SET 2 Bahagian A [ 30 markah] [Masa dicadangkan : 45 minit] Dialog di bawah menunjukkan sebahagian daripada kemudahan-kemudahan bandar pintar di Malaysia. Huraikan pendapat anda tentang kemudahan-kemudahan di bandar pintar. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Adam: Adakah awak tahu tentang bandar pintar? Johan: Ya, saya tahu. Adam: Bandar pintar merupakan bandar berkonsepkan Bandar Teknologi Hijau. Bandar ini mempunyai kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Johan: Tentunya di bandar pintar ini juga mempunyai pusat bagi aktiviti komersial dan pejabat kerajaan yang memudahkan urusan penduduk setempat.

BAHAGIAN B [100 markah] [Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit] Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1.

Pelibatan dalam sambutan Bulan Kemerdekaan, penyertaan dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan pembelian barangan buatan Malaysia merupakan antara ciri remaja yang patriotik. Ulaskan pernyataan tersebut.

2.

Permainan tradisional seperti layang-layang, gasing dan congkak mempunyai keistimewaannya yang tersendiri, iaitu meningkatkan ketahanan mental dan fizikal, memupuk sikap saling bekerjasama, serta menjadi hiburan sehingga dapat membantu perkembangan sahsiah individu. Jelaskan pernyataan di atas.

3.

Usaha yang dijalankan oleh kerajaan untuk menarik pelabur-pelabur asing agar membuat pelaburan di Malaysia mampu meningkatkan ekonomi negara sekali gus memajukan negara dalam pelbagai bidang. Ulas pernyataan di atas.

4.

Usaha-usaha negara serantau untuk memperkasakan pendidikan maya, iaitu pendidikan yang memaksimumkan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi memang wajar demi pembentukan modal insan yang berkualiti. Huraikan.

5.

Apabila terpelihara lidah, Nescaya dapat daripadanya faedah. Petikan gurindam di atas membawa maksud pelbagai faedah akan diperoleh apabila seseorang menjaga tutur kata mereka. Tutur kata yang sopan mencerminkan keperibadian seseorang yang perlu dipupuk sejak kecil. Jelaskan cara-cara pelbagai pihak untuk membentuk masyarakat yang berbudi bahasa. KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

SET 2

Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor yang menggalakkan perke mbangan industri pelancongan dan manfaat industri pelancongan kepada negara. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Pada era pascamerdeka ini, negara kita semakin disanjung tinggi oleh negara-negara lain. Hal ini demikian kerana negara kita berjaya mencapai kemajuan dalam pelbagai aspek. Malahan Malaysia berjaya mengukir nama di persada dunia kerana ekonominya yang mantap. Dalam hal ini, Malaysia telah memanfaatkan industri pelancongan bagi merealisasikan impian negara menjadi destinasi pelancongan dunia. Antara keunikan yang terdapat di Malaysia ialah rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum dan hidup bersatu padu. Hal ini mampu menarik pelancong luar untuk bertandang ke negara kita. Oleh itu, kita perlu berusaha untuk mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia. Dalam konteks ini, terdapat beberapa faktor mendorong kemasukan pelancong luar ke negara kita termasuklah kemudahan pengangkutan yang semakin maju. Antara kemudahan pengangkutan yang terdapat di negara kita termasuk lah Transit Aliran Ringan (LRT), monorel, kereta api elektrik, teksi, bas dan lain- lain lagi. Pada masa yang sama, kemudahan membeli-belah yang disediakan juga menggalakkan pelancong berkunjung ke Malaysia. Mereka dapat berbelanja atau mendapatkan cenderamata untuk dibawa pulang ke negara mereka. Barang-barang yang terdapat di situ juga dijual pada harga yang berpatutan. Keadaan iklim semula jadi yang panas sepanjang tahun mempengaruhi perkembangan industri pelancongan di negara kita. Iklim seperti ini amat digemari oleh pelancong asing khususnya pelancong dari negara-negara Barat seperti negara Eropah dan Amerika Syarikat. Kepelbagaian bentuk muka bumi yang menarik seperti kawasan rekreasi di tanah tinggi dan hutan semula jadi iaitu hutan hujan Khatulistiwa yang berusia lebih dua juta tahun menjadi tumpuan para pengkaji tempatan dan luar negara. Di samping itu, pantai-pantai dan pulaupulau yang masih belum tercemar merupakan aset penting dalam industri pelancongan. Kemajuan industri pelancongan tanah air turut dibantu oleh wujudnya keunikan budaya di negara kita kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk. Dalam hal ini, gabungan budaya masyarakat Melayu, Cina dan India telah berjaya meningkatkan kunjungan pelancong asing ke Malaysia Peranan pihak kerajaan dan agensi kerajaan yang berkaitan dengan pelancongan juga turut memajukan sektor pelancongan di Malaysia. Sebagai contohnya, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah mengadakan pelbagai pertunjukan kebudayaan dan destinasi pelancongan ke seluruh dunia sebagai usaha mempromosikan Malaysia kepada pelancong asing. Sesungguhnya, sektor pelancongan merupakan sektor yang berpotensi untuk menyumbang kepada ekonomi negara. Industri ini masih perlu diteroka kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

SET 2

( Dipetik dan diubah suai daripada ‘Malaysia Tumpuan Pelancong’ oleh Sofea Suhaimi, Dewan Siswa, Oktober 2015 )

Soalan 2 : Pemahaman Soalan 2(a)- Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i)

Apakah maksud rangkai kata merealisasikan impian?

[2 markah]

(ii)

Pengarang menyatakan terdapat beberapa faktor yang menjadikan Malaysia semakin disanjung tinggi di peringkat antarabangsa? Nyatakan faktor-faktor tersebut. [3 markah]

(iii)

Industri pelancongan di Malaysia tidak terlepas daripada cabaran-cabaran yang dihadapi daripada pelbagai aspek. Huraikan pendapat anda tentang cabaran-cabaran yang dihadapi dalam memajukan sektor pelancongan negara kita. [4 markah]

SET 2 Soalan 2 (b) – Petikan Drama Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. CIKGU DAHARI: Waalaikumussalam dan selamat sejahtera. Semua boleh duduk. Semua dan baca berita tentang murid yang terpilih dan penempatan untuk PLKN. NORA: Sudah cikgu. Ramai yang terpilih dan kami amat teruja untuk menyertainya. Tak sabar rasanya. CIKGU DAHARI: Baguslah kalau begitu. Bertuah negara kita punyai remaja seperti kalian. Sentiasa sedia berkhidmat untuk negara. SUNDARANI: Boleh cikgu terangkan lebih lanjut tentang PLKN? CIKGU DAHARI: Tentu sekali. Program Latihan Khidmat Negara ataupun nama ringkasnya PLKN merupakan kursus latihan wajib bagi mereka yang baru menamatkan persekolahan di Malaysia. Program ini bertujuan untuk pembinaan sahsiah diri. Bermatlamatkan membina dan mengukkuhkan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini bukanlah bersifat kerahan tenaga dan tidak mengikut mana-mana model dari luar kerana dilaksanakan menurut cara Malaysia. AH TIAU: Apakah objektifnya, cikgu? CIKGU DAHARI: Tiga objektif yang digariskan, iaitu yang pertama, menanam semangat patriotik dalam kalangan generasi muda atau remaja Malaysia. Kedua, memupuk semangat perpaduan kaum serta integrasi nasional, dan yang ketiga, membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Dipetik daripada drama ‘Berkhidmat Untuk Negara’ oleh Affiz Zulkarnean Adam dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka (i)

Berdasarkan petikan drama di atas, nyatakan sasaran yang diharapkan akan diperoleh remaja yang menyertai PLKN. [2 markah]

(ii)

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bukanlah bersifat kerahan tenaga dan tidak mengikut mana-mana model dari luar kerana dilaksanakan menurut cara Malaysia. Pada pandangan anda, apakah kebaikan-kebaikan acuan sendiri kepada remaja di negara ini.

melaksanakan program mengikut [3 markah]

(iii)

Huraikan satu nilai kemanusiaan dalam petikan drama dan satu nilai kemanusiaan yang lain daripada keseluruhan drama yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

SET 2 Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Setelah habislah dikenalinya segala yang empunya maka titah raja, ”Hai segala kamu sekalian, hendaklah segala harta ini bahagi tiga, dua dibahagi akan Laksamana, sebahagi akan orang yang empunya harta, kerana harta ini sudahlah hilang beroleh akan Laksamana.” Maka sembah orang itu, ”Daulat tuanku, mana titah patik junjung.” Maka sembah Laksamana, ”Ya, tuanku demikian, sahaja aniayalah duli yang maha mulia dan dukacitalah sekalian empunya harta. Yang sebahagi itu akan patik. Dalam pada itu pun, mana kasih hatinya hendak memberi akan patik” Maka, titah baginda, ”Hai segala kamu, sukakah seperti kata Laksamana ini?” Maka, sembah mereka itu, ”Sukalah patik sekalian memberikan Laksamana.” Demi Allah dan Rasul-Nya dengan tulus ikhlas hati patik sekalian.” Masing-masing pun memberikan segala hartanya akan Laksamana. Maka Laksamana pun membahagi tiga, diambil oleh Laksamana harta itu sebahagi. Maka yang sebahagi Laksamana ambil itu dibahagi tiga pula; yang sebahagi itu didermakan pada segala fakir miskin dan sebahagi lagi diberikan pada segala pegawai yang tiada penguasaan dan sebahagi diberikan pada segala orangnya. Maka segala harta itu pun habislah, suatu pun tiada diambil oleh Laksamana. (Dipetik daripada ’Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi jaket Kulit dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i)

Apakah maksud rangkai kata dukacitalah sekalian empunya harta ? [2 markah]

(ii)

Jelaskan cara pembahagian harta yang dicadangkan oleh baginda raja? [3 markah]

(iii)

“Maka segala harta itu pun habislah, suatupun tiada diambil oleh Laksamana.” Pada pendapat anda, mengapakah Laksamana berbuat demikian? [3 markah]

SET 2 Soalan 2(d) – Seloka Baca seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU 1

Baginda menitahkan orang besar empat, Membuat istana puri berkota; Lalu dipanggil Pawang Raja. Pawang mengerah orang bekerja, Empat puluh empat tukang dan utas, Siang malam tidak berhenti.

2

Tujuh bulan tujuh purnama, Istana siap dengan alatnya; Besar tersergam sembilan ruang, Sepuluh dengan rembat guntung, Sebelas dengan pancung serong, Dua belas dengan anjung tinggi.

3

Tiga sudut menteri delapan, Tiang panjang maharaja lela, Tiang tengah syukur menanti; Galang-galangnya ular berang, Kasau kecil puteri menyembah, Kasau lentik helang berbega.

4

Berbunga sawa mengelempai, Bertakuk bersedelinggam, Berjenang berbatu kawi, Berselimpat ukir Jawa, Lilit-melilit akar Cina; Garam sebuku sisa jeragan, Bunga kenanga dimakan ular, Layang-layang di pintu Raja.

5

Istana siap tukang pun mati, Tiada orang dapat meniru: Dipersembahkan kepada baginda suami isteri. Kalung Bunga Za’ba, 2008 Dewan Bahasa dan Pustaka

(i)

Nyatakan keunikan-keunikan ukiran istana zaman dahulu yang terdapat dalam rangkap keempat. [2 markah]

(ii)

Kebanyakan bangunan lama termasuk istana di sesebuah negara masih dipelihara hingga hari ini. Apakah kepentingan-kepentingan memelihara bangunan lama? [3 markah]

(iii)

Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam rangkap 1 seloka tersebut. [4 markah]

SET 2 Soalan 3: PengetahuandanKemahiranBahasa [30 markah] Jawabsemuasoalan

(a) Tulissatu ayat bagi setiap perkataandi bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi)

faham memahami pemahaman keras pengeras mengeraskan [6 markah]

(b) Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah kepada ayat cakap pindah (i) (ii)

(iii)

“Semalam saya bermimpi bahawa saya menjadi seorang puteri raja,” kata Fatihah kepada rakannya. “Tolong, tolong! Anak saya terkunci di dalam kereta. Anak saya masih kecil dan tidak tahu membuka sendiri pintu kereta. Cepat, cepat tolongnya,” jerit Latifah. “Cis! Aku pantang orang menuduh aku mencuri. Jangan sampai aku tahu siapa yang buat semua fitnah ini, habis aku kerjakan,” kata Pak Man kepada orang kampung. [6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaandan satu kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) (ii) (iii)

Kami bersepakat untuk mengisi perut yang kosong di restoran nasi kandar kapitan yang sangat popular itu sebelum memulai lawatan ke Pulau Pinang. Rakyat Malaysia ternyata kurang senam dan beriadah, sayogia hanya 25 peratus sahaja yang terbabit dalam aktiviti tersebut. Pihakkerajaansedangbergiatmemperlebarlebuhraya di Johor kepadatigaloronguntukmengurangkankesesakanlalulintas. [6 markah]

SET 2 (d) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i)

(ii) (iii)

Kebanyakan pemilik akuan rangkaian sosial menggunakan aplikasi tersebut untuk berkongsi maklumat dan mempromosikan barangan serta perkhidmatan di atas talian. Faktor kewujudan kepelbagaian kaum-kaum di negara kita ialah kemasukan imigrasi asing dari China dan India semasa zaman pemerintahan British. Seni khat merupakan satu dari cabang kareografi yang berasaskan pertukangan dan semakin mendapat tempat dalam industri kraf tangan. [6 markah]

(e) Baca ayat-ayat di bawahdenganteliti. ayatitudenganperibahasayang sesuai.

kemudianlengkapkanayat-

(i)

Mangsa-mangsabanjir yang telahkehilangantempattinggalituberasaamatbersyukurdanberterimakasihkepada pihakkerajaan yang mengumumkanpembinaanrumahbaharuuntukmereka. Merekasangatberbesarhatidenganpengumumantersebutbersesuaiandenganperib ahasa ___________________.

(ii)

Ketuakampungseringmenasihatipendudukkampungsupayatidakmementingkan dirisendiridalamkehidupanbermasyarakat di kampungitu. Merekajanganlahmenjadiseperti __________________________.

(iii)

Dalammengejarcita-citapelbagaikesukaranakanditempuh, namunibusering kali berpesankepadaanakanaknyasupayasentiasaberusahadanjanganmudahberputusasakerana ____________________________ . [6 markah]

SET 2 Soalan 4 : Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (i) ( ii ) ( iii ) ( iv ) (v) ( vi ) ( vii ) ( viii )

Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin Pantai Kasih karya Azmah Nordin Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip Tirani karya Ben Sabariah Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof Silir Daksina karya Nizar Parman

(a) Latar tempat merupakan salah satu aspek penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut. [7 markah]

(b) Berdasarkan duabuah novel yang anda pelajari, huraikan satuperistiwa yang memaparkan nilai kegigihan dalam kedua-dua novel tersebut. [8 markah]

Peraturan Pemarkahan Karangan Bahagian A ( Karangan Berpandu ) Kehendak soalan : 1. 2. -

Calon perlu menjelaskan ciri-ciri bandar pintar di Malaysia. Calon mesti menjawab berdasarkan maklumat yang diberikan Taman Rekreasi Terancang Kemudahan Awam Moden Kecanggihan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Kemungkinan: 1. Sekiranya calon mengambil satu idea yang diberikan dan ditambah dengan isi yang lain, diterima. Periksa seperti biasa. 2. Calon hanya menghuraikan satu idea dan dikembangkan, diterima. Periksa seperti biasa. 3. Sekiranya jumlah perkataan kurang 200 patah perkataan, karangan tidak boleh diberikan markah di peringkat cemerlang kerana huraian dianggap tidak berkembang. 4. Calon menulis idea lain selain yang terdapat dalam bahan rangsangan tetapi masih menyentuh tugasan soalan – markah maksimum peringkat kepujian/25 markah. 5. Calon tulis dua isi, diterima. Periksa seperti biasa. 6. Calon menambah idea lain, diterima. Periksa seperti biasa. Tiada markah tambahan. Bahagian B: Soalan 1: Golongan remaja amat wajar memberikan sumbangan dalam usaha untuk mengisi kemerdekaan negara yang telah diperjuangkan oleh generasi terdahulu. Bincangkan sumbangan yang dapat anda berikan demi keamanan dan kemajuan negara kita. Tugasan soalan: 1. Calon perlu membincangkan sumbangan sendiri (saya) untuk mengisi kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh generasi terdahulu demi: i. keamanan negara ii. kemajuan negara 2. Sekiranya calon hanya membincangkan sumbangan untuk mengisi kemerdekaan hanya untuk keamanan negara sahaja atau kemajuan negara sahaja markah maksimum peringkat baik bawah (51 – 57). 3. Sekiranya calon membincangkan sumbangan untuk mengisi kemerdekaan demi keamanan dan kemajuan negara tetapi tidak memberikan fokus kepada diri sendiri (saya) sahaja markah maksimum peringkat baik atas (58 – 65).

4. Sekiranya calon membincangkan sumbangan untuk mengisi kemerdekaan tetapi tidak mengaitkan langsung dengan kemanan dan kemajuan negara, markah maksimum peringkat memuaskan (36 – 50). 5. Sekiranya calon tidak bersetuju dengan pernyataan, markah maksimum pencapaian minimum (01 – 20).

Soalan 2: Dewasa ini, permainan tradisional seperti layang-layang, gasing dan congkak kurang diminati dan semakin dilupakan oleh generasi muda. Bincangkan peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak bermain permainan tradisional. Tugasan soalan: 1. Calon perlu menulis tentang peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak bermain permainan tradisional. 2. Calon mesti menulis tugasan tentang: 2.1 Peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak bermain permainan tradisional 3. Jika calon mencampuradukkan peranan ibu bapa dengan pelbagai pihak, markah maksimum peringkat memuaskan (36 – 50). 4. Sekiranya calon menjelaskan sebab-sebab permainan tradisional kurang diminati dan semakin dilupakan oleh generasi muda, markah maksimum peringkat pencapaian minimum (01 – 20). SOALAN 3 Usaha kerajaan menarik pelabur-pelabur asing melabur di negara ini memang wajar kerana pelaburan tersebut memberikan pelbagai faedah kepada rakyat dan negara. Bincangkan. Tugasan soalan: 1. Tugasan soalan ialah usaha kerajaan untuk menarik pelabur asing melabur di negara ini sangat wajar kerana pelaburan asing mendatangkan kebaikan kepada rakyat dan negara. 2. Usaha kerajaan untuk menarik pelabur asing mesti dinyatakan dengan jelas. 3. Usaha tersebut mestilah mendatangkan faedah kepada rakyat dan negara. 4. Sekiranya calon hanya menulis usaha kerajaan dan faedah kepada rakyat sahaja, markah maksimum kepujian bawah (66 – 72).

5. Sekiranya calon menulis faedah-faedah pelaburan asing tanpa mengaitkannya dengan usaha kerajaan, markah maksimum di peringkat baik bawah (51 – 57). 6. Jika calon menjawab tidak wajar, markah maksimum pencapaian minimum (01 – 20). 7. Calon mesti menulis usaha-usaha kerajaan dan dikaitkan dengan kebaikan kepada rakyat serta negara sekali gus dalam setiap perenggan isi.

SOALAN 4 Pendidikan maya, iaitu pendidikan yang memaksimumkan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi mempunyai pelbagai kepentingan dalam melahirkan masyarakat yang berilmu, berwibawa dan bertaraf dunia. Bincangkan. Tugasan soalan: 1. Tugasan soalan ialah bagaimana pendidikan maya atau pendidikan atas talian dapat melahirkan masyarakat yang berilmu, berwibawa dan bertaraf dunia. 2. Kepentingan pendidikan maya atau pendidikan atas talian mesti dinyatakan dengan jelas. 3. Kepentingan tersebut mesti dikaitkan dengan pembentukan masyarakat yang berilmu, berwibawa dan bertaraf dunia. 4. Sekiranya calon hanya membincangkan kepentingan pendidikan maya tanpa mengaitkan dengan pembentukan masyarakat berilmu, berwibawa dan bertaraf dunia, markah maksimum baik bawah (51 – 57) 5. Antara kepentingan pendidikan maya ialah : -

Melahirkan masyarakat berilmu. Pelajar dari dalam dan luar negara meningkat. Bilangan universiti bertambah (IPTA dan IPTS).

-

Melahirkan masyarakat berwibawa Perkembangan personaliti yang positif. Dapat membuat keputusan yang berkualiti. Melahirkan bakal pemimpin negara yang berpengetahuan tinggi. Pemimpin yang dapat membuat pertimbangan yang rasional (situasi semasa)

-

Bertaraf dunia Pemimpin bertaraf dunia Kejayaan dikecapi oleh segenap lapisan masyarakat Dapat membangun dengan pesat (dalam semua bidang) Ciptaan teknologi moden diiktiraf dalam semua bidang. Negara berteknologi moden. Pasaran meluas (barangan keluaran di pasaran antarabangsa) Mampu bersaing dengan negara lain.

Dihormati dan dipengaruhi oleh orang negara lain.

SOALAN 5: Apabila terpelihara lidah, Nescaya dapat daripadanya faedah. Petikan gurindam di atas membawa maksud kepentingan seseorang menjaga tutur kata dalam kehidupan. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan- kepentingan seseorang menjaga tutur kata agar berjaya dalam kehidupan. Tugasan soalan: 1. Calon perlu menulis tentang kepentingan-kepentingan seseorang menjaga tutur kata agar dia berjaya dalam kehidupan. 2. Calon mesti menerangkan konsep atau maksud tutur kata yang baik - Ikhlas - tidak menyinggung perasaan orang lain - Sopan - Jujur - tidak menabur fitnah - tidak mewujudkan prasangka/prejudis dan sebagainya. 3. Calon mesti menerangkan kepentingan seseorang menjaga tutur kata - Dihormati - Disayangi - dipercayai dan sebagainya. 4. Calon mesti menerangkan konsep berjaya dalam hidup - cemerlang sahsiah - mendapat pekerjaan yang baik - dihormati oleh masyarakat - menjadi contoh kepada orang lain. 5. Sekiranya calon menulis karangan tentang kepentingan-kepentingan seseorang menjaga tutur kata tetapi tidak mengaitkannya dengan kesan, iaitu berjaya dalam kehidupan, markah maksimum peringkat baik bawah (51 – 57).

SET 2

SKEMA JAWAPAN Pendahuluan [2 markah]:1

Petikan membincangkan sebab / punca yang menggalakkan perkembangan industri pelancongan di Malaysia.

2m

2

Petikan membincangkan sebab / punca yang menggalakkan perkembangan industri pelancongan dan faktor-faktor Malaysia disanjung tinggi di peringkat antarabangsa.

2m

3

Rumusan membincangkan sebab / punca yang menggalakkan perkembangan faktor pelancongan dan manfaat industry pelancongan kepada negara

2m

4

Petikan / Rumusan sebab / punca yang menggalakkan perkembangan industri pelancongan

1m

5

Petikan membincangkan faktor yang menggalakkan perkembangan industri pelancongan

0m

Isi Tersurat (Faktor) [4 - 12 markah] S1 Rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum dan hidup bersatu padu

2m

S2 Kemudahan pengangkutan yang semakin maju S3 Kemudahan membeli-belah yang disediakan

2m

S4 Keadaan iklim semula jadi yang panas sepanjang tahun

2m

S5 Kepelbagaian bentuk muka bumi yang menarik

2m

S6 Pantai-pantai dan pulau-pulau yang masih belum tercemar

2m

S7 Wujudnya keunikan budaya

2m

S8 Peranan kerajaan dan agensi kerajaan

2m

Isi Tersirat (Manfaat) [4 - 12 markah] T1

Sumber pendapatan negara/ meningkatkan ekonomi negara

2m

T2

Membuka peluang pekerjaan yang lebih luas

2m

T3

Lebih banyak infrastruktur/ prasarana disediakan

2m

T4

Mengetengahkan budaya tradisional negara kepada pelancong asing

2m

T5

Memajukan produk industri tempatan / industri kraf tangan /industr hiliran

2m

T6 Meningkatkan imej negara *terima isi tersirat lain yang relevan

2m

Kesimpulannya [2 markah]: Kesimpulannya, kerajaan hendaklah menggalakkan perkembangan industri pelancongan agar dapat memajukan negara. [2m]

SET 2

SKEMA PEMAHAMAN RUMUSAN (i)

Rangkai kata merealisasikan impian bermaksud

[2 markah]

Menjadikan kenyataan sesuatu cita-cita / Menjadikan kenyataan sesuatu yang diharapkan [2m] Merealisasikan cita-cita / Merealisasikan sesuatu yang diharapkan [1m] Menjadikan kenyataan sesuatu impian [1m] [maksimum : 2 markah]

(ii)

Faktor-faktor negara Malaysia disanjung tinggi di peringkat antarabangsa [3 markah] P1 - kemajuan dalam pelbagai aspek P2 - ekonominya yang mantap [maksimum : 3 markah]

[Isi cukup 2] (iii)

Pendapat anda tentang cabaran-cabaran yang dihadapi dalam memajukan sektor pelancongan di negara kita ialah [4 markah] P1 - ketidakstabilan politik negara akan menjejaskan imej negara P2 - pencemaran alam sekitar yang tidak terkawal terutama di kawasan tumpuan pelancong P3 - persaingan industri pelancongan dengan negara lain P4 - kejatuhan nilai ringgit mengganggu kelancaran tukaran wang asing P5 - ancaman pengganas mengganggu keselamatan di kawasan tarikan pelancongan P6 - Masyarakat tidak memberikan kerjasama untuk menyokong usaha kerajaan P7 - Masyarakat melakukan vandalisme sehingga merosakkan kemudahan sedia ada P8 - Pihak swasta tidak mahu membuat pelaburan dalam industri ini kerana berisiko tinggi P9 - kekurangan modal untuk melengkapkan prasarana [maksimum : 4 markah]

[Isi cukup 3] * terima isi lain yang relevan

JAWAPAN SET 2 Soalan 2(b) (Drama) i.

Sasaran PLKN P1 - pembinaan ahsiah diri P2 - membina dan mengukuhkan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda atau remaja Malaysia P3 - memupuk semangat perpaduan kaum serta integrasi nasional P4 - membentuk perwatakan positif [ Isi cukup : 2 ] Maksimum: 2 markah

ii.

Kebaikan melaksanakan program PLKN mengikut acuan sendiri P1 - remaja bangga akan negara sendiri/ menghargai negara P2 - memupuk jati diri yang kental/identiti negara P3 - melahirkan remaja yang berdisiplin/bersahsiah terpuji P4 - sanggup berjuang mempertahankan negara P5 - mengukuhkan kerjasama/perpaduan yang erat. (isi-isi lain yang sesuai boleh diterima) [ Isi cukup : 2 ] Maksimum: 3 markah

iii.

Nilai dalam petikan P1 - berfikiran terbuka/positif - Contohnya: Nora memberitahu cikgu Dahari dia dan rakan-rakannya ramai yang terpilih dan teruja untuk menyertainya. Mereka juga tidak sabar menyertai PLKN P2 - berbangga - Contohnya: Cikgu Dahari menyokong tindakan Nora dan rakannya. Dia rasa bertuah kerana negara kita mempunyai remaja seperti mereka yang sentiasa sedia berkhidmat untuk negara. 1+1 [2 markah]

Nilai dalam keseluruhan drama D1 - Amanah - Contoh: selepas memberi kata-kata perangsang kepada Aiman tentang kebaikan PLKN, posmen meminta diri untuk meneruskan tugasnya menghantar surat kerana dia menganggap surat-surat tersebut adalah amanah yang diberikan kepadanya.

D2 - Ketegasan/ tetap pendirian - Contoh: Apabila Aiman meminta Khir Ghazali membantunya mendapatkan pengecualian daripada PLKN, beliau bertegas untuk tidak membantunya. Hal ini adalah kerana beliau tahu bahawa PLKN akan banyak memanfaatkan Aiman D3 - Bertanggungjawab -

Contoh: Cikgu Dahari memberikan penerangan yang jelas kepada muridmuridnya agar mereka faham akan objektif dan pelaksanaan PLKN.

-

Contoh: walaupun sibuk bekerja beliau mengambil berat terhadap Aiman. Apabila Aiman berdepan dengan masalah beliau mendengarnya dengan sabar dan cuba menyelesaikannya.

D4 - Patriotisme/cinta akan negara -

Contoh: apabila Aiman menyatakan bahawa dia tidak tahu di mana terletaknya Jempol kerana selalu bercuti di luar negara, kawannya Sundarani menegurnya bahawa kita perlu menghargai tanah air kita.

D5 - kasih sayang -

Contoh: Walaupun Nek Sinah bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Khir Ghazali namun dia amat menyayangi Aiman dan memasak makanan kegemarannya serta melayannya seperti cucu sendiri.

1+1 [2 markah] Maksimum: 4 markah

JAWAPAN SET 2 Soalan 2(c) Petikan prosa klasik (i)

Maksud: - Semua pemilik harta aan berasa sedih Maksimum: 2 markah

(ii)

Cara pembahagian harta: P1 - Harta dibahagi kepada tiga bahagian P2 - Dua bahagian diberi kepada Laksamana yang menjumpainya P3 - Satu bahagian diserahkan kepada pemilik harta tersebut [ Isi cukup : 2 ] Maksimum: 3 markah

(iii)

Sebab Laksamana berbuat demikian: P1 - Laksamana seorang yang berharta/kaya P2 - Laksamana bersikap murah hati/membantu orang-orangnya yang susah/orang miskin P3 - Mengekalkan pengaruh P4 - Menjaga maruah sebagai pemimpin/nama baik/imej P5 - Menghargai jasa orang-orangnya [ Isi cukup : 2 ] Maksimum: 3 markah

JAWAPAN SET 2 Soalan 2(d) – Seloka (i) Keunikan-keunikan istana: P1 - Corak ukiran dan hiasan yang bermotifkan tumbuh-tumbuhan berbunga P2 - Bermotif alam semula jadi P3 - Bermotif haiwan P4 - Terdapat ukiran seni bina Jawa dan Cina

P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8

(ii)

(iii)

Atau - Berbunga sawa mengelempai, - Bertakuk bersedelinggam, - Berjenang berbatu kawi, - Berselimpat ukir Jawa, - Lilit-melilit akar Cina; - Garam sebuku sisa jeragan, - Bunga kenanga dimakan ular, - Layang-layang di pintu raja.

[ Isi cukup : 2 ] Maksimum: 2 markah Kepentingan-kepentingan memelihara bangunan lama termasuk istana : P1 - Dapat dijadikan bukti yang kukuh tentang peristiwa yang berlaku / sejarah bangunan lama P2 - Dapat menjadi teladan/iktibar kepada masyarakat tentang jasa para pejuang P3 - Memberi banyak manfaat dari sudut pelancongan P4 - Memupuk semangat patriotisme P5 - Sebagai sumber rujukan seni bina bangsa [ Isi cukup : 2 ] Maksimum: 3 markah Pengajaran rangkap 1 : P1 - Kita hendaklah taat kepada pemimpin. Pawang Raja menerima titah raja tanpa bantahan. P2 - Kita hendaklah bertanggungjawab menjalankan tugas yang diberikan. Pawang Raja dan tukang-tukang bertungkus-lumus menyiapkan istana. P3 - Kita hendaklah melaksanakan amanah yang diberikan dengan penuh tanggungjawab agar kita dipercayai. P4 - Kita mestilah gigih mengerjakan sesuatu tugasan sehingga selesai. Istana dapat disiapkan dalam tempoh 7 bulan.

1+1 [ Isi cukup : 2 ] Maksimum: 4 markah

SET 2

SkemaJawapanSoalan 3 (PengetahuandanKemahiranBahasa) Markahpenuhiaitu30 markahdibahagikankepada : Soalan 3 (a) :6markah Soalan 3 (b) :6markah Soalan 3 (c) :6 markah Soalan 3 (d) :6markah Soalan 3 (e) :6markah Perhatianbagisoalan 3 (a) 1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul. 2. Tolak 1 markah bagi kesalahan ejaan/ jalan bahasa/ tanda baca daripada keseluruhan soalan. 3. Perkataan yang berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah. 4. Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah. 5. Sengaja menambah imbuhan, berikan 0 markah. 6. Jika memberikan makna dan tepat maknanya, berikah markah penuh 1 markah. 7. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap ayat. 7. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu ayat. 8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya. 9. Idea tidak jelas, berikan 0 markah.

Jawapan 3(a) (i)

(ii)

(iii)

(iv)

(v)

(vi)

Faham 1. pengertian 2. pendapat Memahami 1. Tahu dan mengerti benar akan sesuatu 2. Menyelami perasaan seseorang 3. Memandang, menganggap Pemahaman 1. Perihal memahami, apa yang difahami tentang sesuatu atau sejauh mana sesuatu itu difahami Keras 1. Kuat dan padu 2. Dengan giat atau bersungguh-sungguh 3. Dengan tidak berganjak atau berubah sikap Pengeras 1. Jampi untuk memperkuat diri atau untuk menakutkan 2. Bayaran kepada pawang 3. Alat mengeraskan atau menguatkan (suara dlln) Mengeraskan

SET 2 1. menjadikan keras (tidak lembik) 2. menguatkan, menyaringkan (suara) 3. memaksa Jawapan 3(b) MenukarkanCakapAjukKepadaCakapPindah (i) Fatihah berkata kepada rakannya bahawa pada malam tadi dia bermimpi menjadi seorang puteri raja. (ii) Latifahmenjeritdanmemintatolongkeranaanaknyaterkunci di dalamkereta. Latifahmengatakanbahawaanaknyamasihkecildantidaktahumembukasendiripintukeretasambil memintapertolonganuntukmenyelamatkananaknyadengansegera. (iii) Denganperasaanmarah, Pak Man memberiamarankepada orang kampungbahawadiatidaksuka orang menuduhnyasebagaipencuri. Pak Man jugamenegaskanbahawajikadiatahu orang yang membuatfitnahitu, diaakanmengambiltindakankeras. [6 markah] Jawapan 3(c) Kesalahanejaandanimbuhan (i)

restoran nasi kandar kapitan memulai

-

Restoran Nasi Kandar Kapitan memulakan

(ii)

senam sayogia

-

bersenam seyogia

(iii)

bergiat lalulintas

-

giat lalu lintas [6 markah]

Jawapan 3(d) Kesalahan kata atauistilahdantatabahasa (i) akuan – akaun di atas - atas (ii) kepelbagaian kaum-kaum – kepelbagaian kaum imigrasi - imigran (iii) dari - daripada kareografi – kaligrafi [6 markah] Jawapan 3 (e) Peribahasa (i) (ii) (iii)

Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing Genggam bara api biar sampai jadi arang [6 markah]

SKEMA Soalan 4 Markah penuh 15 markah Panduan pemarkahan bagi Soalan 4 Perhatian bagi soalan 4 (a) (i) Jawapan berdasarkan satu daripada novel yang dipelajari. (ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap. (iii) Berikan 1 markah bagi setiap isi(latar tempat) yang jelas dan lengkap. (iv) Berikan 1 markah bagi setiap huraian yang jelas dan lengkap. (v) Markah isi maksimum 4 markah. (vi) Markah bahasa maksimum 3 markah. (vii) Markah bahasa diberikan secara `impression` Baik = 3 markah Sederhana = 2 markah Lemah = 1 markah (viii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, berikan 1 markah untuk bahasa. (ix) Calon tidak menjawab 0 markah. [maksimum: 7 markah]

(b) (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii)

Jawapan berdasarkan dua buah novel yang dipelajari. Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap. Beri 2 markah untuk setiap peristiwa yang lengkap dan jelas. Berikan 1 markah bagi setiap alasan yang munasabah. Markah isi maksimum 6 markah (maksimum 3 markah bagi setiap novel ) Markah bahasa maksimum 2 markah. Markah bahasa diberikan secara `impression` Baik = 2 markah Lemah = 1 markah (viii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, berikan 1 markah untuk bahasa. (ix) Calon tidak menjawab 0 markah. [maksimum: 8 markah]

4a . LATAR TEMPAT Novel Di Sebalik Dinara. 1. Bilik kerja Farisha di Soft Lab Farisha ditunjukkan bilik yang akan digunakannya untuk menjalankan projek mini Soft Lab. Di situ juga Farisha mendapat penerangan daripada Alia dan Aqram tentang tugasannya. Bilik tersebut dilengkapi dengan dinding dwifungsi, yang juga boleh digunakan sebagai ‘touch screen’. Atau Di bilik ini juga, berlakunya sesi komunikasi Farisha dan Shida dengan saintis yang hebat bernama Karl. Komunikasi ini berlaku secara bawah sedar yang dikendalikan oleh Aqram, Khairul Anwar dan Dr Maxi. Perdebatan antara Alia dengan Dr Maxi juga berlaku di bilik ini.

2. Lapangan Terbang Senai Farisha menunggu penerbangan dari Senai ke Kuala Lumpur. Di sini dia menyaksikan sikap manusia yang mementingkan diri, bercakap di telefon dengan kuat sehingga mengganggu orang lain. 3. Monorel – Stesen kereta api ke Puchong Dalam perjalanan untuk ke rumah agam Karl bersama Aqram, Farisha dapat menemui seorang makcik dan OKU wanita yang memakai gelang getah berwarna ungu menandakan mereka sebagai pesakit kanser. Dia berbual-bual ringkas dengan wanita itu. 4. Rumah agam Karl di Puchong Di sini Farisha dan Rosman dibawa oleh Aqram untuk bertemu Dr Maxi bagi membincangkan projek mini Soft Lab. Perbincangan berlaku melibatkan bidang tugas dan kos projek mini tersebut. Farisha terkejut dengan nilai projek mini yang agak tinggi iaitu RM1.5 juta. Atau Farisha dan Rosman turut dibawa berjumpa dengan Karl, saintis hebat yang membangunkan Soft Lab. Dia terlantar kerana sakit kanser usus tahap 4. Dia dirawat di rumahnya sahaja yang dilengkapi doktor dan jururawat. 5. Rumah Azraai Farisha mengunjungi abangnya, Azraai untuk makan malam. Dia tidak menyangka akan menerima khabar yang sangat buruk daripada abangnya. Pada malam itu dia mengetahui rahsia penyakit abangnya dan kenyataan bahawa dia hanya anak angkat.

Novel Silir Daksina. 1. Warung Wak Min Haiqal memperkenalkan diri sebagai anak Abdullah Kayan kepada Wak Min. Wak Min meminta Haiqal makan roti canai dahulu sementara menunggu Tauke Ong.Tauke Ong sampai di warung Wak Min lalu mendekati Haiqal dan berjanji akan membawa Haiqal ke rumah arwah ayahnya. 2. Balai Raya Kampung Seri Purnama. Haiqal pergi ke balai raya tersebut sambil ditemani oleh See Hwa dan Lazim. Haiqal seakan-akan tidak percaya bahawa buku-buku yang terdapat di situ adalah hasil penulisan ayahnya. Sejarah hidup ayahnya juga turut dipamerkan di situ, Haiqal tertarik melihat sebuah album besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya. 3. Kamar tidur Haiqal. Umi bercerita perihal sebenar ayah kandungnya. Ayah kandung Haikal bernama Abdullah bin Kayan berada jauh daripadanya. Haiqal yang masih kecil ketika itu tidak berkata apa-apa kerana enggan menyakiti perasaan Uminya. Namun dia berhasrat untuk menjejaki kehidupan ayahnya suatu hari nanti.

4. Kampung Seri Purnama iaitu kampung halaman arwah ayahnya di Batu Pahat. Haiqal berkenalan dengan Tauke Ong dan anaknya, Ong See Hwa. Daripada mereka,Haiqal lebih mengenali dan mengetahui perwatakan arwah ayahnya, Abdullah bin Kayan.

4b. Nilai Kegigihan Novel Di Sebalik Dinara 1. Peristiwa:Farisha gigih menimba ilmu dalam bidang perkomputeran. Farisha sanggup membeli tiket yang berharga RM2,500 untuk dia dan Rosman bagi menghadiri simposium di Hotel Renaissance yang dirasmikan oleh Philips Yong, Presiden Persatuan Penggodam Antarabangsa. Nilai kegigihan menimba ilmu pengetahuan

2. Peristiwa: Farisha gigih mengusahakan perniagaannya bersama-sama rakan kongsi, Rosman. Mereka sanggup menerima projek-projek kecil untuk memastikan Syarikat Secured Shell Sdn. Bhd. terus maju Nilai kegigihan memajukan bidang perniagaan.

3. Peristiwa: Aqram dan Dr Maxi berusaha menjejaki Farisha untuk menyelamatkan sistem Dinara seperti yang diamanahkan oleh Karl. Nilai kegigihan menyelesaikan sesuatu masalah yang melanda. 4. Peristiwa: Karl telah mempersiapkan Farisha sejak kecil untuk membantunya menyelamatkan Dinra daripada dimusnahkan. Nilai kegigihan mempertahankan hasil kajian 5. Peristiwa:Aqram menjejaki Farisha selama sebulan bermula mencari Farisha di syarikat tempat lama Farisha bekerja. Dia juga menjejaki Farisha menerusi alamat emel, facebook dan nombor telefon tetapi semuanya telah dipadam. Akhirnya Aqram berjaya menjejaki Farisha menerusi tempahan tiket kapal terbang. Kegigihan menjejaki seseorang yang sangat dikehendaki 6. Peristiwa: Walaupun jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam semua pekerja masih sibuk menyiapkan tugasan masing-masing di Soft Lab. Kegigihan menyiapkan tugasan Novel Silir Daksina. 1. Peristiwa: Haiqal gigih menjejaki kehidupan arwah ayahnya, Abdullah bin Kayan di Kampung Seri Purnama. Haiqal sanggup pergi Batu Pahat seorang diri walaupun pertama kali menjejakkan kaki ke kampung halaman ayahnya semata-mata uttuk mengenali arwah ayahnya dengan lebih mendalam. Nilai kegigihan mencari latar belakang keluarga 2. Peristiwa: Haiqal gigih belajar tarian zapin daripada Pak Cik Bakar dan Lazim. Mereka sering berlatih di Balai Raya Seri Purnama. Akhirnya, Haiqal berjaya membuat persembahan tarian zapin dengan jayanya secara berpasangan dengan Ong See Hwa. Nilai kegigihan mempelajari kemahiran menari 3. Peristiwa: Tauke Ong gigih bekerja sebagai penoreh getah pada waktu pagi. Dia juga membeli hasil penduduk kampung seperti kelapa dan pisang pada waktu petang untuk dijual di bandar.

Nilai kegigihan mencari rezeki. 4. Peristiwa: Abdullah Kayan gigih menghasilkan beberapa karya sastera seperti novel kanak-kanak. Beliau juga berusaha gigih untuk menghidupkan tarian zapin di Kampung Seri Purnama. Nilai kegigihan memperjuangkan seni bahasa dan budaya.

5. Peristiwa: Ai Ling berlatih mendeklamasi sejak pada setiap petang di rumah Cikgu Amirunizam, Ai Ling gigih berlatih dan akhirnya dia berjaya memenangi pertandingan mendeklamasi sajak di sekolahnya. Nilai kegigihan berlatih untuk berjaya.

*Jawapan ini sebagai panduan sahaja.

(FULL) (SOALAN + SKEMA) (JOHOR) SET 2 (K1+K2).pdf

Whoops! There was a problem loading this page. Retrying... Page 3 of 28. SET 2. Soalan 1 : Rumusan. [30 markah]. Baca petikan di bawah dengan teliti, ...

2MB Sizes 75 Downloads 464 Views

Recommend Documents

(FULL) (SOALAN + SKEMA) (JOHOR) SET 3 (K1+K2).pdf
(FULL) (SOALAN + SKEMA) (JOHOR) SET 3 (K1+K2).pdf. (FULL) (SOALAN + SKEMA) (JOHOR) SET 3 (K1+K2).pdf. Open. Extract. Open with. Sign In.

(SOALAN + SKEMA) KEDAH SET 2 (K1 + K2).pdf
Page 3 of 41. Page 3 of 41. (SOALAN + SKEMA) KEDAH SET 2 (K1 + K2).pdf. (SOALAN + SKEMA) KEDAH SET 2 (K1 + K2).pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu. Displaying (SOALAN + SKEMA) KEDAH SET 2 (K1 + K2).pdf. Page 1 of 41.

(SOALAN + SKEMA) KEDAH SET 1 (K1 + K2).pdf
Page 1 of 43. 1. SULIT 1103/1. 1103/1. BAHASA MELAYU. Kertas 1. Ogos. 2017. 2 1⁄4 jam. MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5. TAHUN 2017. MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH). MODUL 1. BAHASA MELAYU. KERTAS 1. Dua jam lima belas minit. JANGAN

SEGAMAT, JOHOR skema .pdf
contoh, pelancong dapat melihat perbezaan kehidupan antara penduduk di Sabah. dengan Sarawak serta penduduk di Semenanjung Malaysia. Penutup;.

SOALAN GALUS SET 2.pdf
Page 3 of 8. SOALAN GALUS SET 2.pdf. SOALAN GALUS SET 2.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu. Displaying SOALAN GALUS SET 2.pdf.

(JPN JOHOR) (K1 + K2) SET 2.pdf
monorel, kereta api elektrik, teksi, bas dan lain-lain lagi. Pada masa yang sama, kemudahan. membeli-belah yang disediakan juga menggalakkan pelancong berkunjung ke Malaysia. Mereka dapat berbelanja atau mendapatkan cenderamata untuk dibawa pulang ke

(JPN JOHOR) (K1 + K2) SET 2.pdf
Industri ini masih perlu diteroka kerana kalau tidak. dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Page 3 of 11. (JPN JOHOR) (K1 + K2) SET 2.pdf.

(SOALAN + SKEMA) PAHANG K1 + K2.pdf
Page 1. Whoops! There was a problem loading more pages. Retrying... (SOALAN + SKEMA) PAHANG K1 + K2.pdf. (SOALAN + SKEMA) PAHANG K1 + K2.pdf.

(SOALAN + SKEMA) K1 + K2 PPD KOTA BELUD.pdf
seharian masyarakat di negara kita. KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT. Hak cipta: gcjmsmkn. Page 3 of 38. (SOALAN + SKEMA) K1 + K2 PPD KOTA BELUD.pdf.

SKEMA SET 2 PT3 2016.pdf
Page 1 of 5. SKEMA JAWAPAN. Bahagian A. 1. √. X. √. 2. Pembacaan dan penyelidikan. Pengalaman sendiri. Soal selidik. 3. C. B. A. 4. i sesendal. ii nat pili.Missing:

BI SKEMA f1 set 2 2016.pdf
ii) previous. iii) approaching. iv) equipment. v) authorities. g) They cut (chopped) down the trees ( to make space). h) They will die / run away / become sick / any acceptable answer. i)many animals will die / Flood / hotter / many species of trees

SMK SEGAMBUT TRIAL BM SPM (SOALAN +SKEMA).pdf ...
Page 3 of 928. SMK SEGAMBUT TRIAL BM SPM (SOALAN +SKEMA).pdf. SMK SEGAMBUT TRIAL BM SPM (SOALAN +SKEMA).pdf. Open. Extract. Open with.

Skema Set 1 PT3.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Skema Set 1 ...

(JPN JOHOR) (K1 + K2) SET 3.pdf
KEPENTINGAN. BANDAR PINTAR. Kesimbangan. alam sekitar. Kemudahan awam yang. mesra pengguna. Industri pelancongan. meningkat. Page 1 of 11 ...

Latihan 1 Soalan 2.pdf
Whoops! There was a problem loading more pages. Retrying... Whoops! There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Latihan 1 Soalan 2.pdf. Latihan 1 Soalan

SKEMA SET 2 KHB PK TING 2 2016.pdf
Page 1. Whoops! There was a problem loading more pages. SKEMA S ... 016.pdf. SKEMA SE ... 2016.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Details. Comments.

Latihan 1 Soalan 2 Jawapan.pdf
8. spesies. 9. jalan raya. 10. baharu. 11. prakata. 12. musuh 13. pinggang. 14. ketat. 15. ragut. 16. bumiputera. 17. 1990. -an. 18. enjin. 19. perabot. 20. Februari.

(JPN JOHOR) (K1 + K2) SET 1.pdf
Berita Harian, Oktober 2015]. Page 3 of 11. (JPN JOHOR) (K1 + K2) SET 1.pdf. (JPN JOHOR) (K1 + K2) SET 1.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu.

Latihan 1 Soalan 2 Jawapan.pdf
Page 1 of 59. http://cikgusazali.blogspot.com. CSL. PT3 KESALAHAN EJAAN. 1. LATIHAN PENGAYAAN. 1. SOALAN 2. – JAWAPAN KESALAHAN EJAAN. 1. m. otosikal. 2. e. -mel. 3. tengah hari. 4. pameran. 5. jati diri. 6. juruukur. 7. agensi. 8. spesies. 9. jala

Skema Modul 2.pdf
Loading… Whoops! There was a problem loading more pages. Retrying... Whoops! There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Skema Modul 2.pdf. Skema Modu

Skema BM1&2 NS.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Skema BM1&2 ...

SKEMA SET 1 KHB PK TING 2 2016.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. SKEMA SET 1 ...

SKEMA SET 2 KHB PK TING 1 2016.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. SKEMA SET 2 ...Missing: