SET 3 Bahagian A [ 30 markah] [Masa dicadangkan : 45 minit] Carta aliran di bawah menunjukkan sebahagian daripada kepentingan bandar pintar. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan-kepentingan bandar pintar. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

KEPENTINGAN BANDAR PINTAR

Kesimbangan alam sekitar

Kemudahan awam yang mesra pengguna

Industri pelancongan meningkat

1103/1©2017 Hak Cipta JPNJ

SULIT

BAHAGIAN B [100 markah] [Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit] Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1.

Slogan Keranamu Malaysia bermaksud kesanggupan rakyat berkorban demi masa hadapan negara. Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri remaja yang sanggup berkorban demi masa hadapan negara.

2.

Permainan tradisional atau permainan rakyat seperti gasing, layang-layang dan congkak merupakan seni warisan bangsa yang dimainkan sejak zaman dahulu lagi. Huraikan usaha pelbagai pihak untuk mempopularkan permainan ini bagi mengekalkan seni warisan bangsa.

3.

Kestabilan politik dan kemudahan infrastruktur mampu menarik kehadiran pelaburpelabur asing ke negara kita. Berikan komen anda.

4.

Semakin banyak pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di luar negara kerana terdapat kelebihan-kelebihan belajar di sana dalam usaha melahirkan modal insan yang setanding dengan negara lain. Ulaskan pernyataan di atas.

5.

Apabila terpelihara lidah, Nescaya dapat daripadanya faedah. Petikan gurindam di atas menunjukkan salah satu sifat seseorang yang berbudi bahasa. Bincangkan ciri-ciri seseorang yang berbudi bahasa.

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

1103/1©2017 Hak Cipta JPNJ

SULIT

SET 3

Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha memajukan industri pelancongan dan kekangan yang dihadapi dalam usaha memajukan industri pelancongan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Industri pelancongan telah memberi sumbangan ketara kepada ekonomi negara sejak pengenalan Program Transformasi Negara pada tahun 2010. Sektor pelancongan negara kini menjadi penyumbang keenam terbesar kepada ekonomi negara dengan sumbangan sejumlah RM161 bilion atau 14.9 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar pada tahun 2014. Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baharu negara hanya dapat direalisasikan jika usaha-usaha memajukan dan membangunkan industri pelancongan diberi penekanan yang sewajarnya. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mengambil langkah yang drastik dengan mempromosikan kepelbagaian aset pelancongan yang terdapat di negara kita seperti keindahan pulau-pulau dan syurga beli belah. Hasil daripada promosi tersebut, negara tidak lagi dikenali sebagai 'negara antara Singapura dengan Thailand.' Industri pelancongan secara langsung telah memberikan manfaat yang besar kepada negara dan rakyat. Pada tahun 2014 sahaja, industri tersebut telah menarik pelaburan sebanyak RM19.4 bilion dan mewujudkan sejumlah 1.77 juta peluang pekerjaan di samping bandar-bandar pelancongan di Malaysia dimajukan. Bagi memudahkan pelancong menginap berdasarkan kemampuan mereka, pihak kerajaan telah menyediakan hotel yang bertaraf lima bintang dan chalet yang sewanya rendah. Pada tahun 2018, Malaysia dijangka akan memiliki resort destinasi pelancongan bersepadu paling menarik iaitu Desaru Coast Destination. Resort ini menawarkan pelancongan mewah dan aktiviti santai, lapangan golf, perkampungan beli belah, taman tema air dan sebuah pusat persidangan. Selain itu, kerajaan telah menaik taraf sistem perhubungan dan pengangkutan seperti jaringan jalan raya, landasan kereta api, lapangan terbang dan pelabuhan. Kerajaan turut memberikan pengurangan cukai kepada pengusaha industri pelancongan di samping menambahkan lesen agensi pelancongan kepada usahawan yang ingin memulakan perniagaan dalam industri pelancongan. Negara kita juga kaya dengan destinasi pelancongan lain seperti Kompleks Mahsuri di Langkawi, Tokong Kek Lo Si di Pulau Pinang, Kesultanan Melayu dan Warisan Peranakan di Melaka. Malaysia turut memiliki tapak warisan dunia seperti Taman Negara Gunung Mulu di Sarawak dan Taman Kinabalu di Sabah. Begitu juga, kerajaan memanfaatkan kawasan hutan simpan dengan mengadakan pelbagai aktiviti seperti rentas hutan dan mendaki gunung yang semakin diminati. Malaysia juga sering menjadi tuan rumah bagi acara-acara berprestij di peringkat antarabangsa seperti perlumbaan Grand Prix F1, perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) dan acara terjunan bebas, KL Tower Base Jump. Kerajaan turut mewujudkan kedai bebas cukai yang menawarkan pelbagai barangan dengan harga yang berpatutan untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke negara kita. Menurut laporan dalam Ekspo Milano di Itali, Malaysia berada tempat ketiga dari segi destinasi paling digemari oleh pelancong. Hal ini, menunjukkan petanda yang kukuh dan positif bagi industri pelancongan Malaysia. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Sektor Pelancongan Beri Sumbangan Ketara kepada Ekonomi Negara’ Berita Harian, 15 Oktober 2015

SET 3

Soalan 2(a) – Petikan umum Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

( i)

( ii)

Berikan maksud rangkai kata destinasi paling digemari.

[2 mark ah]

Pengarang menyatakan beberapa manfaat yang dinikmati oleh negara dan rakyat Malaysia sekiranya industr i pelanconga n semakin maju. Nyatakan manfaat- ma nfaa t tersebut?

[3 mark ah]

( iii) Anda melancong ke sebuah pulau dan mendapati keadaan di pulau tersebut telah tercemar. Sebagai seorang yang prihatin, jelaskan tindakan- tindaka n yang boleh anda lakukan untuk mengatas i masalah tersebut. [4 mark ah]

SET 3 Soalan 2 (b) – Petikan Drama Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. CIKGU DAHARI: Waalaikumussalam dan selamat sejahtera. Semua boleh duduk. Semua dan baca berita tentang murid yang terpilih dan penempatan untuk PLKN. NORA: Sudah cikgu. Ramai yang terpilih dan kami amat teruja untuk menyertainya. Tak sabar rasanya. CIKGU DAHARI: Baguslah kalau begitu. Bertuah negara kita punyai remaja seperti kalian. Sentiasa sedia berkhidmat untuk negara. SUNDARANI: Boleh cikgu terangkan lebih lanjut tentang PLKN? CIKGU DAHARI: Tentu sekali. Program Latihan Khidmat Negara ataupun nama ringkasnya PLKN merupakan kursus latihan wajib bagi mereka yang baru menamatkan persekolahan di Malaysia. Program ini bertujuan untuk pembinaan sahsiah diri. Bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini bukanlah bersifat kerahan tenaga dan tidak mengikut mana-mana model dari luar kerana dilaksanakan menurut cara Malaysia. AH TIAU: Apakah objektifnya, cikgu? CIKGU DAHARI: Tiga objektif yang digariskan, iaitu yang pertama, menanam semangat patriotik dalam kalangan generasi muda atau remaja Malaysia. Kedua, memupuk semangat perpaduan kaum serta integrasi nasional, dan yang ketiga, membentuk perwatakan positif menerusi nilai- nilai murni. Dipetik daripada drama ‘Berkhidmat Untuk Negara’ oleh Affiz Zulkarnean Adam dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka

(i)

Berdasarkan petikan drama di atas, nyatakan sasaran yang diharapkan akan diperoleh remaja yang menyertai PLKN. [2 markah]

(ii)

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan latihan bagi mereka yang baru menamatkan persekolahan di Malaysia. Pada pandangan anda, apakah langkah-langkah memastikan remaja terus berminat menyertai PLKN? [3 markah] Huraikan satu nilai kemanusiaan dalam petikan drama dan satu nilai kemanusiaan yang lain daripada keseluruhan drama yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

(ii)

SET 3 Soalan 2(c) - Petikan Prosa Klasik Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Maka titah baginda,”Hai segala kamu, sukakah seperti kata Laksamana ini?” Maka sembah mereka itu, “Sukalah patik sekalian memberikan Laksamana. Demi Allah dan Rasul-Nya, dengan tulus ikhlas hati patik sekalian.” Masing-masing pun memberikan segala hartanya akan Laksamana. Maka Laksamana pun membahagi tiga, diambil oleh Laksamana harta itu sebahagi. Maka yang sebahagi Laksamana ambil itu dibahagi tiga pula; yang sebahagi itu didermakan pada segala fakir miskin dan yang sebahagi lagi diberikan pada segala pegawai yang tiada penguasaan dan sebahagi diberikan pada segala orangnya. Maka segala harta itu pun habislah, suatu pun tiada diambil oleh Laksamana. Maka baginda pun terlalu amat kurnia akan Laksamana; barang sesuatu bicara; jikalau tiada Laksamana, tiadalah putus. Maka negeri Melaka pun kararlah. Berapa lamanya maka terdengar ke Majapahit kepada Patih Gajah Mada bahawa Kertala Sari sudah mati dibunuh oleh Laksamana. Maka Patih Gajah Mada pun mencari daya dan upaya hendak mengalahkan negeri Melaka dan membunuh Laksamana itu juga, sentiasa menyuruh ke gunung dan segenap bukit bertanyakan orang yang bercakap membunuh Laksamana dan Ratu Melaka. Demikianlah pekerjaannya. (Dipetik daripada ’Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi jaket Kulit dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)

Berikan maksud rangkai kata terlalu amat kurnia. [2 markah]

(ii)

Apakah tindakan Patih Gajah Mada apabila mendengar berita Kertala Sari sudah mati dibunuh oleh Laksamana? [3 markah]

(iii)

Laksamana telah membahagikan harta yang diterimanya kepada tiga bahagian lagi sehingga tiada satu pun harta tersebut diambil oleh Laksamana. Pada pendapat anda, apakah tujuan Laksamana bersedekah? [3 markah]

Set 3 Soalan 2(d) – Seloka Baca seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU 1

Baginda menitahkan orang besar empat, Membuat istana puri berkota; Lalu dipanggil Pawang Raja. Pawang mengerah orang bekerja, Empat puluh empat tukang dan utas, Siang malam tidak berhenti.

2

Tujuh bulan tujuh purnama, Istana siap dengan alatnya; Besar tersergam sembilan ruang, Sepuluh dengan rembat guntung, Sebelas dengan pancung serong, Dua belas dengan anjung tinggi.

3

Tiga sudut menteri delapan, Tiang panjang maharaja lela, Tiang tengah syukur menanti; Galang-galangnya ular berang, Kasau kecil puteri menyembah, Kasau lentik helang berbega.

4

Berbunga sawa mengelempai, Bertakuk bersedelinggam, Berjenang berbatu kawi, Berselimpat ukir Jawa, Lilit-melilit akar Cina; Garam sebuku sisa jeragan, Bunga kenanga dimakan ular, Layang-layang di pintu Raja.

5

Istana siap tukang pun mati, Tiada orang dapat meniru: Dipersembahkan kepada baginda suami isteri. Kalung Bunga Za’ba, 2008 Dewan Bahasa dan Pustaka

(i)

Apakah maksud Istana siap dengan alatnya? [2 markah]

(ii)

Tukang ukir yang mahir semakin berkurangan pada masa kini. Pada pendapat anda, apakah punca-punca generasi muda tidak meminati seni ukir? [3 markah]

(iii)

Berdasarkan rangkap 4, huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam rangap tersebut. [4 markah]

SET 3 Soalan 3: PengetahuandanKemahiranBahasa [30 markah] Jawabsemuasoalan (a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi)

cakar mencakar bercakaran bunyi berbunyi sebunyi [6 markah]

(b) Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah. Siti bertanya kepada Faiz, “Mengapakah awak tidak menghadiri latihan zapin semalam?”“Kaki saya sakit kerana saya terjatuh di tangga semalam,” kata Faiz kepada Siti. Lantas Siti bertanya kepada Faiz, “Bagaimana awak boleh jatuh tangga?” “Saya tidak perasan ada satu anak tangga lagi sewaktu menuruni tangga rumah datuk saya,” Faiz menjawab pertanyaan Siti. Lalu Siti berkata lagi kepada Faiz, “Faiz, saya fikir lebih baik awak pergi berurut untuk membetulkan urat saraf awak.” “Baiklah, saya akan pergi berurut di kampung sebelah pada petang nanti,” Faiz berkata kepada Siti. [6 markah] (c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i)

Kemahiran berfikir secara kriatif dapat mentakrifkan sebagai keupayaan minda dan pemikiran seseorang untuk meneroka pelbagai ilmu.

(ii)

Usia remaja merupakan antara waktu terbaik untuk pembentukan kemahiran berkomunikasi secara interpersonel.

(iii) Syarikat tersebut telah menghasil sos cili yang amat sedap dimakan bersama dengan udang goring dan keropok lekor. [6 markah]

SET 3 (d) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda juga tidak perlu menyalin ayat itu semula. Penyediaan makanan yang mematuhi standard pemakanan sangat penting sekali bagi mengatasi isu pengguna mengalami kekotoran makanan. Peralatan-peralatan memasak seperti periuk, kuali, pisau dan sudip mestilah berada dalam keadaan bersih. Selain itu, bahan masakan juga haruslah berada dalam keadaan segar, berkuantiti dan bukan melepasi tarikh habis ataupun dalam keadaan yang terdedah dengan kekotoran. [6 markah] (e) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang bersesuaian dalam petikan tersebut. Kes salah laku pelajar di sekolah hendaklah disiasat dengan teliti supaya mereka tidak menjatuhkan hukuman kepada pelajar yang tidak bersalah. Walaupun pelajar yang melakukan kesalahan-kesalahan itu bijak mengelakkan diri, namun guru pasti dapat membongkar kegiatan mereka suatu hari nanti. Pelajar yang menimbulkan masalah ini sepatutnya memikirkan baik dan buruknya perbuatan mereka agar tidak menyesal pada hari kemudian. [6 markah]

SET 3 Soalan 4 : Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (i) ( ii ) ( iii ) ( iv ) (v) ( vi ) ( vii ) ( viii )

Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin Pantai Kasih karya Azmah Nordin Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip Tirani karya Ben Sabariah Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof Silir Daksina karya Nizar Parman

(a) Pelbagai peristiwa berlaku dalam latar tempat yang sama. Jelaskan dua peristiwa yang berlaku di satu latar tempat yang sama dalam sebuah novel. [7 markah]

(b) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan tiga peristiwa yang tidak wajar dicontohi. [8 markah]

(JPN JOHOR) (K1 + K2) SET 3.pdf

KEPENTINGAN. BANDAR PINTAR. Kesimbangan. alam sekitar. Kemudahan awam yang. mesra pengguna. Industri pelancongan. meningkat. Page 1 of 11 ...

1MB Sizes 192 Downloads 415 Views

Recommend Documents

(JPN JOHOR) (K1 + K2) SET 2.pdf
Industri ini masih perlu diteroka kerana kalau tidak. dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Page 3 of 11. (JPN JOHOR) (K1 + K2) SET 2.pdf.

(JPN JOHOR) (K1 + K2) SET 1.pdf
Berita Harian, Oktober 2015]. Page 3 of 11. (JPN JOHOR) (K1 + K2) SET 1.pdf. (JPN JOHOR) (K1 + K2) SET 1.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu.

(JPN JOHOR) (K1 + K2) SET 2.pdf
monorel, kereta api elektrik, teksi, bas dan lain-lain lagi. Pada masa yang sama, kemudahan. membeli-belah yang disediakan juga menggalakkan pelancong berkunjung ke Malaysia. Mereka dapat berbelanja atau mendapatkan cenderamata untuk dibawa pulang ke

(FULL) (SOALAN + SKEMA) (JOHOR) SET 3 (K1+K2).pdf
(FULL) (SOALAN + SKEMA) (JOHOR) SET 3 (K1+K2).pdf. (FULL) (SOALAN + SKEMA) (JOHOR) SET 3 (K1+K2).pdf. Open. Extract. Open with. Sign In.

(FULL) (SOALAN + SKEMA) (JOHOR) SET 2 (K1+K2).pdf
Whoops! There was a problem loading this page. Retrying... Page 3 of 28. SET 2. Soalan 1 : Rumusan. [30 markah]. Baca petikan di bawah dengan teliti, ...

Johor k1.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Johor k1.pdf.

(SOALAN + SKEMA) KEDAH SET 2 (K1 + K2).pdf
Page 3 of 41. Page 3 of 41. (SOALAN + SKEMA) KEDAH SET 2 (K1 + K2).pdf. (SOALAN + SKEMA) KEDAH SET 2 (K1 + K2).pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu. Displaying (SOALAN + SKEMA) KEDAH SET 2 (K1 + K2).pdf. Page 1 of 41.

(SOALAN + SKEMA) KEDAH SET 1 (K1 + K2).pdf
Page 1 of 43. 1. SULIT 1103/1. 1103/1. BAHASA MELAYU. Kertas 1. Ogos. 2017. 2 1⁄4 jam. MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5. TAHUN 2017. MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH). MODUL 1. BAHASA MELAYU. KERTAS 1. Dua jam lima belas minit. JANGAN

Skema Penang K1+K2.pdf
gP2 or fi-}JF. 83 : R2 =26P oR R2. =26 P. B2 : log2 R2 = lo1z26 +log2 P OR ,R2 rogz T= 81 ,. l=og'P. or 3log2. log24. 4 4. 9 24. B2: -1 37 +(n- 1X6) 0. B1 : d-6. 3 3. 10 (a). (b). 4. 20. B2: (2n + 4t)(n-2q - 0. BI ;va)*b-1)4I = 820. I. 3 4. 11 -2r l-

Trial-SBP-Bahasa-Inggeris-K1-K2-Dan-Skema.pdf
Sign in. Page. 1. /. 35. Loading… ... top student - scored A+ ... For your article, you will receive up to 15 marks for the format and content points, and up to.

Trial-SBP-Bahasa-Inggeris-K1-K2-Dan-Skema.pdf
Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak. 1119/1 © 2014 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat Halaman Sebelah. SULIT. NAME : ... 3 My dream occupation. 4 Write a story beginning with. “The wind was gentle but chilly...” 5 Selfie. KERTAS SOALAN ... Pa

Trial-SBP-Matematik-K1-K2-Dan-Skema.pdf
luas sektor = sudut pusat. luas bulatan 360 ̊. Page 3 of 72. Trial-SBP-Matematik-K1-K2-Dan-Skema.pdf. Trial-SBP-Matematik-K1-K2-Dan-Skema.pdf. Open.

(SOALAN + SKEMA) PAHANG K1 + K2.pdf
Page 1. Whoops! There was a problem loading more pages. Retrying... (SOALAN + SKEMA) PAHANG K1 + K2.pdf. (SOALAN + SKEMA) PAHANG K1 + K2.pdf.

Trial-SBP-Matematik-Tambahan-K1-K2-Dan-Skema.pdf
5 logamn = log am +logan. 6 loga. n. m. = log am - logan. 7 log am. n. = n log am. 8 logab = a. b. c. c. log. log. 9 Tn = a + (n-1)d. 10 Sn = [2 ( 1) ]. 2. a n d. n.

Trial-SBP-Sejarah-K1-K2-K3-Dan-Skema.pdf
D Kesenian amat diutamakan. Page 3 of 50. Trial-SBP-Sejarah-K1-K2-K3-Dan-Skema.pdf. Trial-SBP-Sejarah-K1-K2-K3-Dan-Skema.pdf. Open. Extract.

Trial-SBP-Bahasa-Melayu-K1-K2-Dan-Skema.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item.

Bang TN CDN K1 K2 K3 K4.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Bang TN CDN ...

(SOALAN + SKEMA) K1 + K2 PPD KOTA BELUD.pdf
seharian masyarakat di negara kita. KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT. Hak cipta: gcjmsmkn. Page 3 of 38. (SOALAN + SKEMA) K1 + K2 PPD KOTA BELUD.pdf.

Trial-SBP-Biologi-K1-K2-K3-Dan-Skema.pdf
http://cikguadura.wordpress.com/. Page 1 of 75 ... http://cikguadura.wordpress.com/. Page 2 of 75 ... Page 3 of 75. Trial-SBP-Biologi-K1-K2-K3-Dan-Skema.pdf.

Trial-SBP-Fizik-K1-K2-K3-Dan-Skema.pdf
diameter bagi suatu objek. Page 3 of 95. Trial-SBP-Fizik-K1-K2-K3-Dan-Skema.pdf. Trial-SBP-Fizik-K1-K2-K3-Dan-Skema.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In.

PERDAGANGAN SET 1 k1 2016.pdf
Jika anda hendak menukar sesuatu jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru. 5. Anda dibenarkan menggunakan ...

Trial-SBP-Kimia-K1-K2-K3-Dan-Skema (1).pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Trial-SBP-Kimia-K1-K2-K3-Dan-Skema (1).pdf. Trial-SBP-Kimia-K1-K2-K3-Dan-Skema (1).pdf. Open. Extract. Open

Surat JPN Perak.PDF
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Surat JPN Perak ...

SEGAMAT, JOHOR bm.pdf
Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. Kertas soalan ini mengandungi halaman bercetak dan halaman tidak bercetak. [Lihat halaman sebelah.