INI ADALAH BERASAKAN TEORI, KEPUTUSAN YANG SEBENAR BOLEH DIDAPATI JIKA ADA PERKAKASAN YANG SEBENAR UNTUK DIUJI Diberikan RM 6,500 untuk setiap platform. Terangkan secara terperinci prestasi realiti bukanya sintetik dan penggunaan tenaga elektrik. Tiada ujian suhu dijalankan kerana itu kedua-dua cip ini dilengkapi dengan sistem penyejuk yang mencukupi.

Menggunakan INTEL Core i7 4770K dan AMD FX 8350, walaupun AMD menyatakan FX 8350 hanya bersaing dengan siri Core i5, tetapi ramai peminat tegar INTEL di Malaysia tetap dan masih membandingkan dengan Core i7, maka kita ikut dengan selera mereka. Untuk kad grafik kita menggunakan AMD R9 290. Senarai harga adalah mengikut harga terkini revisi bulan April 2014.

Perbezaan dari kedua platform ini adalah unit pemproses, papan induk, unit bekalan kuasa dan unit penyejuk sistem. Jumlah untuk sistem INTEL adalah RM 6488 dan AMD RM 6389. Terminologi AMD FX8350 menggunakan teknologi 32nm dan dikeluarkan pada Oktober 2012. I7 4770K menggunakan teknologi 22nm dan dikeluarkan pada June 2013.

UJIAN APLIKASI REALISTIK Kesemua ujian applikasi ini adalah daripada satu ulasan di internet, saya menggunakan hasil dari ulasan ini kerana ianya menggunakan keputusan dari faktor saat dan bukan perbezaan peratus seperti kebanyakan pengulas lain. (www.xbitlabs.com)

Dari apa yang kita lihat, kebanyakan jurang adalah tidak begitu jauh kecuali pada Adobe Premiere. Manakala ujian lain semuanya boleh dikatakan tiada beza pada alam nyata, akan tetapi ini hanya untuk situasi pengguna biasa, jika untuk kegunaan profesional yang membuat kerja yang lebih berat dan render fail yang lebih besar, perbezaan boleh jadi dari 10minit sehingga 1jam 30minit. Keseleruhan Intel i7 4770K menang kesemua ujian.

UJIAN PERMAINAN VIDEO Permainan video adalah satu sudut di mana peperangan antara dua pihak menjadi. Pada keseluruhan ujian ini, tidak semua permainan menggunakan GPU AMD R9 290 kecuali permainan Battlefield 4. Tapi usah risau semua ulasan ini di ambil dari laman sesawang yang mempunyai hasil ujian dari penggunaan CPU untuk setiap permainan. (www.techspot.com)

Dari semua hasil ujian, terdapat permainan yang menunjukkan banyak perbezaan antara FX 8350 dan 4770K tetapi puratanya hanya sedikit. Dalam ujian ini Intel i7 4770 menang dengan nisbah yang rapat.

PENGGUNAAN KUASA ELEKTRIK Salah satu sebab pertelingkahan oleh dua-dua pihak fanboy. Kedua-dua platform menggunakan PSU yang berlainan, INTEL menggunakan Corsair RM750 80+ Gold dan AMD menggunakan Corsair AX760 80+ Platinum. Kenapa berlianan? Ini kerana unit pemproses FX8350 yang murah membenarkan untuk menggunakan bajet yang lebih untuk membeli PSU Platinum dah Corsair H100i.

Gambar rajah dia atas menunjukkan keberkesanan pada setiap piawaian Gold dan Platinum.

Gold dengan keberkesanan 88% ketika penggunaan 20%, 92% ketika 50% dan 88% ketika 100%. Platinum dengan keberkesanan 90% ketika penggunaan 20%, 94% ketika 50% dan 91% ketika 100%. Apakah maksud setiap peratusan ini? Kita ambil contoh, satu PSU mempunyai julat 1000watt dan piawai 80+ Gold, takat penggunaan PSU adalah 50% (500watt), maka keberkesanan PSU adalah pada 92%. Dengan dua angka ini, kita dapat jumlah watt yang sebenar terhasil adalah 460watt manakala 40watt digantikan dengan haba. Maka PSU ini mengeluarkan 500watt dari soket anda untuk menghasilkan 460watt yang sempurna. Jika PSU tersebut Platinum dengan keberkesanan 94%, ianya akan menghasilkan 470watt nilai sebenar dan 30watt akan ditukarkan kepada haba. Inilah teori yang ringkas dapat kita pelajari. Maka

Oleh kerana kita akan mengira penggunaan purata elektrik, kita akan gunakan julat dari bebanan komputer daripada 60% sehingga 100% dan setiap peningkatan akan ditambah dari jumlah keberkesanan PSU tersebut.

Mari kita lihat peratusan keberkesanan yang telah di uji pada yang diambil dari ulasan internet. Corsair RM750

Corsair AX760i

Dari dua gambar rajah di atas kita dapati ketika penggunaan PC adalah 100Watt, keberkesanan PSU adalah sama 88%. Perbezaan dapat kita lihat apa bila memasuki penggunaan atas 200watt. Pada 300watt Platinum mempunyai keberkesanan penuh 94% sama juga seperti Gold 92%. Keberkesanan mula menurun pada kegunaan 500watt terhadap kedua-dua piawai Gold dan Platinum.

Platform INTEL

Plaform Intel hanya menggunakan sebanyak 434watt ketika pengunaan 100% dan 260 watt ketika 60%. Cadangan PSU yang diberikan untuk minimum adalah 484watt. Platform AMD

Plaform AMD pula menggunakan sebanyak 471 watt ketika pengunaan 100% dan 283watt ketika 60%. Cadangan PSU yang diberikan untuk minimum adalah 521watt. Sedikit perbincangan, adakah cukup untuk kita menggunakan PSU 550watt piawai 80+ Gold untuk kedua sistem ini? Ya cukup. Tapi kenapa dalam laporan ini kita menggunakan lebih? Ini kerana lebih besar PSU lebih bagus untuk kegunaan masa akan datang. Untuk tetapan satu kad 650watt-750watt adalah yang terbaik manakala atas 850watt adalah yang terbaik untuk dua atau tiga kad grafik.

Dengan menggunakan alat pengiraan penggunaan elektrik TNB oleh FirdTech, kita boleh dapatkan jumlah penggunaan elektrik digunakan. Kegunaan 20hari mengikut jumlah takrif TNB untuk kediaman, di bawah ini adalah jumlah penggunaan yang dikira. AMD FX 8350

I7 4770K

Perbezaan penggunaan elektrik AMD vs Intel Harian : RM 0.20sen Mingguan : RM 1.41sen Bulanan : RM 6.25sen Tahunan : RM 75.06sen

KONKLUSI Maka apa yang kita dapat daripada perbezaan antara FX8350 dan i7 4770K, sudah semestinya i7 4770K menang keseluruhan, tetapi adakah ini membuktikan FX 8350 satu unit pemproses yang lemah? Inilah di mana “trick” terjadi. Seperti yang dinyatakan oleh AMD, FX 8350 hanya bersaing untuk siri Core i5 bukanya siri Core i7, akan tetapi saya menggunakan i7, kenapa? Ini adalah untuk mengelirukan pembaca yang hanya lihat pada keputusan penuh tanpa membaca semua selingan nota. Kes ini hampir terjadi pada semua pembaca, tanpa pembacaan dan pemahaman yang penuh, mereka sangka itu la yang betul dan itulah yang salah.

Mana yang lebih sesuai dengan bajet anda? FX 8350 atau i7 4770k, bagi saya kedua-dua tiada beza, kedua-dua cip memberikan keputusan yang sangat bagus. Adakah anda perlu bermainan permainan video pada lebih 120fps walaupun paparan hanya 60hz? Bagi saya, mana-mana tetapan yang dapat menghasilkan 60fps purata adalah cukup bagus. Saya menggunakan :

Percaya atau tidak, saya dapat bermain BF4 dapat tetapan High pada purata 60fps.

Daripada laporan ringkas ini, apa yang kita dapat? Tanya diri anda sendiri, jika saya hendak membeli sistem yang baru, saya akan buat satu senarai iaitu senarai mengenai apa yang saya gunakan pada komputer tersebut, adakah lebih kepada permainan video atau applikasi? Selepas itu bandingkan dengan bajet yang anda ada. Itulah yang terbaik. Dalam bajet ketat? Jangan sesekali lupa PSU adalah komponen yang penting.

Laporan ini hanyalah sekadar teori,keputusan ujian yang diambil dari internet dan bertujuan hanyalah untuk sekadar didikan asas dalam mengenali dunia komputer, pasaran cip AMD adalah berlainan dengan INTEL juga AMD tidak lagi bersaing dengan INTEL.

Intel mempunyai kilang fabrikasi yang sendiri, maka mereka boleh mencuba teknologi terbaru mereka lebih pantas tanpa lengah berbanding kepada AMD yang bergantung pada Globo untuk siri FX dan TSMC untuk APU yang masih masih lagi pada 32nm dan 28nm. Saya tahu ada yang mengatakan ayat sinis “Habis tu kalau AMD ada kilang fabrikasi sendiri, mereka lebih hebat la dari Intel? Kalau macam tu kenapa tidak mahu buat kilang sendiri?”

Kita tidak boleh menduga perkara masa akan datang, walaupun AMD senyap mengenai siri FX pada 2014 dan 2015. Munkin mereka ada perancangan yang tersendiri, Samsung telah melabur pada Globo untuk persiapan fabrikasi transistor 14nm, adakah ini satu petunjukan di mana AMD akan terus dari 32nm ke 14nm? Kesemuanya masih menjadi tanda tanya.

Mana yang lebih sesuai AMD atau Intel? Pendapat saya adalah seperti di bawah, dengan cadangan jenis unit pemproses ini anda dapat tahu manakah yang sesuai mengikut bajet anda sendiri. Gaming resolusi 1600x900 : Intel Core i3 (Ivy/Haswell), Pentium (Haswell), AMD APU A10 (Kaveri) Gaming resolusi 1920x1080 : Intel Core i5(Sandy-Haswell), Xeon E3 1230(V2/V3), AMD FX 6xxx dan ke atas (Vishera) 3D rendering, 3D Korporat : Intel i7 (Sandy-Haswell), Intel i7 Extreme (Sandy-Ivy), Xeon E3/E5(Ivy/Haswell) Program multicore atau buka banyak perisian satu masa : AMD FX 8xxx/9xxx (Vishera) HTPC : AMD APU (Kaveri) Kegunaan pejabat : Intel Pentium (Hasswell)

Komputer anda yang kini berada di tahap mana? Ketahui dengan klik di pautan berikut : http://wp.me/P40m6A-bo

Sebarang komen boleh PM atau komen di page FB kami : https://www.facebook.com/FirdCustomPc

Teori Intel vs AMD v2.pdf

Menggunakan INTEL Core i7 4770K dan AMD FX 8350, walaupun AMD menyatakan FX 8350 hanya. bersaing dengan siri Core i5, tetapi ramai peminat tegar INTEL di Malaysia tetap dan masih. membandingkan dengan Core i7, maka kita ikut dengan selera mereka. Untuk kad grafik kita. menggunakan AMD R9 290.

1MB Sizes 1 Downloads 149 Views

Recommend Documents

2014 CINTI Low consumption and high performance Intel, AMD and ...
In the beginning, the Hyper. Threading (or officially known as simultaneous .... Low consumption and high performance Intel, AMD and ARM based Mini PCs.pdf.

Release Notes - AMD
high display resolutions. As pixel count grows, the graphics horsepower required to drive the displays at a reasonable frame rate can increase dramatically. Depending on the game and system configuration, users may notice texture corruption and reduc

Release Note - AMD
components be updated from the same Catalyst™ release. Caution: The Catalyst™ Control Center .... after enabling 3D screen saver. ○ OS Display Settings no longer shows extra resolutions for Component Video ... values instead of default mininum

Release Note - AMD
recommends that both components be updated from the same ATI. Catalyst™ release. Caution: The ATI ... Depending on the game and system configuration, users may notice texture corruption and reduced frame rates when running games in multi-monitor Ey

Release Notes - AMD
configuration, users may notice texture corruption and reduced frame rates when running games in multi-monitor Eyefinity modes. AMD Product Support. The Catalyst™ Vista driver for both the 32bit and 64bit versions of the Microsoft. Windows Vista op

Marking Scheme - Teori II.pdf
Kebanyakan bintang menempati deret utama yang. berada pada kurva diagonal dari kiri atas ke kanan bawah. Page 3 of 20. Marking Scheme - Teori II.pdf.

Catalyst 9.6 release notes - AMD
the user will see an error message. Note: These release notes provide information on the ... The code for obtaining the clock information was excluded due to inaccurate information being .... Opening Catalyst Control Center may result in an error mes

Catalyst 8.12 Release Notes - AMD
Resolved Issues for the Windows XP Operating System. • Known Issues Under the Windows ... Windows Vista operating system is supported on the following ATI Radeon™ products. Caution: The Catalyst™ .... capabilities will allow ATI Stream-enabled

Jurgen Habermas. Teori Praksis Komunikatif.pdf
Jurgen Habermas. Teori Praksis Komunikatif.pdf. Jurgen Habermas. Teori Praksis Komunikatif.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu.

Intel - Media12
Bossers & Cnossen looks to Intel®vPro™technology to boost services revenue ... evolves (e.g., toward cloud computing), it is becoming increasingly difficult for IT ... of our gross turnover comes from hardware sales, but these margins are starting

Catalyst 9.2 Release Notes - AMD
Catalysts Control Center, component video pixel format settings are retained on system restart. • Minor screen corruption no longer occurs at the top left of some Samsung panels when connected to ATI Radeon HD 3200 Graphics. • In Call of Duty 4,

TEORI BELAJAR IVAN PETROVICH.pdf
Please enter this document's password to view it. Password incorrect. Please try again. Submit. TEORI BELAJAR IVAN PETROVICH.pdf. TEORI BELAJAR IVAN ...

Intel Sat901 -
Email:[email protected], [email protected]. 1700$. This document was created with the trial version of Print2PDF! Once Print2PDF is ...

amd catalyst control center driver.pdf
Whoops! There was a problem loading more pages. Retrying... Whoops! There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more ...

Cavazza_Michael_Mixing AMD and Flowback.pdf
Cavazza_Michael_Mixing AMD and Flowback.pdf. Cavazza_Michael_Mixing AMD and Flowback.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu. Displaying ...

Intel training.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Intel training.pdf.

Employees-Compensation-Amd-Act2017-dt12thApril17.pdf ...
inform the employee of his rights to compensation under this Act, in writing as well as. through electronic means, in English or Hindi or in the official language of ...

Infinite performance - Intel - Media13
quad data rate (QDR) InfiniBand network. TECHNOLOGY ... University of Coimbra evaluates performance and scalability benefits of the latest Intel®technology.

3121_CS_2P_Bossers&Cnossen.qxd:Layout 1 - Intel
IT services to medium and large not-for-profit and private enterprises. Its expertise extends from the design, delivery, and installation of the physical infrastructure to ongoing maintenance and management. Most of Bossers & Cnossen's revenue comes

3121_CS_2P_Bossers&Cnossen.qxd:Layout 1 - Intel
and resolve more issues from the central helpdesk, reducing the number of deskside visits. This saves valuable time, reduces down- time, and improves the end-user experience. Hanze UAS also plans to record event logs into the Intel vPro technology ca

CS4HS ICS3C vs ICS3U vs ICS4C vs ICS4U Expectations.pdf ...
sequential file, database, XML file,. relational database via SQL);. A2.3 demonstrate the ability to declare,. initialize, modify, and access one- dimensional and ...

CS4HS ICS3C vs ICS3U vs ICS4C vs ICS4U Expectations.pdf ...
sequential file, database, XML file,. relational database via SQL);. A2.3 demonstrate the ability to declare,. initialize, modify, and access one- dimensional and ...

Infinite performance - Intel - Media13
Performance testing. Evaluate core applications' performance and scalability when running on the latest Intel® technology. SOLUTIONS. • Processing power.