkan perubahan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah. Justeru, pengkaji melihat bahawa

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

192

perlunya ada kajian berkaitan KSSR ini yang menjurus terus kepada mata pelajaran Pendidikan Islam khususnya dalam aspek Pendidikan Al-Qur’an di kalangan muridmurid sekolah rendah. Kajian juga mendapati sebahagian murid iaitu mereka yang terdiri daripada murid yang lemah telah mencapai khatam Al-Qur’an secara baca ikut guru. Justeru, pengkaji mencadangkan kajian selanjutnya terhadap murid-murid ini dalam mempertingkatkan tahap penguasaan bacaan mereka dalam Tilawah Al-Qur’an. Pengkaji juga mencadangkan agar guru-guru Al-Qur’an memberi perhatian kepada murid-murid yang khatam Al-Qur’an secara model khatam Al-Qur’an ini.

Penutup Amalan pengajaran guru j-QAF sekolah rendah dalam melaksanakan model khatam Al-Qur’an dalam Tilawah Al-Qur’an menunjukkan satu tahap yang boleh dikatakan tinggi berdasarkan dapatan yang diperolehi melalui kajian ini. Data menunjukkan skor min dengan nilai min = 3.94, sisihan piawaian = 0.45. Namun kajian ini tidak boleh disimpulkan kepada semua guru j-QAF yang berada dalam seluruh sekolahsekolah rendah seluruh negara. Namun dapatan ini dapat menjelaskan amalan pengajaran yang dilaksanakan oleh guru j-QAF sekolah rendah pada peringkat daerah Jasin negeri Melaka. Rujukan Al-Qur’an. 2001. Tafsir Pimpinan Al-Rahman kepada pengertian Al-Qur’an. Ed. Ke 11 Kuala Lumpur: Darul Fikr Al-Hadis : Shahih Muslim (Terjemahan Jilid 1,2,3) (1978). Jakarta: Pustaka AlHusna Abdullah Nasih Ulwan. 1996. Tarbiyah al-Aulad fi al-Islam. Beirut: Dar al-Fikr Ab. Halim Tamuri. 2007. Islamic Education teacher’s perceptions of the teaching of akhlaq in Malaysian secondary schools. Journal of Moral Education. Vol.36. No.3. pp. 371- 386. Ab. Halim Tamuri & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. 2010. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Universiti Kebangsan Malaysia Ahmad Mohd Salleh. 2008. Pengajian Agama Islam & j-QAF: Metodologi dan pedagogi pendidikan. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri. 2007. Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran dan Pembelajran. Universiti Teknologi Malaysia.

193

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Kamus Dewan. 2000. Edisi Ketiga, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia. 2004. Buku panduan pelaksanaan model-model pengajaran & pembelajaran & kokurikulum j-QAF tahun 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia. 2004. Huraian sukatan pelajaran Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Misnan Jemali. 2008. Amalan Pengajaran Guru Dalam Pengajaran dan Pembelajharan Tilawah Al-Qur’an Sekolah Menengah. Universiti Kebangsaan Malaysia Mohd Sabri Satar. 2001. Keberkesanan Kaedah Hattawiyyah dalam pembelajaran Tilawah AlQur’an. Projek Penyelidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Muhammad Naim Mat Salleh. 2003. Pencapaian Tilawah al-Qur’an melalui Kaedah Iqra’ di sekolah-sekolah rendah kebangsaan daerah Setiu, Terengganu. Projek Penyelidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia Mohd

Aderi Che Noh. 2009. Amalan Pengajaran Tilawah al-Qur’an: Satu Tinjauan Terhadap Persepsi Guru di Sekolah Menengah Harian Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education 1(1) 52-72

Mohd Aderi Che Noh & Rohani Ahmad Tarmizi. 2009. Persepsi Pelajar Terhadap Amalan Pengajaran Tilawah Al-Qur’an. Jurnal Pendidikan UKM. 34(1) pp.93- 103 ISSN 01266020 Mohd Aderi Che Noh.2011. Pelaksanaan Kelas kemahiran Al-Qur’an di Malaysia: Satu Analisis. Journal of Islamic and Arabic Education 3(1).47-58 Mohd Faisal Mohamed, Zawawi Ismail dan Rahimi Md Saad. 2008. Celik alQur’an:Cabaran dan Realiti dalam Pendidikan Islam di sekolah. Masalah Pendidikan. 3(1). Pp.241-253. ISNN 012-5024 Mohd Jonit dan rakan-rakan (1998) Pendidikan dan Pembangunan: satu perspektif bersepadu. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise Mohd Yakub Zulkifli Hj. Mohd Yusoff dan Saidi Mohd. 2008. Keupayaan Bacaan Al-Qur’an di Kalangan Pelajar Tingkatan 4: Kajian di beberapa buah sekolah Menengah Terpilih di Negeri Terengganu. Al-Bayan Journal of Al-Qur’an & al-Hadis.6. pp.53-85. ISNN1394-3723

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

194

Mok Soon Sang. 2000. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd

Penerapan Konsep Ta’dib dalam Pengajaran Ibadah Solat di Sekolah Rendah Hazrisum Mohd Razali Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak Ibadah Solat merupakan salah satu tajuk bahagian Ibadah dalam matapelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah. Ia dimasukkan dalam sukatan pelajaran tahun dua dan perlu diajar secara berkesan oleh guru-guru Pendidikan Islam supaya pelajarpelajar dapat melaksanakan ibadah solat dalam kehidupan seharian mereka dengan baik. Kertas keja ini cuba membincangkan tentang konsep ta’dib yang boleh diterapkan dalam elemen ibadah solat sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Konsep ini perlu diterapkan agar pelajar-pelajar dapat memahami dengan lebih mendalam tentang hikmah yang terdapat dalam setiap perlakuan solat yang mereka laksanakan dalam kehidupan seharian mereka. Kata Kunci: Konsep ta’dib, Ibadah solat Pendahuluan Ta’adib merupakan salah satu konsep pendidikan Islam yang diutarakan oleh Syed Naquid al-Attas yang bertujuan untuk melahirkan manusia beradab. Individu yang bertanggungjawab untuk membawa konsep ini disebut sebagai muaddib(Ab.Halim,2007). Muaddib merujuk kepada peranan dan amalan guru dalam pendidikan sama ada di sekolah atau di institusi-institusi pendidikan yang lain Selalunya ia lebih sinonim dengan guru Pendidikan Islam. Amalan ini boleh dilakukan semasa di dalam atau di luar bilik darjah. Ia merupakan salah satu daripada komponen 5M yang perlu ada pada seseorang guru, iaitu mudarris, muaddib, murabbi, muallim dan mursyid. Para pendidik hendaklah sentiasa berusaha mempersiapkan diri untuk memenuhi elemen-elemen ini supaya dapat melaksanakan keperluan sebenar dunia pendidikan. Konsep Ta'dib yang dipelopori Syed Muhammad Naquib al- Attas merupakan suatu gagasan pendidikan dalam Islam yang bermatlamat untuk menjadikan manusia yang seutuhnya serta mempunyai kecerdasan intelektual yang berlandaskan moral dan agama dalam melaksanakan kewajibannya. . Hal ini dapat dilihat menerusi konsep ta’dib yang telah mencakupi konsep ilmu dan amal. Dalam konsep ini dijelaskan bahawa setelah manusia dikenalkan akan kedudukannya, ia diharapkan dapat mengamalkan ilmunya dengan baik dalam kalangan masyarakat berdasarkan nilai-nilai moral dan ajaran Islam.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

196

Konsep Ta’dib Dalam Pendidikan Menurut Al-Attas ( 1992 ), penitisan adab merupakan unsur asas dalam pendidikan, khususnya dalam pendidikan Islam. Ia merangkumi kehidupan rohaniah dan metarial seseorang serta kualiti kebaikan yang ingin ditanamkan dalam diri manusia. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Tuhanku yang membentuk adab ku, maka Dia membentuk sebaikbaik adab.” ( Ibn Hajar ) Dari sudut terminologi perkataan ta’dib membawa maksud proses mendidik atau membentuk. Seseorang individu yang terdidik mempunyai kemampuan untuk mengembangkan segala potensinya ke arah pembentukan peribadi, sikap dan sahsiah selaras selaras dengan acuan yang ditentukan oleh Allah S.W.T ( Abdullah, 1995 ). Perkataan ta’dib jika dipandang dari sudut tafsiran barat juga menekankan kepada latihan untuk mendisiplinkan diri kearah yang lebih baik menerusi proses pendidikan. Lane ( 1984 ) contohnya, menterjemahkan ta’dib sebagai: “He taught him what is termed adb or good discipline of the mind and manners, he discipline him or educated him, well, rendered him wellbred, well manners,polite, insructed him in polite accomplishments”. Abdul Raof (1986) pula menyatakan bahawa ta’dib bermaksud perbuatan lahiriah hasil dorongan batiniah dalam diri manusia. Ia disebut sebagai akhlak. Akhlak berpunca daripada sifat kerohanian yang suci yang bersumber daripada Allah seterusnya membawa manusia menuju Penciptanya. Bagi beliau pengertian adab dan akhlak bukanlah sesuatu yang berbeza kerana keduanya membawa maksud perlakuan dan tingkah laku yang baik bersumberkan wahyu. Menurut Hassan Langgulung(1995), penggunaan istilah ta’dib lebih tepat untuk pendidikan kerana ta’dib bukan sekadar mengajar, malah ia merangkumi istilah ta’lim dan tarbiyyah serta mempunyai hubungan yang rapat dengan konsep ilmu dalam Islam. Difahami daripada pelbagai tafsiran yang diberi, penulis dapat membuat kesimpulan bahawa konsep ta’dib adalah konsep pendidikan Islam yang bertujuan untuk menzahirkan manusia beradab dalam erti yang komprehensif. Pengertian konsep ini dibangunkan daripada kata dasar addaba, yuaddibu, ta’diban. Makna kata-kata ini apabila digabungkan antara satu sama lain akan menunjukkan pengertian pendidikan yang integratif. Di antara makna-makna tersebut adalah kesopanan dan kehalusan budi pekerti. Makna ini adalah sinonim dengan istilah akhlak.

197

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Pengajaran Ibadah Solat Dalam Pendidikan Islam Dalam matapelajaran Ulum Syar’iah terdapat kompenan ibadah yang menyentuh tajuk solat. Pengajaran dan pembelajaran tajuk ini kebiasaannya dilakukan secara teori dan amali. Bagi menggalakkan murid menunaikan solat, terdapat sekolah yang menghendaki murid melakukannya secara berjemaah. Namun terdapat murid-murid yang enggan dan mengelakkan diri daripada menunaikan solat. Pelbagai langkah dan kaedah telah diambil oleh pihak sekolah bagi menangani masalah ini, misalnya mengambil kedatangan murid ke suaru atau musolla. Amalan solat dalam kalangan murid perlu diberi perhatian serius oleh pelbagai pihak. Ini kerana kewajipan solat merupakan tanggungjawab individu muslim yang paling asas sebelum memenui keperluan lain dalam rukun Islam. Sabda Rasulullah bermaksud: “Ditegakkan Islam atas lima perkara, pengakuan syahadah iaitu tidak ada Tuhan (yang disembah dengan sebenarnya) melainkan Allah, Nabi Muhammad Pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji”. (Hadith Riwayat al-Bukhari dari Ibn Hibban) Islam meletakkan solat sebagai tiang agama yang membina teguh keimanan dan ketaqwaan dalam diri individu muslim. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah yang bermaksud: ”sembahyang tiang agama, barangsiapa yang meninggalkannya bermakna ia telah meruntuhkan agamanya”. ( Riwayat Baihaqy daripada Ikramah). Pembangunan insan yang dikehendaki dalam Islam meliputi pembangunan jasmani dan rohani. Sebagaimana unsur jasmani mempunyai tuntutan dan keperluan yang perlu dipenuhi, maka begitu juga unsur rohani yang mempunyai tuntutan dan keperluan yang sesuai dengan tabiat kerohaniannya(Haron 2002). Solat merupakan keperluan asas bagi pengisian rohani yang perlu dipelihara oleh setiap muslim. Perlaksanaan solat yang ikhlas dan tawaddu’ pasti akan memberi impak yang positif terhadap pembangunan insan yang seimbang dan harmonis. Atas kesedaran inilah maka pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Pendidikan Islam telah memasukkan tajuk solat sebagai tajuk khusus dalam matapelajaran Pendidikaan Islam untuk diajar segala teori dan amali bagi mengatasi masalah yang timbul berkaitan dengan perlaksanaan solat di kalangan murid-murid. Ia juga diharap dapat menjadi jambatan untuk murid-murid melaksanakan solat secara berterusan dalam kehidupan seharian mereka. Sehingga hari ini pembelajaran

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

198

tentang solat ini boleh diajar secara lebih khusus melalui Kem Bestari Solat dalam program j-QAF yang diperkenalkan pada tahun 2005. Penerapan Konsep Ta’dib Dalam Pengajaran Ibadah Solat Sebagaimana yang dijelaskan oleh Syed Naquid al-Attas bahawa konsep ta’dib merupakan satu proses penitisan adab. Ini memberi kesimpulan kepada kita bahawa ianya merupakan suatu proses yang mengambil masa yang lama untuk mencapai sesuatu matlamat. Justeru itulah konsep ini amat sesuai diterapkan dalam perlaksanaan pengajaran ibadah solat di sekolah. Ini kerana proses untuk mengajar anak-anak mendirikan solat merupakan satu proses yang mengambil masa yang begitu lama dan berterusan. Rasulullah sendiri menyebut dalam sabda Baginda ;

‫ﷲُ َﻋﻠَ ْﯿ ِﮫ‬ ‫ﷲِ ﺻَ ﻠﱠﻰ ﱠ‬ ‫ﺐ ﻋَﻦْ أَﺑِﯿ ِﮫ ﻋَﻦْ ﺟَ ﱢﺪ ِه ﻗَﺎلَ ﻗَﺎلَ رَ ﺳُﻮ ُل ﱠ‬ ٍ ‫ﻋَﻦْ َﻋ ْﻤﺮِو ﺑْﻦِ ُﺷ َﻌ ْﯿ‬ ‫وَ َﺳﻠﱠ َﻢ ُﻣﺮُوا أَوْ َﻻ َد ُﻛ ْﻢ ﺑِﺎﻟﺼ َﱠﻼ ِة وَ ھُ ْﻢ أَ ْﺑﻨَﺎ ُء َﺳ ْﺒ ِﻊ ﺳِ ﻨِﯿﻦَ وَاﺿْ ِﺮﺑُﻮھُ ْﻢ َﻋﻠَ ْﯿﮭَﺎ َوھُ ْﻢ‬ ِ‫أَ ْﺑﻨَﺎ ُء َﻋ ْﺸ ٍﺮ وَ ﻓَﺮﱢ ﻗُﻮا ﺑَ ْﯿﻨَﮭُ ْﻢ ﻓِﻲ ا ْﻟﻤَﻀَ ﺎﺟِ ﻊ‬ Diriwayatkan daripada ‘Amr bin Syu’aib daripada ayahnya daripada datuknya katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Perintahkanlah anakanak kamu bersembahyang pada ketika berusia tujuh tahun dan pukullah kerananya ketika mereka berusia sepuluh tahun dan asingkanlah mereka di tempat tidur.” (AbuDaud) Di dalam ibadah solat terdapat banyak elemen-elemen yang boleh diterapkan konsep ta’dib, antaranya; i.

Konsep Menjaga Kebersihan Menjaga kebersihan merupakan salah satu konsep yang boleh diterapkan ke dalam jiwa pelajar melalui amalan sebelum menunaikan solat iaitu amalan berwuduk, cara berpakaian dalam solat dan pemilihan tempat untuk menunaikan solat. Amalan berwuduk sebelum solat menjelaskan bahawa setiap individu yang ingin menunaikan solat hendaklah membersihkan diri terlebih dahulu supaya bebas daripada hadas. Setelah berwuduk, setiap individu ini hendaklah memastikan pakaian yang dipakai bersih daripada segala kekotoran atau disebut sebagai najis. Seterusnya individu ini juga hendaklah memastikan tempat solat itu juga bebas daripada najis sama ada di dalam masjid, surau, bilik-bilik tertentu atau pun di tempat-tempat terbuka seperti di padang. Amalan-amalan ini menggambarkan bahawa menerusi ibadah solat, Islam mengajar penganutnya supaya menjaga kebersihan, sama ada kebersihan diri, pakaian atau tempat tinggal. Agama Islam dibina atas dasar kesucian dan Allah juga amat mengasihi orang-orang yang bersuci.

199

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Rasulullah s.a.w juga menyebut tentang amalan menjaga kebersihan ini dalam sabdanya ‫اﻟﻄّﮭُﻮ ُر ﻧِﺼْ ﻒُ ا ِْﻻ ْﯾﻤَﺎ ِن‬ : Ertinya : “Bersuci itu adalah sebahagian daripada iman” ii.

Konsep Mengikut Peraturan Konsep mengikut peraturan ini dapat dita’dibkan ke dalam jiwa pelajar melalui elemen “tertib” dalam rukun wuduk dan juga rukun solat. Bermakna elemen ini menjelaskan bahawa setiap sesuatu yang ingin dilakukan perlu ada peraturan dan urutannya yang tersendiri dan ianya perlu dilakukan mengikut keutamaan. Contoh dalam berwuduk, didahului dengan membasuh muka, diikuti dengan membasuh kedua tangan hingga ke siku dan seterusnya, sehinggalah rukun yang terakhir iaitu tertib. Begitu juga dalam rukun solat, bermula dengan berdiri tegak, diikuti takbiratul ihram, membaca al-Fatihah dan seterusnya, diakhiri dengan tertib. Elemen-elemen ini boleh diterapkan dalam amalan seharian seperti adab ketika makan, perlu didahului dengan membasuh tangan, membaca basmalah dan berdoa. Kemudian diakhiri dengan ucapan puji-pujian kepada Allah sesudah selesai makan. Segala peraturan dan urutan tersebut telah disusun dengan rapi dan begitu sempurna bagi menggambarkan bahawa agama Islam adalah agama yang begitu cantik, sempurna dan penuh dengan peraturan-peraturan yang perlu diikuti. Para pelajar boleh mempelajari semua ini melalui konsep ta’dib yang diterapkan oleh para pendidik dalam pengajaran ibadah solat di sekolah.

iii. Konsep Menutup Aurat Pakaian melambangkan keperibadian seseorang. Melalui cara berpakaian seseorang itu dapat dinilai sama ia benar-benar mematuhi peraturan beragama atau sebaliknya. Walau pun penilaian manusia hanya sekadar pada zahirnya sahaja, ada ketikanya penilaian itu benar. Jika diperhatikan tentang peraturan berpakaian dalam solat nescaya difahami bahawa solat sebenarnya mengajar kita tentang etika berpakaian. Menutup aurat begitu dituntut dalam agama kerana ia merupakan sesuatu yang memalukan apabila didedah. Walau pun aurat adalah perhiasan bagi seseorang, tetapi apabila dipertontonkan ia menjadi sesuatu yang buruk, bukan pada pandangan tetapi pada akibat yang dibawa. Mendedahkan aurat di hadapan orang yang bukan mahram akan mencacatkan sifat dan darjat kemanusiaan yang mulia serta tiada sopan santun dalam pergaulan, menunjukkan akhlak yang rendah dan boleh membawa kepada cirri-ciri kerosakan dalam masyarakat tanpa disedari oleh sesiapa. Firman Allah bermaksud: “Wahai anak Adam, sesungguhnya kami telah turunkan ke atas kamu pakaian untuk menutupi aurat kamu yang hodoh sebagai

200

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

lapisan pakaian yang melambangkan ketaqwaan yang demikian itu adalah lebih baik, demikianlah tanda-tanda kebesaran Allah mudah-mudahan kamu mengambil peringatan.” Difahami daripada ayat di atas, aurat bermakna buruk atau keji, menunjukkan wajib ditutup dan malu apabila dibuka untuk dipertontonkan di khalayak ramai.( Al-Fairuz Abadi, t.tarikh:288) iv. Konsep Menepati Waktu (Masa) Islam amat menitikberatkan umatnya agar menghargai masa.Allah telah berkali-kali menegaskan dalam al-Quran betapa bernilainya masa kepada kehidupan insani. Orang yang mengisi masanya dengan perkara yang sia-sia akan dipersoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Al-Quran menggambarkan betapa berhaganya masa kepada kehidupan insan dalam firman Allah dalam surah al- Asr yang bermaksud: ”Demi masa, sesungguhnya manusia berada kerugian,kecuali mereka yang beriman dan beramal. berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan kesabaran.” (Al-Asr 3)

dalam Mereka dengan ayat 1-

Nilai menepati masa ini akan dapat ditemui juga dalam solat lima waktu yang telah diperintahkan oleh Allah kepada kita.Ini kerana solat itu sendiri mempunyai waktunya yang tersendiri.Firman Allah s.w.t : ‫ﺼﻠَﻮةَ ﻛَﺎﻧَﺖْ َﻋﻠَﻰ ا ْﻟﻤُﺆْ ِﻣﻨِﯿْﻦَ ِﻛﺘَﺎﺑًﺎ ﻣﱠﻮْ ﻗُﻮْ ﺗًﺎ‬ ‫إِنﱠ اﻟ ﱠ‬ (surah an-Nisa’ ayat 103) Daripada nas di atas,dapat difahami bahawa solat itu mengajar kita untuk menepati dan menghargai masa dalam setiap urusan yang kita lakukan. v.

Konsep Penjagaan Kesihatan Diri Dalam ibadah solat terdapat pelbagai pergerakan yang melibatkan seluruh anggota badan, seperti berdiri tegak, rukuk, iktidal, sujud sehinggalah duduk tahyat akhir. Segala pergerakan ini sebenarnya mempunyai sumbangannya yang tersendiri dalam penjagaan kesihatan setiap pelakunya, malah setiap amalan sebelum melakukan solat juga mempunyai sumbangan terhadap kesihatan individu yang mengerjakan solat. Dr Ahmad Syauki Ibrahim, salah seorang pensyarah di Fakulti Perubatan DiRaja London menyatakan peranan wudhuk dapat memberi ketenangan jiwa. Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan satu penemuan oleh ilmuan British, Arnold Lincoln. Beliau menyatakan bahawa titik-titik air yang jatuh pada

201

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

anggota badan manusia boleh menyebabkan terjadinya kekenduran otot dan saraf di dalamnya sehingga dapat menghilangkan rasa marah, tegang dan sedih serta dapat menghilangkan rasa keletihan pada diri manusia. Terdapat juga penemuan-penemuan lain yang menyebut bahawa jika jatuhnya titik-titik air di kepala dan wajah dapat menghilangkan sakit kepala dan memberi rasa kerehatan kepada jiwa. Oleh itu para doktor menasihatkan seseorang yang diserang insomnia supaya mandi dengan air panas.Malah sebahagian ilmuan meyakini bahawa di dalam air terdapat kekuatan magic kerana ia mampu membawa kesan positif kepada otot-otot tubuh secara lahiriah dan memberi ketenangan secara batiniah. Rasulullah sendiri menegaskan dalam sabdanya: ْ‫ﺿﺄ‬ ‫ﻀﺐَ أَ َﺣ ُﺪ ُﻛ ْﻢ ﻓَ ْﻠﯿَﺘَ َﻮ ﱠ‬ ِ ‫إِذَا َﻏ‬ "Jika salah seorang daripada kamu merasa marah, maka hendaklah dia berwudhuk.” Dengan ini jelas menunjukkan bahawa berwudhuk dapat memberi kesihatan fizikal dan menyembuhkan kejiwaan seseorang. Selain daripada itu, setiap gerakan seperti rukuk, sujud dan sebagainya adalah suatu gerakan yang bertujuan untuk memberi kesihatan kepada jasad manusia kerana dalam gerakan-gerakan itu dapat memberi regangan terhadap otot-otot badan. Di samping itu ia berfungsi juga untuk memulihkan kerosakan-kerosakan yang terjadi kepada tubuh manusia ketika menjalankan aktiviti-aktiviti seharian. vi. Konsep Tawakkal dan Berserah Diri Kepada Allah Biasanya setelah selesai sembahyang seseorang akan berdoa, namun tidak ramai yang menyedari bahawa dalam sembahyang itu sendiri terdapat doa. Malah perkataan solat itu sebenarnya bermaksud doa. Doa dalam sembahyang terkandung dalam surah al-Fatihah yang wajib dibaca dan merupakan rukun solat. Lafaz-lafaz doa dalam surah al-Fatihah terdapat dalam ayat terakhir surah tersebut di mana kita berdoa supaya ditunjukkan jalan yang lurus, jalan orangorang yang diredhai oleh Allah, bukan jalan orang-orang yang sesat. Selain daripada surah al-Fatihah, lafaz-lafaz doa juga terdapat dalam bacaan duduk antara dua sujud dan doa qunut dalam solat subuh.Doa-doa yang dibaca itu menjelaskan bahawa kita bertawakkal dan berserah diri kepada Allah dengan mengharapkan segala perlindungannya dalam setiap aktiviti seharian yang kita laksanakan. Untuk memberi kefahaman kepada pelajar tentang segala kepentingan elemenelemen ini, sudah tentulah ia mengambil masa yang begitu lama dan memerlukan satu proses yang disebut sebagai ta’dib yang perlu diterapkan oleh para pendidik khususkan dalam pengajaran ibadah solat.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

202

Disebabkan pentingnya hidayat untuk mendirikan sembahyang, Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah supaya dirinya dan juga zuriatnya menjadi orang yang mendirikan sembahyang: ‫َربﱢ اﺟْ َﻌ ْﻠﻨِﻲ ُﻣﻘِﯿ َﻢ اﻟﺼ َﱠﻼ ِة َوﻣِﻦْ ُذ ﱢرﯾﱠﺘِﻲ َرﺑﱠﻨَﺎ َوﺗَﻘَﺒﱠﻞْ ُدﻋَﺎ ِء‬ "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan Demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. (Surah Ibrahim: 40) Atas kesedaran ini, menjadi tugas guru-guru menerapkan nilai-nilai ta’dib dalam pengajaran ibadah solat supaya murid-murid betul-betul dapat memahami tujuan mereka menunaikan. Mereka diharapkan bukan sahaja dapat mengetahui tentang kewajipan menunaikan solat, malah dapat menyelami betapa pentingnya solat sebagai pelindung mereka daripada terjebak dalam perbuatan-perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan beragama. Kanak-kanak ini apabila meningkat remaja, diharapkan akan menjadi remaja yang hidup dalam beribadah kepada Allah dan berbakti kepada orang tua. Keadaan ini terhasil kerana mereka sejak dari kecil lagi telah dilatih dengan disiplin ilmu dan asas-asas akhlak yang baik serta rasa tanggungjawab terhadap agama. Kesimpulan Dan Penutup Mendidik anak-anak dengan keseluruhan ajaran Islam yang sangat luas di peringkat awal usia adalah amat menyukarkan mereka. Ini kerana rangkuman dan cakupan syariat adalah amat luas. Akan tetapi jika dibiarkan zaman kanak-kanak berlalu tanpa terdedah kepada agama akan merugikan mereka pada masa akan datang. Tiga perkara yang ditegaskan oleh ahli-ahli pendidikan Islam kepada pendidik supaya menekankannya kepada kanak-kanak agar kanak-kanak ini terlatih dengan didikan yang baik iaitu; pertama, tidak bercakap bohong, kedua mendirikan solat dan ketiga memberi khidmat kepada orang lain. Ketiga-tiga perkara yang ditegaskan itu, pastinya akan melalui suatu proses yang begitu sukar untuk memastikan ianya tersemat sebagai satu nilai yang kekal dalam jiwa kanak-kanak, seterusnya akan dibawa sebagai amalan dalam kehidupan seharian mereka. Semua itu hanya akan tercapai melalui pendidikan berkesan yang disampaikan secara tulus ikhlas oleh para pendidik yang mempunyai ciri-ciri kesempurnaan pada diri sama ada pada akal, ilmu pengetahuan, keperibadian yang menarik, pertuturan yang baik, kata-kata yang menarik, tindakan yang wajar dan pengurusan yang cekap dan tepat.

203

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Konsep ta’dib dalam perlaksanaan pengajaran ibadah solat ini amat wajar diambil perhatian yang mendalam oleh guru-guru pendidikan Islam kerana peluang ini begitu banyak memberi ruang kepada guru Pendidikan Islam untuk menerangkan tentang hakikat betapa pentingnya bagi seorang muslim mendirikan solat. Walaupun secara formalnya tajuk solat ini bertujuan untuk memastikan murid-murid dapat menguasai bacaan dan pergerakan dalam solat, namun melalui pendekatan guru sebagai muaddib, segala rahsia yang tersirat di sebalik ibadah solat akan mampu diungkap dan difahami oleh murid-murid yang terlibat. Rujukan Asmawati Suhib, Lukman Abdul Mutalib : Tinjauan Terhadap Perlaksanaan Kem Bestari Solat : Journal of Islamic and Arabic Education 1 (1 ) 15-28: Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia Kamarul Azmi Jasmi, Ab. Halim Tamuri (2007).Pendidikan Islam: Kaedah Pengajaran & Pembelajaran. Bangi:Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Ahmad Mohd Salleh( 1997 ). Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan metodologi. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti. Ahmad Mohd Salleh (2004). Pendidikan Islam: Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al- Thusi al- Ghazali, Ihya’ Ulumuddin Jilid 1 ( Beirut: Dar Kutub al-Ilmiyah) Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR (2007). Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia. j-QAF. Buku Panduan Perlaksanaan Model-model Pengajaran dan Pembelajaran dan Ko-Kurikulum.(2004). Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam. Jabatan Pendidikan Islam. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kemas Badaruddin , Filsafat Pendidikan, Analisis Pemikiran Syed M. Naquid AlAttas ( Jogjakarta: Pustaka Pelajar, 2009) Keperihal Dasar dan Prinsip Kurikulum Semakan Tahun 2003. Pendidikan dan Bahasa Arab KBSR/ KBSM. Jabatan Agama Islam. KPM Hj Shuhadak Mahmud(2009). Terjemahan dan Adaptasi, Rasulullah Pendidik Terulung. Jabatan Syariah Akademi Islam, UIA Selangor

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

204

Mobile Application of Al-Quran and Arabic Language for Interactive and Self Learning Assistant for support in j-QAF Learning: A Survey Noor Jamaliah Ibrahim Academy of Islamic Studies, University of Malaya Zaidi Razak Mohd Yamani Idna Idris Faculty of Computer Science and Information Technology, University of Malaya Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff Academy of Islamic Studies, University of Malaya Noorzaily Mohamed Noor Emran Mohd Tamil Faculty of Computer Science and Information Technology, University of Malaya Noor Naemah Abdul Rahman Academy of Islamic Studies, University of Malaya Abstract Mobile technology in learning process is quite demanding, nowadays. It has a huge potential as a learning tool and also can be used as distance learning environment. This kind of technology is believed able to solve the current problem in j-QAF learning, especially the Arabic and Quran learning process. It is because, the current method of Arabic and Quran learning method, become less effective and unattractive to be implemented, especially towards the young Muslim generation. Moreover, today’s busy lifestyle needs a modern and technological approach that able to optimize the study time and improve the learning process. This paper seeks to provide a comprehensive review of the findings regarding the j-QAF students and teachers’ perceptions towards the mobile usage in Arabic Language’s and Quranic learning process, mainly in supporting j-QAF programme. Mobile learning is considered as an interactive and self-learning method, which can improve and strengthen the current learning process through utilization of portable tools or device of any mobile application. This could be another alternative due to support the existing method in learning and teaching Arabic and Quran, which can considered as advance teaching tools/aids. In current time, this mobile tool is more preferable to be used during the leisure time and suitable to be implemented with current lifestyle for self-learning and improvement method, due to optimize the study time. Areas with

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

206

potential of further expansion are identified for future research in supporting the jQAF learning. Keywords: j-QAF, mobile technology, Arabic, Quranic, teaching aids Introduction Mobile technology is a term that normally used to describe the various types of cellular communication technology. Since the beginning of this millennium and technological era, a standard mobile device has gone from being no more than a simple two-way caller of being cellular phone, GPS navigation system, an embedded web browser and many more. Many experts argue that the future of computer technology rests in mobile/wireless computing. Currently, US Military is using mobile technology as a tool for information dissemination and collection in the battlefield arena. Because of that, educators, and instructional designers recognize the potential of mobile technologies as a learning tool for students and have incorporated them into the distance learning environment. Most of them, including researchers and practitioners have incorporated this technology into their teaching and learning process using mobile devices. (Keegan, 2002) has anticipated that, “Mobile learning is a harbinger of the future of learning”. Mobile learning is a method of learning accomplish with small and portable devices. Moreover, Mobile learning is not one of the new educational paradigms that suddenly blossom in the field of education, that become wildly popular for a few years, and then quietly fade away (Clark, 2007). Nowadays, with the latest technology, learners are being able to learn anything, at any place and any time they needed the knowledge. Thus, mobile phone is the perfect delivery vehicle for learning in near future. Thus, in this paper we evaluate the data and findings from the survey we had already conducted towards the j-QAF students and teachers’ perceptions of the mobile usage in Arabic Language’s and Quranic learning process. Alternatives method of learning for both Al-Quran and Arabic, and efforts to elevate those elements are highly beneficial indeed and considered as a good deeds in Islam. Moreover, Al-Quran is the foundation of Islam, Islam and the Muslim way of life is based on that. Islam is seen more as a way of life than a religion, and the Quran is seen as containing all the instructions for living a proper Islamic life. Learning and retrieving information from it therefore, is an important aspect and part of a Muslim’s life. In fact, Arabic is the language of the Quran. Thus, to understand the Quran and its interpretations properly, reading and learning Arabic is much more preferred and encouraged. The Holy Quran should be put into our heart by reading it and developing that habit in leisure time, due to improve Quran reading skills and understand the

207

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

meaning and lessons that can be derived from it. Implementation of Islam Hadhari concept in Malaysia, which in turn encourages the development of Islamic teaching and ethics with current available technology. ICT and technology has been used as one of the intelligent system mechanisms, due spread the words of Allah in a right way and appropriate manner with a better understanding of its contents and interpretation. Moreover, reciting Al-Quran in the appropriate way and well defined manner are very important for all Muslims and indispensable in Islamic worship, such as prayers. However, the role of Quranic learning in today’s society is worrying, considering there are a lot of Muslim people still can’t read Al-Quran properly with a better understanding of tajweed rules. Majority of them intend to find another alternative, due to improve their recitation and understanding of AlQuran. Because of that, there is a growing market for self-learning method to learn Al-Quran as well as Arabic, which also compatible to be used in current busy lifestyle. Today’s busy lifestyle needs a modern and technological approach that can improve learning Al-Quran, as well as Arabic and optimize the study time. Background i.

Linguistic properties of Arabic Language Al-Quran is in Arabic language, thus any small mistake in pronunciation of a letter or word may change the meaning of that word. It is an ancient classical language, which influenced by a lot of dialects. It has been used as an official language in more than 22 countries. Arabic is one of the languages that are often described as morphologically complex and the problem of language for Arabic are multipart by the variation of dialectal (Kirchhoff, Vergyri, Bilmes, Duh, & Stolcke, 2004; Maamouri, Bies, & Kulick, 2006; Vergyri & Kirchhoff, 2004; Zaidi et al., 2008). However, only Modern Standard Arabic (MSA) has been used for written and formal communication, because MSA has universally agreed upon the writing standard, as well as for communication purposes (Kirchhoff, 2002; Kirchhoff et al., 2004; Maamouri et al., 2006; Vergyri & Kirchhoff, 2004; Zaidi et al., 2008).

ii.

Al-Quran Learning and Tajweed Rules From the generation of the Prophet Muhammad PBUH till now, no one has ever denied the fact that Tajweed is definitely important. It is only now in our generation that people have lost respect and forgotten the status of Tajweed. The role of Quranic learning in today’s society is worrying, considering there are a lot of Muslim people still can’t read Al-Quran properly with a better understanding of tajweed rules (Utusan, 1995). In current situation, Quranic lesson only been taught and stressed out while at school, which is one of the main syllabus in PI (Pendidikan Islam) and j-QAF (BeritaHarian, 2005). Meanwhile, young working adults, as well as older community need to find another alternative, due to improve their recitation and understanding of AlQuran. Because of that, there is a growing market for self-learning method to

208

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

learn Al-Quran, which also compatible to be used in current busy lifestyle. Besides, there is also a need to independently evaluate the user reading and understanding abilities of Al-Quran. The existing solutions only provide learning in one-way direction, which is very subjective in determining improvement, and also difficult in evaluating user performance. iii. Mobile Learning Technologies Mobile Learning is a method of using wireless and mobile technologies for education by extending access to a desktop-based online environment to handheld devices such as mobile phones or personal digital assistants (PDA’s) used as part of a mobile community (Farooq. U, Schafer. W, Rosson, & Caroll, 2002). Thus, instructional designers and teachers need a solid theoretical foundation for mobile learning in context of distance education and how to utilize the emerging mobile technologies and integrate them into teaching more effectively. Survey and Results A survey has been conducted focus on “Internet and Mobile Usage in Arabic’s and Al-Quran Learning”, during the field trip started from 22 nd June 2010 until 24th June 2010 at Sekolah Kebangsaan Padang Garong 2, Kota Bharu, Kelantan. The data of survey has been collected from 2 groups, which are (1) Teachers and (2) Students. The results of the data obtained from both group are described below (SoC, 2010): i.

Teachers The j-QAF teachers in this school only 4 persons, while another 4 teachers teach Islamic Education (Pendidikan Islam) and 10 other teachers for KAFA (Kelas Agama Fardu Ain). The table shown below is the most significant findings of the data survey taken from these 4 teachers (j-QAF): Table 1: Teachers response (SoC, 2010)

NO.

QUESTIONS

1 2 3

Gender Age When did you start teaching of j-QAF’s subject, Arabic? When did you start teaching of j-QAF’s subject, Al-Quran? Were you given specialized training to teach this subject?

4

1 Women 33 2005

Yes

ANSWERS TEACHERs

2 Women 35 2007

Yes

Men 34

3

4 Women 35

2006

2005

Yes

Yes

209

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

5

If yes, please indicate the form of training provided.

6

State teaching’s aid that you commonly used in the P&P process of this subject:

7

If you are using computer software, indicate the name of the software and software manufacturers. The effectiveness of using that software in P&P process. Have you provide selfinstructional materials (own creation) with the use of ICT applications? If so, what software do you use in preparing the teaching materials? What form of testing that you normally use to evaluate the performance of students? In your opinion, is the usual method of P&P process for this subject already sufficient without the assistance of ICT? The overall performance of students in this subject. Do you have a computer and internet connection at home? The level of expertise in the use of ICT,

8 9

10 11

12

13 14 15

Training in group, HSP Training, PKSR Training Exercise Book and Text Book Others: BBM

Training and exercising

Training/ Quranic reading exercising

Training/ Quranic reading exercising

Exercise Book and Text Book

Al-Quran Mushaf Uthmani/ Quranic recitation record book

-

-

-

Al-Quran Mushaf Uthmani/ Quranic recitation record book/Iqra’ book -

-

-

-

-

No

No

No

No

-

-

-

-

Speaking Test Writing Test

Speaking Test Writing Test

Reading Test

Reading Test

No

No

No

No

Satisfied

Satisfied

Satisfied

Satisfied

Yes, both

Computer only

Yes, both

Yes, both

Expert

Expert

Expert

Expert

210

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

especially computer: Have you ever used the Internet in the P&P process of this subject? If so, what is the frequency of this application applies? Have you ever used mobile applications in the P&P process of this subject? If so, what is the frequency of this application applies? In your opinion, how far both applications (the Internet and mobile) can help in improving the P&P process of this subject?

16 17 18

19 20

No

No

No

No

-

-

-

-

No

No

No

No

-

-

-

-

Very Help

Very Help

Very Help

Very Help

According to above table, these 2 teachers were expert and specialized in teaching Arabic language, meanwhile another 2 teachers were expert in Quranic teaching. They also have skills in ICT, especially computers, and thus, believed the ICT technology; through implementation of Internet and Mobile application may help improving the P&P process of Arabic and Quranic learning. The current method of learning and teaching for both Arabic and Al-Quran, through manual method is still not sufficient for P&P process, if it is still without the assistant of ICT technology. Furthermore, the implementation for those technology still not yet been implemented in Malaysia. Hence, ICT implementation in both subjects is quite necessary to be performed, due to improve the j-QAF learning progress. ii.

Students The results of the output data survey were obtained from 30 respondents (students of standard 5, 11 years old), which is j-QAF students. The majority of these sampling data were derived from the female students with a percentage of 60% (n=18), while another 40% (n=12) of the respondents was male. The results of the findings are based on the questions from the questionnaires, which have been divided and categorized as below: (a) Interest 2) 3)

How does your interest in the j-QAF’s subject, Al-Quran? (Both Tasmik & Khatam Al-Quran Model) How does your interest in the j-QAF’s subject, Arabic?

211

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

For Quranic learning (Tasmik & Khatam Al-Quran model), 13 students (43%) shows their interest (very interested), while 15 students (50%) were interested (moderate) and only 2 students shows their less interest towards Quranic learning. Meanwhile in Arabic, 23% of students stated that they are very interested in this j-QAF’s subject of Arabic Language, while another 63% (n=19) stated that they are interested (Moderate) and the rest (n=4) are less interested in the subject.

Sangat Minat Minat

Kurang Minat Tidak Minat

Sangat Minat Minat Kurang Minat Tidak Minat

4.

Is the process of learning this subject interest you?

Almost all students (n=28) stated that learning of this subject is really much interesting.

Sangat Menarik Menarik Kurang Menarik Tidak Menarik

212

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

(b) Teaching Aids 5.

State teaching aid which is normally used by your j-QAF’s teacher

Based on the response from those 4 teachers in Table 1, text book and exercise book are the main teaching aids that normally been used by the teachers during P&P process. In other hand, the answer for the question no.5 shows that, text books (n=28) are the main teaching aids, that most commonly used by teachers, followed by exercise books. Meanwhile, another 2 alternatives teaching aids stated in this survey, such as computer software and others support tools that could be considered as teaching aids are not been used in Arabic and Quranic process of learning.

Perisian Komputer Buku Latihan Buku Teks Lain-lain

(c) 6)

Test and Assessment What is a test that your j-QAF’s teachers frequently used to assess your performance?

In overall, 50% (n=15) of the students state that their teachers frequently use writing test as the main type of evaluation tools and assessment, in evaluating their performance in class; whereas 37% (n=11) of students choose the verbal test and the remaining students, 13% (n=4) choose the practical test as the main assessment, used by j-QAF teachers..

213

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Ujian Lisan Ujian Bertulis Ujian Praktikal Lain-lain

7)

Is the existing education system is sufficient to improve your skills?

63% (n=19) of students said that the existing education system is sufficient to improve the skills of the students, while 37% (n=11) say it is still not sufficient.

Ya Tidak

(d) 8)

Computer and Internet Do you have a computer and internet connection at home?

Based on this question, majority of the students did have neither computers nor internet in their house. It has been proven, through the percentage gained, shows that only 33% (n=10) of students have both computer and internet connection at home; while 30% (n=9) of students only have computer and the others, 37% (n=11) of students did not have both. 9)

Your computer skills:

Results obtained from previous question number of 8, had clarified this situation. Only 17% (n=5) of students stated that, they are very skilled with computers; 40% (n=12) say they are skilled; 40% (n=12) more clarified that, they are less skilled; while 3% (n=1) say they are not skilled. Most of students which categorized under skills and less skills of computer conquered about half of percentage that only know how to use the computer in moderate skills. They

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

214

have chances to use the computer and learnt how to use while at schools, in computer lab only. 10) Have your teachers use the Internet for learning process of this subject? 12) Have your teacher using a mobile phone application or other mobile devices for learning process of this subject? Both questions shown above, that all students say that their teachers never used the Internet and mobile applications for learning in the classroom. Ya, keduaduanya komputer sahaja

Sangat Mahir Mahir

Tidak

Ya

Ya

Tidak

Tidak

14) In your opinion, how far both applications (the Internet and mobile) can help in improving the learning process of this subject? About 47% (n=14) of the students stated that, both applications are very helpful in enhancing the learning process; 40% (n=12) say somewhat helpful and 13% (n=4) are saying it does not help at all. Based on the result, most of students totally agreed about the benefits of using and implementation of ICT application, such as mobile and internet, in teaching and learning both Arabic and Al-Quran in j-QAF. Those teaching aids could be considered as alternative tools to support P&P process for supporting the j-QAF programme.

215

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Sangat Membantu Agak Membantu Kurang Membantu Tidak Membantu

15) Are you interested in using ICT applications (computers, internet etc.) to help enhancing your skills? Majority of the students (87%; n=26) are very interested in using ICT applications (computers, internet etc.) to help improve their skills. This shows us that, technology ICT play the major role to grab the students’ interest and increase their motivation to learn Al-Quran through interactive way, thus, make them easier to understand about the teaching modules intended.

Ya Tidak

216

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

(e) Learning Practices 16) Do you practice what you learn outside of school? About 83% (n=25) of the students to practice what they have learned in school while he was outside of school.

Ya Tidak

17) If so, by how do you do it? (Check all that apply) Most of the students try to speak in Arabic at home and some of them also try to speak with their teachers and friends outside of school. Cuba bertutur dalam bahasa arab di rumah Cuba bertutur dalam bahasa arab dengan guru atau rakan di luar sekolah

Discussion Based on the data survey collection, which obtained from the targeted respondents (students); majority of them are very interested in learning Arabic, as well as AlQuran. They practically learned those subjects at school with friends and teachers. Although the students and the j-QAF teachers know how to use computers and internet, but they still do not been exposed with any technologies or ICT in their learning and teaching (P&P), during the school hours. They just intended to use the conventional method such as text book and exercise book. Majority of the students believed that, both applications (the Internet and mobile) can help them to improve the learning process, as well as able to motivate them to learn more about Arabic and Quran. Furthermore, today’s busy lifestyle needs a modern and technological

217

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

approach that able to optimize the study time, as well as improve the learning process. With the huge demanding of technology in Malaysia, interactive and selflearning tools using ICT could be the right choice to be implemented nowadays. Alternative method of learning through ICT approach is believed able to draw the student’s intention. It is because, ICT could provide interactive platforms, which dealing with varieties of ways in learning and teaching through interesting method, such as music, games, drilling, quiz and others. The method of learning through ICT is recommended in teaching pedagogy, because it is considered as an attractive approach, in which influenced the psychological and mood of the students. In context of Al-Quran learning, the existing product/technology available currently in the market, were only capable to show Al-Quran texts and/or play stored Al-Quran recitation. They just provide learning in one-way direction, which is very subjective in determining improvement, and also difficult in evaluating user performance. Thus, new development of mobile application needs to be invented due to provide a two-way direction of Al-Quran learning tool, with capabilities to evaluate the user performance. Meanwhile for Arabic, the learning methods are slightly different from Quran because it only focuses on languages, pronunciation, and teach on how to use each vocabulary, nouns and others. Same with Quran, the Arabic learning software also do not provide two way learning direction, in which difficult to evaluate the user performance. The new technological approach through ICT for teaching and learning Al-Quran and Arabic need to be aligned with the new innovation and technology, due to ensure the j-QAF learning is easy to understand, fun and really efficient to be implemented in current time, till the children are keen to learn the Quran and Arabic. Conclusion In this paper, all different answers collected from the questionnaires of survey have been discussed, by considering all feedbacks towards Arabic and Al-Quran model in j-QAF program. Although there are a lot of software available free from the market, we need to consider the demands and needs of students, as well as teachers due to improve their learning process. Implementation of mobile technology application in Quran and Arabic learning is more preferable to be used during the leisure time and it is more suitable to be implemented with current lifestyle for self-learning and improvement method, due to optimize the study time. Due to that matter, a new design of mobile technology for Quran and Arabic need to be developed, to fulfill the needs of targeted users (j-QAF students and teachers), in which considered as portable device, used as assistive tools learning. The proper actions need to be put into consideration, due to improve the development of this mobile application and make it more compatible and useful for the end users, as it is designated for that purposes.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

218

References BeritaHarian. (2005, 10 May 2005 ). Program j-QAF sentiasa dipantau Berita Harian Press. Retrieved from http://www.bharian.com.my/ Clark, J. D. (2007). Learning and Teaching in the Mobile Learning Environment of the Twenty-First Century: Instructional Design Specialist Austin Community College, Austin, Texas. Farooq. U, Schafer. W, Rosson, M. B., & Caroll, J. M. (2002). M-Education: Bridging the Gap of Mobile and Desktop Computing (pp. 1-2): Centre for Human-Computer Interaction and Department of Computer Science. Virginia Polytechnic Institute and State University. Keegan, D. (2002). The future of learning: From eLearning to mLearning, ZIFF papiere 119, from http://www.fernuni-hagen.de/ZIFF Kirchhoff, K. (2002). Novel Speech Recognition Models for Arabic. Johns-Hopkins University Summer Research Workshop. Kirchhoff, K., Vergyri, D., Bilmes, J., Duh, K., & Stolcke, A. (2004). Morphologybased language modeling for conversational Arabic speech recognition. Paper presented at the Eighth International Conference on Spoken Language ISCA. Maamouri, M., Bies, A., & Kulick, S. (2006). Diacritization to Arabic Treebank Annotation and Parsing. Paper presented at the Proceedings of the Conference of the Machine Translation SIG. SoC. (2010). Internet and Mobile Usage in Arabic’s Learning at SK Padang Garong 2, Kota Bharu, Kelantan: System On Chip (SoC) Research Group, Faculty Science Computer & Information Technology, University of Malaya. Utusan. (1995, 10 January 1995). Penutupan Majlis Tilawah al-Quran,, Utusan Malaysia. Vergyri, D., & Kirchhoff, K. (2004). Automatic Diacritization of Arabic for Acoustic Modeling in Speech Recognition COLING Workshop on Arabicscript Based Languages, Geneva. Geneva. Zaidi, R., Noor Jamaliah, I., M. Yamani, I. I., Emran, M. T., Zulkifli, M. Y., & Noor Naemah, A. R. (2008). Quranic Verse Recitation Recognition Module for Support in jQAF Learning: A Review. IJCSNS International Journal of Computer Science and Network Security, 8(8), 207-216.

Pendekatan Kaedah Mnemonik dalam Pembelajaran Bahasa Arab (j-QAF) Majdan Paharal Radzi Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)

Abstrak

Bahasa Arab j-QAf merupakan salah satu mata pelajaran sekolah rendah yang diperkenalkan oleh Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2005. Ia dilihat sebagai asas utama bagi meningkatkan keberkesanan kefahaman murid terhadap ilmu keagamaan dan membekalkan mereka dalam empat kemahiran utama iaitu kemahiran menulis, bertutur, mendengar dan membaca dalam Bahasa Arab. Bagi murid sekolah rendah, pengaplikasian terhadap sesuatu perkara baru perlu disertai dengan strategi pembelajaran bahasa yang berkesan bagi memudahkan kefahaman dan ingatan mereka samada di dalam bilik atau di luar bilik darjah. Proses mengingat yang baik terhasil melalui memori yang tersimpan secara tersusun dan sistematik. Justeru, kajian ini mencadangkan agar kaedah mnemonik dijadikan sebagai salah satu cara mendekatkan murid terhadap pembelajaran Bahasa Arab.

Pengenalan Di dalam dunia globalisasi dan penuh cabaran pada masa kini, persaingan yang wujud bukan sahaja dari segi keperluan mahupun material tetapi juga dari segi mental dan intelektual. Dalam hal ini, individu perlu memacu hidup ke hadapan dengan lebih dinamik dan pantas demi mencapai kejayaan dan berada sebaris dalam kalangan golongan cendekiawan. Pembelajaran Bahasa Arab di sekolah rendah telah diperkenalkan oleh Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2003 bagi memastikan ilmu yang dipelajari bagi seseorang pelajar itu terus berkembang dari masa ke semasa.. Cetusan idea oleh beliau wujud selepas beliau menghadiri lawatan rasmi ke Kementerian Pendidikan bagi membincangkan isu pendidikan sekolah rendah dan Pendidikan Islam sehinggalah terhasilnya pelaksaan J-Qaf pada tahun 2005 (KPM,2004). Rosni (2012) berpandangan kekurangan aktiviti bahasa dalam pengajaran menjadi antara faktor utama masalah pembelajaran dan pengajaran Bahasa Arab. Kekangan ini menyebabkan pelajar kurang upaya dan seterusnya pelajar tidak dapat membina ilmu yang berterusan. Tidak dinafikan bagi seseorang pelajar yang mengambil mata pelajaran Bahasa Arab harus memiliki empat kemahiran bahasa yang mencakupi aspek

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

216

kemahiran membaca, menulis, bertutur dan mendengar (Majdan,2012). Namun, setiap pelajar juga perlu mempunyai daya kemahiran mengingat bagi memudahkan proses pembelajaran dalam kehidupan. Mengingat adalah salah satu kemahiran yang boleh dipelajari dan dipupuk dalam diri bukannya bakat atau anugerah semula jadi seseorang. Gaya pembelajaran yang berbeza bergantung kepada keadaan minda dijana dan dimanipulasi (Zaida,2002). Konsep gaya pembelajaran turut disentuh oleh Syed& Ahmad dalam petikannya: “Dalam konteks memahami sifat murid, gaya pembelajaran menjadi indikator bagaimana seseorang murid belajar dan cara belajar yang digemari. (Syed&Ahmad,2011:225) Namun, dalam kesungguhan usaha tersebut masih terdapat kelompok individu yang berhadapan dengan masalah di dalam pembelajaran yang mana menyebabkan usaha mereka untuk maju ke hadapan sedikit terencat dan agak perlahan terutamanya permasalahan di dalam mengingati fakta-fakta dalam mata pelajaran tertentu. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berterusan membelenggu pelajar-pelajar dan harus di tangani dengan kadar segera agar proses pembelajaran dapat berlangsung dengan baik dan menarik seterusnya dapat bersaing meneraju dunia bersama-sama. Melalui kajian Basah yang dilakukan oleh terhadap pelajar sekolah menengah Tingkatan satu di enam buah sekolah di Negeri Sembilan (JQAF) mendapati bahawa persepsi pelajar terhadap Bahasa adalah negatif. Mereka juga tidak pasti mengenai pembelajaran Bahasa Arab berbanding penerapan aspek solat dan kem bestari solat. Setiap pelajar perlu mempunyai daya kemahiran mengingat bagi memudahkan proses pembelajaran dalam kehidupan. Mengingat adalah salah satu kemahiran yang boleh dipelajari dan dipupuk dalam diri bukannya bakat atau anugerah semula jadi seseorang. Gaya pembelajaran seseorang pelajar adalah berbeza dengan pelajar yang lain. Ada yang lebih gemar belajar secara sendiri, berkumpulan, pemerhatian, kajian, perbincangan, dalam keadaan sunyi atau bising dan pelbagai gaya pembelajaran lain yang tidak disebutkan. Di bawah konteks psikologi pendidikan, gaya pembelajaran ialah cara seseorang pelajar memberi tumpuan dan tindakan untuk memproses dan memperolehi maklumat, ilmu atau pengalaman yang baru. Kesemua gaya-gaya pembelajaran yang dinyatakan pasti melibatkan proses mengingat. Ini menunjukkan kemahiran mengingat adalah satu kemahiran yang sangat penting yang harus ada di dalam diri seorang pelajar khususnya dan manusia amnya. Terdapat pelbagai kaedah dan teknik yang diamalkan dalam proses meningkatkan kemahiran mengingat di dalam pembelajaran sebagai usaha untuk meningkatkan kefahaman dan mengingati fakta-fakta penting. Hal ini kerana manusia mempunyai ingatan yang terbatas dan

217

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

tidak mampu untuk mengingati semua perkara di dalam kehidupan dalam satu-satu masa. Namun begitu, permasalahan ingatan manusia yang terbatas ini boleh di atasi dan ditingkatkan melalui kemahiran mengingat dan latihan yang bersistematik. Menurut Yates (1966) melalui bukunya yang bertajuk “The Art of Memory menyatakan: “It is not difficult to get hold of the general principles of the mnemonic. The first step was to imprint on the memory a series of loci or places”. Kemahiran mengingat ialah proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria lihat yang baik. Kemahiran mengingat juga ialah proses mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan kejadian yang telah berlaku selepas beberapa jam. Antara kaedah yang digunakan untuk meningkatkan ingatan ialah menggunakan alat bahan bantu mengajar, bahan pengajaran yang bermakna, isi pelajaran teratur dan baik, mengulang isi pelajaran, waktu rehat dalam pembelajaran, pengelolaan pembelajaran, mengaitkan pembelajaran dengan kehidupan sebenar, membuat latih tubi, mempraktikkan ilmu dan menggunakan kaedah mnemonik. Melalui kajian yang dilakukan oleh Scoot,Richard &Kelly (1982) mendapati bahawa kanak-kanak memperoleh pembelajaran dengan lebih tersusun dan pembelajaran yang strategiik dapat dicapai apabila memahami dan meneggunakan strategi mnemonik. Justeru, perancangan kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui bagaimana untuk meningkatkan kemahiran mengingat dan seterusnya mengamalkan teknik-teknik dan kaedah yang digunakan untuk meningkatkan kemahiran mengingat pelajar di dalam pembelajaran. Perkembangan kemahiran kanak-kanak sekolah rendah dalam membina strategi pembelajaran yang kukuh amat penting kerana pada peringkat ini keseimbangan pencapaian pendidikan dan penerimaan terhadap ilmu adalah pada tahap yang sama. Kanak-kanak perlu menguasai dan menghalusi beberapa kemahiran yang khusus di alam persekolahan. Tanpa penguasaan ini, maka mereka akan gagal seterusnya membawa rasa rendah diri dan tiada keupayaan (Haliza,Joy&Rafidah:2008) Mata pelajaran Bahasa Arab di sekolah rendah diajar secara asas tanpa melibatkan jumlah ayat yang panjang. Daripada perspektif penulis, ini menunjukkan bahawa apa yang telah dipelajari oleh pelajar hanya kekal dalam ingatan jangka pendek mereka sahaja iaitu keupayaan terhadnya pada satu masa. Pengajaran yang telah disampaikan itu tidak masuk dalam ingatan jangka panjang mereka iaitu

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

218

keupayaan yang tidak terhad, boleh menyimpan maklumat dalam ingatan dan dilupa secara beransur. Menurut Kamarudin (2010) mengatakan bahawa : “ingatan merujuk kepada masa silam yang melibatkan aktiviti mengenalpasti maklumat yang telah diperoleh, dialami, kelas yang telah dibentuk, hubungan dan system yang telah diperoleh, transformasi yang dilakukan, kesan dan implikasi yang telah dibuat dan sebagainya”. Lupaan merupakan satu kejadian biasa. Antara sebab manusia boleh lupa ialah ketiadaan saranan dan peredaran masa. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar sentiasa didedahkan dengan maklumat yang baru dan mereka akan memberi fokus kepada maklumat baru. Maklumat yang baru ini akan mengambil alih tempat maklumat lama dan menyebabkan ingatan lama mula mereput. Walau bagaimanapun, strategik dan pendekatan tertentu boleh digunakan untuk membantu kita dan pelajar mengingat maklumat yang banyak dan kurangkan lupaan. Satu cara untuk mengurangkan lupaan ialah guru harus menjadikan pembelajaran sesuatu yang memberangsangkan. Secara rasionalnya kajian ini dijalankan adalah bertujuan mencadangkan pendekatan kaedah mnemonik sebagai salah satu kemahiran bahasa yang digunakan bagi meningkatkan pencapaian pelajar, khususnya bagi pelajar j-Qaf sekolah rendah. Pernyataan Masalah Penguasaan bahasa kedua memerlukan pembelajaran yang berterusan dan diperkayakan dengan kaedah yang menarik terhadap setiap yang dipelajari dari masa ke semasa. Dalam arena pendidikan, asas strategi pembelajaran merupakan medium yang utama bagi memastikan pelajar mampu mendapatkan informasi, memproses dan menerima dan menyimpan dengan jangka masa yang panjang. Perkembangan konteks pemahaman terhadap suatu ilmu baru tanpa mengabaikan apa yang telah dipelajari adalah lebih berkesan. Pada umumnya, strategi mengingat merupakan salah satu strategi pembelajaran bahasa. Strategi-strategi ini membolehkan pelajar memperoleh maklumat yang diperoleh secara mudah (Nurazan,2004). Eid (2012) mendapati bahawa strategi pembelajaran bahasa membantu pelajar meningkatkan kemahiran bahasa secara efektif. Menurut Norhayuza, kajian tentang ingatan dikatakan kurang mendapat perhatian oeleh pengkaji-pengkaji, manakala kajian terhadap Bahasa Arab hampir langsung tiada dijalankan.

219

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Melalui kajian Bhasah yang dilakukan oleh terhadap pelajar sekolah menengah Tingkatan satu di enam buah sekolah di Negeri Sembilan (JQAF) mendapati bahawa persepsi pelajar terhadap Bahasa adalah negatif. Mereka juga tidak pasti mengenai pembelajaran Bahasa Arab berbanding penerapan aspek solat dan kem bestari solat. Kajian Maizatul (2011) menyatakan bahawa murid mempunyai minat dan kesungguhan terhadap mata pelajaran Bahasa Arab, namun memperolehi pencapaian yang agak sederhana. Keadaan ini disokong apabila turut mendapat sokongan yang sederhana manakala pencapaian murid dalam kemahiran yang diuji adalah lemah dan kurang memuaskan. Perihal ini menunjukkan kaedah mengingat Bahasa Arab bagi pelajar sekolah rendah menjadi isu yang kurang ditittikberatkan. Masalah ini berlarutan apabila beralih ke sekolah menengah. Penerimaan terhadap bahasa ini semakin merosot, malah hingga ke peringkat universiti. Penulis berpendapat pembelajaran asas Bahasa Arab pada peringkat rendah amat penting agar pelajar tidak ketinggalan dan keliru dengan pilihan perkataan dan huruf yang dipelajari. Kerangka Teori / Konsep Kaedah mnemonik dicipta adalah untuk meningkatkan kemahiran mengingat individu. Menurut Mok (2002) melalui Teori Pemprosesan Maklumat R.M Gagne mengatakan bahawa rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Menurut beliau, pengalaman-pengalaman yang disimpan di dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baru demi memudahkan proses pembelajaran baru berlaku. Kaedah mnemonik adalah kaedah yang boleh mengukuhkan ingatan untuk suatu jangka masa yang panjang bersesuaian dengan teori yang dikeluarkan oleh Gagne. Di dalam negara kita, para guru dan pendidik telah sekian lama menggunakan kaedah ini dalam pendidikan bagi membantu pelajar mengingati sesuatu fakta dan maklumat dengan mudah dan cepat. Guru-guru telah pun mencipta berbagai mnemonik sebagai suatu pendekatan pengajaran dan mnemonik yang dicipta itu telah pun digunakan secara turun temurun. Kaedah mnemonik boleh membantu pelajar daripada pelbagai peringkat sama ada pra sekolah, sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi. Douglas (200) berpendapat bahawa kaedah mnemonik merupakan salah satu strategi kognitif, namun tidak didedahkan di sekolah pada masa kini.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

220

Definisi Operasi Kaedah Mnemonik Mnemonik mempunyai pelbagai tafsiran makna. Menurut Mohammad & Saed (2011) perkataan mnemonik ini adalah berasal daripada bahasa Greek iaitu mnemosyne iaitu yang banyak berkaitan dengan pemikiran atau minda. Merujuk kepada kamus Oxford (1340:1973) mnemonik bermaksud kemahiran mengingat dengan menggunakan sistem dan kaedah tertentu. Kaedah mnemonik ini juga menggunakan prinsip asosiasi iaitu maklumat yang ingin di ingati dikaitkan dengan maklumat yang lain yang mudah di ingat (Suwito,295:2005). Kaedah mnemonik bermaksud mengorganisasikan fakta-fakta untuk memudahkan ingatan. Ingatan merupakan proses kebolehan manusia untuk menerima maklumat, memproses, dan menyimpannya dalam otak kemudian mengeluarkannya ketika diperlukan. Jefrey& Cynthia (2011) menjelaskan bahawa mnemonik adalah suatu cara untuk meningkatkan memori dan membina maklumat dengan lebih berkesan. Ia berfungsi sebagai medium untuk mengekod maklumat supaya lebih tersusun. Gaya pembelajaran teknik mnemonik terbahagi kepada tiga gaya pembelajaran iaitu mnemonik peg, mnemonik berkaitan dan mnemonik kata kunci. Teknik mnemonik peg ialah mengambil huruf awalan dan mencantumkannya menjadi satu perkataan yang mudah di ingat. Teknik mnemonik berkaitan pula ialah membina satu ayat lain berdasarkan huruf awalan bagi rangkai kata yang ingin dingati. Kaedah mnemonik yang seterusnya ialah kata kunci. Carter (1998) berpendapat pada peringkat asa pembelajaran, sesuatu perkataan itu tidak dapat diingati secara efektif dengan menggunakan konteks ayat dan mesti digunakan perkataan tunggal atau berpasangan. ialah kata yang terdengar seperti kata baru dan mudah digambarkan. Kemudian diciptakan sebuah gambar atau bayangan dari kata kunci dan definisi tersebut bersama. Hal tersebut penting ketika saling berinteraksi dan tidak ditampilkan dalam gambar atau bayangan yang sama. Teknik mnemonik kata kunci adalah kaedah yang lebih banyak digunakan dalam pembelajaran bahasa, pembaca yang lemah dan golongan orang yang kurang berupaya. Mereka mengingati sesuatu dengan mencipta formula yang mana formula tersebut menjadi kata kunci untuk mengingat. Teknik mnemonik terbahagi kepada beberapa jenis iaitu teknik hubungan/rantaian, teknik kata gantian, teknik anekdot, teknik lokasi, akrostik dan akronim.

221

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

hubungan/rantaian Hubungan/rantaian

lokasi Teknik mnemonik

akrostik

anekdot

Kata gantian

akronim

Teknik hubungan/rantaian –Menghubungkan adalah satu proses mengaitkan atau mengasosiasikan satu perkataan dengan perkataan yang lain melalui sebuah aksi atau gambaran. Teknik ini biasa digunakan dengan sistem kata penanda untuk mengingatkan serangkaian informasi dalam urutan tertentu. Teknik ini sesuai untuk mengingati suatu senarai yang panjang. Ia melibatkan imaginasi atau gambaran mental secara aktif. Teknik ini membayangkan sesuatu objek secara reguan yang sedang berinteraksi. Hubungan yang dibentuk tidak perlu logik ataupun realistik asalkan kata hubungan itu dapat membantu mengingat sesuatu fakta. Teknik kata gantian – Teknik ini digunakan untuk perkara abstrak yang sukar diingat. Ia melibatkan penggunaan imej yang timbul daripada kata ajuk dan membayangkan suatu imej yang konkrit. Teknik anekdot – Teknik yang menggunakan cerita pendek dan lucu untuk memudahkan proses ingatan dan menghubungkaitkannya dengan kata kuncinya sahaja.Contohnya: apabila menggunakan perkataan yang berkaitan mengenai sekolah: Mak limah Mat deris Maktab Darah faisal

‫اﻟﻤﻌﻠﻤﺔ‬ ‫اﻟﻤﺪرﺳﺔ‬ ‫اﻟﻤﻜﺘﺐ‬ ‫اﻹدارة‬ ‫اﻟﻔﺼﻞ‬

Teknik lokasi – Teknik ini juga dikenali sebagai kaedah tempat dan berdasarkan dua cantuman unsur iaitu imej dan tempat. Teknik ini dilakukan dengan mengingati sesuatu lokasi dan dikaitkan dengan maklumat yang hendak diingati. Beberapa langkah perlu diambil untuk menggunakan teknik ini iaitu membayangkan beberapa lokasi yang tersusun dalam satu jalinan. Kemudian lokasi hendaklah dibayangkan dengan jelas dalam ingatan. Satu imej dibayangkan bagi satu kata kunci daripada senarai maklumat yang telah dibuat. Senarai maklumat yang abstrak perlu dikonkritkan terlebih dahulu. Imej dihubungkan dengan lokasi yang telah

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

222

dibayangkan dalam ingatan. Satu imej adalah untuk satu lokasi. Imej dan lokasi dikaitkan mengikut urutan. Hal ini dilakukan secara mental dengan mengasosiasikan setiap informasi yang diperlukan.

‫ﺗﻤﺴﺎح‬،‫ ﻧﻤﺮ‬،‫زراﻓﺔ‬

Zoo-(zirafa ,harimau,buaya)

Pasar-(kobis,sawi,kentang,timun) Hospital-(doktor, jururawat,ambulans) Rumah-(basikal,emak,ayah,adik,kakak) Teknik akrostik – Kata akrostik berasal daripada perkataan Perancis iaitu acrostiche dan daripada Yunani iaitu akrostichis yang bermaksud sebuah sajak yang huruf awal baris-barisnya menyusun sebuah atau beberapa perkataan. Menurut Sutisno, akrostik adalah menggunakan setiap huruf pertama daripada perkataan dan suku kata menjadi suatu ayat. Menurut Markowitz, akrostik adalah susunan perkataan yang tidak semestinya menggunakan huruf pertama dan tidak menghasilkan singkatan dalam bentuk satu perkataan tetapi diingat dalam bentuk ayat atau frasa tertentu. Kesimpulannya, teknik akrostik adalah cara yang dilakukan oleh guru untuk memudahkan pelajar mengingat suatu fakta dengan cara menggunakan huruf awal, tengah atau akhir dalam suatu perkataan atau frasa tertentu. Contohnya seperti mengingat turutan warna-warna pelangi dengan menggunakan perkataan mejikuhibiinu iaitu asfar, ahmar, abyadh, akhdhar, aswad, azraq, binafsajiy.

(Biazasakabahas). Akronim – Teknik ini seakan-akan teknik akrostik. Akronim adalah sejenis kata singkatan. Teknik ini membentuk akronim dengan menggunakan setiap huruf awal daripada satu ayat untuk membentuk perkataan baru. Walaupun teknik ini mudah untuk dihafal, namun terdapat beberapa kelemahan iaitu teknik ini hanya sesuai untuk perkataan yang mudah dihafal tetapi bukan untuk tujuan pemahaman sesuatu fakta. Selain itu, tidak semua ayat mudah dibentuk menjadi dalam bentuk yang lebih mudah di ingat.

223

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Contohnya: ‫ أرﯾﺪ أن أذھﺐ إﻟﻰ اﻟﺤﻤﺎم‬UAAIH Kajian Mnemonik Dalam Pembelajaran Bahasa Arab Dalam pembelajaran Bahasa Arab di sekolah rendah, pelbagai konsep perlu diperkayakan bagi meningkatkan kefahaman murid. Kelemahan dalam penguasaan kosa kata berpunca dari daya ingatan yang tidak Mnemonik, seperti yang telah dibahaskan diatas adalah salah satu stategi pembelajaran yang efektif. Menurut Suwito (2005) kaedah ini mempunyai kaitan yang sangat erat dengan asosiasi, iaitu mengaitkan dengan peristiwa, objek dan subjek dengan peristiwa lain. Jika dilihat dari sudut kajian terhadap keberkesanan mnemonik dalam pembelajaran Bahasa Arab, terdapat beberapa kajian yang membahaskan mengenainya. Antaranya ialah kajian yang dijalankan oleh Muhammadul Bakir (2007) yang menyatakan bahawa kaedah ini boleh dijadikan salah satu kaedah pembelajaran Bahasa Arab yang berkesan. Menurut Aziz & Erta(2012) berpendapat usia kanak-kanak yang berumur 612 tahun merupakan usia yang ideal untuk mempelajari bahasa kedua. Hal ini bertepatan dengan keadaan kanak-kanak yang masih baharu dalam penerimaan ilmu persekitaran. Dengan menelusuri bahasa kedua, maka sebenarnya sulit untuk seseorang kanaka-kanak itu memahaminya melainkan dengan aktiviti bersesuaian dengan umur mereka. Mohd Daud (1989) melalui kajiannya menyatakan bahawa terdapat kolerasi yang sederhana di antara metaingatan dengan pencapaian. Ini menunjukkan metaingatan terhadap konsep pembelajaran tidak dapat dicapai sepenuhnya oleh pelajar. Rumusan Penguasaan Bahasa Arab j-Qaf dalam kalangan murid sekolah rendah adalah asas ke arah melahirkan pelajar yang berkualti dalam pembelajaran. Jika dilihat dari aspek penyusunan kokurikulum di sekolah, mereka sering didedahkan dengan pelbagai pengayaan aktiviti bersesuaian. Dalam pembelajaran bahasa,bukan mudah sesorang itu mampu menguasai bahasa dengan baik. Penggunaan bahasa kedua di sekolah memerlukan pengukuhan yang baik samada pembelajaran berlangsung di bilik darjah atau di luar. Bagi murid yang berumur 6-12 tahun, aktiviti pembelajaran dikatakan sangat membantu mereka memahami dan menerima sesuatu pembelajaran. Kaedah mnemonik dijadikan satu kaedah pilihan dalam mengatasi cabaran pembelajaran pembelajaran Bahasa Arab.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

224

Rujukan Aziz Fakhrurrozi, Erta Mahyudin. (2012). Pembelajaran Bahasa Arab. Direktorat Jenderal Pendidikan Islam Kementerian Agama. Jakarta. Indonesia. Bhasah Abu Bakar&rakan-rakan. Persepsi Pelajar Terhadap Keberkesanan Program j-Qaf dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Satu:Satu Kajian Kes. H. Douglas Brown. (2000). Principles of Language Learning and Teaching. Longman. San Francisco. Frances A.Yates (1966). The Art of Memory. The University of Chicago Press.London. Kamarudin. (2010) Psikologi Pembelajaran. Utusan Publications& Distributors. Malaysia. Nurazan bt Mohmad Rouyan. (2004). Strategi Pembelajaran Bahasa dalam Pembelajaran Bahasa Arab:Kajian di KUSZA. Ijazah Sarjana Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia. Malaysia. Mohammad Amiryousefr, Saed Ketabi (2011). Mnemonic Instruction:A way to boost vocabulary learning and recall. Journal of Language Learning and Research. pp.178-182).Finland. Mohd Daud Hamzah. (1989). Metaingatan dan Hubungannya dengan Prestasi Ingatan. Journal Pendidik dan Pendidikan. Jld. 10 pp80. Universiti Sains Malaysia. Malaysia. Muhammadul Bakhir Hj Yaakub. (2007). Teaching Arabic as a second language.An evaluation of keyword method effectiveness. Jurnal Teknologi. pp:61-72. Universiti Teknologi Malaysia. Malaysia. Rosni (2012). Isu Pembelajaran Bahasa Arab. Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. Malaysia. Scott G. Paris, Richard S. Newman, & Kelly A. Mcvey (1982). Learning the Functional Significance of Mnemonic Actions:A Microgenetic Study of Strategy Acquisition.

Permasalahan Amalan Pengajaran dalam Kalangan Guru Pelatih Praktikum j-QAF Md Zuki Hashim IPG Kampus Sultan Abdul Halim Abstrak Kertas ini menzahirkan enam permasalahan amalan pengajaran yang sering dihadapi oleh para guru pelatih iaitu kemahiran membuat penilaian aras bagi setiap langkah pengajaran, melaksanakan kepelbagaian teknik pengajaran & pembelajaran, kemahiran menerapkan unsur kemahiran berfikir, kemahiran menerangkan pemikiran reflektif, kemahiran menggunakan Bahan Bantu Mengajar secara berkesan, kemahiran mengawal kelas semasa P&P. Permasalahan praktikum ini berbangkit berpunca daripada bimbingan keguruan semasa interaksi bersemuka yang kurang berkesan, latihan praktikum dijalankan sebelum sukatan pelajaran kursus keguruan disempurnakan ketika interaksi bersemuka, tiada pendedahan kemahiran belajar dalam struktur kursus dan tiada keselarasan format refleksi pengajaran.Justeru beberapa penambahbaikan perlu diberi perhatian dan disegerakan tindakan iaitu menyemak semula kurikulum latihan keguruan, menggubal modul penulisan refleksi, mempertimbangkan fasa praktikum KPLI selepas semua kurikulum kursus telah disampaikan, memupuk persefahaman kukuh antara PP gan GP, GPP mesti memanfaatkan pengalaman mengajar dalam program LPBS tanpa menunggu tarikh praktikum sebenar dan GPP mesti mengubah sikap mereka daripada belajar untuk lulus kepada belajar untuk menjadi guru yang professional. Kata kunci: amalan pengajaran, permasalahan praktikum, j-QAF Pendahuluan Pendidikan sentiasa diberi keutamaan dalam penggubalan gagasan dasar negara seperti gagasan 1Malaysia (Pejabat Perdana Menteri, 2009). Kementerian Pelajaran Malaysia berhasrat untuk menjadikan sistem pendidikan kebangsaan sebagai sistem pendidikan yang bertaraf dunia. Hasrat itu bukanlah suatu ungkapan yang sekadar mudah disebut, tetapi ia menuntut banyak sumbangan dan pengorbanan semua pihak dalam industri pendidikan nasional. Bagi merealisasikan hasrat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) telah meletakkan enam teras strategik iaitu membina negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesion keguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. Teras strategik kelima dan keenam pula memberikan fokus kepada usaha membangunkan sumber manusia yang bertanggungjawab secara langsung

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

226

dalam proses pendidikan negara. Teras kelima juga dengan jelasnya menuntut tumpuan khusus kepada usaha memantapkan profesionalisme keguruan dengan memberi latihan dalam aspek pedagogi, kokurikulum, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), penyelidikan dan keprihatinan yang tidak terbatas dalam bilik darjah (pastoral care). Latihan perguruan Sistem pendidikan arus perdana di Malaysia menuntut tahap profesionalisme yang tinggi dalam kalangan warga pendidik. Warga pendidik yang berkecimpung dalam industri ini mesti cukup mahir dan terlatih. Latihan mengajar merupakan salah satu keperluan asas yang mesti dijalani oleh setiap guru pelatih praktikum (GPP) bagi semua program latihan perguruan untuk melayakkan mereka dilantik sebagai guru secara tetap. Latihan mengajar merupakan medan aplikasi ilmu dan kemahiran perguruan dalam kalangan GPP dengan kawalan penyeliaan dan bimbingan secara dekat oleh pensyarah penyelia (PP) dan guru pembimbing (GP). Suatu perkongsian pintar dalam kalangan GPP, PP dan GP diperlukan untuk meningkatkan tahap keberkesanan praktikum. Oleh sebab itu tiga kumpulan sasaran ini wajar meningkatkan kefahaman terhadap masalah sebenar yang dihadapi oleh GPP bagi meningkatkan profesionalisme masing-masing secara berfokus. Namun begitu wujud kekangan yang dihadapi dalam usaha memantapkan penyeliaan dan bimbingan secara berfokus seperti mana diketengahkan oleh Siti Zohora (1998) bahawa GP tidak yakin dengan tugas mereka kerana taklimat tentang tugas mereka disampaikan terlalu ringkas. Oleh sebab itu beliau mencadangkan agar GP diberi kursus untuk memantapkan kefahaman mereka tentang konsep dan proses pementoran yang lebih jelas dan sekali gus membolehkan mereka memainkan peranan dengan lebih yakin dan berkesan. Tambahan pula menurut Mohd Zolkifli (2007), peranan PP dan GP kurang berkesan semasa sesi penyeliaan dan bimbingan. Manakala GPP pula kurang berpuashati dengan proses penyeliaan dan bimbingan apabila situasi sebenar tidak menepati jangkaan mereka. GPP sebenarnya mengharapkan PP dan GP dapat mengenalpasti kelemahan pengajaran mereka, memaklumkan dan mencadangkan strategi serta membantu dalam menyelesaikan masalah dan mengatasi kelemahan yang timbul. Justeru itu dapatan kajian lalu ini menggambarkan bahawa PP dan GP sukar mengesan permasalahan praktikum GPP sebagaimana diharapkan yang berpunca daripada taklimat yang ringkas dan tidak berfokus. Kekurangan ini telah menjejaskan mutu dan keberkesanan penyeliaan praktikum. Abd. Ghafar (2003) seterusnya menyenaraikan beberapa kesilapan GPP semasa menjalani latihan mengajar iaitu: 1. Tiada rancangan pengajaran 2. Tiada alat bantu mengajar 3. Alat bantu mengajar tidak digunakan sebaik mungkin 4. Tulisan di papan tulis tidak jelas

227 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 32.

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Kurang persediaan untuk menggunakan ABM Tidak menggunakan ilustrasi Memulakan pelajaran sebelum murid bersedia Percakapan guru terbatas kepada bahagian tertentu sahaja dalam kelas Suara guru perlahan Suara guru mendatar Mengajar sambil menulis Mengajar sambil duduk Guru tidak bergerak Pergerakan terlalu pantas Membiarkan murid menjawab beramai-ramai Mengabaikan peluang untuk menjawab kepada murid yang mengangkat tangan Pembahagian masa yang tidak adil kepada kumpulan murid yang berbincang mengikut tahap keupayaan murid Penggunaan masa mengajar yang tidak cekap dan sering tergesa-gesa Terlalu serius Memberi arahan sambil berjalan Tidak memberi masa senggang untuk berfikir kepada murid setelah menyoal Terus menerima jawapan murid tanpa memberikan peluang kepada murid lain untuk menjawabnya. Guru berteriak Mengancam murid Terlalu banyak memuji Lambat menghalang perlakuan negatif Tidak mengingati nama murid Menyoal secara umum tanpa berfokus kepada isi pelajaran. Kurang menguasai kemahiran menyoal terutama soalan untuk pengukuhan. Menggunakan kata-kata kasar ketika memarahi murid Tidak menyelesaikan pemeriksaan tugasan murid yang meninggalkan beban tersebut kepada guru setelah tamat latihan mengajar. Meninggalkan sekolah secara senyap setelah menamatkan latihan mengajar tanpa bertemu dengan warga sekolah untuk berterima kasih atau bermaafan.

Kesimpulannya, kedapatan berbagai-bagai masalah yang dihadapi oleh GPP semasa menjalani latihan mengajar. Oleh sebab itu keberkesanan latihan perguruan perlu diberikan perhatian serius agar dapat meningkatkan tahap profesionalisme GPP apabila mencebur diri dalam industri pendidikan negara. GPP perlu menimba ilmu dan membangunkan kemahiran keguruan tanpa kebergantungan sepenuhnya kepada pensyarah di bilik kuliah. PP pula perlu membimbing GPP secara berfokus dengan memahami permasalahan latihan mengajar dan berusaha membina modul penyelesaian yang praktis. GP pula perlu memainkan peranan secara berkesan sebagai pembantu kepada PP melalui konsep “buddy system”.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

228

Dapatan Kajian Lepas Tentang Amalan Pengajaran Pengalaman menjalani praktikum merupakan suatu tempoh yang sangat mencabar dan mendatang tekanan kepada GPP. Permasalahan semasa mejalani praktikum ini telah menyebabkan stres dalam kalangan GPP yang berpunca daripada kurang mempunyai pengalaman sebagai guru, masalah memilih kaedah pengajaran dan penggunaan alat bantuan mengajar yang sesuai, masalah penyediaan set induksi yang sesuai, kerja-kerja perkeranian dan tugas-tugas lain bukan mengajar (Mohd. Nor, 2007). Justeru itu, GP dan PP sangat diperlukan untuk membantu GPP untuk membina jatidiri mereka agar lebih mampu menghadapi tekanan melalui penyeliaan dan bimbingan yang berkesan. Dapatan kajian ini disokong oleh Mohd Zulkifli (2007) yang telah mendapati GPP sangat mengharapkan PP dapat mengenal pasti kelemahan guru pelatih, memaklumkan kepada mereka dan mencadangkan penambahbaikan atau memberitahu cara bagaimana kelemahan tadi dapat diatasi/diperbaiki. Isu ini berbangkit kerana PP kurang mengamalkan pendekatan penyeliaan direktif terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh GPP. Kekurangan ini mungkin disebabkan oleh kecelaruan PP dan GP tentang masalah yang perlu diberikan tumpuan semasa sesi penyeliaan dan bimbingan (Siti Zohara, 1998). Walaupun begitu dapatan kajian oleh Abdul Malek (1999) agak bercanggah apabila mendapati bahawa GPP mempersepsikan PP dan GP sebagai berjaya memainkan peranan mentor yang berkesan dalam membantu GPP meningkatkan profesionalisme serta memudahkan mereka menjalani praktikum kerana mahir dalam pengurusan bilik darjah, kaunselor yang berkesan, menunjukkan ‘rolemodel’, kepimpinan yang efisien, memberangsangkan, membina kerjasama dan memupuk keyakinan mentee untuk menerokai ilmu dan kemahiran pedagogi serta pengalaman keguruan secara lebih mendalam. Di samping itu mentor juga telah berjaya memberi bimbingan dalam pengurusan bilik darjah, pengurusan muridmurid, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, membuat refleksi dan kemahiran dalam berkomunikasi. Nor Hasniza (2006) pula mendapati majoriti GPP Sains memperlihatkan pola penulisan refleksi yang bersifat umum dalam aspek pengajaran dan pembelajaran dan ia tidak membantu GPP Sains dalam mempertingkatkan kemahiran mengajar. Selain itu, penulisan refleksi yang dipamerkan GPP hanya berada pada tahap deskriptif sahaja. Sedangkan pemikiran dan amalan reflektif ini sangat penting untuk membantu GPP berkembang daripada kesedaran tentang kosep teoritikal ke penglibatan dan pelaksanaan. Gurnam Kaur Sidhu (2010) pula mendapati responden kajiannya bersetuju bahawa catatan refleksi sangat signifikan dan relevean bagi meningkatkan keberkesanan praktikum dan pembangunan kerjaya seseorang guru.

229

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Permasalahan Amalan Pengajaran Perbincangan tentang permasalahan amalan pengajaran dalam kalangan GPP akan ditumpukan kepada dapatan kajian yang dijalankan oleh penulis. Kajian ini melibatkan sembilan orang GPP KPLI LPBS j-QAF yang diwakili oleh tujuh orang GPP perempuan dan dua orang GPP lelaki. Kesemua GPP ini sedang menjalani praktikum di sekitar negeri Pulau Pinang dengan pengkhususan major dalam bidang Bahasa Arab dan minor dalam bidang Pendidikan Islam atau Pengajian Al-Quran. Kesemua GPP ini mengajar murid-murid hanya tahun satu dan tahun dua di sekolah masing-masing. Hasil rumusan pemerhatian terhadap amalan pengajaran dalam bilik darjah, analisis dokumen dan temubual telah membantu penyelidik untuk mengenalpasti beberapa masalah amalan pengajaran yang sering dihadapi GPP semasa menjalani latihan mengajar. Masalah pertama ialah kurang mahir membuat penilaian aras Hasil Pembelajaran (HP) bagi setiap langkah P&P. Berdasarkan pemerhatian, didapati GPP berusaha membuat penilaian aras, tetapi penilaian tersebut kurang bermakna dan tidak boleh digeneralisasi kepada populasi. Punca kepada masalah ini ialah kerana pemilihan murid untuk diuji tidak dibuat secara rawak. Senarai rawak murid juga tidak disediakan. Senarai rawak ini tidak disediakan kerana tiada senarai headcount murid. Ketiadaan senarai headcount murid disebabkan tiada ujian pengklasan murid dibuat pada awal interaksi. Murid-murid tidak dikelompokkan mengikut tahap keupayaan mereka. Oleh sebab itu, apabila penilaian aras dibuat, maka dapatannya tidak boleh digeneralisasikan kepada populasi kerana sampel tidak mewakili mana-mana kumpulan. Kelemahan aspek penilaian aras ini juga berpunca daripada beberapa sebab seperti aspek penilaian akan diajar selepas tamatnya sesi praktikum. Masalah kedua ialah kurang mahir mengelola kepelbagaian teknik pengajaran dan pembelajaran. Kelemahan ini berpunca daripada longgarnya aspek perancangan semasa menyediakan dokumen RPH. GPP hanya mencadangkan dua atau tiga aktiviti sahaja bagi setiap langkah tanpa mengambil kira aspek kepelbagaian teknik pengajaran. Aktiviti-aktiviti yang dinyatakan pula tidak mewakili mana-mana teknik P&P dan telah menyebabkan elemen kepelbagaian teknik tidak wujud secara terancang. Berdasarkan temubual dengan guru pelatih, mereka tidak mampu untuk mengolah aktiviti P&P yang mewakili pelbagai teknik pengajaran. GPP juga didapati kurang arif dengan teknik-teknik P&P yang pelbagai. Mereka hanya menumpukan kepada beberapa teknik yang kerap diguna dan mudah diaplikasi seperti soaljawab dan perbincangan. Analisis ke atas dokumen modul interaksi mendapati bahawa contoh aplikasi kepelbagaian teknik P&P tidak dizahirkan dengan jelas. Kelemahan merancang kepelbagaian teknik P&P dalam penulisan RPH telah mempengaruhi aplikasinya dalam amalan pengajaran GPP. Abd Ghafar (2003) menjelaskan bahawa guru perlu mencuba berbagai-bagai kaedah dan teknik pengajaran. Sekiranya guru hanya menggunakan satu atau dua kaedah pengajaran sahaja sepanjang masa, murid akan merasa jemu dan pengajaran guru kurang

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

230

berkesan. Mempelbagaikan kaedah pengajaran akan menjadikan pengajaran guru menarik dan berkesan. Bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran guru, adakalanya guru perlu menggunakan media pengajaran. Penggunaan media akan menjadikan proses komunikasi antara pengajar dan murid lebih mudah dan berkesan. Masalah ketiga pula ialan kelemahan aspek penerapan kemahiran berfikir (KB). Kebanyakan aktiviti pengajaran berjalan secara sehala atau berpusatkan guru. GPP kurang menjalankan aktiviti P&P yang melibatkan kemahiran berfikir dalam kalangan murid-murid. Analisis terhadap dokumen RPH didapati semua responden kajian hanya mencatat tidak lebih daripada tiga unsur KB dalam RPH mereka. Nilai KB ini pula didapati terus menerus diulang hari demi hari. Berdasarkan temubual dengan GPP didapati mereka tidak arif tentang kemahiran-kemahiran dalam KB. Kelemahan aspek cadangan unsur KB dalam penulisan RPH telah mempengaruhi penerapannya dalam amalan pengajaran. GPP juga berpandangan bahawa unsur KB tidak memberi apa-apa implikasi besar kepada proses P&P. Masalah penerapan KB ini juga berpunca daripada interaksi bersemuka semasa cuti yang kurang berkesan. Abd Ghafar (2003) merumuskan masalah pengajaran GPP ialah tidak memberi masa yang secukupnya kepada murid untuk berfikir setelah mengemukakan soalan. Padahal kesenyapan seketika akan memberi peluang kepada murid untuk berfikir untuk mencari jawapan atau memberi jawapan yang lebih sempurna. GPP juga didapati tidak memanfaatkan ilustrasi yang terdapat di dalam buku teks sedangkan ia ada kaitan dengan teks. Guru yang prihatin akan mencungkil banyak maklumat daripada gambar dalam buku teks. Masalah keempat pula ialah kurang mahir menerangkan pemikiran reflektif. Semasa sesi temubual dengan GPP selepas sesi pengajaran dan pembelajaran, didapati GPP tidak mampu untuk memberikan ulasan reflektif terhadap amalan pengajaran yang teah dijalankan. GPP hanya memberikan pandangan umum sahaja. Kelemahan aspek pemikiran reflektif ini telah menyebabkan GPP sering mengulangi kesilapan yang sama dalam sesi pengajaran seterusnya. Penelitian terhadap dokumen RPH telah mendapati bahawa penulisan refleksi oleh GPP tidak berfokus dan telah menyebabkan kenyataan yang dizahirkan bersifat umum, ringkas dan tidak bermakna untuk penambahbaikan. GPP pula didapati tidak berminat untuk menulis refleksi walaupun sudah diberi bimbingan kerana terlalu panjang dan menyusahkan. Kemahiran menulis refleksi sama ada refleksi pengajaran harian atau jurnal mingguan sebenarnya telah mempengaruhi pemikiran reklektif GPP. Menurut Mohd. Johan (t.t) GPP Pengajian Agama menghadapi masalah untuk menulis jurnal mingguan berbanding dengan GPP Pengajian Matematik. Mungkin aspek latarbelakang pengajian telah mempengaruhi perbezaan ini. GPP Pengajian Agama mungkin lebih berorientasikan tafsiran ala ceramah agama yang menganalisis sesuatu isu seluas yang mungkin tanpa disusun menjadi disiplinnya agar mampu menghasilkan penyelesaian yang mantap terhadap masalah yang dihadapi. GPP Pengajian Agama juga mungkin belum terbiasa dengan kaedah pembuatan keputusan dan penyelesaian masalah secara saintifik.

231

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Seterusnya, masalah kelima ialah penggunaan BBM secara tidak optima. Berdasarkan pemerhatian ke atas amalan P&P dalam bilik darjah didapati GPP kelihatan terlalu sibuk mengurus BBM sehingga menjejaskan mutu pengajaran, kurang prihatin terhadap murid dan tidak tenang. Kedapatan juga GPP yang menggunakan BBM yang terlalu simpel hanya dengan mengoyak kad manila dan menulis secara bebas dengan tangan yang mencacatkan mata memandang. Semasa sesi tembual, GPP menjelaskan bahawa sikap tersebut lahir daripada tumpuan mereka diberikan lebih kepada pengurusan BBM yang banyak. GPP juga memaklumkan bahawa mereka kekurangan masa untuk mencuba terlebih dahulu bagi mengesan kefungsian peralatan elektronik. Kelemahan aspek persediaan awal ini telah menjejaskan mutu P&P mereka. GPP juga menjelaskan bahawa mereka telah dimaklumkan semasa sesi taklimat paraktikum bahawa penggunaan peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) akan membantu mereka memperoleh markah yang lebih tinggi. Oleh sebab itu, GPP berusaha sedaya upaya untuk menzahirkan penggunaan ICT walaupun hanya sekadar menayangkan set induksi sahaja dan tidak lagi digunakan pada langkah-langkah seterusnya sedangkan GPP telah membuang masa untuk memasang peralatan ICT tersebut. GPP juga telah menzahirkan bahawa mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan BBM kerana kekangan tugas lain yang dipertanggungjawabkankan oleh pihak sekolah. Abd Ghafar (2003) bahawa antara kesilapan yang dapat dikesan ialah tiada alat bantu mengajar, alat bantu mengajar tidak diguna sebaik mungkin dan kurang persediaan ketika menggunakan alat bantu mengajar. Masalah terakhir ialah kelemahan aspek kawalan kelas dengan berkesan. Sikap kanak-kanak yang suka bercakap, suka berjalan-jalan, banyak bertanya sehingga mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran, menyampuk dan bermain gagal dilayan dengan tenang oleh GPP. Kedapatan GPP yang lebih suka menggunakan pendekatan menengking, mendenda secara deraan dan membiarkan murid yang dianggap banyak menimbulkan masalah dalam P&P. GPP kelihatan dipengaruhi oleh tindaklaku murid-murid. Kesan pengaruh ini telah menyebabkan kedapatan GPP yang hilang kawalan emosi dan bertindak agak keras terhadap murid seperti memegang dengan kasar dan mencubit murid-murid. Abd. Ghafar (2003) menjejlaskan bahawa sepanjang menyelia latihan mengajar guru pelatih didapati kelemahan aspek pengurusan bilik darjah sangat ketara seperti memulakan pengajaran sebelum murid bersedia, tidak mempedulikan murid di bahagian belakang dan lambat menghalang perlakuan negatif yang menyebabkan gangguan terhadap proses P&P. Kemahiran mengawal kelas sangat penting bagi memastikan keadaan suasana pembelajaran sentiasa kondusif. Keadaan yang terkawal akan membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai hasil pembelajaran yang dihasratkan. Abd. Ghafar (2003) juga menegaskan bahawa pengajaran guru akan lebih berkesan jika guru dapat mengawal atau mengurus bilik darjah dengan baik. Pengurusan bilik darjah melibatkan aktiviti mengatur reka letak fizikal dan mewujudkan komunikasi antara pengajar dan murid. Pengurusan bilik darjah yang berkesan melibatkan ciri-ciri seorang guru (tegas, pengasih, demokratik dan prihatin), iklim bilik darjah (kondusif, sihat, positif dan menggalakkan pembelajaran

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

232

) dan kaitan antara pengurusan dan pengajaran. Amstrong D.G (1998) pula menyarankan supaya guru mengambil berat tentang beberapa faktor yang dapat membantu pembelajaran murid seperti penggunaan ruang, lokasi meja guru, suasana bilik darjah, pengurusan masa, penetapan tugas rutin, membantu murid dan perkongsian kuasa. Permasalahan amalan pengajaran dalam kalangan GPP KPLI LPBS j-QAF ini dipengaruhi oleh beberapa faktor umum seperti berikut: 1. 2. 3.

Penguasaan Bahasa Arab yang berada pada tahap sederhana telah menyebabkan limitasi dari segi perancangan, pelaksanaan dan pascapengajaran. Keberkesanan interaksi bersemuka semasa cuti sekolah yang berpunca daripada jadual yang terlalu padat bagi melunaskan jumlah interaksi yang banyak. Keberkesanan bimbingan awal oleh GP sebelum fasa praktikum sebenar. GP kurang memberikan membimbing secara khusus tentang amalan pengajaran. Bimbingan banyak ditumpukan kepada mengurus program-program j-QAF.

Rumusannya, perbincangan ini telah menzahirkan enam masalah yang sering dihadapi oleh GPP yang meliputi tiga fasa amalan pengajaran iaitu perancangan, pelaksanaan dan refleksi. Secara umumnya masalah praktikum berpunca daripada faktor manusia, modul interaksi, program latihan perguruan dan kaedah P&P semasa interaksi bersemuka. Sebahagian daripada masalah praktikum pernah dikaji dan sebahagiannya tidak dapat ditemui dapatan kajian sebelumnya. Dapatan-dapatan kajian lepas ada yang selari dengan dapatan kajian ini dan ada juga yang bercanggah. Percanggahan ini merupakan sesuatu yang sangat baik kepada perkembangan pemikiran kepenyelidikan untuk meneruskan penerokaan dan pembuktian secara saintifik dan berasas. Cadangan Penambahbaikan Berdasarkan huraian dalam kertas ini, maka berikut ini dikemukakan beberapa cadangan kepada semua pihak yang berkepentingan supaya memberikan tumpuan kepada usaha penambahbaikan berikut: 1. Menyemak semula kurikulum latihan keguruan agar serasi dengan keperluan praktikum. 2. Amalan praktikum perlu dijalankan selepas semua kurikulum kursus telah disampaikan kepada GPP dan mempertimbangkan pertambahan tempoh latihan keguruan. 3. Suatu penyelarasan perlu digiatkan dalam kalangan PP dan GP dalam semua aspek permasalahan yang dizahirkan. 4. GPP perlu mempersiapkan diri untuk menjalani praktikum seawal bermulanya program LPBS tanpa menunggu tarikh praktikum sebenar kerana mereka telahpun berada di lapangan dan diletak di bawah bimbingan GP tertentu.

233 5.

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

GPP mesti mengubah sikap mereka daripada belajar untuk lulus kepada belajar dan berlatih untuk menjadi guru yang professional.

Kesimpulan Beberapa idea penambahbaikan untuk perhatian pihak-pihak berkepentingan dengan program LPBS agar dapat membuat beberapa perubahan supaya program ini terus relevan dan mendatangkan impak yang optima terhadap kualiti guru yang dibangunkan. Kajian ini juga telah menzahirkan bidang-bidang kajian akan datang agar dapat membantu para penyelidik supaya dapat meneruskan kajian di bidang ini pada masa akan datang dan dapatannya dapat dikongsi untuk tujuan meningkatkan kefahaman terhadap isu kualiti keguruan dan mengusahakan penambahbaikan berterusan. Semoga kajian ini membuka ruang perkongsian pintar yang bermanfaat kepada seluruh warga pendidik. Walaupun begitu beberapa masalah yang dinyatakan dapat ditangani dengan segera melalui bimbingan yang diberikan semasa tempoh praktikum. Dapatan kajian ini bermaksud memberikan halatuju bimbingan berfokus seawal GPP memulakan latihan mengajar mereka agar semua pembimbing dapat memberkan tumpuan terarah apabila dipertanggungjawabkan menyelia dan membimbing praktikum. Semoga segala kelemahan sepanjang menjalani praktikum tidak diulangi oleh GPP apabila dilantik sebagai guru tetap. Rujukan Abd. Mai Bin Hj. Salimon (1989), Penyeliaan Latihan Mengajar: Implikasi dari Kajian Kes Penilaian Latihan Mengajar, Pertanika 12(3), 433-440 (1989), Diperoleh pada 1 Disember 2009 dari http://psasir.upm.edu.my/2772/1/Penyeliaan_Latihan_Mengajar _Implikasi_dari_Kajian_Kes.pdf Abd Majid Konting (1994), Kaedah Penyelidikan Pendidikan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abd. Ghafar Md. Din (2003), Prinsip dan amalan pengajaran, Kuala lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Abdul Malek Tahir dan Siti Zohora Yassin (1999), Persepsi Guru Pelatih Terhadap Pementoran Mentor (Guru Pembimbing), Diperoleh pada 4 Januari 2011 dari http://www.ipbl.edu.my/ bm/penyelidikan/1999/ 1999_03_MalekT.pdf Amstrong D.G. & Savage (1998) T.V. Teaching in the secondary school: An introduction, New Jersey: Prentice Hall Inc.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

234

Azhar Bin Muhammad et.al, (2007), Tahap Profesionalisme Guru Pelatih Pendidikan Islam Dalam Latihan Praktikum, Diperoleh pada 4 Januari 2011 http://eprints.utm.my/4276/ 1/75215.pdf Badariah binti Hashim (2010), Isu Terpencil Dalam Latihan Perguruan, Diperoleh pada 23 Februari 2011 dari http://apps.intan.my/ accsm/ case10/jun%202010/kajian%20kes %20siri%202%20(14%20%2018%20Jun%202010)/ ISU%20TERPENCIL%20DALAM %20LATIHAN%20PERGURUAN.pdf Gay L.R. dan Airasian, P. (1992), Educational Research: Competencies for Analysis and Applications (7th edition), New Jersey: Pearson Education, Inc. Gurnam Kaur Sidhu & Sarjit Kaur (2010), Pathways to Reflective Learning and Teacher Development: Insights from Teacher Trainees’ Diaries, Jurnal Pendidikan Malaysia 35(1)(2010): 47-57, Diperoleh pada 4 Januari 2011 dari http://www.ukm.my/jurfpend/ volume35%20pdf/Pathways%20to %20Reflective%20Learning%20and%20Teacher %20development.pdf Kementerian Kewangan Malaysia (2007), Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Dan Profil Perkhidmatan Awam Malaysia, Kuala Lumpur: MDC Publishers Sd. Bhd. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006), Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, Diperoleh pada 27 Mei 2006 dari http://www.moe.gov.my/?id=77&lang=my Md Zuki Bin Hashim (2012), Permasalahan praktikum dalam kalangan Guru Pelatih KPLI LPBS j-QAF, tidak diterbitkan. Mohd.Johan Bin Zakaria dan Othman Bin Zakaria (t.t), Masalah Penulisan Jurnal Guru Pelatih Semasa Praktikum, Diperoleh pada 4 Januari 2011 dari http://ipdares.tripod.com/jurnal. htm Mohd. Nor Bin Jaafar dan Haji Ismail Bin Mat Ludin (2007), Kajian Stres Guru Pelatih Praktikum KPLI j-QAF, Diperoleh pada 26 April 2010 dari http://www.ipbl.edu.my/bm/penyelidikan/ seminarpapers/2007/ Edpsychology/mohdnorIPSAHfp.pdf Mohd. Zolkifli bin Abd. Hamid et.al. (2007) Harapan dan Keresahan Bakal Guru Pelatih dalam Praktikum Latihan Mengajar, Diperoleh pada 10 November 2008 dari http://www.ipbl. edu.my/bm/penyelidikan/seminarpapers/ 2007/TeacherEdn/mohdzolkifliUTMfp.pdf Nor Hasniza Binti Ibrahim (2006), Kajian Pemikiran Dan Amalan Refleksi Dalam Kalangan Guru Pelatih Sains Uuniversiti Teknologi Malaysia, Diperolehi

235

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

pada 26 April 2010 dari NorHasnizaIbrahimMFP2006TTT.pdf

http://

eprints.utm.my/5333/1/

Nurul Farhana Binti Sapa’e dan Supli Effendi Bin Rahim (t.t), Amalan Penggunaan Alat Bantuan Mengajar (ABM) Oleh Bakal Guru-Guru Kemahiran Hidup dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Diperoleh pada 13 Februari 2011 dari http://images.farhanailmiah. multiply.multiplycontent.com/ attachment/0/S8cW-AooCpUAACHbNVM1/Alat%20 Bantuan%20Mengajar.pdf?key= farhanailmiah:journal:13&nmid=330404482 Pejabat Perdana Menteri (2009) 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, diperoleh pada 23/10/2012 dari http://www.1malaysia.com.my/ wp-content/uploads/ 2010/09/1MalaysiaBooklet.pdf Siti Saleha Samsuri et.al. (t.t ), Tugas Guru Prasekolah, Satu Tinjauan Ke Atas Murid KPLI Prasekolah Semasa Menjalani Praktikum, Diperoleh pada 23 Februari 2011 dari http://www.ipislam.edu.my/uploaded/ Tugas%20Guru%20Pra%20Sekolah%20-%20Satu %20Tinjauan%20Ke%20 Atas%20Murid%20....pdf Siti Zohora bt. Yassin et.al. (1998), Persepsi Guru Pembimbing Terhadap Peranan Sebagai Mentor: Satu Tinjauan, Diperolehh pada 10 November 2008 dari http://www.ipbl.edu.my/ bm/penyelidikan/1998/1998_05_Siti.pdf

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

236

Tahap Keprihatinan Guru j-QAF Dalam Melaksanakan Inovasi Program Pemulihan Jawi Mohd Mazhan Tamyis Sharifah Nor Puteh Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak Kajian ini bertujuan menilai peringkat keprihatinan guru dalam melaksanakan inovasi program Pemulihan Jawi j-QAF. Untuk itu Model Penerimaan Berasaskan Keprihatinan atau Concerns-Based Adoption Model (CBAM) digunakan untuk mengenal pasti Peringkat Keprihatinan (Stages of Concerns, SoC). Kajian ini mengunakan kaedah kuantitatif berbentuk kajian tinjauan. Responden kajian berjumlah 128 orang guru j-QAF dari empat buah zon di Kuala Lumpur. Kajian mengguna pakai Stages of Concern Questionnaire (SoCQ) yang diadaptasi daripada instrumen sebenar CBAM. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Keputusan menunjukkan dua peringkat keprihatinan yang paling tinggi di antara ketujuh-tujuh peringkat keprihatinan tersebut adalah peringkat PK 4 Kesan (min=4.86) dan PK 2 Peribadi (min=4.65). Profil Peringkat Keprihatinan sedemikian menunjukkan guru jQAF memfokuskan kepada kesan inovasi ke atas murid dan bagaimanakah kesan pengajaran yang mereka amalkan boleh memberi impak terhadap perkembangan murid. Responden kajian juga masih memerlukan maklumat tentang inovasi, ingin mengetahui apakah kesan inovasi terhadap mereka, ingin mengetahui bagaimanakah pengajaran boleh berubah dan apakah peranan mereka dalam melaksanakan inovasi. Keputusan analisis ujian-t mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi peringkat keprihatinan guru berdasarkan pengalaman mengajar dan kelayakan akademik dan ikhtisas guru. Manakala keputusan ujian ANOVA Satu Hala pula mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dari segi peringkat keprihatinan guru di antara guru zon Keramat dengan zon Pudu. Secara keseluruhannya boleh dirumuskan bahawa guru-guru belum bersedia melonjakkan diri dalam proses perubahan, kurang memahami kandungan program dan kurang menjalani latihan intervensi. Mereka juga dilihat kurang menjalinkan kerjasama dalam persekitaran budaya kerja kolaboratif. Dapatan ini menggambarkan terdapat jurang antara pelaksana dan penggubal dasar serta keperluan mengadakan program intervensi untuk menjayakan j-QAF. Kata kunci: Pemulihan Jawi, j-QAF, keprihatinan guru, CBAM.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

238

Pengenalan Tulisan Jawi amat berkait rapat dengan bahasa Melayu yang dipaparkan dengan bentuk tulisan yang berbeza (Che Siah, 2006). Masalah pembelajaran Jawi dalam kalangan murid-murid sekolah Rendah terbahagi kepada dua iaitu; 1) masalah kemahiran menulis, dan 2) masalah kemahiran membaca. Sejak 2003 aspek Pemulihan Jawi telah mula diberi perhatian melalui pelaksanaan pendekatan pengajaran Jawi dua waktu seminggu pada enam bulan pertama ke atas murid-murid Tahun Satu. Namun laporan pemantauan mengenainya mendapati penguasaan bacaan dan tulisan Jawi masih perlu diperbaiki. Ini bermakna Jawi dalam Pendidikan Islam semata-mata masih belum mencukupi dan berkesan (KPM, 2007). Oleh itu, j-QAF dilaksanakan dengan memberi penekanan kepada aspek Pemulihan Jawi sebagai suatu aspek khusus yang wajar diberi penekanan. Justeru, Pemulihan Jawi dalam j-QAF menjadi keutamaan khasnya kepada murid tercicir supaya semua murid boleh menguasai Jawi setelah diberi bimbingan berterusan (KPM, 2007). Pernyataan Masalah Semenjak pembelajaran tulisan Jawi diperkenalkan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, penguasaan murid dalam pelajaran Jawi masih belum mencapai tahap yang dibanggakan (Nik Rosila, 2007: Madihah, 2007; Suryati, 2003). Aspek penguasaan literasi Jawi yang baik perlu dilaksanakan di peringkat akar umbi lagi iaitu bermula pada peringkat sekolah rendah. Ini kerana sekiranya berlaku ‘kecuaian pelaksanaan kurikulum Jawi’ di peringkat rendah maka akan berlakunya masalah pembelajaran dan penguasaan Jawi di peringkat seterusnya iaitu di peringkat menengah dan pengajian tinggi (Nik Rosila, 2007: Madihah, 2007; Suryati, 2003). Malah ini akan turut mengakibatkan kesan pembelajaran pelajar dalam Pendidikan Islam keseluruhannya kerana medium tulisan yang digunakan adalah dalam tulisan Jawi. Pelaksanaan program j-QAF dilakukan melalui penggubalan kurikulum, model dan juga modul. Dalam menjayakan j-QAF, guru-guru telah diberikan latihan khusus untuk melaksanakan pemulihan, pengayaan, bimbingan, pengukuhan dan penghayatan pelajar (Ibrahim et al., 2009). Setelah pelaksanaannya selama tujuh tahun, satu kajian yang komprehensif perlu dijalankan untuk mengenal pasti kelemahan program tersebut dan cadangan untuk melakukan penambahbaikan program dan pelaksanaannya. Kebanyakan inovasi dan perubahan di peringkat sekolah tidak berjaya dilaksanakan dengan berkesan (Fullan, 2011; Hall dan Hord, 2011; Habib, 2005). Hal ini diakui oleh para pengkaji tempatan yang menjalankan kajian terhadap pelaksanaan program j-QAF secara umum (Maimun et al., 2011; Asmawati et al., 2011; Ibrahim et al., 2009: Misnan et al., 2009). Kajian-kajian ini menunjukkan bahawa penguasaan Jawi dalam program j-QAF masih belum dapat dikuasai dengan baik dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. Hasil kajian mereka secara keseluruhan menunjukkan bahawa penguasaan Jawi dalam kalangan murid-murid masih pada tahap sederhana namun terdapat peningkatan yang positif.

239

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Kajian-kajian pelaksanaan program Pemulihan Jawi j-QAF di peringkat bilik darjah mendapati program ini menghadapi beberapa masalah dan masih boleh ditambah baik pelaksanaannya (Maimun et al., 2011; Md. Khairi, 2009; Norhaiza, 2007; Amri, 2005). Ciri-ciri kelemahan yang dikenal pasti dalam kajian tersebut adalah dalam aspek pelaporan perjalanan kelas, penilaian dan pelaksanaan ujian pengesanan, dan semakan tugasan murid oleh guru-guru j-QAF. Malah guru j-QAF juga menghadapi masalah dalam membuat perancangan pengajaran Pemulihan Jawi (Maimun et al., 2011). Pelaksanaan Pemulihan Jawi mempunyai kelemahan kerana tidak memberi pendedahan kepada guru, masa yang tidak mencukupi dan muridmurid tidak mengulang kaji pelajaran mereka (Amri, 2005). Malah masih terdapat guru j-QAF yang kurang faham tentang matlamat dan kepentingan program ini di sekolah dan kurang memberi penumpuan sepenuhnya terhadap pelaksanaan program ini (Md. Khairi, 2009; Norhaiza, 2007). Faktor guru merupakan faktor terpenting yang mempengaruhi penguasaan dan sikap seseorang murid terhadap pembelajaran Jawi (Madihah, 2007; Zahariah, 2005). Tegasnya, kajian lain perlu dijalankan bagi mengenal menilai keprihatinan guru j-QAF sebagai agen pelaksana program Pemulihan Jawi. Ini menunjukkan bahawa kegagalan melaksanakan inovasi di peringkat sekolah juga disebabkan oleh persepsi guru terhadap makna perubahan itu sendiri (Fullan, 2011; Donavan et al., 2007; Sharifah Maimunah, 2007; Baharudin, 2003; Cheung dan Ng, 2000). Kebanyakan guru menolak perubahan kerana mereka beranggapan bahawa sesuatu perubahan itu meningkatkan beban kerja mereka, malah mereka lebih selesa dengan status quo sedia ada dan mempertikaikan kesesuaian inovasi baru. Dalam menilai pelaksanaan sesuatu inovasi program faktor manusia seperti sikap, emosi dan keprihatinan guru semasa melalui proses perubahan wajar diberi perhatian (Sharifah Maimunah, 2007). Salah satu faktor kegagalan pelaksanaan sesuatu inovasi pendidikan adalah disebabkan oleh kekurangan pelan penyebaran kurikulum dalam sistem persekolahan (Ornstein dan Hunkins, 2009). Hal ini berlaku kerana guru tidak memahami sepenuhnya inovasi yang disampaikan. Selain itu, kerap juga berlaku jurang yang ketara antara perancangan sesuatu inovasi program pendidikan di peringkat pusat dengan realiti pelaksanaan guru dalam bilik darjah. Lantaran perubahan di peringkat sekolah ini bergantung pada sikap dan penguasaan kompetensi guru. Justeru, sekolah akan menjadi lebih berkesan dalam pelaksanaan sesuatu perubahan pendidikan seandainya warga guru melaksanakan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab, berkualiti, bekerjasama secara berpasukan dan berada dalam suasana kerja yang selesa. Salah satu inovasi yang didedahkan dalam j-QAF adalah elemen Pemulihan Jawi sebagai suatu program khusus. Adalah wajar kajian penilaian program Pemulihan Jawi j-QAF dilakukan di peringkat bilik darjah, dari sudut guru sebagai pelaksana berikutan program ini telah selesai diimplementasikan dalam satu pusingan penuh (6 tahun) iaitu dari tahun 2005 hingga 2010. Sepanjang pelaksanaannya program ini mempunyai kekuatan dan kelemahan yang boleh

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

240

diperbaiki pada masa akan datang. Kajian keprihatinan guru dalam pelaksanaan program inovasi dengan menggunakan model Penerimaan Berasaskan Keprihatinan atau Concerns Based Adoption Model (CBAM) dilihat sebagai usaha penyelesaian untuk memperjelaskan struktur tingkah laku guru berdasarkan intensiti keprihatinan, maklum balas, dan corak amalan individu setelah melalui sesuatu perubahan dalam pendidikan. Sehubungan itu, kajian ini akan merapatkan lompang dalam kajiankajian sebelumnya yang berkaitan dengan perubahan inovasi program pendidikan kerana kajian menggunakan model CBAM belum giat dijalankan di Malaysia (Faizah, 2011). Kajian ini juga wajar dijalankan kerana latihan perguruan telah diberikan kepada guru-guru tersebut bagi melaksanakan proses pemulihan, bimbingan, penguasaan kemahiran, pengukuhan dan penghayatan murid (Ghazali, 2007). Hasil dapatan kajian akan membantu warga guru j-QAF, pihak BPG dan juga pihak JAPIM sebagai pembuat polisi ke arah usaha penambahbaikan pada masa akan datang. Objektif Kajian Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap keprihatinan guru-guru j-QAF dalam melaksanakan inovasi program Pemulihan Jawi. Oleh itu, kajian ini ingin mencapai objektif yang berikut : (1) Mengenal pasti tahap keprihatinan guru-guru j-QAF dalam melaksanakan inovasi program Pemulihan Jawi. (2) Menilai tahap keprihatinan guru-guru j-QAF dalam melaksanakan inovasi program Pemulihan Jawi berdasarkan pemboleh ubah demografi pengalaman mengajar. (3) Menilai tahap keprihatinan guru-guru j-QAF dalam melaksanakan inovasi program Pemulihan Jawi berdasarkan pemboleh ubah demografi kelayakan akademik dan ikhtisas guru. (4) Menilai tahap keprihatinan guru-guru j-QAF dalam melaksanakan program Pemulihan Jawi berdasarkan pemboleh ubah lokasi sekolah.

Persoalan Kajian Kajian ini dijalankan untuk menjawab beberapa persoalan kajian seperti berikut : (1) (2) (3)

Apakah tahap keprihatinan guru-guru j-QAF dalam melaksanakan inovasi program Pemulihan Jawi ? Adakah terdapat perbezaan dari segi tahap keprihatinan guru-guru j-QAF berdasarkan pemboleh ubah pengalaman mengajar? Adakah terdapat perbezaan dari segi tahap keprihatinan guru-guru j-QAF berdasarkan pemboleh ubah latar belakang kelayakan akademik dan ikhtisas guru?

241 (4)

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Adakah terdapat perbezaan dari segi tahap keprihatinan guru-guru j-QAF berdasarkan pemboleh ubah lokasi sekolah?

Reka Bentuk Kajian Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif berbentuk kajian tinjauan. Kaedah ini dipilih kerana pengkaji berpendapat ia merupakan kaedah yang bersesuaian dengan skop kajian pengkaji yang ingin mengetahui tentang sikap, keprihatinan, persepsi dan tingkah laku manusia. Kajian ini melibatkan 128 orang responden sebagai sampel kajian daripada empat zon di Kuala Lumpur iaitu Sentul, Pudu, Keramat dan Bangsar. Pemilihan sampel adalah dibuat secara berstrata kerana populasi kajian adalah tidak seragam dari segi lokasi dan jenis sekolah. Set instrumen ini telah diuji rintis kepada 30 orang guru-guru j-QAF di Melaka. Dapatan Kajian Data keseluruhan diperhatikan melalui gabungan data individu dengan melihat skor min seperti jadual 1 di bawah; Jadual 1: Skor min tahap keprihatinan guru-guru J-QAF

PK 0 PK 1 PK 2 PK 3 PK 4 PK 5 PK 6

Peringkat Keprihatinan

Skor min

Interpretasi

Kesedaran Maklumat Peribadi Pengurusan Kesan Kolaborasi Pemfokusan Semula

3.94 4.50 4.65 4.21 4.86 4.59 4.23

Sederhana Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi

Keputusan analisis di atas jika ditafsirkan berdasarkan andaian hipotesis CBAM (Hall dan Hord 2011) menunjukkan bahawa guru-guru j-QAF dalam kajian ini sentiasa memikirkan kesan inovasi ke atas murid dan bagaimanakah kesan pengajaran yang mereka amalkan boleh memberi kesan terhadap perkembangan pembelajaran murid-murid di dalam kelas. Dalam kajian ini, rata-rata guru j-QAF didapati masih risau terhadap pembelajaran Jawi. Mereka didapati masih memerlukan maklumat berkaitan inovasi, ingin tahu kesan inovasi ke atas mereka, ingin tahu bagaimana pengajaran akan berubah dan apakah peranan mereka dalam melaksanakan inovasi. Selain itu, guru-guru j-QAF amat berminat untuk mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan inovasi Pemulihan

242

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

Jawi. Ini jelas menunjukkan bahawa guru perlu diberikan lebih banyak latihan dan peningkatan dari segi kemahiran mereka. Malah para guru menyatakan mereka memerlukan latihan dari segi pedagogi pemulihan murid bermasalah pembelajaran, isi kandungan kurikulum dan pengurusan masa. Jadual 2 di bawah pula menunjukkan keputusan ujian-t untuk membandingkan min skor peringkat keprihatinan berdasarkan pemboleh ubah pengalaman mengajar. Keputusan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kedua-dua kumpulan guru yang mempunyai pengalaman mengajar (0 hingga 6 tahun) dengan guru yang mempunyai pengalaman mengajar 6 tahun ke atas. Jadual 2 : Keputusan Ujian-t Bagi Skor Min Peringkat Keprihatinan Berdasarkan Pengalaman Mengajar Kumpulan 0-6 tahun 6 tahun ke atas

Bil 92 36

min 4.41 4.46

sp .73 .67

dk 126

nilai t 0.346

sig. (ρ) 0.73

* Signifikan pada aras 0.05 Jadual 3 di bawah pula menunjukkan keputusan ujian-t untuk membandingkan min skor peringkat keprihatinan berdasarkan pemboleh ubah kelayakan akademik dan ikhtisas guru. Keputusan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kedua-dua kumpulan guru yang mempunyai latar belakang ijazah sarjana muda dalam negeri dengan guru yang mempunyai ijazah sarjana muda luar negeri. Dengan kata lain, perbezaan latar belakang akademik dan ikhtisas iaitu sama ada guru tersebut lulusan dalam mahupun luar negara bukanlah menjadi faktor dalam meningkatkan keprihatinan seseorang guru. Jadual 3 : Keputusan ujian-t bagi skor min peringkat keprihatinan berdasarkan pemboleh ubah kelayakan akademik dan ikhtisas Kumpulan Dalam Negeri

90

Luar Negeri

38

Bil

* Signifikan pada aras 0.05

min 4.46

sp .67

4.33

.81

dk 126

nilai t .917

sig. (ρ) .361

Jadual 4 di bawah pula menunjukkan skor min tahap keprihatinan guru berdasarkan lokasi sekolah.

243

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Jadual 4 : Perbandingan skor min peringkat keprihatinan guru berdasarkan lokasi Sekolah Zon Sekolah

N

Min

Sentul Pudu Keramat Bangsar Jumlah

32 32 32 32 128

4.38 4.13 4.71 4.42 4.42

Antara Kumpulan Dalam Kumpulan

Sisihan Piawai (sd) 0.57 0.61 0.89 0.68 0.71

Darjah Kebebasan (df)

F-ratio

Sig. (p)

3

3.059

0.031

124

Nilai signifikan pada aras p < 0.05 Setelah ujian perbandingan Post Hoc dengan menggunakan HSD (Honesty Significant Difference) dilakukan untuk mengenal pasti pasangan min yang menunjukkan perbezaan yang signifikan, didapati pasangan min Keramat-Pudu menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam populasi. Keputusan ujian tersebut juga menunjukkan bahawa kumpulan guru di zon Keramat memperoleh min yang lebih tinggi secara signifikan dengan kumpulan guru di zon Pudu. Kumpulan guru di zon Keramat menunjukkan tahap keprihatinan yang ketara jika dibandingkan dengan zon Pudu. Dapatan dari soal selidik terbuka-tertutup mendapati bahawa program Pemulihan Jawi j-QAF tidak dapat dijalankan secara total seperti yang dihasratkan oleh KPM disebabkan beberapa faktor lain seperti kekangan masa, kurikulum yang kurang mantap, status mata pelajaran yang kurang penting, komitmen guru serta motivasi. Dari aspek kekangan masa, mereka menyatakan bahawa tugas hakiki mereka di bilik darjah sering dibayangi oleh tugas-tugas lain yang didakwa membebankan mereka. Tugas-tugas ini meliputi tiga bidang utama iaitu kurikulum, hal ehwal murid dan ko-kurikulum. Ini ditambah lagi dengan keadaan guru j-QAF sering menggantikan guru lain yang tidak hadir (relief) walaupun ketika itu mereka sedang mengajar. Bahkan terdapat guru yang dibebani waktu mengajar yang melebihi 34 waktu seminggu. Selain itu aspek peruntukan masa untuk pengajaran dan pembelajaran Jawi adalah tidak mencukupi iaitu sekadar 30 minit seminggu, sedangkan sukatan pelajaran Pemulihan Jawi terlalu banyak. Selain itu, guru-guru dalam kajian ini turut membangkitkan isu mengenai isi kandungan kurikulum Pemulihan Jawi yang dilihat kurang mantap. Sebagai contoh, isi kandungan kurikulum Jawi dan kurikulum Pemulihan Jawi tidak banyak bezanya. Sepatutnya kurikulum pemulihan jawi mempunyai kurikulum sendiri tanpa bergantung pada

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

244

had umur murid. Justeru, antara pengubahsuaian yang dicadangkan adalah dengan menjadikan sukatan pelajaran Pemulihan jawi lebih ringan, tidak terlalu berat dan menyentuh perkara asas sahaja. Jelasnya, modul Pemulihan Jawi agak tinggi arasnya dan tidak sesuai dengan murid pemulihan. Terdapat sebilangan responden dalam kajian ini menimbulkan isu status pembelajaran Jawi dalam hala tuju pendidikan nasional. Ini kerana menurut mereka tiada kesinambungan antara kurikulum pembelajaran Jawi di peringkat rendah dan menengah. Menurut mereka pembelajaran tulisan Jawi bukanlah satu mata pelajaran wajib bagi pelajar sekolah Menengah. Hal ini disebabkan penggunaan tulisan Jawi menjadi hambar kerana hanya digunakan ketika pengajaran mata pelajaran Pendidikan Islam sahaja serta kekurangan bahan pengajaran yang menggunakan sistem ejaan Jawi baharu. Murid-murid menganggap pembelajaran tulisan Jawi adalah sesuatu yang tidak relevan kerana tidak mempunyai nilai komersial, tulisan Jawi hanyalah tulisan yang berunsur keagamaan sahaja serta penggunaannya amat terhad. Di samping itu, terdapat juga responden dalam kajian ini yang mempunyai persepsi menyalahkan pelajar yang tidak dapat menguasai Jawi secara total tanpa berusaha untuk memikirkan kaedah atau pendekatan terbaik dalam pedagogi untuk membantu murid-murid tersebut. Malah terdapat juga guru-guru j-QAF yang menganggap bahawa pengajaran Jawi adalah sesuatu yang sukar kerana melibatkan hukum-hukum bahasa dan penulisan berbanding pengajaran bab akidah, ibadah, sirah, akhlak Islamiah, dan tilawah al-Quran. Mereka dilihat seakan putus asa dan buntu untuk menyelesaikan masalah pelajar menguasai kemahiran-kemahiran penulisan dan bacaan Jawi. Selain itu, ejaan Jawi yang pelbagai bentuk dilihat mengelirukan murid. Malah buku teks yang ditulis di dalam tulisan Jawi melambatkan pemahaman murid dalam sesuatu topik pembelajaran. Ini menimbulkan tuntutan yang lebih kepada guru bagi memberikan pemahaman yang lebih jitu berikutan medium tulisan yang digunakan adalah tulisan Jawi yang dilihat ‘eksklusif’ oleh murid-murid. Oleh itu, aspek komitmen guru berkait rapat dan akan mempengaruhi persepsi guru terhadap pelaksanaan inovasi itu sendiri. Persepsi ini akan mempengaruhi sikap dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kurikulum ini juga gagal difahami oleh guru untuk diterjemahkan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Antara bentuk kekurangan kurikulum ini adalah tidak memasukkan kaedah-kaedah penulisan Jawi seperti kaedah ejaan lazim, kaedah tradisi, kaedah ejaan lampau hukum dan kaedah ejaan pinjaman secara langsung. Pendedahan sistem ejaan ini kurang diketahui oleh kebanyakan murid dan guru. Malah terdapat guru yang merasa janggal dengan sistem ejaan ini sehingga menimbulkan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Hal ini akan lebih menyulitkan sekiranya seseorang guru itu terlalu bergantung harap terhadap dokumen kurikulum seperti buku teks sahaja tanpa membuat bacaan tambahan.

245

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Rumusannya, pelaksanaan inovasi program Pemulihan Jawi tidak dapat dijalankan dengan berkesan disebabkan oleh guru-guru j-QAF tidak berperanan sebagai pengguna inovasi. Permintaan dalam membuat keputusan dalam inovasi ini lebih didominasi oleh kata putus dari pihak berkuasa. Komunikasi dalam inovasi ini juga tidak dapat digunakan sebagai medium berkongsi dan bertukar-tukar idea baru. Matlamat inovasi yang dilaksanakan belum dikongsi bersama oleh guru-guru, para pentadbir sekolah, pegawai-pegawai pendidikan, ibu bapa, murid-murid, syarikat swasta, JAPIM dan masyarakat dalam komuniti pembelajaran secara sistemik. Cadangan Dan Kesimpulan Bagi guru-guru j-QAF, mereka hendaklah bersikap mudah lentur dengan berusaha menyesuaikan diri dengan inovasi yang diperkenalkan. Sikap ini termasuklah pemikiran dan kemahuan untuk mencuba sesuatu yang baru, berani membuat anjakan paradigma dan berani mengambil risiko. Mereka perlu bekerja secara berpasukan dengan cara membuat sumbang saran dalam menambah baik pengajaran. Apabila usaha profesionalisme digabung jalin secara kolektif, guruguru akan bersama-sama membuat analisis, penilaian dan perancangan sesuatu projek kecemerlangan murid. Ini akan membantu memperoleh hasil yang lebih baik. Akhirnya guru akan berkongsi kepakaran mereka dengan guru lain dan juga kepada warga sekolah. Bagi pihak sekolah dan pihak berwajib pula, mereka perlu mengadakan program latihan ataupun program pembangunan profesionalisme tidak boleh bercorak ad-hoc dan bermusim sebaliknya perlu ditukar kepada aktiviti intervensi yang berterusan. Selain itu, latihan-latihan khusus perlu dijalankan bagi menyediakan guru-guru j-QAF yang menguasai kemahiran dan keupayaan mengenal pasti punca-punca masalah pembelajaran murid-murid. Perubahan atau inovasi dalam sesuatu program pendidikan merupakan satu proses dan bukannya satu peristiwa (Hall dan Hord 2011). Ini bererti pelaksanaannya memerlukan guruguru j-QAF mempelajari inovasi tersebut supaya mereka boleh melaksanakannya dengan berkesan. Justeru, guru-guru j-QAF memerlukan lebih banyak masa, pengalaman dan program pembangunan profesionalisme jangka pendek dan jangka panjang khususnya dalam bidang pembelajaran Jawi. Pihak pelaksana di peringkat pertengahan dan juga guru besar sebagai pemimpin di peringkat akar umbi perlu berganding bahu bagi meningkatkan kemajuan sekolah-sekolah awam. Hubungan ini meliputi kerjasama positif dan kolaborasi memberi impak tinggi bagi kedua-dua belah pihak. Keprihatinan guru untuk melaksanakan inovasi Pemulihan Jawi secara berkesan adalah persoalan penting yang wajar diambil kira oleh pihak JAPIM sebagai kumpulan perancang pendidikan. Pelaksanaan inovasi akan tersekat jika pihak JAPIM melihat Pemulihan Jawi sebagai suatu kewajipan, tetapi guru-guru jQAF pula beranggapan sebaliknya. Kajian ini juga mendapati guru-guru tidak mendapat latihan dan intervensi secara berterusan sama ada daripada pihak sekolah mahupun pihak PPD. Kajian ini juga mendapati program inovasi Pemulihan Jawi

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

246

tidak disokong oleh komuniti pembangunan profesional yang melibatkan guru-guru, murid, pentadbir sekolah, ibu bapa, masyarakat dan pihak swasta. Pihak JAPIM sewajarnya memberikan keutamaan dengan memberi kursus kepada guru-guru jQAF berkaitan aspek latihan, pengetahuan dan kemahiran. Malah kursus ini perlu dijalankan secara berterusan bagi menstabilkan dan meningkatkan keprihatinan guru. Ini kerana adalah tidak mustahil jika tahap keprihatinan guru akan menurun kepada tahap paling rendah jika mereka diabaikan. Rujukan Amri Daud. 2005. Kajian keberkesanan pelaksanaan program j-QAF di dua buah sekolah rintis di Terengganu. Tesis Sarjana Pendidikan Universiti Malaya. Asmawati Suhid, Lukman Abdul Mutalib, Kamariah Abu Bakar & Muhamamad Fauzi Muhammad. 2011. Pelaksanaan modul j-QAF: satu tinjauan umum. Prosiding Seminar Majlis Dekan IPTA. 1 (1): 862-876. Baharudin Yaacob. 2003. Pemikiran pendidik guru terhadap hasrat dan pelaksanaan inovasi kurikulum di Maktab perguruan: satu kajian kes. Seminar Penyelidikan Pendidikan Guru Peringkat Kebangsaan. 19-20 Ogos 2003. Jurnal Penyelidikan dan Pendidikan. Che Siah Che Man. 2006. Pendekatan pengajaran Jawi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Cheung, D. & Ng, D. 2000. Teachers’ stages of concern about the target-oriented curriculum. Educational Journal, summer 2000, 28 (2) : 109-122. Donovan, L., Hartley, K., & Strudler, N. 2007. Teacher concerns during initial implementation of a one-to-one laptop initiative at the middle school level. Journal of research on technology in education. 39 (30): 263-286. Faizah A Majid. 2011. School-based assessment in Malaysian School: the concerns of the English teacher. Journal of US-China Education Review 8(10): 1-15. Fullan, M. 2011. Makna baharu perubahan pendidikan (the new meaning of educational change). Terj Mastuti Isa dan Aziah Salleh. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia. Ghazali Darussalam. 2007. Pelaksanaan program j-QAF mengikut persepsi pensyarah dan pelajar. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Islam, Selangor. Jilid 10 : 18-25.

247

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Hall. G.E. & Hord, M.S. 2011. Implementing Change: patterns, principles and potholes. Third Edition. New Jersey: Pearson Education Inc. Habib Mat Som. 2005. Memahami tumpuan guru dalam pelaksanaan perubahan kurikulum: satu perbincangan. Masalah Pendidikan, 2005 : 95 – 104. Ibrahim Hashim, Misnan Jumali, Muhamad Akramin, Mohd Abdul Nasir, Ahmad Zulfikar Shah, Zanariah Noor, Mohd Abdul Aziz & Hasanudin Abdul Hamid. 2009. Penilaian pelaksanaan program j-QAF di Sekolah Rendah Kementerian Pelajaran Malaysia. Projek Penyelidikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2007. Buku Panduan Dasar, Pelaksanaan dan pengurusan kurikulum dan kokurikulum program j-QAF. Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Madihah Mohamad. 2007. Penguasaan kemahiran Jawi di kalangan murid tingkatan dua di sekolah Menengah Kebangsaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tesis Sarjana Pendidikan Universiti Malaya. Maimun Aqsha Lubis, Tamby Subahan Mohd. Meerah, Ab. Halim Tamuri, Nik Mohd. Rahimi Nik Yusoff, Mazalah Ahmad & Sabariah Sulaiman. 2011. Pelaksanaan model program j-QAF di dalam bilik darjah dalam Transformasi dan inovasi dalam pendidikan. Zamri Mahamod, Jamalul Lail Abdul Wahab dan Mohamad Sani Ibrahim (Penyt.). Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Md. Khairi Ahmad. 2009. Pelaksanaan pengajaran j-QAF di sekolah-sekolah di daerah Kluang, Johor: satu kajian. Laporan Ilmiah Ijazah Sarjana Muda Pengajaran dan kepujian, Universiti Teknologi Malaysia. Misnan Jemali, Ekhwan Johan Mustafa, Syed Hassan Syed Isa, Muhamad Faizal Jali & Mohd Bukhari Yahya. 2009. Cabaran dan tekanan guru j-QAF di sekolah. Kajian Penyelidikan. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Nik Rosila Nik Yaacob. 2007. Penguasaan Jawi dan Hubungannya Dengan Minat dan Pencapaian Pelajar Dalam Pendidikan Islam. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jld. 22 : 161–172. Norhazlina Mohd Hassan Abdullah. 2007. Isu-isu kritikal penggunaan tulisan Jawi dalam pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam peringkat sekolah menengah: pandangan pakar. Tesis Sarjana Pendidikan Universiti Malaya. Ornstein, A.C. & Hunkins, F.P. 2009. Curriculum; foundations, principles and issues. Edisi keempat. New York: Allyn & Bacon.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

248

Sharifah Maimunah Syed Zin. 2007. KBSR dan KBSM dalam menghasilkan modal insan yang gemilang – satu refleksi. Persidangan Kurikulum Kebangsaan 2007, 31- 44. Suryati Abdul Manaf. 2003. Penguasaan tulisan Jawi: satu kajian sosio-linguistik. Laporan penyelidikan Ijazah Sarjana Pendidikan, Universiti Malaya. Zahariah Aiyub. 2005. Faktor-faktor yang mempengaruhi sikap pelajar terhadap pembelajaran Pendidikan Islam. Laporan Penyelidikan Sarjana Pendidikan Universiti Malaya.

Mengenal Pasti Ciri-Ciri Gaya Pembelajaran Murid Sukar Belajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam dan j-QAF Mohd Razimi Husin Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh Abstrak Penyelidikan ini bertujuan meneroka gaya pembelajaran dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan j-QAF ke atas murid sukar belajar yang mencapai skor tahap tinggi dalam ujian penempatan (SBTT). Kajian dijalankan terhadap murid-murid sekolah rendah di kelas Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran yang berumur 12 tahun. Model Gaya Pembelajaran Islam dan Barat dijadikan panduan dalam pemerhatian sebagai proses mengenal pasti ciri-ciri gaya pembelajaran yang popular dan berkesan kepada murid-murid SBTT dalam menerima maklumat dan kemahiran. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kes di mana data kajian diperolehi melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Peserta kajian terdiri daripada semua murid SBTT di dua buah sekolah rendah integrasi negeri Perak. Murid-murid yang dipilih adalah mempunyai ciri-ciri kefungsian belajar yang hampir sama. Data-data yang diperolehi akan diperjelaskan secara kualitatif. Kajian ini akan memperkembangkan lagi strategi pembelajaran dalam kalangan murid SBTT serta membanntu penyelidik membina strategi atau model pembelajaran kepada mereka. Kata Kunci: Pendidikan Islam, j-QAF dan Psikologi. Pengenalan Murid sukar belajar (SB) diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu Tahap Tinggi dan Tahap Rendah. Murid Sukar Belajar Tahap Tinggi (SBTT) dapat berfungsi hampir sama dengan murid normal yang mengikuti kelas di aliran perdana walaupun mempunyai tahap IQ yang lebih rendah berbanding dengan murid normal (Mohd Razimi, Abd. Aziz dan Ahmad Jazimin, 2011). Murid SBTT yang dimaksudkan adalah murid yang menguasai sebahagian 3M, mempunyai kemahiran tinggi dan ditempatkan di dalam kelas terbaik di sekolah. Mereka belajar pendidikan Islam dan j-QAF (Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain) berdasarkan kurikulum yang digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Murid sukar belajar tahap rendah (SBTR) pula adalah murid yang tidak menguasai 3M serta tidak dapat berfungsi dengan baik dalam mengurus diri dan amalan rutin di kelas Pendidikan Khas. Perbezaan yang nyata murid SBTT dengan murid SBTR ialah murid SBTR sukar membaca, menulis dan mengira. Murid SBTR banyak belajar mengurus diri di

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

250

sekolah berbanding murid SBTT yang mampu menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sebelum berpindah ke sekolah menengah. Pembelajaran perlu dilaksanakan dengan teknik dan pendekatan yang efektif. Oleh kerana pembelajaran melibatkan cara belajar maka satu kerangka perlu dibuat bertepatan dengan permintaan yang diperlukan (Crow dan Crow, 1980). Pandanganpandangan tersebut selari dengan Akta Pendidikan 1996 Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, Jilid 41, No. 26, Tambahan No. 94, Perundangan (A) yang berkuatkuasa pada 1 Januari 1998 di bahagian II menyatakan “Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan, guru-guru boleh mengubahsuai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran, masa bagi aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dalam Pendidikan Khas. Mengenal pasti cara belajar mampu memberi impak yang besar kepada murid-murid. Bagi melihat sesuatu proses itu berjaya, termasuk proses pembelajaran, maka ianya boleh dilihat melalui gaya pembelajaran. Gaya pembelajaran murid boleh dilihat semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pernyataan Masalah Guru pelatih dan guru-guru terlatih pendidikan khas sekolah rendah tidak diberikan pendedahan secara kritikal dengan semua perkara terutamanya yang melibatkan gaya pembelajaran murid. Modul Pengajaran dan Pembelajaran Kaedah Iqra’ dan Amali (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005a, 2005b) tidak mengambil kira gaya pembelajaran murid. Oleh itu sejauh manakah masalah penerokaan strategi secara individu khususnya berlaku di sekolah. Keadaan bertambah rumit apabila Zaharah dan rakan-rakan (2011) mendapati bahawa masalah pelaksanaan Pendidikan Islam di kelas khas adalah tiada guru yang khusus bagi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam untuk murid-murid khas. Mereka mencadangkan beberapa alternatif untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan seperti latihan dan pendedahan guru terhadap pengendalian di kelas khas dan peruntukan BBM oleh pihak tertentu bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala Habib (2011) mencadangkan agar proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di Malaysia perlu melibatkan minat murid dan kompetensi guru dalam menghadapi murid. Begitu juga cadangan penyelidik lain bahawa pengajaran dan pembelajaran dalam aspek ibadah solat kepada murid pendidikan khas perlu kepada penyampaian mengikut kebiasaan yang mudah difahami dan diingati murid (Arnie dan Wan Kamal, 2012). Aspek ibadah solat merupakan perkara yang ditumpukan dalam modul program j-QAF dan merupakan tajuk penting dalam Pendidikan Islam pendidikan khas. Oleh itu penambahbaikan dan peningkatan proses pengajaran dan pembelajaran perlu dilaksanakan di kelas pendidikan khas mata pelajaran Pendidikan Islam dan program j-QAF khasnya (Zaharah dan rakan-rakan, 2011). Tahap dan kecenderungan murid yang berbeza dijangkakan dapat disempurnakan

251

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

melalui pembelajaran yang berdasarkan gaya pembelajaran. Namun tiada model dan panduan khusus yang boleh dijadikan pedoman untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kepada murid tersebut. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang baik adalah strategi yang merujuk kepada gaya pembelajaran murid. Model dan panduan yang diperlukan adalah model yang berasaskan gaya pembelajaran murid bagi memenuhi strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan. Oleh yang demikian, penyelidik telah memilih satu model yang dikenali sebagai Model Dunn dan Dunn untuk dijadikan panduan dalam mengenal pasti gaya pembelajaran murid SB. Model ini didapati amat sesuai digunakan kepada murid SB di kelas pendidikan khas. Setelah gaya pembelajaran peserta dikenal pasti, pembinaan model khusus kepada murid SBTT akan dilaksanakan sebagai panduan kepada semua warga pendidikan yang terlibat dengan murid SBTT. Secara ringkasnya persoalan kajian utama ialah “bagaimana Model Dunn dan Dunn digunakan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran bagi membina strategi dan pendekatan pembelajaran yang boleh meningkatkan proses menerima maklumat dalam kalangan murid SBTT dalam mata pelajaran Pendidikan Islam”. Tinjauan Literatur Guru Pendidikaan Islam yang menngajar murid sukar belajar dan murid bermasalah pembelajaran pada aliran Pendidikan Khas didedahkan dengan teori dan praktikal yang berasaskan teori-teori pembelajaran di atas. Walau bagaimanapun, kajian Zaharah dan rakan-rakan (2011), mendapati guru Pendidikan Islam kelas Pendidikan Khas kurang mendapat pendedahan yang sewajarnya dan menyukarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian Mohd Razimi, Abd. Aziz dan Ahmad Jazimin (2011), mencadangkan supaya penyelidikan perlu dilakukan ke atas murid masalah pembelajaran dalam mata pelajaran Pendidikan Islam untuk mengembangkan strategi pembelajaran. Kajian Mohd Razimi, Abd. Aziz dan Ahmad Jazimin (2011), juga mendapati bahawa murid-murid yang diajar dengan berpendekatan gaya pembelajaran menunjukkan peningkatan dalam pencapaian dan penguasaan kemahiran. Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang dipilih adalah berdasarkan objektif pengajaran. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengambil kira objektif jangka panjang dan juga mengambil kira segala aspek pembelajaran termasuk pemilihan bahan, masa dan sebagainya. Kajian Misnan, Ishak dan Abu Zaid (2011), mendapati guru-guru menggunakan kaedah tunjukcara dan halaqah dalam pengajaran ibadah. Manakala hasil kajian mereka juga mendapati pengajaran al-Quran dilaksanakan menggunakan kaedah IQRA’ secara talaqqi dan musyafahah dengan penggunaan set ABM terhad kepada papan putih, buku teks dan kertas mahjong sahaja. Penggunaan set ABM demikian didapati kurang memuaskan dan dicadangkan supaya tenaga pengajar membuat penambahan alat bantu mengajar bagi melestarikan kaedah pendidikan yang baik serta akad dapat menarik minat murid belajar (Misnan, Ishak dan Abu Zaid, 2011).

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

252

Pendekatan wujud berasaskan tanggapan-tanggapan yang berhubung dengan sesuatu falsafah. Kaedah merupakan satu perancangan yang sistematik secara keseluruhan untuk menyampaikan bahan pengajaran. Manakala teknik ialah apa yang kita lihat di dalam bilik darjah dan mempunyai konteksnya dengan kaedah yang digunakan (Ahmad, 2004). Dalam kajian yang melibatkan gaya pembelajaran, kaedah pembelajaran mempunyai kaitan yang sangat rapat kerana gaya pembelajaran boleh menentukan kaedah pembelajaran murid. Panduan pengajaran dan pembelajaran akan dibina berdasarkan data atau maklumat yang diperolehi daripada peserta kajian. Panduan pengajaran dan pembelajaran ini adalah untuk kegunaan guru yang mengajar murid SBTT atau yang bermasalah pembelajaran dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan j-QAF. Panduan pengajaran dan pembelajaran ini merupakan huraian dan cadangan pembelajaran yang merujuk kepada model yang dibina seperti yang dinyatakan di atas. Mohd Razimi, Abd. Aziz dan Ahmad Jazimin (2011), mencadangkan dan berharap dapat menghasilkan satu model yang sesuai untuk murid-murid SB bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dan j-QAF sebagai panduan kepada guru-guru dan ibu bapa terbabit. Majda dan Helena (2010) mencadangkan bagi mengembangkan persekitaran pendidikan murid berkeperluan khas secara berkesan dan membantu, sekolah perlu memperkembangkan model pengajaran dan pembelajaran yang mempunyai pendekatan pengajaran langsung yang berpotensi sebagai alternatif yang amat baik. Mengetahui maklumat gaya pembelajaran murid amat berguna untuk menentukan situasi pembelajaran, peralatan dan pendekatan pengajaran. Majda dan Helena (2010), mencadangkan bagi mengembangkan persekitaran pendidikan murid berkeperluan khas secara berkesan dan membantu, sekolah perlu memperkembangkan model pengajaran dan pembelajaran yang mempunyai pendekatan pengajaran langsung yang berpotensi sebagai alternatif yang amat baik. Kajian Alireza (2009), mencadangkan guru untuk membentangkan maklumat dalam pelbagai bentuk dan menyediakan pengalaman pembelajaran yang berbeza seperti buku-buku, carta-carta, diagram-diagram, video-video, audio kaset-audio kaset, lagu-lagu, perbahasan-perbahasan dan kerja kumpulan. Kajian Zhang and Sternberg (2005), mendapati sebahagian kajian mencadangkan supaya pengajaran merujuk kepada gaya pembelajaran murid-murid. Sekiranya para pendidik boleh mengajar murid-murid untuk lebih memberi refleksi tentang pembelajaran dan tindakan mereka, maka mereka akan memperolehi maklumat yang lebih. Apabila muridmurid bertindak balas tentang apa mereka lakukan di dalam bilik darjah, persekitaran pembelajaran akan menjadi lebih kondusif. Lebih fleksibel muridmurid tentang sesuatu perkara yang berlaku sekeliling mereka, mereka akan lebih fokus kepada maklumat yang penting (Ehrman dan Leaver,2003).

253

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Metodologi Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian kes. Kajian kes bersesuaian dengan hasrat dan matlamat kajian iaitu untuk memahami dan meneroka situasi atau keadaan dan amalan seseorang dalam konteks kehidupan sebenar. Kajian kes terhadap murid-murid sukar belajar akan menunjukkan keperluan sebenar mereka dan guru-guru boleh merancang untuk memenuhi keperluan tersebut (British Ministry of Education, 2000). Hasil pemerhatian, temubual dan data dokumen dianalisis secara kualitatif. Penemuan data menggunakan alat-alat pengukuran iaitu senarai semak pemerhatian, soalan-soalan temubual dan profil murid. Hasil temubual bertujuan mendapatkan maklumat lanjutan berhubung dengan gaya pembelajaran murid dan juga untuk tujuan tringulasi. Data-data gaya pembelajaran Pendidikan Islam akan dianalisis dengan menggunakan jadual pemerhatian bersistematik berpandukan model gaya pembelajaran Dunn and Dunn. Analisis gaya pembelajaran murid ini akan menentukan gaya pembelajaran mereka dan juga gaya pembelajaran yang tidak berasaskan model Dunn dan Dunn. Kajian kes ini melibatkan kes murid sukar belajar yang mempunyai tahap kefungsian yang tinggi. Murid yang dipilih adalah murid yang boleh berinteraksi dengan baik, boleh menguruskan diri dan berfungsi dengan baik, boleh bertindak berdasarkan kesan dan akibat serta mempunyai potensi untuk meningkatkan dan mengembangkan diri mereka. Ini berbeza dengan murid Pendidikan Khas masalah pembelajaran yang lain yang tidak boleh atau sukar berinteraksi, perlu bimbingan sepanjang masa, arahan berulang-ulang, tidak boleh memikirkan kesan dan akibat sesuatu tindakan serta sukar untuk meningkat dan mengembangkan diri mereka. Kajian ini menggunakan Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn sebagai panduan dan model-model lain sebagai sokongan untuk membentuk struktur pemerhatian kerana kajian terkini berasaskan model Dunn dan Dunn digunakan terhadap murid-murid masalah pembelajaran. Menurut Cassidy (2004), Skala soal selidik Dunn, Dunn dan Prices adalah untuk kegunaan sekolah rendah dan sekolah menengah. Dapatan daripadanya boleh digunakan untuk menentukan situasi pembelajaran, peralatan dan pendekatan pengajaran. Pemerhatian Bersistematik Pemerhatian bersistematik dilaksanakan bagi memastikan dapatan di lapangan diperolehi dengan sempurna dan memenuhi kesahan kajian. Secara ringkasnya pemerhatian bersistematik menggunakan jadual dengan masa diisi oleh pemerhati untuk mendapatkan maklumat daripada peserta kajian semasa kajian lapangan dijalankan. Dalam kajian ini setiap pecahan mengambil masa selama beberapa minit berdasarkan aktiviti sebenar yang dijalankan guru dan tingkah laku muri-murid yang

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

254

diperhatikan. Menurut Kidder (1981), pemerhatian bersistematik dibuat dengan mengambil kira beberapa langkah seperti : Langkah 1 :

Langkah 2 :

Langkah 3 :

Langkah 4 : Langkah 5 : Langkah 6 :

Memilih tingkah laku atau gaya pembelajaran untuk di perhatikan. Tingkah laku yang dipilih adalah berdasarkan ciri-ciri gaya pembelajaran yang ditunjukkan oleh peserta kajian semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Memilih seting pemerhatian yang sepatutnya. Seting pemerhatian telah mengambil kira seting teori dan seting praktikal. Seting teori melibatkan pemilihan tempat dan masa yang sesuai di mana tingkah laku atau gaya pembelajaran untuk di perhatikan akan wujud contohnya dalam bilik darjah sebelum rehat bagi menentukan kewujudan gaya pembelajaran stimulus fizikal. Manakala seting praktikal adalah seting yang membenarkan penyelidik membuat pemerhatian secara sah dan tidak mengganggu peserta penyelidikan. Memutuskan pelaksanaan pemerhatian secara recording. Pemerhatian dirakam menggunakan video kamera yang diletakkan disudut bilik darjah. Penyelidik juga akan mencatat secara manual tingkah laku yang diperhatikan. Memutuskan strategi peserta atau gaya pembelajaran peserta. Melatih pembantu penyelidik sekiranya perlu untuk memastikann dapatan tepat. Membuat analisis data.

Temu Bual Setelah data-data pemerhatian diperolehi, analisis berterusan akan dilaksanakan untuk memastikan maklumat yang benar-benar relevan diperolehi. Di samping itu, data pemerhatian juga akan dijadikan asas dalam membentuk soalan temu bual. Temubual yang akan dijalankan adalah berbentuk separa berstruktur (draf soalan disediakan sebagai garis panduan) dan dijalankan secara individu. Data-data temu bual akan ditranskripsikan ke dalam bentuk teks supaya interpretasi data mudah dijalankan. Berdasarkan data awal inilah temu bual berikutnya dijalankan untuk memastikan data-data yang berikutnya benar-benar releven dengan tajuk kajian. Protokol juga berguna dalam menjalankan temu bual. Protokol ini mengandungi komponen-komponen berikut sebagaimana yang dicadangkan oleh Kidder (1981) dan Othman (2009): i. ii. iii. iv. v.

tajuk arahan kepada penemubual soalan-soalan kajian utama yang akan ditanya soalan-soalan kecil yang akan mengikuti soalan utama ruang untuk merekod mesej yang disampaikan oleh informen

255

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

vi. ruang untuk merekod komen penemubual Analisis Dokumen Dalam kajian ini, pengkaji bercadang untuk menganalisis beberapa dokumen bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan persoalan kajian. Di antara dokumen yang sesuai ialah jurnal refleksi guru, profil murid dan dokumen berkaitan dengan murid dan sekolah. Model Proses Mengenal Pasti Ciri-Ciri Gaya Pembelajaran Murid SBTT Pemerhatian Bersistematik

Analisis Dokumen

Hasil Pembelajaran/Kualiti Pembelajaran Temu bual murid

Model/Dapatan Baharu

Ciri-ciri Gaya Pembelajan

Rajah 1 : Model Proses Mengenal Pasti Ciri-Ciri Gaya Pembelajaran Murid SBTT Dapatan Kajian Jadual 1: Stimulus Gaya Pembelajaran Pendidikan Islam Murid SBTT M1- M2 di S1 dan S2 Bil.

Gaya Pembelajaran Murid SBTT

M1S1

M2S1

M1S2

M2S2

1 2 3 4 5 6 7

Soal-jawab Berulang-ulang Talaqqi Musyafahah Bahan Bantu Mengajar Berkumpulan Galakan Adil

X X X X X X

X X X X X X

X

X

X

X

X

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

256

Rajah 2: Model Gaya Pembelajaran Berasaskan Pendidikan Islam Model Gaya Pembelajaran Islam Berasaskan kaedah/teknik

Talaqqi musyafahah, berulang-ulang, kuliah, dialog dan hafalan

Aktiviti akal

Membaca, soal-jawab, berbincang, berimaginasi, bermujadalah dan bertukar fikiran.

Pergaulan

Galakan, nasihat, adil, penyayang, suruh dan tegah, disiplin dan tenang

Dorongan Sosial

Perseorangan dan berkumpulan

Jalan yang memudahkan

BBM

.

Dapatan menunjukkan terdapat tujuh ciri gaya pembelajaran utama wujud pada murid-murid ini berdasarkan model Islam. Berasaskan aktiviti akal didapati empat orang murid memberi respon yang baik bila guru bersoal-jawab menggunakan kad gambar. Manakala pada aktiviti baca berulang-ulang menggunakan kad huruf didapati dua orang murid yang lain melaksanakan aktiviti tersebut dengan bacaan ulangan yang lancar walaupun terdapat rakan mereka yang tidak begitu bersemangat kerana kurang menguasai kemahiran membaca. Pada aktiviti talaqqi musyafahah pada bacaan-bacaan dalam solat didapati juga dua orang murid yang berbeza menyebut kalimah-kalimah dan ayat-ayat yang diberikan dengan tepat. Mereka telah memberikan tumpuan yang penuh semasa proses pengajaran pembelajaran berlansung untuk aktiviti tersebut. Manakala aktivitiaktiviti lain yang memberi tumpuan murid ialah aktiviti yang melibatkan penggunaan bahan bantu mengajar seperti radio dan tayangan video. Aktiviti melibatkan pergaulan berkumpulan juga dapat menarik minat murid-murid sukar belajar ini walaupun mereka juga boleh melaksanakan aktiviti dengan baik secara perseorangan. Galakan-galakan yang diberikan oleh guru sama ada galakan melalui ganjaran hadiah atau pujian telah mendorong semangat murid-murid ini untuk belajar. Akhir sekali murid-murid sukar belajar di kelas pendidikan khas amat sensitif dengan tindakan sosial guru yang memerlukan tindakan secara adil. Mereka akan menuntut keadilan dari guru sekiranya guru tidak memberikan perhatian yang

257

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

baik kepada mereka sedangkan sebaliknya menumpukan perhatian kepada rakan mereka. Gaya Pembelajaran Stimulus Emosi Peserta Stimulus emosi terdiri daripada unsur motivasi, ketabahan, tanggungjawab dan struktur. Unsur motivasi melibatkan ciri murid yang boleh merangsang diri untuk belajar. Contoh ciri ini ialah seseorang itu dapat merangsang diri supaya belajar atau sebaliknya perlu dirangsang oleh guru (Baharom dan Iliyas, 2010). Unsur ketabahan melibatkan ciri kemampuan individu belajar dalam jangka masa yang panjang atau pendek. Unsur tanggungjawab melibatkan ciri pelaksanaan individu terhadap aktiviti atau tugasan semasa belajar sama ada pelaksanaan itu mampu dibuat sendiri atau memerlukan bimbingan orang lain. Manakala unsur struktur melibatkan ciri kesukaan belajar sama ada mengikut jadual waktu dan masa yang diperuntukan atau memerlukan masa tambahan. Sebahagian besar jawapan terhadap persoalan ini datang daripada pemerhatian dan temu bual murid SBTT sendiri. Persoalan gaya pembelajaran murid SBTT dalam P&P sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 2 memperlihatkan bahawa sebahagian besar murid SBTT di S1 dan S2 adalah memiliki gaya pembelajaran berunsur emosi berdasarkan Model Dunn dan Dunn. Jadual 2: Gaya Pembelajaran Murid SBTT M1-M2 di S1 dan S2 Bil.

Gaya Pembelajaran Murid SBTT

M1S1

M2S1

M1S2

M2S2

1 2 3 4

Motivasi Ketabahan Bertanggungjawab Struktur

X X X X

X X X X

X X X -

X X X X

Kesemua unsur pada stimulus emosi dimiliki oleh sebahagian peserta. Semua peserta memiliki unsur ketabahan dan tanggungjawab. Seorang peserta dipengaruhi oleh ibu bapa yang mempunyai jadual sendiri untuk mengambil anaknya pulang. Pihak sekolah membenarkan perkara demikian bagi mengelakkan kesukaran berlaku kepada ibu bapa murid tersebut. Berdasarkan Jadual 2, stimulus emosi yang dimiliki kesemua M1-M2 di kedua-dua sekolah adalah ketabahan dan bertanggungjawab belajar.Stimulus emosi berunsur motivasi mewakili M1S1, M2S1, M1S2 dan M2S2. Maksud daripada stimulus emosi berunsur motivasi ialah murid boleh merangsang diri untuk belajar. Sebagai contoh berdasarkan transkrip M1S1 dan M2S1 didapati:

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

258

(Murid SBTT:MOTIVASI) “... Hakim membuat tugasan yang diberikan guru dengan tekun. Beliau dapat memberi jawapan yang betul untuk aktiviti satu iaitu memadankan nama Rasul dan kitab yang diturunkan. Begitu juga Hakim melakukan perkara yang sama untuk aktiviti dua dengan memberi jawapan yang betul apabila dapat menyenaraikan kandungan penting apa yang baharu sahaja dipelajari.” (M1S1) (Murid SBTT: MOTIVASI) “... Farzana membuat aktiviti 1 yang diberikan guru dengan tekun. Beliau melaksanakan aktiviti tersebut dengan jawapan yang tepat di mana mampu memadankan nama Rasul dan kitab yang diturunkan. Manakala bagi aktiviti 2, Farzana memerlukan bimbingan guru dengan melakarkan aktiviti penerangan untuk mengcungkil ingatan Farzana. Walau bagaimanapun beliau membuat tugasan dengan usaha yang bersungguh-sungguh.” (M2S1) Selain itu M1S1 juga melaksanakan tugas yang diberikan guru dengan sempurna dengan jawapan yang tepat untuk tajuk Jenis-jenis najis (M1S1). Manakala bagi M2S1 didapati kerja dilakukan dengan usaha walaupun jawapan yang diberikan sebahagiaannya betul dan sebahagiaannya salah (M2S1). Gaya Pembelajaran Stimulus Psikologi Stimulus psikologi mengandungi empat unsur iaitu global, analitik, reflektif dan impulsif. Unsur global melibatkan ciri individu yang suka belajar dengan perangkuman seluruh kumpulan atau perkara. Dengan kata lain pembelajaran secara menyeluruh tentang sesuatu perkara dan tidak menjelaskannya secara terperinci seperti menerima pelajaran dengan memahami adab dan peralatan tandas secara umum tanpa perincian secara jelas (M1S1 & M2S1). Manakala unsur analitik melibatkan ciri individu yang suka belajar melalui penghuraian sesuatu perkara untuk mengetahui pelbagai aspeknya secara mendalam. Murid-murid akan bertanya guru untuk penjelasan lanjut. Murid juga memahami pelajaran apabila guru menjelaskan pakaian yang diharuskan dalam Islam melalui penerangan satu persatu secara jelas dengan contoh murid memakainya (M1S1 & M2S1). Sebahagian besar jawapan terhadap persoalan ini datang daripada pemerhatian, temu bual murid dan analisis dokumen murid SBTT sendiri. Persoalan gaya pembelajaran murid SBTT dalam pembelajaran dan pengajaran (PDP) sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 3 memperlihatkan bahawa murid SBTT di S1 memiliki gaya pembelajaran stimulus psikologi berdasarkan Model Dunn dan Dunn.

259

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Jadual 3 : Gaya Pembelajaran Murid SBTT M1-M3 di S1 dan S2 Bil.

Gaya Pembelajaran Murid SBTT

M1S1

M2S1

M1S2

M2S2

1 2 3 4

Global Analitik Reflektif Impulsif

X -

X -

-

-

Kesimpulan Dalam memastikan murid menerima maklumat sebaik mungkin, pendekatan pembelajaran berasaskan gaya pembelajaran adalah satu strategi pembelajaran yang melibatkan cara paling sesuai untuk murid bermasalah menerima maklumat. Model Islam dan Model Dunn dan Dunn yang dibincangkan dalam artikel ini mampu menyumbang bagi memenuhi keperluan belajar murid SBTT dan murid bermasalah pembelajaran. Namun demikian model-model lain juga penting bagi menyokong dapatan yang diperlukan kerana Model Dunn dan Dunn masih tidak menyeluruh kepada murid tersebut di kelas Pendidikan Khas. Model Islam pula perlu kepada penambahbaikan kerana maklumat yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis terutamanya amat luas dan terlalu banyak untuk diterokai. Kajian kes melalui kaedah pemerhatian sesuai digunakan untuk mengumpul data di lapangan bagi mengenal pasti gaya pembelajaran murid SBTT. Pemerhatian perlu dilaksanakan secara bersistematik menggunakan senarai semak Model Islam dan Model Dunn dan Dunn sebagai panduan untuk memilih tingkah laku bagi menentukan gaya pembelajaran murid SBTT. Data atau maklumat yang diperolehi mampu dianalisis secara kualitatif dengan bantuan sistem pengekodan. Penggunaan kod major dan kod sub yang dibina sendiri memudahkan pengkategorian maklumat bagi menentukan gaya pembelajaran murid secara individu. Rujukan Ahmad Mohd. Salleh. (2004). Falsafah, sejarah dan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Akta Pendidikan 1996 Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, Jilid 41, No. 26, Tambahan No. 94, Perundangan (A) 1998. Alireza, H. (2009). Learning and Cognitive Styles as Effective Factors in Learning English for EFL Students. Journal of Learning, 16 (6), 144 – 194.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

260

Arnie Adnan & Wan Kamal Nadzif Wan Jamil. (2012). Tuntutan dan tatacara solat murid pendidikan khas. Dalam Prosiding Persidangan Antarabangsa Pendidikan Khas 2012. Melaka: Hotel Mahkota. Baharom Mohamad & Iliyas Hasyim. (2010). Gaya pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: PTS Professional British Ministry of Education. (2000). Teaching students with autism: A resource guide for schools. Victoria: British Columbia. Cassidy, S. (2004). Learning Styles: An overview of theories, models, and measures. Journal of Educational Psychology, 24 (4), 419-444. Crow, L. D. & Crow, M. A. (1980). Psikologi pendidikan untuk perguruan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ehrman, M. & Leaver, B. (2003). Cognitive styles in the service of language learning. System, 31(3), 393-416. Habib Mat Som, (2011). Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di Malaysia: Satu sorotan. Dalam Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Islam 2011, Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Kementerian Pelajaran Malaysia (2005a). Modul Pengajaran dan Pembelajaran Amali Solat Program j-QAF di Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Khas. Kementerian Pelajaran Malaysia (2005b). Modul Pengajaran dan Pembelajaran Kaedah Iqra’ Program j-QAF di Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Khas. Kidder, L. H. (1981). Research methods in social relations. Tokyo: Holt-Saunders. Majda, S. & Helena, C. (2010). Learning habits of students with special needs in short-term vocational education programmes. Journal of Educational Studies, 36(4), 415. Misnan Jemali, Ishak Ismail & Abu Zaid Fadzir. (2011). Pendekatan pengajaran fardhu ain dalam kalangan murid orang asli di Islamic Outreach ABIM (IOA) Kok Lanas. Dalam Prosiding International Confernce and Exhibition On Research in Islamic and Arabic Language Education 2011. Langkawi: Hotel Awana Porto Malai. Mohd Razimi Husin, Abd. Aziz Shukor & Ahmad Jazimin Jusoh (2011). Menilai gaya pembelajaran murid sukar belajar dalam mata pelajaran Pendidikan

261

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Islam dan j-QAF. Dalam Prosiding International Confernce and Exhibition On Research in Islamic and Arabic Language Education 2011. Langkawi: Hotel Awana Porto Malai. Mohd Razimi Husin, Abd. Aziz Shukor & Ahmad Jazimin Jusoh (2011). Model Islam dan Barat dalam mengenal pasti gaya pembelajaran murid sukar belajar. Dalam Prosiding Seminar Pendidikan Islam Kebangsaan 2012. Seremban: Hotel Berjasa. Othman Lebar. (2009). Penyelidikan Kualitatif, Pengenalan kepada Teori dan Metod. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Zaharah Hussin, Mazni Soho, Saedah Siraj, Ahmad Arifin Sapar & Nurul Hasna Hasan, (2011). Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam untuk murid berkeperluan khas sekolah rendah: Pelaksanaan dan masalah. Dalam Prosiding International Confernce and Exhibition On Research in Islamic and Arabic Language Education 2011. Langkawi: Hotel Awana Porto Malai. Zhang, L. & Sternberg, R. J. (2005). A Threefold Model of Intellectual Styles. Journal of Educational Psychology, 17(1): 10

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

262

Amalan Pentaksiran Bahasa Arab (PKSR) Sekolah Kebangsaan Di Melaka Mohd Yusri Kamarudin Kamarulzaman Abd. Ghani Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak Kajian diskriptif yang dijalankan adalah bertujuan mengenalpasti tahap persepsi guru dan amalan pentaksiran berasaskan sekolah(PBS) bagi Penilaian Kendalian Sekolah Rendah Bahasa Arab (PKSR). Seramai 112 orang guru j-QAF Bahasa Arab di sekolah rendah di Melaka telah dijadikan responden kajian. Soal selidik sebagai alat kajian dan dibina berdasarkan dokumen PKSR Bahasa Arab daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum. Segala data yang diperolehi dianalisa bagi mendapatkan frekuensi, peratusan dan min. Hasil dapatan dan cadangan kajian ini untuk penambahbaikan PBS Bahasa Arab turut dibincangkan dalam kertas kajian ini. Pengenalan Sekolah merupakan salah satu institusi yang berperanan melahirkan ‘Modal Insan’ dengan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk memastikan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, maka proses pengujian dan penilaian perlu dilakukan oleh guru untuk mendapatkan maklum balas pengajarannya dan menilai pembelajaran pelajar. Sistem Pentaksiran bersasaskan sekolah(PBS) bukanlah perkara baru bagi warga pendidik, malah pendekatan ini telah pun diamalkan secara berperingkatperingkat oleh sekolah.PBS mula diperkenalkan di sekolah pada tahun 1989 (Zamri et al.) dengan pelbagai bentuk pentaksiran berasaskan sekolah seperti kerja kursus, projek, persembahan, aktiviti jasmani, kokurikulum, sahsiah, budi pekerti dan pembinaan jati diri pelajar (KPM 2005, Mariani Md Nor 2001). Pentaksiran bagi program j-QAF Bahasa Arab mula dilaksanakan pada tahun 2005 berdasarkan sukatan KBSR yang dinamakan dengan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR). PKSR Bahasa Arab dilaksanakan oleh guru-guru Bahasa Arab melalui dua bentuk ujian iaitu ujian formatif dan sumatif.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

264

Penyataan Masalah Berdasarkan latar belakang di atas, kajian ini bertujuan melihat tahap tahap persepsi dan amalan guru j-QAF Bahasa Arab terhadap penilaian kendalian sekolah rendah (PKSR) Bahasa Arab. Merujuk kepada kajian yang dijalankan oleh Tunstall(2001), terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kebimbangan guru-guru berkaitan perlaksanaan praktikal PBS, antaranya ialah kekurangan sumber material dan latihan, bebanan kerja termasuk beban merancang dan merangka serta melaksanakan pentaksiran kepada pelajar. Di samping itu, maklum balas pelaksanaan pentaksiran yang dijalankan mendapati pentaksirannya bersifat palsu dan tidak asli (Zamri et al 2010). Ia juga menimbulkan banyak isu lain seperti isu kesahan, kebolehpercayaan, praktikaliti, pemantauan dan penyetaraan. Selain itu, pelaksanaan PBS juga melibatkan isu kepercayaan, sikap, latihan, pengetahuan dan kemahiran guru (Abdul Zubir 2007). Sebilangan besar guru tidak menggunakan sepenuhnya maklumat daripada pentaksiran semasa proses pengajaran (Wan Hasmah 2003) di bilik darjah untuk memantau pembelajaran pelajar, menilai keberkesanan pelbagai kaedah pengajaran guru dan sebagai panduan membuat keputusan-keputusan berkenaan pengajaran. Implikasinya ialah pelajar yang lemah akan terus tertinggal atau terus diketepikan, kelemahan pengajaran guru tidak diperbaiki dan guru lebih cenderung untuk meletakkan kesalahan pada bahu pelajar semata-mata apabila keputusan peperiksaan kurang memuaskan (Mohamad Azhar & Shahrir2007; Wan Hasmah 2003). Hal ini kerana banyak isu yang timbul, seperti kemampuan guru, nisbah murid-guru, bahan untuk penilaian, masalah pentadbiran dan pendekatan berorientasikan peperiksaan (Wan Hasmah 2003). Begitu juga bagi para pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran, amalan pentaksiran dapat membantu para guru untuk menilai mereka dengan lebih holistik (Mohd Hanafi et al 2010; Stephen G. Sireci 2008). Objektif Kajian Secara khusus, objektif kajian ini adalah untuk: 1. 2.

Mengenal pasti tahap persepsi guru-guru j-QAF Bahasa Arab terhadap pentaksiran Bahasa Arab berasaskan sekolah (PKSR). Mengenal pasti tahap amalan guru dalam melaksanakan pentaksiran Bahasa Arab berasaskan sekolah (PKSR).

Konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menurut David Payne (2003), pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat. Menurut

265

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Rashidah (2008), Pentaksiran Pendidikan didefinisikan sebagai satu proses mendapatkan maklumat dan membuat rumusan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Apabila dilihat secara berasingan, pentaksiran adalah suatu proses memerhatikan pembelajaran manakala pendidikan pula merupakan proses pembinaan insan yang membawa kepada pembentukan sesuatu bangsa. Hasil gabungan kedua-kedua proses, lahirlah satu konsep pentaksiran pendidikan dalam satu dimensi yang menggambarkan maklumat pembelajaran produk pendidikan merujuk kepada ciri-ciri manusia yang lahir daripada proses pendidikan itu. Sehingga kajian ini disediakan, masih belum ada kajian khusus berkenaan pentaksiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab sekolah rendah. Hampir keseluruhan bacaan menunjukkan kajian dilakukan terhadap amalan pentaksiran di sekolah menengah. Pengkaji mendapati hanya satu kajian berkenaan amalan pentaksiran Bahasa Arab Komunikasi di sekolah menengah (Wan Mohd Zuhairi 2004). Metodologi Kajian Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif atau keperihalan iaitu kajian tinjauan. Reka bentuk ini dipilih kerana amat sesuai untuk mengkaji persepsi dan tanggungjawab guru-guru Bahasa Arab j-QAF dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Dalam kajian ini, instrumen kajian yang digunakan ialah set soal selidik. Penggunaan soal selidik memudahkan responden memberi kerjasama dan dapat menyatakan pendapat bebas serta menilai mengikut persoalan yang dikemukakan. Kajian ini dilaksanakan di sekolah-sekolah kebangsaan di negeri Melaka. Seramai 112 orang guru Bahasa Arab akan dipilih secara rawak mudah. Jawapan kepada soal selidik objektif pertama iaitu persepsi guru menggunakan Skala Likert yang mengandungi lima aras iaitu tidak penting (TP), kurang penting (KP), tidak pasti (Tidak Pasti), penting (P) dan sangat penting (SS). Manakala soal selidik mengenai kaedah pentaksiran menggunakan Skala Likert yang mengandungi lima aras iaitu tidak pernah melaksana (TPM), jarang melaksana (JM), sederhana melaksana (SM), kerap melaksana (KM) dan sangat kerap melaksana (SKM). Skala Likert digunakan untuk mengukur persepsi responden terhadap kenyataan yang diberikan dalam soal selidik. Analisis Min Bagi Item Pernyataan Sangat Rendah Rendah Sederhana Tinggi Sangat Tinggi

Skor 1.00 – 1.50 1.51 – 2.50 2.51 – 3.50 3.51 – 4.50 4.51 – 5.00

266

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

Analisis Data Jadual 1 : Taburan kekerapan, peratusan dan min Persepsi Guru-Guru Bahasa Arab terhadap Amalan Pentaksiran PKSR. Pernyataan

TP

KP

P

SP

MIN

56 (50)

53 (47.3)

4.45

1

Amalan penilaian memberi peluang kepada murid untuk membuktikan apa yang mereka tahu atau faham

n %

0 (0)

0 (0)

Tidak Pasti 3 (2.7)

2

Amalan penilaian memberi peluang kepada murid untuk membuktikan apa yang mereka boleh lakukan

n %

0 (0)

0 (0)

2 (1.8)

68 (60.7)

42 (37.5)

4.36

3

Amalan penilaian membantu murid memahami apakah pengetahuan atau empat kemahiran bahasa Arab yang mereka boleh kembangkan selanjutnya

n %

0 (0)

0 (0)

7 (6.3)

62 (55.4)

43 (38.4)

4.32

4

Penilaian dilakukan berdasarkan objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.

n %

0 (0)

1 (0.9)

7 (6.3)

63 (56.3)

41 (36.6)

4.29

5

Amalan penilaian di sekolah menggalakkan proses pembelajaran

n %

0 (0)

5 (4.5)

9 (8)

65 (58)

33 (29.5)

4.12

6

Tahap pencapaian murid dilaporkan dengan cara menerangkan setakat mana pencapaian murid dan apa yang sepatutnya murid itu perbaiki

n %

0 (0)

0 (0)

12 (10.7)

74 (66.1)

26 (23.2)

4.13

7

Murid digalakkan melakukan penilaian kendiri dan penilaian rakan sebaya

n %

2 (1.8)

12 (2.7)

23 (20.5)

52 (46.4)

23 (20.5)

3.73

267

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

8

Murid dan guru saling bekerjasama untuk mengenalpasti matlamat pembelajaran dan bagaimana untuk mencapainya.

n %

0 (0)

2 (1.8)

6 (5.4)

70 (62.5)

34 (30.4)

4.21

9

Rekod PKSR Bahasa Arab murid sentiasa dikemaskini dan diberikan kepada guru besar agar perancangan pembelajaran seterusnya boleh diasaskan kepada rekod ini

n %

1 (0.9)

13 (11.6)

9 (8)

55 (49.1)

34 (30.4)

3.96

Bagi jadual 1, ia merujuk kepada sembilan (9) item soalan yang telah di dikumpulkan untuk mengetahui tahap persepsi guru-guru Bahasa Arab dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah bagi matapelajaran Bahasa Arab. Untuk item 1, kekerapan bagi penyataan amalan penilaian memberi peluang kepada murid untuk membuktikan apa yang mereka tahu atau faham, sejumlah 109 orang (96.3%) menyatakan penting dan sangat penting. Mereka yang meyatakan tidak pasti sebanyak 3 orang (2.7%). Item 2, menunjukkan bahawa amalan penilaian memberi peluang kepada murid untuk membuktikan apa yang mereka boleh lakukan. Sebanyak 110 orang menyatakan ianya penting dan sangat penting dan hanya 2 orang (1.8%) yang menyatakan tidak pasti dengan item tersebut. Item 7 adalah merupakan item terendah yang menyatakan murid digalakkan melakukan penilaian kendiri dan penilaian rakan sebaya menunjukkan seramai 2 orang (1.8%) menyatakan tidak penting, 12 orang( 12.7%) kurang penting, 23 tidak pasti (20.5%), 52 orang (46.4%) menyatakan penting dan 23 orang(20.5%) sangat penting. Analisis bagi item 9 menunjukkan bahawa untuk penyataan rekod PKSR bahasa Arab murid sentiasa dikemaskini dan diberikan kepada guru besar agar perancangan pembelajaran seterusnya boleh diasaskan kepada rekod ini mencatatkan nilai min pada tahap 3.96. Seramai 89 guru bahasa Arab(80.3) mengatakan penting dan sangat penting. 9 daripadanya (8%) tidak pasti dan 13 kurang penting (11.6%). Hanya seorang guru (0.9%) menyatakan tidak penting. Secara keseluruhannya, majoriti responden menyatakan mereka memahami prinsip dan konsep pentaksiran iaitu murid tahu, faham dan mempraktikan apa yang mereka pelajari di dalam bilik darjah. Namun terdapat sebilangan guru berpendapat

268

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

penilaian kendiri dan penilaian rakan sebaya serta aktiviti merekod dan menganalisa data penilaian adalah kurang penting dalam melaksanakan PBS.

Jadual 2 : Taburan kekerapan, Peratusan dan Min Responden Amalan Pentaksiran Di Bilik Darjah Oleh Guru-Guru Bahasa Arab semasa Melaksanakan PBS. Pernyataan 1

TPM

JM

SM

KM

SKM

MIN 3.72

Saya memaklumkan tajuk dan objektif pembelajaran secara lisan sebelum memulakan pengajaran

n

1

7

32

54

18

%

(0.9)

(6.3)

(28.6)

(48.2)

(6.1)

2

Semasa sedang mengajar saya mengemukakan soalan secara lisan kepada murid.

n %

0 (0)

0 (0)

14 (12.5)

54 (48.2)

44 (39.3)

4.27

3

Selepas soalan lisan dikemukakan, saya menunggu seketika sekiranya murid gagal memberi jawapan dengan segera

n %

1 (0.9)

0 (0)

28 (25)

56 (50)

27 24.1)

3.96

4

Apabila seseorang murid gagal memberi jawapan yang betul terhadap soalan lisan yang dikemukakan, saya segera beralih kepada murid yang lain untuk memberikan jawapan.

n %

2 (1.8)

5 (4.5)

35 (31.3)

52 (46.4)

18 (16.1)

3.71

5

Apabila seseorang murid gagal memberi jawapan yang betul terhadap soalan lisan yang dikemukakan , saya segera beralih kepada soalan lain yang lebih mudah.

n %

1 (0.9)

15 (13.4)

35 (31.3)

44 (39.3)

17 (15.2)

3.54

6

Saya suka membuka peluang kepada murid untuk bertanya soalan secara lisan

n %

0 (0)

6 (5.4)

20 (17.9)

57 (50.9)

29 (25.9)

3.97

Berdasarkan Jadual 2 untuk ciri berkongsi objektif pembelajaran antara guru dan pelajar, didapati kebanyakan sampel kajian mengamalkan ciri ini. Ini dapat ditunjukkan dengan peratus terendah untuk item yang menggambarkan amalan ialah 92.8% (n=104). Ini menunjukkan guru dan pelajar saling memahami objektif pembelajaran sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula. Langkah ini penting dalam amalan pentaksiran untuk pembelajaran bagi memaklumkan kepada pelajar apakah yang akan dipelajari dan mengapa mereka harus mempelajari isi pelajaran tersebut. Selain itu bertujuan untuk membolehkan murid mendapat

269

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

gambaran menyeluruh tentang apa yang sepatutnya dipelajari ketika itu (Azhar 2006). Item 2 mempunyai tahap nilai min yang paling tinggi iaitu 4.27. Seramai 44 orang responden (39.3%) sangat kerap melaksana dan 54 orang responden (48.2%) kerap melaksana bahawa semasa sedang mengajar saya mengemukakan soalan secara lisan kepada murid. Hanya 14 orang responden (12.5%) sahaja yang sederhana melaksanakan soalan secara lisan dalam pengajaran bahasa Arab. Min yang ketiga tertinggi keseluruhan ialah pada item 6 berkaitan Saya suka membuka peluang kepada murid untuk bertanya soalan secara lisan dalam pengajaran bahasa Arab iaitu 3.97. Seramai 29 responden (25.9%) sangat kerap melaksana dan 57 orang responden (50.9%) kerap melaksana . Manakala 20 orang responden (17.9%) yang menyatakan sederhana melaksanakan. Hanya 6 orang sahaja(5.4%) yang jarang melaksanakan item ini. Bagi item 5 iaitu Apabila seseorang murid gagal memberi jawapan yang betul terhadap soalan lisan yang dikemukakan , saya segera beralih kepada soalan lain yang lebih mudah, minnya ialah 3.54. Seramai 17 responden (15.2%) yang sangat kerap melaksana dan 44 orang responden kerap melaksana dalam pengajaran mereka. Sebaliknya terdapat 41 orang responden (45.6%) yang sederhana melaksanakan, jarang melaksanakan dan tidak pernah melaksanakannya. Berdasarkan pemerhatian, guru bahasa Arab gemar menggunakan kaedah lisan apabila mengajar bahasa Arab. Kaedah atau teknik yang biasa guru amalkan ialah pengulangan terhadap setiap soalan lisan yang diajukan. Amalan ini penting bagi mengenal pasti setakat mana kefahaman pelajar, mengukuhkan pembelajaran pelajar, menjelaskan isi-isi penting dalam pengajaran dan sebagai salah satu langkah pengajaran. Teknik penyoalan dapat menghasilkan sesuatu yang terbaik dan boleh mencungkil keseluruhan potensi yang ada pada calon (AAIA2002 ;Azhar 2006 ; Mokhtar 2009). Rumusan Kajian Dapatan kajian menunjukkan tahap persepsi guru terhadap PBS adalah tinggi namun aspek lain perlu diambil berat seperti amalan perlaksanaan PBS, pementoran dan pemantauan. Keberkesanan sesuatu program pendidikan banyak bergantung kepada kepakaran penggubal kurikulum dan respon positif yang diberikan oleh penggunanya. Dalam pendidikan, disamping kita menganggap penting beberapa perkara berkaitan pendidikan iaitu kurikulum serta teknik pengajaran, satu sumber maklumat yang tidak kurang pentingnya ialah aspek prestasi pelajar . Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa pelaksanaan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) berupaya mengatasi

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

270

masalah keciciran murid khususnya dalam penguasaan aspek kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul atau 4M (2011). Persoalan sejauhmana perlaksanaan program pentaksiran berasaskan sekolah yang dirancang mencapai matlamat seperti yang diharapkan bergantung kepada jentera perlaksanaannya di sekolah. Sekolah akan dapat secara berkesan memainkan peranan dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya, iaitu untuk menyediakan ruang dan peluang pendidikan kepada semua secara berakaunatabiliti. Para guru pula dapat memberi sepenuh tumpuan kepada proses mendidik anak-anak (educate the child) dan tidak hanya mengajar mata pelajaran. Ini bermaksud pentaksiran pada akhirnya dapat menyediakan maklum balas dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif untuk membolehkan para pendidik mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna dan penting serta mempunyai potensi untuk menyumbang sesuatu kepada negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing. Oleh itu, semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaannya di sekolah sama ada secara langsung atau tidak langsung adalah sama-sama bertanggungjawab dalam mencapai matlamat yang diharapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia bagi menilai tahap guru menjalankan pentaksiran ini. Demi menjamin kualiti pendidikan yang menjurus kepada pembangunan modal insan, sistem peperiksaan sedia ada perlu diperkukuhkan dengan memperluaskan konsepnya kepada pentaksiran. Langkah pengukuhan ini dapat dicapai dengan mengurangkan format peperiksaan berpusat dan memperkasakan pentaksiran berasaskan sekolah. Rujukan Abdul Zubir Haji Abdul Ghani (2007). Pelaksanaan pentaksiran beraasaskan sekolah di kalangan guru tingkatan tiga –Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan. Universiti Malaya. Mariani Md Nor (2001). Pentaksiran Autentik :Keperluan Penilaian Di Peringkat Pendidikan Masalah Pendidikan 24: 84-94. Mohamad Azhar Mat Ali & Shahrir Jamaludin (2007). Amalan Pentaksiran Untuk Pembelajaran Di Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan 27:19-39. Mohamad Azhar Mat Ali (2006). Amalan Pentaksiran Di Sekolah Menengah. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan. Universiti Malaya. Mohamad Azhar Mat Ali . 2006. Amalan Pentaksiran Di Sekolah Menengah. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan. Universiti Malaya

271

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Mohd Hanafi Mohd Yasin,Mohd Mokhtar Tahar,Lokman Tahir, Md. Amin Kasbin, Fauzi Ramli,Zawawi Zahari & Kamarudin Abu Hasan(2010). Kaedah ESuara Dalam Peperiksaan Murid-murid Khas . Jurnal Teknologi, 52:83-94 Mokhtar Ismail. 2009. Pentaksiran Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Payne, D.A.(2003). Applied Educational Assessment.California: Wadsworth Siti Rahayah Ariffin.2008. Inovasi dalam Pengukuran & Penilaian Pendidikan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Stephen G Sirei. (2008). Validity Issues In Accommodating Reading Tests . Jurnal Pendidik dan Pendidikan 23:81-110. The Assessment Reform Group(ARG). 2002. Assessment for Learning. http :// www. aaia. org. uk/ content/ uploads / 2010/06/Assessment-for-Learning-10principles. pdf [ 2 Februari 2012]. Tubstall, Pat. (2001). Assessment discourse and constructions of sociall reality in infant classroom. Journal of Education Policy, 16: 215-231. Wan Hasmah Wan Mamat (2003). Assessment In Moral Education The Secondary School Level:Theoritical And Practical Perspective. Masalah pendidikan,26:125-142 Wan Mohd Zuhairi Wan Abdullah (2004). Pentaksiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab komunikasi di sebuah sekolah menengah. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan. Universiti Malaya. Zamri Mahamod,Mohamed Amin Embi & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff (2010). Pentaksiran Berasaskan Sekolah;Panduan Untuk Guru Bahasa elayu,Inggeris dan Arab. Bangi :Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

272

Isu-Isu Pengkomputeran Jawi Mohd Zamri Murah Fakulti Teknologi Sains Maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak Jawi merupakan satu komponen penting dalam j-QAF. Untuk menggalakkan penggunaan Jawi, peengguna perlu didedahkan kepada pelbagai kemudahan pengkomputeran untuk menulis Jawi. Kini, penggunaan Jawi di komputer dan Internet mempunyai pelbagai isu seperti sistem komputer yang tidak menyokong penulisan Jawi, perisian yang tidak menyokong Jawi, sistem fon yang tidak mempunyai huruf yang lengkap untuk Jawi dan susun-atur papan kekunci Jawi yang tidak piawai. Semua isu ini menyebabkan sukar untuk pengguna menggunakan Jawi di komputer dan Internet. Kesukaran ini menyebabkan Jawi tidak banyak digunakan. Beberapa teknologi pengkomputeran terkini seperti UNICODE dan Opentype Font yang telah diperkenalkan sejak beberapa tahun kebelakangan boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah khusus Jawi. Namun, kebanyakan penggunaan Jawi masih tidak mengetahui tentang teknologi ini dan bagaimana ia boleh dimanfaatkan untuk Jawi. Kertas ini membincangkan beberapa teknologi terkini seperti Unicode, cloud computing, opentype font dan encoding yang boleh digunakan untuk mengembangkan penggunaan Jawi di komputer dan Internet. Perkembangan teknologi boleh membantu meningkatkan penggunaan Jawi dan dalam proses pembelajaran dan pengajaran Jawi. Akhirnya, kertas membincangkan masa depan Jawi dalam era teknologi terkini seperti telefon pintar dan pengkomputeran mudahalih. Pengenalan Tulisan Jawi merupakan satu khazanah kebudayaan Melayu yang semakin kurang digunakan dewasa ini. Sebagai sistem penulisan bahasa Melayu, tulisan Jawi telah mula digunakan sebagai media penulisan sejak abad ke-13. Berdasarkan fakta sejarah, artifak tulisan Jawi yang tertua adalah batu bersurat Terengganu yang diberi tarikh 1403. Manuskrip tertua dalam tulisan Jawi adalah Aqaid of Al-Nasafi yang ditulis pada abad ke16 Masihi. Ramai pengkaji sejarah berpendapat bahawa penggunaan Jawi berkembang dengan perkembangan Islam di nusantara (Amat Juhari Moin, 1996). Tulisan Jawi telah berkembang sebagai sistem penulisan ilmu dari abad ke-13 hingga abad ke-19. Banyak kitab-kitab agama, sejarah, mitos, seloka, pantun, dan peradaban Melayu telah dihasilkan dalam Jawi. Semasa penjajahan Inggeris di

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

274

Tanah Melayu, huruf Rumi telah diperkenalkan untuk menulis bahasa Melayu. Kemuncaknya, pada 1965, huruf Rumi telah diterima sebagai sistem penulisan untuk bahasa Melayu sebagai menggantikan huruf Jawi. Selepas tarikh ini, penggunaan Jawi dalam bahasa Melayu semakin berkurangan dalam media cetak seperti surat khabar dan majalah (Hashim Hj. Musa, 1999). Faktor teknologi maklumat dan komputer turut memainkan peranan dalam penggunaan dan penyebaran Jawi di kalangan pengguna. Pada asal perkembangan teknologi maklumat dan komputer pada awal 1980an, sistem komputer hanya sepenuhnya menyokong sistem huruf Rumi atau huruf Latin. Ini menyebabkan penggunaan Rumi pada sistem komputer adalah mudah untuk pengguna. Untuk menggunakan huruf lain seperti Arab atau China pada komputer, pengguna perlu menggunakan perisian khas dan menghadapi pelbagai isu yang rumit. Sebagai contoh, satu dokumen yang ditulis pada komputer dengan menggunakan satu perisian tertentu tidak boleh dikongsi sama dengan pengguna lain yang tidak mempunyai perisian yang sama. Situasi ini menyebabkan Jawi sukar digunakan kerana ini sistem teknologi maklumat tidak mempunyai sokongan penuh kepada Jawi. Teknologi maklumat bagaimana pun telah berkembang pesat dalam tempoh 30 tahun kebelakangan ini. Pelbagai teknologi maklumat telah diperkenalkan dan teknologi maklumat ini mempunyai impak yang besar dalam perkembangan dan pemeliharaan Jawi. Kertas ini membincangkan beberapa perkembangan teknologi maklumat terkini yang membantu dalam perkembangan dan pemeliharaan Jawi. Ini termasuklah perkembangan fon untuk menulis Jawi, sistem UNICODE dalam perwakilan data, sistem transliterasi untuk menukar ejaan Rumi kepada ejaan Jawi dan penggunaan model pengkomputeran awan untuk Jawi. Penulisan Jawi di komputer Perkembangan teknologi maklumat kini membolehkan pengguna untuk menulis Jawi dengan mudah di komputer tanpa menggunakan satu perisian yang khusus atau menentukan konfigurasi yang kompleks. Untuk menulis Jawi, pengguna hanya memerlukan empat komponen yang penting iaitu; 1.

Sistem operasi komputer yang menyokong UNICODE (Allen, 2007), iaitu satu sistem kod untuk data yang digunakan untuk mewakilkan semua bahasa yang terdapat di dunia. Dengan UNICODE, sebuah komputer boleh memproses pelbagai bahasa seperti Arab, China, Jepun, Rusia dan sebagainya secara serentak. Sistem UNICODE bermula pada 1987 oleh beberapa syarikat komputer untuk mewujudkan satu sistem pengkodan untuk semua skrip bahasa di dunia. Sistem UNICODE juga dikenali sebagai utf-8.

275

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

2.

Fon, iaitu bentuk grafik untuk huruf dalam komputer, yang mempunyai semua huruf Jawi dan berasaskan UNICODE. Huruf Jawi mempunyai enam huruf tambahan selain dari huruf Arab iaitu ‫چ ڠ ݢ ڤ ۏ ڽ‬. Huruf tambahan Jawi ini hanya terdapat pada sebilangan kecil fon (MacKay, 1990).

3.

Susun atur papan kekunci untuk menulis Jawi di komputer. Dengan adanya susun atur papan kekunci Jawi ini, pengguna boleh menulis Jawi dengan baik. Sekiranya papan kekunci yang digunakan tidak mempunyai kekunci untuk huruf Jawi, maka pengguna akan menghadapi masalah semasa menulis Jawi di komputer. Bayangkan masalah apabila pengguna ingin memasukkan huruf ‫چ ڠ‬ ‫ݢ ڤ ۏ ڽ‬. Ini merupakan satu isu yang kritikal.

4.

Perisian-perisian yang mempunyai kemampuan UNICODE (Unicode Consortium, 2005) dan boleh menulis dari kanan-ke-kiri. Ini meliputi perisian pemproses kata, persembahan dan sebagainya.

Nasib baik untuk pengguna kerana kesemua komponen-komponen ini sudah sedia ada dalam sebuah komputer yang terdapat kini. Ini amat memudahkan untuk pengguna untuk menulis Jawi tanpa memerlukan pengguna mendapatkan perisian tertentu. Situasi ini tidak wujud pada masa-masa lepas. Pada waktu 10 hingga 15 tahun lepas, menulis Jawi di komputer adalah sesuatu yang rumit kerana komputer tidak menyokong Jawi sepenuhnya. Pengguna perlu menggunakan perisian khusus dan pelbagai penetapan rumit untuk menulis Jawi. Dokumen Jawi yang dihasilkan juga tidak mudah alih. Komponen pertama merujuk kepada sistem operasi komputer seperti Window 7 atau Mac OSX. Sistem operasi Window 7 yang dikeluarkan pada 2009 adalah satu sistem yang menyokong UNICODE sepenuhnya, iaitu satu sistem kod untuk semua bahasa dunia. Sistem operasi Window Vista dan sebelumnya adalah sistem operasi yang tidak menyokong UNICODE sepenuhnya, oleh itu agak sukar untuk menggunakan sistem operasi ini untuk menulis Jawi. Komponen kedua merujuk kepada fon untuk menulis Jawi. Hanya terdapat beberapa fon yang mempunyai huruf-huruf Jawi sepenuhnya. Sekiranya pengguna menggunakan fon yang tidak mempunyai huruf Jawi, hasil paparan penulisan akan menjadi tidak menarik. Jadual 1 adalah beberapa jenis fon Window 7 yang boleh digunakan untuk menulis Jawi. Komputer kini menggunakan fon berasaskan teknologi yang disebut sebagai OTF (Opentype Font). Berdasarkan teknologi fon ini, satu jenis fon boleh digunakan pada pelbagai jenis komputer. Hasil paparan dan cetakan berasaskan fon OTF adalah lebih cantik dan kemas. Fon OTF juga mempunyai ciri atur cara, di mana satu-satu huruf boleh ditentukan kedudukannya berdasar huruf sebelum dan selepasnya. Sebagi contoh, fon Jawi Uthman Taha telah diubah suai untuk membolehkan kedudukan hamzah (‫ )ء‬berubah, iaitu berada pada posisi ¾ dari garis dasar,

276

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

berdasarkan huruf sebelum dan selepasnya. Kedudukan hamzah (‫ )ء‬ini tidak terdapat pada fon yang lain. Proses pengubahsuaian ini memerlukan atur cara yang rumit dan memakan masa. Jadual 1. Beberapa fon yang boleh digunakan untuk menulis Jawi. Fon Times New Roman Adobe Arabic Jawi Uthman Taha Andalus Arabic Typesetting Traditional Arabic

Huruf tambahan Jawi ‫چڠݢڤۏڽ‬ ‫چڠݢڤۏڽ‬ ‫چڠݢڤۏڽ‬ ‫چڠݢڤۏڽ‬ ‫چڠݢڤۏڽ‬ ‫چڠݢڤۏڽ‬

Contoh

Perhatikan kedudukan hamzah (‫)ء‬yang betul pada ejaan kebangsaan yang menggunakan fon Jawi Uthman Taha. Perhatikan juga bahawa fon Andalus dan Traditional Arabic tidak mempunyai beberapa huruf tambahan Jawi. Oleh itu hurufhuruf Jawi itu telah diganti dengan huruf Jawi dari fon lain. Ini menyebabkan paparan yang tidak seragam. Beberapa contoh penulisan Jawi menggunakan jenis fon OTF Times New Roman, Adobe Arabic, Arabic Typesetting, dan Jawi Uthman Taha pada saiz 18. Kesemua fon ini terdapat pada Window 7. Jika diperhatikan, terdapat perbezaan dari segi bentuk huruf dan bagaimana huruf-huruf bersambung.

‫ اوﻧﺘﻮق ﻣﻨﻮﻟﯿﺲ‬.

‫ اوﻧﺘﻮق ﻣﻨﻮﻟﯿﺲ‬.

‫ اوﻧﺘﻮق ﻣﻨﻮﻟﯿﺲ‬.

;

, ‫ﺟﺎوي‬

;

, ‫ﺟﺎوي‬

;

, ‫ﺟﺎوي‬

;

, ‫ﺟﺎوي‬

‫ اوﻧﺘﻮق ﻣﻨﻮﻟﯿﺲ‬.

277

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Komponen ketiga adalah susun atur papan kekunci untuk Jawi. Pelbagai pihak telah memperkenalkan susun-atur untuk Jawi. Ada pengguna menggunakan pelbagai kaedah dan cara untuk memasukkan huruf Jawi dalam penulisan. Namun, penyelesaian yang diberikan tidak piawai kerana masing-masing menggunakan kaedah masing-masing. Sejak dari 2009, pelbagai pihak seperti STANDARD MALAYSIA, UTM, UM, UKM, DBP dan UiTM telah bekerjasama untuk menghasilkan satu susun atur papan kekunci piawai untuk Jawi. Susun atur piawai ini berasaskan susun atur bahasa Arab, dengan membuat beberapa perubahan untuk kekunci huruf Jawi. Hasilnya, satu susun atur papan kekunci piawai untuk Jawi telah diterima sebagai satu piawai STANDARD MALAYSIA pada 2011. Walaupun satu piawai telah dicapai, penggunaan susun-atur ini masih rendah kerana ketiadaan kemudahan pelekat papan kekunci untuk susun-atur ini. Adalah diharapkan susun atur ini diterima dan digunakan oleh semua pihak dan dapat memudahkan pengguna untuk menulis Jawi di komputer. Pengguna boleh memuat turun susun atur papan kekunci piawai untuk Jawi dan fon Jawi Uthman Taha untuk menulis Jawi dari laman web http://www.jawiware.org untuk sistem Window 7. Semua bahan-bahan sokongan ini adalah percuma.

Gambar. 1. Susun atur papan kekunci untuk Jawi pada kedudukan biasa.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

278

Gambar 2. Susun atur papan kekunci untuk Jawi pada kedudukan `Shift’. Terdapat enam perubahan yang dilakukan untuk memasukkan kekunci untuk enam huruf Jawi yang tidak tedapat pada bahasa Arab. Komponen ke-empat adalah perisian yang menyokong UNICODE (Korpela, 2006) dan kemampuan menulis dari kanan ke-kiri. Kini, hampir semua perisian komputer menyokong UNICODE dan mempunyai kemampuan menulis kanan kekiri. Dalam Window 7 umpamanya, pengguna boleh menggunakan perisian seperti MS-WORD 2010, MS-Powerpoint 2010, OpenOffice, LibreOffice atau notepad.exe untuk menulis Jawi. Untuk perisian yang lama seperti MS-WORD 2007, sokongan terhadap Jawi adalah kurang memuaskan. Pengguna tidak memerlukan sebarang perisian khusus untuk menulis Jawi. Sekiranya pengguna menggunakan perisian khusus, mungkin dokumen yang dihasilkan tidak mudah alih dan tidak boleh digunakan oleh pengguna lain yang tidak mempunyai perisian yang sama. Pelbagai perisian sekarang mempunyai sokongan UNICODE.

279

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Gambar 3. Perisian MS-WORD 2010 yang boleh digunakan untuk menulis Jawi. Perisian ini mempunyai sokongan penuh untuk menulis dari kiri ke-kanan dan sokongan UNICODE. Namun, perisian ini tidak mempunyai kemudahan menyemak ejaan untuk Jawi. Sebagai kesimpulan, pengguna Jawi perlu didedahkan maklumat tentang maklumat terkini seperti UNICODE dan opentype yang akan banyak membantu pengguna dalam penulisan Jawi di computer. Transliterasi Jawi Menulis Jawi adalah satu yang agak sukar untuk kebanyakan pengguna yang tidak mempelajari Jawi secara formal. Ini kerana Jawi mempunyai sistem ejaan yang berbeza dengan sistem ejaan Rumi. Untuk memudahkan pengguna, beberapa pihak telah menghasilkan perisian sendirian dan aplikasi web yang boleh membantu pengguna dalam menulis Jawi. Matlamat asas perisian sendirian dan aplikasi web ini ialah untuk membantu dalam penulisan Jawi, dan bukan untuk mengelakkan pengguna dari mempelajari sistem ejaan Jawi secara betul. Transliterasi adalah satu proses untuk menukar perkataan Melayu dalam ejaan Rumi kepada perkataan Melayu dalam ejaan Jawi. Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam proses transliterasi ini. Kaedah pertama menggunakan peraturan yang dibina dari kajian terhadap peraturan ejaan Rumi dan peraturan ejaan

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

280

Jawi. Kaedah ini memerlukan kajian yang mendalam dan memakan masa. Kaedah kedua menggunakan korpus di mana satu senarai panjang perkataan Rumi dan perkataan Jawi yang setara dibina. Kaedah ini mempunyai ketepatan yang tinggi tapi memakan masa dalam proses penyediaan senarai panjang. Kaedah ketiga menggunakan kaedah permodelan statistik berasaskan Bayesian. Kaedah ini lebih rumit kerana melibatkan kajian akademik yang mendalam. Kaedah ini boleh digunakan untuk apa jua perkataan Melayu. Setiap kaedah mempunyai kekuatan dan kekurangan masing-masing. Beberapa aplikasi web telah dibangunkan untuk membantu pengguna dalam mengeja Jawi seperti http://ejawi.net, http://www.jawi.ukm.my and http://rumi-tojawi.appspot.com. Dalam aplikasi web ini, pengguna akan memasukkan perkataan Melayu dalam Rumi dan aplikasi web tersebut akan transliterasi perkataan tersebut ke dalam ejaan Jawi.

Gambar 3. Laman web http://rumi-to-jawi.appspot.com untuk transliterasi Rumi kepada Jawi. Laman ini menggunakan kaedah korpus yang mempunyai senarai panjang hampir 50,000 perkataan.

281

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Jawi dan Pustaka Digital Perkembangan teknologi maklumat juga telah membolehkan pelbagai dokumen lama ditukar kepada bentuk digital dan disimpan sebagai digital arkib. Dahulunya, jika penyelidik perlu merujuk pada satu dokumen lama, penyelidik perlu pergi ke pusat penyelidikan atau perpustakaan luar negara untuk membaca dokumen tersebut. Kini, dengan teknologi digital dan Internet, penyelidik boleh mencapai dokumen tersebut berasaskan Internet dari digital arkib yang telah dibina. Satu usaha untuk membina satu digital arkib berasaskan dokumen lama telah dilakukan oleh Google. Syarikat ini telah mendigitalkan pelbagai dokumen lama dari pelbagai koleksi lama yang terdapat di pelbagai universiti di USA. Dengan menggunakan koleksi digital arkib ini, penyelidik boleh mendapatkan pelbagai bahan rujukan tentang bahasa Melayu dan tulisan Jawi secara percuma melalui Internet. Ini membolehkan penyelidik membuat rujukan yang lebih meluas dari pelbagai sumber. Sebagai contoh, berikut adalah beberapa-beberapa dokumen digital yang boleh didapati secara percuma dari Internet adalah; 1.

2. 3. 4. 5. 6.

Kamus Malaico-Latin, Latin-Malaico, 1671. David Haex. (perkataan melayu dalam huruf latin/rumi). Dikatakan kamus melayu pertama dalam huruf Latin. Ia digunakan oleh mubaligh Kristian untuk menterjemah kitab Kristian kepada bahasa Melayu. Kamus Dictionary of the Malay Language. 1812. William Marsden. (jawi) Kitab Perjanjian Baru (Injil).1886. (jawi) Kitab Perjanjian Lama (Taurat). 1886. (jawi) Buku Practical Malay Grammar. 1904. W. G. Shellabear. (jawi) Kamus A Malay-English Dictionary. 1901. R. J. Wilkinson. (jawi)

Dengan adanya dokumen lama ini dalam bentuk digital, penyelidik boleh melakukan pelbagai penyelidikan tentang bahasa Melayu dan Jawi. Sebagai contoh, penyelidik kini boleh mengkaji perubahan yang terdapat dalam sistem ejaan Jawi dalam tempoh 200 tahun berasaskan buku Marsden(1812), Wilkinson(1901) dan Daftar kata ejaan Melayu-Jawi(2006). Kajian ini masih belum dilakukan lagi. Keputusan kajian seperti ini tentunya amat menarik. Jawi di pengkomputeran awan Pengguna boleh juga menggunakan kemudahan pengkomputeran awan untuk menulis Jawi. Pengkomputeran awan adalah satu model di mana awan (Internet) menawarkan pelbagai perisian sebagai perkhidmatan kepada pengguna (Velte dan Elsenpeter, 2010). Pengguna boleh menggunakan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan seperti pemprosesan kata, persembahan, melukis dan sebagainya. Pada

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

282

asasnya, pengguna boleh ibaratkan dalam pengkomputeran awan seolah-olah pengguna memindahkan semua perisian komputer peribadi ke awan. Dengan adanya perisian di awan, pengguna tidak perlu risau tentang pengurusan dan naik-taraf perisian.

Gambar 5. Pengguna boleh menulis Jawi dengan menggunakan kaedah pengkomputeran awan. Komputeran awan adalah satu model pengkomputeran di mana aplikasi seperti pemprosesan kata yang lazimnya digunakan di komputer peribadi kini boleh digunakan dari awan (Internet). Laman ini adalah laman web http://docs.google.com. Dengan kaedah pengkomputeran awan, pengguna tidak perlu lagi menggunakan perisian seperti MS-WORD 2010 atau seumpamanya. Pengguna hanya perlu mencapai laman web di awan untuk menulis, melukis, membuat persembahan dan sebagainya. Satu laman web yang menawarkan perkhidmatan perisian setara seperti MS-OFFICE adalah http://docs.google.com. Laman ini adalah percuma untuk semua pengguna Internet. Kesimpulan Perkembangan teknologi maklumat telah membantu dalam penggunaan Jawi di kalangan pengguna. Pengguna perlu didedahkan kepada teknologi terkini untuk

283

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

memudahkan mereka menulis Jawi, dan selanjutnya mengembangkan penggunaan Jawi. Kini, pengguna boleh menulis Jawi dengan mudah di komputer, tanpa sebarang perisian khusus. Dokumen yang ditulis dalam Jawi boleh dikongsi melalui e-mel, dan laman web dan boleh disimpan dalam bentuk digital. Penggunaan UNICODE dalam pemprosesan dan penjanaan dokumen Jawi telah memudahkan proses pencarian maklumat berasaskan Jawi. Pengguna juga boleh menggunakan perkhidmatan berasaskan web untuk membantu melakukan transliterasi Rumi kepada Jawi. Akhirnya, model pengkomputeran awan membolehkan pengguna menulis Jawi di Internet, tanpa melibatkan sebarang perisian di komputer peribadi. Perkembangan teknologi maklumat selanjutnya diharapkan akan terus dapat membantu mengembang dan memelihara Jawi di masa depan. Rujukan Amat Juhari Maoin. 1996. Perancangan Bahasa: sejarah aksara Jawi. Dewan Bahasa dan Pustaka. Allen, Julie. 2007. The Unicode Standard 5.0. Addison-Wesley. Hashim Hj, Musa. 1999. Sejarah perkembangan tulisan Jawi. Dewan Bahasa dan Pustaka. Institute of Telecommunications Professional. 2010. Cloud Computing. Institute of Telecommunication Professional. Korpela, Jukka. 2006. Unicode explained. O’Reilly. MacKay, Pierre A. 1990. Computers and the Arabic language. Hemisphere Pub. Corp. Unicode Consortium. 2005. Unicode. Unicode Consortium. Velte, Anthony, and Elsenpeter, Robert. 2010. Cloud Computing: A practical approach. McGraw-Hill.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

284

Isu dan Cabaran Terhadap Pelaksanaan Program j-QAF Di Sekolah Norliza Hussin Fahimah Ali Hassan Khadijah Abdul Razak Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak Program j-QAF (Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain) adalah satu usaha memperkasakan Pendidikan Islam melalui sasaran khusus dalam proses pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah. Artikel ini membincangkan pelaksanaan program j-QAF yang telah dilaksanakan sejak tahun 2005 dan kini telah pun memasuki tahun kelapan pelaksanaannya di semua sekolah seluruh negara. Selain itu, artikel ini turut membincangkan isu dan cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan program ini di sekolah rendah. Beberapa cadangan turut diketengahkan dalam penambahbaikan program j-QAF supaya dapat mencapai matlamat dan hala tuju yang disasarkan. Kata kunci: j-QAF, pelaksanaan, isu, cabaran dan cadangan Pendahuluan Program j-QAF adalah cetusan idea daripada mantan Perdana Menteri kita yang kelima iaitu Dato’ Seri Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi pada tahun 2003 semasa kunjungan beliau ke Kementerian Pelajaran Malaysia . Seterusnya diperhalusi di perimgkat kementerian pada awal tahun 2004. Rintisnya telah dijalankan di tiga puluh buah sekolah seluruh negara . Maka bermula tahun 2005, guru kumpulan pertama j-QAF telah dilatih di Institut Pendidikan Guru dan dihantar ke sekolah seluruh negeri secara berperingkat untuk menjalankan program j-QAF ini. Kini, program ini telah pun melalui satu pusingan lengkap dan pada tahun 2010, kesemua sekolah termasuk sekolah jenis kebangsaan telah pun melaksanakan program j-QAF. Kohort pertama murid yang menerima program j-QAF ini telah pun berada dalam Tingkatan Tiga. Objektif Program j-Qaf Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus kepada proses pengajaran dan pembelajaran dari aspek-aspek berikut iaitu:

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

1. 2. 3. 4.

286

Menguasai bacaan dan tulisan Jawi Khatam al-Quran Menguasai Bahasa Arab dan Pemantapan dan Penghayatan Terhadap Amalan Fardu Ain

Pelaksanaan Program j-Qaf Pelaksanaan program j-QAF ini memperkenalkan lima model utama yang melibatkan penekanan khusus dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah. Model-model tersebut ialah seperti berikut: i.

Model Khas Pemulihan Jawi Kelas Pemulihan Jawi ialah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru Kelas Pemulihan Jawi j-QAF untuk memulihkan murid yang keciciran dalam jawi. Kelas ini dijalankan serentak dengan jadual waktu persekolahan sedia ada. Murid yang hendak dipulihkan diberi kemahiran-kemahiran seperti yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSR. Bagi memastikan keberkesanan Kelas Pemulihan Jawi dan kesesuaiannya dengan kemampuan murid, guru dicadangkan menggunakan kaedah yang menarik seperti kaedah pemainan dan nyanyian semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajaran ini juga mestilah menggunakan pendekatan yang lebih berkesan dan sesuai dengan tahap kemampuan murid-murid bagi memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran jawi serta menarik minat mereka untuk terus belajar sehingga mampu membaca dan menulis jawi. Pada peringkat ini, objektif pengajaran dan pembelajaran yang digariskan ialah pelajar dapat mencapai sekurang-kurangnya kemahiran mengenal, menyebut dan menulis huruf-huruf tunggal, suku kata terbuka, suku kata tertutup dan perkataan-perkataan mudah yang dibina daripada suku kata terbuka dan tertutup (Mohd Azmir & Mohd Azrani 2010).

ii.

Model Enam Bulan Khatam Al-Quran dan Model Tasmik (Al-Quran) Bidang ini dimasukkan sebagai sebahagian daripada Pendidikan Islam dalam bidang Tilawah al-Quran. Konsep ini tidak memberi penekanan kepada pembelajaran al-Quran sehingga khatam kerana ia memerlukan bimbingan secara berterusan mengikut nisbah guru dan bilangan murid. Model ini dilaksanakan melalui dua model iaitu model 6 bulan khatam al-Quran dan model tasmik. Model 6 bulan Khatam Al-Quran ialah program yang menumpukan kepada penguasaan kemahiran membaca Al-Quran pada enam bulan pertama tahun satu dan aspek khatam Al-Quran pada enam bulan pertama tahun 2 hingga

287

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

tahun 6. Murid Tahun 1 hingga 6 akan mengikuti aktiviti Model 6 Bulan Khatam Al-Quran selama 6 bulan pertama setiap tahun (Januari hingga Jun). Bagi bulan-bulan berikutnya mereka akan mengikuti kurikulum Pendidikan Islam berdasarkan sukatan pelajaran sedia ada. Murid Tahun 1 pada enam bulan pertama hendaklah menggunakan buku Iqra1 hingga 6 dengan berdasarkan agihan Bacaan Model 6 Bulan Khatam Al-Quran. Kaedah pengajaran dan pembelajaran model ini menekankan penggunaan kaedah talaqqi dan musyafahah. Kaedah ini dilaksanakan melalui murid mendengar bacaan contoh dari guru. Manakala Model Tasmik ialah satu program membimbing dan merekod perkembangan Iqra’ dan bacaan al-Quran murid secara individu berdasarkan program yang diatur bagi membolehkan murid khatam al-Quran semasa berada di sekolah rendah dan dilaksanakan di luar jadual waktu. Guru Tasmik terdiri daripada guru j-QAF , GPI dan guru yang berkebolehan untuk terlibat dalam program ini. Murid yang telah khatam al-Quran boleh menjadi pembantu kepada guru tasmik. Model Tasmik ini melibatkan proses tasmik dan tashih dimana murid memperdengarkan bacaan Al-Quran atau Iqra’ dihadapan guru dan guru akan membetulkan jika bacaan murid tersebut salah. Model ini juga digunapakai dalam Kem Literasi Al-Qur’an secara sepenuhnya. iii. Model Perluasan Pelaksanaan Bahasa Arab Model ini bermaksud pelaksanaan mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi diperluaskan kepada semua murid dengan mewajibkannyan kepada semua murid yang beragama Islam dan memberi pilihan kepada murid yang bukan beragama Islam. Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi di peringkat rendah bermatlamat menanam minat mempelajari bahasa Arab bagi menguasai kemahiran berbahasa di samping membolehkan murid berkomunikasi dengan mudah. Pendekatan komunikatif dicadangkan untuk dilaksanakan di sekolah kerana sifat dan tujuan bahasa Arab itu sendiri ialah untuk berkomunikasi. iv. Pelaksanaan Model Bestari Solat Model Bestari Solat ialah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian di sesebuah sekolah. Antara pengisian aktiviti Kem Bestari Solat ini ialah latihan amali wuduk, amali solat, solat berjemaah, ujian pra dan pasca program, riadah dan pertandingan bacaan. Selain itu, elemen Bestari Solat dimasukkan dalam pengajaran ulum syariah bertujuan untuk mengukuhkan kefahaman dan amalan solat untuk waktu Ulum Syariah. Pelaksanaan kem ini akan memberi kesan kepada murid-murid dalam meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab untuk

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

288

melaksanakan Fardu Ain yang diperintahkan Allah (j-QAF Buku Panduan Perlaksanan Model-Model Pengajaran dan Pembelajaran dan Kokurikulum,2004). Isu Dan Cabaran Terhadap Pelaksanaan Program j-Qaf i.

Khatam al-Quran Mohd Azamir & Mohd Azrani (2010) menjelaskan bahawa tempoh 6 bulan adalah tidak mencukupi bagi pelajar untuk menguasai bacaan al-Quran. Berdasarkan pelaksanaan kurikulum j-QAF, pelajar tahun satu akan didedahkan dengan penguasaan kemahiran membaca al-Quran melalui kaedah Iqra’. Pelajar diharapkan dapat menguasai kemahiran membaca Iqra’ dengan kebolehan membaca sebanyak 2-5 muka surat pada setiap minggu. Disebabkan faktor masa yang singkat dan pelbagai aktiviti sekolah menyebabkan kekangan untuk pelajar menguasai kemahiran bacaan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Masalah ini berterusan dengan adanya program transisi selama 2 minggu, sukan tahunan dan pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah. Isu ini berterusan kepada pelajar tahun 2-6 yang terpaksa mengikut sukatan bacaan al-Quran walaupun mereka sebenarnya tidak dapat menguasai al-Quran. Berdasarkan pengamatan penulis, Kaedah Baca Ikut Guru (BIG) yang dilaksanakan didapati masih lagi kurang berkesan terhadap kualiti bacaan pelajar. Kaedah ini hanya membolehkan murid khatam Al-Qur’an dalam tempoh masa yang ditetapkan tanpa mengambil kira kualiti bacaan murid tersebut. Pandangan ini disokong oleh Mohd Faisal Mohamed et.al melalui kajian Amri Daud (2005) berkaitan model 6 bulan khatam Al-Qur’an, dapatan ujian murid yang mengikuti program ini 75.8% mencapai objektif dan terdapat 15.2% yang tidak boleh menguasai bacaan Al-Qur’an. Ini menunjukkan pencapaian objektif ini agak sederhana.

ii.

Program Tasmik Melalui dapatan kajian-kajian yang berkaitan dengan pelaksanaan program Tasmik didapati bahawa terdapat sekolah yang menjalankannya di dalam atau di luar waktu sekolah. Masalah yang timbul apabila dilaksanakan dalam waktu sekolah ialah waktu persekolahan akan bermula lebih awal atau masa dianjak kepada waktu pulang pelajar. Senario ini menyebabkan pelajar terpaksa datang lebih awal ke sekolah atau pulang lambat dari masa yang sepatutnya. Manakala bagi sekolah yang melaksanakan program ini di luar waktu sekolah pula mendapati akan membebankan guru, pelajar dan pentadbiran sekolah. Pernyataan ini disokong oleh kebanyakan guru j-QAF yang terlibat apabila ditanya berkaitan pelaksanaan Model Tasmik di luar waktu sekolah di mana guru tersebut menyatakan bahawa pelajar-pelajar ini terlibat dengan pembelajaran di sekolah agama, kegiatan kokurikulum dan juga kelas

289

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

tambahan. Menurut Maimun Aqsha lubis (2011), walaupun kebanyakan guru jQAF dapat menjalankan model Tasmik dengan baik, namun penambahbaikan perlu disusun agar ianya dapat mencapai sasaran yang dikehendaki oleh kementerian. Antara cadangan beliau ialah menanam kesedaran kepada guru Al-Qur’an agar menjalankan tanggungjawab dengan penuh komited kerana tugas mentasmik memerlukan kesabaran yang tinggi. iii. Tempoh Pengajaran Guru Tempoh pengajaran yang singkat berbanding dengan jumlah pelajar yang ramai juga antara isu yang berlaku dalam melaksanakan program j-QAF. Secara puratanya seorang guru j-QAF akan membimbing seramai 122 orang pelajar dalam model tasmik. Jumlah ini berkurangan kepada 100 orang apabila dibantu oleh guru Pendidikan Islam. Namun begitu, pengajaran guru masih dianggap kurang berkesan kerana seorang pelajar hanya dapat dibimbing selama lebih kurang 5 minit setiap kali program tasmik atau khatam al-Quran dijalankan. Seterusnya, cuti sekolah yang lama mengganggu proses pengajaran kepada pelajar. Jumlah hari persekolahan yang singkat ini tidak membantu kepada penguasaan pelajar. Terdapat segelintir pelajar yang lupa tentang kemahiran bacaan al-Quran yang telah diajar oleh guru. Kebiasaannya hal ini melibatkan murid yang lemah dalam penguasaan bacaan Al-Qur’an. Ditambah pula dengan sikap ibu bapa yang tiada memberi penekanan soal bacaan Al-Qur’an dan amalan ibadah anak-anak mereka ketika di rumah. Oleh itu, guru terpaksa mengulang semula kemahiran tersebut bagi memastikan pelajar akan menguasai semula kemahiran bacaan al-Quran yang telah dipelajari. iv. Kekurangan Bahan Iqra’ dan al-Quran Isu ini juga berlaku pada sesetengah sekolah di mana masih terdapat sekolah yang tidak mempunyai buku iqra’ serta al-Quran yang mencukupi semasa berlakunya sesi pengajaran dan pembelajaran. Pelajar terpaksa berkongsi antara satu sama lain. Keadaan ini menjadi bertambah rumit apabila ada di antara buku iqra’ dan al-Quran yang rosak. v.

Penghayatan Solat Nurulazidah & Fazlina ( 2011) dalam kajiannya di Politeknik Port Dickson menjelaskan dalam aspek perlakuan solat masih terdapat pelajar yang tidak mengenali rukun qauli dan rukun fi’li. Malahan masih terdapat pelajar yang tidak dapat membezakan kedua-dua rukun ini. Masalah ini dikenal pasti dikenal pasti apabila penilaian dibuat oleh pensyarah tentang amali kaedah bacaan dalam solat terhadap pelajar. Berdasarkan temu bual secara secara tidak langsung dengan pelajar menunjukkan bahawa mereka tidak mengenali rukun qauli dan rukun fi’li di dalam solat. Hal ini kerana mereka kurang pengetahuan dan kesedaran tentang kepentingan solat dalam kehidupan seharian dan kurang didikan serta bimbingan dari ibu bapa sendiri.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

290

vi. Kualiti dan Pengalaman Guru Isu ini juga sering diperkatakan terhadap keberkesanan program j-Qaf. Kebanyakan guru kurang mempunyai pengalaman dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Ini jelas dari dapatan kajian oleh Asmawati & Lukman ( 2009) dalam tinjauannya terhadap perlaksanaan Kem Bestari Solat yang menjelaskan bahawa dari segi pengalaman mengajar j-QAF didapati sebanyak 148 (47.9%) orang guru memiliki pengalaman mengajar selama setahun. Ini diikuti dengan guru yang mempunyai pengalaman mengajar lebih dari tiga tahun, iaitu sebanyak 83 orang (26.9%) dan berpengalaman di anatara 2 hingga tahun sebanyak 78 orang (25.2%). Selain itu, kelemahan dalam kaedah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru Pendidikan Islam itu sendiri juga menyumbang kepada kelemahan bacaan AlQur’an murid. Begitu juga dalam kajian Ab. Halim Tamuri ada menyatakan bahawa kaedah pengajaran yang diguna pakai oleh seseorang guru itu memainkan peranan penting dalam menarik perhatian dan minat murid terhadap pembelajaran akhlak yang disampaikan. Mohd Faisal Mohamed et.al(2008) menyatakan faktor kelemahan dalam penguasaan bacaan Al-Qur’an adalah disebabkan kurang minat pelajar terhadap pembelajaran Al-Qur’an dan kurangnya penekanan dari pihak sekolah yang lebih bersifat “exam oriented’ dan menganggap Al-Qur’an kurang praktikal dalam masyarakat. Manakala dalam kajian Mohd Aderi Che Noh dan Rohani Ahmad Tarmizi (2009) menyatakan bahawa sebab berlakunya masalah kelemahan penguasaan pelajar adalah kerana kurangnya pengembangan ilmu dalam diri guru Pendidikan Islam dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran berada di tahap yang rendah. Fenomena yang berlaku ini dikuatkan lagi dengan temu bual pengkaji dengan Guru Pakar PI, Halijah Othman pada 15 Jun 2006 yang menyatakan bahawa sikap guru terhadap pengajaran TQ yang menjejaskan pengajaran. vii. Sikap Ibu Bapa Terdapat segelintir daripada kalangan ibu bapa yang tidak menghantar anakanak mereka ke kelas mengaji. Secara tidak langsung pelajar-pelajar ini tidak mempunyai asas dalam penguasaan bacaan al-Quran. Mereka meletakkan harapan penuh kepada guru-guru Pendidikan Islam yang mendorong mereka untuk tidak lagi menghantar anak mereka ke kelas mengaji al-Quran di rumah. Situasi ini sebenarnya memberi kesan yang kurang baik terhadap pelaksanaan program j-Qaf. Kelas mengaji al-Quran di rumah sebenarnya membantu secara tidak langsung dalam menguasai kemahiran bacaan al-Quran dengan lebih cepat dalam tempoh masa yang singkat. Faktor ibu bapa adalah penting untuk menentukan tahap penguasaan Tilawah Al-Q ur’an anak-anak mereka (Mohd Faisal Mohamed et.al 2008).Ibu bapa yang seharusnya membimbing anak-anak mereka untuk menguasai Al-Qur’an. Seterusnya mengamalkan dan menghayati Al-Qur’an dalam kehidupan harian mereka. Sebagai pendidik, penulis amat bersetuju dengan pandangan ini.

291

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Pandangan ini disokong dengan dapatan kajian oleh Mohd Nasir (2001) dan juga Ab. Rahman Hasan dalam kajiannya yang menyatakan bahawa faktor kelemahan berpunca dari sikap ibu bapa yang tidak menekankan aspek tilawah dan penghayatannya dalam kehidupan. Cadangan i.

Aktiviti Yang Lebih Menarik Berhubung dengan program Kem Bestari Solat, guru perlu merancang aktiviti yang lebih menarik bagi menjadikan kem ini lebih bermakna kepada pelajar. Sebagai contoh, mengadakan pertandingan bacaan ayat-ayat al-Quran, doa-doa tertentu dan bacaan di dalam solat dalam bentuk riadah. Aktiviti ini akan menarik minat pelajar serta mengelakkan rasa bosan kerana aktiviti seumpama ini amat bersesuaian dengan tahap pelajar sekolah rendah Pandangan ini disokong oleh Kamarul Azmi & Ab. Halim (2007). Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Kami para Nabi diperintahkan menempatkan manusia menurut tahap mereka dan berbicara kepada mereka sesuai dengan akalnya” Omar al-Syaibani (1991) turut menegaskan bahawa salah satu prinsip pendidikan dalam Islam adalah dengan memastikan kesan yang baik dalam diri pelajar. Program ini perlu dibuat pemantauan serta penambahbaikan hendaklah sentiasa dilakukan agar program ini memberi kesan yang positif terhadap pemantapan dalam amalan solat pelajar.

ii.

Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi pelajar tahun 1 adalah disarankan supaya waktu pengajaran bacaan alQuran dilanjutkan ke tempoh satu tahun. Manakala rancangan pengajaran model 6 bulan khatam al-Quran tahun 1 perlu distruktur semula supaya pelajar benar-benar menguasai kemahiran membaca al-Quran.

iii. Kuantiti Guru Bilangan tenaga pengajar bagi guru-guru j-Qaf perlu ditambah dari semasa ke semasa berdasarkan penambahan jumlah pelajar. Dewasa ini, jumlah penempatan guru-guru j-Qaf adalah dari jumlah bilangan kelas mengikut sekolah. Selain dari faktor bilangan kelas penempatan guru-guru j-Qaf juga perlu berdasarkan jumlah bilangan pelajar sesebuah sekolah bagi memastikan kelancaran program j-QAF (Mohd Azmir & Mohd Azrani 2010).

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

292

iv. Kesepaduan Kurikulum Adalah disarankan agar adanya kesepaduan kurikulum dan kerjasama di antara sekolah agama kerajaan negeri dalam melaksanakan program tasmik. Satu jawatankuasa khas perlu dibentuk bagi menyelaraskan kurikulum antara sekolah kebangsaan dan sekolah agama rakyat. Impaknya akan melahirkan generasi yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, jasmani dan juga sosial (JERIS). Penyelarasan antara keduanya mungkin akan menimbulkan isu. Namun tidak dinafikan bahawa di sana akan terhasil impak yang menarik jika ada antara pihak yang berautoriti berusaha untuk membincangkannya secara serius. v.

Penerapan Elemen Amalan Guru Pendidikan Islam perlu menerapkan elemen amalan ini secara lebih berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sehubungan itu, semua guru perlu memahami dengan jelas tentang aspek elemen amalan ini agar pelaksanaan program j-QAF akan berjaya sepenuhnya. Pengalaman guru menerapkan elemen amalan dapat dijadikan panduan dan melakukan penambahbaikan terhadap usaha yang sedia ada ( Fathiyah, et.al 2013).

Kesimpulan Perlaksanaan program j-QAF merupakan satu transformasi pendidikan dalam kurikulum Pendidikan Islam yang sedia ada. Usaha untuk memartabatkan tulisan jawi dilihat sebagai langkah positif bagi mengekalkan seni tulisan jawi. Aspek penguasaan bacaan al-Quran juga ditekankan melalui model khatam al-Quran yang akan memastikan murid akan berjaya untuk menghabiskan bacaan 30 juzuk alQuran sebelum tamat sesi persekolahan Tahun 6. Perluasan pelaksanaan bahasa Arab juga dilihat sebagai usaha untuk memartabatkan Bahasa Arab sebagai bahasa Al-Quran dengan mewajibkan semua murid Islam mempelajari bidang bahasa tersebut. Melalui pelaksanaan Model Bestari Solat pula, diharapkan penghayatan terhadap amalan Fardhu Ain akan berjaya ditingkatkan kepada murid. Penekanan kepada aspek amali Solat iaitu solat sebagai tiang agama menjadi teras pembentukan peribadi Muslim.Melalui program ini, penghayatan Islam terhadap diri murid akan terus dibekalkan dan diberi perhatian dalam sistem pendidikan di Malaysia pada hari ini. Justeru sokongan dan dokongan dari semua pihak haruslah berterusan dan saling bekerjasama untuk kebaikan anak bangsa kita.

293

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Rujukan Al-Qur’an. 2001. Tafsir Pimpinan Al-Rahman kepada pengertian Al-Qur’an. Ed. Ke 11 Kuala Lumpur: Darul Fikr Al-Hadis : Shahih Muslim (Terjemahan Jilid 1,2,3) (1978). Jakarta: Pustaka AlHusna Abdullah Nasih Ulwan. 1996. Tarbiyah al-Aulad fi al-Islam. Beirut: Dar al-Fikr Ab. Halim Tamuri. 2007. Islamic Education teacher’s perceptions of the teaching of akhlaq in Malaysian secondary schools. Journal of Moral Education. Vol.36. No.3. pp. 371- 386. Ab. Halim Tamuri & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. 2010. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Universiti Kebangsan Malaysia Ahmad Mohd Salleh. 2008. Pengajian Agama Islam & j-QAF: Metodologi dan Pedagogi Pendidikan. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd Asmawati Suhid & Lukman Abdul Talib. 2009. Tinjauan Terhadap Pelaksanaan Kem Bestari Solat. Journal of Islamic and Arabic education 1 (1) Fathiyah Mohd Fakhruddin, Nor Hayati Alwi, Azimi Hamzah & Lukman Abd. Mutalib . 2013. Pemahaman Dan Pengalaman Guru Pendidikan Islam Menerapkan Elemen Amalan Dalam Pengajaran. Journal of Islamic Education. January 2013. Vol 1. Issue 1. Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri. 2007. Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Universiti Teknologi Malaysia. Kamus Dewan. 2000. Edisi Ketiga, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia. 2004. Buku panduan pelaksanaan model-model pengajaran & pembelajaran & kokurikulum j-QAF tahun 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2004. Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Misnan Jemali. 2008. Amalan Pengajaran Guru Dalam Pengajaran dan Pembelajharan Tilawah Al-Qur’an Sekolah Menengah: Universiti Kebangsaan Malaysia

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

294

Mohd Sabri Satar. 2001. Keberkesanan Kaedah Hattawiyyah dalam pembelajaran Tilawah Al-Qur’an. Projek Penyelidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd Aderi Che Noh & Rohani Ahmad Tarmizi. 2009. Persepsi Pelajar Terhadap Amalan Pengajaran Tilawah Al-Quran. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34(1), 93-109. Mohd

Aderi Che Noh. 2009. Amalan Pengajaran Tilawah al-Qur’an: Satu Tinjauan Terhadap Persepsi Guru di Sekolah Menengah Harian Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education,1(1) 52-72.

Mohd Aderi Che Noh & Rohani Ahmad Tarmizi. 2009. Persepsi Pelajar Terhadap Amalan Pengajaran Tilawah Al-Qur’an. Jurnal Pendidikan UKM. 34(1) pp.93- 103 ISSN 01266020 Mohd Aderi Che Noh.2011. Pelaksanaan Kelas kemahiran Al-Qur’an di Malaysia: Satu Analisis. Journal of Islamic and Arabic Education 3(1).47-58 Mohd Azmir Mohd Nizah & Mohd Azrani Asran. 2010. Isu dan Cabaran j-QAF Dalam Memperkasakan Pelajar Islam: Kajian Di Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda Melaka. Mohd Faisal Mohamed, Zawawi Ismail dan Rahimi Md Saad. 2008. Celik alQur’an:Cabaran dan Realiti dalam Pendidikan Islam di sekolah. Jurnal Masalah Pendidikan. 3(1). Pp.241-253. ISNN 012-5024 Nurulazidah Jaafar dan Fazlina Fadzil. 2011. Kajian Pembacaan Rukun Qauli Di Dalam Solat Dalam Kalangan Pelajar Muslim Politeknik Port Dickson Negeri Sembilan (Kajian Tindakan)

Using Fun Learning Approach (Songs) To Enhance Arabic Language Acquisition Among Year 1 And 2 Pupils In Selected Primary Schools Normazla Ahmad Mahir Haliza Harun Arnida Abu Bakar Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia Abstract With the implementation of MBMMBI in Malaysian primary schools in 2012, great emphasis has been given to the mastering of both L1 (Bahasa Melayu) and L2 (Bahasa Inggeris). This brings to major transformation in pedagogical approach. One of them would be in the introduction of Fun Learning approach or ‘didik hibur’ in language classes. Based on the teachers’ personal feedbacks, this paper intends to highlight the effectiveness of adopting this approach into the teaching of Arabic language. By using songs from two CDs (Bahasa Arab KSSR Tahun 1 & Bahasa Arab KSSR Tahun 2) in Arabic language class, findings record significant increase in the vocabulary enrichment and understanding of Arabic words among Year 1 and Year pupils of selected primary schools. Introduction Teachers in general and language teachers in particular have very much been cautioned and ridiculed by rigid fellow educators of the light (not serious) impact of music on meeting the objectives of a lesson. In her dissertation, Salcedo (2002) disputes this claim by agreeing with Medina (1980) that songs can be used as a teaching aids to promote second language or foreign language acquisition. Previous studies have shown that high-spirited learners would enjoy and remember lessons better (Stansell, 2005, Mora, 2000). Being likened to killing two birds with one stone, using fun and interesting teaching approach (Fun Learning or ‘didik hibur’) in language classrooms can definitely satisfy a teacher. Apart from meeting the teaching objectives, the feelings of having a contented and well-learned learners would be priceless. The study was a replicate of the study conducted by Carmen F. Mora (2000) where she had used the melody of popular songs and filled-in the lyrics with the lesson contents (vocabulary in English). As much as Mora (2000) cleaves to the infamous Murphey’s (1990), the Song Stuck in My Head Phenomenon, her study indicates beyond the ability of learners to memorize catchy tunes (melody) and its

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

296

lyrics. In hers, Mora (2000, 150) attests that the use of foreign vocabulary with familiar tunes can actually lower learners’ anxiety, and maximizes mental rehearsal and memorization (as cited in Stansell, 2005). As for this study, the survey carried out would indicate as to what extent does the song may act as a device to stimulate acquisition of Arabic language among Year 1 and Year 2 pupils. Research Questions The study attempted to answer the following research questions. 1.

Is there a significant increase in the vocabulary of Arabic language when the lesson (Topic My Body and Colour) is learned through the use of songs?

2.

Is there a significant difference in understanding the meaning of the Arabic words after listening to the songs rather than reading the text?

Research Design This was an experimental study with pre-test and post-test involving a true control group. This study also involved longitudinal survey, whereby the J-Qaf teachers were the cohort studies. Respondents were J-Qaf Teachers and Year 1 and Year 2 pupils in selected Primary Schools in Sarawak. These pupils were in the process of recognizing and grasping grappling with the acquisition of Arabic language subject taught by their teachers. As for the instruments used, survey method was employed in this research. The questionaires were divided into two sets, Set I (Appendix A) and Set II (Appendix B). Set I was given to the teachers and they were asked to complete both parts A (background) and B (10 seek response items) on the use of Fun Learning Approach (using songs) in Arabic Language classroom. All the items are using the scale of 1 to 5, where 1 represents Strongly Disagree, 2 – Disagree, 3 – Unsure, 4 – Agree and 5 – Strongly Agree. However, Set II (Appendix B) was given to the pupils after they have completed the two worksheets; Worksheet 1 & Worksheet 2 (during Pre-test and Post-test). In Set II, the pupils were expected to respond to 5 questions by indicating with a YES or a NO answer. Procedures During the pre-test session, the pupils were instructed to complete the worksheet (Worksheet 1 & 2) after regular traditional (drilling) class of Topic My Body and Colours. In the following month, the teachers would conduct the class (same Topics) but this time with the help of selected songs from the KSSR J-QAF CD. After the Fun Learning lesson, pupils were given the same Worksheet 1 & 2 and teachers recorded their responses.

297

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Limitations Findings are based on the responses retrieved from the post-test and analysis from the surveys conducted. Generalizations on the significant increase in the enrichment and recognizing of Arabic vocabulary among the pupils cannot be accepted. Logistics factors and teacher-pupil ratio should be considered as these pupils are schooling in remote areas (Sarawak) with average ratio of eight (8) pupils per one (1) teacher. Data Analysis Based on the survey conducted on the four J-QAF and Islamic Education teachers of selected schools in Sarawak, below are the graphic tabulations (Table 1) indicating teachers’ feedbacks towards the adoption of Fun Learning approach in Arabic class; the second tabulation, (Chart 2) reflects the significant increase in the enrichment and recognizing of Arabic vocabulary among the pupils of selected Primary school in Sarawak. The four teachers are labelled as UW, UX, UY and UZ. The horizontal (Y) represents the questionaire questions (Q1, Q2, Q3, Q4, Q5, Q6, Q7, Q8, Q9, Q10). Line X indicates the scale items of 1 to 5 (from Strongly Disagree to Strongly Agree). Variation of colours, namely blue, yellow, green and red have been used to represent each teacher respectively, UW- blue, UX- yellow, UY- green, UZ- red. From the table, we could see that UW has applied the Fun Learning method in her teaching and learning of Arabic Language subject for Year 1 Elit. Her colleague, UZ also agreed with the effectiveness of applying the Fun Learning method in her class, Year 2 Arif. As for teacher UX, as much as she agreed with the idea that Fun Learning method could attract pupils’ interest in learning Arabic, she voiced her concerns over the class control issue. She disclosed her discomfort as to what if the pupils could not be controlled during the application of the Fun Learning method (too noisy, defeats purposes, et cetera). Researchers concur that teacher UX’s lacking in teaching experience could be one of the reasons. Nevertheless, UX agreed that the fun learning method (using songs) had given greater impact in attracting pupils’ interest & anticipation to the next Arabic lesson. However, not to the much experienced UY. UY expressed her discomfort and disagreement in this method, but very much preferred the drilling method via the text book and activity book. Table 1 UW UX UY UZ

Q1 5 3 2 4

Q2 5 4 3 4

Q3 5 5 3 4

Q4 5 4 2 5

Q5 5 4 3 4

Q6 5 4 3 3

Q7 4 3 2 4

Q8 4 3 3 4

Q9 4 3 2 4

Q10 5 4 3 5

298

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

Chart 1 6 5 4

Str. Agree Agree

3

Disagree

2

Str. Disagree

1 0 Q 1 Q 2 Q 3 Q 4 Q 5 Q 6 Q 7 Q 8 Q 9 Q 10

Conclusion In conclusion, the findings represent positive feedbacks from J-QAF teachers how the use of songs in Arabic language class have increased their pupils’ interest in learning Arabic. Hence, the use of songs as one of the Fun Learning Approach in Arabic Language Class has brought significant impact on the vocabulary enrichment and recognition of Arabic vocabulary in Year One and Year Two pupils of selected primary schools in Sarawak. Nevertheless, these findings could not be generalized beyond the scope of this sample, as there might be variations in the amount of serving time (experienced versus new teachers) and proficiency level (learners). References Mohd Suhail Zakaria. (2013). Lagu Bahasa Arab KSSR j-QAF Tahun 1 [CD]. Kelantan: Pok Mat Studio. Mohd Suhail Zakaria. (2013). Lagu Bahasa Arab KSSR j-QAF Tahun 2 [CD]. Kelantan: Pok Mat Studio. Medina, S. L. (1990). The Effects of Music Upon Second Language Vocabulary Acquisition.

299

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Annual Meeting of the Teachers of English to speakers of other languages. San Francisco, California: ERIC Document Reproduction no. ED 352 834) Mora, C.F. (2000). Foreign language acquisition and melody singing. ELT Journal, 54(2), 146-152. Murphey, T. (1990) The song stuck in my head phenomenon: A melodic Din in the LAD [ERIC] System, 18(1), 53-64. Salcedo, C. S. (2002). The Effects of Songs in the Foreign Language Classroom on Text Recall and Involuntary Mental Rehearsal. Dissertation. Louisiana, USA: Louisiana State University. Stansell, J. W. (2005). The Use of Music for Learning Languages: A Review. Retrieved from MSTE Office Illinois University. http://mste.illinois.edu/courses/ci407su02/students/stansell/Literature%20Rev iew%201.htm

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

300

APPENDIX A SET I

Borang Kaji Selidik

Penggunaan Lagu Bahasa Arab CD KSSR dalam kelas Tahun 1 & 2

Assalamualaikum/Salam sejahtera,  

 

Soal selidik (Bahagian A & B) ini dibentuk untuk mendapatkan maklumbalas tentang penggunaan Lagu Bahasa Arab dari CD KSSR dalam kelas Tahun 1 & 2 dan keberkesanannya membantu murid-murid menguasai Bahasa Arab. Diharapkan anda menjawab semua soalan dengan ikhlas bagi membantu kumpulan penyelidik untuk mendapatkan maklumbalas tentang keberkesanan kaedah didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab di sekolah. Segala maklumbalas yang diberikan akan diRAHSIAKAN. Kerjasama anda melengkapkan soal selidik ini adalah amat dihargai.

A. Bagi setiap item, sila tandakan (x) atau isi tempat kosong pada ruangan yang berkaitan. 1.

Jantina: [

] Lelaki

[

] Perempuan

2.

Umur : _______ tahun

3.

Kelayakan Perguruan/Pendidikan: [ ] Sijil (sila nyatakan) __________________ [ ] Diploma (sila nyatakan) ________________ [ ] Sarjana Muda (sila nyatakan) __________________ [ ] Lain-lain (sila nyatakan) ________________

301

B. No . 1

2

3

4

5

6 7

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

4.

Pengkhususan Mata Pelajaran: [ ] Kaedah Pertama (sila nyatakan) __________________ [ ] kaedah Kedua (sila nyatakan) __________________

5.

Pengalaman Mengajar: ____ tahun

Bagi setiap item, sila bulatkan item untuk menyatakan pendapat anda mengikut skala yang diberikan. Perkara Saya berasa selesa menggunakan kaedah didik hibur (lagu dari CD KSSR) di dalam proses P&P dalam subjek Bahasa Arab. Saya akan membuat persediaan awal untuk BBM (CD, Radio, Kertas Aktiviti, dll) setiap kali proses P&P yang akan dilaksanakan. Kaedah didik hibur memerlukan perancangan yang lebih teliti dan teratur berbanding kaedah konvensional. Murid-murid akan lebih menyukai proses P&P dalam subjek Bahasa Arab apabila kaedah didik hibur diaplikasikan dalam kelas. Kaedah didik hibur mampu meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata (vocabulary) dalam Bahasa Arab. Kaedah didik hibur akan memudahkan interaksi antara guru dengan murid. Proses P&P dalam subjek Bahasa Arab akan berjalan dalam suasana yang terkawal jika kaedah didik hibur digunakan di kelas.

Sangat Tidak Setuju

Tidak Setuju

Tidak Pasti

Setuju

Sangat Setuju

1

2

3

4

5

1

2

3

4

5

1

2

3

4

5

1

2

3

4

5

1

2

3

4

5

1

2

3

4

5

1

2

3

4

5

302

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

8

9 10

Pencapaian murid adalah lebih baik sekiranya kaedah didik hibur diaplikasikan dalam proses P&P untuk subjek Bahasa Arab Kaedah didik hibur akan mengurangkan beban kerja guru Murid-murid akan lebih berfikir dan bekerjasama antara mereka apabila kaedah didik hibur digunakan.

1

2

3

4

5

1

2

3

4

5

1

2

3

4

5

Sila kongsi pengalaman dan pemerhatian (kesan pada murid-murid) anda setelah menggunakan lagu-lagu dari CD Bahasa Arab KSSR ini dalam kelas Tahun 1 & 2 anda. ........................................................................................................................................ ........................................................................................................................................ ........................................................................................................................................

303

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

APPENDIX B - POST-TREATMENT QUESTIONNAIRE SET II

Borang Kaji Selidik

Penggunaan Lagu dari Cakera Padat (CD) Dalam Kelas Bahasa Arab Jantina: Umur: BAGI SETIAP SOALAN, SILA BULATKAN RESPONS ANDA. 1.

Adakah kelas Bahasa Arab anda lebih menarik dengan penggunaan lagu dari CD tersebut? A. YA B. TIDAK

2.

Pada fikiran anda, adakah lagu-lagu tersebut membantu anda menguasai perkataan baharu Bahasa Arab? A. YA B. TIDAK

3.

Pernahkah anda menyanyikan semula lagu-lagu dari CD tersebut selepas waktu kelas? (contoh: di dalam bas, sampan/bot, di rumah, di kedai dan lain-lain tempat) A. YA B. TIDAK

4.

Adakah anda menyanyi lagu-lagu tersebut secara spontan (tiba-tiba) atau disuruh menyanyikan semula oleh ahli keluarga atau kawan-kawan? A. YA B. TIDAK

5.

Adakah anda ingin guru menggunakan lagu-lagu dari CD untuk setiap kelas Bahasa Arab anda? A. YA B. TIDAK

Terima kasih adik-adik!

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

WORKSHEET 1

304

305 WORKSHEET 2

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

306

Penguasaan Kemahiran Tilawah Al-Quran Menerusi Program j-QAF: Kajian Kes Di Melaka Nurfadilah Mohamad Muhammad Mustaqim Mohd Zarif

Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Abstrak Program j-QAF merupakan salah satu inisiatif pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memperkasakan penguasaan kemahiran asas Islam kepada pelajar di peringkat sekolah rendah. Program yang diperkenalkan sejak daripada tahun 2004 ini merangkumi aspek pembelajaran tulisan jawi, tilawah al-Quran, asas bahasa Arab dan fardu ain. Secara khasnya, kertas ini membincangkan tahap penguasaan tilawah al-Quran dalam kalangan pelajar kohort pertama yang telah mengikuti proses pembelajaran program j-QAF di salah sebuah Sekolah Kebangsaan di Melaka. Alat ukuran yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian tilawah al-Quran yang dijalankan terhadap 136 responden. Sampel ujian dipilih secara rawak mudah dan merangkumi setiap kelas dan tahap pencapaian pelajar kohort pertama yang terdapat di sekolah ini. Data dianalisis menerusi metode statistik deskriptif yang merangkumi frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai. Secara amnya, dapatan menunjukkan tahap sebenar penguasaan dan hubung kait kemahiran tilawah alQuran responden dari aspek fasahah, hukum tajwid, makhraj huruf dan tanda bacaan. Beberapa saranan turut diutarakan untuk memastikan modul al-Quran dalam program j-QAF berjaya mencapai hasrat dan matlamatnya. Pendahuluan Al-Quran merupakan Kalam Allah yang perlu diteliti, dikaji, difahami dan diamalkan sebagai panduan dalam kehidupan. Namun, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah melalui pembelajaran bacaannya mengikut kaedah yang betul. Walau bagaimanapun, ramai daripada kalangan umat Islam yang belum dapat membaca kitab suci ini dengan lancar dan betul. Jika dibiarkan, perkara ini bukan sahaja akan menjauhkan umat Islam daripada al-Quran, bahkan memberikan impak yang negatif terhadap penghayatan dan pengamalannya dalam kehidupan harian. Dari aspek pendidikan, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah dan sentiasa mengambil langkah yang serius untuk mengatasi masalah buta al-Quran dalam kalangan murid sekolah. Ini terbukti menerusi pelbagai usaha dan inisiatif untuk merubah dan melaksanakan reformasi pendidikan dari semasa ke semasa. Antaranya ialah pengenalan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

308

1983 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1988. Yang terkini, pihak KPM telah memperkenalkan program j-QAF untuk dilaksanakan di peringkat sekolah rendah mulai daripada tahun 2004. j-QAF adalah singkatan kepada jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain dan dilaksanakan sepanjang tempoh pengajian di peringkat sekolah rendah. Setelah berjalan selama enam tahun, pelajar kohort pertama yang mengikuti program j-QAF semenjak daripada ia diperkenalkan telah menamatkan pengajian mereka di peringkat sekolah rendah pada tahun 2010. Oleh yang demikian, amatlah wajar dan bersesuaian untuk melihat sejauh manakah program ini berjaya mencapai objektifnya yang disasarkan dan tahap penguasaan pelajar terhadap kurikulum yang dipelajari. Perkara ini direalisasikan menerusi sebuah kajian kes mengenai penguasaan pelajar dalam program j-QAF di salah sebuah sekolah rendah di Melaka dengan fokus terhadap aspek tilawah al-Quran dari aspek kelancaran membaca (fasahah), ketepatan sebutan setiap huruf dengan makhraj yang betul, kemahiran dalam hukum tajwid dan penguasaan tanda-tanda bacaan dalam al-Quran Rasm Uthmani. Program j-QAF Di Sekolah Rendah: Kurikulum Dan Pelaksanaan Program j-QAF dilaksanakan di sekolah rendah berpandukan kepada kurikulum, model dan modulnya yang digubal oleh pihak KPM menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada. Tenaga guru yang khusus juga digunakan untuk proses pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid terhadap program ini. Keseluruhan murid Islam di sekolah rendah disasarkan untuk mengikuti program ini yang bermula pada Tahun Satu dan diteruskan sehingga mereka tamat Tahun Enam. Antara objektif yang disasarkan daripada program ini ialah untuk menghasilkan murid Islam yang dapat: Menguasai bacaan dan tulisan jawi; Khatam al-Quran; Menguasai asas Bahasa Arab Komunikasi; dan Memantapkan dan menghayati amalan Fardu Ain. Sejumlah lima model telah dikenal pasti untuk dilaksanakan dalam program ini mulai tahun 2005 iaitu Model Enam Bulan Khatam al-Quran, Model Tasmik, Model Pemulihan Jawi, Model Perluasan Bahasa Arab Komunikasi dan Model Bestari Solat. Model-model yang berkaitan modul al-Quran secara khusus pula ialah Model Enam Bulan Khatam al-Quran dan Model Tasmik. Model Enam Bulan Khatam al-Quran menggunakan waktu Pendidikan Islam sebanyak empat masa dalam tempoh enam bulan pertama Tahun Satu hingga Tahun Enam. Pada masa yang sama, murid yang belum menguasai bacaan al-Quran akan meneruskan pengajian mengikut kaedah Iqra’. Pada enam bulan kedua, asuhan Tilawah al-Quran menggunakan tiga waktu untuk Tahun Satu dan dua waktu pada Tahun Dua hingga Tahun Enam. Namun begitu, bagi Model Tasmik pula, pelaksanaannya adalah di luar jadual waktu persekolahan. Sebagai satu bentuk

309

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

pengiktirafan dan sokongan pihak KPM kepada guru, murid dan masyarakat yang melaksanakan program j-QAF, satu program Majlis Khatam al-Quran Sekolahsekolah diadakan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Bahan-bahan asas turut disediakan untuk melaksanakan program ini termasuk bahan bantu mengajar. Penaksiran pencapaian dalam program j-QAF pula diserahkan kepada pihak sekolah rendah, manakala pegawai j-QAF di peringkat negeri dan pusat akan menjalankan pemantauan secara berterusan. Laporan pemantauan dibuat dari semasa ke semasa mengikut keperluan bagi mengenal pasti kelemahan dan kekuatan program ini untuk diambil tindakan sewajarnya. Pelaksanaan Program j-QAF Di Salah Sebuah Sekolah Di Melaka Sekolah yang terpilih untuk kajian kes ini terletak di salah sebuah bandar di negeri Melaka. Ia telah mula beroperasi sejak daripada tahun 1924 lagi dan telah mengalami pelbagai perubahan dan proses pembangunan termasuk pertukaran nama. Pada tahun 2010, sekolah ini mempunyai sejumlah 1255 orang pelajar dan 62 orang guru. Sekolah ini merupakan antara sekolah yang terpilih untuk melaksanakan program j-QAF mulai daripada tahun 2005. Buat permulaan, sekolah ini diperuntukkan seramai tiga orang guru j-QAF bagi menjayakan program ini. Sehingga tahun 2010, jumlah guru j-QAF yang terdapat di sekolah ini adalah seramai tujuh orang. Secara amnya, kesemua modul program j-QAF telah dilaksanakan mengikut panduan yang telah ditetapkan. Dari aspek organisasi, Unit j-QAF berada di bawah Panitia Pendidikan Islam. Pada Tahun 2005 sehingga 2007, j-QAF mempunyai organisasinya sendiri yang terdiri daripada Penyelaras, Setiausaha dan Bendahari. Namun, sejak tahun 2008 guru j-QAF disamaratakan sebagai Guru Pendidikan Islam. Justeru, cabaran baru bagi jawatan Setiausaha adalah untuk menyempurnakan tugas kesetiausahaan Panitia dan j-QAF. Ini adalah suatu tugas yang berat dan perlu dipikul secara bersama bagi menyatupadukan hubungan antara guru-guru Pendidikan Islam dan jQAF. Agenda mesyuarat pula membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan Pendidikan Islam dan program j-QAF. Merujuk kepada dua model program j-QAF yang berkaitan dengan modul al-Quran pula, pelaksanaannya di sekolah ini adalah seperti berikut: a)

Model Tasmik Tasmik secara amnya dilaksanakan oleh guru-guru j-QAF di luar jadual waktu persekolahan. Waktu Tasmik merupakan satu perkara yang mencabar kerana jumlah murid dalam satu kelas adalah sangat ramai. Setiap aliran akan mengikuti Tasmik pada satu hari sebaik sahaja pembelajaran dalam kelas tamat dan menggunakan kaedah talaqqi bi al-mushafahah.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

b)

310

Model Enam Bulan Khatam al-Quran Dalam memastikan murid-murid Tahun Enam khatam al-Quran pada penghujung Jun 2010, para guru telah merujuk kepada garis panduan dan sukatan pelajaran yang telah disediakan. Mereka juga menggunakan pendekatan talaqqi bi al-mushafahah, bacaan kaedah Iqra’ serta latihan pengukuhan yang bersesuaian. Berdasarkan laporan, dinyatakan bahawa 100% murid Tahun Enam telah khatam al-Quran termasuk menerusi kaedah Bacaan Ikut Guru (BIG). Anggaran pencapaian dan penguasaan secara keseluruhan murid dalam celik al-Quran adalah sekitar 89%. Ini kerana masih ada murid yang belum lancar dan perlukan bimbingan al-Quran.

Tidak dinafikan terdapat banyak cabaran dan rintangan yang dihadapi pihak sekolah dalam menjayakan pelaksanaan program ini, antaranya bilangan murid di sekolah yang ramai berbanding dengan guru yang ada. Walau bagaimanapun, dengan sokongan dan kerjasama daripada semua warga sekolah segala perancangan dan pelaksanaan modul al-Quran dalam program j-QAF telah dapat direalisasikan. Antara program berkaitan al-Quran yang telah dilaksanakan termasuk: Bacaan surah Yasin (setiap pagi Jumaat), Kem Literasi al-Quran Peringkat Zon (2006, 2008), Gimik Pelancaran Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan (2007), Majlis Khatam al-Quran Perdana Peringkat Negeri Melaka (2010), Ihtifal j-QAF (20052009), Majlis Tadarus Ihya’ Ramadan (2006-2010) dan sebagainya. Penguasaan Kemahiran Tilawah Al-Quran Murid Latar Belakang Kajian Dalam melaksanakan kajian ini, ujian tilawah al-Quran secara ex post facto telah dilaksanakan terhadap responden yang terpilih. Responden kajian ini terdiri daripada murid-murid yang telah menamatkan pengajian Tahun Enam di sekolah ini pada penghujung tahun 2010 dan merupakan kohort pertama yang telah mengikuti program j-QAF. Sekolah ini mempunyai lima buah kelas untuk Tahun Enam dan jumlah responden yang diuji adalah seramai 136 orang murid lelaki dan perempuan. Daripada 136 orang murid tersebut, sekitar 26 hingga 28 orang dipilih daripada setiap kelas secara rawak. Kaedah pensampelan yang digunakan adalah berdasarkan kepada jadual oleh Krejcie & Morgan (1970). Set ujian bacaan al-Quran ini dirangka berdasarkan kepada garis panduan pelaksanaan Model Enam Bulan Khatam al-Quran di bawah program j-QAF dan dirujuk silang dengan borang Majlis Tadarus al-Quran (MTQ) Peringkat Kebangsaan. Penguasaan pelajar dalam tilawah al-Quran dinilai dalam ujian ini berdasarkan empat aspek utama yang memberikan nilai 100 markah iaitu kelancaran (fasahah) (40 markah), kemahiran dalam hukum tajwid (40 markah), sebutan huruf dengan makhraj yang betul (10 markah) dan pengetahuan dalam tanda-tanda bacaan al-Quran Rasm Uthmani (10 markah).

311

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Ujian bacaan ini meminta responden membaca tiga ayat al-Quran secara ringkas yang diambil secara rambang daripada Juzuk 1, Juzuk 15 dan Juzuk 28. Ayat yang terpilih merangkumi keempat-empat aspek yang dikaji. Bacaan setiap responden direkodkan dengan teliti dan diberikan markah berdasarkan kualiti dan prestasi. Skor pencapaian responden dicatatkan dalam borang pemarkahan yang telah disediakan seperti yang digunakan oleh pihak KPM. Markah setiap responden yang terkumpul kemudiannya dikelaskan kepada empat aspek penilaian seperti yang dinyatakan di atas dan dianalisis menerusi metode statistik deskriptif. Markah keseluruhan responden juga dikelaskan berdasarkan gred kepada tiga tahap bacaan al-Quran sama ada Baik (A), Sederhana (B), mahupun Lemah (C). Deskripsi tahap dan ciri-ciri pencapaian setiap gred adalah seperti dalam Jadual 1. Jadual 1: Gred dan Deskripsi Tahap Pencapaian Gred A (Baik) tajwid

Deskripsi Tahap Pencapaian Boleh membaca dengan fasih, lancar dan berdasarkan hukum

C (Lemah)

B (Sederhana) Boleh membaca dengan kefasihan dan kelancaran yang sederhana dan tidak mengikuti hukum tajwid Tidak fasih/lancar membaca dan tidak mengikuti hukum tajwid

Diadaptasikan daripada: (Yusman Nasir, 2005) Analisis Dapatan Ujian Bacaan Berdasarkan ujian yang dijalankan terhadap 136 orang responden, berikut adalah dapatan tahap penguasaan kemahiran tilawah al-Quran berdasarkan empat aspek yang dinilai, iaitu: a)

Analisis Keputusan Ujian Tilawah al-Quran Dari Aspek Kelancaran (Fasahah) Berdasarkan analisis dapatan markah dan keputusan yang diperoleh, tahap penguasaan tilawah al-Quran responden dari aspek kelancaran (fasahah) dapat dikategorikan kepada gred: Baik (A), Sederhana (B) dan Lemah (C) seperti dalam Jadual 2. Jadual 2: Tahap Tilawah Quran Dari Aspek Kelancaran (Fasahah)

Markah 28-40 (Baik) 14-27 (Sederhana) 1-13 (Lemah) Min Keseluruhan Sisihan Piawai Keseluruhan JUMLAH

Gred A B C

25.63 12.88

Kekerapan 87 11 38

Peratus 64.0 8.1 27.9

136

100

312

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

Jadual 2 menunjukkan seramai 87 orang daripada keseluruhan responden (64%) berjaya memperoleh Gred A dengan markah tertinggi iaitu antara 28 sehingga 40 markah. Responden yang memperoleh gred B bagi markah 14 sehingga 27 markah pula ialah seramai 11 orang iaitu 8.1%, sementara responden yang memperoleh gred C bagi markah 1 sehingga 13 markah ialah seramai 38 orang (27.9%). Ciri-ciri kelancaran yang dinilai dalam ujian ini ialah: Cermat dalam menghafaz kalimah al-Quran, fasih menyebut huruf-huruf al-Quran, terpelihara susunan kalimah dan ayat-ayat al-Quran, kesempurnaan waqaf dan ibtida’, kesempurnaan membunyikan baris, kesempurnaan membunyikan huruf sukun dan tashdid, kelancaran membaca ayat-ayat al-Quran dan keselarasan pada rentak bacaan tanpa bercampur aduk antara bacaan tartil dan tadwir. b)

Analisis Keputusan Ujian Tilawah al-Quran Dari Aspek Kemahiran Hukum Tajwid Berdasarkan analisis dapatan markah dan keputusan yang diperoleh, tahap penguasaan tilawah al-Quran responden dari aspek kemahiran hukum tajwid dapat dikategorikan kepada gred: Baik (A), Sederhana (B) dan Lemah (C) seperti dalam Jadual 3. Jadual 3: Tahap Tilawah al-Quran Dari Aspek Kemahiran Hukum Tajwid

Markah 28-40 (Baik) 14-27 (Sederhana) 1-13 (Lemah) Min Keseluruhan Sisihan Piawai Keseluruhan JUMLAH

Gred A B C

Kekerapan 71 24 41 23.44 12.08 136

Peratus 52.2 17.6 30.0 100

Jadual 3 menunjukkan seramai 71 orang daripada keseluruhan responden (52.2%) berjaya memperoleh Gred A dengan markah tertinggi iaitu antara 28 sehingga 40 markah. Responden yang memperoleh gred B bagi markah 14 sehingga 27 markah pula ialah seramai 24 orang (17.6%), sementara responden yang memperoleh gred C bagi markah 1 sehingga 13 markah ialah seramai 41 orang (30.0%). Aspek-aspek hukum tajwid yang dinilai dalam ujian ini termasuklah hukum nun mati, mim mati, mad, tanwin, nun tashdid, mim tashdid, alif lam shamsiyyah dan qamariyyah serta qalqalah. c)

Analisis Keputusan Ujian Tilawah al-Quran Dari Aspek Pengetahuan Tanda-tanda Bacaan al-Quran Rasm Uthmani Berdasarkan analisis dapatan markah dan keputusan yang diperoleh, tahap penguasaan tilawah al-Quran responden dari aspek pengetahuan tanda-tanda bacaan al-Quran Rasm Uthmani dapat dikategorikan kepada gred: Baik (A), Sederhana (B) dan Lemah (C) seperti dalam Jadual 4.

313

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Jadual 4 : Tahap Tilawah al-Quran Dari Aspek Tanda Bacaan al-Quran Rasm Uthmani Markah 8-10 (Baik) 4-7 (Sederhana) 1-3 (Lemah) Min Keseluruhan Sisihan Piawai Keseluruhan JUMLAH

Gred A B C

Kekerapan 65 29 42 6.07 3.26 136

Peratus 47.8 21.3 30.9 100

Jadual 4 menunjukkan seramai 65 orang daripada keseluruhan responden (47.8%) berjaya memperoleh Gred A dengan markah tertinggi iaitu antara 8 sehingga 10 markah. Responden yang memperoleh gred B bagi markah 4 sehingga 7 markah pula ialah seramai 29 orang (21.3%), sementara responden yang memperoleh gred C bagi markah 1 sehingga 3 markah ialah seramai 42 orang (30.9%). Aspek-aspek tanda bacaan al-Quran yang dinilai dalam ujian ini termasuklah baris fathah, dammah, kasrah, sukun, sabdu dan tanwin. d)

Analisis Keputusan Ujian Tilawah al-Quran Dari Aspek Ketepatan Makhraj Huruf Berdasarkan analisis dapatan markah dan keputusan yang diperoleh, tahap penguasaan tilawah al-Quran responden dari aspek ketepatan makhraj huruf dapat dikategorikan kepada gred: Baik (A), Sederhana (B) dan Lemah (C) seperti dalam Jadual 5. Jadual 5 : Tahap Tilawah al-Quran Dari Aspek Ketepatan Makhraj Huruf

Markah 8-10 (Baik) 4-7 (Sederhana) 1-3 (Lemah) Min Keseluruhan Sisihan Piawai Keseluruhan JUMLAH

Gred A B C

Kekerapan 62 34 40 6.01 3.10 136

Peratus 45.6 25.0 29.4 100

Jadual 5 menunjukkan seramai 62 orang daripada keseluruhan responden (45.6%) berjaya memperoleh Gred A dengan markah tertinggi iaitu antara 8 sehingga 10 markah. Responden yang memperoleh gred B bagi markah 4 sehingga 7 markah pula ialah seramai 34 orang (25%), sementara responden yang memperoleh gred C bagi markah 1 sehingga 3 markah ialah seramai 40 orang (29.4%). Ini menunjukkan bahawa secara amnya, penguasaan bacaan al-Quran para responden

314

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

dari aspek ketepatan makhraj huruf berada di tahap yang sederhana. Terdapat lima kumpulan huruf yang diuji iaitu: Kumpulan Pertama Kumpulan Kedua Kumpulan Ketiga Kumpulan Keempat Kumpulan Kelima

: : : : :

Perbezaan antara (‫ )ت‬dan (‫)ط‬ Perbezaan antara (‫)ث‬, (‫)س‬, (‫ )ش‬dan (‫)ص‬ Perbezaan antara (‫)ح‬, (‫)خ‬, (‫)ه‬, (‫ )ع‬dan (‫)ء‬ Perbezaan antara (‫ )د‬dan (‫)ض‬, (‫ )ك‬dan (‫)ق‬ Perbezaan antara (‫)ذ‬, (‫ )ز‬dan (‫)ظ‬

Jadual 6 : Tahap Min Keseluruhan Ketepatan Makhraj Huruf Secara Terperinci Ketepatan Makhraj Huruf Ketepatan Kumpulan Pertama Ketepatan Kumpulan Kedua Ketepatan Kumpulan Ketiga Ketepatan Kumpulan Keempat Ketepatan Kumpulan Kelima Min Keseluruhan Makhraj Huruf

Min 2.57 2.29 2.26 2.16 2.10 11.38

Sisihan Piawai 0.79 0.85 0.82 0.87 0.85 4.18

Jadual 6.0 menyatakan bahawa kumpulan huruf pertama mempunyai min yang paling tinggi iaitu 2.57 dan kumpulan huruf kelima mempunyai min yang paling rendah iaitu 2.10. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar menguasai kumpulan huruf yang pertama dan seterusnya diikuti dengan kumpulan huruf kedua, kumpulan huruf ketiga dan kumpulan huruf keempat. Namun, terdapat pelajar yang lemah dalam menyebut huruf yang terdapat dalam kumpulan kelima. Seterusnya, skor min pencapaian para responden ditukarkan menggunakan nilai sembarang (arbitrary value) kepada tahap ketepatan makhraj kelima-lima kumpulan huruf dan dikategorikan kepada gred: Baik (A), Sederhana (B) dan Lemah (C). Pengkategorian keputusan ini dipaparkan pada Jadual 7. Jadual 7 : Gred dan Skor Min Aspek Ketepatan Makhraj Huruf Gred A B C

Skor Min 2.34 to 3.00 1.67 to 2.33 1.00 to 1.66

Berdasarkan Jadual 7, skor min antara 2.34 hingga 3.00 dikategorikan sebagai gred A, skor min antara 1.67 hingga 2.33 pula sebagai gred B, manakala skor min 1.00 hingga 1.66 sebagai gred C. Daripada pengkategorian ini, ketepatan sebutan makhraj huruf para responden bagi kelima-lima kumpulan huruf dapat dibahagikan kepada tiga tahap seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 8.

315

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Jadual 8: Taburan Tahap Skor Min Ketepatan Makhraj Huruf Skor Min

Min Tahap Ketepatan Makhraj Huruf 2.34 - 3.00 Tahap Tinggi 1.67 - 2.33 Tahap Sederhana 1.00 - 1.66 Tahap Rendah Diadaptasikan daripada: (Mohd Aderi, 2004) Jadual 8 menunjukkan skor min 1:00 hingga 1:66 menunjukkan tahap rendah ketepatan sebutan makhraj huruf, manakala skor min 1:67 hingga 2.33 merujuk kepada tahap sederhana dan skor min 2.34 hingga 3.00 pula tahap tinggi. Merujuk kepada Jadual 6.0, ternyata bahawa ketepatan sebutan makhraj huruf bagi kumpulan huruf kedua hingga kelima berada di tahap sederhana (skor min antara 1.67 hingga 2.33), manakala ketepatan sebutan makhraj huruf bagi kumpulan pertama pula berada di tahap yang baik dengan skor min 2.57. e)

Analisis Keputusan Ujian Secara Keseluruhan Secara keseluruhannya, berdasarkan kepada ujian bacaan yang dijalankan, didapati bahawa penguasaan dan kemahiran tilawah al-Quran responden berada pada tahap yang sederhana iaitu dengan purata markah pencapaian sebanyak 61.18 dan sisihan piawai 31.13. Taburan pemerolehan markah para responden adalah seperti pada Jadual 9. Jadual 9: Taburan Keseluruhan Skor Ujian Tilawah al-Quran Markah 12 26 33 36 48 50 56 57 58 60 61 62 64 66 67 70 71

Kekerapan 28 10 1 1 1 1 1 1 1 1 1 2 1 4 3 2 3

Peratus 20.6 7.4 0.7 0.7 0.7 0.7 0.7 0.7 0.7 0.7 0.7 1.5 0.7 2.9 2.2 1.5 2.2

316

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

72 73 74 75 76 77 78 79 80 81 82 83 84 85 86 87 88 89 90 91 92 93 94 95 96 97 100 JUMLAH

4 4 1 1 3 2 1 4 3 4 1 2 4 1 1 1 5 1 4 6 3 7 3 1 3 2 1 136

2.9 2.9 0.7 0.7 2.2 1.5 0.7 2.9 2.2 2.9 0.7 1.5 2.9 0.7 0.7 0.7 3.7 0.7 2.9 4.4 2.2 5.1 2.2 0.7 2.2 1.5 0.7 100

Jadual 9 menunjukkan bahawa markah paling rendah yang diperoleh responden ialah 12 daripada 100 markah iaitu seramai 28 orang responden dan markah yang paling tinggi pula ialah 100 markah iaitu seramai seorang responden (0.7%) sahaja. Seramai 10 orang pelajar atau 7.4% memperoleh 26 markah. 2 orang pelajar (1.5%) pula masing-masing memperoleh 62 markah, 70 markah, 77 markah, 83 markah dan 97 markah daripada 100 markah. 3 orang pelajar masing-masing memperoleh 67 markah, 71 markah, 76 markah, 80 markah, 92 markah, 94 markah dan 96 markah, manakala 4 orang pelajar (2.9%) masing-masing memperoleh sebanyak 66 markah, 72 markah, 73 markah, 79 markah, 81 markah, 84 markah, 90 markah dan 91 markah. Berdasarkan kepada keputusan ini, penguasaan dan kemahiran membaca al-Quran dalam kalangan responden terbabit telah dikategorikan kepada gred: Baik (A), Sederhana (B) dan Lemah (C) berdasarkan markah yang diperoleh seperti dalam Jadual 10.

317

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Jadual 10 : Tahap dan Peratusan Keseluruhan Penguasaan Tilawah al-Quran Markah Gred 70-100 (Baik) A 35-69 (Sederhana) B 1-34 (Lemah) C Min Keseluruhan Sisihan Piawai Keseluruhan JUMLAH

Kekerapan Peratus 78 57.4 18 13.2 40 29.4 61.18 31.13 136 100

Jadual 10 menunjukkan bahawa seramai 78 orang (57.4%) daripada keseluruhan responden berjaya memperoleh gred A bagi markah yang paling tinggi iaitu antara 70 hingga 100 markah. Seramai 18 orang pula iaitu 13.2% daripada keseluruhan responden memperoleh gred B bagi markah antara 35 hingga 69 markah, manakala yang memperoleh gred C iaitu antara 1 hingga 34 markah adalah seramai 40 orang (29.4%) daripada keseluruhan responden. Nilai min tahap penguasaan tilawah al-Quran yang diperoleh juga berada di tahap yang sederhana iaitu dengan purata min pencapaian 61.18 dan sisihan piawai 31.13. Taburan pemerolehan min penguasaan tilawah al-Quran secara umum yang merangkumi pelbagai aspek adalah seperti dalam Jadual 11. Jadual 11: Taburan Min Terhadap Tahap Penguasaan Tilawah al-Quran Penguasaan Tilawah al-Quran Penguasaan aspek kelancaran (fasahah) Penguasaan aspek hukum tajwid Penguasaan aspek tanda bacaan Penguasaan aspek makhraj huruf MARKAH KESELURUHAN

Min 25.63 23.44 6.07 6.03 61.18

Sisihan Piawai 12.88 12.08 3.26 3.20 31.13

Berdasarkan Jadual 11, didapati bahawa nilai min dalam aspek kelancaran (fasahah) ialah 25.63 dan sisihan piawainya 12.88. Nilai min dalam aspek hukum tajwid pula ialah 23.44 dan sisihan piawainya 12.08, manakala nilai min penguasaan aspek tanda bacaan ialah 6.07 dan sisihan piawainya 3.26, dan nilai min penguasaan dalam aspek makhraj huruf ialah 6.03 dan sisihan piawainya 3.20. Berdasarkan dapatan ini, nilai min penguasaan bacaan al-Quran tersebut berada pada tahap sederhana dengan nilai min 61.18 dan sisihan piawai 31.13. Ini menunjukkan bahawa aspek berkaitan penguasaan tanda bacaan mempunyai min yang paling tinggi manakala aspek kemahiran dalam hukum tajwid mempunyai min yang paling rendah. Ini menunjukkan bahawa pelajar lebih menguasai aspek tanda bacaan berbanding dengan aspek hukum tajwid. Aspek yang kedua tertinggi ialah ketepatan sebutan makhraj huruf dengan min 6.03 dan ketiga tertinggi ialah aspek kelancaran (fasahah) dengan min 25.63. Daripada keempat-empat aspek ini, didapati bahawa

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

318

keseluruhan aspek berada di tahap yang sederhana apabila dibandingkan dengan markah setiap gred. Rumusan Ringkasnya, didapati bahawa secara keseluruhannya seramai 78 orang pelajar (57.4%) boleh membaca al-Quran dengan lancar dan bertajwid, 18 orang pelajar (13.2%) boleh membaca secara sederhana dan kurang bertajwid dan 40 orang pelajar (29.4%) lagi lemah dalam bacaan mereka. Ini menunjukkan bahawa tahap penguasaan dan kemahiran pelajar dalam tilawah al-Quran berada pada tahap yang sederhana dengan min yang tertinggi 61.18. Keputusan ini juga memperincikan lagi laporan pihak sekolah yang menyatakan bahawa pencapaian dan penguasaan keseluruhan murid dalam celik al-Quran adalah sekitar 89%. Walau bagaimanapun, dari sudut kualiti bacaan dan aspek-aspek lain yang dinilai menunjukkan bahawa ia masih perlu kepada proses pemantapan dan penambahbaikan yang berterusan. Perkara ini dapat diperhatikan dengan jelas jika merujuk kepada dua aspek penting bacaan al-Quran yang memberikan pemberat yang utama dalam ujian ini iaitu kelancaran (fasahah) dan kemahiran hukum tajwid yang merangkumi 80% daripada jumlah markah keseluruhan. Hasilnya, di akhir pengajian mereka pada Tahun Enam, sebahagian daripada pelajar mungkin hanya dapat mengenal huruf dan tanda bacaan yang dipelajari secara terpisah, namun tidak mampu untuk membaca ayat-ayat alQuran dengan lancar, fasih dan berdasarkan hukum tajwid yang betul. Justeru, disarankan bahawa pihak sekolah terlibat dan juga pihak-pihak yang berwajib supaya dapat meneliti semula pelaksanaan modul al-Quran dalam program j-QAF ini dan mencadangkan langkah-langkah pemulihan dan penambahbaikan yang bersesuaian dan berterusan supaya dapat mencapai objektifnya yang disasarkan selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Rujukan Adel M.AbdulAziz, A.Kamel Mohamed & Muhammad Mustaqim Mohd Zarif. 2006. Panduan dan Bimbingan Guru al-Quran. Kuala Lumpur: iBook Publication. Adnan Yusop. 2002. “Kurikulum Baru Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia Menghadapi Era Globalisasi”. Prosiding Wacana Pendidikan Islam: siri 1. Selangor: Fakulti Pendidikan UKM. Ahmad Mohd Salleh. 1997. Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan Metodologi. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

319

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral. 2004. j-QAF: Panduan Pelaksanaan Model dan Modul Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: KPM. ________. 2006. Buku Panduan Dasar, Perlaksanaan dan Pengurusan Kurikulum jQAF. Kuala Lumpur: KPM. ________. 2004. Buku Panduan Perlaksanaan Model-model Pengajaran dan Pembelajaran dan Kokurikulum. Kuala Lumpur: KPM. ________. Buku Panduan Pelaksanaan Model-model Pengajaran Pembelajaran dan Kokurikulum Tahun 2 j-QAF. Kuala Lumpur: KPM.

dan

________. 2005. Buku Panduan Pelaksanaan Model-model Pengajaran dan Pembelajaran dan Kokurikulum Tahun 2 j-QAF. Kuala Lumpur: KPM. ________. 2006. Buku Panduan Kursus Pemantapan Guru-guru j-QAF. Kuala Lumpur: KPM. Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. 2010. Laporan Pencapaian Pelajar Program jQAF Negeri Melaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. t.th. Peraturan Majlis Tadarus al-Quran (MTQ). Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. ________. 2002. Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ________. 2003. Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. ________. 2004. Huraian Sukatan Kelas Kemahiran al-Quran. Kuala Lumpur: Bahagaian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral. ________. 2005a. Modul Pengajaran Pendidikan lslam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ________. 2005b. Format Pentaksiran Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. 1970. “Determining Sample Size for Research Activities”. Educational and Psychological Measurement. 30: 607-610.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

320

Mohd Aderi Che Noh. 2004. Celik al-Quran di Kalangan Pelajar Tingkatan Satu Zon Pudu Kuala Lumpur. Projek Penyelidikan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Yusman Nasir. 2005. Penguasaan Kemahiran Membaca al-Quran Menerusi Sistem Qiraati di Taman Qiraati Kawasan Kajang dan Bandar Baru Bangi Selangor Darul-Ihsan. Disertasi Fakulti Pendidikan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pencapaian Tilawah Al-Quran Program j-QAF di Perak : Suatu Tinjauan Awal Paharudin Arbain Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh Misnan Jemali Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI Abstrak Menuntut ilmu merupakan suatu kewajiban. Ilmu yang utama adalah mempelajari al-Quran dan memahami kandungannya. Penegasan Rasulullah s.a.w kepada kumpulan yang belajar dan mengajar al-Quran. Pelaksanaan program j-QAF suatu bentuk tanggungjawab dan sumbangan ke arah ini. Memperkasakan tilawah alQuran sehingga khatam antara objektif utamanya. Kajian berbentuk tinjauan awal ini bagi melihat keberkesanan program dan tahap pencapaiannya. Melibatkan sampel seramai 92 murid tahun lima yang dipilih secara rawak berstrata diuji bacaan al-Quran secara syafawi dan bertulis. Dapatan keduanya berada pada tahap baik dengan skor min 75.77 % bagi ujian syafawi dan skor min 62.61 % bagi ujian bertulis. Kata Kunci: Tilawah al-Quran, Program j-QAF. Pendahuluan Mempelajari al-Quran bukan sekadar membacanya sahaja tetapi perlu difahami dan diamalkan ajarannya (Muhd Yusuf 2004). Hadith Nabi s.a.w menunjukkan kelebihan belajar dan mengajar al-Quran seperti riwayat al-Bukhari (Sahih Bukhari 1988: Jil. 3, 5127). Daripada Saidina Uthman r.a, Rasulullah s.a.w bersabda : “Orang yang paling baik di antara kamu adalah orang yang belajar al-Quran dan mengajarnya” Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan program j-QAF di peringkat sekolah rendah bagi tujuan melahirkan murid yang bukan sahaja mahir dalam bacaan al-Quran bahkan mampu khatam al-Quran sejak di sekolah rendah lagi. Harapan tinggi ini ada logiknya kerana murid-murid telah disediakan dengan Model Enam Bulan Khatamal al-Quran dan Model Tasmik yang lebih terancang.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

322

Penyataan Masalah Banyak kajian lepas telah memfokuskan kepada tahap penguasaan tilawah al-Quran di kalangan murid dan amalan pengajaran guru sama ada di peringkat sekolah rendah ataupun menengah (Mohd Alwi 2003; Mohamed Nazri 2005; Mohammad Naim 2007; Saidi 2007; Norlela 2007; Misnan 2008; Mohd Aderi 2008) yang kebanyakannya masih melaporkan kelemahan murid dalam bacaan al-Quran dan perkaitan amalan pengajaran guru dengan pencapaian murid. Kenyataan ini boleh diperbandingkan dengan laporan pencapaian murid sekolah rendah di negeri Perak bagi bulan Oktober 2010 seperti dalam jadual. Jadual 1 : Analisis Pencapaian Murid Dalam Tilawah al-Quran Program j-QAF Bagi Bulan Oktober 2010 Negeri Perak. Tahun Bil Murid Iqra’ 1- Iqra 3 Iqra’ 4 – Iqra’ 6 Tahap al-Quran Satu 20807 9151 (43.98%) 7544 (36.26 %) 4112 (19.76%) Dua 22326 5575 (24.97%) 8027 (35.95%) 8724 (39.08%) Tiga 22700 3330 (16.47%) 6607 (29.11%) 12763 (56.22%) Empat 23868 1916 (8.03 %) 5260 (22.04%) 16692 (69.93%) Lima 20061 874 (4.36%) 3229 (16.10%) 15958 (79.55%) Enam 13224 154 (1.16 %) 824 (6.23 %) 12246 (92.60%) Sumber: Sektor Pengurusan Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Perak 2010 Berdasarkan jadual 1 di atas menunjukkan tahap pencapaian murid j-QAF pada bulan Oktober 2010 bagi negeri Perak. Data menunjukkan masih terdapat keciciran dan kelemahan murid dalam menguasai tilawah al-Quran. Kenyataan ini dapat dibuktikan daripada 13,224 bilangan murid tahun 6 yang mengikuti program jQAF dalam tempoh 6 tahun, seramai 154 (1.2%) murid masih berada di tahap Iqra’ 1-3 dan 824 (6.2%) murid berada di tahap Iqra’ 4-6. Data menunjukkan seramai 978 (7.4%) murid masih berada di tahap Iqra’ 1-6 dan belum menguasai tilawah alQuran dengan baik. Begitu juga dengan murid tahun 5 yang telah mengikut tilawah al-Quran program j-QAF selama 5 tahun menunjukkan seramai 874 (4.36%) murid masih berada di tahap Iqra’ 1-3 dan 3229 (16.10%) murid berada di tahap Iqra’ 4-6. Data ini menunjukkan seramai 4103 (20.64%) masih berada di tahap Iqra’ 1-6 dan masih belum menguasai tilawah al-Quran dengan baik. Kajian Norazimah (2011) ke atas 60 murid tahun 3 di sebuah sekolah di daerah Krian Perak menunjukkan 15 murid (25%) sudah khatam al-Quran, 10 murid (16.6%) sedang berada di tahap al-Quran dan bakinya 35 murid ( 58.2%) masih tahap buku Iqra’. Kajian Che Hassan (2011) terhadap 60 murid tahun 6 di sebuah sekolah daerah Kuala Kangsar, Perak menunjukkan 54 murid (90%) belum khatam al-Quran dan hanya 6 murid (10%) sudah khatam al-Quran. Manakala dari aspek kebolehan membaca al-Quran, dapatan menunjukkan hanya 10 murid (16%) lancar

323

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

membaca al-Quran dan bakinya 30 murid (50%) sederhana lancar dan 20 murid (33.3 %) berada di tahap lemah dan tidak lancar membaca al-Quran. Objektif Kajian Objektif khusus yang ditetapkan dalam kajian ini iaitu: 1. Mengkaji tahap pencapaian tilawah al-Quran murid tahun lima program j-QAF di sekolah rendah. Persoalan Kajian Persoalan kajian yang ditetapkan dalam kajian ini iaitu: 1. Apakah tahap pencapaian tilawah al-Quran murid tahun lima program j-QAF di sekolah rendah. Metodologi Kajian Kajian ini berbentuk deskriptif yang dilaksanakan secara kuantitatif. Data kuantitatif diperolehi melalui kaedah tinjauan soal selidik dan ujian pencapaian tilawah al-Quran. Di samping soal selidik, kajian ini juga menggunakan ujian tilawah bagi mengukur tahap pencapaian murid berdasarkan skor markah yang ditetapkan. Menurut Mohd Majid (2005) bahawa melalui sesuatu ujian ianya dapat mengukur tahap penguasaan dan kemahiran pelajar dalam sesuatu bidang. Kajian ini akan dijalankan di lapan buah sekolah kebangsaan (SK) dalam negeri Perak. Negeri Perak dijadikan lokasi kajian sebagai tinjauan awal sebelum dilaksanakan di lokasi yang lebih besar. Ujian tilawah dilakukan dalam dua bentuk iaitu ujian syafawi dan ujian bertulis. Kedua ujian ini dilakukan kepada 96 murid tahun lima. Pemilihan murid bagi setiap sekolah dilakukan secara rawak berstrata dan turut mengambil kira tahap pencapaian bacaan murid berdasarkan data sedia ada iaitu murid di tahap baik, sederhana dan lemah. Pemilihan ayat bagi ujian syafawi merangkumi ayat 1 hingga 17 daripada surah al-Mu’minun (satu muka surat) telah digunakan bagi mengukur tahap sebenar pencapaian murid j-QAF dalam tilawah al-Quran. Ujian tilawah al-Quran berbentuk syafawi ini dilaksanakan dengan cara murid membaca secara lisan di hadapan penilai. Pemarkahan ujian syafawi dibahagikan kepada tajwid, fasahah, suara dan gaya. Bagi ujian bertulis merangkumi soalan objektif aneka pilihan yang terdiri daripada 10 soalan. Soalan ujian tilawah bertulis ini diubahsuai daripada himpunan soalan bahagian tilawah al-Quran yang digunapakai dalam Peperiksaan Sijil Pendidikan Islam (SPI) dan digubal oleh Sektor Pendidikan Islam, JPN Perak

324

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

berdasarkan JPU yang ditetapkan. Skop soalan berkaitan cara bacaan al-Quran dan hukum tajwid. Dapatan Kajian Dan Perbincangan Berdasarkan Jadual 2 dibawah berkaitan dengan demografi murid yang dijadikan sampel kajian, terdiri daripada 92 orang mewakili (100%) adalah murid tahun lima daripada 8 buah sekolah di negeri Perak. Dari segi lokasi 52 orang mewakili (56.5 %) adalah murid bandar dan 40 orang mewakili ( 43.5%) adalah murid luar bandar. Dari aspek jantina 44 orang mewakili ( 47.7%) adalah murid lelaki dan 48 orang bersamaan (52.2%) adalah murid perempuan. Dapatan kajian menunjukkan tahap bacaan murid sebahagian besarnya sudah menguasai bacaan al-Quran iaitu hanya seorang murid bersamaan (1.1%) masih membaca Iqra’ 5, seorang murid lagi bersamaan (1.1 5 %) berada di Iqra’ 6 dan bakinya 89 orang mewakili ( 96.7 %) murid sudah menguasai al-Quran. Dapatan juga menunjukkan 43 murid bersamaan (46.7 %) sudah khatam al-Quran dan bakinya 49 murid bersamaan (53.2%) belum khatam al-Quran. Data menunjukkan 57 murid mewakili (62 %) belajar al-Quran dengan ibu bapa dan bakinya 35 murid mewakili (38 %) menyatakan tidak belajar dengan ibu bapa. Hasil dapatan menunjukkan 67 murid mewakili (72.8 %) menyertai kelas KAFA dan bakinya 25 murid mewakili (27.2 %) tidak menghadiri kelas KAFA. Secara keseluruhannyanya profil murid tahun lima di sekolah rendah di negeri Perak adalah seperti dalam jadual di bawah. Jadual 2 : Profil Murid Tahun Lima Yang Terlibat Dengan Ujian Pencapaian Tilawah al-Quran Penyataan Lokasi Jantina

Bandar Luar Bandar

Kekerapan 52 40

Peratus 56.5 % 43.5 %

Lelaki Perempuan

44 48

47.8 % 52.2 %

Tahap Bacaan

Iqra’ 5 Iqra’ 6 Al-Quran

1 1 89

1.1 % 2.2 % 96.7 %

Khatam

Sudah khatam Belum khatam

43 49

45.7% 52.2 %

325

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Belajar dgn Ibu bapa Hadir KAFA

Ya Tidak

57 35

62.0 % 38.0%

Ya Tidak

67 25

72.8 % 27.2 %

92

100 %

JUMLAH KESELURUHAN

Dari segi gred pemarkahan dan peringkat ( tahap ) pencapaian, penyelidik merujuk kepada gred dan peringkat berdasarkan e-Pelaporan j-QAF, KPM yang diubahsuai seperti dalam jadul di bawah. Jadual 3 : Gred Skor Yang Diubahsuai Daripada e-Pelaporan j-QAF, KPM. Gred A+ A B C D E

Julat Skor 90 – 100 80 – 89 60 – 79 40 – 59 20 – 39 0 - 19

Peringkat / Tahap Cemerlang Amat Baik Baik Sederhana Lemah Sangat Lemah

Hasil dapatan daripada kedua-dua ujian iaitu syafawi dan bertulis seperti dalam jadual di bawah. Jadual 4 : Dapatan Skor Ujian Syafawi dan Ujian Bertulis Murid Tahun Lima Gred A+ A B C D E Jumlah Murid

Skor Ujian Syafawi 6 (6.5%) 30 (32.6%) 53 (57.6%) 3 (3.2 %) 0 0 92 (100 %)

Skor Ujian Bertulis 23 (25%) 10 (10.8%) 24 (26.08%) 21 (22.8%) 11 (11.9%) 3 (3.2%) 92 (100 %)

Skor min (syafawi) 75.77 % dan sisihan piawai 8.51 Skor min (bertulis) 62.61 % dan sisihan piawai 24.35 Dapatan kajian daripada ujian syafawi responden menunjukkan skor min (75.77 % ) berada pada tahap baik. Hasil kajian menunjukkan 6 murid mewakili (6.5 %) berada pada tahap cemerlang, 30 murid mewakili (32.6 %) berada pada

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

326

tahap amat baik dan sebahagian besar murid iaitu 53 orang mewakili (57.6%) berada pada tahap baik bacaannya. Hanya 3 murid mewakili (3.2 %) dilaporkan berada pada tahap sederhana. Tiada murid pada tahap lemah dan sangat lemah. Dapatan kajian ujian bertulis menunjukkan skor min (62.61% ) juga pada tahap baik. Hasil kajian menunjukkan 23 murid mewakili (25%) berada pada tahap cemerlang, 10 orang mewakili (10.8%) murid berada pada tahap amat baik, 24 murid mewakili (26.8%) berada pada tahap baik dan 21 murid mewakili (22.8%) berada pada tahap sederhana. Terdapat 11 murid (11.9%) berada pada tahap lemah dan 3 murid (3.2%) berada pada tahap amat lemah. Rumusan Dan Cadangan Secara umumnya dapatan kajian menunjukkan pencapaian murid dalam ujian syafawi tilawah al-Quran berada pada tahap baik dengan skor min ( 75.77 %) dan sisihan piawai ( 8.51). Namun pencapaian dari segi kualiti bacaan perlu ditingkatkan lagi terutama dari aspek penguasaan tajwid dan fasahah. Bagi Guru Pendidikan Islam dan Guru j-QAF perlu lebih peka dengan pencapaian dan tahap perbezaan muridnya dalam tilawah al-Quran dan sentiasa berusaha keras bagi memastikan slogan j-QAF tanpa gagal terlaksana dengan jayanya. Kaji ini merupakan tinjauan awal dengan bilangan sampelnya yang kecil dan mungkin juga tidak menyeluruh dari segi persampela. Dicadangkan kajian yang lebih luas berkaitan dengan pencapaian tilawah al-Quran program j-QAF dengan saiz sampel yang lebih besar dan menyeluruh amat wajar dilaksanakan dalam tempoh yang terdekat ini. Rujukan Kementerian Pelajaran Malaysia. 2007. Buku Panduan Dasar, Pelaksanaan dan Pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum Program j-QAF. Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, KPM. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2007. Buku Panduan Pelaksanaan Model-Model Pengajaran dan Pembelajaran dan Kokurikulum j-QAF. Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, KPM. Misnan bin Jemali. 2008. Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Tilawah al-Quran Sekolah-Sekolah Menengah. Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

327

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Mohamed Nazri bin Mohamed Nor. 2007. Tahap Penguasaan Iqra’ Di Kalangan Murid Tahun Satu Di Sebuah Sekolah Kebangsaan Di Zon Bangsar. Disertasi Sarjana, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Mohd Aderi bin Che Noh. 2008. Hubungan Antara Amalan Pengajaran Guru dan Pencapaian Tilawah al-Quran Pelajar Tingkatan Dua Di Malaysia. Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putera Malaysia. Mohammad Naim bin Mat Salleh. 2007. Pencapaian Tilawah al-Quran Melalui Program j-QAF Bagi Murid-Murid Sekolah Rendah Daerah Setiu, Terengganu. Jurnal Penyelidikan, Jabatan R&D Institut Perguruan Kuala Terengganu, Jilid V, 2007. Mohd Majid Konting. 2005. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Norlela binti Harun. 2007. Tahap Kesediaan Guru j-QAF Dalam Melaksanakan Model Khatam al-Quran, Tinjauan Di Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Langat. Tesis Sarjana, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Saidi bin Mohd. 2007. Keupayaan Bacaan al-Quran di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Di Beberapa Buah Sekolah Menengah Terpilih Di Terengganu. Dalam Jurnal Penyelidikan, Jabatan R&D Institut Perguruan Kuala Terengganu, Jilid V. Rozita Md. Noh, Ab. Halim Tamuri, Mohd Aderi Che Noh & Mohd Isa Hamzah (2011). Tahap Penguasaan Tilawah al-Quran Dalam Pendidikan Islam Sekolah Rendah Di Selangor. Dalam Proseding Penyelidikan “International Conference and Exhibition On Research In Islamic And Arabic Language Education 2011” pada 26-28 September 2011. Langkawi, Kedah.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

328

Pengupayaan Kepimpinan Guru j-QAF Rofishah Rashid Institut Pendidikan Guru , Kampus Dato` Razali Ismail, Kuala Terengganu(IPG KDRI) Hailan Salamun Universiti Malaysia Terengganu(UMT) Abstrak Artikel ini bertujuan membincangkan cadangan kertas konsep kepemimpinan Guru j -QAF di sekolah yang merujuk kepada kepemimpinan rabbani. Pertimbangan moral menjadi asas dalam pembinaan kepemimpinan rabbani untuk meningkatkan pengupayaan kepimpinan dalam kalangan guru-guru j-QAF. Guru-guru yang memiliki pengupayaan kepimpinan boleh memberikan kerjasama yang baik melaksanakan setiap aktiviti sekolah. Guru-guru sentiasa memberikan kerjasama yang positif bagi mencapai matlamat visi dan misi sekolah. Kepimpinan guru-guru jQAF semakin terserlah sekiranya mereka dapat meningkatkan kemahiran memimpin, optima profesionalisme keguruan dan mengembangkan iltizam kerja. Kata kunci: Guru Pendidikan Islam j-QAF, Kepemimpinan Rabbani, Kehalusan memimpin, Optima Profesionalisme Keguruan, Kembangkan Iltizam Kerja This article aims to discuss a concept paper of j-QAF teacher leadership in schools which refers to Rabbani leadership. Moral judgment in the construction of the foundation for the empowerment of leadership truly the Cherisher of leadership among j-QAF teachers. Teachers who have leadership empowerment can provide a good cooperation execute each school activities. The teachers always give positive cooperation to achieve the vision and mission of the school. J-QAF teachers’ Leadership to the surface if they can improve leadership skills, professionalism and develop optimal work commitment. Keywords: j-QAF Islamic education teachers, Rabbani Leadership, fineness leading, Optimal Teaching Professionalism, Optimal work commitment. Pengenalan Kepemimpinan adalah komponen penting dalam menentukan keberkesanan sistem di sekolah. Kekuatan dan kualiti kepemimpinan terletak pada keupayaan menginstitusi dan merialisasikan visi dan misi di sekolah. Keadaan ini sebenarnya merupakan medan ujian kepada setiap pemimpin untuk menilai sejauh manakah ukuran kepemimpinannya dapat diterima dalam kalangan guru-guru di sekolah (Abdullah Sani,Abdul Rashid, Abdul Ghani Abdullah, 2007)

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

330

Dalam konteks sekolah, ramai yang menyedari kepentingan kepemimpinan pengetua sebagai usaha yang boleh menyumbang peningkatkan keupayaan sekolah bagi memenuhi Falsafah pendidikan kebangsaan. Dapatan kajian menunjukkan faktor sekolah khususnya melalui kepemimpinan pengetua boleh memberi sumbangan mewujudkan keberkesanan sekolah (Hussein Mahmood, 1997) yang akhirnya menyumbang kepada peningkatkan pencapaian akademik pelajar (Bass, 1990; Sharifah Md. Nor, 2000). Sebagaimana kata-kata Bass (1990): “Leadership is often regarded as the single most important factor in the success or failure of schools.” Pada masa kini, kepemimpinan tidak lagi memberi fokus kepada hanya seorang pengetua sebagai pemimpin. Guru-guru juga memainkan peranan menggerakkan perubahan untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar di sekolah. Perkongsian kuasa kepemimpinan antara pengetua dan guru mula membanjiri konsep kepemimpinan dalam pendidikan. Tanggungjawab memimpin mulai berkembang dari seorang pengetua mengalir ke bawah kepada guru yang diistilahkan sebagai “distributed leadership”, “teacher leadership”, “shared leadership” (Hallinger, 2003). Konsep kepemimpinan menurut kacamata Islam merupakan satu tanggungjawab mengendalikan sesuatu urusan (Haron Din, 1988). Setiap seseorang berperanan sebagai pemimpin sebagaimana maksud hadis yang sahih dilaporkan oleh Ibnu Umar (Abd. al-Baqi, 1980): “Setiap orang daripada kamu adalah penggembala (pemimpin) dan setiap penggembala (pemimpin) itu bertanggungjawab mengenai yang dipimpinnya.” (Muttafaq ‘Alayaih, kitab al-imarah) Kertas konsep ini akan mengenengahkan pengupayaan kepimpinan yang seharusnya ditonjolkan oleh guru j-QAF bagi membantu pengetua meningkatkan kemajuan sekolah. Sebagai salah seorang individu yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program j-QAF, penulis merasa terpanggil untuk berkongsi pandangan dalam membicarakan isu ini agar ianya dapat membantu ke arah memperkasakan program j-QAF. Guru Pendidikan Islam j-QAF Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain yang dilaksanakan di peringkat persekolahan rendah. Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan,

331

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan jadual waktu sedia ada. (Panduan Dasar Dan Perlaksanaan j-QAF). Dalam konteks pelaksanaan program j-QAF guru-guru bertanggungjawab dalam melaksanaan model-model yang terkandung dalam kurikulum j-QAF iaitu model Kelas Pemulihan Jawi, Model 6 bulan Qatam al-Quran, Model Tasmi` AlQuran, pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi dan Pelaksanaan Kem Bestari Solat. Guru-guru j-QAF adalah pembimbing yang bertindak sebagai setiausaha dan penyelaras kepada pelaksanaan model-model tersebut ( Buku Panduan Pelaksanaan Model-model pengajaran j-QAF, 2004). Guru-guru j-QAF juga dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas utama dalam pengurusan sekolah, seperti setiausaha mesyuarat, penyelaras akademik, Guru Penasihat Persatuan dan Kelab dalam aktiviti ko-kurikulum dan sebagainya. Tugas-tugas tersebut memainkan peranan penting bagi menjayakan program-program di sekolah. Tugas yang disandarkan kepada guru-guru pendidikan Islam dan guru-guru jQAF mempunyai peranan yang sama besar dengan guru-guru akademik. Komitmen tinggi guru-guru j-QAF menggalas tanggungjawab membimbing pelajar menghayati ajaran Islam memerlukan masa yang panjang. Guru-guru bukan sahaja bertanggungjawab menyampaikan kandungan dalam sukatan pelajaran, tetapi juga mampu untuk membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah. Para pelajar bukan sekadar hanya memahami setiap ilmu yang dipelajari. Mereka juga dituntut agar dapat membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Hanya guru-guru yang dapat menghayati tuntutan ajaran Islam sepenuhnya mampu melaksanakan tugas yang berat ini. Guru yang baik adalah guru yang sentiasa mahu mempertingkatkan diri dan melihat di mana kelemahan diri untuk diperbaiki dari semasa ke semasa (Asariah Mior, 2009). Ini adalah kerana guru-guru j-QAF merupakan pakar rujuk yang diakui kredibiliti dari sudut ilmu dalam bidang agama. Mereka harus menggunakan kemampuan ilmu yang ada untuk menjernihkan kekeliruan apabila diajukan tentang persoalan berkait dengan aqidah, syariah, hukum-hakam serta akhlaq. Guru-guru jQAF berkemahiran mengaitkan segala persoalan dan isu dengan memberi jawapan yang berlandaskan dalil-dalil al-Qur’an dan Sunnah. Kemahiran ini yang melayakkan mereka digelar sebagai sebagai pakar rujuk dan juga Tuan Guru kepada guru-guru, kakitangan pentadbiran serta murid-murid. Walau bagaimanapun tidak dapat dinafikan terdapat guru-guru j-QAF yang mengajar seumpama “melepaskan batuk di tangga”, atau “ sambil lewa’. Ada juga guru-guru j-QAF tidak mampu menunjukkan iltizam kerja yang tinggi berkaitan dengan kelayakan ikhtisas, seolah-olah mereka “tidak berminat” dengan profesion perguruan. Keadaan ini boleh mendatangkan persepsi yang negatif seperti perasaan buruk sangka terhadap keupayaan mereka menjalankan amanah mendidik, atau

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

332

kerana tiada peluang kerja lain yang lebih diminatinya (Mohd Ariffin, Mohd Rizuan, Abdul Salam, 2011) Berdasarkan temubual dengan guru besar di beberapa buah sekolah di Terengganu, sebahagiannya menyatakan tidak berpuas hati terhadap peranan yang dimainkan oleh GPI j-QAF. Kebanyakan guru j-QAF di sekolah tidak begitu memainkan peranan yang diharapkan pihak sekolah. Sebahagian mereka tidak dapat menonjolkan diri memimpin sesuatu majlis, dan ada yang suka memencilkan diri di surau. Kepemimpinan Guru j-QAF Kepemimpinan merupakan kemampuan seseorang untuk mempengaruhi, membimbing, mengarahkan dan menggerakkan orang lain agar mereka mahu bekerja dalam rangka mencapai tujuan bersama. Kepemimpinan juga diertikan sebagai keperibadian seseorang yang mendatangkan keinginan kepada orang lain untuk mencontohinya hingga mempunyai kekuatan melakukan apa yang dikehendaki (Baharudin & Umiarso, 2012). Sepuluh kehebatan yang menjadi senjata dalam kepemimpinan guru j-QAF iaitu: i) menjadi rujukan, ii) didampingi, iii) diiktiraf, iv) dihormati, v) dipercayai, vi) di barisan hadapan, vii) dicontohi, viii) dicari, ix) dirasai akan manfaatnya, x) disayangi akan sumbangan dan baktinya (Modul Kursus Khas GPI; 2006). Dengan beberapa kehebatan yang dimiliki oleh Guru j-QAF ini perlu disusuli dengan kemahiran memimpin kerana kemahiran memimpin merupakan aspek penting yang dapat membantu memenuhi tanggungjawab melahirkan modal insan cemerlang. Kemahiran memimpin merupakan aspek penting yang dapat membantu memenuhi tanggungjawab melahirkan modal insan cemerlang (Hailan Salamun & Rofishah Rashid, 2012). Guru yang memiliki kemahiran memimpin akan dapat menjalankan amanah untuk mengurus hal ehwal pendidikan yang merangkumi kebaikan hidup di dunia dan juga akhirat. Selain daripada kemampuan guru boleh menguasai ilmu, mereka juga memiliki kemahiran yang berkaitan dengan kepimpinan pengajaran. Dalam kepemimpinan guru j-QAF di sekolah, kejayaan memimpin adalah bergantung kepada sejauh mana kemampuan mereka dapat mempengaruhi warga sekolah menjayakan program yang dirancang. Mereka berusaha bekerja bersama-sama dengan pihak pengurusan, guru-guru dan juga murid mencapai misi yang ditetapkan. Kepemimpinan Rabbani Asas Pengembangan Pengupayaan Kepimpinan Tidak banyak kajian yang menyentuh hubungan kepemimpinan dengan moral dan etika (Antonakis, Cianciolo, & Sternberg, 2004; Ciulla, 2004; Covey, 2004; Gill, 2006). Kajian kepemimpinan kebanyakannya dikaitkan dengan proses

333

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

mempengaruhi subordinate dalam pengurusan sesebuah organisasi (Bush, 2003; Ciulla, 2004). Kepemimpinan Rabbani merupakan model kepemimpinan alternatif bagi mengisi kekurangan model kepemimpinan yang menitikberatkan nilai bersandarkan paradigma tawhid. Kepemimpinan Rabbani diertikan sebagai seseorang yang berkemampuan memimpin, berilmu pengetahuan dan sentiasa menghubungkan pekerjaannya dengan Allah s.w.t. ( Hailan Salamun & Rahimah Hj. Ahmad, 2012). Model ini menawarkan kesepaduan nilai agama dengan amalan kepemimpinan yang membawa orang yang dipimpin mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Model Kepemimpinan Rabbani tidak dapat lari daripada model kepemimpinan yang ditunjukkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Rasulullah sebagai manusia unggul merupakan contoh teladan sepanjang zaman telah diperakui sejarah dan tercatat di dalam al-Quran. Rosnani (1998) berpendapat guru-guru seharusnya memainkan peranan memimpin warga sekolah untuk mewujudkan budaya sekolah yang dapat menghidupkan nilai-nilai akidah dan akhlak yang tinggi. Keadaan ini akan dapat mendorong seseorang melakukan kebaktian dalam pekerjaannya untuk mendapatkan keredaan Allah s.w.t. Mereka akan bekerja sehabis baik membimbing para pelajar menghayati ilmu dan mengamalkan ilmu dalam kehidupan mereka. Guru digambarkan sebagai seorang manusia yang bekerja bukan sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan, tetapi juga berkeupayaan membimbing para pelajar untuk menghayati ajaran Islam. Para pelajar dibimbing hingga sampai pada satu peringkat dapat menjadikan tawhid sebagai asas menggerakkan segala amal perbuatan menjadi satu ibadat. Pertimbangan Moral dalam Kepimpinan Kajian kepemimpinan sebelum ini banyak mengaitkan penggunaan akal dengan keupayaan memimpin. Namun keupayaan individu berbeza-beza mengendalikan sesuatu urusan. Pemimpin menggunakan pendekatan yang berlainan menangani masalah kepemimpinan. Dapatan kajian menunjukkan pemimpin yang cerdas ada kaitan dengan keupayaan memimpin tetapi lemah dalam pengurusan. Kecerdasan berbahasa contohnya mempunyai hubungan yang tinggi dengan keupayaan memimpin jika dibandingkan dengan kecerdasan lain. Dapatan kajian juga menunjukkan pemimpin yang lebih cerdas daripada orang yang dipimpin mempunyai hubungan yang positif dengan kepemimpinan berkesan (Fiedler & Garcia, 1987). Ibn Khaldun (2006) menjelaskan bahawa Allah telah memberikan ciri yang khusus kepada manusia untuk mengatur dan menyusun semua tindakan sejajar dengan fikirannya. Akal fikiran yang dikurniakan merupakan kelebihan yang dimiliki manusia jika dibandingkan dengan makhluk-makhluk yang lain. Islam mengajak seluruh manusia agar mempergunakan akal serta kebolehan semula jadi mereka untuk membuat pertimbangan terhadap semua keperluan hidup dengan

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

334

membuat pilihan dalam keadaan yakin (al-Faruqi, 1991). Manusia secara fitrahnya akan mengambil pertimbangan yang boleh memberi manfaat untuk kepentingan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Banyak ayat yang diturunkan oleh Allah s.w.t. mengajak manusia menggunakan akal dengan wajar untuk berfikir, membezakan yang baik dengan buruk, mencari kebenaran, mencari Tuhan dengan berfikir tentang kejadian alam, dan sebagainya. Setiap manusia akan bertindak setelah membuat pertimbangan tertentu. Pertimbangan yang membawa ke arah kebaikan sering dikaitkan dengan nilai moral. Covey (2004) menggunakan perkataan conscience bagi menggambarkan dorongan moral seseorang. Conscience diertikan sebagai pencetus minda manusia yang menerangkan baik dan buruk terhadap sesuatu perbuatan (English-Malay Dictionary, 2003). Conscience seseorang menjadi aktif apabila kecerdasan rohani (SQ) dapat mempengaruhi aktiviti manusia. Setiap amal kebaikan mempunyai hubungan dengan minda setelah kecerdasan rohaninya bertindak balas secara aktif. Keadaan ini menggambarkan seseorang yang melakukan kebaikan adalah hasil daripada pertimbangan moral yang sangat aktif menggerakkan tingkahlaku. Ringkasnya, pertimbangan moral merupakan pencetus tingkahlaku manusia untuk melakukan setiap amal kebaikan. Di dalam Islam akal merupakan salah satu syarat yang menentukan kedudukan amal ibadah seseorang. Tanpa akal seseorang tidak dipertanggungjawabkan di atas perbuatannya. Manakala sifat ego merupakan musuh tradisi yang mengaburi kecerdasan rohani bertindak aktif mempengaruhi amal kebaikan dengan ikhlas. Pertimbangan yang dipengaruhi kecerdasan rohani tidak akan bertindak bertentangan dengan nilai moral. Seseorang yang dapat menyempurnakan amal kebaikan dengan ikhlas akan menemui ‘makna’, ‘kebahagiaan’, dan keharmonian hidup. Manakala seseorang yang membuat pilihan yang bertentangan akan menerima kesan sebaliknya (Taufik Pasiak, 2008; Covey, 2004). Pemimpin seharusnya mempunyai misi yang jelas untuk mencapai matlamat kepemimpinan (Siti Aisyah Abd. Rahman, 2006). Seorang pemimpin yang baik mempunyai kebolehan melihat keperluan tertentu apabila menghadapi suatu situasi yang rumit. Pemimpin yang bijak akan memilih tumpuan perubahan yang betul sebagai kunci ke arah penambahbaikan sekolah dan peningkatan pencapaian prestasi pelajar (Waters, Marzano dan McNulty, 2003). Pertimbangan moral seseorang akan mengambil tempat untuk menyelesaikan masalah dengan menyesuaikan keutamaan memilih tindak balas melalui kecerdasan rohani atau kecerdasan emosi ataupun kecerdasan intelek secara aktif. Proses mendiagnosis masalah yang dihadapi sangat penting untuk mendapatkan maklumat tentang nilai-nilai dan norma sesebuah sekolah (Sharifah Md. Nor, 2000). Usaha ini dapat membantu guru-guru j-QAF mengenali sekolah dengan lebih dekat dan seterusnya dapat menetapkan matlamat bersesuaian dengan keperluan dan situasi yang ada.

335

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Kehalusan Memimpin Guru yang memiliki kemahiran memimpin akan dapat menjalankan amanah untuk mengurus hal ehwal pendidikan yang merangkumi kebaikan hidup di dunia dan juga akhirat. Kepemimpinan daripada perspektif Islam dikaitkan dengan tanggungjawab untuk menjalankan amanah Allah s.w.t. bagi memimpin umat manusia dan memakmurkan alam ini dengan adil dalam rangka mendapatkan keredaan Allah s.w.t (Ali Moh’d Jubran, 2004; Haron Din, 1988; Ibn Taymiya (1992); Al-Mawardi (1973); dan Ibn Khaldun (2006). Guru yang merasai hati budinya yang memimpin akan sentiasa mengambil pertimbangan moral melaksanakan amalan kepemimpinannya. Hatinya sentiasa cenderung melakukan sesuatu yang dapat menggabungjalin pendidikan berteraskan akademik dan pendidikan berteraskan agama. Kehalusan kepimpinan guru dapat dipertingkatkan melalui usaha membina kemahiran memimpin dengan meningkatkan profesionalisme keguruan dan memantapkan iltizam kerja. Ada kajian yang menemukan fakta bahawa pengetua memainkan peranan penting bagi membangunkan kepemimpinan guru di sekolah. Keadaan ini berkaitan dengan faktor kepemimpinan guru yang boleh mempengaruhi kewujudan sekolah berkesan (Alma Harris, 2003; Katzenmeyer dan Moller, 2001; Frost dan Durrant, 2002; Leithwood, Jantzi, dan Steinbach, 1999). Guru-guru dapat dipertingkatkan kemahiran kepemimpinanya sekiranya mereka boleh berusaha mempertingkatkan diri memperbaiki kelemahan yang ada, seperti mendapat: (i) sokongan pengetua, (ii) mempunyai kemahiran komunikasi dan pentadbiran, (iii) memahami budaya organisasi, dan (iv) menilai semula sistem kuasa yang bercorak tradisional dan peranannya di sekolah. Hailan (2010) menjelaskan pengupayaan kepimpinan guru boleh ditingkatkan melalui penglibatan mereka dalam: (i) membuat keputusan, (ii) pentadbiran, (iii) mengetua kumpulan atau jawatankuasa kerja, (iv) mengenalpasti masalah pengurusan sekolah. Memberi galakan kepada guru menjadi pemimpin di luar kelas merupakan sebahagian budaya dalam kepemimpinan pendidikan. Sekolah kini menuju ke arah konsep komuniti pembelajaran yang memerlukan guru-guru membina kepemimpinan yang dapat melahirkan suasana kerja profesional di sekolah. Di dalam komuniti pembelajaran, guru-guru boleh bertindak sebagai pemimpin sesuatu komuniti dengan menunjukkan sikap sukakan belajar. Guru-guru j-QAF seharusnya boleh memimpin rakan guru lain dengan mewujudkan suasana keterlibatan dan kerjasama dalam semua aktiviti. Optima Profesionalisme Keguruan Profesionalisme diertikan sebagai sifat-sifat kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu perkara sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan secara profesional (Dewan bahasa, 2005). Kajian berbentuk meta analisis

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

336

telah merumuskan guru adalah indikator utama yang mempengaruhi pencapaian pelajar. Guru-guru seharusnya dapat mengamalkan kepemimpinan pembelajaran yang akan melahirkan orang di bawahnya menjadi pemimpin (Durrant & Holden, 2006). Hailan (2010) menyarankan agar guru-guru berusaha mempertingkatkan profesionalisme dengan: (i) menambah pengetahuan bidang pengkhususan masingmasing, (ii) mempelbagaikan teknik pengajaran, (iii) memahami gaya pembelajaran pelajar, (iv) mempunyai jangkaan tinggi terhadap keupayaan pelajar, (v) matlamat pengajaran guru diserasikan denganmatlamat sekolah, dan (vi) mengguna sumber pengajaran secara optima. Kemahiran yang diperoleh akan dapat membantu mereka meningkatkan kepakaran pengkhususan mengikut minat dan kecenderungan. Kelebihan yang ada menjadikan mereka lebih yakin dan dapat memberi tunjuk ajar kepada guru-guru yang baru. Kadang-kadang mereka boleh menjadi pakar rujuk yang sentiasa menjadi sumber profesionalisme dalam kalangan guru-guru di sekolah. Kemahiran yang ada juga dapat membantu pengajarannya untuk melahirkan para pelajar yang cemerlang. Mengembang Iltizam Kerja Iltizam diertikan sebagai keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu komitmen (Dewan bahasa, 2005). Penurunan tanggungjawab memimpin dalam kalangan guru-guru adalah dengan melibatkan perkongsian tanggungjawab untuk bekerja secara berpasukan. Kepemimpinan bukan sahaja terletak di tangan seseorang individu (pemimpin) di peringkat atasan tapi warga sekolah lain turut berhak diberikan kuasa untuk membuat suatu keputusan. Komitmen guru-guru j-QAF untuk memberikan iltizam kerja yang optima boleh dipertingkatkan apabila mereka sentiasa diberikan suntikan motivasi. Guruguru seharusnya mempunyai motivasi kerja yang tinggi dan dapat mempengaruhi guru-guru yang lain. Apabila motivasi dikaitkan dengan tanggungjawab beribadah dapat mengembalikan kekuatan untuk bekerja dengan lebih tekun. Guru-guru juga boleh diminta untuk bersama-sama meningkatkan kecemerlangan sekolah. Perkongsian matlamat untuk menjayakan cita-cita yang murni boleh meningkatkan semangat untuk bekerja dengan lebih dedikasi. Kajian Frost dan Durrant (2002) membuktikan bahawa prestasi kerja guru dapat ditingkatkan apabila seseorang pemimpin dapat memainkan peranan untuk; i) mengesan prestasi guru, ii) mengesan sekolah sebagai sebuah organisasi, iii) mengesan aktiviti guru yang melangkaui sekolah iv) kesan pembelajaran murid. Hailan (2010) menyatakan iltizam kerja guru dapat dipertingkatkan melalui usaha (i) meningkatkan motivasi diri dan warga sekolah yang lain, (ii) bersungguh – sungguh mencapai piawaian kecemerlangan, (iii) berusaha mencapai sasaran sebagaimana

337

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

dirancang, (iv) mencari peluang meningkatkan prestasi sekolah, (v) bersabar menempuhi halangan dan kekecewaan ketika menjalankan tugas. Kesimpulan Kepemimpinan Guru j -QAF di sekolah merujuk kepada kepemimpinan rabbani akan sentiasa mengambil pertimbangan moral yang bersesuaian dengan kecerdasan tertentu sama ada intelek, emosi dan juga rohani. Guru-guru j-QAF yang memiliki pengupayaan kepimpinan boleh memberikan kerjasama yang baik melaksanakan setiap aktiviti sekolah. Mereka akan sentiasa memberikan kerjasama yang positif bagi mencapai matlamat visi dan misi sekolah. Kepemimpinan guru-guru j-QAF semakin terserlah sekiranya mereka dapat meningkatkan kemahiran memimpin, mengoptimakan profesionalisme keguruan dan mengembangkan iltizam kerja di sekolah. Guru-guru j-QAF yang diberikan tanggungjawab mengetuai bidang, ataupun unit tertentu sentiasa digalakkan memenuhi sasaran sebagaimana yang telah dirancang. Guru-guru j-QAF boleh bersama-sama mempertingkatkan prestasi unit tertentu dalam merancang aktiviti sekolah. Mereka juga sentiasa mengambil kira keperluan untuk meningkatkan pencapaian akademik para pelajar. Pada masa yang sama guru-guru j-QAF boleh mengambil peluang bekerjasama dengan pihak luar bagi mempertingkatkan prestasi sekolah. Kesungguhan dan kesabaran merupakan ciri-ciri yang harus berjalan seiring dalam usaha merealisasikan setiap perancangan yang ditetapkan. Ciri-ciri ini akan memberi kekuatan dan keyakinan terhadap barisan guru-guru j-QAF bagi meningkatkan pengupayaan kepimpinannya. Rujukan Al-Quran al-Karim. Al-Mawardi, Abi al-Hasan Ali bin Muhammad bin Habib al-Basri al-Baghdadi. (1973). al-ahkam al-sultaniyyah wa al-wilayat al-diniyyah. Al-Kaherah, Mesir: Maktabah wa Muttabiah Mustafa al-Bab Al-Faruqi, Ismail. (1991). Pengislaman ilmu. Diterjemah oleh Mustafa Kasim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abd. al-Baqi, Muhammad Fu’ad. (1980) al-Lu'lu' wal marjan : Himpunan Hadits Sahih disepakati oleh Bukhari dan Muslim, Surabaya : P.T. Bina Ilmu. Abdullah Sani Yahya, Abdul Rashid Mohamed, & Abdul Ghani Abdullah. (2007). Guru sebagai pemimpin. Kuala Lumpur: PTS Professional.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

338

Ali Moh’d Jubran Saleh (2004). Principal leadership and creavity: A study of Islamic schools principals in Jordan. PhD thesis, Faculty of Education, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Asariah binti Mior Shaharuddin. (2009). The Next Generation of Teachers: The Malaysian Perspective. Paper presented at The 13th UNESCO-APEID International Conference on Education and World Bank-KERIS High Level Seminar on ICT in Education. Dimuat turun pada 24 Febuari 2012 daripada http://www.unescobkk.org/fileadmin/user_upload/apeid/Conference/13th_Co nference/PPT/Asariah_Mior_Shaharuddin_ppt.pdf Antonakis, J., Cianciolo, A. T., & Sternberg, R. J. (2004). The nature of leadership. Thousands Oaks, CA: Sage. Bass, B. M. (1990). From transactional to transformational leadership: Learning to share the vision. Organizational Dynamics, 18(3), 19-32. Bush, T. (2003). Theories of educational leadership and management (3rd ed.). London, UK: Sage. Ciulla, J. B. (2004). Ethics and leadership effectiveness. Dalam J. Antonakis, A. T. Cianciolo, Baharuddin & Umiarso.(2012).Kepemimpinan Pendidikan Islam.Jogjakarta, Indonesia.: AR-RUZ MEDIA. Covey, S. R. (2004). The 8th habit: From effectiveness to greatness. New York, NY: Free Press. Durrant, J., & Holden, G. (2006). Teachers leading change. (Alma Harris, Ed.). London, UK: Paul Chapman. Fiedler, F. E., & Garcia, J. E. (1987). New approaches to effective leadership. New York, NY: Wiley. Frost, D., & Durrant, J. (2002). Teachers as leaders: Exploring the impact of teacher-led development work. School Leadership and Management, 22(2), 143-161. Gill, R. (2006). Theory and practice of leadership. Thousands Oaks, CA: Sage. Hallinger, P. (2003). Leading educational change: Reflections on the practice of instructional and transformational leadership. Cambridge Journal of Education, 33(3), 329-351. Haron Din. (1988). Manusia dan Islam. Kuala Lumpur: Percetakan Watan.

339

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Hailan b. Salamun. (2010). Kepemimpinan Rabbani Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan. Institut Pengajian Kepengetuaan, Universiti Malaya. Hailan Salamun & Rahimah Hj. Ahmad. (2012). Kepemimpinan Rabbani model kepemimpinan pendidikan masa depan. Pembentangan kertas kerja dalam Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan IPTA 2012.Skudai, Johor Baharu. Hailan Salamun & Rofishah Rashid. (2012). Kepemimpinan guru Pendidikan Islam di sekolah. Prosiding Persidangan Kebangsaan Pendidikan Islam. Seremban. Harris, A. (2003) Teacher leadership as distributed leadership: Heresy, fantasy or possibility? School Leadership and Management, 23(3), 313 – 324. Dimuat turun daripada http://dx.doi.org/10.1080/1363243032000112801 Hussein Mahmood. (1997). Kepemimpinan dan sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

keberkesanan

Ibn Taymiyah, T. A. A. (1992). Al-siyasah al-shariyah fi islah al-rai wa al-raiyah. Beirut, Lebanon: Dar Al-Kutub Al-Ilmiyah. Ibn Khaldun. (2006). Mukaddimah. Kuala Lumpur. Terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka. Ismail Noor. (2002). Prophet Muhammad’s leadership the paragon of excellence altruistic management. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Katzenmeyer, M., & Moller, G. (2001). Awakening the sleeping giant: Helping teachers develop as leaders. Thousand Oaks, CA: Corwin Press. Kementerian Pelajaran Malaysia.(2004). Buku Panduan Pelaksanaan Model-model Pengajaran dan Kokurikulum j-QAF, Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral. Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia. 1984. Buku Panduan Dasar Perlaksanaan jQAF. Putrajaya : Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Modul Kursus Khas Guru Pendidikan Islam. Bahagian Dakwah dan Kepimpinan, Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

340

Leithwood K. A., Jantzi, D., & Steinbach, R. (1999). Changing leadership for changing times. Buckingham, UK: Open University Press. Marzano, R. J. (2003). What works in schools: Translating research into action. Alexandria, VA: ASCD. Mohd Ariffin Salleh, Mohd Rizuan Abd Rasip & Abdul Salam Mohamed Ibrahim. (2012). Kajian amalan pengajaran Bahasa Arab dalam kalangan guru-guru j-QAF. Prosiding Seminar Penyelidikan Zon Tengah Rosnani Hashim. (1998). Pengurusan pendidikan untuk sekolah daripada perspektif Islam. Prosiding Seminar Pendidikan Guru Untuk Sekolah Berkesan (hlm. 62-63). Sharifah Md. Nor. (2000). Keberkesanan sekolah: Satu perspektif sosiologi. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Siti Aisyah Abd. Rahman. (2006). Meningkatkan kemahiran memimpin dengan EQ. Dalam Mohd. Azhar Abd. Hamid, EQ panduan meningkatkan kecerdasan emosi. Selangor: PTS Professional. Taufik Pasiak. (2008). Revolusi IQ, EQ, SQ. Bandung: PTS Millennia. Waters, T., Marzano, R. J., & McNulty, B. (2003). Balanced leadership. A working paper what 30 years of research tells us about the effect of leadership on student achievement. [Laporan] Dimuat turun daripada http://www.educationalleaders.govt.nz/Pedagogy-and-assessment/Leadinglearning-communities/Balanced-Leadership-What-30-Years-of-ResearchTells-Us-About-the-Effect-of-Leadership-on-Student-Achievement

Pelaksanaan Model Pemulihan Jawi j-QAF di Sekolah Rendah Di Sabah Sabariah Bahrun

Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran, Sabah Saiful Akhyar Lubis Fakhrul Adabi Abdul Kadir Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Abstrak Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dan kualitatif bertujuan untuk melihat pelaksanaan Model Pemulihan Jawi j-QAF oleh guru pemulihan dalam aspek komitmen guru dan aspek-aspek pembelajaran murid. Kaedah kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik, manakala kaedah kualitatif secara temubual diaplikasikan bagi menyokong soal selidik. Pemilihan sampel soal selidik adalah seramai 36 orang guru pemulihan Jawi sekolah di Daerah Tuaran, Sabah. Bagi temubual pula adalah sebanyak dua orang guru pemulihan ditemubual. Sebanyak tiga soalan kajian telah dikemukakan untuk kajian ini dan analisa data kajian soal selidik menggunakan perisian SPSS dengan mempersembahkan kekerapan, peratus dan min. Manakala analisis temubual dengan mentranskripkan data temubual bagi menyokong dapatan soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan skor min antara 2.06 hingga 3.19 untuk aspek prestasi murid membaca dan menulis Jawi. Dalam kajian ini, dapatan temubual telah menyokong dapatan soal selidik, walau bagaimanapun beberapa pemboleh ubah-pemboleh ubah tambahan telah dikesan hasil daripada temubual. Diharap maklumat yang diperoleh daripada hasil kajian ini dapat membantu guru pemulihan dan pihak berkenaan untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul, merancang program-program yang efektif dalam pelaksanaan Model Pemulihan Jawi j-QAF bagi meningkatkan prestasi membaca dan menulis Jawi dalam kalangan pelajar pemulihan. Pengenalan Tulisan jawi adalah antara tulisan yang terawal ditemui di Nusantara. Tulisan Melayu huruf Arab ini merupakan pengaruh Islam yang meresap ke dalam kebudayaan yang mana ia sampai ke alam Melayu bersama-sama dengan kedatangan agama Islam (Kang Kyeong Seock, 1990). Tulisan Jawi juga melambangkan tamadun awal penduduk alam Melayu, kerana sebelum kedatangan Islam, masih ramai penduduk yang tidak tahu membaca dan menulis.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

342

Syed Muhammad Naquib al-Attas menulis tentang kedatangan Islam ke alam Melayu iaitu terdapatnya petempatan orang-orang Arab di Sumatera Timur pada tahun 674 Masihi bersamaan dengan tahun 55 Hijrah (Syed Muhammad Naquib alAttas, 1969). Manakala tarikh penubuhan Islam di Sumatera Utara dikatakan bermula pada tahun 1204 Masihi apabila Sultan Johan Shah menaiki takhta kerajaan. Dengan kedatangan Islam, bukan sahaja agama dan kepercayaan masyarakat di Kepulauan Melayu berubah, tetapi aspek-aspek budaya yang lain turut berubah. Syed Muhammad Naquib al-Attas berkata bahasa Melayu juga mengalami proses pengislaman. Oleh itu, tulisan Jawi telah menjadi tulisan orang Melayu sehingga sekarang, meskipun telah melalui pelbagai tahap perubahan sistem ejaan dan pasang surut penggunaannya dalam penulisan di alam Melayu amnya dan Malaysia khasnya. Program j-QAF pula adalah program yang diperkenalkan dalam sistem pendidikan sekolah rendah di Malaysia bermula pada tahun 2005. Perkataan j-QAF adalah singkatan bagi Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain. Program j-QAF mula dijalankan secara berperingkat-peringkat. Sebanyak 1221 buah Sekolah Kebangsaan seluruh negara telah terlibat dalam pelaksanaan program j-QAF peringkat pertama pada tahun 2005 (JAPIM, 2005). Kurikulum j-QAF mempunyai lima buah model yang perlu dilaksanakan. Di antara Model tersebut adalah Model Pemulihan Jawi. Program ini merupakan usaha memperkasakan pelaksanaan Pendidikan Islam di sekolah rendah. Model ini telah mula dilaksanakan di sekolah rendah seluruh Malaysia secara berperingkat sehingga kini. Pernyataan Masalah Telah banyak kajian dilakukan tentang perkembangan sistem tulisan Jawi dijalankan oleh orang Barat. Hashim Musa (1997) memetik kenyataan Shellabear yang menulis tentang perkembangan ejaan Melayu pada tahun 1901. Shellabear telah menyenaraikan beberapa pengkaji Barat tersebut seperti van Rongkel, Robinson, Werndly dan lain-lain. Pengkaji-pengkaji tersebut menyuarakan rasa kagum terhadap keseragaman ejaan Jawi yang terkandung dalam manuskrip-manuskrip sebelum abad ke-17 di seluruh pelosok kepulauan Melayu. Dalam kalangan orang Melayu, Raja Ali Haji ialah tokoh yang mula-mula memperkatakan sistem ejaan Jawi seperti yang tercatat dalam tulisannya al-Bustan al-Katibin pada tahun 1857. Pendapat ini dinyatakan oleh Mohd Taib Osman (1976) dan Haji Hamdan Hj. Abd. Rahman (1988). Tokoh Melayu seterusnya yang memperkatakan sistem tulisan Jawi ialah Muhammad Ibrahim, iaitu anak kepada Abdullah Munshi, yang telah menerbitkan Kitab Pemimpin Johor pada tahun 1878 yang mengandungi kaedah ejaan Jawi. Tokoh Melayu yang mula-mula menganalisis sistem ejaan Jawi dengan bersungguh-sungguh dari segi prinsip dan segala permasalahannya ialah Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba) dalam tulisannya yang bertajuk ‘Jawi Spelling’ pada tahun 1928. Penyelidik mendapati kajian-kajian tersebut memberi tumpuan kepada sistem ejaan Jawi itu sendiri.

343

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Pada tahun 1954, sebuah jawatankuasa penyiasat tulisan Jawi-Rumi dalam Kongres Persuratan Melayu se-Malaya Kedua di Seremban, telah membandingkan sistem ejaan tulisan Jawi dan Rumi. Hasil daripada penyiasatan itu, maka disimpulkan dalam Memorondum Mengenai Tulisan Rumi untuk Bahasa Melayu 1954, sebelas kelebihan tulisan Rumi berbanding dengan 12 kelemahan tulisan Jawi. Hasilnya, Angkatan Sasterawan 50 telah mengesyorkan: ‘..sudah sepatutnya tulisan Rumi dirasmikan bagi persuratan Melayu dengan tidak menghapuskan tulisan Jawi sehingga masa akan menentukannya.” Pengesyoran ini telah diterima oleh Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga di Singapura pada tahun 1956, sambil mengambil ketetapan membentuk satu badan untuk mengkaji bagaimana hendak memelihara tulisan Jawi di Malaya dengan yang di Indonesia. Namun begitu, hasil daripada kajian badan yang dianjurkan penubuhannya itu tidak kedapatan sehingga tahun 1997. Penyelidik melihat syor yang dikemukakan Angkatan Sasterawan 50 merupakan detik-detik permulaan terpinggirnya tulisan Jawi di Malaysia. Terpinggirnya tulian Jawi diperkukuhkan lagi dengan Penyata Razak tahun 1956 menyatakan: ‘kami telah menimbangkan dengan halus berkenaan perkara menggunakan tulisan rumi atau Jawi dalam bahasa kebangsaan itu dan cadangan digunakan tulisan rumi dengan syarat diadakan pelajaran Jawi bagi murid-murid Islam’. Begitu juga dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menyatakan: ‘tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan rumi dengan syarat bahasa itu tidak melarang penggunaan tulisan melayu yang lebih dikenali dengan tulisan Jawi bagi bahasa kebangsaan’. Demikianlah senario terpinggirnya tulisan Jawi yang telah digunakan sejak beratusratus tahun di Malaysia termasuk di sekolah-sekolah. Kini, meskipun tulisan Jawi kekal diajar kepada murid-murid dalam pelajaran Agama Islam, kemerosotan prestasi murid-murid dalam membaca dan menulis Jawi semakin ketara. Hal ini mungkin disebabkan tempoh masa pelajaran Jawi di sekolah yang agak terhad dan meluasnya penggunaan tulisan Rumi dalam pelbagai aktiviti dalam kalangan masyarakat. Dalam masa yang sama, penggunaan tulisan Jawi sudah tidak memberangsangkan dan kurang ditekankan dalam masyarakat dan negara. Menurut Faridah binti Mohamed (1997) masalah kelemahan membaca dan menulis Jawi dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah hari ini kerap berlaku dan usaha pemulihannya masih dianggap kurang berkesan. Keadaan ini amat membimbangkan kerana ia juga turut memberi kesan yang sama terhadap aspek penguasaan membaca al-Quran di kalangan pelajar. Perkara ini disokong oleh kajian

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

344

Ibrahim Mamat (2001) yang menyatakan prestasi pelajaran Pendidikan Islam terutama pelajaran Jawi masih belum mencapai tahap yang memuaskan dalam kalangan murid-murid. Masalah ini mungkin bukan hanya disebabkan oleh faktor kelemahan pengajaran guru sahaja, tetapi juga disebabkan oleh faktor lain seperti masalah-masalah yang berpunca daripada murid, sekolah, ibu bapa dan persekitaran. Justeru, program j-QAF dilaksanakan untuk mengatasi kelemahan tersebut. Pelaksanaan kurikulum j-QAF bermula tahun 2005 di sekolah rendah telah mencetuskan satu era baru dalam sistem Pendidikan Islam KBSR. Objektif Kajian 1. 2. 3.

Untuk meninjau sama ada guru pemulihan jawi j-QAF dan pentadbir sekolah memberi komitmen yang baik terhadap pelaksanaan model ini. Untuk mengesan sama ada murid-murid berminat, melibatkan diri dan menunjukkan pencapaian prestasi yang baik dalam model pemulihan jawi jQAF. Untuk mengenal pasti sama ada aspek persediaan dan sokongan dalam pelaksanaan model telah dijalankan dengan baik.

Sorotan Literatur Terdapat lima model j-QAF iaitu : (JAPIM, 2005) a. Model Kelas Pemulihan Jawi b. Model Khatam al-Quran i. Model 6 bulan ii. Model Tasmik c. Model Pelaksanaan Perluasan BAK d. Model Bestari Solat (kokurikulum) Jawi adalah sebahagian daripada komponen Pendidikan Islam dan mula dilaksanakan pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran dua waktu seminggu pada enam bulan pertama di tahun satu. Laporan pemantauan mengenainya mendapati penguasaan bacaan dan tulisan Jawi perlu diperbaiki lagi. Hal ini bermakna pengajaran Jawi dalam Pendidikan Islam semata-mata masih belum mencukupi dan berkesan. Oleh itu, pemulihan Jawi dalam j-QAF menjadi keutamaan khasnya kepada murid tercicir supaya semua murid boleh menguasai Jawi setelah diberi bimbingan secara berterusan. Model Kelas Pemulihan Jawi akan diajar oleh guru khas pemulihan Jawi dalam waktu yang sama dengan kelas Jawi biasa di semua sekolah dengan menggunakan modul P&P yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Skop bagi Mata Pelajaran Pemulihan Jawi ini memberi tumpuan kepada aspek pemulihan yang merangkumi perkara-perkarerikut: 1. Menguasai huruf Jawi tunggal dan suku kata.

345 2. 3. 4.

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Menulis tulisan Jawi dengan baik. Membaca tulisan Jawi dengan lancar. Mempelajari asas seni tulisan Jawi.

Kelas Pemulihan Jawi adalah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru Kelas Pemulihan Jawi j-Qaf untuk memulihkan murid yang keciciran dalam Jawi. Kelas ini dijalankan serentak dengan jadual waktu persekolahan sedia ada. Pengajaran jawi adalah satu waktu seminggu, manakalah pada tahun 1 semester pertama diperuntukkan dua waktu seminggu. Model pemulihan Jawi menetapkan objektif iaitu murid yang keciciran dalam Jawi akan dipulihkan dengan sekurang-kurangnya dapat mengenal, menyebut dan menulis huruf-huruf tunggal, suku kata terbuka, suku kata tertutup dan perkataanperkataan mudah yang dibina daripada suku kata terbuka dan suku kata tertutup. Keputusan pencapaian murid dikategorikan berdasarkan gred berikut: Jadual 1: Gred Markah Ujian Pencapaian Pemulihan Jawi Gred A B C D E

Markah 80-100 60-79 40-59 20-39 0-19

Sumber: Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, KPM (2006) Murid-murid yang mendapat pencapaian gred A dan B seperti di atas, akan dimasukkan semula ke kelas biasa. Bagi murid-murid yang dapat gred C ke bawah adalah dicadangkan supaya dimasukkan ke kelas pemulihan khas. Kajian Lepas Berkaitan Terdapat banyak kajian terdahulu yang telah dijalankan oleh orang Barat mengenai tulisan jawi. Manakala dalam kalangan orang Melayu, Raja Ali Haji ialah tokoh yang mula-mula memperkatakan sistem ejaan Jawi seperti yang tercatat dalam tulisannya Bustan al-Katibin tahun 1857. Tokoh Melayu seterusnya yang memperkatakan sistem ejaan Jawi ialah Muhmmad Ibrahim, iaitu anak Abdullah Munshi yang telah menerbitakan Kitab Pemimpin Johor pada tahun 1878 tentang kaedah ejaan Jawi. Tokoh Melayu yang mula-mula menganalisis sistem ejaan Jawi dengan bersungguh-sungguh dari segi prinsip dan permasalahannya ialah Zainal Abidin bin Ahmad iaitu Za’ba dalam tulisannya bertajuk Jawi Spelling pada tahun 1928. Za’ba seterusnya menerbitkan buku Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi pada tahun 1949. Beliau juga telah membincangkan kaedah ejaan Jawi dan Rumi dalam buku nahunya yang termasyhur iaitu Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 pada tahun 1940.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

346

Dalam kajian yang berbentuk moden pula, perbincangan secara langsung tentang tulisan Jawi di alam Melayu amnya dan di Malaysia khasnya telah dijalankan oleh Kang Kyoung Seock (1990) membincangkan secara terperinci tentang asal usul tulisan Jawi, bentuk-bentuk tulisan Jawi, fungsi tulisan Jawi dan perubahan yang dialami oleh tulisan Jawi daripada dahulu hingga sekarang. Sepanjang tempoh pelaksanaan jawi dalam kurikulum, tahap penguasaan murid dalam pelajaran Jawi belum mencapai tahap yang membanggakan. Fenomena ini turut dibuktikan dalam satu kajian oleh Farizah (2005) tentang kemerosotan penggunaan tulisan Jawi dalam kalangan pelajar tingkatan empat di Subang Jaya. Kajian ini mendapati bahawa 82 peratus pelajar berada pada paras lemah, manakala 46 peratus sahaja yang boleh menulis dan membaca secara sederhana. Antara faktor kelemahan menulis Jawi ialah timbul kekeliruan dalam menyambung huruf-huruf Jawi yang sepatutnya disambung ketika menulis. Kelemahan dalam penguasaan Jawi dipengaruhi sikap negatif yang beranggapan tulisan Jawi tiada nilai komersil. Manakala Kajian Khuzaifah (2006) terhadap pelaksanaan program j-QAF dalam Gabungan Kota Kinabalu pada tahun 2006 mendapati program ini amat penting untuk dilaksanakan. Guru j-QAF mempunyai tanggungjawab yang besar dan peranan ini telah dibuktikan oleh kajian keberkesanan perlaksanaan program j-QAF di dua buah sekolah rintis di Terengganu mendapati para guru memberi komitmen yang tinggi terhadap program j-QAF. Kajian ini juga mendapati para guru telah dapat melaksanakan model-model j-QAF dengan baik (Amri Daud, 2005). Namun, kajian Nik Hassan (2006)terhadap kemahiran menulis jawi dalam kalangan pelajarpelajar tingkatan empat di empat buah sekolah daerah Tuaran, Sabah mendapati bahawa skor min pelajar di daerah ini pada 2.26. Dapatan ini menggambarkan responden di daerah ini hanya mampu mengenali huruf-huruf jawi yang belum bersambung dengan bacaan min 3.17, manakala dari segi penulisan huruf-huruf jawi pada min 2.78. Seterusnya, kajian Asmawati Suhid et. al (2008) yang meninjau persepsi guru j-QAF di Selangor menyatakan guru berpendapat bahawa murid-murid berminat terhadap model pemulihan jawi ini. Sebanyak 279 orang (90.3%) menyatakan murid mereka sangat suka mengikuti kelas pemulihan jawi, 251 orang (81.2%) menyatakan murid-murid mereka bersungguh-sungguh ketika mengikuti kelas ini dan 219 orang (70.9%) bersetuju mudah mendisplinkan murid ketika pengajaran jawi. Mengenai tahap penguasaan murid pula, kajian ini turut mendapati kemahiran mengenal dan menulis huruf tunggal yang diimlakkan (234 orang, 75.7%) dan membaca dan menulis suku kata terbuka (231 orang, 74.8%) dapat dikuasai oleh murid dengan baik. Manakala kemahiran yang dikatakan kurang dikuasai oleh murid ialah membaca dan menulis perkataan daripada suku kata tertutup (152 orang, 49.2%), membaca dan menulis suku kata tertutup (179 orang, 57.9%) dan membaca dan menulis perkataan mudah daripada suku kata terbuka (200 orang, 64.7%).

347

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Manakala kajian Asmawati Suhid et al yang menjalankan kajian terhadap 206 GPI dan 309 guru j-QAF di Selangor pada tahun 2011 yang mendapati tahap penguasaan murid dalam Model Kelas Pemulihan Jawi adalah min 4.00. Dapatan ini disokong oleh kajian Asmawat Suhid (2009) yang mendapati murid berminat mengikuti kelas pemulihan jawi dengan min 4.07. Penyelidik mendapati, prestasi murid membaca dan menulis huruf jawi tunggal adalah baik berbanding kemahiran yang lain yang masih kurang memuaskan. Metodologi Kajian i.

Rekabentuk Kajian Kajian ini adalah kajian tinjauan menggunakan kaedah kuantitatif secara soal selidik serta kaedah kualitatif secara temubual. Penyelidik berhasrat menggunakan kaedah triangulasi iaitu merujuk kepada kombinasi dua atau lebih teori, sumber data dan kaedah dalam satu kajian yang mengkaji satu fenomena untuk ditumpukan kepada satu bentuk (Denzin, Norman. K., ,1978).

ii.

Populasi Kajian Terdapat sebanyak 75 buah sekolah rendah di Daerah Tuaran, hanya 24 sekolah yang melaksanakan Model j-QAF. Penyelidik mengambil kesemua 24 buah sekolah yang mempunyai program j-QAF.

iii. Proses Analisa Data Data diproses menggunakan Statistical Programme for Social Sciences. Data dan maklumat akan dibincangkan menggunakan deskriptif statistik frekuensi dengan mempersembahkan jadual, kekerapan dan peratus. Penganalisisan data statistik menggunakan pengaturcaraan SPSS menghasilkan pengiraan yang tepat dan bebas dari ralat (Mohd. Majid Konting, 2000). Data yang diperolehi melalui ujian membaca dan menulis dan soal selidik dianalisis menggunakan perisian SPSS. iv. Analisa Data Temubual Respons asal temubual terhadap subjek di transkripsikan ke dalam teks menjadi nota data temubual. Transkripsi dibuat berdasarkan respons yang diberi oleh dua orang subjek yang ditemubual. Data temubual akan dikodkan berdasarkan variabel atau pemboleh ubah kajian yang dijalankan. Analisa daripada temubual akan menunjukkan atribut (ciri) item kajian. Apabila soal selidik tidak dapat menerangkan situasi lebih lanjut atau maklumat terperinci tentang jawapan responden, manakala temubual dapat membantu penyelidik membuat penilaian yang lebih objektif tentang jawapan responden.

348

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

Dapatan Kajian Dan Perbincangan i.

Latar Belakang Responden Dari segi jantina, analisa Jadual 2 memaparkan sebanyak 8 orang (22.2%) adalah guru lelaki dan 28 orang (77.8%) guru perempuan. Manakala dari segi umur guru pemulihan jawi j-QAF, julat umur mereka ialah 26 hingga 36 tahun. Secara keseluruhan, didapati majoriti guru berumur 26 hingga 30 tahun (18 orang, 50.0%). Ini diikuti dengan mereka yang berumur 31 hingga 35 tahun (16 orang, 44.4%). Manakala hanya dua orang (5.6%) guru j-QAF yang melebihi 36 tahun. Jadual 2: Latar Belakang Responden (Guru Pemulihan Jawi j-QAF) Latarbelakang Responden Jantina Umur

Pengalaman Pendidikan Akademik Tertinggi Opsyen Major di IPG

Kekerapan Lelaki Perempuan 26 - 30 31 - 35 >36 Satu Tahun Dua Tahun Tiga Tahun Empat Tahun ke atas Universiti Luar Negara Universiti Tempatan

8 28 18 16 2 6 4 5 21 2 34

Peratus (%) 22.2 77.8 50.0 44.4 5.6 16.7 11.1 13.9 58.3 5.6 94.4

Bahasa Arab Pengajian Agama (Islam)

2 34

5.6 94.4

Dari segi pendidikan, guru j-QAF dalam kajian ini terdiri daripada mereka yang memiliki kelulusan luar dan dalam negara. Majoriti daripada mereka adalah merupkan lulusan universiti tempatan (34 orang, 94.4%). Selebihnya adalah lulusan luar negara (2 orang, 5.6%). ii.

Jumlah Murid Pemulihan Jawi dan Prestasi Jadual 3: Jumlah Murid Pemulihan Jawi Tahun 3 Bilangan Murid Beragama Islam Kekerapan Peratus 877 100.0

Bilangan Murid Pemulihan Jawi Kekerapan Peratus 272 31.0

Jadual 3 menunjukkan bilangan murid beragama Islam Tahun 3 seluruh Daerah Tuaran adalah seramai 877 orang. Bilangan ini diambil daripada 20 buah

349

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

sekolah yang menjadi sampel penyelidikan. Terdapat empat buah sekolah tidak dapat menyertai penyelidikan ini. Daripada 877 orang murid Islam Tahun 3, bilangan murid pemulihan jawi adalah seramai 272 orang (31%). Manakala murid yang hadir ketika hari ujian dijalankan adalah seramai 242 orang (88.9%). iii. Taburan Min Prestasi Murid Pemulihan Jawi Untuk mengesan prestasi murid pemulihan jawi, penyelidik telah meninjau pandangan guru pemulihan jawi. Perincian dapatan dapat dilihat dalam Jadual 4. Jadual 4: Taburan Min Prestasi Murid Pemulihan Jawi Bil

Pernyataan

1 Prestasi Huruf Jawi Tunggal 2 3 4 5 6

Persepsi Guru Pemulihan Jawi Min 3.19

Prestasi Huruf Jawi Sambung Prestasi Suku Kata Terbuka Prestasi Suku Kata Tertutup Prestasi Perkataan Pinjaman Prestasi Perkataan Berimbuhan

2.69 2.64 2.33 2.06 2.14

Hasil analisa mendapati, prestasi huruf jawi tunggal mendapat skor min 3.19 menurut persepsi guru dan skor min 3.30 melalui ujian. Manakalah bagi prestasi perkataan pinjaman, skor min 2.06 diperolehi untuk persepsi guru dan skor min 2.00 melalui ujian. Didapati prestasi murid dalam ujian adalah seiring dan seragam dengan persepsi guru terhadap prestasi murid pemulihan jawi. iv. Taburan Kekerapan, Peratus dan Min Mengikut Pemboleh ubah Guru j-QAF juga turut ditanya pendapat mereka tentang komitmen pentadbir melaksanakan Model Pemulihan Jawi. Hasil dapatan diperjelaskan dalam Jadual 5. Jadual 5: Taburan Kekerapan dan Peratus Komitmen Pentadbir (menurut persepsi Guru Pemulihan Jawi j-QAF) Bil 1

Pernyataan Pentadbir komitmen penuh

2

Pentadbir sentiasa memberi sokongan

Tahap S.T.setuju T.setuju Setuju S.setuju S.T.setuju T.setuju

Kekerapan 0 3 23 10 1 3

Peratus 0 8.3 63.9 27.8 2.8 8.3

Min

SP

3.19

.57

2.94

.53

350

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

pelaksanaan aktiviti 3

4

5

6

Setuju S.setuju S.T.setuju

29 3 1

80.6 8.3 2.8

T.setuju Setuju S.setuju S.T.setuju

7 27 1 6

19.4 75.0 2.8 16.7

2.78

.54

T.setuju Setuju S.setuju Pentadbir menyediakan S.T.setuju laporan setiap penyeliaan T.setuju Setuju S.setuju Laporan difailkan S.T.setuju

19 11 0 6

52.8 30.6 0.0 16.7

2.14

.68

18 12 0 6

50.0 33.3 0.0 16.7

2.17

.69

T.setuju

18

50.0

2.17

.69

Setuju

12

33.3

S.setuju

0

0.0

Memberi bantuan dan bimbingan untuk melaksanakan aktiviti pemulihan jawi Penyeliaan pentadbir

N = 36 Hasil analisa dapatan mengenai item-item pemboleh ubah komitmen pentadbir mendapati secara keseluruhannya, guru berpendapat pentadbir sekolah memberi komitmen tahap sederhana terhadap model ini. Bagi item pentadbir memberi komitmen penuh, skor min 3.19 diperolehi. Manakala bagi item pentadbir sentiasa menyokong, sentiasa membimbing, menyelia sebulan sekali dan menyediakan laporan penyeliaan, keseluruhan skor min berada pada skor 2.17 hingga 2.94 v.

Komitmen Guru Pemulihan Jawi j-QAF Mengenai item-item pemboleh ubah komitmen guru pemulihan jawi, hasil dapatan diperjelaskan dalam Jadual 6. Jadual 6: Taburan Min Aspek Komitmen Guru Pemulihan Jawi

Bil Pernyataan Tahap 1 Menjalankan ujian S.T.setuju saringan dan T.setuju dignostik terhadapSetuju murid S.setuju 2 Sentiasa merancang S.T.setuju Persediaan mengajar T.setuju

Kekerapan 1 1 18 16 0 0

Peratus 2.8 2.8 50.0 44.4 0 0

Min

SP

3.36

.68

3.28

.45

351

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Setuju S.setuju S.T.setuju

26 10 0

72.2 27.8 0

T.setuju Setuju S.setuju S.T.setuju

1 24 11 2

2.8 66.7 30.6 5.6

3.28

.51

T.setuju Setuju S.setuju S.T.setuju

6 20 8 0

16.7 55.6 22.2 0

2.94

.79

T.setuju Setuju S.setuju S.T.setuju

0 18 18 0

0 50.0 50.0 0

3.50

.50

T.setuju Setuju S.setuju Berusaha bersungguh- S.T.setuju Sungguh menjadi T.setuju Guru dedikasi Setuju S.setuju Gembira menjadi S.T.setuju Guru pemulihan jawi T.setuju Setuju S.setuju Memberi perhatian S.T.setuju Masalah pembelajaran T.setuju murid Setuju S.setuju Prihatin keperluan S.T.setuju Pembelajaran murid T.setuju Setuju S.setuju

1 17 18 0

2.8 47.2 50.0 0

3.47

.56

0 21 15 0

0 58.3 41.7 0

3.42

.50

0 26 10 0

0 72.2 27.8 0

3.28

.45

0 26 10 0

0 72.2 27.8 0

3.28

.45

2 25 9

5.6 69.4 25.0

3.19

.52

3 Rancangan mengajar dicatat dalam buku rancangan

4 Merekod pencapaian Prestasi murid

5 Minat menjadi guru Pemulihan jawi

6 Suka mengajar Kelas pemulihan jawi

6

7

8

9

352

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

Guru j-QAF turut ditanya tentang persepsi mereka terhadap komitmen mereka melaksanakan model ini. Dapatan menunjukkan secara keseluruhannya, guru menyatakan mereka memberi komitmen yang tinggi terhadap model. Item-item mengenai guru menjalankan ujian saringan dan diagnostik, sentiasa merancang persediaan mengajar, minat menjadi guru pemulihan jawi, memberi perhatian terhadap masalah pembelajaran murid dan prihatin keperluan pembelajaran murid mendapat skor min di antara 3.19 hingga 3.50 . Namun bagi item guru merekod pencapaian murid, skor min sederhana diperolehi iaitu 2.94 vi. Minat, Penglibatan dan Kehadiran Murid Guru pemulihan jawi j-QAF juga diminta memberi pandangan mereka tentang minat, penglibatan murid dalam aktiviti P&P dan kehadiran terhadap Model Pemulihan Jawi. Secara keseluruhannya, dapatan menunjukkan majoriti guru berpendapat bahawa murid-murid berminat terhadap model ini. Antaranya, dapatan menunjukkan murid suka belajar jawi (97.2%, min 3.08) dan aktif dalam aktiviti P&P (88.9&, min 3.00). Namun, terdapat juga guru menyatakan tidak setuju (12 orang) murid mudah didisiplinkan yang mana aspek ini min sederhana diperolehi iaitu 2.72. Lihat Jadual 7. Hal ini perlu diteliti lagi agar guru memberi fokus tentang kawalan disiplin murid dalam P&P. Jadual 7 : Taburan Min Aspek Minat, Penglibatan dan Kehadiran Murid Bil

Pernyataan

Tahap

Kekerapan Peratus

1 Murid Suka

S.T.setuju T.setuju Setuju S.setuju

0 1 31 4

0 2.8 86.1 11.1

3 Murid Semangat

S.T.setuju T.setuju Setuju S.setuju

0 3 31 2

0 8.3 86.1 5.6

4 Murid mudah didisiplinkanS.T.setuju T.setuju Setuju S.setuju 5 Murid Aktif Menulis Jawi S.T.setuju T.setuju Setuju S.setuju

0 12 22 2 0 8 26 2

0 33.3 61.1 5.6 0 22.2 72.2 5.6

Min

SP

3.08

.36

2.97

.37

2.72

.56

2.83

.50

353

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

6 Murid Jawi

Aktif

MembacaS.T.setuju

0

0

T.setuju Setuju S.setuju 7 Aktif dalam aktiviti P&P S.T.setuju T.setuju Setuju S.setuju

6 26 4 0 4 28 4

16.7 72.2 11.1 0 11.1 77.8 11.1

8 Murid suka bertanya cara S.T.setuju Membaca dan T.setuju Menulis jawi Setuju S.setuju

0

0

5 30 1

13.9 83.3 2.8

1 5 28 2 0 7 28 1

2.8 13.9 77.8 5.6 0 19.4 77.8 2.8

9 Kehadiran murid baik

S.T.setuju T.setuju Setuju S.setuju Murid bersungguh-S.T.setuju 9 sungguh T.setuju Mengikuti P&P jawi Setuju S.setuju

2.94

.53

3.00

.57

2.89

.39

2.86

.54

2.83

.44

N = 36 Hasil analisa Jadual 7 menunjukkan pemboleh ubah item murid bersemangat belajar jawi skor min 2.97 diperolehi, murid aktif membaca jawi memperolehi skor min 2.94 dan murid suka bertanya cara membaca dan menulis jawi mendapat skor min 2.89. Selain itu, menurut guru (min 2.86) tentang kehadiran murid adalah baik. vii. Aspek Persediaan dan Sokongan Dalam Pelaksanaan Model Pemulihan Jawi Secara keseluruhannya, berdasarkan dapatan daripada kajian penyelidik berkaitan dengan tahap persediaan dan sokongan dalam melaksanakan Model Pemulihan Jawi, memperlihatkan bahawa guru bersetuju pada tahap sederhana dalam kebanyakan item aspek ini. Didapati majoriti guru berpuas hati peruntukan guru pemulihan jawi disediakan di sekolah (min 3.14), bahan P&P disediakan (min 3.03) dan jadual disediakan dengan baik (min 3.03). Bagaimanapun, terdapat juga guru yang berasa kurang puas hati kebanyakan aspek sokongan dan persediaan iaitu skor min antara 2.14 (25 orang, 69.4% tidak setuju) hingga skor min 2.53 (47.2% tidak setuju) tentang item-item ada bilik khusus jawi, ada carta organisasi, ada jawatankuasa pemulihan jawi, jadual kedatangan murid dan sokongan ibu bapa.

354

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

Dalam aspek sokongan ibu bapa, hanya 63.9% guru setuju ibu bapa memberi sokongan terhadap pelaksanaan model ini. Malahan skor min yang rendah diperolehi terhadap item menjalankan mesyuarat jawatankuasa pemulihan jawi (min 1.97). Hal ini perlu diteliti lagi agar pelaksanaan model ini dapat mencapai matlamatnya. Aspek persediaan dan sokongan Model Pemulihan Jawi dapat dilihat dalam Jadual 8. Jadual 8 : Taburan Kekerapan, Peratus dan Min Aspek Persediaan dan Sokongan Dalam Pelaksanaan Model Pemulihan Jawi j-QAF Bil 1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

Pernyataan Ada peruntukan guru pemulihan jawi

Tahap S.T.setuju T.setuju Setuju S.setuju Ada bilik khusus kelas S.T.setuju pemulihan jawi T.setuju Setuju S.setuju Bahan P&P disediakan S.T.setuju T.setuju Setuju S.setuju Jumlah murid S.T.setuju pemulihan 6-10 orang T.setuju Setuju S.setuju Carta organisasi S.T.setuju disediakan T.setuju Setuju S.setuju Terdapat jawatankuasa S.T.setuju T.setuju Setuju S.setuju Mesyuarat diadakan S.T.setuju T.setuju Setuju S.setuju Takwim disediakan S.T.setuju T.setuju Setuju S.setuju Jadual disediakan S.T.setuju Dengan baik T.setuju Setuju S.setuju Buku teks mencukupi S.T.setuju

Kekerapan 3 3 16 14 16 6 7 7 1 3 26 6 6 7 12 11 13 7 9 7 10 13 11 2 11 16 8 1 8 17 9 2 3 4 18 11 2

Peratus 8.3 8.3 44.4 38.9 44.4 16.7 19.4 19.4 2.8 8.3 72.2 16.7 16.7 19.4 33.3 30.6 36.1 19.4 25.0 19.4 27.8 36.1 30.6 5.6 30.6 44.4 22.2 2.8 22.2 47.2 25.0 5.6 8.3 11.1 50.0 30.6 5.6

Min

SP

3.14

.89

2.14

1.19

3.03

.60

2.78

1.07

2.28

1.16

2.14

.89

1.97

.81

2.14

.83

3.03

.87

355

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

T.setuju Setuju S.setuju 11 Ada buku latihan dan S.T.setuju buku aktiviti T.setuju Setuju S.setuju 12 Fail lembaran kerja S.T.setuju Pemulihan jawi T.setuju Disediakan Setuju S.setuju 13 Fail peribadi murid S.T.setuju disediakan T.setuju Setuju S.setuju 14 Jadual kedatangan S.T.setuju Kelas pemulihan jawi T.setuju disediakan Setuju S.setuju 15 Ibu Bapa Memberi S.T.setuju Sokongan T.setuju Setuju S.setuju

8 15 11 2 7 21 6 2 10 21 3 4 13 15 4 3 19 12 2 2 11 23 0

22.2 41.7 30.6 5.6 19.4 58.3 16.7 5.6 27.8 58.3 8.3 11.1 36.1 41.7 11.1 8.3 52.8 33.3 5.6 5.6 30.6 63.9 0

2.97

.87

2.86

.76

2.69

.71

2.53

.84

2.36

.72

2.58

.60

Cadangan dan Rumusan 1.

Kepada Guru Pemulihan Jawi j-QAF Guru j-QAF hendaklah sentiasa sedia belajar dan meningkatkan lagi kemahiran dan pengalaman yang diperlukan untuk menjadi guru j-QAF yang berkesan. Kemahiran tentang kaedah dan teknik mengajar, kemahiran membina dan menggunakan BBM, kemahiran psikologi pendidikan, kemahiran ICT, kemahiran komunikasi dan personaliti guru hendaklah sentiasa ditingkatkan. Ilmu dan kemahiran bukannya boleh diperolehi dalam tempoh yang singkat dan sekelip mata, namun perlu dipelajari dan terus difahami dari semasa ke semasa tanpa mengenal rasa jemu.

ii.

Kepada Pihak Sekolah dan Guru-guru Pihak sekolah dan pentadbir sekolah hendaklah memberi bimbingan, bantuan dan sokongan padu kepada guru j-QAF melaksanakan tugas ini. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum KPM, Guru Besar merupakan ketua organisasi bagi melahirkan staf yang komited dan sebagai seorang pengurus yang dapat membimbing mereka yang patuh kepada peraturan kurikulum (PPK,2001).

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

356

iii. Cadangan Kajian Lanjutan Kajian ini tidak dapat menggambarkan pelaksanaan Model Pemulihan Jawi jQAF secara menyeluruh kerana lokasi hanya di Daerah Tuaran sahaja. Oleh yang demikian, disyorkan supaya kajian akan datang memperluaskan lagi lokasi ke seluruh Malaysia. Penyelidik juga mencadangkan kajian yang akan datang turut mengkaji beberapa pemboleh ubah yang penting dalam pelaksanaan sesuatu kurikulum namun kurang diberi perhatian oleh kebanyakan pengkaji iaitu pemboleh ubah tentang personaliti guru, latihan dalam perkhidmatan dan strategi pelaksanaan sesuatu kurikulum yang baru digubal. Kesimpulan Secara keseluruhannya, dapatan kajian tentang Model Pemulihan Jawi berada pada tahap min yang sederhana dalam semua pemboleh ubah yang dikaji. Justeru itu, pelaksanaan model ini di sekolah-sekolah boleh dipertingkatkan lagi dengan usaha yang bersungguh-sungguh daripada semua pihak. Segala dapatan kajian haruslah diambil kira dalam merealisasikan program ini. Saranan serta cadangan diharap menjadi alternatif serta panduan dalam menyelesaikan segala kekangan dan permasalahan yang timbul. Perkara pokok yang perlu diberi perhatian sewajarnya ialah komitmen semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan kurikulum j-QAF. Komitmen KPM, pihak sekolah, para guru, guru j-QAF, murid-murid dan pelbagai lapisan masyarakat amat penting dalam meningkatkan prestasi murid dengan satu hasrat melahirkan insan kamil yang seimbang dan menyeluruh yang memberi sumbangan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Pendekatan Teknik Kolaboratif Dalam Modul Khatam Al Quran j-QAF Siti Faizah Said Asmawati Suhid Fakulti Pengajian Pendidikan, Univesiti Putra Malaysia Abstrak Pemilihan kaedah pengajaran merupakan elemen yang amat penting yang perlu dititikberatkan dalam pengajaran dan pembelajaran Tilawah Al Quran mengikut program j QAF. Modul Khatam Al Quran merupakan inti pati yang amat penting dalam Pendidikan Islam Sekolah Rendah menerusi bidang Asuhan Tilawah Al Quran.Memandangkan semua murid diharapkan dapat khatam Al Quran pada tahun enam merupakan objektif yang telah dirangka oleh Kementerian pelajaran Malaysia, maka teknik kolaborasi dilihat satu teknik yang amat memainkan peranan bagi menjayakan semua murid islam mampu membaca Al Quran sehingga khatam dapat direalisasikan.Oleh itu penulisan ini bertujuan membincangkan tentang strategi pengajaran Asuhan Tilawah Al Quran secara kolaboratif yang sewajarnya dilaksanakan oleh guru-guru Pendidikan Islam dan guru j QAF.Selain itu dinyatakan faktor-faktor yang menentukan kejayaan pengajaran ini, kelebihan dan cabaran yang dihadapi bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran Tilawah Al Quran seterusnya melahirkan murid yang berkualiti dan mampu membaca Al Quran dengan baik dan fasih. Kata kunci : Pengajaran dan pembelajaran Tilawah al-Quran, teknik kolaboratif Pengenalan Pendidikan Islam KBSR terbahagi kepada bidang Asuhan Tilawah Al Quran, Asas Ulum Syariah dan Asas Akhlak Islamiah.Asuhan Tilawah Al Quran mengandungi perkara-perkara yang berkaitan dengan mengenal dan menyebut huruf hijaiyah, membaca, menghafaz dan memahami maksud atau tema yang dibaca dan dihafaz. Manakala Asas Ulum Syariah merangkumi bidang akidah, ibadah dan sirah, manakala Asas Akhlak Islamiah pula mengandungi asas akhlak yang perlu diamalkan oleh orang Islam.Sememangnya bidang-bidang ini telah termaktub di dalam Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah. Sementara j QAF pula di dalam Buku Panduan Dasar, Pelaksanaan dan Pengurusan Kurikulum dan kokurikulum adalah satu usaha memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, Al Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain yang dilaksanakan di peringkat sekolah

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

358

rendah.Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid yang dikolaborasikan di antara guru j QAF dan guru Pendidikan Islam. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada. Pengajaran Tilawah Al Quran KBSR bermatlamat untuk, membantu murid memperkukuhkan kemahiran membaca, memahami, menghafaz dan menghayati Al Quran yang diajar pada peringkat rendah dan membantu murid membaca, memahami dan menghayati kandungan Al Quran serta menghafaz ayat-ayat yang ada kaitan dengan amalan kehidupan harian ( Kementerian Muridan Malaysia 2005). Bidang Tilawah Al Quran ini lebih diberi penekanan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi sehingga tercetusnya j QAF yang antara bermatlamat semua murid Islam diharapkan dapat khatam Al Quran semasa berada di peringkat sekolah rendah lagi. Definisi Konsep Pengajaran Kolaboratif Merujuk kepada Friend dan Bursuck(1996) di dalam Effandi Zakaria et al (2007), kolaboratif adalah satu pendekatan yang digunakan oleh golongan professional untuk mencapai target atau objektif yang telah ditetapkan oleh sesebuah kumpulan atau organisasi. Ia dapat ditunjukkan sekiranya semua ahli kumpulan yang terlibat dalam proses tersebut memberikan sumbangan bagi memenuhi matlamat dan objektif kumpulan. Menurut Whipple( Dipetik daripada Kimber,1994) menyatakan bahawa pembelajaran kolaboratif adalah corak pedagogi yang menekankan usaha bersama di kalangan murid-murid, fakulti dan pentadbir.Ia menekankan konsep inquiry sebagai asas proses pembelajaran. Effandi Zakaria et al.(2007)menyatakan terdapat beberapa istilah lain yang digunakan dalam pengajaran secara kolaboratif.Antaranya ialah pengajaran bersama (cooperative teaching),pengajaran berpasukan (team teaching), pembelajaran bersama rakan (peer teaching) dan begitu juga dengan ( shared teaching).Pengajaran ini telah diperkenalkan dengan nama team teaching pada tahun 1956 di Amerika Syarikat dan buat pertama kalinya ia dicatat dalam The Encyclpedia of Education pada tahun 1957. Begitu juga dengan Sturman (1992) daripada Collaborative language learning and teaching menyatakan kolaboratif satu urusan yang melibatkan (biasanya) dua orang guru yang bekerjasama secara kolaboratif di setiap peringkat pengajaran:merancang dan menyediakan rancangan pengajaran,melaksanakan dan

359

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

menilai pencapaian aspek yang ditumpukan dalam mata muridan. Bagi Nunan ( 1992) pula pengajaran sebenar yang dilaksanakan secara kolaboratif oleh dua orang guru yang sama atau berbeza disiplin kepada sekumpulan murid dalam kelas yang sama pada waktu yang sama. Urusan pengajaran seperti ini menekankan perkongsian bersama agihan kuasa dan membuat keputusan antara guru-guru tersebut. Dalam konteks penulisan ini, kolaboratif merujuk kepada satu kaedah pengajaran bersama,pada waktu yang sama yang melibatkan dua orang guru atau lebih terdiri dari guru j QAF dan seorang guru Pendidikan Islam, bagi mata muridan Tilawah al Quran Modul Khatam Al Quran j QAF. Guru –guru ini akan bekerjasama dan berkolaborasi dalam pengajaran dan kepakaran bagi meningkatkan kreativiti dan keberkesanan pencapaian tahap maksimum dalam pengajaran dan pembelajaran. Modul Khatam Al Quran j QAF Untuk memperkasakan sisitem Pendidikan Islam j QAF telah diperkenalkan pada tahun 2005 kepada sekolah-sekolah kebangsaan dan pada tahun 2013 semua sekolah-sekolah rendah di Malaysia telah dilengkapi dengan program j QAF( Sumber KPM bahagian Pendidikan Islam) Program ini memberi penekanan khusus dalam muridan Jawi, Al Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain ( j QAF). Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum, model dan modulnya yang tersendiri daripada empat model pengajaran iaitu model Kelas Pemulihan Jawi, Model Khatam Al Quran, Model Tasmik dan Model Perluasan Bahasa Arab, manakala satu model kokurikulum iaitu Model Bestari Solat.Bagi Tilawah al Quran, Modul Khatam Al Quran merupakan satu usaha yang positif dan berterusan dalam memartabatkan Al Quran sebagai penjana generasi ulul albab di Malaysia.generasi ini adalah satu golongan akademik dan professional dalam bidang masing-masing dan sentiasa berfikiran Qurani( Fairuz Samsudin ,2011). Modul Khatam Al Quran yang diperkenalkan dalam program j QAF adalah seperti berikut : i. Model 6 bulan Khatam Al Quran dalam waktu pengajaran dan pembelajaran bagi enam bulan pertama. ii. Asuhan Tilawah Al Quran dalam waktu Pengajaran dan pembelajaran bagi enam bulan kedua. iii. Modul Tasmik di luar waktu pengajaran dan pembelajaran iv. Kem Literasi Al Quran secara berjadual di luar waktu pengajaran dan pembelajaran. Asuhan Tilawah Al quran adalah penerusan bagi Model 6 Bulan Khatam Al quran yang dijalankan pada 6 bulan pertama.Pada 6 bulan yang kedua, waktu mata muridan Asuhan Tilawah Al Quran akan diisi dengan pembacaan Al Quran secara Baca Ikut Guru (BIG) bermula dari surah Al Fatihah dan diikuti dengan surah Al

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

360

Baqarah dan akan berterusan sehinggalah keseluruhan Al Quran dapat dikahatamkan pada tahun enam kelak. Modul Khatam Al Quran ini mempunyai sukatan muridan dan huraian sukatan yang tersendiri, di samping menggariskan panduan dan langkah-langkah pengajaran kepada guru dengan menitikberatkan kemahiran-kemahiran yang harus dicapai oleh murid ( Fairuz Samsudin,2011) Proses pelaksanaan Modul Khatam Al Quran ini menekankan pembacaan Al Quran secara Talaqqi dan Musyafahah untuk membolehkan murid-murid khatam Al Quran serta membaca al Quran dengan lancer dan bertajwid. Mereka akan dibimbing sehingga boleh menguasai keseluruhan bacaan Al Quran dengan sempurna sesuai dengan kemampuan murid-murid sekolah rendah( Nabiroh Kassim et al.,2010). Pendekatan Kolaboratif Dalam Pengajaran Tilawah Al Quran Melalui Model Khatam Al Quran j-QAF Sebelum adanya program j QAF ini, mata muridan Tilawah Al Quran sememangnya termaktub dalam kurikulum Pendidikan Islam dalam bidang Asuhan Tilawah Al Quran. Namun ia tidak menekankan pembelajaran sehingga khatam Al Quran memandangkan ia memerlukan bimbingan berterusan daripada guru yang sesuai dengan nisbah murid yang menepati pendekatan talaqi dan musyafahah ( iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula dengan baik dan lancar).Oleh itu kurikulum Pendidikan Islam sebelum ini hanya menjurus kepada kebolehan membaca sahaja manakala aspek khatam tidak ditekankan di sekolah tetapi menyerahkannya kepada masyarakat. Proses pembelajaran memainkan peranan penting bagi seseorang individu dalam mendapatkan ilmu. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran Asuhan Tilawah Al Quran. Oleh itu guru perlu bijak memilih kaedah pengajaran yang sesuai dengan tahap murid bagi memastikan murid dapat menguasai kemahiran-kemahiran dalam Tilawah al quraniaitu membaca, menghafaz dan memahami ayat-ayat Al Quran.Mohd Aderi dan Rohani ( 2009) di dalam kajiannya menyatakan, guru haruslah mempunyai kemahiran dalam melaksanakan amalan pengajaran Tilawah Al Quran agar dapat meningkatkan penguasaan Tilawah Al Quran murid. Amalan pengajaran yang berkesan juga dikaitkan dengan sikap kreatif guru bukan sahaja di peringkat perancangan tetapi melibatkan kreativiti semasa proses pengajaran ( Mohd Aderi,2009) Salah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang ditekankan oleh pihak KPM Bahagian Pendidikan Islam kepada Guru Pendidikan islam dan Guru j QAF

361

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

adalah pengajaran secara kolaboratif atau berkumpulan bagi mata muridan Asuhan Tilawah Al Quran sekolah rendah. Pembelajaran kolaboratif bukanlah suatu pendekatan yang baru dalam budaya masyarakat kita di Malaysia ( Sukerni Ismail dan Mohd isa Awang,2004). Menurut Struman ,1992(dipetik dari Laila Hairani,2008)pembelajaran kolaboratif merupakan satu urusan yang melibatkan dua orang guru yang bekerjasama secara kolaboratif di setiap peringkat pengajaran, merancang dan menyediakan rancangan pengajaran, melaksanakan dan menilai pencapaian aspek yang ditumpukan dalam mata pelajaran. Nunan,1992 pula menyatakan pengajaran kolaboratif ialah pengajaran sebenar yang dilaksanakan secara kolaboratif oleh dua orang guru yang sama atau berbeza disiplin kepada sekumpulan murid dalam kelas yang sama pada waktu yang sama. Ia menekankan pengkongsian bersama agihan tugas dan membuat keputusan antara guru-guru tersebut. Menurut Walther-Thomas (dalam Rahmad Sukor dan Norliza,2006), setiap guru dalam membuat keputusan kolaboratif memberi sumbangan hingga ke peringkat akhir membuat keputusan. Perasaan ego diketepikan sebaliknya perasaan kekitaan dan komitmen terhadap proses kolaboratif paling diperlukan.Perlunya sokongan antara satu sama lain dan kesediaan untuk berkongsi matlamat,pengetahuan, kemahiran, tanggungjawab dan sumber yang ada dalam menjayakan sesuatu kolaborasi.Rahmad Sukor dan Norliza (2006) mengatakan dalam kegiatan kolaboratif, setiap tugasan memerlukan kerjasama dan kepercayaann sepenuhnya antara ahli. Manakala Collahan (1996), Sharifah Alwiah(1983) dan Trump (1996) yang dipetik dari Kamaruddin mengatakan pengajaran kolaboratif yang dikenali sebagai pengajaran kumpulan merupakan satu pendekatan yang pada dasarnya melibatkan dua orang atau lebih guru yang merancang, mengajar dan menilai pengajaran serta hasil pembelajaran satu kumpulan murid. Murid yang pada mulanya berada dalam satu kumpulan yang besar dipecahkan kepada kumpulan yang kecil di bawah pimpinan seorang guru. Takrif Model Khatam Al Quran iaitu program yang menumpukan kepada penguasaan kemahiran membaca Al Quran (Iqra/ Al Quran) pada enam bulan pertama dari tahun satu hingga ke tahun enam.Objektif model ini ialah murid dapat menguasai kaedah iqra’, murid dapat membaca Al Quran dengan lancar dan bertajwid, murid dapat menghabiskan surah-surah yang ditetapkan dan murid dapat menghabiskan bacaan Al Quran sebanyak 30 juzuk. Kumpulan sasaran semua murid yang beragama Islam dari tahun satu hingga tahun enam sekolah rendah. Kepentingan model khatam Al Quran ini menekankan pembelajaran sehingga khatam Al Quran sekurang-sekurangnya dengan cara Baca Ikut Guru ( BIG). Waktu Pendidikan Islam KBSR adalah enam waktu (180 minit) seminggu. Strategi pelaksanaan model Khatam Al Quran akan menggunakan waktu Pendidikan

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

362

Islam sebanyak empat masa (120 minit) seminggu dalam tempoh enam bulan pertama (Januari hingga Jun) tahun persekolahan. Pada masa yang sama bagi murid yang belum menguasai bacaan Al Quran akan meneruskan kaedah Iqra’. Manakala dua waktu (60 minit pula diperuntukkan untuk model pemulihan jawi j QAF. Pada enam bulan kedua (Jun hingga November) murid akan mengikuti kurikulum Pendidikan Islam berdasarkan sukatan sedia ada. Pada enam bulan kedua ini pengajaran Al Quran menggunakan tiga waktu ( 90 minit) untuk tahun satu dan dua waktu pada tahun dua hingga enam. Manakala dua masa (60 minit) adalah jadual Ulum Syariah dan Jawi satu masa ( 30 minit). Walaubagaimana pun pada tahun 2013 ini pelaksanaan model enam bulan khatam al Quran telah diubah menjadi Model Khatam Al quran sahaja.Dengan petukaran ini menjadikan pelaksanaan Model Khatam Al Quran menggunakan tiga waktuPendidikan Islam sepanjang tahun di Sekolah Kebangsaan dari tahun satu hingga enam dan dari bulan Januari hingga November.Manakala dua masa (60 minit) adalah ulum syarian dan Jawi satu masa (30 minit) ( Sumber : KPM Bahagian Pendidikan Islam 2013) . Seterusnya Model Khatam Al Quran ini diperkukuhkan lagi dengan kelas tasmik di luar jadual waktu persekolahan seperti waktu petang bagi sesi pagi, waktu pagi bagi sesi petang dan waktu kokurikulum. Jadual 1 : Perbezaan Agihan Waktu Khatam Al Quran dan Asuhan Tilawah Al Quran Tahun 2005 – 2012 Tahun 6 Bulan Pertam 6 Bulan Kedua ( Khatam Al Quran) (Asuhan Tilawah Al Quran) Tahun 1 4 waktu seminggu 3 waktu seminggu Tahun 2 4 waktu seminggu 2 waktu seminggu Tahun 3 4 waktu seminggu 2 waktu seminggu Tahun 4 4 waktu seminggu 2 waktu seminggu Tahun 5 4 waktu seminggu 2 waktu seminggu Tahun 6 4 waktu seminggu 2 waktu seminggu Sumber : KPM , Bahagian Pendidikan Islam 2013

2013 JanNovember 3 waktu seminggu 3 waktu seminggu 3 waktu seminggu 3 waktu seminggu 3 waktu seminggu 3 waktu seminggu

Model Khatam al Quran ini hendaklah dimulakan dengan satu ujian ringkas untuk tujuan diagnostik. Ujian ini menggunakan instrument yang disediakan oleh pihak sekolah. Murid dibahagikan kepada beberapa kelompok mengikut tahap kebolehan masing-masing.Murid yang belum membaca Iqra’dimulakan dengan Iqra’ satu.Murid yang telah membaca dan menguasai Iqra’akan menyambung buku iqra’ yang seterusnya. Murid yang telah menguasai bacaan Al Quran akan meneruskan bacaan hingga khatam Al Quran. Murid yang telah khatam akan mengulangi bacaan untuk tujuan meningkatkan mutu bacaan. Pengajaran dan pembelajaran hendaklah diajalankan mengikut kaedah talaqi musyafaha. Bagi kelas yang ramai murid, dua murid yang berkebolehan membaca serentak. Guru merekod bacaan setiap murid di dalam buku rekod bacaan Al quran masing-masing.Bagi murid tahun 2 hingga 6, proses pengajaran dan pembelajaran

363

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

ialah semua murid membaca Al Quran menggunakan mashaf Rasm Uthmani. Bimbingan hendaklah dijalankan secara kolabirasi oleh Guru Pendidikan Islam, Guru j QAF dan murid turus. Guru akan merekod bacaan setiap murid di dalam buku rekod bacaan al Quran masing-masing. Modul Pengajaran dan Pembelajaran 6 bulan hendaklah menjadi asas rujukan guru. Kaedah Iqra’ digunakan bagi murid yang tidak menguasai bacaan Al quran. Pada enam bulan pertama ( Januari –Jun) tahun satu, guru jQAF dikehendaki mengajar bersama-sama dengan guru Pendidikan Islam (GPI) di kelas yang sama. Proses talaqi musyafaha dikendalikan oleh Guru Pendidikan Islam dan dua orang guru j QAF. Proses ini dijalankan secara langsung oleh guru untuk setiap murid. Guru hendaklah menetapkan target lima minit masa bacaan untuk setiap murid bagi setiap waktu pengajaran dan pembelajaran.Guru boleh meminta dua orang murid yang berkebolehan membaca secara serentak. Manakala pada enam bulan kedua (Julai-November), guru jQAf dicadangkan bersama dengan guru Pendidikan Islam menjalankan Pengajaran dan pembelajaran Tilawah al Quran yang merangkumi ayat kefahaman dan hafazan. Guru j QAF boleh menggunakan waktu Al quran untuk mentasmik bacaan murid yang cemerlang. Bahan pengajaran dan pembelajaran untuk model Khatam Al Quran ini ialah buku Iqra’ satu hingga enam, Al Quran Rasm Uthmani, buku rekod bacaan Al quran, kaset/cd/vcd dan kad bacaan potongan ayat atau surah-surah pendek. Pihak sekolah perlu sama-sama memainkan peranan memastikan kelancaran model ini. Peranan guru Pendidikan Islam adalah membimbing pengajaran dan pembelajaran, memastikan persediaan murid dan mengesahkan bacaan murid.Guru j QAF pula berperanan membahagikan kelompok murid, membimbing bacaan murid secara talaqi musyafaha,mencatat bacaan murid, mengenalpasti kelemahan murid dan membuat laporan pencapaian murid. Guru j QAF hendaklah berbincang dengan Guru Pendidikan Islam untuk menghantar laporan ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Muridan Negeri (JPN). Penilaian bacaan Iqra’ dilakukan pada setiap bulan oleh guru j QAF dan Guru Pendidikan Islam. Laporan penilaian hendaklah dilengkapkan dengan menggunakan boring qr01,qr02,qr03,dan qr04( selaras laporan dengan Guru Pendidikan Islam dalam program pelaksanaan Al Quran dan Jawi tahun satu,enam bulan pertama). Laporan penilaian hendaklah direkod dan difailkan untuk simpanan. Penilaian Khatam Quran hendaklah menggunakan boring analisa pencapaian yang disediakan dan di hantar kepda PPD dan JPN awal Jun dan Oktober. Model Pengajaran Kolaboratif Melalui model pengajaran kolaboratif yang diperkenalkan oleh Freudenstein (1991), terdapat tiga bahagian utama dalam latihan pengajaran. Peringkat pertama dikenali sebagai peringkat Pra – pengajaran iaitu peringkat perancangan dan persediaan.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

364

Peringkat kedua pula dikenali sebagai peringkat Pengajaran iaitu peringkat persembahan dan pelaksanaan. Manakala peringkat yang ketiga ialah peringkat penilaian dan pengubahsuaian.

Diadaptasi dari Model Pengajaran Kolaboratif Freudenstein (1991) dalam Laila Hairani(2008). Melalui Model Pengajaran Kolaboratif di atas, dapatlah diperincikan sebagaimana berikut 1.

2.

Persediaan sebelum mengajar: Guru Pendidikan Islam (GPI) dan guru j-QAF bersama-sama merancang mengenai tajuk muridan yang akan diajar . GPI dan guru j-QAF bersama-sama berbincang untuk menyediakan BBM mengikut kesesuaian tajuk muridan yang diajar Guru j-QAF hendaklah menyediakan persediaan mengajar yang sama berdasarkan persediaan mengajar GPI Sewaktu Pengajaran dijalankan Guru A masuk ke kelas dan memberi salam kepada murid serta membimbing murid membaca doa. Ketika itu Guru B berdiri mengikut

365

3.

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

kesesuaian tempat dan membantu membetulkan bacaan doa dan membetulkan tingkahlaku adab murid ketika berdoa. Guru A memulakan pengajaran dan pembelajaran bagi langkah 1, Guru B membantu guru A memaparkan perkara-perkara yang ditayangkan menerusi Alat Bantu Mengajar yang digunakan (ABM) Guru A membahagikan murid kepada kumpulan pada langkah 2, Guru B membantu pembahagian kumpulan seterusnya mengambil alih pengajaran dan pembelajaran di dalam kumpulan tersebut. Kebiasaannya Guru A akan mengendalikan kumpulan murid yang boleh menguasai Pengajaran dan Pembelajaran dengan baik dan Guru B akan memgambil kumpulan murid yang sederhana atau lemah untuk dibimbing dan diberiperhatian supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan Pada langkah 3 sesi pengajaran Guru A akan memantau kumpulan murid yang cemerlang dan sederhana menyiapkan latihan atau tugasan yang diberi, sementara Guru B akan membantu murid yang lemah menyiapkan tugasan yang diberi. Pasca pengajaran iaitu peringkat penilaian dan pengubahsuaian Sesudah sesi pengajaran dan pembelajaran Guru A dan Guru B akan berbincang mengenai kekuatan dan kelemahan sesi pengajaran tadi dan mengambil tindakan untuk pengayaaan atau membaiki kelemahan untuk sesi pengajaran akan datang. Perbincangan di peringkat ini perlu di tulis di dalam buku rancangan pengajaran guru iaitu di ruangan impak. Penulisan impak ini perlu sama diantara Guru A dan Guru B,memandangkan Pengajaran dan Pembelajaran dijalankan bersama di dalam sebuah kelas.

Sumber : Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 Kelebihan Pengajaran Kolaboratif Kolaborasi meningkatkan keberkesanan dan kreativiti hasil dari cantuman buah fikiran dua orang yang digembleng. Pengajaran kolaboratif menggembleng kekuatan, keyakinan dan kepakaran guru-guru yang dapat membantu mereka menghadapi cabaran pembaharuan atau arus perubahan dengan lebih baik. Dalam pengajaran kolaboratif ini, tenaga pengajar yang berpengalaman dapat memberi tumpuan yang lebih kepada bidang pengajarannya manakala tenaga pengajar yang baru akan dapat memperoleh pengalaman daripada tenaga pengajar yang lebih senior. Seterusnya dapat membantu dalam teknik penyampaian dan pengajaran berkesan. Melaluinya juga dapat membantu dari segi perkongsian idea dalam kaedah pengajaran. Ini dapat membentuk nilai kerja berpasukan dalam kalangan tenaga pengajar (Muhd Fauzi dalam Shazi Shaarani et al., 2008)

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

366

Begitu juga Davis & Miller (1996) dan Mc Cohon & Lavelle (1998) dalam Harun Rasyid dan M. Asrori, pengajaran kolaboratif dapat membantu murid belajar bekerja dengan selesa sebagai sebahagian anggota kumpulan. Seterusnya dapat mengembangkan keterampilan dan meningkatkan kualiti kerja dalam kumpulan. Manakala Effandi Zakaria et al. (2007) dalam penulisannya menyatakan kelebihan pengajaran secara kolaboratif antaranya ialah guru pakar akan dapat memberikan tumpuan kepada kumpulan murid yang lemah dalam pembelajaran dan beban guru dapat dikurangkan. Selain itu, guru akan berkeupayaan untuk menjalankan urusan pentadbiran seperti mengambil kedatangan murid dan sebagainya. Menurutnya lagi, melalui pengajaran ini kedua-dua guru dapat membuat penilaian berterusan ke atas murid dan pembahagian penilaian dapat dibuat berasaskan kepada kemahiran dan kepakaran yang ada pada guru tersebut. Cabaran Pengajaran Kolaboratif Antara cabaran yang dihadapi oleh guru yang menggunakan kaedah pengajaran kolaboratif ialah: i. Kawalan kelas menjadi sukar. ii. Masa guru membuat persediaan bertambah. iii. Guru perlu mahir mengendalikan alat bantu mengajar yang pelbagai. iv. Berlaku percanggahan idea. v. Masalah mungkin timbul mengenai pembahagian tugas. vi. Kemungkinan berlaku kemahiran tidak dapat diajar secara menyeluruh. vii. Murid keliru mengenai peranan seseorang guru. viii. Kesukaran menilai hasil kerja dan sumbangan daripada murid. Manakala Sukreni dan Mohd Isha (2004) pula menyatakan, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan proses pengajaran ini. Antaranya ialah: i. Guru sendiri kurang mahir walaupun mendapat pendedahan tentang pembelajaran kolaboratif ini. ii. Kekangan masa yang dihadapi dalam menjalankan aktiviti pembelajaran kolaboratif dalam bilikdarjah semasa pengajaran berlangsung. iii. Pandangan sesetengah guru bahawa mereka tidak perlu bersusah payah memerah otak untuk mencari rangsangan dalam bilik darjah dalam menjalankan pembelajaran kolaboratif, seterusnya mereka berpandangan lebih baik mengamalkan pendekatan tradisi iaitu chalk dan talk. Justeru itu, Mohammad Amin Embi telah menyatakan penyelesaian untuk mempertingkatkan keberkesanan pendekatan kolaboratif. Antaranya ialah: i. Memastikan objektif yang hendak dicaoai dibincangkan dengan jelas. ii. Selesaikan konflik yang timbul dengan segara iii. Sediakan rubric di peringkat permulaan untuk memandu proses pembelajaran dan penilaian hasil kerja.

367

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

iv. Membantu murid membuat refleksi ke atas kemajuan dari semasa ke semasa. v. Beri harapan supaya menghasilkan kerja yang terbaik Selain itu, Zalika Adam & Faridah Kassim (2008) menggariskan ketika bekerja dalam kumpulan atau berkolaboratif, guru perlu mempunyai sikap bekerja sepenuh hati, kuat dan amanah,bertanggungjawab, berkongsi idea dan taat pada pemimpin. Cadangan Strategi Pengajaran Secara Kolaboratif Memandangkan teknik pengajaran secara kolaborasi ini masih baru dalam sistem pendidikan di Malaysia maka beberapa langkah dan strategi tertentu perlu dibentuk dan ditekankan kepada guru Pendidikan Islam juga guru j QAF. Antaranya penglibatan pihak atasan terutama KPM Bahagian Pendidikan Islam perlu memainkan peranan utama, seperti memantau dengan lebih kerap ke sekolahsekolah bagi melihat sejauh mana pelaksanaan dan pemahaman tentang teknik kolaboratif dalam model khatam Al Quran ini di kalagan guru juga pihak pentadbir sekolah benar-benar difahami dan dapat dilaksanakan dengan betul. Pelaksanaan yang salah akan menyebabkan keciciran yang ketara di kalangan murid dan dikhuatiri murid hilang minat untuk memmuridi Al Quran seterusnya buta dalam mengenal huruf dan membaca Al Quran, memandangkan sukatan muridan agak tinggi berbanding sukatan lama di mana di tahun 2 perlu membaca surah Al baqarah dan ditahun 6 tamat 30 juzuk. Seminar-seminar berkaitan teknik kolaborasi dalam model Khatam al Quran ini perlu diadakan berkala bagi melahirkan guru-guru yang benar-benar berwibawa dan dapat melaksanakan teknik ini dengan betul dan lancar.Memandangkan pengajaran lebih dari seorang guru di dalam satu kelas amat mengelirukan guru mahupun murid. Sedangkan sekiranya teknik ini dapat dilaksanakan dengan baik sudah pasti amat meringankan bebanan guru sekaligus memudahkan tahap pemahaman murid dan menggalakkan murid menyukai serta melahirkan lebih ramai murid yang lancar membaca Al Quran. Pensyarah IPGM yang bertanggugjawab secara langsung untuk melatih guru-guru j QAF bagi pelaksanaan program j QAF ini perlu diberi latihan berpusat bagi mengajar teknik kolaborasi dalam model Khatam Al Quran ini bagi menyelaraskan teknik Pengajaran dan Pembelajaran bagi semua IPGM, memandangkan ini merupakan satu program baru di Malaysia dan bulan semua pensyarah mendapat latihan dan penerangan yang jelas tentang teknik kolaborasi ini. Begitu juga pihak pentadbir sekolah tidak boleh diabaikan sekiranya latihan berpusat ini dapat dilaksanakan, bagi mengelakkan ada pihak pentadbir yang meminjam guru-guru j QAF yang mengajar lebih dari seorang dalam satu kelas untuk dijadikan guru ganti bagi guru –guru yang tidak hadir atau membantu sekolah menyiapkan tugasan-tugasan lain. Sekiranya permasalahan ini berlaku matlamat teknik

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

368

pengajaran kolaborasi bagi melahirkan murid yang lancar dan fasih sekaligus khatam Al quran di peringkat sekolah rendah akan terjejas. Kesimpulan Tidak dapat dinafikan bahawa guru perlu mengetahui dan menguasai pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai objektif pembelajaran. Pengajaran kolaboratif merupakan satu kaedah pengajaran yang menunjukkan kerjasama guru akan melahirkan kepuasan kerja dan turut memainkan elemen penting dalam mencorakkan profesion keguruan. Sekiranya teknik pengajaran ini dilaksanakan dengan sepenuhnya, ia akan memberi impak dan kesan ke atas pencapaian prestasi guru dan murid seterusnya mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Rujukan Anne M. Beninghof (2011). Co-Teaching That Works Structures ang Strategies for. Maximizing Student Learning. San Francisco: Jossey-Bass A Wiley Imprint. Ee Ah Meng (1987). Pedagogi Untuk Bakal Guru. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd. Effandi Zakaria, Norazah Mohd Nordin & Sabri Ahmad (2007). Trend Pengajaran dan pembelajaran Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Fairuz Samsudin (2011). Tahap Pencapaian Murid-Murid Tahun Enam Dalam Modul Khatam Al-Quran j-QAF:Satu Kajian di Sekolah Kebangsaan Daerah Kuala Muda, Yan. Hanunah Ahmad Shah (2007). Satu kajian Pengajaran Al Quran Berasaskan Pelaksanaan Program Khatam Al Quran j QAF oleh Guru Pelatih Program jQAF.Sabah:Institut Perguruan Keningau JAPIM (2007), Buku Panduan Dasar, Pelaksanaan dan Pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum Program jQAF. Kuala Lumpur:KPM Laila Hairani Abdullah Sanggura (2008). Buku Panduan Kursus Pemantapan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008. Mohd Aderi Che Noh. (2009). Amalan Pengajaran Tilawah Al-Quran : Satu Tinjauan Terhadap Persepsi Guru Di Sekolah Menengah Harian Malaysia. Journal ofIslamic and Arabic Education 1 (1): 57-72.

369

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Mohd Aderi Che Noh & Rohani Ahmad Tarmizi. (2009). Persepsi murid Terhadap Amalan Pengajaran Tilawah Al-Quran. Jurnal Pendidikan Malaysia.34(1): 93-109. Nabiroh Kassim, Hajarul Bahti Zakaria, Mohd Huzairi Awang @ Husain, Bani Hidayat Mohd shafie, Nor Hayati Fatmi Talib & Nik Rahimi Nik Yusoff. (2010). Kerangka Teoritikal Kajian Amalan Penerapan Nilai Dalam Pengajaran tilawah Al-Quran Sekolah Rendah. Pembentangan yang ke-4 International Conference onTeacher Education; Join Conference UPI & UPSI Bandung, Indonesia. Sharifah Alwiyah Alsagof(1984),Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sukreni Ismail & Mohd Isha Awang. (2004). Penilaian Terhadap Pelaksanaan Pembelajaran Kolaboratif Dalam Pengajaran Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zalika Adam & Faridah Kassim. (2008). Kemahiran Kerja Berpasukan: Etika Dalam Pekerjaan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

370

Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab Guru Pelatih j-QAF Mengikut Persepsi Pensyarah Sumaiyah Sulaiman Normah Mohd Ariff Jamaliah Rani Nurul Hudaa Hasan Sabri Ahmad Zabidi Jabatan Bahasa Arab, IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi Abstrak Pengajaran bahasa Arab di sekolah rendah kebangsaan di Malaysia pada masa kini telah memasuki aliran perdana. Tujuan kajian ini ialah untuk melihat pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab yang dilaksanakan oleh guru-guru j-QAF semasa latihan di sekolah dari aspek kekuatan dan kelemahan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Data kualitatif diperolehi melalui temubual berdasarkan pemerhatian pensyarah bahasa Arab semasa praktikum sepanjang 12 minggu. Seramai lima orang pensyarah bahasa Arab ditemubual bagi mendapatkan pandangan terhadap amalan pengajaran yang diperhatikan. Data dianalisis berdasarkan tema. Hasil kajian mendapati kebanyakan guru mempunyai kemahiran dan kekuatan yang diperlukan untuk mengajar mata pelajaran bahasa Arab. Walaubagaimana pun tetapi terdapat beberapa kelemahan dalam kalangan sebahagian guru-guru tersebut semasa menjalani latihan praktikum di sekolah. Kumpulan pengkaji mengemukakan beberapa cadangan untuk memantapkan dan mempertingkat pengajaran bahasa Arab. Kata kunci : kekuatan, kelemahan, pengajaran, bahasa Arab, guru j-QAF Pengenalan Program J-QAF telah diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri iaitu Tun Abdullah bin Ahmad Badawi semasa lawatan beliau ke Kementerian Pelajaran Malaysia pada 30 Disember 2003. Di situ beliau menyatakan hasrat untuk melihat murid sekolah rendah dapat menguasai al-Quran sebelum menamatkan persekolahan rendah. Pada tahun 2005, dengan persetujuan YAB Perdana Menteri, program J-QAF telah dimulakan secara berperingkat (Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF) dan menjelang 2010 ia diperluaskan ke semua sekolah kebangsaan di Malaysia. Program J-QAF bertujuan memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus kepada 4 komponen utama proses Pengajaran & Pembelajaran Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain. Model Perlaksanaan Bahasa Arab

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

372

komunikasi bermaksud pelajaran Bahasa Arab diperluaskan kepada semua murid dengan mewajibkannya kepada semua murid beragama Islam dan memberi pilihan kepada murid-murid yang tidak beragama Islam mengikuti program ini. Program ini bermatlamat untuk menanam minat mempelajari bahasa Arab kepada murid-murid disamping dapat berkomunikasi menggunakan bahasa Arab yang mudah. Matlamat Bahasa Arab sekolah rendah seperti yang telah dinyatakan oleh Kementerian pelajaran Malaysia ialah untuk memberikan kepada empat kemahiran bahasa serta membolehkan mereka menggunakan bahasa Arab dalam penulisan dan percakapan samada di sekolah atau di luar sekolah. Objektif pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di peringkat sekolah rendah bertujuan untuk menanam minat murid mempelajari asas bahasa Arab dan menguasai kemahiran berbahasa di samping membolehkan murid berkomunikasi menggunakan ayat mudah berdasarkan Dokumen Standard Prestasi KSSR Tahun 1. Pendekatan Dokumen Standard Kurikulum bagi bahasa Arab adalah untuk mencapai tujuan-tujuan berikut; 1. Mendengar sebutan huruf, perkataan, ayat dan perenggan. 2. Menyebut huruf dan perkataan dengan sebutan yang betul. 3. Bertutur mengikut situasi tertentu. 4. Membaca perkataan, ayat dan perenggan dengan bacaan yang betul. 5. Mempraktikkan asas tatabahasa bahasa Arab dalam pertuturan dan penulisan. 6. Menghafaz kata-kata hikmah dan perumpamaan yang terpilih dan memperdengarkannya. 7. Menggunakan bahasa Arab fushah dalam pertuturan dan penulisan. Transformasi pendidikan yang berlaku dari Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menyebabkan berlaku beberapa penambahbaikan. Antara elemen nilai tambah merentas kurikulum ialah kreativiti dan inovasi, keusahawan dan teknologi maklumat dan komunikasi. Bahasa Arab termasuk dalam modul elektif yang ditawarkan di sekolah rendah. Justeru, guru bahasa Arab j-QAF juga perlu diperkasakan demi memastikan kejayaan pelaksanaannya. Latar belakang Perkembangan bahasa Arab di Malaysia menyaksikan bahawa, bahasa Arab telah menjadi antara subjek penting peringkat sekolah, samada sekolah rendah dan menengah malah di institusi pengajian tinggi. Bahasa Arab merupakan bahasa yang ketiga di Malaysia selepas bahasa Melayu dan bahasa Inggeris (Wan Azura et al, 2006), manakala kurikulumnya telah mengalami beberapa peringkat perubahan mengikut perkembangan semasa (Rosni, 2009). Apabila Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan secara berperingkat mulai 2011 menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab turut menerima perubahan dan penambahbaikan. Sebagai

373

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

contoh, sekolah-sekolah yang melaksanakan Modul Elektif Bahasa Arab KSSR perlu melaksanakan Modul Transisi Bahasa Arab Tahun 1 di awal minggu persekolahan 2013 seperti yang telah diarahkan melalui Kursus KSSR Bahasa Arab pada tahun 2012 yang lalu. Bagi memenuhi keperluan guru bahasa Arab, Institut Pendidikan Guru (IPG) merupakan pihak yang bertanggungjawab menyediakan guru bahasa Arab yang diperlukan melalui program KPLI j-QAF. Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) telah diperkenalkan mulai 3 Januari 2003 untuk melatih guru siswazah dalam bidang perguruan sekolah rendah (Sallehuddin & Mahadi, 2005). Melalui program latihan berasaskan sekolah (PLBS) guru j-Qaf perlu menjalani latihan di sekolah yang ditempatkan. Selama 3 semester kemahiran mengajar diperolehi. Melalui latihan mengajar atau praktikum, selama 12 minggu, guru j-QAF berpeluang mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah. Penguasaan pelajar-pelajar dalam bahasa Arab masih menjadi masalah dalam pengajaran bahasa Arab di sekolah-sekolah (Nurul Hudaa & Sabri, 2005). Antara masalah berpunca dari kekurangan guru bahasa Arab yang berkaliber yang benarbenar mempunyai pengkhususan dan latihan intensif dalam bidang pendidikan dan pengajaran bahasa Arab (Meriam et.al, 2001). Bagi menampung kekurangan, guruguru bukan pengkhususan terpaksa mengajar matapelajaran tersebut (Mohd Ariffin, 2011). Berdasarkan perkara yang dinyatakan, pengkaji berasa perlunya kajian bagi mendapatkan makluman berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab oleh guru j-QAF di sekolah dengan memfokuskan aspek kekuatan dan kelemahan. Ia bertujuan aspek kekuatan dapat dikongsi dan disebarluaskan seterusnya dapat dimanfaatkan oleh pihak yang terlibat dalam institusi pendidikan guru, sekolah dan sebagainya. Manakala aspek kelemahan yang diperolehi dapat dicadangkan langkah penambahbaikan agar semua pihak yang terlibat secara langsung dengan bidang pendidikan bahasa Arab akan mendapat manfaat. Objektif kajian 1 2

Mengenalpasti aspek kekuatan pengajaran dan pembelajaran guru pelatih jQAF semasa latihan mengajar. Mengenalpasti kelemahan dan masalah pengajaran dan pembelajaran guru pelatih j-QAF semasa latihan mengajar.

Metodologi Kajian Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes yang melibatkan lima orang peserta kajian yang terdiri daripada pensyarah Bahasa Arab yang menjadi penyelia praktikum Bahasa Arab bagi guru pelatih j-QAF. Kes yang

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

374

dimaksudkan dalam kajian ini ialah berasaskan kekuatan dan kelemahan guru j-qaf semasa pengajaran bahasa Arab manakala tempat kajian ialah sekolah sekitar negeri Selangor. Pemilihan peserta kajian adalah berdasarkan persampelan bertujuan yang bersesuaian (purposive convenience sampling). Pensyarah yang dipilih berdasarkan beberapa faktor iaitu pensyarah di jabatan bahasa Arab dan berpengalaman menyelia praktikum bahasa Arab bagi pelajar PISMP dan j-QAF. Mereka berpengalaman mengajar mata pelajaran Bahasa Arab 13-25 tahun. Kelima-lima mereka merupakan graduan ijazah sarjana bahasa Arab. Pemilihan pensyarah ini juga bergantung kepada persetujuan dan kesanggupan mereka untuk melibatkan diri dalam kajian. Ini adalah kerana peserta kajian harus bersedia untuk berkongsi refleksi penyeliaan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran dan bersedia untuk ditemubual serta mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk melaksanakan proses pengumpulan data dengan baik, kerana telah berpengalaman luas mengajar bahasa Arab serta wujudnya minat dan kerjasama daripada responden. Peserta kajian diperkenalkan dengan kod sahaja misalnya PBA1 menggambarkan pensyarah bahasa Arab yang pertama hinggalah PBA5 yang menggambarkan pensyarah bahasa Arab yang kelima. Untuk mendapatkan data kualitatif ini satu temu bual mendalam tentang refleksi pensyarah yang melihat kekuatan dan kelemahan guru pelatih j-QAF ketika melaksanakan P&P BA sepanjang proses praktikum. Semua data yang dikumpulkan ini adalah memenuhi piawaian kajian yang menggunakan pendekatan kualitatif bermula daripada awal penentuan topik dan kaedah, pemilihan peserta, kutipan data sehinggalah analisis dapatan yang sentiasa mengambil kira kesahan dari segi luaran dan dalaman serta kebolehpercayaan yang dipayungi oleh etika kajian (Miles & Huberman 1994). Dapatan dan perbincangan a.

Kekuatan guru j-QAF dari persepsi pensyarah Berdasarkan temubual yang dijalankan, analisis data menunjukkan terdapat beberapa kekuatan guru telah dikenalpasti iaitu: (i) Strategi pengajaran dalam kelas, (ii) Penggunaan bahasa Arab, (iii) pengurusan kelas, (iv) pengurusan bahan sumber. (i) Strategi Pengajaran dalam kelas 

Kreatif dan inovatif. Analisis data kajian mendapati kebanyakan pensyarah berpuas hati dengan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru pelatih kerana guru berjaya menarik perhatian pelajar dengan pelbagai strategi serta kreatif dan inovatif.

375

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

“...guru j-QAF tu apabila mengajar memang kreatif. Setiap kali mengajar ada sahaja idea baru yang dia nak buat. Pernah semasa mengajar tiba-tiba ada murid berpakaian macam posmen datang bawa surat, rupanya supaya murid nampak maksud yang diinginkan. Dia juga bijak memanfaatkan ruang kelas dengan mengadakan aktiviti gerabak keretapi sambil ahli kumpulan bergerak mengelilingi kelas. Seronok sungguh murid-murid tu. Semua tak sabar....” (PBA 2) 

Guru juga berjaya menjalankan pelbagai aktiviti permainan bahasa (‫ )اﻷﻟﻌﺎب اﻟﻠﻐﻮﯾﺔ‬untuk aktiviti kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. “...ada juga beberapa pelatih yang buat macam-macam aktiviti macam permainan bahasa bagi empat-empat maharat tu..” (PBA 2) “...contohnya permainan roda impian. Kat roda tu ada gambar, kemudian murid disuruh padankan perkataan dengan gambar, kemudian baca atau tulis...” (PBA 3) “....murid-murid berebut nak jawab bila aktiviti permainan bahasa. Guru pula selalu sediakan hadiah kepada yang menang seperti pensil, pembaris, stiker kartun dan gulagula...” (PBA 1)



Guru juga berjaya menarik perhatian melalui nasyid bahasa Arab “...saya dapati tiap kali kelas bahasa Arab, mesti ada nasyid. Satu hari tu dia (pelatih) tak pasang nasyid, murid tanya: cikgu, tak de nasyid ke? (PBA 1)



Berdasarkan temubual, guru j-QAF didapati menjadikan aktiviti berkumpulan sebagai amalan pengajaran. “...ada yang pandai urus aktiviti kumpulan, boleh kontrol dengan baik, murid-murid bagi kerjasama...” (PBA 2) “...mereka selalu buat aktiviti berkumpulan, murid nampak bersemangat. Dia (guru pelatih) agihkan kumpulan ikut suara haiwan pula tu. Contohnya dia

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

376

sebut “ ǃǛNJ ƹǃ ǛNJ ƹ ҒƝDŽ ƺҰƹ ,‫ ”ﻣﺠﻤﻮﻋﺔ ﺑﻲء ﺑﻲء‬ini sangat sesuai dengan jiwa kanak-kanak...” (PBA 3) “ ...ada seorang guru pelatih tu masa nasyid dia minta satu kumpulan bernasyid (maharah qiraah) baca satu rangkap. Kumpulan dua baca rangkap dua, begitulah seterusnya sehingga semua kumpulan terlibat. Kelas jadi meriah...” (PBA 4) 

Penggunaan bahasa badan sebagai ganti terjemahan ke bahasa Melayu “ ...pelatih j-QAF boleh menunjukkan bahasa badan yang tepat dengan situasi pembelajaran. Bahasa badan ini boleh membantu mengawal kelas dan mendapat tindak balas yang positif dari murid dan mereka faham dan mengambil tindakan dari arahan guru...(PBA 2) “ ...contohnya setiap jenis permainan disebut sambil menggayakan cara permainan itu dilakukan...” (PBA 3)

Kesimpulannya pengkaji mendapati sesi pengajaran secara keseluruhan adalah menyeronokkan kerana kebanyakan guru pelatih menggunakan pendekatan pengajaran berpusatkan murid dan bahan. Teknik-teknik pengajaran bahasa kedua sememangnya perlu sebanyak mungkin mewujudkan secara simulasi situasi-situasi sewajarnya dan merangsang pelajar menggunakan bahasa itu. Seseorang guru bahasa kedua mestilah cekap memainkan peranannya sebagai “motivator” yang dapat menggunakan minat dan keinginan pelajar untuk belajar bahasa kedua (Sumaiyah, 2011). Pengkaji mendapati ini adalah satu anjakan yang baik dalam pengajaran bahasa Arab kerana guru telah mengubah gaya pendekatan tradisional dalam bilik darjah bahasa Arab yang dahulunya lebih banyak dipengaruhi pendekatan pengajaran berpusatkan guru semata-mata dan kurang aktiviti (Rosni, 2007). Pengkaji berpendapat perbezaan ini berlaku kerana latihan perguruan yang diterima di IPG menekankan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar dan bahan. Modul Bahasa Arab KPLI j-QAF disediakan memenuhi keperluan kurikulum pendidikan kebangsaan yang menekankan kecemerlangan pendidikan berterusan selain mereka juga diberikan pendedahan secukupnya bagaimana menjadi guru bahasa Arab yang baik baik sudut pengetahuan isi kandungan, pedagogi mahupun teknik memotivasikan pelajar. (ii) Penggunaan bahasa Arab 

Berdasarkan temubual, para responden mendapati, penggunaan lughah al-fasli kalangan guru j-QAF hampir 100%. Kebanyakan guru berjaya menggunakan lughah al-fasli walaupun dalam kelas murid

377

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

tahun 1 atau tahun 2. Kajian mendapati murid boleh faham arahan guru dan mengambil tindakan terhadap kata-kata dan arahan guru, walaupun peringkat awalnya agak sukar. Bahkan kalangan murid yang aktif, mereka boleh menutur apa yang menjadi kebiasaan guru. “ ....apabila dia panggil dua orang murid ke depan, salah seorang akan suruh kawannya baca. Bila selesai baca, dia suruh kawan dia baca kali kedua. Dia kata “ ‫ “ أﺧﺮى !ﻣﺮة‬. Saya rasa teruja dengar murid sebut ayat tu. Rupanya pelajar boleh ingat sebab guru selalu sebut...” (PBA 1) “ ....dari segi penggunaan lughatul fasli, nampaknya pelajar faham dan ada yang suka tiru guru cakap. Lepas seorang murid menjawab dengan baik, guru akan kata “ ‫ ”! ﻣﺤﻤﺪ أﻟﻰ ﺻﻔﻘﻮا‬tetapi pada hari itu belum sempat guru sebut, murid yang ada dalam kelas dah sebut dulu “ ‫ﺻﻔﻘﻮا‬ !‫ ”إﻟﻰ ﻋﺎطﺮة‬. Saya terfikir memang benar kanak-kanak cepat belajar jika kena caranya” (PBA 1) Menurut Rosni (2007) dalam kajian yang dijalankan kalangan guru bahasa Arab mendapati antara masalah dalam pengajaran bahasa Arab di sekolah-sekolah agama ialah guru kurang menggunakan komunikasi bahasa Arab dalam pengajaran dan pembelajaran. Sedangkan persekitaran komunikasi bahasa Arab perlu diwujudkan bagi membantu keberkesanan kemahiran berbahasa. Penggunaan lughah al-fasl merupakan cetusan idea IPG Kampus Pendidikan Islam yang dulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan Islam sebagai langkah membantu guru menggunakan bahasa Arab dalam kelas. Seterusnya ia termasuk dalam modul yang didedahkan kepada pelatih KPLI j-QAF (Modul Bahasa Arab 1/3, 2009) dan disebarluaskan oleh KPM melalui bengkel dan seminar. 

Penggunaan al-kalimah al-tasyji’iyyah seperti “ana mumtaz huwa mumtaz kullu mumtaz” setiap kali murid dapat menjawab atau melaksanakan aktiviti satu perkara yang tidak berlaku sebelum ini. Dengan adanya al-kalimah al-tasyji’iyyah guru berjaya mengawal kelas serta dapat menarik minat murid untuk belajar BA dengan cara yang sangat menyeronokkan. "...dia buat al-kalimah al-tasyji’iyyah dalam bentuk soal jawab contohnya: “ !‫”أﻧﺎ ﻣﻤﺘﺎز‬ “ ‫”ﻣﻦ ﻣﻤﺘﺎز ؟‬ “ !‫”ﺣﺎﻛﻢ ﻣﻤﺘﺎز‬

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

378

“ ‫ ”ﻧﺤﻦ ﻣﻤﺘﺎز‬...(PBA 2) “... dia kreatif...dia latih murid sebut anta mumtaz sambil tunjuk kepada lelaki, lepas tu murid sebut anti mumtaz sambil tunjuk pada murid perempuan. Kemudian nahnu mummtaz sambil tunjuk semua. Secara tak langsung dia dah ajar penggunaan dhomir dah...” (PBA 1) (iii) pengurusan kelas Aspek pengurusan kelas adalah antara isu yang kerap dihadapi oleh guru yang baru menceburi bidang pendidikan. Kajian mendapati terdapat guru jQAF berjaya mengawal kelas melalui kaedah strategi bahasa badan iaitu pandangan mata dan intonasi suara seperti arahan “‫" !ﺑﺎﻷدب اﺟﻠﺴﻮا‬. (iv) Pengurusan bahan sumber 

Pelbagai jenis “ ....apabila mengajar memang banyak bahan bantu mengajar. Macam-macam saya tengok contohnya pizza misterilah, pistol hikmahlah, ....(ketawa)...sampai saya rasa murid berebut-rebut nak cuba buat aktiviti tu kerana nak melakukan permainan tu” (PBA 1) “ .... mereka ni banyak idea, ada sahaja ideanya. Saya rasa kalau guru bahasa Arab semua mengajar guna cara ni, mesti murid sukakan bahasa Arab...” (PBA )



Berwarna-warni dan bermacam bentuk “ ...ada seorang tu buat keretapi guna kotak, nak ajar tentang ‫أﻟﻮان‬, sangat menarik dan budak-budak seronok sangat sebab ada stesen-stesen (‫)ﻣﺤﻄﺔ‬, pulak warna-warni dan pelbagai...” (PBA 2) “ ....bahan bantu mengajar mereka ni dah macam-macam bentuk. Zaman dulu kita tengok bentuk empat segi dan bulat sahaja. Tapi mereka pelbagaikan bentuk. Ini juga inovasi dalam pengajaran...” (PBA 4)



Penggunaan ICT

379

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

“ ...saya dapati kebanyakan pelatih guna ICT, yang guna secara berkesan dalam beberapa orang sahaja dan sesuai dengan aktiviti yang dirancang...” (PBA 2) “ ....power pointnya cantik dan kreatif. Tu yang murid suka nak tengok...” (PBA 4) “ Ada yang guna ICT secara interaktif, bukan statik dan setakat tayang je. Kita boleh lihat penglibatan murid semasa menggunakannya ketika membuat aktiviti. Nampak budak minat dan seronok...” (PBA 3) Dapatan ini menyamai dapatan Siti Fatimah & Abd Halim (2010) dalam kajian terhadap guru j-QAF yang mendapati bahawa persepsi guru j-QAF terhadap penggunaan BBM berasaskan TMm adalah tinggi. bertentangan dengan kajian yang dijalankan oleh Rosni (2007). Menurut Rosni (2007), alat bantu mengajar yang kerap digunakan oleh guru bahasa Arab ialah papan putih sahaja. Penggunaan bahan lain bagi meningkatkan penguasaan bahasa seperti makmal bahasa amat kurang digunakan. Hal ini berlaku adalah kerana suasana dan kemudahan serta sikap guru itu sendiri. Kamarul Zaman et.al (2002) menyatakan bahawa guru pendidikan islam perlu memperbanyakkan bahan bantu mengajar bagi menarik minat pelajar mengikuti matapelajaran tersebut. Umumnya, pelajar akan berminat dengan pembelajaran apabila merasakan seronok dengan aktiviti yang disertai. Kerana itu, kebanyakan ahli teori dan pengamal pengajaran sepakat bahawa pentingnya menjadikan sesi pembelajaran merangsang dan menyeronokkan. Sudah semestinya guru bahasa Arab yang mengajar bahasa tersebut sebagai bahasa kedua perlu memiliki pengetahuan dan kemahiran untuk berperanan sebagai motivator agar pengajaran lebih menarik, berkesan dan efektif dan berupaya mengekalkan minat dan motivasi pelajar terhadap bahasa al quran yang mulia ini (Sumaiyah, 2011). Pengkaji berpendapat kekuatan yang dilihat adalah merupakan kekuatan sistem latihan perguruan yang diterima di IPG sesuai dengan motto IPG sebagai Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru. Transformasi The New IPG menekankan kotak kompetensi yang menekankan lima dimensi iaitu pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan pembangunan, kualiti peribadi, perkhidmatan dan penglibatan dan teknologi maklumat dan komunikasi. Justeru, latihan yang diberikan kepada bakal guru menekankan lima dimensi yang dinyatakan. b.

Kelemahan guru jqaf

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

380

Berdasarkan temubual bersama pensyarah terdapat beberapa tema yang menjurus kepada kelemahan guru pelatih semasa praktikum iaitu: (i) Penulisan RPH, (ii) Pengajaran dalam kelas, (iii) pengurusan kelas, (iv) pengurusan bahan sumber. (i) Penulisan rancangan pengajaran harian (RPH) 



Terdapat kesalahan aspek penulisan seperti penulisan objektif tidak spesifik. Sebagai contoh meenggunakan kata kerja “‫”ﯾﻌﺮف‬. Begitu juga terdapat pelatih yang tidak menyatakan standard kandungan mengikut kehendak KSSR. Kesalahan tatabahasa dan uslub seperti penggunaan dhomir pada kalimah yang terdapat ‫ ال‬contohnya "‫”اﻟﻐﺮف ﻓﻲ اﻟﺒﯿﺘﻲ‬, begitu juga penggunaan huruf jar yang kurang tepat seperti “‫”أرﺟﻊ ﻓﻲ اﻟﻔﺼﻞ‬ Uslub atau gaya bahasa:

:‫ﻓﻲ آﺧﺮ اﻟﺪرس ﯾﺘﻤﻜﻦ اﻟﺘﻼﻣﯿﺬ ﻣﻦ‬ ‫ ﯾﻘﺮأ اﻟﻜﻠﻤﺎت ﺑﻌﺪ ﯾﻘﺮأ اﻟﻤﻌﻠﻢ‬.1

Sepatutnya guru pelatih menulis begini: :‫ﻓﻲ آﺧﺮ اﻟﺪرس ﯾﺘﻤﻜﻦ اﻟﺘﻼﻣﯿﺬ ﻣﻦ‬ ‫ ﻗﺮاءة ﺧﻤﺲ ﻛﻠﻤﺎت ﺑﻌﺪ ﻗﺮاءة ﻧﻤﻮذﺟﯿﺔ ﻣﻦ اﻟﻤﻌﻠﻢ‬.1 

Begitu juga penulisan objektif ketiga adakalanya tidak dapat dicapai. “ ...bila bandingkan objektif ketiga dengan apa yang dilaksanakan, didapati objektif itu tidak tercapai...” (PBA 3)

(ii) Pengajaran dalam kelas  

Kurang mahir strategi P&P sebagai contoh ketika aktiviti tunjuk cara, guru terlalu cepat dan tidak mengulangnya hingga menyebabkan pelajar tidak faham. Kurang mahir menerapkan kemahiran berfikir serta tidak dapat menggunakan istilah yang tepat untuk menunjukkan kemahiran berfikir “ ...guru pelatih kebanyakannya hanya terikat dengan kalimah-kalimah di dalam buku untuk KBKK. Sepatutnya mereka boleh mencari kalimah daripada kategori yang sama untuk menguji kemahiran berfikir murid...” (PBA 3)



Mengguna kaedah tatabahasa dan terjemahan

381

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

“ ...pelajar sukar menterjemah semula apa yang telah disebut, sedangkan terjemahan itu tidak perlu, memadai tunjuk dengan gambar iaitu pelajar menggunakan kaedah secara langsung ( ) bukan ...” (PBA 3) (iii) Penggunaan bahasa Arab 

Kemahiran komunikasi menggunakan bahasa pasar (aamiyah), “ ...contohnya “ ƠƼNJ Ƨ” “ ƿǚDŽ ljǐ! “ dan “ ‫ ”ﻣﺶ‬...”



Terlalu lemah ilmu nahu dan sarf sehingga banyak melakukan kesilapan semasa menyampaikan P&P bahasa Arab. Masalah tersebut sangat ketara kepada guru yang bukan opsyen bahasa Arab terutama dari universiti tempatan dan universiti Indonesia. “ ...ada tu lemah sangat nahu sorof. Bila check dari universiti mana, rupanya universiti tempatan dan Indonesia. Tapi mereka bukanlah takhassus bahasa Arab...” (PBA 4)



Tidak mampu menulis ayat dengan uslub yang baik dan nahu yang betul. Ini terbukti semasa menulis refleksi selepas P&P. Terdapat refleksi yang tidak dapat difahami oleh penyelia. “ ...pelatih hanya boleh menulis refleksi yang positif sahaja iaitu kekuatan kelemahan langsung tidak ditulis. Mereka tahu bentuk penulisan reflektif untuk menyatakan kelemahan, tetapi mereka susah nak menulis kerana tidak ada istilah atau vokab.....” (PBA 4)



Tidak menguasai kosa kata serta tidak mengetahui makna perkataan Arab yang ditulis di dalam RPH apabila ini terbukti apabila pensyarah meminta untuk menjelaskan makna ayat atau perkataan yang telah ditulis akhirnya didapati meniru atau ‘copy paste’ daripada pelatih lain. “ ...bila saya suruh dia baca apa yang ditulis, tulisan masha Allah memang tak boleh nak baca, suruh terjemah apa yang ditulis... macam kalimah “ ‫ ”اﺳﺘﺨﺪام‬dia kata maknanya mengeja, kemudian “ ‫ ”ﻧﻄﻖ‬saya tanya pula...” (PBA 3)

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam



382

Begitu juga terdapat penggunaan perkataan yang kurang tepat contohnya menggunakan perkataan ‫ ﻧﺴﺎء‬untuk murid perempuan dan ‫ رﺟﺎل‬untuk murid lelaki “‫ اﻵن ﻣﻦ اﻟﻨﺴﺎء‬. ‫أرﯾﺪ ﻣﻨﻜﻢ أن ﺗﻘﺮأوا‬ ‫ﺑﻌﺪ ذﻟﻚ ﻣﻦ اﻟﺮﺟﺎل‬..." (PBA 2)



Terdapat juga guru yang menggunakan kaedah menterjemah bahasa Arab dengan menggunakan bahasa Inggeris yang keterlaluan “ ...contohnya beberapa kali dia (guru pelatih) terjemahkan ayat ke bahasa Inggeris, sedangkan saya nampak dia boleh gunakan bahasa badan sebenarnya...” (PBA 5)

(iv) Pengurusan kelas, 

Kawalan kelas gagal apabila aktiviti kumpulan yang tidak melibatkan semua murid “ ...biasanya kelas mula hilang kawalan semasa langkah tiga....” (PBA 3)



Fokus pada murid barisan hadapan sahaja “...ada guru pelatih yang sering terlupa untuk memastikan murid-murid di belakang terutama apabila guru leka menguruskan kumpulan tertentu di hadapan....” (PBA 3) “ Murid kat depan je dia tanya. Dia panggil yang belakang main-main dan tidur tak bagi Perhatian...” (PBA 4)



Pengurusan masa yang kurang berjaya sekalipun masa 1 jam pengajaran “ ...kalau bijak urus masa ok, ni masa berlebih pulak ni. Adalah yang macam tu...” (PBA 3)

Pakar-pakar pendidikan juga mengatakan bahawa terdapat banyak faktor yang mempengaruhi aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Pengurusan bilik darjah merupakan faktor yang paling mempengaruhi sesebuah pengajaran (Abdull Sukor Shaari, 2008).

(v) Pengurusan bahan sumber

383

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.



Kajian menunjukkan terdapat penggunaan papan tidak sistematik semasa pengajaran “ ...penggunaan papan hitam tidak sistematik dan tersusun. Guru meletakkan gambar ikut suka mereka. Kadangkadang dalam satu papan hitam semua dilekatkan p & p. Sepatutnya ia letak bahan ikut langkah p & p...” (PBA 2) “ ...ada guru pelatih yang baru teringat untuk tulis tarikh, tajuk, hari dan masa bila dah masuk langkah kedua.....” (PBA 2)



Penggunaan ICT kurang berkesan kerana perkataan dan gambar tiada kaitan, saiz kurang sesuai, tidak jelas dan tidak pelbagai. “ ...ada yang ambil gambar dari sumber-sumber yang tidak berkaitan sangat dengan tajuk. Contohnya nak tunjuk gambar binatang, dia ambil sama gambar binatang lain turut ditayangkan. Murid keliru ....” (PBA 3) "...terdapat saiz yang kecil dan kurang jelas menarik serta bahan bantu mengajar tidak berwarna warni” (PBA 5)



P&P bahasa Arab masih ‘stereotype’, Terdapat pelatih yang tiada pembaharuan dan perubahan walaupun menggunakan ICT. “ ...sebahagian guru pelatih tidak menyediakan plan B sedangkan LCD tidak dapat digunakan (rosak), akhirnya murid hanya dapat mendengar nasyid tanpa melihat liriknya. P & p menjadi kurang berkesan....” (PBA 5)

(vii) Refleksi yang kurang kritis Berdasarkan analisis RPH, para pensyarah mendapati masih terdapat guru j-QAF yang belum menguasai teknik penulisan RPH secara kritis. Refleksi tidak dapat menunjukkan kekuatan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran. Hal ini perlu diberi perhatian kerana amalan refleksi dan penulisan jurnal refleksi merupakan perkara yang ditekankann dalam latihan perguruan di IPG. Ainon (2004) menyatakan bahawa di antara isu yang sering dikaitkan dengan faktor guru ialah kaedah pengajaran dan peranannya. Seorang guru yang bertanggungjawab akan sentiasa berusaha memperbaiki profesionalisme keguruannya, sentiasa membuat refleksi terhadap keberkesanan pengajarannya dan berperanan memupuk minat

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

384

pelajar terhadap pelajaran yang diajarnya. Tugas mengajar menjadi satu usaha yang membosankan apabila hanya ada satu kaedah sahaja yang diikuti. Guru hendaklah sentiasa mencari dan berjuang bagi menjadikan pembelajaran lebih berkesan (Coombs, 2009). Implikasi kajian dan cadangan Kajian yang telah dijalankan ini dapat memberi gambaran kekuatan dan kelemahan guru pelatih j_QAF. Ia membantu memberi maklumat kepada pihak IPG, pihak sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia sejauh mana program j-QAF yang sedang berjalan disekolah-sekolah rendah seluruh Malaysia mencapai tahap yang dihasratkan iaitu melahirkan guru bahasa Arab dan kompeten. Penekanan terhadap aspek kekuatan dan kelemahan bukan sahaja terletak di bahu pihak sekolah semata, bahkan bimbingan dari para guru dan pensyarah pembimbing juga amat diperlukan kerana mereka adalah pihak yang diamanahkan menyelia dan memberi bimbingan bagi menjadi guru bahasa Arab yang berkesan. Hasil maklumat kajian ini boleh dimanfaatkan oleh semua pihak yang terlibat dalam latihan guru baik institusi kerajaan mahupun swasta agar para guru bahasa Arab dapat memainkan peranan penting dalam memperkasakan pengajaran bahasa Arab di sekolah-sekolah Malaysia. Apabila pengajaran bahasa Arab menarik dan berkesan, sudah tentu semakin ramai yang berminat mempelajarinya termasuk murid dari kaum bukan Islam. Cadangan memperkasakan guru j-QAF di Malaysia i.

Institut Pendidikan Guru (IPG) 1. Guru pelatih hendaklah diberi input yang mencukupi tentang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran terutamanya penulisan RPH. Antara aspek yang ketara ialah penulisan objektif dan hasil pengajaran, kaedah menerap elemen keusahawanan dan kemahiran berfikir. Mereka juga perlu diberikan contoh penulisan RPH yang baik. Ia perlu dilakukan semasa minggu orientasi. 2. Pihak IPG perlu mengedar lughah al-fasl kepada guru dengan lebih awal sebagai contoh sejak semester pertama. ia bertujuan supaya mereka menguasainya dengan baik di peringkat awal memasuki kelas. 3. Penyeliaan pertama kepada pelatih j-QAF dimulakan lebih awal iaitu pada tahun pertama penempatan. melalui pemantauan awal iaitu 6 bulan sekali, aspek kelemahan dapat dirawat lebih awal. 4. Mereka hendaklah diberi contoh penulisan refleksi yang baik. Ini kerana rata-rata lemah dalam penulisan refleksi. 5.

Guru pelatih perlu didedahkan kaedah penggunaan bahan bantu mengajar secara praktikal semasa kursus dalam cuti.

385

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

6. 7.

Menghantar pelatih-pelatih IPG pengkhususan bahasa Arab untuk menjalani praktikum atau latihan industri di Timur Tengah selama tiga bulan atau enam bulan untuk meningkatkan kemahiran berbahasa Arab. Melakukan kursus tahsin bahasa Arab kepada semua guru j-QAF sama ada opsyen bahasa Arab atau Pengajian Islam kerana terdapat juga dalam kalangan guru Pengajian Islam mengajar subjek bahasa Arab. Ini kerana terdapat guru bahasa Arab yang sangat lemah dalam penggunaan bahasa Arab walaupun berkelulusan ijazah pertama dari universiti timur tengah.

ii.

Pihak Sekolah 1. Pihak sekolah perlu memastikan bimbingan berterusan diberikan kepada guru pelatih ini terutama kawalan kelas, pengurusan papan putih dan sebagainya. 2. Kursus perkembangan staf di hujung bulan dengan memberi fokus kepada pendedahan semula kandungan ilmu bahasa Arab.

iii.

Institusi pengajian Tinggi tempatan 1. Keperluan pelajar opsyen agama dari universiti tempatan mempelajari bahasa Arab bukan setakat tahun 1 atau 2 sebaliknya wajib mempelajari bahasa Arab sehingga tahun akhir serta wajib lulus. Rasionalnya agar mereka cukup persediaan untuk menjadi guru j-QAF. 2. Memperbanyakkan amali bahasa Arab seperti maharat lughawiyyah secara ‘out door’ seperti mukhaiyyam menggunakan modul yang sesuai untuk meningkatkan mutu bahasa Arab pelajar. 3. Mengadaptasi sistem pendidikan BA yang dibuat oleh negara-negara luar seperti Singapura, Brunei, Pakistan dan lain-lain yang menampilkan murid yang mahir bertutur bahasa Arab dengan baik dan berkesan.

iv.

KPM, Pihak PPD, JPN 1. Memantau guru-guru j-QAF yang menjalankan P&P untuk melihat sejauhmanakah mereka mematuhi kehendak KSSR BA. 2. Perlu mengadakan kursus dan bengkel teknik pengajaran bahasa Arab berkala bagi memantapkan pengajaran guru j-QAF yang telah berada di sekolah. Ini bagi memastikan mereka juga didedahkan informasi dan teknik baru pengajaran bahasa Arab seterusnya dapat menjayakan pengajaran dalam bahasa Arab. Tinjauan mendapati guru lama juga tidak menggunakan lughatul fasli dengan aktif serta masih menggunakan kaedah nahu dan terjemah. 3. Minggu orientasi diadakan 3 minggu supaya pelatih boleh mendapat maklumat dan lebih bersedia untuk berada di sekolah.

Kesimpulan

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

386

Kesimpulannya, kajian mendapati guru bahasa Arab j-QAF mempunyai beberapa kekuatan iaitu strategi pengajaran dalam kelas, penggunaan bahasa Arab, pengurusan kelas dan pengurusan bahan sumber. Begitu juga beberapa aspek kelemahan dikenalpasti iaitu kemahiran berbahasa, lemah nahu dan sorof, penggunaan bahan sumber dan lain-lain. Oleh itu, bakal guru bahasa Arab, selain mempunyai kelayakan ikhtisas, perlu mendapat pendedahan yang secukupnya akan kepentingan motivasi dalam pengajaran, seterusnya dibimbing kaedah bagaimana mengaplikasikannya dalam kelas bahasa Arab ketika latihan perguruan lebih-lebih lagi semasa sesi praktikum. Ini adalah kerana bidang perguruan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia amat memerlukan modul latihan perguruan yang dapat memperkasakan guru dengan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan yang mengambil kira elemen-elemen pengetahuan, pedagogi dan kemahiran memotivasikan murid. Selain itu, pemilihan calon untuk mengikuti profesion perguruan adalah penting. Kajian ini juga dari satu aspek membuktikan bahawa program j-QAF berjaya meningkatkan penguasaan bahasa Arab dalam kalangan murid di sekolah-sekolah rendah di Malaysia dan patut diteruskan dengan penambahbaikan yang berterusan. Ini bagi memastikan guru j-QAF baik pelatih mahupun yang sudah lama dalam perkhidmatan adalah berkualiti. Rujukan Abdull Sukor Shaari. 2008. Guru Berkesan Petua dan Panduan. Sintok, Kedah : Penerbit Universiti Utara Malaysia. Ainon Wazir. 2004. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar dalam Bahasa Arab Komunikasi: Satu Kajian Khusus di SMKA Maahad Hamidiah Kajang Selangor Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kertas Projek Sarjana. Buku Panduan, Dasar, Pelaksanaan dan Pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum Program jQAF, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia, Coombs, Bryan. 2009. Mengajar Secara Efektif. Terj. Siti Aishah Mohd Elias.Kuala Lumpur : Institut Terjemahan Negara Malysia Berhad. Kamarulzaman Abd Ghani, Khadijah Abdul razak & Mohd Amin Embi. 2002. Prosiding Kebangsaan Profesion Perguruan. Bangi: Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Meriam Ghazali, Fatimah Yahya & Nurul Hudaa Hassan. 2001. Kajian Pemantauan bahasa Arab Guru Sekolah Rendah di Daerah Hulu Langat. Bahagian Pendidikan Guru. Kementerian Pelajaran Malaysia. Miles, M.B. & Huberman, A. M. 1994. Qualitative data analysis: An expanded sourcebook. 2nd ed. Thousand Oaks CA: Sage

387

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Modul Bahasa Arab Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah Mod Latihan Sekolah Rendah. 2009. Bahagian Pendidikan Guru. Kementerian Pendidikan Malaysia. Mohd Ariffin Salleh, Mohd Rizuan Abd Rasip & Abdul Salam Mohamed Ibrahim. 2011. Kajian Amalan Pengajaran Bahasa Arab dalam kalangan Guru-Guru jQAF dlm. Prosiding Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru. hlm. 83-94. Bahagian Pendidikan Guru. Nurul Hudaa Hassan & Sabri Ahmad Zabidi. 2005. Faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran bertutur bahasa Arab: satu kajian di kalangan guru pelatih Maktab Per Rosni Samah. 2007. Pendekatan Agama.

Pengajaran Bahasa Arab di Sekolah-sekolah

Dlm Zamri Arifin, Ezad Azraai Jamsari, Siti Rugayah Tibek dan Anuar Puteh (pnyt.). Peningkatan Kualiti Penyelidikan dalam Pengajian Islam, hlm. 1-13. Bangi: Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia & Sekretariat Penerbit dan Pengedar buku Islam Malaysia (SPEEDI) Rosni Samah. 2009. Isu Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia. 2009. Negeri Sembilan: Kolej Universiti Islam Malaysia. Salehudin Sabar & Mahadi Khalid. 2005. Kertas konsep faktor-faktor graduan berkerjaya memilih Kursus Perguruan Lepasan Ijazah-Pengkhususan Sekolah Rendah. Jurnal Penyelidikan MPBL, 6, 35-52. Siti Fatimah & Abd Halim Tamuri. 2010. Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Sumaiyah Sulaiman. 2011. Amalan Pengajaran Berasaskan Motivasi dalam kalangan Guru Bahasa Arab di Kolej Islam Sultan Alam Shah. Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Disertasi Sarjana. The New IPG Learner Centered University. 2011. Dokumen Terbitan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Wan Azura Wan Ahmad, Lubna Abd Rahman, Arnida A. bakar dan Ahmad Pangidoan Nasution Mandily. 2006. Pendekatan dan Strategi Efektif Dalam Penguasaan Bahasa Arab, Universiti Sains Islam Malaysia : Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

388

http://www.moe.gov.my/lp/files/penerbitan/standard%20prestasi_130511/5%20%205.5%20STANDARD%20PRESTASI%20Bahasa%20Arab%20KSSR%2 0Tahun%201.pdf

Sikap Terhadap Membaca Dalam Kalangan Murid Bahasa Arab Di Sekolah Rendah Wan Sakiah Wan Ngah Kamarulzaman Abdul Ghani Maimun Aqsha Lubis Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak Kajian ini dijalankan bagi meninjau sikap murid terhadap membaca dalam kalangan murid Bahasa Arab di sekolah rendah. Dua buah sekolah telah dipilih bagi melaksanakan kajian ini. Sebuah sekolah bagi mewakili sekolah kebangsaan yang melaksanakan program j-QAF di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan sebuah sekolah lagi merupakan sekolah rendah Islam atau sekolah swasta. Seramai 60 orang sampel kajian telah digunakan daripada 159 populasi. Seramai 30 orang murid mewakili murid lelaki dan 30 orang murid mewakili murid perempuan. Dapatan kajian menunjukkan sikap murid terhadap pembacaan secara umumnya adalah sederhana. Secara lebih khusus, sikap murid terhadap pembacaan rekreasi dan akademik juga menunjukkan keputusan yang sama iaitu berada pada tahap sederhana juga. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap sikap membaca berdasarkan jenis sekolah, manakala terdapat perbezaan yang signifikan antara sikap murid terhadap pembacaan berdasarkan jantina. Murid perempuan menunjukkan sikap yang lebih positif terhadap pembacaan, yang mana mereka lebih seronok membaca berbanding dengan murid lelaki. Dapatan kajian ini, boleh dijadikan panduan kepada para penyelidik, mahu pun guru Bahasa Arab dalam melihat sikap sebenar murid mereka terhadap pembacaan dan melakukan usaha bagi mempertingkatkan lagi sikap mereka terhadap pembacaan. Kata kunci : Sikap membaca, membaca rekreasi, membaca bahan akademik Bahasa Arab dan Bahasa Arab j-QAF. Pendahuluan Wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. adalah “Iqra’ ” yang bermaksud “bacalah” (Surah Al-Alaq 96: 1). Arahan ini menggambarkan peri pentingnya amalan membaca dalam hidup seorang manusia, khususnya bagi yang bergelar Muslim. Nik Farhan ( 2010) menyatakan penurunan Surah Al-‘Alaq menggambarkan Islam telah memberi kedudukan yang utama kepada kemahiran membaca dan menulis sejak 1400 tahun lebih yang lalu.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

390

Dalam konteks pendidikan pada hari ini, penguasaan kemahiran membaca ditekankan terutamanya dalam penguasaan bahasa kedua. Harison (2011) menyatakan kemahiran membaca merupakan alat mempelajari bahasa kedua serta dapat memajukan dan memantapkan penguasaan bahasa kedua. Merujuk kepada konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia, kemahiran membaca merupakan salah satu kemahiran berbahasa yang perlu dikuasai oleh murid dalam mempelajari bahasa asing (Nik Mohd Rahimi & Kamarulzaman 2002) kerana ia merupakan kemahiran sering dipraktikkan dalam pembelajaran bahasa asing berbanding dengan kemahiran-kemahiran bahasa yang lain (Nik Mohd Rahimi 1998). Manakala, dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah, kemahiran membaca diterapkan dalam sukatan pelajaran sama ada pada peringkat sekolah menengah mahu pun pada peringkat sekolah rendah. Bagi peringkat sekolah rendah, pengajaran kemahiran membaca bahasa Arab diterapkan melalui sukatan pelajaran bahasa Arab sama ada di sekolah kebangsaan melalui program j-QAF , mahupun di sekolah- sekolah bukan kerajaan yang melaksanakan kurikulum BA j-QAF. Bagi sekolah kebangsaan pengajaran bahasa Arab yang telah dilaksanakan secara rasminya pada tahun 1998, hasil daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat pada November 1996. Manakala, pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab telah diperluaskan melalui program j-QAF, secara rasminya pada tahun 2005. Penguasaan murid dalam kemahiran membaca adalah berkait rapat dengan ciri-ciri yang ada pada seorang murid. Dunkin & Biddle (1974) menyatakan muridmurid mempunyai beberapa kriteria yang boleh mempengaruhi tingkah laku mereka dalam pembelajaran dan boleh memberi kesan kepada pencapaian mereka. Pandangan ini dipersetujui oleh Yahya (2003) dengan menyatakan faktor psikologi seperti minat dan motivasi mempengaruhi kebolehan seseorang murid untuk membaca. Selain, daripada minat dan motivasi, sikap juga merupakan salah satu faktor psikologi kerana ia termasuk dalam salah satu komponen motivasi (Gardner 1985). Aspek sikap dalam pembelajaran terutamanya dalam pembelajaran bahasa kedua telah ditekankan oleh Harison (2010) dengan menyatakan bahawa sikap murid terhadap pembelajaran merupakan salah satu ciri variasi sahsiah yang terdapat pada murid selain daripada ciri kebolehan semula jadi. Harison (2010) mendefinisikan sikap sebagai satu organisasi dalaman seseorang itu yang mempunyai jaringan dengan konteks sosial dalam ruangan persekitaran sikap itu dipupuk. Hal ini bermaksud setiap murid adalah berbeza dari segi sikap mereka terhadap membaca dan sikap ini adalah dipengaruhi oleh persekitaran di mana seseorang murid itu dididik. Penekanan terhadap sikap terhadap membaca telah diberikan oleh pelbagai pihak. Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi Malaysia (KPKK) telah melancarkan Kempen Membaca di seluruh negara. Kempen yang menggunakan moto “Bangsa Membaca Bangsa Berjaya” ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang pentingnya membaca serta menggalakkan masyarakat Malaysia mengamalkan membaca daripada pelbagai sumber bahan

391

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

bacaan. Pihak KPKK menjalankan pelbagai aktiviti bagi menjayakan kempen membaca ini. Manakala, kemuncak kepada kempen ini adalah sambutan Bulan Membaca Kebangsaan yang diadakan selama sebulan dengan pelbagai aktiviti dirangka dan dilaksanakan sama ada di Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Awam Negeri serta perpustakaan-perpustakaan lain di seluruh negara. Selain daripada itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) turut memberi penekanan terhadap budaya membaca dengan melaksanakan Program “‘Nadi Ilmu Amalan Membaca” atau Program NILAM bermula dari tahun 1999. Pelaksanaan Program NILAM ini dimulakan hasil daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1998. Program ini dilaksanakan bermula dengan Tahun Satu bagi sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan bagi sekolah menengah dan rekod pembacaan murid-murid ini diteruskan sehingga mereka tamat persekolahan (Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998) . Melalui Program NILAM ini murid digalakkan murid membaca di mana jua walaupun selepas tamat waktu persekolahan. Tinjauan literatur menunjukkan kajian terhadap sikap membaca telah dijalankan di dalam mahu pun di luar negara. Antara kajian di peringkat luar negara yang telah dijalankan ialah kajian yang dijalankan oleh McKenna dan Kear (1990). Kedua-dua tokoh ini telah membangunkan satu instrumen soal selidik bagi mengukur sikap murid peringkat awal terhadap pembacaan iaitu The Elementary Attitude Survey (ERAS). Instrumen ini dibangunkan menggunakan skala empat mata yang dipersembahkan dalam bentuk gambar kartun Garfield yang menunjukkan empat reaksi, bermula dengan sangat gembira hingga kepada sangat sedih. Sebanyak 20 item digunakan bagi mengukur sikap murid terhadap pembacaan, yang terdiri daripada 10 item untuk pembacaan rekreasi dan 10 item lagi untuk pembacaan akademik. Kesemua item yang dibina dimulakan dengan ungkapan “Bagaimanakah perasaan kamu….”. Manakala pada peringkat tempatan pula, kajian terhadap membaca telah dijalankan oleh Pandian (1997). Pandian (1997) menjalankan kajian terhadap sikap pelajar universiti terhadap membaca dan sikap pelajar terhadap bahasa Inggeris, bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil berdasarkan pemboleh ubah latar belakang, pemboleh ubah rumah dan pemboleh ubah sekolah. Kajian ini turut mencari hubungan antara sikap terhadap membaca dengan hobi membaca. Dapatan utama kajian menunjukkan sikap terhadap membaca dan sikap terhadap bahasa memberikan impak yang kuat terhadap kegemaran membaca dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, tetapi bukan dalam bahasa-bahasa ibunda iaitu bahasa Cina dan bahasa Tamil. Oleh yang demikian, tinjauan literatur menunjukkan belum terdapat kajian yang dijalankan bagi meninjau sikap murid terhadap membaca dalam bahasa Arab khususnya yang melibatkan murid-murid di sekolah rendah. Justeru itu, kajian ini memfokuskan kepada melihat sikap murid terhadap membaca secara umum yang

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

392

merangkumi pembacaan secara rekreasi dan pembacaan bahan bacaan akademik bahasa Arab). Parker (2004) menjelaskan pembacaan rekreasi merujuk kepada pembacaan di luar masa pembelajaran akademik. Kajian ini melibatkan dua buah sekolah rendah yang berbeza jenis : sekolah kebangsaan dan sekolah rendah Islam (sekolah swasta). Objektif Kajian Objektif utama kajian ini ialah: 1) Meninjau sikap murid terhadap membaca yang meliputi pembacaan secara rekreasi dan pembacaan bahan akademik bahasa Arab 2) Mengenal pasti perbezaan sikap murid terhadap membaca berdasarkan jenis sekolah. 3) Mengenal pasti perbezaan sikap murid terhadap membaca berdasarkan jantina. Metodologi Kajian Kajian ini merupakan kajian kuantitatif, dengan menggunakan kaedah tinjauan semasa. Populasi bagi kajian ini melibatkan murid tahun lima di dua jenis sekolah yang berbeza: sekolah kebangsaan yang melaksanakan program j-QAF dan sekolah swasta yang melaksanakan kurikulum di sekolah kebangsaan dan juga kurikulum Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Jumlah populasi ialah 159 orang murid. Sampel yang diambil bagi kajian ialah 30 orang murid bagi mewakili sekolah kebangsaan dan 30 orang murid bagi mewakili sekolah rendah Islam. Pensampelan dilakukan secara rawak mudah. Instrumen kajian yang digunakan ialah instrumen yang diubahsuai daripada ERAS (McKenna dan Kear 1990) yang merupakan soal selidik yang dibina bagi menguji sikap membaca dalam kalangan murid sekolah rendah. Instrumen ini menilai dua konstruk utama dalam sikap terhadap membaca: sikap terhadap membaca rekreasi dan sikap terhadap membaca bahan akademik Bahasa Arab. Instrumen ini mengandungi 20 item yang terdiri daripada item 1-10 bagi menguji sikap membaca rekreasi dan item 11-20 bagi menguji sikap terhadap membaca bahan akademik Bahasa Arab. Skala yang digunakan dalam instrumen ini adalah melibatkan empat skala yang digambarkan melalui empat reaksi wajah watak kartun “Garfield” seperti mana yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Setiap item dimulakan dengan ungkapan :Bagaimanakah perasaan kamu…”.

393

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Rajah 1 : Empat ekspresi wajah Garfield bagi menggambarkan perasaan murid. Bagi tujuan analisis data yang diperoleh, interpretasi skor min yang digunakan adalah berdasarkan interpretasi skor min seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Jadual 1 : Interpretasi skor min Skor 1-2.33 2.34 – 3.66 3.67 – 4

Interpretasi Rendah Sederhana Tinggi

Rosman (2012)

Kesahan instrumen kajian yang diperoleh melalui pengesahan pakar. Manakala, kebolehpercayaan instrumen pula ditentukan melalui nilai Alpha Cronbach yang diperoleh iaitu 0.819. Mohammad Najib (1998) menyatakan Alpha Cronbach yang melepasi 0.8 berada pada tahap kebolehpercayaan yang tinggi. Dapatan Kajian Analisis deskriptif Bagi menjawab objektif kajian yang pertama, pengkaji melakukan analisis deskriptif terhadap data yang diperoleh. Jadual 2 menunjukkan nilai min, peratus dan sisihan piawai mengikut item. Terdapat 18 item berada tahap sederhana, manakala dua item berada pada tahap tinggi. Tiada item yang berada pada tahap rendah. Hal ini menunjukkan bahawa murid tahap keseronokan murid apabila membaca secara umumnya adalah berada tahap sederhana. Jadual 2 : Nilai Min, Peratus dan Sisihan Piawai Mengikut Item No

Item

1

Bagaimanakah perasaan kamu apabila membaca buku pada hari cuti di hujung minggu sewaktu hujan renyai-renyai turun.

Min 2.95

Peratus (%) 73.75

Sisihan Piawai .699

Interpretasi Sederhana

394

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

2 3

4 5 6 7 8 9 10 11

12

13

14 15 16

Bagaimanakah perasaan kamu apabila membaca buku pada masa lapang di sekolah. Bagaimanakah perasaan kamu terhadap membaca buku sebagai salah satu aktiviti yang menyeronokkan di rumah. Bagaimanakah perasaan kamu apabila mendapat buku sebagai hadiah. Bagaimanakah perasaan kamu apabila menghabiskan masa lapang dengan membaca buku. Bagaimanakah perasaan kamu apabila mula membaca buku yang baru. Bagaimanakah perasaan kamu apabila membaca ketika cuti persekolahan yang panjang. Bagaimanakah perasaan kamu membaca berbanding dengan bermain. Bagaimanakah perasaan kamu apabila pergi ke kedai buku. Bagaimanakah perasaan kamu apabila membaca buku yang pelbagai jenis. Bagaimanakah perasaan kamu apabila guru Bahasa Arab bertanyakan soalan terhadap apa yang kamu baca. Bagaimanakah perasaan kamu apabila membaca buku kerja/aktiviti atau lembaran kerja Bahasa Arab. Bagaimanakah perasaan kamu apabila membaca dalam Bahasa Arab semasa kelas Bahasa Arab.

2.92

73.00

.962

Sederhana

2.82

70.50

.983

Sederhana

3.53

88.25

.747

Sederhana

2.65

66.25

.899

Sederhana

3.72

93.00

.613

Tinggi

2.47

61.75

.812

Sederhana

2.92

73.00

.926

Sederhana

3.72

93.00

.524

Tinggi

3.48

87.00

.792

Sederhana

3.02

75.50

.873

Sederhana

2.92

73.00

.809

Sederhana

2.90

72.50

.775

Sederhana

Bagaimanakah perasaan kamu apabila membaca buku teks Bahasa Arab. Bagaimanakah perasaan kamu apabila belajar Bahasa Arab berpandukan buku. Bagaimanakah perasaan kamu apabila tiba masa untuk aktiviti bacaan Bahasa Arab di dalam kelas.

3.18

79.50

.701

Sederhana

3.35

83.75

.799

Sederhana

2.87

71.75

.873

Sederhana

395 17

18 19 20

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Bagaimanakah perasaan kamu perasaan kamu terhadap petikan/cerita dalam Bahasa Arab yang kamu baca. Bagaimanakah perasaan kamu apabila kamu membaca Bahasa Arab secara kuat di dalam kelas. Bagaimanakah perasaan kamu apabila menggunakan kamus Bahasa Arab. Bagaimanakah perasaan kamu mengambil ujian bacaan dalam Bahasa Arab

2.87

2.65

71.75

66.25

.853

.954

Sederhana

Sederhana

3.05

76.25

1.048

Sederhana

2.82

70.50

1.000

Sederhana

Selain daripada itu, sikap membaca secara umumnya boleh dilihat berdasarkan nilai skor min seperti mana yang ditunjukkan dalam Jadual 3. Secara umumnya, sikap murid terhadap bacaan( bacaan rekreasi dan bacaan akademik bahan akademik Bahasa Arab) berada pada tahap sederhana (min = 3.039). Manakala, sikap murid terhadap bacaan rekreasi (min = 3.116) dan sikap murid bacaan bahan akademik bahasa Arab (min = 2.961) juga menunjukkan tahap yang sama iaitu berada pada tahap sederhana. Walau bagaimanapun, min bagi bacaan bahan akademik bahasa Arab adalah lebih rendah daripada min bacaan rekreasi. Hal ini menunjukkan tahap keseronokan murid terhadap bacaan bahan bacaan bahasa Arab adalah kurang berbanding bacaan rekreasi atau bacaan pada masa lapang. Jadual 3 : Nilai Min, Peratus dan Sisihan Piawai Mengikut Jenis Bacaan Jenis bacaan

Min

Peratus 77.91

Sisihan Piawai .442

Interpretas i Sederhana

Sikap membaca rekreasi

3.116

Sikap membaca akademik Bahasa Arab Sikap membaca (rekreasi dan akademik bahasa Arab)

2.961

74.04

.529

Sederhana

3.039

75.98

.399

Sederhana

Analisis Inferensi Bagi menjawab soalan kajian yang kedua dan ketiga, pengkaji melakukan ujian –t (Independent Sample t-test). Jadual 4 menunjukkan perbezaan sikap murid terhadap bacaan mengikut jenis sekolah.

396

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

Jadual 4 : Perbezaan Sikap Murid Terhadap Bacaan Mengikut Jenis Sekolah Jenis sekolah

Bilangan

Min

Sisihan Piawai

Nilai-t

Tahap signifikan

Sekolah Kebangsaan Sekolah Rendah Islam

1 1

2.947 3.132

.392 .392

-1.828

.073

Berdasarkan Jadual 4, di dapati nilai-t bagi perbandingan antara sekolah kebangsaan dan sekolah rendah Islam ialah t = -1.828 dan tahap signifikan p = . 073. Tahap signifikan ini lebih besar daripada 0.05 (p>0.05). Oleh itu, hipotesis nol (Ho1) diterima. Hal ini bermaksud, terdapat tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jenis sekolah iaitu antara sekolah kebangsaan dengan sekolah rendah Islam terhadap sikap membaca. Manakala, bagi menjawab objektif kajian yang ketiga, pengkaji melakukan ujian-t terhadap sikap membaca murid secara umum berdasarkan jantina. Jadual 5 menunjukkan perbezaan sikap murid terhadap bacaan mengikut jantina. Jadual 5: Perbezaan Sikap Murid Terhadap Bacaan Mengikut Jantina Jantina

Bilangan

Min

Sisihan Piawai

Nilai-t

Tahap signifikan

Lelaki Perempuan

30 30

2.855 3.223

.3935 .3161

-3.996

.000

Berdasarkan Jadual 5, di dapati nilai-t bagi perbandingan antara lelaki dan perempuan ialah t = -3.996 dan tahap signifikan p = 000. Tahap signifikan ini lebih kecil daripada 0.05 (p<0.05). Oleh itu, hipotesis nol (Ho2) ditolak. Hal ini bermaksud, terdapat perbezaan yang signifikan antara lelaki dan perempuan terhadap sikap membaca. Min perempuan menunjukkan nilai yang lebih tinggi (3.223) berbanding dengan min lelaki (2.855), menggambarkan murid perempuan lebih gembira membaca berbanding dengan murid lelaki. Implikasi Kajian Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh, sikap murid terhadap membaca menunjukkan kesederhanaan dalam keseronokan membaca, sama ada dalam pembacaan rekreasi mahu pun pembacaan bahan akademik. Kajian ini memberikan gambaran awal terhadap sikap murid di sekolah rendah terhadap pembacaan. Memandang belum terdapat kajian yang meninjau tahap keseronokan murid ini dalam pembacaan khususnya dalam Bahasa Arab, dapatan kajian ini boleh menjadi kayu ukur kepada para penyelidik mahu pun guru Bahasa Arab terhadap sikap murid mereka terhadap pembacaan. Tahap keseronokan murid dalam pembacaan boleh ditingkatkan sekiranya guru melakukan sedikit usaha bagi menggalakkan murid

397

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

mereka terhadap pembacaan. Hal ini adalah kerana, sifat peribadi yang dimiliki oleh murid mampu memberikan kesan terhadap penguasaan murid dalam pembelajaran mereka khususnya kemahiran membaca (Dunkin & Biddle 1974). Rumusan Kajian ini merupakan kajian kecil yang hanya melibatkan dua buah sekolah dengan sampel seramai 60 orang. Bagi memberikan gambaran sikap murid terhadap pembacaan yang sebenar dan lebih tepat, khususnya dalam pembacaan bahan Bahasa Arab, kajian yang melibatkan skala yang lebih besar perlu dijalankan. Di samping itu, beberapa pemboleh ubah lain selain daripada jantina dan jenis sekolah, juga boleh dikaji seperti faktor yang melibatkan persekitaran murid. Faktor persekitaran murid ini merangkumi faktor keluarga, guru dan sebagainya, bagi melihat kesannya terhadap sikap murid terhadap pembacaan. Rujukan Dunkin, M. J. & Biddle, B. J. 1974. The Study Of Teaching. New York: Holt, Rinehart and Wisnton, Inc. Harison Mohd. Sidek. 2010. Reading Instruction : Theory and Practice. Bandar Baru Nilai: Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia. Harison Mohd. Sidek. 2011. Bahasa Kedua: Perbezaan Individu & Literasi. Nilai: Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia. McKenna, M. C. & Kear, D. J.. 1990. Measuring attitude toward reading: A new tool for teachers. The Reading Teacher, 43(9), 626–639. Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1998). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: UTM Nik Farhan Nik Mustafa. 2010. Mengaktifkan maklumat sedia ada: tips pengajaran membaca yang efektif dan praktikal. Dlm. Che Radiah Mezah (Pnyt.) Pengajaran Bahasa Arab Himpunan Pedoman Buat Guru dan Bakal Guru Siri 1., Serdang, Penerbit Universiti Putra Malaysia. Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. 1998. Bahasa Arab untuk kemahiran komunikasi: satu kajian untuk pelaksanaannya dan cabaran pengajaran dan pembelajaran di abad ke 21. Prosiding Isu-Isu Pendidikan Negara. Bangi : Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

398

Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff & Kamarulzaman Abdul Ghani. 2002. Faktor-faktor yang mempengaruhi kefahaman bacaan Arab di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah agama. Jurnal Virtec. 61-75. Pandian, A. (1997). Reading In Malaysia. Bangi : UKM Printers. Parker, C.T. 2004. An Evaluation of Students Reading Attitude : Does Ability Affect Attitude. Tesis Sarjana, Department of Speciality Studies, University of North Carolina. Rosman Md Ajis. 2012. ESL reading instruction in selected secondary school in Melaka. Tesis Dr. Fal. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Yahya Othman. (2003). Mengajar Membaca- Teori dan Aplikasi. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributions Sdn. Bhd.

Strategi Pengajaran Pemulihan Jawi j-QAF Di Sekolah Kebangsaan Negeri Perak Zairul Anuwar Jamriy Ibrahim Hashim Misnan Jemali Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI Abstrak Tujuan kajian ini adalah untuk melihat strategi pengajaran pemulihan jawi j-QAF di sekolah kebangsaan negeri Perak. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang melibatkan 300 responden dalam kalangan guru j-QAF dari tiga zon di negeri Perak iaitu zon utara (Hulu Perak, Larut Matang Selama dan Kerian), zon tengah (Kinta Utara, Kinta Selatan, Perak Tengah dan Kuala Kangsar) dan zon selatan (Batang Padang, Hilir Perak dan Manjung). Satu soalselidik digunakan untuk mengkaji strategi pengajaran j-QAF dalam kalangan guru di seluruh negeri Perak dan data dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 18. Hasil kajian menunjukkan masih ramai guru-guru tidak mendapat kursus berkaitan pengajaran pemulihan jawi iaitu sebanyak 52.3%. Selain itu, set induksi yang menggunakan bahan multimedia pula sangat kurang iaitu skor min 2.38 (47.6%). Manakala pengajaran guru menggunakan set induksi yang menarik mendapat skor min 3.46 (69.2%) dan set induksi melalui penceritaan mendapat skor min 3.47 (69.4%). Dari segi pengenalan set induksi sesuai dengan umur, kebolehan dan minat murid pula menunjukkan nilai skor min yang sederhana 3.66 (73.2%). Kajian mencadangkan agar kursus pemulihan jawi jQAF hendaklah diadakan serta dimantapkan secara spesifik, latihan dilaksanakan secara berkala setiap tahun dan kehadiran diwajibkan. Selain itu, bahan bantu mengajar pelajaran jawi berbentuk CD atau perisian perlu dipertingkatkan serta menambah prasarana ICT sekolah. Guru juga dicadangkan agar mempersembahkan set induksi yang menarik serta mengikut tahap kebolehan murid sebelum memulakan pengajaran. Murid akan lebih berminat untuk belajar dan proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan.Implikasi kepada guru j-QAF, JPN dan KPM juga dibincangkan. Kata Kunci: Strategi pengajaran pemulihan jawi negeri Perak.

j-QAF, sekolah kebangsaan

Latar belakang kajian Kehadiran Islam ke alam Melayu berabad-abad yang lampau telah membawa bersamanya abjad tulisan Arab yang menjadi induk kepada tulisan jawi Melayu dan abjadnya (Mohd. Alwee Yusoff, 2005). Ribuan karya, kitab-kitab dan hikayat-

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

400

hikayat termasuk manuskrip seperti batu bersurat yang ditemui, kesemuanya dalam skrip jawi. Walaubagaimanapun, setelah kemunculan penjajah Eropah, peranan tulisan rumi telah digunakan seiring dengan tulisan jawi. Pengisytiharan Akta Bahasa Kebangsaan yang dibuat pada tahun 1963, mengakibatkan tulisan jawi mulai dipinggirkan walaupun tiada larangan secara langsung penggunaan tulisan jawi (Mohd. Alwee Yusoff, 2005). Lanjutan itu, pengajaran tulisan jawi telah diabaikan di sekolah rendah dan di sekolah menengah kecuali di sekolah agama (Muhammad Bukhari Lubis, 2006). Akibatnya, penguasaan dalam penulisan dan pembacaan tulisan jawi masyarakat Melayu telah beransur hilang. Pada tahun 2003, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi telah memperkenalkan konsep baharu dalam sistem pendidikan negara, iaitu program j-QAF (singkatan bagi jawi-Quran-Bahasa Arab-Fardu Ain). Diantara program j-QAF ini telah memperkenalkan kelas pemulihan jawi bagi murid-murid lemah. Kelas pemulihan jawi merupakan aktiviti pembelajaran yang mesti dilalui oleh murid-murid yang lemah. Ia perlu diajar dengan menggunakan metodologi dan teknik yang berkesan supaya mereka dapat menguasai kemahiran mengenal, membaca dan menulis dengan sempurna. Bagi mencapai hasrat ini, program j-QAF telah memperkenalkan Modul Pemulihan Jawi di sekolah rendah. Modul ini adalah untuk memulihkan murid-murid yang lemah dalam jawi dan mengatasi masalah keciciran penguasaan jawi di sekolah (Kementeriaan Pelajaran Malaysia, 2006). Menjelang tahun 2011, Modul Pemulihan Jawi j-QAF tahun satu telah dibuat penambahbaikan melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) selaras dengan transformasi pendidikan. Penyataan Masalah Dengan menguasai tulisan jawi juga maka seseorang itu lebih mudah mempelajari bahasa Arab dan menyenangkannya mempelajari al-Quran (Kang Kyong Seock, 1986). Pengisytiharan Akta Bahasa Kebangsaan yang dilakukan pada tahun 1963 di Malaysia mengakibatkan penguasaan terhadap tulisan jawi semakin merosot (Mohd. Alwee Yusoff, 2005). Kebanyakan orang Melayu sendiri sudah tidak mampu untuk membaca mahupun menulis tulisan jawi. Dengan mewajibkan pelajaran tulisan jawi melalui Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) juga masih belum mampu menghapuskan masalah buta jawi dalam kalangan masyarakat. Berdasarkan kajian Misnan Jemali et al. (2010) mendapati bahawa modul pemulihan jawi dalam program j-QAF boleh meningkatkan penguasaan jawi melalui petunjuk skor min yang tertinggi iaitu 91.9%. Ini menunjukkan bahawa modul pemulihan jawi yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sangat membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran jawi. Walaubagaimanapun, kaedah mengajar pemulihan jawi yang dicadangkan adalah sedikit berkurangan iaitu 86.5% dan kaedah permainan mengajar jawi yang dicadangkan menunjukkan skor

401

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

min yang rendah iaitu 63.5. Ini menunjukkan bahawa tidak semua guru boleh mengajar dengan menggunakan kaedah permainan dalam pengajaran jawi. Selain itu, kajian Misnan Jemali et al. (2010) mendapati bahawa kaedah pengajaran guru banyak menggunakan kaedah soal jawab 95.0% dan kaedah latih tubi 91.0%. Manakala kaedah syarahan menunjukkan skor min yang rendah iaitu 37.4% dan kaedah lakonan 30.2%. Ini menunjukkan bahawa guru j-QAF jarang menggunakan kaedah syarahan dan lakonan dalam pengajaran j-QAF. Kesimpulan daripada kajian beliau ialah guru j-QAF masih perlukan pendedahan dari aspek pedagogi bagi memantapkan lagi proram j-QAF. Berdasarkan kajian Misnan Jemali et al. (2010) juga menunjukkan bahawa murid yang terlibat dalam pemulihan jawi j-QAF di bandar lebih ramai iaitu 146 orang (57.%) berbanding di luar bandar sebanyak 110 orang (43%) manakala dari segi jantina pula menunjukkan bahawa murid lelaki lebih ramai iaitu 156 orang (61.0%) berbanding dengan murid perempuan sebanyak 100 orang (39%) dalam pemulihan jawi j-QAF di seluruh Malaysia. Daripada sudut pencapaian pelajar pemulihan jawi pula menunjukkan pencapaian murid mendapat lulus dalam ujian pemulihan jawi secara keseluruhan yang dijalan di seluruh Malaysia iaitu 194 orang (76.0%) manakala murid gagal sebanyak 62 orang (24.2%). Pencapaian gred A 59 orang (23%), gred B 50 orang (19.0%), gred C 85 orang (30.8%), gred D 27 orang (10.4%) dan gred E 35 (13.6%). Satu kajian terperinci perlu dilaksanakan bagi memastikan strategi pengajaran pemulihan jawi terhadap penguasaan jawi di sekolah rendah. Kajian ini akan memfokus kepada aspek metodologi yang digunakan oleh guru dalam pengajaran pemulihan jawi, mengenalpasti tahap kefahaman guru j-QAF terhadap model pemulihan jawi dan menganalisa pencapaian murid-murid bagi markah pemulihan jawi. Objektif kajian Penyelidikan ini dilakukan adalah dengan tujuan seperti yang berikut: i. ii.

Mengenalpasti profil responden dalam kalangan guru-guru j-QAF. Mengkaji tahap kesediaan guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru j-QAF. iii. Cadangan bagi penambahbaikan dalam pengajaran pemulihan jawi j-QAF. Persoalan kajian Bagi melengkapkan kajian ini, penyelidik akan merungkai persoalan-persoalan berikut:

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

402

i. ii.

Apakah profil responden dalam kalangan guru-guru j-QAF? Bagaimanakah tahap kesediaan guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru j-QAF? iii. Apakah penambahbaikan yang perlu dalam pengajaran pemulihan jawi j-QAF? Kerangka teori Kajian strategi pengajaran pemulihan jawi di sekolah kebangsaan negeri Perak ini berlandaskan teori pengajaran dan pembelajaran yang dikemukakan oleh ibnu Khaldun. Menurut ibnu Khaldun (1995) pengajaran dan pembelajaran berkesan ialah pengajaran yang menggunakan pendekatan, kaedah, teknik secara bertahap-tahap, beransur-ansur atau sedikit demi sedikit. Tajuk perlulah dikupas dengan mudah dan jelas serta perlu sampai kepada objektif pengajaran. Selain itu, dari sudut psikologi pula beliau menyarankan agar guru-guru terlebih dahulu mengetahui, memahami, dan menghayati naluri, bakat dan watak para pelajar semasa pengajaran. Menurut Ibnu Khaldun lagi, pelajaran yang mengelirukan dan kurang jelas perlu diulang semula dan menggalakkan pelajar bertanya sekiranya mereka masih tidak faham atau kabur. Kesan pengajaran yang mengelirukan atau kesamaran akan menyebabkan pelajar tidak faham, pemikiran bercelaru, tiada inisiatif, putus asa, menyisihkan dan menjauhkan diri dari ilmu yang dipelajari. Berdasarkan rumusan Misnan Jemali (2008) daripada kitab Muqaddimah karangan Ibnu Khaldun menjelaskan beberapa asas dan model-model dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah di antaranya guru perlu memerhatikan tahap kemampuan akal pelajar sama ada cemerlang, sederhana, atau lemah. Bertepatan dengan kaedah pengajaran pemulihan, guru sebetulnya perlu peka terhadap aras pembelajaran pelajar-pelajar ini agar setiap pengajaran yang disampaikan dapat difahami oleh mereka dengan mudah. Pengajaran yang menarik dan menyeronokkan bukan sahaja membantu pelajar-pelajar menumpukan perhatian kapada proses P&P yang dijalankan bahkan dapat meningkatkan minat pelajarpelajar kepada pelajaran dan membantu guru menyampaikan maksud isi pembelajaran tanpa halangan. Sebelum memulakan aktiviti P&P pula, Ibnu Khaldun menekankan kepada guru-guru agar peka terhadap situasi pelajar samada sudah bersedia untuk belajar atau sebaliknya. Selain itu, beliau juga menyatakan pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang disampaikan secara berterusan dan tidak ditinggalkan terlalu lama, kerana kesannya ialah pelajar lupa pelajaran yang dipelajari dan tiada kesinambungan antara tajuk-tajuk yang diajar. Ini bermaksud penjadualan yang baik dalam proses P&P perlu kepada masa yang bersesuaian dan berterusan, peralihan tajuk yang berkesinambungan serta tidak mengajar terlalu lama dan kerap.

403

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Kerangka Konseptual Kajian Kerangka konseptual kajian ini terdiri dari beberapa konsep dan teori yang saling berhubungkait antara satu sama lain bagi membentuk gambaran mengenai strategi pengajaran pemulihan jawi j-QAF di sekolah kebangsaan negeri Perak. Hubungan antara konsep dan teori yang terlibat dalam keseluruhan penyelidikan ini digambarkan melalui Rajah 1. Kerangka Konseptual Kajian Modul pemulihan jawi j-QAF Pengajaran pemulihan jawi j-QAF Pelaksanaan modul pemulihan jawi j-QAF Pembolehubah Bersandar -Perancangan -Pelaksanaan -Penilaian -Sahsiah guru (Interpersonal)

Pembolehubah Tidak Bersandar -Lokasi sekolah -Zon sekolah -Jantina -Umur -Status Perkahwinan -Pengalaman mengajar -Pencapaian murid

Strategi pengajaran pemulihan jawi di Perak

Rajah 1: Konseptual kajian strategi pengajaran pemulihan jawi di sekolah kebangsaan Strategi pengajaran akan berfokus kepada kaedah-kaedah yang disarankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dari aspek set induksi, penggunaan ABM, objektif pengajaran, kaedah pengajaran dan penilaian pelajaran. Pembolehubah bersandar

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

404

kajian ini adalah pengajaran guru dari segi perancangan, pelaksanaan, penilaian dan sahsiah guru. Manakala pembolehubah tidak bersandar ialah lokasi,zon, jantina, umur, status perkahwinan, pengalaman mengajar, dan pencapaian murid. Rekabentuk kajian Metod dokumentasi bermaksud cara mendapatkan data-data melalui cara menghimpunkan dan mengumpul bahan atau dokumen yang dapat digunakan sebagai asas bagi sesuatu kajian. Antara bahan-bahan dan dokumen tersebut seperti buku-buku, majalah, jurnal, keratan akhbar, halaman internet, kertas kerja persidangan, laporan jabatan serta pelbagai sumber lain yang membolehkan pengkaji mendapat maklumat dengan mudah. Dalam kajian ini, penulis telah mengkaji setiap data untuk mendapat butiran lebih lanjut tentang kajian penulis. Setiap dokumen yang dikaji adalah daripada sumber primer dan sekunder. Melaluinya penyelidik akan mengukuhkan hujah-hujah agar strategi pengajaran pemulihan jawi ini lebih mantap dan boleh dipercayai. Penyelidikan ini akan menggunakan pendekatan kuantitatif berbentuk deskriptif dan ‘exploratory’ untuk mengkaji strategi pengajaran pemulihan jawi di sekolah kebangsaan negeri Perak. Gay (1992) menyatakan bahawa penyelidikan berbentuk deskriptif melibatkan pengumpulan data bagi menjawab persoalan tentang status terkini mengenai bidang yang hendak dikaji. Beliau juga menyatakan kaedah ini amat berguna untuk mengkaji pelbagai permasalahan yang terdapat dalam arena pendidikan terutama penilaian mengenai sikap, pandangan, keterangan tentang demografi, prosedur dan keadaan semasa. Soal selidik adalah kaedah pengumpulan data yang telah digunakan. Cohen dan Manion (1994) serta Alreck dan Settle (1995) menyenaraikan tiga perkara berkaitan dengan kekuatan kaedah ini. Pertama, kaedah ini memungkinkan pengkaji melibatkan bilangan responden yang lebih ramai. Kedua, dapatan kajian yang menggunakan kaedah ini membolehkan pengkaji membuat kajian hubungan dan perbandingan dengan hasil kajian kepada populasi atau sampel yang lebih besar. Ketiga, ia menghasilkan fakta-fakta dan maklumat yang boleh diuji atau di ’cross tabulate’ dalam pelbagai kaedah statistik bagi mengayakan deskripsi sesuatu kajian. Soal selidik yang dikumpulkan itu akan dibuat perbandingan. Ini akan menjadi penentu antara satu pemboleh ubah dengan pemboleh ubah yang lain bagi menjawab persoalan-persoalan kajian, dan akhirnya akan dibuatsuatu generalisasi mengenai strategi pengajaran pemulihan jawi di sekolah kebangsaan negeri Perak. Pendekatan ini juga akan menggunakan skala-skala tertentu. Populasi Responden kajian berdasarkan soal selidik berjumlah 300 orang guru j-QAF pendidikan Islam yang mengajar pemulihan jawi j-QAF. Pemilihan guru mengikut

405

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

kepada pecahan tiga zon yang telah dibuat. Ini bermakna bagi setiap zon hanya 100 orang responden sahaja dipilih. Pensampelan Pemilihan sampel adalah menggunakan rawak berstrata dan berkelompok. Dalam pensampelan rawak berstrata ,penyelidik akan membahagikan kerangka pensampelan dalam beberapa subsampel atau strata berasaskan pada beberapa ciri penting yang hendak dikaji. Oleh kerana populasi kajian ini terlalu besar dan kedudukan kawasan yang luas untuk dilaksanakan, pengkaji memilih responden berdasarkan pensampelan berkelompok. Disamping itu, pensampelan ini membantu pengkaji menjimatkan kos dan masa. Jesteru, pendekatan teknik gabungan ini digunakan bagi memastikan pelbagai tahap guru dan sekolah diwakili dari populasi sebenar kajian. a.

Sampel Kajian Di seluruh negeri Perak pada tahun 2011 direkodkan terdapat 392 buah sekolah rendah kebangsaan yang mempunyai murid-murid j-QAF di tahun lima berjumlah 10358 orang. Jumlah guru j-QAF bagi sekolah-sekolah berkenaan dianggarkan berjumlah hampir 1188 orang dan soal selidik sampel kajian ini hanya melibatkan 300 orang guru j-QAF sahaja daripada jumlah keseluruhannya. Jumlah ini amat memadai bagi penyelidikan ini kerana ianya sudah mewakili keseluruhan populasi.

b.

Tempat Kajian akan dijalankan di beberapa buah sekolah yang dipilih secara rawak berstrata dan berkelompok di setiap zon di negeri Perak melalui kerjasama Sektor Pendidikan Islam negeri Perak. Pemilihan negeri Perak dibuat berdasarkan keadaan geografi negeri Perak yang luas serta berpenduduk tinggi. Populasi yang ramai ini meliputi sosiobudaya yang pelbagai dan berbeza untuk mengukur sejauh mana kesahan dapatan.

c.

Masa Tempoh masa data yang diambil melibatkan pencapaian penguasaan jawi murid-murid pemulihan jawi j-QAF pada tahun 2011 dan kajian ini akan berlangsung selama 24 bulan.

Batasan Kajian Menerusi kajian ini, tumpuan terbatas kepada: 1.

Kajian ini memusatkan guru-guru yang mengajar pemulihan jawi j-QAF di sekolah kebangsaan di negeri Perak.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

2. 3. 4.

406

Segala dapatan daripada penyelidikan ini, dari segi ketepatan bergantung kepada respons subjek terhadap kenyataan-kenyataan dalam soal selidik yang dijalankan sahaja. Kajian ini hanya melibatkan sekolah-sekolah di tiga zon di dalam negeri Perak yang telah dipilih secara rawak. Bentuk item-item yang dibina adalah berdasarkan keperluan kurikulum modul pemulihan jawi j-QAF dan tidak terlibat dengan subjek-subjek lain yang sesuai dengannya.

Instrumen Kajian Penyelidik menggunakan kaedah tinjauan. Oleh itu borang soal selidik telah disediakan bertujuan untuk mengkaji strategi pengajaran pemulihan jawi di sekolah kebangsaan negeri Perak. Strategi pengajaran itu diukur dari pandangan guru-guru yang mengajar pemulihan jawi j-QAF. Soal selidik ini menggunakan skala Likert. Set soal selidik ini terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian A untuk mendapatkan maklumat dan latar belakang responden. Bahagian B adalah maklum balas terhadap strategi pengajaran pemulihan jawi di sekolah kebangsaan negeri Perak. Bahagian C adalah pandangan guru terhadap dalam pengajaran pemulihan jawi dari segi kekuatan, isu-isu dan cadangan penambahbaikan pengajaran. a.

Bahagian A: Latar belakang guru. Bahagian ini mngandungi sebelas item berkaitan dengan maklumat responden. Tujuan item ini dikemukakan adalah untuk mendapatkan maklumat dan latar belakang guru yang mengajar pemulihan jawi j-QAF dalam mata pelajaran pendidikan Islam. Itemitem yang dibina meliputi lokasi sekolah, zon, jantina, umur, status perkahwinan, tahap pendidikan, pengalaman sebagai guru pendidikan Islam, pengalaman dalam pengajaran pemulihan jawi, jumlah kursus berkaitan jawi yang dihadiri, jawatan di sekolah, dan pencapaian dalam pelajaran jawi di sekolah.

b.

Bahagian B: Strategi Pengajaran Pemulihan Jawi Bahagian ini mengandungi lapan subtajuk utama iaitu set induksi (15 soalan), modul (14 soalan), objektif pengajaran (7 soalan), strategi pengajaran (15 soalan), kaedah dan teknik pengajaran (18 soalan), penilaian P&P (10 soalan), bahan bantu mengajar (23 soalan), dan sahsiah (20 soalan). Ukuran bagi set induksi, kaedah dan teknik pengajaran, penilaian P&P, bahan bantu mengajar dan sahsiah. Ukuran itu terdapat lima pilihan iaitu: [1] Tidak Pernah [2] Kadang-kadang [3] Tidak Pasti [4] Kerap dan [5] Sangat Kerap. Manakala ukuran bagi modul, objektif pengajaran dan strategi pengajaran juga terbahagi kepada lima bahagian iaitu: [1] Tidak Pernah, [2] Kadang-kadang, [3] Agak Kerap, [4] Kerap dan [5] Sangat Kerap.

407 c.

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Bahagian C: Cadangan Soalan adalah berbentuk subjektif yang merangkumi tiga soalan berkaitan pengajaran pemulihan jawi iaitu kekuatan yang ada dalam P&P pemulihan jawi j-QAF di sekolah, isu-isu dan masalah pengajaran pemulihan jawi j-QAF di sekolah dan cadangan responden terhadap penambahbaikan pengajaran pemulihan jawi j-QAF.

Profil Responden Responden kajian ini terdiri daripada 300 orang guru pemulihan jawi j-QAF daripada negeri Perak. Profil mereka ditunjukkan dalam jadual 1. Analisis kajian dan ringkasan dapatan adalah seperti yang berikut: Jadual 1: Profil responden mengikut lokasi, zon, jantina, umur, status perkahwinan, tahap pendidikan, pengalaman sebagai guru pendidikan Islam, pengalaman dalam pengajaran jawi j-QAF, jumlah kursus jawi dihadiri, jawatan di sekolah, dan pencapaian murid dalam jawi di sekolah. Profil Lokasi Zon

Jantina

Bandar Luar Bandar

Kekerapan Peratus 123 41.0 177 59.0

Zon A(Hulu Perak, Larut Matang Selama dan Kerian) Zon B (Kinta Utara, Kinta Selatan, Perak Tengah dan K. Kangsar) Zon C (Batang Padang, Hilir Perak dan Manjung)

100 100

33.3 33.3

100

33.3

Lelaki Perempuan

69 231

23.0 77.0

Umur

Kurang dari 30 Tahun 30 hingga 40 Tahun Lebih dari 40 Tahun

84 189 27

28.0 63.0 9.0

Pendidikan

B.A M.A /Phd

293 7

97.7 2.3

Pengalaman sebagai guru PAI/jQAF

Kurang 5 Tahun 6 hingga10 Tahun Lebih 10 Tahun

132 124 44

44.0 41.3 14.7

Kurang 2 Tahun 3 hingga 4 Tahun Lebih 5 Tahun

110 70 120

36.7 23.3 40.0

Pengalaman Mengajar Pemulihan Jawi

408

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

Kursus Jawi

Jawatan

Pencapaian murid dalam pelajaran jawi di sekolah

Tiada kursus 1 hingga 5 kali 6 kali dan lebih

157 130 13

52.3 43.3 4.3

Guru mata pelajaran sahaja (Tiada jawatan utama lain)

211

70.3

Mempunyai jawatan utama lain selain guru mata pelajaran (guru kelas, guru kanan, ketua panitia, guru pakar atau jurulatih utama)

89

29.7

A: 80%-100% B: 60%-79% C: 40%-59% D: 20%-39% E: 0%-19%

108 168 13 4 7

36.0 56.0 4.3 1.3 2.3

Daripada 300 responden, lokasi guru di bandar mewakili 41 % manakala lokasi guru di luar bandar mewakili 59 %. Mengenai kedudukan zon pula penyelidik telah membuat pembahagian secara sama rata yang diedarkan di setiap sekolah iaitu sebanyak 100 set soal selidik (33.3%). Dari segi jantina guru, bilangan guru perempuan mendominasi bilangan guru lelaki. Guru perempuan mewakili 231 orang (77%) manakala guru lelaki mewakili 69 orang (23 %). Ini menunjukkan kebanyakan guru yang diterima mengajar jawi disekolah adalah guru perempuan. Dari sudut pendidikan tertinggi pula, guru-guru j-QAF mempunyai kelayakan akedemik ijazah iaitu sebanyak 293 orang (97.6%) manakala guru yang mempunyai master/phD pula sebanyak 7 orang (2.3%). Mengenai faktor umur pula, guru-guru pemulihan jawi kebanyakannya adalah berumur diantara 30 hingga 40 tahun iaitu sebanyak 189 orang (63%). Guru pemulihan jawi berumur kurang dari 30 tahun adalah sebanyak 84 orang (28%) manakala guru pemulihan jawi melebihi 40 tahun adalah sebanyak 27 orang (9%). Bilangan umur 30 hingga 40 tahun paling ramai kerana program j-QAF ini masih baru dan mereka terus memilih bidang perguruan sebagai kerjaya mereka. Manakala guru yang melebihi 40 tahun paling sedikit kerana mereka lewat memilih kerjaya sebagai seorang guru j-QAF kerana program j-QAF belum ditawarkan ketika itu. Pengalaman guru j-QAF mengajar pendidikan Islam yang kurang dari lima tahun adalah sebanyak 132 orang (44%), enam hingga sepuluh tahun sebanyak 124 orang (41.3%) dan lebih dari sepuluh tahun sebanyak 44 orang (14.7%). Dari segi pengalaman mengajar pemulihan jawi adalah guru yang mengajar kurang dua tahun pemulihan jawi adalah sebanyak 110 orang (36.7%), pengalaman tiga hingga empat tahun sebanyak 70 orang (23.3%) dan lebih lima tahun adalah sebanyak 120 orang (40%). Ini menunjukkan setiap guru mempunyai pengalaman mengajar melebihi lima tahun manakala pengalaman yang kurang adalah kerana guru-guru tersebut masih baru dalam bidang pendidikan.

409

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Berdasarkan kursus jawi dalam tiga tahun terakhir mendapati ramai guru tidak mendapat kursus jawi iaitu sebanyak 157 orang (52.3%) manakala guru yang menghadiri 1 hingga 5 kali adalah sebanyak 130 orang (43.3%). Guru yang menghadiri lebih dari enam kali sangat sedikit iaitu sebanyak 13 orang (4.3%). Ini menunjukkan guru pemulihan jawi perlu didedahkan dengan kursus jawi bagi meningkatkan mutu penyampaian guru ketiaka P&P berjalan. Dari segi jawatan di sekolah, guru j-QAF yang hanya menjadi guru mata pelajaran sahaja melibatkan seramai 211 orang (70.3%) manakala guru yang mempunyai jawatan penting selain guru mata pelajaran adalah seramai 89 orang (29.7%). Ini menunjukkan guru j-QAF tidak dibebani dengan tugas utama lain di seolah. Secara puratanya pencapaian jawi pada setiap sekolah agak baik iaitu A adalah sebanyak 108 orang (36%), B sebanyak 168 orang (56%), C sebanyak 13 orang (4.3%), D sebanyak 4 orang (1.3%) dan E sebanyak 7 orang (2.3%). Pencapaian beberapa sekolah yang masih rendah mungkin disebabkan terdapat murid mempunyai masalah pembelajaran. Dapatan Kajian Bagi mengenalpasti perancangan guru sebelum memulakan pengajaran pemulihan jawi, analisis statistik deskriptif digunakan. Kajian mendapati guru kerap memulakan pengajaran dengan bacaan doa dengan skor min 4.91 (98.2%), membaca basmalah 4.79 (95.8%), menulis hari, tajuk dan tarikh 4.61 (92.2%), memastikan kelas dalam keadaan teratur meja dan kerusi 4.33 (86.6%) serta menerangkan tajuk dengan jelas 4.33 (86.6%). Manakala skor min agak baik ditunjukkan melalui guru memastikan kelas bersih sebelum memulakan pengajaran 4.25 (85%), bertanya khabar murid sebaik sahaja masuk ke kelas 4.11 (82.2%), guru mengaitkan tajuk dengan pelajaran lepas 3.99 (79.8%), dan guru membincangkan tajuk secara umum terlebih dahulu3.99 (79.8%). Selain itu, terdapat skor min yang sederhana yang perlu diambil perhatian iaitu guru menarik perhatian murid dengan set induksi yang menarik 3.46 (69.2%), set induksi melalui penceritaan 3.47 (69.4%), pengenalan set induksi sesuai dengan umur, kebolehan dan minat murid 3.66 (73.2%), guru telah bersedia dengan perancangan set induksi untuk hari ini 3.73 (74.6%), dan guru mengaitkan set induksi dengan pengetahuan sedia ada murid 3.75 (75%). Walaubagaimanapun, guru tidak gemar memulakan set induksi dengan tayangan melalui CD dengan skor min adalah 2.38 (47.6%). Ini kerana penggunaan CD mengambil masa yang agak lama dan bahan melalui CD yang agak terhad.

410

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

Jadual 2: Set Induksi Pengajaran Pemulihan Jawi j-QAF Item 1 Memulakan pengajaran dengan membaca doa 2 Bertanya khabar murid sebaik sahaja masuk ke kelas 3 Memulakan pengajaran dengan membaca Basmalah 4 Memulakan pengajaran dengan menulis hari, tarikh, dan tajuk pelajaran 5 Mengambil berat keadaan meja dan kerusi yang tidak tersusun 6 Memastikan kelas bersih sebelum memulakan pengajaran 7 Saya telah bersedia dengan perancangan set induksi untuk hari ini 8 Pengenalan set induksi saya sesuai dengan umur, kebolehan dan minat murid 9 Saya menarik perhatian murid dengan set induksi yang menarik 10 Set induksi menggunakan tayangan CD 11 Set induksi melalui penceritaan 12 Saya mengaitkan set induksi dengan pengetahuan sedia ada murid 13 Saya mengaitkan tajuk dengan pelajaran lepas 14 Saya membincangkan tajuk secara umum terlebih dahulu 15 Saya menerangkan tajuk dengan jelas

N 300

Minimum 4.00

Maksimum 5.00

Min 4.9167

Sisihan Piawai .27685

300

2.00

5.00

4.1167

.80740

300

2.00

5.00

4.7933

.47403

300

2.00

5.00

4.6167

.63065

300

2.00

5.00

4.3300

.63438

300

2.00

5.00

4.2533

.60308

300

2.00

5.00

3.7300

.90545

300

2.00

5.00

3.6667

.78588

300

2.00

5.00

3.4600

.92624

300

1.00

5.00

2.3867

1.03314

300 300

1.00 2.00

5.00 5.00

3.4700 3.7500

.98607 .89265

300

2.00

5.00

3.9900

.67683

300

2.00

5.00

3.9900

.71057

300

3.00

5.00

4.3367

.50082

Cadangan Penambahbaikan 1. 2.

Program j-QAF perlu diteruskan dengan memantapkan serta penambahbaikan kurikulum yang sedia ada, disamping memperkasakan perlaksanaannya dari aspek inovasi dan kreativiti. Kursus pemulihan jawi j-QAF hendaklah diadakan serta dimantapkan secara spesifik, latihan dilaksanakan secara berkala setiap tahun dan kehadiran diwajibkan.

411

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

3.

Pihak kementerian dicadangkan menambah masa bagi kelas pemulihan jawi kerana masa yang diperuntukkan sekarang adalah sangat sedikit iaitu satu masa (setengah jam) bagi setiap minggu. P&P berjalan agak terbatas kerana tidak cukup masa. 4. Pihak kementerian dicadangkan agar menjadikan pelajaran jawi dijadikan sebagai satu matapelajaran di sekolah kebangsaan. 5. Pihak kementerian dicadangkan agar menyediakan ABM yang terkini seperti LCD serta sesuai dengan matapelajaran yang diajar. 6. Mantapkan penggunaan ABM dalam pengajaran dan pembelajaran agar pengajaran lebih berkesan di samping memberikan latihan berkaitan penggunaan ABM kepada guru terutama penggunaan teknologi terkini. 7. Kementerian Pelajaran Malaysia dicadangkan agar diwujudkan laman web jQAF berkaitan kurikulum, pedagogi, isu-isu pendidikan semasa, ABM/BBM dan sebagainya yang boleh diekses di seluruh Malaysia. 8. Pentadbir sekolah dicadangkan agar sentiasa memantau program j-QAF dan perkembangannya dari semasa ke semasa. 9. Guru perlu merujuk bahan-bahan daripada pelbagai sumber untuk memantapkan pengajaran pemulihan jawi j-QAF. 10. Murid-murid hendaklah didedahkan dan dilatih kaedah dan teknik cara belajar yang berkesan dalam j-QAF. 11. Ibubapa dicadangkan agar memberikan komitmen dalam memotivasikan anakanak mereka tentang pentingnya program j-QAF, di samping memastikan pembelajaran jawi diteruskan di rumah. Rujukan Al-Quran al-Karim Alreck, P.L. dan Settle R.B. (1995), The survey Research Handbook, 1st ed, Irwin Inc, USA. Amri Daud (2005). Kajian Keberkesanan Pelaksanaan Program j-QAF Di Dua Buah Sekolah Rintis di Terengganu. Disertasi Sarjana Pendidikan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam Dan Moral Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral. (2004). Buku Panduan Dasar, Perlaksanaan Dan Pengurusan Kurikulum j-QAF. Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam Dan Moral Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral. (2005). Panduan Pelaksanaan Program Jawi Dan Al-Quran Enam Bulan Pertama Tahun Satu KBSR. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

412

Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam Dan Moral Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral. (2005). j-QAF : Panduan Perlaksanaan Model Kelas Pemulihan Jawi. Kementerian Pelajaran Malaysia. Borg, W.R. & Gall, M.D. (1989). Educational research (5th ed). New York & London:Longman Cohen dan Manion (1994). Research Methods in Education (4th ed.). London: Routledge Publilishers. Gay, L.R. & Airasian, P. (2003). Educational Research (7th ed). New Jersey: Merrill Prentice Hall. Haslinda Hussin (2009) Keberkesanan program j-QAF Dalam Pembentukan Peribadi Kanak-kanak Islam : Kajian Kes di Sekolah Kebangsaan Durian Air Tawar, Bera, Pahang. Latihan Ilmiah Antropologi dan Sosiologi. Kuala Lumpur: Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Hassan Basri Awang Mat Dahan (2007). J-QAF (Jawi, Al-Quran, Arabic Language And Fardu Ain) Program In Primary Schools In Malaysia. Kang Kyong Seock (1986), “Perkembangan tulisan jawi dalam masyarakat melayu”, Tesis Sarjana Sastera di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Kang Kyoung Seouk. (1990). Perkembangan tulisan Jawi dalam masyarakat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Maimun Aqsha Luibis et al (2009). Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran alQuran Program j-QAF di Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Kemara, Kedah. Misnan Jemali (2008). Amalan guru dalam pengajaran dan pembelajaran tilawah AlQuran di sekolah menengah (Tesis Ph.D). Universiti Kebangsaan Malaysia. Misnan Jemali, Asmah Saat dan Faizura Saad (2008). Keberkesanan Pelaksanaan jQAF dan Cabaran Di Sekolah: Kajian Sekolah-Sekolah Daerah Tanjong Malim. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Misnan Jemali, Ekhwan Johan Mustafa, Syed Hassan Syed Isa, Muhammad Faizol Jali dan Mohd Bukhari Yahya (2009). Cabaran dan tekanan guru j-QAF di sekolah. UPSI. Tanjung Malim. Misnan Jemali, Mohd Shahrin Razali, Surya Sazali, Noradillah Hashim dan Hasliza Jaafar (2009) Keberkesanan pengajaran j-QAF di sekolah. Kajian penyelidikan, Jabatan Pengajian Islam, UPSI.

413

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Mohd. Alwee bin Yusoff (2005) Perkembangan Tulisan Jawi dan Aplikasinya dalam masyarakat Islam di Malaysia. Jurnal Usuluddin Universiti Malaya, 21, 2336. Muhammad Bukhari Lubis, Fatimah Salleh, Husniyati Ali, Huzaimah Ismail, & Siti Fatimah Sudin. (2006) Tulisan Jawi Sehimpunan Kajian, Shah Alam. Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) UiTM. Mukadimah Ibn Khaldun, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Kedua, 1995,ISBN 983-62-3952-9

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

414

Kaedah Haraki : Satu Inovasi Dalam Pengajaran Al-Quran Zakaria bin Din @ Nasirudin Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh Abstrak Kertas kerja ini membincangkan tentang kaedah pengajaran al-Quran dengan menggunakan pergerakan tangan bagi membantu pembaca al-Quran membacanya mengikut tajwid.Ia merupakan satu kaedah inovasi yang baru yang telah dihasilkan berdasarkan kepada pemerhatian dan penelitian terhadap bentuk tulisan dan tanda baca (dobt) yang terdapat dalam al-Quran Rasm Uthmani. Keistimewaan yang terdapat dalamal-Quran Rasm Uthmani yang ditulis secara tauqifi sejak zaman nabi Muhammad SAW dan sahabat diolah dalam bentuk pergerakan tangan supaya pembaca dapat membaca secara betul dan bertajwid. Daripada pergerakan tangan ketika membaca al-Quran inilah Kaedah Haraki diberi nama. Kaedah ini menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran dilakukan secara aktif. Kaedah ini telah diuji cuba melalui beberapa siri kelas yang telah dijalankan sejak bulan Mac hingga kini kepada beberapa orang pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, pelatih dan pensyarah IPG Kampus Ipoh dan masyarakat awam. Maklum balas yang diterima daripada mereka ialah kaedah ini tidak membosankan dan mereka dapat belajar dalam keadaan seronok di samping membetulkan tajwid bacaan Al-Quran masingmasing. Dari segi pengajaran pula guru mudah membuat penilaian terhadap pencapaian murid walaupun dalam keadaan murid yang ramai. Berdasarkan kepada pergerakan tangan tersebu, guru dapat mengesan kesilapan pelajar jika mereka tidak dapat melakukan pergerakan dengan betul. Dengan ini guru dengan cepat dapat memberi bimbingan semula sehingga sesuatu objektif pengajaran tercapai. Semoga usaha kecil ini dapat mendorong minat umat Islam untuk mempelajari Al-Quran dan dalam masa yang sama dapat membaca secara bertajwid dalam masa yang singkat. Kaedah Haraki ini telah menyertai pertandingan inovasi dan telah memenangi anugerah emas dalam Pertandingan Guru Inovatif 2013 Peringkat Negeri Perak. Pendahuluan Al-Quran adalah sebuah kitab yang mempunyai kuasa mukjizat (melemahkan).Ia diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril dan diterima oleh Rasulullah SAW secara teratur tanpa sebarang keraguan sedikitpun tentang isi kandungannya. Ia kemudiannya ditulis pada mushaf serta disalinkan kepada baginda secara mutawatir dan menjadi ibadah kepada pembacanya dan pendengarnya. Ia menjadi panduan kepada seluruh umat manusia tanpa mengira bangsa, tempat dan sesuai sepanjang zaman bagi memastikan kebahagian di dunia dan akhirat. Islam

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

416

menggalakkan umatnya membaca al-Quran kerana membacanya mendatangkan rahmat serta manfaat kepada umat Islam. Firman Allah SWT dalam surah Fatir ayat 29-30 yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah (alQuran) dan mendirikan solat serta membelanjakan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka secara rahsia dan secara terang, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan rugi, agar Allah menyempurnakan pahalanya kepada mereka dan menambah lagi kepada mereka dari kelebihanNya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun, Maha Mensyukuri” Al-Quran terhimpun di dalamnya semua perkara yang diperlukan dari cerita kaum terdahulu dan terkemudian, nasihat-nasihat, perbandingan, adab-adab, jenis-jenis hukuman dan hujah-hujah yang boleh mematahkan, bukti keesaanNya serta lain-lain lagi perkara yang dibawa oleh Rasulullah SAW.Bagi ahli pendidik, segala kaedah pengajaran dan pembelajaran banyak dipaparkan di dalam al-Quran.Menurut Abdul Hayei Abdul Shukur (1981) pendidikan al-Quran terbahagi kepada tiga bidang iaitu: i. Akidah bagi membersihkan jiwa manusia daripada syirik kepada Allah SWT. ii. Akhlak – mendidik manusia agar bertanggungjawab terhadap tugas dan amanah yang ada padanya. iii. Hukum – berkaitan hubungan manusia sesama manusia dalam masyarakat. Firman Allah SWT lagi dalam surah an-Nahl ayat 89 yang bermaksud: “Dan Kami (Allah) menurunkan kepada kamu al-Quran untuk dijadikan penjelasan kepada sesuatu dan pertunjuk serta rahmat juga khabar gembira bagi seluruh orang Islam.” Haron Din (1992) menjelaskan membaca al-Quran adalah ibadah yang diberi pahala oleh Allah kepada pembacanya jika dibaca dengan sebutan makhraj huruf yang betul dan mengikut hukum tajwid. Kesalahan membacanya akan menyebabkan dosa kepada pembaca. Ini selaras dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Berapa ramai orang yang membaca al-Quran sedangkan al-Quran melaknatinya.” Allah juga menggandakan ganjaran bagi mereka yang membacanya dan Ia memerintahkan supaya kita mengambil berat tentangnya, mengagungkannya serta menjaga adab-adab bersamanya di samping menyumbang tenaga dalam menghormatinya dan memartabatkannya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarnya.”

417

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Oleh itu mempelajari membaca al-Quran perlu menjadi budaya umat Islam dan hendaklah disemai semenjak awal usia kanak-kanak lagi. Bagi mereka yang sudah dewasa namun masih belum menguasai kemahiran membaca al-Quran dengan baik hendaklah belajar membacanya.Hilangkan perasaan malu untuk belajar tetapi sepatutnya ada perasaan malu sebagai umat Islam tidak pandai membaca al-Quran. Al-Quran Mashaf Rasm Uthmani Rasm ialah pembentukan (taswir) kalimah melalui huruf-huruf hijaiyah.Rasm Uthmani pula ialah bentuk-bentuk tulisan al-Quran yang digunakan dan dipersetujui oleh Saidina Uthman r.a ketika penulisan dan penyalinan al-Quran.Kaedah penulisan ini ditulis secara Tauqifi dan bukan Ijtihadi atau Taufiqi kerana kebanyakan ulama berpendapat bahawa rasm tersebut merupakan manifestasi kaedah-kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW dan bagindalah juga memerintahkan supaya digunakan di dalam penulisan al-Quran ketika itu.Lebih jelas ia datang daripada Allah kerana Rasulullah SAW tidak mengajar sesuatu kepada sahabatnya melainkan setelah mendapat wahyu daripada Allah SWT.Firman Allah SWT dalam surah anNajm ayat 3-4 yang bermaksud: “dan tiadalah yang diucapkannya itu (al-Quran) menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya)” Oleh itu tulisan al-Quran sangat unik kerana terdapat penambahan, pembuangan, penggantian dan sebagainya dalam struktur kalimah tertentu al-Quran. Jika ia bukan bersumberkan dari baginda SAW tentunya kaedah ini tidak digunakan untuk menulis kalimah Allah di dalam kitab yang paling agung. Yang jelas dan nyata banyak rahsia yang tersirat melalui kaedah penulisan ini sehingga Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat sangat mengambil berat terhadapnya. Terdapat satu lagi faktor yang penting yang membuktikan bahawa Rasm Uthmani sangat diutamakan dalam penulisan al-Quran, iaitu ianya bertepatan dengan pembentangan terakhir al-Quran oleh Rasulullah SAW bersama malaikat Jibril. Semasa Rasulullah SAW melakukan semakan terakhir al-Quran di hadapan malaikat Jibril salah seorang daripada sahabat nabi iaitu Zaid bin Thabit turut hadir bersama-sama. Oleh itu apabila beliau diberi tanggungjawab untuk menulis dan mengumpulkan al-Quran pada masa khalifah Abu Bakar r.a dan khalifah Uthman r.a maka beliau menulis dengan berpandukan kepada apa yang telah beliau dengar semasa pembentangan terakhir tersebut. Sebab itulah Zaid r.a tidak menulis ayat yang tidak dibentangkan semasa pembentangan terakhir dalam suhuf atau mushaf, kerana beliau menganggap ayat itu telah dinasakhkan. Dari sudut perbezaan pengumpulan al-Quran di zaman Abu Bakar As-Siddiq r.a dengan Uthman b. Affan r.a ialah dari segi tujuan pengumpulan. Di zaman Abu

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

418

Bakar usaha yang dilakukan ialah memindahkan al-Quran daripada pelepah tamar , kepingan batu, kulit-kulit dan tulang binatang ke dalam satu mushaf. Ayat-ayat alQuran disusun dalam surah-surah yang tertentu setelah diperiksa dengan begitu teliti dan sempurna, di samping membuang ayat-ayat yang telah dimansukhkan.Manakala faktor yang mendorong kepada pengumpulan al-Quran pula ialah kebimbingan terhadap kehilangan para penghafaz al-Quran kerana ramai di kalangan mereka yang gugur syahid di dalam peperangan Yamamah.Pengumpulan yang dibuat pada zaman Uthman b. Affan pula adalah untuk memperbanyakkan salinan mushaf yang telah dikumpulkan semasa zaman Abu Bakar as-Siddiq untuk dikirimkan ke merata tempat wilayah Islam.Adapun faktor yang membawa kepada usaha pengumpulannya ialah untuk menghapuskan perselisihan faham kaum muslimin tentang perbezaan qira’ah dalam membaca al-Quran. Ekoran daripada pengumpulan yang dilakukan pada zaman Uthman inilah adanya al-Quran yang seperti mana yang ada pada kita sekarang ini. Di Malaysia mashaf al-Quran yang digunapakai adalah cetakan Pulau Pinang, Singapura dan Thailand.Ia digelar al-Quran Majid. Bentuk tulisannya dipanggil rasm imla’i atau qiyasi.Namun selepas tahun 70 an hingga sekarang al-Quran yang ada di pasaran dan digunapakai oleh sebahagian besar umat Islam ialah Al-Quran Rasm Uthmani. Pendidikan al-Quran dalam kurikulum sekolah Dalam sistem pendidikan Negara, Pendidikan Islam diwajibkan kepada semua murid beragama Islam bermula dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Dalam kurikulum sekolah menengah dan rendah, kandungan mata pelajaran Pendidikan Islam telah dibahagikan kepada bidang-bidang berikut iaitu bidang tilawah al-Quran (bacaan, kefahaman dan hafazan) , bidang Ulum As-Syariyah (akidah, ibadah dan sirah) dan bidang Adab berdasarkan akhlak Islamiah. Selain daripada itu di sekolah rendah terdapat bidang pelajaran jawi.Asuhan tilawah al-Quran di sekolah rendah dan tilawah al-Quran diajar di sekolah menengah.Pengajaran tilawah al-Quran tidak bermaksud mengajar tajwid secara khusus.Tumpuan pengajaran al-Quran ialah membaca dengan betul berdasarkan hukum tajwid.Bagi aras satu, pengajaran masih menyentuh aspek sebutan kalimah dan keratan ayat sebagai meraikan golongan murid yang lemah. Pada tahun 2000 kurikulum Pendidikan Islam disemak semula dengan beberapa penambahbaikan.Dari segi objektif pembelajaran tilawah al-Quran di sekolah rendah ialah murid dapat membaca surah-surah terpilih dari juzu’ Amma dengan betul dan fasih.Menghafaz ayat lazim untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian.Dan memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati pengajarannya ke arah meyakini al-Quran sebagai rujukan petunjuk Allah.Antara model yang diperkenalkan dalam j-QAF ialah khatam al-Quran.Objektif model khatam al-Quran ialah murid dapat membaca al-Quran dengan lancar dan bertajwid

419

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

serta mereka dapat mengkhatamkan al-Quran 30 juzuk sebelum mereka menjejakkan kaki ke sekolah menengah. Methodologi pengajaran tilawah al-Quran Beberapa kaedah pengajaran tilawah al-Quran telah digunakan.Antara yang popular yang digunapakai oleh umat Islam di Malaysia ialah kaedah Baghdadiah, Qiraati, Iqra’ dan Hattawiyah.Kaedah Baghdadiah merupakan kaedah yang paling popular di kalangan umat Islam seluruh dunia sejak zaman berzaman.Kaedah ini diperkenalkan oleh Abu Mansor Hafzul Fikri al-Bahdadi pada tahun 376 Hijrah. Kaedah ini memperkenalkan huruf secara analisa berperingkat-peringkat dengan cara latih tubi dan pengulangan. Buku yang digunakan ialah Muqaddam.Kaedah ini memperkenalkan huruf-huruf hijaiyah terlebih dahulu dengan menyebut nama huruf, selepas itu murid diajar mengeja huruf tunggal berbaris di atas dan membunyikannya. Selepas itu murid diajar mengeja huruf tunggal yang mengandungi pelbagai baris.Mengeja kalimah yang terdapat tanda sukun, tanda tasydid dan menyembunyikannya.Begitulah seterusnya mengeja dan membunyikan kalimah yang mempunyai pelbagai baris dan tanda.Murid kemudiannya diajar membaca ayat al-Quran juzuk Amma.Kaedah ini besar sumbangannya dalam sejarah pendidikan membaca al-Quran. Namun kelemahan kaedah ini ialah ia menggunakan kaedah tulisan imla’i dan bukan rasm Uthmani sedangkan tulisan al-Quran adalah Rasm Uthmani . Kaedah Qiraati bermula pada tahun 1963 di Semarang oleh Bapak Hj. Dachlan Salim Zarkasyi. Pada mulanya ia mengandungi 10 jilid, kemudian di ringkaskan dan akhirnya tinggal 5 jilid. Kaedah ini bermula dengan mengenalkan huruf hijaiyah hingga ke jilid ke lima. Selepas itu baru diajar dengan pelajaran yang lebih susah seperti qalqalah, tanwin dan sebagainya. Kemudian diajar juzuk amma dan al-Quran rasm Uthmani. Pada tahun 1984 Ustaz Haji Asad Humam telah memperkenalkan Kaedah Iqra’ di Taman Kanak-kanak Al-Quran di Kota Gedo Jogjakarta.Buku ini mengandungi enam jilid.Bilangan muka suratnya ialah 182 halaman.Tulisan buku tersebut adalah berdasarkan tulisan Rasm Uthmani.Kaedah ini menekankan kepada pengajaran membaca al-Quran mengikut kaedah lihat dan baca terus tanpa mengeja terlebih dahulu. Kaedah Iqra’ tidak mengenalkan huruf dan baris-baris bacaan seperti baris satu dan baris dua samada di atas, di bawah atau di depan. Begitu juga tidak dikenalkan tanda-tanda bacaan seperti tanda mati atau tashdid.Kementerian Pelajaran Malaysia telah menerima pakai buku Kaedah Iqra’ bagi murid-murid di semua sekolah rendah di seluruh negara.Kaedah ini bagus dan dapat membantu mempercepatkan pelajar membaca al-Quran.Namun begitu kaedah ini kurang sesuai digunakan di dalam kelas besar jumlah pelajarnya. Guru sukar untuk membimbing pelajar dalam masa yang sama.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

420

Pada tahun 1997 Kaedah Hattawiyah diperkenalkan. Ia merupakan satu kaedah membaca al-Quran berpandukan tulisan rumi. Ia sesuai kepada mereka yang benar-benar tidak mengenal huruf hijaiyah al-Quran tetapi mereka boleh membaca tulisan rumi dengan baik (Mohd Zainul Arifien b. Mohd Jaid). Oleh itu kaedah ini merupakan langkah terakhir dan hanya untuk golongan tertentu bagi memastikan mereka tidak terus berada di dalam katagori buta al-Quran. Tahap penguasaan tilawah al-Quran Bagi memenuhi matlamat program j-QAF pelajar berjaya khatam al-Quran sebelum menjejakkan kaki di sekolah menengah maka kebanyakan guru mengambil langkah mengajar al-Quran dengan menggunakan kaedah baca ikut guru (BIG). Memang benar, murid boleh khatam al-Quran namun ia bergantung sepenuhnya kepada guru semata-mata. Lagi pun kaedah ini membosankan pelajar. Masih ramai pelajar apabila ke sekolah menengah tidak boleh membaca al-Quran dengan baik. Lama kelamaan mereka akan terus meninggalkan al-Quran. Sebab itu tidak mustahil dapatan kajian yang dilakukan kepada masyarakat Malaysia yang tidak boleh mambaca al-Quran sangat tinggi. Seperti yangdipetik oleh Misnan Jemali (2005), terdapat banyak kajian yang telah dijalankan berkaitandengan pembelajaran dan tahappenguasaan tilawah membaca al-Quran di kalangan pelajar. Antaranya ialah Azman Wan Chik (1986), Norkamaliah Mohammad (1987), Madihah Hj. Mohamad (1982), Maimunah Ismail (1995) dan Mohd Aderi Che Noh (2004). Pengkaji-pengkaji tersebut mendapati masih ramai murid yang lemah dalam aspek tilawah, lemah dalam aspek tajwid, lemah dalam aspek makhraj huruf, bahkan terdapat juga murid yang gagal membaca potongan ayatyang pendek (buta al-Quran). Kajian mereka juga mendapati antara faktor yang menyebabkan pencapaian murid lemah dalam Tilawah al-Quran adalah disebabkan oleh penggunaan kaedah dan teknik yang kurang berkesan dalam proses pengajaran yang diamalkan oleh guru. Norasikin Fabil et. al (2003) menjelaskan amalan tradisi pendidikan al-Quran menekankan tajwid. Ia perlu diambil secara pengambilan bacaan dari mulut ke mulut atau dikenali sebagai talaqi musyafahah. Namun guru-guru selalunya menghadapi masalah dalam menyediakan alat bantu mengajar yang terbaik . Kegagalan penyampaian oleh guru menjadikan pelajar hilang tumpuan dan gagal mengingati apa yang dipelajari (Nor Azman 1998) Kajian ini bertepatan dengan kajian yang dilakukan oleh Zainal Abidin (1993), menyatakan waktu pembelajaran yang terhad dan kelemahan pengajaran guru menjadi faktor pencapaian pelajar dalam menguasai al-Quran berada di tahap yang kurang memuaskan. Che Saufi (2001) Pengetua Institut al-Quran Malaysia berpendapat kegagalan pelajar mengingati pembelajaran menyebabkan pelajar sering mengulangi kesilapan dalam bacaan. Tambahan pula pengulangan bacaan pelajar bukan di luar

421

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

pengawasan guru. Namun pembacaan di bawah pengawasan guru sukar dilakukan memandangkan perubahan gaya hidup yang menyebabkan pelbagai kekangan (Zarina & Siti Salmiah, 1999). Norasikin Fabil (2003) mengatakan pendekatan yang digunakan dalam kitab muqaddam dan Iqra’ sebagai media bantuan dalam pembacaan al-Quran masih terdapat kelemahan kerana masih ramai pelajar yang gagal menguasai pembacaan al-Quran dan tajwid walaupun mereka sudah beralih kepada membaca al-Quran sebenar. Kajian Fairuz Samsudin (2011) ke atas murid- murid lelaki dan perempuan generasi pertama program j-QAF Kohort 2005. Beliau cuba melihat tentang tahap pencapaian murid-murid tahun enam dalam modul khatam al-Quran j-QAF ke atas 3443 orang murid di 23 buah sekolah kebangsaan dalam daerah Kuala Muda, Yan Kedah mendapati 81% murid telah menguasai bacaan al-Quran dan 18.4% murid masih di dalam sukatan Iqra’ buku satu hingga enam. Kajian ini menunjukkan wujudnya peningkatan yang positif dalam literasi al-Quran murid antara enam bulan pertama persekolahan dan enam bulan kedua persekolahan.Walaubagaimanapun, matlamat utama program ini untuk mencapai 100% khatam al-Quran belum tercapai kerana masih terdapat 0.78% murid yang gagal menghabiskan sukatan khatam alQuran bersama guru. Mohd Aderi Che Noh & Rohani Ahmad Tarmizi (2009) mengkaji tentang persepsi pelajar Tingkatan Dua terhadap amalan pengajaran guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Kajian melibatkan seramai 1651 orang pelajar seluruh Malaysia. Hasil kajian mendapati 75.2% (1242 orang) amalan pengajaran Tilawah al-Quran oleh guru Pendidikan Islam pada tahap sederhana. Manakala min pada tahap tinggi hanya 23.2% (383 orang) dan 1.6% (26 orang) pada tahap rendah. Ini menunjukkan guru Pendidikan Islam perlu berusaha mempertingkatkan kemahiran pengajaran Tilawah al-Quran supaya murid dapat menguasai kemahiran Tilawah al-Quran dengan berkesan. Belajar al-Quran itu mudah Sebenarnya membaca al-Quran itu mudah kerana al-Quran itu kalamullah. Oleh itu kita perlu yakin bahawa Allah permudahkan untuk menyebut, menghafal, belajar sehingga kanak-kanak yang kecil mampu menghafalnya. Hal ini jelas dalam firman Allah SWT dalam surah al-Qamar sebanyak empat kali diulang-ulang iaitu ayat 17, 22, 32 dan 40 bermaksud: “ Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan al-Quran untuk peringatan, maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran?”

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

422

Ayat ini diulang sebanyak 4 kali dalam surah yang sama. Ini bererti belajar AlQuran adalah sesuatu yang penting dan ianya mudah kalau kita ada keinginan dan kesungguhan untuk belajar membaca al-Quran.Sebagai contoh hanya al-Quran sahaja yang boleh dihafal 100% tanpa pengurangan dan penambahan satu huruf pun berbanding buku-buku lain. Ini kerana Al-Quran adalah kalam Allah dan pastinya Allah yang pelihara. Pepatah Melayu ada mengatakan “Kalau Ada Kemahuan Pasti Ada Jalan” Justeru itu Kaedah Haraki diperkenalkan sebagai satu usaha ke arah memudahkan umat Islam mempelajari Al-Quran agar mereka dapat membaca dengan baik. Kaedah Haraki Kaedah Haraki ini dihasilkan untuk menarik minat masyarakat pelbagai peringkat umur untuk mempelajari Al-Quran. Kaedah ini memberi penekanan kepada bentuk tulisan al-Quran Rasm Uthmani yang mempunyai keistimewaan tersendiri seperti yang telah dinyatakan sebelum ini. Hasil daripada penelitian terhadap bentuk dabt rasm Uthmani dan bunyi yang terhasil ketika membaca al-Quran dioleh dalam bentuk pergerakan tangan supaya pembaca dapat membaca secara bertajwid. Perkataan Haraki dipilih sebagai nama kaedah ini kerana kaedah ini menekankan pergerakan tangan pembaca al-Quran. Pengajaran dan pembelajaran ini berpandukan kepada satu set modul pengajaran yang ringkas mengandungi tidak lebih daripada 25 halaman. Modul kaedah Haraki dimulakan dengan panduan belajar dan mengajar untuk guru. Bab pertama menerangkan bagaimana kalau boleh membaca surat khabar atau facebook mustahil tidak boleh baca al-Quran. Kemudian modul ini mengenalkan huruf hijaiyah tunggal dan bersambung. Itu. Dalam bab ini guru disyorkan menggunakan kaedah bercerita dan pergerakan tangan. Setelah pelajar mengenal huruf hijaiyah, pelajar terus boleh membaca huruf pelbagai baris. Setelah pelajar menguasai huruf hijaiyah barulah guru menerangkan cara bacaan panjang pendek, tanwin dan hukum nun dan mim mati, hukum syaddah, qalqalah, dan cara bacaan waqaf dan huruf-huruf muqataah. Teknik yang digunakan dalam menyampaikan kaedah ini ialah dengan meletakkan simbul di bawah setiap baris ayat yang hendak dibaca sebelum mereka terus membaca sambil menggerakkan tangan mereka. Sebagai contoh pergerakan tangan dalam kaedah ini ialah jika bacaan pendek, jari tangan sentuh dipipi dan bacaan panjang tangan kanan/ kiri di depa. Bacaan panjang ialah apabila kita berjumpa dengan 7 tanda seperti berikut. Tiga tempat ialah apabila huruf alif, wau dan ya yang tidak ada tanda mati di atasnya. Atau pun apabila huruf alif sebelumnya berbaris di atas, ya sebelumnya berbaris di bawah dan wau sebelumnya berbaris di hadapan maka kita perlu membaca panjang dengan kadar 2 harakat. Selain daripada itu bacaan panjang 2 harakat juga dilakukan apabila berjumpa tiga berikut iaitu huruf alif kecil, wau kecil dan ya kecil.Satu tempat lagi yang perlu dibaca panjang ialah apabila kita bertemu tanda seperti cacing ( ~ ).

423

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Kadar bacaannya ialah lebih daripada 2 harakat.Oleh itu pergerakan tangan yang digunakan dalam kaedah haraki ini ialah apabila bertemu tanda sedemikian maka pembaca al-Quran tersebut perlu menggerakkan jari telunjuk seperti pergerakan cacing daripada tengah dadanya sambil mendepa.Sekiranya tidak berjumpa tujuh tanda seperti yang disebut itu maka pembaca hendaklah membaca dengan pendek iaitu jari tangan disentuh di pipi. Namun begitu sekiranya bertemu huruf alif, wau dan ya yang bertanda mati maka ia tidak boleh dikatakan sebagai bacaan mad. Keadaan ini menjadikan hukum tajwidnya ialah mad lin (lembut). Apabila sesuatu yang panjang itu lembut menyebagkan ia melendut ke bawah. Oleh kerana itu pergerakan tangan pembaca apabila bertemu huruf alif, wau dan ya yang ada tanda mati ialah dengan hujung jari membentuk huruf U ketika membacanya. Contoh yang lain ialah apabila bertemu tanda baris dua (tanwin) di hadapan atau di bawah yang ditulis secara tegak maka bacaan hendaklah dibaca pendek. Begitu juga sekiranya baris dua di hadapan bertopi maka bacaan pendek. Apabila bacaan pendek hujung jari tangan diletakkan dipipi. Tetapi sekiranya tanda baris dua itu senget atau baris dua di hadapan ditulis seperti no. 99 senget maka sebutannya dengung dan lidah dan mulut bersedia untuk menyebut huruf yang berada di hadapannya. Oleh kerana bentuk tulisan tanda itu senget maka pergerakan tangan juga turut disengetkan. Tangan kanan perlu disilangkan di bahu kiri. Hukum ini juga terpakai bagi huruf mim dan nun. Jika huruf mim dan nun bertanda mati di atasnya maka bacaan izhar (jelas) ertinya tidak dengung. Jari tangan kanan di pipi. Tetapi jika min dan nun tiada tanda mati di atasnya maka bacaan sama seperti baris dua senget iaitu mulut bersedia untuk menyebut huruf yang berada selepasnya. Jadi tangan perlu disilangkan. Tanda sabdu atau syaddah di dalam al-Quran bererti huruf itu digandakan. Oleh itu dari segi sebutan huruf tersebut perlu ditekankan dan disebut secara bersungguh-sungguh. Ada dua bentuk pergerakan jika terdapat tanda syaddah di dalam al-Quran. Jika tanda tersebut berada di atas huruf selain daripada min dan nun maka pergerakkan tangannya ialah dengan menggenggam tangan. Genggaman tangan ini sesuai kerana ia menunjukkan bersungguhnya sesorang itu seperti apabila melakukan tumbukan. Perbezaan antara tumbukan secara genggaman tangan dengan tanpa genggaman tangan pastinya terdapat perbezaan. Sekiranya tanda syaddah berada di atas huruf mim ( ‫ ) ّم‬dan nun ( ّ‫ ) ن‬maka dari segi hukum tajwidnya ialah wajib dengung (wajibal ghunnah). Oleh itu pergerakan tangan dalam kaedah haraki ini pembaca perlu menggenggam tangan sambil menggoncang tangannya. Dalam kaedah haraki terdapat 12 pergerakan tangan yang dihasilkan berdasarkan kepada analisa terhadap bentuk dan bunyi bacaan al-Quran tersebut. Namun daripada beberapa contoh di atas penulis rasa memadai dalam tulisan ini. Manakala pergerakan lain perlu dapat bimbingan guru agar mudah difahami kerana

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

424

kaedah tradisi dalam membaca al-Quran iaitu talaqqi musyafahah tetap masih perlu digunakan. Kajian penggunaan kaedah haraki Penulis telah memulakan kajian tentang kaedah ini sejak bulan Februari 2013. Melalui bacaan terhadapbeberapa kajian ilmiah yang telah dilakukan oleh penyelidik yang lalu serta kajian terhadap kaedah belajar tilawah al-Quranseperti kaedah Baghdadiah, kaedah Iqra’, kaedah Qiraati, kaedah Hattawiayah dan Teknik Baghdadi serta perbincangan dengan beberapa orang guru al-Quran, pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh dan pelajar-pelajar yang mengambil major Pendidikan Islam di kampus Ipoh makakaedah ini telah dihasilkan. Lawatan sambil belajar ke al-Bahdadi Learning Centre di Jelapang Ipoh telah dilakukan pada bagi melihat pelaksanaan pengajaran al-Quran Teknik Bahgdadi. Selain daripada itu beberapa siri kursus dan kelas al-Quran kaedah Haraki dilakukan kepada 12 orang pelatih guru Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, 42 orang pensyarah, staff sokongan dan pelajar IPG Kampus Ipoh dan 23 orang awam yang terdiri pelbagai peringkat umur dari 7 tahun hingga 60 tahun. Selain daripada itu kaedah ini telah diguna pakai oleh beberapa orang guru pelatih IPG Kampus Ipoh yang menjalani praktikum di sekolah dan guru yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah j-QAF. Salah seorang pelajar yang mengikuti kelas ini ialah pelajar perempuan 22 tahun yang baru dua bulan memeluk agama Islam. Berdasarkan beberapa kali percubaan dan kajian yang dilakukan, penyelidik dapat simpulkan maklum balas responden seperti berikut: i. Kaedah ini dapat membantu pelajar belajar Al-Quran dengan seronok, menarik dan tidak membosankan.Ada di kalangan mereka mengatakan kelas ini seperti menyertai aktiviti berirama dan coral speaking. ii. Pelajar dapat dilatih kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis melalui pengamatan dan pengecaman terhadap bentuk yang terdapat dalam Al-Quran Rasm Uthmani. iii. Murid mampu membaca al-Quran secara bertajwid. iv. Masa yang diambil untuk membolehkan pelajar membaca al-Quran dengan baik dapat disingkatkan dalam lebih kurang 7 hari / jam sahaja. Jika dibandingkan tempoh belajar yang diambil menggunakan kaedah biasa mengambil masa yang panjang. v. Kos yang diambil untuk mempelajari sangat minimum kerana ia tidak memerlukan alatan khusus. Kaedah ini hanya menggunakan modul tidak lebih daripada 20 muka surat. Jika dibuat buku sudah pasti harga jualan buku tersebut sangat murah. Pelajar hanya menggunakan pergerakan tangan masing-masing sambil membaca al-Quran. Selain daripada itu sekiranya pelajar belajar secara kelas tambahan atau kelas tuisyen berbayar, masa belajar membaca melalui kaedah Haraki ini tidak mengambil masa yang tidak sampai satu bulan.

425

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

vi. Kaedah ini sesuai digunapakai bukan kepada pelajar di sekolah rendah dan menengah malah sesuai kepada semua umat Islam tanpa mengira peringkat umur. vii. Penggunaan simbul dalam setiap pergerakkan mempercepatkan lagi kefahaman pelajar untuk setiap topik yang diajar. viii. Dapat mengekalkan fokus murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. Ia juga secara tidak langsung memudahkan kawalan kelas oleh seseorang guru. ix. Kaedah ini memudahkan mereka yang lancar membaca tulisan rumi untuk membaca al-Quran. x. Kaedah ini dapat mengurangkan perasaan malu yang biasa dirasai oleh mereka yang lemah dalam pembacaan al-Quran. Biasanya golongan yang lemah dalam membaca al-Quran rasa malu untuk belajar. Ini kerana bacaan dilakukan secara beramai-ramai bukan secara individu. xi. Pergerakan psikomotor pelajar menarik minat pelajar kinastatik. xii. Pergerakan yang sesuai dengan hukum tajwid. Mudah untuk mengingat pergerakan tangan kerana tidak terlalu banyak. xiii. Penggunaan simbul yang digunakan sebelum pelajar membaca membantu menilai kefahaman pelajar. Mudah dan berkesan. Pelajar tidak perlu menulis ayat al-Quran tetapi meletakkan simbul yang tertentu di bawah setiap baris yang terdapat dalam ayat al-Quran. Ia cepat dan mudah untuk keberkesanan pengajaran. xiv. Ia boleh dilaksanakan dalam kelas yang besar jumlah pelajarnya. Ini adalah disebabkan walaupun kelas dijalankan dalam jumlah yang ramai guru mudah untuk melakukan pemantauan.Berdasarkan kepada pergerakan tangan pelajar ketika membaca al-Quran guru dapat menilai murid dengan cepat sekiranya pelajar tersebut tidak memberi tumpuan dalam pembelajaran atau yang masih belum menguasai pelajaran dengan baik.Oleh itu guru boleh memberi bimbingan khusus kepada pelajar tersebut. xv. Satu pengajaran dan pembelajaran aktif dan dilakukan secara hand-on dan mind-on Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang kaedah ini boleh layari facebook rasmi: facebook.com/kelasal-quranharaki dan Blog rasmi: kelasquran7.blogspot.com Perbincangan Kaedah haraki masih dalam proses pemantapan . Oleh itu penyelidik yakin masih banyak terdapat kelemahan untuk dibuat penambahbaikan. Namun begitu kaedah ini dapat mengurangkan kebosanan ketika belajar. Menurut Rohaty Mohd Majzub (2003) kebosanan merupakan satu penyakit dan sindrom dalam bilik darjah. Kaedah Haraki menggunakan kepelbagaian kecerdasan murid antaranya ialah spatial (ruang), kinestetik iaitu pergerakan badan dan kemahiran manipulasi, visual dan oditori. Unsur kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis turut digunakan dalam pembelajaran tilawah al-Quran kaedah Haraki. Kemahiran membanding beza,

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

426

kemahiran menerangkan sebab, kesan dan akibat dan kemahiran membuat keputusan. Kemahiran berfikir secara kreatif merupakan proses melibatkan operasi mental dan proses menghubungkan yang abstrak dengan penemuan perkara utama yang difikirkan, kepentingan untuk menganalisa dan mengkritik, seterusnya mendapatkan kesimpulan daripada apa yang dilihat dan dinilai. Ainon & Abdullah (1994) telah menggariskan beberapa ciri kemahiran berfikir tersebut. Antaranya ialah:  Menghasilkan idea baru  Menggutamakan pelbagai cara  Fokus untuk mengubah idea  Mencari penyelesaian cara baru  Mencabar apa-apa yang dianggap betul dan terbaik  Menentukan perhatian kepada kemungkinan masa depan. Oleh itu kaedah ini difikirkan selaras dengan kehendak dan matlamat kurikulum di mana Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kreatis diaplikasikan yang menjadikan ianya menarik, seronok serta mencabar daya imiginasi pelajar dan bukan sebagai peraturan atau langkah-langkah tertentu yang perlu dipatuhi dengan ketat. Selain daripada itu kaedah Haraki memberi penekanan kepada empat objektif pembangunan iaitu kognitif, afektif, psikomotor dan rohaniah. Objektif kognitif melihat kepada perkembangan potensi pelajar dari segi intelek. Ia meliputi unsur pengetahuan yang berguna, memperkembangkan daya pemikiran dan menyelesaikan masalah.Objektif afektif menekankan peningkatan minat pelajar terhadap pelajaran yang diajar. Kepelbagaian pergerakan yang digunakan menjadikan pembelajaran menyeronokan. Manakala objektif psikomotor, selain daripada pelajar menyebut perkataan dengan betul, pelajar perlu menggerakkan anggota sebagai hasil daripada bacaan ayat al-Quran yang dilakukan. Manakala objektif rohaniah dapat mengembangkan potensi pelajar untuk mencintai al-Quran dan mengamalkan nilai dan akhlak yang mulia. Kaedah Haraki juga menekankan tentang pembelajaran aktif. Guru bukan sekadar mencurahkan maklumat secara automatik ke dalam minda pelajar malah pengajaran guru memerlukan penglibatan mental dan perbuatan pelajar itu sendiri. Penerangan dan tunjuk cara sahaja tidak akan membawa kepada pembelajaran yang sebenar dan bersifat kekal. Mel Silberman (2010) mengatakan pembelajaran aktif banyak digunakan oleh guru-guru tadika dan pendidikan rendah.Ini adalah pengaruh Piaget, Montessori dan lain-lainyang mengatakan kanak-kanak belajar dengan baik daripada pengalaman yang berdasarkan aktiviti konkrit. Mereka tahu tumpuan kanak-kanak terhadap sesuatu tidak lamadan keupayaan mereka untuk duduk diam amatlah terhad. Untuk mengatasinya, mereka membuat kanak-kanak sentiasa aktif dan bergerak ke sana sini. Apabila kanak-kanak meningkat usia kecenderungan pembelajaran aktif dikurangkan. Hampir semua sekolah menengah hingga ke peringkat tinggi menggunakan kaedah perbincangan, penerangan dan soal jawab. Guru cenderung mengajar sepertimana mereka pernah diajar dahulu, serta mengajar

427

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

menggunakan kapur dan papan hitam. Di samping itu ada tanggapan yang salah yang mengatakan bahawa pelajar yang matang tidak memerlukan aktiviti yang cergas dan pantas untuk belajar dengan berkesan. Oleh itu biasanya guru beranggapan bahawa murid dewasa benar-benar belajar apabila mereka duduk mendengar pelajaran yang disampaikan. Oleh itu kaedah Haraki yang diperkenalkankan ini menggunakan salah satu atau lebih perkara berikut:  Pembinaan kumpulan: membantu pelajar mengenali antara satu sama lain atau mewujudkan semangat kerjasama dan saling bergantung antara satu sama lain.  Penilaian serta merta: Mempelajari tentang sikap, pengetahuan dan pengalaman pelajar.  Penglibatan pembelajaran segera: Mewujudkan minat awal dalam sesuatu bidang pelajaran. Rumusan Kaedah haraki adalah merupakan satu inovasi baru ke arah menggalakkan umat Islam belajar membaca al-Quran secara bertajwid dalam masa yang singkat. Pembelajaran secara aktif sesuai digunakan bukan sahaja untuk murid sekolah rendah, tetapi kepada murid sekolah menengah hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Kaedah ini juga boleh didedahkan kepada masyarakat umum. Oleh itu dicadangkan agar pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dapat mengguna pakai kaedah ini dalam kurikulum pengajaran tilawah al-Quran di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Secara tidak langsung masalah buta al-Quran di kalangan umat Islam di negara ini dapat diatasi. Kajian mendalam perlulah dilakukan untuk mengesan keberkesanan kaedah ini. Wallahu A’lam

Rujukan Al-Quran al-Karim Abd. Halim El-Muhammady. 1983. Membina generasi muslim. Bangi; Ikatan Studi Islam UKM Abd. Halim El-Muhammady. 1987. Pendidikan al-Quran di sekolah rendah dan sekolah menengah ke arah pembentukan pandangan hidup muslim . Jurnal Pendidikan Islam 2(6): 29-43

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

428

Abdul Hayei Abdul Syukur. 1981. Pengajian al-Quran Sebagai Asas Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Qiblat, Utusan Melayu (Malaysia) Sdn. Bhd. Abdul Qadir Leong. 2002. Tajwid al-Quran Rasm ‘Uthmani.Kuala Lumpur; Pustaka Salam Sdn. Bhd. Ainon & Abdullah. 1994. Teknik Berfikir: Konsep dan Proses.Kuala Lumpur; Utusan Publication & DDistributor. As’ad Humam. 2005. Iqra’ : Cara cepat belajar membaca al-Quran. Shah Alam; Darul Kitab Sdn. Bhd Fairuz Samsudin. 2011. Tahap pencapaian murid-murid tahun enam dalam modul khatam al-Quran j-QAF: satu kajian di sekolah kebangsaan daerah Kuala Muda, Yan. Tesis Master Open Universiti Malaysia. Haron Din. 1992. Tasawur Islam. Shah Alam; Hizbi Ismail Mahmood. (terj) 1989. Adab-adab Berkaitan Dengan al-Quran . Petaling Jaya; Al-Rahmaniah Jamaludin Riduan. 2000. KaedahPengajaran Dan Pembelajaran Al-Quran.Kuala Lumpur; Pustaka Salam. Mel Silberman. 2010. Pembelajaran Aktif 101 Strategi Untuk Mengajar Apa Jua Subjek (tjmh) Kuala Lumpur; Institut Terjemahan Negara Malaysia Misnan Jamali. 2005. Tahap penguasaan al-Quran di kalangan pelajar sekolah menengah di Perak dlm Kamarulzaman Abd. Ghani at.al (pnyt) Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 4) hlm 213-224 Bangi; Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia Mohd Aderi Che Noh & Khadijah Abd. Razak. 2005. Implikasi konsep kendiri dan persekitaran dalam menjana generasi pelajar celik al-Quran dlm Kamarulzaman Abd. Ghani at.al (pnyt) Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 4) hlm 213-224 Bangi; Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia Mohd Aderi Che Noh & Rohani Ahmad Tarmizi. 2009. Persepsi Pelajar tentang Pengajaran Tilawah al-Quran. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1): 93-109 Mohd Yakub Zulkifli Haji Mohd Yusoff, and Saidi Mohd, (2008) Keupayaan Bacaan al-Quran di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat: Kajian di Beberapa Buah Sekolah Menengah Terpilih di Negeri Terengganu. Al-Bayan Journal of Al-Quran & al-Hadith, 6 . pp. 53-85. ISSN 1394-3723

429

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Nasir b. Mohammad & Robiyah bt. Haron. 1997. Tahap penguasaan bacaan alQuran di kalangan guru pelatih bukan pengkhususan pengajian Islam. Alor Setar; Institut Perguruan Darul Aman Norasikin Fabil et.al. 2003. Teknologi multimedia: Satu inovasi pendekatan “Talaqqi dan musyafahah” dlm Perkaedahan pengajaran Pendidikan Islam: antara tradisi dan inovasi Prosiding wacana Pendidikan Islam (Siri 3) Bangi; Universiti Kebangsaan Malaysia. Urusetia Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Percetakan al-Quran Kementerian Dalam Negeri. 2007. Buku Panduan Rasm Uthmani. Kuala Lumpur; Percetakan Nasional Berhad Zarina Shukur & Siti Salmiah Serang. 1999. Pengajian Tajwid al-Quran Berbantukan Multimedia. Prosiding Seminar Kebangsaan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Strategi Pengajaran dan Pembelajaran di Abad 21. hlm 237-247 Mohd Zainul Arifien bin Mohd Jaid . Kaedah pengajaran tilawah dan hafazan alQuran dlm http://www.slideshare.net/nikazehar/kaedah-dan-teknikpengajaran-tilawah-al-Quran:

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

430

Penerapan Nilai Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Model Khatam Al-Quran j-QAF Zuraidah bt Othman Abstrak Kajian ini berbentuk kajian kes yang menggunakan kaedah kualitatif melalui teknik pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen terhadap tiga orang guru j-QAF yang mengajarkan mata pelajaran Model Khatam Al-Quran. Kajian ini memberikan tumpuan kepada amalan guru, seperti perlakuan dan pertuturan guru, bagi mengesan penerapan nilai-nilai dalam pengajaran dan pembelajaran Model Khatam Al-Quran Tahun Satu Program j-QAF melalui penggunaan Buku Kaedah Iqra’. Objektif kajian ini adalah untuk mengesan pelaksanaan penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran Model Khatam Al-Quran untuk menjawab persoalan ’Sejauhmanakah guru-guru dapat melaksanakan penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran Model Khatam Al-Quran?. Dapatan kajian menunjukkan nilai yang paling kerap dicatat ialah nilai kerjasama dan diterapkan secara tersirat di dalam aktiviti di bilik darjah, berlaku ketidakselarasan antara nilai yang dicatat dengan pelaksanaannya, tiada satu kaedah yang jelas digunakan oleh guru untuk menerapkan nilai dan rasa keliru tentang penerapan nilai ini. Apa yang penting bagi guru ialah pencapaian objektif pembelajaran iaitu murid-murid dapat membaca teks kalimah dan ayat-ayat al-Quran yang dipelajari dengan betul, lancar dan fasih. Tambahan pula dalam pengajaran dan pembelajaran Model Khatam Al-Quran, guru mengakui adalah sukar bagi mereka untuk menerapkan nilai berasaskan isi pelajaran, berbeza pula halnya jika guru mengajar ayat-ayat kefahaman, di mana penerapan nilai lebih mudah diterapkan berdasarkan maksud dan kefahaman dari ayat yang dipelajari

Pengenalan Menurut Ibn Manzur (1990) dalam Lisan al-Arab, nilai adalah merujuk kepada alQimah yang bermaksud harga yang ditentukan pada sesuatu. Manakala, nilai-nilai murni adalah nilai yang bersifat universal yang memberi penekanan kepada adab yang terpuji, peradaban dan tatasusila individu dalam kerangka perhubungannya dengan tuhan, manusia dan alam. Nilai murni juga membawa maksud tanggapan tentang perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama ia menjadi kriteria atau ukuran. Ia merujuk kepada tanggapan tentang perkara-perkara yang baik, mulia dan tetap (Pukal Latihan Kurikulum Bersepadu, 1990). Nilai-nilai murni juga menitikberatkan perlakuan

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

432

baik, peradaban dan tatasusila manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Menurut Wan Mohd Zahid (1988), nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria dan ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama dan memang menjadi tujuan semua agama untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia. Nilai-nilai murni dari perspektif Islam ialah himpunan akhlak yang membentuk keperibadian Muslim yang unggul, seterusnya berupaya memberikan sumbangan kepada masyarakat, bekerjasama dan berusaha ke arah pembentukan diri, keluarga dan akidah (Jabir Qamahah, 1996). Ia berfungsi sebagai indikator yang akan memandu manusia ke arah kesejahteraan dan kebahagiaan hidup melalui pedoman wahyu. Nilai-nilai murni Islam lebih berfokus kepada hubungan erat antara doktrin rabbani dan kemanusiaan untuk mencapai kejayaan hakiki dari aspek duniawi dan ukhrawi. Nilai-nilai murni pada pandangan Islam adalah bersifat universal ( ’alami ) dan diikat dengan doktrin agama. Individu yang menghayati nilai tersebut akan mendapat ganjaran kebaikan, manakala jika berlaku sebaliknya akan mendapat dosa. Dalam sistem pendidikan, beberapa bidang ilmu perlu diterapkan merentas kurikulum bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ilmu-ilmu ini diterapkan secara langsung dan tidak langsung dalam setiap mata pelajaran yang diajar oleh guru di dalam kelas seperti kemahiran berfikir dan nilai murni. Justeru, penerapan nilai Islam dalam pendidikan perlu dilakukan, bukan setakat kandungan kurikulum ( sukatan pelajaran ) tetapi perlu dilaksanakan dengan berkesan. Nilai-nilai yang terkandung dalam mata pelajaran yang diajarkan di sekolah bertujuan untuk membina peribadi dan pekerti mulia dan seimbang dalam kalangan murid-murid. Jawatankuasa Pendidikan Akhlak yang ditubuhkan pada tahun 1976 telah meneliti nilai-nilai yang terkandung dalam pelbagai agama yang diamalkan di Malaysia. Berasaskan pandangan dan maklumbalas yang diperolehi, jawatankuasa yang dianggotai oleh wakil pelbagai agama telah menerima 16 nilai murni yang boleh diajarkan kepada semua pelajar di negara ini, untuk membentuk pelajar yang seimbang dan menyeluruh dari segi kognitif, efektif, psikomotor dan akhlak. Nilainilai ini didukung oleh semua agama dan bersifat sarwajagat. Penerapan nilai-nilai murni di sekolah rendah diberi perhatian yang lebih serius dengan pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mulai tahun 1983 secara menyeluruh dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah mulai tahun 1989. Pendekatan yang diberi penekanan untuk menerapkan nilai-nilai murni adalah penerapan nilai merentas kurikulum. Penerapan nilai-nilai murni sebenarnya telah diterapkan dalam semua mata pelajaran yang diajar di sekolah, aktiviti-aktiviti harian dan kegiatan ko kurikulum. Penanaman dan penghayatan nilai-nilai murni dan sikap yang positif melalui berbagai-bagai mata pelajaran adalah bertujuan untuk

433

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

mencapai hasrat pembentukan generasi yang bermoral dan berakhlak yang dapat menyeimbangkan kehendak etika agama, norma masyarakat dan kehendakkehendak kehidupan moden. Sekolah secara umumnya dan guru secara khususnya memainkan peranan penting dan mempunyai pengaruh yang besar di dalam menerapkan nilai-nilai murni. Walau bagaimanapun, dalam dunia globalisasi, peranan itu tidak hanya terhad kepada sekolah dan guru, tetapi juga kepada masyarakat dan negara. Pernyataan masalah Kesedaran tentang kepentingan penerapan nilai melalui sekolah telah digariskan dalam laporan Jawatankuasa kabinet (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1988) : Untuk kepentingan pembangunan negara, tenaga rakyat yang diperlukan Bukan sahaja perlu dilihat dari segi bilangan, jenis pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki bahkan perlu dilihat juga dari segi nilai-nilai disiplin yang perlu diterima. Dari segi sikap, mereka perlu jujur dan dedikasi terhadap kerja. Mereka bukan sahaja perlu cekap bahkan perlu boleh berfikir dan bertindak dengan baik sama ada secara sendiri mahu pun secara beramai-ramai dengan berpandukan kepada punca-punca akhlak yang mulia. Tegasnya, individu yang dilahirkan dari sistem persekolahan negara perlu selaras dengan tujuan pembangunan kemanusiaan. Hasrat membina masyarakat Malaysia yang memiliki potensi diri yang menyeluruh dan bersepadu melalui sistem pendidikan di sekolah telah digariskan secara tersurat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagaimana ditegaskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1989) : Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Oleh itu, penekanan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan; bukan sahaja terhadap perkembangan diri setiap individu agar seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani; tetapi juga sebagai persediaan untuk menjadikan setiap individu sebagai ahli masyarakat dan negara dengan memiliki nilai murni seperti berakhlak mulia, bertanggungjawab, berupaya mencapai kesejahteraan diri dan dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat serta negara; disamping berpegang teguh kepada nilai agama yang dianuti masing-

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

434

masing. Hasrat membina warga negara yang mempunyai nilai mulia melalui sistem pendidikan dihuraikan lagi : Pendidikan dengan kehidupan adalah berkait rapat kerana pendidikan menentukan corak serta mutu kehidupan individu. Pendidikan yang utuh dan baik akan melahirkan manusia dan juga bangsa yang kuat dan mulia. Oleh itu pendidikan harus berfungsi untuk menghuraikan segala persoalan diri manusia supaya dapat mengenali dan memahami dirinya. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992). Guru merupakan komponen utama dalam proses pengajaran bilik darjah, selain daripada pelajar dan kurikulum, iaitu termasuk sumber pengajaran dan pembelajaran seperti buku-buku teks. Bagaimanapun, suatu persoalan yang timbul adalah tentang peranan guru dalam penerapan nilai kepada pelajar. Ismail (1995) melaporkan hasil penyeliaan ke atas guru pelatih mendapati, guru pelatih kurang melaksanakan penerapan nilai dalam pengajaran berpunca daripada kekeliruan dan kurang jelas tentang konsep penerapan nilai. Nor Hashimah (2000) melalui kajiannya tentang penerapan nilai murni melalui pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah mendapati bahawa guru berada dalam keadaan dilema disebabkan oleh perkara-perkara yang dilihat oleh masyarakat bukan nilai terterap dalam pengajaran, tetapi pencapaian akademik pelajar. Penerapan nilai dalam pengajaran tidak dinyatakan secara tersurat dan berlaku tanpa dirancang serta tanpa disedari oleh guru (Mohd Uzi, 2007). Ibu bapa, pendidik dan masyarakat harus sedar tentang kepentingan memperseimbangkan pendidikan kanak-kanak dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Falsafah Pendidikan Negara juga menekankan tentang pendidikan menyeluruh. Kehilangan nilai dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan menyumbang kepada gejala keruntuhan akhlak yang berlaku di semua peringkat umur dan golongan ( Tunku Sarah, 1997). Kajian ini dijalankan terhadap kesedaran pentingnya membina insan yang berakhlak, dan pentingnya peranan guru di sekolah dalam membentuk sahsiah murid. Guru harus mempersiapkan diri dengan strategi-strategi yang berkesan untuk menangani masalah disiplin dan akhlak bagi menghadapi cabaran remaja yang sedemikian rupa. Sekiranya masalah remaja dibiarkan maka masa depan negara amat membimbangkan kerana bertambahnya kelak bilangan remaja yang bermasalah yang bakal menjadi warganegara Malaysia. Keamanan negara akan terancam. Sebagai usaha untuk memperbaiki keadaan, pengkaji memberi fokus kepada aspek pedagogi.

435

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Tujuan kajian Kajian ini secara umumnya bertujuan untuk memahami dan meneliti persediaan, pelaksanaan dan penilaian guru Model Khatam Al-Quran dalam menerapkan nilainilai murni yang dicadangkan di dalam Falsafah Pendidikan Negara dan sukatan pelajaran semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran Model Khatam AlQuran j-QAF sekolah rendah. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk mengesan sejauhmana penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran Model Khatam Al-Quran. Soalan kajian Soalan kajian ini adalah seperti berikut : Sejauhmanakah guru-guru dapat melaksanakan penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran Model Khatam Al-Quran ? Batasan kajian Kajian ini berbentuk kajian kes yang menggunakan kaedah kualitatif melalui teknik pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen terhadap tiga orang guru j-QAF yang mengajarkan mata pelajaran Model Khatam Al-Quran. Kajian ini memberikan tumpuan kepada amalan guru, seperti perlakuan dan pertuturan guru, bagi mengesan penerapan nilai-nilai dalam pengajaran dan pembelajaran Model Khatam Al-Quran Tahun Satu Program j-QAF melalui penggunaan Buku Kaedah Iqra’. Kajian ini bergantung kepada keupayaan pengkaji mengendalikan sesi pemerhatian pengajaran di bilik darjah dan temubual, di samping kebolehan memilih dan menginterpretasi data. Oleh itu, bilangan peserta yang kecil memadai untuk memenuhi keperluan kajian ini. Dapatan kajian ini tidak akan digunakan untuk membuat generalisasi. Walaubagaimanapun, adalah menjadi harapan pengkaji agar dapatan kajian ini berfaedah kepada guru serta mereka yang terlibat dalam penyelidikan pendidikan bagi memahami nilai pengajaran Model Khatam Al-Quran j-QAF. Kesignifikanan Kajian Dapatan kajian ini diharapkan dapat menimbulkan kesedaran kepada guru-guru Model Khatam Al-Quran j-QAF khususnya, tentang kepentingan mempertimbangkan ”nilai” dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan mempertimbangkan nilai, akan menjadikan tumpuan pengajaran di bilik darjah menjadi lebih menyeluruh, iaitu tidak hanya menekankan kepada aspek kognitif semata-mata, tetapi mempertimbangkan juga aspek afektif. Dapatan kajian ini juga diharapkan dapat memberi gambaran kepada guru tentang kepelbagaian nilai yang harus diberi penekanan dalam bilik darjah. Ini bererti, guru tidak hanya menekankan kepada penerapan nilai pendidikan umum,

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

436

tetapi harus juga memberi penekanan kepada nilai-nilai Islam dan pembudayaannya dalam kehidupan seharian. Seterusnya, dapatan kajian ini juga diharapkan dapat memberi gambaran kepada guru tentang dua pendekatan dalam penerapan nilai, iaitu secara tersurat dan secara tersirat. Penerapan nilai secara tersurat bererti guru menyebut secara langsung dalam pengajaran. Manakala, penerapan secara tersirat pula bererti penerapan secara tidak langsung melalui aktiviti bilik darjah. Hasil kajian ini juga diharapkan dapat memberi panduan dan kefahaman kepada guru dalam mengaplikasikan penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran Model Khatam Al-Quran khususnya menerapkan nilai berasaskan kandungan mata pelajaran ke arah membentuk sahsiah murid dan membina insan yang berakhlak melalui pendekatan, kaedah, teknik dan strategi-strategi penerapan nilai yang berkesan. Tinjauan Kepustakaan Di dalam diri Rasulullah saw mengandungi himpunan nilai-nilai kemanusiaan dalam bentuk yang paling tinggi dan paling sesuai untuk dipraktikkan. Baginda telah berjaya menerapkan nilai-nilai kemanusiaan untuk dicontohi dan diamalkan melalui metode yang jelas dan terperinci :  Baginda adalah Qudwah Hasanah (role model), kerana amalannya mendahului perkataannya.  Baginda menjadikan peristiwa sebagai alat untuk membentuk dan mendidik budi pekerti umat manusia, di samping menggunakan cerita-cerita dan perumpamaan.  Arahan-arahan yang dilakukan adalah dengan cara tidak langsung supaya tidak menimbulkan rasa malu bagi orang yang bersalah.  Baginda sentiasa membuka dan memberi peluang kepada masyarakat untuk bertanya, kemudian semua soalan akan dijawab sehinggakan kepada soalansoalan yang dianggap remeh-temeh.  Sebagai seorang yang pakar dalam hal kehidupan, baginda sentiasa menggunakan kaedah soal jawab dan perbincangan untuk memastikan kebenaran dan hakikat dalam sesuatu bidang. (Jabir Qamahah, 1996) Eyre dan Eyre (1993), mencadangkan kaedah pengajaran nilai yang terbaik bagi kanak-kanak ialah : ”.......the supreme methods for teaching values to children are the examples of our being and our own giving. Examples are always the best teachers – and what we do always overwhelms and overshadows and outteaches what we say”. Menunjukkan contoh atau model yang baik merupakan kaedah yang baik untuk menerapkan nilai-nilai. Penerapan nilai-nilai melalui contoh yang dilakukan oleh

437

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

guru adalah lebih berkesan daripada apa yang diperkatakan oleh guru. Menurut Eyre dan Eyre (1993) lagi, untuk menjadi model yang baik, guru boleh menerapkan nilainilai melalui bercerita, permainan, main peranan dan imaginasi. Kaedah dan teknik lain yang mereka cadangkan untuk menerapkan nilai kepada kanak-kanak adalah :  Scenarious dan pelbagai permainan verbal membolehkan kanak-kanak meletakkan diri di dalam berbagai-bagai situasi dan melihat sebab-akibat pelbagai pilihan dan tingkah laku.  Perbincangan konsep memberi peluang kanak-kanak berbincang tentang istilah dan konsep nilai mengikut tahap mereka dengan bantuan ibu bapa atau guru. Kajian menunjukkan terdapat hubungan antara tingkah laku moral kanak-kanak dengan jumlah masa berbincang dengan ibu bapa.  Pujian dan peneguhan adalah kaedah yang berkesan untuk mengubah tingkah laku kanak-kanak kepada kebiasaan secara tekal dan sedar.  Ganjaran dan bentuk penghargaan yang lain merupakan cara yang berkesan untuk menggalakkan tingkah laku yang baik.  Kaedah ‘memberi peluang kedua’ (second chance) dan ‘mula sekali lagi’ (let’s start over) boleh memperbaiki tingkah laku dan memperingatkan kanak-kanak tentang nilai moral tanpa kesan negatif seperti hukuman dan kritikan.  Menghafal frasa pendek tentang nilai dan cara yang mudah diingati adalah cara yang baik untuk menanam konsep di dalam ingatan kanak-kanak.  Nilai dan lawannya – dengan membimbing kanak-kanak untuk mencari antonim sesuatu nilai dapat mewujudkan situasi bagi kanak-kanak untuk bertanya, “apa yang membantu, apa yang menyakiti atau merosakkan ?”  Memaklum, memberitahu, mengakui atau menghargai tingkah laku positif dan tidak mempeduli atau mengendahkan tingkah laku negatif. Kanak-kanak cuba menarik perhatian dan seringkali orang dewasa memberi perhatian pada tingkah laku negatif dan tidak mempedulikan tingkah laku positif. Kita sentiasa berusaha untuk membetulkan apa yang salah. Oleh itu, kita perlu ubah dengan memberitahu kanak-kanak tingkah laku yang positif. Kilpatrick et.al.(1994), mencadangkan membaca buku cerita atau bercerita sebagai satu kaedah untuk menerapkan nilai kepada kanak-kanak. Mereka berpendapat, ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik, menerangkan tentang peraturan, menggalakkan kebiasaan yang baik, dan memperkukuhkan tingkah laku kanakkanak melalui disiplin yang sesuai. Oleh itu ibu bapa berperanan menerapkan nilainilai di rumah dan guru perlu meneruskan peranan ini di sekolah. Guru atau ibu bapa boleh menggunakan kaedah bercerita kerana ia mempunyai beberapa manafaat kepada kanak-kanak seperti :  menguatkan imaginasi  menyediakan tata hukum tingkah laku dan contoh yang baik  meluaskan fikiran kerana buku diibaratkan seperti perjalanan atau pengembaraan.  dapat membantu menyedarkan kanak-kanak tentang kehidupan.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

438

Simon et. al. (1978) menerangkan beberapa pendekatan yang digunakan untuk menerap nilai-nilai, iaitu :  secara langsung (direct inculcalation of values)  sikap laissez-faire (laissez-faire attitude toward the transmission of values )  menunjukkan model (modelling in transmitting values)  penjelasan tentang nilai-nilai ( values-clarification) Simon et. al. (1978) menumpukan pada pendekatan value-clarification kerana pendekatan ini cuba membantu pelajar sedar tentang kepercayaan dan tingkah laku yang mereka hargai dan bersedia untuk melaksanakannya di dalam dan di luar kelas. Pelajar juga digalakkan menggunakan pelbagai mod berfikir dan perlakuan. Pelajar belajar menimbang tentang yang baik, buruk dan akibat pelbagai alternatif. Guru membantu kanak-kanak cara berfikir melalui isu-isu nilai yang dikemukakan. Pendekatan ini tidak seperti pendekatan lain yang mementingkan kandungan nilai tetapi menekankan tentang proses bagaimana manusia memegang sesuatu kepercayaan dan membentuk corak tingkah laku tertentu. Penerapan nilai di bilik darjah boleh berlaku sama ada secara tersurat atau tersirat. Nilai bersifat tersurat merupakan nilai yang ditulis dalam dokumen guru secara jelas atau nilai yang dinyatakan dalam pertuturan semasa pengajaran. Contohnya, jika guru menulis dalam rancangan pengajaran atau menyatakan ungkapan seperti “hari ini kita akan memberi fokus kepada bekerjasama...” adalah merupakan perancangan penerapan secara tersurat nilai bekerjasama. Nilai bersifat tersirat pula merupakan nilai yang dinyatakan secara tidak langsung sama ada melalui perlakuan atau dokumen guru. Kefahaman tentang nilai bersifat tersirat hanya interpretasi sendiri oleh pengkaji. Satu contoh melibatkan penerapan nilai kerjasama secara tersirat adalah apabila guru meminta pelajar membuat kumpulan dan seterusnya menggalakkan pelajar berbincang (Mohd Uzi Dollah, 2007). Berdasarkan tinjauan perpustakaan ini, penulis-penulis ( Jabir Qamahah, 1996 ; Eyre dan Eyre, 1993 ; Kilpatrick et.al, 1994; dan Simon et. al, 1978 ; Mohd Uzi, 2007 ) telah mencadangkan pelbagai kaedah atau pendekatan untuk menerapkan nilai-nilai murni kepada kanak-kanak. Dengan itu, guru boleh mencuba pelbagai kaedah untuk disesuaikan dengan pelbagai perbezaan individu yang wujud di dalam sesebuah kelas yang diajar. Untuk menilai kejayaan penerapan nilai adalah satu usaha yang amat sukar kerana nilai adalah sesuatu yang subjektif. Menurut Wilson (1990), di dalam usaha kita untuk menilai tingkah laku manusia, kita harus menilai seseorang berdasarkan ’sebab’ dan ’peraturan’ atau ’prinsip’ yang diikuti oleh seseorang apabila melakukan sesuatu perbuatan. Hal ini tidak boleh dilakukan hanya dengan membuat pemerhatian pergerakan fizikal seseorang dengan mengambil gambar atau foto. Kita harus mengetahui apa yang berlaku di dalam pemikiran seseorang. Sebab itulah penilaian tingkah laku seseorang amat sukar dilakukan. Wilson menegaskan bahawa penilaian tingkah laku seseorang perlu disahkan dengan bertanya apakah sebab dan

439

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

niat seseorang melakukan sesuatu. Walaupun dengan bertanya boleh menimbulkan masalah kejujuran atau keikhlasan dan rasional jawapan tetapi pertanyaan sedemikian perlu dilakukan. Metodologi Reka bentuk kajian Kajian ini merupakan kajian kes dengan kaedah kualitatif. Ia bersesuaian dengan hasrat pengkaji untuk memahami dan mendalami fenomena pelaksanaan penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Stake (1995), ‘Case study is the study of the particularity and complexity of a single case, coming to understand its activity within important circumstances’. Dengan kajian kes yang dijalankan ini dapat memberi kefahaman kepada pengkaji tentang fenomena pelaksanaan penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran Model Khatam Al-Quran dan diharapkan dapat menyumbang kepada amalan penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran Model Khatam Al-Quran. Teknik pengumpulan data ialah melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen atau rekod. Untuk pengesahan data, pengkaji telah melaksanakan enam syor Merriam (2001) iaitu : i. Pelaksanaan proses triangulasi. Pengkaji telah menggunakan pelbagai sumber data dan pelbagai metod untuk mengesahkan dapatan. ii. Semakan rakan atau members check. Pengkaji telah meminta peserta kajian memeriksa data serta interpretasi awalan untuk memastikan adakah dapatannya benar dan sesuai. Proses ini telah dilakukan secara berterusan sepanjang tempoh kajian. iii. Tempoh pemerhatian yang lama atau bersifat jangka panjang. Pemerhatian telah dilakukan secara berulang-ulang terhadap fenomena yang sama bagi meningkatkan kesahan dapatan. Kesemua maklumat yang diperoleh telah dicatat sebagai usaha menjejaki peserta kajian atau disebut audit trail. iv. Pemeriksaan rakan sekerja. Pengkaji meminta rakan sekerja memberi komen ke atas dapatan dari semasa ke semasa. v. Bias penyelidik. Pengkaji telah mengelakkan sebarang bias yang mungkin mempengaruhi kajian. Pengkaji juga telah cuba mengawal punca-punca yang menyebabkan bias serta melindungi peserta kajian daripada kesan yang mungkin timbul hasil daripada laporan atau cadangan kajian. vi. Mod penyelidikan yang bersifat kolaboratif dan partisipatif. Pengkaji telah melibatkan peserta kajian sepanjang tempoh kajian berlangsung bermula daripada pengkonseptualan kajian hinggalah kepada penulisan dapatan kajian. Tujuannya adalah sebagai menghormati dan menyokong peserta kajian.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

440

Teknik pengumpulan data Pemerhatian pengajaran Model Khatam Al-Quran bagi tiga orang guru sekolah rendah ini bertumpu pada penerapan nilai-nilai murni pada setiap langkah pengajaran. Aspek-aspek yang diperhatikan ialah nilai-nilai yang diterapkan, cara atau kaedah yang digunakan oleh guru dan kaedah penilaian yang dilakukan oleh guru untuk menerapkan nilai-nilai. Pemerhatian dijalankan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Temubual secara separa berstruktur telah dilaksanakan terhadap tiga orang guru yang dipilih untuk kajian ini. Skop yang ditanya adalah sama seperti aspek-aspek yang diperhatikan di dalam pemerhatian. Dokumen dan bahan cetak yang diteliti dan dianalisis ialah isi pelajaran yang terkandung dalam Buku Kaedah Iqra’ dan buku rekod persediaan mengajar. Tatacara pengumpulan data Pengkaji telah meneliti buku rekod persediaan mengajar guru untuk pengajaran Model Khatam Al-Quran bagi tempoh lima bulan persekolahan iaitu dari Januari hingga Mei 2009. Pemerhatian pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan sebanyak enam kali seorang. Temubual dengan guru dilaksanakan setelah setiap kali pemerhatian pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran selesai. Semua data yang diperolehi ditranskrip dan dianalisis mengikut konstruk, tema dan pola-pola tertentu yang dapat menggambarkan, menerangkan dan mendeskripsikan fenomena. Pengurusan penganalisisan data dan pengekodan data menggunakan perisian NVivo. Data dikod seperti contoh berikut : (Nil-Krp) Nilai/Kekerapan ; (Nil-Kdh) Nilai/Kaedah ; (Nil-Pen) Nilai/Penilaian ; (PK 1 ) Peserta Kajian 1 ; (P1) Pemerhatian 1 ; ( TB1 ) Temu bual 1. Rumusannya, kajian kes ini menggunakan kaedah kualitatif dengan mengaplikasi teknik-teknik pengumpulan data yang sesuai serta melalui proses analisis menggunakan perisian NVivo. Dapatan Kajian Bahagian ini memaparkan dapatan kajian bagi menjawab soalan kajian ‘Sejauhmanakah guru-guru dapat melaksanakan penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran Model Khatam Al-Quran ?’. Data analisis dokumen pada contoh 1 menjelaskan kekerapan penerapan nilai yang dicatat oleh peserta kajian semasa menyediakan Rancangan Pengajaran Harian Contoh 1 : Kekerapan penerapan nilai yang dicatat oleh peserta kajian semasa menyediakan Rancangan Pengajaran Harian

441

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Peserta Kajian (PK) PK 1

Nilai Kerajinan Kerjasama Cintai al-Quran Sentiasa berbuat baik

Kekerapan 12 kali 10 kali 10 kali 8 kali

PK 2

kerjasama rajin membaca al-Quran teliti hormat-menghormati

13 kali 10 kali 9 kali 8 kali

PK 3

sentiasa berusaha 14 kali kerjasama 12 kali menjaga adab membaca al-Quran 8 kali hormat-menghormati 6kali _______________________________________________________________________

TREENODE : (NIL-Krp/Analisis Dokumen Mei 09)

Dapatan kajian di atas menunjukkan nilai yang kerap ditulis di dalam buku persediaan mengajar ialah sentiasa berusaha (14 kali), diikuti dengan kerjasama (13 kali), rajin membaca al-Quran dan cintai al-Quran (10 kali) dan teliti ( 9 kali). Kriteria yang dipilih untuk menentukan kekerapan adalah jumlah yang melebihi atau hampir sepuluh kali. Data pemerhatian di bawah menjelaskan pelaksanaan penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran Model Khatam Al-Quran di dalam bilik darjah yang tidak selaras antara persediaan dan pelaksanaan. Contoh 2 : Berlaku ketidakselarasan antara nilai yang dicatat dengan nilai yang ditegaskan. Contohnya nilai yang dicatat ialah rajin tetapi nilai yang ditegaskan ialah berani. PK 1 : Langkah pengajaran dimulakan dengan bacaan doa belajar, guru memetik beberapa kalimah dan kemahiran sebagai set induksi, kemudian guru menayangkan pada slide LCD kalimah-kalimah yang hendak diajar. Aktiviti membaca bermula dengan murid mengikut bacaan guru secara kelas dan kumpulan. Begitulah seterusnya sehingga tamat waktu pengajaran dan pembelajaran. Ada usaha guru secara langsung untuk menerapkan nilai kerjasama di dalam aktiviti berkumpulan. Selain itu, terdapat ketidakselarasan antara persediaan dan pelaksanaan pengajaran guru, iaitu beberapa nilai yang tercatat di dalam buku rekod persediaan tetapi tidak ditegaskan di dalam pengajaran. Contohnya, nilai yang ditulis ialah kerajinan tetapi nilai yang ditegaskan ialah berani : PK 1

:

Pelajar :

Siapa yang nak baca ni (merujuk kepada kalimah dalam buku Kaedah Iqra’ 2 muka surat 16 ) ? Saya.....saya......saya.........(sambil mengangkat tangan)

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

PK 1

:

442

Kamu mesti berani, kalau kita berani mencuba barulah kita jadi pandai.......bagus kawan kita berani nak baca, salah tak apa ustazah akan betulkan. TREENODE : (NIL-Kdh/PK1/P2)

Contoh 3 : Nilai yang diterapkan secara spontan tanpa dirancang. Contohnya guru memberi nasihat kepada murid-murid dalam sesi penutup pengajaran dan pembelajaran. PK 3 : Langkah pengajaran dimulakan dengan bacaan doa, sesi soal jawab atau perbincangan beberapa kalimah untuk membezakan sebutan panjang dan pendek sebagai set induksi, kemudian guru mengedarkan bahan bacaan dan menayangkan pada slide LCD. Aktiviti membaca bermula secara kelas, kumpulan jantina, berpasangan dan individu. Urutan sedemikian kerap dilihat pada setiap kali pemerhatian pengajaran dan pembelajaran. Nilai yang dicatatkan ialah kerjasama, tetapi nilai yang ditegaskan secara memberi nasihat kepada pelajar ialah sentiasa rajin membaca al-Quran sebelum guru menutup sesi pengajaran dan pembelajaran. PK 3

:

Kamu hendaklah rajin membaca al-Quran, kerana al-Quran kitab kita orang Islam dan siapa yang rajin baca Quran dia akan rasa tenang dan rasa selamat. TREENODE : (NIL-Kdh/PK3/P3)

Contoh 4 : Nilai yang dicatatkan tidak ditegaskan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. PK 2 : Langkah pengajaran dimulakan dengan bacaan doa, aktiviti set induksi iaitu beberapa orang murid diminta mengambil kad kalimah dalam kotak dan membacanya, kemudian guru meminta murid membuka buku Kaedah Iqra’ muka surat 20. Aktiviti membaca bermula dengan bacaan contoh daripada guru, murid membaca secara kelas, kumpulan dan individu. Tumpuan guru adalah kepada latih tubi membaca. Urutan sedemikian kerap dilihat pada setiap kali pemerhatian pengajaran dan pembelajaran. Nilai yang dicatatkan ialah hormat-menghormati, tetapi tidak ditegaskan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. TREENODE : (NIL-Kdh/PK2/P3) Data pemerhatian daripada contoh di atas menunjukkan berlaku ketidakselarasan antara nilai yang dicatatkan dengan nilai yang diterapkan. Berdasarkan pemerhatian pengkaji juga, nilai seperti mengikut giliran, bersabar, menjaga kebersihan, bersyukur juga ada ditegaskan oleh guru walaupun tidak dicatat dalam Rancangan Persediaan Mengajar Harian. Melalui pemerhatian juga, terdapat guru yang memberi penegasan atau penekanan tentang nilai sama ada nilai yang dicatat atau tidak dicatat, sama ada secara terancang atau spontan. Guru ada menyelitkan elemen nilai dalam proses

443

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

pengajaran dan pembelajaran sama ada pada langkah pengenalan, perkembangan atau penutup pelajaran. Walau bagaimanapun, penerapan cara demikian tidak kerap dilakukan, kadang-kadang guru terlupa kerana asyik menumpukan kepada aktiviti membaca. Melalui pemerhatian ini juga, sikap guru yang ceria, periang dan mesra tetapi tegas dengan murid-murid juga dapat menjadikan murid-murid memberi perhatian kepada pelajaran dan memberi tumpuan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Data temubual dalam contoh di bawah menjelaskan cara guru menilai kejayaan penerapan nilai. Contoh 5 : Penerapan nilai secara tersirat berlaku dalam aktiviti di bilik darjah yang dilaksanakan oleh guru. PK 3

:

Penilaian kejayaan diperolehi secara tidak langsung. Misalnya, semasa murid-murid melakukan aktiviti di dalam kelas, maka secara tidak langsung guru mendapati nilai kerjasama telah berjaya diterapkan. Begitu juga, bila murid-murid sentiasa mengucapkan salam kepada guru, bermakna nilai hormat-menghormati telah berjaya diterapkan. TREENODE : (NIL-Pen/PK3/TB2)

Contoh 6 : Penerapan nilai berlaku dalam aktiviti atau rutin harian murid. PK 1

:

Kita boleh menilai kejayaan penerapan nilai melalui tanggungjawab yang diberikan kepada murid-murid. Misalnya, setiap hari murid ditugaskan mengemas dan membersihkan kelas mengikut giliran. Perlakuan murid-murid melakukan aktiviti dan tugasan sedemikian membuktikan bahawa nilai murni telah berjaya diterapkan. TREENODE : (NIL-Pen/PK1/TB4)

Contoh 7 : Penilaian penerapan nilai tidak penting berbanding pencapaian akademik. PK 2

:

Tidak ada satu cara digunakan untuk menilai sama ada nilai-nilai murni ini telah berjaya atau tidak berjaya diterapkan kepada muridmurid. Sebenarnya sekarang ni, penilaian tu tak penting, kerana tidak dapat dijadikan bukti kejayaan murid-murid kepada pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat. Sekarang ni, kejayaan yang sebenar ialah pencapaian cemerlang dalam peperiksaan....... TREENODE : (NIL-Pen/PK2/TB3)

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

444

Secara umumnya, tiada satu kaedah yang jelas digunakan oleh guru untuk menerapkan nilai. Jarang sekali didapati guru memberi tunjuk ajar kepada muridmurid terhadap nilai-nilai tertentu. Data daripada temubual dalam contoh di bawah menjelaskan pandangan guru tentang strategi penerapan nilai kepada murid-murid. Contoh 8 : Penerapan nilai melalui nilai murni yang dicetak dan ditampal di laluan sekitar sekolah, di mana semua murid boleh melihatnya. PK 3

:

Semua nilai murni telah ditampal di laluan sekitar sekolah. Setiap hari murid-murid dapat melihatnya. Secara tidak langsung, muridmurid menghafal frasa-frasa nilai tersebut........ TREENODE : (NIL-Kdh/PK3/TB3)

Contoh 9 : Penerapan nilai melalui role model. PK 2

:

Saya rasa......yang paling penting dan paling berkesan untuk menerapkan nilai kepada murid-murid ialah guru sebagai model atau sentiasa menunjukkan teladan yang baik…..sebab kadangkadang murid-murid dia tengok apa yang guru buat dan dia mudah ikut apa yang guru suruh….. TREENODE : (NIL-Kdh/PK2/TB4)

Dapatan temubual juga mendapati bahawa guru tidak pernah mengikuti kursus/bengkel penerapan nilai murni secara serius. Cuma, semasa latihan perguruan guru didedahkan tentang penerapan nilai secara sepintas lalu dan perlu dicatatkan dalam penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (TB : PK1/PK2/PK3). Guru juga tidak jelas tentang ’bagaimana’ atau kaedah untuk menerapkan nilai kepada muridmurid dan melahirkan rasa keliru tentang penerapan nilai ini. Apa yang penting bagi guru ialah pencapaian objektif pembelajaran iaitu murid-murid dapat membaca teks kalimah dan ayat-ayat al-Quran yang dipelajari dengan betul, lancar dan fasih (TB : PK2/PK3). Tambahan pula dalam pengajaran dan pembelajaran Model Khatam AlQuran, guru mengakui adalah sukar bagi mereka untuk menerapkan nilai berasaskan isi pelajaran, berbeza pula halnya jika guru mengajar ayat-ayat kefahaman, di mana penerapan nilai lebih mudah diterapkan berdasarkan maksud dan kefahaman dari ayat yang dipelajari (TB : PK1/PK2/PK3). Perbincangan Dapatan kajian menunjukkan nilai yang paling kerap ditulis oleh peserta kajian ialah nilai kerjasama dan ia dilaksanakan secara tersirat. Dapatan juga menunjukkan berlaku ketidakselarasan antara nilai yang dicatat dalam perancangan dengan nilai yang diterapkan. Dapatan kajian ini menyokong dapatan Mohd Uzi Dollah (2007)

445

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

yang menunjukkan bahawa guru menganggap penerapan nilai sebagai suatu perkara yang tidak perlu dinyatakan secara tersurat sama ada dalam rancangan pengajaran atau pun dalam pelaksanaan di bilik darjah. Menurut Mohd Uzi Dollah (2007) lagi, penerapan nilai di bilik darjah boleh berlaku sama ada secara tersurat atau tersirat. Nilai bersifat tersurat merupakan nilai yang ditulis dalam dokumen guru secara jelas atau nilai yang dinyatakan dalam pertuturan semasa pengajaran. Contohnya, jika guru menulis dalam rancangan pengajaran atau menyatakan ungkapan seperti “hari ini kita akan memberi fokus kepada bekerjasama...” adalah merupakan perancangan penerapan secara tersurat nilai bekerjasama. Nilai bersifat tersirat pula merupakan nilai yang dinyatakan secara tidak langsung sama ada melalui perlakuan atau dokumen guru. Satu contoh melibatkan penerapan nilai kerjasama secara tersirat adalah apabila guru meminta pelajar membuat kumpulan dan seterusnya menggalakkan pelajar berbincang. Simon et. al. (1978) menerangkan beberapa pendekatan yang digunakan untuk menerap nilai-nilai, iaitu :  secara langsung (direct inculcalation of values)  sikap laissez-faire (laissez-faire attitude toward the transmission of values )  menunjukkan model (modelling in transmitting values)  penjelasan tentang nilai-nilai ( values-clarification) Terdapat guru yang melaksanakan pendekatan yang dijelaskan oleh Simon et. al. (1978) walaupun sebahagian sahaja. Walaupun guru sedar akan kepentingan penerapan nilai tetapi guru sahaja tidak dapat memenuhi dan memainkan peranan ini sepenuhnya. Guru juga menghadapi dilema kerana perkara yang diberi tumpuan dan penekanan dan dinilai oleh masyarakat bukanlah nilai-nilai murni tetapi pencapaian akademik muridmurid. Dapatan ini menyokong dapatan Nor Hashimah (2000) tentang penerapan nilai murni melalui pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah yang mendapati bahawa guru berada dalam keadaan dilema disebabkan oleh perkara-perkara yang dilihat oleh masyarakat bukan nilai terterap dalam pengajaran, tetapi pencapaian akademik pelajar. Pelaksanaan dan penilaian pencapaian akademik murid-murid lebih mudah dan cepat untuk dilaksanakan dan diukur. Oleh itu, kebanyakan guru lebih memberikan tumpuan kepada aspek tersebut. Tambahan pula, masyarakat tidak mengambil kira aspek ini sebagai kejayaan anak-anak, maka guru mengabaikan penerapan nilai-nilai murni, khususnya dalam proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian juga menunjukkan berbagai strategi telah digunakan untuk melaksanakan penerapan nilai seperti melalui bahan cetak dan ditampal pada tempat-tempat yang boleh dilihat oleh semua murid. Walaupun cara sebegini sukar untuk menentukan kejayaan penerapan nilai, tetapi kaedah ini menurut Eyre dan

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

446

Eyre (1993) adalah sangat berkesan untuk menanamkan konsep di dalam ingatan kanak-kanak. Guru sebagai model kepada murid-murid juga merupakan satu kaedah berkesan untuk menerapkan nilai-nilai. Kita boleh mengambil contoh Rasulullah sebagai Qudwah Hasanah (role model) atau ikutan yang terbaik di mana baginda telah berjaya menerapkan nilai-nilai kemanusiaan untuk dicontohi dan diamalkan melalui metode yang jelas dan terperinci. Eyre dan Eyre (1993), juga telah mencadangkan kaedah pengajaran nilai yang terbaik bagi kanak-kanak ialah : ”.......the supreme methods for teaching values to children are the examples of our being and our own giving. Examples are always the best teachers – and what we do always overwhelms and overshadows and outteaches what we say”. Menunjukkan contoh atau model yang baik merupakan kaedah yang baik untuk menerapkan nilai-nilai. Penerapan nilai-nilai melalui contoh yang dilakukan oleh guru adalah lebih berkesan daripada apa yang diperkatakan oleh guru. Ibu bapa juga perlu menunjukkan contoh yang baik, menerangkan tentang peraturan, menggalakkan kebiasaan yang baik, dan memperkukuhkan tingkah laku kanakkanak melalui disiplin yang sesuai. Oleh itu ibu bapa berperanan menerapkan nilainilai di rumah dan guru perlu meneruskan peranan ini di sekolah. Kesimpulan Penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting dan tidak boleh diabaikan. Pelaksanaannya perlu dilakukan secara menyeluruh. Ini bermakna, di sekolah guru memainkan peranan penting, manakala di rumah ibu bapa pula perlu memberi pengukuhan. Selain itu, keseluruhan masyarakat mempunyai pengaruh yang kuat untuk menerapkan nilai-nilai murni, di samping peranan guru untuk membina strategi penerapan nilai yang dapat dihayati oleh para pelajar serta perlu sedar tentang kepentingan penerapan nilai dan tidak hanya memfokuskan kepada aspek kognitif semata-mata. Dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid sekolah dan hasilnya mungkin berbentuk jangka panjang. Pengkaji juga berharap agar satu kajian lain yang melibatkan peserta kajian yang lebih besar dan lebih menyeluruh perlu dilakukan untuk mengesan pelaksanaan penerapan nilai secara lebih menyeluruh lagi. Sesungguhnya peranan guru dan semua masyarakat adalah amat besar dalam pendidikan secara formal untuk mencapai matlamat melahirkan insan kamil. Rujukan Abd. Rahim Abd. Rashid. (1993). Pendidikan Nilai Merentas Kurikulum. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

447

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Abu al-Fadl Jamal al-Din Muhammad Ibn al-Mukarram Ibn Manzur. (1990). Lisan al-Arab. Beirut : Dar al-Sadir. Bernard. S Cayne .(1988). The New Lexicon / Webster Dictionary of The English Language. Berkley : Lexicon Publication. Bogdan, R.C. & Biklen, S.K. (1998). Qualitative Research for Education, An Introduction to Theory and Methods. 3rd Edition. Boston : Allyn & Bacon. Creswell, J.W. (2003). Research Design : Qualitative, Qualitative and Mixed Methods Approaches. 2nd Edition. Thousands Oaks : Sage. Eyre, L. and Eyre, R. (1993). Teaching Your Children Values. New York : Simon & Schuster. Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. (1999). Pemupukan Sikap dan Nilai Murni Pelajar di Sekolah. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia. Jabir Qamahah, Dr. (1996). Terj. Dr. Mudasir Rosder dan Dr. Mohd Zawawi Abdullah. Nilai-nilai Islam : Satu Pengenalan. Kuala Lumpur : Jabatan Perdana Menteri Kementerian Pendidikan Malaysia (1998) Sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Pendidikan Moral. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka __________________________(1990). Falsafah Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pendidikan

Negara.

Kuala

Kilpatrick, W. et. Al. (1994). Books that Build Character : A Guide to Teaching Your Child Moral Values Through Stories. New York : Simon & Schuster Kirshenbaun, H. (1995). 100 Ways To Enhance Values and Morality in School and Youth Settings. Massachusetts : Allyn and Bacon. Merriam, S.B. (2001). Qualitative Research and Case Study Applications in Education. San Fransisco : Jossey-Bass Pub. Miles, M.B., & Huberman, A.M. (1994). Qualitative Data Analysis : An Expanded Sourcebook. 2nd Edition. Thousands Oaks : Sage. Mohd Arif Hj. Ismail, Mohd Jasmy Abdul Rahman & Rosnaini Hj. Mahmud. (2005). Nilai-nilai Murni dan Pendidikan Bersepadu : Ke arah Kemanusiaan sejagat dalam Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri 4. Fakulti Pendidikan UKM.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

448

Mohd Uzi Dollah. (2007). Penerapan Nilai Dalam Pengajaran Guru Matematik Sekolah Menengah. Tesis Ph.D. Universiti Sains Malaysia. Norhashimah Hashim. (2001). Penerapan Nilai-nilai Murni Melalui Mata pelajaran Bahasa Melayu Di sekolah Rendah dalam Jurnal Pendidikan Islam Jilid 9 Bil. 4. Kuala Lumpur : Institut Pengajian Ilmu-ilmu Islam. Shuhairimi Abdullah. (2009). Dinamisme Nilai-nilai Murni Menurut Perspektif Islam. Perlis : Universiti Malaysia Perlis Simon. Et. al. (1978). Values Clarification : A Handbook of Practical Strategies for Teachers and Students. New York : Dodd, Mead & Company. Stake, R.E. (1995). The Art of Case Study Research. Thousand Oaks, Calif : Sage. Straughan, R. (1882). Can We Teach Children To Be Good ? London : George Allen & Unwin. Sufean Hussin. (1995). Pengajaran Nilai Dalam Kurikulum. Edisi Kedua. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Tajul Ariffin Noordin & Nor Aini Dan. (1992). Pendidikan dan Wawasan 2020. Kuala Lumpur : Arena Ilmu Sdn. Bhd. Tajul Ariffin Noordin, Mohd Ariff Ismail et. al. (1998). Satu Pendekatan Untuk Memahami Pembangunan Manusia Berasaskan Paradigma Tauhid. Projek Penyelidikan. Fakulti Pendidikan UKM. Thurstone, L. L. (1959). The Measurement of Values. Chicago : The Universiti of Chicago. Tunku Sarah Tunku Mohd Jiwa. (1997). Pembinaan Model Penerapan Nilai di dalam Pengajaran di Institusi Pengajian Tinggi. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan UKM Wan Mohd Nor Wan Daud. (1994). Budaya Ilmu : Konsep, Prasyarat dan Pelaksanaan di Malaysia. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise Wilson, J. (1990). A New Introduction to Moral Education. London : The Cassel. Zanaton Hj. Iksan & Rohana Kamaruddin (2005). Penerapan Nilai Islam Melalui Proses Pengajaran dan Pembelajaran Sains dalam Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri 4. Fakulti Pendidikan UKM.

Latihan Guru j-QAF Di Malaysia : Cabaran Dan Harapan Fazlulaini Mohd Yunus Institut Pendidikan Guru Malaysia, Cyberjaya Kementerian Pendidikan Malaysia Abstrak Latihan Guru program j-QAF di Institut Pendidikan Guru Malaysia adalah berdasarkan Mod Latihan Berasaskan Sekolah (LPBS). Program ini adalah satu usaha untuk memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardhu Ain di peringkat sekolah rendah. Pelaksanaan ini menggunakan model dan modulnya tersendiri. Cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan latihan ini diadakan dan proses perinteraksian berlaku semasa cuti persekolahan menyebabkan tempoh interaksi terlalu padat dan singkat. Hal ini akan menyebabkan guru pelatih j-QAF tidak dapat memahami kandungan sukatan dengan baik malah dibimbangi pada masa tersebut matlamat, objektif atau roh program ini tidak menepati sepenuhnya. Walaubagaimanapun harapan kami agar latihan program ini dapat melahirkan guru j-QAF yang dapat mampu mendidik dan melahirkan murid-murid celik al-Quran dan juga agama dalam membentuk masyarakat Islam yang mengamalkan agama bagi menghadapi cabaran persekitaran dan dunia global yang mencabar. Selain itu, harapan kami agar murid-murid dapat membaca al-Quran dengan keupayaan diri murid itu sendiri bukan membaca ikut guru. Dengan mukjizat yang ada pada al-Quran itu sendiri dapat diserapkan ke dalam diri pembaca dengan secara tidak langsung akan dapat menghindarkan muridmurid ini dari terjebak ke dalam kancah maksiat dan gejala sosial. LATAR BELAKANG LATIHAN GURU Program latihan perguruan selepas ijazah telah bermula sejak tahun 1980an dan dikenali sebagai Sijil Perguruan Lepas Ijazah (SPLI).Pada tahun 1988, program SPLI diganti dengan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI). Mulai tahun 2001, Bahagian Pendidikan Guru telah mengambil alih tugas melaksanakan KPLI bagi menampung keperluan guru di sekolah rendah dan menengah. Pada tahun 2012 kursus KPLI telah digantikan dengan Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI) tiga semester. Program j-QAF ini telah dilaksanakan secara uji kaji dalam projek rintis selama 3 bulan dan berakhir pada julai 2004. Latihan guru bagi Program j-QAF dirancang dan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) melalui mod Latihan Perguruan Berasaskan sekolah

450

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

Sekolah (LPBS). Ambilan pertama seramai3663 calon diambil pada Disember 2005 untuk ditempatkan di 1221 sekolah yang terlibat. Mesyuarat Profesional KPM Bil.2/2010 pada 12 Julai 2010 dan Mesyuarat Pengurusan KPM Bil. 13/2010 pada 21 Julai 2010 telah bersetuju dengan cadangan pelaksanaan Program Perguruan Lepas Ijazah sepenuh masa dilaksanakan dalam tempoh tiga semester iaitu selama 18 bulan. Struktur kursus program ini juga telah diluluskan bagi pelaksanaan dalam Mesyuarat senat Institut Pendidikan Guru Malaysia kali ke 8 tahun 2011. Strategi Pelaksanaan Latihan 1.

Peringkat KPLI SR LPBS j-QAF Pelaksanaan pada peringkat awal latihan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah Mode Latihan Berasaskan Sekolah j-QAF (KPLI SR LPBS j-QAF) adalah selama setahun iaitu 12 bulan dengan tiga peringkat. Sebanyak 41 kredit guru j-QAF perlu dilengkapkan dalam tempoh masa latihan.LAMPIRAN A yang disertakan menunjukkan jam interaksi serta subjek kursus yang terkandung selama tempoh latihan. 1.1 Struktur Interaksi ini mempunyai 5 komponen iaitu A.Pengajian Asas, B.Pengajian Profesional, C.Pengajian Kokurikulum Persekolahan, D.Kokurikulum dan E.Praktikum. Guru j-QAF menjalani latihan ini sebanyak 350 jam untuk interaksi kuliah atau tutorial selama setahun. Interaksi kuliah dijalankan hanya pada cuti sekolah yang bertempat di 27 IPG kampus seluruh Malaysia.Pengagihan Jam Sesi Interaksi kuliah dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan oleh kampus masingmasing.Apa yang penting, kampus perlu melengkapkan jam interaksi yang telah ditetapkan dalam struktur. Struktur ini hanya berlangsung sehingga 2011, manakala bermula Januari 2012 struktur baru telah diaplikasikan dengan ditukar kepada Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI) 18 bulan 3 semester. 1.2 Dari segi Kurikulumnya, Guru Dalam Latihan (GDL) ini perlu mendaftar mengikuti mata pelajaran major seperti dalam surat tawaran mereka, satu minor 1 dan satu minor 2. Kombinasi mata pelajaran major, minor 1 dan minor 2 adalah seperti Jadual 1: Jadual 1 : Kombinasi Mata Pelajaran Major dan Minor MAJOR Pendidikan Islam Bahasa Arab

MINOR 1 Pendidikan Al-Quran Pendidikan Al-Quran

MINOR 2 Bahasa Arab Pendidikan Islam

451

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

1.3Latihan Mengajar (Praktikum) adalah untuk memberi peluang GDL mempraktikkan segala amalan, konsep, teori, prinsip, kemahiran dan nilai yang dipelajari dalam kuliah. Praktikum yang dijalankan adalah mengikut ketetapan Buku Panduan Tawaran KPLI SR MODE LPBS j-QAF yang telah disertakan setelah menerima surat tawaran. 1.4 Kaedah PelaksanaanKurikulum KPLI SR LPBS j-QAF adalah seperti berikut : a) Interaksi bersemuka – melalui penyampaian kuliah mode tutorial yang diadakan di Pusat Kursus semasa cuti. b) Modul Pembelajaran – bahan pembelajaran kendiri berdasrkan Kurikulum. c) Pengalaman Mengajar – kerja kursus yang akan mengaitkan ilmu yang diperoleh melalui tutorial dan modul pemblajaran dengan pengalaman mengajar diperoleh semasa mengajar sebagai GDL. d) Bimbingan profesioanal – bimbingan yang diberi oleh Guru Pembimbing Akademik sepanjang pengajian, Pensyarah Pembimbing Praktikum dan guru Pembimbing. 1.5 Peperiksaan dan Penilaian sebagai pelajar GDL mesti : a) Adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan Sistem Peperiksaan dan Penilaian yang dikuatkuas mengikut akta Pendidikan 1996 (Akta 550); b) Mesti mejalani penilaian dan menduduki peperiksaan serta lulus setiap komponen kursus pengajian dan program latihan yang ditetapkan ; c) Layak menduduki peperiksaan jika kehadiran anda 100% bagi setiap komponen kursus iaitu akademik, praktikum, aktiviti luar kurikulum dan semua aktiviti yang dijadualkan oleh institute. GDL juga perlu lulus semua kerja kursus; d) Lulus peperiksaan apabila anda lulus semua kaedah penilaian bagi setiap mata pelajaran pada setiap semester dan peringkat; e) Hendaklah mendapat nilai mata gred tidak kurang daripada 2.00 bagi setiap mata pelajaran untuk lulus peperiksaan; dan f) Akan diberhentikan kursus apapbila mendapat purata gred (PMG) 1.50 atau kurang. 1.6 Sistem Penilaian a) Sistem penilaian KPLI SR LPBS j-QAF berasaskan struktur kurikulum yang menggunakan sistem peringkat pengajian. GDL perlu menyempurnakan 41 kredit untuk layak dianugerahi Diploma Pendidikan. Satu (1) kredit bersamaan 15 jam interaksi (iaitu 10 jam interaksi kuliah mode tutorial dan 5 jam bagi pembelajaran kendiri modul pembelajaran serta penyempurnaan tugasan pengalaman

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

b)

c) d)

452

mengajar). Jumlah jam interaksi kuliah dikaitkan dengan markahyang diperoleh dalam setiap mata pelajaran untuk mengira Nilai Mata Gred (NMG) seterusnya Purata Mata Gred (PMG) dan akhirnya Purata MataGred Terkumpul (PMGT). GDL yang telah lulus peperiksaan mata pelajaran Tamadun Islam di IPTA dikecualikan mengambil mata pelajaran ini dalam program KPLI SR LPBS j-QAF sejumlah satu (1) kredit. GDL yang telah lulus peperiksaan mata pelajaran TamadunIslam di IPTA dikecualikan mengambil mata pelajaran ini dalam program KPLI SR LPBS j-QAF sejumlah satu (1) kredit. Pencapaian PMGT, Praktikum dan Kokurikulum menjadi syarat dalam menentukan pangkat penganugerahan diploma tersebut. Peraturan peperiksaan, penilaian dan pensijilan adalah tertakluk kepada buku ”Peraturan Institut Pendidikan Guru (Peperiksaan, Penilaian dan Pensijilan) 1999.”

1.7 Asas Penilaian (a) Penilaian dilaksanakan melalui kaedah kerja kursus dan peperiksaan. Kerja kursus diberikan kepada calon sepanjang tempoh kursus. Tugasan kerja kursus dibuat berdasarkan modul dan interaksi tutorial serta pengalaman mengajar. Peperiksaan dijalankan secara berpusat sekali iaitu pada akhir program (Peringkat 3). Perincian struktur penilaian KPLI SR LPBS jQAFadalah seperti Jadual 5. Jadual 5: Struktur Penilaian Kpli SR LPBS j-QAF Komponen Pengajian Asas (9k) Pengajian Profesional (7k) Pengajian Kurikulum Persekolahan (8k) Minor 1 (4k) Minor 2 (4k) Gerko (3k) Praktikum (6k)

Peringkat 1

Peringkat 2 Peringkat 3 Kerja kursus = 100% Kerja kursus = 50% Peperiksaan = 50% 1 kertas (3 jam) Kerja kursus = 60% Peperiksaan = 40% Kertas 1 (3 jam) Kertas 2 (3 jam) Kerja kursus = 100% Kerja kursus = 100% Kerja kursus = 100% Kerja kursus = 100%

453

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

b)

Bentuk dan pemberatan penilaian KPLI SR LPBS j-QAF mengikut komponen kurikulum adalah seperti Jadual 6.

Komponen Mata Pelajaran Pengajian Asas Pengajian Profesional Pengajian Kurikulum (Major) Pengajian Kurikulum (Minor)

Peperiksaan 50%

Bentuk KKBI Tafsiran Projek 100% 50% -

Amali -

Jumlah

40%

-

20%

40%

100%

-

100%

-

-

100%

100% 100%

*Tertakluk kepada pindaan Petunjuk: KKBI – Kerja Kursus Berasaskan Ilmu 1.8 Pengajar Dan Pembimbing 1.8.1 Tenaga Pengajar Tenaga pengajar terbahagi kepada dua: (a) Tenaga Pengajar Utama i) Pensyarah Institut Perguruan (b) Tenaga Pengajar Jemputan i) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ii) Pensyarah Institut / Guru Kontrak iii) Pensyarah-pensyarah IPT 1.9 Tenaga Pembimbing 1.9.1 Tenaga pembimbing terbahagi kepada tiga: (a) Pensyarah Pembimbing Akademik (b) Pensyarah Pembimbing Praktikum (c) Guru Pembimbing 1.10 Bimbingan (a) GDL dibimbing oleh Pensyarah / Guru Pembimbing selama tempoh kursus. Bimbingan akademik berfokus kepada kandungan modul pembelajaran dan tuntutan profesionalisme keguruan. (b) Bimbingan Praktikum bermatlamat membantu GDL menguasai dan mengamalkan konsep, prinsip, kemahiran dan nilai profesion keguruan. (c) Pensyarah dan guru pembimbing akan menyimpan rekod bimbingan yang mana akan diserahkan kepada penyelaras di institut berkenaan untuk disemak. 1.11 Kehadiran (a) Kehadiran 100% bagi setiap komponen kursus adalah wajib.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

454

(b) Penglibatan secara aktif adalah perlu dalam gerak kerja kokurikulu (GERKO) seperti sukan, permainan, unit beruniform persatuan dan aktiviti luar yang lasak. Syarat lulus GERKO juga adalah wajib. (c) Pelajar wajib mengikuti mata pelajaran Pendidikan Jasmani. (d) Penglibatan secara aktif adalah penting dan syarat lulus juga adalah wajib. 1.12 Pengurusan Kewangan 1.12.1 Elaun Guru Dalam Latihan (GDL): (a) GDL layak diberi elaun semasa berkursus RM1,336.71(tertakluk kepada perubahan) sebagai pelajar institut selamatempoh pengajian ( 18 bulan ) iaitu dari tarikh mendaftarsehingga tamat berkursus. Elaun diuruskan oleh institute perguruan. Bagaimanapun anda dinasihatkan membawabersama wang untuk keperluan asas yang mencukupisementara menunggu pembayaran elaun. Elaun anda hanyadibayar setelah anda didaftarkan sepenuhnya sebagai pelajarinstitut (mengemukakan semua DOKUMEN ASAL, laporanpemeriksaan doktor dan menyempurnakan PerjanjianPendidikan Guru). (b) GDL yang menangguh kursus tidak dibayar elaun selama tempoh penangguhan (c) GDL layak menuntut elaun perjalanan (pergi - balik) selamat empoh mengikuti kursus sewaktu mengadakan pertemuanbersemuka di Pusat Kursus A. 1.13 Penginapan 13.1 Anda dimestikan tinggal di asrama sekiranya penginapan semasa berkursus disediakan oleh institut. 13.2 Anda dikehendaki mematuhi semua arahan/peraturan penginapanyang dikeluarkan oleh pihak institut sama ada anda menginap di asrama atau di luar asrama. 1.14 Disiplin Dan Perjanjian Sebagai pelajar institut, anda adalah tertakluk kepada Akta 174 iaitu Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib 1976) yang telah mula dilaksanakan mulai Januari 1998. Oleh itu, seseorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib oleh pihak berkuasa tatatertib, boleh dikenakan mana-mana satu daripada hukuman-hukuman atau mana-mana dua atau lebih hukuman-hukuman itu disatukan sekali seperti berikut : 1.14.1 Amaran 1.14.2 Denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit; 1.14.3 Digantung daripada menggunakan apa-apa atau kesemua kemudahan-kemudahan institusi selama tempoh yang ditentukan;

455

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

1.14.4 Digantung daripada mengikuti kursus pengajian di institusi selama tempoh yang ditentukan; 1.14.5 Dihalang daripada menduduki sebahagian atau keseluruhan peperiksaan di institusi; 1.14.6 Disingkir daripada mana-mana bahagian institusi selama tempoh yang ditentukan; dan 1.14.7 Dibuang daripada institusi. 1.15 Pelanggaran Perjanjian Pendidikan Guru 1.15.1 Semasa berkursus anda sebagai pelajar diwajibkan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran dan Pengarah institute berkenaan. Sekiranya melanggar syarat tersebut anda (pelajar) akan diberhentikan daripada mengikuti kursus seperti yang tersebut dalam Fasal 7 Perjanjian Pendidikan Guru dan anda serta penjamin-penjamin akan dikehendaki membayar balik kepada Kerajaan sejumlah wang yang ditetapkan oleh Kerajaan atau seperti yang tercatat dalam perjanjian. 1.15.2 Sekiranya didapati anda (pelajar) telah mengemukakan maklumat palsuuntuk mendapatkan tempat berkursus, tawaran berkursus ini akan dibatalkan dan anda akan diberhentikan daripada mengikuti kursus, atau jika kesalahan ini terbukti selepas anda menamatkan kursus dan sedang berkhidmat anda akan dipecat dan diploma anda akan ditarik balik. Anda serta penjaminpenjamin akan dikehendaki membayar balik kepada Kerajaan sejumlah wang yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti yang tersebut dalam Fasal 7 Perjanjian Pendidikan Guru berkenaan. 1.16 Permohonan Dan Pemilihan Calon 1.16.1 Syarat dan Kelayakan Am Pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti berikut: (a) Warganegara Malaysia; (b) Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2008 (c) Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan; (d) Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM dan lulus ujian lisan dalam satu sijil atau lulus kertas khas Bahasa Melayu di peringkat universiti/IPTA tempatan yang diiktiraf. Prinsipal Bahasa Melayu pada peringkat STPM boleh menggantikan kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM dengan syarat lulus ujian lisan.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

456

(e) Memperolehi surat pengiktirafan ijazah daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sekiranya memiliki ijazah dari IPTAdalam negara, IPT luar negara atau IPTS tempatan; dan (f) Tidak pernah meletak jawatan tetap dalam mana-mana perkhidmatan kerajaan. 1.17 Tempat Latihan/Berkursus 1.17.1 Pusat kursus adalah seperti berikut: (a) Pusat Kursus A Pusat Kursus A ialah tempat interaksi pengajaran danpembelajaran secara bersemuka pada masa cuti sekolah di institut perguruan. (b) Pusat Kurus B Pusat Kurus B ialah tempat interaksi bersemuka bulanan padahujung minggu yang terletak dalam kawasan / daerah Guru Dalam Latihan (GDL) mengajar seperti sekolah, Pusat Kegiatan Guru, Pusat Sumber Pelajaran Negeri dan manamana premis kerajaan yang sesuai. 1.18 Pengurusan Peserta 1.18.1 Pendaftaran (a) Pemohon yang berjaya dikehendaki mendaftar di institute perguruan pada tarikh seperti yang dinyatakan dalam surat tawaran. Mereka yang mendaftar berstatus GDL. (b) Pemohon yang berjaya tetapi gagal mendaftar pada tarikh yang ditetapkan dianggap menolak tawaran. (c) Pemohon yang berjaya dikehendaki mengemukakan DOKUMEN/SIJIL ASAL pada hari pendaftaran. Kegagalan mengemukakan dokumen asal, menyebabkan pendaftaran kursus anda ditolak. 1.18.2 Status GDL (a) GDL ialah pelajar institut perguruan di mana mereka mendaftar dan pada masa yang sama mereka juga guru dalam latihan j-QAF di sekolah. (b) GDL dikehendaki mengajar/melaksanakan mata pelajaran program j-QAF mengikut ketetapan pihak sekolah dan melaksanakan tugas-tugas rasmi yang diarahkan. (c) GDL perlu mengikuti sepenuhnya program kursus yang ditetapkan di dalam struktur kurikulum KPLI SR LPBS jQAF 1.18.3 Minggu Pengurusan Pelajaran Baru (a) GDL dikehendki mengikuti sepenuhnya program minggu pengurusan pelajar baru di institut perguruan.

457

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

(b) GDL dikehendaki menginap di asrama institut atau manamana premis yang ditetapkan sepanjang minggu pengurusan pelajar. (c) Pihak institut perguruan akan memaklumkan perkara-perkara yang berkaitan dengan program sepanjang minggu pengurusan pelajar. (d) Setelah mendaftar dan mengikuti Minggu Pengurusan Pelajar Baru, pelajar dikehendaki melapor diri di sekolah pada tarikh yang ditetapkan 1.18.4 Peraturan dan Tatatertib (a) GDL tertakluk kepada peraturan-peraturan institut perguruan, sekolah dan Jabatan Pelajaran Negeri. (b) JPN dan pihak sekolah bertanggungjawab melaporkan sebarang pelanggaran tatatertib oleh GDL kepada pihak institute berkaitan untuk diambil tindakan berdasarkan peruntukan peraturan-peraturan institut perguruan 1.18.5 Perjanjian (a) Borang Perjanjian Pendidikan Guru akan diserahkan kepada GDL semasa pendaftaran. GDL mesti melangkapkan boring perjanjian dalam tempoh sebulan dari tarikh pendaftaran. (b) Borang perjanjian dan dokumen-dokumen berkaitan yang telahlengkap perlu dihantar ke institut perguruan di mana GDL mendaftar. 1.18.6 Tempoh Pengajian Tempoh pengajian bagi KPLI SR LPBS j-QAF ialah selama 18 bulan. 1.18.7 Minggu Orientasi Sekolah (Mos) a) Konsep MOS Program MOS dijalankan selama seminggu pada minggu pertama pelajar ditempatkan di sekolah. Pelaksanaan MOS sebagai pendedahan pelajar dengan suasana sekolah dari perspektif seorang guru. Minggu MOS membantu pelajar membuat persediaan dari segi mental, emosi, fizikal dan profesional agar tidak terkejut dengan budaya sekolah memandangkan pelajar sudah agak lama meninggalkan bangku sekolah rendah dan alam kanak-kanak. b)

Jangka Masa Pelaksanaan Minggu Orientasi Sekolah (MOS) dijalankan selama seminggu iaitu minggu pertama pelajar mendaftar di sekolah masingmasing.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

2. 3.

458

c)

Penempatan Di sekolah rendah tempat pelajar ditempatkan mengajar.

d)

Tugasan Pada minggu MOS pelajar tidak diberikan jadual waktu untukmengajar. Pada minggu pertama guru agama sedia ada di sekolah berkenaan akan mengendalikan kelas yang telah diberikan kepada guru j-QAF. Pada minggu ini pelajar perlu menyiapkan tugasan yang diberikan seperti yang terkandung dalam buku Garis Panduan Minggu Orientasi Sekolah (Pelajar)

Peringkat DPLI SR MODE LPBS j-QAF

Setelah Mesyuarat Profesional dan Pengurusan KPM bersetuju dengan cadangan pelaksanaan Program KPLI sepenuh masa dilaksanakan dalam tempoh tiga semester iaitu 18 bulan, maka struktur baru telah dirancang dan dibina oleh pihak pelaksana latihan iaitu Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Setelah menjalani beberapa mesyuarat dan dipersetujui oleh Mesyuarat Pengurusan IPGM maka struktur baru 18 bulan tiga semester diangkat ke Mesyuarat Senat IPGM ke 8 tahun 2011dan diluluskan. Struktur baru diatas nama Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI) ini memuatkan 3 komponen iaitu Komponen WAJIB, TERAS dan INSANIAH, lihat dalam LAMPIRAN B. Manakala interaksi bersemuka bersama pensyarah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat pada masa cuti persekolahan. Pemilihan mata pelajaran pengkhususan Major dan Minor DPLI SR LPBS jQAF adalah tidak sama seperti KPLI SR LPBS j-QAF yang dulu kerana dalam program DPLI SR ini hanya mempunyai 1 minor sahaja samada Bahasa Arab, Pendidikan Islam dan Pendidikan Khas sebagai mana yang ditunjukkan di Jadual 2 ; Jadual 2 : Pengkhususan DPLI Mata Pelajaran Major Dan Minor MAJOR Pendidikan Islam Bahasa Arab

MINOR Bahasa Arab Pendidikan Islam untuk Pendidikan Khas 1. Masalah Pembelajaran 2. Masalah Pendengaran 3. Masalah Penglihatan Pendidikan lslam

Status pelajar DPLI SR LPBS j-QAF adalah sebagai Guru Dalam Latihan (GDL) iaitu pelajar Institut Pendidikan Guru dimana mereka mendaftar dan pada masa yang sama mereka juha mengisi jawatan guru di sekolah. Mereka dikehendaki

459

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

mengajar mengikut jumlah waktu yang diberikan dan melaksanakan tugas-tugas rasmi yang diarahkan oleh pihak sekolah. Program pengajian DPLI SR LPBS j-QAF menggunakan sitem penagajian tiga semester. Pelajar perlu melengkapkan 53 Kredit untuk layak dianugerahkan Diploma Perguruan , iaitu 1 kredit bersamaan 15 jam interkasi (10 jam kuliah dan 5 jam bagi pembelajaran kendiri melalui modul pembelajaran serta penyempurnaan tugasan pengalaman mengajar). Asas penilaian pembelajaran pelajar dibuat berasaskan kerja kursus mata pelajaran major,minor, pengajian profesional dan kursus berkaitan. Lulus peperiksaan bertulis secara berpusat kursus major dan pengajian profesioanal serta lulus penilaian dalam kokurikulum dan praktikum. Praktikum untuk program DPLI SR ini sama seperti program KPLI SR iaitu dijalan selama 12 minggu. Segala syarat yang mesti dipenuhi adalah sama seperti program KPLI SR LPBS j-QAF. Cabaran Latihan Sistem latihan merupakan satu proses untuk membawa perubahan kepada individu dan masyarakat. Kejayaan mencorakkan generasi akan datang banyak bergantung kepada keberkesanan kurikulum itu sendiri dan bentuk latihan yang diterima oleh tenaga akademik dan golongan pelajar untuk menjadi model dan teladan untuk dicontohi. Institut Perguruan adalah merupakan gedung melahirkan tenaga pengajar yang berilmu dan diterjemahkan di peringkat sekolah. Namun demikian banyak cabaran yang dihadapi ketika Latihan KPLI SR LPBS j-QAF dan seterusnya DPLI SR LPBS j-QAF dilaksanakan oleh Institut Pendidikan Guru di Kampus-kampus seluruh Malaysia. Diantaranya adalah; 1. Cabaransemasa melatih GDL jQAF ini adalah waktu yang amat terhad kerana mereka menjalani interaksi kuliah berlaku didalam cuti persekolah yang amat singkat. GDL kurang dapat memberi tumpuan dan memahami kandungan sukatan dengan baik berbanding sekiranya mereka belajar secara sepenuh masa selama 18 bulan tersebut. Hal ini amat dibimbangi GDL j-QAF ini tidak dapat menterjemahkan kepada murid-murid sebagaimana hasrat serta objektif program ini diwujudkan. 2. GDL ini dilantik dan terus ke sekolah selepas mendapat surat tawaran. Mereka ini belum begitu mahir didalam pedagogi dan pengendalian kelas, membina Rancangan Pengajaran Harian, memilih kaedah pengajaran yang sesuai dan akan menjejaskan proses PdP tersebut.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

3.

4.

5.

6.

460

Beban kerja kursus yang banyak mengikut subjek yang ditetapkan yang perlu disiapkan sebelum peperiksaan semester seterusnya bermula sedangkan mereka ini dibebani dengan tugas disekolah seperti guru-guru lain malah mereka lebih banyak aktiviti j-QAF seperti tasmi’, kem bestari solat dan program Khatam alQuran. Ini memberi beban kepada mereka untuk menyiapkan kerja kursus yang telah ditetapkan oleh pihak Institut. Sekiranya mereka berada di dalam kuliah sepenuh masa mereka tidak perlu menjalani tugas-tugas disekolah dan menumpukan sepenuh masa kepada pembelajaran di Institut. Dengan ini dapat melahirkan guru j-QAF yang benar-benar berkualiti dan terlatih. Peperiksaan yang ditetapkan setelah tamat interaksi semester amat membebankan mereka kerana mereka terus menduduki peperiksaan setelah interaksi kuliah berakhir. Tidak wujud minggu ulangkaji sebelum menghadapi peperiksaan semester. Dikhuatiri mereka tidak dapat menghayati kurikulum yang telah digubal untuk diterjemahkan kepada murid-murid. Selain itu, guru j-QAF terpaksa meninggalkan sekolah lebih dari sebulan untuk mengambil peperiksaan akhir di Institut Pendidikan Guru (IPG) pada cuti pertengahan tahun (hujung mei) dan seterusnya mengikuti Kursus Induksi dan Kenegaraan sebelum kembali semula ke sekolah apabila menerima Surat Lantikan pada pertengahan bulan Julai. Sekiranya guru ini tidak lulus peperiksaan , maka mereka tidak akan dilantik sehingga mereka lulus peperiksaan ulangan. Mereka hanya boleh kembali ke sekolah setelah keputusan peperiksaan diperolehi dalam bulan September. Cabaran Institut Pendidikan Guru menyediakan kurikulum (sukatan/ pro forma dan Modul) dalam masa yang begitu singkat. Dan ini memberi tekanan kepada pasukan yang menyediakan kurikulum tersebut dan ini dibimbangi matlamat, objektif atau roh program ini tidak menepati sepenuhnya seperti mana hasrat yang diinginkan.

Harapan 1. 2.

3.

Harapan Institut Pendidikan Guru Malaysia terhadap Program ini agar Guru jqaf atau GDL ini diberi kursus sepenuh masa di masa akan datang agar mereka mendapat latihan yang sewajarnya sebelum mereka ke sekolah . Sekiranya bilangan guru j-QAF ini masih belum mencukupi, pihak kami berharap agar dapat menukartaraf mod kursus daripada Mod Latihan Berasaskan Sekolah (LPBS) kepada Mod Kursus Dalam Cuti (KDC). Mod kursus dalam cuti ini banyak member manfaat kepada guru dari segi perkhidmatan dan gaji. Selain dari itu, pihak kami memohon agar guru-guru pelatih yang masih dalam latihan di Institut Pendidikan Guru Kampus seluruh Malaysia di beri penempatan di sekolah kecuali bagi kes-kes Khas.

461

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Kesimpulan Institut Pendidikan Guru adalah merupakan gedung melahirkan tenaga akademik yang berilmu dan diterjemahkan di peringkat sekolah. Manakala latihan pula merupakan komponen yang paling penting dalam melahirkan tenaga akademik yang berwibawa dan berkualiti. Hasil daripada tenaga akademik yang berkualiti inilah yang akan menlahirkan generasi yang mendatang kepada individu yang berilmu, intelek dan jati diri yang kuat dalam menghadapi cabaran globalisasi akan dating tanpa meninggalkan nilai-nilai agama dan etika dalam kehidupan seharian individu murid. Rujukan

Ab. Halim,(2011). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia Buku Panduan Dasar, pelaksanaan dan pengurusan kurikulum dan kokurikulum program j-Qaf, Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral,2007, jabatan pendidikan islam dan moral, kementerian pelajaran Malaysia. Buku Panduan Tawaran, Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah Mode Latihan Berasaskan Sekolah j-QAF (KPLI SR MOD LPBS jQAF) Ambilan 2008, Bahagian Pendidikan Guru, 2008, Kementerian Pelajaran Malaysia. Minit Mesyuarat Profesional KPM Bil.2/2010 : bertarikh 12 Julai 2010 Minit Mesyuarat Pengurusan KPM Bil.13/2010 : bertarikh 21Julai 2010 Minit Mesyuarat Senat IPGM Kali ke 8 : bertarikh 6 Disember 2011

462

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

LAMPIRAN A Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) j-QAF Ambilan Jun 2009

MATA PELAJARAN

Minggu Urusan Pelajar & Daftar Pada Jun 2009

P1

Ogos 2009 1M

(A) Pengajian Asas 1. Bahasa Melayu Komunikasi 2. Bahasa Inggeris Komunikasi 3. Seni Dalam Pendidikan 4. Sumber

P2

Nov 2009 2M

PM

Dis 2009 2M

(C) Pengajian Kurikulum Persekolahan 7. Major 8.

Minor 1

9.

Minor 2

PM

Jun 2010 2M

Nov 2010 2M

10 Jam 10

10 Jam

10

10 10

10

10

10

20 Jam 10

20 Jam 30 Jam

10

10

10

10

10

10

10

70 Jam

10

10

10

10

10

20

10

80 Jam

10 10

(D ) Kokurikulum

10

10

10

40 Jam

10

10

10

40 Jam

10

(E) Praktikum Interaksi Kuliah/ Tutorial

Mac 2010 1M

10

Pengurusan

5. Penyuburan Diri Insan Guru (B) Pengajian Profesional 6. Ilmu Pendidikan

P3

10

10

30 Jam 12 M 6K

Januari hingga April Selama 12 Minggu 40

50

20

JUMLAH BESAR KREDIT

70

50

60

30

30

350 Jam 41 K

Petunjuk: PM- Pengalaman Mengajar pada peringkat 1 dan 2 dijalankan di sekolah berasaskan tugasan yang diberi oleh subjek berkait

463

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

LAMPIRAN B Struktur, Komponen Dan Kursus Program DPLI SR MOD LPBS j-QAF KOMPONEN

(A) Wajib

KURSUS 1. Pendidikan Islam / Pendidikan Moral 2. Pendidkan AlamSekitar 3. Pendidikan Jasmani 4. Teknologi Pengajaran 5. Penyelidikan Tindakan 6. Pengajaran Literasi dan Numerasi 7. Seni Dalam Pendidikan

8. Major

Sem. 1 K 2 2 2

Sem. 2 K

Sem. 3 K

2

JUMLAH K 2 2 2 2 2 2

2 2

2

2

6 (2 Kursus)

6 (2 Kursus)

3

3

2+3

4

12

(B) Teras 9. Minor 10. Pengajian Profesional 11. Amalan Profesionalisme 12. Persatuan 13.*Unit Beruniform (C) KemahiranInsani ah

14. Permainan 15.Olahraga 16.**BIG JumlahKredit

15 JAM (KT) 1

6

6

1 1 15 JAM (KT) 1

15 JAM (KT)

15 JAM (KT)

22K

23K

9 6 1 1

2 30 JAM (KT) 8K

1 1 2 53K

Memperkasakan Pendidikan Islam di Malaysia Melalui Program j-QAF Abdullah Md. Din Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia Abstrak Program j-QAF telah dilaksanakan di sekolah rendah secara berperingkat-peringkat bermula pada tahun 2005 sehingga kini. Pelaksanaan secara berperingkat ini dibuat bagi membolehkan KPM menyediakan segala keperluan yang mencukupi agar program ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Pada tahun 2010, Program jQAF telah lengkap pelaksanaannya satu pusingan. Hasil pelaksanaan program ini selama enam tahun sehingga 2010, maka KPM merasakan bahawa terdapat perkaraperkara yang perlu ditambahbaik bagi merealisasikan hasrat dan matlamat program j-QAF itu sendiri iaitu memastikan semua murid Islam di peringkat sekolah rendah berjaya untuk khatam Al-Quran dan menguasai ibadat solat dengan sempurna. Sehubungan dengan itu, kertas ini akan membincangkan usaha-usaha yang telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memperkasakan Pendidikan Islam di sekolah-sekolah rendah melalui Program j-QAF melibatkan pengurusan perjawatan guru j-QAF, semakan semula kurikulum dan bentuk pelaksanaan Program j-QAF dan juga usaha meningkatkan tahap akses murid terhadap Pendidikan Islam melalui peluasan Program j-QAF ke seluruh sekolah di Malaysia. Pendahuluan Merujuk seksyen 50 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) menyatakan: “Jika di dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat lima orang murid atau lebih yang menganut agama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.” Bagi memenuhi keperluan ini, mata pelajaran teras Pendidikan Islam (PI) di peringkat rendah dan menengah hanya boleh diajar oleh guru yang mempunyai kelulusan ikhtisas dalam opsyen PI. Pada masa ini terdapat kepelbagaian jawatan guru-guru yang mengajar PI di peringkat rendah seperti Jadual 1 berikut :

466

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

Jadual 1 : Jawatan Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah, KPM BIL

KOD JAWATAN

MAKSUD

KETERANGAN

1

GPA

Guru Penolong Agama

Jawatan dalam norma di SR

2

GPIK

Guru Pendidikan Islam Integrasi / Pendidikan Khas

Jawatan dalam norma di kelas Pendidikan Khas / Integrasi

3

GJQ

Guru j-QAF

Jawatan luar norma di SR

4

GJQK

Guru j-QAF Khas

5

GTPI

Guru Tambahan Pendidikan Islam

Jawatan luar norma di kelas Pendidikan Khas / Integrasi Jawatan luar norma di kelas Integrasi dan PraSekolah (minima 3 kelas) Jawatan luar norma di SJKC/SJKT (murid Islam => 5 orang)

Kepelbagaian jawatan ini menyukarkan pengurusan Guru Pendidikan Islam (GPI) di sekolah kerana setiap jawatan mempunyai norma dan fungsi yang tersendiri. Norma Perjawatan Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah i.

Guru Penolong Agama (GPA) GPA adalah jawatan dalam norma bagi guru yang mengajar PI di sekolah kebangsaan (SK). Norma guru ini adalah 0.2n. Norma ini berkongsi dengan norma 1.5n Guru KBSR / KSSR.

ii.

Guru Pendidikan Islam Integrasi / Pendidikan Khas (GPIK) GPIK adalah jawatan dalam norma bagi guru yang mengajar PI di SK Khas atau kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Norma guru ini juga adalah 0.2n. Norma ini berkongsi dengan norma 1.5n Guru Pendidikan Khas.

iii. Guru j-QAF (GJQ) GJQ adalah jawatan luar norma bagi guru yang terlibat dengan Program jQAF. Penempatan GJQ sebagaimana ditetapkan dalam Buku Panduan Dasar, Pelaksanaan dan Pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum Program j-QAF adalah berasaskan sekolah seperti berikut : - 3 orang guru pada tahun pertama pelaksanaan. 5 orang 1 sekolah - 1 orang guru tambahan pada tahun tiga. - 1 orang guru tambahan pada tahun empat.

467

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

iv. Guru j-QAF Khas (GJQK) GJQK adalah jawatan luar norma bagi guru yang terlibat dengan Program jQAF Pendidikan Khas sama ada di SK Khas atau kelas PPKI. Penempatan Guru j-QAF Khas adalah 1 orang bagi setiap sekolah. v.

Guru Tambahan Pendidikan Islam (GTPI) GTPI adalah jawatan luar norma bagi guru yang mengajar PI di kelas PraSekolah, kelas PPKI, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Penempatan GTPI di kelas PraSekolah dan kelas PPKI adalah 1 orang bagi 3 kelas ke atas, manakala penempatan GTPI di SJKC dan SJKT adalah 1 orang bagi setiap sekolah.

Isu-Isu Berkaitan Norma Perjawatan Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah i.

Waktu mengajar GPA melebihi waktu standard guru sekolah rendah Perkongsian norma GPA dengan Guru KBSR / KSSR boleh menyebabkan GPA terbeban dalam situasi tertentu. Sebagai contoh, keperluan GPA di sekolah rendah yang mempunyai 6 buah kelas adalah 1.2n (0.2 x 6 kelas). Apabila dibundarkan angka ini, maka hanya seorang GPA akan ditempatkan di sekolah ini. GPA ini perlu mengajar kesemua 36 waktu seminggu mata pelajaran PI (6 waktu seminggu per kelas x 6 kelas) yang tidak boleh diajar oleh guru lain yang bukan opsyen PI. Jumlah waktu mengajar ini melebihi waktu standard yang sepatutnya diajar oleh guru-guru di sekolah rendah (24 – 32 waktu seminggu). Terdapat sekolah yang mempunyai kelas PraSekolah atau kelas PPKI yang kurang daripada 3 kelas, maka sekolah ini tidak layak mendapatkan bekalan seorang GTPI (penempatan GTPI di kelas PraSekolah dan kelas PPKI adalah 1 orang bagi 3 kelas). Oleh itu waktu PI di kelas PraSekolah (4 waktu seminggu per kelas) atau kelas PPKI (6 waktu seminggu per kelas) terpaksa ditampung oleh GPA. Ini juga menyebabkan bilangan waktu mengajar GPA sedia ada turut bertambah. Selain itu, GPA juga dilibatkan dengan pengajaran kelas Tasmik di luar jadual waktu tetapi waktu mengajar di kelas Tasmik tidak diambil kira waktu mengajar mereka sebagaimana GJQ.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

ii.

468

Norma sedia ada GJQ tidak mengambil kira jumlah kelas dan bilangan murid Islam. Penempatan GJQ sebagaimana ditetapkan dalam Buku Panduan Dasar, Pelaksanaan dan Pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum Program j-QAF adalah berasaskan sekolah seperti berikut : -

3 orang guru pada tahun pertama pelaksanaan. 1 orang guru tambahan pada tahun tiga. 1 orang guru tambahan pada tahun empat.

5 orang 1 sekolah

Penempatan 5 orang GJQ di sekolah berasaskan kepada 3 orang GJQ opsyen PI dan 2 orang GJQ opsyen Bahasa Arab tanpa mengambil kira jumlah kelas dan murid Islam menimbulkan ketidakadilan di sekolah-sekolah yang mempunyai bilangan kelas yang besar memandangkan guru terpaksa mengajar dalam jumlah waktu yang lebih banyak berbanding sekolah yang mempunyai bilangan kelas yang sedikit. Keadaan ini menjejaskan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran Model Khatam Al-Quran secara Talaqi dan Musyafahah yang memerlukan jumlah guru seramai 3 – 4 orang untuk mengecilkan nisbah guru dan murid. Di samping itu, berlakunya lebihan guru bagi sekolah yang mempunyai bilangan kelas yang sedikit memandangkan guru mengajar dalam jumlah waktu yang sedikit berbanding sekolah yang mempunyai kelas yang banyak dan murid Islam yang lebih ramai. Mesyuarat Jawatankuasa Khas pada 5 September 2012 dan 10 September 2012 yang telah dipengerusikan oleh YB. Datuk Dr. Puad Bin Zarkashi telah memutuskan agar norma GJQ disemak semula dan ditambahbaik bagi memudahkan pihak KPM membuat pengiraan keperluan GJQ secara lebih tepat berasaskan keperluan sebenar sekolah. iii.

Penempatan hanya seorang GTPI di SJKC dan SJKT. Norma sedia ada memperuntukkan penempatan seorang GTPI di SJKC dan SJKT yang mempunyai jumlah murid Islam 5 orang ke atas. Namun begitu, terdapat SJKC / SJKT yang mempunyai jumlah murid Islam yang ramai hampir kepada 300 orang. Keadaan ini menyebabkan GTPI terpaksa mengajar lebih banyak dan kepadatan kelas yang agak tinggi. Selain mengajar guru ini juga bertanggungjawab melaksanakan Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) kepada semua murid ini.

469 iv.

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Tidak ada penempatan GPA / GTPI di sekolah yang murid Islam kurang daripada 5 orang Pada masa kini, KPM tidak menghantar GPA / GTPI di sekolah yang mempunyai murid Islam kurang daripada lima 5 orang bersandarkan peruntukan yang terdapat dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Seksyen 50. Justeru itu, terdapat seramai 1701 orang murid Islam yang tidak berpeluang untuk belajar Pendidikan Islam di 589 buah sekolah seperti di Lampiran Jadual 2 berikut : Jadual 2 : Bilangan Sekolah dan Murid Islam Di Sekolah Yang Murid Islam Kurang Daripada 5 Orang

Jenis Sekolah

Bilangan Sekolah

SK

Bilangan Murid Islam

Jumlah Murid

Tahun 1–6

Pra Sekolah

PPKI

323

724

238

38

1000

SJKC

144

319

62

3

384

SJKT

113

235

16

44

295

SK Asli

9

18

4

0

22

JUMLAH

589

1701

Cadangan Penyelesaian i.

Penjenamaan Semula Gelaran Jawatan dan jenis Guru Yang Mengajar Pendidikan Islam KPM mencadangkan supaya penjenamaan semula semua jawatan dan jenis guru yang mengajar PI dengan menggunakan satu nama sahaja iaitu Guru Pendidikan Islam (GPI) yang lebih memudahkan dan mengelakkan dari kekeliruan panggilan jawatan (Norm Cliche).

ii.

Mewujudkan Satu Norma Sahaja bagi Guru-Guru yang Mengajar Pendidikan Islam di Semua Jenis Sekolah Rendah Satu norma dibentuk dengan menggabungkan semua jawatan GPI di sekolah rendah seperti GPA, GPIK, GJQ, GJQK dan GTPI dan mengambilkira jenis sekolah, bilangan kelas dan jumlah keseluruhan murid Islam di sesebuah

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

470

sekolah. Norma baharu yang dicadangkan ini diasingkan daripada Pendidikan Moral dan norma guru akademik KBSR/KSSR. Norma ini juga akan mengasingkan norma guru yang mengajar PI dengan guru yang mengajajar Bahasa Arab. Pelaksanaan KSSR telah memperuntukkan secara rasmi 3 waktu Modul Elektif (Bahasa Arab / Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan / Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan / Bahasa Iban / Bahasa Kadazandusun) dalam jadual waktu persekolahan. Perkara ini menyebabkan norma guru yang mengajar Modul Elektif termasuk Bahasa Arab dikira bersekali dengan pengiraan norma guru KBSR/KSSR. Oleh itu, norma GBA perlu dikira berasingan dengan GPI. iii.

Mengambil kira semua keperluan PdP Pendidikan Islam di aliran perdana, kelas PraSekolah, kelas PPKI dan Program j-QAF Norma ini mengambil kira peruntukan waktu PI aliran perdana di SK sebanyak 6 waktu seminggu per kelas dan di SJKC / SJKT adalah 4 waktu seminggu per kelas bagi tahap satu dan 5 waktu seminggu per kelas bagi tahap dua. Peruntukan waktu bagi kelas PPKI dan SK Khas adalah 6 waktu seminggu per kelas. Peruntukan waktu kelas PraSekolah adalah 4 waktu seminggu per kelas. Norma ini juga mengambilkira keperluan kolaboratif guru bagi Model Khatam Al-Quran dan Model Tasmik untuk memastikan kaedah pembelajaran Al-Quran secara Talaqi dan Musyafahah berlaku di semua kelas. Nisbah guru dan murid yang dicadangkan adalah 1:15 bagi aliran perdana dan 1:3 bagi aliran khas (kelas PPKI dan SK Khas). Konsep kolaboratif ini juga dilaksanakan bagi Model Solat aliran khas dan keseluruhan waktu PI di kelas Masalah Pembelajaran yang bilangan murid Islamnya melebihi 3 orang. Cadangan norma baharu ini juga mengambil kira 2 waktu kelas Tasmik yang diperuntukkan di luar jadual waktu sebagai jumlah waktu mengajar seminggu GPI. Dicadangkan juga 2 waktu lebihan yang terdapat dalam jadual waktu KSSR tahap satu diperuntukkan untuk kelas Tasmik sebagai waktu rasmi dan boleh berada di mana-mana dalam jadual waktu induk. Bagi tahap dua pelaksaan kelas Tasmik masih di luar jadual waktu. GPI yang mengajar di aliran khas (kelas PPKI dan SK Khas) perlu ada sijil kelayakan khas. Hanya GPI yang ada sijil khas dan mengajar 20 waktu seminggu atau lebih di aliran khas layak menerima Elaun Mengajar Murid Kurang Upaya.

471 iv.

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Memastikan semua sekolah yang ada murid Islam walau seorang perlu dihantar seorang GPI. Dicadangkan seorang GPI ditempatkan di sekolah yang murid Islam kurang dari 5 orang.

Konsep Kolaboratif Dalam Norma Baharu Gpi i.

Konsep Kolaboratif Pendidikan Islam di SK, SK Asli, SABK, Model Khas dan K9.

ALIRAN PERDANA (Thn 1 – 6) Bil. Murid Norma Islam GPI 1–4 1 Guru 1 org/kelas Sekolah 5 – 14 org 0.2n /kelas 15 – 29 0.3n org/kelas 30 – 49 0.5n org/kelas

ii.

BILANGAN GURU Quran 3 waktu

Ulum 2 waktu

Jawi 1 waktu

Tasmik 2 waktu

1

1

1

1

1

1

1

1

2

1

1

2

3

1

1

3

PRA SEKOLAH

1

Konsep Kolaboratif Pendidikan Islam di SJKC dan SJKT

ALIRAN PERDANA (Thn 1 – 6) Bil. Murid Norma Islam GPI 1–4 1 Guru 1 org/kelas Sekolah 5 – 14 org 0.2n /kelas 15 – 29 0.3n org/kelas 30 – 49 0.5n org/kelas

BILANGAN GURU Quran 2 waktu

Ulum 1 waktu

Jawi 1 waktu

Tasmik 2 waktu

1

1

1

1

1

1

1

1

2

1

1

2

3

1

1

3

PRA SEKOLAH

1

472

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

iii.

Konsep Kolaboratif Pendidikan Islam di SK Khas dan Kelas PPKI a) Masalah Pembelajaran ALIRAN KHAS

BILANGAN GURU

Bil. Murid Islam

Norma GPI

Quran 3 waktu

Ulum 1 waktu

Jawi 1 waktu

Solat 1 waktu

1 – 3 org/kelas

0.2n

1

1

1

1

4 – 7 org /kelas

0.4n

2

2

2

2

b) Masalah Pendengaran dan Masalah Penglihatan ALIRAN KHAS

BILANGAN GURU

Bil. Murid Islam

Norma GPI

Quran 3 waktu

Ulum 1 waktu

Jawi 1 waktu

Solat 1 waktu

1 – 3 org/kelas

0.2n

1

1

1

1

4 – 7 org /kelas

0.4n

2

1

1

2

Penutup Diharapkan cadangan Norma Baharu GPI ini dapat menyelesaikan segala isu berkaitan perjawatan guru-guru yang mengajar PI di sekolah rendah selama ini termasuk GJQ. Rujukan Lembaga Penyelidikan Undang-Undang. 1998. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) & Peraturan-Peraturan Terpilih. Kuala Lumpur: International Law Book Services. Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral. 2007. Buku Panduan Dasar, Pelaksanaan Dan Pengurusan Kurikulum Dan Kokurikulum Program j-QAF. T.P. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 13/2004 – Pelaksanaan Program j-QAF Di Sekolah Rendah.

473

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 11/2010 – Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap Satu Mulai 2011. Surat Siaran KPM Bil 35/2012 – Peluasan Program j-QAF Semua Sekolah Rendah Tahun 2013

Program j-QAF Dalam Pembangunan Akhlak Murid : Analisa Dari Sudut Profesionalisme Perguruan j-QAF Zaharah Hussin JabatanAsasPendidikandanKemanusiaan FakultiPendidikan, Universiti Malaya Abstrak Tujuan kertaskerja ini adalah untuk mengupas berkaitan profesionalisme perguruan j-QAF dari aspek peranan mereka dalam pembangunan akhlak murid sekolah.Umumnya, program j-QAF mempunyai kesan yang baik dari sudut penguasaan al-Qur’an, pengetahuan tentang tatacara dan amalan solat fardhu, penguasaan jawi dan penguasaan akademik berkaitan kurikulum Pendidikan Islam. Bagaimanapun, apa yang lebih diharapkan oleh masyarakat khususnya ibubapa adalah pembangunan dan peningkatan akhlak pelajar sekolah. Justeru, kertaskerja ini mengenengahkan aspek profesionalisme guru j-QAF yang menekankan peranan mereka dalam pembangunan akhlak pelajar melalui program j-QAF. Kata kunci :Profesionalisme guru j-QAF; akhlak pelajar; Pendidikan Islam Pendahuluan Kertas kerja ini merupakan satu yang bersifat kertas konsep yang dihasilkan berasaskan pengalaman penulis sebagai pengkaji, penyelia dan penilai terhadap program j-QAF yang telah dilaksanakan sekolah-sekolah rendah di Malaysia. Antara perkara utama yang dibincangkan adalah bertumpu kepada : latarbelakang program j-QAF; Profesionalisme guru j-QAF dari segi pencapaian akademik ; Peranan guru j-QAF terhadap aspek pendidikan akhlak murid; Senario senario pendidikan akhlak dalam sistem pendidikan di malaysia dan dalam silibus j-QAF; Cabaran profesionalisme guru j-QAF dan penutup. Latarbelakang Program j-QAF Program j-QAF yang diilhamkan mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi dan telah mula dilaksanakan di sekolah-sekolah mulai tahun 2005 setelah beberapa kajian rintis dilaksanakan selama tiga bulan mulai 3 hingga 5 Mac 2004 (KPM, 2007). Tujuan j-QAF adalah untuk meneguhkan lagi Pendidikan Islam yang telah sedia dilaksanakan di sekolah-sekolah. Untuk itu, objektif j-QAF adalah untuk penguasaan bacaan dan tulisan jawi dalam kalangan pelajar; khatam al-Qur’an

476

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

sebelum tamat sekolah rendah; penguasaan asas bahasa Arab dan peningkatan penghayatan amalan Fardhu Ain. Sehingga kini, program j-QAF telah terlaksana selama lapan tahun di sekolah rendah dan para pengkaji atau penyelidik telah mula melaksanakan pelbagai kajian terhadap program tersebut bermula daripada hasilan kajian rintis 2005 sehinggalah kini. Terdapat beberapa pandangan terhadap pelaksanaan program jQAF kerana sistemnya agak berbeza terutama dari segi latihan perguruan dan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran. Walau apa pun, usaha ini adalah satu yang murni dan patut disokong kerana impaknya tetap ada ke arah penguasaan Jawi, al-Qur’an, al-Qur’an, Penguasaan Fardhu Ain dan kesempurnaan solat murid sekolah. Profesionalisme Guru j-QAF Dari Aspek Pencapaian Akademik Dan Pengalaman Guru j-QAF merupakan mereka yang mempunyai tahap pembelajaran ilmu dalam bidang agama yang sangat memuaskan dari segi akademik. Hasil kajian BPPDP (2012) terhadap 428 orang j-QAF memaparkan data profesionalisme dari aspek kelulusan akademik yang sangat membanggakan sehingga ada yang memiliki ijazah kedoktoran (phD) , selain berpengalaman mengajar sehingga ada yang telah melebihi 11 tahun (sila rujuk jadual 1) Jadual 1: Profil Demografi Dan Profesionalisme Guru J-Qaf Perkara

Bilangan

peratus

Jantina  Lelaki  Perempuan

135 293

31.5 68.5

Lokasi Sekolah  Bandar  Luar Bandar

220 208

51.4 48.6

Umur  24 -37 tahun  38-41 tahun

396 23

99.2 0.8

Pengalaman Mengajar  1-5 tahun  6-10 tahun  11 tahun ke atas

396 126 6

69.0 29.5 1.5

477

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Kelulusan Akademik Tertinggi  PhD  Sarjana  Sarjana Muda

14 31 383

3.3 7.2 89.5

Lulusan Universiti  Dalam Negara  Negara Timur Tengah  Negara Indonesia

287 121 20

67.0 28.0 5.0

Dengan merujuk kepada Jadual 1, profesionalisme guru j-QAF dari segi pencapaian akademik adalah sangat tinggi dengan sekurang-kurangnya memiliki ijazah Sarjana Muda dari universiti dalam dan luar negara. Tidak kurang juga mereka turut berpengalaman dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Senario Pendidikan Akhlak Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia Dan Dalam Silibus j-QAF Pendidikan akhlak dan kerohanian dalam pelaksanaan pendidikan di Malaysia bukanlah satu perkara baru. Walaupun pada mulanya mata pelajaran pendidikan Ugama Islam (kini Pendidikan Islam) dan kini dalam silibus j-QAF tidak memasukkan bahagian akhlak dengan jelas, namun perlaksanaannya dalam pengajaran guru dipercayai telah berlaku sama ada secara langsung mahupun secara tersirat walaupun mungkin tidak secara menyeluruh (Saedah 2004 & Ismail 2004). Akta Pelajaran 1961, seksyen 36 (1) sebenarnya telah menetapkan bahawa pendidikan Ugama Islam mesti dilaksanakan di sesebuah sekolah yang mempunyai pelajar Islam seramai 15 orang atau lebih (Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979). Pengetahuan Ugama Islam yang mesti dilaksanakan di sekolah menerusi Akta Pelajaran 1961 tersebut bagaimanapun tidak mensyaratkannya sebagai ‘wajib’ diambil dalam peperiksaan kebangsaan iaitu Sijil Rendah Pelajaran (SRP/LCE) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/MCE). Ini menyebabkan sesetengah pelajar tidak mengambil berat dan tidak bersungguh-sungguh untuk mempelajarinya. Justeru itu, melalui Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) mensyaratkan Pengetahuan Ugama Islam yang dipelajari turut diambil dalam peperiksaan awam kebangsaan. Bagaimanapun, ia tidak dijadikan sebagai satu syarat untuk lulus peperiksaan kerana dikhuatiri menjejaskan prestasi pelajar. Tujuan pendidikan Ugama Islam yang didedahkan dengan nama Pengetahuan Ugama Islam ini sangat jelas seperti dinyatakan : Pendidikan Ugama Islam bertujuan untuk mewujudkan masyarakat yang berdisiplin dengan nilai akhlak yang tinggi. Unsur disiplin dan nilai akhlak ini merupakan asas yang kukuh bagi membentuk sebuah masyarakat yang bersatu-padu kerana pendidikan Ugama Islam

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

478

menanamkan nilai-nilai dan sikap hidup yang baik serta membentuk kelakuan yang bersopan santun dan hormat menghormati di antara satu dengan lain. (Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 (1982: 70) Pelaksanaan pendidikan Ugama Islam diteruskan dengan nama Pendidikan Islam selepas Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang diperkenalkan dalam sistem pendidikan negara. Dalam sistem ini, Falsafah Pendidikan Negara (kini Falsafah Pendidikan Kebangsaan) dinyatakan dengan menggambarkan hasrat kerajaan menerusi wahana pendidikan untuk melahirkan pelajar berpekerti mulia. Dengan itu, pendidikan akhlak termaktub dengan jelas lagi murni dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dihuraikan sebagai unsur kelima yang perlu dicapai oleh pelajar-pelajar di sekolah (Pukal Latihan KBSM, 1990). Dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN, kini dikenali FPK) ini, pendidikan akhlak dinyatakan seperti berikut : Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. (Kementerian Pendidikan Malaysia 1990: 1) Ekoran dari FPN tersebut, kurikulum Pendidikan Islam di sekolah-sekolah telah memuatkan satu bahagian khusus iaitu Bahagian Sifat dan Cara Hidup Islam seperti terkandung dalam Sukatan Pelajaran Sekolah: a) b)

a)

b) c)

Bahagian Tilawah al-Qur’an meliputi perkara-perkara berikut : Bacaan ayat-ayat al-Qur’an mengikut hukum-hukum tajwid pemahaman pengertian, pengajran dan hikmat serta penghayatannya. Hafazan ayat-ayat al-Qur’an mengikut hukum-hukum tajwid, kefahaman pengertian, pengajaran dan hikmat serta penghayatannya. Bahagian ‘Ulum Syar’iyah meliputi perkara-perkara berikut : Aqidah iaitu untuk peneguhan keimanan yang dapat memupuk sikap dan tanggungjawab pelajar sebagai manusia yang sedar dan insaf tentang kedudukan dan tanggungjawabnya terhadap Allah SWT, diri sendiri dan masyarakat. Sifat dan Cara Hidup Islam iaitu untuk pembentukan peribadi pelajar ke arah tingkahlaku muslim mukmin. Ibadat iaitu untuk pengetahuan peraturan dan perlakuan ibadat yang telah

479 d)

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

ditentukan oleh Allah SWT. Sirah Nabawiyyah dan Tamadun Islam iaitu untuk pengetahuan, mencontohi dan pembangunan kembali keagungan tamadun Islam. (Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah 1988: 3 & 4)

Sepanjang tempoh perlaksanaan Pendidikan Islam di sekolah, didapati wujud kelemahan-kelemahan tertentu dan yang paling ketara ialah tentang kurangnya keberkesanan Pendidikan Islam terhadap pembinaan akhlak pelajar (Kementerian Pendidikan Malaysia 1996b, Zakaria et al. 1996 & 1998, Asmawati 2003). Bagi mengatasi masalah tersebut, kurikulum Pendidikan Islam telah digubal dan Pendidikan Akhlak Islamiyyah diperkenalkan sebagai salah satu komponen yang utama dalam mata pelajaran Pendidikan Islam menggantikan nama lamanya iaitu Bahagian Sifat dan Cara Hidup Islam. Pelaksanaan bahagian Pendidikan Akhlak Islamiyyah bermula pada tahun 1998 dan berakhir pada tahun 2000 (Asmawati 2003). Selepas itu, sukatan pelajaran Pendidikan Islam disemak semula buat kali keduanya kerana dikatakan kurikulum Pendidikan Islam khususnya komponen pendidikan akhlak kurang berkesan dan makin berleluasanya gejala keruntuhan akhlak di kalangan pelajar Islam (Pengarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral dlm. Asmawati 2003). Ekoran daripada itu, pendidikan akhlak sekali lagi mengalami perubahan ketara dari aspek sukatan pelajaran dan pendekatan pengajarannya (Asmawati 2003). Bahagian ini dinamakan pula dengan Bahagian Akhlak Islamiyyah (Pendidikan Islam Tingkatan 1 KBSM 2004) dan mula dilaksanakan secara berperingkat-peringkat pada tahun 2003 dengan dimulai pada Tingkatan Satu dan Empat dan sepenuhnya pada tahun 2005 (Asmawati 2003). Melalui kurikulum KBSR dan KBSM juga, pendedahan pendidikan akhlak bukan sahaja tertumpu dalam satu bahagian daripada mata pelajaran Pendidikan Islam iaitu Bahagian Akhlak Islamiyyah semata-mata, tetapi juga turut diaplikasikan secara gabungjalin dalam pelaksanaan mata pelajaran lain dan juga aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah (Kementerian Pendidikan Malaysia 1990). Dengan adanya program j-QAF, aktiviti tersebut lebih mudah dilaksanakan oleh guru j-QAF dengan dibantu oleh guru-guru yang lain. Silibus j-QAF terutamanya berkaitan dengan aspek Penguasaan Fardhu Ain, Penguasaan Tilawah al-Quran, Penguasaan Asas Bahasa Arab; Model Tasmik; Model 6 bulan khatam al-Qur’an dan Model Bestari solat sebenarnya adalah bertujuan untuk pengukuhan aspek akhlak murid khususnya dalam konsep hubungan dengan Allah swt ( hbl min Allah). Penguasaan Fardhu Ain membantu guru mendidik akhlak murid dalam melaksanakan ibadah fardhu ain dengan betul yang menjadi tunjang akhlak manusia dengan Allah SWT . Ini kerana konsep akhlak dalam Islam yang paling utama adalah melibatkan sebarang hubungan manusia dengan Allah SWT. Amalan solat dinyatakan oleh Allah sebagai penghalangutama yang dapat mencegah manusia daripada sebarang perbuatan keji dan mungkar sepanjang kehidupan di dunia ini.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

480

Begitu juga, penguasaan Asas Bahasa Arab adalah usaha murni mengukuhkan aspek hubungan dengan Allah swt. Ini kerana semua bacaan dalam solat adalah menggunakan bahasa Arab. Komunikasi manusia dengan Allah swt berlaku secara langsung menerusi ibadah solat seseorang. Malahan, solat yang khusyuk adalah penentu utama kepada ciri kejayaan seseorang yang beriman ( fahaman maksud Surah al-Mukminun ; ayat 1-2 ). Sebaliknya, solat yang lalai adalah ciri seseorang yang celaka (fahaman maksud Surah : ayat 1). Justeru, kefahaman kepada aspek bacaan dalam solat merupakan laluan untuk mencapai kekhusyukan ibadat solat. Jelasnya, keseluruhan tumpuan hasil program j-QAF adalah terhadap pengukuhan proses pelaksanaan ibadah yang menjadi pemangkin kepada akhlak luaran yang diharapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sekiranya program j-QAF dilaksanakan dengan sebaiknya, proses penghasilan akhlak mulia murid sewajarnya menjadi mudah kerana jiwa kerohanian mereka sentiasa disucikan bersama guru-guru mereka yang memiliki keunggulan profesionalisme. Peranan Guru j-QAF Berkaitan Pendidikan Akhlak Murid Semua guru termasuk guru j-QAF berperanan dalam mendidik akhlak dan peribadi murid di sekolah. Aspek pendidikan akhlak murid merupakan satu yang dianggap bersifat profesionalisme. Ini kerana proses mendidik akhlak memerlukan nilai kesabaran dan kemahiran yang tinggi menerusi latihan dan pengalaman. Sebelum mengulas tentang peranan, terlebih dahulu saya ingin menghuraikan tentang terminologi akhlak.Ibnu Manzur (1300 H) dalam Lisanul Arab dan Luis Ma’luf (t.t.) dalam kamus Al-Munjid menyatakan perkataan akhlaq berasal dari bahasa Arab khuluq. Luis Ma’luf (t.t.) mendefinisikan khuluq sebagai budi pekerti, perangai, tingkahlaku atau tabiat. Khuluq itu sendiri merupakan istilah yang digunakan oleh Allah S.W.T dalam Al-Qur’an menerusi ayat 4, surah AlQalam. Sementara akhlaq telahdigunakan dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W. (dalam ‘Ali Muttaqi,1989: hadis sahih 5217- 5218). Ab. Halim (2000); Amin (t.th.); Asmara (1992); Fakhry (1991); Al-Ghazali (t.t.); Hamzah (1983); Ibn Miskawayh (w. 421/1030, 1966); Jalal Al-Din AlDawwani (w. 908/1502, 1839 dlm Fakhry 1991); Mohd Nasir (1986, 2003a, 2003b & 2005); Nasir al-Din al-Tusi (w.672/1274 , 1964); Al-Mu’jam Al-Wasit (1972); Saedah (2001d & 2003); Tajul Ariffin (1997) dan The Encycloapedia of Islam (1960) bersependapat bahawa makna akhlak sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa, yang dengannya lahir macam-macam perbuatan, baik atau buruk tanpa memerlukan pertimbangan. Akhlak juga disandarkan kepada seseorang yang telah melakukan sesuatu sifat yang dibiasakan dari semasa ke semasa (Amin t.t; Asmara (1992). Contohnya jika seseorang manusia memiliki naluri yang suka memberi kepada orang lain dan dibiasakan dengan sifat tersebut, maka orang itu dikenali mempunyai

481

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

akhlak dermawan atau bersifat pemurah. (Asmara 1992). Ab. Halim (2000) dalam kajiannya mendefinisikan makna akhlak sebagai satu set kepercayaan, undang-undang dan sistem berkaitan tingkahlaku dan tindakan moral manusia yang menentukan tindakan seseorang itu sama ada baik atau buruk, benar atau salah, diterima atau tidak diterima oleh Islam. Beliau menegaskan bahawa Al-Qur’an dan Al-Sunnah merupakan asas bagi keseluruhan prinsip dan kepercayaan tersebut. Akhlak juga disifatkan sebagai satu bentuk perbuatan yang dapat dilihat oleh penglihatan mata serta sifat dalaman yang dilihat dengan matahati dan pada amnya ia adalah kumpulan sifat dalaman manusia (Saedah 2003). Sehubungan dengan takrifan-takrifan yang telah dinyatakan, Mohd Nasir (1986:25) memberi takrifan menyeluruh tentang akhlak dengan menyatakan ciri-ciri akhlak iaitu: a) b) c)

Aspek batin atau keadaan jiwa seseorang yang merupakan tenaga penggerak kepada pembentukan tingkahlaku. Aspek luaran atau tingkahlaku itu sendiri yang dilakukan bukan kerana tekanan emosi atau desakan-desakan dari luar seperti paksaan atau sebagainya. Perbuatan-perbuatan itu pula hendaklah dilakukan secara berterusan hingga menjadi kebiasaan dan darah daging kepada seseorang.

Kesimpulannya, akhlak meliputi unsur-unsur dalaman atau rohani yang telah menjadi kepercayaan serta ia menjadi penggerak untuk menampilkan tingkahlaku tertentu yang telah menjadi kebiasaan. Guru termasuk guru j-QAF telah dipercayai mempunyai peranan dan pengaruh yang sangat penting terhadap pembentukan diri pelajar (Al-Syaibani 1979, Al-Attas 1980, Zawawi 1984, Abdul Raof 1985, Tajul Arifin & Nor Aini 1992, Rosnani 1996, Ahmad 1997, Langgulung 1997, Saedah 2001d, Zaharah 2001, Nor Hayati, 2002, Tunku Sarah 2002, Wan Mohd Zahid 2003, Ab. Halim & Khadijah 2003, Mohd Najib 2003, Ab Halim et al. 2004 dan Zahariah 2005). Rasululah S.A.W. adalah seorang rasul yang juga adalah guru kepada ahli keluarga dan para sahabatnya. Kesan pengajaran dan dakwah Rasulullah telah terbukti dapat membentuk generasi yang bertaqwa. Dengan itu, Rasulullah dilihat sebagai model utama dalam pendidikan dan dakwah Islam sejak zaman pemerintahan khalifah sehingga akhir zaman. Pada era awal Islam di Malaysia, peranan guru dalam mendidik, memberi ilmu dan memberi tunjuk ajar sangat penting kepada pelajar-pelajarnya. Penghormatan ibu bapa dan masyarakat kepada guru-guru agama sangat tinggi (Ismail 1993; Ishak 1993; Wan Zahidi 1993; Abdul Raof 1993; Abdul Hamid et al. 1993 & Rosnani 1996). Para ibu bapa telah mula menghantar anak-anak mereka ke rumah guru-guru agama bermula sebelum abad ke -20 lagi (Ismail 1993) dan seawal usia mencecah lima tahun (Rosnani 1996). Guru-guru agama dipandang sebagai seorang yang sangat mulia kerana mereka mengajar dengan penuh keikhlasan tanpa

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

482

sebarang ganjaran dari pihak pemerintah (Ismail 1993; Rosnani 1996). Jika pun ada, ganjaran yang diterima bukanlah berbentuk wang ringgit untuk guru-guru. Dalamhalini,Rosnani (1996: 20) menjelaskan: The pupils did not pay fees, but donated money to buy kerosene for the oil lamps that were used to if classes were held at night. More often the pupils assisted their teachers with such chores as carrying water from the well, carrying firewood, or growing and harvesting rice in the fields. Bagaimanapun, pergantungan dan sanjungan masyarakat kepada guru agama tradisional semakin berkurangan setelah berlaku perubahan terhadap system pendidikan selepas kedatangan pihak British (Rosnani 1996). Kebanyakan ibubapa telah mula mengalih pandangan kepada system pendidikan formal terutamanya selepas kemerdekaan pada tahun 1957 sehinggalah masa kini. Dewasa ini, masyarakat masih dan akan terus menaruh harapan yang sangat tinggi kepada para guru yang mendidik anak-anak mereka di sekolah. Wan Mohd Zahid (2003) pernah menegaskan bahawa peranan guru dalam merealisasikan Pendidikan Islam amat besar dan kritikal sekali kerana di atas bahu mereka terletak kejayaan dan kegagalan dalam melaksanakan Falsafah Pendidikan Negara. Dalam hal ini, Abdul Raof (1993:151) pernah menyatakan bahawa: Pengaruh guru terhadap murid-muridnya sama juga dengan pengaruh ibubapa terhadap anak-anak mereka. Dengan adanya guru yang ikhlas di sekolah akan dapat memperbaiki alam pembelajaran murid-murid. Bahkan juga, gurulah yang mewariskan para Nabi dalam membentuk dan mengembangkan ilmu pengetahuan kepada murid-muridnya. Wan MohdZahid (2003) turut mengakui bahawa guru mempunyaipengaruh yang amat besar terutamanya keatas murid-murid di sekolah rendah. Satu kajian kualitatif yang pernah dijalankan oleh Zaharah (2001) menunjukkan bahawa penampilan guru adalah penting dalam pembentukan akhlak pelajar. Dalam kajiannya, Zaharah (2001: 5) memetik pandangan responden berkenaan guru-guru mereka: ... guru hendaklah memiliki sahsiah diri yang sempurna (P01). … Guru tidak patut menampakkan satu keaiban yang ketara (P02). … hendaklah menjadi contoh terbaik di hadapan pelajar (P03). … saya menjadikan ustazah di sekolah sebagai contoh dari segi akhlak dan sahsiah (P11) … Guru yang menjadi idola saya ialah pengetua saya sendiri (ada catatan nama pengetuanya ditulis oleh responden).. sikap dan budi pekertinya menjadi contoh kepada saya dan saya berdoa semoga sikap dan peribadinya yang mulia itu meresap masuk ke dalam jiwa saya (P25)

483

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Falsafah Pendidikan Guru juga telah dibentuk dengan hasrat melahirkan para guru yang berperanan sebaiknya dalam melahirkan masyarakat berakhlak mulia sebagaimana pernyataan berikut : Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. (Bahagian Pendidikan Guru 2001: 1) Ahmad (1997) memetik kata-kata Al-Muhammadi dengan menyatakan bahawa guru merupakan agen kepada keberkesanan pendidikan. Menurutnya, walau sebaik manapun sesuatu sistem pendidikan, maksud yang ingin disampaikan tidak akan mencapai matlamatnya sekiranya agen yang menyampaikannya tidak efektif. Justeru itu, guru terutamanya guru-guru Pendidikan Islam seharusnya berperanan sebaik mungkin bagi merealisasikan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Guru. Justeru itu, Peranan guru terutamanya guru Pendidikan Islam dan guru j-QAF adalah meliputi beberapa kategori iaitu sebagaimurabbi (Langgulung 1988, Aishah 1988, Ahmad 1997, Jalaluddin 2001, Ab. Halim et al. 2004 &Bahagian Pendidikan Guru 2001), muaddib (Al-Attas 1980, Langgulung 1988 & Zawawi 1984 Ahmad 1997, Ab. Halim et al. 2004 & Bahagian Pendidikan Guru 2001), mua’llim (AlSyaibani 1979, Ahmad 1997, Zawawi 1984, Ab. Halim et al. 2004 & Bahagian Pendidikan Guru 2001) dan mursyid (Ab. Halim et al. 2004 & Bahagian Pendidikan Guru 2001). Ada beberapa pandangan yang turut meletakkan guru sebagai da’i atau pendakwah (Wan Bakar 1991). Cabaran Profesionalisme Guru j-QAF Berkaitan Peranan Mereka Sebagai Pendidik Akhlak Sebagai guru, sememangnya banyak cabaran yang perlu dihadapi dalam proses mendiidk murid. Aspek Penguasaan Fardhu Ain dan disertai Model Bestari Solat dianggap mencabar profesionalisme guru j-QAF terutama pelaksanaannya yang perlu diadakan di luar jadual waktu persekolahan. Bagaimanapun, jika para guru jQAF telah meyakini bahawa solat merupakan pemangkin utama kepada akhlak mulia pelajar dan sebagai amalan pertama yang dihisab ke atas manusia, maka ini akan memotivasikan guru j-QAF dan guru-guru lain untuk sama-sama berganding bahu mengadakannya secara kerap 4 kali setahun dengan 2 hari berturut-turut pelaksanaannya tanpa bermalam. Cara pelaksanaannya sepatutnya melibatkan 6 LDK berjumlah 10 jam setiap satu kem.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

484

Bagi penguasaan Tilawah al-Qur’an dan disertai dengan Model 6 Bulan Khatam al-Qur’an dan Model Tasmik lebih membantu guru j-QAF dalam proses memberi keupayaan membaca dengan betul terutamanya dalam ibadah solat murid. Profesionalisme guru j-QAF dalam pelaksanaan aspek ini akan membantu guru Pendidikan Islam khususnya dalam menentukan pelaksanaan bacaan al-Qur’an yang betul serta ibadah solat yang sempurna. Dalam Model Pelaksanaan Perluasan Bahasa Arab, profesionalisme guru jQAF dalam aspek ini perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin bagi memotivasikan para murid terus mencintai bahasa ini yang dikatakan sebagai bahasa ahli syurga dan sebagai pemangkin kefahaman ayat-ayat al-Qur’an terutamnya yang dibaca dalam amalan solat. Para guru j-QAF perlu yakin kendiri bahawa setiap usaha yang dilakukan akan memberi impak positif bukan sahaja di dunia malahan di akhirat kelak. Bukti kejayaan telah dibentangkan dalam banyak kajian dan seminar antaranya kajian Nor Ashikin Aziz (2009) yang mendapati bahawa hasilan pelaksanaan Kem Bestari Solat menunjukkan 72% pelajarnya berjaya solat dengan sempurna dan 82% menguasai bacaan solat. Perbincangan Dan Kesimpulan Sebagai perbincangan dan penutup, saya melihat guru j-QAF sewajarnya terus memperkukuhkan profesionalisme mereka bukan sahaja dalam menjamin pelaksanaan akademik yang sempurna. Namun perlu juga selalu memastikan adakah murid kita yang menguasai tatacara solat dengan betul benar-benar menunaikan solat lima waktu sehari semalam? Meskipun tugas ini bukanlah perkara utama, namun sebahagian besar masa jaga murid kini adalah di sekolah berbanding di rumah. Ini kerana hasilan kajian NorAshikin Aziz (2009) menyatakan hanya 46% dari respondennya yang melakukan solat lima waktu setiap hari. Peratus ini sangat kecil jika dibandingkan penguasaan bacaan sehingga tahap 82%. Untuk itu, guru jQAF bersama guru Pendidikan Islam perlu berusaha untuk saling membantu dalam memulihkan akhlak murid menerusi pemantauan ibadah solat. Semoga dengan itu, profesionalisme guru j-QAF akan mendapat pandangan hebat dari kaum ibu bapa dan masyarakat. Apa yang lebih utama, penilaian di sisi Allah Yang Maha Kuasa. Rujukan Al-Qur’an al-Karim Al-Qur’an dan Terjemahannya. Bangi : Percetakan Putrajaya Sdn. Bhd. Abdul Raof Dalip. 1985. Peranan guru agama dalam pendidikan. Kursus ikhtisas guru-guru Agama Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia. Anjuran

485

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur. 17 November- 13 Disember. Abdul Raof Dalip. 1993. Teknik pengajaran dan pembelajaran Pengetahuan Agama Islam di sekolah menengah dlm. Ismail Abd. Rahman (peny). Pendidikan Islam Malaysia. Bangi: Penerbit UKM. Abdul Halim Muhammad. 2003. Keberkesanan Pendidikan Islam di peringkat rendah dan pembentukan peribadi Muslim. Dlm. Suzalie Muhammad (peny.) Memahami isu-isu Pendidikan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia. Abdul Hamid Othman, Zainil Abidin Ab. Kadir & Abdul Aziz Andek Achok. 1993. Ke arah penyelarasan dan penyatuan sistem pentadbiran dan pelajaran sekolah-sekolah menengah agama dan arab di Malasyia. Dlm. Ismail Ab. Rahman (peny.) Pendidikan Islam Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Abd. Hamid Yunus. Tanpa tarikh. Da’irah al-Ma’arif II. Kaherah : Al- Sya’b. Abdul Rahman Md. Aroff. 1999. Pendidikan moral: teori etika dan amalan moral. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Abdul Rashid Ahmad . 1996. Pendidikan akhlak menurut wasiat Luqman. Subang Jaya : Penerbitan al-Ramadhan. Ab. Halim Tamuri. 2000. A study of the students’ knowledge in the Malaysia secondary school (with special reference to the Islamic education (ICSS/KBSM). Tesis Ph.D Doktor University of Birmingham. Ab. Halim Tamuri & Zarin Ismail. 2001. Persepsi pelajar muslim terhadap konsep akhlak. Kertas kerja Persidangan Kebangsaan Pendidikan Moral dalam Dunia Globalisasi . Universiti Malaya, Fakulti Pendidikan, 23-25 Mei. Ab. Halim Tamuri & Khadijah Abdul Razak. 2003. Pengajaran akhlak di sekolah menengah: Persepsi pelajar-pelajar. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 3) : Antara tradisi dan inovasi. Bangi : Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ab. Halim Tamuri, Adnan Yusopp, Kamisah Osman, Shahrin Awaluddin, Zamri Abdul Rahim dan Khadijah Abdul Razak. 2004. Keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar. UKM: Fakulti Pendidikan ( laporan penyelidikan tidak diterbitkan kod GG002/2004.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

486

Ab. Halim Tamuri & Zarin Ismail. 2006. Hubungan media massa dengan pegangan akhlak dan pengajaran Pendidikan Islam. Dlm Prosiding Wacana Pendidikan Islam (siri 5) Pendidikan Islam dan Bahasa Arab : Pemangkin Pendidikan Islam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 1976. the concept of religion and the foundations of ethics and morality. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia. Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 1979. Preliminary thoughts on the nature of knowledge and the definition and aims of education. Dlm. Al-Attas, Syed Muhammad Naquib (peny.). World conference on muslim education, first, Mecca, 1977 : Aims and objectives of Islamic education. Jeddah: King Abdul Aziz University. Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 1986. Konsep pendidikan Islam. Pent. Haidar Baqir . Bandung : Pustaka Mizan. Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 1990. The nature of man & the psychology of human soul, a brief outline and framework for an Islamic psychology and epistemology. Kuala Lumpur: International Institute of Islamic Thought (ISTAC). Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 2001. Risalah untuk kaum muslimin. Kuala Lumpur: International Institute of Islamic Thought (ISTAC). Amin, Ahmad. t. th. Kitab al-Akhlak. Kaherah : Darul Kutub al-Misriyah. Amini, Ibrahim.1997. Self building : an Islamic guide for spiritual migration. Qum: Ansariyan publication. Amini, Ibrahim . 2001. Hijrah menuju Allah: bimbingan Islam untuk membina kepribadian. Terj. Abdul Khalid Sitaba. Bandung : Pustaka Hidayah. Ahmad Mohd. Salleh. 1997. Pendidikan Islam – falsafah, pedagogi dan metodologi. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ahmad Hanbal. 1958. Al-Musnad. 20 jld. Misr: Dar al-Ma’arif. Al-Hakim. 1978. Al-mustadrak ‘ala al-sahihain fi al-hadith. 4 jld. Beirut: Dar alFikr. Al-Ghazali . tanpa tarikh . Ihya’ ‘Ulum al-Din . Kaherah : al-Masyhad al-Husain.

487

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Al-Ghazali. 2001. Ihya’ ‘Ulum al-Din.5 jilid, cet. keAl-Ghazali (Imam Al-Ghazali). 1992. 4 jilid ,cet. ke-2. Ihya’ ‘Ulum al-Din (mengembangkan ilmu-ilmu agama). Terj. TK. H. Ismail Yakub. Singapura: Pustaka Nasional PTE LTD. Al-Ghazali ( Imam Al-Ghazali). 1977. Keajaiban hati. Terj. Nurhickmah. Singapura Pustaka Nasional. Asmara As (Drs). 1992. Pengantar studi akhlak . Jakarta : Rajawali Press. Asmawati Suhid . 2005. Persepsi guru dan pelajar di Selangor terhadap kesesuaian pengagihan komponen adab dan akhlak Islam dalam Pendidikan Islam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Tesis Doktor Falsafah, UPM. Asmawati Suhid. 2003. Kesesuaian subbidang pembelajaran adab dan akhlak Islam KBSM menurut persepsi guru. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Kebangsaan (Siri 3) : Perkaedahan Pengajaran Pendidikan Islam: Antara Tradisi dan Inovasi, hal. 94-105 Ary Ginanjar Agustian. 2002. ESQ. Jakarta : Penerbit Arga. Azhar Ahmad. 2006. Strategi Pembelajaran Pengaturan Kendiri Pendidikan Islam dan Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah Menengah. Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Azmi Mamat. 1992. Amalan haji: sambutan dan kesannya kepada masyarakat Islam di Malaysia. Kajian khusus di daerah Pasir Mas. Latihan Ilmiah Akademi Islam, Universiti Malaya. Bahagian Pendidikan Guru. 1992. Kajian keberkesanan kursus Perguruan Asas Lima Semester. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Guru. Bahagian Pendidikan Guru . 1996a. Sukatan pelajaran Diploma Perguruan Malaysia (DPM) pengajian Agama Islam. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Pendidikan Guru. 1996b. Bahagian Pendidikan Guru. 1996b. Sukatan pelajaran Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Pengajian Islam (Pengkhususan). Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Pendidikan Guru. 2001a. Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) pengajian Agama Islam. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

488

Bahagian Pendidikan Guru. 2001b. Sukatan pelajaran Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Pengajian Islam (Pengkhususan). Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Al-Ba’labakki, Munir. 1995. Al-Mawrid qamus injlizi-‘arabi. Beirut: Dar al-‘Ilm li al- Malayin. Al-Dawwani. 1839. Akhlaq al-Jalali. Thomson, W.F. (Pent.) . Practical philosophy of the Muhammadan people. London: W.H. Allen and Co. Encyclopaedia of Islam. 1960. London: Luzac. Fakhry, Majid. 1994. Ethical theories in Islam. cet. 2. Leiden: E.J. Brill. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP). (2012). Laporan kajian penilaian impak program j-QAF . Laporan kajian yang tidak diterbitkan. Putrajaya : Kementerian Pelajaran Malaysia. Hamzah Ya’qub. 1983. Etika Islam. Bandung: CV Diponegoro. Hasan Langgulung . 1980. Beberapa pemikiran tentang Pendidikan Islam. Bandung: PT Al-Ma’arif. Hasan Langgulung. 1988. Asas-asas pendidikan Islam . Cet. ke -2. Jakarta: Pustaka al-Husna. Hasan Langgulung. 1991. Pendidikan Islam menghadapi abad ke 21. Shah Alam: Hizbi. Hussin Salamon. 2005. Keperluan pendidikan akhlak latihan perguruan Pendidikan Islam. Temubual. 12 November . Skudai : Universiti Teknologi Malaysia Ibn Miskawayh, Abu ‘Ali Ahmad Ibn Miskawayh. 1966. Tahdhib al-akhlaq. Zurayk C.K. (peny.) Beirut: American University of Beirut. Ibn Miskawayh, Abu ‘Ali Ahmad Ibn Miskawayh.1968. The refinement of character. Beirut : The American University of Beirut. Ibn Miskawayh, Abu ‘Ali Ahmad Ibn Miskawayh. 1985. Tahdhib al-akhlaq. Lubnan : Darul Kutub al-‘Ilmiyyah. Ibn Miskawayh, Abu ‘Ali Ahmad Ibn Miskawayh. 1985. Tahdhib al-akhlaq. Helmi Hidayat (pent.) . Menuju kesempurnaan akhlak. . Ilyas Hasan (peny.). Bandung : Pustaka Mizan.

489

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Ismail Abbas. 2004. Pelaksanaan pendidikan akhlak di Malaysia. Temubual, 10 Oktober. Ismail Abbas. 2005. Pelaksanaan pendidikan akhlak di Malaysia . Temubual kedua dan kesahan dalaman, 5 Mac. Kamus al-munjid. t.th. Beirut: al-Maktabah al-Katulukiyah. Kamus Dewan. 2000. Cet. ke-5 Edisi ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Khadijah Abdul Razak. 1999. Pendidikan akhak: konsep dan peranannya dalam pembentukan insan. Kertas projek Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan. Universiti Malaya: Fakulti Pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia . 1982. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Al-Mu’jam al-wasit. 1972. Mesir : Dar al-Ma’arif. Al-Mu’jam al-mufahris li alfaz nahj al-balaghah. 1986. Beirut: Dar al-Adwa’. El-Muhammady, Muhammad Uthman. 2003. Peranan kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia dalam menjana perpaduan ummah. Suzalie Muhammad (peny.). Memahami isu-isu Pendidikan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Nor Ashikin Aziz. (2009). Keberkesanan Model Bestari Solat: Satu kajian di Sekolah Kebangsan Wan Ibrahim, Kuala Lipis. Laporan Kertas Projek tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Open University Malaysia. Nor Hayati Hj. Alwi. 2002. Konsep pembangunan insan dalam pendidikan. Dalam Ramli Mustapha et al. (peny.) . Prosiding pendidikan dan pembangunan manusia. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia Report of the education review committee. 1960. Malaya : The Government Press. Report of the Rahman Talib Education Committe 1960 .1961. Kuala Lumpur: Percetakan Negara. Report of the Razak Education Committee, 1956. 1957. Kuala Lumpur: Percetakan Negara. Report of the Rahman Talib Education Committe 1960 .1961. Kuala Lumpur: Percetakan Negara. Saedah Siraj . 2003. Pendidikan anak-anak . Selangor : Alam Pintar Enterprise

Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam

490

Saedah Siraj. 2004. Pelaksanaan pendidikan akhlak di Malaysia. Temubual, 2 Oktober. Fakulti Pendidikan: Universiti Malaya. Saedah Siraj. 2005. Kurikulum pendidikan akhlak dalam latihan perguruan. Temubual, 5 November. Fakulti Pendidikan: Universiti Malaya. Suzalie Mohamad (pnyt.). 2003. Memahami isu-isu pendidikan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM Al-Tusi. 1964. Akhlaq al-Nasiri. Wickens, G.M. (Terj.) The Nasirean ethics. London: George Allen & Unwin Ltd ‘Ulwan, Abdullah Nasih. 1989. cet. ke 3. Pendidikan anak-anak dalam Islam. 2 jilid. Pent. Syed Ahmad Semait . Singapura : Pustaka Nasional PTE LTD. ‘Ulwan, Abdullah Nasih. t.th. Pedoman pendidikan anak dalam Islam. Jilid 2 . Pent. Saifullah Kamalie . Penyt.: Anwar Rasyidi. Kuala Lumpur: Penerbit Darul Fikir. Wan Bakar Wan Dagang. 1991. Reformasi Pendidikan Islam di sekolah: matlamat dan harapan . Kuala Lumpur. Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia Wan Mohd. Nor Wan Daud. 1996. Insan baik teras kewarganegaraan : mengarah ombak kesejagatan dan kepelbagaian. Pemikir. Mac: 1-24. Wan Mohd. Zahid bin Mohd. Nordin. 2003. Peranan Pendidikan Islam dalam Falsafah Pendidikan Negara dlm. Suzalie Mohamad (pnyt.). Memahami isuisu pendidikan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Wan Zahidi Wan Teh. 1993. Pengemaskinian sistem pengajian pondok di Pulau Pinang. Dlm. . Ismail Abd. Rahman (peny). Pendidikan Islam Malaysia. Bangi: Penerbit UKM. Zaharah Hussin. 2001. Tanggapan guru terhadap pelajar sebagai satu bentuk nilai murni dalam pengajaran. Kertaskerja dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan: Pendidikan Moral Dalam Dunia Globalisasi, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, 23-25 Mei 2001. Zakaria Kasa, et al. 1996. Laporan penyelidikan penerapan nilai murni merentas kurikulum: satu kajian. Kementerian Pendidikan Malaysia dan Universiti Pertanian Malaysia.

491

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 19 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

Zakaria Kasa, et al. 1998. Laporan penyelidikan pendidikan Akhlak di sekolah menengah kebangsaan agama. Kementerian Pendidikan Malaysia dan Universiti Pertanian Malaysia.

SKP j-QAF 2013.pdf

Sign in. Loading… Whoops! There was a problem loading more pages. Retrying... Whoops! There was a problem previewing this document. Retrying.

8MB Sizes 78 Downloads 968 Views

Recommend Documents

skp wasek.pdf
Sign in. Loading… Page 1. Whoops! There was a problem loading more pages. Retrying... skp wasek.pdf. skp wasek.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In.

skp wasek.pdf
Loading… Whoops! There was a problem loading more pages. Whoops! There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. skp wasek.pdf. skp wasek.pdf. Open. Extra

Formulir SKP I.pdf
Page. 1. /. 2. Loading… Page 1 of 2. Page 1 of 2. Page 2 of 2. Page 2 of 2. Main menu. Displaying Formulir SKP I.pdf. Page 1 of 2.

Formulir SKP II.pdf
Page. 1. /. 2. Loading… Page 1 of 2. Page 1 of 2. Page 2 of 2. Page 2 of 2. Main menu. Displaying Formulir SKP II.pdf. Page 1 of 2.

SKP LP3M Unila External only.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. SKP LP3M Unila External only.pdf. SKP LP3M Unila External only.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main

PSH - SKP 2016-17 - EOA.pdf
... P.O. Limda, Tal: Waghodiya. Trust/ Company Manda i Trust, Vadod ara Trust/ Company Dist: Vadodra - 39 1760,. --- ,- - -~~- .... --- C:; uJa rat - - I. Page 1 of 2 ...

Firstsource Solutions Limited. Looking Ahead with ... - SKP Moneywise
Feb 18, 2014 - claims, administration and data analytics. De-leveraging the balance sheet: ▫ The company have net debt long term position of USD 136 million ...

Firstsource Solutions Limited. Looking Ahead with ... - SKP Moneywise
Feb 18, 2014 - Media, BFSI industries from its delivery centers in India, USA, UK &Europe, ..... company, to set up call centers dedicated to answering public ...