SULIT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA BELUD

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2014 1103/2 Peperiksaan Percubaan SPM Bahasa Melayu Kertas 2 Ogos 2014

2 jam 30 minit

Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

ARAHAN 1.

Kertas soalan ini mengandungi empat soalan

2.

Jawab semua soalan

3.

Jawapan bagi Soalan 2(a), Soalan 2 (c), dan Soalan 2 (d) dan, Soalan 4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

4.

Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak

1103/2 1103/2

2

SULIT [ Lihat halaman sebelah

Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan remaja sebagai pengguna dan cara-cara memupuk kesedaran kepenggunaan dalam kalangan remaja. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Dewasa ini, isu kepenggunaan dalam kalangan remaja menjadi perhatian masyarakat lantaran peningkatan taraf hidup. Tanpa kita sedari, pengguna remaja lebih banyak menjadi mangsa penipuan berbanding dengan pengguna lain. Hal ini terjadi kerana remaja sendiri kurang ambil peduli tentang hak dan tanggungjawab sebagai pengguna. Isu remaja dan pengguna berlaku sepanjang masa, namun yang menjadi persoalannya ialah tidak banyak remaja yang mengetahui hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna. Oleh sebab itu, setiap remaja perlu peka akan peranan mereka sebagai pengguna yang bijak. Mereka perlu melibatkan diri dalam hal-hal kepenggunaan kerana melalui cara ini mereka akan memahami definisi, hak dan tanggungjawab sebagai pengguna. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh remaja untuk mendapatkan maklumat tentang semua perkara berkaitan isu kepenggunaan. Antaranya ialah menjadi ahli persatuan pengguna di tempat masing-masing. Selain itu, remaja perlu berkongsi pengetahuan sebagai pengguna dengan masyarakat. Remaja tidak seharusnya bersikap mementingkan diri sendiri semata-mata. Remaja boleh menjalankan tanggungjawab sosial ini dengan menggunakan laman sosial yang mudah dan popular dalam kalangan mereka. Oleh itu, remaja boleh menggunakan perkhidmatan laman sosial ini sebagai wadah komunikasi untuk menubuhkan kelab pengguna. Pada masa yang sama, remaja juga boleh mengetahui sebarang produk dan perkhidmatan daripada pelbagai sumber. Hal ini amat penting kerana tanpa disedari, remaja sering menjadi mangsa apabila jurujual menggunakan permainan psikologi. Justeru, remaja bertanggungjawab mengambil tindakan yang sewajarnya andai mereka menjadi mangsa dalam hal-hal kepenggunaan. Selain memahami hak dan tanggungjawab sebagai pengguna, remaja juga harus mengambil sedikit masa untuk melihat isu-isu penting tentang kepenggunaan. Isu ini boleh dicari dengan mudah melalui media cetak dan elektronik. Antara isu yang mendapat perhatian media ialah isu pengguna remaja yang menjadi mangsa produk tiruan. Hal ini berlaku kerana faktor usia dan pemikiran remaja itu sendiri yang tidak matang. Sebagai pengguna, remaja juga bertanggungjawab untuk melakukan kajian terhadap isuisu tertentu kerana hal ini akan membuka minda remaja untuk berfikir dengan lebih luas sebagai pengguna. Dalam pelbagai hal kepenggunaan, remaja sebagai pengguna seharusnya berfikir dahulu dan merancang sebelum berbelanja bagi mengelakkan diri mereka daripada menjadi mangsa penipuan. Sebarang isu yang dapat membantu remaja menjadi pengguna yang bijak haruslah dikaji, diselidik, dan difahami oleh remaja sendiri. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Tanggungjawab Remaja Sebagai Pengguna

1103/2

3

oleh Asrul Ilham Sany, Dewan Siswa, April 2011) SULIT

Soalan 2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)

Berikan maksud rangkai kata produk tiruan.

[2 markah]

(ii)

Mengapakah remaja sering menjadi mangsa dalam isu kepenggunaan?

[3 markah]

(iii)

Sebagai pengguna, apakah tindakan anda apabila menyedari bahawa anda telah tertipu setelah membeli sesuatu barangan? Berikan tiga tindakan anda. [4 markah]

1103/2

4

SULIT

Soalan 2(b) – Petikan Drama Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SABARIAH : Emak... . Sabariah minta maaf. (Sayu) Sabariah sudah lukakan hati emak. (Menangis) Sabariah sanggup potong jari ini untuk menebus salah Sabariah, mak. JIMAH menguis kakinya supaya pelukan SABARIAH terlepas. JIMAH : Pergi balik ke kota London engkau. SHAHRUL : Shahrul minta ampun, mak. JIMAH melepaskan pandangannya ke arah lain. SANI cuma mampu memandang telatah abang dan kakaknya. SALMAH : Emak, Sal minta ampun, minta maaf banyak-banyak. Sal bersalah emak.Sal pentingkan perniagaan daripada tanggungjawab pada emak, pada bapa. Semua mata tertumpu kepada JIMAH. JIMAH menahan sebak. Terketar-ketar bibirnya menahan kedukaannya. Setelah dia dapat mengawal diri, baru JIMAH bercakap. JIMAH : Sepatutnya kehadiran kamu pada kala aku dan bapa kamu ditimpa musibah, mengembirakan hati aku. Bantu semangat aku yang sudah luntur. Bantu ringankan beban derita yang aku tanggung. Tapi meleset sekali sangkaan aku. Kamu cuma fikirkan kerja, fikir duit, fikir kerugian, fikir suami, ingat isteri. Berapa duit kamu habis berbelanja? Ratus ribu? Huh, tiada belas kasihan langsung! Kamu ingat duit ringgit yang kamu beri tiap-tiap bulan itu sudah cukup untuk membalas budi orang tua. Kami tidak perlu duit ringgit kamu. (Berhenti seketika, menahan sebak di dada) Kamu tidak malu pada Sani itu? Dia tu anak pungut. Anak pungut. Bukan anak aku, tetapi dia lebih dekat dengan aku. Wan bukan anak aku. Dia menantu aku, tetapi dia hambakan dirinya untuk aku. Dia dan Sani tahu membalas kasih sayang dan budi yang selama ini aku dan bapa kamu beri. ( Dipetikan daripada Drama Tiang Cengal Dinding Sayung oleh Suriani Mohd Yusof dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

1103/2

5

SULIT

(i) Apakah kesalahan yang dilakukan oleh Sabarah sehingga sanggup jarinya dipotong? [ 2 markah]

(ii) Ibu bapa sebenarnya tidak mengharapkan wang ringgit anak-anak mereka. Pada pendapat anda, apakah yang diharapkan oleh setiap ibu bapa daripada anak-anak mereka? [ 3 markah]

(iii)Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan drama dan satu latar masyarakat lain yang terdapat dalam keseluruhan drama. [ 4 markah]

1103/2

6

SULIT

Soalan 2(c) – Petikan Prosa Klasik Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan – soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Soalan 2 (c). Petikan Prosa Klasik Baca petikan prosa Idasik di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah demikian maka Iuan Puteri Mandu Ratna Dewi pun makin sangat menangis takut akan ayahanda baginda. Maka Raja Indera Bumaya pun memujuk tuan puteri juga dengan kala yang manis- manis seraya katanya, "Ya tuanku, nyawa badan kakanda, janganlah menangis. Mata yang manis menjadi balut, suara yang merdu menjadi parau. Tuan, janganlah merosakkan kalbu abang. Biarlah hilang abang seorang, malulah lenyap kakanda seorang." Maka kata tuan puteri, "Jika kakanda mati masakan adinda hidup. Hidup pun tiada apa gunanya." Maka Raja Indera Bumaya pun lersenyum mendengar kala tuan puteri itu, seraya katanya, "Kasih sungguh ruparupanya tuan akan kakanda serta juga kakanda mati yang kasih tuan itu setelab terjunjunglah di atas batu kepala kakanda." Maka Raja Indera Bumaya pun mencita gemala hikmat yang daripada Raja Johan Syahperi itu maka keluar jin empat ribu dari dalam gemala hikmat itu. Maka titah baginda, "Hai saudaraku, pergilah tuan hamba berperang dengan rakyat Raja Bahrum Dewa itu." Maka ia pun menyembah lalu turun berperang. Maka menjadi perang besarlah kedua pihak itu gegak gempita terang cuaca menjadi kelam kabut. Setelah seketika itu maka orang berperang pun terlalu banyaklah darah tumpah ke bumi maka bergeraklah tasik indera itu sementara itulah segala hulubalang rakyat sekalian. Dipetik daripada 'Hikayat Langlang Buana' dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka (i) Apakah maksud rangkai kala merosakkan kalbu? [2 markah] (ii) Nyatakan perkara yang berlaku dalam peperangan antara jin dari gemala hikmat dengan rakyat Raja Bahrum Dewa? [3 markah] (iii) Pada pendapat anda, wajarkah tindakan Raja Indera Bumaya melancarkan peperangan terhadap Raja Bahrum Dewa? Nyatakan tiga alasan anda. [3 markah]

1103/2

7

SULIT

Soalan 2(d)- Sajak Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. HARGA REMAJA Berapakah sebenarnya harga remaja yang bersih dari gelodak kecewa bagai kehijauan daun bagai kesegaran pohon di pinggir perjalanan ini? Dengan apakah akan kaupenuhi piala remajamu adakah cuka kesangsian dari cinta murah atau madu ajaran dari ilmu susah? Remaja amat mahal sesungguhnya tiada terbeli oleh perjanjian harga remaja adalah pendirian keberanian dan ilmu. Penuhilah remajamu dengan ketentuan tuju. Rahman Shaari Langit di Tangan, 1995 Antologi Harga Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka

[Lihat halaman sebelah

(i)

Apakah maksud cuka kesangsian dalam sajak di atas? [2 markah]

(ii)

Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang remaja dapat menjaga maruah dirinya? Berikan dua cadangan anda. [3 markah]

(iii)

Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut . [4 markah]

1103/2

9

SULIT

Soalan 3:Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan. (a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) menghadiahkan (ii) menghadiahi (iii) menganugerahkan (iv) menganugerahi (v) menghutangkan (vi) menghutangi [6 markah] (b) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti,kemudian tentukan jenis-jenis ayat majmuk yang digunakan bagi setiap ayat tersebut.

(i) Ali telah belajar bersungguh-sungguh tetapi dia masih tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaannya. (ii) Orang yang gopoh tidak dapat menghasilkan sesuatu dengan baik. (iii)Ketua Pengarah menghadiahi Cikgu Surati seutas jam tangan kerana berkhidmat dengan cemerlang. (iv) Mereka melompat-lompat sambil menjerit dengan kuat (v) Penduduk kampung itu menyedari bahawa nasib mereka terancam (vi) Rakyat Malaysia memang terkenal di seluruh dunia dengan sifat lemah lembut dan bertatatertib yang tinggi nilainya. [ 6 markah]

1103/2

10

SULIT

(c) Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menulis ayat itu semula. (i)

Pihak RISDA akan mempertingkat usaha untuk membantu pekebun kecil kerana harga getah dijangkakan lebeh menarik pada tahun depan

(ii)

Sistem pendidikan maya memberi peluang kepada pelajar untuk mengulangkaji berbagai-bagai mata pelajaran dengan mudah dari mana-mana lokasi.

(iii) Beberapa pengembangan yang menarik dapat kita saksikan dalam teknoloji komputer apabila pelbagai ciptaan baharu akan muncul. [6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)

Walaupun sambutan hari lembaran telah masuk hari yang keempat, kemeriahannya masih lagi terasa.

(ii)

Pusat membeli-belah itu dijangka menjadi pusat tumpuan dan mercu tanda baharu warga kota apabila dilancarkan secara resmi pada Ogos ini.

(iii) Penumbuhan pemberian pinjaman bank dijangka kekal berdasarkan kepada ekonomi Malaysia yang dijangka positif. [6 markah]

1103/2

11

SULIT

(e)

Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam ayat-ayat tersebut

(i)

Semenjak membeli motosikal yang baharu, Zaman membiarkan sahaja motosikal lamanya di bawah rumah. Motosikal itu dibiarkan kotor dan kempis tayarnya. Mak Senah telah menegur sikap Zaman yang membiarkan saja motosikal yang masih boleh digunakan itu. Zaman tetap membiarkan motosikal lamanya kerana dia berasa seronok menunggang motosikal baharunya.

(ii) Cikgu Zarul berasa puas kerana telah berjaya mendapat segulung ijazah. Bertahun-tahun lamanya dia melanjutkan pelajaran. Kalau dulu dia hanya lulusan maktab, kini dia berkelulusan universiti. Dia berasa puas kerana titik peluhnya selama ini telah menyebabkan kehidupannya lebih selesa sekarang. (iii) Beberapa bulan selepas Haji Tamrin meninggal dunia, kehidupan tiga orang anak mereka mula berubah. Masing-masing telah membeli kereta baharu. Haji Tamrin telah banyak meninggalkan harta pusaka kepada anak-anaknya itu. Oleh sebab itulah ketiga-tiga orang anak lelakinya telah mewarisi harta yang banyak daripada ayah mereka. [6 markah]

1103/2

12

SULIT

Soalan 4: Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (i)

PAPA … (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusuf

(ii)

Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah

(iii)

Melunas Rindu karya Hartini Hamzah

(iv)

Renyah karya Gunawan Mahmood

(v)

Interlok karya Abdullah Hussain

(vi)

Sutera Dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan

(vii)

Kembara Amira karya Amer Hmzah L. Kadir

(viii)

Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid

4(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, dua peristiwa teknik saspens yang terdapat dalam novel tersebut. [7 markah] 4(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu latar masyarakat dalam setiap novel. [8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

Percubaan Bahasa Melayu Kertas 2 2014.pdf

There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Percubaan Bahasa Melayu Kertas 2 2014.pdf. Percubaan Bahasa Melayu Kertas 2 2014.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu.

221KB Sizes 5 Downloads 372 Views

Recommend Documents

Percubaan Bahasa Melayu Kertas 2 2014.pdf
Remaja boleh menjalankan tanggungjawab sosial ini dengan menggunakan laman. sosial yang mudah dan popular dalam kalangan mereka. Oleh itu, remaja ...

022-032 Bahasa Melayu SJK.pdf
Page 2 of 27. 022-032/1 BAHASA MELAYU SJK. Bahasa Melayu SJK 1 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014. INSTRUMEN PENTAKSIRAN. Kod Mata ...

PPPM BAHASA MELAYU TINGKATAN 1.pdf
Try one of the apps below to open or edit this item. PPPM BAHASA MELAYU TINGKATAN 1.pdf. PPPM BAHASA MELAYU TINGKATAN 1.pdf. Open. Extract.

Trial-SBP-Bahasa-Melayu-K1-K2-Dan-Skema.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item.

BM1 - SIMPULAN BAHASA (MAKSUD MELAYU).pdf
air muka rupa atau wajah seseorang. ajak-ajak ayam tidak ... batu api orang yang suka menghasut ... BM1 - SIMPULAN BAHASA (MAKSUD MELAYU).pdf.

Kertas 2.pdf
Loading… Whoops! There was a problem loading more pages. Retrying... Whoops! There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Kertas 2.pdf. Kertas 2.pdf. O

Bengkel Kertas 2 SMKL.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Bengkel Kertas ...

Bengkel Kertas 2 SMKL.pdf
Page 2 of 17. http://cikgusazali.blogspot.com. 2. Soalan 1: Rumusan. [ 30 markah]. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang ...

BMSPM2014 KERTAS 2.pdf
(ii) KBKK 3 markah. (iii) KOMSAS 4 markah. • Soalan 2 (c). (i) Analisis Petikan 2 markah. (ii) Analisis Petikan 3 markah. (iii) KBKK 3 markah. • Soalan 2 (d). (i) Maksud kata 2 markah. (ii) KBKK 3 markah. (iii) KOMSAS 4 markah. 17 MARKAH. Page 3

MODUL 2 KERTAS 1.pdf
tiamina pellagra. retinol rabun malam. “Proses memecahkan molekul makanan. kompleks ke unit yang paling ringkas”. Whoops! There was a problem loading ...

Percubaan SPMKertas2.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Percubaan SPMKertas2.pdf. Percubaan SPMKertas2.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu.

SKEMA MODUL 1 KERTAS 2.pdf
Loading… Page 1. Whoops! There was a problem loading more pages. Retrying... SKEMA MODUL 1 KERTAS 2.pdf. SKEMA MODUL 1 KERTAS 2.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu. Displaying SKEMA MODUL 1 KERTAS 2.pdf.

00 BAHASA INDONESIA (2).pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. 00 BAHASA INDONESIA (2).pdf. 00 BAHASA INDONESIA (2).pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Details. Commen

USLP India Progress 2014PDF - Hul
Ÿ Project Shakti network expanded to include over 70,000 ... The 'Help a Child Reach 5' handwashing campaign started in 2013 in .... while promoting the benefits of clean toilets and good hygiene. .... social investment in India has continued to sup

Percubaan Pahang K1.pdf
Whoops! There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Percubaan Pahang K1.pdf. Percubaan Pahang K1.pdf.

PPPM B MELAYU SK Thn 2.pdf
Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. PPPM B MELAYU SK Thn 2.pdf. PPPM B MELAYU SK Thn 2.pdf.

Percubaan Pahang K2.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Percubaan ...Missing:

percubaan spm k2 2014.pdf
mengembeleng dan. menggabungjalinkan semua faktor. pengeluaran. o seperti tanah dan modal. (maksimum 6 markah). (c)(i) Cabang Pengeluaran (X) ialah.

Melayu Islam Beraja.pdf
43. Page 3 of 43. Melayu Islam Beraja.pdf. Melayu Islam Beraja.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu. Displaying Melayu Islam Beraja.pdf.

DSK Bahasa Arab Tahun 2.pdf
Page 1 of 26. ii. c. Page 1 of 26. Page 2 of 26. iii. Page 2 of 26. Page 3 of 26. iv. Page 3 of 26. Page 4 of 26. v. Page 4 of 26. DSK Bahasa Arab Tahun 2.pdf.

KOLEKSI PEPATAH MELAYU A-Z.pdf
666 Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dulu, bersenang- senang kemudian [Merempuh kesusahan dahulu sebelum mendapat ...

man-154\melayu-lucah-download.pdf
Page 2 of 5. MELAYU LUCAH DOWNLOAD PDF. Melayu Lucah Download. Offer us 5 mins as well as we will certainly show you the very best. book to check out today. This is it, the Melayu Lucah Download that will be your finest selection for. far better read

Kuiz Bahasa Malaysia - Thn 2.pdf
Kuiz Bahasa Malaysia - Thn 2.pdf. Kuiz Bahasa Malaysia - Thn 2.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu. Displaying Kuiz Bahasa Malaysia - Thn ...

DSP Bahasa Malaysia SK Tahun 2.pdf
There was a problem loading more pages. Retrying... DSP Bahasa Malaysia SK Tahun 2.pdf. DSP Bahasa Malaysia SK Tahun 2.pdf. Open. Extract. Open with.