MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) SK SERI LINDUNGAN RAJA KALI PERTAMA TAHUN 2017

TARIKH

: 17 JANUARI 2017

MASA

: 2.00 PETANG

TEMPAT

: BILIK SERI KASTURI

KEHADIRAN

:

BIL.

NAMA

JAWATAN

1)

PUAN NORWATI BINTI SALEH

-

PENGERUSI

2)

PUAN FAUZIAH BINTI YUSOF

-

NAIB PENGERUSI (1)

3)

ENCIK MOHD ZAWAWI BIN MOHAMAD

-

NAIB PENGERUSI (2)

4)

PUAN KHATIJAH BINTI YAHYA

-

NAIB PENGERUSI (3)

5)

CIK FADLIYANA BINTI MOHAMAD FATHIL

-

SETIAUSAHA

6)

ENCIK MOHD NADZIR BIN YUSAK

-

GURU DISIPLIN

7)

PUAN SITI FATIMAH BINTI MAHAT

-

PENYELARAS PPsi

8)

ENCIK ZAMRI BIN ARSHAD

-

PENYELARAS PAJSK

9)

PUAN SALWANI BINTI YUSUF

-

GURU PPKI

10)

ENCIK MOHD SYAIFUL BIN MOHAMAD TAMIN

-

KP BAHASA MELAYU

11)

ENCIK MOHD AZZARUDIN BIN MD LAZIM

-

KP BAHASA INGGERIS

12)

PUAN NORAZAWATI BINTI DAMIRI

-

KP MATEMATIK

13)

ENCIK SHAHAIRI BIN SURATMAN

-

KP SAINS

14)

PUAN SITI AISHAH BINTI SAAD

-

KP SEJARAH

15)

ENCIK MOHD ROHAIZAL BIN AZIZ

-

KP RBT

16)

ENCIK AHMAD FAUZI BIN SAMSUDIN

-

KP TMK

17)

ENCIK MOHAMMAD FAIZOL ASYRAF BIN MAHDZIR

-

KP PJK

18)

ENCIK MOHAMAD ZA’IN BIN DAHMAN

-

KP KESENIAN

19)

PUAN AMALINA BINTI MOHAMED ADNAN

20)

ENCIK AMRAN BIN ISMAIL

21)

PUAN AZURA BINTI ABD HADI

22)

PUAN HALIMAHTUSSAADIYAH BINTI HASHIM

23)

PUAN HASLINA BINTI ABU BAKAR

24)

ENCIK MUHAMAD ARIFIN BIN SULAIMAN

25)

PUAN NABILAH BINTI AHMAD ISKANDAR

26)

PUAN NOORMEE ASIAH BINTI GHAZALI

27)

PUAN NORAINI BINTI CHE PA

28)

PUAN RUSNA BINTI HUSAIN

29)

PUAN SALAWATI BINTI ABDUL MAJID

30)

PUAN SITI NORHAIDA BINTI NOH

[1]

31)

ENCIK SUHAIMI BIN EDERIS

32)

YM TENGKU MOHD AZMI BIN RAJA DERAMAN

33)

PUAN YUSLINA BINTI OTHMAN

34)

PUAN ZALINA BINTI ALI

TIDAK HADIR: BIL.

NAMA

JAWATAN

1)

ENCIK SHUIB BIN ZAKARIA

-

TIMBALAN PENGERUSI

2)

ENCIK MOHD NASRUDDIN BIN ABDUL HALIM

-

KP PENDIDIKAN ISLAM

3)

PUAN UMI NAZRAH BINTI HAJI MD ISA

UCAPAN PENGERUSI

1. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat hadir ke mesyuarat kali ini. Makluman

2. Beliau menerangkan mengenai pelaksanaan PBS di peringkat sekolah yang kini telah berlangsung untuk tahun ke tujuh sejak ia diperkenalkan pada tahun 2017. Makluman

3. Beliau seterusnya menerangkan bahawa pelaksanaan PBS merupakan salah satu agenda penting dalam dasar pendidikan negara yang berpaksikan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Makluman

4. Pengerusi berharap agar semua guru dapat memberi komitmen yang tinggi dalam melaksanakan PBS. Malah, penekanan terhadap integriti dalam manjalankan tugas turut diberi keutamaan. Makluman

5. Beliau turut menyatakan bahawa dasar pelaksanaan PBS yang berkesan turut terkandung dalam perutusan amanat Pegawai Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu, Encik Turin Bin Ahmad. Sehubungan dengan itu, semua guru dipohon agar sentiasa berusaha untuk bekerjasama bagi memastikan pelaksanaan PBS dapat mencapai objektifnya. Makluman

[2]

MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 1. Tiada

PERKARA BERBANGKIT 1. Tiada

PEMBENTANGAN JAWATANKUASA PBS PERINGKAT SEKOLAH

1. Pengerusi membentangkan barisan jawatankuasa PBS peringkat sekolah bagi tahun 2017 (seperti Lampiran A). Makluman

2. Beliau turut menyerahkan surat pelantikan jawatankuasa kepada barisan guru yang telah dilantik untuk melancarkan pengoperasian PBS bagi tahun semasa. Makluman

PENETAPAN HALA TUJU DAN MATLAMAT

1. Pengerusi menggesa agar jawatankuasa PBS yang baru dilantik dapat meningkatkan lagi penyebaran PBS di kalangan guru, murid dan komuniti. Justeru, beliau turut mencadangkan agar diwujudkan sudut PBS bagi menggalakkan pembudayaan PBS itu sendiri. Tindakan: Jawatankuasa Induk PBS

2. Beliau menegaskan bahawa penyebaran maklumat berkenaan PBS kepada murid harus tetap dilakukan biarpun 2017 merupakan tahun ke tujuh pelaksanaan PBS. Penyebaran maklumat kepada murid digalakkan untuk dilakukan secara informal, sama ada semasa berlangsungnya PdPc mahupun ketika perhimpunan rasmi sekolah. Malah, sudut PBS yang bakal diwujudkan juga boleh menjadi salah satu medium penyebaran terbaik bagi memberi pendedahan kepada murid. Makluman

3. Pengerusi meminta setiausaha PBS untuk menyediakan surat makluman PBS kepada ibu bapa termasuk makluman berkenaan format baharu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang telah mula diperkenalkan pada tahun 2016. Tindakan: Setiausaha PBS

4. Bagi memantapkan lagi pengoperasian PBS sekolah, pengerusi turut menggalakkan agar jawatankuasa dapat membina jalinan dan jaringan bersama sekolah-sekolah Kluster Kecemerlangan dan Berprestasi Tinggi melalui lawatan penanda aras ke sekolah tersebut. Tindakan: Jawatankuasa Induk PBS

[3]

PENYEDIAAN DAN PERANCANGAN PELAKSANAAN PBS

1. Pengerusi menegaskan agar semua guru cakna terhadap rancangan tahunan PBS agar pengoperasian menjadi lebih sistematik mengikut ketetapan. Makluman

2. Beliau juga menerangkan jadual pengoperasian PBS seperti yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) (rujuk Lampiran B). Makluman

3. Seterusnya, pengerusi membentangkan jadual tugas jawatankuasa PBS peringkat sekolah (rujuk Lampiran C) yang telah disediakan bagi membolehkan semua guru mendapat gambaran awal perjalanan pengoperasian PBS sepanjang tahun 2017. Makluman

4. Pengerusi turut menyerahkan salinan takwim aktiviti PBS dalam bentuk Carta Gantt kepada semua guru sebagai panduan (rujuk Lampiran D). Makluman

5. Bagi memastikan kelancaran PBS itu sendiri, pengerusi berharap agar format penulisan RPH semua guru juga memenuhi tuntutan KSSR dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1999. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran wajib menjadi rujukan semua guru dalam pembinaan RPH dan juga untuk penilaian formatif. Tindakan: Semua Guru Mata Pelajaran

6. Beliau juga membuat penjelasan berkneaan jawatankuasa dan senarai tugas Jawatankuasa Pementoran, Penyelarasan, Pemantauan dan Pengesanan. i.

Pementoran - Pementoran merupakan satu proses membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur yang ditetapkan.

ii.

Penyelarasan - Penyelarasan merupakan satu proses memastikan pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru mempunyai kesahan, kebolehpercayaan supaya keputusan pentaksiran adalah adil dan maklumbalas boleh digunakan untuk penambahbaikan.

iii.

Pemantauan - Pemantauan merupakan satu proses memastikan kaedah pelaksanaan PBS mengikut prosedur atau garis panduan yang ditetapkan mempunyai kesahihan dan amanah bagi mengelakkan penyelewengan dan ketidakakuran.

iv.

Pengesanan - Pengesanan merupakan satu proses untuk memastikan kekuatan dan keberkesanan PBS dari segi pencapaian objektif, kekuatan dan kelemahan instrumen serta impaknya untuk tujuan penambahbaikan.

Tindakan: Jawatankuasa Induk PBS

[4]

PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN MODUL OFFLINE

1.

Pengerusi meminta setiausaha untuk menyediakan 13 buah fail dan setiap satunya akan digunakan untuk menyimpan rekod perkembangan murid bagi semua mata pelajaran. Satu fail digunakan untuk sebuah kelas. Penggunaan sebuah fail bagi setiap kelas dapat memudahkan pemantauan dalaman dijalankan dengan lebih lancar dan sistematik. Tindakan: Setiausaha PBS

2.

Semua guru diminta untuk membuat pentaksiran formatif secara berterusan dan mencatatkannya dalam rekod perkembangan murid. Tindakan: Semua Guru Mata Pelajaran

3.

Modul Offline perlu disediakan dalam bentuk hardcopy dan disimpan di dalam fail Modul Offline yang telah disediakan mengikut kelas. Fail Modul Offline akan diletakkan dalam simpanan setiausaha PBS. Semua guru mata pelajaran diwajibkan untuk mencetak dan menyimpan Modul Offline sebanyak 3 kali setahun; April, Ogos dan Oktober. Tindakan: Setiausaha PBS dan Semua Guru Mata Pelajaran

PENGURUSAN KES-KES KHAS

1.

Pengerusi memberi penjelasan yang terperinci berkenaan kes-kes khas yang perlu diuruskan secara telus dan mengikut prosedur yang disarankan oleh LPM. Makluman

2.

Kes-kes khas adalah seperti berikut: i.

Kes Disiplin (tidak hadir, ponteng dan buang sekolah).

ii.

Murid yang tidak hadir ke sekolah untuk tempoh masa yang panjang atas sebab kesihatan.

iii. Murid dari golongan Orang Kurang Upaya (OKU). iv. Murid yang bertukar sekolah. v.

Murid di bawah pengawasan Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (Sekolah Tunas Bakti dan Sekolah Harapan).

vi. Atlet yang terlibat dalam kejohanan peringkat negeri dan/atau kebangsaan/ antarabangsa. Makluman

3.

Setiausaha dan pihak pentadbiran perlu berganding bahu bagi menguruskan kes-kes khas dan memastikan segala prosedur pengurusan kes-kes khas dapat dipatuhi. Tindakan: Jawatankuasa Induk PBS

[5]

HAL-HAL LAIN

1. Pengerusi sekali lagi menegaskan bahawa penilaian formatif haruslah dijalankan dengan penuh integriti, telus dan berterusan. Tahap penguasaan murid harus direkodkan di dalam Rekod Perkembangan Murid. Makluman

2. Beliau turut menjelaskan penilaian sumatif akan dilakukan mengikut takwim yang telah dinyatakan. Makluman

3. Guru-guru yang masih mempunyai sebarang kesulitan dalam pengoperasian PBS, diminta untuk mendapatkan maklumat daripada jawatankuasa PBS. Makluman

4. Pengerusi turut memaklumkan berkenaan semakan DSKP Tahun 1 yang telah dilaksanakan. Semua guru mata pelajaran Tahun 1 diminta untuk cakna terhadap perkembangan baru ini dan memastikan mereka telah memuat turun DSKP Semakan Tahun 1 dari laman web Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pendidikan Malaysia. Tindakan: Guru Mata Pelajaran Tahun 1

PENUTUP 1. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh:

__________________________________ (FADLIYANA BINTI MOHAMAD FATHIL) Setiausaha PBS SK Seri Lindungan Raja

Disemak oleh:

__________________________________ (NORWATI BINTI SALEH) Guru Besar SK Seri Lindungan Raja

[6]

Minit Mesyuarat PBS Bil 1-2017.pdf

There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Main menu. There was a problem previewing this document.

261KB Sizes 28 Downloads 368 Views

Recommend Documents

Sirivat Voravetvuthikun - PBS
SIRIVAT VORAVETVUTHIKUN: Before I had a big, big dream: I wanted to be a .... chance to become successful in life, because big companies would employ ...

Microsoft Word - edaran minit mesyuarat.pdf
Whoops! There was a problem loading more pages. Retrying... Microsoft Word - edaran minit mesyuarat.pdf. Microsoft Word - edaran minit mesyuarat.pdf. Open.

Hebahan UKPK Bil.2.2017.pdf
Warganegara Malaysia;. b. Berada di Malaysia dalam tempoh pelaksanaan BPPT;. c. Sedang melanjutkan pengajian dan berstatus aktif pada tarikh yang.

PBS Rock Roll [.pdf
Loading… Page 1. Whoops! There was a problem loading more pages. PBS Rock Roll [.pdf. PBS Rock Roll [.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu.

PBS Home Matrix Blank HP.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. PBS Home Matrix Blank HP.pdf. PBS Home Matrix Blank HP.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu.

PBS Academy for England FINAL.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. PBS Academy ...

SOALAN LAZIM PBS 2014.pdf
Loading… Page 1. Whoops! There was a problem loading more pages. Retrying... SOALAN LAZIM PBS 2014.pdf. SOALAN LAZIM PBS 2014.pdf. Open. Extract.

Pekeliling PBS Bil1.2014.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Pekeliling PBS Bil1.2014.pdf. Pekeliling PBS Bil1.2014.pdf. Open.

Pekeliling PBS Bil1.2014.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Pekeliling PBS ...

Page 1 3ATBEPIKEHO PineHHHMIpaBJiHHH Bil 016epeaHI2016 ...
cray ympinMaHHal KrTimoBoro 6yITHKy ra mpi6yIIHKoBof Teprropi; cmpiaHHal ineHaM o6'eIHaHHH Ta cmiBBIacHIKaM, BIacHIKaM KBapTrap (CIOKIBalaM) ...

1. RPP Bil Bulat.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. 1. RPP Bil Bulat.

PBS Fall 2016 Newsletter - Final.pdf
Whoops! There was a problem loading more pages. PBS Fall 2016 Newsletter - Final.pdf. PBS Fall 2016 Newsletter - Final.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In.

SPI Bil. 5 Tahun 2002.pdf
10. Ketua Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan Malaysia. Page 3 of 3. SPI Bil. 5 Tahun 2002.pdf. SPI Bil. 5 Tahun 2002.pdf. Open. Extract. Open with.

La Sabiduria del Zodiaco, Bil Tierney.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. La Sabiduria del ...

LAPORAN AUDIT DALAMAN BIL. 2-2015 JKSNPP.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. LAPORAN ...

Bil 33 berita CRIM 2012.pdf
Rahmah Mohamed, Pengerusi Nic sebagai fasilitaor. Page 3 of 12. Bil 33 berita CRIM 2012.pdf. Bil 33 berita CRIM 2012.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In.

Cyclic voltammetry and dielectric studies on PbS ... - CiteSeerX
Journal of Materials Processing Technology 143–144 (2003) 23–27 ... There is an interest in doing research on a clean reagent (biodegradable reagent).

PEKELILING PERKHIDMATAN BIL.9 2003-PPM.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. PEKELILING ...

MO SW-PBS Admin Letter 2017.pdf
MO SW-PBS Admin Letter 2017.pdf. MO SW-PBS Admin Letter 2017.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu. Displaying MO SW-PBS Admin Letter ...

Cyclic voltammetry and dielectric studies on PbS ...
Table 1. Potassium ethyl xanthate and dextrine concentrations used on PbS by cyclic voltammetry technique ... rated calomel was the reference electrode (SCE).

Stabilization of PbS Nanocrystals by Bovine Serum ...
Mar 13, 2009 - www.afm-journal.de. [*] Dr. M. S. Bakshi. Department of Chemistry ..... plate in another series of wells in duplicate. Extra care was taken not to.