IMPAK “FACEBOOK” TERHADAP GENERASI HADAPAN??

Bakal kita dalami  Definisi “facebook” dan sejarah penubuhannya.  Impak negatif daripada penggunaan “facebook”  Apakah hasil yang di perolehi impak daripada penggunaan laman social ini.

Al-Humaira

M

asa berlalu dengan pantas, detik demi detik kita alami, perjalanan ditempuhi dengan sabar, dan kini kita mengalami satu revolusi yang berada di luar jangkaan kita namun tidak mustahil untuk hari ini. Perubahan inovasi yang berlaku kini telah memungkinkan kita melakukan segalanya. Dan pada hari ini, bidang komunikasi diperluaskan lagi dengan pelbagai idea antaranya laman sosial yang sentiasa melakukan perubahan bagi memenuhi keperluan masyarakat dunia.”Facebook”, salah satu laman sosial yang di wujudkan dan kini antara kegemaran dan sangat intim dengan generasi muda khasnya. Kemunculan laman sosial ini disedari olah masyarakat dunia pada tahun 2004 di mana pencipta laman sesawang ini merupakan seorang pelajar dari Universiti Harvad iaitu Mark Zurkerbeg. Laman sosial ini di namakan “facebook” sempena borang yang di edar kepada pelajar baru di Universiti Harvard. Hanya dalam masa 24 jam sahaja, 1200 pelajar Universiti Harvard telah membuka akaun facebook dan dalam tempoh sebulan, separuh daripada populasi pelajar Universiti Harvard telah mempunyai akaun

2

facebook. Seterusnya, laman sosial ini telah mengambil langkah dengan memperluaskan lagi sayapnya apabila keseluruhan pelajar Universiti di Amerika Syarikat mempunyai akaun facebook sendiri dan nama domain ini di beli dengan harga USD 200 000 pada bulan ogos 2005. Malah syarikat gergasi seperti Google dan Yahoo pernah berhasrat untuk memiliki laman sesawang ini dengan harga USD 2 billion namun di tolak oleh Mark Zurkerbeg kerana pemilik akaun facebook pada ketika itu telah menjangkau lebih 30 juta ahli berdaftar. Dan kini telah terbukti bahawa akaun facebook merupakan salah satu medan komunikasi yang tidak boleh dipisahkan dengan masyarakat global khusunya generasi kini.

Al-Humaira

“F

acebook” bagaikan penawar dan seperti pelengkap dalam kehidupan masyarakat kini. Namun persoalannya adakah penggunaan facebook ini membawa maslahat atau sebaliknya banyak memberi impak negative pada generasi hadapan khusunya yang bakal menjadi pemimpin dan pemangkin dalam kemajuan sesebuah Negara?? Mari kita kaji bersama. “Facebook” mempunyai fungsi selain sebagai medan komunikasi, ia juga berfungsi pemangkin dalam merancakkan lagi bidang perniagaan. Malah melalui laman sosial ini juga mampu membantu dalam bidang politik di mana ia mampu mengeratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat di samping menjadi wahdah bagi para pendakwah dalam menyebarkan dakwah. Tidak di nafikan bahawa “facebook” membawa kebaikkan samada dari segi agama, politik, ekonomi ,pendidikkan dan sebagainya. Namun di sebalik kebaikkan penggunaan laman sosial ini, masih terdapat tompok hitam yang mana boleh memberi kesan buruk terhadap pengguna khasnya generasi kini. Ini terbukti apabila berlakunya pelbagai jenayah “facebook”, sepperti jenayah seksual, penipuan dengan menggunakan skim cepat kaya, dan merupakan medan dalam berlakunya pelbagai fitnah bagi menjatuhkan maruah individu untuk memenuhi kepentingan sendiri. Dan buktinya kajian menunjukkan seramai 620 kes di catatkan iaitu peningkatan sebanyak 36.1 peratus berbanding tahun lalu 2011 yang melibatkan remaja bawah 16 tahun di rogol melalui jaringan laman sosial sebagai batu loncatan untuk memuaskan nafsu. Malah pelbagai kes yang berlaku bukan hanya melibatkan kes seksual tetapi melibatkan pelbagai aspek seperti ;

3

Al-Humaira

KEHILANGAN NYAWA. Tahap paling kritikal pada seseorang yang menjadi mangsa jenayah laman sosial(facebook). Penjenayah mungkin mengugut mangsa melalui medium internet sepert laman sosial, kemudian mangsa dibunuh dengan kejam. Lebih malang, mangsa membunuh diri akibat tertekan. KERUGIAN WANG RINGGIT. Ini kes biasa yang berlaku di internet. Contohnya ditipu melalui chatting facebook. Penjenayah berpura-pura seorang yang kaya raya dan memujuk rayu mangsa untuk mendapatkan duit.Ada juga ditipu menggunakan Phishing Website sebagai umpan. Mangsa dikaburi dengan laman web yang 100% serupa dengan yang asli. Apabila login dengan data peribadi, semua wang yang ada hilang begitu sahaja. KEMUSNAHAN HARTA BENDA. Konsep harta benda bukan sahaja barangan fizikal yang boleh dipegang seperti kerusi dan meja. Data, fail, program dan maklumat dalam komputer juga boleh juga dikelaskan sebagai harta benda. Kemusnahan harta oleh kesan jenayah siber ini adalah perkara paling banyak berlaku di internet. MARUAH DIRI TERCEMAR. Contoh mudah apabila video dan gambar kurang elok tersebar meluas oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Tetapi salah siapa sebenarnya? Mangsa sepatutnya bersalah kerana buat perkara yang tidak elok.Jika dah sah hubungan itu memang tiada masalah. Malah boleh dianggap mangsa oleh orang-orang tertentu. Tetapi, kalau hanya sekadar boyfriend girlfriend? Mungkin satu balasan untuk dijadikan pengajaran pada kita. KESTABILAN NEGARA TERGUGAT. Contoh paling mudah apabila seorang remaja tak guna menghina lagu Negaraku di Facebook, maka tersebar ke segenap pelusuk dunia. Pandangan negatif negaranegara lain mula kedengaran. Malunya, negara sendiri. Oleh sebab seekor lembu gila, habis satu kampung dapat luka. Ini pun dikira satu jenayah siber yang berat.

4

Al-Humaira

“Dunia tanpa sempadan” tidak bererti membenarkan kita untuk memungkinkan segalanya’

“Dunia tanpa sempadan” tidak bererti membenarkan kita untuk memungkinkan segalanya kerana sesungguhnya ia memberi peringatan terhadap kita untuk lebih berhati-hati dalam menghadapi situasi yang mencabar diri kita.Tidak salah untuk kita seiring dengan perkembangan dunia teknologi atau dunia tanpa sempadan, namun persoalannya kah ia memberi maslahat atau sebaliknya memberi kesan buruk kepada generasi akan datang yang bakal menjadi pemangkin dalam kemajuan sesebuah Negara yang merupakan topik utama kita. Jelas terbukti bahawa penggunaan laman sosial ini tidak memberi kebaikkan kepada generasi akan datang. Mari kita kaji bersama. Kita telah pun mengetahui kesan buruk akibat daripada penggunaan laman sosial ini, kini saya kuatkan lagi hasil

5

yang kita perolehi akibat penggunaan laman sosial ini. Sebelum kita pergi lebih lanjut, ingin ditegaskan bahawa frasa kesan dan hasil yang diketengahkan adalah dua frasa yang berbeza dan mempunyai definisi yang tersendiri. Kita sedia maklum bahawa frasa kesan merujuk kepada impak negatif yang di perolehi akibat daripada penggunaan laman sosial ini, manakala frasa hasil dapatlah kita takrifkan sebagai sesuatu yang kita perolehi daripada tindakan atau keputusan yang kita buat. Baiklah, umum sedia mengetahui laman sosial ini bukan hanya mempengaruhi satu aspek sahaja tapi lebih daripada aspek utama yang bakal kita diskusikan dan fahami bersama lanjutan daripada impak penggunaan “facebook” dan seterusnya hasil daripada penggunaan laman sosial ini ialah dari segi pendidikkan, hubungan sosial serta agama.

Al-Humaira

B

ila kita telesuri,apakah hasil yang di perolehi oleh remaja khasnya daripada penggunaan “facebook” dikaitkan dengan pemdidikkan. Bila difikirkan semula, kewujudan laman sosial ini bermula di kalangan para pelajar, ini menunjukkan bahawa secara tidak lansung laman sosial ini mempengaruhi sistem pendidikkan. Apa tidaknya, jika kita lihat pada masa kini ramai generasi kini menghabiskan masa dengan melayan laman sosial ini berbanding menyiapkan kerja sekolah. Hasilnya, ia akan menjadi rutin dan sebahagian dalam kehidupan remaja tersebut. Akhirnya institusi semakin tidak kreatif dan inovatif, tiada perubahan yang berlaku dalam memperkasakan sistem pendidikkan kerana kurangnya generasi yang berintelektual dan berkemahiran. Seterusnya dari aspek hubungan sosial, bermulanya perkenalan, pertemuan secara bersemuka, akhirnya hubungan yang lebih akrab terjalin dan

6

sehingga berlakunya pekara-pekara yang tidak diingini seperti kes rogol, mengandung anak luar nikah dan seterusnya pembuangan bayi. Jika ini terus berlaku, maka rosaklah sesebuah Negara, hanya tinggal pada nama dan sejarah kerana majunya sesebuah Negara itu , jika baik generasinya, runtuhnya sesebuah Negara itu jika buruk generasinya. Akhir sekali ialah dari segi agama, umum sedia maklum bahawa agama merupakan nadi dalam kehidupan, tanpa agama maka tiada guna menghembus nafas di dunia ini.Sesungguhnya semua agama menyerukan kepada kebaikkan, namun dengan peredaran zaman yang berlaku kini telah memungkinkan segalanya, agama dipermainkan dan di cemari dengan melunarnya pelbagai fitnah di laman sosial yang menyebabkan keharmonian antara penganut tergugat. Hasilnya runtuhlah akhlak dan modal insan di kalangan generasi akan datang. Jika ini berlanjutan maka akan rapuhlah pegangan dan seterusnya yang halal di haramkan,dan yang halal di haramkan, nauzubillah.

Al-Humaira

Konklusinya,

sesungguhnya semua manusia dalam kerugian tidak kira mereka yang kaya, miskin,cantik dan sebagainya kecuali orang beriman. Berpegang teguhlah pada matlamat dan tujuan hidup sebenar serta bertanggunjawab dalam setiap pekara yang kita lakukan. InsyaALLAH, biarpun perubahan demi perubahan yang berlaku tidak dapat meruntuhkan nilainilai kemanusian dalam diri kita dan jangan biar diri anda di takluki oleh teknologi kerana kita yang mewujudkan mereka, jadi biar kita yang kuasai mereka.

“Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman & beramal soleh. Berpesan-pesan ke arah kebenaran & berpesan-pesan ke arah kesabaran.” (Al-Asr)

7

tugasan word 1.pdf

Universiti Harvad iaitu Mark Zurkerbeg. Laman. sosial ini di namakan “facebook” sempena. borang yang di edar kepada pelajar baru di. Universiti Harvard.

1MB Sizes 3 Downloads 107 Views

Recommend Documents

TUGASAN 3.pdf
Page 2 of 8. By prism. Colour of light. scattered. Produce. Rules. Object distance. Causes. Through. rain drop. By prism. Analogy. to. With the. help of. Consists of.

TUGASAN BAB 2.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. TUGASAN BAB ...

TUGASAN 1 - ONLINE SHOPPING.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. TUGASAN 1 ...

WORD OPPOSITE RHYMING WORD
Aug 24, 2014 - Social Development. Let us ensure our children use magic words on a regular basis. Be a role model for our children and use these words yourself as well around our children. Magic words like : Please, Thank You, Sorry, Etc. Also, greet

word by word pdf
Loading… Whoops! There was a problem loading more pages. Retrying... Whoops! There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. word by word pdf. word by wor

Word meaning, concepts and Word meaning ...
In the writing of this thesis, I have benefitted from the continuous support and .... I will also try to show how pragmatics can help to explain how concepts expressing .... and/or inaccessible to people's perceptual systems and therefore unsuitable

Word meaning, concepts and Word meaning, concepts ...
pragmatics, concepts have come to play a prominent role, although not much work ..... I start by outlining the linguistic underdeterminacy thesis, which holds that in ...... So the contents of mind-internal concepts like DOG, COFFEE, WATER, ...... 'r

Word Quick Reference, Microsoft Word 2003 Cheat ... - CustomGuide
To Create a New Document: Click the New Blank Document button, or press + . • To Open a Document: Click the Open button on the Standard toolbar ...