SET 3 Bahagian A [ 30 markah] [Masa dicadangkan : 45 minit] Carta aliran di bawah menunjukkan sebahagian daripada kepentingan bandar pintar. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan-kepentingan bandar pintar. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

KEPENTINGAN BANDAR PINTAR

Kesimbangan alam sekitar

Kemudahan awam yang mesra pengguna

Industri pelancongan meningkat

1103/1©2017 Hak Cipta JPNJ

SULIT

BAHAGIAN B [100 markah] [Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit] Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1.

Slogan Keranamu Malaysia bermaksud kesanggupan rakyat berkorban demi masa hadapan negara. Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri remaja yang sanggup berkorban demi masa hadapan negara.

2.

Permainan tradisional atau permainan rakyat seperti gasing, layang-layang dan congkak merupakan seni warisan bangsa yang dimainkan sejak zaman dahulu lagi. Huraikan usaha pelbagai pihak untuk mempopularkan permainan ini bagi mengekalkan seni warisan bangsa.

3.

Kestabilan politik dan kemudahan infrastruktur mampu menarik kehadiran pelaburpelabur asing ke negara kita. Berikan komen anda.

4.

Semakin banyak pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di luar negara kerana terdapat kelebihan-kelebihan belajar di sana dalam usaha melahirkan modal insan yang setanding dengan negara lain. Ulaskan pernyataan di atas.

5.

Apabila terpelihara lidah, Nescaya dapat daripadanya faedah. Petikan gurindam di atas menunjukkan salah satu sifat seseorang yang berbudi bahasa. Bincangkan ciri-ciri seseorang yang berbudi bahasa.

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

1103/1©2017 Hak Cipta JPNJ

SULIT

SET 3

Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha memajukan industri pelancongan dan kekangan yang dihadapi dalam usaha memajukan industri pelancongan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Industri pelancongan telah memberi sumbangan ketara kepada ekonomi negara sejak pengenalan Program Transformasi Negara pada tahun 2010. Sektor pelancongan negara kini menjadi penyumbang keenam terbesar kepada ekonomi negara dengan sumbangan sejumlah RM161 bilion atau 14.9 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar pada tahun 2014. Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baharu negara hanya dapat direalisasikan jika usaha-usaha memajukan dan membangunkan industri pelancongan diberi penekanan yang sewajarnya. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mengambil langkah yang drastik dengan mempromosikan kepelbagaian aset pelancongan yang terdapat di negara kita seperti keindahan pulau-pulau dan syurga beli belah. Hasil daripada promosi tersebut, negara tidak lagi dikenali sebagai 'negara antara Singapura dengan Thailand.' Industri pelancongan secara langsung telah memberikan manfaat yang besar kepada negara dan rakyat. Pada tahun 2014 sahaja, industri tersebut telah menarik pelaburan sebanyak RM19.4 bilion dan mewujudkan sejumlah 1.77 juta peluang pekerjaan di samping bandar-bandar pelancongan di Malaysia dimajukan. Bagi memudahkan pelancong menginap berdasarkan kemampuan mereka, pihak kerajaan telah menyediakan hotel yang bertaraf lima bintang dan chalet yang sewanya rendah. Pada tahun 2018, Malaysia dijangka akan memiliki resort destinasi pelancongan bersepadu paling menarik iaitu Desaru Coast Destination. Resort ini menawarkan pelancongan mewah dan aktiviti santai, lapangan golf, perkampungan beli belah, taman tema air dan sebuah pusat persidangan. Selain itu, kerajaan telah menaik taraf sistem perhubungan dan pengangkutan seperti jaringan jalan raya, landasan kereta api, lapangan terbang dan pelabuhan. Kerajaan turut memberikan pengurangan cukai kepada pengusaha industri pelancongan di samping menambahkan lesen agensi pelancongan kepada usahawan yang ingin memulakan perniagaan dalam industri pelancongan. Negara kita juga kaya dengan destinasi pelancongan lain seperti Kompleks Mahsuri di Langkawi, Tokong Kek Lo Si di Pulau Pinang, Kesultanan Melayu dan Warisan Peranakan di Melaka. Malaysia turut memiliki tapak warisan dunia seperti Taman Negara Gunung Mulu di Sarawak dan Taman Kinabalu di Sabah. Begitu juga, kerajaan memanfaatkan kawasan hutan simpan dengan mengadakan pelbagai aktiviti seperti rentas hutan dan mendaki gunung yang semakin diminati. Malaysia juga sering menjadi tuan rumah bagi acara-acara berprestij di peringkat antarabangsa seperti perlumbaan Grand Prix F1, perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) dan acara terjunan bebas, KL Tower Base Jump. Kerajaan turut mewujudkan kedai bebas cukai yang menawarkan pelbagai barangan dengan harga yang berpatutan untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke negara kita. Menurut laporan dalam Ekspo Milano di Itali, Malaysia berada tempat ketiga dari segi destinasi paling digemari oleh pelancong. Hal ini, menunjukkan petanda yang kukuh dan positif bagi industri pelancongan Malaysia. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Sektor Pelancongan Beri Sumbangan Ketara kepada Ekonomi Negara’ Berita Harian, 15 Oktober 2015

SET 3

Soalan 2(a) – Petikan umum Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

( i)

( ii)

Berikan maksud rangkai kata destinasi paling digemari.

[2 mark ah]

Pengarang menyatakan beberapa manfaat yang dinikmati oleh negara dan rakyat Malaysia sekiranya industr i pelanconga n semakin maju. Nyatakan manfaat- ma nfaa t tersebut?

[3 mark ah]

( iii) Anda melancong ke sebuah pulau dan mendapati keadaan di pulau tersebut telah tercemar. Sebagai seorang yang prihatin, jelaskan tindakan- tindaka n yang boleh anda lakukan untuk mengatas i masalah tersebut. [4 mark ah]

SET 3 Soalan 2 (b) – Petikan Drama Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. CIKGU DAHARI: Waalaikumussalam dan selamat sejahtera. Semua boleh duduk. Semua dan baca berita tentang murid yang terpilih dan penempatan untuk PLKN. NORA: Sudah cikgu. Ramai yang terpilih dan kami amat teruja untuk menyertainya. Tak sabar rasanya. CIKGU DAHARI: Baguslah kalau begitu. Bertuah negara kita punyai remaja seperti kalian. Sentiasa sedia berkhidmat untuk negara. SUNDARANI: Boleh cikgu terangkan lebih lanjut tentang PLKN? CIKGU DAHARI: Tentu sekali. Program Latihan Khidmat Negara ataupun nama ringkasnya PLKN merupakan kursus latihan wajib bagi mereka yang baru menamatkan persekolahan di Malaysia. Program ini bertujuan untuk pembinaan sahsiah diri. Bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini bukanlah bersifat kerahan tenaga dan tidak mengikut mana-mana model dari luar kerana dilaksanakan menurut cara Malaysia. AH TIAU: Apakah objektifnya, cikgu? CIKGU DAHARI: Tiga objektif yang digariskan, iaitu yang pertama, menanam semangat patriotik dalam kalangan generasi muda atau remaja Malaysia. Kedua, memupuk semangat perpaduan kaum serta integrasi nasional, dan yang ketiga, membentuk perwatakan positif menerusi nilai- nilai murni. Dipetik daripada drama ‘Berkhidmat Untuk Negara’ oleh Affiz Zulkarnean Adam dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka

(i)

Berdasarkan petikan drama di atas, nyatakan sasaran yang diharapkan akan diperoleh remaja yang menyertai PLKN. [2 markah]

(ii)

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan latihan bagi mereka yang baru menamatkan persekolahan di Malaysia. Pada pandangan anda, apakah langkah-langkah memastikan remaja terus berminat menyertai PLKN? [3 markah] Huraikan satu nilai kemanusiaan dalam petikan drama dan satu nilai kemanusiaan yang lain daripada keseluruhan drama yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

(ii)

SET 3 Soalan 2(c) - Petikan Prosa Klasik Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Maka titah baginda,”Hai segala kamu, sukakah seperti kata Laksamana ini?” Maka sembah mereka itu, “Sukalah patik sekalian memberikan Laksamana. Demi Allah dan Rasul-Nya, dengan tulus ikhlas hati patik sekalian.” Masing-masing pun memberikan segala hartanya akan Laksamana. Maka Laksamana pun membahagi tiga, diambil oleh Laksamana harta itu sebahagi. Maka yang sebahagi Laksamana ambil itu dibahagi tiga pula; yang sebahagi itu didermakan pada segala fakir miskin dan yang sebahagi lagi diberikan pada segala pegawai yang tiada penguasaan dan sebahagi diberikan pada segala orangnya. Maka segala harta itu pun habislah, suatu pun tiada diambil oleh Laksamana. Maka baginda pun terlalu amat kurnia akan Laksamana; barang sesuatu bicara; jikalau tiada Laksamana, tiadalah putus. Maka negeri Melaka pun kararlah. Berapa lamanya maka terdengar ke Majapahit kepada Patih Gajah Mada bahawa Kertala Sari sudah mati dibunuh oleh Laksamana. Maka Patih Gajah Mada pun mencari daya dan upaya hendak mengalahkan negeri Melaka dan membunuh Laksamana itu juga, sentiasa menyuruh ke gunung dan segenap bukit bertanyakan orang yang bercakap membunuh Laksamana dan Ratu Melaka. Demikianlah pekerjaannya. (Dipetik daripada ’Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi jaket Kulit dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)

Berikan maksud rangkai kata terlalu amat kurnia. [2 markah]

(ii)

Apakah tindakan Patih Gajah Mada apabila mendengar berita Kertala Sari sudah mati dibunuh oleh Laksamana? [3 markah]

(iii)

Laksamana telah membahagikan harta yang diterimanya kepada tiga bahagian lagi sehingga tiada satu pun harta tersebut diambil oleh Laksamana. Pada pendapat anda, apakah tujuan Laksamana bersedekah? [3 markah]

Set 3 Soalan 2(d) – Seloka Baca seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU 1

Baginda menitahkan orang besar empat, Membuat istana puri berkota; Lalu dipanggil Pawang Raja. Pawang mengerah orang bekerja, Empat puluh empat tukang dan utas, Siang malam tidak berhenti.

2

Tujuh bulan tujuh purnama, Istana siap dengan alatnya; Besar tersergam sembilan ruang, Sepuluh dengan rembat guntung, Sebelas dengan pancung serong, Dua belas dengan anjung tinggi.

3

Tiga sudut menteri delapan, Tiang panjang maharaja lela, Tiang tengah syukur menanti; Galang-galangnya ular berang, Kasau kecil puteri menyembah, Kasau lentik helang berbega.

4

Berbunga sawa mengelempai, Bertakuk bersedelinggam, Berjenang berbatu kawi, Berselimpat ukir Jawa, Lilit-melilit akar Cina; Garam sebuku sisa jeragan, Bunga kenanga dimakan ular, Layang-layang di pintu Raja.

5

Istana siap tukang pun mati, Tiada orang dapat meniru: Dipersembahkan kepada baginda suami isteri. Kalung Bunga Za’ba, 2008 Dewan Bahasa dan Pustaka

(i)

Apakah maksud Istana siap dengan alatnya? [2 markah]

(ii)

Tukang ukir yang mahir semakin berkurangan pada masa kini. Pada pendapat anda, apakah punca-punca generasi muda tidak meminati seni ukir? [3 markah]

(iii)

Berdasarkan rangkap 4, huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam rangap tersebut. [4 markah]

SET 3 Soalan 3: PengetahuandanKemahiranBahasa [30 markah] Jawabsemuasoalan (a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi)

cakar mencakar bercakaran bunyi berbunyi sebunyi [6 markah]

(b) Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah. Siti bertanya kepada Faiz, “Mengapakah awak tidak menghadiri latihan zapin semalam?”“Kaki saya sakit kerana saya terjatuh di tangga semalam,” kata Faiz kepada Siti. Lantas Siti bertanya kepada Faiz, “Bagaimana awak boleh jatuh tangga?” “Saya tidak perasan ada satu anak tangga lagi sewaktu menuruni tangga rumah datuk saya,” Faiz menjawab pertanyaan Siti. Lalu Siti berkata lagi kepada Faiz, “Faiz, saya fikir lebih baik awak pergi berurut untuk membetulkan urat saraf awak.” “Baiklah, saya akan pergi berurut di kampung sebelah pada petang nanti,” Faiz berkata kepada Siti. [6 markah] (c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i)

Kemahiran berfikir secara kriatif dapat mentakrifkan sebagai keupayaan minda dan pemikiran seseorang untuk meneroka pelbagai ilmu.

(ii)

Usia remaja merupakan antara waktu terbaik untuk pembentukan kemahiran berkomunikasi secara interpersonel.

(iii) Syarikat tersebut telah menghasil sos cili yang amat sedap dimakan bersama dengan udang goring dan keropok lekor. [6 markah]

SET 3 (d) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda juga tidak perlu menyalin ayat itu semula. Penyediaan makanan yang mematuhi standard pemakanan sangat penting sekali bagi mengatasi isu pengguna mengalami kekotoran makanan. Peralatan-peralatan memasak seperti periuk, kuali, pisau dan sudip mestilah berada dalam keadaan bersih. Selain itu, bahan masakan juga haruslah berada dalam keadaan segar, berkuantiti dan bukan melepasi tarikh habis ataupun dalam keadaan yang terdedah dengan kekotoran. [6 markah] (e) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang bersesuaian dalam petikan tersebut. Kes salah laku pelajar di sekolah hendaklah disiasat dengan teliti supaya mereka tidak menjatuhkan hukuman kepada pelajar yang tidak bersalah. Walaupun pelajar yang melakukan kesalahan-kesalahan itu bijak mengelakkan diri, namun guru pasti dapat membongkar kegiatan mereka suatu hari nanti. Pelajar yang menimbulkan masalah ini sepatutnya memikirkan baik dan buruknya perbuatan mereka agar tidak menyesal pada hari kemudian. [6 markah]

SET 3 Soalan 4 : Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (i) ( ii ) ( iii ) ( iv ) (v) ( vi ) ( vii ) ( viii )

Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin Pantai Kasih karya Azmah Nordin Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip Tirani karya Ben Sabariah Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof Silir Daksina karya Nizar Parman

(a) Pelbagai peristiwa berlaku dalam latar tempat yang sama. Jelaskan dua peristiwa yang berlaku di satu latar tempat yang sama dalam sebuah novel. [7 markah]

(b) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan tiga peristiwa yang tidak wajar dicontohi. [8 markah]

SET 3 Bahagian A [ 30 markah] [Masa dicadangkan : 45 minit] Carta aliran di bawah menunjukkan sebahagian daripada kepentingan bandar pintar. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan-kepentingan bandar pintar. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

KEPENTINGAN BANDAR PINTAR

Kesimbangan alam sekitar

Kemudahan awam yang mesra pengguna

Industri pelancongan meningkat

1103/1©2017 Hak Cipta JPNJ

SULIT

BAHAGIAN B [100 markah] [Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit] Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1.

Slogan Keranamu Malaysia bermaksud kesanggupan rakyat berkorban demi masa hadapan negara. Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri remaja yang sanggup berkorban demi masa hadapan negara.

2.

Permainan tradisional atau permainan rakyat seperti gasing, layang-layang dan congkak merupakan seni warisan bangsa yang dimainkan sejak zaman dahulu lagi. Huraikan usaha pelbagai pihak untuk mempopularkan permainan ini bagi mengekalkan seni warisan bangsa.

3.

Kestabilan politik dan kemudahan infrastruktur mampu menarik kehadiran pelaburpelabur asing ke negara kita. Berikan komen anda.

4.

Semakin banyak pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di luar negara kerana terdapat kelebihan-kelebihan belajar di sana dalam usaha melahirkan modal insan yang setanding dengan negara lain. Ulaskan pernyataan di atas.

5.

Apabila terpelihara lidah, Nescaya dapat daripadanya faedah. Petikan gurindam di atas menunjukkan salah satu sifat seseorang yang berbudi bahasa. Bincangkan ciri-ciri seseorang yang berbudi bahasa.

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

1103/1©2017 Hak Cipta JPNJ

SULIT

SET 3

SKEMA JAWAPAN Soalan 1 : Rumusan Pendahuluan [2 markah]

Markah

P1

Petikan membincangkan langkah-langkah/strategi-strategi/cara-cara memajukan industri pelancongan di negara kita / Malaysia 2m

P2

Petikan membincangkan langkah-langkah/strategi-strategi/cara-cara memajukan industri pelancongan dan manfaat yang dinikmati oleh negara dan rakyat Malaysia 2m

P3

Rumusan membincangkan langkah-langkah/strategi-strategi/cara-cara memajukan industri pelancongan dan kekangan yang dihadapi dalam usaha memajukan industri pelancongan. 2m

P3

Petikan membincangkan langkah-langkah/strategi-strategi/cara-cara memajukan industri pelancongan. 1m

P4

Petikan/Rumusan membincangkan usaha-usaha memajukan industri pelancongan. 0m

Isi tersurat (Usaha-usaha) [4 - 12 markah]

S1 S2 S3 S4

S5 S6 S7 S8 S9

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mempromosikan kepelbagaian aset pelancongan yang terdapat di negara kita. 2m Pihak kerajaan telah menyediakan hotel yang bertaraf lima bintang dan chalet yang sewanya rendah untuk menarik pelancong. 2m Kerajaan telah menaik taraf sistem perhubungan dan pengangkutan 2m Kerajaan turut memberikan pengurangan cukai kepada pengusaha industri pelancongan 2m Kerajaan menambahkan lesen agensi pelancongan kepada usahawan yang ingin memulakan perniagaan dalam industri pelancongan. 2m Kerajaan memanfaatkan kawasan hutan simpan dengan mengadakan pelbagai aktiviti 2m Kerajaan menjadi tuan rumah bagi acara-acara berprestij di peringkat antarabangsa 2m Kerajaan menjadi tuan rumah bagi acara-acara berprestij 2m Kerajaan turut mewujudkan kedai bebas cukai 2m

Isi tersirat (Kekangan) [4 hingga 12 markah] T1 - ketidakstabilan politik negara T2 - pencemaran alam sekitar yang tidak terkawal T3 - persaingan industri pelancongan dengan negara lain T4 - kejatuhan nilai ringgit T5 - ancaman keselamatan di kawasan tarikan pelancongan

2m 2m 2m 2m 2m

SET 3

T6 - Masyarakat tidak memberikan kerjasama T7 - Masyarakat melakukan vandalisme T8 - Pihak swasta tidak mahu membuat pelaburan / tidak memberikan sokongan T9 - Kekurangan modal / kos menyediakan prasarana T10-Kekurangan promosi

2m 2m 2m 2m

Kesimpulan [2m] Kesimpulannya, semua pihak hendaklah menyokong usaha memajukan industri pelancongan negara agar ekonomi negara semakin stabil. 2m ATAU Kesimpulannya, kerajaan hendaklah berusaha memajukan industri pelancongan agar negara kita terkenal di seluruh dunia sebagai destinasi pelancongan yang menarik. 2m

Soalan 2(a) – Petikan umum (i)

Maksud destinasi paling digemari -

(ii)

Tempat / Lokasi yang sangat/amat disukai Destinasi yang disukai Tempat paling digemari

2m 1m 1m [maksimum : 2 markah]

Manfaat-manfaat

P1 - menarik pelaburan sebanyak RM19.4 bilion P2 - mewujudkan sejumlah 1.77 juta peluang pekerjaan P3 - Bandar-bandar pelancongan di Malaysia dimajukan

1m 1m 1m [isi cukup 2] [maksimum: 3 markah]

(iii)

Tindakan-tindakan yang boleh anda lakukan P1 - Melaporkan kepada pihak-pihak berkuasa / Jabatan Alam Sekitar 1m P2 - Mengajak penduduk kampung / pelancong untuk bergotong-royong membersihkan kawasan tersebut 1m P3 - Meminta / mencadangkan pengusaha pusat pelancongan untuk menutup sementara waktu tempat tersebut 1m [isi cukup 3] [maksimum: 4 markah]

JAWAPAN SET 3 Soalan 2(b) (Drama) i.

Sasaran PLKN P1 - pembinaan sahsiah diri P2 - membina dan mengukuhkan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda atau remaja Malaysia P3 - memupuk semangat perpaduan kaum serta integrasi nasional P4 - membentuk perwatakan positif [ Isi cukup : 2 ] Maksimum: 2 markah

ii.

Langkah-langkah memastikan remaja terus berminat menyertai PLKN P1 - jangka masa latihan sesuai/tidak terlalu lama P2 - aktiviti riadah/sukan yang menyeronokkan / sesuai dengan remaja/sukan lasak P3 - memberi merit yang lebih banyak untuk menyambung pelajaran P4 - kerap mengadakan perjumpan bersama masyarakat setempat /kerja amal/keluarga angkat P5 - kemudahan kem yang sentiasa selesa/kondusif/lengka P6 - elaun yang tinggi (isi-isi lain yang sesuai boleh diterima)

[ Isi cukup : 2 ] Maksimum: 3 markah iii.

Nilai dalam petikan P1 - berfikiran terbuka/positif -

Contohnya: Nora memberitahu cikgu Dahari dia dan rakan-rakannya ramai yang terpilih dan teruja untuk menyertainya. Mereka juga tidak sabar menyertai PLKN

P2 - berbangga -

Contohnya: Cikgu Dahari rasa bertuah kerana negara kita mempunyai remaja seperti mereka yang sentiasa sedia berkhidmat untuk negara.

1+1 [2 markah] Nilai dalam keseluruhan drama D1 - Amanah

-

Contoh: selepas memberi kata-kata perangsang kepada Aiman tentang kebaikan PLKN, posmen meminta diri untuk meneruskan tugasnya menghantar surat kerana dia menganggap surat-surat tersebut adalah amanah yang diberikan kepadanya.

. D2 - Ketegasan/ tetap pendirian - Contoh: Apabila Aiman meminta Khir Ghazali membantunya mendapatkan pengecualian daripada PLKN, beliau bertegas untuk tidak membantunya. Hal ini adalah kerana beliau tahu bahawa PLKN akan banyak memanfaatkan Aiman D3 - Bertanggungjawab -

Contoh: Cikgu Dahari memberikan penerangan yang jelas kepada muridmuridnya agar mereka faham akan objektif dan pelaksanaan PLKN.

-

Contoh: walaupun sibuk bekerja beliau mengambil berat terhadap Aiman. Apabila Aiman berdepan dengan masalah beliau mendengarnya dengan sabar dan cuba menyelesaikannya.

D4 - Patriotisme/cinta akan negara -

Contoh: apabila Aiman menyatakan bahawa dia tidak tahu di mana terletaknya Jempol kerana selalu bercuti di luar negara, kawannya Sundarani menegurnya bahawa kita perlu menghargai tanah air kita.

D5 - kasih sayang -

Contoh: Walaupun Nek Sinah bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Khir Ghazali namun dia amat menyayangi Aiman dan memasak makanan kegemarannya serta melayannya seperti cucu sendiri. 1+1 [2 markah] Maksimum: 4 markah

JAWAPAN SET 3 Soalan 2(c) - Petikan Prosa Klasik (i)

Maksud rangkai kata terlalu amat kurnia : - sangat bangga Maksimum : 2 markah

(ii)

Tindakan Patih Gajah Mada apabila mendengar berita Kertala Sari sudah mati dibunuh oleh Laksamana :

P1 - Patih Gajah Mada mencari daya dan upaya hendak mengalahkan negeri Melaka P2 - Patih Gajah Mada mencari daya dan upaya hendak membunuh Laksamana itu P3 - Sentiasa menyuruh ke gunung dan segenap bukit bertanyakan orang yang bercakap membunuh Laksamana dan Ratu Melaka [Isi cukup : 2 ] Maksimum: 3 markah

(iii)

Kelebihan bersedekah : P1 - Melahirkan rasa syukur / tanda penghargaan P2 - Menjaga hubungan dengan pengikutnya P3 - Mendekatkan diri kepada agama/Terhindar dari sifat kedekut

[Isi cukup : 2 ] Maksimum: 3 markah

JAWAPAN 2d - [Set 3 3]

(i)

Maksud Istana siap dengan alatnya : - Mahligai sempurna dibina lengkap dengan perabut Maksimum: 2 markah

(ii)

Punca-punca seni ukir kurang diminati oleh generasi muda: P1 - Kurang / tiada pendedahan sejak kecil P2 - terpengaruh gaya hidup moden P3 - kurang penganjuran pertandingan seni ukir P4 - tiada bantuan daripada pihak kerajaan P5 - tiada / kurang institusi yang menawarkan kursus/kemahiran seni ukir P6 - tiada ketekunan/ketelitian melakukan kerja-kerja mengukir P7 - kerja-kerja seni ukir mengambil masa yang lama untuk disiapkan [ Isi cukup : 2 ] Maksimum: 3 markah

(iii)

Pengajaran rangkap 4: P1 - Kita hendaklah menghargai kesenian bangsa kita agar tidak terpinggir. P2 - Kita mestilah bertanggungjawab dalam semua tugasan yang kita jalankan tanpa memikirkan ganjaran. P3 - Kita mestilah memegang amanah yang diberikan kepada kita. P4 - Kita mestilah gigih mengerjakan sesuatu tugasan sehingga selesai.

1+1 [ Isi cukup : 2 ] Maksimum: 4 markah

SET 3 Skema Jawapan Soalan 3 Markah penuh dibahagikan kepada: Soalan 3(a) : 6markah Soalan 3(b) : 6markah Soalan 3(c) : 6markah Soalan 3(d) : 6markah Soalan 3(e) : 6markah Perhatian bagi soalan 3(a) 1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul. 2. Tolak 1 markah bagi kesalahan ejaan/jalan bahasa/tanda baca daripada keseluruhan soalan. 3. Perkataan yang berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah. 4. Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah. 5. Sengaja menambah imbuhan, berikan 0 markah. 6. Jika memberikan makna dan tepat maknanya, berikah markah penuh 1 markah. 7. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap ayat. 7. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu ayat. 8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya. 9. Idea tidak jelas, berikan 0 markah. Jawapan 3(a) (i) cakar 1. kuku yang panjang, runcing, danmelengkung 2. garisbekaskena kuku, kesankenagaru (ii) mencakar 1. menggarudengancakar 2. mengais, mencarimakan (iii) bercakaran 1. berkelahidenganmenggunakancakar 2. berkelahi, bertengkar (iv)bunyi 1. Sesuatu yang kedengaranataudapatdidengarselain suaramanusia. 2. Suaraalatmuzikatau orang menyanyi. 3. Lafaz, sebutan, pengucapan. 4. Bacaan. (v) berbunyi 1.mengeluarkanbunyi 2. memberibunyi (vi) sebunyi 1. serupabunyinya. 2. Suratini – dengansurat yang kitaterima [ 6markah]

SET 3 Jawapan 3(b) MenukarkanCakapAjukKepadaCakapPindah SitimenanyakankepadaFaiztentangpuncadiatidakmenghadirilatihan zapinpadaharisemalam. Faizmenyatakanbahawadiaterjatuh di tanggasemalam. Selanjutnya, SitimenanyakanFaiztentangsebabdiaterjatuh di tangga. Faizmenyatakanbahawadiatidakmenyedaribahawaadasatuanaktanggalagisewaktud iamenurunitangga di rumahdatuknya. SitimenyarankankepadaFaizsupayadiapergiberurutdengantukangurutuntukmembet ulkanuratsarafnya. Faizbersetujudanmenjelaskanbahawadiaakanpergiberurut di kampungsebelahpadawaktupetangnanti. [6 markah] Jawapan 3(c) Kesalahanejaandanimbuhan (i)

kriatif mentakrifkan

(ii) interpersonel pembentukan -

-

kreatif ditakrifkan

interpersonal membentuk

(iii)

goring goreng menghasil menghasilkan [6 markah] Jawapan 3 (d) Kesalahan kata atauistilahdantatabahasa (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi)

sangat penting sekali - sangat penting/ penting sekali kekotoran - keracunan Peralatan-peralatan - Peralatan berkuantiti - berkualiti bukan - tidak habis- luput [6 markah]

Jawapan 3 (e) Peribahasa (i) Orang lain makan nangka, orang lain yang terkenan getahnya (ii) Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua (iii) Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna [6 markah]

SKEMA Soalan 4 Markah penuh 15 markah Panduan pemarkahan bagi Soalan 4 (a) (i) Jawapan berdasarkan satu daripada novel yang dipelajari. (ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap. (iii) Berikan 1 markah bagi setiap isi yang jelas dan lengkap. (iv) Berikan 1 markah bagi setiap peristiwa yang kurang jelas/tidak lengkap. (v) Markah isi maksimum 4 markah. (vi) Markah bahasa maksimum 3 markah. (vii) Markah bahasa diberikan secara `impression` Baik = 3 markah Sederhana = 2 markah Lemah = 1 markah (viii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, berikan 1 markah untuk bahasa. (ix) Calon tidak menjawab 0 markah. [maksimum: 7 markah] (b) (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii)

Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari. Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap. Beri 1 markah untuk satu peristiwa Berikan 1 markah bagi setiap huraian yang lengkap dan jelas Markah isi maksimum 6 markah (maksimum 2 markah bagi setiap isi ) Markah bahasa maksimum 2 markah. Markah bahasa diberikan secara `impression` Baik = 2 markah Lemah = 1 markah (viii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, berikan 1 markah untuk bahasa. (ix) Calon tidak menjawab 0 markah. [maksimum: 8 markah]

4a. satu latar tempat dengan dua peristiwa yang berbeza NovelDi Sebalik Dinara. 1. Bilik kerja Farisha di Soft Lab Farisha ditunjukkan bilik yang akan digunakannya untuk menjalankan projek mini Soft Lab. Di situ juga Farisha mendapat penerangan daripada Alia dan Aqram tentang tugasannya. Bilik tersebut dilengkapi dengan dinding dwifungsi, boleh juga digunakan sebagai ‘touch screen’. Dan Di bilik ini juga, berlakunya sesi komunikasi Farisha dan Shida dengan saintis yang hebat bernama Karl. Komunikasi ini berlaku secara bawah sedar yang dikendalikan oleh Aqram, Khairul Anwar dan Dr Maxi. Perdebatan antara Alia dengan Dr Maxi juga berlaku di bilik ini. 2. Rumah agam Karl di Puchong Di sini Farisha dan Rosman dibawa oleh Aqram untuk bertemu Dr Maxi bagi membincangkan projek mini Soft Lab. Perbincangan berlaku melibatkan bidang tugas dan kos projek mini tersebut. Farisha terkejut dengan nilai projek mini yang agak tinggi iaitu RM1.5 juta. Dan Farisha dan Rosman turut dibawa berjumpa dengan Karl, saintis hebat yang membangunkan Soft Lab. Karl terlantar kerana sakit kanser usus tahap 4. Dia dirawat di rumahnya sahaja yang dilengkapi doktor dan jururawat.

3. Hotel Renaissance Farisha telah datang ke Hotel Renaissance kerana dia hendak menyertai ucapan pembukaan yang akan disampaikan oleh Philips Young, Presiden Persatuan Penggodam Antarabangsa. Malangnya Philip Young tidak dapat hadir di dewan dan hanya hologram beliau yang muncul di pentas sahaja. Akhirnya Rosman sempat tiba di dewan itu. Dan Aqram menawarkan projek mini di Soft Lab dan ingin menawarkan projek kepada syarikat Farisha. Ketika berbual-bual dengan Farisha, Aqram menekankan Penetrator di tangannya untuk melemahkan ‘Wall’ minda Farisha. Farisha berasa pening kerana terdapat cahaya berkilat di depan matanya. Aqram hanya sempat membaca sedikit ingatan Farisha sahaja.

Novel Silir Daksina. 1. Balai Raya Kampung Seri Purnama Cikgu Amirulnizam memerhatikan rakan-rakannya dan anak muda belajar dan berlatih menari zapin . Dia tertarik hati dengan anak Tauke Lim iaitu Ai Ling yang turut serta dalam aktiviti itu. Setelah selesai berlatih, Amirulnizam berbual-bual dengan Tauke Lim. Dan Kehadiran YB Shamsuri dan beberapa pegawai Yayasan Warisan disambut meriah. Semasa Ai Ling membuat persembahan , Amirulnizam terbayang-bayang Ai Ling dan anaknya, Aiman berada di pentas ituYB Samsuri berjumpa Amirulnizam dan mengucapkan tahniah serta berharap Kg Seri Purnama menjadi perkampungan sastera. 2. Rumah Abdullah Kayan @ CikguAmirulnizam Cikgu Amirulnizam sedang menulis manuskrip dan berjanji akan menjadikan Ai Ling orang pertama membacanya. Ai Ling bertanyakan kesihatan Cikgu Amirulnizam apabila melihat wajah cikgu Zam yang pucat. Namun cikgu Zam hanya memberi alasan bahawa dia penat bukannya sakit. Dan Tauke Lim, Ai Ching dan Ai Ling datang ke rumah Cikgu Amirulnizam untuk memintanya menumpangkan anak-anaknya ke sekolah dan membelikan bateri kereta. Dan Ai Ling datang ke rumah Cikgu Amirulnizam bersama-sama Ai Ching. Ai ling berlatih mendeklamasi sajak dengan Cikgu Amirulnizam pada setiap petang.

4b. tiga peristiwa yang tidak wajar dicontohi.

Novel Di Sebalik Dinara 1. Peristiwa: Karl terlalu taksub dengan sains sehingga sanggup menanam pelbagai implan dalam diri Farisha yang hanya merupakan seorang bayi untuk menjadikan Farisha seorang genius. Peristiwa ini tidak wajar dicontohi dengan agama

kerana tindakan ini kejam dan bertentangan

2. Peristiwa: Wanita di lapangan terbang yang bercakap di telefon dengan suara yang kuat. Dia tidak mempedulikan orang yang ada di sekeliling sehingga membuatkan Farisha berasa jengkel. Peristiwa ini tidak wajar dicontohi kerana sikap mementingkan diri yang mungkin boleh mengundang pergaduhan. 3. Peristiwa: Farisha ialah anak yang lahir hasil daripada hubungan sulit antara Karl dan Medina. Peristiwa ini tidak wajar dicontohi kerana perbuatan zina ini amat dilarang oleh agama Islam. 4. Peristiwa: Medina berdendam terhadap Karl kerana Karl pernah mensabotajnya. Medina berusaha mencari dan menculik Farisha agar usaha Karl untuk menyelamatkan Sistem Dinara dengan bantuan Farisha gagal. Peristiwa ini tidak wajar dicontohi kerana perasaan dendam ibarat api yang membakar sifat baik dalam diri Medina sehingga sanggup menghancurkan hidup orang lain. 5. Peristiwa: Karl yang pada asalnya beragama Islam telah berubah menjadi seorang ateis dan meninggalkan wasiat kepada Azraai agar mayatnya dibakar. Peristiwa ini tidak wajar dicontohi kerana murtad merupakan dosa besar. Novel Silir Daksina 1. Peristiwa: Umi tidak membenarkan Haiqal melawat ke kampung arwah ayahnya di Batu Pahat malahan uminya mengugut bahawa dia tidak memberikan wang belanja kepada Haiqal jika Haiqal ke Batu Pahat. Peristiwa ini tidak wajar dicontohi kerana sikap seorang ibu yang memutuskan hubungan seorang anak dengan ayahnya. 2. Peristiwa: Haiqal bertengkar dengan uminya apabila uminya tidak membenarkan dia ke kampung arwah ayahnya. Peristiwa ini tidak wajar dicontohi kerana tindakan menderhaka terhadap ibu ialah dosa besar. 3. Peristiwa: Ketika Haiqal, Pak Cik Bakar dan beberapa orang kampung berlatih tarian zapin di balai raya, tiada anak muda yang menyaksikan latihan itu. Mereka lebih gemar bersidai di tepi jalan atau duduk di atas motosikal.

Peristiwa ini tidak wajar dicontohi kerana seni budaya yang menjadi warisan bangsa akan pupus dan dilupakan. 4. Peristiwa: Cikgu Amirulnizam merahsiakan penyakit yang dihidapinya daripada semua orang termasuk orang yang rapat dengannya seperti Tauke Lim, Ai Ling dan Pak Cik Bakar. Peristiwa ini tidak wajar dicontohi kerana akan mengecewakan banyak pihak dan menyebabkan mereka berasa menyesal kerana tidak melakukan sesuatu untuk menyelamatkan orang yang disayangi. 5. Peristiwa: Tauke Ong yang terpaksa merantau dari Ipoh ke Batu Pahat, Johor kerana semua tanah mendiang bapanya habis digadaikan oleh abangnya kerana hutang kepada ‘tai long’. Abangnya suka bermain judi. Peristiwa ini tidak wajar dicontohi kerana budaya berjudi meninggalkan banyak kesan negatif bukan sahaja kepada diri malah keluarga turut menghadapi masalah.

*Jawapan yang diberikan sebagai panduan sahaja.

(FULL) (SOALAN + SKEMA) (JOHOR) SET 3 (K1+K2).pdf

(FULL) (SOALAN + SKEMA) (JOHOR) SET 3 (K1+K2).pdf. (FULL) (SOALAN + SKEMA) (JOHOR) SET 3 (K1+K2).pdf. Open. Extract. Open with. Sign In.

2MB Sizes 29 Downloads 390 Views

Recommend Documents

(FULL) (SOALAN + SKEMA) (JOHOR) SET 2 (K1+K2).pdf
Whoops! There was a problem loading this page. Retrying... Page 3 of 28. SET 2. Soalan 1 : Rumusan. [30 markah]. Baca petikan di bawah dengan teliti, ...

(SOALAN + SKEMA) KEDAH SET 1 (K1 + K2).pdf
Page 1 of 43. 1. SULIT 1103/1. 1103/1. BAHASA MELAYU. Kertas 1. Ogos. 2017. 2 1⁄4 jam. MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5. TAHUN 2017. MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH). MODUL 1. BAHASA MELAYU. KERTAS 1. Dua jam lima belas minit. JANGAN

(SOALAN + SKEMA) KEDAH SET 2 (K1 + K2).pdf
Page 3 of 41. Page 3 of 41. (SOALAN + SKEMA) KEDAH SET 2 (K1 + K2).pdf. (SOALAN + SKEMA) KEDAH SET 2 (K1 + K2).pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu. Displaying (SOALAN + SKEMA) KEDAH SET 2 (K1 + K2).pdf. Page 1 of 41.

SEGAMAT, JOHOR skema .pdf
contoh, pelancong dapat melihat perbezaan kehidupan antara penduduk di Sabah. dengan Sarawak serta penduduk di Semenanjung Malaysia. Penutup;.

(JPN JOHOR) (K1 + K2) SET 3.pdf
KEPENTINGAN. BANDAR PINTAR. Kesimbangan. alam sekitar. Kemudahan awam yang. mesra pengguna. Industri pelancongan. meningkat. Page 1 of 11 ...

(SOALAN + SKEMA) PAHANG K1 + K2.pdf
Page 1. Whoops! There was a problem loading more pages. Retrying... (SOALAN + SKEMA) PAHANG K1 + K2.pdf. (SOALAN + SKEMA) PAHANG K1 + K2.pdf.

(SOALAN + SKEMA) K1 + K2 PPD KOTA BELUD.pdf
seharian masyarakat di negara kita. KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT. Hak cipta: gcjmsmkn. Page 3 of 38. (SOALAN + SKEMA) K1 + K2 PPD KOTA BELUD.pdf.

SMK SEGAMBUT TRIAL BM SPM (SOALAN +SKEMA).pdf ...
Page 3 of 928. SMK SEGAMBUT TRIAL BM SPM (SOALAN +SKEMA).pdf. SMK SEGAMBUT TRIAL BM SPM (SOALAN +SKEMA).pdf. Open. Extract. Open with.

SOALAN GALUS SET 2.pdf
Page 3 of 8. SOALAN GALUS SET 2.pdf. SOALAN GALUS SET 2.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu. Displaying SOALAN GALUS SET 2.pdf.

Skema Set 1 PT3.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Skema Set 1 ...

(JPN JOHOR) (K1 + K2) SET 2.pdf
monorel, kereta api elektrik, teksi, bas dan lain-lain lagi. Pada masa yang sama, kemudahan. membeli-belah yang disediakan juga menggalakkan pelancong berkunjung ke Malaysia. Mereka dapat berbelanja atau mendapatkan cenderamata untuk dibawa pulang ke

(JPN JOHOR) (K1 + K2) SET 1.pdf
Berita Harian, Oktober 2015]. Page 3 of 11. (JPN JOHOR) (K1 + K2) SET 1.pdf. (JPN JOHOR) (K1 + K2) SET 1.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu.

Skema Modul 3.pdf
Loading… Page 1. Whoops! There was a problem loading more pages. Retrying... Skema Modul 3.pdf. Skema Modul 3.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu. Displaying Skema Modul 3.pdf.

3. Skema Sertifikasi_Auditor LH__LSP-LH.pdf
_LSP-LH.pdf. 3. Skema Ser ... __LSP-LH.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu. Displaying 3. Skema Sertifikasi_Auditor LH__LSP-LH.pdf. Page 1 of ...

(JPN JOHOR) (K1 + K2) SET 2.pdf
Industri ini masih perlu diteroka kerana kalau tidak. dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Page 3 of 11. (JPN JOHOR) (K1 + K2) SET 2.pdf.

Johor k1.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Johor k1.pdf.

BI SKEMA f1 set 1 2016.pdf
(a) A porridge pan/ a pan / pan/ porridge pan /. (b) mends. (c) sad/abandoned/neglected. (d) accept any reasonable answers for (i) and (ii). (interchangeable).

SKEMA SET 2 PT3 2016.pdf
Page 1 of 5. SKEMA JAWAPAN. Bahagian A. 1. √. X. √. 2. Pembacaan dan penyelidikan. Pengalaman sendiri. Soal selidik. 3. C. B. A. 4. i sesendal. ii nat pili.Missing:

BI SKEMA f1 set 2 2016.pdf
ii) previous. iii) approaching. iv) equipment. v) authorities. g) They cut (chopped) down the trees ( to make space). h) They will die / run away / become sick / any acceptable answer. i)many animals will die / Flood / hotter / many species of trees

Set No. 3
Code No: RR10302. Set No. 3. I B.Tech Semester Supplimentary Examinations, June 2009 · ENGINEERING ... belt is not to exceed 1.75N/mm2 · Determine:.

Problem Set 3
Oct 6, 2008 - Suppose the period-t utility function, ut, is ut = lnct + b(1 − lt)1−γ/(1 − γ), b > 0, ... What is the inter-temporal elasticity of substitution of leisure.

3 Set No. Accounts
2. a) Explain electropositive and electronegative elements on the basis of Periodic · table. b) With regard to electron configuration, what do all elements in Group ...

SEGAMAT, JOHOR bm.pdf
Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. Kertas soalan ini mengandungi halaman bercetak dan halaman tidak bercetak. [Lihat halaman sebelah.