BULETIN BAKERP

BIL 1 / 2008

BADAN KEBAJIKAN, SUKAN DAN REKREASI (BAKERP) Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Menarik Di Dalam :

KATA ALUAN YANG DIPERTUA BAKERP BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM Assalamualaikum W.B.T

Sukan menjadi keutamaan— MS 2,3,4&5

Bantuan dihulur kebajikan terjaga—MS 6

Terlebih dahulu saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya dapat saya menyampaikan sepatah dua kata dalam keluaran Buletin Yang Dipertua Bakerp Bakerp pada tahun ini. 2007-2008 Keluaran kali ini banyak memaparkan aktivitiaktiviti Bakerp yang berlangsung sepanjang tahun 2007 dan 2008. Dengan adanya buletin ini dapat memberi maklumat kepada ahli-ahli tentang aktiviti yang telah dijalankan sepanjang dua tahun ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menabur bakti dan bekerjasama dalam menjayakan aktiviti-aktiviti ini. Harapan saya semoga Bakerp akan bertambah maju lagi di masa hadapan.

“Hitam putih kain dicorak, Benang berkerut bagai tak jadi, Terima kasih semua pihak, Yang turut sama menabur bakti” Sekian, terima kasih

Hari Keluarga pengerat Silaturrahim—MS 7

Yang Dipertua Badan Kebajikan, Sukan Dan Rekreasi (BAKERP) Tuan Haji Muhammad Bin Haji Harun

CERGAS BADAN & CERDAS OTAK DENGAN BERSUKAN Laksa & Kebab Bakerp Diserbu—MS7

Syoknya SPASM 2008 di Terengganu—MS 8

Biro Sukan dan Rekreasi antara yang aktif menjalankan kegiatan untuk kakitangan perpustakaan. Biro sukan dan Rekreasi ini diketuai oleh En. Rusli Bin Othman dan kakitangan yang lain. Aktiviti sukan aktif dijalankan sepanjang tahun 2007-2008 melibatkan kakitangan PPANPs. Disamping menyihatkan badan dan mencerdaskan otak, aktiviti sukan juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan perpustakaan. LIHAT MUKA 2

Pengerusi Biro Sukan & Rekreasi

Biro Sukan & Rekreasi

Aktiviti kecergasan ini sering dijalankan pada hari Isnin diketuai oleh Encik Rusli b. Othman. Aktiviti ini bukan sahaja menyihatkan badan, malah menenangkan jiwa dan minda. Ini adalah kerana setiap kali aktiviti kecergasan diadakan, tempat-tempat menarik pastinya menjadi pilihan. Antara lokasi menarik yang sering diadakan aktiviti kecergasan seperti Hutan Lipur Bukit Kubu yang terkenal dengan keindahan hutan hijaunya, Perpustakaan Cawangan Kuala Perlis yang berhampiran laut Kuala Perlis di mana kita boleh menghirup udara laut yang segar dan Denai Larian Pengkalan Asam yang terkenal dengan keindahan sungai dan kemudahan infrastruktur yang MENARIK—Denai larian Bukit Kubu yang sering sesuai untuk aktiviti kecergasan. Berikut adalah aktiviti kecergasan yang dilawati untuk aktiviti kecergasan dijalankan sepanjang tahun 2007:

AKTIVITI Januari 2007

-

Long Slow Distance & Fartlek.

-

Treking Hutan Bukit Kubu Kuala Perlis.

Februari 2007

-

Jogging (Brisk Walking) di Denai Larian Pengkalan Asam

MENARIK—air yang tenang di Hutan Lipur Bukit Kubu

April 2007

-

Penentuan Umur Fisiologi anda

Aktiviti kecergasan ini dikendalikan oleh En. Rusli bertempat di Pengkalan Asam pada 2 April 2007. Ujian Kecergasan ini diadakan bertujuan untuk menentukan tahap umur fisiologi semasa peserta. Diantara ujian yang dijalankan adalah imbangan iaitu berdiri di atas sebelah kaki depa tangan, membuat pusingan (360’) sebanyak 5 kali, tekan tubi, isometric push up, skipping, kelembutan badan, menegak melintang pergi & balik, lompat & tepuk tapak kaki, tarik nafas & tahan selama 1 minit dan pengiraan kadar nadi selepas 3 minit. Peserta yang paling cergas mendapat hadiah berupa sehelai baju T-Shirt di majlis yang berasingan. Hadiah disampaikan oleh Tuan Haji Muhammad b. Haji Harun. Antara peserta bertuah yang mempunyai tahap kecergasan yang baik adalah En. Nazri, En. Izhar, Puan Roslima, En. Muslim Saadan dan En. Halid Othman. Laporan keputusan ujian Penentuan Umur Fisiologi Anda dilampirkan di rajah sebelah : LIHAT MUKA SURAT 3 Muka Surat 2

BULETIN BAKERP SAMBUNGAN MUKA SURAT 2

Sebelum Ujian Selepas Ujian

Ujian Penentuan Umur Fisiologi Anda

40% 20% 0%

20-24 thn 25-29 thn 30-34 thn 35-39 thn 40-44 thn 45-49 thn 50-54 thn 55-60thn

60 thn

Sebelum Ujian

12%

40%

11%

12%

14%

7%

2%

2%

0

Selepas Ujian

2%

4%

12%

9%

18%

18%

14%

14%

9%

Keterangan : Sebelum Ujian : Umur Kakitangan sebenar Selepas Ujian : Umur kakitangan selepas ujian. Kesimpulannya umur kakitangan majoritinyanya tua sebelum waktunya.

“Dah tua kerepot rupanya aku!”.Memang benar!. Walaupun pahit untuk ditelan itulah hakikatnya yang patut kita terima. Walaupun berumur 20an tetapi kudrat badan kita seperti umur 50-an. Itulah kesimpulan yang dapat diberikan selepas hasil ujian Penentuan Umur Fisiologi Anda dijalankan. Oleh itu, haruslah kita mengamalkan cara hidup sihat seperti bersenam dan mengamalkan pemakanan sihat agar badan kita sihat selalu dan tidak tua sebelum masanya.

Pandanglah lihatlat..badanku yang cantik..

Umur sebelum ujian

Umur selepas ujian

Pasukan futsal PPANPs yang diketuai oleh En. Norzaidi Ismail dan Ridzuan Bin Mat telah bergerak aktif sepanjang tahun 2007. Bagi menguatkan semangat pasukan, pihak Bakerp telah memperuntukan sejumlah wang untuk memiliki sebiji bola Futsal. Atas minat yang mendalam, pasukan futsal PPANPs juga sering mengadakan latihan sekurang-kurangnya sekali seminggu bertempat di Kompleks Belia dan Sukan serta Thadza Sports Centre. Pertandingan Futsal Pada bulan Jun 2007, Pasukan Futsal PPANPs telah menyertai pertandingan Futsal antara Jabatan-jabatan peringkat Perlis 2007. Pihak PPANPs telah menghantar dua kumpulan yang terdiri daripada peserta lelaki dan wanita. Di dalam pertandingan tersebut, peserta kumpulan lelaki layak ke peringkat suku akhir manakala peserta wanita berjaya mendapat tempat ke-4. Pasukan ini juga bergiat aktif sepanjang tahun 2008 dengan menyertai beberapa pertandingan futsal di peringkat negeri Perlis.

Muka Surat 3

SEGAK— antara anggota pasukan Futsal PPANPs memberikan ‘pose’ menarik semasa SUKAN PERPUSTAKAAN AWAM SEMALAYSIA 2008

Sukan badminton merupakan sukan yang paling popular di PPANPs dikendalikan oleh En. Azham Arif. Sepanjang tahun 2007, Bakerp berjaya melaksanakan dua pertandingan badminton iaitu Pertandingan Badminton Beregu Campuran 2007 dan Pertandingan Badminton Tertutup 2007 sempena 50 tahun Kemerdekaan.

PERTANDINGAN BADMINTON BEREGU CAMPURAN 2007.

Berikut merupakan keputusan pertandingan:

Pertandingan ini dijalankan di Dewan Badminton Perlis pada 25 Mac 2007. Sebanyak 34 peserta iaitu 17 regu mengambil bahagian bahagian di dalam acara ini. Setiap regu dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu A, B, C dan D. Hadiah disampaikan oleh Tuan Haji Muhammad Bin Haji Harun pada majlis yang berasingan.

Keputusan Pertandingan Beregu Campuran 2007 Johan: Fauzi Omar & Haizatul Afni Naib Johan: Izhar Ibrahim & Ku Anis Ku Mat Separuh Akhir: M. Rizuwan Mat Radzi & Zairina Noraznam & Nornaimah

CERIA—Antara peserta pertandingan badminton PERTANDINGAN BADMINTON TERTUTUP PPANPS 2007

Bersempena 50 tahun kemerdekaan, Bakerp sekali lagi menganjurkan pertandingan badminton tertutup PPANPs pada akhir bulan Ogos 2007. Matlamatnya adalah untuk mencari seramai 50 orang peserta daripada kalangan kakitangan PPANPs di dalam pertandingan ini. Sayang sekali matlamat ini tidak tercapai kerana penyertaan hanyalah kurang daripada 50 peserta. Walaubagaimanapun, atas dasar kesukanan yang tinggi, pertandingan ini berjaya dijalankan dengan meriahnya. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Tuan Haji Muhammad selaku pengerusi Bakerp. Acara diakhiri dengan penyampaian oleh Tuan Haji Muhammad Bin Hj. Harun.

Keputusan Pertandingan:  Perseorangan lelaki Johan—Nazri Zainol Naib johan—Ridzuan Mat Separuh Akhir—Izhar Ibrahim & Fauzi Omar  Perseorangan Wanita Johan—Norhayati Husin Naib Johan—Masrul Mazlin Manan Separuh akhir—Noriyah Abd. Razak & Zairina Hashim

Latihan Badminton Kakitangan PPANPs juga aktif menjalankan latihan badminton setiap minggu. Bagi kakitangan yang berminat, latihan badminton diadakan setiap hari Khamis, 9.00 malam di Dewan Badminton Khoon Aik diketuai oleh En. M. Rizuwan M. Radzi manakala Ahad di Dewan Badminton Perlis diketuai oleh En. Azham Arif. Bayaran untuk sewa gelanggang dan shuttlecock dikenakan.

MukaPage Surat4 4

KIRI —Ketua pengurus badminton

BULETIN BAKERP

Tenpin bowling dibawah pengurusan En. Azman Ali dan M. Rizuwan M. Radzi. Sukan ini sering dimainkan ketika beriadah bersama rakan-rakan. Memandangkan negeri Perlis tidak mempunyai kemudahan gelanggangTenpin Bowling, maka pasukan ini sering bermain di Jitra atau Kedah Bowl, City Plaza, Alor Setar. Pertandingan Tenpin Bowling Atas dasar minat yang mendalam terhadap sukan ini, satu pertandingan Tenpin Bowling Tertutup PPANPs telah diadakan pada 8 April 2007 di Kedah Bowl, City Plaza, Alor Setar. Antara peserta yang mengambil bahagian adalah Pn. Shuhada, Azman Ali, Rizuwan M. Radzi, Fauzi Omar dan lain-lain.

Pertandingan Toi 2007 Pertandingan Toi Peringkat Negeri Perlis telah berlangsung pada 21 & 22 April 2007 anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Perlis. Pertandingan ini disertai oleh wakil setiap jabatan dan DUN di negeri Perlis. Johan pertandingan akan mewakili negeri Perlis ke peringkat kebangsaan. Bakerp telah menghantar 2 pasukan yang diketuai oleh Puan Shuhada Sabdin dan Ku Anis Ku Mat. Pada pertandingan tersebut, kumpulan yang diwakili oleh Puan Shuhada berjaya ke Peringkat Suku Akhir dan berjaya mendapat tempat ke-5. Kejohanan Bola Tampar Maksak Malaysia. Kejohanan Bola Tampar Maksak Malaysia telah diadakan di negeri Perlis. Bagi pertandingan tersebut, seorang kakitangan perpustakaan turut terpilih untuk bermain mewakili pasukan negeri Perlis. Beliau adalah En. Izhar Ibrahim. Syabas En. Izhar Ibrahim..

Kursus Asas Senamrobik Peringkat Negeri Perlis 2007. Pihak Bakerp telah menghantar beberapa kakitangan perpustakaan untuk menghadiri kursus Asas Senamrobik. Kursus ini dianjurkan oleh Kementerian Belia & Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama National Fitness Malaysia. Kursus ini berlangsung selama 4 hari 3 malam di Dewan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Antara peserta yang terpilih adalah Ridzuan Mat, Hairian Salim, Hayati Husin, Haizatul Afni dan Zairina Hashim. Seramai 80 peserta yang terdiri daripada 72 wanita dan 8 lelaki menyertai kursus ini. Kursus yang dijalankan amatlah berfaedah kerana ia mengajar tentang MENAKJUBKAN– Kereta Kabel di bagaimana untuk membuat senaman yang betul dengan cara bersenamGenting Highlands merupakan yang robik. Di akhir kursus, setiap peserta mendapat sijil dan buku log. Kursus ini terpanjang di Asia Tenggara amat berfaedah kerana apabila setiap program perpustakaan dijalankan, aktiviti senamrobik seringkali diadakan bersama kakitangan dan penduduk setempat. Bengkel Pemantapan Paradigma Instruktur Kecergasan NFC 2007 Peringkat Kebangsaan. Bengkel ini berlangsung pada 12—13 Mei 2007 bertempat di Hotel First World, Genting Highlands, Pahang. Program ini turut diserikan dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan iaitu Dato’ Azalina Othman Said. Pihak Bakerp telah menghantar lima peserta untuk menyertai program ini iaitu Ridzuan Mat, Harian Salim, Hayati Husin, Haizatul Afni dan Zairina Hashim. Selain menimba ilmu pengetahuan, peserta juga dapat beriadah. Muka Surat 5

Biro Kebajikan Bakerp yang ditubuhkan amat prihatin dengan Kebajikan kakitangannya. Ini terbukti diwujudkan beberapa kategori sumbangan wang ehsan yang telah ditetapkan. Bakerp di bawah Biro Kebajikan telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan pemberian sumbangan ini. Menurut Pengerusi Biro Kebajikan, Puan Siti Hajar Rahim sepanjang tahun 2007 sebanyak RM870.00 telah disumbangkan untuk ahli SAMA CANTIK SAMA PA- Bakerp. Berikut adalah sumDAN bangan sepanjang 2007 termaPasangan pengantin turut suklah ahli yang berkahwin menerima sumbangan kahwin dari BAKERP sebanyak RM50 seorang, berhenti kerja bagi ahli kurang 5 tahun sebanyak RM20.00, bersalin RM30.00, masuk wad melebihi 3 hari RM30.00, kematian ahli keluarga emak atau anak RM30.00. Sumbangan berupa wang tunai diberikan kepada ahli Bakerp berkenaan. Adalah diharap dengan sumbangan ini dapatlah mengurangkan sedikit bebanan atau perbelanjaan.

SUMBANGAN KEBAJIKAN BAKERP Perkara

Sumbangan

Syarat-syarat

1.Perkahwinan

RM50.00

Berkahwin untuk kali pertama sahaja Dibayar kelahiran pertama-ke-3 Ahli yang dimasukkan ke wad untuk rawatan di pusat perubatan yang diiktiraf oleh kerajaan sekurang-kurangnya 3 hari atau lebih. Ahli layak membuat tuntutan sekali dalam setahun Kematian Ahli Kematian suami/isteri, anak-anak dan ibu bapa yang berdaftar dengan kerajaan (warganegara) beserta surat rawatan atau sijil kematian

2. Kelahiran

RM30.00

3. Hospital

RM30.00

4. Kematian

RM50.00 RM30.00

5. Musibah

Tidak melebihi RM50.00

Tertakluk kepada budi bicara dan keputusan mesyuarat AJK BAKERP. Contoh : kemalangan, kebakaran, banjir dsb

6. Berhenti / Bersara

RM20.00 RM40.00

Ahli kurang 5 tahun Ahli lebih 5 tahun

Biro Pendidikan Setiap tahun program Pesta Buku PPANPs pasti diadakan bertujuan untuk menarik minat masyarakat ke Perpustakaan. Pelbagai acara dijalankan sempena Program Pesta Buku PPANPs tersebut. Biro Pendidikan di bawah pengurusan En. Mohd. Azman Ali telah berjaya mengadakan Program Teknik Menjawab Soalan bagi pelajar SPM, PMR dan UPSR. Sepanjang program tersebut, para peserta yang terdiri daripada pelajar dari pelbagai sekolah di negeri Perlis dijemput untuk mendengar ceramah teknik menjawab soalan peperiksaan yang dikendalikan oleh guru dari Jabatan Pendidikan ILMU—Tuntutlah ilmu Negeri Perlis. Program yang dijalankan selama 3 jam ini diadadari buaian hinggalah ke kan selama 3 hari berturut-turut Hari pertama melibatkan liang lahad penyertaan pelajar SPM, hari kedua adalah melibatkan pela- “Bangsa Membaca jar PMR dan hari terakhir melibatkan pelajar UPSR. Program yang diadakan Bangsa Berjaya” mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar sekolah. Melalui program Teknik Menjawab Soalan ini mendedahkan para pelajar dengan teknik-teknik menjawab dengan betul, memberikan tips-tips yang berguna kepada para pelajar semasa menjawab soalan dan memperkenalkan formula-formula penting bagi memudahkan pelajar mengingat fakta dan isi-isi penting. Diharap program seumpama ini dapat dijalankan sepanjang tahun dan faedahnya dapat dinikmati bersama. Muka Surat 6

Biro Lawatan & Rekreasi

BULETIN BAKERP SEPT

S Bakerp di bawah Biro Lawatan & Rekreasi kendalian En. Muslim Saadan & Puan Zairina Hashim telah mengadakan Hari Keluarga dengan jayanya pada 8 September 2007. Acara meriah ini dilakukan setahun sekali bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim sesama kakitangan dan ahli keluarga. Segala persiapan dilakukan lebih awal dimana setiap kakitangan diminta untuk memberikan sumbangan seperti ayam daripada kakitangan pegawai, ikan dan arang daripada kakitangan pembantu dan ulam-ulaman daripada kakitangan pembantu am pejabat. Bakerps pula memberi sumbangan berupa beras, sambal belacan, sayur manis rebung dan air minuman. Pada hari tersebut, makanan disediakan oleh kakitangan Bakerps sendiri dengan bergotong royong memasak nasi dan membakar ikan dan ayam.

BERGOTONG ROYONG— kakitangan menyiapkan makanan tengahari

ERAT—acara semaking jauh semakin sayang turut dipertandingkan

LAKSA—makanan utama yang dijual semasa Pesta Muka MukaSurat Surat77

W T

F

S 1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

Kakitangan juga ada yang membawa juadah sendiri seperti puding, agar-agar, kudapan pagi, laukpauk untuk dikongsi makan beramai-ramai. Turut diadakan aktiviti sukaneka. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dengan meriah kerana aktiviti ini melibatkan TERHIBUR—Acara kerusi penyertaan ahli keluarga warga PPANPs. Di antara muzik untuk kaum wanita acara sukaneka tersebut ialah semakin jauh semakin sayang, lambung kasih, sumpit belon, boling nyiur (kanak-kanak & dewasa), kerusi muzik (kanak-kanak & dewasa, ikat belon pada kaki, kutip coklat (kanak -kanak 6 tahun ke bawah) dan isi air dalam botol (kanak-kanak).

LAZAT— makanan yang sedap

Biro Ekonomi

M T

2007

Acara berakhir dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi acara sukaneka. Hadiah ini disampaikan oleh Tuan Pengerusi Bakeps Tuan Haji Muhammad bin Haji Harun. Sebelum bersurai, semua kakitangan bergotong royong membersihkan kawasan yang digunakan supaya menjadi bersih seperti sediakala

Lazat dan menyelerakan!. Itulah yang dapat dikatakan mengenai laksa dan kebab yang dinamakan Kebab BOOM yang dijual oleh Kelab Bakerp Sempena Pesta Buku 2007. Setiap tahun diadakan Pesta Buku PPANPs pastinya Kelab Bakerp di bawah Biro Ekonomi kendalian Puan Nifarina Mustaffa dan En. Norzaidi Ismail akan mengadakan aktiviti jualan makanan dan minuman. Berbekalkan dengan sebuah khemah kecil dan beberapa meja untuk hidangan, gerai Bakerp sedia untuk menjalankan aktiviti perniagaan. Selain daripada laksa dan Kebab, makanan lain seperti koew teow kerang, nasi lemak, nugget, aiskrim dan pelbagai jenis minuman turut dijual dan mendapat sambutan daripada orang ramai. Aktiviti jualan ini melibatkan semua ahli Kelab Bakerp bergotong-royong menyediakan makanan untuk dijual. Hasil keuntungan yang diperolehi akan disalurkan kepada Kelab Bakerp untuk disimpan. Bagi tahun 2007, jualan gerai makanan Bakerp berjaya memperolehi keuntungan sebanyak RM337.00.

BADAN KEBAJIKAN, SUKAN DAN REKREASI (BAKERP) Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Wajah—wajah keriangan di Sukan Perpustakaan Awam SeMalaysia 2008 1. BERGAYA— peserta kontijen PPANPs menggayakan pakaian sukan untuk perbarisan

1

2. KENANGAN— bergambar pada malam perasmian

2

3. HEBAT— Pasukan bola jaring mempunyai semangat juang yang tinggi 4. MANTAP—

4 pasukan badmin-

3

ton berjaya ke suku akhir

5. REHAT— berehat selepas penat membeli belah di Pasar Payang

5

6

6. MELARAM— tersenyum gembira semasa jamuan makan malam 7. KAGUM— ketua kontijen bergambar kenangan di hadapan masjid Kristal

7

8

8. KENANGAN— Gambar kontinjen Perlis di hadapan Wisma Darul Iman 9. ILMU— Peserta menghadiri seminar

10 9

Muka Surat 8

Sidang Redaksi : Penaung : Puan Hajah Norma Bt. Mohd. Darus Penasihat : Tuan Haji Muhammad Bin Haji Harun Sidang Pengarang: Pn. Zairina Binti Hashim (Ketua Pengarang) En. Ridzuan Bin Mat En. Nazri Bin Zainol

10. ERAT— permainan karom mengeratkan silaturrahim.

Pihak Bakerp telah menghantar seramai 37 orang peserta untuk menyertai Sukan Perpustakaan Awam SeMalaysia 2008 yang berlangsung pada 5 – 9 Julai 2008 di Terengganu Darul Iman. Sukan ini berlangsung di sekitar Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Terengganu. Sebanyak lima belas kontijen daripada semua perpustakaan Awam negeri mengambil bahagian dan dua pasukan jemputan dari Perpustakaan Majlis Bandaraya Johor dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur turut serta. Pelbagai acara dipertandingkan antaranya futsal, badminton, pingpong, bola tampar, tenping boling dan bola jaring. Manakala permainan indoor seperti batu seremban, dart, dam aji, karom dan congkak turut dipertandingkan. Pasukan PPANPs berjaya membawa pulang pingat gangsa di dalam acara batu seremban berkumpulan manakala pasukan badminton dan bola tampar hanya berjaya ke peringkat suku akhir. Turut dipertandingkan adalah perbarisan kontijen terbaik yang dimenangi oleh Kontinjen Terengganu manakala johan keseluruhan SPASM 2008 dimenangi oleh kontinjen Negeri Di Bawah Bayu iaitu Sabah. Selain daripada sukan, turut diadakan juga seminar dan lawatan di beberapa tempat menarik seperti Masjid Terapung Terengganu, Masjid Kristal & Taman Tamadun Islam, Pasar Payang, perusahaan keropok lekor di perkampungan losong dan sebagainya. Rombongan bertolak pulang ke Perlis pada 9 Julai 2008.

buletin bakerp 2008.pdf

telah menabur bakti dan bekerjasama dalam menjayakan aktiviti-aktiviti ini. Hara- pan saya semoga Bakerp akan bertambah maju lagi di masa hadapan.

2MB Sizes 25 Downloads 211 Views

Recommend Documents

buletin - SYAWAL.pdf
Headache, body ache, heart system, arthritis, fast heart beat, epilepsy, excess. fatness, bronchitis asthma, TB, meningitis, kidney and urine diseases, vomiting,. gastritis, diarrhea, piles, diabetes, constipation, all eye diseases, womb, cancer. and

BULETIN DIGITAL 1.pdf
“"Bahkan mereka berkata: 'Sesungguhnya, kami. mendapati bapak-bapak kami menganut suatu. agama, dan ... Page 3 of 5. BULETIN DIGITAL 1.pdf. BULETIN ...

Fraud-Buletin-WHO.pdf
example, some families use the health- care identity of the member with the. best health coverage. In South Africa,. people claim for services they have.

Buletin SR No 1.pdf
Page 1 of 4. Penerbit: Biro Litkom PGI. Penanggungjawab: Henrek Lokra (Kabiro Litkom). Redaksi: Rainy Hutabarat (Editor), Jeirry Sumampouw Trisno Sutanto, ...

BULETIN ITAS SIRI 2.pdf
Page 3 of 58. BULETIN ITAS SIRI 2.pdf. BULETIN ITAS SIRI 2.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu. Displaying BULETIN ITAS SIRI 2.pdf. Page 1 of ...

Buletin Hidayatullah November 2014.pdf
Hidayatullah Se-Nusantara. Whoops! There was a problem loading this page. Buletin Hidayatullah November 2014.pdf. Buletin Hidayatullah November 2014.

Buletin HC 06 April - Khamr vs Alkohol.pdf
Be Smart, Get Halal. with. HALAL CORNER. Page 3 of 4. Buletin HC 06 April - Khamr vs Alkohol.pdf. Buletin HC 06 April - Khamr vs Alkohol.pdf. Open. Extract.

BULETIN USPTN OKT - DIS 2010.pdf
2/2010 bertempat di Seremban Negeri. Sembilan. Berikutan daripada itu satu. Majlis Amanat dan Penyerahan Bendera. Oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Jo- ...

buletin-arab-mitib-vol2-p1.pdf
... Melalui Arab Bahasa Belajar Mari | نتعلم العربية من خل الفتات واللوائح العربية. http://mitstarabic.blogspot.com. Page 1 of 1. buletin-arab-mitib-vol2-p1.pdf.