SAZALI BIN IBRAHIM Penolong Kanan Pentadbiran SMK Laloh, Kuala Krai, Kelantan

Blog: http://cikgusazali.blogspot.com 1

SARANAN • Rancang helaian jawapan sebelum menjawab soalan. • • • • • • •

Soalan 1 Soalan 2(a) Soalan 2(b) Soalan 2(c) Soalan 2(d) Soalan 3 Soalan 4 JUMLAH

: : : : : : :

BAKI MASA

40 minit 15 minit ? ? ? 40 minit 15 minit 110 minit

30 markah 09 markah

26 MARKAH

30 markah 15 markah 84 markah

= 40 minit /3 soalan = 13 minit per soalan

• Soalan 2 (b) (i) Analisis Petikan (ii) KBKK (iii) KOMSAS

2 markah 3 markah 4 markah

• Soalan 2 (c) (i) Analisis Petikan (ii) Analisis Petikan (iii) KBKK

2 markah 3 markah 3 markah

• Soalan 2 (d) (i) Maksud kata (ii) KBKK (iii) KOMSAS

2 markah 3 markah 4 markah

17 MARKAH

RUMUSAN •

Markah penuh 30 dibahagikan kepada: Isi 20 markah Bahasa 10 markah Panduan mengira perkataan



Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan: - nama khas (Kota Bharu) - perkataan berulang/kata ganda (cara-cara) - penggunaan kata depan di dan ke (di sana, ke atas) - tarikh yang ditulis dengan ayat atau angka - angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan - gelaran (Yang Amat Berhormat)



Jawapan calon akan diperiksa setakat 120 perkataan sahaja, yang selebihnya tidak perlu diperiksa. Isi yang tepat dan lengkap sahaja akan diberi markah.



4

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang khasiat cendawan terhadap kesihatan manusia dan usaha-usaha memajukan perusahaan cendawan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Pendahuluan: Bil Perkara i. Subjek ii. Sinonim iii. Frasa Tema iv. Sasaran v Lokasi

Deskripsi Petikan membincangkan kepentingan/kebaikan/manfaat/faedah/keistimewaan/kelebihan cendawan sebagai sumber makanan terhadap kesihatan manusia -

SINONIM

• • * * * * * *

kesan/akibat/implikasi/impak/natijah langkah-langkah/cara-cara/usaha-usaha/strategi/tindakan masalah/halangan/kekangan/rintangan/batasan faedah/kepentingan/manfaat/kebaikan/keistimewaan/kelebihan Faktor-faktor/punca-punca/sebab-sebab Tujuan/matlamat/objektif Ciri-ciri/kriteria/elemen/sifat-sifat Peranan/Fungsi/Tanggungjawab

Contoh: …buat satu rumusan tentang kepentingan hutan bandar dan…. SPM Nov 2013 Petikan membincangkan kebaikan hutan bandar kepada masyarakat di negara kita

…buat satu rumusan tentang kepentingan berpeluh kepada manusia dan…. SPM Jun 2011 Petikan membincangkan faedah mengeluarkan peluh kepada manusia …buat satu rumusan tentang faktor-faktor obesiti dan… SPM Jun 2014 Petikan membincangkan punca-punca berlakunya obesiti dalam kalangan masyarakat di negara kita. 6

Latihan 1: Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan hutan bandar dan cara-cara mengekalkan hutan bandar. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Latihan 2: Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan dan faedah-faedah industri pelancongan kesihatan kepada negara kita.. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Latihan 3: Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan bahasa kebangsaan dan masalah-masalah yang dihadapi untuk memperkasakan bahasa kebangsaan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Latihan 4: Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan makan coklat dan caracara memajukan industri coklat. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Latihan 5: Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan tidur dari segi saintifik dan cara-cara mengatasi masalah sukar tidur. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Latihan 6: Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah penerokaan angkasa lepas dan cara-cara untuk menarik minat masyarakat terhadap bidang penerokaan angkasa lepas. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Latihan 7: Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang tindakan mengatasi masalah disiplin murid di sekolah dan kesan masalah itu kepada negara. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Latihan 8: Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang ciri-ciri perunding yang berkesan dan usaha-usaha untuk meningkatkan kemahiran berunding. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

PENDAHULUAN Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang khasiat cendawan terhadap kesihatan manusia dan usaha-usaha memajukan perusahaan cendawan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Petikan membincangkan kebaikan cendawan dalam pemakanan seharian terhadap kesihatan tubuh badan manusia.

ISI TERSURAT Panduan: Apakah khasiat cendawan terhadap kesihatan manusia? Cendawan ialah organisma yang unik dan tidak tergolong dalam alam haiwan atau alam tumbuhan. Cendawan sebenarnya membina kumpulannya sendiri yang dikenali sebagai alam kulat yang tidak berupaya menghasilkan makanan sendiri disebabkan kekurangan klorofil. Di kebanyakan negara, cendawan ditanam sebagai sumber makanan penduduk kerana mengandungi nilai gizi atau zat makanan yang tinggi. Spesies cendawan seperti tiram kelabu, tiram putih dan tiram raja adalah antara spesies yang popular dalam kalangan penggemar cendawan. S1

mengandungi nilai gizi atau zat makanan yang tinggi

Panduan: Apakah khasiat cendawan terhadap kesihatan manusia? Dalam perubatan tradisional, cendawan digunakan secara meluas untuk mengubati pelbagai jenis jangkitan bakteria. Cendawan juga dikatakan dapat menghentikan masalah pendarahan. Selain itu, seseorang yang mempunyai tekanan darah tinggi digalakkan supaya mengambil ekstrak cendawan yang diproses kerana dipercayai mampu menjadi penawar untuk mengurangkan tekanan darah tinggi. Namun, tidak semua cendawan selamat dimakan oleh manusia. Hal ini demikian disebabkan terdapat juga cendawan yang beracun yang dapat memudaratkan kesihatan kerana mengandungi kadar toksik yang tinggi. Seseorang yang termakan cendawan yang beracun ini akan terdedah kepada masalah kerosakan hati. Selain itu, pengambilan cendawan yang beracun juga akan memusnahkan sistesis protein dalam tubuh badan manusia. S2 S3 S4

untuk mengubati pelbagai jenis jangkitan bakteria dapat menghentikan masalah pendarahan mampu menjadi penawar untuk mengurangkan tekanan darah tinggi

Panduan: Apakah khasiat cendawan terhadap kesihatan manusia? Kajian menunjukkan bahawa cendawan merupakan sumber yang kaya dengan antibiotik untuk melawan bakteria yang menjadi punca penyakit. Di samping itu, cendawan juga dapat meningkatkan sistem imunisasi dalam tubuh manusia. Satu penemuan penting tentang keistimewaan cendawan ialah kemampuannya dalam merawat penyakit kanser. Kajian juga menunjukkan bahawa cendawan mengandungi bahan aktif yang dikenali sebagai polisakarida yang menjadi penawar kepada penyakit kanser. Mereka yang mempunyai kadar kolesterol yang tinggi disarankan supaya menjadikan cendawan sebagai makanan harian kerana cendawan mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh badan. Selain memberi kebaikan kepada tubuh manusia, cendawan juga berfungsi sebagai penggubah utama bahan organik kepada bentuk baja. Cendawan berperanan sebagai salah satu elemen utama kitar semula hutan. S5 S6 S7 S8

sumber yang kaya dengan antibiotik dapat meningkatkan sistem imunisasi dalam tubuh manusia mampu merawat penyakit kanser mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh badan

Petikan membincangkan kebaikan cendawan dalam pemakanan seharian terhadap kesihatan tubuh badan manusia.. Antaranya ialah cendawan mengandungi nilai gizi atau zat makanan yang tinggi. Selain itu, cendawan digunakan untuk mengubati pelbagai jenis jangkitan bakteria. Di samping itu, cendawan dapat menghentikan masalah pendarahan. Seterusnya, ekstrak cendawan yang diproses mampu menjadi penawar untuk mengurangkan tekanan darah tinggi. Tambahan pula, cendawan merupakan sumber yang kaya dengan antibiotik. Akhir sekali, cendawan dapat meningkatkan sistem imunisasi dalam tubuh manusia. •

Tulis kesimpulan atas kertas soalan Kesimpulannya, setiap manusia mestilah berusaha untuk memanfaatkan khasiat cendawan supaya dapat meningkatkan kesihatan diri.



Bilang pendahuluan + isi tersurat + kesimpulan 12 + 56 + 14 = 82 patah perkataan (TINGGAL 38 pp untuk isi tersirat)

MEMBINA ISI TERSIRAT *

Rujuk soalan selepas dan

Isi Tersirat Usaha memajukan perusahan cendawan ialah Isi Subjek Predikat 1 kerajaan memberi bantuan modal kepada pengusaha cendawan 2 kerajaan menyediakan bengkel tentang cara-cara mengusahakan penanaman cendawan 3 pengusaha mempelbagaikan produk berasaskan cendawan 4 pengusaha meluaskan pasaran produk berasaskan cendawan

Usaha memajukan perusahan cendawan ialah pihak kerajaan memberikan bantuan modal kepada para pengusaha cendawan. Selain itu, kerajaan mengadakan bengkel tentang cara-cara mengusahakan penanaman cendawan. • • •

Bilang = 23 patah perkataan 82 + 23 = 105 patah perkataan (ada 15 pp lagi) Bina isi tersirat yang ketiga

Seterusnya para pengusaha mempelbagaikan produk berasaskan cendawan dan mengeksport cendawan ke luar negara. 117 patah perkataan

Petikan membincangkan kebaikan cendawan dalam pemakanan seharian terhadap kesihatan tubuh badan manusia.. Antaranya ialah cendawan mengandungi nilai gizi atau zat makanan yang tinggi. Selain itu, cendawan digunakan untuk mengubati pelbagai jenis jangkitan bakteria. Di samping itu, cendawan dapat menghentikan masalah pendarahan. Seterusnya, ekstrak cendawan yang diproses mampu menjadi penawar untuk mengurangkan tekanan darah tinggi. Tambahan pula, cendawan merupakan sumber yang kaya dengan antibiotik. Akhir sekali, cendawan dapat meningkatkan sistem imunisasi dalam tubuh manusia. Usaha memajukan perusahan cendawan ialah pihak kerajaan memberikan bantuan modal kepada para pengusaha cendawan. Selain itu, kerajaan mengadakan bengkel tentang cara-cara mengusahakan penanaman cendawan. Seterusnya para pengusaha mempelbagaikan produk berasaskan cendawan dan mengeksport cendawan ke luar negara.

Kesimpulannya, setiap manusia mestilah berusaha untuk memanfaatkan khasiat cendawan supaya dapat meningkatkan kesihatan diri.

117 patah perkataan

SOALAN PEMAHAMAN 1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri. 2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang sempurna/lengkap (tulis dalam bentuk point dikira tidak gramatis)

3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan separuh (50%) daripada markah yang diperuntukkan sahaja 15

SOALAN 2 MARKAH Markah

Deskripsi

2 markah

-

Jawapan tepat mengikut kontek/isi cukup dan ayat gramatis

1 markah

-

Jawapan kurang tepat/isi tidak cukup.

0 markah

-

Jawapan tidak tepat/salah.

SOALAN 3 MARKAH Markah

Deskripsi

3 markah

-

Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat gramatis.

2 markah

-

Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis. Isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat gramatis

1 markah

-

Isi kurang lengkap dan ayat kurang gramatis.

0 markah

-

Isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan tetapi ayat gramatis.

SOALAN 4 MARKAH Markah

Deskripsi

4 markah

-

Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat gramatis.

3 markah

-

Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis.

2 markah

-

Isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis.

1 markah

-

Isi kurang lengkap/kurang relevan dan ayat kurang gramatis.

0 markah

-

Isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan tetapi ayat gramatis.

16

Soalan 2 (a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i)

Berikan maksud elemen utama.

[2 markah]

(ii)

Pengarang ada menyatakan bahawa cendawan yang beracun memberi kesan buruk kepada manusia. Nyatakan kesan-kesan tersebut. [3 markah]

(iii)

Sekiranya anda ingin menjadi usahawan cendawan, apakah perkara-perkara yang diperlukan untuk memulakan perusahaan cendawan tersebut? [4 markah]

SOALAN MAKSUD RANGKAI KATA (i) Berikan maksud elemen utama.

[2 markah]

Cendawan berperanan sebagai salah satu elemen utama kitar semula hutan. Skema: (i)   

Maksud Sumber/unsur/agen/bahan penting Unsur/anasir/agen/bahan utama Elemen penting

Maksud elemen utama ialah sumber penting.

2m 1m 1m [Maksimum: 2 m]

SOALAN ANALISIS PETIKAN (ii)

Pengarang ada menyatakan bahawa cendawan yang beracun memberi kesan buruk kepada manusia. Nyatakan kesan-kesan tersebut. [3 markah]

Rujuk petikan: Namun, tidak semua cendawan selamat dimakan oleh manusia. Hal ini demikian disebabkan terdapat juga cendawan yang beracun yang dapat memudaratkan kesihatan kerana mengandungi kadar toksik yang tinggi. Seseorang yang termakan cendawan yang beracun ini akan terdedah kepada masalah kerosakan hati. Selain itu, pengambilan cendawan yang beracun juga akan memusnahkan sistesis protein dalam tubuh badan manusia.

Skema:

(ii)

Kesan buruk (Isi cukup – 2 kesan) P1 Akan terdedah kepada kerosakan hati manusia P2 Akan memusnahkan sistesis protein dalam tubuh badan manusia P3 Dapat memudaratkan kesihatan [Maksimum: 3 m] Kesan buruk cendawan yang beracun kepada manusia ialah dapat memudaratkan kesihatan kerana mengandungi kadar toksik yang tinggi. Kesan yang lain ialah akan terdedah kepada masalah kerosakan hati. Kesan yang berikutnya ialah akan memusnahkan sintesis protein dalam tubuh badan manusia.

SOALAN KBKK (Isi + Huraian/Contoh) (iii)

Sekiranya anda ingin menjadi usahawan cendawan, apakah perkara-perkara yang diperlukan untuk memulakan perusahaan cendawan tersebut? [4 markah]

Skema: Perkara yang diperlukan (Isi cukup – 3 perkara) P1 modal P2 tapak P3 mendapatkan ilmu/kemahiran/kursus P4 khidmat nasihat (Jabatan Pertanian) P5 kepakaran P6 tentukan pasaran P7 tenaga kerja P8 keberanian dan keyakinan (Jawapan lain yang sesuai boleh diterima)

[Maksimum: 4 m]

Sekiranya saya ingin menjadi usahawan cendawan, perkara yang diperlukan untuk memulakan perusahaan cendawan tersebut ialah mendapatkan modal yang cukup daripada institusi kewangan. Perkara yang lain ialah mencari tapak yang sesuai untuk penanaman cendawan. Perkara yang berikutnya ialah mendapatkan khidmat nasihat tentang penanaman cendawan daripada agensi kerajaan yang terlibat.

SOALAN SPM JUN 2014 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor obesiti dan kepentingan mengawal berat badan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Obesiti atau kegemukan didefinisikan sebagai lebihan lemak tubuh yang boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti darah tinggi dan penyakit kardiovaskular. Menurut kajian, kira-kira 20 peratus rakyat negara kita menghadapi masalah obesiti. Secara umum, obesiti berpunca daripada kandungan nutrisi yang tidak seimbang dalam menu harian. Hal ini berlaku kerana tabiat pemakanan yang lebih mengutamakan keenakan makanan berbanding dengan khasiatnya.

SOALAN SPM JUN 2014 Amalan pengambilan makanan segera seperti makanan berasaskan daging yang diproses turut menjadi penyumbang kepada masalah obesiti. Kajian yang dijalankan pada tahun 2005 hingga 2006 mendapati bahawa 74 sampel makanan segera seperti kentang dan ayam goreng yang dijual di restoran makanan segera sangat tinggi kandungan lemaknya. Selain itu, makanan berasaskan karbohidrat yang diambil secara berlebihan seperti nasi lemak dan roti canai turut menjadi penyebab obesiti. Masalah ini juga berlaku akibat makanan harian yang tinggi kandungan kalorinya. Hal ini demikian kerana kalori yang berlebihan akan bertukar menjadi lemak sekiranya tidak digunakan pada masa yang lama. Untuk menangani masalah ini, kita hendaklah membudayakan tabiat pengambilan makanan yang sihat.

SOALAN SPM JUN 2014 Masalah obesiti juga disebabkan oleh amalan penggunaan ubat-ubatan tanpa pengawasan doktor. Misalnya, steroid yang berlebihan dalam ubat-ubatan boleh menyebabkan obesiti dan pelbagai penyakit lain. Walau bagaimanapun, pakar kesihatan juga tidak menafikan bahawa kegemukan boleh berlaku kerana faktor genetik atau keturunan. Hasil kajian di Amerika Syarikat mendapati bahawa anak-anak yang dilahirkan daripada salah seorang daripada ibu bapanya obes mempunyai 40 hingga 50 peratus berkemungkinan menjadi gemuk. Sekiranya kedua-dua ibu bapanya obes, kebarangkalian menjadi gemuk ialah 70 hingga 80 peratus.

SOALAN SPM JUN 2014 Kadar metabolisme yang rendah juga di kenal pasti sebagai penyebab obesiti. Hal ini demikian kerana metabolisme rendah menyebabkan tahap pembakaran kalori menjadi lebih perlahan. Keadaan ini semakin meruncing apabila individu tersebut tidak melakukan senaman dan diet yang seimbang. Dalam hal ini, kita dinasihatkan supaya melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Perlu diingat bahawa pertambahan berat badan juga berlaku apabila seseorang itu tidak mengamalkan gaya hidup sihat seperti banyak menghabiskan masa menonton televisyen atau bermain permainan video terutamanya kanak-kanak dan remaja. Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu memastikan anak-anak mengurangkan aktiviti menonton televisyen atau permainan video. Kita perlu sedar bahawa obesiti akan menimbulkan pelbagai kemudaratan. Oleh itu, setiap individu perlu bertindak untuk mengelakkan obesiti kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.

SOALAN BM JUN 2014 (i) Berikan maksud membudayakan tabiat. [2 markah] (ii) Pengarang mengemukakan beberapa langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan masalah obesiti. Nyatakan langkah-langkah tersebut. [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah kesedaran masyarakat tentang bahaya obesiti dapat ditingkatkan? Jelaskan dua cara. [4 markah]

ANALISIS KEKERAPAN SOALAN KOMSAS Soalan 2(b) : Prosa Moden TING

NOV 2011

4 4 4 4 4 4 5 5 5 5 5 5

CERPEN Ibu dan Ceper Memori Seorang Tua Israk Pemain Catur Mellisa Biarkan Samudera Pahlawan Buntung Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong Idola Penangguhan Hutan Rimba Tanggar Amanat

4 4 4 5 5 5

DRAMA Gelanggang Tuk Wali Forum Remaja 2020 Cempaka Berdarah Tiang Cengal Dinding Sayung 1400 Dato’Onn

JUN 2012

NOV 2012

JUN 2013

NOV 2013

JUN 2014

NOV 2014?

X X X

X X X X X

X X X

X

X X X

X X X

Soalan 2(c) : Prosa Tradisional TING

4 4 4 4 5 5 5 5

NOV 2011

Pelayaran Yang Penuh Peristiwa Merah Silu Hikayat Indera Nata Hikayat Khoja Maimun Hikayat Langlang Buana Hikayat Siak Dua Geliga Hikmat Hikayat Opu Daeng Menambun

JUN NOV JUN NOV JUN 2012 2012 2013 2013 2014

NOV 2014

X X X X X X X X

Soalan 2(d) : Puisi TING

NOV 2011

4 4 4 4 4 4 5 5 5 5 5 5

PUISI TRADISIONAL Pantun Empat Kerat (Budi) Pantun Empat Kerat (Jenaka) Syair Definisi Orang Berakal Syair Siti Sianah Gurindam 12 Fasal Keenam Seloka Emak Si Randang Pantun Enam Kerat Pantun Lapan Kerat Syair Makna Riak Syair Pemberontakan Pattani Gurindam Tonggak 12 Seloka Si Luncai

4 4 4 4 4 4 5 5 5 5 5 5

PUISI MODEN Harga Remaja Di Perpustakaan Mengintai Ruang Insaf Mahsuri Adat Sezaman Tiba Waktunya Dirgahayu Bahasaku Kecek V Bangkitlah Pasar Perasaan Di Bawah Langit Yang Sama Arkitek Kota

JUN 2012

NOV 2012

JUN 2013

NOV 2013

JUN 2014

X

X

X

X X X

NOV 2014

TATABAHASA Soalan 3(a) Perhatian bagi soalan 3 (a) 1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul. 2. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan/jalan bahasa/tanda baca daripada keseluruhan soalan. 3. Perkataan berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah. 4. Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah. 5. Sengaja menambahkan imbuhan, berikan 0 markah. 6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap ayat. 7. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu ayat. 8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya. 9. Isi tidak jelas, tolak ½ markah bagi ayat berkenaan.

SPM NOV 2013 (a)

Tulis satu ayat bagi setiap penjodoh bilangan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan frasa itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi)

LATIHAN 1 (a)

bilah jambak keping pucuk rawan utas

[6 markah]

:

Tulis dua ayat bagi setiap kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan frasa itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) (ii) (iii)

gamat diam bidang [6 markah]

LATIHAN 2 (i) (ii) (iii) LATIHAN 3 (i) (ii) (iii) LATIHAN 4 (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi)

: reda paras kerat

-

redah parau kelat

-

latar belakang pusat serenti jangka hayat

: latar pusat jangka : seniman budiman hartawan karyawan peragawati olahragawati

30

SOALAN BM JUN 2014 Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi)

Krisis Kritis Proses Protes Taasub Takjub

TATABAHASA Soalan 3(b) SPM NOV 2013 (b)

Nyatakan pola ayat dasar di bawah ini sama ada Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA), atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FSN) (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi)

LATIHAN 1 (b)

Bunga mawar itu untuk cikgu saya sempena sambutan Hari Guru. Tuan Haji Ahmad pengetua di sekolah itu semenjak lima tahun lalu. Kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dalam membela nasib rakyat. Blok asrama baharu untuk murid-murid lelaki masih dalam proses pembinaan. Penyanyi tersohor itu sangat anggun dan bergaya ketika membuat persembahan. Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu sekolah saya telah menyediakan laporan aktiviti sempena Bulan Bahasa. [ 6 markah] :

Pisahkan ayat-ayat majmuk di bawah menjadi enam ayat tunggal tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Golongan remaja yang terlalu asyik melayari internet seringkali menghabiskan masa berjam-jam di hadapan komputer. Keadaan ini mengakibatkan remaja tersebut mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan pelajaran. Mereka memberikan alasan hendak mencari maklumat tetapi sebenarnya melayari laman-laman yang tidak berfaedah. [ 6 markah]

LATIHAN 2 (b)

:

Kenal pasti jenis ayat-ayat pasif di bawah. Tentukan sama ada ayat-ayat tersebut ialah ayat pasif dengan ganti nama diri pertama, ayat pasif dengan ganti nama diri kedua, ayat pasif dengan ganti nama diri ketiga atau ayat pasif songsang. (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi)

Makanan itu belum aku rasai lagi sejak pagi tadi. Hutang itu perlu kaujelaskan selewat-lewatnya esok. Bahagian tepi bangunan kedai itu dicat oleh Pak Samad. Saya tendang bola itu sekuat hati sehingga luar pagar sekolah. Ladang tebu itu telah dibersihkan oleh mereka pagi semalam. Perkara tersebut belum awak putuskan sehingga hari ini.

LATIHAN 3 (b)

Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya. (i) (ii) (iii)

LATIHAN 4 (b)

Masalah alam sekitar perlu ditangani dengan segera oleh pihak berkuasa. Kasut sekolah yang kotor itu telah saya cuci semalam. Sajak-sajak yang baik itu telah ditulis oleh kumpulan penyajak yang masih muda. :

Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya. (i) (ii) (iii)

LATIHAN 5 (b)

:

Masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak boleh diselesaikan oleh ibu bapa sekiranya mereka mengambil langkah pencegahan awal. Kursus perhubungan awam telah ditawarkan oleh kebanyakan kolej dan universiti di negara kita. lsu pembuangan bayi perlu kita tangani dengan segera demi menjaga imej negara. :

Nyatakan jenis ayat di bawah ini sama ada ayat penyata, ayat perlntah, ayat seruan, atau ayat tanya. (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi)

Menerusi komunikasi, pelbagai maklumat disebarkan dari sebuah negara ke sebuah negara lain dengan mudah dan eepat. "Siapakah namakau?" soal seorang pemuda berwajah garang sambil mendekati diriku. Bangunan yang tinggi itu direka bentuk oleh seorang arkitek dari luar negara. Syabas, kamu telah berjaya rnenjuarai kejohanan yang berprestij itu! "Mazwin, tolong hantar buku-buku ini ke bilik guru dan letakkan di atas meja saya," kata Puan Geetha kepada Mazwin dengan tembut. Sampai bilakah Pak Dol akan menangisi kematian isteri kesayangannya itu?

LATIHAN 6 (b)

Nyatakan jenis-jenis ayat yang disenaraikan di bawah ini. (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi)

LATIHAN 7 (b)

:

Wah, besarnya sungguh rumah kontraktor yang terkenal itu! Ayahnya baru sahaja pulih daripada penyakit paru-paru berair. Apakah punca yang menyebabkan pelajar-pelajar suka ponteng sekolah? Jangan berkawan dengan budak-budak yang menghisap rokok. Silakan duduk, saya hendak pergi ke dapur dahulu. Tolong bersihkan bilik tidur kamu sebelum ibu pulang. :

Cerakinkan ayat majmuk dalam perenggan di bawan kepada enam ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya. Di Malaysia hampir dua pertiga sumber air kita digunakan oleh sektor pertanian dan sektor ini adalah antara sektor yang banyak mencemar dan membazirkan air namun tiada sistem pengurusan permintaan air bagi sektor ini. Ladang-ladang penternakan haiwan dan penternakan hidupan akuatik dalam sangkar juga menjadi punca pencemaran.

LATIHAN 8 (b)

:

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian anda dikehendaki menggabungkan ayat-ayat berikut menjadi tiga ayat. Malaysia menjadi destinasi tarikan pelancong. Malaysia mempunyai beberapa buah pulau yang indah. Malaysia mempunyai kawasan rekreasi hutan yang menarik. Kerajaan telah berusaha dengan gigih untuk mempromosikan Malaysia. Kerajaan mengadakan kempen Tahun Melawat Malaysia. Kerajaan Malaysia juga menganjurkan pertandingan sukan bertaraf antarabangsa. Ekonomi Malaysia meningkat. Peluang pekerjaan juga terbuka luas. Banyak pelancong datang ke Malaysia.

LATIHAN 9 (b)

Tukar ayat susunan songsang di bawah kepada ayat bersusunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya. (i) (ii) (iii)

LATIHAN 10 (b)

Tersusun kemas alat-alat pertukangan di dalam bengkel itu. Perlu kita tamatkan sahaja perlawanan ini kerana hujan semakin lebat. Akan menerima hadiah utama sesiapa sahaja yang meneka kedudukan bola dengan tepat. :

Baca dan teliti ayat-ayat di bawah, kemudian gabungkan setiap dua ayat tersebut dengan kata hubung yang sesuai. (i) (ii) (iii)

LATIHAN 11 (b)

:

Atiqah menyiapkan tugasan yang diberikan oleh gurunya dengan segera. Ibunya membenarkan dia turut serta dalam perkhemahan pengakap itu. Puan Haliza berjanji akan memenuhi permintaan anak kesayangannya itu Anaknya itu menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Orang lain sibuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri. Pelajar-pelajar tingkatan tiga terpaksa mengulang kaji pelajaran :

Kenal pasti jenis-jenis ayat perintah yang berikut. Tentukan sama ada ayat tersebut ialah ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan atau ayat permintaan. (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi)

Sila buat laporan tentang kes meniru itu. Usahlah dikenangkan lagi perkara yang lalu. Awak siapkan tugasan ini sekarang. Awak tidak usahlah datang ke sini lagi. Pujuklah budak yang menangis itu. Tolong hantarkan karangan ini sebelum hari Khamis.

SOALAN BM JUN 2014 Tukar dialog di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki supaya mengekalkan susunan isi dalam dialog tersebut. Sarina Fairus Sarina Fairus

: Apa yang kamu beli tu? : Jambu batu. Buah ini sangat berkhasiat. : Apa khasiatnya? : Jambu batu mengandungi vitamin dan kalium yang berfungsi sebagai agen nyahtoksid yang dapat memelihara kesihatan dan kecantikan kulit. Sarina : Kalau begitu, saya akan selalu makan jambu batu. Fairus : Baguslah. Nah, ambil dua biji! [6 markah]

TATABAHASA Soalan 3(c)

SPM NOV 2013 (c)

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i)

Pelaksanaan projek memperlebarkan jalan raya merupakan usaha pihak kerajaan untuk menaik taraf insfrastruktur di kawasan luar bandar.

(ii)

Mesyuarat ahli jawatan kuasa sambutan Hari Koperasi Sekolah sedang berbincang aktiviti yang akan dilaksanakan pada hari tersebut.

(iii)

Pihak swasta turut bertanggungjawab untuk melaksanakan projek membangunkan di tempat-tempat rekriasi yang terdapat di negara kita. [6 markah]

(i) Insfrastruktur memperlebarkan

-

infrastruktur memperlebar

(ii) Ahli jawatan kuasa berbincang

-

ahli jawatankuasa membincangkan

(iii) Rekriasi membangunkan

-

rekreasi pembangunan

SOALAN BM JUN 2014 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)

Encik Iskandar yang efisyen dalam menjalankan tugas telah dipilih sebagai penerima penganugerahan pekerja cemerlang.

(ii)

Sekolah di kawasan pedalaman itu menjadi mahsyur kerana kejayaannya melahirkan ramai murid yang berjaya lanjutkan pelajaran ke universiti.

(iii) Walaupun terdapat banyak istilah sainstifik, namun tajuk yang sukar itu dapat memahamkan murid-murid kerana penerangan yang diberikan oleh guru itu sangat jelas.

TATABAHASA Soalan 3(d)

SPM NOV 2013

(d) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula. (i)

Kerjasama di antara negara rantau ASEAN dalam bidang ekonomi haruslah diketatkan lagi.

(ii)

Ibu bapa tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawab mendidik anak-anak mereka pada guru semata-mata.

(iii)

Penceramah terkenal yang dijemput khas itu telah membacakan ceramahnya dengan begitu berkesan sekali hingga ramai murid-murid menitiskan air mata. [6 markah]

(i) diketatkan di antara

-

(ii) Mengabaikan pada

-

(iii) membacakan ramai murid-murid

-

SOALAN BM JUN 2014 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i)

Pembentukan siasah yang tinggi perlu dipupuk dari masa ke semasa agar sesuatu yang dihasratkan dapat dicapai dengan jayanya.

(ii)

Kajian mendapati yang pencemaran sungai berpunca daripada barang buangan industri dan kediaman serta kerja-kerja penerokaan tanah.

(iii) Hutan mempunyai berbagai-bagai fungsi yang bermanfaat kepada masyarakat sejagat selain daripada berperanan sebagai kawasan teduhan hujan.

TATABAHASA Soalan 3(e) SPM N0V 2013 (e)

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut (i) (ii) (iii)

Sengaja mencari susah atau bahaya. Sesuatu yang sudah pasti diperoleh atau dimiliki. Orang yang bodoh kalau ada kesungguhan mempelajari sesuatu lama-lama akan pandai juga.

SOALAN BM JUN 2014 Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam ayat-ayat tersebut. (i)

Ghazali mewarisi kebijaksanaan ayahnya dalam menguruskan perniagaan keluarga mereka.

(ii)

Nadia cepat memahami dan menguasai apa-apa sahaja yang diajar oleh guru-gurunya.

(iii) Dia disenangi oleh rakan-rakannya kerana rajin bekerja dan sedia memberikan bantuan apabila diperlukan.

SOALAN NOVEL 4 (a)

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan perwatakan watak utama dalam novel tersebut. [7 markah]

Soalan 4(a) -

-

Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari. Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap (bentuk karangan) Berikan 2 markah untuk peristiwa yang lengkap/jelas Berikan 1 markah untuk peristiwa yang kurang lengkap/kurang jelas Markah isi maksimum 4 markah Markah bahasa maksimum 3 markah Markah bahasa diberikan secara impression Baik = 3 markah Sederhana = 2 markah Lemah = 1 markah Jika calon menjawab dan markah isi 0 markah, berikan 1 markah untuk bahasa. Markah bahasa tidak melebihi markah isi. 43 Calon tidak menjawab 0 markah

CONTOH JAWAPAN Novel yang saya kaji ialah Renyah karya Gunawan Mahmood. Watak utama dalam novel ini ialah Datuk Dolhi. Perwatakan Datuk Dolhi ialah seorang yang rajin membaca. Contohnya, beliau rajin membaca dan membuat rujukan sebelum menyampaikan ceramah usahawan kepada peniaga muda.

Perwatakan Datuk Dolhi yang seterusnya ialah bertanggungjawab. Buktinya, beliau menjalankan tanggungjawabnya untuk memberi nafkah kepada anaknya Wahi melalui ibu mentuanya walaupun isterinya Mastura telah meninggal dunia. 44

SOALAN SPM JUN 2014 (a) Dalam sesebuah novel, di samping watak utama, terdapat banyak watak sampingan. Berdasarkan sebuah daripada novel di bawah, huraikan watak dan perwatakan watak sampingan yang telah ditetapkan bagi novel tersebut.

NOVEL (i) Papa…(akhirnya kau tewas jua!) (ii) Azfa Hanani (iii) Renyah (iv) Melunas Rindu (v) Konserto Terakhir (vi) Kembara Amira (vii) Sutera Dalam Lukisan (viii) Kabus di Perbukitan

WATAK SAMPINGAN Jeffri (Papa) Tengku Muzaffar Datin Tominah Farhana Hayati Profesor Zaidah Adila Azrul

(b) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari. [8 markah] Soalan 4(b) -

Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari. Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap Berikan 1 markah untuk 1 pernyataan Berikan 2 markah untuk setiap huraian yang jelas Markah isi maksimum 6 markah Markah bahasa maksimum 2 markah Markah bahasa diberikan secara impression Baik = 2 markah Lemah = 1 markah - Jika calon menjawab dan markah isi 0 markah, berikan 1 markah untuk bahasa 46 - Calon tidak menjawab 0 markah

CONTOH JAWAPAN Novel yang saya kaji ialah Sutera Dalam Lukisan karya Abd Talib Hassan. Persoalan yang terdapat dalam novel ini tanggungjawab sesama manusia. Sebagai contoh, Adila menjalankan tanggungjawabnya sebagai kawan untuk membentuk semula keperibadian abnormal yang dihidapi oleh Hafiz.

Selain itu, persoalan berani mempertahankan hak. Misalnya Bujei menunjukkan sikap tegas dan berani apabila meminta ganti rugi sebanyak RM80,00 sebagai ganti radionya yang telah rosak akibat perbuatan Alias. 47

SOALAN SPM JUN 2014 (b) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan tiga contoh nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel tersebut.

TERIMA KASIH

BMSPM2014 KERTAS 2.pdf

(ii) KBKK 3 markah. (iii) KOMSAS 4 markah. • Soalan 2 (c). (i) Analisis Petikan 2 markah. (ii) Analisis Petikan 3 markah. (iii) KBKK 3 markah. • Soalan 2 (d). (i) Maksud kata 2 markah. (ii) KBKK 3 markah. (iii) KOMSAS 4 markah. 17 MARKAH. Page 3 of 49. BMSPM2014 KERTAS 2.pdf. BMSPM2014 KERTAS 2.pdf. Open.

1MB Sizes 6 Downloads 183 Views

Recommend Documents

Bengkel Kertas 2 SMKL.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Bengkel Kertas ...

Bengkel Kertas 2 SMKL.pdf
Page 2 of 17. http://cikgusazali.blogspot.com. 2. Soalan 1: Rumusan. [ 30 markah]. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang ...

Kertas 2.pdf
Loading… Whoops! There was a problem loading more pages. Retrying... Whoops! There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Kertas 2.pdf. Kertas 2.pdf. O

addmath Kertas 1 Kelantan.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. addmath Kertas 1 Kelantan.pdf. addmath Kertas 1 Kelantan.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu.

BM kertas 1.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. BM kertas 1.pdf.

MODUL 2 KERTAS 1.pdf
tiamina pellagra. retinol rabun malam. “Proses memecahkan molekul makanan. kompleks ke unit yang paling ringkas”. Whoops! There was a problem loading ...

SKEMA MODUL 1 KERTAS 2.pdf
Loading… Page 1. Whoops! There was a problem loading more pages. Retrying... SKEMA MODUL 1 KERTAS 2.pdf. SKEMA MODUL 1 KERTAS 2.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu. Displaying SKEMA MODUL 1 KERTAS 2.pdf.

Percubaan Bahasa Melayu Kertas 2 2014.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Percubaan Bahasa Melayu Kertas 2 2014.pdf. Percubaan Bahasa Melayu Kertas 2 2014.pdf. Open. Extract. Open wi

Percubaan Bahasa Melayu Kertas 2 2014.pdf
Remaja boleh menjalankan tanggungjawab sosial ini dengan menggunakan laman. sosial yang mudah dan popular dalam kalangan mereka. Oleh itu, remaja ...