PENGENALAN Penggunaan teknologi maklumat dalam kehidupan pada masa kini telah menjadi suatu perkara yang sangat penting. Malah, penggunaan teknologi pada abad ke 21 ini dapat dilihat semakin meluas sama ada dalam bidang perniagaan, pembangunan, dan pendidikan. Oleh hal yang demikian, literasi teknologi dan maklumat menjadi sangat signifikan kepada manusia untuk dikuasai. Bagi memahami maksud literasi teknologi maklumat dan komunikasi, saya telah mengambil definisi dan pengertian mengenai topik ini berdasarkan kepada pandangan beberapa orang tokoh. Chakrabarty (1979), menjelaskan bahawa literasi komputer membawa maksud mempelajari cara menggunakan sesuatu perisian mikro-komputer dan peranti-perantinya yang dapat menghasilkan sesuatu melalui penggunaan komputer. Manakala Dologite (1987), pula menyatakan literasi membawa maksud yang agak mudah, iaitu tahap pengetahuan dan kebolehan seseorang itu menggunakan komputer. Pendapat beliau ini hampir sama dengan pendapat Hunter (1987), dalam kajiannya yang menyatakan literasi komputer sebagai kemahiran seseorang individu menggunakan komputer sebagai sebuah alat yang disesuaikan kepada situasi hidup harian yang membolehkannya berfungsi dalam masyarakat yang berasaskan maklumat. Ngan (1994) pula menyatakan bahawa literasi komputer membawa maksud yang lebih luas bukan sahaja konsep dalam kesedaran tetapi juga pengalaman dan pengendalian komputer. Manakala kesedaran komputer pula merujuk kepada pengetahuan mengenai cara komputer digunakan dalam masyarakat, kesan kegunaannya terhadap sosial dan ekonomi serta kesannya terhadap kehidupan manusia. Kesedaran komputer berkait rapat dengan pembelajaran tentang komputer, manakala literasi komputer pula berkait rapat dengan pembelajaran dan penggunaan komputer. Besag dan Levine (1984) berpendapat, tahap asas literasi komputer adalah kebolehan membaca serta menulis dengan menggunakan bahasa sendiri dan dalam definisi yang lebih luas, bukan sahaja setakat boleh membaca tetapi juga boleh menggunakan pengetahuan yang diperoleh daripada komputer dalam kehidupan seharian. Mc Keown (1986) menyatakan jika seseorang itu celik komputer, dia bukan hanya mempelajari tentang komputer tetapi juga tahu menggunakannya sebagai alat yang memudahkan kerja-kerja lain. Menurut beliau lagi, literasi juga bermaksud mengetahui perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh komputer serta kebolehan seseorang itu mengarah komputer berbuat sesuatu yang dikehendaki.

Berdasarkan pandangan-pandangan tersebut, saya dapat merumuskan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai satu teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pem-prosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan tele-komunikasi seperti telefon bimbit. Manakala, literasi pula boleh diertikan sebagai kemahiran. Oleh itu, secara tuntasnya saya dapat menakrifkan literasi teknologi maklumat dan komunikasi ini sebagai suatu kemahiran untuk memperoleh, menyimpan, memproses dan menyebarkan maklumat dengan menggunakan teknologi komputer dan telekomunikasi. Secara amnya, literasi teknologi maklumat dan komunikasi ini memberikan pelbagai manfaat dalam pelbagai aspek kehidupan pada masa kini. Namun demikian, terdapat juga kekangan dan keburukan literasi teknologi maklumat dan komunikasi ini kepada manusia. Melalui penulisan ini saya akan menghuraikan implikasi-implikasi tersebut agar kita menjadi lebih arif dalam mengaplikasikan literasi teknologi maklumat dan komunikasi untuk kebaikan.

IMPLIKASI LITERASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI Pada realitinya, literasi teknologi maklumat dan komunikasi ini mendatangkan pelbagai manfaat dan kebaikan kepada manusia sejagat dalam pelbagai aspek kehidupan. Malah, tahap literasi maklumat atau celik maklumat yang tinggi di sesebuah negara mencerminkan keberkesanan sistem pendidikan negara tersebut. Namun demikian, kita juga harus ingat bahawa penyalahgunaan literasi teknologi maklumat dan komunikasi ini boleh membawa kepada kemudaratan.

proses pencarian maklumat lebih mudah

implikasi positif berkongsi maklumat

cepat dan mudah

IMPLIKASI POSITIF. Literasi teknologi komunikasi dan maklumat ini sememangnya memberikan pelbagai manfaat kepada kita semua khususnya kepada guru pelatih bagi Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) seperti saya. Hal ini demikian kerana, selaku seorang bakal pendidik

saya perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan ilmu pengetahuan untuk mendidik murid-mirid saya kelak. Tambahan pula, teknologi maklumat dan komunikasi pada masa kini sudah mula diintegerasikan

dalam

proses

Pengajaran

dan

Pembelajaran

di

sekolah-sekolah.

Pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bermaksud proses pengajaran yang melibatkan penerapan teknologi seperti komputer serta menggunakan bahan bantu mengajar berunsurkan ICT dalam pengajaran bahasa. Contohnya penggunaan korpus berkomputer untuk mencari perkataan dan ayat yang berkaitan. Oleh hal yang demikian, literasi teknologi maklumat dan komunikasi ini amat penting untuk dikuasai. Bukan itu sahaja, literasi teknologi maklumat dan komunikasi dapat membantu pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) Institut Pendidikan Guru Kampus Malaysia (IPGM) untuk mendapatkan maklumat dengan tepat dan efisyen melalui pelbagai enjin pencarian maklumat dan direktori web. Salah satu daripadanya ialah pencarian maklumat melalui web Online Public Access Catalogs (OPAC). OPAC merupakan satu inovasi ke atas reka bentuk katalog perpustakaan yang telah merintis jalan baru ke arah penyebaran maklumat terkini. OPAC ini memberikan kemudahan kepada pengguna untuk mengakses rekod bibliografi perpustakaan secara serentak di kebanyakkan tempat tanpa mengira jarak dan masa. Oleh itu, melalui kemahiran mencari maklumat dengan menggunakan web OPAC ini, pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Institut Pendidikan Guru Malaysia dapat memperoleh banyak maklumat yang untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Bukan itu sahaja, literasi teknologi maklumat dan komunikasi dapat mempercepat dan mempermudahkan kerja untuk mencari maklumat dan informasi . Pada masa kini, seseorang pelajar itu tidak lagi bersusah payah untuk berkunjung ke perpustakaan untuk mencari maklumat. Hal ini adalah demikian kerana, pencarian maklumat kini menjadi lebih mudah dengan adanya enjin pencarian maklumat yang pelbagai. Enjin pencarian adalah satu atur cara yang menggelintar (browse) dokumen untuk satu kata kunci atau frasa yang spesifik dan menghasilkan senarai dokumen mengikut kata kunci yang diperoleh. Sebagai analoginya, enjin pencarian GOOGLE merupakan antara enjin pencarian maklumat yang sering digunakan oleh para pelajar. Kemahiran mencari maklumat melalui enjin pencarian google ini amat membantu pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Institut Pendidikan Guru Malaysia untuk mendapatkan maklumat bagi sesuatu tugasan. Selain itu literasi teknologi maklumat dan komunikasi juga membolehkan pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Institut Pendidikan Guru Malaysia di seluruh

negara untuk berkongsi maklumat dan pengetahuan mereka. Hal ini dapat dilakukan melalui penggunaan blog. Blog merupakan antara kaedah penyebaran maklumat yang sering digunakan pada masa kini. Ini kerana, melalui blog seseorang individu itu dapat menulis atau mencoretkan maklumat dan informasi di dalam blog peribadinya. Dengan demikian, setiap orang akan dapat berkongsi informasi sesama mereka.

ketidaktepatan maklumat

implikasi negatif hasil kerja tidak berkualiti

jenayah siber

IMPLIKASI NEGATIF Mesikpun literasi teknologi maklumat dan komunikasi ini memberikan banyak manfaat dan kebaikan kepada semua orang, namun literasi teknologi maklumat dan komunikasi ini juga mendatangkan kemudaratan dan impak negatif kepada seseorang individu. Antara implikasi negatif literasi teknologi maklumat dan komunikasi kepada seseorang individu ialah mendapat maklumat yang tidak betul. Perkara ini sering berlaku disebabkan oleh lambakan maklumat dan informasi yang terdapat dalam internet. Hal ini tidak seharusnya dipandang

sebelah mata sahaja memandangkan ia boleh membawa kepada kemudaratan yang lebih besar. Sebagai analoginya, penyebaran maklumat palsu boleh mengelirukan sesetengah pihak dan membawa kepada perselisihan faham yang boleh mencetuskan pertelingkahan. Lebih buruk lagi jika sesuatu informasi itu menyentuh tentang sensiviti agama, kaum atau kepercayaan. Seterusnya, kemahiran mencari maklumat secara alam maya membuatkan pelajar menjadi malas untuk berkunjung ke perpustakaan sekolah mahupun perpustakaan awam. Selain itu, kualiti kerja yang dihasilkan juga tidak bermutu kerana berasaskan sumber rujukan yang tidak tepat dan sudah diubahsuai. Apabila hal ini terjadi, sikap suka membaca dalam kalangan pelajar akan terhakis. Hal ini adalah tidak baik kerana individu yang bermaklumat dan mempunyai ilmu yang tuntas lahir daripada pelajar yang suka membaca. Bukan itu sahaja, ilmu pengetahuan dalam diri seseorang tidak dapat ditingkatkan. Implikasi negatif yang seterusnya ialah literasi teknologi maklumat dan komunikasi menjadi pemangkin kepada penyebaran fitnah dan ketidaktepatan maklumat serta informasi. Kewujudan blog yang membenarkan penulisan mengenai apa-apapun perkara menunjangi permasalahan ini. Hal ini demikian kerana, melalui aplikasi blog setiap individu yang memiliki blog boleh mengutarakan apa-apa sahaja pemikiran ataupan pendapat mereka melalui penulisan. Oleh itu, fitnah dan maklumat palsu mudah tersebar apabila individu lain mengunjungi blog yang mengutarakan tentang maklumat palsu tersebut dan menganggap bahawa informasi tersebut adalah benar. Bukan itu sahaja, penguasaan literasi teknologi maklumat dan komunikasi yang tinggi oleh seseorang individu secara salah boleh membawa kepada jenayah siber. Jenayah siber berlaku apabila, seseorang individu menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara alam maya untuk melakukan jenayah seperti mencuri menipu dan sebagainya. Jenayah siber ini sangat berbahaya bukan sahaja kepada seseorang individu malah boleh menyebabkan kejatuhan kepada sesebuah negara. Hal ini dapat dilihat melalui serangan siber ke atas negara jepun pada tahun 2003 yang telah menyebabkan negara tersebut membelanjakan berjuta yen untuk membaikpulih sistem komputernya yang telah diserang oleh seorang penggodam dari Rusia. Daripada realiti ini, kita dapat melihat bahawa literasi teknologi maklumat dan komunikasi juga membawa keburukan.

KESIMPULAN Kesimpulannya, literasi teknologi maklumat dan komunikasi membawa manfaat yang besar kepada setiap individu khususnya pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Institut Pendidikan Guru Malaysia. Sememangnya, kemahiran untuk mencari, menyimpan, memproses dan menyebarkan maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan telekomunikasi seperti telefon bimbit amat diperlukan oleh pelajar persediaan ini. Hal ini adalah bagi membantu pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Institut Pendidikan Guru Malaysia mencari maklumat dan menanbahkan ilmu pengetahuan sedia ada mereka. Namun demikian, seseorang individu itu perlulah sentiasa berwaspada dan berhatihati serta menggunakan kemahiran tersebut dengan bijaksana agar segala keburukan dan impak negatif yang telah saya nyatakan dapat dihindari. Seseorang individu itu juga perlulah bijak menganalisis informasi dan maklumat yang diterima melalui sistem teknologi maklumat dan komunikasi agar tidak mudah terpengaruh dengan maklumat palsu dan fitnah yang tersebar di laman siber. Untuk itu, seseorang individu itu perlulah mempelbagaikan sumber rujukannya agar maklumat yang tepat lagi jitu dapat diperolehi. Perkara ini amat penting untuk diaplikasikan oleh seorang bakal guru memandangkan beliau merupakan sumber utama pelajar untuk mendapatkan maklumat. Natijahnya, setiap pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Institut Pendidikan Guru Malaysia perlu menguasai literasi teknologi maklumat dan komunikasi untuk memudahkan mereka dalam proses pencarian maklumat. Oleh hal yang demikian, para pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Institut Pendidikan Guru Malaysia perlulah belajar dan menerokai literasi teknologi maklumat dan komunikasi ini dengan lebih mendalam.

literasi TMK.pdf

berkongsi. maklumat. Page 3 of 7. literasi TMK.pdf. literasi TMK.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu. Displaying literasi TMK.pdf. Page 1 of 7.

93KB Sizes 4 Downloads 186 Views

Recommend Documents

[Literasi] Panduan-Gerakan-Literasi-Sekolah-di-SLB.pdf ...
[Literasi] Panduan-Gerakan-Literasi-Sekolah-di-SLB.pdf. [Literasi] Panduan-Gerakan-Literasi-Sekolah-di-SLB.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu.

Jadwal literasi Adab.pdf
Sign in. Loading… Page 1. Whoops! There was a problem loading more pages. Retrying... Jadwal literasi Adab.pdf. Jadwal literasi Adab.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu. Displaying Jadwal literasi Adab.pdf.

Jadwal literasi Febi.pdf
13 G02217013 IGO FADILAH ILHAM AKUN. 14 G02217014 KIKI NUR KARISMA HIDAYATI AKUN. 15 G02217015 MAULINA DWI RACHMAWATI AKUN. 16 G02217016 MEGA KUSUMAWATI AISYAH AKUN. 17 G02217017 MOCH. JUSRIL FARIZI AKUN. 18 G02217018 NURUL FAUZIYAH AMIN MASFADIL AKU

Jadwal literasi Dakwah.pdf
Sep 4, 2017 - 48 B43217048 AQILAH BINTI ALIAS BKI. 49 B43217049 AZIRA BINTI JALI BKI. 50 B43217050 DAYANG NURFARIHAH FARZANA BKI.

Makalah Literasi Komputer.pdf
Whoops! There was a problem loading more pages. Makalah Literasi Komputer.pdf. Makalah Literasi Komputer.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In.

jadwal literasi Tarbiyah.pdf
KAMIS, 7 SEPTEMBER 2017 (14.00-15.30) RUANG FOTO COPY. Page 3 of 15. jadwal literasi Tarbiyah.pdf. jadwal literasi Tarbiyah.pdf. Open. Extract.

Peta Gerakan Literasi Media - JAPELIDI.pdf
RENDAHNYA LITERASI DIGITAL DI INDONESIA? Page 3 of 28. Peta Gerakan Literasi Media - JAPELIDI.pdf. Peta Gerakan Literasi Media - JAPELIDI.pdf. Open.