P

KPT6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

TUGASAN 3 KAJIAN TINJAUAN PENILAIAN INTEGRASI ICT DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH RENDAH LUAR BANDAR

Pensyarah : PROF. MADYA DATO’ DR. ABD LATIF BIN HJ GAPOR Disediakan Oleh : ROSLINA BINTI DAUD

M20111000754

SENARAI KANDUNGAN

Senarai Kandungan

Abstrak

1

Pengenalan

1

Penyataan Masalah

3

Objektif

5

Metodologi Kajian

6

Dapatan kajian

6

Kajian Rintis

6

Kajian Sebenar

6

Perbincangan

11

Kesimpulan

12

Rujukan

Penilaian Integrasi ICT Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Di Sekolah Rendah Luar Bandar Roslina binti Daud (M20111000754) Sarjana Pendidikan, Pendidikan Khas Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstrak

Kajian ini adalah kajian tinjauan rentas untuk menilai sejauhmana integrasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di sekolah rendah luar bandar yang dilaksanakan menurut persepsi guru. Fokus penilaian adalah kepada lapan aspek iaitu (i) kemudahan prasarana ICT, (ii) bahan sokongan, (iii) latihan ICT guru, (iv) pengetahuan aplikasi ICT guru (v) kemahiran aplikasi ICT guru, (vi) amalan P&P, (vii) aktiviti murid dan (viii) pemantauan. Persampelan rawak berstrata terdiri daripada 45 guru di sebuah sekolah rendah luar bandar di daerah Manjung, Perak. Pengumpulan data dilaksanakan melalui Soal Selidik Guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa integrasi ICT dalam proses P&P adalah pada tahap sederhana bagi lima aspek manakala tiga aspek lagi juga adalah pada tahap sederhana. Implikasi kajian ini menunjukkan integrasi ICT dalam P&P dapat dipertingkatkan dengan adanya pemantauan dan latihan kemahiran ICT guru secara sistematik dan berterusan khususnya di sekolah luar bandar.

Pengenalan Dewasa ini, kemajuan teknologi komputer telah pesat berkembang khususnya dalam era pendidikan. Pelbagai aplikasi telah diperkenalkan bagi meperluaskan peranan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan komputer semakin penting dalam menjana, memperkembangkan idea dan kreativiti para pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks ini, globalisasi menyebabkan wujudnya konsep dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran global, konsep perubahan global dan sebagainya (Abd. Rahim, 2005). Perubahan

ini memberikan kesan yang jelas kepada

masyarakat terutamanya bagi sebuah negara yang pesat membangun. 1

Secara tidak langsung, profesion perguruan merupakan salah satu bidang yang mula melangkah ke hadapan dan menerima perubahan semasa dalam menggaya ideologi perkembangan ICT. Kini Malaysia turut tidak ketinggalan untuk menerima perubahan sistem dan pengurusan pendidikan yang mana mampu memberi implikasi yang besar kepada generasi yang bakal dilahirkan kelak. sekaligus kepada profesion perguruan itu sendiri. Perkembangan pendidikan baru dalam pengetahuan ICT memerlukan anjakan paradigma ke arah pembentukan peranan pendidikan dan profesion keguruan yang lebih tersusun dan bersistematik. Latihan pendidikan guru juga memerlukan perubahan paradigma bagi melahirkan guru-guru yang berkelayakkan dan berkebolehan mendidik dan membangunkan masyarakat dan negara. Selain itu, negara yang membangun juga memerlukan lebih ramai guru

terutamanya guru yang mempunyai

pengkhususan bidang pengetahuan komunikasi maklumat (ICT).

Justeru, penekanan terhadap pengintegrasian ICT dalam P&P turut diperjelaskan melalui pelbagai pekeliling dan arahan dari Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM 2003). Penumpuan ini adalah bertujuan untuk membantu meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam penggunaan ICT khususnya. Antara yang terkini ialah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2003(KP(BS)8591/Jld.XVIII(6) bertarikh 28 Julai 2003 berkaitan Dasar Penggunaan Media dan Teknologi Dalam P&P (KPM 2003).

Dalam konteks Malaysia, ICT dalam pendidikan merupakan salah satu dasar penting dalam program pendidikan sebagaimana yang telah termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2001-2010 bagi mencapai Wawasan 2020 (KPM 2001) kelak. Pengintegrasian ICT dalam P&P merupakan salah satu daripada sepuluh

matlamat yang telah digariskan dalam Pelan

Pembangunan Pendidikan 2001-2010 dan aspek ini dimantapkan lagi dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (KPM 2007). Bagi mencapai matlamat tersebut, KPM sentiasa berusaha untuk memastikan guru-guru agar bersedia

mengaplikasikan dan

mengintegrasikan ICT dalam P&P khususnya bagi sekolah-sekolah bestari yang mula dibentuk bermula tahun 1999. Ini adalah bertujuan untuk mengubah perubahan proses pengajaran pembelajaran serta kurikulum dengan bermatlamat melahirkan generasi pintar yang berfikrah dan celik teknologi menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke 21 (KPM 2001; 2003; 2005).

2

Pernyataan Masalah Penggunaan komputer yang semakin penting dalam menjana perkembangan idea dan kreativiti para pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai sebuah negara membangun, negara kita amat memerlukan ramai pelapis guru yang mempunyai pengkhususan dalam bidang pengetahuan komunikasi maklumat (ICT). Namun begitu, terdapat beberapa kekangan dan cabaran dalam memenuhi penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru di sekolah rendah khususnya di luar bandar. Di antara permasalahan yang timbul seperti kekurangan kemahiran, kekurangan prasarana dan bahan sokongan. Oleh yang demikian, keupayaan guru akan beroleh kesukaran untuk memberi pendedahakan kepada murid-murid di sekolah untuk mendapatkan bimbingan dan panduan yang tepat dalam proses P&P.

Berdasarkan kepada laporan kajian-kajian lepas juga, menunjukkan bahawa penggunaan dan pengintegrasian komputer atau ICT dalam P&P masih berada pada tahap yang rendah (Nor Azilah et al. 2004) dan pelaksanaannya tidak menyeluruh dari aspek integrasi ICT dalam P&P di sekolah harian (Normah 2002; Maziyah 2002; Robiah et al. 2003) malahan di sekolah bestari juga (Wan Zah et al. 2006; Nor Aishah & Rahayah 2007). Antara halangan-halangan yang dihadapi ialah sikap guru kerana masih ada yang tidak mahu menerima perubahan ke arah kebaikan serta menganggap penggunaan ICT adalah membebankan (Demetriadis et al. 2003; Ahamad 2005; Hishammuddin 2006). Kajian Zainudin et al. (2007) menunjukkan sikap terhadap penggunaan

ICT berada pada tahap sederhana berbandingkan aspek-aspek pengetahuan,

kemahiran dan minat di kalangan guru-guru dan kurang keyakinan semasa integrasi ICT. Guru masih menggunakan kaedah pengajaran tradisional (Cuban et al. 2001) dan tidak menggunakan sepenuhnya kemudahan sokongan P&P berbentuk ICT yang dibekalkan oleh KPM seperti komputer riba (Chong et al 2005; KPM 2005), CD-ROM Interaktif (CDRI) keluaran Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dan Bahagian Buku Teks (BBT) (KPM 2005) serta wujud sebilangan besar guru kurang selesa dengan komputer (Bohlin 2002). Selain sikap guru, kajian Nor Aishah & Rahayah (2007) dan Jones (2004) mendapati bahawa guru juga menghadapi kesuntukan masa untuk melakukan projek yang melibatkan ICT.

Walaupun KPM telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk mengadakan berbagai jenis latihan serta program teknologi pendidikan khususnya ICT (Chen 2004; Ahamad 2005; Hishammuddin 2006), namun masih terdapat majoriti guru tidak menggunakan teknologi pada 3

tahap yang maksimum sebagaimana yang diharapkan (Cuban et al. 2001; Norris et al. 2003). Guru didapati masih kurang mengintegrasikan ICT dalam P&P dalam bilik darjah (Zainudin et al. 2007), masih terdapat ramai lagi guru yang kurang atau tidak menggunakan teknologi secara sepatutnya dalam pengajaran kerana tahap kemahiran ICT guru didapati rendah (BTP 2005), kekurangan pengetahuan tentang cara mengintegrasikan ICT untuk mempertingkatkan kurikulum (Jones 2004), malahan guru yang mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan (14 Minggu) juga didapati lemah dalam aspek kemahiran teknologi maklumat selain daripada aspek-aspek kemahiran kejurulatihan, pentaksiran dan penilaian kebangsaan sekolah bestari, pemilihan dan penggunaan perisian, kemahiran generik terutama dalam menerapkan KBKK aras tinggi, perancangan dan pembinaan pakej pembelajaran serta pelaksanaan kurikulum sekolah bestari di sekolah (Lee et al. 1998; Mohammed Sani et al. 2001). Menurut Pasi (2003) & Rosnaini (2006) guru kurang berpengetahuan dan berkemahiran menggunakan peralatan ICT dan mengintegrasi perisian komputer yang dibekalkan secara efektif bagi mempertingkatkan hasil P&P, guru-guru kurang didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran tentang internet, komunikasi berperantara komputer seperti mel elektronik, papan buletin dan senarai perbincangan serta rangkaian untuk diintegrasikan bagi menyokong pembelajaran dengan lebih spesifik dan eksplisit (Mulkeen 2000; Norizan 2003) amalan pengajaran menggunakan ICT khususnya teknologi internet didapati masih pada tahap yang rendah walaupun guru-guru disarankan menggunakan pelbagai strategi dan kaedah penggunaan ICT dalam P&P (Williams et al. 2000; Abd.Rahman 2000; Bahagian Sekolah 2001; Cuban et al. 2001; Norazah 2002; Ashinida et al. 2004; BTP 2005; Mohd Izham 2006). Kebanyakan mereka masih berada pada tahap ‘perlu belajar’ untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Mohd Zaaba & Zurida (2002) kemahiran ICT guru-guru sebenarnya mempunyai kaitan dengan pengetahuan dan kemahiran guru tentang komputer dan ICT.

Penekanan terhadap integrasi ICT dalam P&P di sekolah-sekolah khususnya di Sekolah Bestari adalah perlu kerana ia merupakan salah satu daripada sepuloh matlamat Pembangunan ICT dalam Pendidikan 2001-2010 (Hishammuddin 2008; KPM 2006; KPM 2001). Banyak kajian tempatan tentang pengintegrasian teknologi atau ICT dalam P&P telah dijalankan sejak Sekolah Bestari diwujudkan. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan ICT dalam P&P adalah sesuatu yang agak mengecewakan walaupun Sekolah Bestari telah sembilan tahun dilaksanakan (Bahagian Pendidikan Guru 2001; Bahagian Teknologi Pendidikan 2003; Norizan & Raja 4

Maznah 2004; Abdul Malek & Abdul Halim 2007). Sejauhmanakah integrasi ICT dalam P&P benar-benar telah dilaksanakan di Sekolah Rendah luar bandar berkenaan? Justeru, satu kajian perlu dilaksanakan bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan-persoalan berkaitan integrasi ICT dalam proses P&P di sekolah luar bandar.

Objektif Kajian ini bertujuan untuk menilai sejauhmana pelaksanaan integrasi ICT dalam proses P&P dari 8 aspek iaitu (i) kemudahan prasarana ICT, (ii) bahan sokongan, (iii) latihan ICT guru, (iv) pengetahuan aplikasi ICT guru, (v) kemahiran aplikasi ICT guru, (vi) amalan P&P, (vii) aktiviti murid dan (viii) pemantauan di sebuah sekolah rendah luar bandar di daerah Manjung, Perak.

Kajian ini dilaksanakan bagi menjawab tiga persoalan berikut, iaitu: 1.

Sejauhmanakah tahap penggunaan sumber sedia ada dalam integrasi ICT dalam proses P&P di sekolah rendah luar bandar daripada perspektif guru?

2.

Sejauhmanakah tahap pelaksanaan integrasi ICT dalam proses P&P di sekolah rendah luar bandar daripada perspektif guru?

3.

Adakah terdapat perbezaan signifikan daripada setiap aspek integrasi ICT dalam dalam proses P&P di sekolah rendah luar bandar P&P berdasarkan jantina sekolah dan pengalaman mengajar guru?

Hipotesis Kajian: H01 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kemudahan prasarana ICT, bahan sokongan, latihan ICT guru, pengetahuan aplikasi ICT guru, kemahiran aplikasi ICT guru, amalan P&P, aktiviti murid dan pemantauan berdasarkan jantina. H02 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari skor min kemudahan prasarana ICT, bahan sokongan, latihan ICT guru, pengetahuan aplikasi ICT guru, kemahiran aplikasi ICT guru, amalan P&P, aktiviti murid dan pemantauan berdasarkan pengalaman mengajar guru. H03 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi kesan interaksi antara jantina dan pengalaman mengajar guru terhadap kemudahan prasarana ICT, bahan sokongan, latihan ICT guru, pengetahuan aplikasi ICT guru, kemahiran aplikasi ICT guru, amalan P&P, aktiviti murid dan pemantauan. 5

Metodologi Kajian Kajian ini dilakukan secara tinjauan rentas melalui soal selidik dijalankan ke atas semua guru untuk melihat sejauh mana penggunaan ICT disekolah jumlah guru adalah seramai 45 orang guru pelbagai opsyen di sebuah sekolah rendah luar bandar di daerah Manjung, Perak telah dipilih. Kaedah kuantitatif digunakan kerana ia hanya bersifat mendapat maklumat dan pandangan guruguru yang berkenaan mengenai penggunaan ICT dalam proses P&P di sekolah. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 17. Min dan sisihan piawai merupakan analisis deskriptif manakala statistik inferensi yang digunakan adalah ANOVA.

Dapatan Kajian Kajian Rintis Kajian rintis yang melibatkan seramai 15 orang guru yang dipilih di sekolah berdekatana. Instrumen berskala Likert 5, masing-masing mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dengan nilai Cronbach Alpha ialah 0.830.

Kajian Sebenar Sampel kajian terdiri daripada 45 orang guru. Perincian demografi guru adalah seperti terdapat pada Jadual 1. Jadual 1: Demografi Demografi Jantina

Bangsa

Umur

Status Perkhawinan

Pengalaman Mengajar

Responden

Frekuensi

Peratus

Lelaki

14

31.1

Perempuan

31

68.9

Melayu

42

93.4

Cina

1

2.2

India

2

4.4

24-32 tahun

31

68.9

33-41 tahun

9

20.0

42-50 tahun

5

11.1

Bujang

10

22.2

Berkhawin

35

72.8

Kurang 1 tahun

3

6.7 6

1 – 5 tahun

22

48.9

6 – 10 tahun

20

44.4

Kehadiran Mengikuti Latihan

Ya

22

48.9

Berkaitan Aplikasi ICT dalam P&P

Tidak

23

51.1

N = 45 Jadual 1 menunjukkan seramai 45 orang guru pelbagai opsyen telah dilibatkan dalam kajian ini. Daripada jumlah responden soal selidik tersebut, seramai 14 orang (31.1%) adalah guru lelaki dan 31 orang (68.9%) adalah guru perempuan. Berdasarkan bangsa, seramai 42 orang (93.4%) guru berbangsa Melayu manakala 3 orang (6.6%) adalah guru berbangsa Cina dan India. Dari segi peringkat umur pula, seramai 31 orang guru (68.9%) adalah berumur 24-32 tahun, 9 orang guru (20.0%) adalah berumur sekitar 33-41 tahun dan 5 orang guru (11.1%) adalah berumur antara 42-50 tahun. Manakala dari segi status perkhawinan pula 35 orang guru (72.8%) telah berkahwin dan selebihnya 10 orang guru (22.2%) masih bujang.

Dari segi pengalaman mengajar pula, seramai 22 orang guru (48.9%) berpengalaman 1-5 tahun diikuti 20 orang guru (44.4%) guru mempunyai pengalaman 6-10 tahun dan 3 orang guru (6.7%) mempunyai pengalaman kurang daripada satu tahun.

Dari segi latihan berkaitan aplikasi ICT dalam P&P yang dihadiri oleh guru-guru, didapati seramai 23 orang guru (51.1%) tidak pernah mengikuti latihan berkaitan manakala 22 orang guru (48.9%) yang pernah mengikuti sebarang latihan berkaitan.

Soalan Kajian 1: Sejauhmanakah tahap penggunaan sumber sedia ada dalam integrasi ICT dalam Proses P&P di sekolah rendah luar bandar daripada perspektif guru?

Jadual 2 menunjukkan kesemua skor min dan sisihan piawai bagi aspek bahan sokongan (min = 3.54; SP = 0.96), Kemahiran aplikasi ICT guru (min = 3.39; SP = 0.99),latihan ICT guru (min = 3.26; SP = 0.97), Pengetahuan aplikasi guru (min = 3.19; SP = 0.95) dan aspek kemudahan prasarana ICT (min = 3.01;SP = 0.93) adalah sederhana.

7

Jadual 2 : Skor min dan sisihan piawai bagi komponen sumber sedia ada Komponen Sumber Sedia Ada

Min

Sisihan

Tahap

Piawai

integrasi ICT

Kemudahan prasarana ICT

3.01

0.93

Sederhana

Bahan sokongan

3.54

0.96

Sederhana

Latihan ICT guru

3.26

0.97

Sederhana

Pengetahuan aplikasi ICT guru

3.19

0.95

Sederhana

Kemahiran aplikasi ICT guru

3.39

0.99

Sederhana

3.26

0.84

Sederhana

Sumber sedia ada secara keseluruhan

Ini menunjukkan tahap penggunaan sumber sedia ada dalam integrasi ICT dalam proses P&P di sekolah rendah luar bandar daripada perspektif guru adalah pada tahap sederhana secara keseluruhannya (min = 3.26; SP = 0.85).

Soalan Kajian 2 :

Sejauhmanakah tahap pelaksanaan integrasi ICT dalam proses P&P di sekolah rendah luar bandar daripada perspektif guru?

Jadual 3 menunjukkan kesemua skor min dan sisihan piawai bagi aspek amalan P&P dan aktviti murid (min = 3.42; SP = 0.92) serta aspek pemantauan (min = 2.89; SP = 0.97) adalah sederhana.

Jadual 3 : Skor min dan sisihan piawai bagi komponen pelaksanaan Komponen Pelaksanaan

Min

Sisihan

Tahap

Piawai

integrasi ICT

Amalan P&P

3.42

0.92

Sederhana

Aktiviti Murid

3.42

0.92

Sederhana

Pemantauan

2.89

0.97

Sederhana

3.20

0.89

Sederhana

Pelaksanaan secara keseluruhan

Ini menunjukkan tahap pelaksanaan integrasi ICT dalam P&P matematik di sekolah menengah bestari rintis daripada perspektif guru adalah pada tahap sederhana secara keseluruhannya (min = 3.20; SP = 0.89).

8

Soalan Kajian 3:

Adakah terdapat perbezaan signifikan daripada setiap aspek integrasi ICT dalam P&P di sekolah rendah luar bandar berdasarkan jantina dan pengalaman mengajar guru?

Komponen input dan proses bagi integrasi ICT dalam proses P&P di sekolah rendah luar bandar mencakupi lima aspek iaitu kemudahan prasarana ICT, bahan sokongan, latihan ICT guru, pengetahuan aplikasi ICT guru dan kemahiran aplikasi ICT guru. Terdapat tiga hipotesis nol (H01, H02 dan H03) dibentuk bagi menjawab soalan kajian 3. H01 :

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kemudahan prasarana ICT, bahan sokongan, latihan ICT guru, pengetahuan aplikasi ICT guru dan kemahiran aplikasi ICT guru berdasarkan jantina.

Hasil analisis ANOVA seperti pada Jadual 4 menunjukkan perbandingan aspek-aspek integrasi ICT dalam proses P&P di sekolah rendah luar bandar berdasarkan jantina. Daripada hasil analisis ANOVA, didapati nilai F(2, 42) = 2.402 dan p = 0.103 (p > 0.05).

Jadual 4: Analisis ANOVA perbezaan lima aspek integrasi ICT dalam proses P&P di sekolah rendah luar bandar berdasarkan jantina dan pengalaman mengajar guru Kesan

Nilai F

Darjah

Darjah

Kebebasan

Kebebasan

Antara

Dalam

Kumpulan

Kumpulan

Sig. P

Jantina

2.402

2

42

0.103

Pengalaman Mengajar Guru

0.451

1

43

0.505

2.402

2

42

0.103

Interaksi Jantina * Pengalaman Mengajar Guru p < 0.05

Dapatan ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik dalam lima aspek integrasi ICT dalam proses P&P iaitu kemudahan prasarana ICT, bahan sokongan, latihan ICT guru, pengetahuan aplikasi ICT guru, kemahiran aplikasi ICT guru, amalan P&P, aktiviti 9

murid dan pemantauan antara jantina. Oleh itu, hipotesis nol pertama (H01) adalah diterima. Ini bermaksud integrasi ICT dalam proses P&P antara jantina adalah tidak terdapat perbezaan.

H02 :

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari skor min kemudahan prasarana ICT, bahan sokongan, latihan ICT guru, pengetahuan aplikasi ICT guru, kemahiran aplikasi ICT guru, amalan P&P, aktiviti murid dan pemantauan berdasarkan pengalaman mengajar guru.

Bagi perbandingan lapan aspek integrasi ICT dalam proses P&P berdasarkan pengalaman mengajar guru pula, nilai F(1, 43) = 0.451 dan p = 0.505 (p > 0.05). Ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik dalam lapan aspek integrasi ICT dalam proses P&P iaitu kemudahan prasarana ICT, bahan sokongan, latihan ICT guru, pengetahuan aplikasi ICT guru, kemahiran aplikasi ICT guru, amalan P&P, aktiviti murid dan pemantauan antara guru yang berpengalaman 1-5 tahun dengan 6-10 tahun. Oleh itu, hipotesis nol kedua (H02) adalah diterima. Ini bermaksud integrasi ICT dalam proses P&P antara guru yang berpengalaman 1-5 tahun dengan 6-10 tahun adalah sama.

H03

:

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi kesan interaksi antara jantina dan kemudahan prasarana ICT, bahan sokongan, latihan ICT guru, pengetahuan aplikasi ICT guru, kemahiran aplikasi ICT guru, amalan P&P, aktiviti murid dan pemantauan.

Hasil analisis menunjukkan bahawa tidak terdapat kesan interaksi yang signifikan bagi lokasi sekolah dan pengalaman mengajar guru dalam integrasi ICT dalam proses P&P di sekolah luar bandar. Hasil analisis ANOVA menunjukkan bahawa nilai F(2, 42) = 2.402 dan p = 0.103 (p > 0.05). Oleh itu, hipotesis nol ketiga (H03) adalah diterima. Ini bermaksud bahawa tidak terdapat kesan interaksi yang signifikan antara jantina dan pengalaman mengajar guru dalam enam aspek integrasi ICT dalam proses P&P iaitu kemudahan prasarana ICT, bahan sokongan, latihan ICT guru, pengetahuan aplikasi ICT guru, kemahiran aplikasi ICT guru, amalan P&P, aktiviti murid dan pemantauan.

10

Perbincangan Dapatan kajian menunjukkan bahawa integrasi ICT dalam proses P&P di sekolah rendah luar bandar keseluruhannya adalah pada tahap sederhana. Meskipun tahap pengetahuan ICT dan tahap perlaksanaan ICT adalah sederhana, terdapat aspek iaitu kemudahan prasarana perlu di titik beratkan. Hal ini menunjukkan bahawa kemudahan prasarana haruslah diberi perhatian agar perlaksanaan pengintegrasian ICT dalam P&P dilaksanakan dengan berkesan terutama di sekolah rendah luar bandar. Aspek lain pula adalah bahan sokongan amat penting bagi meningkat dengan tahap persediaan guru-guru dalam meningatkan proses P&P dalam bilik darjah. Dengan adanya bahan sokongan ICT yang ada pada guru maka murid-murid melalui proses P&P dengan berkesan.

Bagi kesemua lapan aspek integrasi ICT dalam proses P&P di sekolah rendah luar bandar adalah pada tahap sederhana. Walaupun latihan ICT telah diberi, guru-guru didapati masih lagi kurang kemahiran aplikasi ICT. Oleh itu, guru-guru didapati juga kurang mengaplikasikan integrasi ICT dalam amalan P&P mereka. Dapatan ini adalah selaras dengan dapatan Williams et al. (2000), Abd.Rahman (2000), Bahagian Sekolah (2001), Cuban et al. (2001), Norazah (2002), Ashinida et al. (2004), BTP (2005) dan Mohd Izham (2006).

Aplikasi integrasi ICT turut memberi kesan kepada pengetahuan. Satu perkara lagi yang didapati kurang adalah aspek pemantauan daripada pihak sekolah dan pihak berpentingan. Situasi ini yang menyebabkan integrasi ICT dalam P&P masih lagi pada tahap yang kurang memberangsangkan dan masih belum mencapai matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan 20012010 walaupun kini hanya tinggal dua tahun lagi untuk mencapai sasaran sepatutnya.

Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tiga aspek lain seperti kemudahan prasarana ICT, aktiviti murid dan bahan sokongan adalah pada tahap sederhana. Hal ini menjelaskan bahawa guru-guru tidak menggunakan kemudahan prasarana ICT dan bahan sokongan yang disediakan oleh KPM dengan optimumnya. Walaupun guru-guru dibekalkan kemudahan prasarana ICT seperti komputer riba, mereka hanya menggunakannya untuk membuat persediaan pengajaran sahaja. Mereka kurang menggunakan komputer riba serta bahan-bahan sokongan lain seperti buku-buku panduan untuk integrasi ICT dalam P&P. Lantas itu, aktiviti murid yang melibatkan integrasi ICT juga didapati tidak berlaku dalam P&P. Dapatan ini sejajar dengan dapatan Pasi 11

(2003), Jones (2004), Chong et al (2005), KPM (2005), Rosnaini (2006) dan Nor Aishah & Rahayah (2007) iaitu guru kurang berpengetahuan dan berkemahiran menggunakan peralatan ICT dan mengintegrasi perisian komputer yang dibekalkan secara efektif bagi mempertingkatkan hasil P&P. Sehubungan itu, adalah dicadangkan bahawa pemantauan yang sistematik dan latihan ICT guru secara hands-on sama ada latihan peringkat dalaman mahu pun peringkat daerah dan kebangsaan secara berterusan selaras dengan perkembangan teknologi terkini perlu dilaksanakan oleh pihakpihak berkepentingan supaya integrasi ICT dalam P&P dapat ditingkatkan bagi merealisasikan Dasar ICT Negara seperti termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2001-2010.

Kesimpulan Kajian menunjukkan bahawa tahap integrasi ICT dalam proses P&P di sekolah rendah luar bandar secara keseluruhannya adalah pada tahap sederhana bagi sembilan aspek iaitu kemudahan prasarana ICT, bahan sokongan, latihan ICT guru, pengetahuan aplikasi ICT guru, kemahiran aplikasi ICT guru, amalan P&P, aktiviti murid, pemantauan dan hasil pembelajaran murid. Kajian juga mendapati jantina dan pengalaman mengajar guru mempengaruhi integrasi ICT dalam proses P&P di sekolah rendah luar bandar. Tidak terdapat kesan interaksi antara jantina dan pengalaman guru dalam integrasi ICT dalam proses P&P di sekolah rendah luar bandar.

12

Rujukan Abd. Rahman Daud. (2000). Kefahaman terhadap konsep penggunaan ICT di dalam bilik darjah. Proceeding of the International Conference on Teaching and Learning, hlm. 609-623. Abdul Malek Karim & Abdul Halim Mohamed. (2007). Cabaran Pengintegrasian Teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Prosiding

Seminar

Kebangsaan JPPG 2007: Teknologi dalam Pendidikan, hlm. 10 – 40. Ahamad Sipon. (2005).

Laporan Tahunan Kementerian Pelajaran Malaysia 2005. Kuala

Lumpur: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Ashinida Aladdin, Afendi Hamat & Mohd Shabri Yusof. (2004).

Penggunaan PBBK

(Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer) dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab sebagau bahasa asing; satu tinjauan awal. Online Journal of Language Studies (GEMA). http://www.fpbahasa.ukm.my/journal/20040101.htm [26 Januari 2006]. Bahagian Teknologi Pendidikan. (2001). Status penggunaan CD-ROM Interaktif terbitan BTP di Sekolah Rintis Bestari dan Sekolah Komputer Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Bahagian Teknologi Pendidikan. Bahagian Teknologi Pendidikan. (2001).

Modul Integrasi ICT dalam Pengajaran dan

Pembelajaran. Kuala Lumpur: Bahagian Teknologi Pendidikan. Bahagian Teknologi Pendidikan. (2005). Laporan kajian keberkesanan penggunaan ICT (CDRI dan rancangan TV Pendidikan) dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kuala Lumpur: Bahagian Teknologi Pendidikan. Chen, L.L. (2004).

Pedagogical strategies to increase pre-service teachers’ confidence in

computer learning. Educational Technology & Society 7(3): 50-60. Chong Chee Keong, Sharaf Horani & Jacob Daniel. (2005). A study on the use of ICT in Mathematics teaching. Malaysian Online Journal of Instructional Technology (MOJIT). 2(3) : 43 – 51. Cuban, L., Kirkpatrick, H., & Peck, C. (2001). High access and low use of technologies in high classrooms: Explaining an apparent paradox. American Educational Research Journal. 38(4):813-834. Demetriadis, S., Barbas, A., Molohides, A.,Palaigeorgiou, G., Vlahavas, I., Tsoukalas, I. (2003). Culture in negotiation: teachers; acceptance resistance attitudes considering the infusion of technology into schools. Computers & Education. 41:19-37.

Hishammuddin Tun Hussein. (2007). Pembestarian sekolah bermula. Utusan Malaysia, 3 April : 5. Hishammuddin Tun Hussein. (2008). Enam sikap penting pacu kejayaan PIPP. Pendidik, Mei : 17 - 20. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Pembangunan Pendidikan 2001-2010: Perancangan Bersepadu

Penjana

Kecemerlangan

Pendidikan:

Bahagian

Perancangan

dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Laporan Tahunan 2003. Kuala Lumpur : Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Matematik KBSM Tingkatan Dua. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2003: Dasar penggunaan media dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran, bertarikh 28 Julai 2003, bil KP(BS) 8591/Jld.XVIII (6). Kementerian Pelajaran Malaysia. (2005). Pendidikan di Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Rancangan Malaysia Ke-9. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Edisi Pelancaran. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2006). Perangkaan Pendidikan Malaysia 2006. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Lee Lai Guan, Abd. Shukur A. Shaghir, Ahmad Nasir Muhamad, Faharol Razi Shaari & Ku Bahaudin Ku Hashim. (1998). Pengendalian pengajaran dan pembelajaran bestari di sekolah bestari perintis. Prosiding Seminar Kebangsaan Penyelidikan dan Pembangunan dalam Pendidikan 2000, hlm: 85-100. Maziyah Mohamed. (2002). Modul pengajaran dan pembelajaran mengenai laman web yang disepadukan dengan tajuk tamadun awal manusia dalam subjek sejarah tingkatan empat. Universiti Kebangsaan Malaysia: Tesis sarjana pendidikan (pendidikan komputer). Mohammed Sani Hj. Ibrahim, Jamalul lail Abdul Wahab, & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2001).

Kajian keberkesanan program latihan guru bestari dan impaknya terhadap

pembelajaran pelajar. Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan Ke-14, hlm: 363390.

Mohd Izham Mohd Hamzah. (2006).

Perubahan terancang dalam pendidikan: proses dan

mekanisme pelaksanaan. Tesis Dr. Falsafah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor. Mohd. Zaaba Hj Ismail & Zurida Hj Ismail. (2002). Keyakinan guru-guru pelatih untuk mengintergrasikan teknologi dalam kurikulum. Wawasan: Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kedah. Jld.16. Mulkeen, A. (2000). What can we do to encourage ICT integration? Evidence from the Irish school system. National Centre for Technology in Education, Ireland. Nor Aishah Buang & Rahayah Ariffin. (2007). Pembestarian sekolah: konsep, pelaksanaan dan pencapaian. Prosiding Seminar Kebangsaan JPPG 2007: Teknologi dalam Pendidikan, hlm. 57 - 62. Nor Azilah Ngah & Mona Masood. (2004). Penilaian berterusan mengenai kedudukan pelbagai teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah. Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan ke 17, hlm: 59 - 64. Norazah Mohd Nordin. (2002). Pembangunan dan keberkesanan pakej multimedia berasaskan pendekatan hibrid dalam mata pelajaran matematik (Matriks) tingkatan empat sekolah bestari. Tesis Dr. Falsafah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor. Norizan Hj. Ahmad & Raja Maznah Raja Hussain. (2004). Pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran: Adakah kita sudah sedia? Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan Ke-17, hlm: 109 - 114. Norizan Abdul Razak (2003). Computer competency of in-service ESL teachers in Malaysia secondary schools. Tesis Dr. Falsafah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor. Normah Zainal. (2002). Pembinaan dan pelaksanaan modul pengajaran dan pembelajaran mengenai laman web yang disepadukan subjek geografi fizikal. Universiti Kebangsaan Malaysia: Tesis Sarjana Pendidikan (Pendidikan Komputer). Norris, C., Sullivan, T., Poirot, J., & Soloway, E. (2003). No access, no use, no impact: Snapshot surveys of educational technology in K-12. Journal of Research on Technology in Education, 36(1):15-27.

Robiah Sidin, Juhana Salim & Nor Sakinah Mohamed. (2003). maklumat dan komunikasi di kalangan pelajar.

Pembudayaan teknologi

Universiti Kebangsaan Malaysia:

Laporan Projek Arus Perdana AP2000. Sabri Ahmad, Tengku Zawawi Tengku Zainal & Aziz Omar. (2006). Isu-isu dalam pendidikan matematik. Ed. Ke-2. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Smeet, E., & Mooji, T. (2001). Pupil-centred learning, ICT and teacher behaviour: observations in educational practice. British Journal of Educational Technology, 32(4): 403-418. Stufflebeam, D.L., Foley, W.J., Gephart, W.J., Guba, E.G., Hammond, R.L., Merriaman, H. O., & Provus, M.M. (1971).

Educational evaluation and decision making. Itasca, IL:

Peacock. Wan Zah Wan Ali & Hajar Mohd Nor, Azimi Hamzah & Nor Hayati Alwi. (2006). Syarat pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah bestari. Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan Ke-19, hlm. 117 - 124. Willians, D., Coles, L., Wilson, K., Richardson, A., & Tuson, J. (2000). Teachers and ICT: current use and future needs. British of Science Education and Technology. 7(3): 271277. Zainudin Abu Bakar, Meor Ibrahim Kamaruddin, Megat Aman Zahri Megat Zakaria & Mohd Ali Ibrahim. (2007). Kemahiran ICT guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia. Prosiding Seminar Kebangsaan JPPG 2007: Teknologi dalam Pendidikan, hlm. 47-56.

Kajian Tinjauan.pdf

There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Kajian Tinjauan.pdf. Kajian Tinjauan.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Details. Comments. General Info. Type. Dimensions. Size. Duration. Location. Modified. Created.

109KB Sizes 3 Downloads 144 Views

Recommend Documents

52674109-kajian-kes.pdf
Kaedah pengajaran Matematik kepada murid Pintar Cerdas. 11.0 KESIMPULAN. 12.0 RUJUKAN. 13.0 LAMPIRAN. Page 3 of 42. 52674109-kajian-kes.pdf.

ASIP4316-Kajian Software.pdf
Pengertian pengembangan Kajian Materi Tugas Tandiyo Pradekso, M. Ke- 6. Page 3 of 28. ASIP4316-Kajian Software.pdf. ASIP4316-Kajian Software.pdf. Open.

KAJIAN KELAYAKAN COIL GUN.pdf
penggunaan software simulasi dan perhitungan. Software yang dibutuhkan untuk kajian ini ... a. Page 3 of 7. KAJIAN KELAYAKAN COIL GUN.pdf. KAJIAN ...

JADWAL KAJIAN RUTIN.pdf
Page 1 of 1. JADWAL KAJIAN RUTIN.pdf. JADWAL KAJIAN RUTIN.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu. Displaying JADWAL KAJIAN RUTIN.pdf.

ASIP4316-Kajian Software.pdf
Retrying... Whoops! There was a problem loading this page. Retrying... ASIP4316-Kajian Software.pdf. ASIP4316-Kajian Software.pdf. Open. Extract. Open with.