SET 2 Bahagian A [ 30 markah] [Masa dicadangkan : 45 minit] Dialog di bawah menunjukkan sebahagian daripada kemudahan-kemudahan bandar pintar di Malaysia. Huraikan pendapat anda tentang kemudahan-kemudahan di bandar pintar. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Adam: Adakah awak tahu tentang bandar pintar? Johan: Ya, saya tahu. Adam: Bandar pintar merupakan bandar berkonsepkan Bandar Teknologi Hijau. Bandar ini mempunyai kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Johan: Tentunya di bandar pintar ini juga mempunyai pusat bagi aktiviti komersial dan pejabat kerajaan yang memudahkan urusan penduduk setempat.

BAHAGIAN B [100 markah] [Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit] Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1.

Pelibatan dalam sambutan Bulan Kemerdekaan, penyertaan dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan pembelian barangan buatan Malaysia merupakan antara ciri remaja yang patriotik. Ulaskan pernyataan tersebut.

2.

Permainan tradisional seperti layang-layang, gasing dan congkak mempunyai keistimewaannya yang tersendiri, iaitu meningkatkan ketahanan mental dan fizikal, memupuk sikap saling bekerjasama, serta menjadi hiburan sehingga dapat membantu perkembangan sahsiah individu. Jelaskan pernyataan di atas.

3.

Usaha yang dijalankan oleh kerajaan untuk menarik pelabur-pelabur asing agar membuat pelaburan di Malaysia mampu meningkatkan ekonomi negara sekali gus memajukan negara dalam pelbagai bidang. Ulas pernyataan di atas.

4.

Usaha-usaha negara serantau untuk memperkasakan pendidikan maya, iaitu pendidikan yang memaksimumkan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi memang wajar demi pembentukan modal insan yang berkualiti. Huraikan.

5.

Apabila terpelihara lidah, Nescaya dapat daripadanya faedah. Petikan gurindam di atas membawa maksud pelbagai faedah akan diperoleh apabila seseorang menjaga tutur kata mereka. Tutur kata yang sopan mencerminkan keperibadian seseorang yang perlu dipupuk sejak kecil. Jelaskan cara-cara pelbagai pihak untuk membentuk masyarakat yang berbudi bahasa. KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

SET 2

Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor yang menggalakkan perke mbangan industri pelancongan dan manfaat industri pelancongan kepada negara. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Pada era pascamerdeka ini, negara kita semakin disanjung tinggi oleh negara-negara lain. Hal ini demikian kerana negara kita berjaya mencapai kemajuan dalam pelbagai aspek. Malahan Malaysia berjaya mengukir nama di persada dunia kerana ekonominya yang mantap. Dalam hal ini, Malaysia telah memanfaatkan industri pelancongan bagi merealisasikan impian negara menjadi destinasi pelancongan dunia. Antara keunikan yang terdapat di Malaysia ialah rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum dan hidup bersatu padu. Hal ini mampu menarik pelancong luar untuk bertandang ke negara kita. Oleh itu, kita perlu berusaha untuk mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia. Dalam konteks ini, terdapat beberapa faktor mendorong kemasukan pelancong luar ke negara kita termasuklah kemudahan pengangkutan yang semakin maju. Antara kemudahan pengangkutan yang terdapat di negara kita termasuk lah Transit Aliran Ringan (LRT), monorel, kereta api elektrik, teksi, bas dan lain- lain lagi. Pada masa yang sama, kemudahan membeli-belah yang disediakan juga menggalakkan pelancong berkunjung ke Malaysia. Mereka dapat berbelanja atau mendapatkan cenderamata untuk dibawa pulang ke negara mereka. Barang-barang yang terdapat di situ juga dijual pada harga yang berpatutan. Keadaan iklim semula jadi yang panas sepanjang tahun mempengaruhi perkembangan industri pelancongan di negara kita. Iklim seperti ini amat digemari oleh pelancong asing khususnya pelancong dari negara-negara Barat seperti negara Eropah dan Amerika Syarikat. Kepelbagaian bentuk muka bumi yang menarik seperti kawasan rekreasi di tanah tinggi dan hutan semula jadi iaitu hutan hujan Khatulistiwa yang berusia lebih dua juta tahun menjadi tumpuan para pengkaji tempatan dan luar negara. Di samping itu, pantai-pantai dan pulaupulau yang masih belum tercemar merupakan aset penting dalam industri pelancongan. Kemajuan industri pelancongan tanah air turut dibantu oleh wujudnya keunikan budaya di negara kita kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk. Dalam hal ini, gabungan budaya masyarakat Melayu, Cina dan India telah berjaya meningkatkan kunjungan pelancong asing ke Malaysia Peranan pihak kerajaan dan agensi kerajaan yang berkaitan dengan pelancongan juga turut memajukan sektor pelancongan di Malaysia. Sebagai contohnya, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah mengadakan pelbagai pertunjukan kebudayaan dan destinasi pelancongan ke seluruh dunia sebagai usaha mempromosikan Malaysia kepada pelancong asing. Sesungguhnya, sektor pelancongan merupakan sektor yang berpotensi untuk menyumbang kepada ekonomi negara. Industri ini masih perlu diteroka kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

SET 2

( Dipetik dan diubah suai daripada ‘Malaysia Tumpuan Pelancong’ oleh Sofea Suhaimi, Dewan Siswa, Oktober 2015 )

Soalan 2 : Pemahaman Soalan 2(a)- Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i)

Apakah maksud rangkai kata merealisasikan impian?

[2 markah]

(ii)

Pengarang menyatakan terdapat beberapa faktor yang menjadikan Malaysia semakin disanjung tinggi di peringkat antarabangsa? Nyatakan faktor-faktor tersebut. [3 markah]

(iii)

Industri pelancongan di Malaysia tidak terlepas daripada cabaran-cabaran yang dihadapi daripada pelbagai aspek. Huraikan pendapat anda tentang cabaran-cabaran yang dihadapi dalam memajukan sektor pelancongan negara kita. [4 markah]

SET 2 Soalan 2 (b) – Petikan Drama Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. CIKGU DAHARI: Waalaikumussalam dan selamat sejahtera. Semua boleh duduk. Semua dan baca berita tentang murid yang terpilih dan penempatan untuk PLKN. NORA: Sudah cikgu. Ramai yang terpilih dan kami amat teruja untuk menyertainya. Tak sabar rasanya. CIKGU DAHARI: Baguslah kalau begitu. Bertuah negara kita punyai remaja seperti kalian. Sentiasa sedia berkhidmat untuk negara. SUNDARANI: Boleh cikgu terangkan lebih lanjut tentang PLKN? CIKGU DAHARI: Tentu sekali. Program Latihan Khidmat Negara ataupun nama ringkasnya PLKN merupakan kursus latihan wajib bagi mereka yang baru menamatkan persekolahan di Malaysia. Program ini bertujuan untuk pembinaan sahsiah diri. Bermatlamatkan membina dan mengukkuhkan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini bukanlah bersifat kerahan tenaga dan tidak mengikut mana-mana model dari luar kerana dilaksanakan menurut cara Malaysia. AH TIAU: Apakah objektifnya, cikgu? CIKGU DAHARI: Tiga objektif yang digariskan, iaitu yang pertama, menanam semangat patriotik dalam kalangan generasi muda atau remaja Malaysia. Kedua, memupuk semangat perpaduan kaum serta integrasi nasional, dan yang ketiga, membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Dipetik daripada drama ‘Berkhidmat Untuk Negara’ oleh Affiz Zulkarnean Adam dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka (i)

Berdasarkan petikan drama di atas, nyatakan sasaran yang diharapkan akan diperoleh remaja yang menyertai PLKN. [2 markah]

(ii)

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bukanlah bersifat kerahan tenaga dan tidak mengikut mana-mana model dari luar kerana dilaksanakan menurut cara Malaysia. Pada pandangan anda, apakah kebaikan-kebaikan acuan sendiri kepada remaja di negara ini.

melaksanakan program mengikut [3 markah]

(iii)

Huraikan satu nilai kemanusiaan dalam petikan drama dan satu nilai kemanusiaan yang lain daripada keseluruhan drama yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

SET 2 Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Setelah habislah dikenalinya segala yang empunya maka titah raja, ”Hai segala kamu sekalian, hendaklah segala harta ini bahagi tiga, dua dibahagi akan Laksamana, sebahagi akan orang yang empunya harta, kerana harta ini sudahlah hilang beroleh akan Laksamana.” Maka sembah orang itu, ”Daulat tuanku, mana titah patik junjung.” Maka sembah Laksamana, ”Ya, tuanku demikian, sahaja aniayalah duli yang maha mulia dan dukacitalah sekalian empunya harta. Yang sebahagi itu akan patik. Dalam pada itu pun, mana kasih hatinya hendak memberi akan patik” Maka, titah baginda, ”Hai segala kamu, sukakah seperti kata Laksamana ini?” Maka, sembah mereka itu, ”Sukalah patik sekalian memberikan Laksamana.” Demi Allah dan Rasul-Nya dengan tulus ikhlas hati patik sekalian.” Masing-masing pun memberikan segala hartanya akan Laksamana. Maka Laksamana pun membahagi tiga, diambil oleh Laksamana harta itu sebahagi. Maka yang sebahagi Laksamana ambil itu dibahagi tiga pula; yang sebahagi itu didermakan pada segala fakir miskin dan sebahagi lagi diberikan pada segala pegawai yang tiada penguasaan dan sebahagi diberikan pada segala orangnya. Maka segala harta itu pun habislah, suatu pun tiada diambil oleh Laksamana. (Dipetik daripada ’Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi jaket Kulit dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i)

Apakah maksud rangkai kata dukacitalah sekalian empunya harta ? [2 markah]

(ii)

Jelaskan cara pembahagian harta yang dicadangkan oleh baginda raja? [3 markah]

(iii)

“Maka segala harta itu pun habislah, suatupun tiada diambil oleh Laksamana.” Pada pendapat anda, mengapakah Laksamana berbuat demikian? [3 markah]

SET 2 Soalan 2(d) – Seloka Baca seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU 1

Baginda menitahkan orang besar empat, Membuat istana puri berkota; Lalu dipanggil Pawang Raja. Pawang mengerah orang bekerja, Empat puluh empat tukang dan utas, Siang malam tidak berhenti.

2

Tujuh bulan tujuh purnama, Istana siap dengan alatnya; Besar tersergam sembilan ruang, Sepuluh dengan rembat guntung, Sebelas dengan pancung serong, Dua belas dengan anjung tinggi.

3

Tiga sudut menteri delapan, Tiang panjang maharaja lela, Tiang tengah syukur menanti; Galang-galangnya ular berang, Kasau kecil puteri menyembah, Kasau lentik helang berbega.

4

Berbunga sawa mengelempai, Bertakuk bersedelinggam, Berjenang berbatu kawi, Berselimpat ukir Jawa, Lilit-melilit akar Cina; Garam sebuku sisa jeragan, Bunga kenanga dimakan ular, Layang-layang di pintu Raja.

5

Istana siap tukang pun mati, Tiada orang dapat meniru: Dipersembahkan kepada baginda suami isteri. Kalung Bunga Za’ba, 2008 Dewan Bahasa dan Pustaka

(i)

Nyatakan keunikan-keunikan ukiran istana zaman dahulu yang terdapat dalam rangkap keempat. [2 markah]

(ii)

Kebanyakan bangunan lama termasuk istana di sesebuah negara masih dipelihara hingga hari ini. Apakah kepentingan-kepentingan memelihara bangunan lama? [3 markah]

(iii)

Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam rangkap 1 seloka tersebut. [4 markah]

SET 2 Soalan 3: PengetahuandanKemahiranBahasa [30 markah] Jawabsemuasoalan

(a) Tulissatu ayat bagi setiap perkataandi bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi)

faham memahami pemahaman keras pengeras mengeraskan [6 markah]

(b) Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah kepada ayat cakap pindah (i) (ii)

(iii)

“Semalam saya bermimpi bahawa saya menjadi seorang puteri raja,” kata Fatihah kepada rakannya. “Tolong, tolong! Anak saya terkunci di dalam kereta. Anak saya masih kecil dan tidak tahu membuka sendiri pintu kereta. Cepat, cepat tolongnya,” jerit Latifah. “Cis! Aku pantang orang menuduh aku mencuri. Jangan sampai aku tahu siapa yang buat semua fitnah ini, habis aku kerjakan,” kata Pak Man kepada orang kampung. [6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaandan satu kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) (ii) (iii)

Kami bersepakat untuk mengisi perut yang kosong di restoran nasi kandar kapitan yang sangat popular itu sebelum memulai lawatan ke Pulau Pinang. Rakyat Malaysia ternyata kurang senam dan beriadah, sayogia hanya 25 peratus sahaja yang terbabit dalam aktiviti tersebut. Pihakkerajaansedangbergiatmemperlebarlebuhraya di Johor kepadatigaloronguntukmengurangkankesesakanlalulintas. [6 markah]

SET 2 (d) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i)

(ii) (iii)

Kebanyakan pemilik akuan rangkaian sosial menggunakan aplikasi tersebut untuk berkongsi maklumat dan mempromosikan barangan serta perkhidmatan di atas talian. Faktor kewujudan kepelbagaian kaum-kaum di negara kita ialah kemasukan imigrasi asing dari China dan India semasa zaman pemerintahan British. Seni khat merupakan satu dari cabang kareografi yang berasaskan pertukangan dan semakin mendapat tempat dalam industri kraf tangan. [6 markah]

(e) Baca ayat-ayat di bawahdenganteliti. ayatitudenganperibahasayang sesuai.

kemudianlengkapkanayat-

(i)

Mangsa-mangsabanjir yang telahkehilangantempattinggalituberasaamatbersyukurdanberterimakasihkepada pihakkerajaan yang mengumumkanpembinaanrumahbaharuuntukmereka. Merekasangatberbesarhatidenganpengumumantersebutbersesuaiandenganperib ahasa ___________________.

(ii)

Ketuakampungseringmenasihatipendudukkampungsupayatidakmementingkan dirisendiridalamkehidupanbermasyarakat di kampungitu. Merekajanganlahmenjadiseperti __________________________.

(iii)

Dalammengejarcita-citapelbagaikesukaranakanditempuh, namunibusering kali berpesankepadaanakanaknyasupayasentiasaberusahadanjanganmudahberputusasakerana ____________________________ . [6 markah]

SET 2 Soalan 4 : Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (i) ( ii ) ( iii ) ( iv ) (v) ( vi ) ( vii ) ( viii )

Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin Pantai Kasih karya Azmah Nordin Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip Tirani karya Ben Sabariah Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof Silir Daksina karya Nizar Parman

(a) Latar tempat merupakan salah satu aspek penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut. [7 markah]

(b) Berdasarkan duabuah novel yang anda pelajari, huraikan satuperistiwa yang memaparkan nilai kegigihan dalam kedua-dua novel tersebut. [8 markah]

(JPN JOHOR) (K1 + K2) SET 2.pdf

monorel, kereta api elektrik, teksi, bas dan lain-lain lagi. Pada masa yang sama, kemudahan. membeli-belah yang disediakan juga menggalakkan pelancong berkunjung ke Malaysia. Mereka dapat berbelanja atau mendapatkan cenderamata untuk dibawa pulang ke negara. mereka. Barang-barang yang terdapat di situ ...

892KB Sizes 20 Downloads 299 Views

Recommend Documents

(JPN JOHOR) (K1 + K2) SET 3.pdf
KEPENTINGAN. BANDAR PINTAR. Kesimbangan. alam sekitar. Kemudahan awam yang. mesra pengguna. Industri pelancongan. meningkat. Page 1 of 11 ...

(JPN JOHOR) (K1 + K2) SET 2.pdf
Industri ini masih perlu diteroka kerana kalau tidak. dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Page 3 of 11. (JPN JOHOR) (K1 + K2) SET 2.pdf.

(JPN JOHOR) (K1 + K2) SET 1.pdf
Berita Harian, Oktober 2015]. Page 3 of 11. (JPN JOHOR) (K1 + K2) SET 1.pdf. (JPN JOHOR) (K1 + K2) SET 1.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu.

(FULL) (SOALAN + SKEMA) (JOHOR) SET 3 (K1+K2).pdf
(FULL) (SOALAN + SKEMA) (JOHOR) SET 3 (K1+K2).pdf. (FULL) (SOALAN + SKEMA) (JOHOR) SET 3 (K1+K2).pdf. Open. Extract. Open with. Sign In.

(FULL) (SOALAN + SKEMA) (JOHOR) SET 2 (K1+K2).pdf
Whoops! There was a problem loading this page. Retrying... Page 3 of 28. SET 2. Soalan 1 : Rumusan. [30 markah]. Baca petikan di bawah dengan teliti, ...

Johor k1.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Johor k1.pdf.

(SOALAN + SKEMA) KEDAH SET 2 (K1 + K2).pdf
Page 3 of 41. Page 3 of 41. (SOALAN + SKEMA) KEDAH SET 2 (K1 + K2).pdf. (SOALAN + SKEMA) KEDAH SET 2 (K1 + K2).pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu. Displaying (SOALAN + SKEMA) KEDAH SET 2 (K1 + K2).pdf. Page 1 of 41.

(SOALAN + SKEMA) KEDAH SET 1 (K1 + K2).pdf
Page 1 of 43. 1. SULIT 1103/1. 1103/1. BAHASA MELAYU. Kertas 1. Ogos. 2017. 2 1⁄4 jam. MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5. TAHUN 2017. MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH). MODUL 1. BAHASA MELAYU. KERTAS 1. Dua jam lima belas minit. JANGAN

Skema Penang K1+K2.pdf
gP2 or fi-}JF. 83 : R2 =26P oR R2. =26 P. B2 : log2 R2 = lo1z26 +log2 P OR ,R2 rogz T= 81 ,. l=og'P. or 3log2. log24. 4 4. 9 24. B2: -1 37 +(n- 1X6) 0. B1 : d-6. 3 3. 10 (a). (b). 4. 20. B2: (2n + 4t)(n-2q - 0. BI ;va)*b-1)4I = 820. I. 3 4. 11 -2r l-

Trial-SBP-Bahasa-Inggeris-K1-K2-Dan-Skema.pdf
Sign in. Page. 1. /. 35. Loading… ... top student - scored A+ ... For your article, you will receive up to 15 marks for the format and content points, and up to.

Trial-SBP-Bahasa-Inggeris-K1-K2-Dan-Skema.pdf
Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak. 1119/1 © 2014 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat Halaman Sebelah. SULIT. NAME : ... 3 My dream occupation. 4 Write a story beginning with. “The wind was gentle but chilly...” 5 Selfie. KERTAS SOALAN ... Pa

Trial-SBP-Matematik-K1-K2-Dan-Skema.pdf
luas sektor = sudut pusat. luas bulatan 360 ̊. Page 3 of 72. Trial-SBP-Matematik-K1-K2-Dan-Skema.pdf. Trial-SBP-Matematik-K1-K2-Dan-Skema.pdf. Open.

(SOALAN + SKEMA) PAHANG K1 + K2.pdf
Page 1. Whoops! There was a problem loading more pages. Retrying... (SOALAN + SKEMA) PAHANG K1 + K2.pdf. (SOALAN + SKEMA) PAHANG K1 + K2.pdf.

Trial-SBP-Matematik-Tambahan-K1-K2-Dan-Skema.pdf
5 logamn = log am +logan. 6 loga. n. m. = log am - logan. 7 log am. n. = n log am. 8 logab = a. b. c. c. log. log. 9 Tn = a + (n-1)d. 10 Sn = [2 ( 1) ]. 2. a n d. n.

Trial-SBP-Sejarah-K1-K2-K3-Dan-Skema.pdf
D Kesenian amat diutamakan. Page 3 of 50. Trial-SBP-Sejarah-K1-K2-K3-Dan-Skema.pdf. Trial-SBP-Sejarah-K1-K2-K3-Dan-Skema.pdf. Open. Extract.

Trial-SBP-Bahasa-Melayu-K1-K2-Dan-Skema.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item.

Bang TN CDN K1 K2 K3 K4.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Bang TN CDN ...

(SOALAN + SKEMA) K1 + K2 PPD KOTA BELUD.pdf
seharian masyarakat di negara kita. KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT. Hak cipta: gcjmsmkn. Page 3 of 38. (SOALAN + SKEMA) K1 + K2 PPD KOTA BELUD.pdf.

Trial-SBP-Biologi-K1-K2-K3-Dan-Skema.pdf
http://cikguadura.wordpress.com/. Page 1 of 75 ... http://cikguadura.wordpress.com/. Page 2 of 75 ... Page 3 of 75. Trial-SBP-Biologi-K1-K2-K3-Dan-Skema.pdf.

Trial-SBP-Fizik-K1-K2-K3-Dan-Skema.pdf
diameter bagi suatu objek. Page 3 of 95. Trial-SBP-Fizik-K1-K2-K3-Dan-Skema.pdf. Trial-SBP-Fizik-K1-K2-K3-Dan-Skema.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In.

PERDAGANGAN SET 1 k1 2016.pdf
Jika anda hendak menukar sesuatu jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru. 5. Anda dibenarkan menggunakan ...

Trial-SBP-Kimia-K1-K2-K3-Dan-Skema (1).pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Trial-SBP-Kimia-K1-K2-K3-Dan-Skema (1).pdf. Trial-SBP-Kimia-K1-K2-K3-Dan-Skema (1).pdf. Open. Extract. Open

Surat JPN Perak.PDF
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Surat JPN Perak ...

SEGAMAT, JOHOR bm.pdf
Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. Kertas soalan ini mengandungi halaman bercetak dan halaman tidak bercetak. [Lihat halaman sebelah.