Guru Besar, Sekolah-sekolah Kluster Kecemerlangan, Sekolah-sekolah Rendah.
Rujukan Kami : SKP/01/01/002JLDII (32) Tarikh
: 20 Ogos 2015
Tuan/Puan, JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN TARIAN ETNIK / TARIAN RAKYAT NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa SK Puteri, Seremban akan mengadakan Pertandingan Tarian Etnik/Tarian Rakyat Negeri-negeri di Malaysia Peringkat Kebangsaan pada ketetapan berikut: Tarikh Hari Masa Tempat
: : : :
10 Oktober 2015 Sabtu 8:00 pagi – 4:30 ptg Dewan SK Puteri
3. Sehubungan dengan itu, kami ingin menjemput pasukan tarian sekolah tuan/puan untuk menyertai pertandingan ini. 4. Bersama-sama ini disertakan borang penyertaan dan syarat-syarat pertandingan tersebut. Diharapkan pihak tuan dapat mengemukakan jawapan menggunakan borang penyertaan yang dilampirkan sebelum 24 September 2015 secara fax (06-7642360) atau emel ke
[email protected]. Semoga dengan penyertaan sekolah tuan/puan dapat memeriahkan majlis tersebut. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah,
NADIAH CHIN BINTI ABDULLAH Guru Besar Cemerlang SK Puteri, Seremban Negeri Sembilan.