ISI KANDUNGAN

1

STEVE JOBS - PEMUDA BERIMPIAN YANG MENGUBAH GAYA HIDUP DUNIA

4

8 PRINSIP KEJAYAAN STEVE JOBS

5

39 RAHSIA MUDAH CARA HIDUP ORANG YANG SANGAT BERJAYA

11

ISU KESIHATAN - KEADAAN SOSIO-EKONOMI SEMASA BOLEH MENGANCAM TAHAP KESIHATAN MENTAL KITA JIKA TIDAK DIKAWAL

Penasihat Penerbitan Dr. Azizan Osman Jerry Rizal

Penulisan & Editor ([email protected]) Om Karini Karean Nurzamir Zakaria

15

5 PANDUAN KEUTAMAAN HIDUP DI DUNIA

19

RICHWELL & CABARAN PESAKIT MENTAL : KENAPA PERLU BERPESEPSI NEGATIF?

23

TRAVEL. EXPERIENCE. ENJOY. FIRST IMPRESSIONS - A MANGLISH ME IN NEW YORK CITY

Pemasaran Digital Aizzuan Mohamad Ali Mohd Iqbal Hazzard

Pereka Grafik Mohd Helmi Mamat

Steve Jobs

STEVE JOBS - PEMUDA BERIMPIAN YANG MENGUBAH GAYA HIDUP DUNIA AWAL KEHIDUPAN Steve merupakan anak angkat kepada keluarga Paul Jobs dan Clara. Di sini, namanya menjadi Steven Paul Jobs. Ibu angkatnya Clara bekerja sebagai seorang akauntan dan bapa angkatnya Paul bekerja sebagai pengawal pantai veteran dan jurumesin. Mereka sekeluarga menetap di Mountain View, California, kini kawasan ini telah dikenali dengan nama Silicon Valley. Sewaktu kecil, Steve dan ayahnya akan menghabiskan masa bertukang barangan elektronik di garaj milik keluarganya. Ayahnya akan mengajar Steve cara-cara pemasangan alat-alat elektronik secara tidak langsung ia telah menjadi hobi kepada Steve. Hobi yang dipupuk ini berjaya menambahkan keyakinan dan ketabahan diri serta kekuatan kemahiran dari segi skil mekanikal. Sebagai seorang yang mempunyai pemikiran genius dan inovatif, Steve seringkali merasa hampa dengan sistem formal pembelajaran sekolah yang sedia ada. Akibatnya, beliau suka belajar sambil lewa di peringkat sekolah rendah sehinggakan cikgu terpaksa merasuah Steve untuk belajar secara serius. Keputusan peperiksaan beliau di zaman sekolah rendah sangat cemerlang. Pentadbir sekolah ingin melangkaukan beliau terus ke peringkat sekolah menengah akan tetapi telah dibantah oleh ibu bapanya. Selang beberapa tahun, Steve memasuki alam persekolahan menengah dengan mendaftar di Homestead High School pada tahun 1971. Di sini beliau telah berkenalan dengan rakan baru bernama Steve Wozniak. Pada tahun 2007, PC World telah menemuduga Wozniak dengan bertanya bagaimana beliau dan Steve dapat bekerjasama dengan begitu bagus. Wozniak mengatakan, “Kami berdua sangat sukakan elektronik dan bagaimana kami berdua begitu tertarik dengan cip digital. Jika dilihat kini, terlalu sedikit orang yang memahami apa itu cip digital, bagaimana kegunaannya dan apakah potensi cip digital ini mampu lakukan. Saya telah reka bentuk banyak jenis komputer, jadi saya lebih mahir dalam elektronik dan reka bentuk komputer lebih dari Steve. Walaubagaimanapun, kami masih mempunyai minat yang sama dan kami mempunyai sifat berdikari yang tinggi terhadap apa yang ada di dunia ini.”

1

AO Tribe

APPLE COMPUTER Pada tahun 1974, Steve telah bekerja bersama syarikat Atari sebagai pereka permainan video. Selang beberapa bulan, beliau meletak jawatan meninggalkan syarikat Atari demi mencari ketenangan rohani di negara India. Tahun 1976, ketika ini umur Steve mencecah 21 tahun, beliau dan Wozniak mencipta Apple Computer. Mereka berdua memulakan kerja di garaj milik keluarga Steve dengan bermodalkan permulaan sebagai usahawan bersama dari penjualan bas Volkswagen milik Steve dan penjualan kalkulator saintifik kesayangan milik Wozniak. Steve dan Wozniak menjadi pencetus revolusi kepada industri komputer dengan mencipta teknologi terbaru, mesin yang lebih kecil, murah, intuitif dan mampu diakses oleh pengguna pada setiap masa.

Wozniak mengilhamkan beberapa siri komputer peribadi yang mesra pengguna, manakala Steve dipertanggungjawabkan bagi melakukan pemasaran secara agresif. Harga bagi sebuah komputer Apple bermula dengan harga USD666.66. Versi Apple I (pertama) memberi pulangan syarikat sekitar USD774, 000. Selang tiga tahun, syarikat Apple mengeluarkan versi yang kedua. Apple II telah memberi keuntungan sehingga 700 peratus kepada syarikat dengan jualan mencecah USD139 juta. Pada tahun 1980, Apple Computer telah menjadi sebuah syarikat yang didagangkan kepada umum dengan nilai pasaran sebanyak USD1.2 bilion pada akhir hari pertama ia didagangkan. Steve menawarkan John Sculley, pakar pemasaran Pepsi Cola bagi membantu mengisi kekosongan jawatan presiden syarikat Apple.

AO Tribe

2

MENINGGALKAN APPLE Beberapa produk keluaran Apple seterusnya telah mengalami kelemahan reka bentuk yang ketara dan menyebabkan kekecewaan kepada penggunanya. Syarikat IBM berjaya mengambil peluang ini dengan mengungguli dunia komputer serta mempunyai jualan komputer lebih tinggi berbanding syarikat Apple.

memiliki prestasi komputer lebih bagus berbanding komputer IBM, produk Macintosh masih tidak dapat menandingi kehebatan secara keseluruhan IBM. Sculley president syarikat Apple percaya bahawa kelemahan ini terjadi akibat daripada Steve, akibatnya eksekutif syarikat berkenaan mula menghentikan perkhidmatan beliau.

yang kemudiannya menjadi Pixar Animation Studios. Dengan mempercayai potensi Pixar ini, Steve telah melabur USD50 juta duit beliau sendiri kepada syarikat tersebut. Pixar Studios mula menghasilkan filem-filem animasi yang popular seperti Toy Story, Finding Nemo dan The Incredibles. Filem Pixar telah memberi pulangan sebanyak USD4 bilion. Pixar mula bergabung dengan Walt Disney Tanpa memiliki sebarang jawatan pada tahun 2006, menjadikan Steve rasmi di syarikat Apple, pada tahun Jobs sebagai pemegang saham 1985 Steve meninggalkan Apple terbesar di dalam Disney. dan memulakan perusahaan baru perkakasan dan perisian yang dipanggilkan NeXT, Inc.

Pada tahun 1984, syarikat Apple mengeluarkan produk Macintosh, pemasaran komputer yang mencerminkan gaya kehidupan seperti romantik, remaja dan kreatif. Walaupun berjaya mencipta jualan Tahun berikutnya, Steve membeli yang memberangsangkan serta syarikat animasi dari George Lucas

MEMPERBAHARUI APPLE DAN TERUS MENGUNGGULINYA NeXT, Inc telah mereka bentuk sistem operasi baru dan sedang dalam percubaan untuk menjualnya kepada pelanggan aliran utama Amerika. Pada tahun 1996, Apple akhirnya membeli NeXT, Inc dengan harga USD429 juta. Pada tahun berikutnya, Steve kembali semula ke Apple sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Apple. Sama seperti kejayaan Apple yang dicipta oleh Steve Jobs pada tahun 1970, beliau telah diberi pujian tinggi pada tahun 1990 oleh Apple bagi memberi nafas baru kepada syarikat tersebut. Dengan adanya pasukan pengurusan baru, pilihan saham diubah dan gaji tahunan yang dikenakan sebanyak USD1 setahun, Steve berjaya membawa kembali Apple ke landasan yang tepat. Produk pintar Steve seperti iMac, kempen penjenamaan yang berkesan dan reka bentuk bergaya berjaya menarik pengguna sekali lagi. Kepintaran dan inovatif Steve tidak berhenti setakat ini, beliau terus mengungguli dunia digital dengan mengeluarkan produk seperti Macbook Air, iPod, iPad, iPhone dan iTunes. Produk terakhir sentuhan Steve Jobs merupakan telefon pintar iPhone 5s.

3

AO Tribe

8 PRINSIP KEJAYAAN STEVE JOBS

1. BUAT PERKARA YANG ANDA SUKA LAKUKAN Cari minat sebenar anda. Lakukan apa yang anda suka sehingga ia membawa perbezaan. Satu-satunya cara untuk mendapat hasil kerja yang terbaik adalah dengan mencintai apa yang anda lakukan.

2. JADIKAN IA BERBEZA Mempunyai pemikiran berbeza “Lebih baik menjadi lanun daripada menyertai tentera laut” kata Steve Jobs. Maksudnya bukan berfikir untuk melakukan perkara yang buruk, tapi selalu berfikiran luar biasa. 3. LAKUKAN YANG TERBAIK Melakukan yang terbaik bagi setiap kerja yang dilakukan. Jangan leka! Hanya kejayaan membina lebih banyak kejayaan. Mengupah orang yang bagus dengan mempunyai kesungguhan untuk mencapai kecemerlangan. 4. MEMBUAT ANALISIS SWOT Sebaik sahaja anda menyertai atau membina syarikat, buat satu senarai tentang kekuatan dan kelemahan diri dan syarikat anda di atas sekeping kertas. Jangan teragak-agak untuk melakukan perubahan demi keuntungan syarikat. S-Strengths, W-Weaknesses, O-Opportunities & T-Threats. 5. JADI USAHAWAN Mencari sesuatu yang hebat untuk masa hadapan. Cari idea-idea dengan pantas dan mengambil tindakan tegas terhadap idea tersebut. Kadang-kala langkah pertama merupakan langkah yang paling sukar. Teruskan sahaja! 6. MULA KECIL, BERFIKIRAN BESAR Jangan bimbang terhadap banyak perkara pada waktu yang sama. Selesaikan beberapa perkara yang mudah dahulu dan kemudian baru selesaikan perkara yang lebih rumit. Fikirkan tentang masa hadapan bukan masa esok sahaja. 7. BERUSAHA MENJADI PEMIMPIN INDUSTRI Memiliki dan mengawal teknologi utama di dalam semua perkara yang anda lakukan. Jika terdapat teknologi baru yang lebih baik, gunakan ia walaupun orang lain masih tidak menggunakannya. Jadikannya yang pertama dan menjadikannya satu taraf industri. 8. PELAJARI DARI KEGAGALAN Kadang-kala apabila anda membuat pembaharuan, anda boleh terjerumus kepada kesilapan. Adalah lebih baik untuk mengakui kesilapan itu dengan cepat dan terus meningkatkan inovasi anda yang lain.

AO Tribe

4

39 RAHSIA MUDAH CARA HIDUP ORANG YANG SANGAT BERJAYA Anda boleh menjadi lebih berjaya dalam kehidupan anda dengan mengamalkan beberapa tabiat baru ini yang sangat mudah dan berkesan. “Apabila ditanya untuk menggambarkan penyesalan penting dalam kehidupan ramai mereka yang berjaya, lebih 8 daripada 10 orang memberi tumpuan kepada tindakan yang mereka tidak ambil. Dalam erti kata lain, mereka memberi tumpuan. kepada perkara-perkara yang mereka gagal lakukan dan bukannya pada perkara yang mereka gagal bertindak.” - David Niven, 100 Rahsia Mudah Orang Yang Berjaya. Memang tidak akan ada satu cara sahaja atau satu jalan terbukti berjaya, tetapi terdapat beberapa ciri-ciri umum dan kepercayaan di kalangan orang yang paling berjaya yang membuatkan mereka lain dari yang lain. Berikut adalah 39 cara hidup mudah orang yang sangat berjaya.

#1

Rakan-rakan terbaik mereka semuanya berjaya. Oleh itu, bergaul dengan orang-orang yang berjaya.

#2

Mereka amat bermotivasi kerana mereka suka apa yang mereka lakukan. Oleh itu, lakukan apa yang anda suka.

#3

Mereka tahu bahawa jika mereka kekal positif, perkara-perkara positif akan berlaku. Oleh itu sentiasa kekal positif.

#4

Mereka menentukan kejayaan mereka dengan kebahagiaan, bukan wang. Oleh itu, bergembira selalu dengan apa yang anda ada.

5

AO Tribe

#5

Mereka memahami bahawa kejayaan profesional mereka berkait dengan kejayaan peribadi mereka dan begitu juga sebaliknya. Oleh itu, jadikan kejayaan matlamat hidup anda.

#6

Mereka tidak pernah memberi alasan. Oleh itu, berhenti membuat alasan.

#7

Mereka melihat risiko sebagai satu peluang untuk menceburi sesuatu yang tidak diketahui dan ia membuatkan hati mereka berdebar kerana mereka sendiri mengambil risiko dengan senyuman yang bersemangat. Oleh itu, belajar mengambil risiko dengan ilmu yang betul.

#8

Mereka tidak memilih jalan yang kurang rintangan. Oleh itu, pilih jalan yang lebih mencabar.

#9

Mereka mengabaikan perkara negatif dan orang yang berkata, “Anda tidak boleh.” Jadi selalu berkata “Saya boleh.”

#10

Mereka mengaku, memperbaiki dan belajar dari kesilapan mereka dengan cepat. Selepas itu, mereka bergerak maju ke hadapan.

#11

Mereka terus berusaha walaupun sesuatu yang buruk berlaku kerana mereka tahu akhirnya rezeki akan mengetuk pintu mereka. Oleh itu, cipta peluang untuk anda menarik rezeki.

#12

Mereka mengelilingi diri dengan orang-orang yang lebih bijak dan mempunyai lebih banyak set kemahiran. Oleh itu, pilih rakan-rakan anda dengan bijak.

AO Tribe

6

#17

Mereka memberi tumpuan kepada satu perkara pada satu masa. Oleh itu, berhenti dari melakukan multitasking.

#13

Mereka meletakkan nilai yang lebih tinggi pada pengalaman dalam kehidupan mereka daripada harta benda. Oleh itu, perolehi dan cari banyak pengalaman hidup, bukan barangan.

#14

Mereka memilih usaha perniagaan baru mereka dengan bijak dan melihat kedudukan masa depan dengan mengutamakan passion utama mereka dan kekuatan diri. Oleh itu, miliki passion dalam apa yang anda kerjakan.

#15

Passion mereka untuk membuat yang terbaik memberi inspirasi kepada mereka untuk terus belajar, sentiasa mendengar dengan terbuka, memerhati dan membina rangkaian. Jadi sentiasa bersedia untuk peluang berkembang maju.

$

$

$ $

$

#18

Mereka tertarik pada masalah atau isu-isu yang orang lain dapati sukar untuk diselesaikan. Oleh itu, cari cabaran.

#19

Mereka tidak mengikut kebijaksanaan konvensional atau apa yang orang lain biasa lakukan atau fikirkan. Oleh itu, ikut gerak hati anda.

#16

Mereka tidak tamak. Jadi sentiasa berkongsi.

7

AO Tribe

#20

Hampir setiap perkara yang dilakukan adalah lebih dari jangkaan orang lain. Oleh itu, belajar untuk set pencapaian diri yang tinggi.

#25

#21

Mereka tahu kejayaan akan datang bila masanya, dengan dedikasi berterusan dan kerja keras yang tidak henti-henti. Oleh itu, bekerja keras dengan bijak.

Mereka mewujudkan list tugasan harian (to-do list) yang realistik. Oleh itu, lakukan beberapa perkara sahaja setiap hari dengan baik.)

#22

Mereka tidak pernah menyatakan siapa diri mereka berdasarkan pesaing mereka. Oleh itu, jadi seorang bintang.

#23

Mereka tidak pernah hilang fokus pada keperluan pelanggan mereka. Oleh itu, cuba fahami apa yang pelanggan anda mahu.

#26

Apabila mereka berhadapan dengan keraguan atau kegagalan yang biasanya akan menghancurkan impian seseorang, mereka mengharunginya dengan penuh kesabaran dan ketenangan. Oleh itu, miliki sebuah impian yang kukuh.

#27

#24

Mereka amat fokus dan terdorong, tetapi mereka tahu bila waktunya untuk berehat dan mereka kerap berehat. Oleh itu, jaga diri anda.

Mereka mendapat inspirasi daripada perkaraperkara yang menawarkan manfaat terbesar kepada orang lain. Oleh itu, berfikiran besar.

#28

Mereka mengejar perkara-perkara dalam kehidupan yang akan membina pengalaman mereka dan membawa kepada peningkatan. Oleh itu, cari peningkatan.

AO Tribe

8

#29

Mereka melihat masalah sebagai peluang untuk membawa sesuatu yang baru atau lebih baik kepada dunia. Oleh itu, jadi seorang optimis.

#30

Mereka menangguhkan keputusan besar apabila emosi mereka tinggi. Oleh itu, berfikiran setara (level-headed).

#31

Mereka bekerja keras menjaga reputasi mereka dengan menjalankan kehidupan dan kerjaya mereka dengan kasih sayang, empati dan etika yang kukuh. Oleh itu, jadi seorang yang sentiasa jujur.

#32

Mereka berfikir beberapa langkah ke depan dan mewujudkan laluan alternatif untuk meliputi semua perkara asas. Oleh itu, pastikan anda wujudkan pilihan dalam hidup anda.

#33

Mereka kekal fokus pada matlamat utama mereka walaupun melalui masa yang sukar. Oleh itu, sentiasa bersabar.

#34

Keluarga adalah keutamaan nombor satu mereka. Oleh itu, luangkan masa berkualiti untuk bersama mereka yang anda sayangi.

#35

Mereka membincangkan keputusan penting dengan rakan-rakan sekerja yang dipercayai sebelum melibatkan diri dalam sesuatu perkara. Oleh itu, jadi seorang yang bekerjasama.

9

AO Tribe

#36

Mereka berkata-kata dengan hormat dan menghormati orang lain. Oleh itu, jadi seorang yang menghormati orang lain.

#37

Mereka memahami bahawa kehidupan mereka pada dasarnya lebih kaya apabila mereka menyumbang tenaga diri mereka dengan sepenuhnya. Oleh itu, berkhidmat secara sukarela dalam komuniti anda.

#38

Mereka bertanggungjawab untuk keputusan penting yang mereka lakukan dan mereka kekal telus setiap masa. Oleh itu, jadi seorang yang bertanggungjawab.

#39

Mereka bersyukur untuk semua yang telah mereka capai dalam kehidupan mereka dan mereka berterima kasih pada orang-orang yang membantu mereka sampai ke sana. Oleh itu, bersyukur selalu.

PETIKAN DARI Inc.com; PENULIS PETER ECONOMY, THE LEADERSHIP GUY AO Tribe

10

ISU KESIHATAN KEADAAN SOSIO-EKONOMI

SEMASA BOLEH MENGANCAM TAHAP KESIHATAN MENTAL KITA JIKA TIDAK DIKAWAL PENGENALAN - APA ITU PENYAKIT MENTAL?

1 2 3 11

Penyakit mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah-laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik. Kajian pemantauan penyakit yang dijalankan di Malaysia pada tahun 1996 mendapati hampir 11.1% daripada golongan dewasa Malaysia dikesan mengalami penyakit mental. Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan penyakit mental adalah antara 5 penyakit utama yang menyebabkan hilang upaya di seluruh dunia dan dijangkakan pada tahun 2020 penyakit ini akan menjadi penyebab kedua tertinggi.

AO Tribe

ADAKAH SEMUA PENYAKIT MENTAL SERUPA? Penyakit mental bukanlah hanya sejenis penyakit sahaja. Ia terdiri dari berbagai kategori penyakit. Secara umumnya penyakit mental boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan utama: 1. NEUROSIS : A) Mereka yang tergolong di dalam kumpulan ini lazimnya mengalami perubahan dan gangguan di dalam pemikiran, perasaan dan kelakuan tanpa menjejaskan kewarasan mereka.

B) Individu yang mengalami penyakit neurosis selalunya sedar akan keadaan kesihatan mereka. Fungsi harian mereka mungkin terganggu sedikit. Antara contoh penyakit neurosis adalah seperti berikut:

- KEMURUNGAN Kemurungan adalah perasaan sedih yang melampau dan berpanjangan. Sedih adalah perasaan yang sering kita alami. Akan tetapi jika perasaan sedih itu terlalu berat untuk ditanggung dan berpanjangan melebihi tempoh 2 minggu serta mengganggu fungsi kehidupan seharian maka ia bukanlah sedih lazim tetapi penyakit kemurungan. - KEBIMBANGAN Penyakit ini digejalai oleh perasaan bimbang, resah dan gelisah. Seseorang itu akan berasa tertekan, tegang, berpeluh, berdebar-debar dan berasa takut melampau akan bahaya yang mereka tidak ketahui puncanya. 2. PSIKOSIS A) Mereka yang mengalami penyakit psikosis mengalami perubahan yang amat ketara di dalam pemikiran, perasaan dan tingkah laku mereka. Kewarasan mereka juga terjejas.

B) Penderita akan berasa keliru dengan mengalami suara-suara ghaib berkomunikasi dengan mereka. Ia dikenali sebagai halusinasi. Mereka juga mempunyai kepercayaan pelik yang tidak dikongsi oleh orang lain dan menyebabkan reaksi melampau dari pesakit berkenaan. Ia dipanggil delusi. Antara contoh delusi ialah - ada orang mahu menganiaya atau berbuat jahat kepada mereka menyebabkan mereka bertindak menyerang orang yang disyakinya secara membahayakan.

AO Tribe

12



C) Mereka mungkin bercakap dengan merapu / mengarut; berkelakuan aneh seperti bercakap seorang, ketawa atau marah dengan tiada bersebab. Contoh psikosis yang sering dialami adalah :



Schizophrenia : - Antara ciri utama ialah: halusinasi; delusi; kecelaruan pemikiran, kecelaruan pertuturan dan tingkah laku. Prestasi kerja mereka juga merosot dengan ketara.



Kecelaruan manik-depresif (dwikutub): - Penyakit ini mengakibatkan mereka mengalami perubahan ketara dari segi emosi. Mereka sering hilang kawalan dan menjadi terlalu gembira (fasa manik) atau terlalu sedih (fasa kemurungan).

3. KECELARUAN PERSONALITI A) Secara asasnya kecelaruan ini membuat seseorang itu mengalami kecacatan perwatakan atau karakter. Masalah yang dialami ini boleh memberi kesan kepada perhubungan interpersonal dengan orang di sekelilingnya.

APA YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA PENYAKIT MENTAL? Penyebabnya tidak diketahui dengan tepat. Kajian masih dijalankan untuk memperincikan punca sebenar penyakit ini. Namun terdapat beberapa faktor yang menyumbang terjadinya penyakit mental. 1. FAKTOR GENETIK / KETURUNAN : A) Ahli di dalam keluarga yang mempunyai sejarah penyakit mental berisiko lebih tinggi berbanding populasi yang tiada sejarah penyakit berkenaan. 2. GANGGUAN BAHAN KIMIA DALAM OTAK : A) Bila bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai neurotransmitter tidak berfungsi dengan baik gejala penyakit mental akan muncul. Sebagai contohnya:

1. Schizophrenia: Penghasilan dopamin secara berlebihan 2. Kemurungan: Paras serotonin terlalu rendah 3. Mania: Paras serotonin meningkat secara melampau 4. Kebimbangan: terdapat gangguan di dalam pengeluaran dan fungsi noradrenalin

3. JANGKITAN VIRUS : A) Mengikut kajian ada penyakit akibat jangkitan virus telah dikaitkan dengan kemunculan penyakit mental.

13

AO Tribe

4. SEJARAH HIDUP YANG GETIR : A) Sebagai contoh: mengalami proses kelahiran yang sukar, kehilangan ibu bapa semasa kecil, terlalu banyak mengalami cabaran hidup yang sukar. 5. KEADAAN SOSIO-EKONOMI YANG RENDAH : A) Faktor kemiskinan, tiada kemudahan asas atau keganasan di dalam masyarakat boleh meningkatkan masalah penyakit mental.

BOLEHKAH PENYAKIT MENTAL DIUBATI? • Ya • Kemajuan dalam bidang perubatan moden telah membolehkan penemuan ubat-ubat yang lebih berkesan di dalam merawat penyakit mental. • Hampir semua ubat yang digunakan untuk merawat penyakit mental mengambil masa sebelum kesan positifnya boleh dilihat. Kesabaran meneruskan pengambilan ubat secara konsisten amat digalakkan. • Selain ubat psikotropik pendekatan sokongan seperti kaunseling, psikoterapi, terapi kognitif, terapi berkelompok, terapi keluarga, pendidikan psikologi, terapi pemulihan cara kerja dan pemulihan psiko-sosial telah terbukti sama pentingnya.

DIMANAKAH BANTUAN BOLEH DIPEROLEHI? Semua hospital dan klinik kesihatan di Malaysia mempunyai anggota yang telah dilatih untuk memberi rawatan kepada mereka yang mengalami masalah penyakit mental. Pakar psikiatri akan dirujuk untuk kes-kes yang rumit.

ADAKAH SEBARANG UJIAN YANG BOLEH MENGESAN KEWUJUDAN PENYAKIT MENTAL? • Ya • Mereka yang ingin mengetahui status masalah kesihatan mental mereka boleh mengambil satu ujian yang mudah dan ringkas iaitu Kaji selidik Kesihatan General Health Questionnaire (GHQ). Klik disini untuk menilai risiko kesihatan anda!!! www.myhealth.gov.my (Sumber ini dari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia)

AO Tribe

14

5 PANDUAN KEUTAMAAN HIDUP DI DUNIA “Kehidupan dunia akan mencerminkan kehidupan akhirat.”

Sekuat mana tubuh badan dan sebijak mana pun kebijaksanaan otak manusia jika kedua-dua ini tidak digunakan dengan baik dan selari di dunia maka ia akan menjadi satu pembaziran besar di akhirat kelak. Sebagai seorang manusia yang dianugerahkan akal fikiran, anda sebenarnya mampu membina kehidupan di dunia dalam keadaan terbaik sekali jika anda berjaya fokus kepada matlamat KEUTAMAAN HIDUP yang sebenar. Masih ramai yang terhuyung hayang tidak tahu ke mana arah kehidupan yang ingin dituju. Ini terjadi mungkin disebabkan mereka tidak tahu matlamat hidup yang hendak dicapai kerana tiada siapa yang ingin berkongsi mengajar mereka atau mereka sendiri tidak ingin belajar tentangnya. Edisi ke-11 ini Majalah AO Tribe berkongsi 5 panduan asas perkara-perkara yang anda harus pelajari dan inisiatif yang perlu diambil bagi meningkatkan lagi kualiti kehidupan diri di dunia. Anda akan mempelajari bagaimana hendak mengukuhkan kedudukan hati, emosi, akal dan fizikal menjadi selari. Secara asasnya, setiap individu mempunyai keutamaan hidup yang berbeza. Bagi memudahkan anda, kami mengambil 5 contoh keutamaan hidup yang popular dan sering dimiliki oleh mereka yang berjaya. Berikut adalah 5 contoh keutamaan hidup: 1) Keutamaan terhadap TUHAN 2) Keutamaan terhadap IBUBAPA 3) Keutamaan terhadap DIRI SENDIRI 4) Keutamaan terhadap ORANG LAIN 5) Keutamaan terhadap ALAM

15

AO Tribe

1. KEUTAMAAN TERHADAP TUHAN Bagi yang beragama Islam, anda wajib memahami bahawa Allah SWT merupakan sumber alam yang paling hebat dan tiada lagi yang sehebat dariNya. Untuk mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat, anda wajib mengikut segala perintah yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Hanya dengan izin Allah SWT sahaja anda boleh menikmati kejayaan hidup yang diimpikan. Dengan memahami semua ini, anda wajib memberi keutamaan yang paling tinggi kepada Allah SWT. Wajib menjaga solat, melaksanakan perintahNya serta menyayangi RasulNya akan membuatkan hidup anda lebih harmoni, ceria dan teratur.

2. KEUTAMAAN TERHADAP IBUBAPA Pernahkah anda mendengar pepatah yang mengatakan “Ibubapa umpama keramat hidup di dunia?” Doa ibubapa merupakan doa yang sungguh hebat terutamanya doa dari seorang ibu, kerana ibu telah diberi kelebihan istimewa di mana setiap doa ibu yang diminta dariNya, Insya Allah mudah dimakbulkan. Ini bermakna, rezeki, kebahagiaan, keuntungan dan kejayaan akan datang dengan penuh rahmat jika ibubapa mendoakannya untuk diri anda. Menjaga ibubapa umpama menjaga rezeki seumur hidup. Menjaga mereka dengan penuh kasih sayang dan bertanggungjawab akan membuatkan lagi hidup anda lebih bermakna.

AO Tribe

16

3. KEUTAMAAN TERHADAP DIRI SENDIRI Keutamaan diri sendiri terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:

a. Spiritual (Kerohanian)

Ia merupakan makanan kepada jiwa dan emosi. Untuk mencapai kestabilan jiwa dan emosi, anda perlu mendekatkan diri kepada Allah SWT. Dengan hanya menyayangi Allah SWT dan RasulNya, jiwa dan emosi ini akan kekenyangan dengan kegembiraan, ketenangan dan keharmonian hidup.

b. Fizikal

Dengan memiliki tubuh badan yang sihat, anda dapat melakukan segala perkara dengan mudah. Tanpa kesihatan yang baik, anda akan menghadapi kepayahan dalam melaksanakan tugasan dan ia akan mengganggu perjalanan kejayaan hidup anda.

c. Minda

Minda akan lebih bijak jika ia disajikan dengan ilmu yang berguna. Anda perlu memajukan diri dengan mencari ilmu yang bermanfaat untuk diri sendiri serta orang lain. Dengan ilmu sahaja ianya dapat membezakan tahap kedudukan minda anda dengan orang lain.

17

AO Tribe

4. KEUTAMAAN TERHADAP ORANG LAIN Anda hidup di dunia ini bukan secara berseorangan, anda hidup secara bersama berkongsi dengan orang lain. Telah menjadi lumrah kehidupan di mana yang kuat akan membantu yang lemah, manakala yang lemah perlu membantu diri menjadi kuat. Jangan kedekut untuk berkongsi kelebihan diri yang ada bersama orang lain. Jika anda seorang yang bijak dalam membina kejayaan dan kekayaan hidup, maka kongsikanlah kebijaksanaan ini kepada orang ramai yang memerlukannya. Manakala, jika anda mempunyai harta kekayaan yang banyak, maka dermakan sedikit darinya kepada anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal, mangsa bencana, pusat-pusat kebajikan atau mereka yang memerlukan. Percayalah bahawa setiap apa yang anda kongsikan bersama orang lain, anda akan terima habuannya berlipat kali ganda di masa hadapan kelak.

5. KEUTAMAAN TERHADAP ALAM Mesti anda tertanya-tanya kenapa perlunya ada keutamaan terhadap alam. Sekali lagi, anda diingatkan bahawa anda bukan hidup secara berseorangan, masih ada hidupan lain lagi selain manusia. Cuba anda bayangkan kehidupan anda tanpa sebarang tumbuhan dan haiwan di bumi ini. Bolehkah anda hidup tanpa kedua-dua ini? Disebabkan itu, anda perlu mendidik diri menjadi prihatin terhadap penjagaan alam sekitar dengan tidak membuang sampah merata-rata, mengamalkan kitar semula, rajinkan diri bercucuk tanam, tidak menzalimi hidupan lain dan sebagainya. Alhamdulillah, sehingga hari ini masih ada lagi pertubuhan-pertubuhan yang dibina khusus untuk melindungi alam ini. Jika anda ringan tulang, sertai pertubuhan berdaftar ini. Mereka memerlukan banyak tenaga sukarelawan untuk membantu menjayakan aktiviti dan program advokasi mereka. Diharap perkongsian kali ini dapat membantu memberi sedikit sebanyak idea untuk membina matlamat keutamaan hidup dari segi dalaman dan luaran bagi persediaan sebenar erti kehidupan dunia dan akhirat.

AO Tribe

18

RICHWELL & CABARAN PESAKIT MENTAL :

KENAPA PERLU BERPESEPSI NEGATIF? Lawatan kami ke Wad Sakit Jiwa Hospital Besar Kuala Lumpur pada Khamis 19/3/2015 yang lalu sangat memberikan kesan yang mendalam. Ketika kami tiba di Hospital Besar Kuala Lumpur, jam menunjukkan pukul 10.30 pagi dan sebagai permulaan, kami diberi taklimat oleh beberapa orang pegawai termasuk Dr. Hajjah Salina bt Abdul Aziz, Ketua Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental Hospital Kuala Lumpur yang bertugas sebagai tonggak utama dalam memberi perhatian kepada setiap pesakit di sini. Alhamdulillah, selesai sesi taklimat, kami mula dibawa oleh pegawai yang bertugas melawat setiap pesakit-pesakit yang diberi rawatan di situ.

Sebelum kami pergi lebih jauh, ketika di dalam sesi taklimat, Saudara Khairul Saleh selaku Pegawai Kerja Sosial Perubatan di situ seringkali memberi perhatian terhadap sumbangan untuk penambahbaikan dari segi prasarana dan juga kemudahan ubat-ubatan pesakit. Apa yang jelas bermain di fikiran kami adalah, takkanlah hospital kerajaan pun perlukan bantuan orang awam?

panjang di dalam satu barisan seperti kanak-kanak di zaman persekolahan dahulu. Lebih menyayat hati apabila ada di antara

mereka bukannya umur sekitar 30-40an, bahkan sebaya ayahayah kita pun ada di sini. Dengan berbaju hijau, mereka mengambil

19

AO Tribe

Ketika berjalan menghampiri wad, Dr Salina banyak berpesan kepada kami agar jangan takut dengan mereka. Mereka hanya mengalami masalah mental dan kemungkinan mereka bertindak ganas adalah sebuah kes yang sangat terpencil. Kami dibawa melawat ke wad 1 terlebih dahulu kerana wad 1 menempat pesakit yang mentalnya berada di tahap satu iaitu tahap yang paling rendah. Sebahagian daripada kami mula menyampaikan beg-beg yang berisi beberapa jenis makanan yang dibenarkan sahaja oleh pegawai hospital sebagai sumbangan kepada setiap pesakit.

Apa yang kami tidak ketahui ialah sehingga ke hari ini, sudah berapa banyak NGO yang tak jemu-jemu membantu memandangkan sesuatu yang diminta secara rasmi adakalanya tidak berlaku dengan Kelihatan mereka mula beratur

bahagian masing-masing sambil mengucapkan terima kasih dan terus duduk untuk makan. Sambil memerhatikan mereka makan,

kami sempat bertanyakan kepada Dr Salina tentang beberapa perkara mengenai pesakit dan hospital ini. Beliau mula berkongsi beberapa isu tentang pesakitnya. Setiap bulan, jumlah pesakit yang akan masuk ke sini adalah seramai 150 orang secara puratanya dan jumlah katil di situ hanyalah 79 buah sahaja, termasuk lelaki dan perempuan. Tercengang kami dibuatnya, masing-masing bertanya bagaimana mereka tidur? Kami dibawa masuk ke dalam bilik dan ternyata, ada yang tidur di atas lantai. Bukan untuk merendah - rendahkan keupayaan mereka tapi kesesakan dan kurangnya peralatan yang menyebabkan berlaku sedemikian. Mengalir lagi air mata kami. Bila kami cek dan lihat betul-betul pakaian mereka, ada yang koyak, kotor dan tidak sesuai lagi untuk dipakai. Namun apakan daya hanya itu yang mereka ada.

pencapaian seseorang anak itu dengan pencapaian di kalangan adik-beradik, ahli keluarga atau orang lain kerana minda anak-anak senang mengingati sesuatu yang baik mahupun buruk. Jika kita didik mereka tentang kejayaan, mereka akan berusaha ke arah kejayaan, jika kita didik mereka tentang kegagalan, mereka akan rasa diri mereka ada kekurangan dan ini menyebabkan mereka berasa tertekan dan kurang berkeyakinan hingga dewasa.

Kenapalah kaum Melayu asyik menjadi juara benda-benda begini di mana-mana.

Sejauh manakah kita kisah dan peka kepada penyakit ini? Hari ini hari mereka. Mungkin esok lusa adalah hari kita. Memang kita tidak minta, tapi apa yang turut diberitahu oleh Dr Salina adalah mereka yang tinggal di sini kami terpaksa ‘off ’kan rekod-rekod mereka. Ada VVIP, ada orang yang berjawatan besar, ada orang kaya, ada yang stres bekerja, ada yang cinta tak kesampaian, ada yang bermasalah punca daripada keluarga dan pelbagai 1001 masalah luaran lain. Tentang keturunan, rupa-rupanya bukan semua akan mewarisi sakit mental daripada ibu dan ayah sekalipun mereka berdua mengalami masalah tersebut tapi persekitaran adalah faktor utama yang Barulah kami sedar, apabila Dr membuatkan seseorang itu mudah Salina menyambung lagi perbualan, dan terkena akan penyakit ini. sebenarnya punca sakit mental yang diwarisi oleh keturunan Antara nasihat yang diberikan hanyalah 44% sahaja. Lagi 56% kepada kami ialah tentang adalah berpunca daripada faktor penjagaan diri daripada tekanan sekeliling. Berkaitan dengan jumlah yang melampau. Bermula di pesakit mengikut bangsa pula peringkat kanak-kanak lagi, ialah kaum Melayu sebanyak ibubapa dan penjaga sebenarnya 70%, 20% adalah kaum India dan tidak bagus kalau sentiasa bakinya adalah kaum Cina. membanding bandingkan

Walaupun ada yang bertujuan untuk berdaya saing, tapi lama kelamaan mereka akan berasa terbuang dan terasing sepi sambil memendam rasa yang tidak sihat jika mereka tidak diajar berdaya saing dengan cara yang betul dan sihat. Bagi golongan yang bercinta, letaklah tahap kecintaan tersebut pada hadnya yang betul. Jangan sampai berlaku konflik cinta maka hilanglah segalanya. Kembali kepada di manakah kita letak nilai hidup kita. Andai nilai itu pada cinta, apabila cinta pergi, nilai diri turut pergi bersama. Apabila nilai dirinya diletakkan pada harta dan kedudukan, tatkala diuji Tuhan dengan kehilangan, maka dirinya turut ditelan kehilangan. Berlakulah apa yang berlaku di hadapan mata kami hari ini jika emosi ini tidak dikawal dengan sebaiknya.

AO Tribe

20

situ adalah selama 3 hari, paling lama mungkin sebulan atau lebih bergantung kepada tahap kesihatan mereka dan bagi yang sakit berlanjutan akan dihantar ke Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan, Perak atau Tampoi, Johor.

Sebagai menghormati setiap pesakit, kami tidak dibenarkan mengambil gambar mereka. Untuk pengetahuan anda, wad lelaki dan perempuan diasingkan bagi tujuan keselamatan dan kemudahan. Lelaki tidak berjumpa pun dengan wanita dan begitulah sebaliknya. Squad kami sempat membawakan sesuatu yang mampu membuatkan mereka gembira dan syukur Alhamdulillah terpancar kegembiraan di wajah mereka ketika kami menjamu “dessert buah cocktail” kepada mereka. Ada yang minta lagi, ada yang berterima kasih banyak kali sehingga air mata kami tidak mampu lagi untuk dikawal. Doa mereka kepada kami tak putus-putus kedengaran dan kami faham walaupun keadaan mereka begitu, mereka berdoa dengan seikhlas hati. Moga Allah berikan yang terbaik untuk mereka.

Tambah Dr Salina lagi, hari ini dah ramai orang buka pusat rawatan psikiatri secara swasta. Orang yang berduit, mereka akan dapatkan rawatan di sana sebelum lebih parah. Ini menunjukkan bahawa golongan pesakit mental hari ini sebenarnya ramai. Dr Salina juga menasihati agar dapatkan rawatan segera sekiranya terdapat simptom-simptom anda mengalami tekanan dan rawatan yang terbaik bagi umat Islam khususnya adalah sebuah kitab yang hari ini wajib ada di dalam rumah mereka. Itulah penenang jiwa sebenar yang diperlukan oleh semua makhlukNya. InsyaAllah kami akan merancang lebih banyak lawatan ke wad-wad yang kurang mendapat kunjungan dari masyara kat umum. Semoga dengan usaha kecil kami ini dapat menggembirakan pesakit-pesakit tadi dan pesakit-pesakit yang akan datang. Jika anda ingin turut sama menyumbang, boleh layari www.richwell.org.

Kelihatan ahli keluarga mula datang untuk melawat dan jam ditangan menunjukkan waktu melawat pesakit telah bermula. Dari jauh mereka melompat-lompat gembira dengan kehadiran ahli keluarga yang mereka kenali. Ada sebahagian yang masih bersama beberapa orang pegawai bantuan yang membantu memulihkan kesihatan mereka. Paling cepat mereka berada di

21

AO Tribe

TRAVEL. EXPERIENCE. ENJOY FIRST IMPRESSIONS A MANGLISH ME IN NEW YORK CITY Travelling is a luxury to many but it’s something to aim for in life as nothing beats the pleasures of travel that refreshes and renews the spirit. To see, to hear, to feel and to experience the unknown is exhilarating. It’s being ignorant for one moment and enlightened the next instant. Alhamdulillah, I have been privileged to have the resources and experience to travel and these travel experiences has groomed and pruned my perception of the world over the years. My recent travel early this year was to West Palm Beach Florida and New York City with our beloved Dr Azizan and his lovely wife Diana. It was a mix of 80% work and 20% leisure. During the day, we drained our brain muscles at Tony Robbins Business Mastery Program and we retire with a bit of fun during sunset and the weekends. This country, the United States of America (USA) is signified as the land of opportunities for many immigrants. And the Statue of Liberty is the first view of the United States for many, which signifies new opportunities in life. The statue is an iconic symbol of the American Dream. However, the meaning of the “American Dream” has changed over the course of history to include various aspects such as home ownership, upward mobility in society, citizenship as well as a global vision.

The American Dream is a set of ideals in which freedom includes the opportunity for prosperity and success, and an upward social mobility for the family and children, achieved through hard work in a society with few barriers. James Truslow Adams in 1931 defined the American Dream as, “life should be better and richer and fuller for everyone, with opportunity for each according to ability or achievement regardless of social class or circumstances of birth.” And this ideal proclaims that “all men are created equal” with the right to “Life, Liberty and the Pursuit of Happiness.”

23

AO Tribe

Walking down Wall Street and Trump Tower, we saw several Clark Kents’ in suits and blazers, a wow at first but yet that image is just a first impression. Look deeper and you’ll see many, masses of them surviving a 9 to 5 job just to put food on the table and get you going through life. Life is difficult for the Americans too. Walk downtown between the tall towers and lanes, you’ll find yourself in a ‘lorong’ or road similar to Chow Kit Kuala Lumpur. That is why I have a personal preference for the English. They are more structured. Life and welfare of the citizens are better taken care off in the UK. The America today is a developed nation with its successes as well as setbacks. It’s not always as glorified as we perceive it to be from the square box in our living room and the movies portraying the great Americans and their advanced lifestyles. They may have the nations of the world within their grasp in a fist but yet domestically, they face the common economic and social challenges like every other nation in the world. There’s unemployment, high rates of crime, breakdown in Getting halal food here was a marriage institutions, high cost of challenge so we fed on bread, eggs living and more. (a variety of ways to cook and eat ‘em) as well as lots of salad. And surprise, surprise, I do think Malaysia have better shopping malls than the Americans do and the social justice we offer our citizens is that these malls operate every day of the week, till 10pm the least. Anyway, even if you live in a vibrant city like New York and have an exciting job and active social life, nothing can replace the unique experiences traveling offers. Visiting a foreign country opens your eyes to how the rest of the world lives; many therefore return home

with a new appreciation for their own country while gaining a broader worldview in the process. Remember, you only live once, so passing up a chance to travel is tantamount to passing up a lifealtering experience.

To wrap up my point here in a sentence, we can only appreciate and value what we have when we give ourselves the opportunity to visit new places, learn new things, explore and experience the world. And how do you do that? Travel. Experience. Enjoy.

AO Tribe

24

Majalah AO Tribe Edisi April #11_ steve jobs.pdf

Whoops! There was a problem loading this page. Majalah AO Tribe Edisi April #11_ steve jobs.pdf. Majalah AO Tribe Edisi April #11_ steve jobs.pdf. Open.

2MB Sizes 4 Downloads 192 Views

Recommend Documents

Majalah PA Edisi 1.pdf
Loading… Whoops! There was a problem loading more pages. Retrying... Whoops! There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Majalah PA Edisi 1.pdf. Majalah

Edisi 12 April 2015.pdf
Celaket – Pacet. Biaya : Rp.350rb/org. Tempat. terbatas. Segera daftar ke: Mei Ik 0857-3258-. 7186/0838-5445-5207, Yuni 081-134-3600/031-. 70903600. 22.

11 April 2017 - SETTRADE.COM
Apr 11, 2017 - Open. Gold. 1257.20. 1247.00. 1253.76. 1254.23. A.M.Fixing. -. -. -. 1253. P.M.Fixing ... Euro. 1.0606. 1.0568. 1.0590. 1.0593. Baht. 34.67. 34.57. 34.61. DollarIndex 101.340 .... Bank Holiday : Good Friday. -. -. 19.30 . (CPI) .

1404 emajalah Hidayatullah Edisi April 2014.pdf
1404 emajalah Hidayatullah Edisi April 2014.pdf. 1404 emajalah Hidayatullah Edisi April 2014.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu. Displaying ...

maudiku edisi 6 april 2016 preview.pdf
Paimin (Wonosobo), Subuh Nur Khasan (Kebumen). Wahyuni PW (Kota Surakarta), Saryono (Grobogan). Jumiati (Kendal), Wawat R (Brebes), Faerus (Kab. Tegal). Mumpuni Kartiadi Sadmadja (Boyolali), Sakiman (Blora). Asalama S ( Temanggung), Lisnariyah (Kab.

April 11 2017.pdf
... Petrie, Superintendent; Mr. Mason, Treasurer; Mr. Mills, High/MS Principal, Mrs. ... Terry Lichtenburg Aide (4 hours per day) Aide Step 0. 3. ... April 11 2017.pdf.

Nora Mitchell April 11, 2017 - GitHub
Apr 11, 2017 - It estimates effective population sizes and past migration rates between populations ... Which model has the highest support? Which would you.

April 11 Alert SBI.pdf
Action Five: Social Media. Twitter: Access your member of Congress' twitter handle at http://stuffthought.com/blog/113th-congress-twitter-handles/. Sample ...

April 11, 2018 Board Minutes.pdf
Approve Resignation of Justin Johnson as Teacher and Coach for 2018-19 School. Year. c. Approve Resignation of Shelly Berkowitz as K-8 Art Teacher for ...

MAJALAH ECONOMICA 50 Advertising Offering -
Badan Otonom Economica (BOE) is a student organization in Faculty of. Economics, Universitas Indonesia which core competence in scholarly- journalism.

TFP #36 The Tribe
Q: C.J.'s plan to bring The Club and Hugh's gang together failed. ... order to get our own way—even if we think it's for “a good cause. ... best thing we can do for them is to place our relationship with God high above everything else and then to

2015-03-02-11-07-59-cantai-ao-senhor-um-canto-novo-3.0.pdf
Retrying... 2015-03-02-11-07-59-cantai-ao-senhor-um-canto-novo-3.0.pdf. 2015-03-02-11-07-59-cantai-ao-senhor-um-canto-novo-3.0.pdf. Open. Extract.

Tribe Sports.pdf
come. join. the. fun! @. Page 1 of 1. Tribe Sports.pdf. Tribe Sports.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu. Displaying Tribe Sports.pdf.

Majalah PA_Edisi 10_2016.pdf
Hakim PA, Jangan Lupakan Ushul Fiqih! H. Suwardi, S.H., M.H.: Mau Enjoy Mutasi? Ini Kuncinya. TOKOH KITA : DR., DRS. H. A. MUKTI ARTO, S.H., M.HUM.

Park Master Plan Alternate - April 11, 2016.pdf
Osborne Park A. Monumental Park Sign – (1Qty.) $5,000.00. Sub-Total $5,000.00. 25% Contingency $1,300.00. Estimated Total $6,300.00. Revised - Proposed ...

NSE/SURV/37491 Date: April 11, 2018 Circul
Apr 11, 2018 - segment (series: BE) to rolling segment (series: EQ) with effect from April 20, 2018 (Friday). For National Stock Exchange of India Limited.

BA, Agenda, April 11, 2017.pdf
Page 1 of 1. To view the agenda on-line with the attached staff reports go to: http://casagrandeaz.us/dept/clerk/boards/boa/. AGENDA. BOARD OF ADJUSTMENT. MEETING. Tuesday, April 11, 2017 at 6:00 p.m.. City Hall Council Chambers - 510 E. Florence Bou

ao-2015-029_final.pdf
... passenger service from Sydney, New. South Wales to Kuala Lumpur, Malaysia. On departure from. runway 16R the aircraft was observed by air traffic control ...

edisi-4.pdf
There was a problem loading this page. Whoops! There was a problem loading this page. edisi-4.pdf. edisi-4.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu.

Edisi 22.pdf
Page 1 of 22. Page 2 of 22. Page 2 of 22. Page 3 of 22. Page 3 of 22. Edisi 22.pdf. Edisi 22.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Details. Comments. General ...

City Council Meeting – April 11, 2017 1441st ...
Apr 11, 2017 - dedicated service to the City of Thornton. [580-GE]. 2. A resolution conveying the City Council's gratitude and appreciation to. Scott Twombly for ...

NSE/CML/34615 Date : April 11, 2017 Circular Ref
Apr 11, 2017 - ISIN Code. Series. Reason for. Suspension ... of India Limited. Kautuk Upadhyay. Manager. Telephone No. Fax No. Email id. 022-26598235/36.

NSE/CML/34611 Date : April 11, 2017 Circular Re
Apr 11, 2017 - This circular shall be effective from April 18, 2017. For and on ... Divya Poojari. Manager. Telephone No. Fax No. Email id. 022-26598235/36.

EDF PEC SB1088 Comments. 11 April 2018.pdf
was directed by the General Assembly in 2016 to restart their rulemaking for the conventional industry. It is our understanding that DEP is ... Pennsylvania Environmental Council. Page 2 of 2. EDF PEC SB1088 Comments. 11 April 2018.pdf. EDF PEC SB108