PERATURAN AM YANG MENGUASAI PERTANDINGAN PERMAINAN PERSATUAN SUKAN DAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PELAJARAN PERAK 1.

PENGUASAAN Semua pertandingan Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Perak(PSKPP Perak) hendaklah mengikut Peraturan-Peraturan Am Pertandingan Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Malaysia, kecuali yang akan dinyatakan kemudiannya.

2.

PENGELOLAAN Jawatankuasa Kerja PSKPP Perak akan menyerahkan kuasa pengelolaan semua pertandingan permainan PSKPP Perak kepada PSKPP Daerah. PSKPP Perak boleh menyerahkan kuasa pengelolaan sesuatu pertandingan bagi sesuatu permainan kepada suatu jawatankuasa khas yang dilantik oleh Jawatankuasa Kerja PSKPP Perak.

3.

UNDANG-UNDANG PERMAINAN Undang-Undang dan Peraturan Antarabangsa satu-satu permainan yang sedang berkuatkuasa sekarang akan digunakan melainkan sekiranya ada undang-undang khas yang menguasai pertandingan permainan di PSKPP Perak.

4. Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25

JENIS-JENIS PERMAINAN Jenis Permainan Bola Sepak Senior Bola Sepak Veteran Bola Jaring S + V Bola Tampar Wanita Bola Tampar Lelaki Badminton Sepak Takraw Boling Tenpin Jogathon Kebudayaan (Kugiran) Golf Tenis Hoki Catur Memanah Ping Pong Senamrobik Paint Ball Lelaki Paint Ball Wanita Sukaneka VVIP Jalan Kaki Ria VVIP Mountain Bike Futsal Kebudayaan Tarian Rampai Tarik Tali Staf Sokongan

Jantina Lelaki Lelaki Wanita Wanita Lelaki Lelaki + Wanita Lelaki Lelaki + Wanita Lelaki + Wanita Lelaki + Wanita Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki + Wanita Lelaki + Wanita Lelaki + Wanita Wanita Lelaki Wanita Lelaki + Wanita Lelaki + Wanita Lelaki Lelaki Lelaki + Wanita

Jenis Pertandinagan Berpasukan Berpasukan Berpasukan Berpasukan Berpasukan Berpasukan Berpasukan Berpasukan Berpasukan Berpasukan Berpasukan Berpasukan Berpasukan Berpasukan Berpasukan Berpasukan Berpasukan Berpasukan Berpasukan Individu Individu Individu Berpasukan Berpasukan

Status T T T T P P T P P T T P P P P P P P P P P P P P

Lelaki

Berpasukan

P

5.

JUMLAH PESERTA

Bil

Permainan

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

Bola Sepak Senior Bola Sepak Veteran Bola Jaring S + V Bola Tampar Wanita Bola Tampar Lelaki Badminton Sepak Takraw Boling Tenpin Jogathon Kebudayaan (Kugiran) Golf Tenis Hoki Catur Memanah Ping Pong Senamrobik Paint Ball Lelaki Paint Ball Wanita Sukaneka VVIP 20.1 Boling Kelapa 20.2 Menjaring Bola Jaring 20.3 Menjaring Bola Sepak 20.4 Memancing 20.5 Melontar Peluru 20.6 Dart 20.7 Mini Golf 20.8 Timang Bulu Tangkis Jalan Kaki Ria VVIP Mountain Bike Futsal PPD/JPN Kebudayaan Tarian Rampai Tarik Tali JUMLAH

21 22 23 24 25

Pengurus Jurulatih

Pengadil

Lelaki 18 18 12 7 12 4 10 6 4 8 18 4 3 5 5 -

Peserta Perempuan 10 12 4 2 10 1 2 2 5 6 5 -

Jum

1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 -

1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 -

1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 -

21 21 13 15 15 14 15 8 22 9 6 11 21 8 8 13 8 6 6 2

1 1 1

1 1

Terbuka -

8 5

5

10 12

1 22

1 17

11

12 147

36

14 233

2

6.

KELAYAKAN 6.1 Pemain yang layak menyertai pesta ini adalah: 6.1.1 Warganegara Malaysia 6.1.2 Seorang yang sedang berkhidmat dan menerima gaji daripada Kementerian Pendidikan Malaysia sama ada bekerja secara tetap atau kontrak. 6.1.3 GSTT yang berkhidmat berterusan tiga bulan ke atas. 6.1.4 Pegawai Khidmat Singkat dibenarkan dengan syarat telah berkhidmat selama tiga bulan secara berterusan. 6.1.5 Guru yang melanjutkan pelajaran secara penuh dan gajinya dibayar oleh pihak sekolah atau jabatan asalnya. 6.1.6 Ahli PSKPP yang tidak terpilih bermain di daerah masing-masing boleh dipilih bermain mewakili daerah lain dengan syarat:i) Ada membuat permohonan kepada daerah berkenaan ii) Mendapat kebenaran daripada Pengerusi PSKPP Daerah masingmasing. 6.1.7 Jika ada bantahan berkaitan dengan perkara 6.1.6 di atas dan bantahan itu diterima maka Keputusan Pertandingan Permainan tersebut adalah dibatalkan dan pemenang diberi kepada pihak lawannya. 6.2

6.3

6.4

6.5

6.6

6.7

6.8

Pemain yang tidak layak 6.2.1 MRSM, Jabatan Agama Islam Negeri / Swasta / Persendirian 6.2.2 Pekerja Kontrak Swasta 6.2.3 Guru Ganti 6.2.4 Ahli PSKPP yang tidak membayar yuran 2014. Ahli-ahli gabungan MSKPPM yang membayar yuran dan bagi penyertaan dalam acara veteran. Umur peserta adalah 40 tahun ke atas bagi lelaki (lahir sebelum atau pada 1.1.1974) dan 35 tahun bagi peserta-peserta wanita (lahir sebelum atau pada 01.01.1979) dikira pada 01 Januari tahun pertandingan. Bagi pemain yang lahir pada tahun yang ditetapkan tetapi tidak dicatatkan hari dan bulan pada kad pengenalan mereka tarikh lahirnya adalah dianggap pada 01 Januari Seorang pemain hanya dibenarkan bertanding /didaftarkan di bawah satu bahagian/peringkat umur iaitu senior atau veteran dalam satu permainan sahaja kecuali boling, jogathon dan golf. Pemain tidak dibenarkan mewakili pasukan PSKPP lain selain daripada negeri/daerah tempat bertugas, melainkan memenuhi syarat pada perkara 6.1.6 di atas. Seorang pemain hanya dibenarkan bertanding / didaftarkan di bawah satu permainan / peringkat umur iaitu senior atau veteran dalam satu permainan sahaja kecuali golf. Setiap peserta hendaklah bersedia menunjukkan kad pengenalan (ASAL) dan Slip Gaji Asal atau Surat Tawaran Kerja secara kontrak (ASAL) jika diperlukan.

6.9

6.10

Pegawai/Pemain yang telah bertugas /bermain dalam PSKPP peringkat negeri sahaja yang layak bertugas /bermain di peringkat kebangsaan dalam bidang masing-masing. Pengarah Pendidikan Negeri dan Pengurusan Pasukan adalah bertanggung jawab sepenuhnya pada setiap nama pemain yang didaftarkan.Sebarang bentuk penyelewengan adalah tanggungjawab mereka dan jika berlaku perkara seumpama ini,kenyataan bertulis hendaklah dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola kepada Yang Dipertua MSKPPM.

7.

JAWATANKUASA PENGELOLA PERMAINAN 7.1 Jawatankuasa Kerja PSKPP Perak telah melantik PSKPP Daerah Hilir Perak untuk mengelolakan pesta bagi tahun 2014. 7.2 Pengelola Pertandingan akan membentuk jawatankuasa kecil lain untuk menjalankan tugas-tugas pengelolaan pesta tersebut.

8.

SISTEM PERTANDINGAN 8.1 Jika 9 hingga 11 Pasukan Pertandingan dijalankan secara liga satu pusingan dalam kumpulan dan atau cara kalah mati seperti berikut: 8.1.1. Perlawanan Peringkat Awal (Secara liga satu pusingan dalam kumpulan) Kumpulan A - 3 pasukan ( termasuk Johan tahun lalu) Kumpulan B – 3 pasukan ( termasuk Naib Johan tahun lalu) Kumpulan C - 3 pasukan ( termasuk tempat ke -3 tahun lalu) 8.1.2 Perlawanan Peringkat Kedua. 8.1.2.1 Pemenang 1 dari kumpulan pusingan awal akan diundi untuk diletakkan dalam kumpulan x dan kumpulan y .Mana-mana 2 daripada 3 pasukan Pemenang 1 tadi akan berada dalam kumpulan yang sama x atau y melalui undian tersebut.Undian akan dibuat selepas sahaja pertandingan pusingan awal tamat. 8.1.2.2 Pasukan Pemenang 2 daripada kumpulan yang berlainan di pusingan awal akan diletakkan ke dalam kumpulan x dan y. 8.1.2.3 Pasukan-pasukan dalam kumpulan x dan y akan bermain secara liga dalam kumpulan. 8.2 Jika 6 hingga 8 Pasukan 8.2.1 Pusingan Awal 8.2.1.1 Pasukan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu A dan B 8.2.1.2 Kumpulan A Jika 6 penyertaan : 3 pasukan Jika 7 penyertaan : 3 pasukan Jika 8 penyertaan : 4 pasukan ( termasuk Johan dan tempat ke- 4 tahun lalu) 8.2.1.3 Kumpulan B Jika 6 penyertaan : 3 pasukan

8.3

8.4

Jika 7 penyertaan : 4 pasukan Jika 8 penyertaan : 4 pasukan ( termasuk Naib Johan dan tempat ke- 3 tahun lalu) Jika 5 atau kurang pasukan Secara liga satu pusingan dalam kumpulan,pasukan yang mendapat mata terbanyak dikira Johan dan seterusnya Naib Johan,Ketiga dan Keempat Pertandingan terbuka Undian dan”Seeding”(jika ada akan dilakukan oleh Jawatankuasa Pertandingan ).

9.

PENDAFTARAN 9.1 Borang Pendaftaran 9.1.1 Tiap-tiap PSKPP Daerah dikehendaki memaklumkan penyertaan kepada Jawatankuasa Pengelola sekurang-kurangnya satu minggu sebelum tarikh pertandingan yang dihantar oleh Pengelola. Penyertaan melalui telefon tidak dibenarkan. 9.1.2 Tiap-tiap pasukan PSKPP Daerah dikehendaki mendaftar nama pegawai dan pemain dalam borang tertentu yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola yang mengandungi: 9.1.2.1 Nama Penuh( mengikut Kad Pengenalan dan nyatakan sekali En/Cik/Puan/Haji/Hjh) 9.1.2.2 No. Kad Pengenalan 9.1.2.3 No Gaji 9.1.2.4 Pekerjaan (Nyatakan dengan jelas) 9.1.2.5 Alamat Pejabat/Sekolah dan No. Telefon 9.1.2.6 Alamat Rumah dan No. Telefon 9.1.3 Borang Pendaftaran tersebut hendaklah diisikan dengan lengkap. Jawatankuasa Pengelola berhak menolak mana-mana borang pendaftaran yang tidak lengkap seperti para 9.1.2 dan hendaklah ditandatangani oleh Yang Dipertua dan Setiausaha Agung dan Cop Rasmi. 9.2 Pakaian Pemain 9.2.1 Tiap-tiap pasukan dikehendaki memakai pakaian yang seragam sesuai dengan jenis permainan yang telah ditetapkan. 9.2.2 Nombor-nombor pada Jersi hendaklah serupa dengan nombor nombor yang didaftarkan dalam senarai pendaftaran.

10.

CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN JOHAN KESELURUHAN 10.1 Pemberian mata akan diberikan mengikut pencapaian dalam sesuatu permainan oleh pasukan seperti berikut: 10.1.1 Johan 5 mata 10.1.2 Naib Johan 3 mata 10.1.3 Ketiga 2 mata 10.1.4 Keempat 1 mata

10.2 10.3

Sekiranya jumlah mata adalah sama maka penentuan akan dibuat berdasarkan kepada jumlah Johan yang terbanyak diperolehi oleh pasukan tersebut. Jika masih seri juga hendaklah dirujuk kepada jumlah naib johan dan seterusnya. Acara Jalan Kaki Ria dan Perbarisan tidak termasuk dalam pengiraan mata.

11.

MENARIK DIRI DAN MENANG TANPA BERTANDING 11.1 Mana-mana pasukan tidak dibenarkan menarik diri dari pertandingan setelah bersetuju dan diterima menyertai pertandingan tersebut dan disahkan oleh PSKPP. 11.2 Sebarang tindakan menarik diri oleh sesuatu pasukan atau peserta adalah dianggap bertentangan dengan semangat kesukanan dan pasukan tersebut atau PSKPP Daerah berkenaan dikehendaki memberikan penjelasan bertulis kepada Yang Dipertua Jawatankuasa Kerja PSKPP Perak dalam masa tiga hari. 11.3 Sekiranya mana-mana pasukan menarik diri daripada perlawanan semua keputusan perlawanan yang telah disertai oleh pasukan tersebut akan dibatalkan dan pasukan berkenaan tidak akan dibenarkan menyertai sebarang perlawanan seterusnya.

12.

PENGGANTUNGAN 12.1 Sesuatu pasukan/pemain yang diperintah keluar padang/gelanggang dalam masa permainan kerana tindakan tatatertib akan diminta menghadirkan diri di hadapan Lembaga Juri Rayuan yang akan bersidang dalam tempoh masa tiga jam dari masa kejadian.Pemain/Pasukan itu tidak dibenarkan menyertai pertandingan sehingga Lembaga Rayuan memberikan keputusannya. 12.2 Pegawai yang didapati bersalah kerana tindakan tatatertib akan dilaporkan oleh Jawatankuasa Pengelola kepad Lembaga Tatatertib MSKPP Malaysia. 12.3 Seseorang yang pernah digantung oleh persatuan sukan di peringkat negeri atau peringkat kebangsaan tidak boleh menyertai sebarang permainan di dalam Pesta PSKPP Perak.

13.

PENGADILAN 13.1 Hanya pegawai yang bertauliah dan berpengalaman akan dilantik untuk bertugas di dalam pertandingan-pertandingan PSKPP Perak. 13.2 Semua pengadil yang dilantik hendaklah terdiri daripada mereka yang bertugas dalam Kementerian Pendidikan Malaysia. 13.3 Setakat mana yang boleh ,pengadil-pengadil hendaklah terdiri daripada pasukan yang tidak terlibat di dalam satu-satu pertandingan. 13.4 Jawatankuasa Pengelola berhak melantik Ketua Pengadil,pengadilpengadil lain dalam pertandingan kelolaannya. 13.5 Semua PSKPP negeri diwajibkan membawa pengadil mengikut jenis permainan yang disertai dan memastikan pengadil-pengadil berkenaan menjalankan tugas seperti yang dikehendaki.Kegagalan membawa pengadil sebagaimana yang telah ditetapkan akan dikenakan denda RM 100.00 seorang.

14.

BANTAHAN 14.1 Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh seorang pegawai pasukan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya tidak lebih daripada setengah jam (30 minit) selepas perlawanan berkenaan berakhir melainkan di nyatakan lain di dalam Undang-Undang Permainan tersebut. 14.2 Tiap-tiap satu bantahan hendaklah disertakan dengan bayaran RM 300.00 bagi acara berpasukan dan RM 200.00 bagi acara individu yang tidak akan dikembalikan jika sekiranya bantahan tersebut tidak berasas. 14.3 Sekiranya ada bantahan hendaklah yang belum dapat diputuskan di dalam jangka masa yang ditetapkan , perlawanan seterusnya hendaklah dijalankan mengikut jadual dan pasukan terlibat bertanding di bawah bantahan (Under Protest). 14.4 Jika bantahan berkaitan dengan kelayakan (status)seseorang peserta tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum bertanding,bantahan (under protest),tersebut akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Kerja MSKPPM.

15.

LEMBAGA JURI RAYUAN Jawatankuasa Pengelola akan menubuhkan satu badan lembaga Juri Rayuan yang mengandungi: 15.1 Pengerusi : Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya 15.2 Ahli Jawatankuasa : 5 orang 15.2.1 Pengerusi Jawatankuasa permainan yang berkenaan 15.2.2 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola sebagai Ex-Officio 15.2.3 Tiga ( 3 ) orang Pengurus Pasukan yang tidak terlibat

16.

LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib akan ditubuhkan oleh PSKPP Perak yang dianggotai oleh Pengerusi : Yang Dipertua PSKPP Perak atau wakilnya Naib Pengerusi : Timbalan Yang Dipertua atau wakilnya Setiausaha : Setiausaha Agung PSKPP Perak Ahli : Pengerusi Jawatankuasa Pengelola permainan yang berkenaan dan 3 orang ahli yang dilantik

17.

PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN Semua perkara yang tidak dinyatakan di dalam undang-undang dan peraturan ini akan dirujuk dan diselesaikan oleh Jawatankuasa Pengelola mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang meliputi tiap-tiap satu pertandingan permainan yang sedang berkuatkuasa dan berhak meminda atau menambah mana-mana yang bersesuaian.

PERATURAN AM PSKPP.pdf

PERATURAN AM PSKPP.pdf. PERATURAN AM PSKPP.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu. Displaying PERATURAN AM PSKPP.pdf. Page 1 of ...

275KB Sizes 4 Downloads 207 Views

Recommend Documents

PERATURAN AM PSKPP.pdf
Bola Sepak Veteran Lelaki Berpasukan T. 3. Bola Jaring S + V Wanita Berpasukan T. 4. Bola Tampar Wanita Wanita Berpasukan T. 5. Bola Tampar Lelaki Lelaki ...

Peraturan-Peraturan Fi dan Caj.pdf
(b) Perundingan 10.00 10.00. (c) Harga jualan pil kontraseptif kepada penerima. (i) dos rendah ethinylestradiol 30mcg atau. levonorgestrel 150mcg. 5.00 5.00.

Peraturan Organisasi IAI.pdf
mengatur tentang mekanisme registrasi anggota yang. lebih efisien dan menitik beratkan pada peranan Pengu- rus Daerah dan Pengurus Cabang. 3. Bahwa untuk maksud tersebut diatas perlu ditetapkan. suatu Peraturan Organisasi Tentang Registrasi Anggota,.

2000-peraturan-amatir-radio.pdf
ITU b. Radio Regulation c. ORARI. 22."Ia tidak akan memperkenankan hobbynya mempengaruhi kewajibannya terhadap rumah. tangga, pekerjaan, sekolah ...

Peraturan-akademik-SDN 1 Asemrudung.pdf
Ulangan akhir semester disusun oleh guru mata pelajaran pada saat penyusunan silabus yang. penjabarannya merupakan bagian dari rencana pelaksanaan ...

PERATURAN-MENTERI-SOSIAL-NOMOR-24-TAHUN-2013 ...
... bentuk pelayanan sosial guna memenuhi kebutuhan dasar. Page 3 of 16. PERATURAN-MENTERI-SOSIAL-NOMOR-24-TAHUN-2013-TENTANG-TKSK.pdf.

Paper 2 August Peraturan Pemarkahan.pdf
1. TOTAL 7. Page 3 of 10. Paper 2 August Peraturan Pemarkahan.pdf. Paper 2 August Peraturan Pemarkahan.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu.

02-Peraturan-Bersama-MA-KY-tentang-KE-PPH.pdf
Try one of the apps below to open or edit this item. 02-Peraturan-Bersama-MA-KY-tentang-KE-PPH.pdf. 02-Peraturan-Bersama-MA-KY-tentang-KE-PPH.pdf.

Peraturan-BSNP-Kisi-kisi-UN-Dasar-Menengah-2015-2016.pdf
Retrying... Whoops! There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Peraturan-BSNP-Kisi-kisi-UN-Dasar-Menengah-2015-2016.pdf. Peraturan-BSNP-Kisi-kisi-UN-Da

Peraturan-Kabalitbang-Kisi-Kisi-USM-2015.pdf
Whoops! There was a problem loading this page. Retrying... Whoops! There was a problem loading this page. Retrying... Page 3 of 59. 17. wlucb rbd3 ihe blowing ir .|id.F!t to@ dli.!!? (A) Irto.y. (B) Wpro. (c) N$il6 (D) n€lim. 18. Wbidh of ttE follo

peraturan-kabalitbang-pos-ujian-sekolah-madrasah-sd-mi-sdlb-2016 ...
peraturan-kabalitbang-pos-ujian-sekolah-madrasah-sd-mi-sdlb-2016.pdf. peraturan-kabalitbang-pos-ujian-sekolah-madrasah-sd-mi-sdlb-2016.pdf. Open.

Director, IIT Bombay 10.00 am - 11.00 am Lexicography ...
Demo Session 1. Day 2- Saturday, 5th January 2013. 09.30 am - 10.30 am. An analytic database of the Aṣṭādhyāyī by Peter Scharf. 10.30 am - 11.15 am. Session 4. Chair: Prof. Milind Malshe. 10.30 am - 11.15 pm. Googling the Ṛṣi . by Oliver H

i am bruce lee i am bruce lee.pdf - Drive
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. i am bruce lee i ...

I Am Yours
Taking it Home. • One commentator wrote of Psalm 119 that it “speaks the language of one ravished with moral beauty, to which there is only one fitting ...

(AM EN DE
Sep 17, 2010 - (73) Assignee: Samsung SDI Co., Ltd., Gongse-dong,. Giheung-gu, Yongin-si, .... separator. Preferably, the thickness of the ?rst separator is 2-3 times ... Which have a different thicknes s, are alternately disposed. betWeen the ...

I Am Yours
what defines us—what are the implications of the directional tone found in words like “toward you, I”? • In addition to the word “yours” having a directional tone, ...

am 50mw.pdf
อย. ้. Q5 เป็. นตวั modulation แบบ AM. Page 3 of 6. am 50mw.pdf. am 50mw.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu. Displaying am 50mw.pdf.

bte am routes.pdf
15 6:50 am. BTE 114 AM COLONIAL. PLACE, PARKSIDE. TIME LOCATION. 15 Thomas, Vivian. 1 6:00 am BUS TERMINAL. DORCHESTER HEIGHTS LN &.

AM Resume_2017.pdf
Page 1 of 1. AM Resume_2017.pdf. AM Resume_2017.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu. Displaying AM Resume_2017.pdf.

AM Feedback Report -
improve, practice different types of questions such as syllogism, blood relations, direction sense, pattern ... book (topic: set theory) to understand them.

AM PM Tutoring.pdf
-Ocampo, Rm. 311. Page 1 of 1. AM PM Tutoring.pdf. AM PM Tutoring.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu. Displaying AM PM Tutoring.pdf. Page 1 ...

am - Perpustakaan STKIP Kusuma Negara
Ronald Carter, Centre for English Language Education, Department of ..... special educational needs, technology, tutoring, and professional organizations.