Page 1 voicewrites.org

Imam Mahdi - Dr. MAZA

“Jangan solat kepada mereka yang mati dikalangan munafik”. Huzaifah tahu siapa munafik dia tak pergi solat. Umar Ibn Khattab dia tanya Huzaifah “Aku termasuk tak dalam senarai itu?”. Itu Umar, dia bimbang, takut dia termasuk. Kita confirm kita tentu bukan. Umar Ibnu Khattab dia bimbang takut termasuk di kalangan golongan munafik. Huzaifah dia sahabat Nabi yang memberikan tumpuan kepada perkara-perkara yang seperti ini. Akhir zaman orang sukalah hadis-hadis tentang 'fitan' (ujian, kesengsaraan, dugaan). Saya pergi ceramah di Pahang dua hari lepas. Pahang ni negeri yang ritu susah sikit saya nak masuk. Tapi saya pergi ceramah di TUDM Pahang. Dengan syarat daripada Pejabat Mufti Pahang tidak boleh diperkenalkan sebagai bekas Mufti Perlis (Ketawa). Benda dah berlaku nak buat macam mana. Tapi takpalah itu salah satu bab “Alangkah Lucunya Negeri Ini”, tapi takpe. Masa sesi soal-jawab di TUDM Pahang. Alhamdulillah ramai orang datang masuk pangkalan udara dia semua, ramai. Ada 2 soalan saya ingat orang tanya, “Adakah bendera hitam yang Nabi sebut dalam hadis itu adalah bendera Terengganu?”. (Ketawa). Pasai punye syok orang Terengganu, dalam stadium dok runtuh. Stadium bina dua kali runtuh. Akhirnya tak tahu nak buat apa, kawan saya dari Kuala Lumpur hantar rupanya bukan salah kerajaan Terengganu, salah Ultraman pi lawan dengan raksasa di Terengganu. Jadi tang kerajaan tak salah jugak, buat dua kali, dua kali runtuh. Ratus juta duit rakyat jahanam. Bendera Terengganu itu warna hitam. Kes bendera hitam ini sejak zaman dulu jadi rebutan. Abu Muslim Al-Khurasan dia dibunuh, dia jugak bawak bendera hitam daripada Khurasan. Kononnya nak kata bendera hitam ialah bendera panji-panji Mahdi. Dan macam-macam orang exploit hadis-hadis yang berhubung dengan cerita akhir zaman. Sebab itu hadis akhir zaman ini bagus pengajaran bagi kita tapi ada orang dia guna hadis akhir zaman untuk ambik kesempatan. Berapa ramai sepanjang sejarah orang Islam orang yang mengaku dia jadi Mahdi. Setiap negeri boleh kata ada mengaku jadi Mahdi. Saya sebut tuan-tuan, manusia ni dia nak carik kelebihan yang bukan milik dia. Saya complain berapa orang yang claim dia habib-habib ini.

Page 2 voicewrites.org

Bukan kelebihan ilmu, tapi kelehan keturunan dia. Dia sendiri tu takda apa. Dok cerita bekas dia. Pasai pa bekas hang orang guna untuk minum? Pasal aku keturunan sekian-sekian. Aku keturunan nabi. Ramailah, Saddam Hussein masa nak perang dulu dia mengaku keturunan Nabi. King Hussein dan kerajaan Abdullah di Jordan dia memang keturunan Nabi lah. Itu pun tidak boleh menjadi hujah bahawasanya kerajaan dia tidak boleh dipertikaikan. Macam-macam. Saya sebut pada apa itu. Di Jordan kalau kita pergi ada Ashabul Kahf. Kononya disitulah cerita Ashabul Kahf Quran itu. Apatah lagi adalah, tengkorak dia. Kemudian ada masjid. Nampak macam dekat dengan ceritanya. Kita pergi ke Turki, kat Turki pon ada. Dia pon kata Ashabul Kahf. Tuan-tuan sebut Ashabul Kahfi tau. Ashabul Kahf! Hatkat Turki hat betui lah. Tuan-tuan pergi kat China, Kuburum Chi, di China pon ada. Tuan-tuan nak hairan apa. Di Yaman depa tawaf kubur Nabi Hud. Tuan tengok video memang banyak. Depa nafi apa, memang depa tawaf. Geng-geng, sebahagian daripada geng-geng tarikat. Kubur nabi ni pon ada yang confirm. Kecuali kubur Nabi Muhammad SAW. Kecuali kubur nabi kita SAW. Yang lain, Nabi kat akalau Nabi kat Mesir Nabi nak tunjuk kubur Nabi Musa. Apabila orang Islam bukak Mesir, mereka jumpa mayat yang tak reput beratus-ratus riub tahun. Dikatakan mayat itu adalah mayat Danial AS. Umar Ibnu Khattab RA, mereka hantar berita ni kepada dia, dia menjadi khalifah ketika itu. Dia mintak digali beberapa belas kubur, dan ditanam mayat itu. Pasai ada orang memang dok pi mintak berkat apa. Supaya orang tak tau yang mana satu kubur dia. Supaya orang tak melakukan syirik. Tu saya kata tuan-tuan pergi tengok kubur sebahagian nabi kecik je. Cuba tengok kubur Nabi Syuaib di Jordan, panjang. Bila kita tanya pasai pa panjang, bukan sahaja depa, orang kata kubur Nabi Syuaib di situ, namanya pon lembah itu Wadi Syuaib, Lembah Syuaib. Tapi bila kerana sorang kata sana, sorang kata sini, sorang kata sini, dia tarik panjang sekali tu dia nampak panjang. Mai orang kita kata “Eh rupanya Nabi Syuaib ni tinggi”, tak kene-mengena pon. Imam Mahdi, sampai Masjidil Haram pernah ditawan kerana ada pihak yang mendakwa Mahdi. Dalam sejarah Mahdi, yang paling berjaya nampaknya Mahdi di Sudan. Dipanggil AlHarakah Al-Mahdiyah, gerakan Mahdi di Sudan. Dia lama, namanya Muhammad bin Abdillah. Dia perang dengan British, British pon kalah. Dan lama dan dia menguasai kerajaan Mahdi di Sudan. Dia mengaku dia Imam Mahdi. Pastu ramai hat lain yang mengaku macam-macam. Tu pun macam-macam dakwaan. Ada orang kata Mahdi Abbasiyah sebagai Imam Mahdi. Ibnu Khaldoun antara orang yang kata tak berapa percaya Imam Mahdi. Mahdi Isa bin Mariyam. Ramai orang mendakwa diri dia Mahdi dengan menggunakan hadis ini. Di Malaysia, As-syari Muhammad, mati dah dia. Sebelum dia mati saya habaq dah, lepas dia mati ni mesti pengikut dia kata dia tak mati. Betul. Pasai ajaran sesat ni sama ja. Dia point tu je. Kalau dah mati, kehendak tak tercapai, dia akan cakap bahawasanya, sebenarnya tak mati. Kalau tidak orang kata bohong lah. Pengikut dia akan kata “Are you bluffing me? Dia tak mati, dia mati. Mana cita-cita awak”. Orang tu kata untuk buktikan, dia kata tak. Dulu saya pergi-pergi Jordan, saya ingat. Ashaari Arqam masa dia hidup, masa Perang Teluk yang pertama, Gulf War. Dia kata Jordan akan jadi

Page 3 voicewrites.org

padang jarang padang terkukur. Hancur kerana peperangan antara Iraq dan Amerika. Ramalannya. Semua geng-geng Arqam balik masa itu. Pastu tak jadi. Dia kata “Allah buat bende lain lak. Dia pikiaq lain lak, dia buat yang lain”. Dia ingat Allah macam dengan dia. Tuan-tuan, bende hat dia kata bukan bende baru. Sama. Mokhtar Al-Thaqafi/Saghafi, dia timbulkan konsep Al-Bada yang kemudian diambil oleh Syiah. Bila dia dakwa sesuatu akan berlaku, bila tak berlaku, dia panggil dia kata, “Bada Allah terjadi. Allah Taala buat semula”. Maksudnya Allah Taala ubah rancangan Nya. Dia ingat Allah Taala ni apa? Rancang silap rancang silap ka. Tapi dia nak tutup kesilapan dia, dia buh kat Tuhan. Kalau kita ingat dulu masa Ashaari dia keluarkan jadual Allah. Jadual Allah untuk Suharto, jadual Allah untuk apa. Dan dia keluarkan risalah. Risalah di bumi Syam. Dia kata masa Abuya pergi ke Syria, awan lindung dia sama macam awan lindung nabi. Masa Nabi ke Syam masa Nabi kecik-kecik. Dan dia mula. Dalam Sunni, hampir keseluruhan ulama’ Sunni, berpendapat bahawasanya Mahdi ini dia datang daripada Al-Hassan. Pasal dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, Nabi kata “Anak aku ini, Sayid. Cucu dia lah. Tuan, akan keluar daripada sulbinya lelaki yang namanya macam nama aku, nama bapaknya macam nama bapak aku yakni Muhammad bin Abdullah”.

Syiah dia tak berapa seronok dengan Al-Hassan, sebab Al-Hassan dia telah menyerahkan kuasa kepada Muawiyyah bin Abu Suffian, zaman pemerintahannya. Kerana selepas Ali, pemerintah adalah Al-Hassan. Tapi Al-Hassan beberapa bulan memerintah serahkan kepada Muawiyyah bin Abu Suffian kerana dia tak mahu keadaan huru-hara di kalangan orang Islam. Tahun dia serah itu dinamakan “Tahun Perpaduan” di kalangan orang Islam. Syiah tak happy. Syiah kata keturunan Imam Mahdi ini daripada keturunan Al-Hussain. Arqam kata keturunan daripada Hussain. Pasal dia buat susur galur, apa nama En Syuhaimi dia, dia pi ikut Hussein. Tak tahu lah, Hussein betul ka, Hussein lempoyan ka, kita tak tahu, tapi Hussein lah. Sunni kata dia manusia, macam biasa dia lahir dan kemudian dia membesar menjadi Mahdi. Syiah kata dia menyorok kemudian dia muncul. Arqam kata dia menyorok dan dia muncul. Syiah kata sebelum dia keluar, akan ada wakilnya yang berhubung dengan orang. Yang disebut sebagai “Naibul Imam”, “Naib Imam”. Naib Imam itulah yang mana, Khomeini dan seumpamanya mainkan peranan dan kemudian Khomeini menghidupkan konsep yang dinamakan dengan “Wilayatul Faqih”, “Wilayah Faqih”, “Absolute Power of Faqih”. Yang mana faqih ini, dia ada kuasa yang mewakili macam kuasa Mahdi la. Sunni tak percaya benda tu. Sunni kata dia muncul baru kita kira. Arqam percaya benda ini. Arqam pon sama. Ashaari wakil kepada Mahdi. Sama. Tapi Ashaari satu orang politik yang

Page 4 voicewrites.org

bijak. Saya tak pasti antara dia dengan Ibrahim Ali sapa pandai, tapi dia seorang yang bijak. Dia menyatakan bahawasanya. Dia buat apa. Sebelum dia kempen kepercayaan kepercayaan dia, bagi siapa yang ingat. Dia lancarkan satu kempen “Bahaya Syiah”. Dia orang yang awal buat buku “Bahaya Syiah”. Supaya orang tak kaitkan dia dengan Syiah. Tapi the whole thing yang ada kat kepala dia, sama dengan Syiah. Even dia punya plan untuk take over the country, menurut dia lah, sama macam rancangan Khomeini. Khomeini buat apa? Khomeini duduk di Perancis, dalam buangan, kemudian hantar orang dia, hantar kaset, hantar apa, rakyat dia bersedia tunggu dia merata, dia balik kapal terbang depa sambut, kemudian dia jatuhkan kerajaan. Di sini dia siapkan bas pusing semua, orang dok tunggu, dia balik orang sambut dia ingat dia boleh ambik kerajaan. Sama. Pasal manusia ini nama je lain-lain, pada zaman yang berbeza, tetapi drama dia sama. Drama sesat pon sama, drama kebaikan pon sama. Dia tak jauh, dia sama, yang tu ja orang akan main. Nabi tak pernah suruh kita suruh duduk buat bas tunggu Imam Mahdi ni, Nabi tak suruh. Dia mai, mai lah. Dia tak mai pon tak ada masalah. Kita Allah Taala akan tanya tentang kita dan amalan kita, bukan tentang “Hang dah jumpa Imam Mahdi?”, tak da. Malaysia banyak Imam Mahdi. Sekarang muncul, di Perak muncul seorang nama Mariam mengaku Mahdi. Di Selangor ada mengaku Nabi, lebih dari Mahdi lah. Yang jaga zoo. Di Terengganu ada bendera hitam lebih pasal ada mengaku tuhan, Ayah Pin. (Gelak). Link video: https://www.youtube.com/watch?v=dFvWm_3QLSM

TERIMA KASIH Geng Ustaz 

FB DrMAZA



Real Dr. MAZA Blog



Instagram Dr. MAZA



Minda Tajdid Dr. MAZA



Twitter Dr. MAZA



FB Channel DrMAZA

Disediakan oleh: Muhammad Haris Hamzah [email protected]

Imam Mahdi - Dr Maza.pdf

Ramailah, Saddam Hussein masa nak perang dulu dia mengaku keturunan Nabi. King Hussein. dan kerajaan Abdullah di Jordan dia memang keturunan Nabi ...

539KB Sizes 7 Downloads 259 Views

Recommend Documents

Remembering Imam Mahdi (atf).pdf
Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday. Everyday remember: 1. Say Salaam to Imam. 2. Give Sadaqa. 3. Pray for Imam to come quickly. O Imam! Please help me to be the best I can,. so that I can join your team and be your helper. Page

Imam Mahdi (ATF).pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Imam Mahdi ...Missing:

Areeza - Letter to Imam Mahdi (ATF).pdf
A Special Letter. To My Imam. Page 1 of 1. Areeza - Letter to Imam Mahdi (ATF).pdf. Areeza - Letter to Imam Mahdi (ATF).pdf. Open. Extract. Open with. Sign In.

Roadmap-alir-Prof Dr Ir Slamet Imam Wahyudi Unisulla.pdf ...
Try one of the apps below to open or edit this item. Roadmap-alir-Prof Dr Ir Slamet Imam Wahyudi Unisulla.pdf. Roadmap-alir-Prof Dr Ir Slamet Imam Wahyudi ...

skripsi imam tmz.pdf
Loading… Page 1. Whoops! There was a problem loading more pages. skripsi imam tmz.pdf. skripsi imam tmz.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu.

Adab Al-Mufrad - Imam Bukhari.pdf
Names. XXXIV. Kunyas. XXXV. Poetry. XXXVI. Words. XXXVII. General Behaviour. XXXVIII. Omens. XXXIX. Sneezing and Yawning. XD. Gestures. XDI. Greeting.

40 Hadith Imam Nawawi.pdf
Page 3 of 63. 40 Hadith Imam Nawawi.pdf. 40 Hadith Imam Nawawi.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu. Displaying 40 Hadith Imam Nawawi.pdf.

40 Hadith Imam Nawawi.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. 40 Hadith Imam ...

7. IPS (IMAM MASHUDI).pdf
b) Berdasarkan hukum agama. c) Berdasarkan hukum Negara. Page 3 of 8. 7. IPS (IMAM MASHUDI).pdf. 7. IPS (IMAM MASHUDI).pdf. Open. Extract. Open with.

Al Imam Ul Hussain (R.A) By Allama Abdul Wahid Kheyari.pdf ...
besturdubooks.wordpress.com. Page 3 of 241. Al Imam Ul Hussain (R.A) By Allama Abdul Wahid Kheyari.pdf. Al Imam Ul Hussain (R.A) By Allama Abdul Wahid ...

Norhidayat_Metode Ta'wil al-Quran Menurut Imam al-Ghazali.pdf ...
Norhidayat_Metode Ta'wil al-Quran Menurut Imam al-Ghazali.pdf. Norhidayat_Metode Ta'wil al-Quran Menurut Imam al-Ghazali.pdf. Open. Extract. Open with.

Damascus Countdown (The Twelfth Imam, #3) by Joel C. Rosenberg.pdf
Damascus Countdown (The Twelfth Imam, #3) by Joel C. Rosenberg.pdf. Damascus Countdown (The Twelfth Imam, #3) by Joel C. Rosenberg.pdf. Open.

Al Kabair (Dosa-Dosa Besar) - Imam Adz-Dzahabi.pdf
Page 3 of 386. Al Kabair (Dosa-Dosa Besar) - Imam Adz-Dzahabi.pdf. Al Kabair (Dosa-Dosa Besar) - Imam Adz-Dzahabi.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In.

DR. OZ'S - The Dr. Oz Show
DR. OZ'S. INSTALL SMOKE ALARMS IN EVERY SLEEPING ROOM,. OUTSIDE EACH SLEEPING AREA AND ON EVERY LEVEL OF. THE HOME. MOUNT FIRE ...

DR. OZ'S - The Dr. Oz Show
DR. OZ'S. INSTALL SMOKE ALARMS IN EVERY SLEEPING ROOM, ... MAKE SURE YOU AND YOUR KIDS KNOW HOW TO OPEN ALL WINDOWS. SET UP A ...

DR - NSE
Jul 24, 2017 - Live trading sessions from Disaster Recovery (DR) site. The Exchange shall be ... Kindly do not transfer any data files for this session. • Trades ...

Imam-Al-Ghazali-Beginning-of-Guidance (1).pdf
Sign in. Page. 1. /. 66. Loading… Page 1 of 66. Page 1 of 66. Page 2 of 66. Page 2 of 66. Page 3 of 66. Page 3 of 66. Page 4 of 66. Page 4 of 66. Imam-Al-Ghazali-Beginning-of-Guidance (1).pdf. Imam-Al-Ghazali-Beginning-of-Guidance (1).pdf. Open. Ex

Imam-Al-Ghazali-Beginning-of-Guidance (1).pdf
Page 3 of 66. Page 3 of 66. Imam-Al-Ghazali-Beginning-of-Guidance (1).pdf. Imam-Al-Ghazali-Beginning-of-Guidance (1).pdf. Open. Extract. Open with. Sign In.

Ebu Hanife ( Imam-i Azam ) - Muhammed Ebu Zehra.pdf
da ölçüsüz konuşmuşlar, onu ırzı ve Jini tecavüzden. masun obuası gereken bir Müslüman mertebesinden. indirmek istemişlerdir. Mübalâğalı bir tarzda kusur ve ...

man-155\gambar-bugil-dr-esa-dr-oz.pdf
Whoops! There was a problem loading more pages. Retrying... man-155\gambar-bugil-dr-esa-dr-oz.pdf. man-155\gambar-bugil-dr-esa-dr-oz.pdf. Open. Extract.

DAS CABINET DES DR. CALIGARI. (THE CABINET OF DR ...
Page 2 of 2. DAS CABINET DES DR. CALIGARI. (THE CABINET OF DR. CALIGARI) (1920.pdf. DAS CABINET DES DR. CALIGARI. (THE CABINET OF DR.