SULIT

1103/1

1103/1 Bahasa Melayu Kertas 1 2017 2 ¼ Jam PENILAIAN PERCUBAAN SPM NEGERI PAHANG 2017

BAHASA MELAYU Kertas 1 Dua jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1.

Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.

2.

Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.

3.

Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak

SULIT

1103/1 Bahagian A [30 markah] [ Masa dicadangkan : 45 minit ]

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha memupuk jati diri remaja. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

USAHA MEMUPUK JATI DIRI REMAJA

Menghargai tokoh pejuang tanah air

Kempen oleh pihak kerajaan

Menghayati mata pelajaran Sejarah

SULIT

1103/1 Bahagian B [Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit] [100 markah]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1. Anda selaku Tokoh Usahawan Desa peringkat negeri diminta menyampaikan sebuah ceramah kepada sekumpulan usahawan desa di tempat anda. Tajuk ceramah tersebut ialah ‘Rahsia Menjadi Usahawan Desa yang Berjaya’. Sediakan teks ceramah tersebut selengkapnya.

2.

Keluarga bahagia merupakan keluarga yang penyayang, bertolak ansur dan sering menyantuni antara satu sama lain. Sehubungan dengan itu, jelaskan ciri-ciri keluarga bahagia idaman anda.

3.

Pengguna bijak mendatangkan pelbagai manfaat kepada keluarga. Jelaskan manfaat-manfaat tersebut.

4.

Sukan merupakan wahana penyatuan masyarakat antarabangsa. Jelaskan kepentingan bersukan kepada masyarakat global.

5.

Jikalau ilmu tidak sempurna, Tiada berupa ia berguna; Ilmu kepandaian boleh dikejar, Asal mahu rajin belajar. (Gurindam Beberapa Petua Hidup, Zaaba) Huraikan kepentingan ilmu kepada remaja. KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 2017 21/2 Jam

PENILAIAN PERCUBAAN SPM NEGERI PAHANG 2017 ____________________________________________________________

BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 4 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan rumi atau jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak.

Soalan 1 : Rumusan [ 30 markah ] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha melestarikan permainan tradisional dan kekangan-kekangan untuk memajukannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Permainan tradisional merupakan permainan yang dicipta oleh masyarakat tradisional, iaitu merujuk permainan budaya yang sudah diamalkan oleh masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu. Permainan tradisional ini juga sebagai pelengkap alam kanak-kanak pada masa silam untuk berkongsi keriangan dan kegembiraan. Mereka cuma perlu berkawan, namun bukan lagi resam kepada kanak-kanak masa ini yang begitu terdedah kepada peralatan telekomunikasi yang amat mengasyikkan dan menenggelamkan beberapa jenis permainan tradisional yang tersohor pada suatu ketika dahulu. Ekoran daripada itu, permainan tradisional semakin dilupakan, namun masih terdapat prakarsa untuk terus melestarikan sekali gus mengembalikan nostalgia warisan budaya ini. Permainan tradisional ini bukanlah semata-mata mengisi masa lapang, tetapi juga meningkatkan daya kreativiti, memupuk semangat berpasukan dan melatih kekuatan mental dan fizikal. Secara tegasnya, permainan tradisional memang wajar diketengahkan pada peringkat negara dan serantau. Minat yang mendalam terhadap permainan tradisional seperti wau, layang-layang, sepak raga dan gasing tidak cukup sekiranya tiada kemudahan untuk permainan ini. Bagi menangani isu ini, kerajaan haruslah menyediakan lebih banyak tempat atau gelanggang permainan tradisional. Berkaitan dengan pembinaan gelanggang, kerajaan boleh memajukan permainan ini dengan menyediakan jurulatih di setiap gelanggang yang telah disediakan. Pada masa yang sama, masyarakat tempatan juga boleh berganding bahu mewujudkan tapak permainan tradisional di kawasan perumahan atau kampung mereka. Hal ini secara tidak langsung dapat menarik perhatian penduduk sekitar untuk beriadah bagi mengeratkan silaturahim sesama mereka. Di samping itu, hotel tempatan dan pusat peranginan yang terkemuka di negara kita juga patut menyediakan ruang dan tapak serta alat permainan tradisional kepada pelancong asing. Sempena Tahun Melawat Malaysia, setiap negeri perlu mengetengahkan permainan tradisional dalam acara yang disusun bagi menyerlahkan warisan seni budaya yang penuh nila estetika bagi menggamit pelancong. Sebagai contoh, kerajaan Kedah merancang menganjurkan program sukan, Eagle Cup Sepak Takraw bersempena Tahun Melawat Kedah 2016. Selain itu, Festival layang-layang Sedunia Pasir gudang yang dianjurkan setiap tahun perlu diteruskan untuk menarik lebih banyak pengunjung dari dalam dan luar negara. Usaha menghidupkan kembali permainan tradisional boleh dilakukan oleh pihak sekolah dengan menganjurkan Kelab Permainan Tradisional dalam aktiviti kokurikulum. Permainan ini amat penting untuk kehidupan generasi muda kerana dapat membantu perkembangan diri. Melalui permainan tradisional mereka mempelajari cara mematuhi peraturan, menyesuaikan diri dan menyelesaikan masalah. Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM) turut memperuntukkan seni, warisan dan budaya dalam aktiviti kokurikulum. Seni, warisan dan budaya bangsa Malaysia yang dimaksudkan termasuklah tarian, muzik, kraf, tulisan jawi syair, permainan tradisional dan seni pertahanan diri. Penyebaran maklumat tentang permainan tradisional kepada masyarakat melalui media massa juga tidak harus dipandang remeh. Hal ini kerana media merupakan saluran utama dalam pencarian maklumat terutama dalam kalangan remaja. Jabatan Warisan Negara atau kerajaan negeri perlulah lebih kerap menganjurkan festival, pertandingan dan kempen bagi mengetengahkan permainan tradisional kepada masyarakat agar dapat menanamkan rasa cinta terhadap warisan negara kepada generasi muda.

Dipetik dan diubah suai daripada „Melestarikan Permainan Tradisional Warisan Negara‟ Oleh Samat Buang Dewan Siswa, Jun 2015 Soalan 2 : Pemahaman [ 35 markah ] Soalan 2(a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i)

Berikan maksud rangkai kata mengembalikan nostalgia. [ 2 markah ]

(ii)

Permainan tradisional mampu merapatkan hubungan silaturahim antara anggota masyarakat. Apakah kepentingan-kepentingan lain permainan tradisional dalam kehidupan. [ 3 markah ]

(iii)

Permainan tradisional mampu merangsang perkembangan minda kanak-kanak. Nyatakan peranan ibu bapa bagi menggalakkkan anak-anak melibatkan diri dalam permainan tersebut. [ 4 markah ]

Soalan 2 ( b )- Prosa Moden [Drama] Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. NORA AIMAN NORA

AIMAN NORA

AIMAN NORA

SUNDARANI AIMAN SUNDARANI AIMAN

SUNDARANI AIMAN SUNDARANI

Aiman, cepat pergi tengok kat papan kenyataan sekolah. Ada perkara menarik. Apa yang menarik sangat. Ada berita tentang aku keluar kat surat khabar, ke? Bukanlah. Kau ini memang gila glamor betul. Ini tentang nama pelajar yang terpilih untuk menyertai PLKN. Kalau tak silap aku tadi, aku ada nampak kau juga. Malas aku kalau pasal tu. Aku nak pergi kantin cari makan lagi bagus. Kau ni teruklah. Langsung tak ada semangat cinta akan negara sendiri. Jahanam negara kita ini kalau ramai yang berfikiran macam kau. Malu aku ada kawan macam kau. Janganlah merajuk. Tak baik kau cakap macam tu kepada aku. Hmm, apa kata aku belanja kau sarapan pagi ini? Tak payahlah kau gunakan wang kau untuk pujuk aku. Jangan ingat dengan wang kau boleh dapat semua perkara yang kau mahukan. (AIMAN terkejut dengan tindakan NORA kepadanya. Selama ini mereka sentiasa bersependapat dalam pelbagai perkara. Tetapi tidak pada kali ini. AIMAN kehairanan, lalu terus menuju ke kantin) Kau dapat masuk kem mana? Kem? Kem Majidi. Hahaha. Sejak bila pula kem itu jadi Kem Latihan Khidmat Negara? Setahu aku, itu kem untuk askar saja. Macam Kem Pulada. Kau ini lurus bendul betullah. Aku bergurau saja. Cepat betul kau perkara yang aku cakap. Bahaya orang macam kau ini, senang kena tipu. Kau sibuk tanya aku, kau dapat kem mana? Kem De Bana Jempol. Di mana kem itu? Tak pernah dengar pun nama tempat itu. Buta sejarah betul kau ni. Jempol kan dalam kawasan Negeri Sembilan. Dipetik daripada drama „Berkhidmat Untuk Negara‟ Oleh Affix Zulkarnean Adam dalam antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia

(i)

Nyatakan reaksi Aiman setelah Nora menyatakan yang dia terpilih menyertai PLKN? [ 2 markah ]

(i)

Sebahagian besar golongan remaja kurang berminat untuk menyertai PLKN . Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk menarik minat remaja menyertai program ini. [ 3 markah ]

(ii)

Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran lain daripada drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah ]

Soalan 2 ( c ) - Petikan Prosa Tradisional Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Maka ada seorang orang Kelang mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak sedikit. Maka ia berdatang sembah ke bawah duli baginda. Maka baginda memberi titah kepada bentara Seri Amerta, menyuruh berkata kepada Tun Perak. Maka Tun Perak pun datang mengadap. Maka Seri Amerta pun berkata kepada Tun Perak, “Orang ini, Ya Tuan Tun Perak, mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan, mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak. Mengapakah maka demikian pekerti tuan hamba?” Maka diam Tun Perak tiada disahutinya kata Seri Amerta itu. Setelah tiga kali Seri Amerta berkata-kata itu, maka barulah disahutinya oleh Tun Perak, katanya “ Tuan Seri Amerta, akan tuan hamba dijadikan Yang Dipertuan Bentara, dianugerahi pedang sebilah itu jua tuan hamba peliharakan baik-baik, usahakan jangan diberi berkarat kemakanan. Akan pekerjaan kami orang memegang negeri di mana tuan hamba tahu? Jikalau sebesar tempurung sekalipun, negeri namanya; baik juga kepada kami, maka kami kerjakan, kerana Yang Dipertuan tahu akan baiknya juga kepada kami, tiada tahu akan jahatnya. Tetapi jikalau Duli Yang Dipertuan hendak mencerca hamba sebab orang itu, pecatlah hamba dahulu, maka cercakan hamba dengan dia. Jikalau hamba belum dipecat bagaimana hamba hendak dicerca?” Shahadan , maka berkenan Sultan Muzaffar Shah mendengar kata Tun Perak itu. Pada hati baginda, “ Adapun Tun Perak ini tidaklah patut jadi bentara lagi, patut menjadi Perdana Menteri”. Dipetik daripada „Burung Terbang Dipipiskan Lada‟ dalam antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka

(i)

Berikan maksud rangkai kata mengadukan halnya. [ 2 markah ]

(ii)

Apakah alasan-alasan yang diberikan oleh Tun Perak apabila Seri Amerta menyatakan seorang orang Kelang dianiaya olehnya? [ 3 markah ]

(iii)

Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang sepatut dimiliki oleh individu yang layak dilantik menjadi seorang pemimpin? [ 3 markah ]

Soalan 2 ( d ) - Sajak Baca gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Erti Hidup Bererti Aku selalu didatangi, malam sepi bagai kalung yang melingkari leherku tidak berubah keesokan hari siapa yang akan datang menjengukku keluhan seorang tua sunyi. Keheningan tasik kehijauan rumput hanya menjadi bayangan di penjuru ruang zaman cinta dalam rahim dilupai dari sulung ditendang ke bongsu dari angah ditendang ke sulung balik kucari erti hidup menderita mengerang sakit berdiri tanpa ruang Aku bagi mereka tiada makna anakku bakaku baik setia mahupun derhaka semoga disirami benih keinsafan menjadi penawar dalam hati embun cinta atasi angin dingin jangan terpegun ada yang mati ada yang hidup tiada yang kekal kecuali Tuhan Teo Wei Sing Antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia (i)

Nyatakah sikap anak-anak terhadap ibu dalam sajak di atas.

[2 markah]

(ii)

Anak-anak merupakan permata hati ibu bapa. Apakah tindakan yang wajar dilakukan oleh anak-anak lakukan untuk membahagiakan ibu bapa sekiranya mereka tinggal berjauhan ? [3 markah]

(iii)

Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas?

[4 markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan (a) Tulis satu ayat bagi setiap kata majmuk di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, atau menggunakan kata majmuk itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(b)

(i)

akar tunjang

(ii)

gerak balas

(iii)

garam mineral

(iv)

isi padu

(v)

pusat graviti

(vi)

bahan api

[6 markah]

Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. (i)

Kami telah mengesyorkan usul itu kepada pihak berkuasa agar mengambil tindakan dengan segera

(ii)

Kementerian Pendidikan Malaysia akan menganugerahkan sijil penghargaan kepada semua pelajar cemerlang.

(iii)

Beberapa orang anggota keselamatan sedang mengawasi tempat kebakaran itu secara bergilir-gilir.

(c)

[6 markah]

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i)

Pertubuhan Klinik 1 Malaysia mampu mengurangkan beban pesakit di klinik kesihatan di kawasan bandar.

(ii)

Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan untuk menarik pelancung asing kunjungi ke negara ini.

(iii)

Dalam usaha menempa kejayaan, ibu-bapa sewajarnya bertanggungjawab pembentukan anak-anak menjadi modal insan berminda kelas pertama. [6 markah]

(d)

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i)

Cikgu Nadia meminta semua murid memuat naik nota Sejarah daripada laman sesawang itu untuk digunakan oleh kami dalam sesi pembelajaran nanti.

(ii)

Penceramah itu menerangkan tentang kebaikan aktiviti kitar semula yang dapat mengatasi masalah kekurangan tapak penghapusan sampah di negara ini.

(iii)

(e)

Pelbagai resipi yang menaikkan selera pelanggan dipamerkan di hadapan pintu masuk Kamariah Restoran. [6 markah]

Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi yang diberi. (i)

Hadiah kemenangan dalam acara tarik tali itu dibahagi secara adil kepada semua ahli kumpulan.

(ii)

Sekiranya kita ingin mencapai kejayaan dalam hidup, kita perlulah berusaha dengan gigih tanpa rasa jemu.

(iii)

Pasukan penyelamat mengambil langkah berjaga-jaga menyiapkan bantuan kepada mangsa banjir sebelum musim tengkujuh tiba. [6 markah]

Soalan 4 : Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut : (i)

Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib

(ii)

Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

(iii)

Jendela Menghadap Jalan karya Ruhani Matdarin

(iv)

Pantai Kasih karya Azmah Nordin

(v)

Tirani karya Beb Sabariah

(vi)

Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip

(vii)

Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

(viii)

Silir Daksina karya Nizar Parman

(a) Peristiwa dalam sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca. Berdasarkan dua peristiwa sebuah novel yang anda pelajari, huraikan sebab-sebab peristiwa itu dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca. [7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang boleh dikaitkan dengan kerjasama antara watak utama dan watak sampingan. [8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

SULIT

1103/1

1103/1 Bahasa Melayu Kertas 1 2017 2 ¼ Jam PENILAIAN PERCUBAAN SPM NEGERI PAHANG 2017

TINGKATAN 5

SKEMA BAHASA MELAYU

Kertas 1

Skema jawapan ini mengandungi 7 halaman bercetak

SKEMA BAHAGIAN A

Tugasan

: Usaha-usaha memupuk jati diri remaja

Idea 1 : Menghargai tokoh-tokoh pejuang tanah air 

Mengenang jasa pejuang kemerdekaan seperti Tunku Abdul Rahman melalui pameran



Tidak melupakan jasa pejuang kemerdekaan yang terkorban dengan mengunjungi kediaman mereka



Menjadikan kisah perjuangan menuntut kemerdekaan sebagai inspirasi melalui tayangan multimedia, esei dan ceramah patriotik

Idea 2 : Kempen oleh pihak kerajaan. 

Kerajaan melalui kementerian tertentu mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan



Kempen dilaksanakan melalui sinergi pelbagai kementerian, agensi kerajaan dan swasta serta badan bukan kerajaan (NGO)

Idea 3 : Menghayati mata pelajaran Sejarah 

Peranan guru untuk menarik minat murid mempelajari sekali gus menghayati sejarah negara



Wajib lulus Sejarah peringkat SPM membantu aspek penghayatan

sejarah

pembentukan negara Malaysia

Ungkapan menarik: 

Orang yang mengingati sejarah pasti tidak mengulanginya



Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih



Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama



Jangan jadi seperti lalang, makin lama makin tinggi, akarnya mencengkam bumi, meliukliuk menyakitkan hati

SKEMA BAHAGIAN B Soalan 1 Tugasan : Tuliskan ceramah bertajuk Rahsia Menjadi Usahawan Desa yang Berjaya. i. Tersurat  Ceramah berkait rahsia/petua / cara untuk menjadi usahawan desa yang berjaya ii. Tersirat  Konsep usahawan desa Format: Ceramah  Kata aluan-aluan - 1 markah  Kata halaan/sapaan - 1 markah  Penutup - 1 markah (sekian, terima kasih) [maksimum 2 markah ditolak] Cadangan idea: Idea 1 : Sikap usahawan itu sendiri  Sanggup berkorban masa  Berusaha tanpa mengenal erti penat  Selalu berfikiran positif Idea 2 : Mempunyai kemahiran tertentu seperti kemahiran pemasaran dan TMK  Kemahiran berkomunikasi  Menguasai kemahiran komputer Idea 3 : Menggunakan teknologi terkini yang mampu menghasilkan pengeluaran dalam skala besar  Penggunaan jentera moden dan mesin terbaharu memproses makanan  Memberi impak dalam pengeluaran hasil Idea 4 : Mengutamakan kualiti / mutu pengeluaran  Usahawan perlu mengutamakan kepuasan pelanggan  Barangan berkualiti menyebabkan pembeli melanggan/membeli kembali produk Idea 5 : Mendapatkan khidmat pakar berkaitan produk yang dikeluarkan  Khidmat dan kepakaran pihak lain yang berkaitan diperlukan dalam menghasilkan sesuatu produk  Khidmat kawalan serangga umpamanya diperlukan oleh pengusaha makanan dan pertanian untuk memastikan produk tidak tercemar oleh najis/ air liur serangga perosak atau binatang perosak. Idea 6 : Mempunyai pegangan agama yang teguh  Peniaga yang bijak tidak mengabaikan suruhan Tuhan  Menjaga hubungannya dengan Pencipta Ungkapan menarik:  Usaha tangga kejayaan  Kalau tidak dipecahkan ruyung , manakan dapat sagunya  Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

Soalan 2 Tugasan

: i. ii.

Jelaskan ciri-ciri keluarga bahagia idaman anda Tersurat  Ciri-ciri keluarga bahagia Tersirat  Keluarga - Ibu - Bapa - Adik beradik - Datuk dan nenek Tidak berformat

Format : Cadangan idea: Idea 1 : Keluarga yang penyayang  Tidak bergaduh dan bertengkar dalam rumah tangga  Sentiasa bercakap dengan lembut dan sopan sebagai unsur kasih kepada ibu bapa atau anak Idea 2 : Keluarga yang bertolak ansur  Memahami setiap masalah yang dihadapi oleh anggota keluarga  Tidak ada unsur paksaan sama ada daripada ibu bapa kepada anak atau sebaliknya Idea 3 : Keluarga yang menyantuni antara satu sama lain  Meraikan hari-hari penting dalam keluarga secara bersama-sama  Sambutan hari jadi ahli keluarga, mengadakan hari keluarga, berkelah dan melancong sebagai tanda menghargai setiap ahli keluarga Idea 4 : Keluarga yang menghabiskan masa berkualiti dengan anak-anak  Melancong dan berkelah  Menggunakan masa berkualiti untuk menyelami perasaan ahli keluarga yang lain Idea 5 : Datuk dan nenek yang selalu memberi nasihat kepada remaja/ anak cucu  Orang yang lebih dahulu makan garam berkongsi pengalaman untuk dijadikan teladan oleh anak cucu  Pengalaman mereka membantu generasi muda mengharungi hidup yang penuh cabaran Idea 6 : Adik beradik yang sering menyokong/ bahu membahu  Sentiasa memberikan kata-kata perangsang  Kejayaan dan kekecewaan disulami kata-kata motivasi oleh abang dan kakak yang pernah mengalami pengalaman yang sama Ungkapan menarik :  Keluarga Penyayang  Rumahku Syurgaku  Yang tua dihormati, yang muda dikasihi  Kasih ibu membawa ke syurga

Soalan 3 Tugasan

:

i.

Tersurat  Tersirat  

ii.

Format

Menjelaskan manfaat-manfaat pengguna bijak

:

manfaat-manfaat pengguna bijak Konsep pengguna bijak Konsep keluarga / isi rumah sebagai pengguna Tidak berformat

Cadangan idea: Idea 1 :

Menjimatkan kos perbelanjaan / berbelanja secara berhemat   

Idea 2 :

Mendapat barangan yang lebih berkualiti  

Idea

:

Sentiasa berhati-hati dengan jualan murah Penjual yang tidak bertanggungjawab mengumpan pembeli yang mudah rambang mata

Mendahulukan pembelian barang keperluan bukan barangan kehendak  

Idea 5 :

Alah membeli menang memakai menjadi pegangan pengguna bijak Barang berkualiti tahan lama walaupun harganya mahal

Tidak terpedaya dengan iklan jualan murah  

Idea 4 :

Pengguna bijak merancang perbelanjaan Membuat senarai pembelian sebelum membeli Sentiasa membandingkan harga untuk mendapatkan harga termurah dan berkualiti

Barang makanan menjadi keperluan Barangan mewah hanya untuk menunjuk-nunjuk kemampuan seseorang

Ekonomi keluarga menjadi stabil  

Pengguna bijak memiliki tabungan Perbelanjaan sentiasa terkawal dan tidak berlebih-lebihan

Ungkapan menarik:   

Pengguna Bijak Faedahnya Banyak Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit Berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak

Soalan 4 Tugasan

: i. ii.

Menjelaskan kepentingan bersukan kepada masyarakat global. Tersurat  Jelaskan kepentingan bersukan kepada masyarakat global Tersirat  Masyarakat global Tidak berformat

Format : Cadangan idea: Idea 1 : Sukan sebagai alat perpaduan  Berlaku interaksi antara atlet yang bertanding  Persefahaman rentas sempadan/ negara berlaku Idea 2 : Wujudnya hubungan yang lebih baik dari segi politik, ekonomi dan sosial  Hubungan diplomatik antara negara yang terlibat dalam bidang sukan dapat dibentuk  Kerjasama erat dapat dijalin bukan hanya dalam bidang sukan sahaja tetapi meliputi bidang lain Idea 3 : Meningkatkan kesihatan masyarakat secara keseluruhan  Sukan menjadi budaya masyarakat  Hari Sukan Negara dijalankan serentak di seluruh negara untuk membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia Idea 4 : Mengenali budaya masyarakat lain  Sukan mempromosi budaya hidup masyarakat dalam sesebuah negara  Budaya masyarakat yang unik dapat dipromosi sebagai tarikan pelancong Idea 5 : Sukan merupakan punca pendapatan kepada negara penganjur  Stesen televisyen membayar untuk mendapatkan hak penyiaran penganjuran sukan  Negara penganjur akan menjual hak penyiaran kepada stesen televisyen Idea 6 : Meningkatkan imej negara terlibat  Negara yang menjadi jaguh dalam sesuatu bidang sukan dipandang tinggi walaupun tidak terkenal sebagai kuasa ekonomi  Bola sepak sinonim dengan negara Brazil Ungkapan menarik:    

Badan sihat otak cerdas Jauh berjalan luas pengalaman Majulah Sukan untuk Negara Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

Soalan 5 Tugasan

: i.

Tersurat  Kepentingan ilmu kepada remaja Tersirat  Fokus kepada remaja

ii.

Format

Menghuraikan kepentingan ilmu kepada remaja

:

Tidak berformat

Cadangan idea: Idea 1 :

Mendalami ilmu ke peringkat yang lebih tinggi  

Idea 2 :

Menyambung pelajaran / pendidikan  

Idea 3 :

Ilmu mampu membantu remaja daripada diperdaya Tipu daya secara langsung mahupun melalui laman sesawang

Mendapat peluang pekerjaan yang baik  

Idea 5 :

Remaja lepasan SPM Melanjutkan pelajaran mengikut bidang yang diminati

Tidak mudah terpedaya dengan tipu daya / diayah  

Idea 4 :

Universiti awam dan swasta menawarkan pelbagai bidang pengajian Remaja boleh melanjutkan pengajian diploma, ijazah pertama, sarjana mahupun ijazah kedoktoran

Remaja berilmu pengetahuan memperoleh pekerjaan yang baik Mempunyai daya saing yang tinggi dan dicari oleh majikan yang memerlukan pekerja berkepakaran

Dapat mewujudkan hubungan dengan remaja lain seantero dunia  

Remaja berilmu punya kemahiran komunikasi verbal dan non verbal yang baik Mereka punya rangkaian sosial yang luas

Ungkapan menarik :   

Bangsa Membaca Bangsa Berjaya Ilmu pelita hidup Ilmu bekalan hidup -SKEMA TAMAT-

SULIT

1103/1

1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 2017 PENILAIAN PERCUBAAN SPM NEGERI PAHANG 2017

TINGKATAN 5

SKEMA BAHASA MELAYU

Kertas 2

Markah penuh Kertas 2 ialah 110 Soalan 1 Markah penuh 30 dibahagi kepada:

(a) Isi

(a) Isi

- 20 markah

(b) Bahasa

- 10 markah

[20 markah]

Nota : (i)

Panduan mengira perkataan Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan -

(ii) (iii) (iv) (v)

nama khas perkataan berulang penggunaan kata sendi di dan ke tarikh angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan gelaran

Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja sebelum diperiksa. Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak perlu diperiksa. Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja. Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, walaupun jumlah perkataan kurang daripada 120 patah perkataan, berikan 0 markah.

Bahagian

Markah

Markah 2

(i)Pendahuluan (ii)Isi tersurat

4

5

6

7

8

9

10

11

12

(iii)Isi tersirat

12

11

10

9

8

7

6

5

4

16

2

(iv)Penutup/Kesimpulan Jumlah Markah

20

Markah penuh Kertas 2 ialah 110 Soalan 1 Markah penuh 30 dibahagi kepada:

a. Isi

- 20 markah

b. Bahasa

- 10 markah

Nota : (vi)

Panduan mengira perkataan Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan -

(vii) (viii) (ix) (x)

nama khas perkataan berulang penggunaan kata sendi di dan ke tarikh angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan gelaran

Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja sebelum diperiksa. Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak perlu diperiksa. Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja. Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, walaupun jumlah perkataan kurang daripada 120 patah perkataan, berikan 0 markah.

Bahagian

Markah

Markah

(i)Pendahuluan

2

(ii)Isi tersurat

4

5

6

7

8

9

10

11

12

(iii)Isi tersirat

12

11

10

9

8

7

6

5

4

16 2

(iv)Penutup/Kesimpulan Jumlah Markah

20

Soalan 1 : Rumusan

Pendahuluan Petikan membincangkan langkah-langkah/ inisiatif / cara melestarikan permainan tradisional dalam kalangan masyarakat / di Malaysia

2

Petikan membincangkan langkah-langkah/ inisiatif / cara melestarikan permainan tradisional dan kepentingan permainan tradisional dalam kehidupan.

2

Rumusan membincangkan langkah-langkah/ inisiatif / cara melestarikan permainan tradisional 2 dan kekangan-kekangan untuk memajukannya Petikan membincangkan langkah-langkah/ inisiatif / cara melestarikan permainan tradisional

1

Petikan membincangkan usaha-usaha melestarikan permainan tradisional.

0

Isi Tersurat [4 hingga 12 markah ]

S1

kerajaan haruslah menyediakan lebih banyak tempat atau gelanggang permainan tradisional

S2

menyediakan jurulatih di setiap gelanggang yang telah disediakan

S3

masyarakat tempatan juga boleh mewujudkan tapak permainan tradisional di kawasan perumahan atau kampung mereka.

S4

hotel tempatan dan pusat peranginan yang terkemuka di negara kita juga patut menyediakan ruang dan tapak serta alat permainan tradisional

S5

Setiap negeri perlu mengetengahkan permainan tradisional dalam acara yang disusun

S6

Festival layang-layang Sedunia Pasir gudang yang dianjurkan setiap tahun perlu diteruskan

S7

Pihak sekolah menganjurkan Kelab Permainan Tradisional dalam aktiviti kokurikulum

S8

Kementerian Pendidikan Malaysia turut memperuntukkan seni, warisan dan budaya dalam aktiviti kokurikulum

S9 S10

Penyebaran maklumat tentang permainan tradisional kepada masyarakat melalui media massa Jabatan Warisan Negara atau kerajaan negeri perlulah lebih kerap menganjurkan festival, pertandingan dan kempen bagi mengetengahkan permainan tradisional

Isi tersirat [4 hingga 12 markah] T1.

Remaja tidak berminat

2

T2

2

T3.

Kekurangan tapak/ gelanggang/ ruang . Masyarakat telalu sibuk

T4.

Tidak mendapat galakan ibu bapa

2

T5

Masyarakat menganggap permainan tradisional sudah ketinggalan zaman

2

2

( Isi-isi tersirat yang lain boleh diterima sekiranya sesuai ) Penutup

K1

K2

Kesimpulannya, usaha melestarikan permainan tradisional hendaklah disemarakkkan oleh semua pihak agar permainan ini dapat diwarisi kepada generasi akan datang

2

Kesimpulannya, usaha melestarikan permainan tradisional hendaklah disemarakkkan

1

(Kesimpulan lain yang sesuai diterima)

SULIT

1103/2 (PP) Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada: Soalan 2 (a) : 9 markah Soalan 2 (b) : 9 markah Soalan 2 (c) : 8 markah Soalan 2 (d) : 9 markah

Perhatian bagi soalan 2 (a) hingga Soalan 2 (d) 1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri. 2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/sempurna. 3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan separuh (50%) daripada markah yang diperuntukkan sahaja. Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman 1.

Soalan 2 markah : DESKRIPSI Jawapan tepat mengikut konteks/isi cukup dan ayat gramatis

MARKAH 2

-

Jawapan kurang tepat/isi tidak cukup/Jawapan tepat mengikut konteks isi cukup dan ayat tidak gramatis.

1

-

Jawapan tidak tepat/salah

0

-

2.

Soalan 3 markah : DESKRIPSI

MARKAH

-

Isi cukup dan lengkap/releven dengan tugasan dan ayat gramatis

3

-

Isi cukup dan lengkap/releven tetapi ayat kurang gramatis Isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat gramatis Isi kurang lengkap dan ayat kurang gramatis

2

-

Isi tidak betul/tidak releven dengan tugasan tetapi ayat gramatis

0

3.

1

Soalan 4 markah : -

DESKRIPSI Isi cukup dan lengkap/releven dengan tugasan dan ayat gramatis

MARKAH 4

-

Isi cukup dan lengkap/releven tetapi ayat kurang gramatis

3

-

Isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis

2

-

Isi kurang lengkap/kurang releven dan ayat kurang gramatis

1

-

Isi tidak betul/ tidak releven dengan tugasan tetapi ayat gramatis

0

SULIT

1103/2 (PP)

Soalan 2 (a) : Petikan Umum (i) mengembalikan nostalgia. - Memberikan / mewujudkan kenangan / peristiwa - Mengembalikan kenangan

2 markah 1 markah [Maksimum : 2 markah ] [Isi cukup : 2 isi]

(ii) Kepentingan-kepentingan lain permainan tradisional dalam kehidupan -

Mengisi masa lapang Meningkatkan daya kreativiti Memupuk semangat berpasukan Melatih kekuatan mental dan fizikal [Maksimum : 3 markah ] [Isi cukup : 2 isi]

(iii) Peranan ibu bapa -

Menggalakkan anak-anak bermain permainan tradisional Ibu bapa membeli peralatan permainan tradisional Bermain permainan tradisional bersama-sama anak pada waktu lapang Membawa anak-anak ke festival permainan tradisional Menghantar anak menyertai pertandingan permainan tradisional

(Jawapan lain yang sesuai boleh diterima) [Maksimum : 4 markah] [Isi cukup : 3 isi]

SULIT

1103/2 (PP)

Soalan 2 ( b )- Prosa Moden [Drama] (i)

-

tidak mahu membincangkan perkara itu bercadang untuk ke kantin untuk bersarapan [Isi cukup 2 – 2 markah]

(ii)

-

(iii)

menambah baik modul PLKN dengan pelbagai bentuk kemahiran dan aktiviti yang menarik prasarana yang lebih selesa elaun yang tinggi jangka masa program lebih singkat [Isi cukup 2 – 3 markah]

Pengajaran dalam petikan. - Kita hendaklah cinta akan negara dengan menjayakan program yang dirancang. Contoh: Nora kesal dengan sikap Aiman yang tidak berminat dengan PLKN. [ 2 markah]

-

-

Pengajaran dalam drama. Kita hendaklah menjadi warganegara yang bertanggungjawab Contoh : Posmen dan Cikgu Dahari memberikan semangat kepada golongan remaja untuk mengikuti PLKN. Kita hendaklah tegas dalam mengambil tindakan. Contoh: Khir Ghazali tegas mahukan anaknya Aiman mengikuti program PLKN [ 2 markah]

Soalan 2 ( c ) - Petikan Prosa Tradisional (i) mengadukan halnya bermaksud Menceritakan/menyatakan/ Memberitahu/ mengadu/ memerihal Menceritakan/menyatakan/ Memberitahu/ mengadu/ memerihal / Menceritakan/menyatakan/ Memberitahu/ mengadu/ memerihal / (ii) -

Tindakan/ perlakuan/ tingkah laku Tun Perak

2 markah

Tindakannya/ perlakuannya/ tingkah lakunya Halnya

1 markah

1 markah

Alasan-alasan yang diberikan oleh Tun Perak apabila Seri Amerta menyatakan seorang orang Kelang dianiaya oleh Tun Perak:Seri Amerta tidak mengetahui tugas sebenar Tun Perak sebagai pemerintah sesebuah negeri walaupun negeri tersebut kecil. Seri Amerta hanya melaksanakan titah Yang diPertuan Yang Dipertuan hanya ingin mengetahui perkara yang baik-baik sahaja. [Isi cukup 2 – 3 markah]

SULIT

1103/2 (PP)

(iii) -

Ciri individu yang layak dijadikan pemimpin:Bijak dalam menyelesaikan masalah Adil dalam mentadbir. Berpengetahuan luas dalam pentadbiran Tetap pendirian / Tegas Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas Amanah dalam tugas Patuh pada ajaran agama [Isi cukup 3 – 4 markah]

Soalan 2 ( d ) - Sajak (i)

Sikap anak-anak terhadap ibu - tidak menjenguk ibu mereka - tidak mengenang budi - mengambil sikap lepas tangan - tidak bertanggungjawab - Patuh pada ajaran agama [Isi cukup 2 – 2 markah]

(ii)

-

Sering bertanya khabar / menghubungi Membiayai perbelanjaan / keperluan harian Menyediakan pembantu untuk ibu bapa / minta jiran melihat keadaan ibu bapa Menghantar ibu bapa ke Mekah / melancong Sering menziarahi / pulang hujung minggu

[Isi cukup 2 – 3 markah] (iii)

-

Kesepian hidup sendirian pada usia tua kerana dipinggirkan oleh anak-anak. Sikap anak-anak yang mengabaikan tanggungjawab untuk menjaga orang tua Harapan ibu bapa terhadap anak-anak agar anak-anak sedar akan tanggungjawab dan insaf atas kesilapan yang pernah anak lakukan.

[Isi cukup 2 – 4 markah]

SULIT

1103/2 (PP) Soalan 3 Markah penuh 30 markah dibahagi kepada: Soalan 3 (a) : 6 markah Soalan 3 (b) : 6 markah Soalan 3 (c) : 6 markah Soalan 3 (d) : 6 markah Soalan 3 (e) : 6 markah

Perhatian bagi soalan 3 (a) 1. 2.

Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul. Tolak 1 markah bagi kesalahan ejaan / jalan bahasa / tanda baca daripada keseluruhan soalan. 3. Rangkai kata yang berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah. 4. Rangkai kata digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah. 5. Sengaja menambah atau menukar imbuhan, berikan 0 markah. 6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap ayat. 7. Jika semua rangkai kata digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sabagai satu ayat. 8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya. 9. Maksud tidak jelas, tolak ½ markah. 10. Kalau bina dua atau tiga ayat, maka lihat ayat pertama sahaja. 11. Jika salah ejaan rangkai kata yang diuji, berikan 0 markah. Jawapan 3 (a) (i)

akar tunjang -

akar pada pokok-pokok tertentu yang tumbuh lurus ke bawah ke dalam tanah (untuk menegapkan pokok dll)

(ii)

gerak balas -

(iii)

tindak balas organisma terhadap rangsangan seperti cahaya, air, sentuhan dll.

garam mineral -

unsur bukan organik yang ringkas, biasanya diperlukan dalam kuantiti yang sedikit untuk menjalankan metabolisme badan.

SULIT

1103/2 (PP) (iv)

isi padu -

sukatan atau ukuran ruang yang dipenuhi oleh sesuatu jisim seperti pepejal, cecair atau gas dalam sesuatu bekas.

(v)

pusat graviti -

titik tempat tumpuan daya tarikan yang menggerakkan jasad-jasad ke arah pusat sesuatu cakerawala seperti bulan atau bumi.

(vi)

bahan api -

bahan yang digunakan untuk menghasilkan haba atau tenaga (kayu, arang batu, minyak dll)

Jawapan 3(b)

Ayat aktif kepada ayat pasif

(i)

Usul itu telah kami syorkan kepada pihak berkuasa agar mengambil tindakan dengan segera.

(ii)

Sijil penghargaan akan dianugerahkan kepada semua pelajar cemerlang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

(iii)

Tempat

kebakaran

itu

sedang diawasi oleh

keselamatan secara bergilir-gilir.

beberapa orang anggota

SULIT

1103/2 (PP)

Jawapan 3(c) Kesalahan ejaan dan imbuhan (i)

Ejaan Imbuhan

: :

1 Malaysia Pertubuhan

– –

1Malaysia Penubuhan

(ii)

Ejaan Imbuhan

: :

pelancung kunjungi

– –

pelancong berkunjung

(iii)

Ejaan Imbuhan

: :

ibu-bapa – pembentukan –

ibu bapa membentuk

Jawapan 3(d) Kesalahan istilah atau kata dan tatabahasa (i)

Kata/istilah Tatabahasa

: :

memuat naik digunakan oleh kami

– –

memuat turun kami gunakan

(ii)

Kata/istilah Tatabahasa

: :

penghapusan menerangkan tentang

– –

pelupusan menerangkan

(iii)

Kata/istilah Tatabahasa

: :

resipi Kamariah Restoran

– –

menu Restoran Kamariah

Jawapan 3(e) Peribahasa (i)

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

(ii)

Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya/ Usaha tangga kejayaan

(iii)

Sediakan payung sebelum hujan

SULIT

1103/2 (PP) Soalan 4 : Novel

Soalan 4 (a ) (i)

Novel Bimasakti Menari Peristiwa

1- Sikap Tan Sri Muhaimin dan Pn Maryam Wickham Abdullah yang

mementingkan kerjaya masing-masing

dan keras hati menyebabkan mereka

terpisah dengan anak tunggal mereka Muhamad Taufik merindui kasih sayang mereka. Sebab - Ibu bapa perlu menjaga rumah tangga dan anak agar tidak terabai. Peristiwa 2 – Dato Johan Arlington Majid berdendam dengan Tan Sri Muhaimin yang berjaya memiliki Maryam Wickham. Selain itu, dia akan kehilangan tender pemasangan lampu di Kuala Selangor Sebab



Seseorang

itu

tidak

boleh

membiarkan

perasaan

dendamnya

membelenggu kehidupannya. Kita mestilah reda dengan ketentuan Ilahi/ dengan mengambil sikap berlapang dada [2 markah untuk penyataan dan peristiwa lengkap] (ii)

Novel Pantai Kasih Peristiwa 1 – Doktor Raiha prihatin dengan nasib Unong Siron. Baginya kali ke-6 tidak sepatutnya berlaku. Apatah lagi pembedahan tersebut dilakukan oleh doktor pakar. Sebab – Kita janganlah mementingkan keuntungan atas kesusahan orang lain. Peristiwa 2 – Dr Sadiz bertindak membakar kereta mewahnya kerana marah akan isterinya yang menghalang niatnya untuk menghantar Rahayu ke asrama Sebab –Kita hendaklah berfikir secara rasional dalam melakukan sesuatu tindakan. Selain itu, kita hendaklah mampu mengawal marah yang akan merugikan diri sendiri [2 markah untuk penyataan dan peristiwa lengkap]

[3 markah bahasa]

SULIT

1103/2 (PP)

Soalan 4 ( b ) Peristiwa yang boleh dikaitkan dengan kerjasama watak utama dan watak sampingan Novel Bimasakti Menari (i)

Kerjasama antara Nurul Hafsa dengan Mohamad Taufik

[1

markah] Nurul Hafsa dan Muhamad Taufik bekerjasama untuk menyediakan laporan tentang kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor untuk dibentangkan di hadapan Menteri Besar Selangor. Mereka mengambil masa selama seminggu untuk mengemas kini dan memantapkan bahan pembentangan mereka.

[2 markah]

atau ; Selain itu, kerjasama antara Nurul Hafsa dengan ayahnya Hj Basir yang menghantar anaknya itu ke jeti menyusuri Sungai Kuantan/ Sungai Rahsia bagi menjejaki kelip-kelip [2 markah] Novel Pantai Kasih (i)

Kerjasama antara Dr Raiha dengan Dr Alex Ng

[1 markah]

Dr Raiha bekerjasama dengan Dr Alex Ng untuk menjalankan pembedahan penggantian sendi tulang pada pergelangan tangan dan lutut Dr Uwang kerana (ii)

terlibat dalam kemalangan

[2 markah]

Kerjasama antara Dr Raiha dengan ibu Unong Siron

[1 markah]

Mereka berjaya menghalang seorang pemuda yang menyeludup masuk ke bilik bedah Pusat Rawatan Pantai Kasih dan seterusnya membawa pemuda tersebut keluar dari PRPK

[2 markah]

[#2 markah bahasa]

# mana-mana jawapan yang sesuai diterima

(SOALAN + SKEMA) PAHANG K1 + K2.pdf

Page 1. Whoops! There was a problem loading more pages. Retrying... (SOALAN + SKEMA) PAHANG K1 + K2.pdf. (SOALAN + SKEMA) PAHANG K1 + K2.pdf.

1MB Sizes 49 Downloads 379 Views

Recommend Documents

Pahang Skema K1.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Pahang Skema ...

(SOALAN + SKEMA) KEDAH SET 1 (K1 + K2).pdf
Page 1 of 43. 1. SULIT 1103/1. 1103/1. BAHASA MELAYU. Kertas 1. Ogos. 2017. 2 1⁄4 jam. MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5. TAHUN 2017. MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH). MODUL 1. BAHASA MELAYU. KERTAS 1. Dua jam lima belas minit. JANGAN

(SOALAN + SKEMA) KEDAH SET 2 (K1 + K2).pdf
Page 3 of 41. Page 3 of 41. (SOALAN + SKEMA) KEDAH SET 2 (K1 + K2).pdf. (SOALAN + SKEMA) KEDAH SET 2 (K1 + K2).pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu. Displaying (SOALAN + SKEMA) KEDAH SET 2 (K1 + K2).pdf. Page 1 of 41.

(SOALAN + SKEMA) K1 + K2 PPD KOTA BELUD.pdf
seharian masyarakat di negara kita. KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT. Hak cipta: gcjmsmkn. Page 3 of 38. (SOALAN + SKEMA) K1 + K2 PPD KOTA BELUD.pdf.

Pahang K1 Skema.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Pahang K1 ...

Skema K1.pdf
Page 1 of 5. Page 2 of 5. http://cikgusazali.blogspot.com. Page 2 of 5. Page 3 of 5. http://cikgusazali.blogspot.com. Page 3 of 5. Skema K1.pdf. Skema K1.pdf.

Percubaan Pahang K1.pdf
Whoops! There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Percubaan Pahang K1.pdf. Percubaan Pahang K1.pdf.

SKEMA-K2-Trial-Pahang-Physics.pdf
Suhu merkuri sama dengan suhu air mendidih//. Mencapai keseimbangan terma. Kurangkan diameter tiub kapilari. Sudut genting ialah sudut tuju dimana sudut ...

Skema K1.pdf
Page 1 of 5. http://cikgusazali.blogspot.com. Page 1 of 5. Page 2 of 5. http://cikgusazali.blogspot.com. Page 2 of 5. Page 3 of 5. http://cikgusazali.blogspot.com.Missing:

(FULL) (SOALAN + SKEMA) (JOHOR) SET 3 (K1+K2).pdf
(FULL) (SOALAN + SKEMA) (JOHOR) SET 3 (K1+K2).pdf. (FULL) (SOALAN + SKEMA) (JOHOR) SET 3 (K1+K2).pdf. Open. Extract. Open with. Sign In.

Pahang Add Math K1.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Pahang Add ...

(FULL) (SOALAN + SKEMA) (JOHOR) SET 2 (K1+K2).pdf
Whoops! There was a problem loading this page. Retrying... Page 3 of 28. SET 2. Soalan 1 : Rumusan. [30 markah]. Baca petikan di bawah dengan teliti, ...

Skema Penang K1+K2.pdf
gP2 or fi-}JF. 83 : R2 =26P oR R2. =26 P. B2 : log2 R2 = lo1z26 +log2 P OR ,R2 rogz T= 81 ,. l=og'P. or 3log2. log24. 4 4. 9 24. B2: -1 37 +(n- 1X6) 0. B1 : d-6. 3 3. 10 (a). (b). 4. 20. B2: (2n + 4t)(n-2q - 0. BI ;va)*b-1)4I = 820. I. 3 4. 11 -2r l-

NS Skema K1.pdf
r Kementerian Pendidikan Malaysia mewajibkan semua pelajar lulus Bahasa. Melayu dalam peperiksaan awam. . Mengadakan kempen melalui media massa.

Skema Trial k1 mrsm.pdf
Page 1 of 11. http://cikgusazali.blogspot.com. 1. Page 1 of 11. Page 2 of 11. http://cikgusazali.blogspot.com. 2. Page 2 of 11. Page 3 of 11. http://cikgusazali.blogspot.com. 3. Page 3 of 11. Skema Trial k1 mrsm.pdf. Skema Trial k1 mrsm.pdf. Open. Ex

NS Skema K1.pdf
Media massa - akhbar radio TV, iCT - kempen tentang kualiti dan penggunaan. pengangkutan awam. Page 4 of 6. NS Skema K1.pdf. NS Skema K1.pdf. Open.

[spmsoalan]Soalan SPM 2014 MM K1.pdf
Page 1. Whoops! There was a problem loading more pages. [spmsoalan]Soalan SPM 2014 MM K1.pdf. [spmsoalan]Soalan SPM 2014 MM K1.pdf. Open. Extract.

SMK SEGAMBUT TRIAL BM SPM (SOALAN +SKEMA).pdf ...
Page 3 of 928. SMK SEGAMBUT TRIAL BM SPM (SOALAN +SKEMA).pdf. SMK SEGAMBUT TRIAL BM SPM (SOALAN +SKEMA).pdf. Open. Extract. Open with.

[spmsoalan]Soalan SPM 2014 AM K1.pdf
Page 1. Whoops! There was a problem loading more pages. [spmsoalan]Soalan SPM 2014 AM K1.pdf. [spmsoalan]Soalan SPM 2014 AM K1.pdf. Open. Extract.

SKEMA BM K1 MRSM 2016.pdf
Page 1. Whoops! There was a problem loading more pages. Retrying... SKEMA BM K1 MRSM 2016.pdf. SKEMA BM K1 MRSM 2016.pdf. Open. Extract.

SKEMA K1 BM ZON B Kuching.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. SKEMA K1 BM ...

Pahang ICT Skema.pdf
Whoops! There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Pahang ICT Skema.pdf. Pahang ICT Skema.pdf. Open.

Trial-SBP-Kimia-K1-K2-K3-Dan-Skema (1).pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Trial-SBP-Kimia-K1-K2-K3-Dan-Skema (1).pdf. Trial-SBP-Kimia-K1-K2-K3-Dan-Skema (1).pdf. Open. Extract. Open

Pahang Add Math K2.pdf
Page 1. Whoops! There was a problem loading more pages. Pahang Add Math K2.pdf. Pahang Add Math K2.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu.