UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, 35900 TANJONG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN

KOD DAN NAMA KURSUS : SBP 6024 – TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BIOLOGI

NAMA PENSYARAH : PROFESOR MADYA DR SADIAH BINTI BAHAROM

NAMA : LATIFAH BINTI JALILUL (M20131000466)

PROGRAM: SARJANA PENDIDIKAN BIOLOGI (A)

TAJUK TUGASAN: ULASAN VIDEO ‘BUILD A SCHOOL IN THE CLOUD’ OLEH SUGATA MITRA

SENARAI KANDUNGAN Kandungan

PENGENALAN

Muka Surat

3

BAHAGIAN I: SEKOLAH DI ATAS AWAN (SCHOOL IN THE CLOUD) MENURUT SUGATA MITRA.

4-6

BAHAGIAN II: CABARAN-CABARAN JIKA ‘SCHOOL IN THE CLOUD’ DIJALANKAN DI MALAYSIA

KESIMPULAN

RUJUKAN

LAMPIRAN  LAMPIRAN I – GAMBAR ‘SCHOOL IN THE CLOUD’ PERTAMA DI KILLINGWORTH, ENGLAND  LAMPIRAN II – TRANSKRIP VIDEO ‘BUILD A SCHOOL IN THE CLOUD’ OLEH SUGATA MITRA

7-11

12

13

14-24

PENGENALAN Corak pendidikan pada masa kini adalah berdasarkan apa yang telah dirancang di masa lalu. Situasi pendidikan sedia ada merupakan suatu sistem yang menjadikan sekolah sebagai institusi yang menghasilkan individu yang mampu menguasai tiga perkara iaitu menulis, membaca dan mengira. Walaubagaimanapun, menurut Sugata Mitra sistem ini tidak boleh digunapakai lagi kerana bidang kerja harini memerlukan modal insan yang tahu menggunakan komputer dan tahu membaca sekaligus menilai hasil bacaan mereka. Pada masa kini, komputer dan mesin boleh melakukan pelbagai macam pekerjaan yang dilakukan oleh tenaga kerja yang ramai hanya dengan memetik satu suis sahaja. Kemahiran mengira dan menulis tidak lagi kritikal kerana bekerja dengan komputer menggantikan kemahiran-kemahiran tersebut. Di samping itu, individu masa kini haruslah tahu bagaimana menilai sesuatu perkara dengan kritis dan kritikal. Di masa akan datang, situasi bidang kerja adalah lebih kepada manusia boleh bekerja dari tempat yang jauh, pada masa yang mereka suka dan dalam bidang kerja yang mereka sukai. Teknologi merupakan satu-satunya pemangkin kepada keadaan ini. Persoalan yang timbul adalah sejauh manakah sistem pendidikan sedia ada dapat menyediakan modal insan yang mempunyai kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam menghadapi cabaran kerjaya di masa akan datang? Jika dilihat dari perspektif situasi di negara Malaysia, adakah langkah-langkah ke arah pendidikan di abad ke-21 telahpun diambil? Apakah usaha-usaha yang perlu dibuat untuk memastikan modal insan negara di masa akan datang dapat menguasai bidang pekerjaan yang ditawarkan? Oleh itu, pendidikan sedia ada perlulah melalui proses pengubahsuaian. Menurut Sugata Mitra dalam ucapan yang diberikan, langkah pembinaan ‘Sekolah di Atas Awan’ merupakan salah satu cara yang dicadangkan untuk menyediakan generasi sekarang dalam menghadapi situasi akan datang. Dalam ulasan video Sugata Mitra ini, saya akan membincangkan mengenai apakah yang dimaksudkan dengan ‘Sekolah di Atas Awan’ menurut perspektif Sugata Mithra dan cabaran-cabaran yang dihadapi jika ‘Sekolah di Atas Awan’ ini diimplementasikan di Malaysia.

BAHAGIAN I: SEKOLAH DI ATAS AWAN (SCHOOL IN THE CLOUD) MENURUT SUGATA MITRA. Berdasarkan video, harapan yang ingin disampaikan oleh Sugata Mitra ialah beliau berharap dapat membantu merekabentuk masa depan pembelajaran dengan membantu pelajar di seluruh dunia dalam menjana persoalan kepada diri mereka sendiri dan kebolehan mereka bekerja dalam kumpulan. Misi ini dijalankan dengan membina ‘Sekolah di atas Awan’ (School in the Cloud)’ iaitu sebuah sekolah di mana pembelajaran pelajar dimulakan dengan persoalan besar yang disediakan oleh pengantara. Pembelajaran akan berlaku di sepanjang proses menjawab persoalan yang diberikan. Langkah-langkah yang perlu diambil adalah menyediakan prasarana yang diperlukan untuk membuat kajian mengenai sekolah ini. Prasarana yang disediakan tidak melibatkan tenaga manusia dan hanya terdapat seorang ‘granny’ yang menjaga kesihatan dan keselamatan pelajar. Selebihnya terletak di atas awan. Idea untuk membina sekolah di atas awan ini tercetus apabila Sugata Mitra menjalankan eksperimen yang dikenali sebagai ‘Hole in the Wall’ buat kali pertama pada tahun 1999. Dalam eksperimen ini, beliau meletakkan sebuah komputer di kawasan penginapan golongan yang berpendapatan rendah berhampiran dengan tempat kerjanya. Kanak-kanak di kawasan tersebut tidak mempunyai asas bahasa inggeris dan tidak pernah memiliki komputer dan internet. Eksperimen ini diulangi di kawasan yang terpencil di beberapa kawasan di India dan Sugata Mitra mendapati bahawa kanak-kanak akan mempelajari cara menggunakan komputer dan internet dengan sendirinya. Setelah eksperimen ini dijalankan selama lima tahun, beliau mendapati bahawa sekumpulan kanak-kanak boleh mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan dengan sendirinya melalui bantuan internet. (Sally R.,2014). Dalam melaksanakan ‘School in the Cloud’, terdapat dua komponen utama iaitu SelfOrganised Learning Environments (SOLE) dan Self Organised Mediation Environments (SOMEs) (ScienceDaily, 2014). Self-Organised Learning Environments (SOLE) bermaksud pelajar merancang sendiri persekitaran pembelajaran mereka. Menurut Sugata (2014), asas bagi SOLE ialah gabungan antara jalur lebar, kolaborasi dan galakan untuk belajar. Pelajar akan duduk dalam kumpulan dan melayari internet bersama-sama bagi menjawab persoalan besar yang diberikan. Pelajar bebas mencari maklumat dan guru akan berada di belakang kelas sambil memerhatikan pembelajaran itu berlaku. Di akhir proses ini, pelajar akan menghasilkan satu

kesimpulan yang rasional dan logik untuk persoalan tersebut. Pelajar akan diberi peluang untuk berkongsi hasil dapatan mereka bersama rakan-rakan yang lain. Oleh sebab itu, kurikulum yang digubal haruslah mengandungi persoalan besar yang ingin dibincangkan, pedagogi persekitaran pembelajaran kendiri, bentuk pentaksiran yang mana pelajar boleh berbincang dan melayari internet dan pentaksiran secara berkumpulan (Sally R., 2014). Terdapat 6 parameter asas untuk mengimplementasikan SOLE yang ditetapkan oleh Sugata Mitra dalam kit SOLE iaitu; 1. Kanak-kanak yang berusia antara 8 hingga 12 tahun bebas memilih ahli kumpulan masing-masing dan memilih persoalan yang ingin diterokai. 2. Kanak-kanak tersebut boleh melihat apa yang dibuat oleh kumpulan lain dan boleh mengambil maklumat tersebut untuk dibincangkan dalam kumpulannya. 3. Mereka boleh bergerak dengan bebas. 4. Mereka boleh bertukar kumpulan bila-bila masa yang mereka mahu. 5. Kanak-kanak tersebut boleh berbual antara satu sama lain dan boleh berbincang dengan kumpulan lain. 6. Peserta aktiviti ini mempunyai peluang untuk memberitahu rakan-rakan mereka tentang apa yang telah mereka pelajari selepas sesi SOLE. Perjalanan SOLE dimangkinkan oleh persoalan besar yang dibina oleh pelajar sendiri, penemuan-kendiri, perkongsian dan kespontanan. Manakala Self Organised Mediation Environments (SOMEs) pula merujuk kepada perantara yang disebut sebagai 'granny cloud’. Menurut Suneeta (2014), istilah ‘granny cloud’ ataupun ‘nenek’ dalam bahasa melayu yang digunakan oleh Sugata Mitra bukanlah merujuk kepada seorang perempuan tua malahan istilah tersebut digunakan berpadanan dengan peranannya yang menggunakan pendekatan seorang nenek dalam memotivasikan kanak-kanak. ‘Granny cloud’ boleh jadi seorang lelaki atau perempuan, muda atau tua dari pelbagai latar belakang kehidupan. Mereka akan berinteraksi melalui ‘skype’ dengan kanak-kanak di samping menggalakkan dan menghargai usaha-usaha yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tersebut. Peranan utama ‘granny cloud’ adalah dalam meransang perasaan ingin tahu pelajar, sanggup meluangkan masa dan berseronok dalam hubungan alam maya dengan pelajar disepanjang proses penerokaan idea baru. Oleh sebab itu, ciri-ciri yang perlu ada pada seorang ‘granny cloud’

ialah dia mestilah seorang yang terdorong untuk mempelajari sesuatu yang baharu, berfikiran terbuka dalam menerima idea-idea yang baru, fleksibel dan boleh berhadapan dengan kekecewaan dalam menangani masalah komunikasi virtual. Walaubagaimanapun, ciri paling penting yang perlu ada pada seorang ‘granny cloud’ ialah dia mestilah seseorang yang mempunyai komitmen yang tinggi (Suneeta, 2014). Komitmen tersebut bermaksud komitmen kepada pelajar, pendekatan pengajaran yang digunakan, komitmen untuk membuat perubahan yang relevan kepada sistem pendidikan sedia ada seterusnya komitmen untuk menghadapi pelbagai masalah peribadi. Hal ini kerana melalui pengalaman ‘granny cloud’ sebelum ini, kekadang mereka terpaksa mengambil masa untuk berehat daripada sesi komunikasi virtual disebabkan oleh halangan-halangan peribadi yang tidak dapat dielakkan. Daripada kajian-kajian sebelum ini, sebilangan besar ‘granny cloud’ akan kembali kepada sesi kerana mereka mempunyai komitmen yang tinggi dalam menjalankan misi ini. Pada tahun 2013, Sugata Mitra telah memenangi anugerah TED untuk membina makmal pembelajaran ‘School in the Cloud’ di serata India dan United Kingdom dimana pelajar terlibat dalam SOLE disamping mengetengahkan SOLE kepada masyarakat setempat. Beribu-ribu orang daripada Colombia dan Afrika Selatan turut mengambil bahagian dalam SOLE dengan memuat turun kit SOLE dan berkongsi pengalaman mereka selepas mengimplementasikan SOLE di dalam kelas mahupun di rumah. Menurut Science Daily (2014), pembinaan makmal pembelajaran yang pertama di Kalkaji, India pada 4 Februari 2014 yang lepas merupakan laluan pertama kepada kaedah pembelajaran di abad ke-21.

BAHAGIAN II: CABARAN-CABARAN JIKA ‘SCHOOL IN THE CLOUD’ DIJALANKAN DI MALAYSIA Dalam menyahut cabaran ke arah pendidikan abad ke-21, Malaysia tidak harus ketinggalan. Negara kita harus mempersiapkan modal insan masa kini agar dapat menghadapi cabaran-cabaran di abad ke-21. Sistem pendidikan di negara kita harus mengalami pengubahsuaian agar harapan negara yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 supaya Malaysia berada sebaris dengan negara-negara teratas dalam bidang pendidikan akan tercapai dengan jayanya. Salah satu langkah yang perlu diambil adalah dengan menyahut cabaran Sugata Mitra dengan membina ‘School in the Cloud’ di Malaysia dan mempraktikkan SOLE di dalam kelas. Sebelum menyahut cabaran ini, beberapa perkara haruslah dibuat pertimbangan. Pertama, prasarana yang perlu disediakan. Bagaimanakah bentuk bangunan yang disediakan? Apakah kemudahan-kemudahan asas yang perlu ada? Bagaimanakah susun atur perabot yang sesuai dengan aktiviti pmbelajaran SOLE? Menurut Sally R. (2014), pembinaan ‘School in the Cloud’ bermakna pembinaan kemudahan yang cukup kukuh dan ampuh dalam menghadapi keadaan iklim persekitaran yang sentiasa berubah-ubah. Terutamanya kemudahan jalur lebar yang cukup laju dan sentiasa berfungsi sepanjang sesi pembelajaran dijalankan. Hal ini kerana internet merupakan sumber utama pembelajaran. Susun atur perabot haruslah memudahkan pergerakan dan interaksi antara kumpulan. Jika merujuk kepada sekolah yang telah dibina oleh Sugata Mitra sebelum ini, tingkap kaca diperlukan untuk memastikan jarak penglihatan dari luar kelas semasa SOLE berlangsung. Selain itu, penggunaan tingkap kaca juga akan membolehkan pemantauan keselamatan pelajar dibuat tanpa mengganggu sesi yang sedang berlangsung. Ibu bapa dan masyarakat di persekitaran boleh memerhatikan anak-anak mereka dari luar kelas. Tidak kurang pentingnya adalah saiz monitor komputer yang disediakan untuk setiap kumpulan. Hal ini adalah kerana setiap kumpulan yang terdiri daripada empat hingga 5 orang pelajar akan berkongsi monitor komputer yang sama. Selain itu, skrin yang cukup besar dilekatkan pada dinding ‘School in the Cloud’ yang telah dibina oleh Sugata Mitra kerana ianya perlu untuk sesi ‘Granny Cloud’ bagi seisi kelas. Selain itu, ‘Granny Cloud’ juga akan mempunyai pemandangan yang cukup luas untuk melihat keseluruhan pelajarnya.

Perkara kedua yang perlu diambil perhatian adalah dana untuk mendirikan ‘School in the Cloud’

di Malaysia. Selain daripada dana peruntukan kerajaan, kutipan dana daripada

pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan juga perlu untuk menampung kos pembinaan sekolah ini. Jika dirujuk di sepanjang pembinaan sekolah yang dijalankan oleh Sugata Mitra, terdapat juga dana yang diperolehi oleh orang perseorangan contohnya dana daripada Richard Alberg yang merupakan seorang usahawan dari London. Beliau berminat dalam pelaksanaan misi pembinaan ‘School in the Cloud’ dan turut mengambil bahagian dalam misi ini. Pendedahan mengenai pembinaan sekolah ini di Malaysia perlu diluaskan agar pihak-pihak yang berkemampuan dapat menyumbangkan dana dalam pembinaan sekolah seperti ini di negara kita. Perkara ketiga yang perlu dipertimbangkan ialah kurikulum yang sesuai dengan SOLE. Matamat kurikulum yang ditetapkan haruslah jelas dan boleh dicapai. Sebagai contohnya, di India matlamat utama pembinaan ‘School in the Cloud’ adalah untuk memastikan pelajar mencapai dua perkara iaitu kanak-kanak boleh belajar membaca dan melayari internet dengan sendirinya (ScienceDaily, 2014). Kurikulum yang digubal haruslah bersesuaian dengan konsep pembelajaran kendiri dalam SOLE selain bersesuian dengan keadaan semasa di Malaysia. Hal ini adalah kerana dalam sesi pengajaran dan pembelajaran SOLE, ianya dimulakan dengan persoalan-persoalan yang besar dan pembelajaran berlaku semasa pelajar mencari maklumat untuk menjawab persoalan tersebut. Menurut Sugata, jika kanak-kanak di bawah 13 tahun diberikan komputer yang lengkap dengan akses internet, kanak-kanak tersebut akan belajar sendiri untuk menggunakannya. Namun, beberapa syarat mestilah dipenuhi. Pertama, komputer tersebut perlulah diletakkan di tempat yang selamat dan terbuka supaya orang dewasa dapat memantau kelakuan kanak-kanak tersebut dalam menggunakan komputer. Syarat yang kedua ialah orang dewasa tidak boleh memberikan arahan kepada kanak-kanak tersebut kerana kanak-kanak tidak akan berasa selesa jika kelakuan mereka sentiasa diperhatikan. Selain itu, empat atau lima orang pelajar merupakan jumlah optimum untuk sebuah komputer. Kanak-kanak tersebut harus dimaklumkan bahawa mereka bebas melakukan apa sahaja. Biasanya kanak-kanak akan memilih untuk membuat perbincangan kumpulan dan biasanya akan berakhir dengan permainan game. Oleh sebab itu, dalam melaksanakan ‘School in the Cloud’ di Malaysia, kanak-kanak harus diberikan masa untuk beradaptasi dengan kurikulum SOLE.

Seguel dan Rivero (2014) telah menjalankan SOLE dan berkongsi pengalaman mereka dalam menjalankan pendekatan ini. Mereka menyatakan bahawa antara cabaran yang paling besar dalam menjalankan SOLE ialah membina persoalan yang cukup menarik dan dapat menaikkan motivasi pelajar. Sugata Mitra (2014) menjelaskan dalam kit SOLE bahawa dalam membina dan menjelaskan persoalan yang perlu dikaji oleh pelajar, guru seharusnya menunjukkan perasaan ingin tahu dan membina ruang yang terbuka, fleksibel dan menggalakkan bagi pelajar untuk mengambil risiko intelektual dalam proses menjawab persoalan yang diberikan. Ciri-ciri persoalan yang baik ialah ianya mempunyai skop yang luas, terbuka, susah dan menarik untuk dikaji. Persoalan seperti ini akan mebuka ruang untuk perbincangan yang lebih mendalam dengan skop yang lebih luas. Oleh sebab itu, jika ‘School in the Cloud’ ingin dijalankan di Malaysia, kurikulum yang digubal haruslah mengandungi persoalan-persoalan besar untuk pelajar. Hal ini adalah penting kerana persoalan besar merupakan nadi kepada SOLE di dalam ‘School in the Cloud’. Dalam melaksanakan kurikulum yang digubal berasaskan SOLE di Malaysia, pedagogi yang dijalankan haruslah bersifat menggalakkan pembelajaran kendiri. Merujuk kepada perancangan sesi pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan oleh Sugata Mitra, terdapat tiga fasa utama iaitu penyoalan, penyiasatan dan ulasan. Aktiviti penyoalan dijalankan selama 5 minit. Pada sesi ini guru bertanggungjawab dalam menyediakan ransangan yang kreatif seperi video atau audio yang berkaitan dengan persoalan. Selain itu, pada sesi ini guru akan menerangkan secara ringkas proses SOLE yang akan dijalankan. Selepas itu, fasa yang kedua memberikan pelajar ruang untuk membuat penyiasatan tentang persoalan yang diberikan. Pelajar akan bekerja dalam kumpulan dan mengemukakan permasalahan yng timbul kepada pengantara (granny cloud). Sebarang data yang diperolehi dalam sesi ini haruslah didokumenkan sama ada dalam bentuk nota, gambar mahupun rakaman audio. Fasa kedua ini akan dijalankan selama 40 minit. Fasa seterusnya melibatkan ulasan hasil penyelidikan yag telah dibuat. Pelajar akan berkongsi maklumat yang mereka perolehi dengan rakan sekelas. Guru memainkan peranan dalam membuat perbincangan mengenai persoalan dan proses penyiasatan yang telah dijalankan. Pelajar juga dikehendaki untuk membuat refleksi kendiri terhadap apa yang telah mereka lakukan sepanjang sesi sebelum ini. Fasa ini mengambil masa dalam 10 hingga 20 minit.

Keseluruhan sesi pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan memakan masa selama 55 hingga 65 minit. Walaubagaimanapun, masa yang diperlukan untuk setiap sesi bergantung kepada darjah kesukaran soalan yang diberikan. Rajah dibawah menunjukkan tiga fasa yang terlibat dalam sesi SOLE yang diambil daripada kit SOLE oleh Sugata Mitra. Perancangan pembelajaran seperti yang dicadangkan oleh Sugata Mitra ini boleh dijadikan contoh untuk implementasi ‘School in the Cloud’ di Malaysia.

Sumber: SOLE toolkit by Sugata Mitra (2010)

Pertimbangan juga harus dibuat tentang kebolehan pelajar menilai maklumat yang boleh dijadikan sebagai sumber intelektual. Pelajar haruslah didedahkan dengan etika dalam menilai sumber internet dan menghargai harta intelek. Hal ini adalah kerana dalam menghadapi dunia di abad ke-21, pelajar haruslah tahu membuat pertimbangan terhadap sesuatu sumber sebelum memetiknya sebagai sumber ilmu pengetahuan. Selain itu, dalam memetik hasil kajian orang lain, pelajar perlulah tahu bagaimana untuk menghargai dengan menyatakan sumber bahan yang mereka gunakan. Seterusnya, perkara yang perlu diambil kira dalam pembinaan ‘School in the Cloud’ ialah bentuk pentaksiran yang perlu dijalankan sama ada pentaksiran individu mahupun pentaksiran yang dibuat secara berkumpulan. Menurut Sugata Mitra (2014), bentuk pentaksiran yang

dijalankan adalah suatu ujian yang mana pelajar boleh berkomunikasi, berbincang dan menggunakan internet. Dengan cara ini pentaksiran yang dijalankan adalah lebih fleksibel dan mencakupi skop yang lebih luas. Selain itu, pentaksiran secara berkumpulan perlu dijalankan dan ia merupakan jenis pentaksiran yang baru. Pentaksiran secara berkumpulan akan dapat meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar melakui kolaborasi dengan rakan sebaya. Hal ini adalah kerana dengan menjalankan pentaksiran berkumpulan, pelajar dapat menjelaskan dan memberi penerangan kepada rakan sekumpulan mengenai pemahaman mereka dalam konsepkonsep pembelajaran. Pada masa kini, pentaksiran yang dijalankan di negara kita lebih kepada pentaksiran individu. Oleh sebab itu, perhatian yang lebih perlu diberikan dalam mereka bentuk satu pentaksiran berkumpulan yang sesuai dengan keadaan di Malaysia. Dalam proses membina ‘School in the Cloud’ di Malaysia, pertimbangan perlu dibuat mengenai ciri-ciri ‘granny cloud’ yang diperlukan untuk menjadi perantara. Malaysia adalah sebuah negara Islam dan penuh dengan ciri-ciri budaya ketimuran yang mementingkan sopan santun dan tata susila. Falsafah pendidikan negara kita juga telah menjelaskan bahawa matlamat utama pendidikan di negara kita adalah menghasilkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Oleh sebab itu, pemilihan ‘granny cloud’ yang menepati ciriciri ketimuran haruslah dititikberatkan. Garis panduan penetapan etika berpakaian dan adab-adab ketimuran perlu disediakan untuk menjadi panduan menjadi seorang ‘granny cloud’ kepada pelajar-pelajar di Malaysia agar misi menghasilkan modal insan berkualiti seimbang dari segala aspek baik ilmu pengetahuan mahupun etika dapat dicapai. Isu yang harus dibincangkan dengan lebih mendalam lagi tentang bagaimanakah penerapan nilai-nilai murni dapat dijalankan di dalam kelas SOLE? Hal ini adalah kerana, dalam pengajaran dan pembelajaran SOLE, pelajar sendiri akan mencipta persekitaran pembelajaran mereka dengan bersumberkan bahan daripada internet. Tidak dapat dinafikan lagi, penerapan nilai murni memerlukan orang dewasa sebagai contoh untuk menunjukkan pengamalan nilainilai murni. Teori telah menyatakan bahawa kanak-kanak cenderung belajar melalui peniruan. Jika pelajar mencipta persekitaran pembelajaran masing-masing, bagaimanakah penerapan nilainilai murni dapat dijalankan? Pelaksanaan ‘School in the Cloud’ di Malaysia bukan sahaja bertujuan untuk mempersiapkan pelajar dengan kemahiran-kemahiran abad ke-21 malahan penerapan nilai murni harus dititikberatkan.

KESIMPULAN Dalam menyahut cabaran era globalisasi dan dunia tanpa sempadan menjelang abad ke21, Malaysia tidak harus ketinggalan untuk mempersiapkan generasi yang mampu menangani cabaran-cabaran di masa akan datang. Langkah-langkah drastik harus diambil bagi mentransformasi pendidikan sedia ada untuk menyesuaikannya dengan aliran arus perdana tika ini. Pada pendapat saya, negara kita harus menyahut seruan Sugata Mitra dalam mereka bentuk masa depan pembelajaran dengan membina ‘School in the Cloud’. Kajian-kajian rintis mengenai penerapan elemen SOLE dan ‘granny cloud’ perlu dijalankan di Malaysia bagi melihat kesesuaian pendekatan ini dalam situasi negara kita. Sebagai seorang guru, kit SOLE yang dicadangkan oleh Sugata Mitra haruslah dimuat turun dan dicuba untuk diimplementasikan di dalam kelas masing-masing. Selain sebagai cubaan kepada pendekatan baharu di dalam kelas, pelajar juga dapat didedahkan kepada pembelajaran di abad ke-21. Perkongsian ini juga sekaligus akan dapat mempengaruhi rakan-rakan guru di Malaysia untuk mempraktikkan SOLE di dalam kelas masing-masing. Dalam usaha membina ‘School in the Cloud’ di negara kita, sudah pastinya pelbagai cabaran akan dihadapi. Namun, jika kita tidak mengambil langkah mula negara kita terus berada di takuk yang lama. Secara peribadi, saya amat bersetuju dengan cadangan pembinaan ‘School in the Cloud’ oleh Sugata Mitra. Hal ini adalah kerana sistem pendidikan sedia ada memerlukan perubahan kerana dunia kita sudah mula beralih dari zaman pen dan kertas ke zaman segalanya disimpan di atas awan. Guru hanya berperanan sebagai fasilitator dan tugas guru hanya memerhatikan perjalanan proses pembelajaran. ‘Granny cloud’ pula memainkan peranan dalam memberikan motivasi dan galakan bagi mengaruh proses pembelajaran. Pelaksanaan SOLE memberikan peluang kepada pelajar untuk merekabentuk pembelajaran mereka sendiri. Berbeza dengan proses pengajaran dan pembelaaran sedia ada, guru yang mencorakkan dan memilih pendekatan pembelajaran yang ingin dijalankan di dalam kelas. Dengan SOLE, pembelajaran berlaku dalam suasana yang bebas, menyeronokkan dan penuh bermakna. Oleh sebab itu, pelaksanaan ‘School in the Cloud’ di Malaysia perlu dijalankan bagi menyediakan satu platform untuk transformasi sistem pendidikan yang sedia ada. Kerjasama dar i pelbagai pihak adalah perlu bagi memastikan misi ini berjaya.

RUJUKAN Assessing group work, Assessing Learning in Australian Universities, Center for the Study of Higher Education. Accessed 22 January 2010. http://www.cshe.unimelb.edu.au/assessinglearning/docs/Group.pdf Chan C.(2010) Assessment: Assessing Group Work, Assessment Resources@HKU, University of Hong Kong [http://ar.cetl.hku.hk]: Available: Accessed: 10 July 2014 Kristen Hicks (2013, March 20). What Does Mitra’s School in the Cloud Mean for Higher Ed?. Retrieved July 9, 2014 from http://edcetera.rafter.com/what-does-mitras-school-in-the-cloud-mean-forhigher-ed/ Monash University. (2009). Group Assessment Guideline. Retrieved July 10, 2014 from http://www.buseco.monash.edu.au/esg/agu/policies/group-assess-guidelines.pdf Newcastle University. (2014, February 4). A whole new way of learning: Sugata Mitra's first School in the Cloud lab opens in India. ScienceDaily. Retrieved July 14, 2014 from www.sciencedaily.com/releases/2014/02/140204074035.htm Sally Rix (2014, June 11). What makes for a good Granny? By Suneeta Kulkarni. Retrieved July 11, 2014 from https://www.theschoolinthecloud.org/updates/what-makes-for-a-good-granny-by-suneetakulkarni Sally Rix (2014, June 12). ‘Putting Children in Charge’ by Sugata Mitra. Retrieved July 9, 2014 from https://www.theschoolinthecloud.org/updates/putting-children-in-charge-by-sugata-mitra Sally Rix (2014, June 1st ). Building a School in the Cloud – 1st June 2014 (part 1) by Suneeta Kulkarni. Retrieved July 10, 2014 from https://www.theschoolinthecloud.org/updates/building-a-school-inthe-cloud-1st-june-2014-part-1-by-suneeta-kulkarni Sally Rix (2014, June 22). SOLE Experience by members of San Vicente Ferref School in Santiago, Chile. Retrieved July 9, 2014 from https://www.theschoolinthecloud.org/updates/sole-experiencein-san-vicente-ferrer-school-in-santiago-chile Sugata Mitra (2013, February). Build a School in the Cloud. Retrieved July 2, 2014 from https://www.ted.com/talks/sugata_mitra_build_a_school_in_the_cloud Suneeta Kulkarni (2013, Nov 11). School in the Cloud Labs-What could they be?. Retrieved July 8, 2014 from https://www.theschoolinthecloud.org/updates/schools-in-the-cloud-what-could-they-be Trace Tips. (undated). Methods for Assessing Group Work. Retrieved July 9, 2014 from http://www.utwente.nl/ces/toetsing/docenten/groepswerk/methodsforassessinggroupwork.pdf

LAMPIRAN I GAMBAR ‘SCHOOL IN THE CLOUD’ PERTAMA DI KILLINGWORTH ENGLAND

Sumber; http://blog.ted.com/2013/12/16/the-firstschool-in-the-cloud-opens/

LAMPIRAN 1I TRANSKRIP ‘BUILD A SCHOOL IN THE CLOUD’ OLEH SUGATA MITRA 0:12What is going to be the future of learning? 0:17I do have a plan, but in order for me to tell you what that plan is, I need to tell you a little story, which kind of sets the stage. 0:28I tried to look at where did the kind of learning we do in schools, where did it come from? And you can look far back into the past, but if you look at present-day schooling the way it is, it's quite easy to figure out where it came from. It came from about 300 years ago, and it came from the last and the biggest of the empires on this planet. ["The British Empire"] Imagine trying to run the show, trying to run the entire planet, without computers, without telephones, with data handwritten on pieces of paper, and traveling by ships. But the Victorians actually did it. What they did was amazing. They created a global computer made up of people. It's still with us today.It's called the bureaucratic administrative machine. In order to have that machine running, you need lots and lots of people. They made another machine to produce those people: the school. The schools would produce the people who would then become parts of the bureaucratic administrative machine. They must be identical to each other. They must know three things: They must have good handwriting, because the data is handwritten; they must be able to read; and they must be able to do multiplication, division, addition and subtraction in their head. They must be so identical that you could pick one up from New Zealand and ship them to Canada and he would be instantly functional. The Victorians were great engineers. They engineered a system that was so robust that it's still with us today, continuously producing identical people for a machine that no longer exists. The empire is gone, so what are we doing with that design that produces these identical people, and what are we going to do next if we ever are going to do anything else with it? 2:55["Schools as we know them are obsolete"] 2:56So that's a pretty strong comment there. I said schools as we know them now, they're obsolete. I'm not saying they're broken. It's quite fashionable to say that the education

system's broken. It's not broken. It's wonderfully constructed. It's just that we don't need it anymore. It's outdated. What are the kind of jobs that we have today? Well, the clerks are the computers. They're there in thousands in every office.And you have people who guide those computers to do their clerical jobs. Those people don't need to be able to write beautifully by hand. They don't need to be able to multiply numbers in their heads. They do need to be able to read. In fact, they need to be able to read discerningly. 3:42Well, that's today, but we don't even know what the jobs of the future are going to look like. We know that people will work from wherever they want, whenever they want, in whatever way they want. How is present-day schooling going to prepare them for that world? 4:00Well, I bumped into this whole thing completely by accident. I used to teach people how to write computer programs in New Delhi, 14 years ago. And right next to where I used to work, there was a slum. And I used to think, how on Earth are those kids ever going to learn to write computer programs? Or should they not? At the same time, we also had lots of parents, rich people, who had computers, and who used to tell me, "You know, my son, I think he's gifted, because he does wonderful things with computers. And my daughter -- oh, surely she is extra-intelligent." And so on. So I suddenly figured that, how come all the rich people are having these extraordinarily gifted children? (Laughter) What did the poor do wrong? I made a hole in the boundary wall of the slum next to my office, and stuck a computer inside it just to see what would happen if I gave a computer to children who never would have one, didn't know any English, didn't know what the Internet was. 5:05The children came running in. It was three feet off the ground, and they said, "What is this?" 5:08And I said, "Yeah, it's, I don't know." (Laughter) 5:13They said, "Why have you put it there?" 5:15I said, "Just like that." 5:17And they said, "Can we touch it?"I said, "If you wish to."

5:20And I went away. About eight hours later, we found them browsing and teaching each other how to browse. So I said, "Well that's impossible, because -- How is it possible? They don't know anything." 5:33My colleagues said, "No, it's a simple solution. One of your students must have been passing by, showed them how to use the mouse." 5:41So I said, "Yeah, that's possible." 5:42So I repeated the experiment. I went 300 miles out of Delhi into a really remote villagewhere the chances of a passing software development engineer was very little. (Laughter) I repeated the experiment there. There was no place to stay, so I stuck my computer in, I went away, came back after a couple of months, found kids playing games on it. 6:04When they saw me, they said, "We want a faster processor and a better mouse." 6:08(Laughter) 6:12So I said, "How on Earth do you know all this?" 6:15And they said something very interesting to me. In an irritated voice, they said,"You've given us a machine that works only in English, so we had to teach ourselves English in order to use it." (Laughter) That's the first time, as a teacher, that I had heard the word "teach ourselves" said so casually. 6:35Here's a short glimpse from those years. That's the first day at the Hole in the Wall.On your right is an eight-year-old. To his left is his student. She's six. And he's teaching her how to browse. Then onto other parts of the country, I repeated this over and over again, getting exactly the same results that we were. ["Hole in the wall film - 1999"] An eightyear-old telling his elder sister what to do. And finally a girl explaining in Marathi what it is, and said, "There's a processor inside." 7:25So I started publishing. I published everywhere. I wrote down and measured everything, and I said, in nine months, a group of children left alone with a computer in

any language will reach the same standard as an office secretary in the West. I'd seen it happen over and over and over again. 7:44But I was curious to know, what else would they do if they could do this much? I started experimenting with other subjects, among them, for example, pronunciation.There's one community of children in southern India whose English pronunciation is really bad, and they needed good pronunciation because that would improve their jobs. I gave them a speech-to-text engine in a computer, and I said, "Keep talking into it until it types what you say." (Laughter) They did that, and watch a little bit of this. 8:20Computer: Nice to meet you.Child: Nice to meet you. 8:26Sugata Mitra: The reason I ended with the face of this young lady over there is because I suspect many of you know her. She has now joined a call center in Hyderabad and may have tortured you about your credit card bills in a very clear English accent. 8:45So then people said, well, how far will it go? Where does it stop? I decided I would destroy my own argument by creating an absurd proposition. I made a hypothesis, a ridiculous hypothesis. Tamil is a south Indian language, and I said, can Tamil-speaking children in a south Indian village learn the biotechnology of DNA replication in English from a streetside computer? And I said, I'll measure them. They'll get a zero. I'll spend a couple of months, I'll leave it for a couple of months, I'll go back, they'll get another zero. I'll go back to the lab and say, we need teachers. I found a village. It was called Kallikuppam in southern India. I put in Hole in the Wall computers there, downloaded all kinds of stuff from the Internet about DNA replication, most of which I didn't understand. 9:36The children came rushing, said, "What's all this?" 9:39So I said, "It's very topical, very important. But it's all in English." 9:44So they said, "How can we understand such big English words and diagrams and chemistry?"

9:50So by now, I had developed a new pedagogical method, so I applied that. I said, "I haven't the foggiest idea." (Laughter) "And anyway, I am going away." (Laughter) 10:06So I left them for a couple of months. They'd got a zero. I gave them a test. I came back after two months and the children trooped in and said, "We've understood nothing." 10:17So I said, "Well, what did I expect?" So I said, "Okay, but how long did it take youbefore you decided that you can't understand anything?" 10:26So they said, "We haven't given up. We look at it every single day." 10:30So I said, "What? You don't understand these screens and you keep staring at it for two months? What for?" 10:35So a little girl who you see just now, she raised her hand, and she says to me in broken Tamil and English, she said, "Well, apart from the fact that improper replication of the DNA molecule causes disease, we haven't understood anything else." 10:48(Laughter) (Applause) 10:54So I tested them. I got an educational impossibility, zero to 30 percent in two months in the tropical heat with a computer under the tree in a language they didn't knowdoing something that's a decade ahead of their time. Absurd. But I had to follow the Victorian norm. Thirty percent is a fail. How do I get them to pass? I have to get them 20 more marks. I couldn't find a teacher. What I did find was a friend that they had, a 22-year-old girl who was an accountant and she played with them all the time. 11:31So I asked this girl, "Can you help them?" 11:33So she says, "Absolutely not. I didn't have science in school. I have no idea what they're doing under that tree all day long. I can't help you." 11:43I said, "I'll tell you what. Use the method of the grandmother." 11:48So she says, "What's that?"

11:49I said, "Stand behind them. Whenever they do anything, you just say, 'Well, wow, I mean, how did you do that? What's the next page? Gosh, when I was your age, I could have never done that.' You know what grannies do." 12:01So she did that for two more months. The scores jumped to 50 percent. Kallikuppam had caught up with my control school in New Delhi, a rich private school with a trained biotechnology teacher. When I saw that graph I knew there is a way to level the playing field. 12:19Here's Kallikuppam. 12:21(Children speaking) Neurons ... communication. 12:29I got the camera angle wrong. That one is just amateur stuff, but what she was saying, as you could make out, was about neurons, with her hands were like that,and she was saying neurons communicate. At 12. 12:44So what are jobs going to be like? Well, we know what they're like today. What's learning going to be like? We know what it's like today, children pouring over with their mobile phones on the one hand and then reluctantly going to school to pick up their books with their other hand. 12:59What will it be tomorrow? Could it be that we don't need to go to school at all? Could it be that, at the point in time when you need to know something, you can find out in two minutes? Could it be -- a devastating question, a question that was framed for me by Nicholas Negroponte -- could it be that we are heading towards or maybe in a future where knowing is obsolete? But that's terrible. We are homo sapiens. Knowing, that's what distinguishes us from the apes. But look at it this way. It took nature 100 million years to make the ape stand up and become Homo sapiens. It took us only 10,000 to make knowing obsolete. What an achievement that is. But we have to integrate that into our own future. 13:53Encouragement seems to be the key. If you look at Kuppam, if you look at all of the experiments that I did, it was simply saying, "Wow," saluting learning.

14:07There is evidence from neuroscience. The reptilian part of our brain, which sits in the center of our brain, when it's threatened, it shuts down everything else, it shuts down the prefrontal cortex, the parts which learn, it shuts all of that down. Punishment and examinations are seen as threats. We take our children, we make them shut their brains down, and then we say, "Perform." Why did they create a system like that?Because it was needed. There was an age in the Age of Empires when you needed those people who can survive under threat. When you're standing in a trench all alone, if you could have survived, you're okay, you've passed. If you didn't, you failed.But the Age of Empires is gone. What happens to creativity in our age? We need to shift that balance back from threat to pleasure. 15:07I came back to England looking for British grandmothers. I put out notices in papers saying, if you are a British grandmother, if you have broadband and a web camera,can you give me one hour of your time per week for free? I got 200 in the first two weeks. I know more British grandmothers than anyone in the universe. (Laughter)They're called the Granny Cloud. The Granny Cloud sits on the Internet. If there's a child in trouble, we beam a Gran. She goes on over Skype and she sorts things out.I've seen them do it from a village called Diggles in northwestern England, deep inside a village in Tamil Nadu, India, 6,000 miles away. She does it with only one age-old gesture. "Shhh." Okay? 16:01Watch this. 16:02Grandmother: You can't catch me. You say it. You can't catch me. 16:10Children: You can't catch me. 16:13Grandmother: I'm the Gingerbread Man.Children: I'm the Gingerbread Man. 16:19Grandmother: Well done! Very good. 16:23SM: So what's happening here? I think what we need to look at is we need to look at learning as the product of educational self-organization. If you allow the educational process to self-organize, then learning emerges. It's not about making learning happen. It's about letting it happen. The teacher sets the process in motion and then she stands back in awe and watches as learning happens. I think that's what all this is pointing at.

16:56But how will we know? How will we come to know? Well, I intend to build these SelfOrganized Learning Environments. They are basically broadband, collaboration and encouragement put together. I've tried this in many, many schools. 17:12It's been tried all over the world, and teachers sort of stand back and say, "It just happens by itself?" 17:18And I said, "Yeah, it happens by itself.""How did you know that?" 17:21I said, "You won't believe the children who told me and where they're from." 17:27Here's a SOLE in action. 17:30(Children talking) 17:36This one is in England. He maintains law and order, because remember, there's no teacher around. 17:57Girl: The total number of electrons is not equal to the total number of protons -- SM: Australia Girl: -- giving it a net positive or negative electrical charge. The net charge on an ion is equal to the number of protons in the ion minus the number of electrons. 18:14SM: A decade ahead of her time. 18:17So SOLEs, I think we need a curriculum of big questions. You already heard about that. You know what that means. There was a time when Stone Age men and womenused to sit and look up at the sky and say, "What are those twinkling lights?" They built the first curriculum, but we've lost sight of those wondrous questions. We've brought it down to the tangent of an angle. But that's not sexy enough. The way you would put it to a nineyear-old is to say, "If a meteorite was coming to hit the Earth,how would you figure out if it was going to or not?" And if he says, "Well, what? how?" you say, "There's a magic word. It's called the tangent of an angle," and leave him alone. He'll figure it out. 19:02So here are a couple of images from SOLEs. I've tried incredible, incredible questions -- "When did the world begin? How will it end?" — to nine-year-olds. This one is about what happens to the air we breathe. This is done by children without the help of any

teacher. The teacher only raises the question, and then stands back and admires the answer. 19:32So what's my wish? My wish is that we design the future of learning. We don't want to be spare parts for a great human computer, do we? So we need to design a future for learning. And I've got to -- hang on, I've got to get this wording exactly right, because, you know, it's very important. My wish is to help design a future of learning by supporting children all over the world to tap into their wonder and their ability to work together. Help me build this school. It will be called the School in the Cloud. It will be a school where children go on these intellectual adventures driven by the big questions which their mediators put in. The way I want to do this is to build a facility where I can study this. It's a facility which is practically unmanned. There's only one granny who manages health and safety. The rest of it's from the cloud. The lights are turned on and off by the cloud, etc., etc., everything's done from the cloud. 20:38But I want you for another purpose. You can do Self-Organized Learning Environments at home, in the school, outside of school, in clubs. It's very easy to do. There's a great document produced by TED which tells you how to do it. If you would please, please do it across all five continents and send me the data, then I'll put it all together, move it into the School of Clouds, and create the future of learning. That's my wish. 21:10And just one last thing. I'll take you to the top of the Himalayas. At 12,000 feet, where the air is thin, I once built two Hole in the Wall computers, and the children flocked there. And there was this little girl who was following me around. 21:24And I said to her, "You know, I want to give a computer to everybody, every child. I don't know, what should I do?" And I was trying to take a picture of her quietly. 21:35She suddenly raised her hand like this, and said to me, "Get on with it." 21:41(Laughter) (Applause)

21:53I think it was good advice. I'll follow her advice. I'll stop talking. Thank you. Thank you very much. (Applause) Thank you. Thank you. (Applause) Thank you very much. Wow. (Applause)

ULASAN VIDEO SUGATA MITRA (LATIFAH BINTI JALILUL ...

There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. ULASAN VIDEO ...

718KB Sizes 4 Downloads 103 Views

Recommend Documents

Mitra Narrative.pdf
my hope that my enthusiasm for this subject will light the spark of life-long learning for many of. the students who take this course. 7. Statement of how the project ...

Mitra LOS.pdf
... a clear and feasible plan for developing an exciting and. much-needed course within our department. Providing her with funds to support the time, energy and.

LOKER RS. MITRA MEDIKA AMPLAS via Lokersumut.pdf
53. Ka. Customer Service 1 S-1 Segala Jurusan Pengalaman minimal 2 tahun sebagai customer. service. 54. Customer Service 4 S-1 Segala Jurusan -. 55. Ka.

satellite communication by monojit mitra pdf
satellite communication by monojit mitra pdf. satellite communication by monojit mitra pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu. There was a problem ...

Pramoedya Ananta Toer-Gadis Pantai-Hasta Mitra (2000).pdf ...
Pramoedya, para penguasa rej im Orde Baru merasa sarna sekali. tidak perlu membaca lebih dulu isi bukunya. Di alam Era Baru. Indonesia, praktek dagelan ...

LOKER RS. MITRA MEDIKA AMPLAS via Lokersumut.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. LOKER RS.

Watch Queen Latifah Unauthorized (2007) Full Movie Online Free ...
Watch Queen Latifah Unauthorized (2007) Full Movie Online Free .MP4___.pdf. Watch Queen Latifah Unauthorized (2007) Full Movie Online Free .MP4___.pdf.

MULTI-VIDEO SUMMARIZATION BASED ON VIDEO-MMR
we propose a criterion to select the best combination of parameters for Video-MMR. ... Marginal Relevance can be used to construct multi-document summaries ... is meaningful to compare Video-MMR to human choice. In a video set, 6 videos ...

Video steganography
Jul 11, 2003 - ing, resampling, conversion from digital to analog and back again, etc. ...... 855-884. Pitas et al., “Applying Signatures on Digital Images,” IEEE.

Video Worksheet
... easy appeal to you? What are some of your favorites? 9. Geography – Are your choices of food related to where you live? 10. Healthy Lifestyle – Do you eat enough healthy foods? Do you read nutrition labels? ©Learning ZoneXpress • www.learn

Video steganography
Jul 11, 2003 - Design of Hidden Transmission,” Radioengineering, vol. 4,. No. 2, Jun. .... Communications—a Tutorial RevieW—Part I,” IEEE Com munications .... [ASSIGN EITHER A 0 OR A I TO EACH CROSS-CORRELATION RESULT.

Specs - Video Ad/ Video Ad Auto-play - CPM 300x250
Specs - Video Ad/ Video Ad Auto-play - CPM 300x250*. Formato para ... DEADLINE to receive all assets: 4 business days prior campaign flight. * The CPM ads ...

Video Marketing Links - (408) 390-4876 - Video Marketing.pdf ...
Video Marketing Links - (408) 390-4876 - Video Marketing.pdf. Video Marketing Links - (408) 390-4876 - Video Marketing.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In.

Video Description Length Guided Constant Quality Video Coding with ...
least four scenes to mimic real multi-scene videos. There are 400 test video sequences. B. Crf-AvgBitrate Model. The average bitrate is a function of crf, spatial ...

Video StoryBoard - CSUSM
Solution Point, San Diego County Office of Education. Permission to reproduce for educational purposes. Video. Diagram. Audio. Video StoryBoard. Title. Name.

Cub Scout Video Games
Explain why it is important to have a rating system for video games. Check your video ... Compare two game systems (for example, Microsoft Xbox, Sony PlayStation, Nintendo Wii, and so on). Explain some of the ... I n your decision, be sure to conside

Semantic Video Event Search for Surveillance Video
2.2. Event Detection in Distributed System. Conventional video analytic systems typically use one processor per sensor. The video from the calibrated sensor.

Wireless video transmission Evaluation using Lossless video ... - IJRIT
support streaming from live video sources, such as cable/satellite ..... Solomon code is widely used from optical media storages, such as DVD and CD, .... S. Priyadarshi, and J. Villasenor "H. 264 Parameter Optimizations for Internet Based.

Wireless video transmission Evaluation using Lossless video ... - IJRIT
open or closed-loop translating or even ... several parallel data stream . ..... the condition of transmission without degradation and error free sequence is possible ...