BC

1

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi Bil. 033 • ISSN 1675 - 1108 • Januari - April 2011

Kandungan Berita Semasa • Bengkel Pemantapan Penyelidikan Penyelidik Muda ... 1 • CRIM ke arah Pensijilan MS ISO 9001:2008 ... 4 • Bantuan Kewangan Bahan Penyelidikan ... 5

http://research.ukm.my

Bengkel Pemantapan Penyelidikan Penyelidik Muda Insentif RM10,000 untuk mulakan projek penyelidikan oleh: Norasmah Maselan

Berita Bergambar • Majlis Pelancaran Amalan 5S CRIM ... 6 Pameran • MTE 2011: UKM Bawa Pulang 4 Pingar Emas, 5 Perak dan 10 Gangsa ... 8 Dari CRIM • Pelancaran Amalan 5S ... 10 • CRIM ke UPM ... 11 • Lantikan Baru di CRIM ... 12 - Timbalan Pengarah (Perancangan, Operasi dan Kualiti), Prof. Madya Dr. Ismanizan Ismail - Ketua Pegawai Instrumentasi, Encik Ramli Abdullah - Jurutera J41, Mohamad Shahril Hussain

Wajah-wajah penyelidik muda yang hadir dalam Bengkel Pemantapan Penyelidik Muda Siri I

CRIM, UKM:

Meluangkan masa untuk menyertai Bengkel Pemantapan Penyelidikan untuk Penyelidik Muda Siri I dan Siri II ternyata tidak sia-sia apabila seramai lebih 100 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah muda dari pelbagai fakulti mahupun bidang kepakaran telah memperoleh RM10,000 sebagai insentif untuk memulakan projek penyelidikan.  sambungan di muka surat 2

BC

2

Berita Semasa

BULETIN CRIM

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI

Pengurusan CRIM

Dalam bengkel tersebut Timbalan Naib Canselor Prof. Dr. Rahmah Mohamed telah memberi peluang kepada peserta yang hadir untuk mengemukakan cadangan projek dan akan menerima dana sebanyak RM10,000 sebagai satu insentif kepada penyelidik muda ini untuk menjalankan penyelidikan dalam tempoh satu tahun mulai Februari 2011 hingga Januari 2012.

Penaung Prof. Dr. Rahmah Mohamed TNC (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) Penasihat Prof. Dr. Che Hassan Che Haron Pengarah Prof. Madya Dr, Ismanizan Ismail Timbalan Pengarah (Perancangan, Operasi dan Kualiti) Sidang Pengarang

Prof. Dr. Rahmah Mohamed ketika merasmikan Bengkel Pemantapan Penyelidikan Penyelidik Muda Siri I

Prof. Madya Dr, Ismanizan Ismail • Ketua Editor Normah Dolah• Timbalan Ketua Editor Mohd Hashrifa Hashim • Editor Norasmah Mohamad Maselan• Editor Kerja Siti Noraida• Pemberita Syafura Abdul Halim• Pemberita Dahliya Abdul Kadir• Pemberita Sahmin Mangun• Jurufoto Mohamad Shahril Hussain• Web Master

Dua siri bengkel tersebut diadakan di tempat dan tarikh yang berlainan dan diadakan selama 3 hari dua malam. Bengkel Siri I telah dijalankan di Felda Residence Tekam, Jerantut Pahang pada 7 – 9 Januari 2011 manakala Siri II dijalankan di Felda Residence Trolak, Perak.

Grafik dan Percetakan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi Maklumat lanjut, sila hubungi:

Kedua-dua bengkel tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Rahmah Mohamed. Bengkel ini juga melibatkan Pengerusi Nic, Pengarah dan Dekan yang mewakili Nic, Institut dan Fakulti masing-masing yang bertindak sebagai fasilitator.

Editor Berita Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi Selangor Tel: 03 8921 5102 / 5027 Faks: 03 8925 4573 mel-e: [email protected] / [email protected] Berita CRIM elektronik boleh dicapai di: http://research.ukm.my Prof. Dato’ Dr. Mohamad Nor Embi memberi penerangan mengenai peranan dan fungsi Pusat Inovasi Kolaboratif

Berita Semasa Bengkel ini juga adalah hasil kerjasama CRIM dengan Jawatankuasa Makmal Strategi dan Perancangan Penerbitan dalam usaha untuk meningkatkan hasil penerbitan dan menambahkan kualiti penyelidikan di UKM.

BC

3

Daripada maklum balas yang diterima daripada peserta, bengkel tersebut memberi ruang kepada mereka untuk berkenal-kenalan dan menjalinkan jaringan (networking) dari aspek penyelidikan yang rentas disiplin. Peserta juga didedahkan dengan kemudahan dana, infrastruktur dan kepakaran yang boleh dirujuk yang sedia ada dan boleh digunakan di UKM.

Prof. Dato’ Dr. Roslan Abd Shukor memberi penerangan mengenai penulisan Jurnal berimpak tinggi kepada peserta

Antara tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kefahaman peserta mengenai budaya penyelidikan dan penerbitan di UKM.

Sesi Mentor-Mentee: Penyelidik Muda berbincang bersama dengan Mentee mengenai hala tuju penyelidikan yang mereka akan laksanakan.

Peserta Benegkel Pemantapan Penyelidikan Penyelidik Muda merakamkan kenangan bersama TImbalan Naib Canselor Prof. Dr. Rahmah Mohamed, Pengerusi Nic sebagai fasilitaor

BC

4

Berita Semasa

Dari Meja Pengarah

CRIM ke arah pensijilan

MS ISO9001:2008 Meningkatkan produktiviti kerja kakitangan CRIM oleh: Norasmah Maselan

Assalamualaikum dan salam sejahtera Alhamdulillah bertemu lagi kita dalam Edisi ke-032 Buletin CRIM. Edisi Kali ini memuatkan berita mengenai rentetan peristiwa utama yang berlaku sepanjang Bulan Januari sehingga Mac 2011. Di kesempatan ini saya mewakili warga CRIM mengalu-alukan kedatangan Timbalan Pengarah (Perancangan Operasi dan Kualiti), Prof. Madya Dr. Ismanizan Ismail dan Ketua Unit Instrumentasi Encik Ramli Abdullah ke CRIM. Semoga dengan kedatangan mereka akan terus membantu CRIM lebih proaktif dalam penyampaian pengurusan perkhidmatan penyelidikan. Tahun ini CRIM berdepan dengan dua cabaran baru iaitu melaksanakan pensijilan MS ISO 9001:2008 dan Sistem Amalan 5S sebagai penambahbaikan kepada sistem pengurusan yang sedia ada. Diharap dengan terlaksananya kedua-dua cabaran tersebut akan meletakkan CRIM pada satu tahap lagi dalam pengurusan perkhidmatan penyelidikan yang lebih telus dan cemerlang. Akhir kata, saya mewakili warga CRIM dan UKM khususnya mengucapkan tahniah kepada penyelidik UKM yang telah berjaya memperolehi pingat dalam Pameran MTE 2011 baru-baru ini. Sekian, terima kasih. (PROF. DR. CHE HASSAN CHE HARON) Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)

CRIM, UKM : CRIM melangkah setapak lagi

ke hadapan menuju pensijilan MS ISO 9001:2008 dengan berkuat kuasanya dokumen MS ISO 9001:2008 pada 1 Mac 2011 yang lalu. Kini, segala urusan pentadbiran dan pengurusan perkhidmatan penyelidikan di CRIM adalah berpandukan kepada prosedur-prosedur yang telah dibina dan termaktub seperti yang telah didokumenkan dalam Prosedur Kerja. Dalam majlis itu, Pengarah CRIM Prof. Dr. Che Hassan Che Haron menyatakan harapan beliau supaya proses kerja dan pentadbiran di CRIM akan menjadi lebih berkesan dan proaktif dengan adanya MS ISO 9001:2008 sebagai panduan, selain meningkatkan lagi produktiviti kerja di kalangan kakitangan CRIM khususnya. Antara aktiviti yang diadakan dalam majlis tersebut adalah majlis menandatangani dokumen MS ISO 9001:2008 yang terdiri daripada Manual Kualiti, Prosedur Kerja dan Arahan Kerja. Dalam mengorak langkah menuju pensijilan melalui perancangan seawal Julai 2010, beberapa siri kursus telah dijalankan sebagai pendedahan kepada kakitangan CRIM mengenai pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK). Kursus tersebut telah dikendalikan oleh perunding yang telah dilantik iaitu Encik Mohd Bakri Jali daripada SIRIM Sdn. Bhd. Antara objektif kursus tersebut adalah menerapkan kefahaman kepada peserta mengenai model proses ISO 9001:2008 dalam konteks SPK ISO 9001:2008 di CRIM, menentukan skop SPK

Berita Semasa

BC

5

ISO 9001:2008 CRIM, membangunkan model proses utama, dasar dan objektif kualiti, interaksi proses serta dokumen pengurusan SPK ISO 9001:2008; dan menentukan serta menyediakan prosedur dan arahan kerja berdasarkan skop SPK ISO 9001:2008 dan model proses utama yang telah dibangunkan. Hasil daripada kursus tersebut kakitangan CRIM telah berjaya menghasilkan model proses utama, model interaksi berdasarkan kepada proses utama perkhidmatan pengurusan penyelidikan SPK ISO 9001:2008 CRIM dan identifikasi serta draf awal prosedur dan arahan kerja dalam skop SPK ISO 9001:2008 di CRIM.

Bantuan Kewangan Bahan Penyelidikan Pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah oleh: Norasmah Maselan

CRIM, UKM: Berita baik untuk pelajar UKM

yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan Doktor Falsafah. Di bawah peruntukan Dana Operasi Universiti Penyelidikan pihak universiti telah memutuskan untuk memberikan Bantuan Kewangan Bahan Penyelidikan bermula bulan Januari 2011 sehingga 31 Disember 2011.

Namun, bantuan kewangan bagi pembelian bahan penyelidikan (pakai habis) dan bayaran adalah terhad kepada senarai seperti berikut: • • • • • • •

Pelajar boleh membuat permohonan melalui fakulti atau pensyarah masing-masing bagi mendapatkan bantuan kewangan tersebut. Antara pelajar yang layak diberi bantuan adalah pelajar yang mendaftar sepenuh masa dan mengikuti program tesis sahaja. Selain itu, pelajar sarjana yang mendaftar pada semester 1 sesi 2009/2010 yang dan tidak melebihi empat semester. Bagi pelajar Doktor Falsafah pula yang layak untuk memohon adalah pelajar yang mendaftar bagi semester 1 sesi 2008/2009 dan tidak melebihi 6 semester.

• •

Bahan Kimia Bahan untuk penyelidikan Buku rujukan untuk penyelidikan Data mentah Perisian (tidak lebih dari RM10K) Kerja Lapangan Enumerator / pembantu penyelidik di lapangan Penterjemah Sagu hati kepada responden kajian

Untuk perbelanjaan tahun 2011, CRIM menyediakan peruntukan bagi 2 semester pengajian iaitu Januari sehingga Disember 2011. Bagi pelajar yang berminat boleh terus mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak fakulti masing-masing.

Pengagihan bantuan akan dibuat berdasarkan gugusan dan taraf pengajian seperti berikut:

Pengajian/Gugusan

Sains Sosial

Sains dan Teknologi

Sarjana (Tesis)

RM250/semester

RM750/semester

PhD (Tesis/Disertasi)

RM500/semester

RM833/semester.

BC

6

Berita Bergambar

Berita Bergambar

BC

Sekitar Majlis Pelancaran Amalan 5S CRIM “Amalan 5S Pemangkin Budaya Kerja Kondusif”

7

BC

8

Pameran

MTE 2011

UKM Bawa Pulang 4 pingat Emas, 5 Perak dan 10 Gangsa Oleh: Norasmah Maselan

KLCC: Pameran Malaysia Technology Expo

(MTE) yang ke-10 menyaksikan UKM saban tahun menyertai meraih keseluruhan 19 pingat daripada 27 produk penyelidikan yang dipertandingkan pada 17-19 Februari 2011 bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Antara objektif utama pameran MTE pada tahun ini adalah untuk mempamerkan teknologi R&D dan terkini serta mewujudkan pendedahan dan peluang pasaran bagi teknologi terkini berasaskan reka bentuk dan perkhidmatan. Ia adalah platform yang paling sesuai untuk perniagaan dan organisasi penyelidikan untuk mempamerkan ciptaan terbaru dan bersaing dalam industri berasaskan teknologi. IPTA, Sektor Kerajaan, Sektor Swasta dan Agensi adalah antara organisasi yang menyertai pameran ini. Pameran ini telah dirasmikan oleh Datuk Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Menteri di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia menyaksikan penyertaan sejumlah 511 produk penyelidikan dari seluruh negara.

Prof, Dr. Che Husna ketika berdepan dengan persoalan yang diajukan oleh pengadil mengenai produk ENTRAP: Ergonomic solution for Ballistic Protection

Dari jumlah keseluruhan pingat yang diperolehi UKM merangkul empat pingat emas melalui produk “A Novel Antenna Feeding Technique for Multi-Band Gain Antennas” oleh Mohammad Tariqul Islam dan rakan-rakan dari Institut Angkasa, produk “ezUrus-Integrated Project and Bussines Management System for Small and Medium Industries” oleh Mohamad Hanif Md Saad dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, produk “A Real-Time Monitoring and Protection System for Optical Signal Distribution in Fiber To The Home” oleh Prof. Dr. Kamarulzaman Mat dan produk “Beside Mobile Radiation Protection Device” oleh Mazli Mohamad Zin dari Pusat Perubatan UKM. UKM juga memperoleh lima pingat perak dan 10 pingat gangsa.

Antara 27 produk yang dipamerkan di Booth UKM dalam pameran MTE 2011.

Warga CRIM dan warga UKM dengan berbesar hati mengucapkan tahniah di atas kejayaan para penyelidik di pameran MTE 2011.

Pameran

BC

9

Booth UKM di Pameran MTE 2011 bertemakan warna korporat UKM iaitu biru.

Produk ‘Green WDM-POF Technology for In - Car Interior Infotainment System yang berjaya merangkul pingat Gangsa

Gambar 1 dan 2: Sesi Pengadilan produk oleh pengadil pada hari pertama pameran MTE diadakan.

Dari CRIM BC 10 persekitaran di CRIM agar kakitangan rasa Pelancaran keseronokan bekerja hasil daripada amalan 5S yang berterusan. Amalan 5S Melalui amalan ini, kakitangan juga Sasar Pensijilan Julai 2011 Oleh: Norasmah Maselan

CRIM, UKM: CRIM telah melancarkan

Amalan 5S bertemakan “Amalan 5S Pemangkin Budaya Kerja Kondusif” pada 25 Mac 2011 yang lalu dalam satu majlis yang dihadiri oleh semua kakitangan CRIM. “CRIM sebagai satu organisasi yang mempunyai peranan yang sangat besar di dalam UKM perlu kepada Amalan 5S kerana konsep ini amat menitik beratkan aspek kebersihan yang menjadi pemangkin budaya kerja yang kondusif” kata Timbalan Pengarah (Perancangan, Operasi dan Kualiti) Prof. Madya Dr. Ismanizan Ismail ketika melancarkan majlis tersebut di Bilik Bengkel CRIM.

berpotensi menunjukkan kreativiti tersendiri yang terpendam dalam menjayakan amalan 5S di bawah zon yang diwakili masing-masing. Selain meningkatkan produktiviti dan keceriaan persekitaraan pejabat. Hal ini kerana antara faktor yang menyumbang kepada Amalan 5S ini ialah sistem fail yang tidak sistematik, pembaziran ruang, alatan pejabat dan lain-lain. Antara kesan pelaksanaan amalan ini jika diamalkan akan mewujudkan persekitaran kerja yang sistematik, bersih, tersusan dan meningkatkan disiplin di kalangan kakitangan. Bagi merealisasikan amalan ini, komitmen pihak atasan dan kakitangan adalah sangat dititikberatkan. CRIM menyasarkan untuk mendapatkan pensijilan daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada bulan Julai 2011. Antara aktiviti lain yang dijalankan adalah penyampaian watikah pelantikan Ketua Zon, sesi forografi, lawatan ke setiap zon dan bacaan ikrar Amalan 5S oleh kakitangan CRIM. Dalam Amalan 5S ini CRIM telah membahagikan kawasan pejabat pentadbiran CRIM di bawah lima zon yang dipilih merangkumi kawasan dalaman dan persekitaran CRIM iaitu Zon Diamond, Zon Emerald, Zon Topaz, Zon Sapphire dan Zon Ruby. Setiap zon mempunyai ketua dan ahli masing-masing.

Gimik pelancaran Amalan Sistem 5S oleh Dr. Ismanizan

Beliau juga mengatakan amalan ini boleh digunakan untuk menilai KPI tahunan kakitangan CRIM kerana ia melibatkan prestasi dan produktiviti yang ditunjukkan oleh mereka. Di samping terus membudayakan Amalan 5S sebagai satu amalan yang perlu diterapkan dalam diri setiap kakitangan. Beliau mengharapkan Amalan 5S ini boleh meningkatkan lagi prestasi dan keceriaan

Dr. Ismanizan ketika merasmikan Pelancaran Amalan 5S CRIM baru-baru ini.

BC 11 Sementelah itu, kami ke aktiviti seterusnya

Dari CRIM

CRIM ke UPM Penanda aras 5S

setelah menjamu selera dengan hidangan pagi yang sangat menyelerakan. Kami dibahagikan kepada dua kumpulan untuk memulakan lawatan ke setiap bahagian pejabat pentadbiran fakulti tersebut.

Oleh: Norasmah Maselan

UPM, Sedang: Lawatan sebahagian kakitangan

CRIM ke Universiti Putra Malaysia (UPM), Sedang pada 13 April 2011 yang lalu adalah sebagai satu penanda aras bagi memulakan persekitaran kerja berkualiti 5S. Lawatan ini adalah lawatan yang pertama oleh CRIM dalam usaha ke arah pensijilan Amalan Persekitaran Kerja Berkualiti 5S. Ia sebagai satu dorongan dan pendedahan kepada kakitangan CRIM supaya lebih jelas mengenai konsep yang dibawa dalam amalan tersebut.

Encik Heesyamuddin sebagai ketua rombongan CRIM menyampaikan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan

Ternyata lawatan separuh hari tersebut memberi gambaran yang jelas akan keperluan CRIM untuk melaksanakan Amalan 5S, terutamanya dari segi dokumentasi. Selain cara penstrukturan semula kawasan-kawasan utama yang melibatkan pelanggan seperti ruangan pejabat, ruang tamu, kaunter dan sebagainya.

Sesi pembentangan Sistem Amalan 5S oleh penyelaras 5S UPM kepada kakitangan CRIM

Lawatan separuh hari itu berakhir pada pukul 1230 tengah hari dan sememangnya memberi satu impak yang sangat berguna kepada setiap kakitangan yang terlibat pada hari tersebut.

Rombongan CRIM seramai 15 orang diketuai oleh Penolong Pendaftar Mohd Heesyamuddin bertolak seawal 9.00 pagi dan tiba di perkarangan Pejabat Pentadbiran Fakulti Kejuruteraan, UPM pada pukul 10.00 pagi disambut mesra oleh beberapa orang kakitangan fakulti tersebut. Kami terus di bawa ke Bilik Mesyuarat fakulti sebagai pemula aktiviti yang telah dirangka oleh pihak UPM khas untuk kakitangan CRIM. Antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi pengenalan mengenai kisah bermulanya Amalan 5S di jabatan tersebut sehingga kini mereka telah diaudit oleh pihak MPC untuk kali yang ketiga sebagai Audit Pengekalan.

Antara kriteria penyusunan file di Bahagian Pentadbiran Am, Fakulti Kejuruteraan, UPM yang dijadikan tanda aras untuk sistem pemfailan di CRIM.

BC

12

Dari CRIM Lantikan Baru di CRIM

Timbalan Pengarah (Perancangan, Operasi dan Kualiti)

Ketua Pegawai Instrumentasi Encik Ramli Abdullah, Blue Archipelago Sdn Bhd telah dilantik oleh Pengurusan Universiti sebagai Ketua Unit Infrastruktur dan Instrumentasi berkuatkuasa mulai 21 April 2010. Kakitangan CRIM mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan kedatangan beliau di CRIM

Prof. Madya Dr. Ismanizan Ismail, pensyarah Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi (FST) telah dilantik oleh Pengurusan Universiti sebagai Timbalan Pengarah (Perancangan, Operasi dan Kualiti) berkuatkuasa mulai Mac 2011Mac 2013. Kakitangan CRIM mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan kedatangan beliau di CRIM

Jurutera CRIM

Mutiara Kata Kejayaan tidak boleh diukur dengan kedudukan yang dicapai seseorang tetapi melalui halangan-halangan yang ditempuhi semasa mendaki tangga kejayaan (Brother T. Washington) Warga CRIM mengucapkan tahniah kepada Encik Mohamad Shahril Hussain kerana terpilih menjawat jawatan Jurutera J41 di CRIM mulai 10 Januari 2011.

Bil 33 berita CRIM 2012.pdf

Rahmah Mohamed, Pengerusi Nic sebagai fasilitaor. Page 3 of 12. Bil 33 berita CRIM 2012.pdf. Bil 33 berita CRIM 2012.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In.

9MB Sizes 7 Downloads 172 Views

Recommend Documents

BERITA SARJAN MISKIN.pdf
STIMULAN DAN BEASISWA MAHASISWA BERPRESTASI KURANG MAMPU. JENJANG SARJANA DALAM DAN LUAR DAERAH TAHUN 2012 (TAHAP II).

Crim 2017-04.pdf
Page 1 of 1. Grangegorman Library Criminology. New Books List April 2017. Title Author Call Number Link. An introduction to personality, individual differences.

Hebahan UKPK Bil.2.2017.pdf
Warganegara Malaysia;. b. Berada di Malaysia dalam tempoh pelaksanaan BPPT;. c. Sedang melanjutkan pengajian dan berstatus aktif pada tarikh yang.

Page 1 3ATBEPIKEHO PineHHHMIpaBJiHHH Bil 016epeaHI2016 ...
cray ympinMaHHal KrTimoBoro 6yITHKy ra mpi6yIIHKoBof Teprropi; cmpiaHHal ineHaM o6'eIHaHHH Ta cmiBBIacHIKaM, BIacHIKaM KBapTrap (CIOKIBalaM) ...

1. RPP Bil Bulat.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. 1. RPP Bil Bulat.

Crim 2017-11.pdf
Page 1 of 1. Grangegorman Library Criminology. New Books List November 2017. Title Author Call Number Link. Basics of research methods for criminal justice and. criminology [4th Edition]. Michael G. Maxfield, Earl R. Babbie 364.072 MAX Link to OPAC.

PDI CRIM 2015_2019 Final.pdf
herramienta fundamental para prevenir, atender y resolver los grandes desafíos que ésta. nos presenta (PDI-UNAM, 2016). En este sentido, el CRIM ha ...

Minit Mesyuarat PBS Bil 1-2017.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Main menu. There was a problem previewing this document.

SPI Bil. 5 Tahun 2002.pdf
10. Ketua Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan Malaysia. Page 3 of 3. SPI Bil. 5 Tahun 2002.pdf. SPI Bil. 5 Tahun 2002.pdf. Open. Extract. Open with.

PERKINS 800D SERVICE MANUAL Pages Copy 804D-33 804D-33 ...
Source LLC Phone 269 673 2313 Engine Parts.pdf. PERKINS 800D SERVICE MANUAL Pages Copy 804D-33 ... Source LLC Phone 269 673 2313 Engine ...

33.pdf
Glasgow G1 1XH. Scotland. Office: 0141 548 3502, Home: 01786 448761 ... educational experiences the companies felt would most benefit their ... Research. results place training in creativity and innovation at the top of a list of a dozen topics.

Accounting (9706/33)
Choose the one you consider correct and record your choice in soft pencil on the ... 2 A limited company with an issued share capital of $300 000 in $1 ordinary ...

33.pdf
8. Each answer with correct response shall be awarded one (1) mark. There is no Negative Marking. If the. examinee has marked two or more answers or has done scratching and overwriting in the Answer Sheet in. response to any question, or has marked t

Kayla Wilson #33
444 Thomas Davis Dr. Clayton, DE 19938. Email: [email protected]. Phone: (302)922-1142. Parents: Shawn & Missy. E-mail: [email protected].

33.pdf
by applying vaccination strategies with herd immunity and the vaccination strategies of. infectious diseases that can be controlled when there is availability of ...

,31 £33
Dec 23, 1980 - For data speeds above 2400 bits per second two physically separate two-wire lines of voice band width are required. If two-way (full duplex) high-speed simultaneous communication between two points could be accomplished at full bandwid

,31 £33
Dec 23, 1980 - 28, data recovery east 29 for [restoring received] determining .... such as a tape machine, card punch or a computer. Echo canceller 34 is ...

La Sabiduria del Zodiaco, Bil Tierney.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. La Sabiduria del ...

LAPORAN AUDIT DALAMAN BIL. 2-2015 JKSNPP.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. LAPORAN ...

33.pdf
population of individuals whose life courses are reconstructed using archival data. Event. history models reveal that while human and cultural capital matter ...

33 field.pdf
Ammunition Box from. ground level to above. head level, stretch hands. straight & bring the box. down to ground level (3. times). Candidates not. passing will be ...

33.pdf
information resources, and share office space and equipment for. brief periods of time. Such offices offer companies flexibility. in size and composition of the ...

33.pdf
Page 1 of 16. Total No. of Printed Pages—16. HS/XII/A.Sc.Com/CAP/13. 2 0 1 3. COMPUTER APPLICATIONS. ( Science / Arts / Commerce ). ( Theory ). Full Marks : 70. Time : 3 hours. The figures in the margin indicate full marks for the questions. Genera

PEKELILING PERKHIDMATAN BIL.9 2003-PPM.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. PEKELILING ...