SULIT 1103/1 Bahasa Melayu Kertas 1 Ogos/September 2016

2'/4 jam J

1103/1

MAKTAB RENDAH SAINS MARA

P E P E R I K S A A N A K H I R S I J I L P E N D I D I K A N M R S M 2016

BAHASA MELAYU Kertas 1 Dua jam lima belas minit

JJWK4AN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1.

Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.

2.

Jawab Soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.

3.

Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan. Sekiranya buku jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan.

Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 haiaman tidak bercetak

1103/1

©

[Lihat halaman sebelah SULIT 2016 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA

SULIT

2

1103/1

Bahagian A

[30 markah] [Masa dicadangkan : 45 minit] Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat

anda tentang manfaat-manfaat bekerja sambilan semasa menunggu

keputusan peperiksaan S P M kepada remaja. hingga 250 patah perkataan.

Panjangnya

huraian

hendaklah

antara 200

MANFAAT-MANFAAT BEKERJA SAMBILAN

Menimba pengalaman bekerja

Meningkatkan kemahiran berkomunikasi

Memperoleh sumber pendapatan sendiri

1103/1

©2016 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah M A R A

SULIT

SULIT

3

1103/1

Bahagian B [100 markah] [.Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit] Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya daripada 350 patah pcrkataan.

1

lebih

Aktiviti kokurikulum seperti sukan, kem kepimpinan dan program kerohanian merupakan aspek penting dalam melahirkan remaja yang serba boleh. Huraikan kepentingan-kepentingan tersebut.

2

Kecuaian ibu bapa sering dikaitkan dengan pelbagai kejadian kemalangan yang melibatkan kanak-kanak. Ulaskan pernyataan di atas.

3

Selaku Pegawai Kesihatan Daerah, anda diminta untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk 'Kesan-kesan pengambilan pelbagai produk makanan kesihatan kepada masyarakat'. Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.

4

Aktiviti pelancongan merupakan trend terkini masyarakat dunia yang gemar akan keindahan dan keunikan sesuatu destinasi pelancongan. Bincangkan kelebihan destinasi-destinasi pelancongan tersebut.

5

Novel yang dihasilkan oleh penulis negara ini semakin mendapat tempat di hati masyarakat malahan novel tempatan kerap diadaptasikan menjadi sebuah drama atau filem untuk tontonan khalayak. Berdasarkan pernyataan di atas, berikan pendapat anda tentang manfaat-manfaat mengadaptasi novel dalam bentuk drama atau filem.

KERTAS SOALAN TAMAT

1103/1

©2016 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA

SULIT

SULIT 1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 Ogos/September 2016 2!/2jam

1103/2

M A K T A B R E N D A H SAINS M A R A

PEPERIKSAAN AKHIR SIJIL PENDIDIKAN MRSM 2016

BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SO ALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1.

Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.

2.

Jawab semua soalan.

3.

Jawapan bagi Soalan 2 (b\ Soalan 2 (c), Soalan 2 (d) dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

4.

1103/2

Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan. Sekiranya buku jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan.

© 2 0 1 6 Hak Cipia Bahagian Pendidikan Menengah MARA

'

U h a t

h i

"

a n , a n

"

SULIT

2

1103/2

Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha meningkatkan pcncapaian subjek Sains dan Matematik dan kepentingan-kepentingan mempelajari kedua-dua subjek tersebut. Panjangnya rumusan hendaklah tidak mclebihi 120 patah perkataan. Malaysia sering berada di tangga tercorot dalam bidang pendidikan khususnya dalam pencapaian subjek teras iaitu Sains dan Matematik yang didakwa mengalami penurunan minat yang ketara sebanyak 28 peratus. Pernyataan ini dibuktikan melalui Indeks Pendidikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang telah meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-98 daripada 181 buah negara. Senario tersebut menjadi petunjuk bahawa perlunya usaha untuk meninjau sistem pendidikan negara pada semua peringkat. Beberapa faktor dikenal pasti menjadi penyumbang terhadap tahap keyakinan pelajar tidak konsisten. Faktor-faktor tersebut termasuklah kerisauan pelajar terhadap pencapaian subjek Sains dan Matematik darr kurangnya pendedahan dari aspek kerjaya dalam bidang berkenaan. Di samping itu, pengaruh rakan sebaya dan sikap ibu bapa yang tidak menyokong pembelajaran subjek Sains dan Matematik dilihat juga sebagai punca keadaan ini berlaku. Bagi meningkatkan pencapaian subjek Sains dan Matematik agar setanding dengan negara lain, setiap pelaksanaan program pendidikan negara perlu diperhalus. Selain itu, pembudayaan sains dan matematik hendaklah diterapkan dalam diri pelajar seawal usia kanak-kanak. Tanggungjawab menyemai minat dalam kedua-dua subjek ini bukan terletak di bahu pendidik semata-mata. Sekolah sewajarnya bekerjasama dengan masyarakat dalam meningkatkan kecemerlangan subjek ini supaya tidak melihat kecemerlangan dari sudut bilangan gred sahaja. Tanggapan negatif masyarakat tentang kesukaran mempelajari keduadua subjek ini perlu diubah kepada pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Secara tidak langsung, tanggapan ini sebenarnya mampu mematikan minat dan keinginan pelajar untuk menguasai kedua-dua subjek ini dengan lebih baik. Di samping itu, kempen kesedaran tentang subjek Sains dan Matematik dalam kalangan masyarakat mestilah diperhebat. Kempen ini dilihat sebagai langkah proaktif untuk menyedarkan lebih banyak pihak agar memahami kepentingan isu ini kepada negara. Dalam bidang kerjaya pula, pihak industri disarankan menjadi rakan kongsi ilmu ini dengan institusi pendidikan. Percambahan idea dan pengintegrao»»n kepentingan subjek Sains dan Matematik melalui penganjuran pertandingan merupakan qjitara usaha Kementerian Pendidikan pw^w^rkasakan kedua-dua subjek ini. Bagi melonjakkan kecemerlangan dalam subjek tersebut, pelajar seharusnya menerima gaya pengajaran berasaskan KBAT. Mereka harus dibimbing supaya dapat berfikir secara kreatit dan kritis bagi menyelesaikan masalah. Guru dan pelajar sepatutnya berganding bahu untuk mencapai objektif pembelajaran lebih bermakna dalam kedua-dua subjek ini. Guru juga perlu sentiasa mengemas kini pengetahuan semasa dalam pengajaran supaya dapat menarik minat pelajar seterusnya meningkatkan pencapaian subjek tersebut.

1103/2

© 2 0 1 6 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA

SULIT

SULIT

3

1103/2

Oleh itu, usaha membudayakan sains dan matematik perlu digerakkan oleh semua pihak bagi mencapai sasaran pelan hala tuju modal insan dalam bidang sains dan teknologi menjelang tahun 2020.

Dipetik dan diubah suai daripada 'Penguasaan Sains dan Matematik Untuk Elak Ketinggalan' oleh Siti Mistima Maat, Dew an Masyarakat, Oktober 2015

Soaian 2 : Pemahaman [35 markah] Soaian 2(a) - Petikan Umum Berdasarkan petikan Soaian IJawab anda sendiri.

soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat

(i)

Berikan maksud rangkai kata mematikan minat.

(ii)

Pengarang ada menyatakan beberapa sebab keyakinan pelajar tidak menentu terhadap subjek Sains dan Matematik. Nyatakan sebab-sebab tersebut.

(iii)

[2 markah]

P markah]

Pencapaian anda dalam subjek Sains dan Matematik kurang memberangsangkan. Jelaskan tindakan yang akan anda lakukan untuk meningkatkan prestasi dalam kedua-dua subjek tersebut. [4 markah]

1103/2 ©2016 Hak Cipta B.hagian pendidikan Menengah

[Lihat halaman sebelah SULIT

4

SULIT

1103/2

Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Sekalipun secara terbuka Ahmad Mutawakkil berjuang menentang Inggeris, dia tetap akrab dan mesra dengan keluarga Tuan Booth yang kembali ke estet sebaik-baik saja Jepun kalah. "Saya suka pemuda yang berani," kata Tuan Booth. "Sekarang," kata Orang Putih itu lagi, "di mana-mana, orang Melayu sudah lawan Inggeris, dan Ahmad Mutawakkil nasionalis Melayu paling muda." Sejak kembali, Tuan Booth jauh berubah. Dia tak lagi terperap di estet. Pada setiap petang, biasanya selepas solat asar, dia akan menjengah ke surau. Dia akan duduk berbualbual, bercerita itu ini, terutama dengan Imam Ngah Deraman dan Penghulu Ibrahim Sigap. Ada sekali, sewaktu Ahmad Mutawakkil balik ke kampung, Tuan Booth mengundang kami ke banglonya. "Dia pelawa kita minum teh di banglonya," kata Ahmad Mutawakkil. "Saya fikir, Tuan Booth ikhlas nak berbaik-baik." Kami terdiam, tak berani bersuara, menantikan kata putus daripada Imam Ngah Deraman dan Penghulu Ibrahim Sigap. Akhirnya, setelah agak lama buntu, Ahmad Mutawakkil meluahkan pandangan. "Selama Tuan Booth di sini, sejak dulu lagi, tak pernah dia memusuhi kita. Jadi, saya fikir atas sifat hati Melayu, orang berbudi kita berbahasa. Hati Melayu tak reti bermusuh, hati Melayu penuh dengan persahabatan." Dipetik daripada cerpen 'Cinta Ahmad Mutawakkil' Oleh Zainal Rashid Ahmad dalam Antologi Sejadah Rindu, Sasbadi Sdn. Bhd.

(i)

(ii)

Nyatakan pandangan Ahmad Mutawakkil terhadap orang Melayu.

[2 markah]

Negara kita pernah dijajah oleh kuasa asing beberapa kali. Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan negara kita dijajah oleh kuasa asing semula? [3 markah]

(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

1103/2

© 2 0 1 6 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA

SULIT

SULIT

5

H03/2

Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Adapun segala orang Siam yang kembali itu, telah ia sampai ke benua Siam, maka Awi Dicu pun masuk menghadap Paduka Bubunnya. Maka Paduka Bubunnya pun terlalu marah; maka ia sendiri hendak pergi menyerang Melaka itu. Maka ada seorang anak Paduka Bubunnya, Cau Pandan namanya. Maka ialah bercakap Ke Bawah Duli Paduka Bubunnya hendak menyerang Melaka, sembahnya, "Duli Pra Cau, lengkapi patik, patiklah mengalahkan Melaka itu." Maka Paduka Bubunnya pun terlalu suka mendengar sembah Cau Pandan itu. Maka baginda pun menyuruh berlengkap kepada Pra Kelong delapan ratus sum, lain perahu kecilkecil tiada terbilang lagi, sekadar menantikan musim juga lagi. Maka kedengaranlah ke Melaka, Cau Pandan, anak Bubunnya, akan dititahkan menyerang Melaka. Maka ada seorang hamba Allah diam di Melaka, bangsanya Arab, Sidi Arab namanya disebut orang. Maka tuan itu senantiasa bermain panah lasykar, seperti dewal orang berzikir. Barang ke mana tuan itu pergi, panah itu dibawanya. Maka tatkala itu Tuan Sidi Arab itu pun ada menghadap Sultan Muzaffar Syah. Telah tuan itu mendengar khabar Cau Pandan akan datang ke Melaka itu, maka tuan itu pun berdiri di hadapan baginda. Maka dihalakannya panahnya itu ke benua Siam. Maka kata Tuan Sidi Arab, sambil menarik panahnya itu, "Mati engkau, Cau Pandan." Maka Sultan Muzaffar Syah pun tersenyum; maka titah baginda pada Tuan Sidi Arab itu, "Jikalau sungguh mati Cau Pandan, sungguhlah tuan keramat." Dipetik daripada 'Burung Terbang Dipipiskan Lada' dalam antologi Sejadah Rindu, Sasbadi Sdn.Bhd.

(i)

Berikan maksud rangkai kata menyuruh berlengkap.

(ii)

Nyatakan tindakan Sidi Arab setelah mendengar khabar bahawa Cau Pandan akan menyerang Melaka. [3 markah]

(iii) Jelaskan dua ikhtiar yang boleh dilakukan oleh mengelakkan negaranya terlibat dalam peperangan.

1103/2

©2016 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA

[2 markah]

seseorang pemerintah untuk [3 markah]

[Lihat halaman sebelah SULIT

1103/2

6

SULIT Soalan 2(d) - Syair

Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. SYAIR BIDASARI I Dengarkan tuan suatu riwayat, Raja di desa Negeri Kembayat, Dikarang fakir dijadikan hikayat, Supaya menjadi tamsil ibarat.

1103/2

1

Ada raja suatu negeri, Sultan halifah akas bestari, Asalnya baginda raja yang bahari, Melimpah ngadil dagang senteri.

2

Hairan orang empunya temasya, Baginda itulah raja perkasa, Sangat tiada merasai susah, Entah pada esok dan lusa.

3

Seri sultan raja bestari, Setelah ia sudah beristeri, Beberapa bulan beberapa hari, Hamillah puteri permaisuri.

4

Beberapa lamanya dalam kerajaan, Baginda duduk bersuka-sukaan, Datanglah beroleh kedukaan, Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

5

Datanglah kepada suatu masa, Melayanglah unggas dari angkasa, Unggas gurda sangat perkasa, Menjadi negeri rosak binasa.

6

Datanglah menyambar suaranya bahana, Gemparlah sekalian mulia dan hina, Seisi negeri gundah-gulana, Membawa diri ke mana-mana.

7

SULIT © 2 0 1 6 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah M A R A

SULIT

7

1103/2

Baginda pun sedang dihadap orang, Mendengar gempar seperti perang, Bertitah baginda raja yang garang, "Gempar ini apakah kurang."

JAMILAH HJ. AHMAD (PFNYELENGGARA) Antologi Jaket Kulit Kijcing dari Istanbul Dewan Bahasa dan Pustaka

(i)

Bagaimanakah keadaan rakyat di Negeri Kembayat apabila diserang oleh burung garuda seperti yang diceritakan dalam rangkap ketujuh syair? [2 markah]

(ii)

Sesebuah negara sering menghadapi musibah yang tidak disangka-sangka. Pada pendapat anda, apakah persediaan yang perlu dilakukan untuk menghadapi musibah tersebut? [3 markah]

(iii)

Huraikan dua perwatakan Raja Negeri Kembayat yang terdapat dalam syair di atas. [4 markah1

1103/2

©2016 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA

[Lihat halaman sebelah SULIT

SULIT

8

1103/2

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan. (a)

Tulis satu ayat bagi setiap kata pinjaman di bawah untuk menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi)

abstrak agresif mahar maslahat saujana sutradara [6 markah]

(.b) Baca ayat- ayat di bawah dengan teliti. Kenal pasti ayat-ayat perintah di bawah ini sama ada ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan atau ayat permintaan. (i) ({})

(c)

Harap awak bersabar menghadapi dugaan hidup ini. Hvikvimlah

anak-anak sekiranya mereka meninggalkan Splat:

(iii)

Pergilah kamu berhijrah ke negeri orang untuk mencari rezeki yang halal.

(iv)

Mohon kerjasama para pelajar untuk mengosongkan dewan kuliah dengan segera.

(v)

Jangan menconteng dinding kerana akan mencacatkan pemandangan di sini.

(vi)

Jemputlah datang ke majlis pertunangan adik saya pada minggu hadapan. [6 markahjl

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i)

Dunia hari ini sering tersaji dengan pelbagai cerita kemanusiaan yang menyentuh perasan.

(ii)

Pihak Kerajaan telah mensejahterakan rakyat.

(iii)

Orang ramai dilarang mengadakan demontrasi jalanan kerana hal tersebut boleh mengugat keharmonian negara.

melaksanakan

urbanisasi

di

luar

bandar

untuk

[6 markah] 1 1 0 3 / 2

© 2 0 1 6 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah M A R A

SULIT

9

SULIT

1103/2

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapal satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i)

Kesempitan masa menyebabkan dia tidak sempat untuk menyiapkan tugasan yang gurunya berikan.

(ii)

Qameel sedang asyik menggubah skrip lagu baharu kepada sebuah syarikat rakaman ketika kami tiba di rumahnya semalam.

(iii) Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Seri Indah sedang berkolaborasi di balai raya untuk membincangkan tentang masalah kecurian yang berlaku di kampung mereka. [6 markah]

(e)

Tulis satu ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya. (i)

tulang belakang

(ii)

bagai menatang minyak yang penuh

(iii)

tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas [6 markah]

1103/2

[Lihat halaman sebelah © 2 0 1 6 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah M A R A

SULIT

SULIT

1103/2 Soalan 4 : Novel [ 15 markah]

J aw ah soalan-soalan di haw ah berdasarkan novel-novel yang berikut.

(a)

(i)

Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib

(ii)

Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin

(iii)

Pantai Kasih karya Azmah Nordin

(iv)

Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

(v)

Tirani karya Beb Sabariah

(vi)

Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip

(vii)

Silir Daksina karya Nizar Parrnan

(viii)

Bimasakti Menari karya Siti Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua latar tempa^yang terdapat dalam novel tersebut.

(b)

Dalam sesebuah novel, terdapat tindakan watak yang tidak wajar dicontohi. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari huraikan satu peristiwa yang menggambarkan tindakan watak yang tidak wajar dicontoh.. Ik-nkan alasan anda.

KERTAS SOALAN TAMAT

1103/2

2 0 1 6 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah

SULIT

Trial 2016 bm mara.pdf

Победы, д.287. С расписанием работы врачей поликлиники Вы можете. Page 3 of 13. Trial 2016 bm mara.pdf. Trial 2016 bm mara.pdf. Open. Extract.

9MB Sizes 5 Downloads 259 Views

Recommend Documents

Trial 2016 bm Melaka .pdf
Trial 2016 bm Melaka .pdf. Trial 2016 bm Melaka .pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu. Displaying Trial 2016 bm Melaka .pdf. Page 1 of 15.

PERLIS TRIAL 2016 BM P2.pdf
PERLIS TRIAL 2016 BM P2.pdf. PERLIS TRIAL 2016 BM P2.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu. Displaying PERLIS TRIAL 2016 BM P2.pdf.

PT3 Trial BM Terengganu.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. PT3 Trial BM ...

SMK SEGAMBUT TRIAL BM SPM (SOALAN +SKEMA).pdf ...
Page 3 of 928. SMK SEGAMBUT TRIAL BM SPM (SOALAN +SKEMA).pdf. SMK SEGAMBUT TRIAL BM SPM (SOALAN +SKEMA).pdf. Open. Extract. Open with.

PT3 Trial BM Terengganu Skema jawapan.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. PT3 Trial BM ...

SKEMA BM K1 MRSM 2016.pdf
Page 1. Whoops! There was a problem loading more pages. Retrying... SKEMA BM K1 MRSM 2016.pdf. SKEMA BM K1 MRSM 2016.pdf. Open. Extract.

K1 BM ZON B 2016.pdf
Page 1 of 2. SULIT 1103/1. 1103/1 @2016 Hak Cipta Sekolah Menengah Gabungan Zon B Kuching SULIT. 2. Bahagian A. [30 markah]. [Masa dicadangkan : 45 minit]. Gambar di bawah menunjukkan permainan tradisional rakyat Malaysia. Huraikan pendapat anda. ten

Pakatan Harapan Budget 2016 (Final final Version) (BM) v3.0).pdf ...
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Pakatan ...

BM-01-domaines.pdf
Page 1 of 5. Sébastien Gagneur – BlueMix – Gestion des domaines 1. 01. Ajouter un domaine personnalisé pour une application BlueMix. 1. Fabriquer une ...

Perlis BM Skema.pdf
Pemerengganan. Format. GAYA BAHASA. Keindahan bahasa. Ungkapan. Peribahasa. Page 3 of 9. Perlis BM Skema.pdf. Perlis BM Skema.pdf. Open.

BM-TP5-temperatureSensor.pdf
Sébastien Gagneur – Bluemix – IBM - 2015 1. TP5. Manage a ... You can try with some SMS on your smart phone. Remenber ... BM-TP5-temperatureSensor.pdf.

Perlis BM Skema.pdf
Pemerengganan. Format. GAYA BAHASA. Keindahan bahasa. Ungkapan. Peribahasa. Page 3 of 9. Perlis BM Skema.pdf. Perlis BM Skema.pdf. Open.

2016 Melaka SPM Trial - English Paper 2.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. 2016 Melaka ...

PT3 BM Kelantan.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. PT3 BM ...

Greville Street trial extensionSept 2016.pdf
Page 1 of 2. 02 September 2016. Re Extension of pop-up trial to Greville, King and Porter Streets, Prahran. The pop-up trial will be extended until the end of ...

JMA APRIL 14, 2016 TRIAL CAL - Judge Andresini.pdf
Page 1 of 36. TAX COURT OF NEW JERSEY ... East Rutherford Bor. Stephen P .... Displaying JMA APRIL 14, 2016 TRIAL CAL - Judge Andresini.pdf. Page 1 of ...

VLB 04-19-2016 Trial Calendar.pdf
Chatham Borough. Matthew J O'Donnell Esq. MR jupas6. Page 3 of 68. VLB 04-19-2016 Trial Calendar.pdf. VLB 04-19-2016 Trial Calendar.pdf. Open. Extract.

2016 Terengganu SPM Trial - English Paper 2 (BK7).pdf.pdf ...
Aha! That's it! It must have happened then. He had left his briefcase. in the car with Ariff. Old Ariff was his new driver. Wong was concerned when he heard Ariff.

VLB 11-01-2016 Trial Calendar.pdf
Chatham Borough. Matthew J O'Donnell Esq. MR jutax1. 2. Rodwil Corp. Daniel G Keough Esq. Docket : Block : Unit : Lot : Type/JL : L, S, DA. 006232-2011. 57.

2016 Melaka SPM Trial - English_Marking Scheme.pdf
Whoops! There was a problem loading more pages. Whoops! There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. 2016 Melaka SPM Trial - English_Marking Scheme.pdf.

MOCK TRIAL CIVIL CASE 2015-2016.pdf
Page 1. Whoops! There was a problem loading more pages. Retrying... MOCK TRIAL CIVIL CASE 2015-2016.pdf. MOCK TRIAL CIVIL CASE 2015-2016.pdf.

Judge Sundar's December 14, 2016 Trial Calendar.pdf
VILLAGE SQUARE BLVD LLC. Jordan S Friedman Esq. Docket : Block : Unit : Lot : Type/JL : L, DA ... equation of line is 3 9. ln 39. −. −. x. y. = 9 4. 39 19. −. −. ln = 4(3 ) + 3 x y. B1. M1. A1ft ... Solve 3x. = 1.150. x = 0.127. M1. M1. A1. P

Amplification of Trial-to-Trial Response Variability by Neurons in ...
Poisson-like behavior of firing rates is well known, although reports differ on the ...... Available: http://sfn.scholarone.com/itin2003/ via the Internet. Accessed 19.