KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KEMAHIRAN TEKNIKAL TINGKATAN 2 PPPM KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KEMAHIRAN TEKNIKAL TINGKATAN 2

Cetakan 2014

© Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia 2014

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengubah mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun tanpa mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

KANDUNGAN BIL

PERKARA

MUKA SURAT

1

PENDAHULUAN

1

2

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

2

3

MATLAMAT MATA PELAJARAN

3

4

OBJEKTIF MATA PELAJARAN

3

5

OBJEKTIF PENTAKSIRAN

4

6

TAFSIRAN

5

7

KERANGKA STANDARD PRESTASI

6

8

PENYATAAN STANDARD KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL

7

9

PEMETAAN

8

10

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

9

0

PENDAHULUAN Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal merangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi, Kemahiran Teknikal serta Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Rendah. Mata pelajaran ini yang digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi serta keusahawanan dalam usaha membangun modal insan melalui program pendidikan yang berkualiti dan holistik. Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan penyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pentaksiran Sekolah dalam bentuk pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir proses pembelajaran. Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) bagi mata pelajaran ini dibina dengan komponen teras iaitu Reka Bentuk dan Teknologi dan komponen elektif iaitu Kemahiran Teknikal sebagai panduan untuk guru membimbing murid dan seterusnya mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan. Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran dalam memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

1

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

2

MATLAMAT MATA PELAJARAN Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

OBJEKTIF MATA PELAJARAN OM1

Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti kayu, papan lapis dan bahan komposit.

OM2

Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan menghasilkan produk.

OM3

Menjalankan pemasangan dan baik pulih litar elektronik yang akan dinilai.

OM4

Memilih bahan, alatan dan perkakas serta menggunakannya dengan teknik yang betul.

OM5

Menterjemah idea-idea kreatif dan inovatif melalui lukisan teknik.

OM6

Mengenal pasti cabaran dan kejayaan usahawan serta menilai potensi diri dalam bidang keusahawanan.

OM7

Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara sistematik dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat keputusan rekaan dan penghasilan projek.

OM8

Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.

(Dipetik daripada Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 2. (2005). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. )

3

OBJEKTIF PENTAKSIRAN Berdasarkan matlamat dan objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) mata pelajaran yang dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan murid dalam mempamerkan;

OP1

Kebolehan berdikari dalam menjalankan kerja buat sendiri.

OP2

Kenal faham terhadap teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

OP3

Kenal faham terhadap ekonomi untuk kehidupan harian.

OP4

Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi menghasilkan sesuatu projek / produk.

OP5

Kebolehan bagi mengaplikasikan kreativiti untuk mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu produk / projek.

OP6

Mengamalkan cara bekerja yang sistematik, bijaksana dan dengan teknik yang betul dengan yakin diri.

OP7

Kebolehan mendokumentasikan maklumat secara bersistem.

(Dipetik daripada dokumen format pentaksiran Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal. (2005). Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.)

4

TAFSIRAN o

Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu.

o

Standard ialah satu penyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu.

o

Standard Prestasi ialah penyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Perkembangan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

o

Deskriptor ialah penyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai.

o

Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi dan ujian amali.

o

Pentaksiran Sekolah merupakan pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah berdasarkan tugasan, instrumen pentaksiran, peraturan dan penskoran yang dibangunkan oleh sekolah merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran murid yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.

5

KERANGKA STANDARD PRESTASI

6

Tahu

Faham

5

Tahu

Faham

4

Tahu

Faham

3

Tahu

2

Tahu

1

Tahu

Faham

Boleh Buat dengan Beradab Mithali

Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

Boleh Buat dengan Beradab

Boleh Buat

Faham

6

PENYATAAN STANDARD KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL BAND

PENYATAAN STANDARD

6 (Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif.

5 (Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara berinisiatif.

4 (Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara sistematik.

3 (Tahu, Faham dan Boleh Buat)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan.

2 (Tahu dan Faham) 1 (Tahu)

Menerangkan tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan. Menyatakan tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan.

7

PEMETAAN BAND BERDASARKAN TAJUK BIL

TAJUK

1

Reka bentuk dan penghasilan projek

2

Elektronik

3

Lukisan teknik

4

Masakan

5

Tanaman hiasan

6

Lukisan teknik (elektif)

7

Elektronik (elektif)

8

Asas keusahawanan JUMLAH

BAND B1 B2 B3 B4 B5 B6 B1 B2 B3 B4 B1 B2 B3 B4 B5 B1 B2 B1 B3 B4 B5 B1 B2 B3 B4 B5 B1 B2

JUMLAH 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 28

8

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL TINGKATAN 2

9

BIL 1

prosedur

TAJUK Reka Bentuk dan Penghasilan Projek

1

1

daya usaha nilai tambah¹

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan memberikan dua jenis bahan pembinaan dan dua cara mencantum bahagian projek.

B2

Menerangkan tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan menjelaskan dua bahan pembinaan projek dari segi sifatnya.

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan menyediakan jadual kerja dan menghasilkan projek reka bentuk.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek secara sistematik dengan menghasilkan projek reka bentuk mengikut prosedur1.

B5

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek secara berinisiatif dengan menghasilkan projek reka bentuk dengan daya usaha1.

B6

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek secara kreatif dan inovatif dengan menghasilkan projek reka bentuk yang mempunyai nilai tambah1.

: Melakukan kerja mengukur, menanda dan memotong mengikut urutan. Seterusnya membina, mencantum dan membuat kemasan. : Cantuman kukuh dan kemasan sempurna. : Penambahan sesuatu bahan atau idea yang berfungsi dan mampu menggambarkan idea tersendiri murid.

10

BIL 2

TAJUK Elektronik

semua komponen 2 prosedur

1

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang asas elektronik dengan memberikan empat simbol komponen elektronik.

B2

Menerangkan tentang asas elektronik dengan menjelaskan tiga komponen elektronik dari segi fungsinya.

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik dengan membaca nilai satu perintang tetap dan menterjemah semua komponen1 dalam lukisan skematik kepada lukisan bergambar.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik secara sistematik dengan membaca nilai satu perintang tetap dan menterjemah semua komponen dalam lukisan skematik kepada lukisan bergambar mengikut prosedur2.

: Minimum empat jenis [Perintang, suis, LED, kapasitor, transistor atau pembaz (buzzer)] : (i) Bacaan tepat (ii) Komponen dilukis mengkut kedudukan dan kekutuban yang betul.

11

BIL 3

TAJUK Lukisan teknik

3

prosedur 2 daya usaha

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang asas lukisan teknik dengan memberikan empat alatan tangan lukisan teknik.

B2

Menerangkan tentang asas lukisan teknik dengan menjelaskan empat alatan lukisan teknik dari segi fungsinya.

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik dengan melukis unjuran ortografik.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik secara sistematik dengan melukis unjuran ortografik mengikut prosedur3.

B5

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik secara berinisiatif dengan melukis unjuran ortografik dengan daya usaha2.

: Kaedah dan teknik yang betul. : (i) Ukuran dan penyambungan garisan objek tepat (had terima + 1 mm) (ii) Garisan binaan dan garisan objek dilukis dengan betul. (iii) Hasil lukisan betul dan bersih.

12

BIL 4

BIL 5

TAJUK Masakan

TAJUK Tanaman hiasan

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang masakan dengan memberikan lima faktor penting dalam merancang menu, maksud hidangan sepinggan lengkap dan tiga contoh hidangan sepinggan lengkap.

B2

Menerangkan tentang masakan dengan menjelaskan lima adap dan sopan semasa makan.

BAND B1

DESKRIPTOR Menyatakan tentang tanaman hiasan dengan memberikan dua tujuan pemasuan semula dan dua ciri tanaman hiasan dalam bekas yang perlu pemasuan semula.

13

BIL 6

TAJUK Lukisan teknik (elektif)

BAND

DESKRIPTOR

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang lukisan teknik dengan melukis lukisan isometrik, lukisan hamparan garis selari dan lukisan hamparan garis jejari serta lukisan keratan penuh.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang lukisan teknik secara sistematik dengan melukis lukisan isometrik, lukisan hamparan garis selari dan lukisan hamparan garis jejari serta lukisan keratan penuh mengikut prosedur3.

B5

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang lukisan teknik secara berinisiatif dengan melukis lukisan isometrik, lukisan hamparan garis selari dan lukisan hamparan garis jejari serta lukisan keratan penuh dengan daya usaha2.

14

BIL 7

TAJUK Elektronik (elektif)

prosedur4 daya usaha3

BIL 8

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang elektronik dengan memberikan dua jenis diod dan simbol diod dan perintang peka cahaya.

B2

Menerangkan tentang elektronik dengan menjelaskan diod dan perintang peka cahaya dari segi fungsinya.

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektronik dengan menghasilkan projek elektronik.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektronik secara sistematik dengan menghasilkan projek elektronik mengikut prosedur4.

B5

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektronik secara berinisiatif dengan menghasilkan projek elektronik yang berfungsi dengan daya usaha3.

: Komponen berkutub dipasang mengikut kekutuban : Kemas dari segi susun atur komponen.

TAJUK Asas keusahawanan

BAND

DESKRIPTOR

B1

B1D7 Menyatakan tentang asas keusahawanan dengan memberikan lima agensi kerajaan yang membantu usahawan.

B2

B2D6 Menerangkan tentang asas keusahawanan dengan menjelaskan dua agensi kerajaan dari segi bantuan yang diberikan kepada usahawan.

15

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 1, 2, 5 – 15, Blok E11, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Tel. : 03-88843787 Faks : 03-88843783 Web : http://www.moe.gov.my/lp e-mel : [email protected]

16

PPPM KHB KT TING 2.pdf

8 PENYATAAN STANDARD KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL 7. 9 PEMETAAN 8. 10 PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID 9. Page 3 of 19 ...

398KB Sizes 4 Downloads 225 Views

Recommend Documents

PPPM KHB KT TING 3.pdf
Page 4 of 18. PPPM KHB KT TING 3.pdf. PPPM KHB KT TING 3.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu. Displaying PPPM KHB KT TING 3.pdf.

PPPM KHB KT TING 1.pdf
PPPM KHB KT TING 1.pdf. PPPM KHB KT TING 1.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu. Whoops! There was a problem previewing PPPM KHB KT ...

PPPM KHB ERT TING 1.pdf
Αντικαταστήστε το δίσκο μóλις παρουσιάσει ρίξεις ή ρωγμές. (Εικ.3). 11 - Με τον κινητήρα στο ρελαντί, ο δίσκος δεν θα πρέπει να γυρνάει. Σε ανÏ

PPPM KHB PERT TING 3.pdf
9 PEMETAAN 8. 10 PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID 9. Page 3 of 17. PPPM KHB PERT TING 3.pdf. PPPM KHB PERT TING 3.pdf. Open.

SET 1 KHB PK TING 1 2016.pdf
Berikut adalah langkah menggunakan alat pemadam api. Halakan muncung pemancut ke dasar api A. Keluarkan pin picu dan pegang alat. pemadam api ...

SET 2 KHB PK TING 3 2016.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. SET 2 KHB PK ...

SKEMA SET 2 KHB PK TING 1 2016.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. SKEMA SET 2 ...Missing:

SKEMA SET 2 KHB PK TING 2 2016.pdf
Page 1. Whoops! There was a problem loading more pages. SKEMA S ... 016.pdf. SKEMA SE ... 2016.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Details. Comments.

SKEMA SET 1 KHB PK TING 2 2016.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. SKEMA SET 1 ...

PPPM MAT Thn 1.pdf
Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. PPPM MAT Thn 1.pdf. PPPM MAT Thn 1.pdf. Open. Extract.

ting tings that.pdf
There was a problem loading more pages. ting tings that.pdf. ting tings that.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu. Displaying ting tings that.pdf.

PROSIDING TING IV.pdf
Loading… Page 1. Whoops! There was a problem loading more pages. Retrying... PROSIDING TING IV.pdf. PROSIDING TING IV.pdf. Open. Extract. Open with.

A KT - JC 4.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. A KT - JC 4.pdf.

PPPM PEN MORAL Thn1.pdf
Retrying... PPPM PEN MORAL Thn1.pdf. PPPM PEN MORAL Thn1.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu. Displaying PPPM PEN MORAL Thn1.pdf.

PPPM DST_TMK Thn 1.pdf
Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah. menguasai apa yang ...

PT3 2016 BK5 KHB KT.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. PT3 2016 BK5 ...

feb-27-Hui-Ting-Chou.pdf
Whoops! There was a problem loading more pages. Retrying... Whoops! There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. feb-27-Hui-Ting-Chou.pdf. feb-27-Hui-Tin

jern`kt-t. KW%
jern`kt-t. KW%) tepublit of tbe 11bilippineS riepartment of ebutation. 25 JAN 2017. DepEd MEMORANDUM. No. 14. , s. 2017. CRANGE IN DEPED ...

HSP Ting 3.pdf
Sistem Bahasa. Komponen Kesusasteraan Melayu. Pengisian Kurikulum. Huraian Sukatan Pelajaran. v. vii. ix. 1. 1. 1. 2. 4. 7. 9. 11. 12. 15. Page 2 of 54 ...

Skema ting 1 .pdf
Jawab semua soalan. 1 Lengkapkan amalan 4 M yang mesti diamalkan semasa di bengkel pada jadual yang. disediakan. AMALAN 4 M. Membersih X Y Z.

KT TA SV Khoa 43.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. KT TA SV Khoa ...

407406 - KT he thong may tinh - HK163.pdf
Whoops! There was a problem loading this page. Retrying... Whoops! There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Main menu. Whoops! There was a problem pr

Yi-Ting Chen_cvpr15.pdf
Page 1 of 1. IEEE 2015 Conference on. Computer Vision and Pattern. Recognition. Multi-instance Object Segmentation with Occlusion Handling. Yi-Ting Chen ...

b-21-m-kt-02-2017.pdf
Page 2 of 2. b-21-m-kt-02-2017.pdf. b-21-m-kt-02-2017.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu. Displaying b-21-m-kt-02-2017.pdf. Page 1 of 2.