http://cikgusazali.blogspot.com

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LALOH 18000 KUALA KRAI KELANTAN

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB KERTAS 2 BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2014

BILIK WAWASAN SMK LALOH 18 SEPTEMBER 2014

SAZALI BIN IBRAHIM SMK LALOH 1

http://cikgusazali.blogspot.com

Soalan 1: Rumusan [ 30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan nilai-nilai positif dan kekangan untuk menyemai nilai-nilai tersebut. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Pendidikan memainkan peranan penting bagi membina dan menanam nilai-nilai positif dalam kalangan pelajar. Pendidikan di semua peringkat persekolahan perlu menanamkan nilai-nilai positif selaras dengan matlamat Wawasan 2020 yang bertujuan untuk meningkatkan taraf pemodenan dan seterusnya menjadikan Malaysia sebuah negara maju dengan acuannya sendiri. Nilai-nilai positif ialah nilai-nilai yang mendorong kepada perubahan dan kemajuan. Nilai-nilai positif seperti yakin diri dan berani menghadapi cabaran amat penting untuk membina keyakinan diri masyarakat dan menentukan kekuatan sesuatu bangsa, kaum atau negara. Masyarakat yang maju memiliki nilai-nilai positif di samping peka terhadap segala perkembangan yang berlaku. Kita harus mengejar kemajuan, perubahan dan pembangunan tanpa meninggalkan nilai-nilai positif yang menjadi asas pembinaan kekuatan moral, kerohanian, kemanusiaan dan keterampilan dalam segala bidang. Masyarakat yang ingin kita lahirkan sesungguhnya masyarakat madani yang akan disegani di persada dunia. Di samping itu, nilai positif juga mendorong individu dan masyarakat supaya berani bertindak secara rasional untuk menegakkan kebenaran dan keadilan. Nilai positif juga perlu dipertahankan bagi membebaskan individu dan masyarakat daripada ancaman gejala sosial yang begitu dominan pengaruhnya. Pembinaan imej diri yang menonjolkan keterampilan, kewibawaan dan kekuatan moral sangat signifikan dengan pemupukan nilai-nilai positif. Manakala nilai negatif perlu dikikis bagi membebaskan masyarakat daripada kemunduran dan kejahilan. Masyarakat yang demikian juga akan menjadi liabiliti kepada negara serta menjadi batu penghalang ke arah merealisasikan matlamat Wawasan 2020. Jawapan soalan pemahaman 2(ii)

Selain itu, penekanan nilai positif dalam pembinaan sumber tenaga manusia dan tenaga pekerja juga penting untuk mewujudkan guna tenaga yang produktif dan positif ke arah pembangunan negara yang mapan. Nilai-nilai positif para pekerja seperti kerajinan, bertanggungjawab, amanah dan berdaya saing bukan sahaja perlu diamalkan di tempat kerja tetapi di luar tempat bekerja juga agar cabaran dan dugaan di pentas global mampu ditangani secara lebih mudah. Nilai positif yang terpahat dalam diri seseorang akan dapat membantunya membanteras pelbagai masalah yang mengancam dirinya sendiri, masyarakat dan negara. Oleh itu, fungsi pendidikan perlu mengarah kepada pembinaan watak, akhlak dan moral individu yang mengamalkan nilai-nilai hidup yang baik dan tidak bercanggah dengan norma-norma kehidupan yang mulia. Yang pasti, amalan nilai-nilai positif akan menggalakkan perkembangan dan kemajuan tuntas seseorang individu ke arah pembinaan kesejahteraan diri, masyarakat dan negara.

2

http://cikgusazali.blogspot.com

Skema Pemarkahan Soalan 1 Markah penuh 30 dibahagi kepada: (a) Isi – 20 markah (b) Bahasa – 10 markah (a)

Isi [ 20 markah] Nota: (i) Panduan mengira perkataan Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan  nama khas  perkataan berulang (kata ganda)  penggunaan kata sendi di dan ke  tarikh  angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan  gelaran (ii)

Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja sebelum diperiksa. Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak perlu diperiksa Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.

(iii) (iv) Bahagian

Markah

Markah

(i)

Pendahuluan

2

(ii)

Isi Tersurat

4

5

6

7

8

9

10

11

12

(iii)

Isi Tersirat

12

11

10

9

8

7

6

5

4

(iv)

Penutup/Kesimpulan

2 Jumlah Markah

Pendahuluan

16

20

Soalan 1 : Rumusan

Petikan membincangkan kebaikan/maslahat/faedah mengamalkan nilai-nilai positif dalam kalangan masyarakat di Malaysia/negara kita.

2m

Petikan membincangkan kebaikan/maslahat/faedah mengamalkan nilai-nilai positif

1m

Petikan membincangkan kepentingan nilai-nilai positif dalam kalangan rakyat

.

0m

3

http://cikgusazali.blogspot.com

Isi Tersurat [4 – 12 markah] Kepentingan nilai-nilai positif S1. S2. S3. S4. S5. S6. S7. S8. S9.

Membina keyakinan diri masyarakat (1m) dan menentukan kekuatan sesuatu bangsa, kaum atau negara (1m) menjadi asas pembinaan kekuatan moral, kerohanian, kemanusiaan dan keterampilan dalam segala bidang mendorong individu dan masyarakat supaya berani bertindak secara rasional (1m) untuk menegakkan kebenaran dan keadilan (1m) membebaskan individu dan masyarakat daripada ancaman gejala sosial pembinaan imej diri yang menonjolkan keterampilan, kewibawaan dan kekuatan moral mewujudkan guna tenaga yang produktif dan positif cabaran dan dugaan di pentas global mampu ditangani secara lebih mudah membantu membanteras pelbagai masalah (1m) yang mengancam diri sendiri, masyarakat dan negara (1m) menggalakkan perkembangan dan kemajuan tuntas seseorang individu

2m 2m 2m 2m 2m 2m 2m 2m 2m

Isi Tersirat [4 – 12 markah] Kekangan untuk menyemai nilai-nilai tersebut T1. T2. T3.

Media massa banyak menyiarkan budaya negatif dari Barat Remaja mudah terpengaruh dengan gejala negatif. Masyarakat memandang remeh terhadap usaha-usaha pemupukan nilai-nilai positif T4. Masyarakat tidak memberi sokongan terhadap usaha-usaha pemupukan nilai-nilai positif T5. Pihak sekolah memberi lebih penekanan terhadap kecemerlangan akademik berbanding dengan pemupukan nilai-nilai positif. T6. Ibu bapa tidak cakna terhadap pemupukan nilai dalam kalangan anak mereka. (Isi-isi tersirat yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)

2m 2m 2m 2m 2m 2m

Penutup/Kesimpulan Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk memupuk nilai-nilai positif supaya dapat melahirkan masyarakat yang bersahsiah tinggi.

2m

Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk memupuk nilai-nilai positif.

1m

4

http://cikgusazali.blogspot.com

Teknik Menjawab: Menulis pendahuluan: Petikan membincangkan

Kata kunci (Tukar) faedah

Isu/tema (Frasa) nilai-nilai positif

Sasaran

Lokasi

dalam kalangan masyarakat

di negara kita

Perenggan Isi Tersurat: (Mesti menjawab tugasan: Apakah kepentingan nilai-nilai positif?) Antaranya ialah membina keyakinan diri masyarakat dan menentukan kekuatan sesuatu bangsa, kaum atau negara. Selain itu, asas pembinaan kekuatan moral, kerohanian, kemanusiaan dan keterampilan dalam segala bidang. Di samping itu, mendorong individu dan masyarakat supaya berani bertindak secara rasional untuk menegakkan kebenaran dan keadilan. Seterusnya, membebaskan individu dan masyarakat daripada ancaman gejala sosial. Tambahan pula, pembinaan imej diri yang menonjolkan keterampilan, kewibawaan dan kekuatan moral. Akhir sekali mewujudkan guna tenaga yang produktif dan positif. Perenggan Isi Tersirat: (Mesti ada subjek + predikat) Kekangan untuk menyemai nilai-nilai positif ialah sikap masyarakat yang individualistik. Selain itu, remaja yang mudah terpengaruh dengan budaya Barat. Perenggan Kesimpulan: (Mesti ada saranan dan harapan) Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk memupuk nilai-nilai positif supaya negara dapat melahirkan masyarakat yang berwawasan. Perenggan lengkap: Petikan membincangkan faedah nilai-nilai positif dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Antaranya ialah membina keyakinan diri masyarakat dan menentukan kekuatan sesuatu bangsa, kaum atau negara. Selain itu, asas pembinaan kekuatan moral, kerohanian, kemanusiaan dan keterampilan dalam segala bidang. Di samping itu, mendorong individu dan masyarakat supaya berani bertindak secara rasional untuk menegakkan kebenaran dan keadilan. Seterusnya, membebaskan individu dan masyarakat daripada ancaman gejala sosial. Tambahan pula, pembinaan imej diri yang menonjolkan keterampilan, kewibawaan dan kekuatan moral. Akhir sekali mewujudkan guna tenaga yang produktif dan positif. Kekangan untuk menyemai nilai-nilai positif ialah sikap masyarakat yang individualistik. Selain itu, remaja yang mudah terpengaruh dengan budaya Barat. Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk memupuk nilai-nilai positif supaya negara dapat melahirkan masyarakat yang berwawasan. (115 patah perkataan)

5

http://cikgusazali.blogspot.com Soalan 2 : Pemahaman Soalan 2(a) - Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i)

Berikan maksud rangkai kata merealisasikan matlamat?

[2 markah]

Maksud rangkai kata merealisasikan matlamat ialah mencapai tujuan. (ii)

Penulis menyatakan beberapa sebab nilai negatif perlu dikikis. Nyatakan sebab-sebab tersebut.

[3 markah]

Sebab nilai negatif perlu dikikis ialah membebaskan masyarakat daripada kemunduran dan kejahilan. Sebab yang lain ialah menjadi liabiliti kepada negara. Sebab yang berikutnya ialah menjadi batu penghalang ke arah merealisasikan matlamat Wawasan 2020. (iii)

Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang berkesan untuk menanamkan nilai-nilai tersebut dalam kalangan murid? Berikan dua langkah. [4 markah] Pada pendapat saya, langkah yang berkesan untuk menanamkan nilai-nilai tersebut dalam kalangan murid ialah guru menerapkan nilai-nilai positif secara konsisten dalam pengajaran. Langkah yang lain ialah pihak sekolah mengadakan program bertemakan nilai-nilai positif.

Skema:

Soalan 2(a) - Petikan umum (i)

Maksud -

(ii)

(mencapai/menterjemahkan/menjayakan) (tujuan/objektif/sasaran) (mencapai/menterjemahkan/menjayakan) matlamat merealisasikan (tujuan/objektif/sasaran)

2m 1m 1m [Maksimum : 2 markah]

Sebab-sebab ( Cukup 2 isi) P1P2P3-

membebaskan masyarakat daripada kemunduran dan kejahilan menjadi liabiliti kepada negara menjadi batu penghalang ke arah merealisasikan matlamat Wawasan 2020 [maksimum : 3 markah]

(iii)

Langkah-langkah (Cukup 2 isi) P1 Guru menerapkan nilai-nilai positif secara konsisten dalam pengajaran P2 Pihak sekolah mengadakan program bertemakan nilai-nilai positif P3 Pihak sekolah menampal poster-poster berkaitan nilai-nilai positif P4 Pihak sekolah memberi ganjaran kepada pelajar yang bersahsiah tinggi P5 Kanselor mengadakan program kesedaran untuk menyemai nilai positif P6 Pihak KPM, JPN, PPD mengadakan kursus/seminar/bengkel kesedaran [ * Jawapan lain isi yang sesuai boleh diterima] [maksimum : 4 markah]

6

http://cikgusazali.blogspot.com Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. MAK SOM: (Kepada INTAN SITI RAHlMAH) Pak Tuan dah berangkat balik. PAK TUAN DOLAH: Intan, lusa mereka akan datang. Jamuan kali ini hendaklah lebih daripada yang biasa, sebab ada orang-orang yang lebih besar. INTAN SITI RAHIMAH: Siang tadi Intan ke surau. Orang-orang kampung masih mengatakan kekotoran daripada kandang kuda mencemarkan air sungai. Anak-anak mereka sakit-sakit belaka, dan macam-macam lagi. PAK TUAN DOLAH: Itulah dah dikatakan. Intan jangan ke surau mereka. Mengapa pergi mencemarkan kaki ke sana? INTAN SITI RAHIMAH: Mereka datang sendiri menjemput. Takkanlah Intan tak pergi? PAK TUAN DOLAH: Lain kali kata sibuk, tak usah pergi. INTAN SITI RAHIMAH: Tetapi mereka ini isteri dan ibu kepada orang-orang yang bekerja dengan kita. Mereka besar hati datang menjemput. Itu pun takut-takut pula. PAK TUAN DOLAH: Ya, mereka harus takut pada kita. Jika tidak naik kepala nanti. Intan harus sedar dengan siapa hendak bercampur gaul? INTAN SITI RAHIMAH: Intan sedih melihat keadaan hidup setengah-setengah daripada mereka. Makanan anjing kita lebih baik daripada makanan mereka. (Dipetik daripada drama '1400' oleh Noordin Hassan dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i)

Nyatakan rungutan orang-orang kampung yang disampaikan oleh Intan Siti Rahimah kepada Pak Tuan Dollah. [2 markah] Rungutan orang-orang kampung yang disampaikan oleh Intan Siti Rahimah kepada Pak Tuan Dollah ialah kekotoran daripada kandang kuda mencemarkan air sungai. Rungutan yang lain ialah anak-anak mereka sakit-sakit belaka.

(ii)

Sekiranya anda Pak Tuan Dollah, apakah langkah-langkah yang akan anda ambil untuk memastikan sungai itu tidak terus tercemar? [3 markah] Sekiranya saya Pak Tuan Dollah, langkah yang akan saya ambil untuk memastikan sungai itu tidak terus tercemar ialah memindahkan kandang kuda jauh daripada sungai. Langkah yang lain ialah membina sistem kumbahan yang lebih sistematik. Langkah yang berikutnya ialah mengadakan gotongroyong membersihkan sungai.

7

http://cikgusazali.blogspot.com (iii)

Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu persoalan lain daripada drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah] Persoalan yang terdapat dalam petikan drama ialah pencemaran sungai memberi kesan buruk kepada masyarakat dan membawa penyakit. Contohnya air sungai yang tercemar menyebabkan anak orang-orang kampung menghidapi penyakit. Persoalan lain daripada drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan ialah kesedaran dan keinsafan terhadap kesilapan yang pernah dilakukan. Contohnya Pak Tuan Dollah menyedari perbuatannya selama ini telah menyimpang daripada hukum Allah dan dia insaf serta mula mendekatkan diri kepada Allah.

Skema: Soalan 2 (b) : (i)

Petikan Drama Rungutan

P1 - Kekotoran daripada kandang kuda mencemarkan air sungai P2 - Anak-anak mereka sakit-sakit belaka (ii) P1 P2 P3 P4 P5 P6 -

1m 1m [Maksimum : 2 markah]

Langkah-langkah [2 isi cukup] Memindahkan kandang kuda jauh daripada sungai Membina sistem kumbahan yang lebih sistematik Memproses najis kuda menjadi baja organik Mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak berwajib Menukarkan bidang ternakan kepada bidang yang lain Mengadakan gotong-royong membersihkan sungai [ * Jawapan lain isi yang sesuai boleh diterima]

1m 1m 1m 1m 1m 1m [maksimum : 3 markah]

(iii)

Persoalan dalam petikan (Isi + Contoh)

P1 -

Pencemaran sungai memberi kesan buruk kepada masyarakat dan membawa penyakit Contoh : Air sungai yang tercemar menyebabkan anak orang-orang kampuing menghidapi penyakit. Penindasan terhadap golongan yang lemah Contoh : Pak Tuan Dollah mahu orang kampung takut akan dirinya. Rasa simpati terhadap golongan bawahan Contoh : Intan Siti Rahimah sedih melihat kesengsaraan hidup orang Kampung.

P2 P3 -

1+1 1+1 1+1

. Persoalan dalam keseluruhan drama P1 -

Kepincangan masyarakat yang memilih kepada orang yang berharta Contoh : Pak Tuan Dollah menggunakan wang untuk mempengaruhi penduduk kampung memilihnya sebagai wakil penduduk. P2 Kesedaran dan keinsafan terhadap kesilapan yang pernah dilakukan Contoh : Pak Tuan Dollah menyedari perbuatannya selama ini telah menyimpang daripada hukum Allah dan dia insaf serta mula mendekatkan diri kepada Allah. P3 Kepercayaan terhadap amalan syirik dan khurafat Contoh : Pak Tuan Dollah tergamak memindahkan jenazah ibunya dari kubur ke bawah rumah untuk memastikan dia memperoleh kekayaan seperti yang diminta oleh bomoh [ * Jawapan lain isi yang sesuai boleh diterima]

1+1

1+1

1+1 [maksimum : 4 markah]

8

http://cikgusazali.blogspot.com Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Mendengar suara itu lanun-lanun itu mulai gementar. Mereka kenal itulah suara Awang Sulung, “Hai, baru ini kita kiamat, kita sudah derhaka kepada penghulu kita sendiri dan kepada diri kita sendiri!” bisik mereka sesama sendiri. “Ampun Tuanku, patik tidak tahu bahawa Tuanku rupanya di dalam geliung panjang ini,” sembah mereka beramai-ramai dengan tubuh yang gementar. “Beta tidak beritahukan pelayaran beta pada kalian kerana beta menemani Tuan Puteri Dayang Seri Jawa kembali ke negerinya. Lagipun beta telah berhutang kepadanya sebanyak dua puluh lapan rial batu dan emas sejangka tiga untuk melangsaikan hutang beta kepada Datuk Batin Alam”. “Ampun Tuanku, janganlah Tuanku dukacita dengan hutang itu. Sekiranya Tuanku hendak kembali ke Bandar Mengkaleh, biarlah patik isikan geliung ini penuh sarat dengan rial batu dan emas”. Mendengar percakapan itu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tidak bersabar lagi lalu menyampuk, “Wahai tuan-tuan sekalian, adakah patut orang yang serupa ini berhutang rial kepada patik? Sebenarnya dagang yang hina inilah yang telah menjadi tawanannya. Dia seorang pahlawan yang handal. “Kalau begitu,” kata Awang Sulung pula, “memanglah benar kata adinda itu, kerana kakanda telah menewaskan Tuan Puteri Dayang Nuramah yang hendak merampas kakanda daripada tangan adinda dan sekarang hutang pun sudah berbayar, piutang pun sudah diterima, maka memohonlah kakanda kembali ke Bandar Mengkaleh.” (Dipetik daripada “Pelayaran Yang Penuh Peristiwa‟ dalam antalogi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)

Berikan maksud rangkai kata sudah derhaka kepada penghulu kita sendiri berdasarkan petikan di atas? [2 markah] Maksud rangkai kata sudah derhaka kepada penghulu kita sendiri berdasarkan petikan tersebut ialah telah khianat terhadap pemimpin kita

(ii)

Apakah alasan yang telah diberikan oleh Awang Sulung Merah Muda untuk membolehkan baginda pulang semula ke Bandar Mengkaleh? [3 markah] Alasan yang telah diberikan oleh Awang Sulung Merah Muda untuk membolehkan baginda pulang semula ke Bandar Mengkaleh ialah Baginda telah menewaskan Tuan Puteri Dayang Nuramah yang hendak merampas baginda daripada tangan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Alasan yang lain ialah hutang baginda sudah berbayar. Alasan yang berikutnya ialah piutang pun sudah diterima.

(iii)

Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mentaati ketua yang telah dilantik secara majoriti? [3 markah] Pada pendapat saya, kita perlu mentaati ketua yang telah dilantik secara majoriti kerana ketua telah dilantik oleh masyarakat dan sudah pastinya ketua merupakan orang yang paling layak diikuti nasihat atau arahannya. Sebab yang lain ialah keputusan mesyuarat merupakan keputusan ramai dan jika menentangnya bermakna tindakan kita bertentangan dengan budaya hidup bermasyarakat. 9

http://cikgusazali.blogspot.com Skema: Soalan 2 (c): Petikan Prosa Tradisional (i) -

Maksud Telah khianat terhadap pemimpin kita Derhaka kepada pemimpin Telah khianat kepada penghulu kita sendiri

2 1 1 [maksimum : 2 markah]

(ii) Alasan (Isi cukup : 2) P1 - Baginda telah menewaskan Tuan Puteri Dayang Nuramah yang hendak merampas baginda daripada tangan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa P2 - Hutang baginda sudah berbayar P3 - Piutang pun sudah diterima [maksimum : 3 markah] (iii) P1 -

Mengapa perlu mentaati ketua (Isi Cukup : 2) ketua telah dilantik oleh masyarakat dan sudah pastinya ketua merupakan orang yang paling layak diikuti nasihat atau arahannya. P2 ketua orang yang paling mahir mentadbir organisasi dan selalunya mereka orang yang berpengalaman. P3 keputusan mesyuarat merupakan keputusan ramai dan jika menentangnya bermakna tindakan kita bertentangan dengan budaya hidup bermasyarakat. [ * Jawapan lain isi yang sesuai boleh diterima] [maksimum : 3 markah]

Soalan 2(d) - Puisi Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. DI PERPUSTAKAAN Melangkah ke ruangmu Satu pertukaran yang kontras Dari kehangatan merata Ke kedinginan yang menerpa Terlalu hening di sini Gua pendeta bersemadi Di puncak sepi Di sana sini Kepala-kepala tunduk meneliti Mata dan fikir bersebati. Maju ke ruang buku Terlalu kerdil aku di sini Terapung di laut ilmu Tercurah berzaman Dalam tak terselam Betapapun kulayari Bahtera ilmu di sini Tak terteroka Yang akan kucatat Hanya setitik dari tinta Yang akan kupetik Hanya sebiji dari mutiara Engkau adalah pusaka moyang Gedung peradaban insan Terhimpun berzaman. 10

http://cikgusazali.blogspot.com

Bersemadi di sini Aku adalah pelayar yang dahaga Di dada samudera Tak berpantai Betapapun kuteguk darinya Dahaga tak pernah langsai

(i)

Berikan maksud dahaga tak pernah langsai

SHAFIE ABU BAKAR Antologi Harga Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka [2 markah]

Maksud dahaga tak pernah langsai ialah ilmu tidak akan habis dipelajari. (ii)

Sekiranya anda ialah pengawas pusat sumber, apakah cara-cara yang dapat anda lakukan untuk menarik para pelajar mengunjungi perpustakaan? [3 markah] Sekiranya saya ialah pengawas pusat sumber, cara yang dapat saya lakukan untuk menarik para pelajar mengunjungi perpustakaan ialah memastikan pusat sumber dalam keadaan teratur dan selesa. Cara yang lain ialah memastikan suasana yang senyap dan kondusif. Cara yang berikutnya ialah bersedia membantu pelajar lain yang berurusan di pusat sumber.

(iii)

Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut .

[4 markah]

Pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut ialah kita hendaklah tekun semasa menuntut ilmu supaya tidak ketinggalan dalam pembelajaran. Pengajaran yang lain ialah Kita hendaklah rajin mengunjungi perpustakaan kerana perpustakaan adalah tempat yang sesuai untuk belajar. Skema: Soalan 2(d): Puisi Moden (i) -

Maksud Ilmu tidak akan habis dipelajari Ilmu tak pernah langsai

(ii) P1 P2 P3 P4 -

Cara-cara (Isi cukup : 2) Memastikan pusat sumber dalam keadaan teratur dan selesa Menyediakan perkhidmatan kaunter yang mesra dan cekap Memastikan suasana yang senyap dan kondusif Bersedia membantu pelajar lain yang berurusan di pusat sumber [ * Jawapan lain isi yang sesuai boleh diterima]

2 1 [maksimum : 2 markah]

[maksimum : 3 markah] (iii) P1 -

Pengajaran (Isi + Huraian) Kita hendaklah tekun semasa menuntut ilmu supaya tidak ketinggalan dalam pembelajaran. P2 Kita hendaklah mempunyai minat untuk mendalami sesuatu bidang ilmu kerana ilmu amat penting dalam kehidupan P3 Kita hendaklah memiliki kegigihan dalam usaha mengejar ilmu supaya mudah untuk menguasainya. P4 Kita hendaklah rajin mengunjungi perpustakaan kerana perpustakaan adalah tempat yang sesuai untuk belajar. [ * Jawapan lain isi yang sesuai boleh diterima]

1+1 1+1 1+1 1+1 [maksimum : 4 markah]

11

http://cikgusazali.blogspot.com Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa (a)

Tulis satu ayat daripada penjodoh bilangan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi)

segerombolan sekawan sekepal sepapan sepasang serumpun

Skema:

[ 6 markah ]

Perhatian bagi soalan 3 (a) 1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul 2. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan/jalan bahasa/tanda baca daripada keselurruhan soalan. 3. Perkataan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah. 4. Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah. 5. Sengaja menambah imbuhan, berikan 0 markah. 6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap ayat. 7. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu ayat. 8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya. 9. Isi tidak jelas, tolak ½ markah 10. Ayat mengelak, berikan 0 markah Jawapan 3(a) (i)

segerombolan kumpulan orang jahat seperti perompak, pengganas, penyamun, penjenayah, pencuri, lanun dan sebagainya. (ii) sekawan Kumpulan haiwan yang hidupnya bergerak berkawan-kawan seperti burung, gajah, kuda, lebah, merpati, dan sebagainya (iii) sekepal Benda yang boleh dikepal atau disukat dengan genggaman seperti nasi, tanah, pulut, dan sebagainya (iv) sepapan Benda yang berbentuk kepingan seperti coklat, petai, mercun, dan sebagainya (v) sepasang Manusia/ benda yang berpasangan atau dalam bilangan dua seperti suami isteri, anting-anting, kasut, stoking dan sebagainya (vi) serumpun Pokok-pokok yang tumbuh berumpun atau berkelompok seperti buluh, pandan,lalang, padi, serai, tebu, dan sebagainya [maksimum : 6 markah]

Teknik Menjawab: SUBJEK + PREDIKAT + KETERANGAN Soalan (a) i. Segerombolan pendatang asing telah ditangkap kerana memasuki negara ini tanpa permit. ii. Kemalangan itu berpunca daripada sekawan lembu yang melintas jalan. iii. Saya menggenggam sekepal pulut lalu menyuap ke mulut pengantin itu. iv. Ibu membeli sepapan petai untuk dibuat ulam. v. Sepasang baju kurung yang dijual di pasar raya itu telah menarik perhatiannya. vi. Dia menanam serumpun serai di belakang rumahnya.

12

http://cikgusazali.blogspot.com (b)

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian anda dikehendaki menggabungkan ayat-ayat berikut menjadi tiga ayat. Malaysia menjadi destinasi tarikan pelancong. Malaysia mempunyai beberapa buah pulau yang indah. Malaysia mempunyai kawasan rekreasi hutan yang menarik. Kerajaan telah berusaha dengan gigih untuk mempromosikan Malaysia. Kerajaan mengadakan kempen Tahun Melawat Malaysia. Kerajaan Malaysia juga menganjurkan pertandingan sukan bertaraf antarabangsa. Ekonomi Malaysia meningkat. Peluang pekerjaan juga terbuka luas. Banyak pelancong datang ke Malaysia. [6 markah]

Skema: Malaysia menjadi destinasi tarikan pelancong kerana mempunyai beberapa buah pulau yang indah dan kawasan rekreasi hutan yang menarik. Kerajaan telah berusaha dengan gigih untuk mempromosikan Malaysia dengan mengadakan kempen Tahun Melawat Malaysia dan menganjurkan pertandingan sukan bertaraf antarabangsa. Ekonomi Malaysia meningkat dan peluang pekerjaan juga terbuka luas kerana banyak pelancong datang ke Malaysia. (c)

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i)

Demontrasi mencegah kebakaran oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat telah tertarik minat penduduk di sekitar kawasan perumahan itu.

(ii)

Pemain bola sepak yang meletih itu asyik bercekak pinggan sahaja di tengah-tengah padang.

(iii)

Wabak selsema burung akan menjadi merbahaya kepada penduduk dunia sekiranya tidak dicegah dari awal. [6 markah]

Skema: (i) demontrasi tertarik

-

demonstrasi (ejaan) menarik (imbuhan)

(ii)

pinggan meletih

-

pinggang (ejaan) keletihan (imbuhan)

(iii)

selsema merbahaya

-

selesema (ejaan) berbahaya (imbuhan)

13

http://cikgusazali.blogspot.com (d)

Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula. (i)

Pihak polis telah menahan pemuda gelandangan itu kerana beliau didapati positif di dalam ujian air kencing yang diadakan secara rawak.

(ii)

Bintang-bintang yang berkerdipan di langit menambahkan kenyamanan suasana malam di kawasan peranginan itu.

(iii)

Keterampilan berbahasa di kalangan pengguna jati bahasa Melayu mestilah sentiasa diperkukuh dari masa ke masa. [6 markah]

Skema: (i) beliau di dalam

(e)

-

dia (istilah) dalam (tatabahasa)

(ii)

kenyamanan bintang-bintang

-

keindahan (istilah) bintang (tatabahasa)

(iii)

pengguna di kalangan

-

penutur (istilah) dalam kalangan (tatabahasa)

Lengkapkan peribahasa di bawah. (i) (ii) (iii)

Harimau mati meninggalkan belang,.............................................................. Kalau takut dilambung ombak, ..................................................................... Kalau kail panjang sejengkal, ....................................................................... [6 markah]

Skema: (i) Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama (ii) Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai (iii) Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga.

14

http://cikgusazali.blogspot.com Soalan 4: Novel Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel- novel yang berikut:

(a)

(i)

Sutera Dalam Lukisan karya Abd.Talib Hassan

(ii)

Renyah karya Gunawan Mahmood

Jelaskan dua contoh pengorbanan yang dilakukan oleh watak utama dalam sebuah novel yang telah anda pelajari. [ 7 markah]

Skema: (a)

(i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii)

(viii) (viii)

Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari. Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap. Beri 1 markah bagi pengorbanan watak utama. Beri 1 markah bagi huraian/contoh pengorbanan Markah isi maksimum 4 (maksimum 2 isi dan 2 huraian/contoh). Markah bahasa maksimum 3. Markah bahasa diberi secara impression. Baik : 3 markah Sederhana : 2 markah Lemah : 1 markah Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa. Calon tidak menjawab 0 markah.

Novel Renyah i. Pengorbanan ayah kepada anaknya Contoh : Datuk Dolhi dan Datin Tominah hadir pada anugerah pendidik negeri terbaik anaknya Amera atas permintaan anaknya. ii. Pengorbanan suami kepada isteri Contoh: Datuk Dolhi menemani isterinya Datin Tominah menghadiri pertunjukan fesyen Busana Islam walaupun beliau sangat bosan dengan pertunjukan tersebut iii. Pengorbanan kepada sahabat Contoh: Datuk Dolhi berkorban untuk memajukan syarikat usaha sama dengan Albert Lee. iv. Pengorbanan kepada usahawan muda Contoh: Datuk Dolhi sering meluangkan masa untuk membimbing usahawan muda melalui ceramah kepada golongan berkenaan. Novel Sutera Dalam Lukisan i. ii. iii.

Pengorbanan anak kepada ibunya Contoh: Bujei cuba menyelamatkan ibunya daripada kebakaran rumahnya tetapi tidak 15erjaya kerana api marak terlalu cepat dan dia dihalang oleh orang ramai daripada memasuki rumahnya yang terbakar. Pengorbanan seorang anak Contoh: Walaupun bapa tirinya, Harun sering menyeksanya malah telah cuba mengambil peluang untuk merampas hak milik Bujei yang ditinggalkan oleh arwah ibunya namun Bujei tetap menghormati Harun. Pengorbanan seorang sahabat Contoh: Bujei berkorban untuk membela Adila daripada fitnah yang dilemparkan oleh Alias.

15

http://cikgusazali.blogspot.com Contoh jawapan: Novel yang saya pelajari ialah Renyah karya Gunawan Mahmood. Watak utama dalam novel ini ialah Datuk Dolhi. Pengorbanan dalam novel ini ialah pengorbanan ayah kepada anaknya. Contohnya, Datuk Dolhi sanggup menghantar Dani ke pusat pemulihan walaupun dia seorang yang terkenal. Pengorbanan yang lain ialah pengorbanan seorang anak kepada bapa. Contohnya Wahi sanggup meninggalkan negara Jepun semata-mata untuk membantu Datuk Dolhi menguruskan syarikat. ATAU Novel yang saya pelajari ialah Sutera Dalam Lukisan karya Abd Talib Hassan. Watak utama dalam novel ini ialah Bujei. Pengorbanan dalam novel ini ialah pengorbanan seorang anak terhadap ibunya. Contohnya, Bujei cuba menyelamatkan ibunya daripada kebakaran rumahnya tetapi tidak 16erjaya kerana api marak terlalu cepat dan dia dihalang oleh orang ramai daripada memasuki rumahnya yang terbakar Pengorbanan yang lain ialah pengorbanan seorang sahabat. Contohnya Bujei berkorban untuk membela Adila daripada fitnah yang dilemparkan oleh Alias. (b)

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut. [ 8 markah]

Skema: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) (ix)

Jawapan berdasarkan dua buah novel yang dipelajari. Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap. Beri 1 markah bagi setiap latar masyarakat. Beri 1 markah bagi setiap huraian/contoh yang betul untuk setiap latar masyarakat Markah isi maksimum 6 (maksimum 2 markah bagi setiap latar masyarakat dab contoh). Markah bahasa maksimum 2. Markah bahasa diberi secara impression Baik : 2 markah Lemah : 1 markah Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa. Calon tidak menjawab 0 markah.

Novel Renyah i. ii. iii. iv. v. vi. vii.

Masyarakat usahawan . Contoh : Datuk Dolhi dan Albert Lee merupakan usahawan yang berjaya dan kaya Masyarakat yang tamak . Contoh : Hasnol bersikap tamak sebab menerima rasuahTengku Munir. Masyarakat pendidik . Contoh : Amera bekerja sebagai guru dan menerima anugerah guru negeri terbaik. Masyarakat majmuk . Contoh : Wahi Melayu, Yuka Jepun dan Albert Lee Cina Masyarakat penyelewengan agama . Contoh : Mukhlis, Tok Guru dan Hanisah terikut dengan kesesatan ajaran agama. Masyarakat mementingkan bahasa kebangsan. Contoh : Raj Hussein meminta Datuk Dolhi menamakan projeknya dengan nama kemelayuan sedikit. Masyarakat menghargai alam sekitar. Contoh : Ilham mencatat sesuatu maklumat penulisannya tentang alam sekitar.

16

http://cikgusazali.blogspot.com viii. ix. x.

Masyarakat menghargai barangan tempatan. Contoh : Datin Tominah minta Datuk Dolhi memakai baju batik tempatan iaitu batik Kelantan. Masyarakat yang menggalakkan perkahwinan campur. Contoh : Wahi berkahwin dengan gadis Jepun Yuka dan Robert Lee ingin berkahwin dengan Amera gadis Melayu. Masyarakat yang mementingkan pendidikan. Contoh : Semua anak-anak Datuk Dolhi belajar di Universiti.

Novel Sutera Dalam Lukisan i. ii. iii. iv.

Masyarakat kampung yang memandang rendah kepada orang yang kurang bernasib baik. Contoh: Masyarakat kampung memandang rendah terhadap Bujei dengan mengatakan dia bodoh, dungu dan tidak berakal. Masyarakat kampung yang mempunyai norma kemanusiaan. Contoh: Sidang Saman begitu mengambil berat tentang Bujei dengan membawa Bujei balik ke rumahnya setelah dipukul oleh Harun. Masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesenangan orang lain. Contoh:Baru sahaja beberapa bulan berkahwin, Harun sudah memujuk Fatimah untuk membeli kereta. Masyarakat yang mengamalkan kerjasama. Contoh: Penduduk kampung bekerjasama untuk mengadakan majlis perkahwinan Same’ah.

Contoh Jawapan: Novel yang saya kaji ialah Renyah karya Gunawan Mahmood. Dalam novel ini terdapat beberapa latar masyarakat. Antaranya ialah masyarakat usahawan. Contohnya Datuk Dolhi dan Albert Lee merupakan usahawan yang berjaya. Latar masyarakat yang lain ialah masyarakat pendidik. Contohnya Ameera merupakan seorang pendidik yang berjaya dan mendapat anugerah tokoh pendidik. Latar masyarakat yang berikutnya ialah masyarakat yang terlibat dalam ajaran sesat. Contohnya Mukhlis terpengaruh dengan ajaran sesat sehingga ditahan oleh pihak berkuasa. ATAU Novel yang saya kaji ialah Sutera Dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan. Dalam novel ini terdapat beberapa latar masyarakat. Antaranya ialah masyarakat kampung yang memandang rendah kepada orang yang kurang bernasib baik.Contohnya masyarakat kampung memandang rendah terhadap Bujei dengan mengatakan dia bodoh, dungu dan tidak berakal. Latar masyarakat yang lain ialah masyarakat kampung yang mempunyai norma kemanusiaan.. Contohnya Sidang Saman begitu mengambil berat tentang Bujei dengan membawa Bujei balik ke rumahnya setelah dipukul oleh Harun. Latar masyarakat yang berikutnya ialah masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesenangan orang lain. Contohnya baru sahaja beberapa bulan berkahwin, Harun sudah memujuk Fatimah untuk membeli kereta. .

17

Bengkel Kertas 2 SMKL.pdf

There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Bengkel Kertas ...

442KB Sizes 7 Downloads 160 Views

Recommend Documents

Bengkel Kertas 2 SMKL.pdf
Page 2 of 17. http://cikgusazali.blogspot.com. 2. Soalan 1: Rumusan. [ 30 markah]. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang ...

Kertas 2.pdf
Loading… Whoops! There was a problem loading more pages. Retrying... Whoops! There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Kertas 2.pdf. Kertas 2.pdf. O

BMSPM2014 KERTAS 2.pdf
(ii) KBKK 3 markah. (iii) KOMSAS 4 markah. • Soalan 2 (c). (i) Analisis Petikan 2 markah. (ii) Analisis Petikan 3 markah. (iii) KBKK 3 markah. • Soalan 2 (d). (i) Maksud kata 2 markah. (ii) KBKK 3 markah. (iii) KOMSAS 4 markah. 17 MARKAH. Page 3

MODUL 2 KERTAS 1.pdf
tiamina pellagra. retinol rabun malam. “Proses memecahkan molekul makanan. kompleks ke unit yang paling ringkas”. Whoops! There was a problem loading ...

SKEMA MODUL 1 KERTAS 2.pdf
Loading… Page 1. Whoops! There was a problem loading more pages. Retrying... SKEMA MODUL 1 KERTAS 2.pdf. SKEMA MODUL 1 KERTAS 2.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu. Displaying SKEMA MODUL 1 KERTAS 2.pdf.

Percubaan Bahasa Melayu Kertas 2 2014.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Percubaan Bahasa Melayu Kertas 2 2014.pdf. Percubaan Bahasa Melayu Kertas 2 2014.pdf. Open. Extract. Open wi

Percubaan Bahasa Melayu Kertas 2 2014.pdf
Remaja boleh menjalankan tanggungjawab sosial ini dengan menggunakan laman. sosial yang mudah dan popular dalam kalangan mereka. Oleh itu, remaja ...

addmath Kertas 1 Kelantan.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. addmath Kertas 1 Kelantan.pdf. addmath Kertas 1 Kelantan.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu.

BM kertas 1.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. BM kertas 1.pdf.

list_new2_Pdf (2)(2) (2).pdf
C/O. NAGRAJ K., TELECOM SECTION,. KDHP CO. (P) LTD, MUNNAR WORKSHOP,. P.O. MUNNAR, IDUKKI - 685 612. 5 BITHAMOL K.T., AGED 32 YEARS,.

(2)(2) (2).pdf
THE STATE OF KERALA,. REPRESENTED BY THE SECRETARY TO GOVERNMENT,. EDUCATION DEPARTMENT,THIRUVANANTHAPURAM, PIN- 695 001. 2. THE STATE PROJECT DIRECTOR,. RASHTRIYA MADHYAMIK SHIKSHA ABHIYAN,. SEVENTH FLOOR, TRANS TOWER BUILDING,. VAZHUTHACAUD ...

1/2 index.html 2/2 - CS50 CDN
20: . 21: CS50 Shuttle. 22: . 23: . 24:

2
Approaches that depart from the nested features used in back-off n-gram LMs ... The loss function optimized in training is the cross-entropy between the model ...

2 ;...; g 2
Wireless communication networks are widely deployed today, and for many ..... for a similar example) without loss of optimality and the advantage is that (19) ...

2-2-rmqmo.pdf
Halogen-free according to IEC61249-2-21. • Double sided cooling. • Compatible with DirectFET® package MZ footprint and outline. • Low parasitic inductance.

2-2 Finanzas.pdf
3.1 Los flujos de renta frente a los flujos de caja. 3.2. Tipos de flujos de caja. 3.3. La estimación del flujo de caja. 3.4. El cálculo del flujo de caja libre de la ...

2-2.pdf
planned and hysterectomy was performed because of sus- pected endometrial cancer. ... with endometrial polyp by pathology consultation. Page 3 of 4. 2-2.pdf.

2-2 Finanzas.pdf
Módulo Formación Transversal Materia Gestión. Empresarial. Carácter Obligatorio. Créditos 6. Presenciales 3,6. No presenciales 2,4. Curso 2 Semestre 4.

CS_Phoenix Power Company SAOG Financials (2)(2)(2)(1).pdf ...
POMCo Phoenix Operation and Maintenance Company LLC 1) Minimum DSCR requirement is 1.05. Financial modeling (refer the attached excel file) shows the project cash flow is hard to meet. LTMC Long Term Maintenance Contract this without deferred tax and

ajax1.html 1/2 ajax1.html 2/2 - CS50 CDN
3: ajax1.html. 4: 5: Gets stock quote from quote1.php via Ajax, displaying result with alert(). 6: 7: Computer Science 50. 8: David J. Malan. 9: 10: -->. 11: 12:

Page 1 / 2 Loading… Page 1 Page 2 of 2 ...
Sign in. Page. 1. /. 2. Loading… Page 1. Page 2 of 2. Eacb1567b148a94cb2dd5d612c7b769256279ca60_Q8633_R329927_D1856546.pdf. Eacb1567b148a94cb2dd5d612c7b769256279ca60_Q8633_R329927_D1856546.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu. Displayi

KOMATSU 6D125-2 S6D125-2 SA6D125-2 ENGINE SERVICE ...
KOMATSU 6D125-2 S6D125-2 SA6D125-2 ENGINE SERVICE MANUAL.pdf. KOMATSU 6D125-2 S6D125-2 SA6D125-2 ENGINE SERVICE MANUAL.pdf.

phase 2 orderform (2).pdf
To order online, please go to jostensyearbooks.com. To order by phone, please call 1-877-767-5217. Please do not bring payment to the school. Online orders ...

2-2 Microeconomia III.pdf
Page 1 of 4. Facultad de Ciencias Económicas y Empresariales. GRADO EN ECONOMIA. SEGUNDO CURSO. Asignatura Microeconomía III Código 802355. Módulo Análisis Económico Materia Microeconomía. Carácter Obligatorio. Créditos 6. Presenciales 3,6.