ANALISIS BIDANG DAN METOD PENGUMPULAN DATA KAJIAN TINDAKAN PENDIDIKAN ISLAM DALAM KALANGAN GURU PELATIH DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU Abd Aziz Mahayudin1, Najwa Ahmad2, Nurul Aida Ishak3 &Mumtazat Ibrahim4 [email protected], [email protected], [email protected],[email protected]

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam ABSTRAK Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenalpasti bidang dan metod pengumpulan data yang telah digunakan oleh guru pelatih dalam penulisan Kajian Tindakan Pendidikan Islam. Seramai 78 dari 100 orang guru Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) tahun 2012 yang telah tamat menjalani praktikum fasa akhir selama 12 minggu dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, telah dipilih dalam kajian ini. Senarai semak dokumen untuk mendapatkan data 78 kertas projek Kajian Tindakan guru pelatih dengan menganalisis mengikut kekerapan bidang Pendidikan Islam dan metod pengumpulan data yang telah digunakan. Dapatan dari analisis dokumen menunjukkan guru pelatih yang menjalankan amali praktikum telah memilih pelbagai pendekatan tajuk mengikut bidang Pendidikan Islam dalam penulisan Kajian Tindakan . Hasil kajian juga menunjukkan guru pelatih telah memilih pelbagai metod pengumpulan data Kajian Tindakan seperti temubual, pemerhatian, analisis dokumen (catatan refleksi guru dan lembaran kerja murid) dan ujian atau latihan murid (lisan dan bertulis). Dapatan kajian ini diharapkan akan dapat dijadikan panduan dalam program latihan amali praktikum dan bagaimana cara guru memilih tajuk mengikut kesesuaian pendekatan pengajaran pendidikan Islam yang digunakan dalam Kajian Tindakan di sekolah rendah. Kata Kunci: Kaedah Pengajaran Guru, Amalan Praktikum, Kajian Tindakan , Pendidikan Islam PENDAHULUAN Pengajaran dalam bilik darjah memerlukan seorang guru menggunakan pendekatan atau kaedah yang sesuai dengan tajuk pengajaran yang akan diajar. Justeru itu guru pendidikan Islam juga tidak terpinggir dari memilih kaedah yang sesuai dengan tajuk pengajaran yang diajar mengikut bidang dalam Pendidikan Islam iaitu aqidah, akhlak, sirah, ibadat, al Quran, hadis dan jawi. Pendekatan yang digunakan dalam pengajaran juga berbeza-beza diantara satu dengan yang lain mengikut kesesuaian bidang. Guru pelatih Pendidikan Islam telah dilatih di Institut Pendidikan Guru dalam pelbagai asas pengetahuan, secara teori, amali, dan telah diberi latihan pengalaman berasaskan sekolah. Oleh itu dengan melihat amalan pemilihan pendekatan atau kaedah pengajaran guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru, akan dapat mengenalpasti keupayaan mereka dari segi pengetahuan dan kemahiran yang pelajari dan menjalankan amalan pengajaran tersebut. Guru Pelatih Pendidikan Islam diwajib melengkapkan keperluan Ijazah mereka dengan menulis satu laporan penyelidikan iaitu Kajian Tindakan.Pengalaman dan maklumat tentang penulisan Kajian Tindakan Pendidikan Islam ini kebiasaannya boleh diperolehi dengan merujuk kepada laporan kertas projek Kajian Tindakan yang sediaada dalam bentuk salinan keras yang terdapat di perpustakaan di Institut Pendidikan Guru. Dalam jangkamasa latihan praktikum dan internship, guru pelatih Pendidikan Islam telah menggunakan pelbagai pendekatan pengajaran yang praktikal sehingga dapat menghasilkan satu tajuk Kajian Tindakan berasaskan kepada pengajaran dan pembelajaran yang relevan di bilik darjah. Disamping itu maklumat tentang penggunaan pelbagai kaedah pengumpulan data juga dapat diperolehi dari analisis dokumen tersebut. Kajian penggunaan kaedah pengajaran dalam kalangan guru Pendidikan Islam telah dijalankan oleh beberapa orang pengkaji yang melihat aspek perlaksanaan terebut di sekolah rendah dan menengah. Ini dapat dilihat dari kajian Md. Radzi Bahari (1997) tentang kaedah dan strategi terbaik yang boleh digunakan dalam pengajaran subjek aqidah matapelajaran Pendidikan Islam tahap

ISBN 978-967-14229-0-8

2 iaitu tahun 4 dan 5. Kaedah-kaedah yang biasa dilaksanakan oleh guru-guru Pendidikan Islam adalah penghayatan kaedah-kaedah dan strategi seperti gabung jalin, syarahan, penerangan dan soal jawab dapat dilakukan seterusnya dapat memberikan kefahaman yang baik kepada murid-murid. Begitu juga kajian yang dijalankan oleh Nasir (2001), mendapati terdapatnya keberkesanan penggunaan kaedah inkuiri-penemuan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan Empat. Kajian Mohd Talhah (2000) juga menyokong penggunaan keberkesanan kaedah inkuiri secara eksprimen di sekolah kolej matrikulasi IPTS dan mampu diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Dalam bidang Tilawah al Quran misalnya, Abdul Malek (2003) juga mendapati bahawa „Kaedah Graf‟ dalam pengajaran dan pembelajaran Tilawah alQuran dikalangan guru adalah sesuai digunakan secara berkesan. Daripada kajian menunjukkan terdapat perbezaan daripada aspek guru memilih kaedah atau pendekatan yang sesuai dengan bidang pengajaran yang diajar. Oleh itu dengan kepelbagaian guru Pendidikan Islam menggunakan kaedah atau pendekatan pengajaran akan membantu meningkatkan profesionalisme guru, inovasi guru dan memartabatkan keunggulan Pendidikan Islam dalam bidang pendidikan pada masa kini. PENDEKATAN PENGAJARAN GURU DALAM KAJIAN TINDAKAN Guru-guru pelatih program PISMP di Institut Pendidikan Guru telah mempelajari penulisan Kajian Tindakan khususnya dalam amalan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Ini bertujuan agar mereka akan dapat memahami keperluan menjalankan Kajian Tindakan dalam profesyen perguruan semasa berkhidmat di sekolah kelak. Kebiasaannya Kajian Tindakan yang akan dijalankan oleh guru pelatih berkenaan adalah tentang kaedah atau pendekatan pengajaran yang dapat menyelesaikan permasalahan amalan pengajaran guru berkaitan dengan isu pembelajaran murid. Seterusnya guru tersebut dapat mengubah cara pengajaran dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan metod pengumpulan data yang lebih berkesan. Dalam panduan buku manual Kajian Tindakan Kementerian Pelajaran Malaysia (2008), menyatakan bahawa Kajian Tindakan mempunyai dua unsur utama iaitu kajian dan tindakan. Kedua aspek ini sangat sesuai diaplikasikan dalam konteks pendidikan kerana dua unsur utama ini seringkali dijalankan secara beriringan, iaitu tindakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan pendidikan. Kajian yang dijalankan memerlukan bukti-bukti emperikal yang dapat menyokong sesuatu tindakan yang dilaksanakan. Ia membolehkan pengamal iaitu para pendidik melalui proses inkuiri penemuan dengan mengkaji masalah-masalah secara saintifik supaya mereka boleh menilai, menambahbaik dan memantapkan proses membuat keputusan dan amalan. Guru-guru digalakan untuk menjalankan Kajian Tindakan dalam amalan pengajaran mereka di sekolah. Sekumpulan pengkaji seperti Ab. Halim, Adnan, Kamisah, Shahrin, Zamri dan Khadijah (2004) mencadangkan agar guru Pendidikan Islam membudayakannya dengan melakukan penyelidikan terutamanya dalam Kajian Tindakan bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Ini dapat dilakukan melalui penyelidikan tindakan dimana guru-guru dapat melaksanakan amalan refleksi secara bersistematik berasaskan data yang diperolehi dari proses pembelajaran murid dan mengenal pasti amalan pengajaran guru dalam bilik darjah. Melalui amalan refleksi, guru akan dapat mengenal pasti dan menambah baik pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. PERNYATAAN MASALAH Untuk meninjau sesuatu amalan pedagogi dan pendekatan pengajaran Pendidikan Islam ia boleh diperolehi melalui kaedah pemerhatian secara langsung, sumber rakaman video dan merujuk kepada laporan Kajian Tindakan yang ditulis dengan lengkap. Oleh itu cara yang mudah diperolehi adalah dengan membuat tinjauan melalui dokumen tentang Kajian Tindakan yang boleh diperolehi dari sumber simpanan seperti perpustakaan atau pusat sumber. Memandangkan dokumen yang hanya boleh diperolehi adalah dalam bentuk laporan kertas projek salinan keras, dan tiada adanya dokumen dalam bentuk rakaman video, maka pengkaji memilih untuk mendapatkan melalui bahan dokumen tersebut untuk dianalisis. Aspek yang dibincangkan dalam pengajaran guru pendidikan Islam boleh dilihat dari dua perspektif kriteria guru yang berbeza iaitu guru dalam latihan dan guru dalam perkhidmatan. Amalan

264

Persidangan Kebangsaan Isu-Isu Pendidikan Islam 2016 21-22 Mei 2016, Auditorium Fakulti Pendidikan, UM guru dari kedua kategori ini mempunyai perbezaan dari aspek pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam bidang pengajaran yang dilalui. Guru dalam latihan adalah guru yang berada dalam latihan perguruan dan dalam proses mempelajari pelbagai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman. Guru-guru pelatih (PISMP) sepenuh masa yang dilatih di Institut Pendidikan Guru akan menjalani beberapa proses dalam pendidikan perguruan seperti fasa pengalaman berasaskan sekolah (PBS), fasa latihan praktikum (4, 8 & 12 minggu) dan fasa latihan dalam organisasi(internship) di sekolah. Guru dalam perkhidmatan pula adalah guru yang telah tamat latihan dan dilantik memegang jawatan sebagai guru sebenar dan mempunyai pengalaman mengajar di sekolah. Kebanyakan kajian tentang pendekatan atau kaedah pengajaran Pendidikan Islam lebih tertumpu pada guru dalam perkhidmatan dan berpengalaman mengajar di sekolah, seperti kajian Mohd Talhah (2000),Nasir (2001),dan Abdul Malek (2003), tetapi kajian ini tertumpu kepada guru dalam latihan, di Institut Pendidikan Guru. Oleh itu perlunya ada satu kajian untuk mengenal pasti pengetahuan guru dalam latihan berkenaan menggunakan kaedah atau pendekatan pengajaran dalam Kajian Tindakan . Secara tidak langsung ini dapat membantu memperkembangkan dan meningkatkan gaya pendekatan yang berkesan dalam pengajaran guru pelatih program tersebut. Kajian ini juga adalah diharapkan dapat membantu memberikan maklumat tentang bagaimanakah proses pengajaran dijalankan dengan menggunakan beberapa kaedah atau pendekatan, teknik mengikut bidang matapelajaran yang berbeza oleh guru di sekolah rendah. Kajian yang telah dijalankan oleh sekumpulan pengkaji seperti Ab. Halim, Adnan, Kamisah,Shahrin, Zamri, Khadijah (2004), terhadap keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran kurikulum pendidikan Islam, sebenarnya banyak membantu mengenal pasti keberkesanan penggunaan kaedah dalam kalangan guru, tetapi kajian tersebut melihat dari aspek Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) khususnya bagi guru yang mengajar di sekolah menengah. Bagaimanapun kajian yang dijalankan ini melihat dari aspek Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang melibatkan guru pelatih yang mengajar di peringkat pendidikan rendah sekolah rendah. Kesimpulannya pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru Pendidikan Islam telah banyak dijalankan oleh pengkaji tempatan yang memberi input pengetahuan dan kefahaman keatas pelajar. Prosedur dan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut sesuai dan bermaklumat sekiranya tinjauan dapat ditinjau melalui guru yang menjalankan Kajian Tindakan . OBJEKTIF KERTAS KERJA Kertas kerja ini memberi penekanan tentang aspek penggunaan kaedah pengajaran Pendidikan Islam mengikut bidang dan metod pengumpulan data dalam kalangan guru pelatih. Secara khususnya objektif kajian adalah untuk : 1. mengenalpasti bidang pengajaran Pendidikan Islam digunakan guru pelatih PISMP dalam penulisan Kajian Tindakan . 2. mengenalpasti metod pengumpulan data yang digunakan oleh guru pelatih PISMP dalam penulisan Kajian Tindakan Pendidikan Isla KAEDAH Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen dengan melihat kepada dokumen iaitu laporan kertas projek Kajian Tindakan berjilid yang telah dilengkapkan oleh guru pelatih Pendidikan Islam di Institut Pendidikan Guru kampus Pendidikan Islam pada tahun 2012. Kajian ini melibatkan hanya 78 orang guru pelatih dari jumlah keseluruhan100 orang pelajar. Oleh itu skop kajian ini hanya melihat pemilihan bidang amalan pengajaran guru pelatih Pendidikan Islam dan metod pengumpulan data yang digunakan dalam penulisan Kajian Tindakan. Analisis yang digunakan dalam kertaskerja ini ialah dengan membahagikan kategori dan kekerapan terhadap tajuk atau pendekatan pengajaran dan analisis seterusnya ialah membahagikan

265

ISBN 978-967-14229-0-8

metod yang digunakan dalam bidang pengajaran Pendidikan Islam seperti Tilawah al Quran, Jawi, Aqidah, Ibadah, Akhlak dan Sirah. Secara khususnya guru pelatih tahun akhir semester 7 atau 8 program PISMP diwajibkan menulis laporan Kertas Projek Kajian Tindakan . Proses ini dilakukan semasa praktikum fasa ke 3 yang dijalankan selama 12 minggu di sekolah rendah dan semasa latihan internship selama 4 minggu yang telah ditempatkan oleh pihak Institut Pendidikan Guru. Semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan guru pelatih di sekolah berkenaan akan mengenal pasti skop permasalahan dengan melihat kembali (refleksi) pengajaran guru dan pembelajaran murid dalam bidang Pendidikan Islam. Proses mengenal pasti permasalahan pengajaran dan pembelajaran dilakukan melalui pelbagai metod pengumpulan data yang digunakan dalam Kajian Tindakan. Untuk itu bagi menyelesaikan isu pengajaran tersebut, guru pelatih akan memilih satu bidang pengajaran Pendidikan Islam dengan menggunakan pendekatan dan menggunakan pelbagai cara pengumpulan data. Keseluruhan proses ini dijalankan berdasarkan kepada prosedur dan panduan yang telah ditetapkan oleh IPGM. Dengan merujuk kepada kertas projek Kajian Tindakan yang telah dihasilkan oleh guru-guru pelatih tersebut, pengkaji berupaya memperolehi data dan maklumat dengan tepat dan lengkap. Bagaimanapun skop kajian ini hanya meninjau pendekatan bidang pengajaran yang dipilih dan mengkaji metod pengumpulan data yang digunakan dari guru tersebut. DAPATAN Bahagian ini akan membincangkan hasil dapatan analisis dokumen dari sumber Kajian Tindakan yang telah dijalankan oleh guru pelatih di Institut Pendidikan Guru kampus Pendidikan Islam. Dapatan kajian ini adalah berdasarkan kepada 78 orang guru pelatih yang telah menjalankan kaedah atau pendekatan pengajaran dalam Kajian Tindakan pada tahun 2012. Seperti dinyatakan dalam jadual 1, bidang mata pelajaran Tilawah al Quran, terdapat 15 kaedah atau pendekatan yang telah digunakan oleh guru pelatih dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid dari tahun 1 hingga tahun 6. Dalam bidang mata pelajaran jawi, terdapat 27 kaedah atau pendekatan telah digunakan oleh guru pelatih dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid dari tahun 1 hingga tahun 5. Dalam bidang mata pelajaran ibadah, terdapat 12 kaedah atau pendekatan yang telah digunakan oleh guru pelatih dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid dari tahun 1,3,4,5, dan 6. Dalam bidang mata pelajaran sirah, terdapat 11 kaedah atau pendekatan yang telah digunakan oleh guru pelatih dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid dari tahun 2, 3, dan 5. Dalam bidang mata pelajaran akhlak, terdapat 9 kaedah atau pendekatan yang telah digunakan oleh guru pelatih dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid dari tahun 2, 4, 5 dan 6. Dalam bidang mata pelajaran aqidah, terdapat 4 kaedah atau pendekatan yang telah digunakan oleh guru pelatih dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid dari tahun 2 ,3 dan 4. Dapatan dari keseluruhan analisis tajuk atau pendekatan yang digunakan oleh guru pelatih menunjukkan beberapa teknik yang sering digunakan dalam kemahiran pengajaran iaitu dalam pengajaran al-Quran kemahiran seperti mengingat, menyebut, membaca, menghafaz dan membeza seringkali dilakukan dipraktikkan. Dalam pengajaran Jawi kemahiran seperti mengenal, menyambung huruf, mengeja, membeza huruf, mengingat, membunyi, menulis, membina ayat, dan menjawikan seringkali digunakan oleh guru pelatih mengikut kesesuaian tajuk pengajaran. Dalam pengajaran Ibadat kemahiran seperti membeza, mengingat, membaca, menghafaz,mengenal, dan mengamal cara juga telah digunakan mengikut keperluan berasaskan tajuk. Dalam pengajaran Sirah kemahiran seperti mengingat, ,mengenal, dan memahami telah digunakan mengikut keperluan berasaskan tajuk. Dalam pengajaran Akhlak kemahiran seperti mengingat, menghafal dan mengamal cara telah digunakan mengikut keperluan berasaskan tajuk. Dalam pengajaran Aqidah kemahiran seperti mengingat dan menghafal seringkali telah digunakan oleh guru pelatih. Secara keseluruhannya semua bidang, tajuk, kemahiran pembelajaran murid, tahun murid dinyatakan dalam jadual 1 dibawah.

266

Persidangan Kebangsaan Isu-Isu Pendidikan Islam 2016 21-22 Mei 2016, Auditorium Fakulti Pendidikan, UM Jadual 1 : Bidang Matapelajaran mengikut kaedah dan pendekatan pengajaran guru pelatih Bidang Tajuk atau pendekatan Pengajaran & Pembelajaran Kemahiran Tahun Pendidikan Guru Pelatih dalam Kajian Tindakan Pembelajaran Murid Islam Pengajaran Kaedah Latih Tubi “Ka- Tup” membantu murid menyebut 3 Al-Quran menyebut kalimah Mad Asli (Alif, sebelumnya berbaris atas) Kaedah “Byte Jannate” dalam meningkatkan mengenal 3 kemahiran mengenalpasti hukum tahwid Izhar Halqi Penggunaan kaedah “Oh My Tanti” dalam mengenal mengenal 6 huruf Izhar Halqi Formula 6421 membantu memudahkan murid mengingat 4 mengingati hokum Nun Mati dan Tanwin Penggunaan penunjuk “Comil” membantu mengingat 4 memudahkan ingatan murid terhadap hokum Nun Sakinah dan Tanwin Penggunaan “Gendering Hikmat” membantu murid membeza 5 membezakan dua harakat dan empat harakat dalam tilawah Al Quran Hafs an‟ Asim Maratib Tartil Kaedah “SOME” membantu murid menguasai membaca 1 kemahiran bacaan Mad Asli huruf Alif Penggunaan papan markah “Menuju Puncak” dapat mengubah 3 mengurangkan tingkah laku disruptif murid dalam T/Laku pembelajaran Al Quran Pendekatan guru melalui bahan bantu tikrar Al menghafaz 5 Huffaz membantu murid menghafaz Surah Al Bayyinah Kaedah “PaDi SeTuBa” membantu murid dalam membaca 5 membaca kalimah pendek ayat Al Quran Pertandingan tilawah Al Quran membantu murid mengingat 5 mengingati hukum Idgham Maal ghunnah “Permainan Kacep Dapat” membantu murid membaca 1 pemulihan menguasai dapat bacaan dalam Iqra 1 Model tarannum interaktif meningkatkan pengajaran membaca 2 guru bagi ilmu tarannum Teknik Mnemonik mebantu meningkatkan mengingat 5 pengajaran guru bagi murid menguasai kemahiran mengingat Asbabun Nuzul Penggunaan huruf berwarna membantu murid membaca 1 membaca kalimah yang mengandungi hukum Mad Asli Pengajaran Kaedah latih tubi mencerakinkan huruf membantu mengenal 1 Jawi murid mengenal huruf bersambung Penggunaan tanah liat dapat membantu murid menyambung 1 mengetahui cara menyambung huruf jawi berekor huruf Aplikasi logika MARU membantu murid membeza 2 membezakan suku kata terbuka dan suku kata huruf tertutup Penggunaan huruf berlainan warna membantu murid mengenal & 2 mengenal dan menyambung huruf jawi yang tidak menyambung boleh disambung selepasnya Penggunaan kamus mini jawi membantu murid mengenal & 3 mengenal dan mengeja perkataan pinjaman bahasa mengeja Inggeris menggunakan huruf Khaf

267

ISBN 978-967-14229-0-8

Kaedah nyanyian REJAB membantu membezakan sebutan perkataan yang mengandungi vocal huruf Ya dan Wau dengan betul Boling superpower membantu mengingat perkataan berimbuhan awalan (Ber-,Ter-, Di-, Se-, Ke-) dengan mudah Kaedah gabungan bunyi kata dengan latih tubi membantu murid pemulihan membunyikan suku kata terbuka membentuk perkataan Penggunaan symbol (+) dan (-) pada sifat huruf penting diri dapat meningkatkan kemahiran menyambung huruf jawi tunggal Penggunaan teknik “Liga” membantu guru mengatasi masalah menulis huruf jawi terbalik Kaedah pandang, eja dan sebut secara nyanyian membantu penguasaan membaca perkataan dua sukukata jawi Kaedah koperatif berpusatkan bahan dapat meningkatkan kemahiran murid membina ayat mudah dalam tulisan jawi Model JAJA meningkatkan pengajaran jawi

Pengajaran

Pemberian ganjaran menggunakan cop perkataan merangsang murid untuk mengenal dan menyebut huruf jawi tunggal Pembetulan secara terus membantu murid menulis perkataan rumi ke jawi dengan betul Penggunaan kad jarum membantu meningkatkan keupayaan murid mengjawikan perkataan dua sukukata tertutup dan terbuka Penggunaan kaedah BOBA dalam membantu penguasaan murid membaca suku kata terbuka Teknik silat jawi membantu murid kelas bercantum mengenal dan menyebut tujuh huruf hijaiyah dengan betul Kaedah permainan kad huruf jawi membantu murid mengenal dan membezakan huruf jim dan cha Teknik CEJASI membantu murid menulis suku kata tertutup dan terbuka Amalan guru menggunakan carta hubung membantu murid menyambung huruf jawi dengan betul Kedah padanan huruf membantu murid meningkatkan kebolehan membaca sukukata tertutup jawi Peningkatan penguasaan kemahiran menulis huruf ‫ج‬ ‫ ح خ‬sambungan awal melalui kaedah pembelajaran masteri dalam kalangan murid Teknik kotak membantu murid menulis suku kata terbuka dan tertutup Meningkatkan minat terhadap pembelajaran sukukata terbuka jawi melalui kaedah permainan kad Kaedah sifir jawi membantu murid membaca perkataan sukukata terbuka 2M dan Kaedah Hattawiyyah bantu murid linus atasi kekeliruan huruf abjad jawi – arab Kaedah tayangan video membantu murid menguasai

membeza huruf

4

mengingat

3

membunyi

4

menyambung

3

menulis

3

membaca

1

membina ayat

4

membaca

2

mengenal & menyebut

1

menulis

5

menjawikan

5

membaca

3

mencantum & menyebut

3&4

mengemal & membeza menulis

2

menyambung

2

membaca

2

menulis

1

menulis

3

menyebut

4

membaca

4

mengenal

1

membeza

4

3

268

Persidangan Kebangsaan Isu-Isu Pendidikan Islam 2016 21-22 Mei 2016, Auditorium Fakulti Pendidikan, UM Ibadah

Pengajaran Sirah

perkara Rukun Qauli dan Fi‟lili dalam perlakuan solat Ekonomi token boleh meningkatkan motivasi kanakkanak berkeperluan khas (slow learner) semasa proses pengajaran dan pembelajaran bestari solat Amalan guru dengan aplikasi “S” untuk meningkatkan daya ingatan murid terhadap syarat wajib puasa Amalan penggunaan lima minit “Smart Solat” dapat membantu murid menguasai bacaan dan hafazan doa qunut solat Subuh Penggunaan teknik system kata kunci nombor membantu murid mengingat dan menghafaz bacaan doa qunut Pembelajaran koperatif teknik “Jigsaw” membantu meningkatkan kemahiran murid bertayamum Kaedah talaqqi musyafahah secara individu dapat membantu murid menguasai bacaan dengan baik Amalan guru menggunakan kaedah main peranan membantu murid mengenal anggota wudu‟ yang wajib Penggunaan audio visual membantu murid menghafaz bacaan doa qunut Penggunaan kaedah tunjukcara berkumpulan membantu murid menguasai cara melakukan rukun fi‟li dengan sempurna Latih tubi dua minit sehari membantu murid menghafaz doa qunut dengan lancer Meningkatkan penguasaan rukun fi‟li dalam solat melalui kaedah tunjuk cara Penggunaan “Perisian Siddeeq” membantu murid mengingat isi penting tajuk peristiwa Isra‟ Mikraj Peta Minda bergambar dalam pembelajaran dan pengajaran isra‟ dan mikraj Meningkatkan ingatan murid terhadap syarat wajib dan syarat sah puasa melalui kaedah nyanyian Kaedah bercerita berbantukan multimedia dapat membantu murid lebih berminat belajar Sirah Teknik peta minda meningkatkan pengajaran guru bagi murid mengingati isi-isi penting dalam pengajaran Sirah Penggunaan kaedah amir meningkatkan kemahiran mengingati fakta Sirah “Batu Dari Syurga” Amalan guru menggunakan “Telefon Klasik” membantu murid mengingati dalam menulis 4 isi pelajaran dalam Piagam Madinah Nyanyian dwi irama membantu murid mengingat isi Perjanjian Aqabah Kaedah peta minda meningkatkan penguasaan murid memahami isi pelajaran Sirah Penggunaan kad grafik membantu murid kelas bercantum tahap dua mengingat peristiwa hijrah ke Madinah Amalan guru dalam membantu murid mengingati isi

meningkatkan pembelajaran

Kelas Khas

mengingat

6

membaca & menghafaz

5

mengingat & menghafaz

5

beramal cara

5

membaca

1

mengenal

1

menghafaz

5

beramal cara

3

menghafaz

3

beramal cara

4

mengingat

5

mengenal

5

mengingat

6

memahami

5

mengingat

5

mengingat

2

mengingat

6

mengingat

5

memahami

5

mengingat

5&6

mengingat

5

269

ISBN 978-967-14229-0-8

Pengajaran Akhlak

Pengajaran Akidah

kandungan Perjanjian Aqabah melalui Permainan R.O.C.K Meningkatkan pengurusan diri murid melalui amalan cermin diri Sistem token beranugerah dapat meningkatkan adab murid terhadap guru sebelum pengajaran dan pembelajaran Penggunaan boneka mengurangkan tingkah laku negatif murid dalam pengajaran dan pembelajaran akhlak Islamiah Menambahbaik amalan guru melalui teknik CAKK dalam adab terhadap tempat dan harta benda awam Penggunaan ICT membantu murid mengingati isi pelajaran adab menolong ibu bapa Kaedah “Amanah Wal Mawaddah” membantu meningkatkan penglibatan berkumpulan Pendekatan koperatif meningkatkan pengajaran guru dalam bidang adab dan akhlak Islamiah Pendekatan konstruktivisme meningkatkan pengajaran guru dalam bidang adab dan akhlak Islamiah Penggunaan kaedah nasyid membantu murid menghafal doa sebelum tidur Rantaian berirama membantu murid melafazkan dua kalimah syahadah Amalan guru menggunakan kaedah 1 2 C membantu murid mengingati tanda-tanda kewujudan Allah Kaedah “A to Z” membantu dalam meningkatkan daya ingatan dan kefahaman murid pengertian beriman kepada Qada‟ & Qadar Kaedah Secret of jibril (SOJ) meningkatkan ingatan murid terhadap maksud beriman kepada kitab

beramal cara

5

beramal cara

4

beramal cara

4&5

beramal cara

6

mengingat

5

beramal cara

5

beramal cara

5

beramal cara

4

menghafal

2

menghafaz

3

mengingat

2

mengingat

4

mengingat

3

Kertas ini juga ingin mengenalpasti apakah metod yang digunakan dalam mengumpul data Kajian Tindakan . Dalam menyediakan laporan tentang penggunaan kaedah atau pendekatan pengajaran dalam Kajian Tindakan , guru pelatih ini juga telah memilih beberapa metod yang sesuai digunakan dalam mengumpul data. Guru pelatih yang memilih bidang mata pelajaran jawi telah memilih beberapa metod seperti pemerhatian, temubual, dan ujian/latihan murid. Dalam bidang Tilawah Quran metod yang dipilih oleh guru pelatih adalah metod pemerhatian, temubual, analisis dokumen, dan ujian/latihan murid. Dalam bidang Aqidah dan ibadah metod yang dipilih oleh guru pelatih adalah metod pemerhatian, temubual, analisis dokumen, dan ujian/latihan murid. Dalam bidang akhlak, metod yang dipilih oleh guru pelatih adalah metod pemerhatian, temubual, dan analisis dokumen. Dan yang terakhir dalam bidang sirah, metod yang dipilih oleh guru pelatih adalah metod pemerhatian, dan temubual. Secara keseluruhannya metod pengumpulan data yang paling kerap digunakan oleh guru pelatih dalam Kajian Tindakan adalah kaedah pemerhatian (78), temubual (75), catatan refleksi guru(62), Ujian bertulis murid (31), lembaran kerja murid (22) dan diikuti Ujian Lisan murid (22). Rumusannya dari analisis penggunaan metod pengumpulan data yang telah digunakan adalah kebanyakan guru pelatih mempelbagaikan metod pengumpulan data dalam Kajian mereka di sekolah. Ini bertujuan untuk mendapatkan kesahan data dan mengukuhkan dapatan kajian yang telah dijalankan.

270

Persidangan Kebangsaan Isu-Isu Pendidikan Islam 2016 21-22 Mei 2016, Auditorium Fakulti Pendidikan, UM Rumusan dari huraian diatas dinyatakan dalam jadual 2 di bawah. Jadual 2 : Kekerapan Metod Pengumpulan Data Guru Pelatih dalam Laporan Projek Kajian Tindakan Tahun 2012 Bidang Bilangan Metod Pengumpulan Data Pengajaran Guru Pelatih Dalam Pend. Kajian Tindakan Islam Pemer Temu Analisis Dokumen Ujian / Latihan Jumlah hatian bual Metod Lembaran Catatan Ujian Ujian

Quran Jawi Aqidah Ibadah Akhlak Sirah Jumlah

15 27 4 12 9 11 78

15 27 4 12 9 11 78

15 25 3 12 9 11 75

Kerja Murid 4 9 0 2 2 5 22

Refleksi Guru 12 23 3 8 9 7 62

Lisan Murid 5 8 1 6 1 1 22

Bertulis Murid 1 15 1 4 5 5 31

6 6 5 6 6 6 -

PERBINCANGAN Kertas ini ingin mengenalpasti pemilihan kaedah atau pendekatan yang telah digunakan oleh guruguru pelatih PISMP dalam pengajaran semasa praktikum. Pemilihan kaedah atau pendekatan ini juga digunakan oleh guru pelatih berkenaan untuk dilaporkan dalam Kajian Tindakan . Secara umumnya guru pelatih telah memilih kaedah atau pendekatan yang berbeza mengikut jadual waktu pengajaran semasa latihan praktikum atau semasa latihan internship. Persediaan pengajaran yang dipilih juga bergantung kepada bidang mata pelajaran Pendidikan Islam yang diajar seperti bidang al Quran, Aqidah, Ibadah, Akhlak, Sirah dan Jawi. Guru-guru pelatih tersebut juga membuat pemilihan tajuk atau pendekatan dalam pengajaran berdasarkan kepada isu atau masalah pengajaran guru yang boleh membantu guru membuat penambahbaikan dalam amalan mereka. Pemilihan pendekatan ini juga berdasarkan kepada kesesuaian pendekatan dengan sasaran murid yang diajar dan jangka masa satu atau dua kitaran kitaran rangka kajian yang sesuai dijalankan semasa latihan amali praktikum dan internship. Dapatan dari analisis kertas ini juga menunjukkan bahawa tajuk atau pendekatan yang telah dipilih dalam pengajaran dan pembelajaran murid-murid mengikut tahap tahun persekolahan yang berbeza kerana jadual pengajaran adalah mengikut keperluan sekolah dan tahap murid yang berbeza. Disamping itu juga boleh dilihat bahawa tajuk pengajaran guru juga adalah berdasarkan kepada sukatan pelajaran dari tahun 1 hingga tahun 6. Ini dapat dilihat dari aspek perbezaan dari segi pengagihan kaedah atau pendekatan yang digunakan dalam pengajaran Pendidikan Islam. Justeru itu, dalam menjalani proses pemilihan kaedah atau pendekatan ini, guru pelatih telah diberi bimbingan oleh penyelia (pensyarah) mereka berpandukan kepada panduan buku Kajian Tindakan (KPM). Ini membolehkan pemilihan kaedah atau pendekatan ini dapat dilaksanakan mengikut prosedur sehingga berhasil. Kajian Tindakan adalah instrumen pengukuran sejauhmana amalan pengajaran guru itu dapat membantu penguasaan murid dalam Pendidikan Islam. Dalam isu ini fokus utama dalam pendidikan adalah merujuk kepada bagaimana keupayaan guru menangani penguasaan murid dalam semua bidang matapelajaran Pendidikan Islam. Dalam hal ini ada kemungkinan murid murid tidak dapat menguasai sesuatu bidang dalam Pendidikan Islam berpunca dari pihak guru yang gagal menyampaikan pengetahuan dengan kaedah yang sesuai dengan kemampuan murid tersebut. Dalam isu penguasaan murid tentang pelajaran Jawi misalnya kajian yang dijalankan oleh Dewi Maslehah (1995) mendapati bahawa faktor utama mengapa pelajar-pelajar tidak dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis jawi adalah disebabkan oleh guru yang menggunakan kaedah pengajaran yang tidak sesuai dengan pelajar masa kini.

271

ISBN 978-967-14229-0-8

Penggunaan kaedah atau pendekatan yang sesuai dengan tahap pembelajaran murid perlu diberikan keutamaan oleh guru Pendidikan Islam di semua sekolah rendah dan menengah. Bagaimanapun penggunaan kaedah atau pendekatan lain yang biasa digunakan seperti syarahan, perbincangan, penerangan, soal jawab dan lain-lain boleh dikembangkan perlaksanaan dengan berkesan. Sesuai dengan hasrat murni Pendidikan di Malaysia merupakan satu proses atau usaha pendidikan yang berterusan dan sempurna dan menjadi tanggungjawab bagi setiap pendidik Pendidikan Islam untuk merealisasikan objektif tersebut. Selain itu, kajian ini juga ingin melihat cara pemilihan metod Kajian Tindakan yang dijalankan oleh guru pelatih keatas kaedah atau pendekatan pengajaran Pendidikan Islam. Kebanyakan guru pelatih telah memilih gabungan metod pengumpulan data dengan menggunakan lebih dari satu cara. Metod gabungan ini juga dapat mengukuhkan dapatan kajian yang dilaksanakan dari pelbagai sumber yang bermakna. Tujuan penggunaan ini juga bagi menguji kesahan data atau triangulasi. Secara khususnya metod pemerhatian, adalah metod yang banyak digunakan untuk mengumpul data diikuti dengan metod temubual. Selain itu metod analisis dokumen dan ujian juga digunakan untuk menyokong data pemerhatian dan temubual. Walaupun begitu, kaedah soal selidik ada dinyatakan dalam buku panduan Kajian Tindakan , tetapi kaedah tersebut kurang digunakan oleh guru pelatih dalam kajian mereka.Ini berkemungkinan kaedah ini sesuai untuk analisis secara data kuantitatif berbanding kaedah Kajian Tindakan menggunakan analisis secara kualitatif. CADANGAN Kajian ini berupaya mengenal pasti kaedah atau pendekatan yang digunakan oleh guru pelatih program PISMP 2012. Pendedahan tentang pengkaedahan atau pendekatan ini sebenarnya dapat membantu mengenal pasti bidang yang berbeza dari matapelajaran Pendidikan Islam khususnya kepada bakal guru yang mengikuti program di Institut Pendidikan Guru. Dengan adanya penerokaan tentang pelbagai kaedah atau pendekatan akan memberi ruang untuk para guru pelatih dan guru terlatih merujuk cara yang terbaik dan sesuai dengan kemampuan pembelajaran murid. Cara terbaik yang boleh dikembangkan asas penggunaan kaedah atau pendekatan dan bahan bantu pengajaran Pendidikan Islam di Malaysia perlu dilihat kembali dari aspek penglibatan guru guru di sekolah menengah dan rendah dengan Kajian Tindakan . Justeru itu guru-guru pelatih program PISMP di Institut Pendidikan Guru, telah diberikan latihan dan ruang untuk meningkatkan mutu amalan pengajaran mereka dengan melakukan refleksi terhadap amalan pengajaran semasa praktikum dengan tujuan amalan ini perlu diberikan keutamaan selepas mereka ditempatkan di sekolah kelak. Usaha membudayakan penyelidikan khususnya dalam Kajian Tindakan di sekolah dapat meningkatkan guru menggunakan segala kemahiran yang dimiliki dan mengaplikasi secara maksimum sumber-sumber yang wujud di sekeliling mereka. CABARAN Guru boleh menambah baik amalan mereka melalui aplikasi penyelidikan tindakan. Walau bagaimanapun, banyak cabaran mengatasi pelaksanaannya (penyelidikan tindakan). Menurut Norasmah, dan Chia,(2011), cabarannya adalah beban kerja guru berat, kekangan masa, dan kekurangan pemahaman yang mendalam, dan kemahiran yang berkaitan dengan kaedah ini. Jalan penyelesaian yang mungkin termasuk strategi latihan untuk meningkatkan pengetahuan Kajian Tindakan guru dan kemahiran. Kajian Tindakan harus menjadi komponen wajib tugas-tugas rasmi guru dan komponen penilaian prestasi tahunan mereka untuk memberi motivasi kepada mereka untuk berusaha ke arah melaksanakan penyelidikan tindakan. Dalam pada itu pula, Moi dan Munira (2011) juga mendapati dalam kajian mereka tentang „Projek Penyelidikan Tindakan dalam Program Pendidikan Guru: Kompetensi dan Kelemahan guru praperkhidmatan‟ telah memberi implikasi bahawa kurikulum Kajian Tindakan semasa untuk guru-guru pra-perkhidmatan tidak memenuhi objektif pembelajaran dimaksudkan. Kurikulum ini seolah-olah tidak memberi penekanan kepada menghubungkan teori kepada amalan dan juga pada memperoleh kecekapan dalam menghasilkan guru sebagai penyelidik.

272

Persidangan Kebangsaan Isu-Isu Pendidikan Islam 2016 21-22 Mei 2016, Auditorium Fakulti Pendidikan, UM RUMUSAN Usaha IPGM Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan kurikulum pendidikan Kajian Tindakan adalah bertepatan dengan kesesuaian guru menyiapkan diri dengan tugas yang mencabar. Oleh itu apajua kekangan perlu dilaksankan dengan bijaksana dan sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran seperti yang diperolehi dalam beberapa dapatan kajian tentang keberkesaann peneylidikan tindakan dilakukan. RUJUKAN Abdul Malek Norakit 2003, Persepsi Guru Kelas Kemahiran Al-Quran Dan Pelajar Terhadap Kaedah Graf Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Tilawah Al-Quran, Kertas Projek Pendidikan Islam Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Buku Manual Kajian Tindakan , Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia Edisi ketiga 2008. Dewi Maslehah Md. Yusop 1995, Pengajaran Bacaan Jawi Menggunakan Kaedah Gabungan Bunyi Kata Dengan Bantuan Huruf Rumi, Disertasi (M.Ed.) Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Halim Tamuri, Adnan Yusopp, Kamisah Osman,Shahrin Awaluddin, Zamri Abdul Rahim, Khadijah Abdul Razak (2004), Keberkesanan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Keatas Pembangunan Diri Pelajar, Kajian Projek Penyelidikan Fakulti Pendidikan UKM dan Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Kementerian Pelajaran Malaysia. Khatijah Binti Endut 1997, Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam di Sekolah Menengah dan Rendah, Kertas Projek Pendidikan Islam Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Md. Radzi Bahari 1997, Strategi pengajaran aqidah tahap dua sekolah rendah di kawasan Sungai Petani dan Yan Kedah, Disertasi (M.Ed.) Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Mohd Talhah Mohd Tahir 2003, Keberkesanan Kaedah Inkuiri Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam: Satu Kajian eksprimen di sebuah kolej matruklasi IPTS, Projek Penyelidikan Sarjana Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Moi Mooi Lew, Munira Mohsin 2011, Projek Penyelidikan Tindakan dalam Program Pendidikan Guru: Kompetensi dan Kelemahan guru praperkhidmatan. International Journal of Learning; 2011, Vol. 18 Issue 1, p565-573. Nasir Mohamad 2001 Satu Kajian Tentang Keberkesanan Kaedah Inkuiri-Penemuan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Syar’iyah Islamiyyah. Kertas Projek Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia. Norasmah, O.Chia, S. Y.(2016), The Challenges of Action Research Implementation in Malaysian School, Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities; Mar 2016, Vol. 24 Issue 1, P4352. Taufik Mukmin.2007. Analisis Klasifikasi Dan Integrasi Pengetahuan Dari Perspektif Ibnu Khaldun Dan Aplikasinya Dalam Kurikulum. Kertas Projek Pendidikan Islam Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

273

28 Abd Aziz et. al. 2016.pdf

kekerapan terhadap tajuk atau pendekatan pengajaran dan analisis seterusnya ialah membahagikan. Page 3 of 11. 28 Abd Aziz et. al. 2016.pdf. 28 Abd Aziz et.

288KB Sizes 43 Downloads 225 Views

Recommend Documents

Abd El Aziz Fadel: Chairman, EGYPTAIR MAINTENANCE AND ...
degree in Aeronautical Engineering from the Military. Technical Collage, he ... Concurrently, he was the Information Technology Vice. President for EGYPTAIR ...

Micallef et al. 2008
National Oceanography Centre, University of Southampton, European Way, Southampton, SO14 3ZH, ... 8100±250 cal yrs BP (Haflidason et al., 2005), the ... veyed using state-of-the-art acoustic imaging techni- ...... Freeman, San Francisco.

Claisse et al 2014Platform_Fish_Production_w_supporting_info.pdf ...
Claisse et al 2014Platform_Fish_Production_w_supporting_info.pdf. Claisse et al 2014Platform_Fish_Production_w_supporting_info.pdf. Open. Extract.

et al
Jul 31, 2008 - A new algorithm was developed to extract the biomarker from noisy in vivo data. .... Post Office Box 5800, 6202 AZ Maastricht, Netherlands.3Depart- ment of ... School of Medicine, Broadway Research Building, Room 779, 733.

Stierhoff et al
major influence on subsequent recruitment, particu- larly for ... hypoxia could affect survival rates and recruitment through subtle effects .... using SPSS software.

(Cornelius et al).
rainforest in Chile, IV- dry Chaco in Argentina, and V- tropical forests in Costa Rica (map modified from ..... Chaco is subject to logging and conversion to.

DHM2013_Vignais et al
Table 1: Mean normalized resultant joint force (JF) and joint moment ... the mean joint reaction force of the distal joint was ... OpenSim: open-source software to.

Schmidt et al, in press
At the beginning of the experimental session, participants were asked to read and familiarize themselves with ..... Feldman R., & Eidelman A. I. (2007). Maternal postpartum ... In G. E. Stelmach & J. Requin (Eds.), Tutorials in motor behavior (pp.

VanLavieren et al PolicyReport_LessonsFromTheGulf.pdf ...
VanLavieren et al PolicyReport_LessonsFromTheGulf.pdf. VanLavieren et al PolicyReport_LessonsFromTheGulf.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In.

Altenburger et al
Jun 30, 2005 - email: [email protected]. JEL Classification: ... The Universities Act 2002 (official abbreviation: UG 2002), which is still in the stage of .... Thirdly, ICRs can serve marketing purposes by presenting interpretable and.

figovsky et al
biologically active nanochips for seed preparation before planting; enhance seed germination, enhance seed tolerance to pathogens, salinization, draught, frost, ...

Casas et al..pdf
Adoption of Agroforestry Farm Models in Bukidnon-Its Implication to Ecological Services (2013)-Casas et al..pdf. Adoption of Agroforestry Farm Models in ...

Maione et al., 2014 JEthnopharmacol.pdf
Western blot analysis ... (ECL) detection kit and Image Quant 400 GE Healthcare software ... displayed a similar effect compared to TIIA 50 μM (data not shown).

Levendal et al.
data management protocols for data collection to ensure consistency, ...... need to change to a culture of promptly and rigorously analysing data and using the.

Gray et al.
Sep 21, 2009 - related to this article. A list of selected additional articles on the Science Web sites ... 7 articles hosted by HighWire Press; see: cited by. This article has ..... Conference on Austronesian Linguistics, E. Zeitoun,. P. J. K. Li, E

(Cornelius et al).
also because of processes related to forest type and ... tropical and humid cloud forests of Mexico correlated ... forests provide a high variety of cavities ... What do we know about cavity availability for birds ... requirements for large cavities

(Guthery et al).
Peer edited. In My Opinion: .... (research hypothesis) that pre-incubation storage times are longer in ... Longer storage times might permit more eggs to be laid ...

Rius et al.
species settled preferentially in the dark with no geotactic preferences and another 2 showed an inter- action between ...... as larval movement and offspring retention (Petersen. & Svane ... Plessis (Zoology Department, University of Cape Town) for

Nunez et al.
based on simulations and analytic-statistical studies with a volume conductor model. ...... simulated correlations do not agree exactly because analytic solutions.

Harel Insurance Co, Ltd., et al. v. Bats Global Markets, Inc., et al. 14 ...
May 20, 2014 - Hard insurance Company, Ltd. ('Plaintiff') is one of Israel's largest ...... software company) published a report stating the contrary, revealing that ...

Harel Insurance Co, Ltd., et al. v. Bats Global Markets, Inc., et al. 14 ...
May 20, 2014 - 10. Throughout the Class Period, the Exchange Defendants: (i) accepted kickback .... hundreds of companies, scores of stock indices, and more than 100 ...... Traders purchase special trading software from exchanges; and.

Stone, Pierce et al, Weightlifting Program Design 28 SCJ 10 (2006 ...
Stone, Pierce et al, Weightlifting Program Design 28 SCJ 10 (2006).pdf. Stone, Pierce et al, Weightlifting Program Design 28 SCJ 10 (2006).pdf. Open. Extract.

Labruna et al. 2014.pdf
EMG Recording ... between 50 and 2000 Hz (Delsys, Inc., Boston, MA). The ... Page 3 of 10. Labruna et al. 2014.pdf. Labruna et al. 2014.pdf. Open. Extract.

Nathoo et al 2013.pdf
elements of: (1) engagement and outreach, (2) harm reduction, (3) cultural safety (4) supporting mother and. child, and (5) partnerships. In addition to serving First Nations, Métis, Inuit and other indigenous women. and their families, these progra