1

MAKLUMAT UMUM PROGRAM PERUBATAN MESIR 2017 / 2018 (PENGAMBILAN SEPTEMBER 2017)

1.

MENGAPA MESIR?

MESIR masih menjadi pilihan utama pada masa kini khususnya bagi mereka yang berminat untuk menceburi bidang Perubatan. Faktor-faktor berikut adalah asas kepada pilihan ini:a.

Kemasukan terus ke Tahun Pertama untuk lepasan SPM, tanpa Matrikulasi, Foundation dan A-Level. Ini menjimatkan masa.

b.

Selepas Matrikulasi, peluang kemasukan terhad di Universiti tempatan. Hanya yang hampir dengan CGPA 4.0 atau setarafnya layak mendapat tawaran kursus perubatan. Akhirnya pelajar terpaksa menerima apa saja kursus selain dari perubatan dan akhirnya cita-cita menjadi Doktor tidak kesampaian. Kos sara hidup amat rendah serendah RM400 sebulan sudah amat memadai.

c. d. e. f. g.

Kadar tukaran semasa wang bersamaan RM1 = 4LE Pengajian Perubatan di Mesir lebih murah jika dibandingkan dengan di Rusia, India dan Indonesia. Pengajian 100% dalam bahasa Inggeris. Tiada kemahiran Bahasa Arab diperlukan. Bumi Mesir menyediakan pelbagai sudut untuk menuntut ilmu dunia dan akhirat. Oleh itu pelajar berpeluang membentuk diri sebagai Doktor Muslim yang lebih bermanfaat kepada ummah.

2.

MENGAPA DOKTOR

Kekurangan doktor PAKAR dimana-mana WHO menetapkan nisbah 1:600, bilangan doktor kepada jumlah penduduk untuk negara membangun. Pada masa ini nisbahnya bagaimanapun tidak seimbang dimana negeri seperti Kelantan masih pada tahap 1:2248 dan Sabah / Sarawak 1:1700. Bagaimana pun kerajaan Malaysia mensasarkan nisbah 1:400 menjelang 2020. Maka, dengan itu doktor masih diperlukan dan kekurangan amat dirasakan terutamanya dikalangan orang Islam. Bagaimanapun, sasaran MedicMesir adalah kepada meramaikan ‘Doktor Pakar’ yang masih ditahap yang begitu rendah, terutamanya dikalangan umat Islam. Walaupun di akhir – akhir ini penempatan HO agak lewat, ini sebenarnya berpunca daripada kekurangan doktor pakar untuk memberi latihan. Doktor – Kerjaya mulia Kerjaya seorang doktor adalah antara yang diminati ramai. Profesion doktor mempunyai nilai nya yang tersendiri yang tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. Hakikatnya, sumbangan doktor amat bermakna dan menyebabkan golongan doctor mempunyai imej yang disegani dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat. Pendapatan yang lumayan bukanlah faktor tarikan utama, walaubagaimanapun kehidupan doktor selalu dikaitkan dengan kehidupan yang selesa dan terjamin.

2

3. UNIVERSITI YANG DIIKTIRAF JPA Buat masa ini terdapat 7 buah universiti yang diiktiraf JPA. Semakan ini boleh dibuat di laman web JPA di https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php Cairo University 1. Alexandria University 2. Ainsham University 3. Tanta University 4. Al-Azhar University 5. Mansoura University 6. Zagazig University 4. PILIHAN PROGRAM & JANGKAMASA PROGRAM Perubatan

:

6 tahun (Pilihan di Alexandria, Ainsham, Cairo, Al Azhar, Mansoura, Tanta & Zagazig)

Pergigian

:

5 tahun (Hanya di Universiti Al Azhar / Tanta / Alexandria / Mansoura / Ainsham)

Farmasi

:

5 tahun (Hanya di Universiti Zagazig / Universiti Mansoura / Alexandria)

5. POLISI PENEMPATAN PELAJAR Polisi MedicMesir adalah menempatkan pelajar mengikut permintaan berasaskan penilaian keputusan SPM serta menilai kemampuan membayar yuran Tahun Pertama. Pelajar TIDAK dibenarkan bertukar Universiti kerana ini akan menimbulkan permasalahan pengurusan fail pelajar di peringkat Kementerian Pengajian Tinggi Mesir dan Malaysia

6. KELAYAKAN MINIMA Syarat minima adalah B didalam 8 matapelajaran Biologi , Fizik ,Kimia , Matematik Tambahan , Matematik Moden , Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris dan Sejarah Sila ambil maklum bahawa kemasukan ke universiti Mesir tidak mengambil kira langsung keputusan Diploma, Matrikulasi, ASASI Sains, A-Level dan apa-apa bentuk program persediaan yang lain. Bagi mereka yang sudah mempunyai kelayakan-kelayakan ini, syarat kemasukan yang dinilai masih bergantung kepada keputusan SPM.

3

7. TARIKH TUTUP PERMOHONAN Permohonan Fasa Pertama 1. Ditutup selepas 2 minggu keputusan SPM diumumkan. 2. Kumpulan ini akan diproses melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 3. Sekiranya melepasi syarat kelayakan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, pemohon layak untuk memohon NOC Permohonan Fasa Kedua 1. Dibuka selepas pemohon fasa pertama ditutup dan sehingga 15hb Ogos 2017. 2. Kumpulan ini akan diproses melalui Kementerian Pengajian Tinggi Mesir. 3. Untuk permohonan fasa kedua, bagi pelajar yang berminat untuk ke Al Azhar, pelajar akan dikenakan caj tambahan 600USD yang perlu dibayar kepada pihak Universiti. Wang perlu dibawa bersama semasa berangkat. Untuk mengelakkan caj tambahan, anda dinasihatkan untuk memohon awal. 4. Permohonan NOC hanya boleh dimohon sekiranya permohonan diproses melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia seperti permohonan fasa pertama.

8. HAD UMUR KEMASUKAN KE UNIVERSITI , DENDA LEWAT SPM DAN URUSAN FAIL PELAJAR Universiti Al Azhar hanya menerima pelajar SPM 2014 / 2015 / 2016. Bagi SPM 2013 dan terdahulu, tidak lagi diterima. Bagaimanapun tidak ada sebarang “denda lewat” dikenakan untuk pemegang sijil SPM 2014 dan SPM 2015 seperti mana yang dikenakan untuk kemasukan ke Universiti lain. Selain dari Universiti AL-Azhar, tiada syarat had umur maksima untuk mendaftar ke program perubatan. Walaubagaimanapun, setiap pelajar yang “lewat tahun” (SPM terdahulu dari 2016) perlu membayar denda dengan kadar 750LE setahun. Bayaran hanya perlu dibayar sekali sahaja sebelum berangkat. Contoh pengiraaan adalah seperti berikut:Sesi pengambilan September 2017 Pelajar SPM 2016 – Tiada sebarang denda dikenakan Pelajar SPM 2015 – Dikenakan denda 1 tahun 750LE Pelajar SPM 2014 – Dikenakan denda 2 tahun iaitu 750LE x 2 = 1500LE Pelajar SPM 2013 – Dikenakan denda 3 tahun iaitu 750LE x 3 = 2250LE Urusan pendaftaran di Kementerian Pendidikan Tinggi Mesir dan fail pelajar diuruskan oleh MedicMesir. Namun, sekiranya berlaku permasalahan fail dari Kementerian Pendidikan Tinggi Mesir, denda adalah dari tanggungan pelajar sendiri.

9. PROGRAM PERSEDIAAN SEBELUM BERANGKAT Seperti tahun-tahun sebelum ini, MedicMesir menjalankan Program Persediaan (preMEDIC MM2017) dengan kerjasama Fakulti Perubatan, UPM. Sila rujuk info mengenai preMedic2017. PreMedic2017 akan berlangsung didalam bulan Julai sehingga Ogos 2017. Makluman preMedic2017 akan diberikan kepada mereka yang telah berjaya diterima masuk ke Universiti di Mesir.

10. VISA PELAJAR MedicMesir akan menguruskan VISA sebelum berangkat ke Mesir. Bagi yang memohon terlampau lewat, akan hanya memperolehi VISA ON ARRIVAL di Mesir. Setiap muhafazah / universiti mempunyai aturan proses lanjutan VISA yang berbeza. Oleh itu semua pelajar dinasihati untuk mengikuti arahan MedicMesir. Bagi pelajar yang berurusan sendiri mengenai hal VISA ini, mereka perlu untuk membuat ‘follow up‘sendiri dan membayar apa jua kos terbabit secara persendirian. 4

Lanjutan VISA pelajar akan dibuat di Mesir setelah universiti mengeluarkan tasdiq kuliah (pengesahan pendaftaran). Pengesahan ini hanya akan dikeluarkan selepas bayaran yuran pengajian dijelaskan. Segala urusan dan kos berkaitan selepas setahun pengajian adalah tanggungan pelajar. Kos VISA ini tidak termasuk kos denda atau sebagainya yang dikenakan oleh Universiti atau pihak imigresen Mesir Bagi pelajar Alexandria semua urusan VISA diuruskan oleh pihak Universiti dengan pemantauan MedicMesir setelah bayaran yuran dijelaskan. Bagi pelajar Mansoura, VISA hanya boleh dibuat setelah bayaran penuh yuran. Ini adalah kerana, pihak Universiti hanya akan mengeluarkan Tasdiq Kuliah sebaik yuran penuh dibayar.

11. TARIKH BERANGKAT ke MESIR Pertengahan September 2017

12. WANG SAKU PELAJAR Untuk tahun pertama, anggaran perbelanjaan minima yang diperlukan adalah:i) RM 400 sebulan (1600LE) bagi pelajar di Universiti Al-Azhar dan Alexandria ii) RM 300 sebulan (1200LE) bagi pelajar di Tanta / Mansoura / Zagazig Pecahan belanja adalah seperti berikut: Makan / Minum (jika masak sendiri) Rumah + Bil. Bil Telefon Bimbit / Internet Fotocopy, dll keperluan JUMLAH

500 LE 400 LE 150 LE 150 LE 1200 LE  RM 300

13. AKAUN BANK PELAJAR Berikut adalah tindakan yang perlu diambil untuk keperluan simpanan dan pengeluaran wang:i) Maybank – Buka akaun akaun persendirian pelajar atau akaun bersama ibu bapa. Pastikan pelajar telah mengunakan kad ATM sekurang-kurang sekali semasa di Malaysia. Ini cukup sekadar untuk mengaktifkan ‘VISA Electron’ kad Maybank tersebut. Pastikan anda mengaktifkan akaun Maybank2u juga untuk memudahkan urusan ‘online banking’. ii) Akaun Bank Mesir Pelajar dinasihat juga membuka akaun bank di Mesir setelah 6 bulan berada di Mesir dengan mengemukakan dokumen dibawah:a. Tasdiq Kuliah b. VISA Pelajar yang Sah c. Salinan Passport d. Salinan Kontrak Rumah dengan alamat tertera di kontrak

5

14. CARA BAYARAN YURAN KE UNIVERSITI Cara bayaran adalah seperti dibawah: a. PILIHAN 1: Bank Deraf atas nama universiti masing-masing yang disediakan oleh ibubapa pelajar di Malaysia. Serahan ke universiti boleh dibuat melalui pelajar atau MedicMesir. Sila rujuk nama penerima untuk tujuan penyediaan Bank Deraf di lampiran J b. PILIHAN 2: Bayaran yuran dalam Ringgit Malaysia dimasukkan terus kedalam akaun MedicMesir dan MedicMesir akan menguruskan bank deraf tersebut ke Universiti. MedicMesir mengunapakai kadar tukaran Maybank. Rujukan boleh dibuat di laman http://www.maybank2u.com.my/ . Sila rujuk contoh lampiran K c. PILIHAN 3: Bayaran melalui KWSP. Ibubapa perlu memaklumkan MedicMesir mengenai hajat mengeluarkan KWSP untuk tujuan penyediaan dokumentasi. Nota: Telegraphic Transfer terus ke akaun Universiti tidak dibenarkan sama sekali.

15. MAKLUMAN BANK & TATACARA BAYARAN Untuk segala urusan bayaran, sila ‘bank-in’ terus ke akaun dibawah. Sila simpan slip bayaran bank untuk rujukan kemudian. Bank No. Akaun Nama Akaun

CIMB 8602396244 MEDICMESIR

Scan dan email bukti bayaran ke [email protected] Untuk semakan dan berkaitan bayaran: Bahagian Akaun: Tel.: 019 3654555 ( Cik Shida ) Sila ambil maklum bahawa, untuk pembayaran di pejabat, hanya cek sahaja diterima. MedicMesir tidak menerima sebarang pembayaran tunai. Anda dinasihati membuat bayaran terus ke akaun diatas dan menyerahkan bank in slip samada melalui email atau serahan tangan. Anda boleh juga FAX Bank Slip ke 0389220122 – Sila Guna borang di LAMPIRAN F untuk memudahkan pengesahan bayaran dibuat.

16. POLISI RUMAH Semua pelajar yang memerlukan perkhidmatan MedicMesir bagi mendapatkan penginapan perlu menjelaskan bayaran sebanyak RM2500. Wang ini akan digunakan untuk membuat bayaran-bayaran dibawah. Sila rujuk contoh penyata akaun rumah di lampiran L : 1. Perkhidmatan agensi rumah (Simsar) 2. Deposit rumah 3. Sewa rumah 4. Kelengkapan barangan rumah (Kelengkapan ini akan menjadi hakmilik pelajar) 5. Pengangkutan dan upah arab. Senarai ahli rumah hanya akan diumumkan 2minggu sebelum pelajar berangkat. ‘Standard rumah’ yang diambil adalah mengikut standard semasa yang didiami pelajar Malaysia. Pelajar yang berminat untuk mendapatkan rumah yang lebih mahal dengan standard yang lebih tinggi sila maklumkan kepada pihak MedicMesir. Untuk tujuan ini anda perlu membuat permohonan khas. Tetapi pastikan anda mempunyai ahli rumah yang cukup untuk membiayai kos yang lebih tinggi tersebut. Pelajar yang mendapatkan rumah sendiri melalui kawan-kawan atau menginap di rumah negeri tidak perlu membayar wang rumah ini. 6

17. TIKET KAPALTERBANG OLEH ZAKAT NEGERI Tajaan bergantung kepada kelayakan pelajar dan negeri pelajar bermastautin. Ada negeri yang membayar secara penuh tiket penerbangan seperti Wilayah Persekutuan dan Perak. Ada negeri yang membenarkan ‘bayaran semula atau reimbursement’ MedicMesir hanya memberi panduan tentang peluang-peluang tajaan yang boleh mereka pohon. Panduan tajaan tiket kapalterbang dari Pejabat Zakat atau Majlis Agama Islam Negeri. Warga Wilayah Persekutuan : Boleh berhubung dengan MAIWP untuk mendapatkan tiket tajaan. Warga Perak: Hanya perlu menghantar dan mendapatkan kelulusan tajaan tiket dari MAIP. Pihak MAIP akan membuat bayaran terus kepada MedicMesir. Oleh itu, bagi anak Perak, tiket masih dibeli oleh pihak MedicMesir. Warga Selangor: Anda boleh membuat tuntutan sebanyak 75% dari RM2500 selepas berangkat. Bagi negeri-negeri lain, sila rujuk Pejabat Zakat atau Majlis Agama Islam Negeri masing-masing Kos penerbangan hingga ke destinasi masing-masing adalah RM2500 seorang. Untuk tahun 2016, MedicMesir mengunakan perkhidmatan QATAR AIRWAYS/EMIRATES AIRLINES. Buat masa ini QATAR membenarkan “2 bag” dengan maksima muatan untuk kedua-duanya sebanyak 40 kilo dan 8kg muatan bag ‘hand carry’. Muatan yang dibenarkan akan dinyatakan di dalam tiket. Bagaimanapun, bagi pelajar yang ingin membawa lebih muatan, perkhidmatan kargo disediakan oleh MedicMesir pada kadar RM60 sekilo. Kargo boleh diberikan kepada MedicMesir sebelum penerbangan.

18. USAHA PENAJAAN Sejak tahun 2014, pihak Mara dan JPA tiada lagi menaja pelajar luar Negara. Oleh itu, anda mestilah menyediakan peruntukan kewangan sendiri atau mendapatkan penajaan dari mana-mana sumber yang dikenalpasti. Namun, MedicMesir, akan memaklumkan serta memberi bimbingan saluran-saluran penajaan yang terbuka. Sila pastikan semua pelajar dan ibubapa faham bahawa pembelajaran pelajar adalah mengunakan sumber kewangan sendiri, maka setiap pelajar mesti membuat keputusan bergantung kepada status ekonomi keluarga masing-masing. Namun, beberapa penajaan seperti Yayasan Negeri serta Lembaga Zakat membuka ruang untuk penajaan selepas pelajar lulus cemerlang MUMTAZ / JAYYID JIDDAN semasa Tahun Pertama. Keputusan penajaan adalah hak mutlak penaja. Pelajar akan di maklumkan setiap kali permohonan dibuka. Pelajar dinasihatkan agar mendapat keputusan yang TERBAIK semasa tahun pertama. Ini bagi memudahkan urusan tajaan dan pinjaman pelajaran apabila ianya dibuka semula.

7

19. MAKLUMAN LANJUT Pertanyaan lanjut mengenai perkara dibawah boleh diajukan kepada pegawai-pegawai dibawah:

1. Dr Ahmad (013 306 1313) – Konsultansi Program/Universiti 2. Cik Nadirah (013 302 3030) – Ketua Sekretariat Intake 2017 3. En Fakrul (019 758 6167) – Urusan Taklimat / Permohonan baru 4. Cik Shida (019 310 6167 / 019 3654 555) - Urusan Bayaran Isnin hingga Jumaat: 9pagi – 5 petang (Rehat 1-2pm) / Email Umum: [email protected]

Kami berharap agar makluman di Infopack 2017 ini dapat menjelaskan panduan khidmat MedicMesir serta latar belakang mengenai pengajian Perubatan di Mesir khususnya. Semoga maklumat asas ini membantu urusan mengapai impian anda menjadi Muslim Doktor yang Berjaya. Ameen yaa Rabb. Sekian, terima-kasih. Salam, Siti Haniza Mohd Nazri, CEO, +6019 620 6167 / [email protected]

8

LAMPIRAN LAMPIRAN

PERKARA

A

KHIDMAT MEDICMESIR

B

PROGRAM PERSEDIAAN

C

STRUKTUR YURAN PENGAJIAN UNIVERSITI

D

TATACARA PERMOHONAN DAN CHECKLIST JADUAL TINDAKAN ANDA

E

CHECK LIST PEMBAYARAN

F

BORANG FAX BANK IN SLIP

G

SENARAI NAMA PENERIMA BANK DERAF BAGI TUJUAN BAYARAN YURAN DAN ALAMAT UNIVERSITI

H

CARA BAYARAN YURAN MELALUI MEDICMESIR

I

CONTOH BAYARAN RUMAH DI MESIR

J

PENGIKTIRAFAN JPA

K

KERATAN AKHBAR

L

PETA LOKASI PEJABAT MEDICMESIR.COM

M

PETA LAKAR KE FAKULTI PERUBATAN UPM SERDANG

N

PETA MESIR – LOKASI UNIVERSITI

O

BORANG PROGRAM PERSEDIAAN ~ PREMEDIC 2017

9

LAMPIRAN A

KHIDMAT MEDICMESIR BUTIRAN

A

B

C

D

E

F

G

Sebelum penempatan rasmi di university  Khidmat nasihat penempatan  Urusan Terjemahan di Terjemahan Negara / Wisma Putra  Urusan dokumentasi prosesan di Malaysia / Mesir  Urusan pengeluaran surat tawaran sementara  Urusan pengeluaran surat tawaran Universiti / Tasdiq Kuliah (mana-mana yang lebih cepat)  Pengesahan penempatan di Program / Universiti pilihan. Selepas Mendapat Tawaran – Sebelum Berangkat  Urusan penyediaan dokumen berkaitan untuk membantu pelajar medapatkan penajaan zakat.  Urusan Mendapatkan Penempatan Rumah Sewa (tahun pertama) melalui agensi di Mesir.  Penempahan penerbangan dan keberangkatan berkumpulan.  Urusan permohonan VISA pelajar (bagi pelajar yang memohon sebelum tarikh tutup) SEMASA BERANGKAT Urusan Pre-Departure  Urusan GROUP Check in / Departure di KLIA  Urusan kargo barangan tambahan  Penyerahan dokumen berkaitan di KLIA SETELAH BERADA DI MESIR Urusan Ketibaan pelajar-pelajar di Cairo  Urusan sambutan pelajar berkumpulan di Mesir dan Sambutan Pelajar Baru  Upah penyewaan pengangkutan barangan pelajar dari Cairo ke destinasi masing-masing  Sewa Bas Khas untuk pelajar  Makanan – Sarapan, makan Tengahari , makan Malam pada hari ketibaan  Singgah / Rehat di ARMA, Cairo  Lawatan sekitar Cairo (Piramid Spink & Qalaah Salahuddin)- bergantung kesesuaian sahaja  Penyelarasan untuk kemasukan ke penginapan masing-masing  Induksi pelajar-pelajar baru. URUSAN PENDAFTARAN PELAJAR DENGAN UNIVERSITI  Menguruskan rekod kemasukan pelajar dengan universiti  Menyelesaikan apa-apa masalah yang timbul antara pelajar dengan universiti  Menyelesaikan apa jua urusan dengan Kementerian Pengajian Tinggi Mesir dan Malaysia  Memastikan dokumen rasmi dikeluarkan setelah yuran diselesaikan  Memantau prestasi akedemik pelajar dari masa ke semasa melalui Program JOM Mumtaz.  Memastikan fail pelajar sampai ke Universiti KEBAJIKAN PELAJAR-PELAJAR SEMASA DI MESIR (DENGAN KERJASAMA EXCO MUHAFAZAH MM)  Merancang dan melaksanakan PROGRAM JOM MUMTAZ pelajar bagi memastikan kecemerlangan akademik anak2  Merancang program bersama pelajar agar tahap sosial adalah terbaik  Menyelaraskan kebajikan pelajar agar sentiasa dibela  Menyokong mana-mana program yang meningkatkan nilai keagamaan pelajar-pelajar  Menyokong mana-mana program yang positif yang dicadangkan oleh persatuan pelajar di Mesir preMEDIC 2017 – PROGRAM PERSEDIAAN SEBELUM BERANGKAT ( Dijangka pada bulan julai - ogos setiap tahun)  preMedic ~ Program Kuliah Perubatan + Bahasa Arab

10

LAMPIRAN B *preMEDIC MM2017 - PROGRAM PERSEDIAAN (July - Ogos 2017) Tahun 2017 merupakan tahun kesepuluh MedicMesir menjalankan kerjasama dengan Fakulti Perubatan, UPM, Serdang. Alhamdulillah. Program preMedic adalah satu program persediaan asas yang telah dirumus sebaik mungkin terutamanya untuk lepasan SPM sebelum melangkah ke tahun pertama di Mesir. Program ini adalah kerjasama MedicMesir dan Fakulti Perubatan. Program ini merangkumi aspek akademik dan bukan akademik. Untuk bidang bukan akademik, pelajar banyak didedahkan mengenai suasana kehidupan di Mesir. Untuk bidang akademik, fokus dibuat terus mengikut subjek yang akan belajar semasa Tahun 1 di Mesir. Ini merangkumi:

HISTOLOGI / ANATOMI / FISIOLOGI / BIOKIMIA Sesi akademik dibahagi kepada dua: Sesi siang : 9 – 5 petang : Subjek Perubatan Sesi malam : 8-10 malam : Kelas Bahasa Arab Program ‘preMedic 2017’ ini amat sesuai untuk lepasan SPM. Ini adalah kerana: a. Pelajar lepasan SPM tidak mempunyai sebarang asas Silibus Perubatan seperti pelajar-pelajar Matrikulasi. Oleh itu pendedahan ini adalah yang terbaik sebelum mereka memulakan sessi pengajian di Mesir kelak. b.

Pada kebiasaannya, pelajar yang baru sampai akan menerima pelbagai kejutan dan mengambil masa untuk menyesuaikan diri. Oleh itu program preMedic menyingkatkan proses penyesuaian pembelajaran ini kelak.

c.

Program ini juga mampu mengisi masa terluang dari Jan hingga Ogos 2017. Program berjalan dari Julai dan Ogos dan pelajar boleh mengulangkaji sendiri sehingga September. Ini menjamin masa yang terluang sebelum berangkat akan dimanfaatkan sebaik mungkin.

d.

Program akan diadakan di Fakulti Perubatan, UPM. Oleh itu pelajar boleh mendapat pendedahan awal di Fakulti Perubatan di Malaysia dan membuat perbandingan bila berada di Fakulti Perubatan di Universiti Mesir.

e.

Kuliah preMedic dikendalikan 100% oleh pensyarah Fakulti Perubatan, UPM.

SESI BERSAMA PAKAR Sesi bersama pakar bertujuan untuk memberi pendedahan awal berinteraksi dengan doktor pakar didalam bidang tertentu. Yang pentingnya, pelajar boleh mendapatkan tips untuk menjadi ‘pelajar perubatan yang berjaya’ dari setiap doktor pakar jemputan ini nanti MAKANAN DAN ASRAMA Makan tengahari dan malam disediakan pada setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad Asrama disediakan. Jarak antara asrama dan kuliah adalah dekat Tempat adalah TERHAD kepada 200 pelajar yang terawal memohon sahaja. ‘First Come-First Registered’ Kos Program adalah RM3500 (termasuk asrama, makan tengahari dan malam) untuk 6 minggu JIKA BERMINAT: i. Sila isi borang pendaftaran preMedic MM 2017 (di lampiran). ii. Sertakan samada deposit pendaftaran RM500 atau bayaran penuh RM3500 Bayaran PreMedic TIDAK DIKEMBALIKAN. Oleh itu, sila pastikan anda betul-betul berminat sebelum mendaftar. iii. Bayaran penuh mesti dijelaskan selewat-lewatnya 1hb May 2017 iv. Email slip bayaran beserta dengan borang pendaftaran preMedic 2017 ke [email protected] v. Makluman terperinci dan pendaftaran di UPM akan dihantar sebulan sebelum program bermula.

11

LAMPIRAN C STRUKTUR YURAN PENGAJIAN UNIVERSITI Yuran pengajian universiti tidak perlu dibawa semasa berangkat. Bayaran deraf boleh disediakan terus atas

nama ‘universiti’ masing-masing atau bayaran melalui MedicMesir.

PROGRAM PERUBATAN JUMLAH

Universiti

Program Konvensional

Al AZHAR

AINSHAM

(Program Berkembar Perubatan & Agama + Tahfiz)

Tahun Pertama

Tahun 2 - 6

USD 2000 Tahun pertama

USD 8000 dari Tahun 2-6

KESELURUHAN

PENGAJIAN

USD 42,000

Konvensional International Medical Program

ALEXANDRIA

ZAGAZIG

MANSOURA

(Yuran Alexandria Medic perlu dibayar sebelum 1hb Disember 2017) Konvensional

Pilihan Pertama Problem Based Learning Mansoura Manchester

USD 8000 setiap tahun

USD 48,000

Pilihan Kedua Konvensional

TANTA

 

Konvensional

Segala kenaikan yuran akan di maklumkan terlebih awal kepada pelajar-pelajar yang terlibat. Kadar Tukaran adalah anggaran semasa sahaja

12

PROGRAM PERGIGIAN JUMLAH KESELURUHAN UNIVERSITI

Al AZHAR

ALEXANDRIA

MANSOURA

TAHUN PERTAMA

TAHUN 2 - 5

2000USD

USD 8000

(Yuran Alexandria Dentist perlu dibayar sebelum 1hb November 2017)

PENGAJIAN

USD 42,000

USD 8000 USD 48,000

USD 8000 TANTA

PROGRAM FARMASI Universiti

Tahun Pertama

Tahun 2-5

JUMLAH KESELURUHAN PENGAJIAN

ALEXANDRIA USD 8000

USD 40,000

MANSOURA

ZAGAZIG

USD 8000

USD 40,000

MedicMesir tertakluk kepada sebarang pengstrukturan baru yang di tetapkan oleh pihak Unviersiti berkenaan

13

LAMPIRAN D TATACARA PERMOHONAN DAN CHECKLIST JADUAL TINDAKAN ANDA BIL

1.

2.

LANGKAH TINDAKAN



a. Jika anda hadir ke Taklimat MM tanpa mendaftar online di www.medicmesir.com, anda juga perlu terlebih dahulu mendaftar online. Ini untuk memastikan rekod online tercipta. Anda akan menerima Surat Tawaran Sementara (STS) dalam masa 2-7 hari selepas mendaftar. b. Jika anda memohon semasa taklimat dengan menghantar ‘Borang Pendaftaran MedicMesir 2017’ dan membuat pembayaran semasa sesi TAKLIMAT, sila pastikan pendaftaran online juga dibuat sebaik anda pulang. Untuk semua pendaftaran ONLINE. Surat Tawaran Sementara (STS) akan diemail. Jika anda BERSETUJU dengan STS tersebut, sila DEPOSIT WANG PENDAFTARAN sebanyak RM500 & Yuran KPT Mesir RM400. Anda perlu mengesahkan PILIHAN UNIVERSITI sebaik STS diberikan. Untuk urusan STS, sila berhubung dengan Cik Nadirah di talian 0133023030

3.

Sila hantar Borang Pendaftaran MEDICMESIR 2017 berserta dengan 1 salinan (Gambar size paspot, Kad Pengenalan, Salinan passport, Slip SPM dan Sijil Lahir). Secara email sudah memadai. Kepilkan Bank in Slip (RM900) ke [email protected]. (Abaikan jika anda menyerah dokumen ini semasa di sesi Taklimat) Dalam masa seminggu dari STS diterima anda perlu melengkapkan semua dokumen seperti tersenarai di dalam STS. Semuanya perlu dilengkapkan seperti dibawah dan dihantar segera melalui POS LAJU.

4.

5.

6.

7.

Pastikan semua SALINAN DOKUMEN DIBAWAH TELAH DISAHKAN OLEH PEGAWAI KERAJAAN : - 20 keping gambar (tuliskan nama anda dibelakangnya) - 15 salinan setiap satu (Slip/Sijil SPM dan Sijil lahir) - 15 salinan KP Pelajar dan Pasport (Pasport Original perlu dihantar semasa menerima tawaran bagi tujuan permohonan visa) - 5 salinan Kad Pengenalan ibu bapa Tempoh Surat Tawaran Universiti diperolehi berbeza-beza mengikut Universiti. Maklumat bayaran sila rujuk LAMPIRAN E- CHECKLIST BAYARAN. Semua bayaran adalah tertakluk kepada ‘NO REFUND POLICY’ dalam apa jua hal. ‘Refund’ hanya diberikan sekiranya pihak MedicMesir gagal mendapatkan sebarang tempat pengajian di Mesir. Denda kos admin akan dikenakan sekiranya pembayaran lewat dari tarikh yang telah ditetapkan. Maklumat keberangkatan akan diberikan sebulan sebelum berangkat. Akaun CIMB: MEDICMESIR - 8602396244 14

LAMPIRAN E

CHECK LIST PEMBAYARAN PERKHIDMATAN

WAKTU

JUMLAH



1. DEPOSIT (Hanya dibayar apabila anda sudah membuat keputusan)  Deposit Pendaftaran MedicMesir

Sewaktu permohonan

RM 500

Sewaktu permohonan

RM 400 atau(100USD)

2. KOS YURAN KPT  Bayaran KPT Mesir

3. KOS PROSESAN PENEMPATAN  Dokumentasi terjemahan di ITBN / Wisma Putra  Pengurusan / dokumentasi Universiti / KPT Mesir  Pengurusan NOC dan SSLN KPT Malaysia

Semasa menerima tawaran ini

RM5000

4. TIKET KAPALTERBANG* ( DUA PILIHAN ) 

 

TAJAAN PENUH (bagi yg memohon tajaan tiket). TIKET dikeluarkan oleh penaja. RM500 dikenakan utk bayaran pengurusan ke destinasi masing masing sahaja

RM 500 Selewat-lewatnya 10hb Mei 2017

TIKET SEHALA Tiket + Cukai kapalterbang Pengurusan Bagasi / Logistik di Malaysia dan Mesir

RM 2500

5. KOS KONSULTANSI / PERKHIDMATAN MEDICMESIR     

Pengurusan / pendaftaran di Universiti Pengurusan dan penyelarasan fail pelajar diMesir Perngurusan VISA dan berkaitan Pengurusan HEP dan kebajikan pelajar Program dan aktiviti pelajar di Mesir

Selewat-lewatnya 10hb Jun 2017

RM 5000

6. PILIHAN RUMAH MENDAPATKAN RUMAH SENDIRI

RUMAH SERTA KELENGKAPAN  Deposit rumah + Sewa + Kelengkapan Baru (termasuk Peti Ais 2 pintu, Mesin Basuh Automatik, Water Heater, Dapur, Katil, Almari, Tilam, Meja Belajar, Kerusi Belajar)

TIADA BAYARAN

Selewat-lewatnya 10hb Ogos 2017

RM 2500

15

LAMPIRAN F

BORANG FAX BANK IN SLIP (sila email ke [email protected] atau Fax ke 03 89220122)

NAMA PELAJAR: TUJUAN BAYARAN: JUMLAH: NAMA PENGHANTAR FAX: NO HP: ALAMAT UTK MENGEPOS RESIT: TAMPAL BANK IN SLIP DISINI

16

LAMPIRAN G SENARAI NAMA PENERIMA BANK DERAF YURAN & ALAMAT UNIVERSITI Penerima bank deraf: PRESIDENT, AL AZHAR UNIVERSITY Alamat : Meddina Nasr, Abbassia, Cairo, EGYPT Tel: +20 2 904 051, Fax: +20 2 611 414 http://www.azhar.edu.eg/ Penerima bank deraf: FACULTY OF MEDICINE, CAIRO UNIVERSITY Alamat : PO Box 12611, Orman, Giza Tel: +20 25 729 584, Fax: +20 26 28 884 http://cu.edu.eg/ Penerima bank deraf: FACULTY OF MEDICINE, MANSOURA UNIVERSITY Alamat : El-Gomhouria Street, Mansoura City 35516, Egypt Tel : +20 (50) 2383781 / +20 (50) 2397055 / +20 (50) 2397054, Fax: +20 (50) 239733 / +20 (50) 2397900 http://medfac.mans.edu.eg/en/ http://manchester.mans.edu.eg/en/ Penerima bank deraf: FACULTY OF DENTISTRY, MANSOURA UNIVERSITY Alamat : El-Gomhouria Street, Mansoura City 35516, Egypt Tel : +20 (50) 2383781 / +20 (50) 2397055 / +20 (50) 2397054, Fax: +20 (50) 239733 / +20 (50) 2397900 http://dentfac.mans.edu.eg/ Penerima bank deraf: FACULTY OF MEDICINE, TANTA UNIVERSITY Alamat : El Geish Street, Tanta, Gharbia, EGYPT Tel: +20 40 3332033, +20 40 333 7544, Fax: +20 40 3407734 http://med.tanta.edu.eg/ Penerima bank deraf: FACULTY OF DENTISTRY, TANTA UNIVERSITY Alamat : El Geish Street, Tanta, Gharbia, EGYPT Tel: +20 40 3332033, +20 40 333 7544, Fax: +20 40 3407734 http://dent.tanta.edu.eg/en/ Penerima bank deraf: FACULTY OF MEDICINE, ALEXANDRIA UNIVERSITY Alamat : Champollion Street, El-Khartoum Square, Azarita Medical Campus, Egypt Tel: +20 3 481 2280, +20 3 4862506 http://www.med.alexu.edu.eg/ Penerima bank deraf: FACULTY OF DENTISTRY, ALEXANDRIA UNIVERSITY Alamat : Champollion Street, , Azarita. Alexandria, Egypt Tel: +20 3 4869690, Fax: +20 3 4868922 http://www.dent.alex.edu.eg/ Penerima bank deraf: PRESIDENT, ZAGAZIG UNIVERSITY (Faculty of Pharmacy) Alamat : Zagazig University, Sharkia, Zagazig, 44519, EGYPT Tel: +20 55 2303266 http://www.zu.edu.eg/

17

LAMPIRAN H

CARA BAYARAN YURAN MELALUI MEDICMESIR { CONTOH MAKLUMAN YURAN PENGAJIAN PELAJAR SESI 2016/17 } Assalamualaikum wbth, Saya merujuk kepada perkara diatas. 1. Sila ambil maklum bahawa yuran pengajian ialah USD8000. 2. Pihak MedicMesir membantu membayarkan yuran terus ke Universiti. 3. Bayaran yang perlu dibuat adalah RM36,168 (8000USD x 4.5210) ke akaun Maybank CampusCity Management – 512802506800 Untuk bukan warga MedicMesir hanya mengunakan kadar diatas dengan kos tambahan RM200. 4. Rujukan mesti dibuat terus mengikut rate Maybank yang mana ianya berubah setiap hari. Pengiraan utk hari ini adalah seperti yang dikepilkan. Rate bank akan keluar pada jam 10 pagi. 5. Sila ambil maklum, MM akan menguna pakai rate bukan hari bayaran dimasukkan tetapi rate slip diemail ke MM iaitu, jika sebelum 11 pagi, rate hari yg sama. Jika selepas 11 pagi, dikira menguna pakai rate esok hari bekerja. Ini adalah kerana kadar bank berubah dlm hari yg sama dan MM menetapkan 11 pagi sebagai cut off time utk draft hari yg sama 6. Jika anda membuat transaksi beberapa hari, tarikh terakhir akan diguna pakai, tarikh kadar yuran akan digunapakai. 7. Jika ada pegurangan, MM akan minta bayaran penuh sebelum cek diserahkan ke pihak Universiti. 8. Serahan cek MM & pelajar akan mengambil masa dlm 3 minggu untuk sampai ke Mesir . Tetapi, sebaik sampai akan diserahkan dlm masa 48jam ke pihak Universiti. 9. Sila emailkan slip bank slip ke [email protected]. MM hanya mengambil kira makluman rasmi melalui email sahaja.

18

CONTOH KADAR MAYBANK YANG DIGUNA PAKAI BAGI PEMBAYARAN YURAN UNIVERSITI

19

LAMPIRAN I CONTOH BAYARAN RUMAH DI MESIR INTAKE 2016/17

20

LAMPIRAN J PENGIKTIRAFAN JPA- Sila semak lama web JPA www.jpa.gov.my PERUBATAN

21

PERGIGIAN

FARMASI

22

LAMPIRAN K

KERATAN-KERATAN AHBAR YANG MENYOKONG FAKTA BAHAWA BIDANG KEDOKTORAN MASIH BERKURANGAN

Targeted 90,000 by 2020 Ratio of 1:400

23

LAMPIRAN L

PETA LOKASI PEJABAT MEDICMESIR.COM No C-07-03,Plaza Paragon Point, Jalan Medan Pusat Bandar 5, 43650 Bandar Baru Bangi Selangor Darul Ehsan Tel : 0389229022/0197586167

24

LAMPIRAN M PETA LAKAR KE FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, SERDANG

25

LAMPIRAN N

PETA MESIR - LOKASI UNIVERSITI

University AinSham / Cairo / Al-Azhar - Terletak di Al Qahirah

26

INFOPACK MM 2017.pdf

Page 3 of 26. INFOPACK MM 2017.pdf. INFOPACK MM 2017.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu. Displaying INFOPACK MM 2017.pdf. Page 1 of ...

2MB Sizes 12 Downloads 239 Views

Recommend Documents

INFOPACK-italy.pdf
Estonia, Lativa, Romania and Macedonia. The project will be. implemented in POMPEI, ITALY from 1th until 8th of April 2016. The idea of our project is the result.

Infopack NEWAGE.pdf
activities in their own communities and share the information acquired during the course. The ultimate ... Infopack NEWAGE.pdf. Infopack NEWAGE.pdf. Open.

INFOPACK-italy.pdf
The youth exchange is entirely based on non-formal formal methodology and includes a variety of. methods. The participants will have the chance to learn about arts and crafts, and culture from. different countries, develop their knowledge, skills and

Infopack-Sonson.pdf
... was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Infopack-Sonson.pdf.

INFOPACK 1- Seminar CFYD.pdf
(Italy), Les MJC in Rhone-Alpes (France) Hair Asociata Redivivus (Romania), Intercultural. Clube Europeu (Portugal), Youth Council Dobele (Latvia), ...

Infopack-Poronin- Erasmusic+ 11.2016.pdf
restaurant might be closed! Page 3 of 5. Infopack-Poronin- Erasmusic+ 11.2016.pdf. Infopack-Poronin- Erasmusic+ 11.2016.pdf. Open. Extract. Open with.

MM Kyrie.pdf
Page 1 of 2. e. = 54. Kyrie. voor Margoda op weg naar Rome, 2016. uit "Santa Messa per i non vedenti". Kurt Bikkembergs. Soprano. Alto. Tenor. Bass...

mm mb
Monitor DivisioniSnorkel Well Cap Vent, Baker Mfg. Co.,. E21B 33/02 ..... The well seal also typically includes open ings for a ... to an electrical power source. The well seal .... embodiment of a Well system 10 comprising an air ?lter assembly ...

INFOPACK YOUTH PREVENTION Czech republic.pdf
Among them we can mention: the bullying and school violence, alcohol and drug ... Alcohol and drugs. ... INFOPACK YOUTH PREVENTION Czech republic.pdf.

Infopack Future in our hands.pdf
Republic, Turkey, Estonia, Italy and Slovakia, each country will be represented ... results from the evaluation questionnairies from the excursion to local firms, list.

MM Gloria.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. MM Gloria.pdf.

N. :1?' mm
Oct 19, 1983 - (XIV) or its salt. The hydroxylamine derivative (XIV) may be hydrox ylamine substituted with an aliphatic hydrocarbon resi due which may be ...

MM {M001}
tinct variety of apple tree originally discovered as a volunteer ... Crisp, juicy and ?rm, these apples ... Wash, and at the orchard of the Keystone Fruit Company.

MM&WT_Delhi.pdf
answer(s). ○ Wherever multiple answers are suggested, they are in order of appropriateness. 1. (a) Define RDBMS. Give any two examples of RDBMS. 2. Ans A relational database management system (RDBMS) is a database management system. (DBMS) that is

MM&WT_Outside.pdf
Text in paragraph is "red". 6.Table should have a border of width 1, border of the table should be "green". 7.Pages linked to: ○ Evolution as "evol.html". ○ References as "ref.html". 8.Bottom message is of size 2 and mail is linked to contact@abc

MM Voice.pdf
Mus 5275, Vocal Pedagogy I: 3 credits. Mus 5276, Vocal Pedagogy II: 3 credits. Mus 5241 Vocal Literature I: 3 credits. Mus 5242 Vocal Literature II: 3 credits. Mus 8182, Opera History in Context: Monteverdi and Mozart: 3 credits. Mus 8183, Opera Hist

INFOPACK TC TOOLS-UK.pdf
Tel: +44 (0)1678 541000. [email protected]. MAP: https://goo.gl/maps/dFH9J. Page 3 of 6. INFOPACK TC TOOLS-UK.pdf. INFOPACK TC TOOLS-UK.pdf.

Ki 917 MM
Aug 21, 2009 - Various extensions have been made to a “virtual” scratch off ..... These players have all called our telephone number during the Week, and.

infopack-PBA In Rural.pdf
Czech Republic ICM Jindřichův Hradec z.s.. Estonia Seiklejate Vennaskond. Greece Astiki Mi Kerdoskopiki Eteria En Gnosi. Hungary Town Protection Association. Italy Comune di Gerace. Latvia Liepajas jaunie vanagi. Lithuania Asociacija Apkabink Europ

INFOPACK-ACTGLOBAL-CULTURE2016.pdf
cultural identity, intercultural conflict management, intercultural communication. PARTICIPANT'S PROFILE: This project is open for a range of participants from ...

SAP MM Certification.pdf
... SAP Materials Management - Appendices. SAP Inventory Management For SAP MM. SAP MM Purchasing. SAP MM Tables ( With Some Transaction Codes ).

mm t-codes Accounts
Page 1 ... MMU1 - Create Non-Valuated Material. ME51N - Create Purchase Requisition. ME52N - Change Purchase Requisition. ME53N - Display Purchase ...

5th MM Report.pdf
co-ordinate our efforts to combat this menace, including through the exchange of. information among concerned agencies, and other concrete programmes of co- operation. We also resolve to continue active co-operation in ongoing efforts of the. interna

1.1 MM Lab.pdf
Sign in. Loading… Page 1. Whoops! There was a problem loading more pages. Retrying... 1.1 MM Lab.pdf. 1.1 MM Lab.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In.